MODUL PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH TAHAP I
MODUL PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH TAHAP I
Terbitan 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN v vi Rukun Negara vii Falsafah Pendidikan Kebangsaan ix Definisi Kurikulum Kebangsaan 1 Kata Pengantar 3 Pendahuluan 3 Matlamat 7 Kerangka Pendidikan Sivik 33 Modul Exemplar Bahasa Melayu 59 Modul Exemplar Bahasa Inggeris 87 Modul Exemplar Pendidikan Islam 113 Modul Exemplar Pendidikan Moral Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi
KURIKULUM KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97] vii
KATA PENGANTAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai, transformasi bagi memperkukuh pendidikan sivik akan dilaksanakan secara bersepadu serta holistik bukan sahaja dalam mata pelaja- ran tetapi turut dilaksanakan menerusi kokurikulum, perhimpunan sekolah dan pelbagai program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Modul yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu, pelibatan pihak luar dan pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah. Usaha penghasilan modul ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum ix
PENDAHULUAN Pendidikan sivik yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah akan memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pemahaman dan kesedaran sivik boleh membentuk perwatakan murid untuk menjadi anggota masyarakat dan warganegara Malaysia yang mengutamakan perpaduan, bersemangat patriotik, berintegriti, bangga dan cinta akan negara serta memberi sumbangan bermakna ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Hasrat ini boleh dicapai menerusi pendekatan bersepadu melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program sekolah. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah akan memberi penekanan kepada empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik boleh disampaikan secara pembelajaran bersepadu melalui mata pelajaran. Bagi mata pelajaran terlibat, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan. Modul ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik serta pemetaan dan perinciannya. Kandungan pendidikan sivik akan membolehkan murid memahami dan menghayati pelbagai perkara seperti hak asasi, komitmen dan dedikasi, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, berkerjasama dalam masyarakat berbilang kaum dan etnik, bertanggungjawab memelihara kelestarian alam sekitar, berunding dan menyelesaikan konflik, serta menyumbang ke arah keharmonian, kemakmuran, dan pembangunan negara. Di samping itu, modul ini juga menyediakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang boleh dilakukan. Modul ini sebagai panduan untuk membantu guru bagi membolehkan murid menguasai kandungan pendidikan sivik. Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak. Di peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di peringkat sekolah menengah pula, pembelajaran pendidikan sivik akan membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. 1
Pendidikan Sivik Pendidikan sivik pada peringkat sekolah rendah Tahap I dilaksanakan selama satu jam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Modul dibangunkan berdasar empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam membentuk insan yang tahu hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Pelaksanaan ini boleh dijalankan secara serentak pada minggu yang ditetapkan mengikut jadual waktu mata pelajaran tersebut. Bagi membantu guru melaksanakan pendidikan sivik dalam mata pelajaran tersebut, suatu modul exemplar pendidikan sivik dihasilkan sebagai panduan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersepadu menekankan literasi dan amali sivik dalam mata pelajaran sama ada dalam mahupun di luar bilik darjah. Kandungan modul ini juga memuatkan pemetaan dan perincian nilai teras, tajuk, konteks, literasi dan amali pendidikan sivik sekolah rendah Tahap I. Selain itu, terdapat beberapa contoh serta cadangan aktiviti PdP. Kaedah PdP yang boleh digunakan untuk melaksanakan modul ini ialah pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam PdP. Berpandukan modul ini, guru digalakkan mempelbagai strategi dan pendekatan PdP mengikut kesesuaian, kreativiti dan konteks setempat. Guru juga boleh membina modul berdasarkan pemetaan dan perincian yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Pentaksiran pendidikan sivik dalam kalangan murid hendaklah dilakukan secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti pentaksiran secara lisan, bertulis dan pemerhatian sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pelbagai aspek boleh ditaksir seperti pengetahuan dan fakta, pertuturan dan sikap, perlakuan dan amalan, kemahiran mengaplikasi, kemahiran manipulatif dan kemahiran sosial. Selain daripada itu, pentaksiran bersepadu juga boleh dilaksanakan dalam aktiviti luar seperti perhimpunan sekolah, kokurikulum dan program sekolah secara berterusan dalam mengenal pasti keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan, kesedaran, tindakan dan mengamalkannya dalam kehidupan. 2
MATLAMAT Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. KERANGKA PENDIDIKAN SIVIK Pelaksanaan pendidikan sivik seharusnya dijalankan secara holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai teras sivik, iaitu kasih sayang, hormati-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Pembentukan perwatakan murid dibentuk melalui literasi sivik dan amali sivik melalui pelbagai aspek seperti di Rajah 1. Rajah 1: Kerangka Pendidikan Sivik 3
Literasi sivik dan amali sivik dijadikan asas dalam pendidikan sivik. Penekanan kepada perkara ini diberikan seawal peringkat prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Literasi Sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan (pengetahuan), karakter atau sikap kewarganegaraan (sosioemosi) dan keterampilan kewarganegaraan (tndakan) yang dilaksanakan dalam kurikulum seperti yang berikut: 1. Pengetahuan Kewarganegaraan Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal demokrasi dan raja berperlembagaan, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem sosiopolitik. 2. Karakter atau Sikap Kewarganegaraan Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam kepelbagaian masyarakat. 3. Keterampilan kewarganegaraan Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan, pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara- perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan global. 4
Manakala Amali Sivik adalah pengaplikasian pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik dalam pelbagai situasi. Pengaplikasian amali sivik hendaklah bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. Amali sivik boleh murid menterjemahkan pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik mereka ke arah memberi sumbangan secara berkesan dalam kehidupan. Amalan sivik boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti sama ada di dalam dan di luar sekolah seperti berikut: 1. Perhimpunan Sekolah Perhimpunan rasmi sekolah boleh dimanfaatkan untuk mendidik pendidikan sivik dalam kalangan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah pada setiap minggu. Melalui perhimpunan sekolah, pendidikan sivik boleh dilakukan dengan menggunakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) mengikut nilai teras yang telah ditetapkan. Kandungan MKSANM akan memberi kesedaran sivik yang disesuaikan dengan pelbagai perkara seperti latar Malaysia yang berbilang bangsa, etnik dan mempunyai pelbagai fahaman agama. Murid akan memperoleh satu gagasan nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama-sama untuk membentuk warganegara yang baik dan memperkukuh perpaduan di Malaysia. 2. Kokurikulum Pelaksanaan pendidikan sivik ini perlu dilaksanakan pada setiap minggu mengikut nilai teras yang telah ditetapkan dalam semua program kokurikulum seperti aktiviti Badan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan bagi menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikannya. Menerusi aktiviti kokurikulum, murid bukan sahaja boleh memperoleh dan meningkatkan ilmu, kemahiran baharu dan memupuk sikap positif, malahan dapat memperkembangkan nilai-nilai murni, mengamalkan sifat kemanusiaan dan keinsanan serta meningkatkan kualiti jati diri. 3. Program Sekolah Program atau aktiviti sekolah pula, pihak sekolah digalakkan mengadakan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, media, agensi swasta, badan-badan bukan kerajaan dan pelbagai kementerian. Pengukuhan pelaksanaan pendidikan sivik melalui program atau aktiviti sekolah seperti Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Bumi, RIMUP, dan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan melibatkan PIBG serta komuniti setempat perlu diperkasakan bagi menggalakan kesedaran sivik dalam kalangan murid. Ringkasnya, pendididkan sivik di sekolah hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan semua pihak boleh mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik, tahu hak dan tanggungjawab dalam memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara. 5
MODUL EXEMPLAR BAHASA MELAYU
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN FIZIKAL CERGAS, MENTAL SIHAT 1 BAHASA MELAYU PENGENALAN Jam Tahun 1 Setiap keluarga mengimpikan keluarga yang sihat. Keluarga yang sihat terdiri NOTA GURU daripada ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Nota Rujukan: Nilai Teras: Anak-anak berhak mendapat kesihatan fizikal yang sihat untuk menjalani Kasih sayang kehidupan seharian. Kesihatan fizikal yang sihat mampu membantu anak- 1. Sukan dan kecergasan. Konteks: anak untuk berfikir dengan lebih cerdas. Ibu bapa bertanggungjawab untuk http:// Keluarga menyediakan makanan seimbang, menjaga kebersihan diri, kecergasan fizikal sukandankecergasan.blogspot. dan kesihatan mental anak-anak. com/2012/03/v- behaviorurldefaultvmlo.html SUMBANG 2. Video Upin dan Ipin. SARAN https://www.youtube.com/ watch?v=tqroWZoz-oc LITERASI SIVIK: Tonton video Persediaan Guru: dan bincangkan 1. Mencari maklumat berkaitan PENGETAHUAN: perkara yang fizikal cergas mental sihat Menghuraikan kepentingan menjaga dipersembahkan 2. Video yang berkaitan fizikal kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi melalui watak cergas mental sihat SOSIOEMOSI: Kecergasan fizikal keupayaan individu untuk Scan QR Code Kecergasan mental melakukan aktiviti harian dengan untuk menonton Berkongsi perasaan tentang lebih berkesan tanpa rasa letih Video Upin dan Ipin penjagaan makanan, kebersihan diri, dan lesu. kecergasan fizikal dan kesihatan mental keupayaan individu untuk berfikir secara waras dan menggunakan TINDAKAN maklumat yang diperoleh untuk meningkatkan kualiti gaya hidup. Membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum dan selepas makan 9
AKTIVITI 1 Sumbang saran berdasarkan gambar: AKTIVITI 2 Tugasan berkumpulan: Lihat gambar dan Nyatakan kepentingan menjaga kecergasan berikan respons yang sesuai. fizikal untuk kesihatan mental dan emosi. Gunakan kaedah Round Table. Nyatakan kebaikan berdasarkan gambar yang berikut. Kad tugasan: i. Bincang dalam kumpulan Kanak-kanak lebih fokus terhadap pelajaran apabila mendapat tidur yang mencukupi. tentang gambar yang diberi. Guna kaedah Dragon Ball. Makanan seimbang mengelakkan kanak- ii. Murid menceritakan kanak menjadi obesiti. tanggungjawab penjagaan makanan, kebersihan diri, Bersenam dapat mencergaskan badan dan kecergasan fizikal dan mencerdaskan otak. kesihatan mental. iii. Murid membentangkan hasil Mandi dapat membersihkan badan AKTIVITI 3 perbincangan. daripada kekotoran Murid menjalani amali dengan Murid mengetahui hak untuk kehidupan yang sihat iaitu perkara- membasuh tangan mengikut perkara asas untuk hidup seperti makan, minum dan tempat tinggal Tujuh Langkah Yang Betul yang bersih. berdasarkan demostrasi yang ditunjuk oleh guru. Murid mempunyai tanggungjawab menjaga kecergasan fizikal bagi Murid menerangkan cara memastikan kesihatan mental dan emosi serta melalui kehidupan membasuh tangan dengan yang sejahtera. betul. 10
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi. Rumusan Semua individu mempunyai hak untuk mempunyai kehidupan yang sihat. Menjaga kebersihan diri dan kecergasan fizikal merupakan tanggungjawab setiap individu. INFO SIVIK Hak: Kita berhak untuk menikmati sepenuhnya cara hidup yang sihat. Tanggungjawab: Demi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas, setiap individu bertanggungjawab mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam. 11
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA 1 BAHASA Jam MELAYU PENGENALAN NOTA GURU Tahun 3 Malaysia negara yang unik kerana rakyatnya berbilang kaum. Nota Rujukan: Kepelbagaian kaum jelas dapat dikenali melalui keberagaman warisan Nilai Teras: budaya, kesenian, makanan, bahasa dan agama. Antara warisan 1. Mengenali Budaya Warisan Kasih Sayang budaya yang terkenal di negara kita ialah seni ukiran, tenunan, dan https://www.hmetro.com.my/ Konteks: perak serta hasil tekstil pula seperti batik, songket, tekat, tenunan nuansa/2018/07/363487/ Masyarakat mugah dan pua kumbu. Setiap kaum berhak mengamalkan warisan mengenali-budaya-warisan budaya masing-masing. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara LITERASI SIVIK: dan memulihara keunikan warisan budaya negara bagi mengekalkan- Persediaan Guru: nya demi generasi akan datang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghormati budaya setiap kaum untuk melahirkan masyarakat yang 1. Mencari maklumat berkaitan harmoni dan sayang kepada budaya yang diwarisi. dengan warisan budaya Malaysia dan membuat PENGETAHUAN: perancangan aktiviti. Mengenali warisan dan budaya Kod QR dalam negara Imbas kod QR ini untuk SOSIOEMOSI: menonton video berkaitan Menghargai warisan dan budaya “Budaya di Malaysia” dalam negara TINDAKAN SUMBANG SARAN Meraikan keunikan warisan dan Nyatakan jenis pakaian dan budaya Malaysia makanan bagi setiap kaum utama di Malaysia. 12
AKTIVITI 1 2 AKTIVITI 2 Anda dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis yang berikut. Anda dikehendaki melaksanakan aktiviti karusel berdasarkan situasi yang diberikan. Bincangkan situasi yang diberikan. Cari maklumat tentang alat Situasi 1 muzik tradisional yang berikut. Ah Meng, Ravi dan anda telah diundang ke majlis kenduri kahwin kakak 1 Aminah di kawasan kejiranan pada hujung minggu ini. Bincangkan tentang pakaian yang perlu dipakai semasa menghadiri kenduri tersebut. seruling Situasi 2 Ketika perayaan Tahun Baru Cina, kawan Mei Mei yang berbangsa Melayu dan India berkunjung ke rumah Mei Mei. Bincangkan jenis makanan yang sesuai untuk dihidangkan oleh Mei Mei kepada tetamunya. kompang 3 Situasi 3 Raju dan keluarganya meraikan perayaan Deepavali. Bincangkan dalam kumpulan dan senaraikan jenis juadah yang boleh dijamu kepada tetamunya yang berbilang kaum. pipa 1. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan. 4 2. Bincang dalam kumpulan dan bentangkan secara karpet terbang (flying carpet). veena AKTIVITI 3 1. Tonton video 1 dan vid- TUGASAN BERKUMPULAN. eo 2 Setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menghormati Imbas kod QR ini Imbas kod QR ini warisan dan budaya setiap kaum agar keharmonian negara untuk menonton untuk menonton 2. Apakah yang sepatut- terpelihara. video 1 video 2 nya anda lakukan jika 1. Cari maklumat menggunakan Internet secara berpasangan. situasi ini berlaku? 2. Kongsikan maklumat yang diperoleh dengan shoulder partner Bincang dan senaraikan dan face partner. secara meja bulat. (Round 3. Bentangkan maklumat yang diperoleh secara hot seat. Table). 13
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang cara-cara mengenali dan menghargai warisan dan budaya di Malaysia. Penekanan hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab setiap kaum untuk menghormati budaya dan warisan yang ada di negara kita. Rumusan Kita perlulah mengenali budaya kaum yang terdapat di negara ini. Kita haruslah menghargai warisan dan budaya bagi setiap kaum untuk mengekalkan keharmonian serta perpaduan antara kaum. Kita patut mangamalkan sikap toleransi dan memahami warisan serta Info Sivik: HAK: Setiap individu di Malaysia mempunyai hak untuk terus mengamalkan warisan dan budaya kaum masing- masing. TANGGUNGJAWAB: Setiap individu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara setiap warisan dan budaya agar tidak hilang ditelan zaman. 14
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN MENGHARGAI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA 1 BAHASA (OKU) Jam MELAYU PENGENALAN Tahun 1 Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib NOTA GURU baik. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana Nota Rujukan: Nilai Teras: kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu. Hal ini dikatakan Hormat-menghormati demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan ingin dihargai, 1. http://www.jkm.gov.my Konteks: disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Ibu bapa perlu berperanan 2. http://www.utusan.com.my/ Sekolah untuk mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak rencana/utama/memelihara-hak- memandang hina golongan orang kurang upaya (OKU). orang-kurang-upaya- LITERASI SIVIK: 1.599110#ixzz5i1UGi4LR PENGETAHUAN: Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, golongan orang kurang Menghormati dan menghargai upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai Persediaan Guru: golongan OKU kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria. Kekangan ini mengakibatkan pelibatan mereka dalam 1. Mencari maklumat berkaitan SOSIOEMOSI: masyarakat tersekat dan kurang berkesan apabila mereka dengan Orang Kurang Upaya Menunjukkan sikap prihatin berinteraksi dengan masyarakat. Kehilangan upaya ini boleh terjadi (OKU) dan membuat terhadap golongan OKU sejak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami keadaan perancangan aktiviti. ini juga digelar sebagai golongan istimewa. Di Malaysia, hak-hak TINDAKAN golongan OKU dimartabatkan dalam peruntukan Akta Orang Kurang 2. Video yang berkaitan dengan Menghormati hak golongan OKU Upaya 2008 (Akta 685). Orang Kurang Upaya (OKU) 12 Kod QR SUMBANG SARAN SUMBANG SARAN Imbas untuk menonton iklan berkaitan “Orang Berikan contoh Nyatakan tempat golongan orang simbol ini dapat Kurang Upaya” kurang upaya yang dilihat di sekolah anda tahu. anda. (Aktiviti Ball Game) (Aktiviti Popcorn) 15
AKTIVITI 1 2 AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut situasi yang diberikan. Lakonkan Bercerita tentang gambar. situasi tersebut. 1 Situasi 1 Sewaktu anda hendak ke sekolah, anda ternampak seorang lelaki yang buta hendak melintas jalan yang sesak. Lakonkan tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu orang buta itu. Situasi 2 Sewaktu anda hendak ke kantin, rakan anda yang berkerusi roda tidak dapat ber- gerak kerana rodanya tersangkut di dalam lubang. Lakonkan tindakan yang dapat anda (atau kumpulan anda) lakukan untuk membantu rakan tersebut. 3 Situasi 3 Anda mempunyai seorang rakan OKU yang tidak boleh bercakap. Dia ingin tahu akan cara-cara meminjam buku di perpustakaan. Lakonkan tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu. 4 AKTIVITI 3 Berbincanglah dengan rakan di sebelah anda tentang perkara berikut: Imbas Kod QR ini untuk Tonton video tersebut. 1. kategori orang kurang upaya berdasarkan gambar. menonton video. 2. cara-cara anda dapat membantu golongan orang kurang upaya 1. Apakah yang sepatutnya anda 16 lakukan jika situasi ini berlaku? tersebut. Bincangkan tindakan yang akan diambil dan senaraikannya me- Guru menerangkan: Setiap orang mempunyai hak untuk dihormati lalui aktiviti Meja Bulat. dan dihargai termasuk golongan orang kurang upaya dan setiap orang juga mempunyai tanggungjawab untuk menghormati orang 2. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan melalui aktiviti Jelajah lain termasuk golongan orang kurang upaya. Minda (Gallery Walk).
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang cara-cara menghormati dan menghargai golongan orang kurang upaya (OKU). Penekanan hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab golongan orang kurang upaya. Rumusan Prihatin dengan golongan orang kurang upaya (OKU). Kita hendaklah menghormati hak golongan orang kurang upaya. Kita patut menghargai golongan orang kurang upaya. Kita hendaklah membantu golongan orang kurang upaya. Info Sivik :- Golongan orang kurang upaya (OKU) perlu diberikan hak dan peluang untuk menam- bah baik kelangsungan hidup mereka. Kita mestilah menyantuni hidup golongan OKU dan memulihara hak-hak golongan orang upaya. Oleh itu, kita juga haruslah bertanggungjawab untuk memastikan golongan kurang upaya ini dihargai dan dihormati oleh masyarakat. 17
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN Hormati Warga Sekolah 1 BAHASA Jam MELAYU PENGENALAN NOTA GURU Nota Rujukan: Tahun 3 Setiap warga sekolah berhak untuk dihormati. Semangat menghargai dan menghormati warga sekolah perlu sentiasa dipupuk dalam 1. Adab di Sekolah https:// Nilai Teras: kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku thekmprojects.wordpress.com/ Hormat-menghormati sekolah. Murid perlu dipupuk dengan rasa rendah diri supaya dapat tips/adab-di-sekolah/ menyesuaikan diri serta mudah berkomunikasi dalam komuniti 2. Pupuk Semangat Hargai War- Konteks: sekolah. Warga sekolah terdiri daripada barisan pentadbir, guru, ga Sekolah https://www.mstar.com.my/ Sekolah kerani, tukang kebun yang bekerja di bawah bumbung yang sama. lokal/semasa/2013/02/08/ pupuk-semangat-hargai-- Sebagai murid, mereka perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab hormati-kepelbagaian-budaya LITERASI SIVIK: seperti mengucapkan salam apabila bertemu, bertutur dengan sopan Kod QR dan mesra, murah dengan senyuman, menjaga tingkah laku dengan PENGETAHUAN: baik dan bersedia untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa. Menyatakan cara menghormati warga sekolah SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan hormat antara warga sekolah TINDAKAN Sudah sepagi mengail di tanjung, SUMBANG SARAN Imbas Kod QR ini untuk menonton Esoklah saja ke Kampung Daik; video Mesej Komuniti—Hormat- Mengamalkan pertuturan dan Berbincang dengan perlakuan yang saling Dipandang tinggi guru disanjung, rakan di hadapan menghormati menghormati antara warga Hormati guru sebaik-baik. tentang mesej yang sekolah. terdapat dalam gambar, video dan pantun. 18
AKTIVITI 1 TUGASAN BERKUMPULAN AKTIVITI 2 1. Bahagikan murid kepada kumpulan. Berbincang dengan rakan anda melalui aktiviti 2. Berbincang dalam kumpulan dan Fikir– Pasang - Kongsi dan senaraikan cara- melakonkan tindakan tersebut. cara menghormati guru . Lakonkan berdasarkan situasi diberi. Situasi 1 Pengawal keselamatan di sekolah anda menegur anda dan rakan- rakan kerana bermain-main di hadapan pagar sekolah. Lakonkan situasi tersebut dan nyatakan tindakan anda dan rakan-rakan anda selepas ditegur oleh pengawal keselamatan tersebut. Situasi 2 Sewaktu anda sedang makan di kantin, rakan anda yang berlari-lari di kantin telah terlanggar pekerja kantin yang sedang mengemop lantai. Lakonkan situasi tersebut dan nyatakan tindakan rakan anda selepas terlanggar pekerja kantin tersebut. AKTIVITI 3 1 1. Teliti gambar 1 atau 2 gambar 2 secara berkumpulan. Antara cara menunjukkan hormat kepada guru: Berikan hormat kepada guru ketika guru masuk ke kelas. 2. Berbincang dan tulis Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. dialog perbualan yang Jangan berbual dengan rakan ketika guru sedang mengajar. menunjukkan amalan hor- Ucap terima kasih kepada guru selepas guru selesai mengajar. mat-menghormati ber- dasarkan gambar. 3. Bentangkan hasil perb- incangan kumpulan me- lalui aktiviti Permaidani Terbang. 19
Penilaian Penilaian berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang pentingnya menghormati warga sekolah. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, murid-murid sedar akan tanggungjawab mereka untuk menghormati warga sekolah. Rumusan Kita perlulah menghormati warga sekolah khususnya orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah menghormati warga sekolah kerana sikap ini dapat memberikan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Sikap menghormati menjadikan seseorang murid bersopan santun dan bertatasusila. Info Sivik :- Setiap individu mempunyai hak untuk untuk dihormati supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Setiap murid perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menghormati dan menghargai warga sekolah supaya hubungan yang erat dan harmoni dapat diwujudkan. Sikap hormat-menghormati perlu dipupuk dalam diri murid untuk melahirkan murid yang sihat perlakuan dan pertuturan. 20
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN SEKOLAHKU RUMAHKU 1 BAHASA Jam MELAYU PENGENALAN NOTA GURU Tahun 2 Suasana sekolah yang baik merujuk keadaan persekitaran yang Nota Rujukan: selesa, tenteram, mesra dan riang dengan pembelajaran yang 1.Bahagian Perkembangan Nilai Teras: lancar. Keadaan ini meningkatkan motivasi murid dan guru dalam Bertanggungjawab aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak, sekolah Kurikulum, KPM. Konteks: bukan sahaja merupakan tempat belajar tetapi juga merupakan Persediaan Guru: Sekolah tempat bermain atau bertemu dengan rakan-rakan. Bermain sambil Mencari maklumat berkaitan belajar membuatkan murid-murid berasa seronok dan gembira. dengan “Sekolahku Rumahku” dan LITERASI SIVIK: Murid-murid mesti tahu akan hak mereka untuk belajar dalam cara penjagaan untuk suasana yang selesa dan menyeronokkan. Oleh itu, mereka mesti mengekalkan kebersihan sekolah tahu akan tanggungjawab mereka untuk mewujudkan suasana daripada pelbagai sumber. tersebut dengan menjaga kebersihan dan ketenteraman sekolah. QR Code PENGETAHUAN: SUMBANG SARAN Menyatakan cara menjaga kebersihan Upin dan Ipin: Taman Mesra sekolah http://gg.gg/ddz4j SOSIOEMOSI: Sumbang saran antara guru dengan murid Menzahirkan perasaan bangga berdasarkan tayangan video. Murid menyatakan dengan kebersihan dan aktiviti yang dilakukan oleh watak-watak dalam ketenteraman sekolah video (Aktiviti Popcorn). TINDAKAN SEKOLAH MERUPAKAN RUMAH KEDUA UNTUK MURID-MURID. Menjaga dan mengekalkan MURID-MURID DIDIDIK OLEH PARA GURU UNTUK MENIMBA ILMU kebersihan sekolah DENGAN HARAPAN MEREKA AKAN MENJADI MANUSIA YANG BERDIKARI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN MEREKA PADA MASA AKAN DATANG. 21
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Menjaga kebersihan amat penting dalam kehidupan manusia. Murid-murid membanding beza dua gambar yang diberikan Murid-murid mesti tahu akan tanggungjawab mereka menjaga dengan berbincang dalam kumpulan (Aktiviti Round Table). Wakil kebersihan setiap masa. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid murid diminta menyatakan sebab-sebab mereka berasa gembira menyatakan cara menjaga kebersihan sekolah. (Aktiviti Dragon Ball) akan keadaan bilik darjah yang bersih. M Membersihkan P AKTIVITI 3 PETA MINDA A papan putih E S N Murid-murid menulis maklumat berkaitan dengan tanggungja- A Menyapu Y wab menjaga kebersihan dan mengekalkan ketenteraman L sampah yang E sekolah dalam bentuk peta minda. A L H Menyusun E INFO kerusi dan S A • BILIK DARJAH YANG BERSIH MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN Menampal I YANG SERONOK DAN CERIA poster dengan A N • MURID DAPAT BELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH YANG SELESA. • MURID LEBIH BERFOKUS SEMASA GURU MENGAJAR. • MENJAMIN KESIHATAN DAN MENGELAKKAN PENYAKIT BERJANGKIT. • BERDISIPLIN DAN MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH 22
Penilaian Penilaian berdasarkan fakta relevan yang dibentangkan oleh setiap kumpulan. Murid-murid perlu tahu akan cara menjaga kebersihan sekolah. Murid-murid berhak belajar di sekolah yang bersih dan mereka bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Pengukuhan RUMUSAN • MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH DENGAN MENERAPKAN NILAI BERTANGGUNGJAWAB KEPADA MURID-MURID. • SIKAP SUKA MENJAGA KEBERSIHAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERTANGGUNGJAWAB. • MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEMUA WARGA SEKOLAH. Info Sivik Hak: Semua murid mempunyai hak untuk berada dalam persekitaran sekolah yang bersih dan selamat. Tanggungjawab: Murid perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan sekolah. 23
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN Rajin dan Komited 1 BAHASA PENGENALAN Jam MELAYU Sikap rajin dan bertanggungjawab memberikan banyak kebaikan kepada NOTA GURU Tahun 3 diri, keluarga dan sekolah. Murid yang rajin atau ringan tulang akan Nota Rujukan: disayangi oleh keluarga, rakan-rakan dan guru. Murid yang rajin akan Nilai Teras: membuat sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh. Murid yang 1. https://pokokhijau2. word- Bertanggungjawab bertanggungjawab pula selalu memenuhi janji dan berpegang teguh pada press.com/ 2017/10/12/rajin- komitmen yang dipertanggungjawabkan. Selain itu, murid yang berusaha-tangga-kejayaan/ Konteks: bertanggungjawab mampu mengurus masa dan wang dengan baiknya serta dapat mendorong diri mereka agar sentiasa berusaha dan tidak 2. https://id.wikihow.com/ mudah berputus asa untuk mengejar cita-cita. Menjadi- Orang-yang-Bertanggung- Jawab LITERASI SIVIK: SUMBANG SARAN Persediaan Guru: PENGETAHUAN: Berbincang dengan rakan di Menyatakan kepentingan sikap sebelah anda tentang sebab 1. Mencari maklumat dan gambar komited untuk melaksanakan ama- anda harus menjadikan berkaitan dengan tajuk dan aktiviti. nah (pekerjaan) aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar sebagai rutin Kod QR SOSIOEMOSI: harian. Menunjukkan sikap yang Imbas kod QR ini untuk berkaitan dengan amalan rajin menonton video yang bertajuk TINDAKAN “Pada Zaman Dahulu— Mengekalkan sikap rajin dalam Belalang dan Semut” 24
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Aktiviti Kumpulan : Anda mempunyai hak untuk mendapatkan hasil daripada SUMBANG SARAN usaha anda. Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungja- Berbincang dengan rakan di hadapan anda tentang dua wab supaya anda memperolehi hasil daripada usaha anda? kebaikan melaksanakan aktiviti yang ditunjukkan dalam Situasi 1 gambar. Anda merupakan pekebun. Anda menanam pokok cili tetapi pokok cili anda tidak hidup 1 dengan subur. Jelaskan amalan yang harus anda usahakan secara berterusan agar penanaman pokok cili anda berjaya. Situasi 2 Anda hendak mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains yang dianjurkan oleh sekolah. Ibu anda kekurangan duit. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda ikhtiarkan untuk mengumpulkan duit bagi tujuan tersebut. Situasi 3 Buku, baju dan kasut sekolah rakan anda hangus terbakar semasa rumahnya terlibat dalam kejadian kebakaran. Dia berasa sangat sedih. Jelaskan komitmen yang dapat di- 2 tunjukkan oleh rakan-rakan sekelas untuk membantu rakan anda itu. AKTIVITI 3 i. Anda adalah seorang anak yang rajin dan bertangungjawab. ii. Kenal pasti tingkah laku yang merupakan sikap seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Gunakan simbol berikut: Kepentingan sikap komited (rajin ) dalam menjalankan amanah yang i. Kemaskan tempat tidur sebaik sahaja bangun tidur. diberikan: ii. Berpura-pura tidur apabila melihat kakak sedang mengemaskan ruang tamu. iii. Periksa jadual waktu dan kemaskan beg sekolah sebelum tidur. Rajin membantu adalah amalan mulia dan disenangi oleh semua iv. Kemaskan meja bersama-sama keluarga selepas makan. orang. v. Tinggalkan tuala yang digunakan selepas mandi di atas katil. vi. Tinggalkan meja makan sebaik selesai makan tanpa membantu mengemas- Komited akan menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan cepat. kan meja. Sifat rajin adalah kunci kejayaan kepada semua individu yang berjaya. 25
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan fakta relevan yang diberikan dan kefahaman murid tentang pentingnya bersikap rajin dan bertanggungjawab. Penekanan hendaklah diberikan kepada hak dan tanggungjawab kepada mereka untuk mendapatkan impak yang besar serta masa depan yang cerah jika bersikap rajin dan bertanggungjawab. Rumusan Kita perlulah bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Kita hendaklah bersikap rajin untuk memperoleh masa depan yang cerah. Kita mestilah rajin membantu keluarga kita agar dapat meringankan tugas mereka. Info Sivik :- Kita mempunyai hak untuk memperolehi kehidupan yang sejahtera dan sempurna. Untuk mencapai kehidupan yang selesa dan sejahtera, kita ber- tanggungjawab untuk berusaha bersungguh-sungguh supaya men- capai kejayaan. 26
MATA TAJUK Masa: PELAJARAN KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA 1 BAHASA PENGENALAN Jam MELAYU Kamus Dewan mendefinisikan keluarga penyayang sebagai kehidupan satu NOTA GURU keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak kehidupan Tahun 1 yang berlandaskan disiplin dan wujud sifat kasih sayang yang amat tinggi Nota Rujukan: serta saling menghormati. Keluarga penyayang dan masyarakat Nilai Teras: sejahtera menunjukkan kualiti hidup berkeluarga yang harus dimiliki oleh 1.Model Keluarga Bahagia Kegembiraan sesebuah keluarga untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Setiap Menurut Islam Konteks: ahli keluarga mesti mengetahui hak mereka untuk menikmati kehidupan https://umexpert.um.edu.my/file/ Keluarga yang gembira dan bahagia. Mereka mestilah menjalankan tanggungjawab publication/00002815_79627.pdf yang sepatutnya supaya dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Persediaan Guru: LITERASI SIVIK: SUMBANG SARAN KELUARGA BAHAGIA Kasih pada ibu Mencari maklumat berkaitan PENGETAHUAN: Murid mendengar lagu Taat pada bapa hak dan tanggungjawab dalam Mengetahui hak dan tanggungja- dan menyanyikan lagu Hormat pada guru keluarga untuk melahirkan wab dalam keluarga bersama-sama. Murid- Membawa bahagia masyarakat yang bahagia. SOSIOEMOSI: murid menyatakan Ibu dan bapa Kod QR Menghargai pengorbanan ahli Serta keluarga keluarga maksud lagu Bimbinglah kami Imbas kod QR ini Dengan penuh kasih sayang untuk mendengar TINDAKAN Memberikan tumpuan dan Masa tidak menunggu kita lagu “Keluarga perhatian kepada keluarga Dari itu janganlah leka Bahagia” Jangan menderhaka pada orang tua Amalan hidup kita Mereka yang rajin berusaha Hidup bahagia dan sempurna Ingat pada Tuhan Hindari kejahatan keluarga bahagia 27
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Kanak-kanak perlu mengetahui hak yang patut diterima oleh mereka daripada Guru memberikan kad hari kelahiran kepada setiap murid. Murid diminta orang dewasa. Kanak-kanak berhak mendapat makanan yang sihat, tempat mewarnakan gambar pada kad tersebut dan tujukan kepada ahli keluarga tinggal, pakaian, pendidikan, perlindungan dan bersosial. Namun, mereka yang akan menyambut hari kelahiran untuk menunjukkan cara perlu bertanggungjawab untuk menjaga hak yang telah diberikan kepada menghargai pengorbanan mereka kepada kita. mereka dengan baiknya. Wakil setiap kumpulan akan diberikan gambar tentang hak kanak-kanak dan mereka perlu menyatakan tanggungjawab mereka untuk menjaga hak tersebut. AKTIVITI 3 Ayah AKTIVITI FIKIR-PASANG-KONGSI Setiap murid berfikir sendiri dan berkongsi dengan rakan sebelah maklumat yang difikirkannya. Kemudian, murid-murid berkongsi tentang maklumat tersebut dengan ahli kumpulan yang lain. Murid menyenaraikan cara untuk memberikan tumpuan dan perhatian kepada keluarga masing- masing. AKTIVITI SATU TINGGAL TIGA BEREDAR Murid membentangkan dan mendapatkan maklumat daripada ahli kumpulan lain. 28
Penilaian Penilaian berdasarkan fakta relevan yang diberikan oleh murid tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam keluarga. Mereka juga perlu mengetahui cara menghargai pengorbanan keluarga mereka. Rumusan Ahli keluarga berasa seronok meluangkan masa bersama-sama. Ahli keluarga sentiasa menjayakan aktiviti keluarga bersama-sama untuk merapatkan hubungan. Ahli keluarga menghargai masa yang diluangkan bersama-sama. Ahli keluarga prihatin dengan keadaan dan perkembangan ahli keluarga yang lain. INFO SIVIK Hak: Hak untuk mendapat keluarga yang bahagia dan sejahtera. Tanggungjawab: Setiap ahli keluarga menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan keluarga bahagia dan mengekalkannya. 29
MATA TAJUK Masa : PELAJARAN Pengaruh Rakan Sebaya 1 BAHASA PENGENALAN MELAYU Jam Rakan sebaya boleh didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, Tahun 3 latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Rakan sebaya juga NOTA GURU membawa erti dua atau lebih individu yang mempunyai aras tingkah laku Nilai Teras: yang sama dan mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Lazimnya Nota Rujukan: Kegembiraan kita akan berasa gembira apabila berada bersama-sama mereka. 1. Berhati-hati Memilih Rakan Konteks: Sekolah Sebaya : http:// dwnsiswa.dbp.my/ LITERASI SIVIK: Aktiviti ‘Kerusi Panas’ wordpress/ PENGETAHUAN: 2. Tekanan Rakan Seba- Menyatakan ciri-ciri rakan yang baik. Seorang murid diminta duduk di atas kerusi yang disediakan ya :www-myhealth-gov-my- dan menjawab soalan-soalan mengenai rakan sebaya yang tekanan-rakan-sebaya SOSIOEMOSI: dipilih. Rakan-rakan lain menyebut ciri-ciri rakan yang dipilih Persediaan Guru: Mempamerkan sikap rakan yang Mencari artikel-artikel mengenai baik. sehingga dapat menamakan murid yang dimaksudkan. pengaruh rakan sebaya dan Jawapan yang diberi hanya ‘Ya’ atau ‘Tidak’ aktiviti-aktiviti bina semangat yang mengutamakan kerjasama Contoh soalan : sepasukan yang boleh dikaitkan dengan peranan dan rakan sebaya. Kod QR TINDAKAN 1. Adakah rakan kamu murid perempuan? Membuat keputusan yang bijak dalam memilih rakan. Imbas kod QR ini untuk paparan artikel Tekanan Rakan Sebaya 30
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid-murid berbincang tentang diri masing-masing melalui aktiviti Ibu selalu berpesan supaya memilih rakan yang baik. Dengan fikir-pasang-kongsi. Seterusnya murid-murid diminta menyatakan ciri- menggunakan kad-kad yang disediakan oleh guru, anda diminta ciri kawan masing-masing dan menulisnya dalam lembaran yang berbual tentang sikap kawan yang baik secara berpasangan. disediakan. Contoh : AISAH AMINAH peramah pendiam rajin membaca buku suka membantu rakan mengambil berat pemurah memberi dorongan memuji merendah diri jujur Ciri-ciri rakan yang baik : AKTIVITI 1. Penyayang / Prihatin 2. Penyabar Murid diminta memilih keratan ciri rakan sebaya yang disediakan. 3. Pendengar yang baik Murid diminta mengasingkannya ke dalam kotak “ya” bagi rakan yang 4. Amanah baik dan “tidak” bagi bukan rakan yang baik. 5. Menghormati ibu bapa / orang tua 6. Rajin membaca dan bijak belajar Rakan sebaya penting dalam kehidupan kita. Setiap individu berhak memilih rakan AMANAH BOROS yang baik untuk dirinya. Sahabat menjadi antara faktor menentukan arah tuju kita. PENYAYANG PEMBOHONG Kita bertanggungjawab memilih rakan yang baik kerana rakan merupakan cerminan diri. 31
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan kerjasama dalam kumpulan dan keputusan-keputusan kepada penyelesaian masalah yang disediakan oleh guru semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan. Rumusan Rakan sebaya boleh memberikan pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadangkala boleh mempengaruhi bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti yang lebih memberikan kesan positif kepada rakan yang lain, seperti pelibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri, manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar yang bermasalah akan memberikan kesan yang sama kepada rakan yang lain. Info sivik Hak : Setiap individu berhak memilih rakan sebaya yang baik. Tanggungjawab : Setiap individu bertanggungjawab untuk memilih rakan yang baik supaya akhlak terpelihara. 32
MODUL EXEMPLAR BAHASA INGGERIS
SUBJECT TOPIC Time: ENGLISH CARE FOR ONE ANOTHER 1 Year 1 Introduction Hour It is important that we love and care for one another, especially our family Core Value: members. We can show that we care by helping them. TEACHER’S NOTES Love Pre Lesson Lesson 152 Context: Teacher shows a video. Pupils watch and sing along. Learning Standards Family 4.3.1, 4.3.3 Reference Notes: Civic Literacy: Youtube Video - Barney I Love You KNOWLEDGE Teacher Readiness: Know their right to love and to be Surf the internet, pictures, loved. coupon book sample SOCIOEMOTIONAL: QR Code Care for one another. ACTION Help victims of natural disasters through various ways 35
ACTIVITY 1 ACTIVITY 2 Teacher asks pupils “How do you know your family loves you?” Pupils get into groups. Teacher gives each group a situation to role- Teacher writes the responses on the board. play to demonstrate love and care. Teacher then asks “How do you show love to your family?” Suggested situations: Pupils write on sticky notes and post them around the class- Your parents are going to work. room. Your sister is crying. It is Mother’s Day. I get hugs and kisses. Your father wants to wash his car. Your brother falls off his bike. My father reads to me. Your grandmother wants to get into a car. It is your father’s birthday. My mother cooks for me. My family celebrates my birthday. 36
ACTIVITY 3 Assessment You mop the floor. Pupils can be assessed through their level of You chat with your friends on the telephone. participation. Each pupil must participate at least once. You watch television. You wipe the furniture. Summary You play with your friends. You help to pack the clothes. Pupils should: know how to express love and care demonstrate love and care for family members Civic Information Right: I have the right to love and be loved. Responsibility: I must love and care for those in need. 37
SUBJECT TOPIC Time: ENGLISH TURN OFF! SWITCH OFF! 1 Hour Year 3 Introduction TEACHER’S NOTES Core Value: People use energy each day for many activities such as cooking, Lesson 151 Love transportation and computers. However, it is our responsibility to conserve Learning Standards Context: energy. By using less energy, we can decrease pollution and 2.1.5,1.2.4 School environmental problems. Reference notes: Youtube Video: Energy, let’s CIVIC LITERACY: Pre lesson. save it! Teacher Readiness: Pupils watch the video and answer the questions posed by the Surf the internet or Prepare teacher. poster paper. 1. What did they waste? KNOWLEDGE: 2. State ways on how they saved energy. Explain ways to save water and electricity. SOCIOEMOTIONAL: QR Code Express pride in saving water and electricity. ACTION Do not waste water and electricity. 38
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171