2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF Kertas Kerja Projek Perniagaan Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, Rimbun Sejadi Enterprise juga telah menetapkan visi, misi dan objektif organisasi perniagaan. 2.1 VISI Menjadi pembekal perkhidmatan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang- barang pertanian yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur. 2.2 MISI • Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan • Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan • Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat 2.3 OBJEKTIF • Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan • Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan • Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat dan efektif Penilaian Visi dan misi yang dinyatakan oleh RSE ringkas dan padat. Tempoh masa untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum. Visi, misi dan objektif yang dibentuk oleh RSE masih perlu diperkemas dan ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART. Ciri SMART sangat penting dalam penetapan visi, misi dan objektif. Hal ini bagi memastikan setiap perkara mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak dengan lebih proaktif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hal ini juga akan memudahkan anggota di setiap peringkat untuk memahami dan mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi. 2 238 KERTAS KERJA PROJEK
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI Kertas Kerja Projek Perniagaan ORGANISASI Matlamat Rimbun Sejadi Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi menjadi pembekal produk pertanian yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor dalam jangka masa lima tahun. Antara strategi Rimbun Sejadi Enterprise adalah seperti yang berikut: • menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk pertanian dan pihak pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan • menjadi pengedar produk pertanian kepada syarikat-syarikat yang besar • memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan barang pertanian adalah cepat, efektif dan efisien • mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor Penilaian Matlamat dan strategi RSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian tempoh masa panjang. RSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas dalam mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Matlamat dan strategi yang dibentuk oleh RSE mudah difahami dan diikuti oleh setiap peringkat dalam organisasi. Selain itu, matlamat dan strategi yang dirangka dan ditetapkan oleh RSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan dalam mencapai visi, misi dan objektif organisasi. Strategi yang mudah difahami, tepat dan proaktif akan menjadikan operasi organisasi berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Hal ini seterusnya akan mengukuhkan organisasi untuk terus berdaya saing dalam pasaran. 3 KERTAS KERJA PROJEK 239
4.0 PROFIL PERNIAGAAN Nama : Rimbun Sejadi Enterprise Bentuk Milikan : Milikan Tunggal Alamat Perniagaan : Lot PF3, Tingkat 1, Pasar raya THE STORE Nombor Telefon Nama Pemilik 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Aktiviti Perniagaan : 017-1234567 : Mohd Yusof bin Hosaini Panel Bank : Peralatan yang berkaitan dengan aktiviti Penilaian dalam sektor pertanian dan ternakan, baja dan racun, tanaman dan baka ternakan, makanan dan ubat-ubatan untuk ternakan, membekal mesin dan peralatan kejuruteraan, mesin dan kelengkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, membekal alat kelengkapan pejabat dan kediaman, perabot dan kelengkapan, mesin, perkakas elektrik, peralatan pencuci dan pembersihan. : MAYBANK BERHAD Kertas Kerja Projek Perniagaan Profil perniagaan yang diberi oleh RSE adalah ringkas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam profil perniagaan seperti memasukkan perkara yang berikut: • Nombor pendaftaran syarikat • Tempoh perakaunan • Tempoh rekod • Modal perniagaan • Jumlah pekerja • Status perniagaan • Nombor faks • Nombor akuan perniagaan 4 240 KERTAS KERJA PROJEK
5.0 CARTA ORGANISASI Rimbun Sejadi Enterprise Pengarah Urusan Pengurus Kewangan dan Pengurus Pentadbiran dan Belian Khidmat Pelanggan Kerani Kerani Penilaian Kertas Kerja Projek Perniagaan Struktur carta organisasi RSE adalah ringkas. Struktur pembahagian tugas pekerjanya dibentuk secara umum dengan menggabungkan dua jenis tugasan di bawah satu bahagian fungsian. Satu fungsian terdapat dua tugasan, iaitu pengurusan kewangan dengan belian dan pengurusan pentadbiran dengan khidmat pelanggan. 5 KERTAS KERJA PROJEK 241
5.1 Latar Belakang Maklumat 1 Latar belakang pemilik: Mohd Yusof bin Hosaini 51 tahun Perkara Lelaki Nama 1. Kursus landskap Umur 2. Kursus pengurusan perniagaan Jantina Pengarah urusan Kelayakan Maklumat Jawatan yang disandang Aizat Affan bin Mohd Yusof 24 tahun 2 Latar belakang staf: Lelaki (a) Staf 1: 1. Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan 2. Kursus keusahawanan dan kerjaya Perkara Pengurus pentadbiran dan khidmat pelanggan Nama Umur Jantina Kelayakan Jawatan yang disandang Kertas Kerja Projek Perniagaan 6 242 KERTAS KERJA PROJEK
(b) Staf 2: Maklumat Amira Afiqah binti Mohd Yusof Perkara 23 tahun Nama Perempuan Umur 1. Ijazah sarjana muda kewangan Jantina 2. Kursus keusahawanan Kelayakan Pengurus kewangan dan belian Jawatan yang disandang Penilaian Bilangan staf RSE yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, pengurusan pelanggan dan pentadbiran perlu diperkemas dan disusun semula. Hal ini berdasarkan tahap perniagaan RSE yang merangkumi projek berskala kecil dan sederhana. Selain itu, beberapa aspek juga perlu dinyatakan secara terperinci. Antaranya menambahkan beberapa perkara seperti berikut: • pengalaman staf • kemahiran staf • tugasan bagi jawatan yang disandang 7 Kertas Kerja Projek Perniagaan KERTAS KERJA PROJEK 243
Kertas Kerja Projek Perniagaan 6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI Rimbun Sejadi Enterprise Pengarah Urusan, iaitu Mohd Yusof bin Hosaini, bertanggungjawab dalam memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing- masing demi mencapai objektif dan matlamat Rimbun Sejadi Enterprise. 6.1 Bahagian Fungsian Kewangan Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Rimbun Sejadi Enterprise adalah secara kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam bahagian yang sama. Rimbun Sejadi Enterprise hanya mempunyai dua orang pengurus, iaitu Amira Afiqah binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab dalam bidang Kewangan dan Belian manakala Aizat Affan bin Mohd Yusof bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan. Selaku pengurus bahagian kewangan, Amira Afiqah akan menjalankan tugas-tugas seperti yang berikut: • menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima • merekodkan wang yang diterima • memeriksa dan membayar invois yang diterima • menyediakan pembayaran gaji staf • meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan • menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan 6.2 Bahagian Fungsian Belian Amira Afiqah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar • menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar • menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan, kualiti, terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain • mencari pengeluar yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau perubahan yang dilakukan • meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos atau kebaikan yang lain • merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu contohnya, masalah kualiti dan kuantiti • mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar 8 244 KERTAS KERJA PROJEK
6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran Kertas Kerja Projek Perniagaan Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Aizat Affan bin Mohd Yusof bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • mengagihkan dan menghantarkan e-mel • mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik • menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat • menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan • menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint • mengkaji dan mencari maklumat • menerima dan membalas mesej telefon, faks dan e-mel 6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Aizat Affan bin Mohd Yusof sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: • menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk dan servis • menyelesaikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan • menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang yang rosak, menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian • mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada pelanggan berdasarkan prosedur • menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah • menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf perkhidmatan pelanggan Penilaian Fungsian organisasi RSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan setiap fungsian. Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu mengikut susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam carta organisasi. Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang berkepentingan dapat memahami setiap fungsian dengan mudah. 9 KERTAS KERJA PROJEK 245
Kertas Kerja Projek Perniagaan RUMUSAN Rimbun Sejadi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi tumpuan dalam ugasan untuk membekalkan mesin, peralatan kejuruteraan dan barang-barang pertanian terutamanya pokok-pokok bunga hiasan. Rimbun Sejadi Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok-pokok yang terdapat dalam projek pembangunan di sekitar Kuala Lumpur. Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah hampir empat tahun beroperasi. Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi pembekalan dan penyediaan mesin dan peralatan untuk penebangan pokok- pokok di sekitar Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek-projek pembangunan. Selain itu, permintaan terhadap pokok-pokok hiasan untuk projek landskap juga bertambah terutamanya daripada pelanggan atau kontraktor di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengarah Urusan Rimbun Sejadi Enterprise telah mula menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam masa yang sama akan menambahkan lagi bilangan staf supaya melancarkan urusan perniagaan. Cadangan RSE perlu menetapkan visi dan misi yang lebih realistik. Tempoh masa untuk perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan dengan jelas dalam misi dan objektif. RSE perlu menambahkan bilangan staf kerana dua orang staf sahaja yang mengendalikan semua tugas bahagian kewangan, belian, khidmat pelanggan dan pentadbiran tidak mencukupi. RSE juga perlu mengambil staf bagi mengurus bahagian pemasaran kerana bahagian pemasaran ini amat penting bagi memperkenalkan RSE kepada orang ramai. Pemasaran yang berkesan akan mempercepatkan pencapaian visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini diharapkan RSE dapat meluaskan pasaran/lokasi perniagaannya ke negeri-negeri lain. RSE perlu membahagikan fungsian secara lebih jelas dengan menambahkan dua fungsian kepada empat fungsian, iaitu kewangan, belian, pentadbiran dan khidmat pelanggan. 10 246 KERTAS KERJA PROJEK
SENARAI RUJUKAN Kertas Kerja Projek Perniagaan Aini Hayati Mohamed, et al. 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mokhtar Pet, 2015. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal I Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Profil perniagaan, 2016. Selangor: Rimbun Sejadi Enterprise. 11 KERTAS KERJA PROJEK 247
LAMPIRAN Lampiran 1 Contoh Jadual Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek Perniagaan: BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER KEMAHIRAN Minggu Minggu Minggu (Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober) Perancangan Awal Taklimat Guru 1234 1234 1234 Kertas Kerja Projek Perniagaan Proses tugasan Pengenalan Visi, Misi dan Objektif Matlamat dan Strategi Organisasi Profil Perniagaan Carta Organisasi Fungsian Organisasi Rumusan Cadangan 12 248 KERTAS KERJA PROJEK
BULAN/MINGGU OGOS SEPTEMBER OKTOBER KEMAHIRAN Minggu Minggu Minggu (Bulan Ogos) (Bulan September) (Bulan Oktober) 1234 1234 1234 Menganalisis Membuat penilaian Penggunaan TMK Penggunaan Komputer Komunikasi Nilai Murni Pengurusan dan Kertas Kerja Projek Perniagaan Penilaian (Guru) Pengumpulan dan Semakan Penilaian dan Pentaksiran Catatan Tandatangan Guru 13 KERTAS KERJA PROJEK 249
Lampiran 2 LOGO RIMBUN SEJADI ENTERPRISE (RSE) Kertas Kerja Projek Perniagaan Bentuk Bonsai – Melambangkan kreativiti dan inovasi yang dimiliki syarikat dalam mereka bentuk landskap terbaik dan menarik Warna – Daun dan Hijau – M elambangkan perlindungan alam semula jadi seiring dengan keindahan yang ingin dicipta – Bunga dan Merah – Melambangkan penjagaan keindahan alam sekitar melalui kepelbagaian jenis bunga-bungaan dalam mereka bentuk landskap – Air dan Biru – M elambangkan penjagaan dalam aspek kebersihan dan perlindungan alam sekitar daripada aktiviti yang mencemarkan sumber air 14 250 KERTAS KERJA PROJEK
Lampiran 3 Gambar peralatan yang diperlukan untuk penebangan pokok: 1. Mesin pemotong pokok 2. Mesin pengemas bentuk 3. Mesin pemotong rumput 4. Jentera pemotong pokok 5. Jentera pengangkut 6. Jentera penyedut dan pengangkut 15 Kertas Kerja Projek Perniagaan KERTAS KERJA PROJEK 251
Lampiran 4 Contoh kerja pengubahsuaian landskap RSE: 1. Pokok-pokok untuk kerja pengubahsuaian 2. Mengubah suai landskap pusat penginapan dan taman rekreasi 3. Mengubah suai landskap jalan raya dan bandar Kertas Kerja Projek Perniagaan 16 252 KERTAS KERJA PROJEK
GLOSARI A Dasar kewangan Kerajaan menggunakan elemen kewangan sebagai alat Aktiviti perniagaan untuk mengawal perkembangan ekonomi termasuk Sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan cukai dan penetapan kadar faedah. untuk mencapai matlamat keuntungan. Daya saing Ancaman Kemampuan sesebuah organisasi perniagaan berusaha Trend yang menyebabkan objektif sukar dicapai. mengekalkan operasi perniagaan dalam industri. Antarabangsa Dividen Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia Kadar keuntungan perniagaan syarikat diagihkan yang luar daripada sempadan sesebuah negara. kepada pemegang saham. B E. Bahan mentah Entiti Sesuatu yang digunakan oleh tenaga manusia atau Sesuatu yang diwujudkan atas tujuan tertentu. industri sebagai bahan asas untuk menghasilkan atau pengeluaran produk. Entiti perniagaan Jenis milikan perniagaan menurut undang-undang Bajet tunai sesebuah perniagaan. Satu alat perancangan kewangan jangka pendek yang disediakan dengan mengambil kira kemampuan dan F keperluan syarikat. Faedah Boleh dicapai Pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk Sasaran boleh dicapai jika pekerja menggembleng kewangan dan bukan kewangan berdasarkan tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada. kontrak perkhidmatan yang dipersetujui antara pekerja dan majikan. C Faktor pengeluaran Campuran pemasaran Input yang digunakan dalam proses perniagaan. Gabungan strategi pemasaran, iaitu harga, pengedaran, produk dan promosi yang boleh dikawal Fasa dan dapat membantu organisasi untuk mendapatkan Tahap atau peringkat perkembangan sesuatu keadaan maklum balas daripada sasaran pasaran. perniagaan atau ekonomi. Cukai G Sumber hasil kerajaan. Ganjaran Cukai eksais Pemberian majikan dalam bentuk kewangan dan Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang bukan kewangan kepada sebilangan kecil pekerja tertentu yang diimport ke Malaysia atau dikilangkan yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam Malaysia. kepada organisasi. D Guna tenaga Pekerja yang menyumbangkan tenaga fizikal dan Dasar fiskal mental dalam sesuatu pekerjaan. Tindakan kerajaan membuat perbelanjaan dan melaksanakan cukai untuk merangsang aktiviti-aktiviti perniagaan. Glosari 253
Guna tenaga penuh Keperluan Tiada wujud sebarang pengangguran terhadap Barang dan perkhidmatan yang membolehkan sumber negara. manusia untuk terus hidup pada tahap keselesaan yang minimum. H Kesatuan sekerja Harga Pertubuhan yang menggabungkan semua pekerja Sejumlah wang atau bayaran yang merupakan nilai dalam satu jenis industri, kumpulan pekerja dalam sebagai pertukaran untuk mendapatkan barang bidang yang sama. dan perkhidmatan. Keuntungan I Lebihan hasil daripada kos. Inflasi Koperasi Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan Suatu entiti perniagaan yang harus mempunyai secara berterusan. sekurang-kurangnya 50 orang ahli untuk membolehkan ia didaftarkan bermotifkan Input keuntungan, motif utama koperasi adalah untuk Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk meningkatkan kebajikan ekonomi dan sosial ahlinya. menghasilkan keluaran. Kualiti Intranet Penghasilan produk secara konsisten supaya dapat Jaringan hubungan dalaman di mana maklumat memenuhi dan melebihi jangkauan pelanggan hanya boleh diakses oleh pengguna yang terhadap barang dan perkhidmatan. dibenarkan sahaja. Kuantitatif J Kaedah pengukuran yang menggunakan data bernombor yang boleh diukur secara objektif Jangka masa dan tepat. Satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu penentuan objektif. L Jangka masa panjang Latihan Tempoh masa melebihi lima tahun. Usaha pengurus sumber manusia untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja Jangka masa pendek serta membina sikap positif terhadap kerja selaras Tempoh waktu tidak melebihi lima tahun. dengan perkembangan semasa dalam bidang pekerjaan tertentu. Jualan Urus niaga yang berlaku antara penjual Latihan sambil bekerja dengan pembeli barang dan perkhidmatan di Latihan yang dilakukan oleh pekerja di tempat lokasi tertentu. kerja bagi tujuan mempelajari selok-belok tugasan tempat kerja. K Liabiliti Kehendak Liabiliti ialah pinjaman yang dilakukan oleh Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan firma untuk membiayai sebahagian daripada supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih aset perniagaannya. selesa dan mewah. Logistik Kekuatan Merancang dan mengawal pergerakan barangan. Kelebihan organisasi dalam aspek dalaman organisasi. M Kelemahan Kekurangan organisasi dalam aspek Memaksimumkan keuntungan dalaman organisasi. Mendapat keuntungan yang tertinggi daripada penggunaan sumber perniagaan dengan cekap, iaitu hasil yang tertinggi dan kos yang terendah. 254 Glosari
Milikan tunggal promosi dan pengedaran produk serta penetapan Sejenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang harga bagi memenuhi keperluan dan kehendak individu sahaja. pengguna serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Misi Pengagihan Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan Proses penghantaran produk ke tempat yang betul, sesebuah organisasi yang dapat melihat manfaat pada masa yang tepat dan keadaan yang baik. pelanggan sedia ada dan pelanggan masa depan. Pengeluaran Suatu fungsi perniagaan yang mengubah input Modal untuk menghasilkan produk sama ada barang Wang atau aset yang dilaburkan dalam perniagaan. dan perkhidmatan melalui aktiviti penambahan nilai. Modal ekuiti Penyata pendapatan Sumbangan kewangan yang diperoleh daripada pemilik. Menunjukkan sumber pendapatan, perbelanjaan, dan keuntungan yang dicapai oleh perniagaan Motivasi sepanjang suatu tempoh operasi perniagaan. Sesuatu yang mendorong seseorang berusaha dengan Penyelidikan dan pembangunan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan tertentu. Aktiviti melibatkan penyelidikan produk baharu dan membangunkan hasil penyelidikan menjadi N produk serta menambah baik produk sedia ada. Perancangan kewangan Nilai Penyediaan bajet tunai dan penentuan keuntungan Harga barang yang ditetapkan oleh penjual melalui ramalan penyata pendapatan yang bertujuan terhadap pembeli. memberi garis panduan kepada firma untuk mengarah, menyelaras dan mengawal tindakan syarikat. O Perkongsian Perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama Objektif dua atau lebih individu bagi tujuan Sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian mendapatkan keuntungan. tujuan organisasi dalam jangka pendek. Persaingan Aktiviti antara firma yang bersaing untuk Organisasi memaksimumkan keuntungan melalui Gabungan manusia atau sekumpulan manusia yang pelbagai strategi. melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat Pesaing yang ditetapkan dalam perancangan. Perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu barangan untuk keperluan pelanggan yang sama dalam sebuah P industri yang sama. Produk Pasaran Barangan yang dihasilkan oleh seseorang pengeluar Tempat pertemuan antara pengeluar dengan atau organisasi pengeluar bagi tujuan memenuhi pengguna yang terlibat dalam proses pertukaran. permintaan dalam pasaran. Promosi Pekerja Aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran yang boleh mempengaruhi pengguna bagi tujuan dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja membuat keputusan pembelian. dalam perniagaan. Proses perniagaan Aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan Pelanggan dalam usaha memaksimumkan keuntungannya. Pihak yang akan membeli barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan. Peluang Trend persekitaran yang mendorong kepada pencapaian objektif. Pemasaran Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penyelidikan dan analisis terhadap gelagat pengguna, persekitaran pemasaran, saluran Glosari 255
R U Rancang Undang-undang Rancangan untuk penambahbaikan operasi dengan Peraturan termaktub yang ditentukan oleh mencari perkara yang tidak dapat diselesaikan, iaitu masyarakat, negeri dan negara untuk mengawal mengenal pasti masalah dan menjana idea-idea kelakuan anggota sendiri. untuk menyelesaikan masalah. Untung Risiko Pulangan yang diterima daripada aktiviti Beberapa kemungkinan buruk yang akan dihadapi perniagaan. seseorang seperti kerugian, kemalangan, kelemahan, kebakaran, dan kerosakan. Risiko menyebabkan Untung bersih sesuatu keadaan yang tidak boleh diramalkan ekoran Untung atau lebihan yang diperoleh setelah daripada kombinasi bahaya dan ketidakpastian menolak semua kos perniagaan daripada semua tentang kerugian. hasil perniagaan. S Untung kasar Untung yang diperoleh selepas kos jualan ditolak Sasaran pasaran daripada hasil jualan. Pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang disasarkan/difokuskan/dihalakan untuk V membeli produk. Visi Server Harapan atau perancangan yang ditentukan oleh Sistem komputer yang membenarkan akses kepada perniagaan pada masa akan datang. fail dan program yang disimpan sebagai sumber yang dikongsi dalam sesebuah jaringan komputer. W Sosiobudaya Wawasan Kepercayaan agama, budaya, adat resam, dan cita rasa Hala tuju sesebuah organisasi yang ditetapkan dalam penduduk sesebuah negara. bentuk matlamat atau objektif. Spesifik Y Pernyataan objektif hendaklah jelas apabila bertindak sesuatu. Yayasan Pertubuhan yang diwujudkan bukan bermotifkan Syer pasaran untung tetapi sebagai salah satu organisasi Jumlah pengguna yang membeli barang dan yang berperanan menguruskan dana bagi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh perniagaan tujuan tertentu. dalam satu pasaran. Z T Zon Tahap perniagaan Kawasan yang terlibat dengan aktiviti perdagangan. Perkembangan sesebuah perniagaan melibatkan peringkat proses pengeluaran, industri dan pasaran. Teknologi Suatu kaedah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa persekitaran perniagaan. Titik pulang modal Satu kaedah yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung. Trend Aliran perkembangan sesuatu kejadian. 256 Glosari
SENARAI RUJUKAN Ab Wahab Mat, Azahari Ramli, Shahrol Aman Ahmad & Abu Mansor Ahmad, 2007. Pengurusan. 257 Shah Alam, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Adibanurain, 2016, Februari 5. Suruhanjaya Perbadanan Awam. Dalam laman sesawang SlideShare: http://www.slideshare.net/adibanurain/suruhanjaya-perbadanan-awam. Adrian Palmer, B. H., 2002. The Business Environment (ed. 4th). United States: McGraw Hill Publication. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 2015, Disember 22. Perkhidmatan Kami. Dalam laman sesawang Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit: http://www.akpk.org. my/my Agrobank, 2016, Januari 1. Modal Usahawan 1Malaysia (MUS1M-i). Dalam laman sesawang Business: http://www.agrobank.com.my/product/modal-usahawan-1malaysia-mus1m-i/ Aini Hayati Mohamed, et al, 2009. Siri Teks STPM Pengajian Perniagaan. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Astro AWANI, 2016, Mac 12. Program Malaysia inklusif negara digital (MINDA). Dalam laman sesawang Analisis AWANI: http://www.astroawani.com/video-malaysia/analisis-awani- program-malaysia-inklusif-negara-digital-minda-108340 Bank Islam, 2016, Februari 6. Pembiayaan PKS Al-Ansar. Dalam laman sesawang http://www. bankislam.com.my/home/ms/perbankan-perniagaan/program-pembiyaan/pembiayaan- pks-al-ansar/ Bank Negara Malaysia, 2016, Januari 2. Dalam laman sesawang Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?&lang=bm Berita Harian, 2016, Februari 28. ‘MyDerm’ cipta sejarah penghasilan sel tisu. Dalam laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/128000 Berita Harian, 2016, Februari 28. SBIDP lonjak Malaysia jadi hab pemprosesan biomas. Dalam laman sesawang BH ONLINE: http://www.bharian.com.my/node/127917 BERNAMA, 2016, Januari 5. Jalin inovasi pihak akademik, industri. Dalam laman sesawang myMetro: http://www.hmetro.com.my/node/10326?m=1 BERNAMA, 2016, Mac 13. MDeC Lancar Kempen #YOUCANDUIT. Dalam laman sesawang BERNAMA.com: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral. php?id=1224474 Bloomberg, 2016, Mac 10. Company overview of RAM Holdings Berhad. Dalam laman sesawang Bloomberg Business: http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot. asp?privcapId=45976668 Carol Carysfoth, M. N., 2010. Business Book 1, Level 2. Essex: Pearson Education Limited. Dewamor Signature, 2016, Mac 10. Dalam laman sesawang Dewamor Signature: https://dewamor.com.my/ Daft, R. L., 2003, Management. Edisi ke-6. Ohio: Thomson South-Western West. Fify_fathia, 2016, Januari 4. Dalam laman sesawang Jenis Pakaian Kaum di Malaysia: http://fifyfathia.blogspot.my/ Group, NBC, 2016, Januari 12. Daftar Perniagaan Anda Sendiri – Pendaftaran Milikan Tunggal dan Perkongsian. Dalam laman sesawang 1Syarikat: http://www.1syarikat.com.my/ Group, Z, 2016, Januari 5. Teknologi dan Kerjaya. Dalam laman sesawang Zenith Tech: http://zenithtech.blogspot.hk/ Haim Hilman Abdullah, 2011. Pengurusan Strategik Konsep dan Kes. Petaling Jaya: Pearson Malaysia. Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1997, Pengurusan, Penterjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod, Siti Nadzrah Sheikh Omar. New York: McGraw-Hill Education. Senarai Rujukan
Heng Seai Kie, C. C., 2002. Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4. Melaka: Pustaka Seri Kancil. Ilyasak, 2016, Januari 5. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC). Dalam laman sesawang Usahawan: http://usahawan-jaya.blogspot.my/2008/06/pusat-pembangunan- usahawan-mmalaysia.html Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia: http://www.customs.gov.my/ms Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 2016, Februari 25. Dalam laman sesawang Cukai Barang dan Perkhidmatan Malaysia (CBP) Jabatan kastam Diraja Malaysia: http://gst.customs.gov.my/ ms/Pages/default.aspx Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 2016, Disember 19. Panduan Pengurusan Pertubuhan. Dalam laman sesawang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia: http://www.ros.gov.my/ index.php/my/perkhidmatan Jabatan Penerangan Malaysia, 2015, Disember 28. Klinik 1Malaysia. Dalam laman sesawang 1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html Jabatan Penerangan Malaysia, 2016, Februari 6. Dana-dana Belia. Dalam laman sesawang 1Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/10200-dana-dana-belia.html Jewell, B. R., 1990. And Intergrated Approach to Business Studies. London: Pittman Publishing. John Bevan, H. C., 2010. Business Book 1, Level 3. Essex: Pearson Education Limited. Kementerian Kewangan Malaysia, 2016, Mac 5. Medium Aduan Pengguna Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia/Galeri Akhbar: http://www.treasury.gov. my/pdf/akhbar/2015/24jun_kosmo.pdf Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 20. MINDA MERAKYATKAN ERA DIGITAL . Dalam laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA): http://www.jasa. gov.my/bm/gallery/lang-bm-arkib-lang-lang-en-archive-lang/23-isu-terkini.html Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016, Februari 21. Maklumat Korporat. Dalam laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/my/visi-misi KementerianPerdaganganDalamNegeri,KoperasidanKepenggunaanMalaysia,2016,Februari20. Mengenai MPB. Dalam laman sesawang 1Malaysia Pengguna Bijak: http://www.1pengguna. com/1pengguna/index.php?r=portal/full&id=eEEzYzNXb252Rk5HQTdZRGxEd2hHZz09 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Disember 25. Pendaftaran Perniagaan Francais di Malaysia. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. Laman Utama. Dalam laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. Maklumat Barang. Dalam laman sesawang MyKira GST: http://mykiragst.kpdnkk.gov.my/ gstcalculator/# Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, 2016, Mac 4. PERASMIAN PUSAT INFORMASI DAN GERAKAN OPERASI STRATEGIK (PIGOS). Dalam laman sesawang Kenyataan Media: http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/ KPDNKK/PDF/Teks_Ucapan_2015/PERASMIAN_PUSAT_INFORMASI_DAN_ GERAKAN_OPERASI_STRATEGIK_PIGOS_-_2.03.2016.doc.pdf Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2015, November 29. 19 NOVEMBER 2015: MOSTI SEDIA PLATFORM BAGI MELONJAKKAN AKTIVITI PENGKOMERSIALAN PADA TAHUN 2016. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov.my/ highlights-ms/19-november-2015-mosti-sedia-platform-bagi-melonjakkan-aktiviti- pengkomersialan-pada-tahun-2016/ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, 2016, Januari 16. MOSTI SOCIAL INNOVATION (MSI) DI PERKENAL. Dalam laman sesawang Berita: http://www.mosti.gov. my/berita/16-april-2015-mosti-social-innovation-msi-di-perkenal/ Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 2016, Januari 15. Sistem Maklumat Kesatuan Sekerja. 258 Senarai Rujukan
Dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia: http://myhos.mohr.gov.my/ Kerajaan Malaysia, 2016, Februari 17. Perniagaan: Memulakan Perniagaan. Dalam laman sesawang Kerajaan Malaysia: https://www.malaysia.gov.my/business Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 11. Lembaga MIDA. Dalam Carta Organisasi: http://fwwcloud.com/demo/mida/v3/mida-board/posts/ Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, 2016, Februari 2. Sektor Perkhidmatan. Dalam Dalam laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): http://www. mida.gov.my/home/services-sector/posts/ Lembaga Tabung Haji, 2016, Februari 6. Dana Bumiputera Al-Ansar. Dalam laman sesawang Lembaga Tabung Haji: http://www.tabunghaji.gov.my/dana-bumiputera-alansar-bm Malaysia Airlines Berhad (MAB), 2016, March 1. Malaysia Airlines and Emirates sign agreement to expand partnership. Dalam laman sesawang Press Room: http://www.malaysiaairlines. com/my/en/corporate-info/press-room/2015/2-december-2015--sepang.html Malik Ridhwan, 2016, Februari 12. GenEX tingkat eksport usahawan muda bumiputera. Dalam laman sesawang Astro AWANI: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/genex-tingkat- eksport-usahawan-muda-bumiputera-93886 McLeod, S, 2016, February 12. Maslow’s Hierarchy of Needs. Dalam laman sesawang Simply Psychology: http://www.simplypsychology.org/maslow.html Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Perniagaan Penggal 1 Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mokhtar Pet, 2016. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Pengurusan Penggal 2 Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. MyCreative Ventures Sdn. Bhd., 2016, Mac 24. What is MyCreative? Diakses daripada mycreative: http://www.mycreative.com.my/about MyKMU.NeT., 2016, Januari 15. Penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE). Dalam laman sesawang MyKMU.NeT: http://www.mykmu.net/2015/08/penubuhan-jawatankuasa-khas- ekonomi-jke/ Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Malaysia, 2016, Mac 1. Informasi Umum: Sistem Insurans Deposit. Dalam laman sesawang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM): http://www.pidm.gov.my/For-Public/About-Deposit-Insurance/Coverage?lang=ms-MY Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eRezeki. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia: http://www.erezeki.my/index.html Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. eUsahawan. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia : http://www.mdec.my/eusahawan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 5. Ringkasan. Dalam laman sesawang Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec): http://www.mdec.my/ms/ mengenai-kami/ringkasan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia, 2016, Mac 11. Dalam laman sesawang Digital Malaysia: http://www.digitalmalaysia.my/ms Persatuan Francais Malaysia, 2016, Januari 15. Franchise News. Dalam laman sesawang MALAYSIAN FRANCHISE Association: http://www.mfa.org.my/newmfa Persatuan Usahawan Internet Malaysia, 2016, Februari 20. Dalam laman sesawang Persatuan Usahawan Internet Malaysia: http://puim.my/ Philip Kotler, G. A. 2011. Principles of Marketing, 14th Edition. Essex: Pearson Education Limited. Rafidah Manap & Mokhtar Pet, 2013. Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Penggal 3. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sistem Guru Online, 2016, Mac 9. Dasar Baru KPM/Matamat, Visi dan Misi KPM. Dalam laman sesawang Edu SGO/Sistem Guru Online Kememterian Pendidikan Malaysia: http://www. sistemguruonline.my/2014/10/dasar-baru-kpm-matlamat-visi-dan-misi.html SME Bank, 2016, Februari 2. Dana Usahawan Muda (YEF). Dalam laman sesawang SME Bank: http://www.smebank.com.my/ms/pembiayaan-pks/program-sme/dana-usahawan-muda- yef/ Senarai Rujukan 259
SME Corporation Malaysia, 2016, Januari 20. Laman Utama. Dalam laman sesawang SME Corp Malaysia: http://www.smecorp.gov.my/index.php/my/ SME Corporation Malaysia, 2016, January 29. Planning Your Business. Dalam laman sesawang SMEinfo ONE STOP SME RESOURCES: http://www.smeinfo.com.my/ Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016, Januari 10. Panduan Penubuhan Koperasi. Dalam laman sesawang Suruhanjaya Koperasi Malaysia: http://www.skm.gov.my/Perkhidmatan/ Panduan-Penubuhan-Koperasi.aspx Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Januari 16. Laman Utama. Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 2016, Mac 5. Perkongsian Liabiliti Terhad. Diakses daripada Dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia: http://www.ssm.com.my/sites/ default/files/booklet/LLP_bkbmLS.pdf Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, 2016, Februari 12. 1MOCC - 1MALAYSIA ONE CALL CENTRE. Dalam laman sesawang MAMPU: http://www.mampu. gov.my/web/en/1mocc-division Unit Peneraju Agenda Bumiputera, 2016, Januari 17. Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Dalam laman sesawang TERAJU: http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan- permulaan-bumiputera/ Unit Perancang Ekonomi, 2016, Mac 3. Lampiran. Didapatkan dari RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020: http://rmk11.epu.gov.my/book/bm/Lampiran/Lampiran.pdf Urus setia Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP), 2016, Mac 1. Dalam laman sesawang Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP): http://akhp.1pengguna.com/akhp/ Usahawan.com., 2016, Disember 29. Mencipta Peluang Perniagaan Baru Untuk Peniagaan Kecil & Sederhana. Dalam laman sesawang usahawan.com: http://www.usahawan.com/ Utusan Malaysia, 2016, Januari 30. Kerajaan akan tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet bantu usahawan muda. Dalam laman sesawang Utusan Online: http://www.utusan.com.my/ berita/nasional/kerajaan-akan-tubuh-jawatankuasa-khas-kabinet-bantu-usahawan- muda-1.177839 Utusan Malaysia, 2016, Mac 12. MySaveFood cari formula tangani pembaziran makan dilancar. Dalam laman sesawang Utusan ONLINE: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ mysavefood-cari-formula-tangani-pembaziran-makan-dilancar-1.199443 Wikipedia, 2016, Januari 16. Malaysia Airlines. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Airlines Wikipedia, 2016, Januari 4. Maslow’s hierarchy of needs. Dalam laman sesawang Wikipedia The Free Encyclopedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Maslow%27s_hierarchy_of_needs 260 Senarai Rujukan
INDEKS A I kitaran, 82 struktur, 82 ahli lembaga pengarah, 25, 26, 28, 32 industri, 46, 81, 91, 138, 141, 178, 184, 187 teknologi, 82 akauntan, 21, 48, 180 inflasi, 63, 64, 65, 67, 83, 84 pentadbiran, 67, 75, 94, 178, 216 analisis, 100, 107, 115, 151, 154, 165 input, 47, 186, 187 penyelidikan dan pembangunan, 74, 87, 105, PESTEL, 154 interaksi, 174, 204, 206, 207, 208, 215, 216 artikel, 58 148, 156, 161, 175, 184, 185 aset, 22, 24, 36, 37, 70, 71, 159, 166, 180 J perancangan, 82, 83, 97, 98, 107, 123, 137 perkhidmatan, 3-8, 16, 48-55, 79, 80 B jaringan, 87, 88, 141, 196, 203, 204 awam, 15, 48 jualan, 7, 16, 39, 42, 94, 99, 104 pelanggan, 161, 175, 216 bahagian, 44, 72, 133, 144, 173, 212-216 jumlah hasil, 136, 139, 140, 165 sukarela, 48 jualan, 196, 197 jumlah kos, 7, 136, 139, 140 swasta, 48 kewangan, 214, 216 perkongsian, 4, 17, 36, 68, 99, 124, 177, 205 pembelian, 185, 213, 216 K biasa, 21, 22 pengeluaran, 212, 213, 214, 216 liabiliti terhad, 22, 23, 24 pengurusan sumber manusia, 178 Kadar, 70, 80, 81, 98, 104, 143, 158, 182 peruncit, 193, 194 penyelidikan dan pembangunan, 184, 185 cukai, 86, 155 perundangan, 17, 45, 68, 86, 87, 89, 97 teknologi maklumat dan komunikasi, 182, faedah, 80, 84, 86, 155 perusahaan kecil dan sederhana, 38 pengangguran, 81, 96, 111 proses pengeluaran, 187, 188, 204 183, 202 kehendak, 5, 6, 161, 185, 193 bahan mentah, 37, 47, 54, 70, 89, 139, 185, kepuasan, 8, 126, 128, 145, 164, 190 R keuntungan, 5, 7, 11, 13, 37, 38, 44, 45, 50 213 keusahawanan, 93 rakan kongsi, 20-25 barang, 3-8, 33, 36, 89, 98, 103-106, kewangan, 178, 182, 191 aktif, 21 separuh siap, 46 khidmat, 34, 51, 86, 198, 241 siap, 46 pelanggan, 216, 241, 242, 246 S tidak nyata, 8 kitaran, 81, 96, 155 ekonomi, 96, 155 sasaran, 50, 129, 153, 164, 189, 196, 200, 216 C kontrak, 5, 7, 35, 68, 99, 112, 185 jualan, 149, 196 koperasi, 3, 4, 17, 29-32, 53, 109, 124 pasaran, 50, 190, 191, 200 campuran pemasaran, 103, 104, 190 kos, 7, 15, 16, 50, 94, 102, 109 sektor, 53-55, 58, 76, 79, 93, 124, 125 cukai, 27, 28, 32, 70, 80, 86, 95, 138, 155, 158 kualiti, 36, 40, 73, 104, 128, 139, 189, 244 awam, 8, 125 pendapatan, 18 kuantiti, 7, 28, 91, 137, 149, 165, 166, 193 kedua, 46, 47, 53, 54 kuasa beli, 85 ketiga, 46 D swasta, 8, 75, 125, 196 L utama, 3, 38, 46, 53, 54, 58, 92 Dasar, 48,71, 77, 78, 80, 82, 105,111, 159 sosiobudaya, 67, 105, 154, 160 fiskal, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 latihan, 8, 30, 51, 73, 152, 170, 179, 219 spesifik, 127, 128, 130, 134 kewangan, 71, 72, 80, 82, 86, 111, 145, 155 lesen perniagaan, 19, 98 SWOT, 100, 107, 109, 151, 165 daya, 84, 87, 89, 135, 141, 201 liabiliti, 20-24, 26-28, 180 syarat perkongsian, 20 pengeluaran, 87, 152, 156 terhad, 22-24, 26 syarikat, 24, 34, 70, 99, 100 saing, 84, 89, 135, 141, 162, 163, 164, 201 awam berhad, 26, 28, 32 dividen, 32, 94, 147, 181 M berhad, 4, 17, 22, 25, 26, 53, 124 sendirian berhad, 3, 23, 26, 27, 28, 32 E melambung, 96, 100, 155 syer pasaran, 135, 144, 162, 200 merekrut, 103 e-dagang, 90, 182, 204 milikan tunggal, 17-20, 42, 53, 124 T ekonomi, 3, 5, 12, 30, 31, 35, 45, 48, 50, 65, 67 misi, 37, 100, 133-135, 141, 165, 175, 177 entiti, 17, 20, 23, 24, 25, 36, 68, 99, 124 teknologi, 36, 37, 40, 45, 47, 53, 75, 81, 82 e-pemasaran, 143, 204 O maklumat, 75, 87, 143, 157, 175, 183, 203 maklumat dan komunikasi, 175, 183 F objektif, 13, 103, 107, 121, 133, 147, 163, 177 titik pulang modal, 136, 162, 166 organisasi, 3, 15, 29, 43, 74, 98, 110, 121 faktor, 8, 38, 41, 64, 67, 79, 83, 85, 87, 115, U dalaman, 87, 88, 89, 115, 147, 165 P luaran, 87, 88, 89, 115, 154, 162, 165 undang-undang, 29, 78, 86, 110- 113 pengeluaran, 8 pasaran, 7, 29, 49-51, 53, 89, 90, 93, 98, 113 urus niaga, 5, 7, 33, 90, 104 francais, 3, 4, 33, 34, 35, 36, 71 antarabangsa, 50, 51, 201 usaha sama, 3, 4, 36, 37, 146, 201 francaisi, 33, 34, 35, 36 baharu, 35, 43, 50, 72, 89, 106, 201, 210 usahawan, 6, 8, 38, 71, 75, 78, 85, 93, 100 francaisor, 33, 34, 35, 36 domestik, 49, 53, 201 fungsian, 159, 173-175, 192, 198, 216 kewangan, 142 V produk, 90 G pemasaran, 34, 94, 105, 132, 144, 164 visi, 37, 100, 121-126, 131-135, 141, 175, 177 pemilikan perniagaan, 3, 4, 17, 18 guna pendaftaran, 19, 21, 43, 68, 125, 240 W tenaga, 91, 93, 111 pengagihan, 133, 176, 181, 190-194, 200, 212 tenaga penuh, 63, 64, 65, 81, 111 pengangguran, 81, 82, 91, 96, 111 wang, 6, 7, 11, 18, 41, 94, 96, 128, 155, 214 bermusim, 81, 82 H harga, 7, 16, 29, 44, 50, 69, 83, 104, 106 Indeks 261
JAWAPAN Latihan Sumatif 1 4 B 5 C 6 B 7 D 8 C 9 C 10 A 14 D 15 A 16 A 17 D 18 D 19 B 20 B 1 D 2 A 3 B 11 B 12 A 13 D Latihan Sumatif 2 4 C 5 D 6 A 7 A 8 B 9 C 10 D 14 D 15 C 20 A 1 D 2 A 3 A 16 C 17 B 18 A 19 C 11 A 12 A 13 C Latihan Sumatif 3 4 A 5 A 6 C 7 C 8 D 9 D 10 C 14 C 15 D 20 B 1 D 2 D 3 C 16 B 17 C 18 C 19 D 11 D 12 D 13 D Latihan Sumatif 4 4 D 5 C 6 C 7 C 8 C 9 D 10 D 14 B 15 B 20 B 1 D 2 C 3 B 16 D 17 D 18 A 19 A 11 D 12 D 13 A 262 Indeks
Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima Nombor Perolehan: Tarikh Penerimaan: BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276