Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Published by hizazy83, 2017-10-25 05:23:13

Description: Gerakan Politik Melayu 1945 - 1957

Keywords: Politik,Melayu,Sejarah

Search

Read the Text Version

© EPUB, Universiti Malaysia Perlis , 2017.Hak Cipta Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitk an semula atau disimpan dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,rak aman atau sebalik nya tanpa mendapat izin daripada Penerbit Universiti Malaysia Perlis.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanRamlah Adam GERAKAN POLITIK MELAYU 1945-1957 / RAMLAH ADAM. Includes index ISBN 978-967-5415-65-4 (Print) e-ISBN 978-967-5415-65-4 1. Malays--Politics and government--1945-1957. 2. Political parties—Malaysia--History. I. Judul. 320.9595Diterbitk an oleh:Pe ne rbit UniM APUnive rs iti M alays ia Pe rlisNo. 96, Taman Pertiwi Indah,Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab,01000 Kangar, Perlis. MALAYSIATel: (04) 979 8131, Faks: (04) 977 5135http://penerbit.unimap.edu.mye-mel: [email protected] terbaik untuk buku elektronik ini ialah dengan iBooks. Penerbit UniMAP tidak bertanggungjawab di atas sebarangank ehilangan dan k erosak an yang disebabk an oleh penggunaan aplik asi lain. Mak lumat yang diberik an di dalam buk u elek tronik inihanya untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walau bagaimanapun kami cuba mengemaskini maklumat terkini dengan tepat, tiadapernyataan atau jaminan, secara nyata atau tersirat tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atauketersediaan berkenaan dengan maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik yang terkandung dalam buku elektronik ini.Sebarang penggunaan mak lumat dalam buk u elek tornik ini adalah tanggungj awab anda sendiri.

KANDUNGANPRAKATABAB 1Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union 1945-1948BAB 2Kepentingan Selangor dalam Gerakan Orang Melayu Menentang Malayan Union 1945-1948BAB 3Kemelut Politik Johor 1945-1948BAB 4Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) 1945-1948: SatuPenelitian Tentang Kegiatan PolitikBAB 5Nasionalisme Tanah Melayu 1941-1957: Satu Analisis Terhadap Corak KegiatannyaBAB 6Kepimpinan Politik Melayu 1945-1957BAB 7Kongres Kebangsaan Melayu 1957: Satu Penentangan kepada Kehilangan Kuasa Politik Melayu diAmbang Kemerdekaan Persekutuan Tanah MelayuBAB 8Pembentukan Kerakyatan Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, 1946-1957 dan Kesannya kepadaKedudukan Politik Orang MelayuBAB 9Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan: Peranan Golongan Nasionalis di antara Tahun1930-an Hingga 1957BAB 10Gerakan Menuntut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1948-1957BIBLIOGRAFI

INDEKS

PRAKATAGerakan politik di Semenanjung Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1948, adalah satu fenomena yang sangat menarik sekali untuk dihayati. Iamemperlihatkan satu kegiatan nasionalisme orang Melayu mempertahankan satu status quo politiktradisional mereka yang telah diiktiraf oleh British sejak kedatangan mereka di negeri-negeri Melayu.British telah menjalankan dasar pentadbiran yang bersifat naungan atau Protected Malay States bagiNegeri-negeri Melayu Bersekutu (ditubuhkan pada 1896) yang terdiri dari Perak, Selangor, NegeriSembilan dan Pahang dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (ditubuhkan pada 1909) yang terdiridari Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor sebagai anggotanya. Dalam pentadbiran yang bersifat perlindungan ini, British mengekalkan institusi Raja-raja Melayusebagai simbol pentadbiran negeri. Walaupun semua pentadbiran dipegang oleh Residen dan pegawai-pegawai British, namun pengisytiharaan undang-undang dilakukan dengan pengetahuan Sultan dan parawakilnya dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Bagi Negeri Melayu Tidak Bersekutu, kuasa dan kedudukanSultan dan pembesarnya adalah lebih kuat kerana kedudukan British hanyalah sebagai pegawai penasihatsahaja. Di Johor pula, walaupun pegawai-pegawai British memegang beberapa jabatan penting, tetapiSultannya sangat kuat dalam kedudukannya kerana ketokohan Sultan Ibrahim itu sendiri. ProsesDesentralisasi yang berlaku di antara akhir tahun 1920-an dan 1930-an juga memperlihatkan minat negeri-negeri Melayu untuk mengurangkan penguasaan pentadbiran British dalam hal ehwal negeri mereka. Pentadbiran British di negeri-negeri seperti itu sangat berbeza dalam satu unit negeri lain yangdikenali sebagai Negeri-negeri Selat (1796) yang terdiri dari Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.Pentadbiran di negeri-negeri ini dilakukan secara langsung oleh pihak kerajaan British dengan BagindaKing sebagai ketua negaranya. Negeri Selat adalah jajahan takluk mahkota British (British CrownColonies). Rakyatnya dikenali sebagai Rakyat British. Dengan kedudukan politik seperti itulah, orang Melayu menentang Malayan Union yangdiperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada awal tahun 1946. Pengenalan Malayan Union inisangat menarik kerana ia memperlihatkan satu perubahan dasar politik British yang begitu drastik sekalisehingga orang Melayu dan Raja-raja Melayu bangun menentang cadangan itu secara damai. Ia jugamelahirkan satu kesedaran kebangsaan yang memuncak dan sangat jitu. Kelahiran pemimpin-pemimpinkebangsaan Melayu dan persatuan-persatuan negeri mendukung gerakan itu telah melahirkan satu semangatkesatuan dan kekitaan yang tidak pernah wujud dalam sejarah orang Melayu di Semenanjung TanahMelayu sebelum ini. Ia juga menyaksikan kelahiran UMNO (United Malays National Organization) yangmenjadi barisan depan orang Melayu menentang Malayan Union. Bagaimanapun, perpaduan dalam kalangan orang Melayu dalam usaha menentang Malayan Union

tidak begitu kukuh dengan kewujudan satu kelompok orang Melayu yang mempunyai sikap gergaji duamata dalam menangani masalah orang Melayu ini. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dansekutunya mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menyambut Malayan Union ini. Ia juga melihatkemerdekaan Tanah Melayu harus dilakukan bersama dengan kerjasama bangsa lain dan dalam masa yangsama mengidam kemerdekaan dalam gabungan Melayu/Indonesia Raya. Parti ini bertentangan pendapatdengan UMNO dalam banyak hal dan inilah yang menyebabkan golongan ini menjadi satu gerakan yangsangat dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. Rencana yang bertajuk‘Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Parti Komunis Malaya: Satu Penelitian Mengenai KegiatanPolitik Mereka’, berusaha untuk melihat secara dekat golongan radikal Melayu ini. Kegiatan nasionalisme/politik di tempoh ini juga memperlihatkan usaha orang dagang atau bukanMelayu untuk mendapatkan kedudukan politik yang tetap di negara ini. Pengenalan Malayan Union dengandasar kerakyatan terbuka, sistem pentadbiran dan perundangan yang terus dari Britian serta penaklukanpenuh British ke atas Semenanjung Tanah Melayu telah melenyapkan dasar perlindungan British ke atasnegeri-negeri Melayu. Dengan itu, British menggunakan konsep Malayan yang membawa erti persamaanhak politik kepada semua rakyatnya. Dasar liberal ini memang dituntut oleh orang dagang sejak tahun1920-an. Pengenalan Malayan Union adalah dasar British untuk memenuhi tuntutan itu. Dengan itu,lahirlah kesedaran untuk menduduki negara ini secara tetap dan beberapa buah parti politik bukan Melayutelah bekerja ke arah tersebut. Ini termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutunya (kesatuansekerja, pemuda dan wanita), Straits Chinese Born Association, Chinese Chamber of Commerce,Malayan Democratic Union dan berbagai lagi. Tuntutan mereka ini menjadi cabaran kepada orangMelayu; pergolakan di antara mereka atau dua bangsa terbesar di Tanah Melayu ini telah menggelorakansuasana politik negara ini, terutama dari tahun 1945 sehingga 1948. Satu hal yang nyata dari putaran dan kegiatan politik orang bukan Melayu ialah mereka dengancukup bijak telah menggunakan perpecahan orang Melayu untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik.Sewaktu orang Melayu menentang Malayan Union, orang bukan Melayu telah bekerjasama dengangolongan radikal Melayu. Kegagalan mereka telah menyebabkan Parti Komunis Malaya mengangkatsenjata. Ini pula menyebabkan British menggalakkan pemimpin-pemimpin sederhana dan konservatifMelayu bekerjasama dengan bukan Melayu demi untuk mendapatkan kemerdekaan. Maka, bermulalahkerjasama itu dengan penubuhan Communities Laison Committee (CLC) pada tahun 1949 sehinggamembawa kelonggaran kerakyatan Persekutuan pada tahun 1952 dan penubuhan Independence of MalayaParty (IMP) oleh Dato’ Onn sebagai memenuhi tuntutan British itu. Kegagalan IMP kerana ketegasan Dato’ Onn telah menyebabkan British menubuhkan NationalConference yang pula mendorong UMNO dan MCA melahirkan National Convention, yang kemudianmelahirkan Perikatan. Dengan kerjasama parti-parti perkauman Melayu, Cina dan India, maka pilihan rayadimenangi oleh Perikatan yang membolehkan ia mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan TanahMelayu pada tahun 1957. Kesemuanya ini memperlihatkan bahawa tuntutan bangsa dagang untuk mendapatkedudukan dan kuasa politik yang tetap dan serata dengan orang Melayu telah melahirkan masyarakatmajmuk dalam politik kepartian dan kemerdekaan Tanah Melayu itu. Perpecahan orang Melayu di antara UMNO, IMP, Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat Malaya

sangat ketara di antara tahun 1951 sehingga 1957. Ini menyebabkan kedudukan politik mereka menjadilemah dan sentiasa bergolak. Perpecahan ini muncul di atas kekuatan personaliti yang memimpin parti-parti tersebut. Ketokohan Dato’ Onn, Ahmad Boestamam, Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku AbdulRahman sebagai pemimpin UMNO yang baru tetapi pragmatik telah mencorakkan nasib politik orangMelayu menjelang kemerdekaan. Ketiga-tiga tokoh yang terawal adalah penganjur-penganjur ideologi danparti-parti politik yang kuat pengaruhnya. Mereka tidak mungkin dapat menerima kepimpinan yang lainkerana kehebatan mereka sendiri. Namun, mereka tetap nasionalis yang mementingkan survival bangsa Melayu. Sementara UMNOmerundingkan kemerdekaan negara, tokoh-tokoh veteran itu dengan sokongan dari parti-parti yangdipimpin menjadi satu ‘check and balance’ kepada UMNO. Mereka menolak dasar tolak ansur UMNOdalam soal kerakyatan jus soli, kelemahan dalam pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan goyah agama Islam. Kongres Melayu 1957 adalahusaha terakhir mereka untuk membaiki kelemahan UMNO; mereka berjaya mendapatkan semulakedudukan istimewa orang Melayu walaupun gagal menolak kerakyatan jus soli dan Commonwealth yangdipaksakan ke atas Tanah Melayu oleh British. Mereka juga membantah pertahanan negara yang masihdipegang oleh British dan penyokong-penyokongnya. Tidak dapat dinafikan kepimpinan ketiga-tiga tokoh di atas dan para penyokong mereka telahmemberi satu bentuk kepimpinan yang sangat dinamik kepada sejarah nasionalisme dan politik orangMelayu sendiri dan Tanah Melayu umumnya. Ketiga-tiga mereka menggunakan Melayu sebagai dasarnya;Dato’ Onn dengan Melayu Semenanjung manakala Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin denganMelayu Rayanya. Dato’ Onn menolak orang dagang di peringkat awal kepemimpinannya dalam UMNO,sedangkan kedua-dua tokoh radikal menerima bukan Melayu sebagai kawan-kawannya. Penerimaan Dato’Onn kepada orang bukan Melayu hanya pada tahun 1949 setelah menegakkan kedudukan orang Melayu,namun penerimaannya tidak begitu sepenuhnya walaupun menubuhkan IMP. Tunku Abdul Rahmansebaliknya telah menjadi lebih terbuka dengan bekerjasama menubuhkan sebuah parti politik yang besarseperti anjuran British demi untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kepentingan orang Melayuseperti pada tahun 1946 atau 1952 tidak lagi diutamakan; kerakyatan disamaratakan, kedudukan istimewaorang Melayu hanya untuk 15 tahun selepas merdeka dan Bahasa Melayu hanya didaulatkan 10 tahunselepas merdeka. Kesemuanya ini berlaku kerana konsep kebangsaan Tanah Melayu bukan lagiberteraskan Melayu tetapi berkonsepkan Malayan. Inilah pegangan UMNO dan Perikatan sehinggamembolehkan British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Kesemua rencana ini melingkari senario ini. Pendapat saya mungkin berbeza daripada orang lain,tetapi ia adalah pendapat dan kesimpulan yang telah diikat dari penyelidikan primer yang telah dilakukanselama beberapa tahun di dalam dan luar negeri. Ia diharapkan dapat melahirkan satu wacana baru yangdapat merangsang pelajar dan masyarakat umum memikirkannya.

United Malays National Organization (UMNO) telah ditubuhkan hasil daripada kesedaran politik orangMelayu menentang pengenalan Malayan Union sejak Disember 1945. Melalui kebimbangan merekatentang kehapusan negeri, bangsa dan kebudayaan mereka, penyatuan orang Melayu menjadi begitu jelasdan bermakna sekali. Ia boleh dianggap sebagai satu kemuncak nasionalisme Melayu itu sendiri. Malayan Union telah dirangka oleh Kerajaan Parti Buruh (Labour Party) sejak tahun 1943 olehPejabat Perang, Pejabat India dan Pejabat Tanah Jajahan British bertujuan untuk melicinkan danmencantumkan pentadbiran negeri-negeri Melayu bagi menyediakan kerajaan sendiri di Tanah Melayu. Iajuga dikatakan sebagai satu cara untuk mengajar Raja-raja Melayu kerana bekerjasama dengan Jepun. Adajuga yang mengatakan untuk menjaga kepentingan ekonomi terutama getah di Tanah Melayu dan AsiaTenggara daripada dikuasai oleh kuasa besar yang lain. Untuk membolehkan hal ini berlaku, kuasaundang-undang dan kedaulatan negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentukkerakyatan yang seragam diadakan.1 “His Highness the Sultan agrees that his Majesty shall have full power and jurisdiction within the state of Selangor.”2 Rancangan Malayan Union ini menimbulkan bantahan yang hebat daripada orang Melayu. Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara memainkan peranan utama denganmenjadi pengkritik awal dan penghebah kepada keburukan Malayan Union.3 Akhbar-akhbar ini jugamemuatkan surat-surat pembaca yang mengkritik Malayan Union. Persatuan negeri-negeri Melayu yangtumbuh sebelum perang dan selepas perang, menghantar nota-nota bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan(Colonial Office).4 Orang ramai di Kedah dan Kelantan mengadakan tunjuk perasaan menentangnya.5Tegasnya, penentangan kepada Malayan Union adalah kesedaran politik yang sangat penting selepasPerang Dunia.

Gambarajah 1.1: Orang M e layu be rs atu te guh me ne ntang Malayan Union. (Sumber: Utusan Melayu (M) Berhad) Penentangan ini berpunca daripada beberapa perkara yang terdapat dalam gagasan Malayan Unionitu. Pertamanya, mereka tidak berpuas hati dengan cara kedaulatan Raja-raja Melayu diambil. Bagikebanyakan orang Melayu, Harold MacMichael menggunakan ancaman dan tidak membenarkan Raja-rajaMelayu mendapat nasihat yang cukup daripada Majlis Mesyuarat Negeri.6 Mereka juga menentangkehilangan kedaulatan Raja-raja Melayu. Penghapusan kedaulatan Raja-raja Melayu ini akanmenyebabkan orang-orang Melayu kehilangan kepimpinan tradisional mereka. Orang Melayu juga percayamereka akan kehilangan kedudukan sebagai peribumi Tanah Melayu akibat daripada kerakyatan MalayanUnion yang longgar. Mereka bimbang keadaan ini akan menjadikan mereka satu masyarakat yang kecil diTanah Melayu. Mereka juga melihatnya sebagai satu penjajahan ke atas Tanah Melayu.7

Gambarajah 1.2: Satu Rapat Umum me mbantah Malayan Union di Tapah, Pe rak, 1946. (Sumber: Ihsan - ANM) Dalam hal penentangan ini, Johor telah memainkan peranan yang sangat penting. Melalui daya usahaseorang anak negerinya Dato’ Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat, gerakan menentang MalayanUnion itu telah menjadi satu kegiatan nasional yang menggabungkan semua tenaga menentang secarakonkrit dan bersepadu terhadap Malayan Union. Dengan memberanikan diri dan sokongan daripadakawan-kawannya serta persatuan negeri-negeri Melayu yang lain dan para pemimpinnya, Dato’ Onn Jaafarmengetuai orang Melayu mengadakan Kongres 1946 dan seterusnya melahirkan persatuan kebangsaan bagiorang Melayu iaitu UMNO. Gambarajah 1.3: Pe rarakan me ne ntang Malayan Union.

(Sumber: Utusan Melayu (M) Berhad) Johor telah memainkan peranan yang amat penting dalam survival politik Melayu pada tahun 1946itu. Dengan kesedaran itu, Dato’ Onn dan beberapa orang cerdik pandai Melayu Batu Pahat telahmenggerakkan orang Melayu Batu Pahat untuk mencari jalan membantah Malayan Union. Satu mesyuarattelah diadakan di Gunung Saga pada 15 November 1945 bagi mencari jalan menentang Malayan Union.Lima hari kemudian, satu perbincangan diadakan di Kelab Batu Pahat dengan diwakili oleh pemimpinbeberapa persatuan Melayu daerah Johor.8 Kesemua perbincangan ini mencerminkan kebimbangan orangMelayu Johor terhadap Malayan Union. Gambarajah 1.4: Dato’ Onn s e dang be rucap dalam s alah s atu pe rs idangan UM NO me nyuarakan te ntangan te rhadap Malayan Union. (Sumber: Ihsan - ANM) Pada 23 Jun 1946, Dato’ Onn menghantar sepucuk surat kepada Utusan Melayu untuk menyeruorang-orang Melayu berkongres. Dato’ Onn yang pada masa itu menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat danYang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ), menghantar surat itu dengan cadangandaripada beberapa orang anggota Kesatuan Melayu Johor seperti Syed Alwi Al-Hadi, Haji Anuar Malikdan Haji Mohd. Noah. Bagi mereka, Dato’ Onn mempunyai keupayaan untuk menyatukan orang Melayu.Setelah beberapa jam berunding, pada malan 27 Januari 1946, akhirnya Dato’ Onn bersetuju memikultanggungjawab itu.9 Desakan dan kepercayaan mereka terhadap Dato’ Onn bukanlah baru. Sebelum itu Majlis, sebuahakhbar Melayu yang berpusat di Kuala Lumpur pada 12 Januari 1946, telah mencadangkan Dato’ Onnuntuk memimpin orang Melayu membantah Malayan Union. Ketua Pengarangnya, Mohamad YunusHamidi, berpendapat bahawa Dato’ Onn mempunyai keupayaan untuk menyatukan dan memimpin orangMelayu di saat genting itu. Keberanian Dato’ Onn selama ini sangat berkesan baginya. Walaupun desakanini tidak dijawab, tetapi hal ini menambahkan keyakinan Dato’ Onn sendiri untuk memikul tugas berat itu.Dalam suratnya, Dato’ Onn mencadangkan satu kongres diadakan di Melaka untuk membincangkan soal

Malayan Union itu. Satu pertubuhan yang dinamakan United Malays Organization (UMO) patutditubuhkan sebagai badan pendesak. Bagi Dato’ Onn, kongres dan persatuan itu adalah penting bagiketurunan Melayu yang akan datang. Kata Dato’ Onn: “…daripada ikhtibar kita yang ada sekarang barangkali akan dihasilkan oleh Tuhan dengan sebab kita sekarang mulai bersatu dengan kehendak dan pekerjaan kita itu, insya-Allah akan dirasai kebajikannya oleh anak cucu-cicit keturunan kita kelak.”10 Surat Dato’ Onn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yangmahukan masalah Malayan Union itu dibincangkan secara bersama. Selama ini, persatuan negeri Melayudan akhbar Melayu membangkitkan penentangan mereka secara berasingan ditujukan kepada PejabatTanah Jajahan. Sifat kenegerian mereka menjadikan penentangan itu terpencil dan tidak berkesan. SuratDato’ Onn mengatasi tembok kenegerian orang Melayu itu. Utusan Melayu dan Warta Negara telah menyokong cadangan Dato’ Onn. Kedua-duanya mendesakDato’ Onn mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan cadangannya itu. Begitu juga denganbeberapa orang Melayu yang membuat desakan yang sama melalui surat mereka di akhbar tersebut.11Sokongan akhbar dan orang Melayu itu meyakinkan Dato’ Onn untuk mengadakan Kongres 1946. Denganadanya Kongres 1946, Dato’Onn dan orang Melayu percaya bahawa perbincangan dan tindakan akandapat dibuat bagi menghadapi Malayan Union. Mereka juga berharap Kongres 1946 menjadi satu barisandepan orang Melayu menunjukkan kekuatan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Dato’Onn danorang Melayu nampaknya sepakat untuk menjayakan Kongres 1946 itu. Gambarajah 1.5: Orang M e layu be rs atu te guh me ne ntang Malayan Union. (Sumber: Ihsan - ANM) Dengan bantuan PMSJ yang dipimpinnya, Dato’ Onn mula mengadakan persiapan bagi melancarkanKongres itu. Dalam mesyuarat di rumahnya di Batu Pahat pada 14 Febuari 1946, Dato’ Onn dan anggotajawatankuasa PMSJ merancang dasar Kongres 1946. Akhirnya, keputusan dibuat bahawa Kongres ituakan diadakan pada 1 Mac 1946 hingga 4 Mac 1946 di Melaka, anjuran Kesatuan Melayu Melaka. HajiHamid Fadhil, seorang Ahli Jawatankuasa PMSJ ditugaskan menghantar surat-surat edaran kepadapersatuan-persatuan Melayu di seluruh Tanah Melayu.12

Dato’ Onn mencadangkan Kongres itu diadakan di Melaka kerana mengambil semangatkegemilangan kerajaan Melayu Melaka yang wujud sekitar abad ke-15. Bagi Dato’ Onn, ini akan dapatmenguatkan perpaduan orang Melayu menentang Malayan Union. Kata-kata Hang Tuah, pahlawanlegenda Melayu Melaka, ‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’ dapat dijadikan panduan bagi orang Melayu.Dato’ Onn adalah seorang yang peka kepada sejarah dan kepentingannya terhadap masyarakat Melayu. Bagaimanapun, cadangan itu terpaksa dibatalkannya kerana Kesatuan Melayu Melaka kekurangankakitangan. Dato’ Onn kemudian meminta Persatuan Melayu Selangor (PMS)13 pimpinan Zainal AbidinAhmad, atau lebih dikenali dengan Za’ba, seorang pegawai rendah di Pejabat Perhubungan Raya (PejabatPenerangan) Kuala Lumpur untuk mengendalikannya. Beliau dibantu oleh Persatuan Kebangsaan MelayuSelangor pimpinan Dato’ Hamzah Abdullah, Menteri Besar Selangor, yang kemudian menjadi kawan rapatDato’ Onn. Za’ba telah mengadakan satu mesyuarat membincangkan agenda yang dibuat oleh Dato’ Onnbagi Kongres 1946, pada 28 Februari 1946. Dato’ Onn tidak dapat hadir dalam mesyuarat itu kerana terpaksa mengadap Sultan Ibrahim untukberbincang tentang masalah ‘Orang Tujuh’ yang cuba menggulingkan Baginda kerana menandatanganiPerjanjian McMichael 1946. Kumpulan Tujuh ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan guru-guru Melayu14 yang diketuai oleh Dato’ Abd. Rahman Md Yassin,15 seorang pegawai kanan kerajaanJohor. Kumpulan ini berpendapat Sultan Ibrahim telah melanggar Fasal 15, Undang-undang Tubuh Johor1895 yang menyatakan bahawa Sultan Johor yang menyerahkan sebarang kawasan Johor kepada kuasaluar patut digulingkan.16 Kumpulan Tujuh meminta bantuan Dato’ Onn yang dilihat sebagai seorang yang berani berhadapandan berhujah dengan Sultan Ibrahim. Dato’ Onn pada mulanya bersetuju tetapi kemudian menolak keranabaginya British yang patut ditentang bukannya Raja Melayu.17 Tindakan Dato’ Onn itu mengeruhkanhubungannya dengan pegawai-pegawai tersebut, terutama Dato’ Abd. Rahman dan anak-anaknya iaitu Dr.Ismail dan Dato’ Sulaiman yang kemudian menjadi pemimpin utama UMNO selepas tahun 1951. Dato’ Onn kemudian terus sibuk menguruskan perkara penting tentang Kongres 1946. Beliauterpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur, menghadiri mesyuarat dengan Panitia Kongres bagi menguruskansurat jemputan kepada Sultan Selangor, memungut derma daripada Raja-raja Melayu, mendapatkankebenaran daripada pihak British dan polis dan berbagai-bagai hal yang berkaitan. Za’ba dan keluarganyamelayan Dato’ Onn dengan istimewa sekali kerana Dato’ Onn dianggap sebagai ‘orang besar’. Surat-surat jemputan Kongres mendapat sambutan hangat daripada persatuan-persatuan negeriMelayu yang lain. Mereka memberi persetujuan untuk menghadiri Kongres itu terus kepada SetiausahaPanitia Kongres, Mohd Yunus Hamidi. Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Warta Negara dan Majlisjuga membantu menghebahkan Kongres itu kepada orang ramai. Ia merupakan suatu peristiwa yang sangatpenting bagi masyarakat Melayu ketika itu. Persidangan orang Melayu itu tidak ditekan oleh British. Surat kebenaran mengadakan Kongres1946 telah diberi pada 30 Februari 1946.18 Pada hari persidangan itu, pentadbiran British hanyamenghantar beberapa orang ‘mata-mata gelap’ dan polis untuk ‘menjaga’ perjalanan Kongres. Tegasnya,

British tidak melihat Kongres 1946 itu sebagai satu ancaman. Hari Persidangan 1 Mac 1946 itu dianggapsangat penting; pada hari inilah orang Melayu dari seluruh Semenanjung memperlihatkan perpaduanmereka. Sejak pagi lagi, orang ramai telah mula berkumpul.19 Mereka terdiri daripada pemerhati danwakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu. Sebanyak 41 buah20 persatuan negeri Melayumenghantar wakil termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menghantar enam orangwakil dan 14 orang pemerhati. Mereka tiba di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum itu dengan menaikikereta api dan bas. Mereka menginap di rumah sahabat handai dan hotel di sekitar Batu Road (JalanTuanku Abdul Rahman). Mereka memenuhi Kelab Sultan Suleiman untuk sama-sama berbincang danmenentukan corak dan nasib mereka dalam politik Tanah Melayu. Perhimpunan itu sangat bermaknakerana mereka percaya kedudukan politik mereka terancam. Sultan Hishammudin Alam Shah, Sultan Selangor, merasmikan Kongres itu. Walaupun Baginda telahmenurunkan tandatangan melepaskan kuasa politiknya kepada Raja England, namun, Baginda berasa insafdengan perbuatannya itu. Sebagai tanda keinsafannya itu, Baginda bersetuju merasmikan Kongres itu danmendermakan 5,000. Hanya Baginda dan Sultan Kedah21 yang menderma kepada Kongres itu. Tindakanmereka itu menggambarkan Kongres 1946 itu dinaungi dan direstui oleh Raja-raja Melayu. Dato’ Onn dipilih sebulat suara sebagai Pengerusi Kongres. Pemilihan itu menunjukkan orangMelayu melihat Dato’ Onn sebagai penggerak kepada kesedaran politik dan penyatu orang Melayu dalammenentang Malayan Union. Bagi Dato’ Onn, dasar utama orang Melayu ialah bersatu tenaga dan perasaanbagi menolak Malayan Union. Menurut Dato’ Onn: “Kita berkehendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita terselamat dan kuat. Keduanya hanyalah boleh terselamat jika kita kuat dan kita hanyalah boleh kuat jika bersatu padu… Marilah kita menunjukkan dengan kekuatan dan kita akan menzahirkan satu bangsa yang tegap dan subur dan mengambil tempat kita di sisi bangsa lain yang tegap.”22 Selama empat hari kongres berjalan, tidak timbul sebarang masalah. Kesemua persatuan yang hadirmemberi kerjasama kepada beliau. Cadangan Dato’ Onn untuk menubuhkan satu pertubuhan kebangsaanorang Melayu dipersetujui tetapi namanya telah diubah kepada United Malays National Organization(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Cadangan Dato’ Onn yang asaltelah dipinda oleh Za’ba atau Dato’ Hamzah.23 Pada hari kedua, persidangan kongres itu membincangkansoal Malayan Union, ahli kongres mengutuk cara Harold MacMichael mengambil tandatangan Raja-rajaMelayu24 dan mengutuk rancangan Malayan Union.25 Pendapat mereka tetap sama seperti sebelumKongres itu diadakan. Kongres 1946 itu akhirnya membuat beberapa resolusi di akhir persidangan.Resolusi ini akan dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan sebagai satu bantahan bertulis orang Melayu secarakolektif.26 Ternyata, Kongres 1946 dan para pemimpinnya telah menggunakan pendekatan politik yangsederhana, tidak radikal dalam menentang Gagasan Malayan Union. Ini selari dengan keadaan masyarakatMelayu yang masih tertutup, konservatif dan masih bernaung di bawah payung Raja. Pendekatan sepertiini berbeza dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945.Ahli Kongres 1946 menolak cadangan PKMM untuk menentang Malayan Union secara kekerasan.27Penolakan ini menunjukkan Dato’ Onn dan ahli UMNO merasa tidak begitu senang dengan PKMM yangberhaluan kiri dan menggunakan Indonesia sebagai dasar dan matlamat kegiatannya.28 Perbezaan sikap ini

menjadi masalah utama yang mempengaruhi kedudukan PKMM dalam UMNO. PKMM merasa terlalukecil dalam UMNO, sedangkan PKMM ditubuhkan lebih awal dan dikatakan lebih berpengaruh. Inimenyebabkan PKMM merasa sentiasa tidak puas hati dengan UMNO. Pada 30 Mac 1946, Kongres 1946 II diadakan secara tergempar kerana British tetap akanmeneruskan Malayan Union pada 1 April 1946. Dato’ Onn memanggil Kongres ini keranamembincangkan langkah yang patut diambil bagi menentang Malayan Union selanjutnya. Bagi Dato’ Onnjuga, orang Melayu yang mendiamkan diri bererti mereka menyokong Malayan Union.29 Kongres tergempar pada 30 Mac yang diadakan di Ibu Pejabat Majlis itu dihadiri oleh sembilanorang wakil30 daripada sembilan buah persatuan negeri Melayu sahaja kerana kesuntukan masa. Dalamperbincangan selama dua hari sehingga 31 Mac 1946, mereka membuat beberapa keputusan penting.Antaranya ialah mereka meminta Raja-raja Melayu memulau perlantikan Sir Edward Gent sebagaiGabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Mereka juga meminta ahli Melayu yang dilantik bagi MajlisMesyuarat Malayan Union (MMMU) menolak perlantikan itu. Bagi orang Melayu pula, mereka dimintaberkabung selama tujuh hari sebagai tanda kematian hak mereka.31 Gambarajah 1.6: Sir Edward Ge nt, Gabe nor Malayan Union. (Sumber: Ihsan - ANM) UMNO sekali lagi mendapat kerjasama daripada masyarakat Melayu. Mereka menerima keputusanKongres itu. Ahli Melayu Majlis Mesyuarat Malayan Union memulaukan Majlis itu.32 Merekamenjalankan dasar tidak bekerjasama sebulat suara. Pemulauan mereka melemahkan sokongan orangMelayu dalam pentadbiran British. Manakala, orang Melayu pula memakai songkok berlilit kain putihtanda berkabung. Bantahan orang Melayu pada peringkat pentadbir dan rakyat bawahan adalah sebulatsuara. Walau bagaimanapun, UMNO menghadapi masalah dengan Raja-raja Melayu. Mereka tetap inginmenghadiri majlis pelantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Dato’ Onn yang telahditugaskan untuk memujuk Raja-raja Melayu bersama-sama Dato Hj. Wahab Toh Muda dan Dato NikAhmad Kamil terpaksa berjumpa dengan Raja-raja Melayu di Station Hotel, iaitu tempat penginapan

mereka yang berdekatan dengan King’s House, kediaman Gabenor Malayan Union. Gambarajah 1.7: Sir Edward Ge nt dilantik s e bagai pe mangku Gabe nor Malayan Union pada 30 Nove mbe r 1946. (Sumber : Ihsan - ANM) UMNO bimbang sikap Raja-raja Melayu itu akan melumpuhkan Kongres 1946. Oleh itu, denganmenggunakan pengalamannya dengan Sultan Ibrahim di Johor, Dato’ Onn selaku Yang Dipertua UMNOmerayu dan berbincang tetapi dengan tegas mengingatkan Raja-raja Melayu supaya bekerjasama denganKongres 1946 untuk mengelakkan rakyat Melayu menderhaka. Raja Melayu akhirnya bersetuju setelah satujam berunding dengan Dato Onn.33 Inilah kali pertama rakyat Melayu mengancam kedudukan Raja-rajaMelayu secara terbuka. Dato’ Onn dan UMNO dapat memujuk Raja-raja Melayu dengan pertolongan daripada SultanIbrahim. Sultan Ibrahim disegani oleh Raja-raja Melayu kerana hubungannya yang rapat dengan British.Beliau telah meminta Raja-raja Melayu supaya tidak menyokong Malayan Union. Melalui suratnyakepada Sultan Kedah yang kemudian disebarkan kepada Raja-raja Melayu yang lain pada akhir Mac1946, Baginda menolak kehendak kerajaan British yang meminta Raja-raja Melayu menyokong MalayanUnion. Tindakan ini dibuatnya semata-mata kerana Baginda insaf dengan keterlanjurannyamenandatangani Perjanjian McMichael 1946.34 Baginda ingin membalas budi Dato’ Onn yang tidakmenyebelahi Kumpulan Tujuh yang cuba menggulingkan Baginda daripada takhta kerajaan Johor padaawal Januari 1946.35 Dato’ Onn berjaya kerana sokongan daripada beribu-beribu rakyat Melayu di belakangnya. Merekaberteriak melaungkan ‘Daulat Tuanku’ bertalu-talu dari bawah hotel sehingga ada Raja-raja Melayu yangdikatakan menitiskan air mata kerana sembah setia mereka itu. Akhirnya, Raja-raja Melayu patuh dengankehendak rakyat.36 Bagaimanapun, sebagai tanda berbudi bahasa, Sultan Perak menghantar surat memintamaaf kepada Edward Gent, Gabenor Malayan Union.37 Dengan sokongan daripada Raja-raja Melayu,terutama Sultan Johor, Dato’ Onn kini lebih yakin untuk memimpin orang Melayu menentang MalayanUnion. Pada 11 Mei 1946, Kongres dihadiri oleh 29 buah pertubuhan negeri-negeri Melayu dengan 58

orang wakil dan 30 orang pemerhati. Gambarajah 1.8: Pe rhimpunan Agung Pe rtubuhan Ke bangs aan M e layu B e rs atu (PEKEM B AR) atau United Malays National Organisations (UM NO) pada tahun 1946 di De wan Singgahs ana di Is tana B e s ar, Johor B ahru. (Sumber: Ihsan - ANM) Mesyuarat Kongres pada 11 Mei 1946 itu sangat bermakna. Di sinilah orang Melayu akanmenentang Malayan Union melalui sebuah parti politik. Dengan tenang, Dato’ Onn mengumumkanpembubaran Kongres 1946 dan mengisytiharkan penubuhan UMNO. Pengisytiharan Dato’ Onn itudisambut dengan laungan ‘Hidup Melayu’ oleh para perwakilan.38 Dato’ Onn dilantik sebulat suarasebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Pelantikan itu membolehkan Dato’ Onn meneruskanperanannya dalam UMNO. Dato’ Onn dapat bergerak dengan lebih yakin kerana daripada peringkat awallagi beliau telah disokong oleh semua golongan masyarakat Melayu termasuk golongan berhaluan kiri iaituPKMM. Gambarajah 1.9: Pe rtubuhan Ke bangs aan M e layu B e rs atu (UM NO), pe rwakilan parti-parti politik s e luruh Tanah M e layu be rhimpun di Is tana B e s ar, Johor B ahru pada 11 M e i 1946 s e mpe na pe nubuhan UM NO pada hari te rs e but. (Sumber: Ihsan - ANM)

Gerakan UMNO menjadi lebih berkesan dengan sokongan daripada bekas pegawai British melaluiakhbar di London pada April 1946. Antaranya R.O Winstedt, bekas Penasihat British di Johor pada tahun1937 dan Frank Swettenham, bekas Residen Jeneral Negeri Melayu Bersekutu. Keduadua mereka melihatdasar Malayan Union itu sangat bertentangan dengan dasar kerajaan British selama ini. Namun, yanglebih berkesan lagi ialah kecaman kepada anggota pembangkang Parti Konservatif Britain dalam ‘Houseof Commons’. Bagi mereka, Malayan Union ialah satu tindakan yang memusnahkan orang Melayu.39 Simpati anggota Parti Konservatif itu menguntungkan Dato’ Onn dan UMNO. Mereka bukan sahajamembidas tetapi juga meminta supaya dibenarkan mengkaji bantahan orang Melayu secara dekat. L.DGammans, seorang bekas pegawai rendah di Tanah Melayu pada tahun 1920-an, mengetuai rombongankerajaan British meninjau keadaan politik di Sarawak pada Mei 1946, telah menulis surat kepada Dato’Onn. Beliau ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya dan meminta Dato’ Onn memberi kerjasama dalamsoal itu. Ini menunjukkan simpati yang mendalam daripada L.D Gammans kerana beliau percaya adasesuatu yang tidak kena dalam pelaksanaan Malayan Union.40 Rombongan itu turut disertai seorang wakilParti Buruh iaitu David Rees Williams. Dato’ Onn dan UMNO menggunakan kesempatan itu meminta orang Melayu berkumpul di pekanyang dilawati oleh L.D Gammans dan rombongannya. Beliau meminta orang Melayu tidak menggunakankekerasan dalam tunjuk perasaan itu. Ini semata-mata untuk mendapatkan simpati yang lebih daripadarombongan itu.41 Bagi Dato’ Onn, ini adalah satu peluang yang tidak patut dipersia-siakan. Untukmenentukan rombongan itu mendapat pendedahan yang luas, Dato’ Onn sendiri menjadi pemandu kepadarombongan itu. Dengan menaiki motokar, Dato’ Onn dan rombongan ahli Parlimen British itu menyusurpekan-pekan penting Tanah Melayu dari selatan ke utara. Mereka berhenti di mana sahaja tempat yang adaperhimpunan orang Melayu. Di antara bandar yang dilawati ialah Johor Bahru dan Kajang pada 28 Mei1946, Sri Menanti dan Rembau pada 29 Mei 1946, Alor Setar pada 5 Jun 1946 dan Pulau Pinang pada 7Jun 1946.42 Kesungguhan UMNO, Dato’ Onn dan orang Melayu mengadakan demonstrasi itu telahmempengaruhi L.D Gammans. Dalam perbahasannya di House of Commons pada Julai 1946, L.DGammans mendesak kerajaan British supaya mengadakan satu perjanjian baru bagi menggantikanMalayan Union. Bagi beliau, orang Melayu merasa mereka telah ditipu oleh British.43 David ReesWilliams yang menjadi anggota rombongan L.D Gammans juga berpendapat begitu. Di samping simpati daripada pihak tersebut, UMNO juga menggunakan cara perundangan untukmencabar Malayan Union. Dalam persidangan UMNO pada 27 Mei 1946, Dato’ Onn mencadangkanpelantikan seorang peguam bagi membela UMNO. R. Braddell, bekas peguam negeri Johor pada tahun1930-an telah dicadangkannya. Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO merasa yakin dengan R. Braddlekerana bukunya The Legal Status of the Malay States, yang ditulis pada tahun 1931 menunjukkansimpatinya kepada kedudukan negeri-negeri Melayu dari segi perundangan. Dato’ Onn berasa pendapatBraddle berfaedah kepada UMNO dan pendapat ini diterima oleh UMNO. Dengan itu, R. Braddlemenjadi peguam UMNO dalam perundingan dengan kerajaan British dari tahun 1946 hingga 1948. Penentangan UMNO terhadap Malayan Union itu akhirnya turut disertai oleh Raja-raja Melayu.

Selepas April 1946, Raja-raja Melayu mula sedar akan kesilapan mereka menyerahkan semua kuasapentadbiran dan kedaulatan dalam Perjanjian McMichael. Oleh itu, pada Mei 1946, mereka bercadanguntuk menghantar rombongan ke London dengan Dato’ Onn dilantik sebagai salah seorang anggotanya.Pada Jun 1946 pula, Sultan Perak, Sultan Abd. Aziz Shah, yang mewakili Raja-raja Melayu merayumelalui suratnya kepada Viscount Elibank, Ahli Parlimen Parti Konservatif supaya polisi Malayan Uniondiubah terutama dalam menjaga hak kedaulatan Raja-raja Melayu. Secara peribadi, Raja-raja Melayuyang lain juga menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Tanah Jajahan.44 Dengan itu, menjelang Mei1946, Raja-raja Melayu dan UMNO telah sepakat menentang Malayan Union. Setakat ini, reaksi orang bukan Melayu kepada Malayan Union adalah berbeza daripada orangMelayu. Mereka menyokong Malayan Union kerana dasar kerakyatan yang memuaskan. Orang Cina jugabersetuju dengan dasar ‘dual nationality’ dalam Malayan Union. Akhbar Cina seperti Sin Chew Jit Poh,Sin Min Chu dan Hua Chiao menyokong kerakyatan Malayan Union. Dianggarkan 1.6 juta orang Cinaatau 62.5% daripada penduduk Cina Tanah Melayu akan menjadi rakyat Malayan Union. Bakinyasebanyak 37.5% boleh mendapatkan kerakyatan melalui syarat-syarat lain dalam Malayan Union. Hanyayang ditentang ialah pemisahan Singapura dan Pulau Pinang dari Negeri-negeri Selat. Ini akanmenjejaskan pelaburan mereka. Ada juga yang menentang kerana melihat Malayan Union sebagai satupenjajahan dan tidak demokratik. Bagaimanapun, penentangan itu tidaklah begitu bersepadu. Desakan Dato’ Onn dan UMNO memberikesan kepada British. British kini mendapati kuasa rakyat Melayu mengatasi kuasa Raja-raja Melayu.Tandatangan Perjanjian MacMichael 1946 oleh Raja-raja Melayu yang dibenci oleh rakyat Melayumenyebabkan kepimpinan politik tradisional Melayu yang selama ini berada dalam tangan Raja-raja telahberpindah kepada golongan pembesar tradisional Melayu. Mereka kini menjadi pemimpin rakyatMelayu.45 Dato’ Onn dapat mengisi peranan itu dengan mudah kerana beliau berasal dari golonganpembesar tradisional Melayu itu. Dalam suratnya pada 17 Februari 1946, Dato’ Onn sebagai YDP UMNO, memberi ingatan kepadaBMA supaya menghormati hak orang Melayu jika British mahu terus dihormati. Peringatan Dato’ Onn itudianggap penting oleh BMA kerana semua persatuan Melayu bersatu di belakang Dato’ Onn. BMA jugamendapati UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn membuat resolusi yang lebih keras daripada yangdijangka. Bagi BMA, “The Malays are more determined than ever to continue its opposition to TheMalayan Union.”46 Untuk menyekat pengaruh Dato’ Onn dan UMNO, kerajaan Labour Party cuba memecahkanperpaduan UMNO. T.S Adams, penasihat Raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union menulis suratkepada Tunku Abdul Rahman, kawan rapatnya semasa di England. Pada 30 Mei 1946 beliau memintasupaya Tunku Abdul Rahman dan UMNO Kedah menerima Malayan Union. Mengikut T.S Adams,tindakan memulau Malayan Union tidak akan berjaya kerana kerajaan British tetap akanmenjayakannya.47 Ini bermakna kerajaan Labour Party cuba melemahkan kepimpinan Dato’ Onn danmelemahkan perpaduan UMNO. Dato’ Onn menolak persetujuan Tunku Abdul Rahman dengan British. Dalam suratnya pada 4 April

1946, Dato’ Onn menyatakan bahawa keputusan untuk berunding dengan British adalah keputusan UMNO.Tunku tidak berhak melakukannya. Jawapan Dato’ Onn mengecewakan Tunku dan ia menjadi sebuah lukayang dalam yang berdarah semula pada tahun 1950-an.48 Kedegilan Dato’ Onn dan UMNO menyebabkanpihak berkuasa Malayan Union bersedia untuk berunding. Tambahan pula Raja-raja Melayu juga telahmenunjukkan kerjasamanya dengan UMNO sejak April 1946. Kerjasama Raja-raja Melayu itu membimbangkan British kerana selama ini sokongan Raja-rajaMelayu telah memudahkan pentadbiran British di Tanah Melayu. Oleh itu, mulai Mei 1946, pihakpentadbiran British mula berbincang dengan Raja-raja Melayu dan UMNO secara berasingan di KualaKangsar, Perak. Dalam perbincangan pada 28 Mei 1946, Raja-raja Melayu mendesak perkara dasardiadakan dalam sebuah kerajaan baru. Ini termasuklah pembentukan sebuah persekutuan, pengiktirafankedaulatan Raja-raja Melayu, kerakyatan yang ketat dan pelantikan seorang Pesuruhjaya Tinggi dan tarafnaungan bagi negeri-negeri Melayu. Dato’ Onn dan wakil UMNO berbincang bagi pertama kali dengan Gabenor Malayan Union, SirEdward Gent pada 29 Mei 1946 di Kuala Kangsar, Perak. Dalam perundingan itu, Dato’ Onn dan Dato’Hj. Wahab Toh Muda, Menteri Besar Perak dan ahli jawatankuasa UMNO menolak Malayan Uniondengan tegas. Perbincangan yang lebih lanjut di antara Dato’ Onn dan pihak British berlaku pada 18 Jun1946 di Pulau Pinang. Sekali lagi Dato’ Onn menolak Malayan Union. Bagi Dato’ Onn, selagi PerjanjianMcMichael 1946 tidak dihapuskan, orang Melayu tidak akan bertolak ansur. Walaupun Edward Gentmeminta Dato’ Onn memujuk orang Melayu dan UMNO, namun Dato’ Onn tetap tegas denganpendiriannya. Dalam mesyuarat ketiga pada 26 Jun 1946 di tempat yang sama, Dato’ Onn menolak kehendakSetiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan, Sir George Hall yang mahu mengekalkan kuasa ‘jurisdiction’negeri-negeri Melayu dalam tangan Raja England. Bagi Dato’ Onn, itu bererti kerajaan British tidakmenarik balik Perjanjian MacMichael. Ini bercanggah dengan dasar penentangan orang Melayu terhadapMalayan Union. Orang Melayu tidak bersetuju pengambilan penuh kuasa dan kedaulatan Raja-rajaMelayu dan negeri-negeri Melayu oleh Perjanjian McMichael. Bagi Dato’ Onn, satu bentuk kerajaan Pusatboleh dibuat tanpa perlu mengubah status negeri-negeri Melayu seperti yang dilakukan ke atas negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896. Ini bererti Dato’ Onn mahu status pra-1941 negeri-negeri Melayu dikembalikan. Gabenor JeneralTenggara Asia, Sir Malcolm MacDonald, cuba mengelak dengan meminta Dato’ Onn membincangkan halyang berkaitan dengan kuasa-negeri dan pusat. Beliau meminta UMNO bertolak ansur. Permintaan itudiketepikan oleh Dato’ Onn dengan menegaskan bahawa pendapat beliau dan wakil-wakil UMNO dalampersidangan itu adalah pendapat peribadi mereka.50 Sikap tidak berganjak Dato’ Onn dan wakil UMNOmenyebabkan Edward Gent dan Malcolm MacDonald terpaksa memujuk Setiausaha Pejabat TanahJajahan. Malcolm MacDonald dalam telegramnya kepada Setiausaha itu dengan panjang lebarmenunjukkan simpatinya terhadap orang Melayu. Beliau bimbang dengan kemasukan pengaruh revolusiIndonesia ke dalam UMNO.51 Dato’ Onn menggunakan hal ini sebagai satu cara memerangkap British.Dalam sepucuk suratnya kepada pihak British, beliau mengesahkan kegiatan pemuda Melayu yangcondong ke arah Indonesia di Batu Pahat, Johor.52 Ancaman Dato’ Onn ini munasabah kepada British

kerana Angkatan Pemuda Insaf (API) yang ditubuhkan pada Februari 1946 di bawah pimpinan AhmadBoestamam sebagai sayap kanan PKMM, ialah satu contoh gerakan radikal orang Melayu yang miripkepada Revolusi Indonesia. Keanggotaan PKMM dalam UMNO dari Mac hingga Mei 1946 bolehmempengaruhi UMNO. Perangkap Dato’ Onn itu mengena. Dengan sokongan Malcolm MacDonald, Dato’ Onn dan UMNOdapat mencairkan sikap Setiausaha Tanah Jajahan G.H Hall dalam suratnya kepada Gabenor. JeneralMalcolm MacDonald pada 29 Jun 1946, membenar Malcolm MacDonald menerima kehendak orangMelayu.53 Bagi G.H Hall, kerjasama orang Melayu adalah perlu dalam pentadbiran dan angkatanbersenjata Tanah Melayu. Kerajaan British juga tidak mahu lahirnya satu masalah politik yang tidakterkawal di Tanah Melayu yang boleh membahayakan kepentingan ekonomi British.54 Dengan perubahan sikap kerajaan British ini, pada 18 Julai 1946, Dato’ Onn menghadiripersidangan tiga segi membincangkan soal Malayan Union di King’s House, Kuala Lumpur. Semuapegawai utama Malayan Union dan Raja-raja Melayu hadir. Dato’ Onn dan Raja-raja Melayu memintasupaya mereka diberi peluang mengadakan cadangan balas Malayan Union.55 Satu perbincangan lanjutdiadakan pada 24 Julai 1946 bagi membincangkan cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO. Dariperbincangan itu, Dato’ Onn tidak bersetuju dengan cadangan Raja-raja Melayu yang membuang Melakadan Pulau Pinang dari Persekutuan yang dicadangkan. Bagi Dato’ Onn, kedua-dua negeri itu berhakmenjadi anggota Persekutuan kerana keduaduanya adalah negeri-negeri Melayu awal yang terpisah keranapenjajahan. Persekutuan patut mengambil negeri-negeri itu walaupun negeri-negeri itu tidak beraja. HujahDato’ Onn itu disokong oleh Edward Gent.56 Raja-raja Melayu terpaksa menerima kehendak Dato’ Onnitu. Walaupun, British menyokong kehendaknya, ini tidak bererti Dato’ Onn mengikuti kehendak British.Dalam soal kerakyatan, beliau membantah sumpah taat setia rakyat Persekutuan ditujukan kepada RajaEngland. Bagi Dato’ Onn, rakyat negeri-negeri Melayu adalah rakyat Raja Melayu. Maka, Raja-rajaMelayulah yang berhak kepada kesetiaan rakyatnya. Jika rakyat Persekutuan mengangkat sumpah kepadaRaja England, ini bererti negeri-negeri Melayu adalah jajahan takluk British. Ini tidaklah wajar kerananegeri-negeri Melayu diakui sebagai negeri-negeri yang dilindungi. Gabenor Jeneral MalcolmMacDonald bersetuju dengan Dato’ Onn kerana perkara itu sangat jelas. Dengan itu, angkat sumpah rakyatPersekutuan diarah kepada Persekutuan Tanah Melayu.57 Dalam persidangan kedua pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn bertegang leher sekali lagi denganGabenor Malayan Union, Edward Gent sewaktu membincangkan bidang kuasa Persekutuan. Dato’ Onnmenolak kuasa meluluskan undang-undang diberikan kepada kerajaan British. Bagi Dato’ Onn, setiapundang-undang Tanah Melayu patut diluluskan oleh Tanah Melayu. Walaupun, Malcolm MacDonaldmemberi jaminan bahawa kerajaan British akan sentiasa menjaga kepentingan Tanah Melayu, Dato’ Onntetap berkeras. Akhirnya, Gabenor Jeneral Malcolm MacDonald bersetuju ‘Federal Council’ berkuasadalam memutuskan rang undang-undang Tanah Melayu sepenuhnya tanpa campur tangan ParlimenBritish.58 Dato’ Onn menggunakan sikapnya yang degil dan tegas untuk mendapatkan kedudukan yang baik

bagi negeri-negeri Melayu. Walaupun beliau hanya seorang Pemangku Menteri Besar, tetapi kedudukannyaitu tidak menghalang beliau daripada berhujah dan mendesak Gabenor Jeneral dan Gabenor MalayanUnion untuk memenuhi kehendaknya. Dato’ Onn tidak berhenti menyoal dan mendesak sehinggakehendaknya itu diakui oleh mereka. Dengan gaya politik seperti itu, Dato’ Onn dapat menyelesaikanbeberapa perkara penting dalam mesyuarat tiga segi itu.59 Dengan persetujuan dasar itu, Dato’ Onnsebagai YDP UMNO telah menganggotai Working Committee (WC) yang bertugas untuk mendraf satuperlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Selain daripada beliau, terdapat sebelasanggota lain yang mewakili pihak British, Raja-raja Melayu dan UMNO. Jawatankuasa itu telahmemulakan mesyuaratnya pada 6 Ogos dan menamatkan mesyuaratnya pada 1 November 1946. Pada 20November 1946, satu perbincangan terakhir dibuat sebelum cadangan Working Committee itu disebarkankepada orang ramai. Dalam perbincangan terakhir pada 20 November 1946, Dato’ Onn tidak bersetuju dengan cadanganSetiausaha Agung Gabenor Jeneral Asia Tenggara, Sir Ralph Hones yang mahu kerakyatan Persekutuan itudidasarkan kepada sesiapa sahaja yang mengaku taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu sebagaitanah airnya. Bagi Dato’ Onn yang disokong oleh Raja-raja Melayu, kerakyatan Persekutuan itu hanyaterbuka dan didasarkan kepada rakyat Raja, negeri-negeri Melayu sahaja.60 Dato’ Onn, UMNO dan Raja-raja Melayu tidak berganjak daripada kehendak mereka. Ini menyebabkan perbincangan panas berlakuselama satu jam di antara ketiga-tiga pihak. Akhirnya, mereka mengambil jalan tengah. Dato’ Onn danRaja-raja Melayu menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat Persekutuan dengan syarat yang ketat danBritish pula menerima kerakyatan jus soli bagi orang Melayu sahaja.61 Dengan persetujuan itu, rangkaPerjanjian Persekutuan 1948 diadakan. Ia diterima oleh ketiga-tiga pihak pada November 1946. Dato’ Onn kemudian membawa rangka Perjanjian Persekutuan 1948 ke Mesyuarat Agung UMNOpada 10 Januari 1947 di Alor Setar untuk dibincangkan. Dato’ Onn meminta ahli UMNO menerimacadangan itu. Jika tidak, beliau akan meletakkan jawatan. Kata dua ini menunjukkan Dato’ Onn mendugaada tentangan daripada golongan radikal dalam UMNO yang tidak begitu puas hati dengan pencapaiannya.Amaran persatuan-persatuan itu ialah Saberkas, Kedah dan Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ). Kata dua Dato’ Onn itu dilihat sebagai satu ancaman oleh pembangkang terutama PKMM dan orangbukan Melayu. Mereka menuduh Dato’ Onn tidak mempunyai keyakinan kepada orang Melayu sehinggamenggunakan paksaan ke atas mereka. Walaupun dakwaan itu tidaklah begitu tepat kerana ahli UMNOmenyokong cadangan Perlembagaan Persekutuan, namun kecaman kepada Dato’ Onn menggalakkanpersatuan gabungan UMNO seperti LKMJ yang bersimpati dengan PKMM menentang Dato’ Onn. Cadangan UMNO kemudian dibincangkan oleh Malayan Union Advisory Council (MUAC)62 iaitusatu badan perundangan yang tertinggi dalam kerajaan Malayan Union. Badan ini dianggotai olehGabenor Jeneral dan Gabenor Malayan Union serta ahli yang dilantik oleh Gabenor Malayan Union.Pada peringkat ini, Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO membantah pelantikan anggota Majlis Penasihatyang dianggapnya tidak memberi suara yang cukup kepada orang Melayu. Dato’ Onn meminta anggotaMelayu ditambah kepada 15 orang supaya suara mereka seimbang dengan 15 orang anggota British danbukan Melayu. Dato’ Onn mengugut jika ini tidak dipenuhi, orang Melayu terutamanya UMNO tidak akanbekerjasama dengan Majlis Penasihat itu.

Edward Gent mendesak Setiausaha Tanah Jajahan supaya memenuhi tuntutan Dato’ Onn itu bagimelicinkan perundingan dan permintaan draf perlembagaan Working Committee oleh orang Melayu.Dengan persetujuan Setiausaha Tanah Jajahan Majlis, Penasihat itu meluluskan draf tersebut sebelumdihantar ke London pada November 1946. Sebaik sahaja laporan itu dibawa balik ke Kuala Lumpur,sebulan kemudian, satu mesyuarat tiga segi diadakan bagi mengkajinya sebelum dicetak pada 20 Disember1947. Ternyata sekali dalam perundingan membentuk Perjanjian Persekutuan 1948 itu, Dato’ Onn selalubersikap keras kepala. Keras kepalanya ini diterima oleh British. Ini seolah-olah menunjukkan ada suatukepentingan yang mengikat keduanya. Kepentingan itu ialah untuk mengatasi satu masalah yang sama iaitutekanan golongan kiri yang terdiri daripada Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Kebangsaan MelayuMalaya (PKMM). Kedua-duanya mengancam keselamatan politik dan ekonomi British dan UMNO keranamenuntut kemerdekaan dan mahu mendirikan kerajaan. Oleh itu, British terpaksa menerima kehendakDato’ Onn, UMNO dan Raja-raja Melayu bagi mendapat sokongan dan kerjasama dalam pentadbiran danpolitik Tanah Melayu. Tambahan pula, desakan UMNO tidaklah melampau. Dato’ Onn menyedari hal ini dan mengambil kesempatan untuk mendesak kedudukan politik orangMelayu dan Raja-raja Melayu dipulihkan. Desakannya itu agak keras tetapi tidaklah radikal kerana beliaubukanlah seorang yang bersifat kiri. Dato’ Onn juga bekerjasama dengan British kerana mahu mengatasipengaruh PKMM dalam masyarakat Melayu. Maka, kedua-dua pihak iaitu British dan Dato’ Onn salingmemerlukan antara satu sama lain bagi mengatasi penentangnya iaitu PKMM yang bergabung tenagadengan AMCJA. Kedua-duanya menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. PKMM telah menentang UMNO dan Dato’ Onn sejak Jun 1946, apabila ia keluar dari UMNOkerana perbezaan PKMM yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya dan telah menolak PerjanjianPersekutuan itu kerana tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Mereka juga tidak puas hatikerana PKMM tidak dijemput dalam Working Committee. Dalam Persidangan Agung di Melaka pada 29Disember 1947, PKMM mengecam hebat Dato’ Onn, UMNO dan cadangan Working Committee.Pengerusinya, Dr. Burhanuddin menentang Dato’ Onn kerana gagal memerdekakan Tanah Melayu. Cara perundingan membentuk draf Working Committee itu juga dianggapnya ‘tidak demokratik’kerana tidak mendapat pandangan daripada semua golongan rakyat Tanah Melayu. PKMM juga merasatidak puas hati kerana soal-soal pertahanan dan hal-ehwal luar negara masih lagi dipegang oleh British.Bagi PKMM, Dato’ Onn terlalu takut untuk melukakan hati tuannya - British kerana itu menerimaPersekutuan Tanah Melayu tidak lebih daripada ‘protected states remains as sugar coated as it isbefore’.63 Dato’ Onn selaku YDP UMNO membidas kecaman PKMM di persidangan UMNO bertempat diAlor Setar pada 10 Januari 1947. Dato’ Onn menolak kehendak PKMM yang mahu kemerdekaan penuhkerana orang Melayu belum cukup terlatih untuk mentadbir negara yang merdeka. Katanya: “Saya ada mendengar beberapa pihak berkehendakkan kemerdekaan penuh atas tuntutan itu dan hendaklah kita tunjukkan kebolehan supaya barang yang sudah kita pegang itu tidak terlepas daripada tangan kita. Perkara ini bukanlah boleh diselesaikan sebagai pentas, saya bertanya seorang daripadanya bagaimana caranya untuk merdeka? Saya yang akan jalankan pemerintahan itu. Adakah cukup dengan seorang yang Dipertua sahaja? Bagaimana menterinya, disusunkan? Adakah orang-orang Melayu itu sudah cukup layak menjadi Menteri Besar dan Menteri-Menteri keamanan, pelajaran, keselamatan, dan sebagainya?” Manakah orang Melayu yang hendak dihantar ke England, Washington, Moscow, Betawi, Filipina dan berpuluh-puluh tempat lagi?

Bagaimana hendak menjalankan kerajaan jika kita sendiri tiada orang?”64 Kata-kata Dato’ Onn itu dilihat oleh PKMM sebagai suatu penghinaan kepada orang Melayu. Olehsebab itu, PKMM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 22 Februari 194765 bagi menentangDato’ Onn dan UMNO secara lebih tegas. Bagi orang bukan Melayu pula, ditubuhkan Council of JointAction (CJA) pada Oktober 1946 di Singapura. Melalui CJA, kecaman kepada Dato’ Onn dan UMNOserta cadangan Working Committe dilancarkan. Pada awal 1947, CJA diperluaskan lagi ke Tanah Melayudan dinamakan Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA), kemudian ditukar menjadi All MalayanCouncil of Joint Action (AMCJA) pada Ogos 1947.66 Penentangan orang bukan Melayu pula berpuncadaripada beberapa sebab yang besar. Mereka tidak berpuas hati dengan dasar pro-Melayu dalamcadangan Working Committee itu. British mengekalkan perlindungan dan layanan yang lebih baik kepada orang Melayu dalam soalpolitik dan pentadbiran. Mereka juga mahu Malayan Union dikekalkan kerana kerakyatan MalayanUnion adalah asas dalam membentuk bangsa ‘Malayan’. Bagi mereka, syarat kerakyatan Persekutuanterlalu ketat kerana tempoh untuk seseorang bukan Melayu menjadi rakyat terlalu lama iaitu dari 15 tahunhingga 20 tahun. Bagi Parti Komunis Malaya pula, British tidak memperkenalkan kerajaan terpilih denganpilihan raya. Dalam tuntutan itu, orang Cina mendapat sokongan daripada Chinese Overseas Commission,Singapura. Pada September 1947, tekanan PUTERA dan AMCJA menjadi lebih hebat apabila merekabergabung. Mereka mengadakan hartal iaitu satu mogok ekonomi yang dilancarkan pada 19 Oktober 1947seluruh Tanah Melayu. Namun, hartal hanya berjaya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sahaja keranadi negeri tersebut Chinese Chambers of Commerce dan anggota AMCJA sangat berpengaruh. AMCJAjuga gagal untuk mendesak penerimaan Perlembagaan Rakyat sebagai cadangan balas kepada cadanganWorking Committee.67 Dato’ Onn dan UMNO pada umumnya mengambil sikap ‘pandang dan lihat’ dengan tindakanPUTERA-AMCJA itu. Dalam ucapan-ucapannya beliau sentiasa menekankan kepentingan orang Melayubersatu dan berdiri di belakang draf perlembagaan Working Committee itu. Tindakan PUTERAbekerjasama dengan AMCJA ditempelak oleh Dato’ Onn. Bagi beliau, PKMM adalah pertubuhan yangberselindung di sebalik nama Melayu bagi mencapai cita-cita politik beberapa orang pemimpin PKMMsahaja. Tentang Perlembagaan Rakyat pula dilihatnya sebagai tidak sesuai dan tidak munasabah dengankedudukan politik Tanah Melayu. Bagi Dato’ Onn, kedudukan politik orang Melayu mestilah dikekalkansebelum terbentuk satu kerajaan sendiri dan merdeka boleh dicapai. Mengikutnya, pembentukanPersekutuan Tanah Melayu 1948 adalah sangat sesuai dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu.68Pandangannya ini tidak berbeza sejak tahun 1946.

Gambarajah 1.10: Raja-raja M e layu dan pihak B ritis h be rgambar s e le pas me nandatangani Pe rjanjian Pe rs e kutuan Tanah M e layu yang ditandatangani di King’s House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948. (Sumber: Ihsan - ANM) Sikap Dato’ Onn dan UMNO disokong oleh British. Setiausaha Tanah Jajahan menolak tuntutan AllChinese Chambers of Commerce Malaya (ACCC) untuk mengadakan satu Suruhanjaya Diraja bagimendraf perlembagaan lain. Kerajaan British tidak mahu melambatkan pelaksanaan Perlembagaan 1948bagi mengelakkan kerumitan lain. Dengan ketegasan Setiausaha Tanah jajahan itu, segala usaha PUTERA-AMCJA dan Parti Komunis Malaya tidak berkesan. Walaupun mengugut mengadakan tunjuk perasaan danmogok di seluruh negara, namun kerajaan British tetap mengisytiharkan penerimaan Perlembagaan itupada 21 Januari 1948. Malah, untuk memburukkan lagi keadaan, ACCC telah berpaling tadah apabilabersetuju menerima pelantikan kedua orang wakil kerajaan British ke Majlis Perundangan Persekutuan.69 UMNO merasa lega dengan penerimaan ACCC itu. Persekutuan Tanah Melayu kini disokong olehsebuah pertubuhan perdagangan yang sangat penting kepada ekonomi PTM. Bagi Dato’ Onn, sokongankaum pemodal itu berguna bagi pembangunan PTM. Ia adalah satu kemenangan kepada pihak British,Raja-raja Melayu dan UMNO walaupun China Press mengatakan ACCC bukanlah wakil sebenar orangCina Tanah Melayu.70 Sokongan ACCC itu menjadi racun kepada penentangan PUTERA-AMCJA itu. Dengan itu, bantahan orang bukan Melayu tidak diambil kisah oleh British. Bagi golongan Melayupula, British tidak menerima mereka kerana pendekatan politik yang radikal dan anti-British. Tuntutankemerdekaan dengan darah mereka lebih merbahaya daripada slogan ‘Hidup Melayu’, Dato’ Onn danUMNO. Oleh itu, walaupun Consultative Committee ditubuhkan pada Februari 1942 bagi mendengarfikiran orang ramai, namun cadangan Working Committee itu dijadikan asas perlembagaan danPerlembagaan Persekutuan 1948. Dato’ Onn sebagai wakil UMNO, menghadiri Plenary Conference di King’s House, Kuala Lumpurbersama-sama dengan pihak British dan Raja-raja Melayu pada 20 Januari 1948. Persidangan ini adalahperbincangan terakhir sebelum ketiga-tiga pihak menandatangani Perjanjian Persekutuan 1948. Pada

peringkat ini, Dato’ Onn mendesak peraturan dan arahan Mesyuarat Negeri dan Persekutuan dibuat denganpengetahuan negeri Melayu dan kedua perkara ini diterima. Dengan persetujuan ini, pada 21 Januari 1948,Perjanjian Persekutuan 1948 ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British di King’s House, KualaLumpur. Dato’ Onn hadir sebagai wakil UMNO dan Johor. Gambarajah 1.11: Dato’ Onn Jaafar s e dang me me gang be nde ra UM NO dan pada gambar ini te rte ra s logan UM NO – ‘Hidup M e layu, B e rs atu Padu’. (Sumber: Ihsan - ANM) Maka, dengan terbentuknya Perjanjian Persekutuan itu, Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO dapatmengembalikan beberapa tuntutan UMNO. Kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri yangdilindungi dapat dicapai dengan pembentukan Persekutuan yang menggabungkan sembilan buah negeri.KesimpulanDengan itu, bolehlah dikatakan bahawa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union dari tahun1946-1948 itu telah menghasilkan beberapa natijah yang jelas dalam gerakan kebangsaan orang lain. Disamping merupakan kemuncak gerakan yang menyatukan semua golongan masyarakat Melayu dalam satuperjuangan menegakkan survival mereka sebagai satu bangsa dan satu kebudayaan. Ia juga dapat mengekalstatus quo politik tradisional mereka sebagai peribumi di negara ini. Proses penentangan Malayan Unionini juga telah dapat melahirkan UMNO sebagai parti utama orang Melayu yang bertahan sehingga kini.Seorang wira Melayu dapat dilahirkan sebagai pemimpin bagi mengetuai orang Melayu di sampingnasionalis-nasionalis lain yang juga memberi sumbangan terbesar kepada proses gerakan nasionalismeMelayu itu. Kepentingan golongan radikal Melayu dengan parti PKMM juga sangat penting dalammenyempurnakan gerakan nasionalisme Melayu itu. Penentangan terhadap Malayan Union jugamendorong kegiatan politik bersifat tempatan di kalangan orang dagang.

Nota Hujung1. Dasar kerajaan Malayan Union: (a) Pentadbiran terletak di tangan Gabenor. (b) Majlis Mesyuarat Undangan dan Eksekutif diadakan. (c) Majlis Penasihat Agama dengan Gabenor menjadi pengerusinya. (d) Kerakyatan boleh didapati dengan: (i) Lahir di negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. (ii) Telah tinggal 10/15 tahun di Malayan Union. (iii) Telah tinggal 15 tahun di Singapura. (iv) Rakyat British tetapi tidak hilang kerakyatan British. (v) Orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.Lihat Future Constitutional Policy for British Constitutional Policy for British Colonial Territories inSoutheast Asia, CAB 96/41, CHB (44), 3, bertarikh 14/1/1944 dan Policy in Regard to Malaya andBorneo Report of the Committee on Malaya and Borneo, CAE 98/41, WP 256, bertarikh 17/5/1944).2. Selangor adalah sebagai contoh (CO 37/1539), Sir Harold MacMichael. “Report on a Mission to Malaya”, (Oct. 1945 - Jan. 1946), Appendix II.3. Lihat rencana pengarang Utusan Melayu, 15 Jan. 1946, Warta Negara, 20/1/46 dan Majlis, 20/1/46, Cheah Boon Kheng 1988, The Erosion of Deological Hegemony and Royal Power and the Rise of Postwar Malay Nationalism, 1945-46, JSAH, Jld. XIX, No 1, Mac, hlm. 22-23.4. Islamic Voice of Malayan Penang (CO 5317/148?, Persatuan Melayu Kluang, Johor Bahru (CO 537/1550), Persatuan Melayu Perlis (CO 537/131), Persaingan Melayu Pulau Pinang (CO 537/1556), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (CO 537/1557), Muslim Chamber of Commerce, Persatuan Melayu Perak (CO 537/1549).5. Di Kedah seramai 50,000 orang telah berarak. Warta Negara, 21/146. Kelantan, seramai 10,000 orang telah menunjuk perasaan.6. Ini terjadi kepada Sultan Kedah, Sultan Badlishah. Baginda enggan menurunkan tandatangannya sehingga diancam akan digantikan dengan adindanya. Untuk keterangan lanjut tentang Baginda, lihat J. D. V. Allen, 1967. The Malayan Union, (Yale: Yale University Press), hlm. 37 dan Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, hlm. 31. Ini terjadi kepada Sultan Johor, yang menandatangi dengan disaksikan oleh anaknya iaitu Tengku Ahmad sahaja. Begitu juga dengan Sultan Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan. (CO 537/1541), Sir MacMichael papers, Negotiation with Malayan Rulers. Lihat juga J. D. V. Allen, The Malayan Union, hlm; 34, 35, 101 dan 111. Mohammad Yunus Hamid, 1961, Sejarah Pergerakan Melayu Semenanjung, (Kuala Lumpur: Pustaka Antara), hlm. 69.

7. Chandra Muzaffar, Protector, An Analysis of the Concept and Practice Loyalty in Leader-led Relationships in the Malay society, hlm. 62. K J. Ratnam; 1965, Communalism and Political Process in Malaya, (Kuala Lumpur: University of Malaya Press), 46-47.8. Ini termasuklah Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Seagama Kesatuan Melayu Kluang, Lembaga Kesatuan Melayu Muar, wakil Mersing, wakil Pontian. UMNO Batu Pahat, Sejarah, UMNO Pahat Suku Abad 1971, hlm. 28. Haji Abdullah Dato’ Haji Mohd. Nor, 1968, ‘Batu Pahat dalam Sejarah’, Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Batu Pahat, hlm, 46.9. Temu ramah dengan Hj. Anuar Malik pada 2/4/1982 di Johor Bahru.10. Utusan Melayu, 24/ 1/ 46.11. Warta Negara, 24/1/46 dan Utusan Melayu, 24/1/46.12. Utusan Melayu, 15/2/.46.13. Utusan Melayu, 1/3/46, Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 85.14. Anggota kumpulan ini ialah Dato’ Abd. Rahman Md. Yassin, Hj. Hassan Yunus, Hj. Kosai, Abdullah Sulaiman, Sofiah Awang dan Sulaiman Abd. Rahman. (CO 537/2145), Memorandum by PMJ.15. Dato Abd. Rahman Md. Yassin, mula bekerja dengan kerajaan Johor pada tahun 1895. Pernah menjadi Pesuruhjaya Daerah dan Majistret. Beliau ialah tokoh penting dalam UMNO, dan bapa kepada Dr. Ismail dan Dato’ Sulaiman Abd. Rahman iaitu tokoh penting dalam kerajaan Perikatan.16. Lihat Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dalam Fawzi Basri dan Hasrom Haron, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Satu Perbincangan Daripada Berbagai-bagai Aspek. Lampiran 5, hlm. 236-257; Ramlah Adam, UMNO 1946-1951, hlm. 32-33, J. D. Y. Allen, The Malayan Union; hlm. 34-35.17. Utusan Melayu, 12/2/46.18. Majlis, 28/2/46.19. Utusan Melayu, 1/3/46.20. Antara persatuan yang hadir ialah Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka, Kesatuan Melayu Melaka, Persatuan Melayu Pahang, Wataniah, Persekutuan Guru-guru Melayu Pahang, Persatuan Melayu Seberang Perai, Kesatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pulau Pinang, Perikatan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Perak, Persatuan Muslim Teluk Anson, Persatuan Melayu

Chendering, Persekutuan Muhibah Malim Nawar, Persatuan Melayu Perlis, Ikatan Setia Kampung Baru, Penang Peranakan Club, Dewan Perniagaan Melayu Malaya, Persatuan Kaum Darat Selangor, Persatuan Penghulu-penghulu Selangor, Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Darul Ehsan Club, Jeram, Persatuan Kaum Ibu Selangor, Persekutuan Bawaen Selangor, Persatuan Melayu Ulu Selangor, Persatuan Melayu jawatan Rendah Selangor, Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Terengganu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Pembantu Indonesia Merdeka Malaya, UMNO 10 Tahun, Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur, 19, hlm. 18,22.21. Utusan Melayu, 1/3/46.22. Utusan Melayu, 4/3/46 dan A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during The Malayan Union Experiment 1942-1948, hlm. 70.23. Utusan Melayu, 6/3/46. Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, hlm. 80. Za’ba menambahkan perkataan Nasional sehingga ia menjadi UMNO. Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, hlm. 86. A. J. Stockwell mengatakan Dato’ Hamzah Abdullah. Dato’ Hamzah adalah pemimpin Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor, sedangkan Za’ba Persatuan Melayu Selangor.24. Mereka menuduh MacMichael telah menggunakan paksaan terhadap Sultan Kedah, tidak memberi penerangan yang bernas dan tidak berterus-terang kepada Sultan Kelantan, tidak mendapat nasihat Majlis Mesyuarat Negeri, dan tidak merujuk kepada kuasa Sultan, yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Negeri seperti Sultan Terengganu dan Johor. MacMichael menggunakan kebaikan hati Raja-raja Melayu yang jujur terhadap British seperti Sultan Selangor, A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during The Malayan Union Experiment 1946-1948. Lihat juga D. J. V. Allen, The Malayan Union, Appendix C. Report on a Mission to Malaya oleh Sir Harold A, MacMichael (Oct. 1945-Januari 1946).25. Kesatuan Melayu Kedah menganggap Perjanjian MacMichael telah membelakangkan maruah dan hak negeri-negeri Melayu dan rakyat Melayu kerana mereka tidak diajak berunding. Kesatuan Melayu Singapura pula menganggap British telah melanggar undang-undang antarabangsa. Persatuan Melayu Sabak Bernam pula, menganggap Perjanjian MacMichael sebagai kolar hitam yang telah menghitamkan nasib orang Melayu kerana tidak mematuhi Atlantic Charter. Yunus Hamidi, 1966, Sejarah Pergerakan Kebangsaan Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, hlm. 20-25. Lihat juga Ibrahim Mahmood, Sejarah Pejuangan Bangsa Melayu, hlm. 87; A. J. Stockwell, British Politics and Malay Politics during the Malayan Union Experiment 1946-1948, hlm, 70.26. Ketetapan itu telah mengatakan: (a) Tidak mengiktiraf Perjanjian MacMichael 1946 kerana ia tidak dibuat mengikut undang-undang tubuh, adat lembaga dan kebiasaan orang-orang Melayu. (b) Ia dibuat tanpa diketahui dan dikehendaki oleh rakyat Melayu. (c) Perjanjian itu bertentangan dengan semangat Atlantic Charter.

(d) Perjanjian ini juga ditentang kerana: (i) Menghapuskan negeri-negeti Melayu yang telah diiktiraf merdeka oleh Baginda King. (ii) Menghapuskan bangsa Melayu dan Raja raja Melayu. (iii) Kongres mendesak kerajaan British menarik balik Malayan Union dengan serta-merta dan kembalikan pendirian (status) negeri-negeri Melayu tanpa ada perubahan dari keadaan yang telah lalu. UMNO 10 Tahun, ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur, 1956, hlm. 25-26, Lihat juga Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 87-89.27. Mohamad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, hlm.64.28. WO 172/19773, Isum No, 14, Hqs. Malaya Command, 2 Feb. 1946.29. Utusan Melayu, 19/4/46.30. Wakil-wakil yang hadir: Perlis - Salleh Hakim Perak - Dato’ Panglima Bukit Gantang (Hj. Wahab Hj. Dato’ Muda) Selangor - Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Pahang - Tengku Mahyuddin Negeri Sembilan - Tengku Mohamad Tengku Besar Burhanuddin Johor - Dato’ Onn Ja’afar Pulau Pinang - Ibrahim Mahmood Singapura - Rahim Ibrahim Kedah - Tunku Abdul RahmanUtusan Melayu, 30/3/46.31. 18. Majlis, 3/4/46 dan 6/6/46, A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiement, hlm. 71.32. Ini termasuklah Encik Zainal Abidin Osman yang mewakili Selangor, Tengku Mohamad Tengku Besar Burhanuddin, Pengerusi Persatuan Melayu Negeri Sembilan yang mewakili Negeri Sembilan, Mohamad Kassim yang mewakili Terengganu; Dato’ Nik Ahmad Kamil yang mewakili Kelantan, Tengku Ismail yang mewakili Kedah dan Tengku Mohamad yang mewakili Pahang.33. UMNO 10 Tahun, hlm. 137, Utusan Melayu, 17/4/46.34. CO 537/550, surat Sultan Ibrahim kepada G. H. Hall, 10/4/46; CO 07/1548. HQ BMA to War Office, 30/3/46 dan War Office to BMA HQ, 27/ 06, co 537/1548, surat G. H. Hall, (SS/CO) kepada Edward Gent, Gabenor Malayan Union, 12/4/46. CO 537/1549, surat Sultan Johor kepada G. H. Hall, 16/4/46.

35. Temu ramah Dato’ Abdullah Mohamad di Johor Bahru pada 12/4/82.36. Mohamad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung hlm. 70; UMNO 10 Tahun hlm. 27. Utusan Melayu 1/4/46; Straits Times, 1/4/46.37. CO 537/1549, surat Sultan Perak kepada Edward Gent, 2/4/46.38. Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 103.39. CO 537/1549, Special Brief menyatakan: “The basis of the argument is that Malaya when we entered it was a Malay country. Our obligations are towards the Malays, whom we undertook to protect. It was due to our encouragement that the Chinese flooded the country to such an extent that hey now outnumbered the Malays. The Malays never asked for the Chinese to be let in. The admission of Chinese to equal citizenship, which carries with the right to public and administrative service in the Union, will lead to the Malays being swamped in the public service as they have forceful number than the Malays, but this is no way diminishes our obligations towards the Malays whom we have now forsaken”.40. CO 537/1594, L. D. Gammans kepada Evening News, London, 20/5/46.41. Utusan Melayu, 22/4/46.42. Utusan Melayu, Mei-Jun 1946. Straits Echo 28/6/46: Straits Times, 26/ 5/46; Malaya Tribune, 29/5/46.43. CO 537/1528, mengatakan: “I think the Malays feel rather like the businessmen who for many years has had a loved and trusted partner and on coming home one day, finds that partner with his hand’ in the till. It’s no good for the partner to say, “I did not mean it and will put the money back”. Something has been broken and only time can heal the breach”.44. CO 537/1555 dan CO 537/1548, surat Sultan Kedah menyatakan hal tersebut. CO 537/1548 dan CO 537/15, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mendesak suruhanjaya bebas. CO 537/1548, kerana tidak puas hati dengan Malayan Union. Sunday Gazette 29/4/46, Straits Times, 30/4/46.45. Chandra Muzaffar, Protector, hlm. 59.46. CO 537/1548, telegram from Africa to War Office, 19/2/46.47. Surat T. S. Adams kepada Tunku Abdul Rahman, 29/5/46 dalam Tan Sri Abdul Samad Idris 1982, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman, hlm. 166-167.

48. Surat Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman pada 4/4/54 dalam Tan Sri Abdul Samad Idris 1982, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman, hlm. 168.49. Temu ramah dengan Ismail Kassim, Pulau Pinang pada 12/10/82. Beliau menjadi pembawa beg Dato’ Onn dalam mesyuarat itu.50. CO 537/1529, Records of Meeting held at the Presidency Penang on the 26th June 1946 between the Governor General, the Governor Malayan Union and Dato’ Onn and other Malay notables.51. CO- 537/1531, Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral Malayan Union kepada G. H. Hall, 22/6/46. Malcolm MacDonald mengatakan, “Having now been here for a month in the many opportunities to gauge Malay opinion, I can confirm everything that what Gent and I have said in previous, telegrams about its strength and unity, Malay opinion is aroused as before. By itself, this is not a bad thing, for it is highly desirable that Malays become politically conscious so as to prepare themselves to play appropriate parts in developing self-government institution. But it will be extremely unfortunate if this awakened political consciousness and interest gets waded into extremist and anti-British channels”.52. CO 537/1548, BMA Head Quarters kepada G. H. Hall, 27/6/4C.53. CO 537/1531, G. H. Hall kepada Malcolm MacDonald, 29/6/46A.54. Mohd. Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, hlm. 36, D. J. V. Allen, The Malayan Union, hlm. 257 yang mengatakan Menteri Buruh terbaru dengan kesetiaan dan kerjasama Raja-raja Melayu, Chandra Muzaffar, Protector, hlm. 68.55. CO 537/930, Record of a meeting held with the Malay Rulers Leading Malays at Kings House, Kuala Lumpur on 24 July 1946.56. CO 537/1531, Gabenor Malayan Union kepada G. H. Hall, 24/7/46.57. CO 537/1530, telegram Gabenor Malayan Union kepada G. H. Hall, 24/7/46.58. CO 537/1530, record of meetings held with Malays Rulers and Leading Malays at King’s House on the 25th July, 1946.59. Keputusan lain dalam mesyuarat itu ialah Persekutuan ditubuhkan menggantikan Malayan Union, seorang Pesuruhjaya Tinggi dilantik menggantikan Gabenor Malayan Union, Negeri-negeri Melayu diberi semula ‘negeri-negeri naungan British’, kuasa dan kedaulatan negeri terletak di tangan Sultan, tetapi mereka bertaraf raja Berpelembagaan, Raja-raja Melayu akan terus mengekalkan. Rakyat Raja dan bersedia membentuk rakyat Persekutuan dan kuasa eksekutif negeri akan dipegang oleh Menteri

Besar. CO 537/1531, telegram Gabenor Malayan Union kepada G. H. Hall, 347/46.60. CO 537/1530, Record of Meetings held between H. E. The Governor General, H. E. Governor of The Malayan Union, their Highness the Rulers of the Malay States and the Representatives of the United Malay National Organization at King’s House, Kuala Lumpur, on the 20th of November 1946.61. CO 537/1530, Record of Meetings held between H. E. The Governor General, H. E. Governor of The Malayan Union, their Highness the Rulers of the Malay States and the Representatives of the United Malay National Organization at King’s House, Kuala Lumpur, on the 20th of November 1946. Selain masalah besar itu, perkara lain telah diterima oleh Dato’ Onn. Ini kerana perkara itu telah diputuskan oleh mereka bersama sebelum perbincangan terakhir itu. Bagaimanapun Dato’ Onn telah membangkitkan dua perkara teknikal. Dato’ Onn mendesak kerajaan British melantik wakil buruh bangsa Melayu Majlis Perundangan Persekutuan (NPP). Ini kerana mengikut cadangan Working Committee itu tidak terdapat seorang pun wakil buruh Melayu dalam bahagian Perwakilan Tidak Rasmi (ex-officio). Di samping itu, Dato’ Onn juga meminta cadangan-cadangan Perlembagaan Working Committee itu dicetak dalam Bahasa Melayu bagi membolehkan orang Melayu membacanya. Desakan akhir Dato’ Onn itu dipersetujui oleh Gabenor Jeneral Malayan Union.62. CO 537/1530, Notes and results achieved by Working Committee.63. Malaya Tribune, 10/3/47, Daily Mail, 20/1/47, Utusan Melayu, 5/4/ 46 dan Malaya Tribune, 25/1/47.64. 18. Majlis, 14/1/47 dan Malayan Tribune, Kuala Lumpur, 16/12/47, Utusan Melayu, 16/12/46.65. PUTERA dikatakan disokong oleh 100 persatuan besar dan kecil. Ia mengambil nama daripada pertubuhan yang ditubuhkan oleh Jepun di Indonesia pada 1943. Mohamed Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, hlm. 41.66. Gabungan ini terdiri daripada Malayan Democratic Union (MDU), Straits Born Chinese Association (SBCA), All Chinese Chambers of Commerce (ACCC) dan Malayan Communist Party (MCP). Gabungan ini telah ditubuhkan dengan tujuan menentang UMNO yang menentang Malayan Union. Straits Times, Singapore, 20/1/47.67. Hanya 31 sahaja orang Cina dalam ACCC. Malay Mail, 19/7/48.68. Consultative Committee yang terdiri daripada sembilan orang anggota bagi menimbangkan pendapat orang ramai terhadap draf Perlembagaan Working Committee itu. Badan ini telah memberi peluang selama enam bulan bagi orang ramai dan pertubuhan memberi pendapat mereka jawatankuasa itu kemudian membuat cadangan yang akan ditimbangkan oleh Working Committee. Bagaimanapun

persidangan tiga segi pada 24 April 1942, membincangkan Laporan Cheeseman tu tidaklah memandang berat kepada cadangan Consultative Committee itu.69. CO 537/5665, Proceedings of the Plenary Conference held at King’s House, Kuala Lumpur, on 20th January 1958.70. Yang menjalankan hartal cuma peniaga Cina, tetapi tidak peniaga India. Di kalangan orang Cina juga ada yang membuka pintu belakang. Majlis 22/10/47. Ada juga peniaga Cina yang membuka pintu depan, Malay Mail, 22/10/47.

GERAKAN orang Melayu menentang Malayan Union 1946-1948 bukanlah satu perkara baru kepada kitasemua. Ia telah banyak diperkatakan oleh para sarjana, ahli sejarah dan orang ramai.1 Ini keranapenentangan orang Melayu terhadap Malayan Union yang bersungguh-sungguh telah dapat menyelamatkankedudukan politik mereka sebagai peribumi Semenanjung Tanah Melayu. la juga penting kerana telahdapat menyatukan semua golongan masyarakat Melayu iaitu daripada golongan raja, golongan berhaluankanan dan golongan berhaluan kiri, lelaki dan perempuan bagi menentangnya. Ia sebenarnya kemuncakkepada kegiatan nasionalisme orang Melayu itu sendiri. Malah, pada hari ini, kepentingannya kepada politik orang Melayu telah dikaitkan dengankepentingan mencapai kemerdekaan sejak akhir-akhir ini. Gerakan tahun 1946 itu dilihat sama pentingdengan kemerdekaan 1957.2 Lebih jauh lagi, ia dijadikan sumber mencari kekuatan dan perpaduan politikorang Melayu dalam tahun 1980-an.4 Pendeknya, ia satu gerakan ‘keramat’ bagi orang Melayu dalamsejarah politik mereka pada kurun ke-20 ini. Perbincangan ini4 hanya bertujuan untuk menunjukkan kepentingan Selangor dalam Gerakan 1946-1948 itu. Ini kerana tanpa sokongan dari negeri-negeri Melayu seperti Selangor, gerakan orang Melayutahun 1948 itu tidak akan berjaya. Sifat politik kenegerian orang Melayu pada masa itu memerlukan orang-orang Melayu bergabung tenaga dalam Kongres 1946 bagi menjayakan penentangan tersebut. Selangoryang menyedari hal ini telah bersama-sama orang Melayu dari negeri-negeri Melayu lain menentangMalayan Union. Selangor telah bersedia menjadi tuan rumah bagi orang Melayu menentang MalayanUnion 1946 setelah Melaka enggan menganjurkannya. Penglibatan tokoh-tokoh Selangor juga pentingkerana mereka telah menjadi penggerak kepada tindakan-tindakan awal orang Melayu menentang MalayanUnion. Begitu juga akhbar Majlis yang telah menjadi suara orang Melayu bagi kawasan tengah TanahMalaya dalam penentangan ini. Sumbangan Selangor sebagai sebuah daripada negeri-negeri Melayu diSemenanjung ini sangat penting demi melahirkan satu kajian sejarah tempatan yang sebenarnya samapenting dengan sejarah kebangsaan Tanah Melayu. Ia memperlihatkan bahawa kegiatan politik orang

Melayu tahun 1946 bukanlah dimainkan hanya oleh beberapa orang atau negeri-negeri tertentu sahaja.Gambarajah 2.1: Pe rarakan me ne ntang Malayan Union. (Sumber: Ihsan - ANM) Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 bertujuan untuk menjajah Tanah Melayuwalaupun ini tidak diakui oleh British.5 British telah mengubah dasar melindungi negeri-negeri Melayuyang diamalkannya sejak tahun 1874.6 Di dalam rangka pentadbirannya, Malayan Union akan ditadbirkanoleh Gabenor yang bertanggungjawab penuh kepada Raja England. Raja-raja Melayu dilucutkan darisegala kuasa, kedaulatan dan kedudukannya sebagai raja negeri-negeri Melayu.7 Mereka hanya mengetuaiMajlis Penasihat Melayu dan ahli kepada Central Advisory Council yang diketuai oleh Gabenor.Kerakyatan Tanah Melayu pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.8 Ini bererti segalakedaulatan Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan kebudayaan Melayu akan terjejas. SemenanjungTanah Melayu akan dimiliki oleh British, penduduknya akan terdiri daripada berbagai bangsa yang akanmempunyai kuasa politik sama rata, tanpa perlindungan bagi orang Melayu.9 Kesan yang begini mendalam disedari oleh kaum Melayu tetapi tidak kepada Raja-raja Melayu.Raja-raja Melayu dengan berbagai-bagai alasan10 telah menyerahkan kuasa dan kedaulatan politik dannegeri mereka kepada British pada Oktober 1945 dalam satu perjanjian yang tergesagesa dengan SirHarold MacMichael, wakil Raja England.11 Namun, Raja-raja Melayu akhirnya sedar juga dan telahbersama-sama dengan rakyat jelata menentang Malayan Union.12 Penentangan orang Melayu terhadapMalayan Union ini sangat menyeluruh dan hebat sekali. Mereka menentang secara perseorangan dansecara berpersatuan melalui surat dan telegram. Demonstrasi13 orang Melayu dari seluruh negeri Melayutelah menunjukkan bantahan mereka kecuali Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menyokongMalayan Union dalam soal kerakyatan sama rata di antara orang Melayu dan bukan Melayu yang lahir diKepulauan Melayu.14 Akhbar-akhbar Malaya seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara15 menjadi alat yangpenting kepada rasa tidak puas hati orang-orang Melayu. Akhbar-akhbar ini menjadi pendorong utama

kepada kesedaran orang Melayu. Mereka menyiarkan bantahan orang Melayu secara terbuka danberleluasa. Akhbar-akhbar Melayu juga menjadi pembakar semangat orang Melayu melalui rencana-rencana pengarangnya yang berterus-terang. Tegasnya, orang Melayu dan akhbar Melayu berganding bahudalam gerakan penting itu. Di Selangor, kesedaran orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Mereka menghidupkan semulapersatuan-persatuan negeri seperti Persatuan Melayu Selangor bagi tujuan tersebut. Mereka menghantartelegram bantahan ke London pada 17 Januari 1946.16 Persatuan-persatuan daerah dan persatuan-persatuan profesional ditubuhkan bagi menjadi penggerak ke arah penentangan tersebut seperti DarulEhsan Club,17 dan Persatuan Kaum Ibu Selangor.18 Terdapat 12 belas buah persatuan Selangor yangmenentang Malayan Union. Ini termasuklah Persatuan Penghulu Selangor,19 Persatuan Guru-guru MelayuSelangor,20 Ikatan Setia Kampung Baru,21 Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor,22 PersekutuanMelayu Ulu Selangor,23 Persekutuan Melayu Sabak Bernam,24 Persatuan Kaum Darat Selangor,25Persatuan Melayu Jawatan Rendah,26 dan Persekutuan Bawean Selangor.27 Ini adalah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Jumlahyang besar ini menunjukkan bahawa kesedaran orang Melayu Selangor tentang Malayan Union ini adalahmeluas. Ia juga menunjukkan kesedaran itu berlaku di semua peringkat masyarakat Melayu iaitu daripadagolongan elit tradisional sehinggalah kepada kaum profesional dan kaum wanita. Malah, lebih istimewaialah penglibatan orang-orang asli Selangor yang menunjukkan kesedaran politik mereka telah munculwalaupun kehidupan mereka terpisah daripada orang Melayu Selangor. Penglibatan merekamemperlihatkan bagi kali pertama dan terakhir peranan dan minat mereka dalam politik Tanah Melayu.Negeri Selangor menggerakkan tenaga orang Melayu ‘proto’ dan ‘neutro’ dalam mempertahankankedudukan politik mereka di Semenanjung Tanah Melayu. Akhbar Majlis yang diterbitkan di KualaLumpur pada tahun 1931 oleh Selangor Press kepunyaan Tuan Haji Mohamad Amin Yusof, jugamemainkan peranan penting di dalam menyebarkan segala berita dan pendapat orang ramai tentangMalayan Union. Pengarang utama Majlis, Mohammad Yunus Hamidi, yang juga Setiausaha PersatuanMelayu Selangor dengan terbuka menjadikan Majlis sebagai alat menyedarkan orang Melayu dalammenentang Malayan Union. Di bawah kepimpinannya, surat-surat pembaca yang bernas dan tegas di dalam membidasrancangan Malayan Union itu disiarkan pada 4 Januari 1946. Suratnya itu membangkitkan bahawa Raja-raja Melayu telah menandatangani Perjanjian 1946 tanpa merujuk kepada rakyat jelata. Ini keranakedaulatan Raja-raja Melayu terletak di tangan rakyat Melayu. Dengan itu Perjanjian 1946 itudianggapnya tidak sah. Pendapat ini sangat berani jika dilihat kepada masyarakat Melayu yang masihtradisional. Kesedaran politik orang Melayu akibat Malayan Union nyata mengatasi kebiasaan politikrakyatnya. Majlis sebagai sebuah akhbar Melayu secara peribadi melihat penentangan orang Melayu itusebagai perjuangannya juga. Majlis melalui rencana pengarangnya yang ditulis oleh Mohamed Hamidipada 12 Januari 1946 sedar bahawa orang Melayu perlu bersatu menentang Malayan Union di bawahseorang pemimpin. Beliau mencadangkan Dato’ Onn Jaafar, seorang pemimpin besar28 Johor sebagaipemimpin Melayu yang dianggapnya berkebolehan memimpin. Ini kerana Dato’ Onn telah menubuhkan

Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) yang mempunyai cita-cita untuk mewujudkan perpaduankebangsaan Melayu.29 Dato’ Onn juga mempunyai latar belakang sebagai seorang pemimpin yang beranimenentang Sultan Johor pada tahun 1930-an melalui akhbar Warta Malaya kerana pentadbiran SultanJohor yang dianggapnya zalim dan tidak menguntungkan orang Melayu.30 Bagi Mohammad Yunus, sikapini sangat berguna bagi menentang British dan Malayan Union.31 Gambarajah 2.2: Surat khabar Majlis dite rbitkan di Kuala Lumpur pada 17 Dis e mbe r 1931. (Sumber: Ihsan - ANM) Cadangan Yunus Hamidi ini akhirnya disambut oleh Dato’ Onn. Melalui suratnya bertarikh 23Januari 1946 yang tersiar dalam Utusan Melayu, Dato’ Onn menyeru orang Melayu supaya bersatu danberkongres menentang Malayan Union. Dato’ Onn juga mencadangkan supaya satu pertubuhan kebangsaandibentuk dengan nama United Malays Organization (UMO).32 Selangor sekali lagi terlibat sepenuhnya di dalam pembentukan Kongres 1946. Persatuan MelayuSelangor dibantu oleh Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor telah menjadi Jawatankuasa PersidanganKongres 1946 dengan dipengerusikan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) seorang pakar bahasa yangkemudiannya bergelar ‘Pendeta’. Semua kerja surat-menyurat diuruskan oleh Mohammad Yunus Hamidi,Ketua Pengarang Majlis. Anak-anak negeri Selangor yang lain seperti, Kamaruddin Hj. Idris sebagaiBendahari dan A. Samad Ahmad, seorang pengarang Majlis bersama empat orang lain yang tidakdiketahui namanya menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja.33 Mereka telah bekerja bertungkus-lumus sepanjangFebruari 194634 bagi mengadakan persiapan Kongres 1946.35

Bolehlah dikatakan bahawa PMS telah memainkan peranan yang penting dalam pertubuhan Kongresyang bersejarah melalui tenaga anggota-anggota jawatankuasa itu, surat-surat rayuan memohon dermatelah dihantar ke seluruh Tanah Melayu. Mereka juga bertanggungjawab mencari tempat persidangan danmenyusul atur cara Kongres dan hal-hal yang berkaitan dengannya,36 walaupun pada masa yang samaDato’ Onn dan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor mengambil tugas menjemput persatuan-persatuannegeri Melayu menghadiri Kongres37. Majlis sekali lagi memainkan peranan yang sama penting denganPersatuan Melayu Selangor. Oleh sebab semua Ahli Jawatankuasa Kongres 1946 itu juga merupakan ahliPMS dan pengarang-pengarang Majlis, maka menggunakan Majlis sebagai ejen dan penggerak kepadapelaksanaan Kongres tidak dapat dielakkan. Di samping menyebarkan berita-berita tentang Kongres, tugas penting bagi Majlis ialahmenjalankan gerakan mengumpul derma daripada orang ramai untuk mengadakan Kongres tersebut.Pengarangnya, A. Samad Ahmad ditugaskan untuk mengumpulkan derma-derma tersebut yang dinamakan‘Derma Kongres’. Sehingga 1 Mac 1946 iaitu pada hari Kongres itu diadakan, sebanyak $9,561.95berjaya dikumpulkan. Jumlah ini kemudiannya meningkat kepada lebih $12,000. Hasil derma ini,perbelanjaan Kongres 1946 dapat diselesaikan.38 Dalam soal derma ini, negeri Selangor juga patut berbangga kerana kesedaran kebangsaan datangdari rajanya sendiri, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda merupakan Raja Melayu yang awalmenghulurkan derma sebanyak $5,000. lni menunjukkan Baginda seorang Raja yang dapat memahamiinspirasi perjuangan kebangsaan rakyat Melayu yang mahu menolak penjajahan British ke atas TanahMelayu. Ianya sudah tentu memberi kesan langsung kepada Selangor, selain memperlihatkan sokonganBaginda yang padu ke atas gerakan menentang Malayan Union oleh rakyat Melayu. Malah, inimembayangkan keinsafan Baginda kerana terlanjur menyerahkan kuasa dan kedaulatan Selangor kepadaBritish melalui Perjanjian McMichael 1946 lalu.39 Perhimpunan orang-orang Melayu dari seluruhSemenanjung di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946, merupakan satu lagi sumbanganSelangor kepada gerakan politik orang Melayu yang sangat bernilai pada masa itu. Kelab Sultan Suleimanyang dibina pada tahun 1930-an di perkampungan khas Melayu Kampung Baru dan dinamakan sempenanama Sultan Alauddin Suleiman Shah (1898-1939) iaitu ayahanda kepada Sultan Hishamuddin AlamShah, dengan sengaja telah dipilih sebagai lambang kepada semangat ‘keMelayuan’ itu sendiri keranamerupakan satu-satunya kelab orang Melayu yang terletak di tengah-tengah masyarakat Melayu di bandarKuala Lumpur.

Gambarajah 2.3: Ke lab Sultan Sule iman. (Sumber: Ihsan - JWN) Kelab Sultan Suleiman telah mencipta sejarah yang penting baginya dan negeri Selangor. Ini kerana,di sinilah semua wakil rakyat Melayu dari 41 buah40 persatuan berhaluan kanan dan kiri negeri-negeriMelayu telah berkumpul, berbincang dan sebulat suara mengutuk dan menolak Malayan Union. Selamaempat hari iaitu dari 1 hingga 4 Mac 1946, Kelab Sultan Suleiman menjadi gelanggang orang Melayuberpolitik bagi kali pertama sejak tamatnya Perang Dunia ke-2.41 Mereka seolah-olah telah dapatmelupakan batas-batas kenegerian yang memisahkan mereka selama ini dan menjadi punca kepadaperpecahan sesama mereka. Mereka kini telah dapat bersatu secara berkesan bagi julung-julung kalinyamenentang penjajahan British melalui penentangan terhadap Malayan Union. Dalam erti kata yang lain,Kelab Sultan Suleiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur telah meyakinkan kelahiran satu gerakan politikkebangsaan Melayu yang bermakna sekali42 bagi ‘survival politik’ orang Melayu di Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah sekali lagi berperanan penting. PenglibatanBaginda sebagai Perasmi Kongres 1946 telah memperlihatkan kerjasama yang rapat di antara Raja danrakyat Melayu.43 Naungan yang diberikan oleh Baginda juga memperlihatkan bahawa Kongres 1946direstui oleh Raja Melayu. Restu dari Raja Melayu ini penting untuk menunjukkan kepada British bahawaKongres 1946 bukanlah satu gerakan remeh orang Melayu. Ia adalah satu gerakan yang bersungguh-sungguh yang boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi British di Tanah Melayu. Tindakan SultanHishamuddin Alam Shah itu juga telah mendorong Raja-raja Melayu lain untuk menyokong Kongres 1946dan UMNO dalam gerakan menentang Malayan Union. Perasmian mesyuarat-mesyuarat agung UMNOpada tahun-tahun berikutnya dibuat oleh Raja-raja Melayu di tempat mana mesyuarat itu diadakan.44Dengan itu, Baginda telah memulakan satu langkah yang tepat bagi kepentingan politik orang-orangMelayu, negeri Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri. Sokongan persatuan-persatuan dari negeri Selangor adalah padu. Selangor yang mempunyai 12 buahpersatuan yang telah dinyatakan sebelum ini telah menghantar ramai wakil dari setiap persatuan. Setiappersatuan menghantar sekurang-kurangnya dua orang wakil, malah ada yang menghantar lebih ramaikerana kemampuan kewangan yang tinggi serta mempunyai ahli yang ramai seperti Persatuan PenghuluSelangor, Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Selangor. Sokongan ini timbulbukan sahaja kerana tempat persidangan itu di Selangor tetapi yang lebih penting ialah kerana adanyakesedaran mereka terhadap politik Melayu itu sendiri. Sokongan mereka terhadap Kongres ini adalahpenting untuk menunjukkan dan menjayakan penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.Malah, persatuan-persatuan itu juga telah menderma walaupun keadaan kewangan mereka sempit sepertiPersatuan Melayu Selangor dan Penang Peranakan Club Selangor. Pada 31 Mac 1946, sekali lagi Majlis telah memainkan peranan penting dalam gerakan politikorang Melayu. Ibu pejabat Majlis menjadi tempat orang Melayu memutuskan langkah-langkah merekauntuk memulaukan pelaksanaan Malayan Union yang tetap akan dijalankan pada 1 April 1946. Pemimpin-pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn, Pengerusi Kongres 1946, Za’ba dan Dato’ Nik Ahmad Kamil,Menteri Besar Kelantan, merasa perlu untuk membuat tindakan tegas terhadap Malayan Union. Dato’ Onn

memilih ibu pejabat Majlis kerana sumbangan yang besar kepada Kongres 1946. Akhbar Majlis dankakitangannya sekali lagi telah menjadi alat penggerak bantahan orang Melayu secara tersusun. Rakyat Selangor sebagai sebahagian daripada bangsa Melayu telah menunjukkan kesedaran politikmereka yang padu terhadap kehilangan kuasa mereka jika Malayan Union diteruskan. Melalui akhbarMajlis yang menyiarkan berita-berita Kongres 1946 dan tindakan Kongres Tergempar 1946, merekamerasa terpukul dengan kesediaan Raja-raja Melayu untuk bertolak ansur dengan British. Persatuan-persatuan bercorak kedaerahan dari Selangor telah menggerakkan anggota-anggotanya berkumpul diStation Hotel sejak pagi lagi. Langkah ini bertujuan menghalang Raja-raja Melayu daripada berangkat keKing’s House untuk merayakan pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Jumlahmereka yang beratus-ratus orang ramainya45 dengan 45 orang pemuda Melayu memakai tanda berkabungbolehlah dianggap sebagai satu gerakan yang padu dari rakyat Selangor khasnya dan Melayu amnya. Tindakan orang Melayu itu memperlihatkan kesedaran politik yang menarik sekali. Selama inidalam budaya politik orang Melayu mereka sentiasa menerima kekuasaan dan kewibawaan Raja-rajaMelayu sebagai pemimpin mereka.46 Jarang sekali terdapat pemberontakan di kalangan rakyat Melayuterhadap Rajanya kecuali beberapa peristiwa terpencil dan bersifat peribadi seperti Hang Jebat diMelaka47 dan Megat Sri Rama di Johor.48 Namun, pada 1 April 1946 berlaku peristiwa yang telahmemecah tradisi kesetiaan mutlak rakyat Melayu kepada Raja-raja yang sewenang-wenangnyamengenengahkan kehendak rakyat jelata.49 Melalui Dato’ Onn Jaafar sebagai wakil mereka, Raja-rajaMelayu telah diancam untuk digulingkan jika tidak menurut kehendak mereka.50 Keberanian dankesungguhan mereka menyedarkan Raja-raja Melayu yang akhirnya menyebabkan mereka akur kepadakehendak rakyat. Kongres 1946 itu kemudian dibubarkan dan digantikan dengan UMNO pada 11 Mei 1946 dandiadakan di Johor Bahru. Dato’ Onn Jaafar, Pengerusi Kongres dengan sebulat suara dilantik sebagai YangDiPertua Agung UMNO. UMNO dengan itu menjadi barisan depan orang Melayu menentang MalayanUnion menggantikan Kongres 1946. Selangor tetap cergas di dalam usaha-usaha UMNO untukmenumbangkan Malayan Union. Persatuan-persatuan dari negeri Selangor sentiasa menghantar wakil kemesyuarat-mesyuarat agung UMNO yang diadakan di merata negeri Melayu. Di antara yang paling cergasmenghantar wakil-wakilnya ialah Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor,Ikatan Setia Kampung Baru, Persatuan Melayu Sabak Bernam dan Persatuan Kaum Ibu Selangor.Kedudukan kewangan mereka yang kukuh dan minat politik yang mendalam terhadap politik orang Melayumenjadikan mereka begitu cergas. Dari segi perpaduan UMNO Selangor melalui Ikatan Setia Kampung Baru, telah menyumbang ideayang penting dalam mewujudkan bendera UMNO. Di dalam mesyuarat agung UMNO di Ipoh, Perak pada28 Jun 1946, soal bendera UMNO dibincangkan. Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitusatu pertubuhan radikal, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ), Persatuan Melayu SabakBernam dan Ikatan Setia Kampung Baru mencadangkan bentuk-bentuk bendera UMNO. Walaupunpengaruh Dato’ Onn dan PKMM kuat, namun bendera cadangan Ikatan Setia Kampung Baru telah diterimaoleh wakil-wakil UMNO. Ini kerana ianya melambangkan semangat kebangsaan Melayu oleh keris ditengah bulatan kuning.51 Oleh itu, Selangor menyumbangkan satu perkara penting yang menjadi sekatan dan

perpaduan UMNO sejak tahun 1946. Satu masalah politik yang besar di Selangor pada tahun 1946 ialah terlalu banyak persatuan yangmewakili Selangor dalam UMNO sehingga perpecahan di kalangan mereka tidak dapat dielakkan. Inimelemahkan Selangor sebagai pendesak di dalam UMNO. Ini juga menyebabkan Selangor tidak dapatmelahirkan seorang pemimpin politik di peringkat kebangsaan yang dapat diterima oleh mereka sebulatsuara. Walaupun mempunyai Dato’ Hamzah Abdullah dari Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor danZa’ba dari Persatuan Melayu Selangor, tetapi mereka ini tidak dapat ditonjolkan kerana mereka adalahpegawai-pegawai kerajaan yang dilarang daripada bergiat dalam politik oleh General Order British.Dato’ Hamzah pula mewakili Raja-raja Melayu menentang Malayan Union 1946-1947 keranakedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.52 Ada juga persatuan-persatuan yang tidak dapatmenerima mereka kerana dianggap dari golongan elit tradisional dan dari kelas birokrat. Perpecahan ini cuba diatasi dengan penubuhan satu badan politik bagi mewakili Selangor dalamUMNO. Dato’ Onn Jaafar yang mengesyorkannya pada Mei 1946, mendapati cara ini dapat mengurangkan‘politiking’ di Selangor. Seruan ini disambut tetapi hanya berlaku di peringkat Jawatankuasa sahaja yangdikenali sebagai Persekutuan Melayu Bersatu Selangor.53 Ia tidak membuat apa-apa tindakan yang jelas,persatuan-persatuan juga tetap bergerak dan kekal sebagai persatuan tersendiri sehingga UMNOmengubah dirinya sebagai satu unit politik pada Mei 1949.54 Sejarah kegiatan orang-orang Melayumenentang Malayan Union menunjukkan terdapat sebuah persatuan dari negeri Selangor yang tidak sebuludengan UMNO iaitu Persatuan Malaya Sabak Bernam (PMSB) pimpinan Jaafar Haji Ali. Ia bolehlahdikatakan menjadi pengkritik UMNO yang tajam dan tegas. PMSB memilih untuk tidak menjadi ahli biasaUMNO pada tahun 1948, sebaliknya menjadi ahli bergabung UMNO bersama-sama Kesatuan MelayuSingapura dan Saberkas. PMSB seperti juga Saberkas dan Singapura bimbang dengan kehilangan identitidan maruah sebagai persatuan yang bebas.55 Kepimpinan PMSB yang berasaskan masyarakat bawahanjuga menjadi sebab kepada keengganannya bersatu dengan UMNO. Ini bererti PMSB adalah sebuahpertubuhan politik Melayu Selangor yang terasing daripada persatuan-persatuan bercorak kedaerahanMelayu Selangor yang lain. Dalam usaha memajukan UMNO, Majlis menjadikan pihaknya sebagai jurucakap UMNO secaratidak rasmi. Walaupun Dato’ Onn menolak untuk melantik Majlis sebagai jurucakapnya,56 namun demikepentingan orang Melayu dan memajukan Majlis, Mohamad Yunus Hamidi tetap dengan setia menyiarkanberita-berita dan rencana terkini serta pendapat-pendapatnya tentang UMNO terutama pada tahun 1947.Misalnya pada 19 Mac 1947, Majlis melalui rencana pengarangnya telah membincangkan soal ‘IktisadMelayu’ yang disiarkan sebanyak lima siri. Majlis melihat usaha untuk memajukan ekonomi orang Melayuyang ingin dilakukan oleh UMNO itu patut disokong dan diusahakan secara bersungguh-sungguh olehmasyarakat Melayu. Ini kerana ekonomi yang lemah akan melemahkan kedudukan politik orang Melayu itusendiri. Seperti katanya: “Tersebab dari kucar kacirnya perekonomian kita, jadilah pendirian kebangsaan kita pada masa ini bertambah lemah, umpama orang sakit kekurangan darah, makanan yang lazat tidak berfaedah, martabat diri dipandang rendah, terpaksa menerima sumpah seranah.”57 Majlis juga menjadi pemungut derma yang setia bagi UMNO. UMNO telah menubuhkan tabung

‘Derma Kebangsaan’ bagi menampung perbelanjaannya menentang Malayan Union. Derma kebangsaanini dipungut daripada orang Melayu yang bersimpati dengan kegiatan-kegiatan UMNO. Majlis telahmenjadi pengumpul derma itu bagi pihak UMNO. Malah, Majlis juga dari semasa ke semasa melaluirencana pengarangnya memberi galakan dan semangat agar orang Melayu menderma. Ini disebabkanMajlis berpendapat derma orang-orang Melayu yang terkumpul pada 5 April 1947 iaitu $44,905 terlalukecil jika dibandingkan dengan 2.25 juta orang Melayu pada masa itu. Gesaan Majlis ini memperlihatkankesedarannya terhadap peranan akhbar Melayu dalam gerakan nasionalisme Melayu yang telah berjalansejak awal kurun ke-20.58 Dalam gerakan orang-orang Melayu Selangor menentang Malayan Union ini, peranan dankepimpinan kaum wanita juga penting. Kebangkitan mereka yang diketuai oleh Datin Halimahton Ab.Majid dari Persatuan Kaum Ibu Selangor, sebenarnya dapat mewakili kebangkitan kaum wanita MelayuSemenanjung pada amnya. Kebangkitan wanita Melayu Selangor ini sangat penting memandangkan kalipertama mereka berpadu tenaga dengan kaum lelaki untuk bersuara dan menjaga kepentingan politik orangMelayu. Peranan yang dimainkan oleh mereka ini menambah dan menyempurnakan gerakan kebangsaanorang Melayu. Selangor juga patut berbangga kerana merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai sebuahpersatuan politik kaum wanita yang ditubuhkan khas untuk menentang Malayan Union. Ini berbezadaripada negeri-negeri lain yang menggabungkan tenaga perempuan dan lelaki dalam satu persatuan,contohnya Persatuan Melayu Negeri Sembilan. Namun, keadaan ini tidak mungkin berlaku jika tidak ada seorang pemimpin wanita yang cergasseperti Datin Halimahton Ab. Majid. Beliau dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahu 1920dan mendapat pendidikan di Methodist Girls’ School, Kuala Lumpur sehingga ke Junior Cambridge.Minat politiknya yang mendalam telah membawa beliau mengumpulkan kaum wanita di Rembau danmengadakan tunjuk perasaan di hadapan L. D. Gammans*. Kedudukan suaminya, Dato’ Muhammad Babasebagai Pegawai Daerah Rembau juga membolehkan Datin Halimahton mendapat kepercayaan kaumwanita di Rembau dan Selangor untuk menjadi pemimpin mereka. Datin Halimahton kemudiannya menjadiwanita Melayu pertama menyertai Dewan Rakyat sebagai ahli Parlimen dalam tahun 1955 setelah beliaumemenangi pilihan raya Persekutuan 1955 bagi kawasan Ulu Selangor. Maka, kepentingan WanitaSelangor dalam politik orang Melayu dan UMNO tidak dapat dinafikan. Gerakan politik kiri Melayu juga memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap MalayanUnion. PKMM, yang telah disebutkan sebelum ini menjadikan Selangor sebagai ibu pejabatnya, iaitu diBatu Road, Kuala Lumpur. Cawangan PKMM Selangor pula mempunyai ahli seramai 3,500 orang, iaitusuatu jumlah yang sederhana besarnya jika dibandingkan dengan Perak, Pahang, Melaka dan Terengganu.59Di Selangor juga terdapat pusat latihan tentera. Angkatan Pemuda Insaf (API), iaitu cawangan pemuda PKMM kemudian menjadi badan tersendiridi bawah pimpinan Ahmad Boestamam pada tahun 1947. Pusat latihan itu terletak di Ulu Langat. Inimemberi gambaran seolah-olah Ulu Langat mempunyai kedudukan ilmu alam dan sokongan tempatan yangmenonjol dari daerah-daerah lain di Selangor.60 Tegasnya, Selangor mempunyai kepentingan yang jelas

dalam gerakan kiri Melayu yang penting. Namun, PKMM tidak menyertai kegiatan orang-orang Melayumenentang Malayan Union sebaliknya menyokong dasar-dasar Malayan Union. PKMM menentang Perlembagaan 1948, yang mengiktiraf dasar naungan British ke atas negeri-negeri Melayu, pemulangan semula kekuasaan dan kedaulatan negeri-negeri dan Raja -raja Melayu61 sertamenolak kerakyatan jus soli yang khas bagi orang Melayu di negeri-negeri Melayu.62 MelaluiPerlembagaan Rakyat, PKMM yang kini membentuk Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) telah menerimacadangan AMCJA supaya satu kerakyatan jus soli tanpa syarat diberikan kepada semua penduduk TanahMelayu yang lahir di Tanah Melayu atau Singapura.63 Tindakan PKMM/PUTERA ini bertentangan dengankehendak UMNO dan Raja-raja Melayu yang mahu mengekalkan kerakyatan jus soli bagi orang Melayudan orang asli sahaja.64 Oleh itu, golongan ini mempunyai peranan sebagai penentang kepada gerakan sebahagian besarorang Melayu untuk mengembalikan semula status quo politik Melayu pra-1941. Mereka menentangkerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan penuh seperti Indonesia yang menjadi model kepada tuntutankemerdekaan mereka, PKMM dari segi semangat dan penyatuan bagi konsep Melayu Raya atau IndonesiaRaya.65 Untuk mendapatkan kemerdekaan, PKMM bekerjasama dengan orang bukan Melayu dan PartiKomunis Malaya serta mencadangkan taraf kerakyatan yang sama rata. UMNO berjaya mengatasi pakatanini kerana adanya sokongan daripada British dan Raja-raja Melayu yang tidak mahu Tanah Melayumempunyai dasar-dasar radikal dan komunisme. UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar yangmenyedari sokongan ini telah menggiatkannya dalam perundingan membubarkan Malayan Union danmenggantikannya dengan PTM 1948.66 Selangor yang menyokong kepimpinan Dato’ Onn Jaafar mendapatitidak menjadi masalah untuk mengatasi pengaruh PKMM walaupun PKMM berpusat di Selangor. Sementara itu, dalam perundingan di antara Raja-raja Melayu, UMNO dan British bagimenggantikan Malayan Union, Selangor diwakili oleh Dato’ Hamzah Abdullah, Menteri Besar Selangor.Dato’ Hamzah yang lahir di Kuala Selangor telah menjadi pentadbir Melayu dalam Malayan CivilService sejak 1924. Oleh sebab perkhidmatannya yang cemerlang, beliau mendapat gelaran Orang KayaSelangor dan dilantik menjadi Menteri pada tahun 1947. Sifatnya yang sederhana dan tertib sertadisayangi oleh Sultan Selangor telah membolehkan beliau dilantik menjadi wakil Raja-raja Melayu dalamperundingan membubarkan Malayan Union. Oleh itu, walaupun beliau tidak mewakili UMNO,kepentingan kepada gerakan politik orang Melayu tetap ada. Ini kerana beliau sedar tentang kepentinganpolitik Melayu yang perlu dijaga seperti juga kepentingan Raja-raja Melayu yang patut dijaga dalampembentukan Persekutuan 1948 itu. Beliau juga menjadi ahli UMNO walaupun tidak memegang apa-apajawatan di dalamnya. Di dalam diri Dato’ Hamzah, politik dan kedudukan Raja-raja Melayu dan orangMelayu tetap berbaur.

Gambarajah 2.4: Pe rjanjian Pe rs e kutuan yang ditandatangani pada 21 Januari 1948 di antara Raja-raja M e layu de ngan Sir Edward Ge nt, wakil Ke rajaan B ritis h. (Sumber: Ihsan - ANM) Tandatangan Sultan Selangor dalam Perjanjian Persekutuan 1948 pada 21 Januari 1948 di King’sHouse, Kuala Lumpur, bererti Selangor telah dicantumkan ke dalam satu bentuk kerajaan persekutuanbersamasama dengan lapan buah negeri yang lain. Oleh itu, Selangor telah menjadi sebahagian daripadanegeri yang penting di dalam PTM. Sultan Selangor mendapat semula kedudukan sebagai ketua undang-undang negeri Melayu melalui pelantikan Menteri Besar dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Baginda jugamemegang kuasa eksekutif Raja-in-Council dan menjadi Ketua Agama Negeri. Di peringkat Persekutuanpula, Sultan Selangor menganggotai Majlis Raja-raja Melayu bagi membincangkan rang undang-undangcadangan Majlis Perundangan dan Kerja Persekutuan. Perjanjian Persekutuan 1948 juga menandakan satu pemilihan era baru bagi Selangor. Buat kalipertamanya, Selangor mempunyai satu perlembagaan bertulis yang menentukan Selangor sebagai sebuahnegeri yang mempunyai kuasa autonomi di dalam bidang-bidang tertentu. Sultan Selangor jugadiperuntukkan kuasa tertinggi di negerinya. Perlembagaan bertulis ini sangat penting kerana selama iniSelangor hanya mempunyai adat lembaga yang diikuti turun temurun oleh Raja yang memerintah. Denganadanya Perlembagaan negeri Selangor itu bererti pemerintahan Raja Selangor atau beraja mula bersifat

Raja Berperlembagaan. Ini adalah satu pemodenan dalam pentadbiran dalam sistem politik Selangor. Boleh dikatakan Perjanjian PTM 1948 telah menguatkan kedudukan dan kekuasaan Sultan Selangordari segi pentadbiran, politik, agama serta adat istiadat di negeri Selangor khasnya dan PTM amnya.Walaupun Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa veto di dalam Majlis Raja-raja, tetapi perundingan danpersetujuan Selangor perlu bagi setiap rang undang-undang.67 Keadaan ini lebih baik daripada sistemResiden 1874, Negeri Melayu Bersekutu 1984 dan Desentralisasi pada 1920 hingga 1941. KedudukanSultan Selangor sebagai Raja Berperlembagaan itu kekal sehingga merdeka. Disimpulkan bahawa, penentangan rakyat Selangor bersatu sama dengan orang Melayu lain diSemenanjung terhadap Malayan Union pada tahun 1946 hingga 1948 telah melahirkan kesan yang baikkepada kedudukan dan survival politik orang Melayu Selangor. Ia membolehkan pengekalan Selangorsebagai sebuah negeri Sultan Selangor sebagai raja berdaulat yang menjadi penjaga dan penaung kepadakedudukan politik orang Melayu Selangor. Biar pun ada bantahan daripada orang Melayu berhaluan kiridan orang bukan Melayu, namun dengan kerjasama British, Sultan Selangor dan desakan rakyat MelayuSelangor khasnya, telah dapat menggagalkan rancangan Malayan Union dan menggantikannya denganPTM 1948. Ini sekali gus menjaga kedudukan politik dan kebudayaan Melayu di Selangor.Nota Hujung* L.D. Gammans adalah ketua rombongan ahli-ahli parlimen British yang melawat Tanah Melayu untuk mendapatkan pandangan sebenar tentang bantahan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Rombongan ini dibuat pada Mei-Jun 1946.1. Banyak buku, tesis dan rencana yang ditulis berkenaan dengannya. Antaranya, J. D. V. Allen, The Malayan Union, Yale : Yale University, 1966 Mohamed Noordin Sopiee, Front Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur : UMP, 1974; Zulkifli Abdullah, The Malayan Union and Malay Reaction:, Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, 1974; Ramlah Adam, UMNO Organisasi den Kegiatan Politik, Kota Bahru, Kelantan, 1978; A. J. Stockwell, British Policy and Malay Politics During The Malayan Union Experiment 1942-48, MBRAS, Kuala Lumpur, 1979; A. Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, Kuala Lumpur : DBP, 1981; Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1981; Shahrom Husain, Biografi Perjuangan Politik Dato’ Onn Jaafar, Kuala Lumpur : Fajar Bakti, 1985; Wong Jin Ken, ‘The Malayan Union: A Historical Retrospect”, JSEAH, Vol. 13 No 1, March 1982, Ramlah Adam, Peranan Dato Onn Jaafar di dalam Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1895-1962, Petaling Jaya: Gateway Publishing Co., 1987.2. Sejak tahun 1984, semasa sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, kumpulan penentang-penentang Malayan Union telah diberi penghormatan. Perarakan tersebut menjadi lambang kepada usaha-usaha mencapai kemerdekaan itu sendiri.3. Akibat daripada pengharaman UMNO pada bulan April 1988, dan UMNO (baru), terdapat kumpulan politik Melayu yang cuba hidupkan semula UMNO 1946 yang tentunya dikaitkan dengan kekuatan orang Melayu menentang Malayan Union dan pada tahun 1946 yang melahirkan UMNO (lama) 1946.

Semangat 46 adalah dari parti yang dicetuskan dari keadaan 1946 itu.4. Ini kerana masalah politik orang Melayu hanya memerlukan satu kertas kerja yang lain. Pada pendapat saya terlalu awal untuk membuat tafsiran tentang hal ini kerana masalah ini masih belum tamat.5. Mengikut British tujuan Malayan Union diperkenalkan ialah untuk: (a) Mengadakan satu sistem pentadbiran yang seragam bagi negeri-negeri Melayu yang terpecah kepada berbagai-bagai unit seperti negeri Melayu Bersekutu (NMB), negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan Negeri-negeri Straits Settlement. (b) Menyediakan Tanah Melayu ke arah kerajaan sendiri. (c) Menjadikan Tanah Melayu pusat pertahanan British di Asia Tenggara. (d) Memperbaiki sistem ekonomi terutama pelaburan dalam perindustrian getah kerana Amerika Syarikat mula memberi perhatian di bidang tersebut. (e) Mewujudkan perasaan setia dan nasionalisme kepada Tanah Melayu. (f) Mengadakan satu sistem pentadbiran yang licin bagi Tanah Melayu. (g) Membalas `dendam’ kepada orang-orang Melayu kerana menyokong pentadbiran Jepun pada tahun 1942-1945. Mohd. Nordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, hlm. 16-19, J. D. V. Allen, The Malayan Union, hlm. 9; Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, hlm. 3, UMNO 10 Tahun, Kuala Lumpur, 1956, hlm. 9-10.6. Sejak Perjanjian Pangkor 1874, British menjalankan Pemerintahan Tidak Langsung (Indirect Rule). Dalam sistem pentadbiran ini, British mengekalkan kedaulatan dan kewibawaan Raja-raja Melayu sebagai ketua undang-undang negeri-negeri Melayu melalui dasar `Raja-in-Council.’ Walaupun pada hakikatnya pegawai-pegawai British, (Residen 1874 dan Residen Jeneral 1896) menjalankan dan menguasai pentadbiran, tetapi cop mohor Raja-raja Melayu masih digunakan bagi meluluskan undang- undang. Keadaan ini berjalan sehingga proses Desentralisasi di mana kuasa Raja-raja Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu dikembalikan sedikit demi sedikit sehingga tahun 1937. Lihat R. Emerson, Malaysia: A Study of Direct and Indirect Rule, Kuala Lumpur: UMP, 1964.7. Di dalam pentadbiran Malayan Union, kuasa pentadbiran dipegang Gabenor Malayan Union yang dilantik oleh Raja England. Beliau mengetuai Majlis Mesyuarat Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerja Malayan Union. R. S. Milne and Diane X Mauzy, Politics and Government Malaysia, Kuala Lumpur: Federal Publications, 1977, hlm. 27 dan Ramlah Adam, UMNO: Organisasi dan Kegiatan Politik, 1946-1951, hlm. 3.8. Kerakyatan Malayan Union terbuka kepada: (a) Orang-orang yang lahir di Malayan Union atau di Singapura sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan dan bermastautin di salah satu negeri itu pada tarikh kerakyatan dikuatkuasa. (b) Seorang yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bermastautin di Malayan Union dan telah tinggal 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. (c) Seseorang yang lahir di Malayan Union atau di Singapura pada atau setelah undang-undang kerakyatan ini dikuatkuasakan.

(d) Seseorang yang luar di luar Malayan Union atau Singapura atau setelah undang-undang dikuatkuasakan, yang bapanya telah menjadi warganegara Malayan Union. (e) Kanak-kanak yang belum cukup umur. (f) Telah tinggal selama tiga tahun sebelum permohonan atau empat tahun atau lapan tahun sebelum permohonan; berkelakuan baik dan miliki pengetahuan yang cukup tentang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union. Cmd 6749, Malayan Union and Singapore — Summary of Proposed Consotutional Arrangement 1946, hlm. 9-10.9. K. J. Ratnam, Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaysia (terjemahan Kassim Ahmad) Kuala Lumpur: UMP, 1969, hlm. 85.10. Bagi Sultan Ibrahim Johor alasannya ialah: “I agree with Malayan Union because you all know from Ungku Aziz to the rest of Malay government officials Johor are liars, cannot be trusted and not honest or loyal to me and Johor, you cannot deny this and you know well Sultan Johore. J. D. V. Allen,The Malayan Union, hlm. 34-35. Bagi Yang Tuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undangnya, Sultan Perak, Sultan Pahang dan Sultan Kelantan pula, mereka menandatangani Perjanjian 1946 kerana mengikut tindakan Sultan Ibrahim Johor. Bagi Sultan Terengganu dan Raja Perlis pula, mereka menandatangani Perjanjian 1946 kerana terhutang budi kepada British kerana melantik mereka sebagai Sultan negeri masing-masing. Bagi Sultan Kedah pula bersetuju setelah British mengancam untuk menurunkannya dari takhta kerajaan Kedah. CO 537/1541, Sir MacMichael Paper’s Negotiations with Malay Rulers; Mohamad Yunus Hamidi, Sejarah Pergerakan Politik Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1961, hlm. 69.11. Dalam Perjanjian MacMichael 1946, dikatakan: “His Highness agrees that his Majesty shall have full power and jurisdiction within the stare of Selangor”. CO 537/1539, Sir Harold MacMichael, Report on a Malaya, October 1945-January 1946, Appendix II.12. Raja-raja Melayu melalui Sultan Ab. Aziz Perak menghantar telegram bantahan Perjanjian 1946 dan menuntut satu perjawatan baru dengan British. CO 537/1549, Surat Sultan Perak kepada Lord Listowei, 2/4/46.13. Antara mereka ialah Abdullah Ayub, Kedah, Islamic Voice of Malayan, Persatuan Melayu Keluang, Johor, Persatuan Melayu Perlis, Persatuan Perak. CO 537/1550, 1544, 1549. Di Kedah terdapat demonstrasi orang. Di Kelantan pula seramai 10,000 orang. Warta Negara, 21/1/46.14. Daily News, 2/5/46; Utusan Melayu, 29/4/46.15. Lihat Ahmad Masjidin, “Malayan Union dalam Akhbar Warta Negara, Malaysia Di Segi Sejarah, No. 8, April 1978, hlm. 24-44; A. Samad Ahmad, Sejambak Kenangan, hlm. 215-218.16. Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada tahun 1938 di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur, di


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook