Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore rancangan fizikal negara

rancangan fizikal negara

Published by zack199908, 2022-01-18 12:04:37

Description: rancangan fizikal negara

Search

Read the Text Version

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.6 : Jumlah Keluasan Bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri (‘000 hektar) Negeri Tahap1 Tahap2 Tahap 3 Jumlah Perlis 13.4 14.3 27.7 55.4 Kedah 70.6 65.7 225.9 362.3 Pulau Pinang 11.8 2.9 18.5 33.2 Perak 40.3 70.7 627.0 738.0 Selangor 19.3 28.9 281.2 329.4 W.P. Putrajaya - - 0.6 0.6 W.P. Kuala Lumpur - - 0.3 0.3 Negeri Sembilan - 3.5 373.1 376.6 Melaka - 3.8 124.6 128.4 Johor - 101.1 998.3 1,099.4 Pahang - 56.8 1,064.0 1,120.8 Terengganu 5.7 28.6 323.9 358.2 Kelantan 29.8 41.4 168.3 239.6 JUMLAH 190.9 417.7 4,233.4 4,842.2 Sumber: RFN Ke-2, 2010 4.6.3 Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merujuk kepada kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan air, kawalan haiwan perosak dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi kawasan-kawasan yang menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak dibangunkan, serta dipulihara atau diurus secara mampan, bergantung kepada jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan atau kepentingan. Berdasarkan kepada kriteria-kriteria ini, KSAS dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu KSAS Tahap 1, 2 atau 3. Setiap tahap KSAS diberi kriteria pengurusan seperti berikut: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi KSAS Tahap 1 aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan. Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan secara mampan dan KSAS Tahap 2 pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat. Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal KSAS Tahap 3 bergantung kepada ciri-ciri halangan. Satu analisis komposit telah digunakan untuk merumuskan kategori-kategori KSAS, berdasarkan kepada tiga kriteria umum KSAS iaitu kawasan berkepentingan biodiversiti, kawasan berkepentingan sokongan hidup (perlu dinyatakan bahawa kawasan berkepentingan biodiversiti lazimnya juga merupakan kawasan berkepentingan sokongan hidup) dan kawasan risiko bencana (Jadual 4.7).   4‐24

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.7 : Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap Kriteria Perlindungan Biodiversiti 1  Kawasan Perlindungan (PA) sedia ada dan cadangan baru  Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut, kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai pemuliharaan tinggi. 2  Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan. 3  Pulau-pulau taman laut. Sistem Sokongan Hidup 1  Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan cadangan baru 3  Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah. Kawasan Risiko Bencana 1  Kawasan melebihi kontur 1,000m. 2  Kawasan antara kontur 300m - 1,000m 3  Kawasan antara kontur 150m - 300m  Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150 tan/ hektar/ tahun  Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal atau yang signifikan. Sumber: RFN Ke-2, 2010 Di samping itu, zon penampan selebar 500m disediakan di sekeliling kawasan KSAS Tahap 1 dan 2. Proses analisis melibatkan pertindihan kesemua lapisan data untuk menghasilkan satu output yang mengandungi gabungan maklumat spatial dan atributnya. Dalam proses penentuan tahap KSAS, pangkalan data atribut telah diselaraskan dengan menetapkan syarat serta menghubungkan pangkalan data yang dipilih kepada ciri spatial tersebut. Syarat-syarat ini dibentuk dengan merumuskan pertanyaan seperti nilai tahap tertinggi (contohnya Tahap 1) daripada setiap lapisan data terpilih, yang kemudiannya akan digunakan apabila kedua-dua kawasan ditindihkan. Proses ini memerlukan input tahap penilaian ke dalam atribut bagi semua sub-analisis lapisan data. Dengan menggunakan proses yang sama, hasil sub-analisis untuk lapisan data perlindungan biodiversiti, sistem sokongan hidup dan kawasan risiko bencana digabungkan untuk membentuk KSAS. Nilai tahap KSAS telah dikenalpasti mengikut kesensitifan bagi sub-analisis lapisan data. Jadual 4.8 menunjukkan jumlah kawasan mengikut tahap KSAS bagi setiap negeri. Sebanyak 4.7 juta hektar KSAS Tahap 1, 3.6 juta hektar KSAS Tahap 2 dan 3.8 juta hektar KSAS Tahap 3 telah dikenalpasti. Negeri Pahang mempunyai jumlah kawasan KSAS tertinggi, diikuti dengan negeri Perak, Johor dan Kelantan.   4‐25

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.8 : Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri (‘000 hek) Negeri Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Jumlah Perlis 32.6 9.2 27.6 69.4 Kedah 222.0 373.6 846.6 Pulau Pinang 3.8 251.0 39.6 62.5 Perak 19.1 471.9 Selangor 1,087.0 320.2 306.5 1,879.1 W.P. Putrajaya 268.5 147.1 3.9 722.1 W.P. Kuala Lumpur 7.2 Negeri Sembilan - - 352.9 3.9 Melaka 0.4 3.3 88.4 10.9 Johor 115.6 184.6 652.3 653.1 Pahang 8.1 13.5 814.1 110 Terengganu 617.5 322.1 316.6 1,591.9 Kelantan 1,192.2 1,468.9 313.0 3,475.2 Jumlah 403.1 533.8 1,253.5 784.3 351.2 3,767.6 1,448.5 Sumber: RFN Ke-2, 2010 4,735.1 3,624.0 12,126.7 4.6.4 Tanah Bandar i. Keperluan Tanah Bandar Masa Depan Tanah bandar yang diperlukan untuk memenuhi keperluan unjuran pembangunan, melibatkan pelbagai keputusan dasar dan piawaian perancangan, seperti nisbah penduduk bandar-luar bandar, tahap intensiti pembangunan, perkembangan pembangunan bercampur, bentuk dan corak bandar yang dihasratkan. Dalam menganggarkan keperluan tanah untuk kegunaan bandar, dua faktor utama diambilkira. Faktor pertama adalah permintaan bagi tanah yang dijanakan oleh pertambahan penduduk bandar seperti perumahan dan keperluan pekerjaan dan keduanya, penilaian kesediaan tanah bandar tanpa menjejaskan guna tanah utama dan lain-lain kegunaan penting seperti kawasan pengeluaran pertanian untuk jaminan bekalan makanan, pemuliharaan biodiversiti atau kawasan risiko geo bencana. Keperluan tanah bandar untuk kegunaan baru mengikut setiap negeri ditentukan dengan menggunakan unjuran pertumbuhan penduduk bandar berbanding purata kepadatan kasar iaitu 25 orang per hektar. Ini menghasilkan jumlah anggaran tanah bandar yang diperlukan di Semenanjung Malaysia sebanyak 768,610 hektar sehingga tahun 2020. Kepadatan bandar pada tahun 2020 berdasarkan RSN adalah lebih rendah daripada purata kepadatan bandar yang dicadangkan oleh RFN iaitu 25 orang per hektar. Ini memberikan implikasi bahawa berlakunya lebihan peruntukan dan ketidakberkesanan penggunaan tanah bandar masa depan, yang mengakibatkan pembaziran sumber dalam penyediaan infrastruktur yang tidak diperlukan serta tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan penyemakan terhadap keperluan tanah bandar terutamanya bagi negeri-negeri yang mempunyai kepadatan bandar yang rendah seperti Perlis, Kedah, Negeri   4‐26

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Sembilan, Pahang dan Terengganu. Terdapat juga keperluan untuk menjalankan satu kajian perbandingan tanda aras yang terperinci serta menerima pakai kepadatan bandar yang bersesuaian bagi memastikan penggunaan tanah yang optimum dalam persekitaran mampan. Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk bandar sehingga tahun 2020, RFN Ke-2 telah menganggarkan lebih kurang 960,300 hektar tanah diperlukan untuk kegunaan bandar atau 7.3% dari jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia (Jadual 4.9). Jadual 4.9 : Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020 Tambahan Penduduk Tambahan Tanah Bandar Anggaran Tanah Bandar/ Bandar 2008-2020 (‘000) yang Diperlukan Negeri (’000 hek) Kawasan Tepubina, 2020 (‘000 hek) % Perlis 20.2 0.8 6.6 8.1 Kedah 333.1 13.3 65.5 6.9 Pulau Pinang 474.6 13.6 49.7 47.7 Perak 509.1 20.4 98.7 4.7 Selangor 1,880.9 60.7 204.4 25.7 W.P. Putrajaya* 225.8 0.7 3.9 88.6 W.P. Kuala Lumpur* 331.7 0.1 22.5 93.0 Negeri Sembilan 130.2 5.2 62.3 9.4 Melaka 122.7 4.9 34.1 20.6 Johor 857.2 34.3 196.7 10.3 Pahang 514.6 20.6 100.8 2.8 Terengganu 258.6 10.3 60.4 4.7 Kelantan 386.2 15.5 54.7 3.6 Jumlah 6,044.9 200.4 960.3 7.3 Nota : Kepadatan bandar yang telah dianggarkan berdasarkan kepadatan bandar sedia ada dan juga sasaran kepadatan dalam RSN dan RFN, atau mana yang lebih tinggi. Kepadatan 25 orang per hektar digunakan untuk negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kawasan tepubina sedia ada yang lebih rendah. Bagi negeri Selangor, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kepadatan sedia ada digunakan untuk menganggarkan keperluan tanah bandar. (*) Keseluruhan W.P Putrajaya dan W.P Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan bandar pada tahun 2008 (92.6% dan 72.7%). Pembangunan semula bandar dengan kepadatan yang sama atau lebih tinggi diperlukan bagi menyokong sasaran penduduk bandar pada tahun 2020. Sumber : RFN Ke-2, 2010 ii. Penawaran Tanah untuk Pembangunan Keperluan tanah untuk kegunaan bandar pada masa depan perlu disediakan tanpa mencerobohi kawasan kegunaan khas atau spesifik seperti KPU dan KSAS. Sebahagian besar daripada keperluan tanah boleh ditampung dengan pembangunan semula kawasan brownfield atau pembangunan infill dengan kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur tanpa menjejaskan kawasan greenfield di kawasan pinggiran bandar. Dengan menggunakan kriteria yang sama di peringkat negeri, analisis menunjukkan bahawa lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka perlu menggunakan tanah yang telah ditetapkan sebagai KPU atau KSAS. Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu,   4‐27

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 pertimbangan yang amat teliti perlu diambil, terutamanya dalam penggunaan kawasan tadahan air dan kawasan recharge air. Analisis keperluan tanah masa depan dan tanah yang tiada halangan pembangunan bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian daripada tanah KSAS tahap rendah akan diperuntukkan bagi kegunaan bandar, namun masih terdapat keperluan untuk menggunakan tanah KPU bagi tujuan kegunaan bandar. Berasaskan corak pembangunan guna tanah sedia ada di negeri-negeri ini, keutamaan perlu diberi kepada pengukuhan penggunaan tanah bandar berbanding penggunaan tanah KPU demi kepentingan penggunaan sumber negara secara efisien dan efektif. Langkah-langkah perancangan spatial yang inovatif perlu diambil untuk mengurangkan kehilangan tanah KPU dan KSAS tahap 3 secara berterusan, termasuk mengguna pakai kepadatan kasar yang lebih tinggi, menggalakkan pembangunan bercampur di pusat bandar, pembangunan infill, pemulihan dan pembangunan semula tapak bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya, terutamanya kegunaan institusi seperti tanah kereta api dan penjara. Lain-lain langkah perancangan fizikal termasuk pewujudan dan perkongsian ruang, pengezonan guna tanah yang fleksibel dalam kawasan tepubina, penempatan semula kegunaan bukan berpusat dan menyelerakkan aktiviti yang menggunakan saiz tanah yang luas ke negeri-negeri yang mempunyai lebihan tanah untuk pembangunan. Rebakan bandar perlu dikekang manakala pembangunan baru terutamanya perbandaran di kawasan greenfield, hanya dibenarkan jika pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kawasan pusat bandar atau pinggiran bandar sedia ada. Rancangan pembangunan untuk kawasan conurbation perlu menentukan secara terperinci kawasan-kawasan yang perlu diperkukuhkan, menentukan had pembangunan bandar serta penyediaan koridor hijau dan jaluran hijau sebagai salah satu keperluan untuk memulihara dan melindungi KPU dan KSAS. iii. Perumahan Penilaian keperluan perumahan semasa dan unjuran perumahan sehingga 2020 menunjukkan bahawa keperluan ini boleh ditampung di dalam pusat-pusat bandar yang telah ditentukan tanpa memerlukan tukar guna tanah hutan atau kawasan sensitif alam sekitar kepada perumahan. Namun begitu, kekurangan perumahan mampu milik di dalam conurbation dan bandar-bandar besar merupakan isu utama yang perlu diselesaikan segera. Spekulasi tanah juga perlu dikurangkan dengan menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24, Akta 172 berkaitan luputnya kebenaran merancang. Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan. Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan   4‐28

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 kawasan bandar telah meningkatkan penawaran berbanding dengan permintaan sebenar. Pengurusan dan penyebaran maklumat yang efektif mengenai penawaran dan permintaan bagi kegunaan bandar kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kesesuaian tanah, serta penerapan KPU dan tanah hutan dalam conurbation sebagai jaluran hijau, perlu dilaksanakan untuk mengelakkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan perumahan, lebihan hartanah dan penggunaan tanah tidak efisien di sekitar kawasan bandar. Penentuan laluan koridor pengangkutan awam perlu dibuat segera untuk memastikan operasi pengangkutan awam yang efisien pada masa depan. Ia perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa secara terurus melalui penyediaan tanah untuk pembangunan bandar baru terutamanya di kawasan conurbation. Penilaian perlu mengambilkira keupayaan dan kos menaiktaraf infrastruktur dan utiliti sedia ada seperti bekalan air, elektrik dan ruang jalan untuk pertumbuhan bandar masa depan. iv. Industri IMP3 mensasarkan untuk memacu perindustrian ke satu tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan integrasi pembangunan perindustrian dan ekonomi. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah yang bertujuan untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan dalam outcome. Dalam sektor perindustrian, fokusnya adalah untuk membangunkan kluster industri atau ekonomi utama di semua lokasi yang mempunyai kelebihan daya saing. Kawasan kluster utama ditunjukkan dalam IP5. Kawasan-kawasan tersebut akan dibangunkan selaras dengan faktor pemboleh yang bersesuaian seperti infrastruktur, kemahiran dan dasar kerajaan yang kondusif untuk mempertingkatkan daya tarikan kluster-kluster tersebut. Aktiviti perindustrian akan dipromosikan di sepanjang koridor pertumbuhan utama yang telah dikenalpasti dalam pelan di mana aktiviti perindustrian asas bandar akan ditempatkan. Selain itu aktiviti perindustrian ini juga akan dipromosikan di dalam zon atau nod industri terpilih di kawasan conurbation. Infrastruktur, utiliti dan sokongan logistik yang mencukupi perlu disediakan dalam jaluran kawasan perindustrian ini bagi memaksimumkan potensi guna tanah tersebut dan juga sebagai zon penampan untuk kawasan kediaman. Industri pembuatan umum akan dipromosikan di bandar-bandar sederhana dan pusat bandar sekunder untuk mempelbagaikan asas ekonomi wilayah dan menyediakan peluang pekerjaan bukan asas pertanian. Industri asas sumber akan dibangunkan di kawasan sumber berkenaan bergantung kepada jenis industri. Industri desa pula akan ditempatkan di pusat petempatan kecil dan PPD untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar serta memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tersedia di bandar-bandar kecil ini.   4‐29

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 4.6.5 Pelancongan Pelancongan akan dipromosikan sebagai enjin pertumbuhan kedua bagi negara, terutamanya dengan liberalisasi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saing global. Malaysia, sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan, kini dipakejkan mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh setiap negeri. Jadual 4.10 memaparkan sumber tarikan pelancongan dan kekuatan lokasi mengikut negeri masing-masing. Adalah amat penting kepada setiap negeri untuk memastikan sumber pelancongan tersebut diurus dan dipelihara dengan sebaiknya. Jadual 4.10: Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri Negeri Slogan Promosi Perlis: Indera Kayangan Kaya dengan keindahan alam semula jadi dan keunikan tarikan desanya yang (Little Northern Gem) tradisional. Landskap yang pelbagai lagi menawan mengikut musim sawah padi, iaitu Kedah: Jelapang Padi Malaysia kehijauan semasa pertumbuhan padi baru dan akan bertukar menjadi kekuning- (The Rice Bowl of Malaysia) kuningan ketika musim menuai. Pulau Pinang menarik peminat makanan dan mereka yang menggemari pantai Pulau Pinang: Mutiara Timur dan pengalaman kebudayaan yang pelbagai (Pearl of Orient) Banjaran gunung dan bukit-bukit batu kapur yang merentasi negeri, dan berdiri Perak: Negeri ‘Bijih Timah’ megah di tanah pamah rata, mewujudkan pemandangan yang menawan. (Silver State) Melaka merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia dengan Melaka: Bandaraya Bersejarah peninggalan warisan sejarah, rangkaian muzium dan keenakan makanan. (Historical City) Kuala Lumpur, di mana yang baru menerapi yang lama, sofistikasi pemodenan Bandaraya Kuala Lumpur: Ibu bertemu tradisi yang berwarna-warni. Negara Malaysia Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah bandar moden yang berkembang pesat dan mengaplikasikan konsep Putrajaya: Bandar Bestari “Bandar Pintar Dalam Taman”. (Intelligent City) Negeri Sembilan terkenal dengan kekayaan warisan budaya Minangkabau yang masih jelas kelihatan dari segi keunikan seni bina bangunan dan cara kehidupan Negeri Sembilan: masyarakat Minang. Negeri Adat Perpatih Hampir dua pertiga daripada kawasan di negeri ini masih lagi diliputi hutan hujan (Land of Quite Grace) tropika dara, mewujudkan enklaf kehijauan semula jadi serta habitat hidupan liar Pahang: yang menakjubkan. Negeri Kepelbagaian Penjelajahan (Adventures Off The Beaten Track) Kelantan merupakan pusat utama kebudayaan dan kesenian Melayu dan Kelantan : keagamaan. Serambi Kebudayaan Melayu (Cradle of Malay Culture) Landskap Johor dibentuk oleh kawasan pertaniannya yang meluas dan ditonjolkan dengan taman negara yang mengkagumkan serta perkampungan Johor: Pintu Masuk Selatan Negara nelayan yang unik. (Southern Gateway) Terengganu mempunyai identiti kebudayaan yang kukuh serta dianugerahkan Terengganu: dengan pulau-pulau terindah dalam negara. Syurga Pantai Peranginan (Beach Paradise) Selangor merupakan kawasan perbandaran yang ideal dengan pembangunan infrastruktur yang tinggi, serta masih memelihara sebahagian daripada rezab Selangor: Gerbang Emas alam semula jadi yang terbaik. (Golden Gates) Sumber: Kementerian Pelancongan, 2009   4‐30

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.11 : Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi Kategori Destinasi Pelancongan Lokasi  Kuala Lumpur Bandar Membeli Belah  Johor Bahru  Pulau Pinang  Bukit Kayu Hitam Bandar Sempadan  Padang Besar  Rantau Panjang  Kuah, Langkawi Geo Park  Port Dickson Bandar Pelancongan Persisiran  George Town – Tanjung Bungah – Bayan Baru Pantai  Lumut  Kuala Terengganu  Kuantan  Jerantut  Gua Musang Bandar Pintu Masuk  Gerik Ekopelancongan  Kuala Berang  Kuala Lipis  Segamat – Bekok  Mersing - Kuala Rompin  Kuala Besut - Merang Bandar Pintu Masuk ke Pulau  Kuala Terengganu -Marang Peranginan  Kuala Perlis – Kuala Kedah  Pelabuhan Klang  Lumut  Cherating - Kijal  Alor Gajah Zon Pelancongan Persisiran Pantai  Yan – Seberang Perai Utara Luar Bandar  Muar - Pontian  Mersing – Desaru  Sabak Bernam – Kuala Selangor  Daerah-daerah sebelah pantai di Negeri Terengganu  Taman Laut Johor  Taman Laut Kedah Zon Pelancongan Ekopersisiran  Taman Laut Terengganu Pantai  Taman Negara Pulau Pinang (Pulau Peranginan dan Tanah  Taman Negeri Pulau Sembilan Bencah)  Kepulauan Klang  Pulau Kukup  Tanjung Tuan  Tanah Bencah Setiu  Kuala Gula – Matang – Segari – Melintang  Taman Alam Kuala Selangor Bandar Warisan Dunia/ Tapak-tapak  George Town dan Melaka Warisan Negara/ Bandar Warisan/ Bandar DiRaja  Beruas, Lenggong, Sg. Lembing, Lembah Bujang  Taiping, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Klang, Kuala Lipis  Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Alor Setar  Cameron Highlands Peranginan Tanah-tanah Tinggi/  Genting Highlands dan Bukit Tinggi Stesen Bukit  Bukit Fraser  Bukit Bendera Sumber : Kajian RFN Ke-2, 2010 Antara tahun 2005-2007, ketibaan pelancong ke Malaysia telah bertambah di antara 3.5% hingga 14.0% dan meningkat sebanyak 10% setahun, melebihi sasaran pertumbuhan sebanyak 6.9% untuk tempoh tahun 2001-2005. Ini menunjukkan kesan pengukuhan sektor ini dan kemunculan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan pelancong. RMKe-9 mensasarkan peningkatan ketibaan pelancong pada kadar 8.4% setahun dan mencapai 24.6 juta ketibaan pelancong pada tahun 2010.   4‐31

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Empat zon pembangunan pelancongan yang dikenal pasti dalam Dasar Pelancongan Negara akan diberi penekanan dalam RFN Ke-2. Pendekatan bersepadu dalam perancangan serta pelaksanaan program-program pelancongan secara mampan juga telah diutarakan dalam RMKe-9. Di peringkat negeri, produk pelancongan dan potensi zon atau koridor pelancongan utama dikenal pasti dalam RSN masing-masing. Strategi pembangunan pelancongan yang seimbang disasarkan kepada pasaran antarabangsa dan tempatan juga perlu diterima pakai. Strategi ini memerlukan Kerajaan Persekutuan, semua kerajaan negeri dan pihak swasta, untuk membangunkan sektor pelancongan secara mampan dan mempromosikan secara aktif produk tarikan pelancongan selaras dengan kehendak pelawat, menyediakan kemudahan sokongan dan infrastruktur berkualiti tinggi bagi pelancong asing dan domestik di samping memastikan sumber- sumber ini dipulihara dan diselenggara dengan sebaiknya. Sumber semula jadi yang semakin berkurangan seperti hutan, bukit dan tanah bencah, tapak warisan dan gaya hidup budaya, perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan. Usaha-usaha yang serius perlu diambil oleh kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pelancongan untuk mengurangkan tekanan pembangunan yang terhadap sumber- sumber asli di negara ini. Satu opsyen yang baik adalah untuk mempelbagaikan produk daripada sumber asli kepada sumber buatan manusia. Pembangunan pelancongan bandar dan buatan manusia yang berdensiti tinggi perlu mengguna pakai strategi tumpuan berpusat di kawasan khas pelancongan bandar, manakala kawasan pelancongan luar bandar perlu dipelihara dan dilindungi daripada konflik guna tanah. Bandar, pekan dan zon pelancongan perlu mempunyai sempadan yang ditetapkan dengan jelas. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan dalam bandar dan zon pelancongan yang telah dikenal pasti. Pembangunan masa hadapan bagi bandar dan zon pelancongan tersebut, perlu dipantau untuk memastikan perlindungan secara mampan ke atas kawasan pelancongan sedia ada dan yang berpotensi sebagai aset negara. Garis panduan pelancongan khusus perlu disediakan bagi kawasan yang ditetapkan, dengan mengambilkira had keupayaan masing-masing. Kawalan pembangunan iaitu pengezonan guna tanah, kawalan kelas guna tanah, garis panduan rekabentuk dan pelan pengurusan pemeliharaan warisan dan budaya perlu dirancang dan diterima pakai untuk kesemua zon pelancongan. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan yang berikut selaras dengan pendekatan pelancongan mampan dan kehendak pelancong yang terkini (Jadual 4.11): i. Pusat beli-belah antarabangsa bagi wilayah ASEAN dan pelancong antarabangsa lain di dalam conurbation utama (Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang) dan bandar-bandar pintu masuk antarabangsa; ii. Pelancongan bandar termasuk aktiviti membeli belah, pelancongan kesihatan, perubatan, pendidikan, festival, sukan, pelancongan MICE serta lain-lain produk yang terletak dalam kawasan perbandaran dengan kesediaan kemudahan sokongan seperti infrastruktur, kemudahan dan sumber tenaga manusia. Ini termasuk juga bandar berciri khas seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebagai “Bandar Bestari”;   4‐32

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Pelancongan pesisiran pantai dengan bandar dan zon pelancongan berkepadatan sederhana dan tinggi, taman laut, pintu masuk kepulauan dan daerah persisiran pantai luar bandar seperti Melaka, George Town, Langkawi dan Kuala Terengganu; iv. Pelancongan kebudayaan desa dengan penekanan terhadap pembangunan dan pemeliharaan aset pelancongan nyata dan tidak nyata yang terdapat di kampung- kampung tradisional, pantai dan kepulauan seperti Alor Gajah, Kuala Pilah dan Kuala Lipis; v. Pembangunan dan pemeliharaan bagi zon, laluan dan nilai aset negara yang nyata dan tidak nyata seperti Bandar-bandar Warisan Dunia, tapak warisan di Perak, Bandar-bandar DiRaja dan warisan, gaya hidup tradisional dan warisan kepelbagaian budaya Malaysia; dan vi. Pembangunan dan pemeliharaan aset-aset semula jadi seperti Taman Negara, Taman Negeri, taman laut, stesen bukit dan tanah tinggi, tanah bencah dan tapak RAMSAR, pantai, santuari burung, tapak pendaratan penyu, habitat kelip-kelip dan lain-lain tapak ekopelancongan. 4.6.6 Rangkaian Pengangkutan Pembangunan rangkaian pengangkutan komprehensif adalah penting sebagai satu kaedah untuk mengintegrasi dan memaksimumkan faedah berbanding bagi setiap ekonomi negeri demi kepentingan negara secara keseluruhannya. PI 22 menunjukkan konsep Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu bagi Semenanjung Malaysia untuk menyokong Strategi Pembangunan RFN Ke-2. Strategi rangkaian pengangkutan terdiri daripada aspek-aspek berikut: i. Reka Bentuk Jaringan; ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan; dan iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar. i. Reka Bentuk Jaringan Jalan dan rangkaian kereta api perlu dihubungkan untuk memudahkan pelbagai mod dan pencapaian sistem pengangkutan Negara bersepadu. a. Sistem Rel Berkelajuan Tinggi Berdasarkan kriteria kecekapan, suatu sistem rel berkelajuan tinggi 300 km per jam (ksj) dicadangkan meliputi satu laluan Pantai Barat, Pantai Timur dan satu laluan menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur.   4‐33

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Sistem rel berkelajuan tinggi dicadangkan sebagai mod pengangkutan muatan tinggi bagi kedua-dua penumpang dan barangan ke semua conurbation dan ibu negeri sedia ada. Ia juga perlu menghubungkan semua pintu masuk utama dan pelabuhan (pelabuhan laut, darat dan lapangan terbang) dalam negara. Oleh kerana cadangan rel berkelajuan tinggi di sepanjang Pantai Barat, Pantai Timur dan juga menghubungkan timur-barat adalah program jangka panjang, jajaran koridor perlu dikenalpasti dan dirangkumkan dalam perancangan peringkat tempatan dan dilindungi sebagai sebahagian daripada program pelaksanaan bagi cadangan-cadangan tersebut. b. Rangkaian Jalan Raya Sistem lebuh raya akan diperluaskan untuk memastikan hubungan yang berkesan di antara negeri-negeri. Sekurang-kurangnya tiga penghubung rentas akan disediakan untuk menghubungkan sistem lebuh raya Pantai Barat dan Pantai Timur. Rangkaian hierarki jalan yang lebih rendah seperti Jalan Persekutuan dan Negeri perlu dinaiktaraf untuk menyokong dan melengkapi sistem lebuh raya ekspres negara. Rangkaian jalan sedia ada juga perlu diperkukuhkan untuk membentuk jaringan pola bertangga (PI 24). ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan a. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pintu masuk terpenting Negara. Dengan jumlah penumpang sebanyak 27.5 juta setahun (mppa), KLIA kini beroperasi sebanyak 60.0% daripada kapasiti sedia ada iaitu 40 mppa. KLIA mempunyai kapasiti tertinggi untuk menampung sebanyak 50 mppa. Dengan adanya kapasiti sandaran sebanyak 40.0%, KLIA perlu mencipta critical mass yang tinggi untuk membolehkannya menjanakan pendapatan sendiri. Dalam konteks dunia, KLIA mempunyai lokasi strategik iaitu terletak di pertengahan laluan penerbangan dari Eropah, Timur Tengah dan Benua Kecil India (di utara) ke negara-negara Australasia dan Oceania (di selatan), juga strategik untuk perjalanan dari negara-negara Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) ke Benua Afrika Selatan. Kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan laluan ini akan mempertingkatkan lagi peranan dan tarikannya sebagai satu hab antarabangsa.   4‐34

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 KLIA mesti dijadikan hab pengangkutan negara bersepadu di mana penumpang ke destinasi antarabangsa, sama ada yang dijanakan di peringkat tempatan ataupun kawasan pedalaman dapat digerakkan secara efisien melalui pelbagai mod. (IP 25). b. KL Sentral KL Sentral perlu menjadi hab pengangkutan negara yang menghubungkan nod-nod pengangkutan utama di negara ini dengan perkhidmatan pelbagai mod. Sebagai stesen pusat, KL Sentral akan menjadi titik pertemuan sistem rel negara dengan Ekspres Perhubungan Rel (ERL), Komuter KTM, Ekspres KTM, Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel. Untuk menjadi satu pusat pertukaran pengangkutan bandar yang berkesan, KL Sentral perlu dilengkapi dengan perkhidmatan bas sokongan yang efisien dan disepadukan dengan rekabentuk jaringan pejalan kaki dan laluan basikal. c. Lapangan Terbang Lima lapangan terbang antarabangsa dicadangkan untuk menyokong strategi pembangunan RFN Ke-2 secara keseluruhan:  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),  Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang),  Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (Johor Bahru),  Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu),  Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Pembangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail di Johor Bahru telah dirancang secara bersepadu dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai salah satu hab mega trans-perkapalan kargo bagi wilayah selatan (PI 25). d. Pelabuhan Pelabuhan laut sedia ada dan fungsinya adalah seperti di bawah:  Pelabuhan Negara: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang  Pelabuhan Wilayah: Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kerteh   4‐35

Rancangan Fizikal Negara Ke-2  Pelabuhan Persisiran Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Langkawi, dan Feeder Ports: Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Kuala Kedah, Pelabuhan Tanjung Keling, Pelabuhan Tanjung Langsat, Pelabuhan Tok Bali Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan adalah pelabuhan utama negara dan mempunyai fokus yang berbeza (PI 25). Pelabuhan Klang dengan lokasinya di pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pedalaman tempatan, perlu dijadikan sebagai pelabuhan darat negara dilengkapi dengan perkhidmatan intermodalism dan hubungan darat yang efisien ke Negara-negara ASEAN lain, seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Di sebaliknya, PTP perlu menumpukan pembangunannya untuk menjadi hab trans-perkapalan wilayah untuk Asia Tenggara disokong oleh perkhidmatan maritim yang ekstensif ke semua Negara ASEAN. Perkhidmatan maritim di dua pelabuhan negara ini akan terus disokong dan diperkukuhkan oleh Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan. Syarikat perkapalan utama yang sering memunggah dan memuatkan barangan terus di Wilayah Utara Semenanjung perlu dikendalikan oleh Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala Pelabuhan Kuantan boleh menampung perkhidmatan kepada syarikat yang ingin berlayar terus ke Wilayah Timur Semenanjung dan syarikat-syarikat perkapalan dari negara Pacific Rim yang tidak melalui Selat Melaka. Pembangunan sistem antara mod dan sokongan serta hab pelabuhan yang efisien dan pelbagai bagi pengangkutan barangan perlu dipromosi dengan giatnya. Penubuhan Suruhanjaya Negara bagi Pengangkutan Intermodal (NATCIT) atau setarafnya untuk menggerakkan pembangunan intermodal dalam negara yang berdaya saing global adalah amat diperlukan. Ini akan meningkatkan kelebihan daya saing kedua-dua pelabuhan negara sebagai pelabuhan utama di wilayah Asia Tenggara. Walaupun Pelabuhan Klang dan PTP mempunyai jumlah pertumbuhan kapasiti yang terbaik, terdapat juga keperluan bagi sokongan kerajaan untuk merangka strategi dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berkaitan untuk pelabuhan laut dalam di Pulau Pinang dan Kuantan. Kedudukan keempat-empat pelabuhan negara ini juga akan menjadi pemangkin untuk pembangunan kawasan conurbation dan wilayah pedalaman masing-masing .   4‐36

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar Strategi pengangkutan bandar akan memberi penekanan kepada pembangunan satu sistem pengangkutan yang efisien dan andal di semua pusat bandar utama di Semenanjung Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada keperluan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan pengangkutan persendirian. Adalah dicadangkan bagi pusat bandar utama di Malaysia, sasaran nisbah modal split 30:70 menjelang tahun 2020 antara pengangkutan persendirian dan awam serta nisbah modal split jangka panjang 50:50 diguna pakai sebagai satu matlamat pembangunan bandar. Pada masa kini, nisbah modal split bagi Kuala Lumpur adalah 80:20, yang mana menunjukkan bahawa pengangkutan persendirian masih menjadi pilihan manakala NKRA mensasarkan pencapaian nisbah modal split 25:75 untuk Lembah Klang menjelang tahun 2012. Penggunaan sistem dan rangkaian bersepadu sepenuhnya memerlukan penubuhan satu pihak berkuasa yang menyediakan pengangkutan pelbagai mod dan fungsi untuk menyelia pengangkutan awam yang merangkumi sistem rel, laluan bas dan mod transit yang lain. Kajian terperinci di peringkat conurbation adalah diperlukan dengan memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur untuk mencapai modal split dan menyelaras rangkaian laluan tetap di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Untuk pusat bandar yang lebih kecil dengan jumlah penduduk tidak melebihi 500,000 orang pengangkutan bas perlu diberi penekanan. Pengangkutan Sistem Pengangkutan Pintar (SPP), akan melengkapkan pembangunan kemudahan pengangkutan bandar awam yang moden. Sistem ini bergantung kepada komunikasi elektronik canggih dan IT untuk memantau dan mendapatkan maklumat masa sebenar mengenai aliran trafik dan isipadu untuk pengurusan ruang jalan yang terhad secara lebih baik. Tahap infrastruktur SPP sedia ada juga akan diperluaskan ke tiga conurbation utama lain. 4.6.7 Utiliti dan Perkhidmatan Aspek-aspek fizikal yang utama dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti yang bersesuaian merangkumi strategi-strategi yang berikut: i. Bekalan dan sumber – bekalan perlu mencukupi dan selamat untuk memenuhi permintaan; ii. Liputan dan aksessibiliti – infrastruktur perlu boleh diakses bagi memenuhi permintaan; iii. Keandalan dan kualiti – infrastruktur perlu andal dan berkualiti untuk memenuhi permintaan; dan iv. Kemampanan – infrastruktur perlu dibangunkan secara mampan untuk menjaga persekitaran dan berupaya untuk memenuhi permintaan masa depan.   4‐37

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Selain itu, infrastruktur perlu disediakan secara saksama, termasuk akses kepada tahap infrastruktur yang sesuai perlu diwujudkan di semua peringkat penduduk. i. Bekalan Air Selain daripada memulihara sumber air, strategi pembangunan untuk sektor bekalan air merangkumi peningkatan sistem pembekalan dan pengagihan untuk memenuhi unjuran permintaan. Kapasiti pengeluaran untuk seluruh negara dijangka akan meningkat dari 11,917 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2000 kepada 18,482 (JLH) pada tahun 2010. Empangan, takat pengambilan air, loji rawatan air dan sistem pengagihan yang baru perlu dibina untuk memenuhi keperluan masa hadapan. Untuk memastikan sistem pengagihan bekalan air yang efisien, beberapa langkah seperti mengurangkan kehilangan air tidak berhasil (NRW), penguatkuasaan terhadap kecurian air, penggantian paip dan meter air, pengunaan GIS untuk sistem agihan, kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik sistem agihan serta loji rawatan air dengan pemantauan secara berterusan. Untuk menangani masalah kekurangan air dan agihan bekalan yang tidak seimbang, pemindahan air di antara lembangan sungai dan antara negeri akan dilaksanakan. Langkah-langkah awal untuk menangani kekurangan air termasuk penuaian air hujan, penggunaan air hujan di kolam takungan untuk penggunaan bukan minuman dan pembangunan sumber air bawah tanah. Kaedah-kaedah bukan struktur seperti pemuliharaan air dan penggunaan peralatan-peralatan yang menjimatkan air akan digalakkan. Aksessibiliti kepada bekalan air minuman di kawasan-kawasan terpencil dan kawasan luar bandar juga perlu diberi keutamaan. Liputan bekalan air kepada penduduk luar bandar akan meningkat kepada 100% di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Liputan bagi penduduk luar bandar di Selangor, Terengganu dan Kelantan masing-masing dijangka mencapai 99.5%, 98% dan 70% menjelang tahun 2010. Peratusan ini dijangka akan bertambah pada masa depan apabila projek-projek tambahan bekalan air luar bandar dilaksanakan. Teras utama perkhidmatan ini adalah untuk membekalkan air bagi menampung keperluan penduduk bandar, pertanian dan industri. Kajian Sumber Air Negara Sehingga 2050 (NWRS) telah menganggarkan keperluan domestik, industri dan pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat daripada 10,833 juta m3 per tahun air pada 2000 kepada 13,900 juta m3 per tahun pada 2020, iaitu penambahan sebanyak 22.0% (Jadual 4.12).   4‐38

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.12 : Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020 Permintaan Sektor Unit Tahun Domestik Industri Juta m3/tahun 2010 2020 Jumlah Kecil JLH 2,987 3,862 Pengairan 8,184 10,582 Jumlah Juta m3/ tahun 2,592 3,561 JLH 7,101 9,756 Sumber: RFN Ke-2, 2010 5,578 7,423 Juta m3/ tahun 15,285 20,338 JLH 6,517 6,517 17,857 17,857 Juta m3/ tahun 12,095 13,940 JLH 33,142 38,195 Juta m3/ tahun JLH Kesediaan bekalan air per kapita bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2050 diunjurkan akan berkurangan sebanyak 3,000 m3/setahun. Negeri Sembilan diunjurkan akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada tahun 2010 manakala Pulau Pinang dan Melaka akan menghadapi kekurangan bekalan air pada tahun 2020. Selangor dan Perlis juga akan berada di kategori yang sama pada tahun 2050. Negeri Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula adalah negeri- negeri yang kaya dengan sumber air. Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi keutamaan terhadap perlindungan sumber-sumber air dan memenuhi keperluan masa depan untuk kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan lebihan dan kekurangan sumber air telah dikenalpasti dan telah dipadankan dengan kawasan tadahan bekalan air, empangan, aquifer dan imbuh semula air (Rujuk PI 26). Selain daripada program-program pemindahan bekalan air, lain-lain cadangan spesifik untuk pengurusan air meliputi penentuan 38 lokasi empangan dan perlindungan serta membaikpulih sungai-sungai dan badan-badan air sedia ada melalui penggunaan zon penampan dan juga pemuliharaan kawasan tanah bencah, gambut dan tasik-tasik (termasuk kolam bekas lombong). ii. Pembetungan Selaras dengan keperluan untuk mewujudkan bandar bertaraf dunia, komitmen utama bagi rawatan pembetungan adalah diperlukan. Sebanyak 13 projek pembetungan termasuk sepuluh loji rawatan kumbahan dan tiga loji rawatan enapcemar berpusat dijangka akan meningkatkan perkhidmatan pembetungan kepada 14.4 juta orang. Tahap perkhidmatan kemudahan pembetungan perlu dipertingkatkan dengan memberi keutamaan kepada kawasan penduduk berkepadatan tinggi di dalam Conurbation Utama Kuala Lumpur, Geoge Town, Johor Bahru dan Kuantan. Di dalam conurbation utama dan kawasan petempatan utama, loji rawatan kumbahan dan sistem pembetungan mengikut wilayah diperlukan untuk meningkatkan   4‐39

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 keberkesanan sistem pembetungan. Keutamaan juga akan diberi kepada pulau- pulau dan KSAS seperti taman-taman laut, rizab semula jadi dan destinasi pelancongan di mana sistem pembetungan yang bersesuaian akan disediakan untuk melindungi alam sekitar yang sensitif. iii. Perparitan Di bawah strategi pembangunan RFN Ke-2, program perparitan dan tebatan banjir sehingga tahun 2020 adalah untuk mengatasi masalah banjir di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Pendekatan tradisional tebatan banjir akan diintegrasikan dengan langkah-langkah kawalan punca banjir berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelan risiko banjir bagi Semenanjung Malaysia perlu disediakan bagi memastikan peruntukan dan pertimbangan mencukupi diberi kepada aspek ini dalam perancangan fizikal dan guna tanah masa hadapan. Dalam konteks ini, pendekatan kontemporari tebatan banjir berdasarkan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan pembangunan di kawasan-kawasan mudah banjir perlu digunapakai. Pada prinsipnya, ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah bandaran ke dalam kawasan tanah bencah dan dataran banjir yang berperanan sebagai kawasan takungan banjir semula jadi. Dasar mesra alam ini menggalakkan pemuliharaan tanah bencah serta flora dan fauna juga menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan aktif peringkat wilayah untuk penduduk bandar. iv. Pengurusan Sisa Pepejal Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) menyediakan pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan sisa pepejal. Antara aspek fizikal dalam pelan tersebut adalah pembinaan kemudahan- kemudahan sisa pepejal untuk membolehkan pungutan, rawatan dan pelupusan sisa pepejal secara teratur. Antara kemudahan yang telah dibina termasuk stesen pemindahan di Kuala Lumpur dan tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar, Selangor dan Selong, Johor. Adalah dijangkakan kemudahan-kemudahan tambahan seperti pusat pelupusan sanitari wilayah dan kemudahan lain seperti loji rawatan termal sisa pepejal, stesen pemindahan dan tapak pelupusan sanitari juga akan dibina. Kerja-kerja menambah baik tapak-tapak pelupusan sampah tidak sanitari juga akan dijalankan. Tapak-tapak pembuangan sampah lama yang tidak digunakan pula akan ditutup secara selamat. Selain dari membina kemudahan-kemudahan fizikal, kempen-kempen kesedaran awam akan juga dijalankan. Usaha-usaha akan dijalankan untuk mencapai sisa minima, guna semula sisa pepejal, pemulihan sisa pepejal dan mencapai sasaran kitar semula sisa pepejal sebanyak 22% pada tahun 2010.   4‐40

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 v. Bekalan Elektrik Permintaan maksimum bekalan elektrik dijangka meningkat 3 kali ganda seiring dengan peningkatan dalam penggunaan domestik, perdagangan dan industri. Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan elektrik, lebih banyak loji janakuasa baru yang efisien akan dibina dan dicadangkan di pinggiran Conurbation Utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selaras dengan aspirasi Negara untuk menggunakan tenaga hijau, lebih banyak loji janakuasa hidro akan dibina untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dua loji janakuasa hidroelektrik yang baru di Ulu Jelai dan Hulu Terengganu akan dibangunkan. Seterusnya, penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin, ombak dan biomass juga akan digalakkan. Sistem Cekap Tenaga dan Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga akan dilaksanakan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif. Pertambahan permintaan yang terus meningkat memerlukan pengukuhan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik untuk menambah baik kecukupan dan keandalan dalam bekalan elektrik. Talian Penghantaran 500kV dan 275kV akan membentuk tulang belakang bagi memindahkan bekalan tenaga yang besar daripada loji janakuasa ke pusat-pusat beban di Semenanjung Malaysia, di mana bekalan tenaga akan diagihkan ke pengguna melalui rangkaian agihan yang menyeluruh. Antara projek penghantaran yang telah siap adalah talian 500kV dari Gurun-Air Tawar di utara, Air Tawar ke Kapar di wilayah tengah, Pasir Gudang-Yong Peng di selatan dan sambungan dari tiga janakuasa besar iaitu Janakuasa Manjung, Janakuasa Tanjung Bin dan Janakuasa Jimah. Talian 500kV akan ditambah apabila janakuasa-janakuasa dipertingkatkan untuk memenuhi pertambahan permintaan bekalan elektrik. Hubungan tenaga merentas sempadan dengan negara-negara jiran ASEAN telahpun diadakan sejak 1981 dan pada hari ini sistem tenaga Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand dihubungkan untuk membolehkan penukaran tenaga. Sistem Penghantaran Arus Terus Bervoltan Tinggi (HVDC) antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta antara Semenanjung Malaysia dengan Sumatera akan membuka laluan bagi penubuhan Grid Tenaga ASEAN. vi. Gas Asli Laluan Paip Penggunaan Gas Semenanjung Malaysia (PGU) dan Sistem Penghantaran Gas Asli (NGDS) telah membolehkan banyak kawasan di Semenanjung Malaysia mendapat khidmat bekalan gas asli berpaip. Pengguna utama bekalan gas asli adalah sektor tenaga, diikuti oleh sektor bukan tenaga. Sebahagian kecil daripada bekalan ini dieksport ke Singapura.   4‐41

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Sistem NGDS akan diperkembangkan lagi dengan pertambahan sebanyak 640km, mencapai 2,005km pada tahun 2010 untuk memenuhi permintaan di kawasan pertumbuhan baru. Perkembangan NGDS ini akan diperluaskan dengan langkah- langkah untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan (NGV). Stesen- stesen NGV tambahan dijangka akan dibina untuk menyokong penggunaan NGV. 4.6.8 Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) merupakan satu rangka kerja strategik untuk program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Ianya bertujuan untuk menarik penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan dan juga masyarakat umum. Teras NITA adalah satu segitiga di antara infrastruktur, aplikasi perisian dan manusia yang berkait rapat. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang memberangsangkan dan menyediakan semua rakyat Malaysia dengan akses maklumat dan pengetahuan secara saksama. Koridor Raya Multimedia (KRM) yang terletak di Conurbation Kuala Lumpur bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin untuk perkembangan industri yang berkaitan IT malah menyediakan satu pemboleh persekitaran untuk pembangunan industri IT yang lebih tersusun dalam negara. Lain-lain pusat IT akan merangkumi Conurbation George Town dan Conurbation Johor Bahru yang mempunyai hubung kait dengan Singapura. Penggunaan ICT perlu digalakkan di kawasan yang mempunyai tumpuan aktiviti berbanding dengan kawasan aktiviti berselerak. Ini kerana pusat-pusat bandar ini memerlukan perkhidmatan sokongan sofistikated yang tidak didapati di kawasan- kawasan yang terpencil. Dalam konteks RFN Ke-2, Conurbation Pertumbuhan Negara dan Wilayah iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan akan dibangunkan sebagai bandaraya bestari. Program ini akan membabitkan semua ibu negeri di dalam negara untuk membina rangkaian bandaraya-bandaraya bestari kebangsaan yang berhubung dengan jaringan informasi global. Internet dan teknologi tanpa wayar mewakili dua pembangunan teknologi terpantas dalam bidang telekomunikasi. Satu rangkaian tulang belakang seperti di KRM yang meliputi 386 km laluan kabel fiber optik jalur lebar kelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA telah pun siap dilaksanakan. Rangkaian gentian optik menyeluruh sepanjang 62,600km telah dipasang bagi menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara yang membolehkan penghantaran jalur lebar berkapasiti tinggi dengan keupayaan pengendalian penghantaran data, audio dan video. Dengan wujudnya empat pintu masuk satelit di Kuantan, Melaka di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Semantan (Kuching) di Malaysia Timur, perhubungan dapat dijalin dengan negara-negara di sekitar Lautan   4‐42

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Pasifik dan Lautan Hindi. Peralihan kepada teknologi komunikasi mudah alih Generasi Ke-3 (3G) akan mempercepatkan lagi capaian internet tanpa halangan fizikal. Penggunaan perkhidmatan berasaskan internet seperti e-dagang dan penyediaan akses jalur lebar dengan mekanisma kadar harga sama rata akan menggalakkan penggunaan internet dan aplikasi berasaskan internet. Kemudahan ini membolehkan Malaysia untuk bersaing dalam perkhidmatan bernilai tinggi di peringkat antarabangsa. 4.6.9 Kemudahan Komuniti Kemudahan komuniti yang terpenting di peringkat nasional adalah universiti dan hospital awam. Ia berikutan kedua-dua kemudahan memerlukan kawasan tanah yang luas, modal pelaburan dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta sumbangan penting kedua-dua kemudahan ini terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sebagai contoh, sesebuah universiti awam yang terletak di negeri-negeri tertentu boleh menawarkan jurusan yang dikhususkan kepada penghasilan tenaga kerja berkemahiran untuk mengeksploitasikan kekuatan dan potensi sedia ada dalam negeri berkenaan, justeru membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. i. Universiti Awam Universiti awam memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan yang berkemahiran dan berkepakaran ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi untuk negara ini. Selain menjadi pusat pengetahuan dan kecemerlangan, universiti juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan bagi idea kreatif dan inovasi. Kerjasama erat di antara universiti dan industri boleh menyediakan platform untuk mewujudkan pemimpin industri bertaraf dunia dalam pertumbuhan produk termaju, perkhidmatan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui. Pada masa kini terdapat kira-kira 20 buah universiti awam di Semenanjung Malaysia dan ini melebihi bilangan universiti yang disasarkan di dalam RFN. Selaras dengan Dasar Perbandaran Negara (DPN), universiti perlu ditempatkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah dan Conurbation Pertumbuhan Negeri. Ini bagi menyediakan kemudahan awam mengikut hierarki bandar serta menyokong komuniti perniagaan di dalam conurbation yang memerlukan pelbagai kemudahan berkualiti tinggi. ii. Hospital Awam Pada masa kini, terdapat 91 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Adalah penting agar lokasi hospital baru pada masa hadapan diletakkan di kawasan tampungan dengan mengambilkira jarak perkhidmatan dan kesediaan kemudahan pengangkutan awam. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah seperti ruang yang mencukupi bagi pembesaran hospital kepada kompleks kesihatan yang   4‐43

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 dilengkapi dengan kemudahan latihan dan tempat tinggal untuk jururawat, R&D dan rekreasi. Hospital ini dicadangkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Negeri dan Conurbation Pertumbuhan Daerah. Kemudahan komuniti adalah penting dalam memenuhi kepelbagaian keperluan sosial. Kemudahan ini disediakan dalam lokasi yang bersesuaian di peringkat tempatan dan mampu diakses oleh masyarakat yang tidak mempunyai pilihan yang lain. Kebanyakan kemudahan komuniti disediakan di kawasan yang maju, terutamanya di pusat bandar utama serta kawasan perumahan yang besar. Namun, kawasan yang kurang membangun masih ketinggalan kerana kekurangan kemudahan ini terutamanya di petempatan Orang Asli dan kawasan pedalaman yang terpencil. Tambahan pula, golongan kurang upaya memerlukan lebih kemudahan bebas sekatan bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama-sama dengan masyarakat lain. Untuk memastikan peluang sama rata kepada semua golongan masyarakat, kemudahan yang bersesuaian perlu disediakan bagi memenuhi keperluan istimewa golongan kurang upaya seperti ramps bagi penggunaan kerusi roda. Tempat ibadah dan tapak perkuburan yang mencukupi perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan keagamaan penduduk pelbagai etnik. 4.6.10 Teknologi Hijau Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem yang digunakan bagi memulihara persekitaran semula jadi di samping meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Walaupun teknologi ini masih baru di Malaysia, banyak strategi dan program telah disenaraikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau. Lima objektif Teknologi Hijau adalah:- i. Untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga di samping meningkatkan pembangunan ekonomi; ii. Untuk menyokong pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; iii. Untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa; iv. Untuk memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan v. Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam serta menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.   4‐44

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Julai 2009. Dasar ini merangkumi pembentukan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang akan menyokong pembangunan teknologi hijau dan juga menggalakkan budaya penggunaan sumber secara optimum. Salah satu strategi adalah mewujudkan satu Tabung Teknologi Hijau yang beroperasi berdasarkan konsep prinsip ‘pencemar bayar’. Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Agensi Teknologi Hijau Malaysia akan menjadikannya agensi yang efektif untuk menyelaras dan melaksanakan program serta inisiatif Teknologi Hijau di Malaysia.   4‐45

BAB 5 Dasar-dasar RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 BAB 5 DASAR-DASAR Fokus utama bagi strategi pembangunan RFN Ke-2 adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sub-sektor yang ditumpukan adalah elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pelancongan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai strategi ini, sokongan, promosi dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Dalam konteks ini, RFN Ke-2 telah menerima pakai Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu. RFN Ke-2 menggalakkan dan menyokong pembangunan sumber, pertanian dan industri berasaskan kraf dan kebudayaan serta perkhidmatan. Ini merangkumi penghasilan produk hutan dan kayu balak, penghasilan kraf dan kemahiran tradisional, aktiviti-aktiviti hiliran pertanian, ekopelancongan dan pelancongan am. Pembangunan dan perdagangan rentas sempadan di wilayah-wilayah yang mempunyai sumber dan potensi berkaitan juga perlu digalakkan. Pada masa yang sama, pengeluaran produk makanan bernilai tinggi dan pertanian komersial perlu dibangunkan secara intensif di kawasan luar bandar. RFN Ke-2 perlu menyediakan strategi perancangan spatial untuk membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa dan menyediakan satu rangka pembangunan negara yang bersepadu dan terancang. Rangka kerja spatial ini akan dapat mengelakkan persaingan serta menjadi asas untuk mewujudkan kerjasama dan sokongan antara negeri. Tanpa prejudis terhadap persaingan global, RFN Ke-2 juga perlu menggalakkan kerjasama antara negara-negara jiran Malaysia. Di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi, rangka kerja spatial ini juga memberi tumpuan terhadap pemuliharaan sumber asli, biodiversiti dan kualiti persekitaran fizikal negara. Kekayaan biodiversiti negara juga perlu dilindungi dan diuruskan secara cekap untuk mencapai kemampanan sumber semulajadi yang berterusan. RFN Ke-2 telah mencadangkan strategi pembangunan yang mengandungi 41 dasar. Dasar-dasar ini dibahagikan kepada lapan tema dan disokong oleh langkah-langkah pelaksanaan utama. Tema 1 : Pembentukan Rangka Kerja Spatial Negara Tema 2 : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 3 : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tema 4 : Pembangunan Pelancongan Mampan Tema 5 : Pengurusan Petempatan Manusia Tema 6 : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Tema 7 : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara Tema 8 : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian   5-1

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. Dasar-dasar dan langkah-langkah yang dirumuskan akan menjadi panduan pelaksanaan RFN Ke-2. Walaupun penyediaan RFN Ke-2 adalah satu tindakan untuk merancang dan mengawal pembangunan fizikal negara, tetapi perbahasan, perbincangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak dipastikan dalam proses pembentukan dan kajian semula pada setiap lima tahun. Dalam masa yang sama, inisiatif dan program oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan selagi ia selaras dengan rangka kerja keseluruhan RFN Ke-2. 5.1 Pembentukan Rangka Spatial Negara Rangka Kerja Spatial RFN Ke-2 menyediakan hala tuju am pembangunan fizikal negara. Ia menjadi asas dalam merangka rancangan-rancangan pemajuan yang lebih terperinci seperti RS dan RT serta rancangan sektoral lain, serta selaras dengan objektif negara dan RMK-10. Rangka kerja spatial ini juga akan memastikan penggunaan sumber- sumber negara secara optima, mengelakkan pertindihan pelaburan insfrastruktur serta memastikan pencapaian pembangunan mampan di peringkat negeri. Pendekatan pembangunan berpandukan pelan, tidak merujuk kepada satu struktur perancangan berpusat yang tegar, tetapi merupakan satu sistem perancangan yang amat fleksibel dalam memenuhi keperluan dari peringkat atas ke bawah dan dari bawah ke atas di dalam sistem perancangan negara semasa. Aspirasi-aspirasi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah diambilkira dalam pembentukan dasar-dasar RFN Ke-2. RFN 1 RFN KE-2 BERPERANAN SEBAGAI RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL NEGARA UNTUK MENCAPAI PERANCANGAN GUNA TANAH YANG BERSEPADU DAN MAMPAN SERTA SELARAS DENGAN DASAR-DASAR SEKTORAL YANG LAIN PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020 Langkah- langkah: i. Rancangan Pemajuan (RS dan RT) atau rancangan-rancangan dan dasar-dasar sektoral perlu mematuhi peruntukan RFN. ii. Untuk mewujudkan keseragaman, rancangan pemajuan perlu menggunapakai piawaian dan kriteria RFN Ke-2 dalam: a. Klasifikasi Guna Tanah b. Hierarki Bandar c. Klasifikasi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU)   5-2

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Rancangan-rancangan pemajuan sedia ada (RS dan RT) perlu dikaji semula supaya selaras dengan peruntukan RFN. iv. Sasaran penduduk RFN Ke-2, dalam lingkungan perbezaan +/- 5% atau seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Perancang Negeri, hendaklah dijadikan asas penyediaan RS. Lingkungan +/- 5% ini boleh juga digunakan dalam perancangan infrastruktur awam dan kemudahan sosial utama negara serta kelulusan permohonan pembangunan yang berkepentingan negara. v. RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi pembentukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) terutama dalam menentukan pelaburan awam untuk kemudahan infrastruktur utama, pemuliharaan dan pembangunan bandar. vi. Dasar-dasar dan strategi yang relevan daripada RFN Ke-2 perlu diterjemah dan diintegrasikan ke dalam dasar-dasar sektoral negara yang dihasilkan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. vii. Keutamaan dalam membuat pelaburan modal negara terutamanya dalam projek-projek infrastruktur utama perlu selaras dengan RFN Ke-2. 5.2 Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Rancangan Malaysia Ke-Sembilan mempunyai lima teras yang akan mempertingkatkan pembangunan Negara. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:- Teras 1 : Menaikkan Ekonomi ke Tahap Atas Rantaian Nilai; Teras 2 : Meningkatkan Keupayaan untuk Pengetahuan dan Inovasi; Teras 3: Bertindak Terhadap Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi yang Berterusan; Teras 4 : Meningkatkan Kualiti Kehidupan; dan Teras 5 : Mengukuhkan Keupayaan Kerajaan untuk Perlaksanaan. Strategi pertumbuhan bandar RFN Ke-2 akan bertumpu kepada empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Strategi ini disokong dengan ibu negeri dan kawasan bandar baru yang akan menjadi pusat utama untuk pertumbuhan ekonomi asas bandar. Pusat-pusat bandar yang terpilih ini akan menjadi penerima utama untuk pelaburan sektor swasta, sama ada dari pelabur asing ataupun tempatan. Sektor-sektor sedia ada seperti elektrik dan elektronik, ICT, sektor perkhidmatan baru berasaskan pengetahuan, dan perkhidmatan lain seperti pengangkutan, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan, perkhidmatan perniagaan dan pengurusan juga akan diberi tumpuan. Terdapat banyak peluang bagi sektor-sektor ini untuk membina hubungan antara industri bagi jangka panjang, yang akan memberikan kelebihan ekonomi kepada sektor perkhidmatan asas bandar. Terdapat dua komponen bagi strategi ini iaitu perkhidmatan eksport secara langsung atau mewujudkan perkhidmatan eksport supaya firma-firma antarabangsa akan menempatkan semula operasi mereka di negara ini.   5-3

  PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020 5‐4  Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Teras strategik IMP3 mengenai daya saing global akan dipertingkatkan dengan memperkukuhkan keupayaan perdagangan dan perindustrian, menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan, dan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan. Asas teknologi bagi industri- industri Malaysia akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan hubungan antara universiti dan industri, penggunaan ICT dan kemajuan dalam teknologi hijau, serta penubuhan pusat-pusat kecemerlangan. IMP3 juga telah mempertimbangkan ekuiti dan keseimbangan pembangunan wilayah. Dari aspek dimensi spatial, RFN Ke-2 juga mencadangkan bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan oleh IMP3 ditempatkan di kawasan conurbation (contohnya, sektor berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan) dan kawasan luar bandar (contohnya, pertanian dan industri berasaskan sumber). Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan dipromosi dengan mengalakkan syarikat-syarikat multinasional untuk melabur atau memperluaskan perniagaan, serta memberi sokongan kepada firma-firma tempatan untuk mengambil peluang ke atas kedekatan lokasi dan potensi untuk pertumbuhan. RFN Ke-2 juga memperuntukkan integrasi koridor pembangunan wilayah ke dalam Rangka Kerja Spatial Negara, mengalakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau dengan negara-negara ASEAN. Kerajaan telah mengenal pasti tiga koridor pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia, iaitu NCER, ECER dan Iskandar Malaysia, untuk menggalakkan pembangunan wilayah, serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Strategi spesifik dan inisiatif projek telah dikenal pasti mengikut pelan induk masing-masing untuk dilaksanakan mengikut tempoh masa rancangan berkenaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan kesemua cadangan tersebut ke dalam rangka kerja spatial negara secara keseluruhannya. Pendekatan pembangunan koridor RFN Ke-2, mengutamakan inisiatif-inisiatif pembangunan di pusat-pusat terpilih. Objektif utamanya adalah untuk menjana pertumbuhan di Wilayah Pantai Timur yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri ini mempunyai sumber tanah dan sumber asli yang banyak dan warisan kebudayaan yang menarik yang perlu dibangunkan secara optima. Penambahbaikan perhubungan dan rangkaian ke wilayah ini melalui jalan raya, kereta api dan udara akan membantu wilayah ini menjadi lebih berdaya saing, dalam penawaran barangan dan perkhidmatan ke kawasan bandar dan pasaran eksport. Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing. Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu   5-5

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 memainkan peranan yang aktif bagi memanfaatkan potensi ekonomi rantau ini terutamanya dalam bidang pendidikan, perancangan bandar, pengangkutan, pelancongan wilayah, aktiviti berkaitan dengan pelabuhan dan kemudahan penghantaran. RFN 2 PUSAT PERTUMBUHAN BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DI CONURBATION STRATEGIK PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation Langkah-langkah: i. Aktiviti ekonomi asas bandar akan ditumpukan di Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan bagi menggalakkan kecekapan guna tanah dan infrastruktur untuk berdaya saing di peringkat global. ii. Aktiviti-akitiviti ekonomi asas bandar hanya akan ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan di luar conurbation utama yang mempunyai infrastruktur, sumber tenaga kerja tempatan dan sumber asli yang mencukupi. iii. Pembangunan kluster-kluster industri dan ekonomi digalakkan di dalam kawasan conurbation bagi mencapai skala ekonomi. iv. Pembangunan kemudahan pendidikan dan latihan swasta dan awam perlu digalakkan di pusat-pusat bandar sedia ada bagi memudahkan peralihan kepada k-ekonomi dan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi. v. Aktiviti asas pengetahuan dan bandar siber perlu di tempatkan di conurbation utama dan pusat pertumbuhan bandar terpilih selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (KRM). vi. Kemudahan infrastruktur sedia ada seperti lebuh raya, laluan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan perlu digunakan secara optima bagi menyokong objektif pembangunan secara keseluruhannya.   5-6

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation 5-7 Sumber : Ran  cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 3 PENDEKATAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERLU DIGUNAPAKAI DALAM PERANCANGAN WILAYAH KURANG MAJU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN WILAYAH PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi Langkah-langkah: i. Inisiatif-inisiatif pembangunan, terutamanya pembangunan bandar dan industri, pertanian serta pelancongan perlu ditumpukan di lokasi-lokasi terpilih dalam koridor pembangunan terutamanya Koridor Pembangunan Utama seperti Koridor Utara-Selatan, Koridor Timur- Barat Tengah dan Koridor Pantai Timur. ii. Rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan bandar di sepanjang koridor- koridor pembangunan perlu dioptima dan dipertingkatkan. iii. Kepelbagaian ekonomi perlu digalakkan menerusi pengembangan asas ekonomi di negeri-negeri kurang maju melalui : a. Kedua-dua aktiviti pelaburan ‘upstream’ pertanian dan aktiviti pemprosesan produk hiliran pertanian perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan tahap pendapatan luar bandar. b. Kawasan-kawasan ekopelancongan atau pelancongan alam semula jadi yang berpotensi tinggi, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur perlu dipulihara dan dibangunkan secara mampan. c. Kluster-kluster berasaskan sumber dan kraf perlu digalakkan di negeri dan wilayah yang kurang maju sebagai pemangkin untuk pertumbuhan dan pekerjaan. d. Perdagangan merentas sempadan akan dipertingkatkan. iv. Kemudahan infrastuktur, terutamanya ICT dan rangkaian pengangkutan di kawasan pertanian dan kawasan berpotensi pelancongan perlu diperkukuhkan untuk memudah dan mempercepatkan integrasinya ke dalam ekonomi moden. v. Penyediaan program latihan pendidikan teknikal dan pembangunan sosial perlu diperkukuhkan di negeri-negeri yang kurang maju untuk memenuhi keperluan penduduk supaya dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan ke dalam ekonomi bandar. vi. Negeri-negeri di Pantai Timur perlu digalakkan untuk membangunkan program kemahiran kraf yang diiktiraf seperti batik, pertukangan perak, songket, pembinaan bot kayu dan ukiran kayu untuk menjadi pusat pengeluaran kraf tersohor di peringkat antarabangsa. vii. Cadangan-cadangan Pelan Induk Koridor Pembangunan Wilayah perlu diintegrasikan dengan RS dan RT bagi negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing.   5-8

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi   5-9 Sumber : Ran  cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 4 KERJASAMA DI DALAM PERANCANGAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN EKONOMI ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA SERANTAU ASEAN PERLU DIPERKUKUHKAN PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN Langkah-langkah: i. Peluang-peluang ekonomi yang diperolehi daripada negara jiran dan Segitiga Pertumbuhan di selatan, utara dan timur Semenanjung Malaysia, serta bantuan pembangunan ke negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam perlu dimanfaatkan sepenuhnya. ii. Inisiatif-inisiatif pembangunan antara wilayah Malaysia Timur dan Barat serta negara jiran ASEAN perlu diperkukuhkan terutamanya dengan mempertingkatkan rangkaian pengangkutan, mempromosikan pelancongan wilayah dan menyediakan peluang pengajian tinggi. iii. Kerjasama serantau dengan negara jiran ASEAN perlu digalakkan dengan memanfaatkan faedah berbanding secara berkesan dan mengoptimakan penggunaan infrastruktur, tanah, sumber asli dan sumber manusia. iv. Zon-zon Ekonomi Khas (SEZ) di negara-negara kesatuan Segitiga Pertumbuhan perlu diwujudkan untuk menampung kawasan baru bagi kerjasama serantau seperti pemprosesan makanan halal dan perdagangan merentasi sempadan. v. Potensi untuk mengeksport perkhidmatan profesional dan memupuk kerjasama dalam perancangan fizikal dengan Sabah, Sarawak dan negara-negara ASEAN, melalui institut perancangan negeri dan negara berkenaan perlu dikaji.   5-10

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN  5-11 Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 5 PERANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERLU MENGGUNAPAKAI STRATEGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (IMP3) UNTUK MENCAPAI DAYA SAING GLOBAL MELALUI TRANSFORMASI DAN INOVASI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi Langkah-langkah: i. Sasaran bidang pertumbuhan IMP3 untuk pembuatan dan perkhidmatan akan digalakkan di kawasan yang mempunyai faedah berbanding dan aglomerasi ekonomi sedia ada iaitu: a. Conurbation utama dan kawasan bandar perlu menyediakan satu rangkaian kemudahan infrastruktur bersepadu, termasuk kemudahan sosial bagi menyokong keupayaan firma perindustrian dan perkhidmatan untuk bersaing dalam pasaran global. b. Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan digalakkan di conurbation yang terpilih, mengikut faedah berbanding masing-masing. ii. Pembangunan kawasan perindustrian baru, termasuk taman industri halal dan kluster perindustrian, perlu disokong dengan program terperinci yang mengenalpasti pengusaha berpotensi, aktiviti, perhubungan dan kajian kebolehlaksanaannya. iii. Asas teknologi untuk pembangunan perkhidmatan industri perlu diperkukuhkan, seperti menggunapakai pengurusan rangkaian penawaran, ICT dan teknologi hijau. iv. Perhubungan dan kerjasama antara universiti-industri di peringkat tempatan dan antarabangsa perlu diwujudkan dan pusat-pusat kecemerlangan untuk penyelidikan industri dan yang berkaitan perlu ditubuhkan. v. Aktiviti-aktiviti industri berat atau yang menjanakan pencemaran tidak dibenarkan dalam atau bersempadan dengan kawasan-kawasan ekopelancongan dan sumber semula jadi yang telah ditetapkan. vi. Zon Ekonomi Khas perlu dibangunkan di lokasi-lokasi terpilih bagi menggalakkan pembangunan wilayah dan mempertingkatkan potensi eksport negara.   5-12

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi 5-13 Sumber : Pel an Induk Perindustrian Ke‐3 (IMP3), 2006 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Kawasan pertanian telah berkurangan setiap tahun akibat daripada tekanan pembangunan bandar (Jadual 5.1). Terdapat banyak kawasan, terutamanya yang bersempadan dengan kawasan bandar, industri dan perumahan, akan diambil untuk pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, kawasan yang terletak di luar zon pembangunan bandar perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, terutamanya kawasan yang subur atau mempunyai fungsi tertentu seperti kawasan jelapang padi. Rancangan Malaysia Ke-9 (2006–2010) telah mensasarkan sektor pertanian sebagai enjin pembangunan negara yang ketiga. Program Pertanian Baharu telah diperuntukkan untuk menjalani proses pemodenan, pengkomersialan, skim bernilai tambah tinggi, ICT, bioteknologi dan penambahbaikan pemasaran. Aktiviti hiliran juga digalakkan terutamanya bagi sub-sektor kelapa sawit dan getah, manakala bidang yang berpotensi tinggi untuk sektor akuakultur, perikanan laut dalam, perikanan hiasan, tanaman herba dan hortikultur perlu dibangunkan. RMK-9 turut mensasarkan Malaysia sebagai Hab Makanan Halal. Jadual 5.1: Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar) Tanaman 1997 2002 2006 Perbezaan (06-02) Padi 410,000 405,800 331,036 -74,760 Kelapa Sawit 2,174,500 2,466,500 2,816,513 +350,013 1,284,912 -275,088 Getah 1,759,100 1,560,000 808,099 -908,601 5,240,560 -908,441 Lain-lain Tanaman 1,632,400 1,716,700 Jumlah 5,976,000 6,149,000 Sumber : MOA Inc., Risalah Statistik Pertanian 2006 & 2008. Untuk mencapai pembangunan seimbang, beberapa kawasan pertanian yang mempunyai produktiviti tinggi (Kawasan Pertanian Utama) perlu dipelihara. Antara Kawasan Pertanian Utama (KPU) yang telah dikenal pasti adalah kawasan tanaman padi (terutamanya kawasan jelapang padi) dan kawasan pertanian berproduktiviti tinggi seperti kawasan tanah Kelas 1 dan 2 (serta diperluaskan kepada tanah Kelas 3). Kawasan lain yang perlu dipelihara adalah kawasan pertanian yang terletak dalam zon agroiklim yang tidak mengalami musim kemarau dan musim kemarau singkat, serta kawasan pertanian di tanah gambut. Kawasan tanaman padi boleh dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi dan kawasan bukan jelapang padi. Kawasan jelapang padi telah dibangunkan dengan kos pelaburan yang amat tinggi dan dapat ditanam padi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Lapan kawasan jelapang padi sedia ada perlu dipulihara sebagai satu langkah keselamatan makanan memandangkan beras adalah makanan ruji Malaysia dan hanya 7% daripada pengeluaran beras dunia boleh didapati dalam pasaran. Oleh itu, potensi pembangunan bandar dalam kawasan jelapang padi ini perlu dihalakan ke kawasan bersempadan, iaitu di luar kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi yang ke- sembilan dijangka akan dibangunkan dalam masa terdekat di Daerah Rompin dan Pekan. Tanah padi di luar kawasan jelapang padi perlu disediakan dengan sistem pengairan dan saliran yang baik bagi menjadikan kawasan ini berproduktiviti tinggi. Penggunaan tanah   5-14

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 padi untuk pembangunan bandar perlu dihadkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi berpunca daripada kedudukannya di kawasan rendah dan sering dilanda banjir. Hampir tiada lagi kawasan tanaman padi baru akan dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Maka sasaran pengeluaran beras sebanyak 70% bergantung sepenuhnya kepada usaha pemodenan dan penggunaan teknologi baru yang berupaya untuk meningkatkan tahap purata pengeluaran padi. Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan dari segi pengeluaran makanan. Mengikut Buku Perangkaan Pertanian 2008, nilai import bagi bahan makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM 12.69 juta pada tahun 2003 kepada RM 23.37 juta pada tahun 2007. Data guna tanah pertanian menunjukkan bahawa sebahagian besar kawasan pertanian ditanami dengan kelapa sawit dan getah (2.8 juta hektar dan 1.28 juta hektar masing-masing), diikuti oleh tanaman padi (331,036 hektar), hortikultur bercampur (326,768 hektar), kebun buah-buahan (184,828 hektar), kelapa (104,555 hektar) dan sayur-sayuran (16,913 hektar). Dengan ini, usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Kawasan-kawasan pengeluaran makanan sedia ada perlu dipulihara, terutamanya kawasan yang dibangunkan secara komersial iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Pada masa ini, hanya tanah kerajaan yang digunakan untuk TKPM. Oleh itu, dicadangkan supaya lebih banyak kawasan yang dimiliki oleh pekebun individu dilibatkan ke dalam program TKPM ini. Program TKPM juga harus merangkumi kawasan-kawasan yang digunakan untuk pengeluaran hasil ternakan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA). Kawasan pertanian sedia ada yang terletak di kawasan tanah gambut merupakan antara kawasan yang paling produktif untuk tanaman kelapa sawit dan nanas di negara ini dan perlu dikekalkan untuk pembangunan pertanian. Selain dapat memberikan hasil pertanian yang tinggi, tanah gambut ini tidak sesuai untuk pembangunan perbandaran kerana mengandungi bahan organik yang tebal yang tidak sesuai untuk pendirian bangunan dan terdedah kepada ancaman banjir. Pembangunan baru di tanah gambut perlu dihadkan kerana ianya akan mengancam ekosistem semula jadi. Namun, sekiranya pembangunan dijalankan, ia perlu dilaksanakan secara mampan. Semenanjung Malaysia mempunyai 26 wilayah agroiklim untuk tanaman kawasan rendah dan 2 wilayah agroiklim untuk tanaman tanah tinggi (kawasan yang melebihi 300 meter dari aras paras laut). Kawasan-kawasan ini boleh dikategorikan kepada 5 wilayah, iaitu:-  Tanah tinggi  Wilayah yang mengalami musim kering yang jelas dan berkala  Wilayah yang mengalami musim kering yang pendek tetapi berkala  Wilayah yang tidak mengalami musim kering  Kawasan yang didominasi oleh tanah organik   5-15

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Wilayah yang paling produktif dalam kelompok ini adalah wilayah yang tidak mengalami musim kering. Oleh itu, kawasan-kawasan tersebut harus dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ia telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan perbandaran. Kebanyakan kawasan ini boleh didapati di Negeri Johor, Selangor, Pahang Tengah dan kawasan persisiran pantai di utara Negeri Perak. Produktiviti pertanian juga bergantung kepada kesesuaian tanah. Pengkelasan Kesesuaian Tanah Dan Penentuan Kesesuaian Tanaman telah membahagikan tanah kepada lima kelas seperti berikut:- Kelas 1 : Tanah yang tiada halangan atau hanya halangan kecil untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 2 : Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 3 : Tanah yang mempunyai satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 4 : Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 5 : Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang amat serius untuk pertumbuhan tanaman. Kawasan di bawah Tanah Kelas 1 dan 2 merupakan tanah yang paling produktif dan perlu dikhususkan untuk pertanian, melainkan kawasan berkenaan terletak dalam had sempadan pembangunan bandar. Kawasan di bawah Tanah Kelas 3 juga perlu dipulihara untuk pertanian bagi mana-mana kawasan berkenaan, melainkan terdapat keperluan yang mendesak dan kukuh untuk membangunkannya. Penduduk luar bandar termasuk mereka yang menetap di kampung tradisi, kampung baru, petempatan FELDA, FELCRA dan Orang Asli, kuarters ladang, perkampungan nelayan dan skim perumahan luar bandar. Kawasan luar bandar juga harus dibangunkan secara berterusan untuk membolehkan penduduk di luar bandar menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan memperkasakan prasarana dan infrastruktur asas luar bandar dan kawasan pedalaman. Antara strategi utama yang akan diguna pakai termasuklah penggabungan ladang-ladang luar bandar, penyediaan Pusat Pengumpulan, Pemperosesan dan Pembungkusan hasil pertanian dan pengembangan pekerjaan bukan-pertanian (pelancongan luar bandar, perkhidmatan, pembuatan am) di pekan- pekan utama (pusat pekerjaan) yang memberi perkhidmatan kepada kluster luar bandar. Akses jalur lebar akan dipertingkat dan pengangkutan awam ke pusat pekerjaan akan ditambah baik untuk membolehkan pergerakan ulang-alik ke tempat bekerja bagi menjana sumber pendapatan tambahan.   5-16

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 6 KAWASAN PERTANIAN UTAMA PERLU DIPULIHARA KHUSUS UNTUK TUJUAN PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR DALAM KAWASAN TERSEBUT PERLU DIHADKAN PI 6 : Kawasan Pertanian Utama Langkah-langkah: i. Kawasan pertanian perlu diberi keutamaan untuk memulihara Kawasan Pertanian Utama (KPU) mengikut kepentingan seperti berikut:- a. Kawasan jelapang padi strategik. b. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi. c. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)”, dengan merangkumi kawasan untuk produktiviti tanaman, penternakan haiwan, akuakultur dan avikultur. d. Kawasan pertanian sedia ada di atas tanah gambut dan tanah organik. e. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2. f. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 3. g. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering. h. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek. ii. Kawasan Pertanian Utama (KPU) dikategorikan kepada Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 mengikut tahap kepentingan masing-masing; a. Tahap 1 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanaman padi dan tidak dibenarkan untuk tujuan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:-  Kawasan jelapang padi b. Tahap 2 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, melainkan ianya terletak dalam had sempadan kawasan bandar dan pekan. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kategori ini adalah:  Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi.  Kawasan pertanian yang dibangunkan sebagai “Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)”.  Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau tanah organik.  Kawasan pertanian di tanah Kelas 1 dan Kelas 2. c. Tahap 3 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ianya telah dikenalpasti untuk pembangunan kegunaan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:-  Kawasan pertanian di bawah Tanah Kelas 3.  Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering.  Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek.   5-17

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 6 : Kawasan Pertanian Utama  5-18 Sumber : Ran  cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 7 LAPAN (8) KAWASAN JELAPANG PADI STRATEGIK, IAITU MUDA (MADA), KEMUBU (KADA), IADA KERIAN-SUNGAI MANIK, IADA BARAT LAUT SELANGOR, IADA PULAU PINANG, IADA SEBERANG PERAK, IADA TERENGGANU UTARA (KETARA), DAN IADA KEMASIN-SEMERAK PERLU DIPULIHARA PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik Langkah-langkah: i. Lapan (8) kawasan jelapang padi strategik perlu diwartakan sebagai kawasan tanaman padi. ii. Had sempadan pembangunan bagi semua pusat bandar yang terletak dalam kawasan ini perlu ditetapkan dalam RS dan RT. iii. Kawasan padi yang terletak di luar had sempadan bandar tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain, kecuali untuk aktiviti yang berkaitan dengan penanaman padi. iv. Pembangunan perbandaran pada masa hadapan perlu dialihkan daripada kawasan jelapang padi. Dalam situasi yang tidak boleh dielakkan, hanya pembangunan secara menegak dibenarkan untuk meminimakan kehilangan tanah. v. Kawasan tadahan air bagi kawasan jelapang padi perlu dikenal pasti dan dipulihara bagi memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti untuk tanaman padi. vi. Langkah-langkah fiskal perlu diperkenalkan bagi membantu negeri-negeri yang perlu memulihara kawasan jelapang padi.   5-19

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik  5-20 Sumber : Ja batan Pertanian,2006 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 8 TANAH PADI SEDIA ADA YANG BERPOTENSI DI LUAR KAWASAN JELAPANG PADI, PERLU DILENGKAPI DENGAN INFRASTRUKTUR YANG SESUAI UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN HASIL PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi Langkah-langkah: i. Kawasan padi yang berpotensi tetapi terletak di luar kawasan jelapang padi perlu dipelihara sebagai kawasan tanaman padi. Di mana sesuai, ianya perlu dibekalkan dengan infrastruktur yang diperlukan. ii. Kawasan padi yang berpotensi perlu disediakan dengan sistem pengairan, saliran dan rangkaian jalan raya untuk memudahkan penggunaan jentera. iii. Produktiviti tanaman padi perlu dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi baru dan peralatan pertanian moden untuk mencapai hasil pengeluaran yang lebih tinggi.   5-21

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi  5-22 Sumber : Ja batan Pertanian,2006 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 9 KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU DIBANGUNKAN AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar Langkah-langkah: i. Dasar Pembangunan Desa Negara perlu disediakan untuk mewujudkan rangka kerja bagi pembangunan bersepadu kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) termasuk petempatan FELDA. ii. Perancangan pembangunan desa secara bersepadu perlu mengambil kira peranan pusat-pusat bandar bersempadan dan potensi pelancongan dalam menjana pekerjaan bukan pertanian, menambah baik sistem pengangkutan awam serta meningkatkan tahap kemudahan internet. iii. Ladang-ladang berskala kecil perlu digabungkan bagi membolehkan pengurusan ladang yang lebih baik dan pengeluaran hasil berskala ekonomi. iv. Aktiviti ekonomi yang bersesuaian perlu dibangunkan di kawasan luar bandar seperti program Satu Daerah Satu Industri, agropolitan, program inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan dan agropelancongan. v. PPD perlu disediakan dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan, sanitasi, sekolah dan klinik. vi. PPD sedia ada perlu dikaji semula dan pelaksanaan program-program pemajuannya perlu dipercepatkan. RS dan RT perlu mengenal pasti PPD sebagai pusat perkhidmatan luar bandar yang efektif. vii. Perkhidmatan sosial, komersial dan kemudahan awam akan ditumpukan di PPD. viii. Kemudahan pengangkutan awam antara PPD dengan pusat-pusat bandar utama yang menawarkan pekerjaan bukan-pertanian perlu dipertingkatkan. ix. Pelaburan awam dan infrastruktur perlu ditumpukan di PPD bagi menyokong pembangunan aktiviti ekonomi asas sumber, industri asas kraftangan, program pelancongan luar bandar, serta industri hiliran berasaskan pertanian dan perhutanan. x. Kampung-kampung yang mempunyai nilai sejarah, warisan, kebudayaan dan seni bina akan dikenal pasti sebagai PPD di masa hadapan. Bagi kampung-kampung yang tidak   5-23

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 terpilih, satu program khusus perlu diwujudkan bagi pemuliharaan kampung-kampung tersebut. xi. Penduduk di kampung-kampung yang jumlahnya terlalu kecil, lokasi terpencil atau tidak ekonomik untuk disediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, akan digalakkan ditempatkan semula di PPD.   5-24

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar  5-25 Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 10 MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU DIINTEGRASIKAN DARI SEGI SPATIAL DAN EKONOMI KE DALAM INISIATIF PEMBANGUNAN UTAMA PI 10 : Petempatan Orang Asli Langkah-langkah: i. Kawasan tertentu perlu dirizab dan diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli bagi mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka. ii. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan perumahan yang teratur di perkampungan terancang dengan kemudahan masyarakat yang mencukupi serta kemudahan pengangkutan yang bersesuaian mengikut keperluan dan adat resam setiap masyarakat Orang Asli. iii. Kawasan pertanian yang bersesuaian dan pengembangan perkhidmatan serta kemudahan perlu disediakan untuk kemakmuran ekonomi masyarakat Orang Asli. iv. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan dengan pelbagai kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti sekolah, klinik, jalan, bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik. v. Kawasan pertanian yang diperuntukkan kepada Orang Asli perlu dibangunkan secara komersial oleh mereka sendiri atau agensi kerajaan yang bersesuaian. vi. Penternakan haiwan dan akualkultur perlu diperkenalkan sebagai pertanian bersepadu di kawasan yang bersesuaian. vii. Aktiviti dan program ekonomi yang bersesuaian perlu diperkenalkan kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka terlibat secara aktif dalam program pembangunan ekonomi luar bandar seperti agropolitan, inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan, eko dan agropelancongan.   5-26

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 10 : Petempatan Orang Asli  5-27 Sumber : Ran  cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook