Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore rancangan fizikal negara

rancangan fizikal negara

Published by zack199908, 2022-01-18 12:04:37

Description: rancangan fizikal negara

Search

Read the Text Version

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 ix. Bekalan Makanan Negara yang Tidak Mencukupi Malaysia sebagai sebuah negara pengimport makanan, sangat terdedah kepada faktor luaran seperti kenaikan harga makanan dan bekalan beras yang tidak stabil di pasaran antarabangsa akibat keadaan cuaca yang buruk, bencana alam dan rusuhan. Bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin, adalah penting bagi negara untuk melindungi kawasan-kawasan pertanian sedia ada dan memperluaskan tanah pertanian utama, khususnya kawasan jelapang padi untuk penanaman padi. Cabaran yang harus dihadapi oleh pihak berkuasa ialah untuk mewujudkan insentif fiskal yang boleh dilaksanakan bagi mengimbangi potensi kerugian bagi hak-hak pembangunan serta hasil dari kawasan yang terlibat untuk mencapai keperluan negara dalam memelihara dan memperluaskan kawasan jelapang padi dan tanah pertanian utama di dalam negara. x. Tahap Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Hijau yang Rendah Sehingga kini, intipati perancangan bandar di negara ini lebih berkisar kepada penggunaan bahan api fosil bagi kenderaan persendirian,  yang  menghasilkan  sejumlah  besar  karbon.  Aplikasi  teknologi  hijau  seperti  tenaga boleh diperbaharui dan rendah-karbon dalam perancangan spatial dan reka bentuk bandar serta perancangan rangkaian sistem pengangkutan adalah masih baru dan terhad. Dalam menghadapi harga minyak yang semakin tinggi dan masalah perubahan iklim, adalah penting untuk mengutamakan kemampanan dalam pembangunan bandar dan luar bandar. Pembangunan baru dan pembangunan semula dari segi perumahan, pekerjaan, perkhidmatan dan penyediaan infrastruktur, perlu menggunakan sumber asli dan tenaga yang paling efisien, di samping mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Contohnya, pembangunan bandar padat dengan kepadatan tinggi dan guna tanah bercampur yang mempunyai fungsi rangkaian hubungan yang lebih baik dan penggunaan ruang yang lebih optimum, akan melibatkan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding pembangunan menjajar berkepadatan rendah. Bandar eko dan bandar berorientasikan transit juga merupakan alternatif pembangunan bandar yang lebih mampan. Bentuk dan corak perbandaran perlu ke arah mengurangkan keperluan untuk perjalanan dan meminimumkan perjalanan jauh untuk ke tempat kerja dan aktiviti harian. Selain itu, insentif harus diberikan untuk mendorong penggunaan teknologi tenaga hijau dalam bangunan dan susunatur pembangunan. xi. Kemerosotan Kawasan Pusat Bandar dan Peningkatan Kadar Kemiskinan Bandar Secara umumnya, beberapa golongan masyarakat yang menetap di kawasan pusat bandar dan bandar-bandar besar, terutamanya keluarga berpendapatan rendah yang menetap di rumah pangsa sewaan persendirian, menghadapi pelbagai masalah sosial, ekonomi, persekitaran yang buruk dan serba kekurangan.   3-7

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Mereka juga menghadapi masalah pengangguran yang tinggi, pendapatan yang rendah, perumahan mampu milik yang tidak mencukupi, pengangkutan awam yang tidak cekap, persekitaran yang buruk, kadar jenayah yang tinggi, penyalahgunaan dadah dan kekurangan kawasan lapang. Sebahagian besar penduduk bandar yang terdiri daripada mereka yang berhijrah dari desa serta tenaga kerja asing dengan tahap kemahiran kerja dan pendidikan yang rendah, telah mengubah kemiskinan luar bandar kepada kemiskinan bandar dan terperangkap di kawasan miskin di bandar. Oleh yang demikian, program pembangunan semula bandar dan pembangunan pusat bandar bagi golongan yang kurang bernasib baik dan kawasan yang mengalami kemerosotan perlu diberi perhatian selain mempertingkatkan peluang pekerjaan, kualiti perumahan, pendidikan serta rekreasi. xii. Perubahan Struktur Demografi dan Gaya Hidup Masyarakat Perubahan struktur demografi, seperti penurunan tahap kesuburan penduduk, bilangan warga tua yang tinggi dan pembentukan isi rumah baru yang bertambah di negara ini mempunyai implikasi spatial yang ketara terhadap peluang pekerjaan, keperluan perumahan dan kemudahan sosial. Apabila masyarakat semakin berpendidikan dan berpendapatan lebih tinggi, saiz keluarga mereka semakin mengecil. Mereka juga mengharapkan taraf hidup dan persekitaran yang lebih baik, termasuk bandar yang lebih selesa untuk didiami, pelbagai pilihan lokasi dan jenis perumahan, serta kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti. Contohnya peningkatan jumlah warga tua menandakan keperluan untuk membina lebih banyak rumah orang tua dan kemudahan rawatan di kawasan luar bandar; dan kesediaan tenaga kerja yang rendah pula bermakna aktiviti perlu diubah daripada pengeluaran berorientasikan tenaga kerja kepada aktiviti dan industri menggunakan mesin. xiii. Kekurangan Sumber Kewangan Negara pada Masa Hadapan Pada masa hadapan, sumber kewangan negara untuk pembangunan dijangka akan berkurangan berikutan kelembapan dan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan sedang dalam proses pemulihan, terutamanya bagi kemudahan infrastruktur mega serta kemudahan awam. Pengurangan perbelanjaan awam dijangka akan turut berlaku. Keadaan bajet yang terhad dijangka akan bertambah buruk akibat tekanan permintaan masyarakat yang lebih tinggi terhadap kualiti dan kepelbagaian spatial, seperti tempat tinggal dan persekitaran yang lebih baik. Oleh itu, negara telah meletakkan siling sebanyak RM180 billion untuk perbelanjaan keseluruhan pembangunan di bawah RMK-10 (2011-2015) iaitu 21.7%, yakni kurang daripada jumlah peruntukan dalam RMK-9. Justeru itu, adalah amat penting untuk menumpukan sumber-sumber sedia ada yang terhad untuk meningkatkan pertumbuhan di bandar-bandar strategik bagi memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited serta mengenal pasti pembangunan baru di kawasan di mana kemudahan dapat disedia dan diselenggarakan secara ekonomik. Selain itu, penting bagi negeri-negeri yang   3-8

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 bersempadan untuk bersama-sama merancang, membangun dan berkongsi infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan utama, termasuk pelabuhan besar, lapangan terbang, tenaga, air, ICT, pengurusan sisa dan lokasi industri, yang lazimnya bermodal tinggi dan memerlukan skala ekonomi. Pemilihan penilaian dan pendekatan pengurusan untuk setiap projek yang berasaskan outcome dan nilai terbaik juga perlu diguna pakai. 3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan 3.2.1 Dagangan Dunia Antara tahun 2000 dan 2008, dagangan barangan dunia meningkat pada kadar 12% setahun dan mencapai US$15,775 billion nilai eksport dan US$16,120 billion nilai import pada tahun 2008. Malaysia berada di tempat ke-21 dalam senarai pengeksport dan tempat ke-28 dalam senarai pengimport dunia pada tahun 2008. Dari segi prestasi perdagangan, Malaysia menduduki tempat ke 28 dalam Enabling Trade Index 2009. Prosedur import yang cekap, kos rendah bagi import dan eksport barangan, infrastruktur pengangkutan dan perkhidmatan pengangkutan berkaitan yang berkualiti telah menyumbang kepada keputusan penilaian yang memberangsangkan ini.1 Krisis ekonomi global tahun 2008-2009 telah melemahkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Keyakinan ekonomi juga semakin berkurangan dan sektor perdagangan telah dilumpuhkan. Pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, disebabkan permintaan yang lemah dalam ekonomi membangun, aliran dagangan telah menurun dan diburukkan lagi oleh pengurangan pembiayaan perdagangan dan kejutan daripada situasi ekonomi yang merudum. Dagangan barangan dunia hanya berkembang 2% pada tahun 2008 berbanding dengan 6% pada tahun 2007. Pertumbuhan pada tahun 2008 adalah di bawah purata 5.7% yang dicapai sepanjang tempoh tahun 1998-2008. Suku pertama tahun 2009 menyaksikan penurunan dagangan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, dengan anggaran penurunan hampir 25%. Penurunan dagangan telah kembali pulih pada pertengahan tahun 2009. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melaporkan bahawa eksport Malaysia telah meningkat sebanyak 8.4% pada bulan Julai 2009 berbanding dengan bulan Jun 2009. Ini adalah jumlah eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2009, sekaligus membuktikan pemulihan industri eksport negara. Bank Negara juga melaporkan tahap penurunan yang rendah sebanyak 3.9% bagi KDNK negara berbanding dengan penurunan sebanyak 6.2% bagi suku pertama tahun 2009. Ini dipengaruhi oleh kadar perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam                                                             3-9 1  Sumber: Forum Ekonomi Dunia, “The Global Enabling Trade Report 2009”.  ETI menilai institusi‐institusi, polisi‐polisi dan perkhidmatan‐perkhidmatan  yang menyokong aliran barangan yang bebas merentasi sempadan dan  ke destinasi yang ditetapkan.  

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 perbelanjaan peribadi bagi tempoh suku kedua tahun itu. Semua sektor ekonomi utama juga telah mencapai prestasi yang baik dari segi penawaran bagi suku kedua tahun 2009. 3.2.2 Kerjasama Antarabangsa Krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada September 2008 dengan pantasnya berubah menjadi krisis global. Rakan dagangan utama Malaysia ini telah menerima kesan yang mendalam akibat krisis tersebut. Walaupun mengalami pertumbuhan yang memuaskan bagi tujuh bulan pertama tahun 2008, ekonomi negara membangun mencatatkan pertumbuhan 0.8% pada tahun 2008 berbanding 2.5% pada tahun 2007. Sebaliknya, negara Asia 2 yang sedang membangun mengalami pertumbuhan sebanyak 5.7%, didahului oleh China yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di kalangan negara-negara ekonomi utama. Pada tahun 2008, keluaran dunia, dikira dengan KDNK sebenar, merosot kepada 1.7% berbanding 3.5% pada tahun sebelumnya, iaitu kadar terendah sejak tahun 2001. Menyedari kemungkinan berlakunya krisis ekonomi global, usaha telah dilakukan oleh agensi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan rakan serantau mereka, bagi mendapatkan kerjasama beberapa negara untuk memulihkan ekonomi mereka melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi. Negara-negara maju utama, yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah tampil ke hadapan dengan mengadakan tabung kecemasan. Di Asia, negara China dan Jepun juga telah mengagihkan jumlah tabungan yang signifikan untuk tujuan yang sama. Organisasi antarabangsa ini memainkan peranan yang penting dalam meyakinkan negara-negara untuk menyelaras rancangan rangsangan ekonomi. Tanpa usaha penyelarasan ini, kemelesetan ekonomi global pasti akan berlaku. Menjelang pertengahan tahun 2009, kemerosotan ekonomi dunia mula perlahan. Walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya (contohnya kadar pengangguran yang masih tinggi), suasana dalam bursa saham dunia telah bertukar kepada keadaan yang lebih positif. Penurunan dalam dagangan juga semakin berkurangan dan prospek untuk pemulihan ekonomi adalah lebih baik berbanding dengan ramalan pada separuh tahun pertama 2009. Malaysia telah memperkenalkan dua pakej rangsangan bernilai kira-kira satu per tiga daripada saiz bajet RMKe-9 sebagai sebahagian daripada program untuk memulihkan ekonomi. Penyediaan RFN Ke-2 telah memberi peluang untuk mengkaji semula kemerosotan ekonomi dan penilaian semula keupayaan ekonomi Malaysia untuk mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020 dan MBE.                                                             3-10 2 Negara Membangun Kecuali Asia – Kecuali Jepun, Australia dan New Zealand   

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 3.2.3 Kerjasama Serantau Di peringkat wilayah serantau, Malaysia terus menyokong perkembangan integrasi ekonomi ASEAN serta mempromosikan perdagangan dan pelaburan. Pembangunan sub-wilayah, adalah melalui Segitiga Pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EPGA) bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi di sub-wilayah yang kurang membangun. Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menghasratkan sebuah kawasan wilayah yang progresif, makmur dan aman dengan kualiti kehidupan yang lebih baik, iaitu menjadi sebuah komuniti ekonomi ASEAN menjelang tahun 2020. Untuk merealisasikan impian ini, IMT-GT bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta dan menyelaraskan pembangunan di bahagian wilayah lain secara keseluruhannya. Objektifnya, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan 2007-2011 adalah untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan di dalam IMT-GT dan di antara IMT-GT. Segitiga Pertumbuhan antara Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) disasarkan ke arah mempertingkatkan daya saing, integrasi dan pertumbuhan dengan kelebihan berbanding, skala ekonomi dan hubungkait produktiviti. Dengan dua jalan perhubungan darat terus ke Singapura dan perhubungan laut ke Batam, Iskandar Malaysia mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang strategik untuk mengambil peluang daripada IMS-GT kerana ia membolehkan perkembangan kerjasama antarabangsa, pergerakan manusia dan pelancongan. Visi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Filipina (BIMP-EAGA) adalah untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan dan diterima oleh masyarakat, seterusnya mendorong kepada penyertaan EAGA sepenuhnya dalam proses pembangunan ASEAN. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan di sebahagian negara serantau dengan menyokong; i. Pergerakan bebas rakyat, barang dagangan dan perkhidmatan; ii. Pembangunan infrastruktur yang penting di sebahagian wilayah serantau; dan iii. Penyelarasan dalam pengurusan ekosistem dan sumber bersama untuk memastikan pembangunan yang mampan. 3.2.4 Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC3) meramalkan peningkatan suhu purata global sebanyak 1.8°C hingga 4.0°C dalam abad ini sekiranya tindakan lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau tidak diambil. Pemanasan global dijangka akan mendatangkan kesan yang serius kepada manusia, termasuk kenaikan paras air laut sebanyak 18 hingga 59 cm yang akan menjejaskan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil, serta peningkatan frekuensi dan keadaan cuaca melampau                                                             3-11 3 IPCC = Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca   

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 yang semakin buruk. Perubahan iklim juga dijangka akan memberi kesan kepada sektor pertanian, sumber air dan biodiversiti (Jadual 3.1). Sebagai pihak Non-Annex 1 dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC 4 ), kewajipan utama Malaysia termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon dan menyedia serta membentuk pelan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim. Walaupun pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai kemungkinan keadaan iklim dan kesan-kesan yang berkaitan dengannya adalah penting dalam merumuskan langkah- langkah yang lebih khusus, secara amnya dipersetujui bahawa langkah-langkah adaptasi awalan adalah sangat penting untuk menghadkan kerosakan dan kos yang terhasil kesan daripadanya. Rangka kerja kebangsaan untuk menangani perubahan iklim telahpun dibentuk dan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan telah diluluskan oleh Kabinet. Jadual 3.1: Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia Sektor Kesan-kesan Petempatan dan  Perluasan kawasan yang mudah banjir dan peningkatan intensiti kejadian Infrastruktur banjir.  Peningkatan kejadian hakisan pantai serta kerosakan infrastruktur di kawasan rendah pesisir pantai.  Kehilangan kawasan hutan paya bakau persisiran pantai jika kenaikan paras air laut berlaku pada kadar 0.9 cm/tahun. Walau bagaimanapun, peralihan kawasan hutan paya bakau ke arah daratan boleh berlaku sekiranya kadar kenaikan paras air laut lebih rendah, dengan tiada halangan di pinggiran kawasan daratan.  Pengurangan kadar keberkesanan pintu kawalan air pasang surut dan kawalan sistem saliran di hilir sungai.  Peningkatan kos pengendalian dan penyelenggaraan bagi penjanaan kuasa elektrik akibat ribut yang melanda. Untuk setiap peningkatan 1°C suhu sekitar, pengeluaran tenaga turbin gas dan hidro masing-masing akan menurun lebih kurang 2% (ini dianggarkan akan mengakibatkan kerugian tahunan sebanyak RM 40 juta bagi kapasiti 6,600 MW turbin gas yang sedia ada). Pertanian  Peningkatan purata suhu tahunan kepada 31°C akan mengakibatkan kemarau yang akan memberi kesan kepada 273,000 hektar (atau 15%) kawasan tanaman getah, mengakibatkan pengurangan kawasan tanaman di antara 3% hingga 15%. Kesan yang paling ketara dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.  Peningkatan jumlah hujan akan menyebabkan pengeluaran getah menurun di antara 13% hingga 30%. Negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan paling terjejas.  Kejadian kemarau mungkin akan memberi kesan kepada 208,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit, terutamanya di sebahagian kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.  Pengeluaran padi mungkin akan berkurangan sebanyak 9% hingga 10% untuk setiap 1°C kenaikan suhu. Kejadian kemarau berpanjangan juga boleh menjejaskan pengeluaran padi.  Kenaikan paras air laut pada kadar 0.9 cm/tahun akan mendatangkan kesan yang serius kepada projek-projek pertanian besar seperti Projek Pembangunan Pertanian Johor Barat.  Kenaikan paras air laut akan membawa kesan kepada aktiviti akuakultur persisiran pantai, terutamanya kolam-kolam akuakultur yang berada di dalam                                                             3-12 4 UNFCCC = Konvensyen Rangka Kerja Bangsa‐Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim   

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Sektor Kesan-kesan lingkungan kawasan hutan paya bakau di hilir sungai. Kehilangan hutan paya bakau sebanyak 20% diramalkan akan menyebabkan kerugian RM300 juta di dalam industri ternakan udang.  Perubahan suhu dan hujan dijangka akan membawa kepada peningkatan dalam kejadian jangkitan penyakit dan haiwan perosak pada tanaman pertanian. Biodiversiti  Risiko kebakaran hutan akan meningkat (terutamanya di kawasan tanah gambut) akibat kejadian kemarau yang berpanjangan.  Risiko terhadap ekosistem semula jadi akan meningkat seperti fenomena kemusnahan batu karang. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem amat sukar untuk diramalkan disebabkan oleh proses ekologi yang kompleks.  Kepupusan spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang sensitif terhadap perubahan cuaca mikro. Sumber Air  Musim panas akan mengakibatkan peningkatan permintaan bekalan air atau tekanan bekalan air dan pembiakan alga .  Penyerapan air masin ke air permukaan dan air bawah tanah mungkin akan mengakibatkan pengurangan bekalan air tawar, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.  Kejadian ribut besar akan meningkatkan kadar pemendapan sungai dan empangan, kehilangan nutrien tanah dan risiko keruntuhan tebing sungai dan lereng bukit. Sumber: Malaysia’s Initial National Communication to UNFCC (MOSTI, 2000) and Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regimes and Water Resources of Peninsular Malaysia (NAHRIM, 2006) 3.3 Kedudukan Negara 3.3.1 Pertumbuhan Penduduk Nasional Di antara tahun 2000 dan 2008, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan akan meningkat daripada 23.3 juta kepada 27.7 juta orang dengan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2% setahun. Bagi Semenanjung Malaysia, kadar pertumbuhan penduduk adalah perlahan daripada 2.5% setahun (antara tahun 1991-2000) kepada 2.2% setahun di antara tahun 2000 hingga 2010; dan kadar pertumbuhan pada masa hadapan dijangka akan merosot sebanyak 2.0% antara tahun 2000 hingga 2020. Menjelang tahun 2020, penduduk Semenanjung Malaysia diunjurkan seramai 27.68 juta orang (Jadual 3.2). Pertumbuhan penduduk yang perlahan ini adalah sama seperti di negara-negara pesat membangun yang lain, dan ia dikaitkan dengan penurunan kadar kesuburan. Penurunan ini berpunca daripada tahap perkahwinan yang semakin kurang atau semakin lambat disebabkan ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan memiliki bilangan anak yang kecil bagi mengejar cita-cita dan karier. Peningkatan kos untuk menanggung keluarga turut menyumbang kepada pengurangan pertumbuhan penduduk.   3-13

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 3.2: Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020 Kadar Saiz Penduduk % Pengagihan Pertumbuhan Penduduk Negeri/ Wilayah Perlis Tahunan (%) 1980 1991 2000 2020 1980 1991 2000 2020 1980- 1991- 2000- 148,276 190,182 204,450 (juta) 1991 2000 2020 0.26 1.3 1.3 1.1 0.9 2.29 0.81 1.26 Kedah 1,116,140 1,364,504 1,649,756 2.36 9.8 9.2 8.9 8.5 1.84 2.13 1.81 Pulau Pinang 954,638 1,116,801 1,313,449 1.99 8.4 7.5 7.1 7.2 1.44 1.82 2.10 Perak 1,805,198 1,974,893 2,051,236 2.72 15.8 13.3 11.1 9.8 0.82 0.42 1.42 Wilayah Utara 4,024,252 4,646,380 5,218,891 7.33 35.2 31.4 28.2 26.5 1.32 1.30 1.72 Selangor 1,515,537 2,413,567 4,188,876 7.05 25.5 W.P. Putrajaya 13.3 16.3 22.6 4.23 6.32 2.84 0.28 1.0 W.P. Kuala Lumpur 977,102 1,226,708 1,379,310 1.96 8.6 8.3 7.4 7.1 2.09 1.31 1.78 Negeri Sembilan 573,578 722,017 859,924 1.17 5 4.9 4.6 4.2 2.11 1.96 1.53 Melaka 464,754 529,199 635,791 0.90 4.1 3.6 3.4 3.3 1.19 2.06 1.78 Wilayah Tengah 3,530,971 4,891,491 7,063,901 11.36 30.9 33.1 38.1 41.0 3.01 4.17 2.40 Johor 1,638,229 2,162,357 2,740,625 4.18 14.3 14.6 14.8 15.1 2.56 2.67 2.13 Wilayah Selatan 1,638,229 2,162,357 2,740,625 4.18 14.3 14.6 14.8 15.1 2.56 2.67 2.13 Pahang 798,782 1,081,148 1,288,376 1.82 7.0 7.3 7.0 6.6 2.79 1.97 1.73 Terengganu 540,626 808,556 898,825 1.24 4.7 5.5 4.9 4.5 3.73 1.18 1.62 Kelantan 893,753 1,207,684 1,313,014 1.75 7.8 8.2 7.1 6.3 2.77 0.93 1.44 Wilayah Timur 2,233,161 3,097,388 3,500,215 4.81 19.5 20.9 18.9 17.4 3.02 1.37 1.60 Semenanjung Malaysia 11,426,613 14,797,616 18,523,632 27.68 100 100 100 100.0 2.38 2.53 2.03 2,318,628 3,582,039 4,751,058 % dari Semenanjung 83.1 80.5 79.6 Malaysia 16.9 19.5 20.4 4.03 3.19 Malaysia Timur MALAYSIA 13,745,241 18,379,655 23,274,690 100 100 100 2.68 2.66 Sumber: (1) 1980 & 1991 – Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1 dan 2, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 – Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010 i. Corak Penduduk Wilayah Penduduk Malaysia diunjurkan di peringkat negara, oleh itu isu utamanya adalah pengagihan penduduk mengikut wilayah dan negeri. Memandangkan penduduk merupakan parameter kritikal untuk perancangan adalah penting untuk memastikan angka tersebut dianggarkan dengan jitu untuk mengelakkan penyalahgunaan peruntukan pelaburan awam dan meningkatkan penggunaan sumber awam secara berkesan. Walau pun unjuran penduduk tahun 2020 bagi sebahagian besar RSN adalah selaras dengan sasaran penduduk RFN Ke-2, masih terdapat ketidakselarasan dalam beberapa RSN. Bagi memenuhi aspirasi setiap negeri, RFN Ke-2 telah mengguna pakai unjuran penduduk RSN yang selaras dengan sasaran RFN Ke-2. Kajian semula unjuran penduduk telah dijalankan dan penyelarasan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.   3-14

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Isu dalam sasaran penduduk strategik adalah “Berapakah jumlah penduduk yang mampu ditampung oleh struktur ekonomi sesebuah negeri?”. Peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, persekitaran hidup yang kondusif, kos hidup yang rendah, komuniti dan kejiranan yang mesra, merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi tahap penduduk. Tanpa peluang pekerjaan dalam negeri, migrasi keluar tenaga kerja akan berlaku. Penduduk juga akan berhijrah keluar sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lebih menarik di negeri lain. Wilayah Tengah diunjur akan mengalami kadar pertumbuhan penduduk tertinggi pada 2.5% setahun di antara tahun 2000 dan 2020. Kadar pertumbuhan yang tinggi ini didorong oleh migrasi antara negeri, di mana penduduk akan bergerak ke Wilayah Tengah untuk tujuan tersebut. Jadual 3.2, menunjukkan agihan penduduk mengikut negeri bagi tiga bancian penduduk yang lepas dan unjuran penduduk tahun 2020. Rajah 3.4 menunjukkan sasaran penduduk tahun 2020. ii. Penduduk Bandar - Luar Bandar Kadar penduduk di kawasan bandar akan terus meningkat dan tahap perbandaran dijangka akan mencapai 75% menjelang tahun 2020. Wilayah Tengah akan menjadi wilayah perbandaran utama negara. Wilayah ini merupakan wilayah pembangunan dan perindustrian paling membangun dengan penumpuan pusat- pusat bandar besar di Lembah Klang. Penduduk bandar di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 8.86 juta dari tahun 2000 ke 2020, dan dijangka mencapai 21 juta pada tahun 2020. Menjelang tahun 2020, separuh daripada penduduk Wilayah Timur akan tertumpu di kawasan luar bandar (Jadual 3.3). Kelantan akan terus mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar menjelang tahun 2020. Kedah dan Perlis akan mempunyai bilangan penduduk yang hampir seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, manakala negeri-negeri yang lain akan mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan bandar berbanding luar bandar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagaimanapun secara takrifannya tidak mempunyai penduduk luar bandar.   3-15

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 3.3: Penduduk (‘000) di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Tahun 1991, 2000 dan 2020 1991 2000 2020 Negeri/ Daerah Bandar % Luar % Bandar % Luar % Bandar % Luar % bandar bandar bandar 60.2 Perlis 48.8 26.6 135.0 73.4 70.1 34.3 134.4 65.7 104.6 39.8 157.9 52.6 13.8 Kedah 423.3 32.5 879.0 64.5 648.0 39.3 1,001.8 60.7 1,120.6 47.4 1,243.3 29.8 33.9 Pulau Pinang 798.3 75.0 265.9 25.0 1,052.1 80.1 261.4 19.9 1,715.2 86.2 274.8 10.4 - Perak 1,006.8 53.6 870.6 46.4 1,203.9 58.7 847.4 41.3 1,910.8 70.2 809.4 - 40.1 Wilayah Utara 2,277.2 51.4 2,150.5 45.6 2,974.0 57.0 2,244.9 43.0 4,851.2 66.1 2,485.4 26.0 12.6 Selangor 1,726.6 75.2 570.6 24.8 3,667.5 87.6 6,318.5 89.6 730.6 26.2 W.P. Putrajaya 521.4 12.4 - 26.2 34.9 281.5 100.0 34.9 47.3 W.P. Kuala Lumpur 1,145.3 100.0 - - 1,379.3 100.0 - - 1,962.0 100.0 - 39.4 Negeri Sembilan 290.8 42.0 402.1 58.0 459.3 53.4 400.7 46.6 698.5 59.9 466.7 25.0 Melaka 196.0 38.7 310.3 61.3 427.3 67.2 208.5 32.8 669.2 74.0 235.1 Wilayah Tengah 3,358.7 72.4 1,283.0 27.6 5,933.3 84.0 1,130.6 16.0 9,923.7 87.4 1,423.4 Johor 989.9 47.8 1,079.8 52.2 1,787.5 65.2 953.1 34.8 3,083.0 73.8 1,097.3 Wilayah Selatan 989.9 47.8 1,079.8 52.2 1,787.5 65.2 953.1 34.8 3,083.0 73.8 1,097.3 Pahang 317.2 30.4 727.8 69.3 540.9 42.0 747.5 58.0 1,182.7 65.1 633.2 Terengganu 340.7 44.5 425.6 55.5 437.5 48.7 461.3 51.3 806.6 65.1 431.8 Kelantan 395.5 33.5 785.8 66.5 448.9 34.2 864.1 65.8 921.5 52.7 827.8 Wilayah Timur 1,053.3 35.2 1,939.2 64.8 1,427.2 40.8 2,073.0 59.2 2,910.8 60.6 1,892.8 Semenanjung 7,679.1 54.3 6,452.5 45.7 12,122.1 65.4 6,401.5 34.6 20,774.7 75.0 6,907.9 Malaysia Sumber: (1) 1991 – Laporan Kiraan Permulaan bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 - Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Bancian 2000, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 – Rancangan Fizikal Negara ke-2, 2010   3-16

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 3.4 : Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020  3-17 Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 3.5 : Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, 2020  Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010  3-18

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 3.3.2 Prestasi Ekonomi i. Keluaran dalam Negara Kasar Kemelut ekonomi dan politik global sejak tahun 1997 telah meninggalkan kesan yang amat ketara ke atas ekonomi Malaysia. Menjelang tahun 2010, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Semenanjung Malaysia akan mencapai RM436 bilion (mengikut harga tahun 2000), meningkat daripada RM297 bilion pada tahun 2000. Pertumbuhan ekonomi bagi RMKe-9 diramalkan pada 6% setahun, namun pencapaian sebenar dianggarkan hanya 2.7%. Berbanding dengan sasaran Wawasan 2020, angka ini tersasar sebanyak 26%. Bagi tempoh 1991-2010, ekonomi sebenar berkembang sebanyak 5.4% setahun berbanding dengan sasaran Wawasan 2020 sebanyak 7% setahun. Kerajaan telah melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2008-2009; dan mengumumkan langkah-langkah ekonomi baru pada pertengahan kedua tahun 2009 (Rujuk Bahagian 4.2). Untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, EPU mengunjurkan kadar purata pertumbuhan tahunan bagi KDNK Malaysia sebanyak 5.5% bagi tempoh 2010 - 2020. Justeru, bagi tahun 2020, anggaran KDNK bagi Semenanjung Malaysia adalah RM744 bilion mengikut harga tahun 2000, dengan mengguna pakai anggaran pertumbuhan ekonomi RMKe-10 (Rujuk Bahagian 3.4). Negeri-negeri di Wilayah Tengah akan membangun lebih pesat berbanding dengan negara secara keseluruhannya, manakala Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mempunyai KDNK yang terbesar menjelang tahun 2020. Negeri-negeri di Pantai Timur akan juga berkembang secara sederhana dalam tempoh ini dengan kadar yang lebih cepat berbanding negara. Jadual 3.4: KDNK Mengikut Wilayah, 2000-2020 KDNK (RM juta mengikut harga tahun 2000) Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%) 2000 2005 2010 2015 2020 2000- 2000- 2000- 2005 2010 2020 Wilayah Utara 63,748 80,663 93,300 122,100 159,600 4.8 3.9 4.7 Wilayah Tengah 146,694 186,738 218,700 285,900 373,600 4.9 4.1 4.8 Wilayah Selatan 36,435 46,090 53,000 68,700 89,800 4.8 3.8 4.6 Wilayah Timur 50,361 65,148 71,000 92,700 121,000 5.3 3.5 4.5 Semenanjung Malaysia 297,238 378,639 436,000 569,400 744,000 5.0 3.9 4.7 Nota: KDNK bagi harga tahun 2000 untuk tahun 2000, 2005 dan 2010 dipetik dari data EPU yang tidak diterbitkan. Selepas tahun 2010, anggaran KDNK adalah berdasarkan pertumbuhan keseluruhan dan agihan tahun 2010, dibundarkan ke angka 100 terhampir. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010-2020 dianggarkan 5.5% setahun. Sumber: Dikira daripada data KDNK negeri yang tidak diterbitkan, EPU dan RMKe -10   3-19

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 ii. Sumbangan dan Unjuran Mengikut Sektoral Jadual 3.5 menunjukkan anggaran bagi unjuran KDNK negeri mengikut sumbangan sektoral. Jadual 3.5: Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), 2000-2020 Negeri Utama (%) Sekunder (%) Tertiari (%) 2000 2020 2000 2020 2000 2020 Perlis 12.6 4.3 33.3 32.9 54.1 62.8 Kedah 18.3 8.1 22.5 26.2 59.2 65.7 Pulau Pinang 1.0 0.3 45.5 44.5 53.5 55.2 Perak 19.9 7.9 27.3 28.2 52.8 63.9 Selangor 3.2 0.8 59.7 62.6 37.1 36.6 W.P. Kuala Lumpur 0.0 0.0 19.7 13.1 80.3 86.9 Negeri Sembilan 9.8 5.4 42.6 46.2 47.6 48.4 Melaka 4.4 1.5 36.4 34.9 59.2 63.6 Johor 11.9 5.0 40.7 46.5 47.4 48.5 Pahang 21.3 10.4 19.3 22.9 59.4 66.7 Terengganu 56.3 9.5 18.7 39.4 25.0 51.1 Kelantan 16.5 8.1 16.1 12.4 67.4 79.5 Nota: (1) Sumbangan ekonomi kepada KDNK mengikut negeri berdasarkan Jadual 1, data KDNK mengikut sektor oleh EPU yang Sumber: tidak diterbitkan bagi tahun 2001-2010. Anggaran KDNK tidak disesuaikan mengikut caj bank dan duti import. (2) Anggaran bagi tahun 2011-2020 adalah berdasarkan trend di dalam sektor pertumbuhan bagi tempoh 2001-2010 dan disesuaikan bagi menunjukkan pembangunan sektoral di peringkat nasional. (3) Selangor meliputi W.P. Putrajaya Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010 iii. Pekerjaan Senario pekerjaan dan tenaga kerja menunjukkan kadar pengangguran akan kekal pada paras yang rendah sepanjang tempoh perancangan, dengan anggaran 3.5%. Menjelang tahun 2020, tenaga buruh dijangka mencapai 12.4 juta dan jumlah pekerjaan akan mencecah 12 juta (Jadual 3.6). Jadual 3.6: Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, 1990 – 2010 Kumpulan Pekerjaan 1990 1995 2000 2005 2010 1990- KPPT (%) 2005- 1995 1995- 2000- 2010 Tenaga Buruh (‘000) 7,042.0 8,254.0 9,571.6 11,290.5 12,406.8 2000 2005 1.9 7,999.2 9,274.6 10,894.8 11,976.0 3.23 1.9 Jumlah Pekerjaan (‘000) 6,686.0 3.65 3.0 3.4 0.39 3.0 3.3 - Nisbah Pekerjaan- 0.37 1.78 0.39 0.41 0.41 - - Penduduk 254.8 1.89 - - - -- - 297.0 395.7 430.8 - -- - Nisbah Pekerja-Isirumah 1.43 3.1 - -- 3.1 3.5 3.5 -- Pengangguran (‘000) 356 Kadar Pengangguran (%) 5.1 Sumber: RMKe-7,RMKe-8 dan RMKe-9   3-20

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Struktur pekerjaan pada tahun 2020 akan mempunyai lebih ramai pekerja yang berpendidikan tinggi dalam bidang yang berkaitan pengurusan, profesional dan teknikal. Perubahan paling besar dijangka berlaku dalam industri perkhidmatan dan kraf serta yang berkaitan perdagangan runcit. Pekerjaan yang dijangka merosot termasuklah operator loji dan mesin serta pekerja pemasangan (Jadual 3.7). Jadual 3.7: Pekerjaan di Malaysia (‘000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan1, 1995, 2000 dan 2020 Kumpulan Pekerjaan 2000 2005 2020 Pegawai Tinggi & Pengurus2 (‘000) % (‘000) % (‘000) % Pekerja Profesional3 Juruteknik dan Profesional Bersekutu4 639.9 6.9 777.4 7.7 1,157.1 8.2 Pekerja Perkeranian5 Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai & Jualan6 537.9 5.8 555.1 5.5 693.5 4.9 Pekerja Kemahiran Pertanian dan Perikanan7 Pekerja Pertukangan dan Perdagangan berkaitan8 1,112.9 12.0 1,266.8 12.6 2,073.1 14.7 Operator Loji dan Mesin & Pemasang9 Pekerjaan Asas10 890.4 9.6 992.3 9.9 1,354.4 9.6 Jumlah 1,205.6 13.0 1,483.7 14.8 3,120.5 22.1 1,391.2 15.0 1,268.6 12.6 1,199.5 8.5 844.0 9.1 1,145.5 11.4 2,153.8 15.3 1,493.2 16.1 1,427.5 14.2 1,145.4 8.1 1,159.5 12.5 1,128.3 11.2 1,212.9 8.6 9,274.6 100.0 10,045.2 100.0 14,110 100.0 Nota: 1 Klasifikasi ini berdasarkan Standard Klasifikasi Pekerjaan Malaysia 1998. 2 Ini termasuk pengurus besar, pengurus jabatan dan pegawai tinggi kerajaan. 3 Ini termasuk graduan pengajar profesional, akauntan dan juruaudit dan pereka sistem komputer dan penganalisis. 4 Ini termasuk guru bukan-graduan, penyelia dan juruteknik jentera dan juruteknik sokongan komputer. 5 Ini termasuk kerani pentadbiran, kerani akauntan dan kewangan dan operator telefon. 6 Ini termasuk tukang masak, pemandu pelancong dan pelayan. 7 Ini termasuk pekerja kebun, ladang dan perhutanan. 8 Ini termasuk mekanik dan pemasang, tukang kayu dan tukang jahit. 9 Ini termasuk pemasang peralatan, pemandu, dan operator mesin. 10 Ini termasuk jurujual jalanan, pembantu rumah dan pencuci, buruh binaan dan penyelenggaraan. Bagi tahun 2010-2020 – Anggaran berdasarkan trend masa lalu bagi tempoh 2000-2007. Sumber: RMKe-9 dan JPM, Laporan Bancian Tenaga Buruh Malaysia, 2007. 3.3.3 Corak Guna Tanah Corak guna tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dikategorikan kepada empat guna tanah utama iaitu: Guna Tanah Keluasan (hek) % Kawasan Tepubina 759,900 5.8% Pertanian 47.5% Hutan 6,268,300 44.8% Badan Air 5,902,000 1.9% Keluasan Semenanjung Malaysia 100% Sumber : Data GIS, Rancangan Fizikal Negara Ke-2 , 2010 251,500 13,181,700 i. Kawasan Tepu Bina RFN Ke-2 mendefinisikan kawasan tepu bina sebagai kawasan yang sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan bandar, meliputi pelbagai jenis guna tanah seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan kegunaan institusi serta kemudahan sokongan seperti jalan, utiliti awam, kawasan lapang, taman-taman dan tanah kosong. Kawasan tepu bina sedia ada merangkumi kira-kira 759,900 hektar atau 5.8% daripada jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah ini,   3-21

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 sebahagian besar kawasan tepu bina adalah di Wilayah Tengah di mana terletaknya pusat-pusat bandar besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka (Jadual 3.8 dan Rajah 3.6). Pusat bandar pada dasarnya merupakan nod aktiviti dan pusat tumpuan penduduk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai tumpuan tepu bina yang paling tinggi masing-masing sebanyak 92.6% dan 72.7% daripada jumlah keseluruhan kawasan. Manakala Kelantan hanya mempunyai 2.6% kawasan yang dikelaskan sebagai tepu bina. Jadual 3.8: Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 (‘000 hektar) Negeri Tepubina % Pertanian % Hutan % Badan Air % Jumlah Perlis 5.8 7.1 62.2 76.4 11.6 14.3 1.8 2.2 81.4 % 0.8 1.0 0.2 0.7 0.6 Kedah 52.2 5.5 531.1 56.1 344.7 36.4 18.7 2.0 946.7 % 6.9 8.5 5.8 7.4 7.2 Pulau Pinang 36.1 34.6 58.0 55.6 7.8 7.5 2.4 2.3 104.3 % 4.8 0.9 0.1 1.0 0.8 Perak 78.3 3.7 903.1 43.1 1,050.2 50.1 65.0 3.1 2,096.6 % 10.3 14.4 17.8 25.8 15.9 WILAYAH UTARA 172.4 5.3 1,554.4 48.1 1,414.3 43.8 87.9 2.7 3,229.0 % 22.7 24.8 24.0 35.0 24.5 Selangor 143.7 18.1 384.0 48.3 247.8 31.1 20.3 2.6 795.8 % 18.9 6.1 4.2 8.1 6.0 W.P. Putrajaya 3.2 72.7 0.7 15.9 0.0 0.0 0.5 11.4 4.4 % 0.4 0.0 0.0 0.2 0.0 W.P. Kuala Lumpur 22.4 92.6 1.2 5.0 0.1 0.4 0.5 2.1 24.2 % 2.9 0.0 0.0 0.2 0.2 Negeri Sembilan 57.1 8.6 446.3 67.1 158.1 23.8 3.9 0.6 665.4 % 7.5 7.1 2.7 1.6 5.0 Melaka 29.2 17.7 129.5 78.3 5.3 3.2 1.4 0.8 165.4 % 3.8 2.1 0.1 0.6 1.3 WILAYAH TENGAH 255.6 15.4 961.7 58.1 411.3 24.8 26.6 1.6 1,655.2 % 33.6 15.3 7.0 10.6 12.6 Johor 162.4 8.5 1,202.0 63.0 508.5 26.7 34.8 1.8 1,907.7 % 21.4 19.2 8.6 13.8 14.5 WILAYAH SELATAN 162.4 8.5 1,202.0 63.0 508.5 26.7 34.8 1.8 1,907.7 % 21.4 19.2 8.6 13.8 14.5 Pahang 80.2 2.2 1,450.5 40.4 2,024.8 56.4 36.8 1.0 3,592.3 % 10.6 23.1 34.3 14.6 27.3 Terengganu 50.1 3.9 537.9 41.5 656.3 50.7 50.6 3.9 1,294.9 % 6.6 8.6 11.1 20.1 9.8 Kelantan 39.2 2.6 561.8 37.4 886.8 59.0 14.8 1.0 1,502.6 % 5.2 9.0 15.0 5.9 11.4 WILAYAH TIMUR 169.5 2.7 2,550.2 39.9 3,567.9 55.8 102.2 1.6 6,389.8 % 22.3 40.7 60.5 40.6 48.5 JUMLAH 759.9 5.8 6,268.3 47.5 5,902.0 44.8 251.5 1.9 13,181.7 % 100 100 100 100 100 Nota: Keluasan setiap negeri mungkin berbeza dengan keluasan sebenar disebabkan oleh perbezaan data GIS. Namun, perbezaan tersebut bersifat marjinal dan boleh diterima untuk analisis spatial makro. Sumber : Data GIS, JPBDSM 2009 Jumlah Tanah Perhutanan berdasarkan data oleh Jabatan Perhutanan, 2008   3-22

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 3.6 : Guna Tanah Semasa, 2008  3-23 Sumber : Ran  cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 ii. Pertanian Kawasan pertanian, khususnya yang berada di sekitar pusat-pusat bandar, kini diancam oleh rebakan bandar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, tanah pertanian semakin dicerobohi dan ditukar syarat kegunaannya untuk memenuhi tambahan keperluan perumahan serta ruang lantai komersil dan permintaan tanah industri. Walaupun kehilangan tanah pertanian berlaku secara berterusan, pertumbuhan pembangunan yang terancang harus dilaksanakan untuk memastikan pembaziran atau kehilangan tanah pertanian yang bernilai tidak berlaku atau sekurang-kurangnya pada tahap minimum. Pengenalpastian Kawasan Pertanian Utama (KPU) adalah penting untuk memberi keutamaan kepada tanah pertanian yang perlu dipulihara dan disokong berdasarkan kawasan pengeluaran makanan dan komoditi makanan utama yang sedia ada dan berpotensi. RFN Ke-2 telah mengenal pasti KPU yang perlu dipulihara seperti berikut: a. Kawasan jelapang padi yang terdiri daripada Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin- Semerak; b. Kawasan tanaman padi di luar kawasan jelapang padi; c. Kawasan pertanian ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM); d. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering dan mengalami musim kering yang singkat; e. Kawasan pertanian dalam Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan tanah gambut dan tanah organik. Pada tahun 2006, keluasan keseluruhan KPU telah meningkat sebanyak 18.9% berbanding KPU dalam Peta Guna Tanah Pertanian tahun 2000. Ini disebabkan oleh peningkatan tanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2. Penanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2 telah meningkat masing-masing sebanyak 34.9% dan 40.4%. Kawasan pertanian yang telah dikenal pasti di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2 juga telah meningkat sebanyak 7.64%. Walau bagaimanapun, kawasan padi termasuk kawasan jelapang padi, telah mengalami penurunan sebanyak 7.9% sepanjang tempoh tahun 2000 hingga 2006. iii. Hutan Mengikut statistik daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pada tahun 2008, 5.9 juta hektar atau 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan Semenanjung Malaysia merupakan kawasan hutan. Daripada jumlah ini, hampir 4.8 juta hektar adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan hutan secara   3-24

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 mampan, dengan 2.0 juta hektar dikelaskan sebagai hutan perlindungan dan selebihnya iaitu 2.8 juta hektar sebagai hutan pengeluaran. Isu utama adalah kehilangan kawasan hutan dan pemecahan kawasan hutan. Adalah didapati bahawa kawasan perlindungan secara relatifnya masih selamat, namun kawasan rizab hutan dengan mudahnya dapat dinyahwarta kepada tanah hutan negeri, yang kemudiannya ditukar syarat kepada tanah pertanian. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, kawasan di dalam hutan simpan yang ditanam dengan getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar pada tahun 2007. Blok hutan dipterokarp tanah rendah terbesar yang masih kekal dan menjadi habitat utama bagi mamalia besar seperti gajah, harimau, seladang dan badak adalah Taman Negara dan hutan simpan di sekitarnya, seperti Taman Negara Endau-Rompin, Rizab Hidupan Liar Krau, dan juga kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Ibam (Pahang) dan Hutan Simpan Lenggor (Johor). Sebahagian besar hutan tanah rendah yang ada kini wujud secara berasingan, saiznya terlalu kecil atau terletak jauh terpencil sehingga tidak mampu menampung hidupan mamalia besar dalam jumlah yang tinggi pada masa hadapan. Sebahagian besar daripada dua kompleks hutan paya gambut utama di Utara Selangor dan Tenggara Pahang, telah mengalami kemusnahan teruk atau ditukar syarat untuk kegunaan pertanian. Pada masa kini, terdapat usaha untuk mengurus dan memulihkan kawasan penyerap karbon yang penting ini secara mampan. Ekosistem hutan di zon persisiran pantai berkemungkinan merupakan kawasan yang paling teruk terancam oleh tekanan pembangunan yang tinggi di kawasan ini. Akibatnya, hanya sebahagian hutan pesisir pantai yang unik yang masih tinggal, seperti Hutan Gelam di pantai timur, hutan dipterokarp pantai bukit di Terengganu dan Perak serta hutan paya air tawar di Sedili, Johor. iv. Badan Air Badan air yang merangkumi kawasan sungai utama, tasik empangan dan kolam, meliputi lebih kurang 1.9% daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Kategori ini termasuklah bekas lombong yang kebanyakannya terletak di Perak. Terdapat kawasan badan air yang agak kecil di Melaka (1.4 hektar), Perlis (1.8 hektar), Pulau Pinang (2.4 hektar) dan Negeri Sembilan (3.9 hektar). Kawasan badan air di Kedah dan Selangor yang masing-masing meliputi 2.0% dan 2.6% adalah sangat kecil iaitu 18,700 hektar dan 20,000 hektar berbanding dengan 65,000 hektar bagi Perak dan 50,600 hektar bagi Terengganu.   3-25

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 3.3.4 Corak Petempatan Semasa Corak petempatan semasa merupakan hasil daripada perubahan ekonomi dan sosio- ekonomi negara masa lampau dan masa kini, di mana ciri pengeluaran dan pengangkutan yang pelbagai mempengaruhi taburan geografi aktiviti dan juga penduduk. Selaras dengan proses pembangunan negara, perubahan dalam kedudukan politik, citarasa pengguna, gaya hidup dan teknologi telah menghasilkan ekonomi baru dan suasana ekonomi yang sentiasa berubah. Perubahan ini telah membawa perubahan terhadap pusat-pusat pengeluaran, bentuk bandar dan seterusnya corak petempatan. Perubahan ini berlaku secara perlahan disebabkan tekanan faktor sosial iaitu keengganan penduduk untuk membuat penyesuaian dan keinginan untuk mendapatkan semula keuntungan sepenuhnya kos infrastruktur dan pelaburan-pelaburan lain yang tinggi. Kemunculan rejim ekonomi baru tidak semestinya menghapuskan corak petempatan yang dihasilkan oleh rejim terdahulu, tetapi sebaliknya akan mendorong penyesuaian dan perkembangan ke atas petempatan tersebut. Perubahan dalam rejim ekonomi bagaimanapun boleh berlaku dengan pesat iaitu satu proses yang boleh ditingkatkan melalui penggunaan teknologi. Proses ini telah dan akan terus memberi kesan ke atas corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia. Corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia meliputi zon utama yang merangkumi bandaraya dan bandar, ladang-ladang dan tanah pertanian komersil yang maju di sepanjang Pantai Barat dari kaki bukit banjaran tengah sehingga ke kawasan pantai. Bandaraya dan bandar yang lebih besar kebanyakannya terlibat dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Bandar-bandar yang lebih kecil menyediakan perkhidmatan runcit dan perkhidmatan sokongan kerajaan, umumnya untuk orang awam, dengan beberapa aktiviti pembuatan yang berselerak. Walau bagaimanapun, masih terdapat aktiviti perkebunan terpencil dalam zon ini dan juga penumpuan aktiviti ini di pinggir zon utara di bahagian timur Kedah dan Perlis. Di bahagian timur banjaran tengah, zon pembangunan dan petempatan penduduk tidak kelihatan dengan jelas. Petempatan penduduk secara amnya adalah berselerak tetapi terdapat tumpuan petempatan di kawasan delta Kelantan, kawasan muara Terengganu dan bahagian barat kaki bukit Pahang, sepanjang Pantai Timur dan sepanjang sungai. Kebanyakan petempatan ini masih terlibat dalam aktiviti separa perladangan. Kawasan ini juga mempunyai petempatan baru yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah di Selatan Kelantan (KESEDAR), Terengganu Tengah (KETENGAH), Jengka, Pahang Tenggara (DARA) dan Johor Tenggara (KEJORA). Aktiviti industri telah bertapak di Kuantan dan selatan Terengganu serta kawasan tengah Pahang. Pelancongan pula telah menjadi penting di zon pantai dan kepulauan. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya, bahagian timur adalah kurang membangun berbanding dengan bahagian barat Semenanjung Malaysia.   3-26

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 3.7 : Perhubungan Hierarki Bandar  3-27 Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan dan lapangan terbang menyokong sistem petempatan negara. Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan perhubungan dan pengangkutan adalah lebih maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur. Satu lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai Barat manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai Timur) ke Pantai Timur kini telah pun disediakan. Terdapat landasan kereta api yang mengunjur sepanjang Pantai Barat, sementara landasan kereta api di Pantai Timur hanya meliputi sebahagian kawasan pantai timur yang melalui bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi kawasan di sepanjang pantai timur. Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama (Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang) dan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Pantai Barat. Sistem infrastruktur ini menggambarkan tumpuan ekonomi yang kuat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semenjak beberapa dekad yang lalu, Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar perbandaran yang pesat dengan peratusan penduduk menetap di kawasan bandar meningkat daripada 26.7% pada tahun 1970 kepada 65.4% pada tahun 2000. Penduduk bukan sahaja telah berpindah ke kawasan bandar, malah telah bertumpu di beberapa conurbation, iaitu di sekitar Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Jumlah penduduk di ketiga-tiga conurbation ini adalah hampir 54% daripada jumlah penduduk Semenanjung dan dijangka akan meningkat kepada 75% menjelang tahun 2020. Perbandaran tidak hanya bercirikan migrasi luar bandar ke bandar, tetapi juga migrasi terus ke kawasan conurbation, yang mengakibatkan pengurangan ketara ekonomi penduduk di kampung-kampung dan kawasan luar bandar. Walaupun kebanyakan kampung-kampung dapat mengekalkan penduduk yang sudah berusia, kampung- kampung terpencil dijangka akan mengecil dan lupus. Pusat-pusat bandar utama dan kecil di luar conurbation, kecuali beberapa bandar sahaja, turut mengalami kehilangan peratusan penduduk bandar kepada conurbation. Corak petempatan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN) adalah seperti berikut: i. Conurbation Pertumbuhan Negara : Conurbation Kuala Lumpur Conurbation Kuala Lumpur merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Nilai dan Seremban, dicadangkan sebagai Conurbation Pertumbuhan Negara. Secara dasarnya, kawasan Conurbation Kuala Lumpur menganjur daripada Kuala Selangor di utara ke Port Dickson di selatan. Conurbation Kuala Lumpur berpotensi untuk menampung penduduk seramai 10.37 juta orang atau 37% daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020. Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi   3-28

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 terhadap kualiti hidup penduduk di dalam conurbation. Kajian ini perlu juga mewujudkan zon kawasan hijau untuk memberi identiti kepada komuniti serta kawasan rekreasi wilayah. ii. Conurbation Pertumbuhan Wilayah Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah untuk keberkesanan pengagihan peluang ke arah merealisasikan keseimbangan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan penduduk yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah berskala spatial tahap wilayah-bandar, di mana kawasan pusat bandar menarik penduduk untuk bekerja dan memperolehi perkhidmatan, seperti membeli-belah dan riadah. Untuk memacu pembangunan di wilayah bersebelahan, kawasan tersebut perlu mempunyai saiz ruang dan critical mass yang mencukupi. Justeru, prestasi ekonomi wilayah-bandar akan meningkat secara signifikan melalui hubung kait fungsi yang lebih kuat dalam rantaian penawaran and aglomerasi ekonomi. Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan Wilayah seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan pedalaman yang lebih luas dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan menyokong pembangunan bandar-bandar kecil, perkampungan dan kawasan desa. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah seperti berikut;  Wilayah Utara - Conurbation George Town Conurbation ini merangkumi negeri Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation ini dirujuk sebagai Conurbation George Town. Dalam konteks Conurbation George Town, cadangan kawasan conurbation akan merentasi tiga negeri: Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation George Town dijangka akan menampung penduduk berjumlah 2.42 juta menjelang 2020.  Wilayah Selatan - Conurbation Johor Baru Conurbation Johor Baru dijangka menampung penduduk 2.4 juta menjelang 2020, dijangka akan meliputi bahagian selatan negeri Johor dari Tanjung Pelepas di sebelah barat sehingga ke Pasir Gudang di sebelah timur.  Wilayah Timur - Conurbation Kuantan Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah, walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka   3-29

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 berkembang ke arah selatan Terengganu dengan anggaran penduduk 1.4 juta dan akan berfungsi sebagai pusat fokus pertumbuhan pantai timur. iii. Conurbation Separa Wilayah Ipoh dan Melaka akan berperanan sebagai Conurbation Separa Wilayah untuk menyokong Conurbation Pertumbuhan Wilayah. Dalam tempoh masa selepas tahun 2020, bergantung pada pembangunan rangkaian rel berkelajuan tinggi, Melaka berpotensi menjadi satu connective conurbation pertumbuhan selatan kepada Conurbation Kuala Lumpur. iv. Conurbation Pertumbuhan Negeri Ibu-ibu negeri sedia ada seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu termasuk di dalam hierarki di peringkat ini. Ibu-ibu negeri ini akan berperanan sebagai pusat pentadbiran utama, komersial, kewangan, sosial dan pusat kebudayaan untuk negeri. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi kebanyakan ibu negeri ini mungkin tidak dapat berkembang dari segi ekonomi akibat dari persaingan global yang sengit. v. Conurbation Pertumbuhan Daerah Dalam konteks Semenanjung, terdapat sebilangan pusat bandar yang berada di peringkat yang lebih rendah, yang mempunyai aktiviti pembuatan dan perkhidmatannya sendiri. Pusat-pusat bandar ini membekalkan perkhidmatan dan barangan bukan sahaja kepada pasaran antarabangsa, malahan juga kepada kawasan luar bandar. Contoh bagi bandar-bandar yang telah membangun ini ialah Muar-Batu Pahat-Kluang, dan pusat-pusat yang sedang muncul ialah Temerloh- Mentakab dan Sitiawan-Lumut-Manjung. vi. Pusat Petempatan Utama dan Kecil Bandar-bandar dengan bilangan penduduk di antara 10,001 hingga 100,000 dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Kebanyakan daripada bandar-bandar ini didapati tidak berkembang, kecuali bagi bandar-bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation dan bandar- bandar berciri khas seperti Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung atau bandar-bandar yang lebih besar seperti Muar-Batu Pahat-Kluang. Ini adalah kesan daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia. Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang. Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti   3-30

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 perindustrian seperti bandar-bandar lain yang terletak di dalam lingkungan pengaruh conurbation, atau mengembangkan ekonomi mereka berdasarkan kepada ciri-ciri khas, maka pertumbuhan bandar-bandar tersebut akan terus terhad. Pada masa yang sama, disebabkan peningkatan pendapatan di pusat-pusat bandar besar, petempatan kecil ini berhadapan dengan tekanan migrasi keluar terutamanya di kalangan golongan muda. Pada amnya, ini mengakibatkan pengurangan penduduk, walaupun keseluruhan keadaan ekonomi bandar tersebut mungkin tidak merosot. Proses kemerosotan bandar-bandar ini berkemungkinan agak perlahan kerana peniaga generasi tua akan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun menghadapi marginalisasi yang berterusan. Bagaimanapun, anak-anak peniaga- peniaga ini dijangka tidak akan meneruskan perniagaan ini dan akan lebih cenderung untuk berpindah keluar, dan seterusnya menyumbang kepada pergerakan penduduk ke conurbation. Sebaliknya, pusat petempatan utama dan kecil yang terletak di dalam kawasan pengaruh conurbation adalah lebih cenderung untuk diserapkan dan menjadi bandar satelit atau kawasan pinggiran metropolis utama di dalam conurbation tersebut. Bandar-bandar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan perubahan yang mendadak dalam asas pekerjaan. Pada dekad yang lepas, beberapa bandar seperti Nilai, Rawang, Balakong, Senai dan Ulu Tiram telah mengalami perubahan ini. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lebuh raya dan perhubungan kereta api komuter mengunjur keluar dari conurbation ke kawasan luarnya, lebih banyak pusat petempatan utama dan kecil akan mendapat faedah daripada perkembangan pembangunan dari pusat bandar. Suntikan pelaburan buatan di bandar-bandar yang sedang merosot tidak akan menghasilkan keberkesanan ekonomi. Dasar kerajaan tidak sepatutnya menghalang perubahan demografi ini tetapi perlu membantu pusat petempatan utama dan kecil menjadi maju. Bandar-bandar ini masih diperlukan oleh penduduk luar bandar walaupun ia hanya dapat menampung sebilangan penduduk berniaga. Pengusaha dari bandar-bandar ini perlu mewujudkan perhubungan di antara ekonomi perbandaran di bandar dan kawasan luar bandar. Sokongan perlu diberi kepada pengusaha pertanian, perkhidmatan dan lain-lain enterpris. Program pendidikan dan latihan bagi menyediakan golongan muda untuk berhijrah keluar dan diintegrasikan dengan ekonomi bandar hendaklah digalakkan. vii. Pusat Pertumbuhan Desa Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan,   3-31

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 petempatan estet pertanian, petempatan Orang Asli, petempatan FELDA dan juga FELCRA. Pada masa kini, kawasan petempatan desa termasuk dalam kategori tanah yang dikenali sebagai ‘pertanian’. Sumber pendapatan utama bagi petempatan ini adalah pertanian, terutamanya penanaman kelapa sawit, getah, padi dan dusun buah-buahan. Pertanian sayur- sayuran dijalankan di lokasi yang spesifik seperti Cameron Highlands, Lojing, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Tumpat dan juga Sepang; manakala tanaman lain seperti tanaman ladang, rempah dan herba ditanam di kawasan yang lebih kecil. Untuk pendapatan sambilan, mereka turut memelihara binatang ternakan dan terlibat dalam pengeluaran akuakultur. Bagi nelayan, kebanyakan mereka terbabit dengan penangkapan ikan persisiran pantai. Dalam proses perbandaran dan migrasi keluar luar bandar, sebilangan besar petempatan desa dijangka mengalami kekurangan penduduk dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Keadaan ini mungkin memerlukan pengumpulan penduduk luar bandar di PPD, di mana penyediaan perkhidmatan boleh ditambah baik dan dipertingkatkan. Perkhidmatan desa khususnya pendidikan dan kesihatan, perlu dinilai semula agar dapat dipadankan dengan struktur baru penduduk luar bandar. Isu atau cabaran utama di kawasan petempatan desa adalah pendapatan yang rendah di kalangan penduduk luar bandar yang bergantung tinggi kepada hasil pertanian. Ini disebabkan oleh saiz tanah pertanian yang dimiliki atau dikerjakan oleh setiap petani adalah terlalu kecil untuk membolehkan mereka memiliki pendapatan yang memuaskan. Walaupun peneroka FELDA yang merupakan contoh terbaik bagi golongan petani berpendapatan memuaskan, mereka hanya memiliki tanah seluas 3.2 hektar bagi setiap keluarga, manakala purata pegangan bagi pekebun kecil RISDA adalah 2.3 hektar. Kebanyakan petani di perkampungan tradisional pula bekerja di kebun dengan keluasan kurang dari 2 hektar.   3-32

BAB 4 Strategi Pembangunan RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 BAB 4 STRATEGI PEMBANGUNAN Strategi pembangunan mempunyai implikasi penting terhadap prestasi ekonomi dan kualiti kehidupan di Semenanjung Malaysia. Strategi pembangunan yang dipilih bermatlamat untuk menjadikan negara ini suatu tempat yang menarik untuk didiami, bekerja, berekreasi, melabur, berniaga dan melancong. Untuk mencapai matlamat tersebut, tanah yang mencukupi dan bersesuaian perlu disediakan bagi menyokong inisiatif perniagaan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta menyediakan infrastruktur dan utiliti. Pada masa yang sama, mempertingkatkan kesesuaian untuk didiami, memudahcara pembangunan semula bandar, melindungi alam sekitar dan menggunakan sumber asli secara berhemah. Pada tahun 2020, dianggarkan hampir 75% daripada jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia akan menetap dalam kawasan bandar. Justeru, peruntukan perlu disediakan untuk menampung kira-kira 4.7 juta tambahan penduduk antara tahun 2010 hingga 2020. Kira-kira 1.92 juta pekerjaan baru, kebanyakannya perkhidmatan tertiari perlu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bagi menyokong pertambahan peratusan penduduk dalam kumpulan umur bekerja serta kebarangkalian berlakunya pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan beberapa industri pembuatan berintensifkan buruh dan industri perkilangan bernilai tambah rendah. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 200,000 hektar tanah bandar diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang. Dalam menentukan strategi yang dipilih, isu-isu di peringkat negara dan global, peluang serta keperluan telah diambilkira sebagai asas utama dalam pembentukan dasar-dasar perancangan spatial negara. 4.1 Konsep Strategi Pembangunan Strategi pembangunan RFN telah dikaji semula dan ditambah baik untuk menyediakan satu ekspresi geografi dan tindak balas spatial yang proaktif terhadap perubahan semasa termasuk komitmen konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim. Masalah kelembapan ekonomi global semasa, pengurangan perbelanjaan awam oleh Kerajaan, konsep 1Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, koridor pertumbuhan wilayah dan lain-lain teras pembangunan strategik utama negara seperti RRJP3, RMKe- 9, Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), Dasar Pertanian Negara Ke-3 (NAP3), perhutanan, pelancongan, pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pengangkutan, tenaga dan teknologi hijau telah dikaji dan dianalisis. Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi, terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial memerlukan negara untuk:   4‐1 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara yang disokong oleh infrastruktur strategik utama; ii. Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi; iii. Mempromosikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang; iv. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber alam semula jadi; v. Melindungi kualiti dan kepelbagiaan spatial dan alam sekitar; dan vi. Memudahcara perhubungan dan integrasi sosial di antara negeri secara bersepadu. Dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN adalah berdasarkan Strategi Pembangunan Tumpuan Terpilih yang merupakan tindak balas perancangan fizikal untuk menangani persaingan sengit daripada peningkatan ekonomi global dan liberalisasi perdagangan. Pra syarat utama adalah untuk menjanakan kadar pertumbuhan mampan yang tinggi, khususnya melalui perindustrian yang pesat bagi mencapai Wawasan 2020. Sehubungan ini, fokus pembangunan khusus ditumpukan kepada tiga wilayah geografi, iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang mengemukakan ciri-ciri, isu dan potensi pembangunan yang hampir sama. Strategi pembangunan untuk Wilayah Pantai Barat adalah untuk memudahcara perkembangan perbandaran dan industri serta memastikan penggunaan infrastruktur yang optimum. Pembangunan tertumpu di tiga conurbation pertumbuhan utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Infrastruktur strategik utama di pintu masuk antarabangsa utama dan hab negara seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang akan dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nilai ditambah tinggi di setiap conurbation utama. Sektor swasta, khususnya pelaburan langsung asing akan memacu pertumbuhan pesat tersebut. Penumpuan bagi Wilayah Pantai Timur adalah dalam Conurbation Kuantan untuk pembangunan sektor industri dan perkhidmatan, manakala inisiatif pembangunan di Kota Bharu akan ditumpukan kepada perdagangan merentas sempadan dengan Thailand. Potensi pelancongan wilayah ini juga akan diekploitasikan dan dipertingkatkan dengan penglibatan aktif para penduduk dalam ekonomi moden melalui program pembangunan pendidikan dan sosial. Terdapat juga potensi yang tinggi untuk meletakkan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk pelancongan antarabangsa bagi Wilayah Pantai Timur berdasarkan kesediaan pelbagai produk pelancongan dalam negeri tersebut dan mempertingkatkan lapangan terbang sedia ada ke taraf antarabangsa. Tumpuan pembangunan bagi Banjaran Tengah adalah untuk mewujudkan dan melindungi Central Forest Spine (CFS) melalui integrasi rizab-rizab hutan bagi memulihara biodiversiti, mengawal dan menghadkan perkembangan bandar dan pertanian serta mempertingkatkan potensi pelancongan di kawasan tanah tinggi. Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh. Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan   4‐2 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 memperkenalkan strategi pembangunan Serakan Tertumpu dalam Koridor Pembangunan. Konsep koridor pembangunan diperkenalkan berlandaskan trend pembangunan semasa yang dipengaruhi oleh pasaran dan keperluan untuk mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan perkhidmatan perbandaran sedia ada dan komited dalam pusat-pusat bandar strategik disebabkan kekangan kewangan bagi penyediaan infrastruktur berintensifkan modal. Teras utama bagi strategi pembangunan yang dikaji semula adalah untuk menumpukan sumber negara yang terhad kepada beberapa pusat bandar terpilih dengan potensi pertumbuhan tertinggi untuk penjanaan pekerjaan di sepanjang koridor ekonomi utama seperti Bentong dan Temerloh-Mentakab, di samping memelihara kawasan luar bandar dan alam sekitar. Pengagihan sumber-sumber terhad ini secara menyeluruh ke seluruh negara, akan menghasilkan outcome yang kurang berkesan dan membawa kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh itu, pembangunan baru dan pembangunan semula bandar pada masa hadapan, akan bertumpu terutamanya di conurbation bandar terpilih dan nod-nod bandar strategik utama dalam koridor-koridor pertumbuhan untuk mengelakkan rebakan bandar, memulihara kawasan desa dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan di wilayah kurang maju. Sebagai enjin pertumbuhan utama, pusat-pusat bandar terpilih ini akan menjanakan kesan sampingan untuk memangkin pembangunan dalam lingkungan kawasan pedalamannya, justeru memperkukuhkan hubungkait fungsi dan sinergi ekonomi bandar- luar bandar. Kerajaan akan berusaha untuk menyokong pertumbuhan pusat bandar strategik terpilih melalui pelaksanaan inisiatif projek flagship berimpak tinggi dan kemudahan infrastruktur utama. Beberapa contoh inisiatif tersebut adalah Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Pertanian dan Taman Industri Halal. Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Koridor pembangunan utama dikenal pasti melalui conurbation dan nod bandar utama yang dihubungi oleh lebuh raya, cadangan rel berkelajuan tinggi dan disokong oleh pelabuhan serta lapangan terbang utama. Sebagai pintu masuk antarabangasa dan zon ekonomi utama, inisiatif dan enterpris berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan seperti aktiviti multimedia, penyelidikan bioteknologi, industri kreatif dan pembangunan pelancongan khusus iaitu MICE, akan dipromosi dan disokong untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran eksport negara yang khusus dan spesifik. Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di   4‐3 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 sekitarnya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan tempatan, pusat pekerjaan, pintu masuk bagi bekalan dan pasaran untuk mengeksploitasi dan mengakses sumber-sumber ekopelancongan dan pertanian di kawasan pedalaman. (Jadual 4.1 dan Rajah 4.1). Jadual 4.1: Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan Koridor Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama Pembangunan Koridor Pembangunan Utama 1.Koridor Utara- Koridor ini, yang mengunjur dari  Rancangan wilayah conurbation bagi Conurbation Kuala Lumpur, George Town Selatan Kangar di utara ke Johor Bahru di selatan (875km), merupakan koridor dan Johor Bahru. pertumbuhan yang paling maju di  Mengurus pertumbuhan bandar untuk Semenanjung. Ia juga merupakan mengelakkan rebakan bandar melalui kawasan perbandaran terbesar dalam strategi pengurusan pertumbuhan mampan. negara dengan kebanyakan bandar- bandar besar dan ibu negeri terletak  Mempromosikan dan menyokong ekonomi dalam koridor ini. berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Fokus Sektor Ekonomi  Cadangan Jaluran Industri untuk Pembangunan bandar, pembangunan pembangunan kluster nilai ditambah tinggi. industri, sektor berasaskan pengetahuan, sektor perkhidmatan,  Rel berkelajuan tinggi untuk pertanian: memperkukuhkan koridor.  Jaluran Industri Utama.  Lebuh raya Persisiran Pantai untuk melengkapi lebuh raya Utara-Selatan.  Kebanyakan kluster berasaskan pengetahuan termasuk Hab Pendidikan.  Jaluran Makanan utama dengan empat kawasan jelapang padi utama.  Disokong oleh Rel Wilayah, lebuh raya Utara-Selatan dan tiga pelabuhan utama (Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Tanjung. Pelepas), dan lapangan terbang antarabangsa utama (KLIA, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Senai) 2.Koridor Pantai Koridor ini mengunjur dari Kota Bharu  Pelancongan persisiran pantai dengan Timur di utara ke Johor Bahru di selatan, tumpuan di Desaru, Rompin, Mersing, Kuala dengan jarak 689 km. Pahang, Kuantan, Dungun, Besut, Merang Fokus Sektor Ekonomi dan Tumpat. Pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, kluster industri, sektor  Pembangunan kluster industri di nod terpilih berasaskan pengetahuan, pertanian: dalam Conurbation Bandar Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.  Berpotensi sebagai destinasi pelancongan persisiran pantai dan  Penubuhan SEZ untuk memacu pelancongan pulau utama. pembangunan wilayah.  Hab Minyak, Gas dan Petrokimia.  Pembangunan Hab Petrokimia di Kerteh dan Gebeng.  Pembangunan kluster industri berasaskan sumber dan pertanian di  Pembangunan Hab Pendidikan termasuk kawasan terpilih. universiti dan pusat-pusat pendidikan tinggi (UMP, UMT dan UMK).  Lebuh raya baru (LPT2 dan LPT3 ke arah utara).  Rel berkelajuan tinggi menghubungkan Kuantan ke Kota Bahru di sebelah utara.   4‐4 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Koridor Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama Pembangunan 3. Koridor Tengah Koridor ini meliputi kawasan dari Kuala  Penumpuan pembangunan kluster industri di Timur-Barat Lumpur ke Kuantan di Pantai Timur nod terpilih dan limpahan industri dari (260km) dan merupakan koridor Lembah Klang terutama di Bentong. pertumbuhan timur-barat utama.  Penubuhan SEZ di Conurbation Kuantan. Fokus Sektor Ekonomi  Rangkaian rel berkelajuan tinggi. Kluster Industri, pembangunan pertanian, pelancongan:  Pembangunan Conurbation Daerah di Temerloh – Mentakab.  Koridor industri sekunder yang penting.  Pembangunan terkawal di Kawasan Pengurusan Khas : Genting Highlands –Bukit  Saluran utama untuk menyebarkan Tinggi–Janda Baik. pembangunan ke Pantai Timur.  Potensi hubungan logistik antara negara-negara Asia Pasifik dan negara-negara di Barat dan Asia Selatan.  Bandar Hiburan di Genting Highlands.  Disokong oleh Jalan Persekutuan 2 dan Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1) KORIDOR SUB-PEMBANGUNAN 4.Sub-Koridor Koridor ini berkembang dari Kota  Rangkaian Ekologi Utama (PL1) telah dikenal Utara-Selatan Bharu di utara ke Segamat di selatan pasti di Sungai Yu (Kuala Lipis utara) untuk (584km). lintasan hidupan liar terutamanya bagi Fokus Sektor Ekonomi harimau dan gajah. Pertanian, pelancongan,  Cadangan lebuh raya utama yang baru di pembangunan kluster industri bawah HNDP2 (Rancangan Pembangunan (terutama industri berasaskan sumber Rangkaian Lebuh raya Ke-2) dan pertanian): menghubungkan Segamat ke Gua Musang (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan  Dijadikan pintu masuk bandar dan yang terletak dalam Rangkaian Ekologi yang menyediakan perhubungan ke dikenal pasti dalam koridor) destinasi ekopelancongan utama (Taman Negara dan Banjaran  Tiga Kawasan Pengurusan Khas melibatkan Tengah). Cameron Highlands -Lojing-Kinta, Bukit Fraser dan Genting Highlands-Bukit Tinggi-  Zon pertanian yang penting Janda Baik dengan fokus terhadap terutama untuk buah-buahan, pelancongan tanah tinggi dan pertanian. tanaman, pusat bioteknologi herba  Bandar-bandar utama dikenal pasti untuk dan pertanian tanah tinggi. penumpuan pelaburan ekopelancongan,  Menghubungkan kawasan-kawasan binatang ternakan, taman herba dan tanaman tumpuan kemiskinan di barat di bawah Pelan Induk ECER akan Pahang dan selatan Kelantan. merangkumi Kuala Krai, Tanah Merah, Gua  Disokong oleh Central Spine Link Musang, Kuala Lipis, Bentong, Raub dan (FR 8 dan FR 9) dan rangkaian rel. Temerloh-Mentakab. 5.Sub-Koridor Mengunjur dari Pulau Pinang ke Kota  Satu Rangkaian Ekologi Primer (PL2) telah Timur-Barat Bharu (386km). dikenal pasti dari Gerik ke Jeli (memerlukan Fokus Sektor Ekonomi viaducts untuk lintasan haiwan, terutamanya Pelancongan, perdagangan gajah di lokasi terpilih dan kawasan sempadan: pembangunan pertanian di sepanjang koridor ini).  Rangkaian jalan utama untuk  Hubungan lebuh raya utama dari Pulau bandar-bandar sempadan Trans Pinang-Kulim-Pengkalan Hulu-Gerik-Jeli- Nasional. Rantau Panjang di bawah HNDP2.  Hubungan jalan terus dari Kota  Inisiatif Pembangunan Merentas Sempadan Bharu ke Pulau Pinang. Bersepadu, melibatkan Pengkalan Hulu,  Dibangunkan sebagai koridor Bukit Bunga, Rantau Panjang, Pengkalan keselamatan untuk mengelakkan Kubur dan bandar-bandar sempadan di pemberontakan. Thailand.  Habitat ekologi dan rezab hidupan liar yang penting termasuk Taman Negeri DiRaja Belum, Hutan Simpan Temenggor dan destinasi ekopelancongan di Pulau Banding.   4‐5 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Koridor Ciri-ciri Utama Fizikal Inisiatif Pembangunan Utama Pembangunan 6.Sub-Koridor Mengunjur dari Lumut-Ipoh-Cameron  Dua Rangkaian Ekologi Primer telah dikenal Lumut-Gua Highlands -Gua Musang-Kuala Musang-Kuala pasti di koridor ini. Terengganu Terengganu (586 km).  Inisiatif utama berkaitan dengan pertanian 7.Sub-Koridor Kuantan-Muar Fokus sektor ekonomi tanah tinggi dan pembangunan perbandaran Kluster industri, pelancongan: telah dikenal pasti di Lojing, Gua Musang (tanaman, ternakan, herba) dan Tasik Kenyir  Conurbation Lumut-Sitiawan- (pelancongan) di bawah Pelan Induk ECER. Manjung.  Koridor perindustrian tempatan utama (Lumut-Ipoh).  Koridor Ekopelancongan tanah tinggi utama (Ipoh-Tasik Kenyir).  Pengkalan Tentera Laut Lumut  Bandar Baru Sri Iskandar  Universiti PETRONAS. Sub-Koridor yang penting  Berpotensi untuk dibangunkan sebagai menghubungkan Muar-Segamat- Jaluran Pertanian yang penting untuk negara. Muadzam Shah-Kuantan (336km).  Pembangunan lebuh raya utama baru yang Fokus Sektor Ekonomi menghubungkan bandar Kuantan-Muadzam Pembangunan pertanian, Shah-Segamat-Muar dibawah HNDP2. pelancongan, kluster industri:  Pembangunan pertanian untuk kelapa sawit, tanaman dan ternakan.  Hubungan ke tapak RAMSAR iaitu Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau-Rompin.  Pelabuhan darat di Segamat  Disokong oleh Jalan Persekutuan 12. 4.2 Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi dunia, di mana nilai dagangan (import dan eksport) bagi barangan dan perkhidmatan adalah bersamaan dua kali ganda KDNK. Industri berorientasikan eksport menguncup sebanyak 24.7% pada permulaan tahun 2009 disebabkan krisis kewangan global dan permintaan dunia yang semakin lemah. Pertumbuhan negatif dicatatkan dalam sub-sektor utama, terutamanya sektor- sektor elektrik dan elektronik (E&E), produk kayu, tekstil dan produk getah. Industri berorientasikan domestik juga menguncup sebanyak 18.7% pada bulan Januari 2009 berpunca daripada kemerosotan dalam industri berkaitan dengan pembinaan. Sejak pertengahan tahun pertama 2009, terdapat pemulihan yang stabil dalam perdagangan. Antara bulan Januari dan Julai tahun 2009, eksport telah meningkat dengan kadar purata 5.4% bulan ke bulan dan jumlah dagangan telah meningkat sebanyak 6.6%. Bulan Januari 2009 mengalami kesan paling teruk di mana jumlah dagangan berada di bawah paras 30% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan langsung asing di Malaysia bagi tempoh tahun 2003-2008 adalah RM146.4 bilion untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan. Pelaburan langsung asing mula mengalir keluar dari Malaysia sejak 15 tahun yang lalu; dan trend ini masih berterusan kerana negara-negara membangun lain bersaing untuk memberi lebih banyak insentif.   4‐6 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 4.1 : Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu 4‐7  Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.2 menunjukkan kedudukan Malaysia di dalam kedudukan daya saing global berdasarkan World Competitiveness Scoreboard Ranking1. Kedudukan indeks daya saing global bagi Malaysia meningkat dari tempat ke-30 pada tahun 2000 kepada tempat ke-21 pada tahun 2008 di kalangan 134 ekonomi mendahului beberapa ekonomi negara maju. Namun begitu, kedudukan Malaysia jatuh 3 tempat kepada tempat ke-24 pada tahun 2009. Dalam kedudukan papan skor daya saing dunia pula, Malaysia telah menjadi lebih berdaya saing sejak 9 tahun yang lalu dengan menduduki tempat ke-18 pada tahun 2009 berbanding tempat ke-27 pada tahun 2000. Kedudukan Malaysia juga telah meningkat kepada tempat ke-10 bagi 2010 dan mengatasi beberapa negara maju termasuk Netherlands (tempat ke-12), Denmark (tempat ke-13), Britain (tempat ke-22), Thailand (tempat ke-26) dan juga lebih berdaya saing daripada Korea Selatan (tempat ke-23). Tiga kedudukan teratas diduduki oleh Singapura (tempat pertama), Hong Kong (tempat kedua) dan Amerika Syarikat (tempat ketiga). Negara perlu berusaha gigih untuk mengekalkan pencapaian ini dengan meneruskan pelaksanaan dasar, proses dan prosedur yang telus dan diperkemaskan bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan supaya dapat terus berdaya saing di peringkat global. Jadual 4.2: Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global Malaysia 2000 2005 2008 2009 30 24 21 24 Kedudukan Indeks Daya Saing Global (Global Competitiveness Index Rankings)1 27 28 19 18 Kedudukan Papan Skor Daya Saing Dunia (World Competitiveness Scoreboard Rankings) Sumber: 1. Pelbagai Isu-isu dalam Global Competitiveness Report. 2. Buku Tahunan IMD World Competitiveness. Isu-isu ekonomi utama yang akan mempengaruhi perancangan ekonomi Malaysia dalam lima tahun akan datang adalah: i. Pemulihan ekonomi dunia dan impaknya ke atas perdagangan; ii. Keperluan untuk merangka semula dasar persekitaran bagi mengekalkan daya saing dan menarik pelaburan secara berterusan; iii. Langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan pembangunan dicapai oleh mereka yang memerlukannya dan memaksimumkan potensi untuk pencapaian matlamat Wawasan 2020. Dengan mengenal pasti kekangan dalam dasar-dasar semasa, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) pada tahun 2009, yang dijangka akan meningkatkan produktiviti para pekerja melalui inovasi dan pengetahuan. Ini diharap akan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Selaras itu, penekanan juga diberi kepada penggunaan domestik. Pada Jun 2009, kerajaan telah meliberalisasikan pelaburan asing di sektor-sektor utama. Peraturan-peraturan mengenai pelaburan asing dilonggarkan, sementara 27 sektor perkhidmatan telah diliberalisasikan daripada peruntukan pemilikan bumiputera, sebagai satu kaedah untuk menambah baik persekitaran pelaburan. Dalam aspek ini, Kerajaan                                                             4‐8  1 Forum Ekonomi Dunia : Global Competitiveness Report, membincangkan asas‐asas mikroekonomi dan makroekonomi bagi tahap daya saing negara.   

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 telah menubuhkan sebuah firma ekuiti swasta yang diberikan mandat untuk membantu membangunkan usahawan-usahawan bumiputera. Strategi-strategi ini diperincikan dalam RMKe-10 dan lima Teras Misi Nasional telah diumumkan. Strategi-strategi RMKe-10 dijangka akan meningkatkan Indeks Kasar Negara (GNI) per kapita iaitu RM38,845 pada tahun 2015, yang akan meletakkan Malaysia ke arah negara maju. Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam MBE kelak. Dengan strategi-strategi ini, EPU telah meramalkan bahawa KDNK akan berkembang pada 6.0% setiap tahun bagi sepanjang tempoh RMKe-10. Dengan trend ini, KDNK Semenanjung Malaysia akan mencapai RM740.3 bilion pada tahun 2020. IMP3 (2006-2020), bermatlamat untuk melonjakkan perindustrian negara ke tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan berintegrasi terhadap pembangunan industri dan ekonomi. IMP3 memberikan penekanan tinggi terhadap transformasi dan inovasi dalam sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan. Strategi IMP3 telah melangkaui strategi pembuatan berdasarkan kluster, untuk meliputi lain-lain sektor seperti perkhidmatan, Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) dan sebagainya. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan outcome. Malaysia sedang beralih ke arah sektor perkhidmatan untuk kekal di hadapan dalam persaingan. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk menyokong peralihan ini. Penguasaan bahasa Inggeris merupakan suatu kelebihan untuk melonjakkan sektor perkhidmatan. Oleh itu rangka kerja dan strategi pembangunan RFN Ke-2 telah melalui perubahan spatial untuk diintegrasikan dengan strategi pembangunan pembuatan-perkhidmatan secara holistik yang diterima pakai oleh IMP3. 4.2.1 Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi Penilaian ekonomi semasa negara menunjukkan Malaysia terperangkap di dalam jerat ekonomi berpendapatan sederhana di mana ianya terhimpit di antara pengeluar- pengeluar berpendapatan rendah yang mengalami pertumbuhan perlahan dengan ekonomi-ekonomi berkemahiran tinggi yang mana Malaysia tertekan untuk menjanakan pemacu pertumbuhan baru apabila perolehan kecekapan berakhir. KDNK per kapita semasa untuk Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak USD$6,970 (Jadual 4.3) yang meletakkan negara dalam kelompok berpendapatan sederhana tinggi. Situasi ini terjadi disebabkan negara-negara membangun lain menggunakan strategi yang serupa dengan Malaysia, di mana mereka mempunyai kelebihan dari aspek penawaran gaji rendah atau ketersediaan sumber-sumber asli. Kerajaan telah mengumumkan sasaran memajukan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ke arah ini, kerajaan akan berusaha mewujudkan strategi-strategi baru dalam sektor perkhidmatan baru, strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan, menggalak dan menyokong inovasi serta idea-idea yang didorong oleh modal insan berkepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi. Rancangan dan strategi ini disokong oleh perubahan dalam dasar-dasar untuk menyokong aktiviti yang menjanakan   4‐9 

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 lebih banyak nilai ditambah tinggi, mewujudkan sumber baru bagi pertumbuhan ekonomi dan memanfaatkan aktiviti berasaskan pengetahuan dalam sektor-sektor ekonomi tradisional. Justeru, kerajaan akan terus membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran, menarik pelaburan asing yang membawa masuk teknologi dan pasaran yang baru serta menyokong syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan strategi- strategi berasaskan inovasi. Strategi IMP3 berusaha untuk mentransformasikan sektor industri di Malaysia menjadi syarikat-syarikat berdaya saing global. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembangunan Lembah Bioteknologi untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Wawasan 2020 memperkukuhkan strategi ini dan telah diterjemahkan ke dalam dasar-dasar sektoral. MBE yang diumumkan pada April 2010 telah menyediakan hala tuju strategik untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerat ekonomi berpendapatan sederhana. Jadual 4.3 : Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN Kumpulan Pendapatan KNDK Per Kapita (USD$) Negara-negara ASEAN > 11,906 Brunei, Singapura Pendapatan Tinggi 3,856 - 11,905 Malaysia (USD$6,970 - 2008) 976 - 3,855 Indonesia, Filipina, Thailand Pendapatan Sederhana < 975 Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam Tinggi Pendapatan Sederhana Rendah Pendapatan Rendah Sumber: Bank Dunia, 2009 Kesemua strategi ini bertujuan untuk memberikan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ianya bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Pendapatan setahun bagi negara yang berpendapatan tinggi dianggarkan sebanyak US$13,426 per kapita menjelang tahun 2020 (RM46,991 pada kadar penukaran US$1 = RM3.50). Untuk mencapai tahap pertumbuhan tersebut, ekonomi negara perlu berkembang pada kadar yang lebih tinggi. Jadual 4.4 menunjukkan KDNK per kapita (harga bagi tahun 2000) konservatif yang dianggar sebanyak RM27,000 menjelang tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia yang meletakkan negara dalam kumpulan berpendapatan sederhana tinggi. Justeru, objektif- objektif MBE dan strategi-strateginya perlu dilaksanakan dengan efektif bagi mencapai sasaran USD15,000 per kapita menjelang tahun 2020.   4‐10

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 4.4 : Anggaran Per Kapita Bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020 Wilayah Harga KDNK Per Kapita (RM) Purata Pertumbuhan dalam tahun 2000 Setahun (%) 2000 2010 2020 2000-2010 2010-2020 Wilayah Utara 12,215 14,714 21,774 1.9 4.0 Wilayah Tengah 20,767 24,883 32,887 1.8 2.8 Wilayah Selatan 13,294 15,322 21,483 1.4 3.4 1.2 4.5 Wilayah Timur 14,388 16,133 25,156 1.7 3.5 1.6 3.4 Semenanjung Malaysia 16,046 18,965 26,879 Malaysia 15,170 17,762 24,898 Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU 2001-2010 4.3 Proses Perbandaran Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami kepesatan dalam perbandaran hasil daripada perubahan struktur ekonomi daripada kebergantungan dalam sektor perlombongan dan pertanian kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Walaubagaimana pun, selain daripada proses perbandaran yang pesat, telah muncul juga satu trend yang kurang menonjol tetapi amat signifikan kepada pembangunan bandar dalam tempoh banci tahun 1991-2000. Ini adalah pemusatan tumpuan penduduk bandar di beberapa wilayah bandar, iaitu di sekitar Conurbation Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Malaysia mempunyai hierarki perbandaran yang kukuh, yang telah dibangunkan semenjak awal abad ke-19. Hierarki ini terus membentuk satu asas geografi yang mampan untuk memodenisasikan sektor perindustrian dan ekonomi negara. Kini, satu pola polisentrik pusat-pusat bandar yang saling berkait telah wujud, dengan Conurbation Kuala Lumpur menjadi sebuah ‘bandar maju’ yang disokong oleh Conurbation George Town, Johor Bahru dan Kuantan (Rajah 4.1). Bagi mengelakkan Conurbation Kuala Lumpur menjadi satu-satunya bandaraya utama yang berpengaruh, tindakan-tindakan awal perlu diambil untuk mengelakkan bandar ini daripada menjadi tumpuan penduduk dan kapasiti produktif di dalam satu conurbation utama. RFN Ke-2 memperakui trend-trend tersebut merupakan sebahagian daripada proses globalisasi yang berhubung kait dengan transformasi ke arah K-ekonomi. Gabungan proses-proses ini seiring dengan wawasan negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, menunjukkan trend semasa bagi pembangunan bandar tertumpu di pusat-pusat yang lebih besar untuk pertumbuhan yang lebih efisien dan nilai ditambah tinggi akan turut menjejaskan kawasan luar bandar dan petempatan bandar kecil. Di peringkat ekonomi makro, yang berasaskan pertumbuhan ekonomi semasa, peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya teknologi tinggi dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan, akan terus memerlukan pembangunan ditumpukan di pusat bandar berbanding dengan penyelerakan pembangunan ke kawasan-kawasan yang persekitaran ekonominya kurang maju.   4‐11

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih pesat berlaku di kawasan bandar pada masa hadapan dengan penumpuan pertumbuhan pusat aktiviti di bandar besar sedia ada. Justeru itu, dijangka bahawa kebanyakan penduduk bandar akan menetap dan bekerja di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Keempat-empat conurbation pertumbuhan ini dilihat sebagai asas pertumbuhan utama untuk menjanakan peluang pekerjaan yang diperlukan serta mempertingkatkan pendapatan yang lebih tinggi dan memastikan kualiti hidup untuk semua golongan di kawasan petempatan. Menjelang tahun 2020, dianggarkan hampir 70% daripada penduduk bandar Semenanjung Malaysia akan bertumpu di keempat- empat conurbation ini. Conurbation Kuantan merupakan satu kes khas yang perlu dinyatakan, yang mana walau pun ianya tidak setaraf dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru, tetapi Conurbation Kuantan telah dipilih untuk memperolehi infrastruktur sokongan yang setaraf dengan kedua-dua conurbation tersebut. Strategi pembangunan bagi Conurbation Kuantan adalah untuk mewujudkan satu pusat dengan critical mass yang tinggi di Pantai Timur sebagai asas untuk menjanakan perkembangan ekonomi. DPN telah menunjukkan kadar perbandaran yang pesat sedang dialami di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan trend semasa dan terdahulu, kadar ini dijangka akan melonjak pada masa hadapan untuk mencapai tahap perbandaran sebanyak 75% di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020 hampir setanding dengan lain-lain negara maju. Dengan peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya dalam menarik pelaburan langsung asing, RFN Ke-2 mencadangkan keperluan untuk meneruskan tumpuan pembangunan bandar di pusat-pusat terpilih, terutamanya di conurbation. Dengan pembangunan dan perkembangan pesat di conurbation, pembangunan secara ad-hoc yang tidak berurutan, kehilangan kawasan rekreasi dan kawasan hijau serta kemerosotan di pusat dalaman bandar, adalah diantara kesan dan ancaman yang timbul akibat pembangunan bandar. Cabaran kepada negara, pihak berkuasa negeri dan PBPT adalah untuk mengurus dan mentadbir pertumbuhan bandar yang cekap, di kedua-dua conurbation yang pesat dan di conurbation yang berkembang perlahan atau kawasan bandar yang merosot. Kesemua peringkat pihak berkuasa ini perlu memaksimakan faedah-faedah pembangunan, mengawal potensi kesan sampingan contohnya kesesakan lalu lintas dan pencemaran, serta memainkan peranan positif dalam mencapai Wawasan 2020. Perancangan spatial perlu bermatlamat ke arah mewujudkan sebuah pusat bandar yang menawarkan kualiti persekitaran hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi seperti sekolah, IPT, hospital, kawasan rekreasi serta pengangkutan bandar dan utiliti yang berkualiti tinggi kepada penduduknya. Pusat-pusat bandar yang terletak di luar empat conurbation utama dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan semakin lama akan kehilangan sebahagian daripada penduduknya. Kebanyakan PPU dan PPK, kecuali yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation utama, dijangka akan mengalami penurunan dalam populasinya. Bagi PBPT, ini dianggap sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan   4‐12

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 produktiviti dan efisiensi PPU dan PPK, serta mewujudkan tempat-tempat yang berdaya maju bagi mengelakkan masalah kehilangan penduduk. Terdapat beberapa PPU dan PPK yang menunjukkan potensi untuk menjadi nukleus conurbation pada masa hadapan. Ini termasuklah Mentakab-Temerloh, Lumut-Sitiawan- Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. Terdapat juga beberapa PPU dan PPK yang mempunyai ciri-ciri khas seperti Rantau Panjang, bandar pintu masuk di sempadan, yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan aktiviti khusus. Pada masa yang sama, keupayaan ibu negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekelilingnya juga perlu disokong. Cabaran-cabaran lain adalah seperti menangani masalah kelembapan ekonomi wilayah serta kemiskinan bandar dan luar bandar. Lebih banyak usaha perlu dilaksanakan untuk memangkin dan mentransformasikan persekitaran bandar dan luar bandar menjadi kawasan yang lebih menarik, makmur dan sesuai didiami dengan penambahbaikan ke atas tahap pendapatan dan gaya hidup. Faktor-faktor ini memberikan kesan terhadap keberkesanan perancangan dan pengurusan petempatan manusia yang mampan, di kawasan bandar dan juga luar bandar. RFN Ke-2 menyokong strategi pembangunan Serakan Tertumpu di koridor pembangunan ekonomi utama bagi mencapai objektif pembangunan wilayah yang mengutamakan pertumbuhan, kesaksamaan dan kemampanan. Strategi ini menghasratkan satu sistem fungsi hierarki perbandaran dengan usaha untuk menjana semula pertumbuhan bandar-bandar bersaiz sederhana (petempatan utama) bagi mencapai jumlah penduduk dan penumpuan aktiviti ekonomi yang mencukupi untuk kecekapan ekonomi dan aglomerasi ekonomi. Pembangunan masa hadapan pusat-pusat bandar dan conurbation akan dipandu dan dibentuk menjadi struktur bandar padat poli-nukleus, di mana kluster pusat-pusat bandar mempunyai hubung kait fungsi dan ekonomi antara satu sama lain, justeru menjanakan pertumbuhan saling bergantungan dan sinergi yang signifikan untuk manfaat bersama (Rajah 4.2). Dalam merangka rancangan pembangunan untuk conurbation, adalah penting untuk memberikan fokus kepada strategi pengurusan pertumbuhan seperti menentukan had atau sempadan bandar, pertumbuhan bandar dan peralihan ke arah pembangunan berorientasikan transit (TOD) dalam memastikan pembangunan bandar mampan. Program tindakan seperti pembangunan semula bandar dan infrastruktur wilayah strategik berimpak tinggi, perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah yang mengalami tekanan ekonomi dan kawasan fokus kemiskinan.   4‐13

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 4.2 : Strategi ‘Concentrated Dispersal’ Conurbation  Pusat Petempatan Utama Pusat Petempatan Kecil       Tahap 1 : Conurbation Pertumbuhan Negara  Tahap 5 : Conurbation Pertumbuhan Daerah  Tahap 7 : Pusat Petempatan Kecil  Tahap 2 : Conurbation Pertumbuhan Wilayah  Tahap 6 : Pusat Petempatan Utama   Tahap 8 : Pusat Pertumbuhan Desa Tahap 3 : Conurbation Pertumbuhan Separa                           Wilayah  Tahap 4 : Conurbation Pertumbuhan Negeri     Pusat‐pusat Bandar Sistem Bandar Poli‐Nukleus  Petempatan Desa  Adalah dijangkakan sebahagian besar daripada KDNK negara dihasilkan di dalam kawasan bandar. Asas utama untuk memacu pertumbuhan dan inovasi adalah di dalam Pusat Pertumbuhan Negara dan Wilayah, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selain fungsi wilayah, Pusat Pertumbuhan Wilayah dijangka akan memainkan peranan yang sesuai di peringkat antarabangsa dan negara untuk mengimbangi pertumbuhan di semua peringkat hierarki bandar serta mengekalkan kadar dan tahap perbandaran di Conurbation Kuala Lumpur pada tahap yang dinamik dan mudah diurustadbir. Sebagai contoh, Conurbation Kuantan akan berfungsi sebagai hab petrokimia utama negara untuk memenuhi permintaan pasaran Asia-Pasifik. Bentuk bandar conurbation ini akan mempunyai satu kawasan metropolitan utama yang dihubungkan dengan kluster pusat-pusat bandar dalam wilayah ini oleh sistem pengangkutan awam yang efisien dan kemudahan perhubungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Contoh lain adalah Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai bandar utama dihubungkan secara rapat dengan satu lingkaran pusat-pusat bandar seperti Petaling Jaya, Putrajaya, Kajang, Rawang dan Klang yang mengelilinginya. Konsep bandar-wilayah ini juga boleh diubahsuaikan ke semua peringkat hierarki dan corak petempatan. Konsep fungsi hierarki bandar adalah penting bukan sahaja untuk mengoptimumkan peruntukan dan penyediaan kualiti perkhidmatan infrastruktur bandar yang berdaya maju, tetapi juga merupakan instrumen penting untuk mencapai keseimbangan wilayah dan kesaksamaan pembangunan, terutamanya dalam memastikan tahap penerimaan perkhidmatan yang minimum disediakan di semua kawasan bandar.   4‐14

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Perkembangan bandar di negara kini mengarah kepada trend perbandaran pesat, maka kerajaan perlu memberikan komitmen yang lebih tinggi untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan strategi-strategi yang lebih kreatif dan inovasi bagi menangani cabaran tersebut. Ini perlu, antara lain, melibatkan pewujudan Kementerian Pembangunan Bandar Mampan, pembentukan Institut Penyelidikan Bandar dan pewujudan Dana dan Program Pembangunan Bandar untuk menyokong PBT di dalam pembiayaian komponen infrastruktur yang signifikan bagi pembangunan bandar, pembangunan semula brownfield dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar di kawasan khas. 4.4 Keseimbangan Wilayah Keseimbangan wilayah diterjemahkan sebagai peluang setara untuk mencapai kesaksamaan tahap pendapatan, kualiti kehidupan dan pembangunan individu, dan tidak semestinya sama dalam bentuk pembangunan fizikal. Secara umumnya, tidak semua tempat mempunyai peluang yang sama meningkatkan potensi pertumbuhan dan pembangunan, seperti pewujudan dan pengoperasian industri berteknologi tinggi. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan jurang dan kadar pertumbuhan antara wilayah dalam negara. Tanah dan sumber asli di wilayah kurang maju yang masih belum digunakan sepenuhnya, perlu dipergunakan untuk meningkatkan rantaian nilai dan produktiviti wilayah tersebut dan membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Industri dan aktiviti yang berasaskan sumber dan perhutanan, aktiviti hiliran asas pertanian, eko atau resort pelancongan, industri asas kraf dan lain-lain aktiviti khusus perlu digalakkan dan disokong. Dalam erti kata lain, aktiviti ekonomi yang berdaya maju yang dibangunkan berdasarkan kelebihan sumber sedia ada dan kelebihan berbanding sesuatu wilayah perlu dihalakan ke wilayah yang kurang maju. Penyediaan kawasan perusahaan SME yang sesuai, insentif dan infrastruktur strategik dalam wilayah tersebut, terutamanya penyediaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) serta rangkaian ICT dan pengangkutan di kawasan potensi pelancongan, perlu dipertingkatkan untuk memudahcara pembangunan masing-masing. Ini akan mempercepatkan integrasi mereka ke dalam aktiviti K-ekonomi untuk menggalakkan keseimbangan wilayah. Secara khusus, usaha ini termasuklah penyambungan lebuh raya persekutuan ke negeri Kelantan. Keseimbangan wilayah juga ditafsirkan sebagai satu permulaan bagi membolehkan pembangunan mampan dijalankan di semua kawasan yang berpotensi dalam negara pada masa hadapan. Justeru itu, kemasukan Conurbation Kuantan yang semakin membangun, sebagai satu wilayah-bandar, akan dipromosikan bersama dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru. Kuantan akan bertindak sebagai pintu masuk bagi sektor pertumbuhan ekonomi baru dan canggih.   4‐15

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Pemodenan pertanian dan peningkatan pendapatan sektor pertanian, walau bagaimanapun, masih merupakan faktor asas dalam pembasmian ketidakseimbangan wilayah. Penghijrahan keluar dari wilayah yang kurang maju juga perlu dijangka di dalam strategi pembangunan negara untuk memudahcarakan pengukuhan pertanian dan menambah baik produktiviti tenaga kerja. Terdapat juga keperluan untuk memperkukuhkan program pembangunan pendidikan, latihan teknikal dan sosial di negeri-negeri kurang maju bagi menggalakkan penduduknya supaya dapat berintegrasi lebih efektif ke dalam ekonomi bandar conurbation tersebut. Hasrat untuk mencapai keseimbangan wilayah merupakan salah satu tonggak utama dalam pembangunan negara yang selaras dengan RMLT. Sistem 3-peringkat pentadbiran negara, telah menyumbang kepada keseimbangan wilayah dengan peruntukan pembangunan diagihkan secara saksama di antara negeri-negeri mengikut keperluan, sumber dan keutamaan masing-masing. Pada masa kini, kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk melonjak dan meningkatkan prestasi ekonomi di dalam wilayah bagi menyokong pertumbuhan negara yang tinggi dan mampan. Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi wilayah, strategi khusus telah dirangka dan dilaksanakan untuk empat wilayah ekonomi di Semenanjung Malaysia, iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Utara dan Wilayah Timur. Pendekatan wilayah ini telah mengenal pasti koridor pembangunan ekonomi tempatan yang utama di sepanjang Koridor Pertumbuhan bagi melaksanakan inisiatif pemangkin berimpak tinggi. Contoh-contoh pembangunan ekonomi ialah agropolitan dan SEZ, berhubung dengan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) melibatkan Iskandar Malaysia. Untuk menyokong inisiatif ekonomi wilayah negara, RFN Ke-2 mencadangkan pengukuhan empat conurbation pertumbuhan utama sebagai pintu masuk antarabangsa dan negara serta hab wilayah bagi setiap wilayah ekonomi tersebut, iaitu: -  Wilayah Tengah - Conurbation Kuala Lumpur.  Wilayah Utara - Conurbation George Town.  Wilayah Timur - Conurbation Kuantan.  Wilayah Selatan - Conurbation Johor Bahru. Conurbation ini merupakan pemangkin dalam memacu pembangunan di wilayah ekonomi berkenaan. Conurbation di Pantai Barat adalah lebih jelas, bagaimanapun Conurbation Kuantan yang baru bermula di Pantai Timur memerlukan bantuan khas daripada Kerajaan dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal serta pembangunan sosial dan infrastruktur fizikal yang bersepadu. Salah satu instrumen ekonomi utama yang digunakan adalah penetapan SEZ yang akan menarik pelaburan awam dan swasta ke dalam wilayah tersebut.   4‐16

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar Pembentukan perhubungan yang kuat antara bandar dan luar bandar adalah amat penting dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar yang mampan. Kawasan luar bandar lazimnya dikaitkan dengan aksessibiliti lemah ke pusat bandar, di mana penduduknya bergantung hampir sepenuhnya kepada pendapatan dan pemasaran hasil pertanian. Kekurangan inovasi teknologi dan sokongan juga menyebabkan produktiviti dan hasil pendapatan rendah. Di peringkat awal pembangunan, kemiskinan lazimnya dikaitkan dengan aktiviti pertanian pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar (Senario 1 di Rajah 4.3). Untuk menambah baik daya tarikan ke kawasan luar bandar, adalah penting untuk memperkenalkan elemen-elemen utama seperti penyediaan peluang pekerjaan bukan pertanian, meningkatkan sumber pendapatan, mempertingkatkan kualiti hidup, penyediaan kemudahan sosial yang lebih baik dan menambah baik akses dan sistem perhubungan. Hubungan simbiotik antara petempatan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan melalui penambahbaikan perhubungan dan laluan pengangkutan supaya peluang pekerjaan di bandar-bandar utama boleh menyediakan pekerjaan tambahan kepada para petani dan penduduk desa dengan jarak perjalanan berhampiran dengan kediaman mereka. Keadaan ini juga akan membolehkan pekerja menetap di kawasan luar bandar dan bekerja di pusat bandar berdekatan. Ini akan meningkatkan pendapatan isirumah luar bandar dan membolehkan keluarga menetap di desa, di mana kos sara hidup adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar. Pelaburan Kerajaan yang berterusan di kawasan luar bandar telah menghasilkan peningkatan dalam aksessibiliti dan kemahiran individu. Jalan luar bandar yang ditambah baik, membolehkan penduduk luar bandar untuk berulang-alik ke pusat pekerjaan bukan pertanian yang kebanyakannya terletak di pusat bandar utama yang berhampiran. Pendapatan bukan pertanian juga telah meningkat dengan pengenalan industri asas sumber dan industri asas pertanian, di samping peluang pekerjaan (separuh masa dan bermusim) dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan di bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana. Perjalanan untuk bekerja di pusat bandar yang menawarkan pekerjaan dalam sektor bukan pertanian telah menghasilkan pendapatan isirumah yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pekebun-pekebun kecil yang kekurangan pekerja ladang tempatan dan sokongan teknologi termasuk harga pasaran yang rendah untuk produk hasil pertanian, telah mengakibatkan kawasan ladang ditinggalkan dan kemerosotan dalam pendapatan hasil ladang secara umumnya (Senario 2 dalam Rajah 4.3). RFN Ke-2 telah mencadangkan keperluan untuk beralih ke Senario 3 (Rajah 4.3) di mana berlakunya penggabungan aktiviti ekonomi yang merentas sektor (seperti pertanian dan industri bio teknologi) dan integrasi ekonomi yang rapat antara kawasan luar bandar dan pusat bandar. Program pembangunan luar bandar perlu mengenalpasti kepentingan peranan bandar-bandar kecil dan PPD sebagai komponen-komponen yang bersepadu bagi menjamin kejayaan pembangunan luar bandar. Pada masa yang sama,   4‐17

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 perhubungan antara PPD dengan pusat pekerjaan di pusat bandar utama perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi. Rajah 4.3 : Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar SENARIO 1  PPK/ PPD/  Tahap aksessibiliti yang  Pusat  Kampung  rendah ke pusat bandar   Pekerjaan    Hubungan   • Hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan pertanian  Awal di Antara  • Produktiviti yang rendah   Kawasan Luar Bandar  • Kemahiran teknikal dan profesional yang rendah   dan Bandar   • Pendapatan yang rendah   Conurbation Pertumbuhan (Negara, Wilayah/ Negeri/ Pertengahan)  Pusat Pertumbuhan Utama    Peningkatan aksessibiliti  SENARIO 2   PPK/ PPD/  ke peluang pekerjaan  Pusat    Kampung  • Peningkatan aksessibiliti fizikal ke pusat   Pekerjaan  Aksessibiliti dan  • Peningkatan pendapatan bukan pertanian  pekerjaan di bandar   Pengukuhan peluang Kemahiran Individu  • Peningkatan pendapatan isi rumah   • Berulang alik untuk bekerja di pusat    pekerjaan di pusat utama   Dipertingkatkan   • Pendapatan pertanian statik atau berkurangan   • Kebun terbiar   pekerjaan     • Pekerjaan pertanian berkurangan   • Peningkatan kemahiran teknikal dan profesional  SENARIO 3  PPK/ PPD/  Aksessibiliti   Pusat  Kampung  pengangkutan yang baik  Pekerjaan    Penyatuan Ladang  • Penyatuan ladang dan lain‐lain perubahan institusi  Pengukuhan peluang  • Produktiviti ladang meningkat dan Pusat PPP diperkenalkan   pekerjaan yang berterusan  dan Perkembangan  • Pendapatan pertanian dan bukan pertanian meningkat   dalam sektor pembuatan  • Mewujudkan pekerjaan bukan pertanian, dalam sektor perkhidmatan, pelancongan,   Pekerjaan Bukan‐ dan perkhidmatan   Pertanian di Masa  perindustrian luar bandar, Pusat PPP, Satu Daerah Satu Industri, dan sebagainya   Hadapan     • Mengambil kesempatan dari kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang wujud   • Mengintegrasikan strategi pembangunan pekan kecil/ Pusat Petempatan   Desa (PPD) dengan membekalkan kemudahan sosial yang sewajarnya serta menaiktaraf infrastruktur   • Akses jalur lebar dan Pusat ICT Desa   Strategi-strategi utama ke arah pembentukan masyarakat luar bandar yang makmur, berdaya maju dan mampan adalah :- a. Menambah baik produktiviti pertanian dan nilai ditambah dalam rangkaian penawaran dan pemasaran melalui penggabungan ladang-ladang pekebun kecil serta memperkenalkan koperasi perladangan dengan pengurusan professional. b. Membangunkan tenaga sumber manusia yang merupakan penggerak utama kepada peningkatan produktiviti dan inovasi. c. Menggalakkan dan memudahcara penggunaan teknologi termasuklah akses kepada internet jalur lebar serta membangunkan Pusat ICT Desa.   4‐18

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 d. Menyediakan aksessibiliti yang baik, terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam yang tetap dari PPK dan PPD ke pusat pekerjaan di pusat bandar besar untuk membantu perjalanan ulang-alik pekerjaan bukan pertanian. e. Mewujudkan peluang bagi pelbagai sumber pendapatan bukan pertanian dengan membangunkan perusahaan enterpris luar bandar yang berdaya saing, mempunyai kepelbagaian dan berdaya maju, termasuk inisiatif eko dan agropelancongan, industri luar bandar, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (PPP) produk- produk pertanian dan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). f. Merangkumkan petempatan luar bandar dan perkampungan ke dalam kawasan pentadbiran PBT untuk memastikan piawaian umum bagi bangunan, kebersihan dan infrastruktur dipatuhi. Kekurangan kawalan terhadap struktur bangunan dan kerja- kerja membaik-pulih di kampung-kampung seringkali menyebabkan kemerosotan kualiti persekitaran fizikal dan alam bina kampung-kampung berkenaan. g. Menaiktaraf PPK dan PPD bagi mewujudkan perkhidmatan sosial dan perniagaan yang berkualiti serta menjana peluang pekerjaan sektor sekunder dan tertiari. Pembangunan industri, terutamanya IKS merupakan pilihan pendekatan yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Aktiviti IKS perlu mengambil kesempatan daripada kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang menonjol di kawasan berkenaan. Pihak Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi membolehkan inisiatif dan syarikat enterpris swasta untuk berkembang dan berdaya maju. Penggerak yang paling sesuai bagi program ini adalah institusi berkaitan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Di kebanyakan petempatan luar bandar, termasuk FELDA, peneroka dan ahli keluarga turut terlibat dalam aktiviti hiliran pertanian seperti pembuatan kuih-muih tradisional, sos, kerepek, kraftangan dan jahitan. Contoh yang paling berjaya adalah program Satu Kampung Satu Industri atau SAWARI. Ia merupakan model yang diperkenalkan oleh FELDA, di mana satu wilayah mengeluarkan satu jenis produk. Menerusi program ini, ramai peneroka FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka, manakala produk-produk tertentu telah berjaya dieksport. Daerah-daerah yang telah berjaya melalui hasil aktiviti ini adalah seperti Tumpat bagi pengeluaran sambal daging, Kuala Kangsar dengan labu sayong dan Marang untuk keropok lekor. Aktiviti-aktiviti ini perlu diperkukuhkan, dibangunkan dan diperkembangkan lagi. Selain daripada menyediakan pendapatan yang saksama, kawasan luar bandar juga perlu dipertingkatkan dan ditambah baik untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti alam sekitar. Ini boleh dicapai dengan penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi seperti pusat komuniti dan padang permainan serta penambahbaikan kemudahan infrastruktur, sistem kebersihan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sistem perparitan. Kebanyakan kawasan luar bandar telah pun disediakan dengan kemudahan infrastruktur asas ini, namun banyak lagi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan kualiti serta memastikan supaya kesemua petempatan luar bandar mempunyai kemudahan asas ditahap yang minimum.   4‐19

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Salah satu kawasan luar bandar yang mundur adalah petempatan Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli ini boleh dianggap masih tergolong dalam kategori kemiskinan tegar. Walau pun pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menyediakan setiap isirumah dengan sebuah rumah dan tanah pertanian, namun masih ramai lagi yang tidak mempunyai kediaman dan tanah pertanian untuk menjanakan pendapatan yang sewajarnya. Kerajaan telah merangka satu dasar mengenai pemberimilikan dan pembangunan tanah kepada Orang Asli untuk kegunaan pertanian dan kediaman, melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara No. 65 pada 4hb. Disember, 2009. Terma-terma yang diluluskan adalah: i. Kawasan seluas 2 - 6 ekar untuk ladang dan satu plot rumah berukuran 5,000 kaki persegi hingga 1 /4 ekar, mengikut kemampuan PBN; ii. Pemberimilikan tanah hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Asli (Akta 134); iii. Tanah yang akan diberimilik adalah secara berkekalan; dan iv. Sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikenakan seperti berikut:  Tanah yang diberi milik tidak boleh disewa, dipajak, digadai atau dilepaskan kecuali dengan kebenaran PBN selepas berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli;  Tanah yang diberi milik tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun oleh pemilik pertama; dan  Pindah milik tanah hanya dibenarkan kepada Orang Asli sahaja. Dasar ini pada amnya terikat bagi semua PBN di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, dasar ini telah menerima bantahan daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) yang menyarankan supaya Wilayah Adat Orang Asli diiktiraf, termasuk kawasan petempatan, perkuburan, tapak keramat, kawasan pertanian sara hidup, kawasan herba, kawasan memburu, kawasan dusun, kawasan rekreasi dan kawasan hutan dara. RFN Ke-2 mencadangkan supaya masyarakat Orang Asli disediakan dengan rumah yang teratur dengan tanah untuk tujuan bercucuk tanam, termasuk geran tanah yang perlu dilindungi supaya tidak terjatuh ke tangan golongan bukan Orang Asli. Tanah pertanian perlu dibangunkan hanya untuk faedah Orang Asli dan mereka boleh membina petempatan di atas tanah tersebut. Perancangan spatial dan model ekonomi yang digunakan oleh skim FELDA dan FELCRA boleh diubahsuai dan digunapakai untuk membangunkan tanah pertanian bagi Orang Asli. Walaupun begitu, tanah tersebut perlu diuruskan secara komersial oleh sebuah agensi yang sesuai seperti FELCRA atau koperasi tanah yang sewajarnya. Untuk memastikan kesaksamaan pendapatan, nisbah tanah kepada setiap keluarga perlu sekurang-kurangnya 6 -10 hektar.   4‐20

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan 4.6.1 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Penawaran tanah untuk pembangunan merujuk kepada kesediaan tanah untuk perluasan kawasan bandar pada masa akan datang. Analisis penggunaan tanah di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kawasan tepubina hanya menyumbang sebahagian kecil atau kira-kira 3.3% daripada keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 dan kira-kira 5.8% pada tahun 2008. Fenomena pertumbuhan bandar di Semenanjung Malaysia, diperkukuhkan dengan sumbangan signifikan oleh aktiviti ekonomi asas bandar kepada KDNK, telah menghasilkan suatu gambaran menyeluruh mengenai rebakan bandar. Satu penilaian telah dijalankan untuk menentukan bukan sahaja jumlah kasar tambahan tanah yang diperlukan di Semenanjung Malaysia untuk menampung pertumbuhan bandar dan keperluan aktiviti ekonomi sehingga tahun 2020, tetapi juga mengenal pasti arah tuju pertumbuhan bandar di peringkat negeri. Penilaian guna tanah ini telah mempertimbangkan kesemua hasil penemuan dan unjuran bagi setiap kajian sektoral terhadap aspek pertanian, persekitaran, utiliti dan pengangkutan. Kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan telah mengambil kira keperluan untuk mengoptimumkan kegunaan tanah tanpa mengabaikan kepentingan pemuliharaan semua aset dan warisan negara yang bernilai, terutamanya tanah yang bernilai ekologi. Penilaian ini menggunakan teknik peta tapisan di mana empat kawasan halangan utama telah disaring bagi menentukan kesediaan tanah untuk pembangunan, iaitu:- a. Kawasan tepubina sedia ada; b. Kawasan berhalangan fizikal (kontur > 300m dan kecerunan > 25o); c. Kawasan Pertanian Utama Tahap 1 dan 2; dan d. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1, 2 dan 3. Jadual 4.5 : Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri (‘000 hek) Negeri Kawasan (hektar) Perlis 0.99 Kedah 20.07 Pulau Pinang 13.82 Perak Selangor 161.25 W.P. Putrajaya 73.21 W.P. Kuala Lumpur 0.03 Negeri Sembilan 0.25 Melaka 29.77 Johor 37.88 Pahang 314.75 Terengganu 124.29 Kelantan 19.99 24.66 Jumlah 820.96 Sumber : RFN Ke-2, 2010   4‐21

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dengan meletakkan sekatan ke atas kawasan berhalangan untuk pembangunan, baki tanah yang terhasil dikelaskan sebagai tanah yang tersedia untuk pembangunan bandar (Rajah 4.4). Jadual 4.5 menunjukkan jumlah kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan mengikut negeri. Secara keseluruhannya, seluas 820,960 hektar tanah di Semenanjung Malaysia adalah tersedia untuk pembangunan masa hadapan. 4.6.2 Tanah Pertanian Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bermatlamat untuk meningkatkan prestasi sektor luar bandar melalui penggunaan sumber secara optimum dan mencadangkan untuk mengurangkan kos import makanan. Antara langkah-langkah yang diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk memenuhi dan menyokong keperluan ini adalah menetapkan Kawasan Pertanian Utama (KPU). Pengenalpastian KPU adalah penting untuk mengutamakan kawasan pertanian yang perlu dipelihara berasaskan kawasan pengeluaran pertanian utama sedia ada. Kriteria- kriteria yang telah digunakan dalam RFN telah diambilkira dan ditambah baik sebagai input ke dalam analisis. Berikut adalah kriteria dan tahap kepentingan yang digunakan untuk menentukan KPU:- i. Kawasan Jelapang Padi (lapan kawasan jelapang padi sedia ada) ii. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi iii. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), termasuk kawasan penanaman makanan, penternakan haiwan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) iv. Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau organik v. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 1 dan Kelas 2 vi. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 3 vii. Kawasan pertanian di wilayah agroekologi tanpa musim kering viii. Kawasan pertanian dalam wilayah agroekologi yang mengalami musim kering pendek. Jadual 4.6 menunjukkan jumlah KPU mengikut negeri di Semenanjung Malaysia dan tahap kepentingan masing-masing. Jumlah keluasan KPU adalah lebih kurang 4.8 juta hektar. Negeri yang mempunyai kawasan KPU tertinggi adalah Pahang diikuti oleh Johor dan Perak. Kesemua KPU perlu dipulihara sebagai sebahagian daripada keperluan untuk memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi bagi kepentingan keselamatan negara. Dengan memperakui hakikat ini, sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin pertumbuhan ketiga terpenting dalam pembangunan negara. Oleh kerana lokasi KPU adalah umum, maka kajian terperinci perlu dijalankan di peringkat negeri dan tempatan bagi menentukan sempadan yang lebih tepat bagi setiap KPU.   4‐22

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 4.4 : Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung Malaysia   Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010  4‐23


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook