1
2
3
ISI KANDUNGAN i ii Selembut Bicara 32 Seuntai Kata 40 Memori Setiap Jabatan 92 Bahagian Hal Ehwal Pelajar 100 Pusat Kebudayaan 116 Pusat Kaunseling 122 Pusat Alumni 134 Pusat Sukan 194 Pusat Kokurikulum 200 Kolej Ungku Omar 210 Kolej Harun Aminurrashid 216 Kolej Awang Had Salleh 224 Kolej Aminuddin Baki 230 Kolej Za’ba 234 Unit Kediaman Luar Kampus 240 Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) 262 Pusat Pembangunan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) 274 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kejayaan KPI 4
SIDANG EDITOR Ketua Editor: Prof. Dr. Norkhalid bin Salimin Editor: Pn Maskana binti Ahmad Dr. Mazuki bin Mohd Yasim Cik Zarina binti Yaacob Dr. Faizah binti Abu Kassim Prof. Madya Dr. Syed Ismail bin Syed Mohamad Dr. Pau Kee Prof. Madya Dr. Azam bin Sulong Dr. Frederick Josue @ Mohd Fadhil bin Abdullah Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob Encik Mohd Halim bin Mat Zaki Mejar Dr. Kamarul Bahari bin Yaakub Encik Mohammad Faeez bin Mohamad Alias Dr. Abu Zarrin Bin Selamat Encik Ahmad Rifaie bin Amin Dr. Md. Noor bin Saper Encik Suhaimi bin Zulkipli Dr. Mohd Ikhwan Hadi bin Yaacob Encik Mohd Azraai bin Arifin Dr. Muhd Ibrahim bin Muhamad Damanhuri Encik Mohd Aliff Ikmal Bin Mohd Anuar Dr. Norakmal binti Abdullah Encik Mohamad Afif Ammar bin Kamsani Dr. Siti Hartini binti Azmi Puan Noor Hamidah binti Mohd Halimi Dr. Abd Hadi bin Borham Puan Marlina Manja Binti Abdul Hamid Dr. Nazre bin Abdul Rasyid Cik Jamaliah binti Jalil Dr. Che Anuar bin Che Abdullah Cik Syamimah binti Abdul Hamid Susun Atur dan Reka Bentuk Grafik oleh: Encik Mohd Iqmal bin Jaffri 5
i6
7 ii
8
1
2
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR 2.0 20 Februari 2021 Dewan, KHAR UPSI Program Penghantaran Pulang Pelajar 2.0 ini telah berlangsung pada 20 februari 2021 yang melibatkan seramai 967 orang pelajar UPSI daripada kesemua pelajar kolej kediaman termasuk pelajar yang berada dibawah jagaan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Penghantaran pulang pelajar ini dilaksanakan sempena cuti semester pelajar yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. kata-kata aluan yang disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Md Amin bin Md Taff Naib Canselor UPSI sempena Program Penghantaran Pulang Pelajar 2.0. 3
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR 2.0 20 Februari 2021 Dewan, KHAR UPSI 4
Orientasi Pelajar PELAJAR 2.0 3 - 4 Mac 2021 Dalam Talian Program “Orientasi Pelajar Ambilan Mac 2021” merupakan program orientasi pelajar yang dijalankan secara dalam talian pada 3 & 4 Mac 2021 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang melalui aplikasi webex. Program ini melibatkan beberapa ahli Rakan Suai Kenal dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dari segi pengurusan program dan atur cara majlis. 5
Orientasi Pelajar PELAJAR 2.0 3 - 4 Mac 2021 Dalam Talian 6
Orientasi Pelajar PELAJAR 2.0 3 - 4 Mac 2021 Dalam Talian 7
Orientasi Pelajar PELAJAR 2.0 3 - 4 Mac 2021 Dalam Talian 8
Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 24 Mac 2021 Dewan Muallim, Scholar Suites UPSI Program “Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar” merupakan program yang melantik barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 24 Mac 2021 jam 8.30 malam hingga 10.00 malam di Dewan Muallim, Scholar Suites, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini juga dengan kerjasama Organisasi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dari segi pengurusan program dan atur cara majlis. Di samping itu, program ini turut diadakan bertujuan ini memberi penghargaan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang sebelumnya turut serta kepada semua jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang menjayakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dengan jayanya. Kesimpulannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya tersendiri dalam memberi penghargaan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang sebelumnya turut serta kepada semua jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang menjayakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan sebagai pemacu semangat kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu untuk sentiasa komited dan tabah dalam menjalankan tanggung jawab bergelar Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. 9
Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 24 Mac 2021 Dewan Muallim, Scholar Suites UPSI 10
Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 24 Mac 2021 Dewan Muallim, Scholar Suites UPSI 11
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR SEMPENA AIDILFITRI 7 Julai 2021 Dewan, KHAR UPSI 12
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR SEMPENA AIDILFITRI 7 Julai 2021 Dewan, KHAR UPSI 13
PENGHANTARAN PULANG PELAJAR SEMPENA AIDILFITRI 7 Julai 2021 Dewan, KHAR UPSI 14
PUSAT PEMBERIAN VAKSIN UPSI 5 Ogs - 30 Sept 2021 Kompleks Akademik, UPSI Baju rasmi petugas Pusat Pemberian Vaksin UPSI 15
PUSAT PEMBERIAN VAKSIN UPSI 5 Ogs - 30 Sept 2021 Kompleks Akademik, UPSI Antara gambar petugas Pusat Pemberian Vaksin Penerima vaksin yang ke 100 menerima cenderahati sempena sambutan 100 tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI 16
PROGRAM SPEAK OUT@UBP (SIRI 1, 2 & 3) 15 Sept - 29 Otk 2021 Dalam Talian Tanjong Malim, Perak – Salah satu penekanan yang terdapat dalam indeks prestasi Kementerian Pengajian Tinggi yang diilhamkan oleh YB Menteri, Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad adalah komited membudayakan platform pengucapan awam dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi supaya sentiasa cemerlang dalam komunikasi secara holistik dan kompeten. Platfom ini selari dengan hasrat Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memastikan mahasiswa dan mahasiswi memperoleho pencapaian yang unggul dalam menaikkan nama universiti di peringkat Kebangsaan, inter-universiti, negeri, nasional mahupun di persada antarabangsa. Bagi merealisasikan hasrat ini di UPSI, Unit Badan Pelajar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan progam Speak Out@UBP 2021 secara berkala untuk memberi platfrom kepada kepimpinan badan pelajar berdiskusi dan berbincang mengenai topik-topik yang pelbagai. Program bual bicara yang dijalankan secara dalam talian ini merupakan inisiatif Unit Badan Pelajar dalam memperkasakan penglibatan kepimpinan badan pelajar dalam program berbentuk bual bicara serta meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI dan barisan kepimpinan badan pelajar UPSI. Program yang diadakan secara berkala ini berlangsung selama 1 jam 30 minit setiap siri dan melibatkan 3 orang panel terdiri daripada kepimpinan badan pelajar dan moderator dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar. Bagi Siri 1, program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Norkhalid Bin Salimin, Pengarah UCTC dan turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 600 mahasiswa dan mahasiswa IPTA/IPTS secara dalam talian (Facebook Live Unit Badan Pelajar, UPSI). Sepanjang program ini berlangsung, ahli panel berdiskusi mengenai topik yang dipilih dan berbincang antara mereka serta mencari solusi untuk meningkatkan kualiti badan pelajar yang disertai. Selain dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, ahli panel juga didedahkan dengan kaedah, strategi dan peranan sebagai pemimpin mahasiswa khususnya dalam melestarikan keupayaan dan pencapaian badan pelajar masing-masing. Peserta yang menonton melalui Facebook Live ini juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan untuk mencari solusi yang ideal bagi memperkasakan badan pelajar di UPSI. 17
PROGRAM SPEAK OUT@UBP (SIRI 1, 2 & 3) 15 Sept - 29 Otk 2021 Dalam Talian 18
PROGRAM SPEAK OUT@UBP (SIRI 1, 2, 3 & 4) 15 Sept - 29 Otk 2021 Dalam Talian 19
PROGRAM SPEAK OUT@UBP (SIRI 1, 2, 3 & 4) 15 Sept - 29 Otk 2021 Dalam Talian 20
PROGRAM SPEAK OUT@UBP (SIRI 1, 2, 3 & 4) 15 Sept - 29 Otk 2021 Dalam Talian 21
PROGRAM WEBINAR PERANAN ANAK MUDA DALAM KELUARGA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2021 16 September 2021 Dalam Talian Tanjong Malim, Perak – Salah satu penekanan yang terdapat dalam konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob adalah komited dalam mengurangkan jurang antara rakyat walaupun berbeza agama, bangsa dan kaum serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh. Bagi merealisasikan hasrat kekeluargaan di Institusi Pengajian Tinggi, Unit Badan Pelajar melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan progam Webinar : Peranan Anak Muda Dalam Keluarga Malaysia pada 16 September 2021 yang lalu sempena Sambutan Hari Malaysia 2021. Program bual bicara yang dijalankan secara dalam talian ini merupakan inisiatif Unit Badan Pelajar dalam memperkasakan penglibatan kepimpinan badan pelajar dalam program berbentuk webinar serta meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu semasa dan semangat cintakan tanah air dalam diri kepimpinan badan pelajar di UPSI. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI. Program yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini telah dirasmikan oleh Cik Zarina Binti Mohd Yaacob, Ketua Timbalan Pendaftar JHEPA dan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan panel yang pakar dalam bidang masing-masing. Ahli panel terdiri daripada Encik Richard Chai (Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Sabah), Encik Khair Hisham (Naib Presiden Persatuan Felo Perdana) dan Cik Mathivani Murugeesan (Atlet Karate Malaysia) dan Encik Mohd Aliff Ikmal Bin Mohd Anuar (Skim Perkhidmatan Khas Universiti) telah terlibat sebagai moderator. Program ini telah mendapat penyertaan 400 mahasiswa dan mahasiswa IPTA/IPTS secara dalam talian (Facebook Live Unit Badan Pelajar, UPSI). Sepanjang webinar ini berlangsung, peserta didedahkan dengan kaedah, strategi dan peranan anak muda khususnya mahasiswa-mahasiswi universiti dalam melestarikan gagasan Keluarga Malaysia yang diilihamkan oleh YAB Perdana Menteri. Peserta juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan untuk mencari solusi yang ideal bagi merealisasikan peranan anak muda yang komprehensif dalam gagasan Keluarga Malaysia. 22
PROGRAM WEBINAR PERANAN ANAK MUDA DALAM KELUARGA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2021 16 September 2021 Dalam Talian 23
Bengkel Bajet Dan Perancangan Hala Tuju JHEPA 2022 20-21 Oktober 2021 Bilik Mesyuarat Scholar Suites, UPSI Bengkel Bajet Dan Perancangan Hala Tuju JHEPA merupakan bengkel yang dijalankan secara fizikal di bilik mesyuarat Scholar Suites. Bengkel ini melibatkan semua bahagian dalam jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk membincangkan bajet dan perancangan hala tuju JHEPA 2022. 24
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 16 November 2021 Bangunan Pusat Pelajar, UPSI Gambar bersama ahli PTPTN dan pengurusan UPSI Sesi perbincangan diantara ahli PTPTN dan pengurusan UPSI 25
Lawatan Ke Kolej Kediaman Pelajar Antarabangsa 1 Disember 2021 Blok A, Kolej Aminuddin Baki, UPSI 26
Lawatan Ke Kolej Kediaman Pelajar Antarabangsa 1 Disember 2021 Blok A, Kolej Aminuddin Baki, UPSI 27
Food@Campus Bangunan Pusat Pelajar, UPSI 8 Disember 2021 Antara pelajar yang menerima baucar makanan Food@campus Gambar penerima baucar makanan Food@campus bersama Timbalan pendaftar BHEP dan Timbalan Naib Canselor, UPSI 28
MAJLIS ANUGRAH KETERAMPILAN PELAJAR & ANUGRAH PENASIHAT BADAN PELAJAR 20 Disember 2021 Dalam Talian Tanjong Malim, Perak – Salah satu indikator yang terdapat dalam indeks prestasi Kementerian Pengajian Tinggi yang diilhamkan oleh YB Menteri, Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad adalah komited membudayakan kemenjadian mahasiswa kelas pertama dalam kalangan mahasiswa secara holistik dan kompeten. Platform ini selari dengan hasrat Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memastikan mahasiswa dan mahasiswi memperolehi pencapaian yang unggul dalam menaikkan nama universiti di peringkat Kebangsaan, inter-universiti, negeri, nasional mahupun di persada antarabangsa. Bagi merealisasikan hasrat ini di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program apresiasi yang berprestij iaitu Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2020 secara dalam talian untuk meningkatkan lagi kemenjadian mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk mencapai kegemilangan dalam aspek kurikulum mahupun penglibatan ko-kurikulum di samping menghasilkan individu yang sentiasa berdaya saing dan komited terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan dalam apa jua bidang yang diceburi. Penganjuran Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar 2020 merupakan penganjuran kali ke-15 dan diadakan setiap tahun manakala Anugerah Penasihat Badan Pelajar merupakan penganjuran yang pertama dalam sejarah Majlis Anugerah JHEPA. Namun, buat julung kalinya juga, kedua-dua anugerah ini diadakan secara dalam talian selari dengan pembudayaan norma baharu dan setelah hampir setahun dari tarikh pelaksanaan sebenar, majlis ini berjaya diadakan dengan meriah melalui platform Facebook Live bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan kepimpinan badan pelajar di UPSI. Majlis yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini turut dimeriahkan dengan ucapan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Norkhalid Bin Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI serta dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Taff, Naib Canselor UPSI. Majlis ini juga ditonton secara langsung oleh 2800 mahasiswa dan mahasiswa IPTA/IPTS. Sepanjang majlis ini berlangsung, penonton disajikan dengan persembahan istimewa daripada The Pegawai Band UPSI (terdiri daripada kakitangan Pusat Kebudayaan UPSI), Kesakti Band (terdiri daripada kakitangan UPSI), Pentarama Putrajaya dan artis tersohor, Ernie Zakri. Majlis yang bertemakan Apresiasi Demi UPSI ini telah menyaksikan 24 anugerah dipertandingkan untuk Anugerah Keterampilan Pelajar terbahagi kepada 6 kluster iaitu Kepimpinan Pelajar, Pembangunan Sosial, Pembangunan Akademik dan Intelektual, Kesukarelawanan, Khas Individu dan Khas Pasukan. Sebanyak 61 penyertaan telah diterima oleh urusetia dan telah berjaya menobatkan Saudari Aishwarya Menon A/P Dinesh daripada Kelab Debat Bahasa Inggeris berjaya merangkul anugerah utama iaitu Anugerah Perdana Naib Canselor Tokoh Siswa UPSI seterusnya membawa pulang wang tunai RM1000.00 berserta trofi dan sijil. Anugerah Penasihat Badan Pelajar 2020 pula menyaksikan 15 anugerah individu yang dipertandingkan dan 2 anugerah utama iaitu Anugerah Badan Pelajar Terbaik (Kolej Kediaman, Kelab & Persatuan) serta Anugerah Penasihat Terbaik direbut oleh calon yang bertanding. Sebanyak 36 penyertaan yang telah diterima menyaksikan Kolej Ungku Omar dinobatkan sebagai Badan Pelajar Terbaik Kolej Kediaman dan Penasihat Majlis Anak Johor iaitu Prof. Madya. Dr. Norkhalid bin Salimin serta Puan Jamilah Omar telah dinobatkan sebagai Penasihat Terbaik. 29
MAJLIS ANUGRAH KETERAMPILAN PELAJAR & ANUGRAH PENASIHAT BADAN PELAJAR 20 Disember 2021 Dalam Talian 30
MAJLIS ANUGRAH KETERAMPILAN PELAJAR & ANUGRAH PENASIHAT BADAN PELAJAR 20 Disember 2021 Dalam Talian 31
MAJLIS ANUGRAH KETERAMPILAN PELAJAR & ANUGRAH PENASIHAT BADAN PELAJAR 20 Disember 2021 Dalam Talian 32
1
2
Webinar Kebudayaan Serumpun Malaysia-Indonesia “Kebudayaan Minangkabau Persaudaraan dua Negara 15 September 2021 Dalam Talian Pusat Kebudayaan UPSI menganjurkan Webinar Kebudayaan Serumpun Malaysia-Indonesia dengan membawakan topik Kebudayaan Minangkabau, Persaudaraan Dua Negara melalui platform dalam talian Webex. Webinar berdurasi dua jam itu dibarisi oleh dua panel yang cukup berpengalaman dalam kebudayaan Minangkabau iaitu YBhg. Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin yang merupakan Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan YBrs. Dra. Nerosti M. Hum. , pensyarah di Universitas Negeri Padang, Indonesia. Program ini dihoskan oleh Encik Mohd Halim Mat Zaki dan Encik Anuar Borhan atau lebih dikenali dengan nama Ahoi yang bertugas sebagai Ahli Muzik di Pusat Kebudayaan UPSI. Program yang disertai oleh 99 peserta ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang positif. Di ruang ‘chat’ Webex para peserta rata - ratanya menyatakan pendedahan oleh para panel merupakan input yang perlu disampaikan kepada generasi masa kini kerana input tersebut jarang diceritakan kepada khalayak, hanya diketahui oleh sebilangan masyarakat berketurunan Minang sahaja. Semoga dengan penganjuran sebegini dapat memperkukuh pengetahuan dan kelestarian budaya Minangkabau khususnya dalam kalangan warga Malaysia. 35
Webinar Kebudayaan Serumpun Malaysia-Indonesia “Kebudayaan Minangkabau Persaudaraan dua Negara 36
Webinar Kebudayaan Serumpun Malaysia-Indonesia “Kebudayaan Minangkabau Persaudaraan dua Negara 37
Program Bimbingan Penulisan & Penghayatan Puisi Tradisional (Pantun) DBP-UPSI 9 November 2021 Dalam Talian Program berkonsepkan bicara ilmiah bertajuk Program Bimbingan Penulisan dan Penghayatan Puisi Tradisional (Pantun) DBP-UPSI anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Institut Peradaban Melayu UPSI dan Pusat Kebudayaan UPSI. Berdurasi sekitar dua jam, program ini dijalankan secara dalam talian menerusi platform Facebook rasmi Institut Peradaban Melayu UPSI dan dikongsikan secara cross post di Facebook rasmi DBPMalaysia dan Pusat Kebudayaan UPSI. Tiga panel jemputan yang amat berpengalaman dalam bidang kesusasteraan Melayu dijemput iaitu YBhg. SN Datuk Dr. Zurinah binti Hassan yang merupakan Sasterawan Negara , Dr. Samsuddin bin Othman, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim bin Ali dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Program ini membincangkan bagaimana seni bahasa masyarakat Melayu diterjemahkan dan maksud di sebalik puisi tradisional atau pantun yang dikarang. Para panel jemputan juga mengupas dengan lebih lanjut berkenaan cara memahami penggunaan dan pemilihan perkataan dalam penulisan puisi dan pantun agar maksud yang ingin disampaikan tidak disalah ertikan. Turut dibincangkan juga mengenai ketertinggian bahasa Melayu jika dibandingkan dengan bahasa lain dan bagaimana bahasa Melayu dipandang tinggi oleh golongan Barat. “Program yang sangat menarik dan bermanfaat terutama dari segi ilmu berkenaan budaya berpantun dalam kalangan masyarakat melayu.” - FABIAN ANAK JEFFERY “Program yang sangat bermanfaat walaupun ramai yang memandang proses penciptaan sesebuah pantun adalah sesuatu yang mudah; sebenarnya memerlukan pengalaman dan kemahiran tertentu dalam menyampaikan maksud melalui serangkap pantun yang boleh dianggap berkualiti, berciri Melayu dan berjaya menyampaikan makna” - NOOR FATIN FADHILAH BT YUSOF Pusat Kebudayaan UPSI akan sentiasa berusaha untuk melestarikan seni budaya yang terdapat di Malaysia dengan penganjuran program berilmiah secara santai supaya generasi muda kini dan akan datang tidak lupa akan budaya serta adat resam yang tinggi nilainya di mata dunia 38
Program Bimbingan Penulisan & Penghayatan Puisi Tradisional (Pantun) DBP-UPSI 39
Program Bimbingan Penulisan & Penghayatan Puisi Tradisional (Pantun) DBP-UPSI 40
1
2
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283