Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Published by fizah, 2017-01-01 04:40:35

Description: PrintTeks_Akidah dan Akhlak dlm PI

Search

Read the Text Version

Edisi Pertama 2016 © AHMAD MUNAWAR ISMAIL & KAMARUL AZMI JASMI 2016Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apajua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelummendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim,Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanAhmad Munawar Ismail AKIDAH DAN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM / AHMAD MUNAWAR ISMAIL, KAMARUL AZMI JASMI Includes index Bibliography: page ISBN 978-983-52-1215-4 1. Islamic religious education--Curricula. 2. Islam--Theology. 3. Religious life--Islam. 4. Muslims--Conduct of life. I. Kamarul Azmi Jasmi, 1973-. II. Judul. 297.77 Editor: MOHD. NASIR RIPIN Pereka Kulit: HAFIZAH MOHAMAD AHYAHDiatur huruf oleh / Typeset by KAMARUL AZMI JASMI Fakulti Tamadun Islam UTM Johor Bahru Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UTM PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM Johor Bahru Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA(PENERBIT UTM ahli MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) dan anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA (MABOPA) dengan no. keahlian 9101)Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by MYNA PRINTING SDN. BHD. 102 & 102-A, Jalan Bintang Taman Bintang 81400 Senai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

KANDUNGANPrakata ixTransliterasi xiSingkatan xiiiBab 1 Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam 1 di Malaysia 1 Pengenalan 1 Konsep Pendidikan dalam Islam 3 Objektif dan Falsafah Pendidikan dalam Islam 6 Pendidikan Islam di Malaysia 15 RumusanBab 2 Akidah Islam 17 Pengenalan 17 Konsep Akidah Islam 17 Akidah Islam dalam Pendidikan Islam 29 Akidah dalam Pendidikan Islam di Malaysia 34 Rumusan 35Bab 3 Akidah Islam KBSM: Tingkatan Satu, Dua, dan Tiga 37 Pengenalan 37 Akidah KBSM Tingkatan Satu 37 Akidah KBSM Tingkatan Dua 39 Akidah KBSM Tingkatan Tiga 61 Rumusan 72

vi KandunganBab 4 Pengaruh Ilmu Akidah dalam Pembentukan Akhlak 75 Pengenalan 75 Konsep Ilmu 75 Ilmu dari Perspektif Islam 76 Pengaruh Ilmu Akidah dalam Pembentukan Akhlak 79 Rumusan 87Bab 5 Akhlak sebagai Cerminan Iman 89 Pengenalan 89 Konsep Akhlak Islam 89 Hubungan Akhlak dengan Iman 90 Sumber Akhlak Islam 91 Pembahagian Akhlak Islam 93 Akhlak dalam Pendidikan Islam di Malaysia 120 Rumusan 120Bab 6 Isu dan Cabaran Akidah Kontemporari 121 Pengenalan 121 Latar belakang Akidah Islam 121 Isu dan Cabaran Akidah di Malaysia 126 Rumusan 133Bab 7 Pembelajaran Sosial dalam Pembentukan Akidah 135 Pengenalan 135 Perspektif tentang Pembelajaran Sosial 135 Faktor Pembelajaran Sosial Terhadap Akidah Pelajar 142 Rumusan 150Bab 8 Pengaruh Akidah dalam Penghayatan Akhlak 151 Pengenalan 151 Pengaruh akidah terhadap Penghayatan Akhlak 152 Dapatan Kajian Terhadap Analisis Perbezaan 156 Dapatan Kajian dari Sudut Analisis Hubungan 157 Dapatan Kajian Berdasarkan Analisis Sumbangan 160 Rumusan dan Implikasi 269

Kandungan viiBab 9 Pemerkasaan Akidah dalam Pendidikan dan Penyelidikan Pengenalan 173 Cadangan Umum 173 Cadangan Penulisan Lanjutan 174 Model Pembangunan Akidah Sekolah Menengah 177 Rumusan 179 180Lampiran Soal Selidik 181Bibliografi 197Indeks 211



PRAKATASegala pujian bagi Allah SWT yang menurunkan ilmu kepada umatmanusia untuk kemakmuran alam. Selawat dan salam ke atas junjunganBaginda Rasulullah SAW, ahli keluarganya dan para sahabatnya. Kami memunajatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada AllahSWT yang memberikan taufik dan hidayah untuk kami menyiapkan satubuku yang berkisar kepada peranan akidah terhadap penghayatan akhlakpara pelajar. Akidah merupakan inti pati kekuatan umat Islam. Kekuatanakidah menjadikan umat Islam kental dan dinamik dalam dalammembawa obor kegemilangan yang bersepadu sehingga menjadi suriteladan kepada seluruh manusia. Sebaliknya, kelemahan akidah inimenghilangkan seri keindahan Islam yang terjelma dalam diri umatdalam pelbagai bentuk seperti ibadat, akhlak, adab, dan sopan. Olehitu, penghasilan buku ini adalah relevan dengan keperluan umat Islambagi menyoroti peranan Pendidikan Islam dengan teras akidah dalammembangunkan penghayatan akhlak para pelajar. Kami memulakan langkah perbincangan awal dalam Bab 1 denganmenumpukan perbincangan kepada pendidikan dalam Islam danPendidikan Islam dalam konteks dunia Islam dan Malaysia. Perbahasandalam bab ini memfokuskan kepada konsep pendidikan dalam Islam,objektif dan falsafah pendidikan dalam Islam dan hubungannya denganPendidikan Islam di Malaysia. Kupasan seterusnya dalam Bab 2 dan Bab 3 kami tumpukan kepadakonsep akidah Islam dengan perbahasan berdasarkan pandangan tokohakidah dan dari sudut konsep akidah Islam dalam Pendidikan Islamdi Malaysia. Perbahasan yang lebih mendalam pendidikan akidah dalamPendidikan Islam peringkat KBSM bagi tingkatan satu, dua, dan tiga

x Prakataturut diperhalusi. Perbincangan kedua-dua bab ini jelas memperlihatkanbahawa tahap akidah dalam Pendidikan Islam ini adalah mencukupidalam membangunkan akidah para pelajar di sekolah. Hal ini amatpenting lantaran merekalah yang bakal mencorakkan umat Islamdi Malaysia dalam dekad kini dan akan datang. Bab yang seterusnya, iaitu Bab 4, Bab 5, dan Bab 6 perbahasandifokuskan kepada peranan al-Quran dan hadis dalam mencorak akhlakpara pelajar dan umat Islam, serta bentuk latar belakang, cabaran danisu akidah Islam di Malaysia. Dalam bab ini, para pembaca diketengahkandengan peranan pengetahuan, pengetahuan akidah, dan faktor pembelajaransosial dalam mencorakkan keperibadian dan akhlak manusia. Begitujuga keperibadian dan akhlak manusia ini juga merupakan cerminankepada akidah yang dipegang dan dipercayainya. Justeru, amat pentingbagi umat memahami sumber akidah Islam yang suci serta cabang akhlakIslam yang menjadi ukuran kesempurnaan iman mereka. Kesemuacabang akidah dan akhlak ini pada hakikatnya menjadi asas utama dalamkurikulum Pendidikan Islam di Malaysia. Tiga bahagian terakhir buku ini, iaitu Bab 7, Bab 8, dan Bab 9adalah merupakan bab yang menfokuskan dapatan kajian yang dijalankandi sekolah menengah tentang peri peranan Pendidikan Islam melaluibidang akidah dalam pembangunan akhlak para pelajar. Kajian yangdihasilkan ini mendokong pembuktian tentang peri pentingnya perananakidah terhadap pembentukan akhlak para pelajar di rumah dan disekolah untuk dijayakan oleh umat Islam dalam pelbagai peringkatpendidikan anak-anak. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama umat Islam khususnyakepada Bahagian Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Islam, KementerianPelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Pengajian Tinggiawan dan Swasta, para guru Pendidikan Islam serta para pelajar peringkatsekolah menengah dan sekolah rendah yang ingin memahami perananakidah dalam pembentukan keperibadian akhlak umat Islam.AHMAD MUNAWAR ISMAILFakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan MalaysiaKAMARUL AZMI JASMIFakulti Tamadun Islam,Universiti Teknologi Malaysia2016

TRANSLITERASIPerkataan Arab untuk huruf konsonan yang terdapat dalam buku iniditransliterasikan berpandukan jadual berikut:Huruf Arab Huruf Rumi Huruf Arab Huruf Rumi ‫ء‬,‫ﺍ‬ ’A ‫ﺽ‬ D ‫ﺏ‬ B ‫ﻁ‬ T ‫ﺕ‬ T ‫ﻅ‬ Z ‫ﺙ‬ Th ‫ﻉ‬ ‘ ‫ﺝ‬ J ‫ﻍ‬ Gh ‫ﺡ‬ H ‫ﻑ‬ F ‫ﺥ‬ Kh ‫ﻕ‬ Q ‫ﺩ‬ D ‫ﻙ‬ K ‫ﺫ‬ Dh ‫ﻝ‬ L ‫ﺭ‬ R ‫ﻡ‬ M ‫ﺯ‬ Z ‫ﻥ‬ N ‫ﺱ‬ S ‫ﻩ‬ H ‫ﺵ‬ Sh ‫ﻭ‬ W ‫ﺹ‬ S ‫ﻯ‬ Y

xii TransliterasiHuruf vokal Arab yang hendak ditransliterasikan kepada rumi mestilahmenggunakan panduan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: Panjang Pendek DiftongArab Rumi Arab Rumi Arab Rumi ‫آ‬a c@ a ìĆ a@ awìĆ a@ u g@ u ñĆ a@ ayõĆ g@ i c@ i

SINGKATANa.s. 'alaih al-salamBPD Bahagian Pengurusan DakwahBPP Bahagian Pengurusan PenguatkuasaanFPK Falsafah Pendidikan KebangsaanJAIS Jabatan Agama Islam SelangorKBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah MenengahKBSR Kurikulum Baru Sekolah RendahKPM Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan MalaysiaRA Radiallah 'anhu, 'anhuma, 'anhum, 'anhunnaSAW Sallallah 'alaih wa SallamSAN Sekolah Agama NegeriSAR Sekolah Agama RakyatSMKA Sekolah Menengah Kebangsaan AgamaSTAM Sijil Tinggi Agama MalaysiaSWT Subhanahu wa Ta'alaUKM Universiti Kebangsaan MalaysiaYPJM Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia



PENDIDIKAN DALAM ISLAM DAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIAPENGENALANBab ini membicarakan konsep asas pendidikan dalam Islam dari aspekbahasa, istilah, objektif, dan falsafah. Seterusnya, perbincangan akanmenumpukan pula kepada sejarah ringkas perkembangan PendidikanIslam di Malaysia dan sehingga pembentukan Falsafah PendidikanKebangsaan yang menjadikan teras Pendidikan Islam.KONSEP PENDIDIKAN DALAM ISLAMIstilah pendidikan dalam Bahasa Melayu berasal dari perkataan didikyang merujuk kepada maksud mengajar (Kamus Dewan, 2002), mengasuh(Abdullah dan Ainon, 1994), atau tarbiyyah (Abdullah, 1995). Pendidikanjuga sebagai satu proses pengisian diri, pembentukan disiplin, danpengintelektualan generasi muda (Jubran, 2001). Seterusnya, pendidikansebagai satu proses meningkatkan dan memaksimumkan peranan fizikal,mental, dan akhlak manusia ke arah sesuatu yang benar-benar sempurna(al-Munjid, 2001) atau satu proses di mana generasi muda dipelihara,disubur, dan disemai (Simpson dan Weiner, 2004). Akhir sekali,pendidikan sebagai sesuatu yang diindoktrinisasikan dan diberikan inputilmu untuk membentuk perkembangan dan pembinaan akhlak yang baik(Patrick Hanks, 2000). Syed Muhammad Qutb (1992) menyatakan, definisi pendidikandalam Islam adalah sangat luas dan bersepadu, merangkumi seluruh cara

2 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamhidup manusia. Kurikulumnya datang daripada Allah SWT, mengandungiaspek seperti akidah (kepercayaan), syariat (undang-undang), ibadah(pekerjaan), akhlak (tingkah laku), sains, teknologi, sosiologi, politik,ekonomi, dan lain-lain. Pendidikan merangkumi kehidupan di duniadan akhirat dalam satu disiplin yang lengkap dan memiliki keupayaanyang tidak terbatas bagi membangunkan jati diri dan mengangkat darjatmanusia ke tahap yang paling tinggi antara makhluk ciptaan Tuhan.Al-Attas (1987) berpendapat, ta’dib adalah istilah yang paling tepatbagi mengambarkan konsep pendidikan dalam Islam kerana kata adabsecara jelas merangkumi maksud ilmu dan amal sekali gus serta akhlakpula adalah tujuan pengetahuan. Ta’dib melibatkan tindakan untukmendisiplinkan jiwa dan fikiran dari melakukan sebarang bentukpenyelewengan yang boleh membawa kepada kehilangan kehormatansebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW (al-Bukhari, 1997: 69):‫َ َﺔ َﺧ ِﻄﻴﺒًﺎ َ ُﻘﻮ ُل‬ ‫ُﻣ َﻌﺎ ِو‬ ‫ﻗَﺎﺑِ َِﻪل‬.ُ ‫َﺒْ ُِﻘﺪﻮ ُالﺮ َﻣ ْ َْﻦ ِﻦﻳُ ِﺮ ْﻗَدﺎاَل‬ َ ‫ْ ُﻦ‬ ‫َ ْﻦ ُ َﻴْ ِﺪ‬ .‫ُ َﻔ &ﻘ ْﻬ ُﻪ ِ( ا &'ﻳ ِﻦ‬ ‫ا‬,ً ْ ‫َﺧ‬  ‫َﺳ ِﻤ ْﻌ ُﺖ ا‬ ِMaksud: Humaid bin Abd al-Rahman berkata bahawa aku mendengarMu'awiyyah memberi khutbah kepada kami dengan katanya: “Akumendengar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang Allah SWT kehendakimenjadi baik maka Allah SWT faqihkan dia terhadap agama.” (Al-Bukhari)Signifikan kepentingan pendidikan dalam Islam diperlihatkan secarajelas oleh Allah SWT melalui penurunan wahyu pertama, surah al-‘Alaqayat 1 hingga 4 di Timur Laut Masjidil Haram yang disebut sebagaiGua Hira’. Allah SWT berfirman: ََ ْ ِ ‫َ َ َ ا ْ َ َن‬ َ ََ َ ‫ِي‬ ‫ا‬ #ْ َ $ِّ ‫َار‬ ِ ْ ِ ْ‫َأ‬ ْ ‫ا‬ٍ * ِ َ (َ ْ) ِ َ ‫ِي‬ ' ‫َ ُم‬ َ % ‫َو َر‬ ْ‫َأ‬ ْ ‫ا‬ ‫ا‬Maksud: Bacalah (wahai Muhamad) dengan nama Tuhanmu yangmenciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 3darah beku; bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajarmanusia melalui pena dan tulisan.(Surah al-‘Alaq, 96:1-4) Al-Zuhaili (1991) ketika mentafsirkan surah ini berpendapat bahawamaksud ayat ini secara keseluruhannya menceritakan keadaan dankeupayaan manusia dari semua aspek sebenarnya adalah sangat lemah.Situasi ini hanya boleh berubah apabila potensi yang ada dalam dirimanusia itu digembeleng dan keupayaan manusia dipertingkatkan secarakonsisten dan bersepadu melalui aktiviti pendidikan. Aktiviti mencaridan memperolehi ilmu pengetahuan melalui medium pembacaan danpenulisan adalah sesuatu yang sangat disarankan oleh al-Quran. Senarioini sekali gus akan mewujudkan kesempurnaan terhadap perkembangandan pembentukan tamadun manusia. Jelasnya, pendidikan dalam Islam adalah satu proses mendidik danmelatih seluruh potensi yang wujud dalam diri manusia dengan kerangkaIslam yang bersepadu berasaskan prinsip wahyu. Oleh kerana sifatpendidikan Islam ialah menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawahautoriti wahyu, maka hujah rasional seperti keutamaan sains dankecanggihan teknologi atau apa sahaja yang diistilahkan sebagai suasanasemasa seperti masyarakat bermaklumat, globalisasi atau pemurnian ismeyang lama atau yang baru, wajib disesuaikan dan direncanakan mengikutprinsip pendidikan Islam yang asasnya adalah akidah Islam.OBJEKTIF DAN FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM ISLAMPendidikan dalam Islam mempunyai objektif dan falsafahnya yangtersendiri bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada umat.Untuk tujuan itu, objektif dan falsafah ini perlu dilihat, diperhalus,dan dihayati oleh guru khususnya guru Pendidikan Islam.Objektif Pendidikan dalam IslamUmumnya, objektif pendidikan adalah objektif hidup manusia keranapendidikan merupakan alat untuk manusia memelihara kelangsunganhidupnya. Justeru, objektif pendidikan dalam Islam adalah objektif hiduporang Islam (Hassan, 1997). Bagi al-Attas (1987), objektif pendidikanIslam adalah melahirkan manusia yang baik. Baik dalam erti kata

4 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammemiliki akhlak yang terpuji, iaitu manusia yang secara material danspiritual insaf terhadap tanggungjawab dirinya kepada Tuhan Yang Hak,manusia yang memahami dan menyelanggarakan penunaian keadilanterhadap dirinya dan orang lain dalam masyarakatnya, yang terusberupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaansebagai insan adabi, iaitu insan yang sentiasa berusaha menanamkankualiti kebaikan yang diterima dalam seluruh aspek kehidupan. Kenyataanini adalah berasaskan perjanjian rohaniah yang dibuat secara kolektifantara individu dengan Tuhannya sebelum dilengkapkan dengan bentukjasmaniah. Perjanjian tersebut merupakan pengakuan manusia padapertanyaan Allah SWT ketika di alam roh sebagaimana firman Allah SWT:ْ +ُ ,َ -َ .ْ َ‫َوأ‬ ْ ‫ ْن‬-ُ َ‫أ‬/َ 0ِ‫<َّر‬,‫ ُْذ‬-ِ ْ.َ ِ+ِ‫=ر‬2َ َ-ُ 3ُ‫ا‬2ُ: ِْ ‫آ َد َم‬ 6ِ َ ِْ َ % ‫ َر‬7َ َ َ ْ‫ذ‬8‫ َم‬2ْ َ9 ‫ا‬2ُ:2(ُ ;َ L َْ >ُ ِّ َِ ?ُ ْ ‫أ‬ Cَ َ ِEFَ َ َ Aُ Bْ @َ Kَ (ِ ْ)‫ا‬ Dَ ِ :@ ْ -ِ ِ ‫ا‬7َ +َ ْ Gَ H#ُ <ِ‫ِ إ‬Jَ Maksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan Kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (Surah al-‘Araf, 7:172) Ayat ini secara jelas memperlihatkan hubungan kerohanian antaramanusia dan Tuhan sejak daripada alam roh lagi, iaitu pengakuan semuaroh tentang pencipta yang menciptakan mereka dengan memperakukanAllah SWT sebagai pencipta dan kepada-Nya ditujukan segala keyakinandan ketaatan.Falsafah Pendidikan dalam IslamUmumnya, falsafah pendidikan adalah gambaran kepada kepercayaan,keyakinan atau pandangan hidup individu atau masyarakat yang terlibat

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 5dalamnya. Pembentukan Falsafah pendidikan bertujuan menyediakankerangka dasar (frame work) bagi pemantapan cita-cita dan tujuanpendidikan, kriteria dalam memilih kurikulum pendidikan, dan dasardalam menilai tingkat pencapaian tujuan pendidikan tersebut. Hassan(1997) berpendapat, falsafah pendidikan yang betul dan menyeluruhakan membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang penuh denganunsur yang padu dan dengan tujuan yang jelas. Falsafah pendidikan yangberguna harus lahir dari lingkungan dan keadaan insan, dari agama dankebudayaan, dari kesatuan dan kepelbagaian, dari masalah dan kesulitan,dari diagnosis dan peribadi, dari titik kelemahan dan kekuatan insantanpa tekanan atau paksaan. Beliau merumuskan fungsi asas falsafahpendidikan kepada sembilan perkara, iaitu memahami sistem pengajaran,menganalisis konsep dan istilah pendidikan, mengkritik andaian danfakta pendidikan, membimbing asas pendidikan, menyerap perubahandasar, membimbing pembentukan falsafah guru, membangkitkan dialogdan persoalan, menghapuskan pertentangan pendidikan dan akhir sekalimengemukakan rancangan baharu. Falsafah Pendidikan Islam sebagaimana diutarakan oleh KementerianPendidikan Malaysia (KPM) dalam mukaddimah kurikulum PendidikanIslam adalah seperti berikut:Falsafah Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untukmenyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkanal-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadiandan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT untuk membangundiri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikandi dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.(KPM, 1987) Aspek penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Islamialah melahirkan pelajar yang memiliki sikap, kemahiran, keperibadiandan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT, iaitu hamba yanghidupnya serta segala kegiatan hidupnya itu, dalam segala bidangkeahlian dan kemahiran serta segala sikap dan keperibadian hendaklahdiolah dalam acuan ibadah dan ubudiah (pengabdian) kepada Allah SWT.Kaedah yang diimplementasikan pula hendaklah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala ikhtiar secara berterusan, dalam usahamenyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan

6 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamal-Quran dan sunnah. Hal ini demikian kerana tujuan pendidikan Islamadalah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negarake arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat(Haron et al., 1988).PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIASistem pendidikan Islam di Malaysia merupakan pelopor kepada semuasistem pendidikan yang pernah wujud di Malaysia (Abdullah, 1995;Ahmad, 1997; Sufean, 1996). Pendidikan Islam bermula sebelum abadkedua puluh dipercayai berkembang bersama-sama penyebaran agamaIslam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan di kepulauanMelayu pada abad ke-14 masehi. Perluasan empayar kesultanan MelayuMelaka, Riau dan Brunei pada abad ke-15 masehi turut membantumengembangkan aktiviti pendidikan Islam (Sufean, 1996) sehinggake negeri-negeri di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganupada abad ke-16 masehi dan ke negeri-negeri Utara Tanah Melayu padaabad ke-19 masehi (Abdullah, 1995). Aktiviti pendidikan Islam padaketika itu berlaku di rumah tuan guru serta di masjid (Abdullah, 1995;Sabri, 1983; Sufean, 1996). Kurikulumnya tertumpu kepada pengajianal-Quran (Sabri, 1983) dan perkara asas dalam akidah seperti zat AllahSWT, sifat Allah SWT dan kemuliaan Allah SWT; syariat seperti hukumberkaitan solat, puasa, haji, dan perkara yang berkaitan dengannya sepertibersuci; dan pembelajaran akhlak seperti ilmu dan kisah yang bolehmendatangkan pengajaran serta menambah ilmu pengetahuan (Ahmad,1997). Permulaan sistem pendidikan Islam secara sistematik adalah melaluiinstitusi pendidikan yang dikenali sebagai “sekolah pondok” (Sufean,1996). Penubuhannya berikutan kesedaran dan minat masyarakat Islamterhadap pendidikan Islam semakin bertambah. Kurikulum sekolahpondok dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama, peringkat rendahmembabitkan mata pelajaran seperti membaca, menulis, al-Quran sertakemahiran jawi. Peringkat kedua membabitkan mata pelajaran sepertiilmu Tauhid, ilmu Tafsir, Hadis, Fiqah, Bahasa Arab, Tasawuf, danFalsafah Islam (Abdullah, 1995; Hassan, 2002; Ibrahim, 1996; Ismail,1993). Sesetengah pengkaji berpendapat, kurikulum di madrasah atausekolah pondok sudah melangkaui mata pelajaran fardu kifayah sepertiilmu Matematik, Geografi, ilmu Sains, dan ilmu lain yang difikirkan

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 7dapat membantu para pelajar mendapat pendidikan yang sempurna(Ahmad, 1997). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakaidi institusi tersebut terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kaedah syarahan(kuliah), kaedah hafalan, dan kaedah halaqah. Kaedah-kaedah inidiindoktrinisasikan daripada kaedah pengajaran yang menjadi amalanRasulullah SAW, para sahabat, dan ulama silam. Antara sekolah pondokyang masyhur dan pernah wujud di Tanah Melayu ialah Pondok PasirTumbuh yang ditubuhkan oleh Haji Yunus bin Awang Buang, PondokKenali Kubang Kerian yang ditubuhkan oleh Haji Awang MuhammadYusuf bin Ahmad juga dikenali dengan Pondok Tok kenali, PondokBunut Payong yang diasaskan oleh Haji Abdullah Tahir bin HajiAhmad, dan lain-lain lagi (Abdullah, 1995). Ringkasnya, pendidikanIslam melalui struktur dan sistem pengajian pondok ini sudah mulamemperlihatkan perkembangan yang lebih komprehensif, dinamik, dantersusun sekali gus menjadi dasar kepada penubuhan sekolah agamamadrasah. Pada era penjajahan, tradisi pengajian pondok berjalan terus sepertizaman sebelumnya (Abdullah, 1995). Secara positif, tekanan yangditerima pada zaman penjajahan seperti penubuhan sekolah pendakwahKristian yang berorientasikan sekular, penubuhan sekolah berbentukvernakular (pendidikan berasaskan bangsa) dan penubuhan sekolahInggeris serta segala peristiwa yang berkaitan dengan penubuhan institusitersebut semakin menyemarakkan lagi perkembangan pendidikan Islamdi Malaysia. Awang (1980), Sabri (1983), dan Sufean (1996) menyebut,sekumpulan tokoh agama Islam dikenali sebagai kaum muda mengambilinisiatif daripada pengalaman penjajahan untuk menaiktarafkan sistempendidikan yang sedia ada kepada yang lebih sistematik. Kumpulanyang dikenali kaum muda ini bertindak menubuhkan sekolah agamamadrasah atau juga disebut sekolah Arab. Sekolah Arab ialah institusiyang mempunyai ciri, sistem, struktur, dan kemudahan infrastrukturyang diadaptasi daripada institusi pendidikan yang diasaskan penjajah,di samping mengekalkan tumpuan kurikulum kepada subjek yangberasaskan agama Islam seperti yang diamalkan di sekolah Pondok.Bermula dari gerakan kaum muda, perkembangan sekolah agamaMadrasah semakin meluas khususnya pada tahun 1920-an hingga1940-an merangkumi seluruh pelusuk Tanah Melayu. Penubuhan danperkembangan institusi pondok dan madrasah bukan sahaja memberisumbangan besar kepada perkembangan pendidikan Islam bahkan

8 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammeninggikan status dan kedudukan lulusannya pada pandanganmasyarakat Islam sebagai seorang yang berilmu tinggi. Hal ini seterusnyamenjadikan mereka golongan yang mendapat penghormatan selayaknyadalam kalangan masyarakat. Pendidikan Islam sekali lagi melalui anjakan paradigma apabila AktaPelajaran 1961 diwartakan. Akta pelajaran ini dibuat berikutan berlakureformasi pada sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan beberapasistem baru yang dibuat berdasarkan Laporan Razak 1956 dan PenyataRahman Talib 1960. Dalam kedua-dua penyata tersebut, pendidikanIslam dibicarakan untuk diletakkan “bersama” dalam sistem pendidikankebangsaan. Akta Pelajaran 1961 memasukkan mata pelajaran agamaIslam dalam jadual waktu dengan peruntukan masa sebanyak 120 minitseminggu dan selanjutnya mewajibkan semua pelajar agama Islammengambil mata pelajaran Agama Islam (LJKMDP, 1988). AktaPendidikan 1961 kemudiannya digantikan Akta Pendidikan 1996bertujuan menyediakan sistem pendidikan yang relevan, mantap sertamemperluaskan skop pendidikan negara. Akta ini meliputi semua kategorisekolah kecuali sekolah antarabangsa dalam sistem pendidikan kebangsaan.Melalui akta ini semua sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasakebangsaan sebagai bahasa pengantar, satu kurikulum, dan peperiksaanyang sama (Adnan, 2003). Jelasnya, selepas negara memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957,dasar mengenai pendidikan Islam di Malaysia mula dibentuk secara jelasdan berperingkat. Dasar tersebut boleh didapati melalui dokumen tertentu(Adnan, 2003) seperti Perlembagaan Malaysia. Contohnya, dalam perkara3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan: Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perlembagaan Persekutuan, 1988) Manakala dalam Seksyen 50(1), Akta Pendidikan 1996 pulamenyatakan: Jika dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 9diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh PihakBerkuasa Negeri.(Seksyen 50(1), Akta Pendidikan, 1996) Manakala dalam Seksyen 52 pula menyatakan dengan lebih terperincitentang pendidikan pengajaran agama:Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan oleh Menteripatut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh diberikandaripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatupendidikan Islam yang tidak diselengarakan oleh Menteri di bawah aktaini atau oleh kerajaan sesuatu negeri dan yang ialah institusi pendidikanmengikut pengertian akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikianhanya kerana pengajaran di insitusi ini adalah terbatas kepada pengajaranagama Islam semata-mata.(Seksyen 52, Akta Pendidikan, 1996) Dasar mengenai pendidikan Islam juga diperolehi daripadaKeputusan Mesyuarat Jemaah Menteri seperti Keputusan MesyuaratJemaah Menteri Bil 353/1357/82 berkenaan bantuan buku teks kepadaSekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Selainitu, Adnan (2003) mengatakan Akta Pendidikan 1996 juga menggariskanperaturan mengenai kurikulum kebangsaan. Dalam hal ini, pendidikanIslam dijadikan mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah danmenengah. Peruntukan waktu di kedua-dua peringkat juga ditambah60 minit, iaitu dari 120 minit seminggu kepada 180 minit seminggubagi peringkat rendah dan 140 minit seminggu bagi peringkat SekolahMenengah Rendah (termasuk 1 waktu amali) (Adnan, 2003; LJKMDPK,1988). Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1987ialah satu langkah yang baik ke arah pembaikan sistem pendidikansecara keseluruhan (Adnan, 2003). Zainal Abidin (1995) mengatakan,pendidikan yang dinamik haruslah sentiasa disesuaikan dengan perubahandunia. Pendekatan, kaedah, dan amalan yang lebih berkesan dalampendidikan perlu dimantapkan sesuai dengan keperluan semasa danhasrat negara. Hassan (1997) berpendapat bahawa falsafah pendidikanadalah himpunan prinsip, kepercayaan, konsep, andaian, dan premis

10 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamyang ada hubungan erat dengan amalan pendidikan yang ditentukandalam bentuk lengkap melengkapi, bertalian, dan selaras. Falsafahberfungsi sebagai teladan dan pembimbing bagi usaha pendidikan danproses pendidikan dengan seluruh aspeknya serta bagi politik pendidikandalam suatu negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah: Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (FPK, 1987) Matlamat pendidikan negara berdasarkan FPK (1987) secaraumumnya adalah untuk melahirkan perkara seperti berikut:(1) Pelajar yang percaya kepada Tuhan.(2) Pelajar yang berilmu pengetahuan.(3) Pelajar yang berakhlak mulia.(4) Pelajar yang berketerampilan.(5) Pelajar yang memiliki sahsiah yang baik.(6) Pelajar yang seimbang, dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.(7) Pelajar yang berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambah kemakmuran masyarakat dan negara.(8) Pelajar yang setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra antara insan di samping memupuk perpaduan masyarakat Malaysia. Dalam konteks perkembangan pendidikan Islam, FPK dilihatmemenuhi aspirasi pendidikan Islam apabila meletakkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan kepadasegala aktiviti pendidikan. FPK juga menjadi rujukan dalam penetapandasar pendidikan termasuk pendidikan Islam (Adnan, 2003). Tajul Ariffin(1995) dalam membicarakan perkembangan pendidikan Islam di

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 11Malaysia berpendapat kesan yang ketara daripada perkembanganpendidikan Islam di Malaysia ialah kurangnya pengaruh sekularismedan pendidikan yang bersifat dualisme. Sebaliknya, pendidikan negarakini adalah bersepadu di mana ilmu wahyu merupakan teras kepadasemua kurikulum. Selain itu, persoalan akidah juga diberi penekananistimewa. Setiap komponen pendidikan seperti kurikulum, pengukurandan penilaian dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan akidahkepada Allah SWT. Matlamat pendidikan untuk membina akhlak jugaditerima. Dengan ini pendidikan seharusnya berperanan untuk membinaakhlak ke arah pembangunan manusia sebagai insan yang berperanansebagai khalifah di muka bumi ini. Sehingga kini, pendidikan Islam diajar di semua peringkatpembelajaran. Sistem pendidikan Islam di negara ini merujuk kepadatiga bentuk pendidikan Islam. Pertama, kurikulum pendidikan Islamseperti yang diajarkan di sekolah kerajaan. Kedua, kewujudan SekolahMenengah Kebangsaan Agama (SMKA). Bentuk ketiga ialah penyelarasanpeperiksaan sekolah agama melalui peperiksaan Sijil Tinggi AgamaMalaysia (STAM). Hampir semua sekolah lain sama ada Sekolah AgamaNegeri (SAN) atau Sekolah Agama Rakyat (SAR) mengadaptasi salahsatu dari ketiga-tiga bentuk di atas atau kesemua sekali (Adnan, 2003). Jelasnya, pendidikan Islam masa kini boleh dinikmati dengan bebasoleh semua pihak tanpa mengira status quo bahkan pada kebanyakankeadaan, pendidikan Islam dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan yayasan yang ditubuhkan (Ibrahim, 1995). Selainkemajuan pada perkembangan pendidikan Islam, senario ini juga turutmempengaruhi mata pelajaran lain. Nilai murni yang berasaskan akidahdan syariat Islam diserapkan ke dalam semua mata pelajaran serta aktivitipembelajaran dan pengajaran agar setiap mata pelajaran dapat sama-samamendokong cita-cita FPK dan sekali gus membantu mendokongpembangunan pendidikan Islam. Reformasi terhadap pendidikan Islamakan terus dilaksanakan walaupun perkembangan pendidikan Islam dinegara ini kelihatan stabil. Kewujudan dan perkembangan pendidikanIslam sentiasa diawasi dan diperbaharui pada semua peringkat dankeadaan, dari semasa ke semasa, pada teknologi pengajaran dan corakpembelajaran bagi memastikan tahap relevan dan kesinambungannyasesuai dalam menghadapi dan menyerap impak globalisasi. Falsafah Pendidikan Islam yang dibentuk selari dengan aspirasi FPKialah dasar kepada pembentukan kurikulum pendidikan Islam ke arah

12 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammencapai maksud dan matlamat pendidikan dalam Islam. Meskipunpendidikan Islam di Malaysia dilihat dari sudut perkembangannyasehingga kini berada di zon selesa, namun adalah sangat perlu bagisekalian pendukung pendidikan Islam sentiasa berusaha mencipta inovasidan mempelbagaikan kreativiti dalam usaha mempertingkatkanpencapaian dan keberkesanan pendidikan Islam. Suasana yang kondusif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaranperlu sentiasa diawasi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Kepekaan kerajaan terhadap kebajikan golongan pendidik sehingga kiniamat memberangsangkan. Walau bagaimanapun, kemudahan daninsentif yang diwujudkan oleh kerajaan tidak seharusnya diletakkansebagai keutamaan dalam melaksanakan amalan pendidikan. Ikhlas,sabar, dan syukur ialah item utama dalam Islam yang mesti dijiwaioleh para pendukung pendidikan Islam. Al-Ghazali (1939) dalammembicarakan hakikat sabar berpendapat bahawa sabar adalah dorongankeagamaan yang akan berhadapan dengan dorongan nafsu terutamaketika menghadapi ujian kehidupan kerana sebab kebahagian di duniadan di akhirat. Sabar berlaku dalam tiga keadaan:(1) Golongan yang dorongan keagamaannya (sabar) mengatasi dorongan hawa nafsu. Lazimnya, hal ini berlaku pada golongan yang imannya kuat dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT yang jumlahnya adalah sedikit.(2) Golongan yang dorongan keagamaannya tunduk kepada dorongan hawa nafsu. Hal ini pula lazimnya berlaku pada mereka yang lalai dan amalannya sentiasa mendapat kemurkaan Allah SWT yang jumlahnya adalah yang terbanyak.(3) Golongan yang kedudukannya bergantung kepada kuat atau lemahnya iman pada ketika menghadapi ujian.Kadang kala dorongan keagamaan mengatasi dorongan hawa nafsu dankadang kala tunduk terus kepada dorongan hawa nafsu. Kadang kaladalam satu ujian pada sesetengah keadaan, dorongan keagamaanmenguasai nafsu dan pada masa yang sama hawa nafsu juga mendorongkepada memenuhi kehendaknya. Golongan ini gemar mencampuradukan perbuatan baik dengan perbuatan jahat sebagaimana yangdisebut pada firman Allah SWT:

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 13‫و َن‬,ُ 0ِ ُ9 Mِّ ِ Nَ ْ)‫َوا‬ ِ ‫ة‬Kَ ‫ا‬Xَ,َْ Pَ ‫)ْا‬Jَِ َH0ْ ِ‫ز‬-ُ ‫ َن َر‬2ُ ,ْ َ9 َ 9ِ ‫ ا‬Qَ َ َ َ Aْ َB Rْ ِ Sْ ‫َوا‬Qْ Tِ ُU V‫َ َو‬KْBW% ‫ةِ ا‬ ‫ َن‬aَ ‫اهُ َو‬2َ +َ ,ُ 0ِ ُU ْ -ُ ْHGَ ‫َك‬ Hَ ْKGَ ,ُ Nْ ;َ V‫ ُ[ َو‬-َ \ْ ‫َو‬ Qَ bَ ;‫َوا‬ َ<ِ #ْ ِ‫ْ ذ‬ Gَ [ُ bَ ْ َ Hَ ْ Aَ cْ َ‫َ ْ أ‬ d ^ً ُ Eُ ‫أَ ْ` ُ ُه‬ Maksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah al-Kahfi, 18:28) Jelasnya, amalan sabar ialah suatu yang nampak mudah tetapi beratuntuk dilaksanakan. Salah satu kaedah untuk memupuk sifat sabar agarmenjiwai diri insan adalah dengan menanamkan rasa syukur. Al-Ghazali(1939) berpendapat, syukur ialah suatu konsep yang tersusun daripadailmu, hal dan amal. Ilmu bermaksud mengenal nikmat dari yang memberinikmat dan ilmu mewariskan hal keadaan. Hal bermaksud kesenanganyang diperolehi daripada kenikmatan tadi. Amal pula bererti tegak berdiridengan apa yang menjadi maksud yang memberikan nikmat dan yangdisukai Allah SWT. Amal bergantung kepada hati, lisan, dan anggotabadan seseorang. Dari sinilah lahirnya rasa syukur, iaitu menerima sesuatunikmat dalam keadaan amat menyedari dan amat memahami hal Pemberinikmat, dan seterusnya berterima kasih dengan beramal mengikutkehendak Pemberi nikmat tersebut berserta dengan niat dan rasa. Untukmendapatkan rasa sabar dan syukur ini tidak boleh tidak pendidik mestimenanamkan niat yang ikhlas dalam segala amalan pendidikannya. Al-Ghazali (1939) menjelaskan, ikhlas boleh diperoleh dengan membersihkandiri daripada sifat mengutamakan kepentingan diri dan hal keduniaandalam segala amalan. Hati mesti sentiasa menjurus kepada kepentinganakhirat dan keredaan Allah SWT kerana ikhlas bermaksud membebaskandan membersihkan perasaan dan jiwa daripada terikat dengan perkara

14 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamselain daripada kerana Allah SWT (Ismail Kamus, 1994). Oleh keranaitu, untuk memperolehi sifat ini, pendidik mesti senantiasa berpegangdengan ayat al-Quran yang menceritakan tentang hakikat beramaldan hakikat kehidupan seperti firman Allah SWT:ٌ ُf >َ َU‫َو‬ ْ >ُ َHْgَ Aٌ lُُ ْ)Aَ‫;َا‬h‫ ََو‬Jٌmَ َH0ِْ‫ َأوَز‬n2ٌ ٍ -ْ َْ:K‫َو‬cَ hٌ oِ ِNَpَ)iَ #ََKْBWِ%‫د‬V‫َ ْوةُ ا‬K$َXْ ‫ا َوا‬ iَ Bَ@ ‫ا‬2iُ َ ْ‫ا‬jُ Kِ-َ9 ُk [ُ ُU َbBَ ‫َر‬ ‫ا ِل‬2َ `ْ $‫ا‬ rِ,ٌ 9,ِ .َ ‫ا ٌب‬7َ َ ِ‫َة‬ ِ t‫ ا‬uِ ‫َو‬ ُ‫ة‬ ً Tَ vُ ‫ ُن‬2>ُ َ9 kُ ‫ا‬w Aَ xْ `ُ ‫ا ُه‬yَ َ zَ~ ِ‫ ُور‬Pُ ْ)‫ُع ا‬ َ/َ Vِ‫َ إ‬KْBW% ‫ا‬ َKXَ ْ ‫َ ا‬ ‫ا ٌن َو‬2َ |ْ ِ‫َةٌ ِ َ ا}ِ َور‬ ِAPْ َ ‫َو‬Maksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itutidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainandan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga(bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengankelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumbamembanyakkan harta benda dan anak pinak; (semua itu terhadwaktunya) samalah seperti hujan (yang menumbuhkan tanaman yangmenghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepadakesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masatertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya iamenjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) diakhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanyamengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besarserta keredaan dari Allah SWT (disediakan bagi orang yang mengutamakanakhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan ini tidak lain hanyalahkesenangan bagi orang yang terpedaya. (Surah al-Hadid, 57:20)Ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:ِ}ِ ْ -ُ Hَ 9ِ‫د‬ ‫ا‬2xُ َ ْ َ‫َوأ‬ ِ} ِ ‫ا‬2iُ xَ /َ Gْ ‫ا َوا‬2•ُ َ Sْ َ‫ا َوأ‬2ُ َU َ 9ِ ِ „‫و)َا‬Vُ …َEِ ‫إ‬† iً K€ِ َ ‫أَ ْ\ ًا‬ Dَ ِHِ •ْ iُ ْ :‫ا‬ }ُ ‫ُ ْ• ِت ا‬9 ‫ َف‬2ْ َ ‫َو‬ Dَ ِHِ •ْ iُ ْ :‫ ا‬Qَ َ َ

Pendidikan dalam Islam dan Pendidikan Islam di Malaysia 15Maksud: Kecuali orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) danmemperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegangteguh kepada Allah SWT, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlaskerana Allah SWT, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang yang beriman (di dalam syurga); dan Allah SWT akanmemberikan orang yang beriman itu pahala yang amat besar.(Surah al-Nisa’, 4:146) Rangkaian sabar, syukur, ikhlas, dan lain-lain sifat mahmudahmenurut al-Ghazali (1939) hanya boleh diperoleh melalui kekuatanmakrifah (iman) kepada Allah SWT. Kekuatan ini yang akanmenggerakkan tingkah laku manusia supaya sentiasa patuh dan tundukmenepati tuntutan akidah. Akidah inilah yang akan menjadi paksi kepadakeseluruhan amalan pendidikan Islam sekali gus mengawal segala gerakdan aktiviti hidup pendidik demi perkembangan dan kemajuanpendidikan. Penghayatan kepada faktor ini dapat melahirkan nilaikebaikan yang tinggi dan kebahagiaan yang mutlak selaras dengankehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, persoalan berkaitankeberkesanan pendidikan akidah perlu sentiasa dilihat dan dibuatpenilaian walaupun agak sukar ditentukan kerana dipengaruhi nilai,pengalaman dan kecenderungan peribadi. Apatah lagi matlamatpendidikan Islam adalah luas mencakupi persoalan hidup di dunia dandi akhirat.RUMUSANSecara ringkas, bab ini membincangkan dengan tuntas definisi pendidikandalam Islam dari segi bahasa dan istilah sebagaimana yang dijelaskanoleh tokoh pendidikan Islam seperti Muhammad Qutb, al-Attas, danal-Zuhaili. Selain itu, bab ini juga mengupas objektif dan falsafahpendidikan dalam Islam sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islamserta huraian tentang sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia,iaitu bagaimana pendidikan Islam ini dimartabatkan dalam sistempendidikan kebangsaan melalui FPK dan dijadikan teras dalam semuaaktiviti pendidikan. Kesinambungan daripada bab ini, perbincangan berikutnya akanmenumpukan kepada definisi akidah Islam, huraian akidah dalampendidikan Islam, dan akidah Islam dalam Pendidikan Islam di Malaysia.



AKIDAH ISLAMPENGENALANAsas kepada pembangunan seorang manusia ialah akidah. Akidahmencorak pandangan semesta seorang manusia ini menjadi pemangkinkepada perkembangan bidang yang lain dalam pembangunan manusiawi.Justeru, Bab 2 ini membincangkan konsep akidah Islam, akidah dalampendidikan Islam, dan akidah dalam pendidikan Islam di MalaysiaKONSEP AKIDAH ISLAMSecara umumnya, umat Islam di Malaysia ialah penganut fahaman akidahaliran Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah (Said, 1997) dan turut mempengaruhibidang kehidupan. Lantaran itu, pendidikan Islam di Malaysia jugaadalah berdasarkan aliran Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah ini (Mudasir,1998). Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah bermaksud mereka yang berpegangdengan al-Quran dan sunah dalam fahaman akidah serta melazimkankedua-duanya dalam perkataan dan perbuatan mereka. Menurut Abdul Shukor (1987), aspek penting dalam Ahli al-Sunnahwa al-Jamaah ialah penerimaan dan keyakinan penuh mereka kepadaNabi Muhammad SAW dalam menyampaikan ajaran Islam danmendidik penganutnya. Mereka yakin dan percaya, sesungguhnya NabiMuhammad SAW memperhalusi ajaran kepada umatnya khususnyaaspek berkaitan akidah.

18 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah adalah berasaskan dalil naqli(al-Quran dan hadis), sekalian para sahabat, para tabiin, pendapat salafal-Soleh dan dalil aqli, iaitu melalui logik dan rasional pemikiran manusia(Haron et al., 1988; Nasir, 1993; al-Sabiq, 1976; Said, 1996; Yasin, 1991).Contoh dalil naqli adalah seperti firman Allah SWT: ‹ ‫ˆةَ ِ ِ ْ‡ ِي‬x:‫ َوأَ ِ ِ ا‬‰ِ ,ْ bُ Gْ Eَ َ<@َ Vِ‫ إ‬Šَ َ ِ‫ إ‬V }ُ ‫ َ@<َ ا‬6ِ <ِ‫إ‬ Maksud: Sesungguhnya Akulah Allah SWT, tiada Tuhan, melainkan Aku. Oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku. (Surah Taha, 20:14) Firman Allah SWT dalam ayat yang lain menjelaskan: ‫ـ‬iGَ ‫ ْ ِش‬Nَ ْ)‫ْ َ• َن ا}ِ َر ِّب ا‬b ُ َE َU,َ َ Aَ َ) }ُ ‫ ا‬Vِ‫ إ‬Jٌ -َ ِ :‫ آ‬iَ ِ-Kِz ‫ َن‬Žَ 2ْ َ: • ‫ َن‬2Aُ xِ َ9Maksud: Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dariAllah SWT, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka(bertauhidlah kamu kepada Allah SWT dengan menegaskan): MahaSuci Allah SWT, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy, dari apa yang merekasifatkan. (Surah al-Anbiya’, 21:22)Selain al-Quran, hadis Nabi juga menjelaskan tentang akidah Ahlial-Sunnah wa al-Jama‘ah. Misalnya sebagaimana yang dijelaskan dalamsebuah hadis panjang yang menghuraikan tentang Islam, iman, dan, Ihsan(al-Bukhari, 1997: 48; Muslim, 2001: 9):‫َذا َت‬  .ِ ‫ا‬ ‫ْ ُﻦ ِﻋﻨْ َﺪ َر ُﺳﻮ ِل‬3َ ‫ْﻨَ َﻤﺎ‬4َ‫ﺑ‬ ‫ﻠََﻴْﻄ َﻨﺎﺎ ِبَر ُﻗَﺟﺎ ٌ َﻞل‬6ْ ‫ا َﻋ‬ ‫إِ ُ ْذ َﻤ َِﺮﻃﺑﻠَْ َِﻊﻦ‬ ‫َﻋ ِﻦ‬‫َﺳ َﻮا ِد‬ ‫َﺷ ِﺪﻳ ُﺪ‬ ‫&ﻴَﺎ ِب‬:‫َﺷ ِﺪﻳ ُﺪ َ َﻴﺎ ِض ا‬ ‫ﻳَ ْﻮ ٍم‬

Akidah Islam 19ُ‫ﻢﺖﻪﻪملﺲ‬Z‫ََُِِْهﻢﺖﻢن‬.ََُ‫ََﻗﻋَﻘوَﺳْ[ﺬأَﺎََﻴﺮُ„ﻠَﻳْﻼِﻠِْﻢا‬tُِْْ‫ﺘَْﺄﻨَُﻗَﻓﺘََﻞﻗََِﻹﻬﺑَِْوَُﺎﻪََوﻦْﺟﺎﺄﺧَِْﻄَﻗُﺗُُﺨرﺳﻠَِلُﺗَْﻠﻌ‬tُ‫ِﻓﻪَُﺳﺎ‬‫ْﺪﻳ‬F‫&َِ•نﻬا‬R‫اﻨَْﺎَرﺒِِدِﺋ‬‫ََﺣَََﺴﺎﺘُﺼل‬s‫َﻗو…َُْْﺎﺔنَُْﺗﻴَﻢ‬tُ.‫َُُِْﻪِﻢﻣ‬cِ‫َولاإ‬.‫(ْﻤُ^اَنَاﺣﺘِْﻔْﻮاَﻦﺖ ِﻴٌْﻪَُِْﺖﻷَﺪ‬tُ‫ﺴلَُاﻣﻗََْﻛُﺌ‬ƒَْ&‫َلَُﺄََِْﺈﺪِأﻠﻴ‬cَ‫ﻣَُْﻼهُﺳﺿاَُﻨﻮﺋَﺗَِﻤَْْﺻﺎَنﻮُيﻊَﺴﻌِﻓ‬n‫وَﺎََُْ^رولﺪََُْﺮرﻢﺞَُاْاَِﺳِنرﻮ‬g‫ﻣَُ•ﺗََُﻪََأ‬eَُ‫ﺎَِﻪوََﺎلًَِﺮَﺪﻚﻄأﻗََلَلﻓَُاﺎوﺎﺗََو‬.َِ‫ﻴﻘْﺎﻗْﺘََُﻤﻌهِﺮَﻨﺎ‬w‫ﻗََنََﻤﺗﻧَ&ﺒَْﺎ‬Uََ\َW‫وُرﻼَﺸنَرََﻦَﻋَُِﺎَﻌﻀﺗوِمْﻞﻛِﻻﺎَﺔﺑِﻛُِءَﻬَُﺒَﺎَِأ}َﺎَﺠ‬W‫ََﺎ‬.َِ‫ِِﻣ[َﻳﺎَﺎه‬g,ََِ‫َﺴﻣأ‬O‫ْْلاْﺆَِوْﺳﺮ‬Š‫ﻦﺎِإَِِءﻹََﺗِﻔُﺧَاﺟأَََر‬.‫ْاَْﺪاﻌﻧﺎﺼﺖﻦِرأﻴََْﺒَُُِْرﻪﻮﻦَاِلﻪَْ‡نَﻗَْْﺴُﺪما‬Uَََ‫َ~ﺒَلﺈَُِﻗ‬Zََ‫ﻟﻟََِْﻗْﺎﻢﺗَْﻛَََُﻻﻘﺮﺔﻓ‬Z‫ََُِِ„ُرْإأِﺎﺪ[َﺎَْلﻗونَﺛ‬Z‫ََْﻦﻗﻟَﺎﺪﺧَِْ^ِﺻةِْﻪَ[ﺎأَنَِﻌﺑ‬jََِْ[‫ﻳﻓﺧﻋَﺳﺎﺰةَﺄُِﻣَِِﻢﻠْﻠَﻨَََﻤإِﺧ َاﺎْل‹ﻴﻴ‬gََْْ‫َﻗِاىََنﻓُوَﻌﺖﺎأَْْلَﻋﺄﺗاﻓََََُِﺮﻹﺄﻗََﻠَْلﻻﺆا‬lَُ‫َُْﻟﺪأنْﺎَل‬َ‫ُُﺎْ&ﺳﻓَﻻَﺋَﻴِْﻔََُكﻵﺣوﺪﻠَﻮﺎ\ًﺗََُِﻳِﺒُُِﻞةََﻗﺧَأَْﺆﻼﻤﺴﺜ^َُْﺎﺮِْاﺮﺎِﻦﻗ‬Zqِˆ‫ﻄَِﺧُﺼﻪﻪﻦَا_ىاََْﻮﻠِﻌَلَﻳَاَِواْ[ْمَِﺮﻼﻳَََْﺸﻖﺮَِِﺳرﺎةَااﺴِﻹََْﻬ‬.rْ‫َﺎﻦُْﺸ‬Oْ‫ْﻧْن‬rَ‫ﺈاَََِﺮْﻗ‬Žْ‫ااااإإِِأﺗََﻓﻓََََِووﻣََﺄ‬Maksud: Umar bin al-Khattab RA berkata bahawa suatu hari ketikakami duduk dekat Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan kamiseorang lelaki yang pakaiannya putih bersih, rambutnya hitam yangpada dirinya tidak terlihat bekas perjalanan jauh dan tak seorang punantara kami yang mengenalinya hingga dia duduk berdekatan NabiSAW. Lalu dia menyandarkan lututnya pada lutut Baginda dan meletakkantelapak tangannya di atas kedua peha Baginda seraya berkata: “WahaiMuhammad! Beritahukanlah kepadaku tentang Islam.” Maka NabiSAW menjawab: “Islam ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selainAllah dan bahawa Muhammad ialah Rasulullah, engkau mendirikan

20 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam solat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadan dan menunaikan haji jika berkemampuan.” Orang itu berkata: “Engkau benar.” Kami menjadi hairan kepada orang itu kerana dia bertanya dan dia juga membenarkannya. Lalu dia bertanya lagi, “Beritahuku tentang iman.” Baginda SAW menjawab: “Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah SWT, malaikat, kitab, rasul-Nya, hari akhirat, serta beriman dengan qadak dan qadar Allah SWT yang baik dan yang buruk.” Orang itu berkata: “Engkau benar.” Dia bertanya lagi: “Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan itu?” Baginda menjawab: “Kamu menyembah Allah SWT seakan-akan kamu melihat-Nya, maka jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” Dia bertanya lagi: “Bilakah hari akhirat itu?” Baginda menjawab: “Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Dia bertanya: “Lalu khabarkanlah kepadaku tentang tandanya?” Baginda menjawab: “Apabila seorang budak melahirkan (anak) tuan-Nya, dan kamu melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang, miskin, penggembala kambing, namun bermegah-megahan dalam membina bangunan.” Kemudian dia bertolak pergi. Maka aku masih hairan, kemudian baginda bertanya: “Wahai Umar! Apakah kamu tahu siapa penanya tersebut?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.” Baginda bersabda: “Itulah Jibril, dia datang untuk mengajarkan kepadamu tentang pengetahuan agamamu.” (Al-Bukhari) Dari sudut literal, akidah berasal daripada kata dasar bahasa Arab,iaitu ‘aqada bermaksud simpulan atau ikatan yang merujuk kepada sesuatuyang teguh dan mantap (Ibrahim, 1972). Akidah juga sebagai perlakuanyang berasaskan persetujuan dan keyakinan diikuti dengan qasad, azam,dan niat (Ibrahim, 1982), iaitu simpulan maknawi yang terkhusus dalamideologi dan kepercayaan (Sulaiman, 1985). Boleh juga membaawamakna sebagai iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah SWT dansegala yang terkandung dan bersabit dengan rukun iman (Johari, 1998). Dari segi istilah, akidah bermaksud kepercayaan atau keimananyang teguh dan kukuh dalam jiwa kepada hakikat-hakikat dan nilaiyang mutlak, yang tetap, yang kekal, yang pasti dan yang suci, ataukepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpakeraguan dan syak wasangka kepada Allah SWT dan segala sifat-Nya(al-Sabiq, 2000; Sulaiman, 1985; Mahmud, 1966). Muhammad ‘Abduh

Akidah Islam 21(1994) menjelaskan akidah adalah keyakinan kepada kewujudan dankeesaan Allah SWT dan keyakinan kepada sifat serta perbuatan yangsabit dengan-Nya kerana sesungguhnya Allah SWT ialah tempat kembalidan matlamat akhir segala makhluk di cakerawala ini. Menurut Al-Buraykan (2001), terminologi akidah menurut Ahlial-Sunnah wa al-Jama‘ah terdiri dari tiga tahap perkembangan makna.Pertama, akidah yang memberi maksud al-‘azm al-muakad (kebulatantekad), al-jam‘u (mengumpulkan), al-niyah (niat) al-tauthiq li al-‘uqud(menguatkan perjanjian) dan ma yadinu bihi al-insan sawaun kana haqqanaw batilan (sesuatu yang diyakini dan dianuti oleh manusia sama adabenar atau salah). Kedua, akidah yang membawa maksud lebih khusus,iaitu perbuatan hati atau keimanan mutlak, yang suci dari sifatnya yangseperti keraguan, waham, ketidaktahuan, kesalahan, lupa dan yangseumpama dengannya. Ketiga, disebut sebagai tahap pengertian akidahyang matang yang merangkumi akidah sebagai satu disiplin ilmu yanglengkap, iaitu suatu ilmu tentang hukum syariat dalam bidang akidahyang diambil daripada dalil yaqiniyyah (mutlak) dan menolak syubhatdan dalil khilafiyyah yang cacat. Menurut Abdul Shukor (1987), aspekpenting dalam akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah ialah penerimaandan keyakinan penuh mereka kepada Nabi SAW dalam menyampaikanajaran Islam dan mendidik penganutnya. Mereka yakin dan percaya,bahawa Nabi SAW memperhalusi ajaran kepada umatnya khususnyaaspek berkaitan akidah. Zakaria (1996) berpendapat, berdasarkan ayat al-Quran seperti dalamsurah al-Baqarah ayat 8 dan 9, surah al-Maidah ayat 142, surah al-Namlayat 14 dan surah al-Hujuraat ayat 15, akidah jelas dirujuk kepada suatugerak kerja yang menyeluruh, merangkumi sesuatu kepercayaan dankeyakinan yang bersifat lisan, anggota badan, dan mental seseorang.Firman Allah SWT menerangkan hakikat tersebut seperti mana dalamayat berikut:Dَ ِHِ •ْ iُ ِ ْ +ُ َ ‫ِ َو‬ ِ t‫ا‬ ‫ ِم‬2ْ َ•ْ ِ ‫ِ }ِ َو‬ Hَ ‫آ‬ ‫ ُل‬2(ُ ‘َ ْ َ ‫ِس‬ “‫َ ا‬ ِ ‫َو‬‫ ْ َو َـ‬-ُ Aُ Bْ @َ Vِ‫إ‬ ‫ َن‬2ُ ,َ ْ•َ ‫ا َو‬2Hُ َ َ 9ِ ‫ا َ} َوا‬ ‫ َن‬2ُ ِ‫ُ َ• د‬ ” َ َ ‫آ‬ ˜ ‫ ُو َن‬Nُ –ْ َ —

22 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam Maksud: Dan antara manusia ada yang berkata: “Kami beriman kepada Allah SWT dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah SWT dan orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.” (Surah al-Baqarah, 2:8-9) Allah SWT juga berfirman: ُ ™ُ ‫ ُؤ‬aَ ›َ ُ َ ‘ْ @َ ‫ا‬2‡ُ ›َ ْ َ‫ َ أ‬9œِ ِ: ‫ ُل‬2(ُ Bَ kُ Nً K•ِ َ ْ +ُ žُ ُ ْŸَ ‫ َم‬2ْ 0َ ‫َو‬ • ‫ َن‬2iُ Gُ ْ َU ْ /ُ ْH#ُ َ 9ِ ‫ا‬Maksud: Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkanmereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang musyrik: “Manakahorang dan benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah)?” (Surah al-An'am, 6:22)Begitu juga dengan firman Allah SWT ini:‫ َن‬Žَ ¡َ ْK#َ ْ €ُ ْB َE ‫ا‬2w ُ ُ ‫ َو‬iً ْ 3ُ ْ -ُ ُ Aُ ْB@َ -َ ْ/َH(َ ْKَ¢ْ ‫ َوا‬-َ ِ ‫وا‬,ُ •َ \َ ‫َو‬ ‹ َ 9,ِ ِ Aْ iُ ْ:‫ ا‬Jُ bَ ِ £َMaksud: Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuhsedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimanakesudahan orang yang melakukan kerosakan. (Surah al-Naml, 27:14)Seterusnya, firman berikut:‫وا‬,ُ +َ \َ ‫ا َو‬2ُ َUْ َ9 ْ َ: kُ َِŠِ ِ2„)َ ُ‫ ا}ِ}َِوأَُرو‬oِِ K‫ِا‬¤2ُHَ َ ‫َآ‬ ْ 9ِ ‫ا‬ ‫ َن‬2ُHِ •ْْ iُ-ِ ِْ::‫اا‬2َ `iَْ َ…Bِِ‫إ‬ ¥ ‫ َن‬2ُ ِ‫ د‬x:‫ا‬ ُ +ُ rِ -ِ ِ Aُ Bْ @َ ‫َو‬

Akidah Islam 23Maksud: Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalahorang yang percaya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kemudian mereka(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang denganharta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah SWT. Mereka itulah orangyang benar (pengakuan imannya). (Surah al-Hujuraat, 49:15) Berdasarkan semua dalil ini menurut Zakaria (1996), akidah ialahsuatu kerja atau pelaksanaan yang berlangsung pada peringkat spritualyang amat mendalam, sehingga akidah ini dapat menguasai sepenuhnyaseluruh kesedaran, kemahuan dan perasan individu berkenaan. Yasin(1991) berpendapat akidah atau iman disebut sebagai keyakinan yangbersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah SWT ialah Tuhanbagi segala sesuatu, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Di samping itu,iman juga merujuk kepada pengakuan yang teguh bahawa Allah SWTsahaja yang berhak disembah dan dirujuk segala amalan. Akidah juga merujuk kepada maksud kepercayaan dan keyakinanseseorang terhadap perkara yang berhubung ketuhanan, kerasulan danperkara ghaib (sam‘iyyat) (Said, 1996). Kepercayaan dan keyakinan dalamakidah sama seperti seorang manusia yakin terhadap segala jawhar dana‘arad yang wujud di alam ini, atau seperti seorang manusia yakin danpercaya pada zat dan sifat yang mereka miliki. Kepercayaan yang sebatidan keyakinan yang tanpa syak dan ragu terhadap zat dan sifat yangdimiliki menyebabkan tidak ada manusia lain mampu mempengaruhikepercayaan dan keyakinan berkenaan, kerana zat dan sifat yang wujuditu adalah di bawah penguasaan dan lingkungan ilmu serta pengetahuanmanusia yang sangat jelas (Al-Maidani, 1997). Abdul Ghani dan Umar(1956) berpendapat, perkataan akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ahadalah merujuk kepada orang yang mengikut perjalanan Nabi SAWdan perjalanan orang ramai, iaitu orang yang beriktikad bahawa segalaperbuatan hamba sama ada baik atau buruk tidak sedikit pun memberikesan atau menjejaskan atau menambah atau mengurangkan apa-apa yangdimiliki oleh Allah SWT. Perbahasan ilmu akidah adalah mengenai iman. Tujuannya adalahuntuk menetapkan keimanan dalam hati seseorang terhadap kewujudandan ketauhidan Allah SWT (Said, 1996). Iman bermaksud al-tasdiq,iaitu membenarkan secara mutlak (al-Munjid, 1992) dan tempatnya

24 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamadalah di hati serta dita‘birkan melalui lisan (Mahmud, 1999). AhliSunah wa al-Jama‘ah merujuk iman sebagai al-tasdiq, manakala al-ikrardan al-‘amal itu adalah penyempurnaan keimanan. Al-Ikrar ialah syaratsah iman terutama bagi melancarkan urusan keduniaan manakala al-‘amalialah syarat sah bagi memiliki iman yang sempurna. Dalam erti katalain, manusia yang memiliki iman yang sempurna ialah manusia yangberamal dengan apa-apa yang diimaninya (Husayn, 1982).Yasin (1991) pula berpendapat, iman adalah mengi‘ktikadkan secaramutlak bahawa Allah SWT ialah Tuhan bagi segala sesuatu dan Dialahyang mencipta dan menguasai segala ciptaannya serta memilikinya.Perkara yang wajib diimani ada enam dan disebut sebagai rukun imanberdasarkan dalil mengenai kewajiban beriman dengan rukun iman yangenam yang sabit dalam al-Quran dan hadis (Haron et al., 1985; IbnTaimiyyah, 1988; al-Sabiq, 1976; Said, 1996; Yasin, 1991). Berdasarkanal-Quran dan hadis, rukun iman adalah beriman kepada Allah SWT,beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul, beriman kepada Kitab-kitab Suci, beriman kepada Hari akhirat, serta beriman dengan qadakdan qadar. Dalil al-Quran yang mengsabitkan rukun iman ada enamperkara antaranya termasuklah firman Allah SWT:Cَ َ ‫َ ِب ا ِي <َ َل‬/lِ ْ)‫َوا‬ ِŠِ 2 ُ ‫}ِ َو َر‬ ِ‫اَ َل‬2ْ<Hَُ@ِ ‫ا آ‬2Hُ َ ‫َ آ‬ 9ِ ‫ا‬ -َ ‘% @َ َ9ِ[ِ/lَ ِ ¦ˆ`َ ‫ ْ ِ}ِ َو‬Aُ >ْ َ9 ْ َ ‫ َو‬oُ ْb§َ ْ ِ ِ t‫ا‬ ‫ ِمي‬2ْ ِ َ•ْ ‫ِ[ِ ِبَواا‬ َ/ِlْ)‫َوا‬ ِŠِ 2ُ ‫َر‬ o|َ ,ْ (َ zَ ِ ُ ‫َو ُر‬ ِ[ِb/ُ ‡ُ ‫َو‬ ¨ ‫ا‬,ً KNِ َ Vˆ|َMaksud: Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepadaAllah SWT dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab al-Quran yang diturunkankepada rasul-Nya (Muhammad SAW), dan juga pada kitab suci yangditurunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkarkepada Allah SWT, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-Nya, dan juga Hariakhirat, maka sesungguhnya ia sesat dengan kessatan yang sejauh-jauhnya. (Surah al-Nisa’, 4:136)Dalam ayat yang lain pula, Allah SWT menjelaskan:

Akidah Islam 25ِ} ِ ‫َو‬ ََ ‫آ‬ ª© ُ ®‫ َِن‬2,ٍHُ-ُ vَِ •ْxَ‫ ِأ‬iُ Dْi:ََ ‫وْا‬:َْ ‫ َِّ•َْر ُ ِّقَ[ِ َ«ا‬A8َ ْ Bُ ِ ِ[ْ•َ ِ‫إ‬ ُ‫<ََْواِ ُ<َرَل‬A@ُْ ِ[cُ ِbiَ/ُ ِ‡ُ Hَ ‫َو‬Nْ‫[ِ^ ُل‬2َ َِ/‫َوُأ‬lَ ِ:¦H‫ˆ َا‬Nْ َiِ `َ َ َ‫آَو‬‫ا‬2ُ: َ ِ[ِ ُ ‫ْ ُر‬ V ِ[ِ Hَ ‫َ َر‬ Maksud: Rasulullah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah SWT, dan malaikat-Nya, dan kitab-Nya, dan rasul-Nya. (mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-Nya.” Dan mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, 2:285) Jelasnya, akidah ialah asas kepada pembinaan Islam secara keseluruhankhususnya pembangunan diri dan akhlak Muslim. Hubungan antaraakidah, iman dan akhlak dapat dilihat dengan lebih jelas melaluipenelitian terhadap hubungan antara dua rukun iman, iaitu imankepada Allah SWT dan iman kepada hari akhirat (Haron et al., 1985).Dalam satu pendapat lain menyatakan, seseorang manusia itu tidakdikatakan berakidah jika tidak berfikir dan tidak dikatakan berfikirmelainkan dengan asas keimanan dan tidak beriman seseorang itu jikatidak disertai makrifat dan tidak akan memperolehi makrifat melainkanmelalui al-Quran al-Karim. Sesungguhnya, sesiapa yang memahamial-Quran nescaya mereka akan mengenal Allah SWT, Tuhan mereka.Sesiapa yang mengenal Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT hampirdengan mereka (Yasin, 1991). Keseluruhan maksud dan tujuan akidah dalam Islam membuktikankeunggulan dan ketulenan Islam sebagai agama yang selari dengan fitrahmanusia. Keyakinan dan kepercayaan yang wujud dalam agama Islammerangkumi seluruh cara hidup, berbeza dengan amalan dalamagama lain dan isme lain yang diasaskan oleh pemikiran manusia yanghanya fokus kepada aspek keduniaan sahaja. Konsep dan ajaran yangterkandung dalam akidah Islam adalah menyeluruh, merangkumi corakdan cara hidup manusia sejak dilahirkan sehingga ke matlamat akhir

26 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamkehidupan manusia. Segala-galanya perlu dikembalikan kepada keredaanAllah SWT untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat(Kamal, 1988). Signifikan pendidikan akidah sebagai teras kepada pembangunanmanusia boleh dilihat pada tempoh 13 tahun pertama penurunan wahyuoleh Allah SWT dan penyebaran dakwah oleh Rasulullah SAW di Mekah.13 tahun ialah satu tempoh yang panjang dan fokus dakwah pada ketikaitu yang tertumpu kepada usaha mendidik dan menyerapkan akidahIslam kepada penduduk Mekah boleh dilihat sebagai bukti bahawaakidah atau ilmu akidah memiliki keistimewaan tersendiri yang luarbiasa dalam membentuk jiwa dan peribadi manusia (Syed MuhammadQutb, 1992). Peringkat kedua pembangunan manusia pula boleh dilihat berdasarkanayat al-Quran yang diturunkan di Madinah, iaitu berkenaan dengan syariatIslam atau peraturan Allah SWT agar manusia melaksanakan hubungandengan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, hubungannyadengan alam semesta, serta hubungan manusia dengan kehidupan secarakeseluruhan (Haron et al., 1988, Mahmud, 1966). Yasin (1991)menjelaskan bahawa jumhur ulama bersepakat menyatakan bahawaakidah dan iman ialah sesuatu yang diiktiraf oleh hati, lidah, dan seluruhanggota tubuh badan manusia. Manakala menurut al-Sabiq (1976),iman adalah gambaran kepada akidah. Iman berfungsi sebagai asas kepadasyariat Islam. Dari syariat Islam inilah terpancar segala cabang aturankehidupan lain dalam Islam. Perbuatan pula merupakan gambarankepada perlaksanaan syariat Islam, atau satu subjek yang merujukkembali kepada iman dan akidah. Justeru, iman dan amal, atau akidahdan syariat, adalah saling berkaitan antara satu sama lain seperti hubunganantara sebab dan musabbab, atau mukaddimah dan natijah. Mahmud (1966) menyokong pandangan yang menegaskan bahawasyariat merujuk kepada peraturan yang diciptakan oleh Allah SWT agarmanusia berpegang kepadanya dalam melaksanakan hubungan denganTuhan, hubungan sesama Islam, hubungan sesama manusia, hubungandengan alam semesta dan hubungan manusia dengan kehidupan secarakeseluruhan. Justeru, sesiapa yang mengaku beriman dengan akidah,tetapi pada masa yang sama mengabaikan syariat atau sebaliknya makaseseorang itu tidak dikatakan Muslim di sisi Allah SWT. Hubunganakidah dan syariat ini sabit dalam al-Quran sebagaimana dijelaskan olehfirman Allah SWT:

Akidah Islam 27° ‫دا‬w ‫ ْ َ¯ ُ ُو‬:‫ ُ ا‬-ُ َ: oُ Nَ mْ Kَ َ ‫ ِت‬Xَ ِ x:‫ا ا‬2ُ iِ َ ‫ا َو‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫إِن ا‬Maksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, AllahSWT yang melimpah-limpah rahmat-Nya akan menanamkan bagi merekadalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. (Surah Maryam, 19:96)Allah SWT selanjutnya berfirman:ً‫ة‬ Kَ vَ [ُ HَgِK•ْ Hُ َ Eَ ٌ ِ •ْ `ُ 2َ +ُ ‫َو‬ ±َ Bْ @ُ ‫أَ ْو‬ ٍ #َ ‫َذ‬ ِْ Xً ِ Sَ oَ iِ َ َْ ² ‫ َن‬2ُ iَ Nْ ‘َ ‫ا‬2ُ<Žَ َ ِ َ vْ َ…ِ ْ +ُ َ \ْ َ‫أ‬ -ُ H0َ ِ mْ َ“َ ‫َو‬ Jً bَ ِKّ ^َ ْMaksud: Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedangia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengankehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang merekakerjakan. (Surah al-Nahl, 16:97) Al-Qaradhawi (2001) menyatakan, hubungan antara akidah dansyariat diterjemahkan dalam bentuk ibadah yang bermaksud berbaktikepada Tuhan atau perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagaibakti kepada atau kerana Allah SWT. Menurutnya lagi, ibadah ialahmanifestasi kepada akidah dan syariat. Ibadah ialah tunduk dan patuhsemata-mata mahu mengagongkan zat yang disembah (Allah SWT).Hakikat ibadah yang sebenar adalah lebih luas dari apa yang manusiasering gambarkan. Ibadat tidak hanya terhad kepada pengertian sepertisolat, puasa, zakat, haji dan ibadah lain yang bersangkutan dengannya.Ibadah meliputi seluruh cakerawala manusia dan menjadi tujuan hidupmanusia. Ibadah mencakupi seluruh perkataan dan perbuatan yang diredaiAllah SWT dan jelasnya ia merupakan manifestasi syariat seseorang hambabagi membuktikan keimanannya kepada Allah SWT. Menurut Al-Qaradhawi (2001) lagi, ibadah yang disyariatkan harusmempunyai dua unsur, iaitu,

28 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam(1) Berpegang teguh kepada apa yang disyariatkan oleh Allah SWT dan apa yang diserukan oleh rasul-Nya baik berupa perintah atau larangan, mahupun yang bersifat menghalalkan dan mengharamkan. Hal ini yang dilambangkan dengan unsur taat dan tunduk kepada Allah SWT, iaitu dengan melaksanakan perinta dan meninggalkan larangan-Nya.(2) Sikap berpegang teguh sebagaimana yang disebutkan mestilah bersumber dari rasa cinta kepada Allah SWT, kerana tidak ada dalam kewujudan ini, sesuatu yang lebih berhak untuk dicintai selain daripada Allah SWT. Tajul Ariffin (2002) berpendapat, secara umumnya fungsi ibadahadalah untuk membentuk akhlak dan melembutkan budi pekerti.Menurutnya, akidah yang mantap mampu menunaikan tanggungjawabseseorang individu melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. Pelaksanaanibadah dalam apa jua bentuk sekalipun akan menghasilkan akhlak yangbaik dan mulia. Manusia yang beribadah sentiasa melatih diri untuktaat kepada prinsip syariat yang digariskan berdasarkan al-Quran danhadis. Hubungan akidah, syariat, ibadah dan akhlak dinyatakan secarajelas dalam al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT dalam sepotong ayatberikut: ´ Dُ (ِ •َ ْ ‫ َ ا‬Kَ ِ;ْ…َ9 ³vَ َ ‫ َر‬,ْ bُ Gْ ‫َوا‬ Maksud: Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yaqin. (Surah al-Hijr, 15:99) Ayat ini dengan jelas memberitahu bahawa peranan ibadat yangikhlas terhadap Allah SWT menjadi punca keyakinan yang mendalamkepada-Nya. Seterusnya Allah SWT berfirman: ‫ِ ْ َد ْو ِس‬Aْ)‫ ُت ا‬H\َ ْ -ُ َ: ?ْ َ<Žَ ‫ ِت‬Xَ ِ x:‫ا ا‬2ُ iِ َ ‫ا َو‬2Hُ َ ‫ َ آ‬9ِ ‫إِن ا‬ ¶ V2َ vِ -َ ْHGَ ‫ َن‬2Pُ ْb‘َ V -َ Kِz َ 9Wِ ِ َ µ Vُ ُ<

Akidah Islam 29Maksud: Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, disediakanbagi mereka syurga firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah),mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (Surah al-Kahfi, 18:107-108)Ayat ini pula menjelaskan tentang antara peranan sifat orang yangberiman dan beramal soleh merupakan pensyaratan utama untuk memasukisyurga Firdaus.Firman-Nya lagi: َ ·َ ْHَ; َ‫ˆة‬x:‫ا‬ ‫ َن‬Nِْ‫ ُ}ˆةَ َ‘إ‬x‫ َوا‬:‫ا‬Rُ َِ ِ™ْ َ‫َ}ِِبأَ َوأ‬/‫ِا‬lُ ْ)‡ْ‫ِا‬ َ ِ ِ َ ْ•َ ِ‫ َ أُو ِ َ¸ إ‬oُ ْU‫ا‬ِ ‫ َن‬2Nُ َHxْ َU َ ُ َ ‫َو‬ lَ ْHiُ ْ :‫ ْ• َ– ءِ َوا‬Aَ ْ)‫ا‬º Maksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah SWT adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah SWT mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Ankabut, 29:45) Ayat ini juga menegaskan tentang peranan solat yang mampumemelihara seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.Sedangkan amalan solat yang ditekankan di sini ialah kehadiran hatisebagai ingatan terhadap Allah Yang Maha Agong ketika menyembah-Nya.Kehadiran hati inilah yang dikatakan sebagai keyakinan kepadakewujudan Allah SWT, iaitu Tuhan yang menjadi tempat bagi segalapenyembahan, permohonan dan permintaan.AKIDAH ISLAM DALAM PENDIDIKAN ISLAMAkidah ialah aspek paling utama dalam kehidupan seseorang Islam.Akidah berfungsi sebagai dasar dan nadi terpenting bagi pembinaanIslam secara keseluruhan. Al-Qaradhawi (1996) dalam membahaskanmasalah Fiqh al-Aulawiyat (fahaman terhadap pekerjaan yang perlu

30 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islamdiutamakan) meletakkan agama dan akidah sebagai perkara utama dalamperkara al-dharuriyyat (sesuatu yang kita tidak berupaya untuk hidupkecuali dengan kewujudannya) dan perlu didahulukan berbanding denganperkara al-hajjiyyat (kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebutwalaupun menghadapi kesukaran), apatah lagi berbanding kepada perkarayang bersifat al-tahsinat (pelengkap kehidupan). Dalam usaha mencaripenyelesaian kepada permasalahan akhlak, keutamaan memahamiakidah dikenal pasti dengan mengambil kira kaedah mendahulukankepentingan yang sudah pasti dengan kepentingan yang baru dikenalpasti kewujudannya. Ertinya, Islam menyediakan kaedah yang terbaikdalam menyelesaikan masalah akhlak, iaitu melalui pemupukan nilaiakidah. Justeru, adalah sangat tidak relevan mengenepikan kaedah iniapabila membahaskan isu mengenai pembangunan akhlak manusia,apatah lagi mengutamakan pendapat ahli psikologi Barat yang menolakkewujudan akidah dalam aspek pembangunan kemanusiaan masyarakatIslam. Kepastian dan keutamaan memahami akidah disebut dalam al-Quran dan hadis. Antaranya, firman Allah SWT:َ َ ‫ ْ آ‬iَ #َ ‫ َا ِم‬Xَ ْ ‫ ا‬,ِ mِ ْ iَ ْ:‫ َرةَ ا‬iَ ِ ‫ ِّج َو‬Xَ ْ ‫ ا‬Jَ َ9 (َ ِ ْ /ُ ْ Nَ \َ َ‫أ‬ِ}‫ ا‬,َ ْHِ ‫و َن‬2ُ /َ ْ َ — 9Vْ ِ -ِ ‫¼ ِ}ِا‬Aُ ‫ا‬Bْ o@َِ ‫ َو‬KDَِ¤ْ َ-ِiِ ~ِِ::‫ا‬r2َ€ِ `ْ )َ,…‫ ِاََن‬+َ‫ُ َم}ِو‬2\َِْ¦(َ‫ َاو‬Aْ)َ o‫ا ِ)ِْا‬Kِ‫ِي‬¤ُ t+َُ,ِ ‫ا‬-ْr‫ َِ‘َِم‬2ْ ِ„•َ‫و)َا‬Vْ ‫او‬,‫وأَُُو‬+ََ }ِ}ُ ِ}\َ ‫ا ََِووا‬‫ َ\ ُوا‬+َ ‫ا َو‬2Hُ َ ‫َ آ‬,َ ْHِ Jً \َ ‫ ُ َد َر‬€َ Gْ َ‫أ‬Maksud: Apakah mereka yang memberi minuman kepada orang yangmengerjakan haji dan menguruskan Masjid al-Haram, kamu samakandengan mereka yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kemudianserta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah SWT; danAllah SWT tidak memberikan petunjuk kepada kaum muslimin yangzalim. Mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allahdengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnyadi sisi Allah SWT; dan itulah orang yang mendapat kemenangan. (Surah al-Taubah, 9:19-20)

Akidah Islam 31 Dalam satu hadis menjelaskan (al-Bukhari, 1997: 2574; Muslim,2000: 248): ‫ْ َْﻮﺳأَا َِ •َِ’'يﻳْا ُِﺪﻟْﻦ ُهَﻌﻗَإَِﻤﺎ َِلﻞﻻ‬َ‫ﺑِ ُ •ﺮﺖ اأ‬.ِ s‫ َﻮ‘ﻤيَﺎلﻗَﺗَاﺎ َﺮَ ْل‬W‫ﻢَر ُأََﺳ‬.ِ „ُ‫ﻗُ َﻴﺳﻠْﺄَِﻞﻟُْﺖا ُﺖ‬qِ ‫ ِ ِْ“َْﻮﺴ َﻬﻗْ ُﻌﺎِﺘﻮُدَﻬ ٍدﺎ ِﻗَﻗَ(ﺎﺎ ََلَلﺳ‬gَ ‫ﻗَﺼﺎﺑْ ََِلﻦﻼةُا‬.ِ ‫ي‬.‫أإَِﻗُ َﻓْْرﻠْ ََْﻦُ‡ﻀﺖًُءﻞَ ُ„ﺒَْﻗَﻋﻢﺎِﻠَﺪ َأَﻴْلا ِﻪ‘ا‬ Maksud: Abdullah bin Mas'ud dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, “Amalan apakah yang paling utama?”' Baginda SAW menjawab: “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa lagi?” Baginda SAW menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa lagi?” Baginda menjawab: “Berjuang pada jalan Allah.” Kemudian aku tidak menambah pertanyaan lagi karena semata-mata menjaga perasaan beliau.” (Al-Bukhari dan Muslim) Al-Zuhaili (2000) menyatakan, perkara pertama yang perlu ditanamke dalam diri dan jiwa orang Islam semasa kanak-kanak ialah mengisbatkankewujudan Allah SWT dan mengesakan-Nya. Diikuti dengan mengasihiAllah SWT dan mensyukuri segala kurniaan-Nya. Kanak-kanak mestidididik untuk memahami dan mempraktikkan kepercayaan bahawa AllahSWT sahajalah yang berkuasa menjadikan segala yang ada di alam inidan Dialah juga yang berkuasa terhadap persoalan hisab dan balasanterhadap segala amalan yang dilakukan oleh makhluk. Sekiranyaseseorang yang dididik dapat menyerap dan menjiwai maksud hadis ininescaya kanak-kanak itu akan memiliki iman yang kental serta peribadi(jiwa) yang kuat dan mampu menghadapi apa sahaja ujian dan cabaran,sama ada berupa kesenangan atau kepayahan. Al-Attas (1987) berpendapat, pendidikan akidah ialah satu prosesyang berterusan dalam hidup manusia di muka bumi dan menjaditanggungjawab kepada semua ahli masyarakat. Objektif pendidikandalam Islam ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan seimbang,iaitu manusia yang dapat berlaku adil kepada dirinya sendiri dengan

32 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islammembina keyakinan dan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.Menurutnya, pendidikan yang sebenar ialah integrasi daripada latihanfizikal dan pendisiplinan fakulti spiritual manusia ke arah mencapainilai kebahagiaan spiritual yang merupakan kebahagian yang tertinggidan bersifat abadi.Abdullah Nasih ‘Ulwan (1995) berpendapat, pendidikan akidahdalam Islam adalah pendidikan yang berterusan dan harus bermuladaripada usia tamyiz. Kaedahnya, adalah memperkenalkan kanak-kanakitu kepada kuasa Allah SWT yang luar biasa dalam penciptaan alam dengancara mudah dan menarik. Selain itu, anak-anak hendaklah secara konsistendididik agar mengingati Allah SWT dalam apa jua suasana dan keadaan.Tajul Ariffin (1996) menyatakan, untuk menjana kekuatan sesebuahbangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina dan dikembangkandi semua peringkat pendidikan. Manakala untuk mencapai matlamatmemiliki warganegara yang baik, asas pembinaan manusia haruslahbersepadu dan bermula dengan pembinaan akidah yang benar dan kukuh.Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:ْ +ُ ,َ -َ .ْ َ‫َوأ‬ ْ ‫ ْن‬-ُ َ‫أ‬/َ 0ِ‫<َّر‬,‫ ُْذ‬-ِ ْ.َ ِ+ِ‫=ر‬2َ َ-ُ 3ُ‫ا‬2ُ: ِْ ‫آ َد َم‬ 6ِ َ ْ ِ َ % ‫ َر‬7َ َ َ ْ‫ذ‬8‫ َم‬2ْ َ9 ‫ا‬2ُ:2(ُ ;َ L َْ >ُ ِّ َ ِ ?ُ ْ َ ‫أ‬ Cَ َ ِEFَ ‫ا‬7َ +َ ْ Gَ َ Aُ Bْ @َ Kَ (ِ ْ)‫ا‬ Dَ ِ :@ ْ -ِ ِ H#ُ <ِ‫ إ‬Jِ َ Maksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini)”. (Surah al-A’raf, 7:172) Firman Allah SWT berikut juga menjelaskan peri penting kesepaduanantara akidah dan amalan seorang insan. Firman-Nya:

Akidah Islam 33‫ك‬C‹¿َiَََ žَِْ-‫ ُإ‬Nِّْ -Tُِ :Hًkُ ‫ا‬+ُْUx‫ِإِ َˆَِو¿ن‬i‫َِْ ُ[َإ‬E}:‫ب‬%‫ْإِِ<َُ[َِ ْ¿أٌُ َا‬/@َ ‫ َْك‬¥َِ[َ¯ِžْ َِ ْ9َْ Wََُِ[½ِo‫َاَْن‬9Vَ2َ:WKَ2ِ:ِِÀ¤‫اَُو‬62ََiََ َِ¿Nْْgِ«ُQَْ)‫ِ ََ;ن‬bَْ9Uَْlُ‫و[َا‬/َُُ ْÁْH.€ُْ#ُِ ًِEN‫ََكواا‬9‫ ِن‬iُِžَ2َHََ‫ِأ‬Nْْ+Kُْ DSَِ‫ََْ[ُِون> ْ½َُْو‬Kَ ِ‫و‬H£ََBْ‫ َْأ‬W%VÂCُ¾ِ¤ّr‫نِ<َ َا‬rُÃُ ِ‫ك‬EَŠَُ ٌُiَ ‫ا‬Kْ,(iْxََ€ِ>َُ)ُ-+َُ َِEْb‫\وَل‬vََِ Nُ ٌَ \ٍِْ‫ن‬Sْْ‫َذ‬€+ْْ ُ88`‫)ََََوو‬ Maksud: Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu ialah satu kezaliman yang besar.” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima pembalasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau (dengan fikiran sihatmu) tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan. (Surah Luqman, 31:13-15) Ayat ini memperlihatkan kesepaduan antara akidah, ibadah, danakhlak melalui usaha menjauhi amalan syirik kepada Allah SWT dalamperibadatan, mentaati dan menghormati ibu bapa ketika berkomunikasi,dan mensyukuri Allah SWT, serta sentiasa kembali kepada Allah SWTdalam setiap keimanan dan amalan agar menjadi orang yang berjayaketika kembali kepada-Nya.

34 Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan IslamAKIDAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIASecara umumnya, umat Islam di Malaysia merupakan penganut fahamandan akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Walau bagaimanapun terdapatsituasi semasa menunjukkan ada antara umat Islam di Malaysia yangmula dipengaruhi dengan fahaman yang bertentangan dengan fahamandan akidah Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah seperti Syiah, Muktazilah,dan lain-lain lagi (Said, 1997). Oleh yang demikian, maka penekanankepada penerapan akidah yang mantap terhadap fahaman Ahli al-Sunnahwa al-Jamaah ini diterapkan kepada semua pelajar dalam pelbagai aliransebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Penerapan inidilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Rajah 2.1 menunjukkan agama, akidah dan akhlak perlu dijadikanteras kepada aliran agama dan diterapkan secara sistematik ke dalambidang mata pelajaran lain di Malaysia sebagai pelengkap, iaitu aliransains, vokasional, dan kemanusiaan (Tajul dan Nor’ Aini, 2002).Catatan: Ilmu TerasMengikut konsep pendidikan (Aliran Agama)sepadu bahawa aliran agamabersifat teras dan mesti Ilmu Pelengkapdisepadukan ke dalam aliran (Aliran Sains,yang lain. Vokasional, dan Kemanusiaan) Sumber: Tajul dan Nor’ Aini, 2002 Rajah 2.1 Model kesepaduan agama sebagai teras kepada aliran lain Secara khusus, pendidikan akidah di Malaysia adalah berdasarkanaliran akidah menurut fahaman Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah (Mudasir,1998) dan aliran akidah ini menjadi teras kepada pendidikan Islam diperingkat KBSR dan KBSM (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988,1997). Objektif pengajaran dan pembelajaran akidah pada kedua-duaperingkat ini secara umumnya adalah untuk memantapkan keyakinanpegangan akidah Islamiah dalam kalangan pelajar serta menghidupkankonsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan pelajar bagi

Akidah Islam 35mewujudkan benteng keagamaan kepada diri pelajar (KementerianPendidikan Malaysia, 1997). Di peringkat KBSM, KementerianPendidikan Malaysia (1988) meletakkan mata pelajaran akidah di bawahmata pelajaran Pendidikan Syariat Islamiah. Perincian objektif pengajianakidah sebagaimana digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(2002) adalah seperti berikut:(1) Mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar tentang keperluan beragama dan menjelaskan dasar akidah yang berasaskan rukun iman serta memupuk semangat tauhid kepada Allah SWT.(2) Mendekatkan para pelajar kepada Allah SWT yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Bijaksana serta kesannya kepada kehidupan seharian.(3) Meneguhkan kepercayaan kepada para malaikat, para rasul, dan kitab serta merasai kesannya dalam kehidupan seharian.(4) Mendekatkan pelajar kepada Allah SWT melalui sifat Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Adil.(5) Memperkukuhkan keyakinan para pelajar terhadap Rasul, hari Akhirat, qadak dan qadar, serta merasai kesannya dalam kehidupan seharian.(6) Memahami Islam sebagai agama dan menikmati ketenangan serta kekuatan jiwa melalui keimanan.(7) Memahami perkara yang merosakkan akidah dan dosa besar serta berusaha mengelakkan diri daripadanya. Perincian objektif pengajian akidah ini dicerakinkan dalamkurikulum pengajaran dan pembelajaran akidah Islam (KBSM) yangdifokuskan kepada tingkatan satu hingga tingkatan tiga.RUMUSANPerbincangan bab ini menyentuh tentang konsep akidah dari segi bahasadan istilah dan pandangan para ulama, konsep akidah Ahli al-Sunnah waal-Jamaah, tujuan akidah, dan hubungan antara akidah dan syariat, sertaakhlak. Bab ini juga mengupas tentang akidah dalam pendidikan Islamyang memberi fokus kepada keyakinan tentang kewujudan Allah SWTsebagai teras dalam pembinaan keseluruhan Islam dalam diri seseorang.Akhir sekali, bab ini mengupas tentang akidah dalam pendidikan Islamdi Malaysia yang menekankan kepada pendidikan bersepadu antarailmu teras dan ilmu pelengkap.


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook