Rancangan Fizikal Negara Ke-2 5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan Prinsip-prinsip pelancongan mampan merujuk kepada keseimbangan yang bersesuaian di antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya untuk menjamin kemampanan yang berterusan. Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) menekankan bahawa Malaysia perlu secara berterusan memenuhi semua komitmennya terhadap deklarasi pelancongan yang berkait dengan pelancongan mampan dan perubahan iklim. Dua isu utama yang dihadapi oleh negara adalah mengekalkan tahap daya saing global dan sebagai destinasi pelancongan yang selamat. Di peringkat tempatan, isu yang dihadapi adalah memulihara sumber tarikan pelancongan semula jadi serta melindungi kawasan luar bandar daripada tekanan berterusan bagi pembangunan bandar dan pelancongan. Sehubungan itu, Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia telah dikaji semula untuk diselaraskan dengan trend semasa dan hasrat yang tertera dalam inisitatif ekopelancongan di peringkat tempatan dan global. Negara-negara ASEAN telah mengiktiraf kepentingan kerjasama serantau untuk pertumbuhan pelancongan. Peluang-peluang yang terdapat dalam wilayah ASEAN telah memperlihatkan perkembangan syarikat penerbangan negara dan syarikat penerbangan tambang murah ke lebih banyak destinasi dalam wilayah ini. Peningkatan dalam pergerakan pelawat dan permintaan untuk perkhidmatan pelancongan dalam wilayah APEC, serta kepentingan sektor pelancongan terhadap tahap daya saing ekonomi negara telah diiktirafkan oleh Kerajaan. Sektor pelancongan akan terus menjadi salah satu penggerak ekonomi utama negara pada masa hadapan, terutamanya dengan dasar liberalisasi negara bagi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saingnya di peringkat global. Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal di bandar dan luar bandar telah menimbulkan impak negatif kepada bandar pelancongan pesisiran pantai, kawasan luar bandar dan sumber semula jadi. Walaupun bandar-bandar pelancongan pesisiran pantai yang telah lama dimajukan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson mengalami pembangunan yang rancak, namun masing-masing menghadapi banyak isu yang belum diatasi seperti tahap penyelenggaraan dan kebersihan produk-produk pelancongan yang rendah. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, kelemahan aspek keselamatan pelancong, hakisan pantai, kualiti air laut yang rendah, tahap aksessibiliti yang rendah pada musim puncak serta kualiti perkhidmatan yang rendah. Cadangan projek penambakan laut di beberapa negeri merupakan satu ancaman kepada sumber pelancongan semula jadi seperti taman laut, kepulauan, hutan, tanah bencah, tempat pendaratan penyu, tempat persinggahan burung-burung migratori dan kawasan tadahan air. Begitu juga dengan produk pelancongan kebudayaan dan warisan seperti kampung-kampung tradisional dan kawasan luar bandar yang turut menghadapi perubahan fizikal dan budaya disebabkan oleh proses perbandaran. 5-28
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 30 destinasi pelancongan utama yang semakin menonjol di peringkat global. Kepelbagaian produk iaitu dengan penumpuan baru seperti MICE dan pelancongan asas kesihatan, memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan bertaraf dunia supaya produk- produk ini dapat berfungsi dengan berkesan. Kerajaan juga perlu mengiktiraf dan mempromosikan pembangunan pelancongan mampan sebagai satu keutamaan negara, dengan mengoptimakan penggunaan sumber alam semula jadi, mengekalkan proses ekologi yang penting serta memberi bantuan dalam memulihara warisan semula jadi dan biodiversiti. Destinasi-destinasi yang popular memerlukan suntikan pembangunan baru dan penjenamaan semula untuk memenuhi kehendak para pelancong. Warisan kepelbagaian kebudayaan serta gaya hidup 1Malaysia perlu dipupuk dan dipromosikan di seluruh dunia secara berterusan menerusi konsep “Truly Asia”. Cabaran utama sektor ini adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong serta memastikan mereka berkunjung semula ke Malaysia. Industri pelancongan perlu meningkatkan keuntungan dan saiz serta berdaya maju agar dapat beroperasi dalam jangka masa panjang, dan memastikan pengagihan faedah sosio-ekonomi secara saksama kepada semua pihak yang berkepentingan. Ini termasuk pewujudan pekerjaan yang stabil, peluang untuk memperolehi pendapatan dan perkhidmatan sosial untuk komuniti penganjur serta ke arah pembasmian kemiskinan. Pembangunan pelancongan mampan memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan pemimpin politik untuk memastikan penglibatan yang lebih meluas, pemantauan impak pembangunan secara berkala dan pembentukan langkah-langkah pembetulan dari masa ke semasa. RFN 11 SUMBER PELANCONGAN SEMULA JADI, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN WARISAN SEJARAH NEGARA PERLU DIPULIHARA Langkah-langkah: i. Langkah-langkah perlindungan dan pengurusan sumber pelancongan perlu dilaksanakan secara efisien dan efektif di semua kawasan sumber pelancongan. Ini termasuklah : a. Kawasan pelancongan perlu dizonkan secara teratur berdasarkan merit masing- masing untuk melindungi sumber pelancongan daripada dibangunkan secara berlebihan dan terjejas oleh skala pembangunan yang tidak bersesuaian. b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan, termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber 5-29
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 dengan negeri-negeri bersempadan, oleh satu jawatankuasa khas mengenai pelancongan. ii. Biodiversiti negara dan koridor pelancongan perlu dipulihara. Pada masa yang sama, skim-skim pentauliahan dan pensijilan sektor pelancongan perlu diberikan kepada produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa dan negara untuk menambah baik prestasi persekitaran masing-masing. iii. Promosi mengenai keaslian budaya dan warisan hidup negara ini perlu diiktiraf dan diperkukuhkan. Penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan perlu digalak dan dipromosikan agar mereka boleh menyumbang ke arah persefahaman antara budaya dan saling menghormati sesama masyarakat. iv. Perhubungan saling bergantungan di antara pemuliharaan alam sekitar (termasuk pembangunan di KSAS) dengan pelancongan perlu diiktiraf dan digalakkan. v. Industri pelancongan akan dipertanggungjawabkan terhadap amalan terbaik dalam pemeliharaan persekitaran, dengan mematuhi peruntukan perundangan alam persekitaran dan menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mampan. vi. Semua pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan perlu digalakkan untuk mempraktikkan amalan pelancongan berpandukan kod-kod amalan berikut:- a. Menyumbang kepada ekonomi setempat. b. Menghormati budaya dan melabur dalam modal sosial. c. Mempromosi lawatan dan aktiviti yang dikendalikan oleh pemandu pelancong tempatan. d. Menggunakan sumber pelancongan secara cekap dan mampan. e. Pengurusan sisa buangan yang sistematik. f. Komited terhadap pemeliharaan alam sekitar. g. Membangunkan keupayaan untuk penambahbaikan secara berterusan. h. Menguruskan tapak-tapak pelancongan dalam had yang boleh diterima. 5-30
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 12 ZON PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SETIAP NEGERI PERLU MENEKANKAN PRODUK KHUSUS WILAYAH BERDASARKAN KELEBIHAN LOKASI DAN SUMBER SEDIA ADA PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia Langkah-langkah: i. Dasar Pelancongan Negara 2004 perlu dikaji semula untuk menerapkan aspek spatial dalam pembangunan pelancongan termasuk cadangan pendekatan yang bersesuaian bagi pembangunan pelancongan mampan. Dasar Pelancongan Negara yang dipinda akan mengandungi garis panduan pembangunan dan amalan pengurusan yang akan diguna pakai untuk semua bentuk destinasi pelancongan. Dasar Pelancongan Negara akan menjadi panduan kepada aspek-aspek berikut:- a. Mengelakkan persaingan yang tidak sihat, meningkatkan usaha saling melengkapi dalam pembangunan pelancongan dan membentuk pakej pelancongan di antara negeri dan negara jiran. b. Mencapai kerjasama dan penyelarasan pembangunan pelancongan dan promosi di kalangan sektor awam dan pelbagai sektor berkepentingan (sektor swasta, masyarakat dan orang awam). c. Menggalakkan pelancongan asas masyarakat (berasaskan warisan dan budaya tempatan) dan memudahcara aktiviti pelaburan dalam industri pelancongan. ii. Produk pelancongan yang berkualiti tinggi perlu disediakan dan dikekalkan dengan : a. Mengenal pasti destinasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri dan keindahan semula jadi yang unggul dengan potensi pelancongan yang tinggi. b. Memberi suntikan pembaharuan kepada produk-produk pelancongan sedia ada secara berterusan. c. Mempelbagai dan memperkenalkan produk gabungan dan infrastruktur baru berdasarkan cita rasa pelancong, termasuk keperluan pelancong domestik melalui kajian pasaran yang berterusan serta analisis kelebihan daya saing negara. iii. Pembangunan poduk-produk pelancongan dalam Zon Pelancongan perlu digalakkan mengikut kelebihan lokasi masing-masing:- a. Meningkatkan tarikan pelancongan membeli-belah di pusat bandar utama, bandar sempadan dan zon bebas cukai, bagi memaksimakan faedah ekonomi dari kemasukan pelancong. b. Pembangunan pelancongan kesihatan, kesejahteraan, sukan dan acara perlu dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan 5-31
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 perubatan terapi tradisi perlu dipromosikan di destinasi resort persisiran pantai dan luar bandar. c. Pelancongan perubatan perlu dipertingkatkan di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. d. Pembangunan pelancongan pendidikan perlu dipertingkatkan di pusat-pusat institusi pengajian tinggi sedia ada, manakala bandar-bandar pendidikan baru akan dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi perkembangan para penuntut dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian. e. Kepentingan negara sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Seminar dan Pameran (MICE) perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur yang berterusan di bandar-bandar utama. f. Ekopelancongan berasaskan alam semula jadi perlu dibangunkan secara mampan dan dipromosikan di kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, kawasan persisiran pantai, pulau taman laut, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah, tapak RAMSAR, tapak pendaratan burung dan penyu dan habitat kelip-kelip. g. Sumber dan produk pelancongan kepelbagaian budaya yang asli dan warisan sejarah perlu dibangunkan secara mampan, dipelihara dan dipromosikan di bandar- bandar warisan, zon dan tapak warisan serta daerah luar bandar. 5-32
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi 5-33 Sumber : Pela n‐pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara, 2009
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia 5-34 Sumber : Pe lan‐pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara, 2009
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 13 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN BERKUALITI TINGGI PERLU DISEDIAKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN PELANCONG TANPA MENJEJASKAN KUALITI ALAM SEKITAR Langkah-Langkah: i. Bandar pintu masuk ke destinasi ekopelancongan dan kepulauan perlu digalakkan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti kemudahan penginapan, pengangkutan, agensi pelancongan, pemandu pelancong berlesen, makanan dan minuman dan cenderahati. ii. Industri pelancongan perlu digalakkan untuk bersedia menghadapi krisis dan situasi bencana seperti perancangan kemudahan pemindahan semasa kecemasan, tindak balas kecemasan dan daya ketahanan masyarakat. iii. Sistem pengangkutan (udara, air, kereta api dan jalan raya) dan aksessibiliti yang cekap dan komprehensif perlu dirancang dan ditambah baik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan pakej pelancongan bersepadu. Ini termasuk keperluan untuk menyediakan: a. Laluan persisiran pantai dengan pemandangan yang menarik sebagai tarikan pelancongan bagi kawasan luar bandar. b. Tahap aksessibiliti yang tinggi bagi semua zon atau produk pelancongan. c. Laluan kecemasan, kemudahan pemindahan semasa kecemasan serta lain-lain aspek keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong dalam zon-zon pelancongan, yang dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa, agensi berkaitan dan pengusaha resort. iv. Kemudahan penginapan yang berkualiti dan bersih dengan harga berpatutan perlu disediakan untuk memenuhi semua segmen pasaran pelancong. Kemudahan ini perlu disediakan dengan skala yang bersesuaian serta berdekatan dengan kemudahan sokongan pelancongan dan infrastruktur, berdasarkan permintaan pelancong dan di dalam had yang boleh diterima bagi kawasan terlibat. v. Kemudahan sokongan seperti teknologi maklumat, tandas awam yang bersih, kemudahan penukaran wang asing, kemudahan transit, peti keselamatan, serta kemudahan-kemudahan lain untuk keperluan pelancong domestik, pelancong berkeluarga dan pengembara perlu disediakan dalam zon pelancongan. vi. Penyelenggaraan infrastruktur yang berterusan dan sokongan kewangan yang mencukupi perlu disediakan untuk melindungi produk pelancongan serta memastikan kepuasan para pelancong dapat dipenuhi. 5-35
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 5.5 Pengurusan Petempatan Manusia Walau pun terdapat hubungan simbiotik antara pusat bandar dan petempatan luar bandar, seksyen ini memberi fokus kepada bandar dan pekan. Petempatan luar bandar, terutamanya Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan Orang Asli, serta potensi kluster ekonomi luar bandar telah dihuraikan di dalam Seksyen 5.3: Pemuliharaan Sumber Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar. Tahap perbandaran di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 54.3% kepada 65.4% dalam tempoh masa bancian 1991-2000 dan dijangka terus meningkat sehingga 75.0% pada tahun 2020. Dalam tempoh masa RFN Ke-2, peningkatan intensiti perbandaran menjadi faktor penting dalam pembangunan spatial dan ekonomi Malaysia. Proses perbandaran jelas wujud dengan peningkatan tumpuan pembangunan perbandaran di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Bandar-bandar yang paling pesat berkembang bagi tempoh 1991-2000 adalah yang terletak di sekitar bandaraya tersebut. Sepuluh bandar yang pesat berkembang ialah Subang Jaya, Skudai, Batu 9 Cheras, Pasir Gudang, Kulim, Shah Alam, Kajang, Gelugor, Ampang Jaya dan Klang. Keempat-empat conurbation utama akan terus berkembang dengan lebih pesat berbanding kawasan lain di negara ini dan akan menarik lebih banyak migrasi masuk. Unjuran penduduk bagi empat conurbation utama tersebut ditunjukkan di dalam Jadual 5.2. Jadual 5.2: Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama Conurbation Tahun 2000 (juta) Tahun 2020 (juta) Kuala Lumpur 4.8 10.37 George Town 1.3 2.42 Johor Bahru 1.0 2.40 Kuantan 0.5 1.38 Peratus daripada Jumlah Penduduk Semenanjung 41.1% 60.4% Sumber : Unjuran penduduk bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah berdasarkan Kajian Rangka Kerja Penyelarasan Pengurusan Pertumbuhan Kuala Lumpur Conurbation dan Conurbation George Town adalah berdasarkan RFN. Untuk Conurbation Johor Bahru dan Kuantan, unjuran penduduk adalah berdasarkan Pelan Induk SJER dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER. Pembentukan conurbation yang keempat sedang berlaku di sekitar Kuantan. Strategi Serakan Tertumpu dalam koridor pembangunan berasaskan conurbation utama akan mengukuhkan fungsi dan kedudukan keempat-empat conurbation ini. Wawasan 2020 dan strategi RRJP3 adalah berasaskan kepada tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi menerusi kepesatan pembangunan industri dan sektor pembuatan asas eksport. RMKe-9 juga telah mengiktirafkan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai sektor-sektor ekonomi yang sedang berkembang pesat. Ia selanjutnya mengenal pasti keperluan menggalakkan pelaburan langsung asing dan memperakukan bahawa pembangunan perindustrian masa depan akan menghadapi persaingan lebih intensif antara negara-negara bagi mendapatkan pelaburan dan pasaran. Berdasarkan cabaran tersebut dan strategi perancangan ekonomi yang telah dirumuskan, pembangunan negara pada masa akan datang memerlukan dan bergantung kepada kawasan bandar. 5-36
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Ianya juga memberi implikasi terhadap kebebasan memilih lokasi secara am bagi pelabur-pelabur, bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan perniagaan masing- masing. Pelabur-pelabur antarabangsa lebih berminat dengan lokasi yang menawarkan infrastruktur fizikal bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, berhampiran dengan perniagaan serta industri lain untuk memperolehi kos perdagangan yang rendah dan aglomerasi ekonomi, termasuk kemudahan infrastruktur sokongan bagi memenuhi keperluan gaya hidup pekerja berpengetahuan tinggi. Kemudahan yang diperlukan termasuk kelab sosial, rekreasi dan sukan, pelbagai pusat hiburan dan pusat kebudayaan masing-masing sekolah antarabangsa, pusat beli belah bertaraf mewah dan akses mudah bagi perjalanan antarabangsa. Bandar dan conurbation yang sesuai didiami dapat menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran dan berpengetahuan tinggi yang seterusnya mampu menarik kemasukan industri berteknologi tinggi dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi (Rajah 2.2). Strategi serakan tertumpu dalam pembangunan koridor akan meningkatkan kemampuan bandar-bandar yang dinamik di negara ini untuk bersaing dengan bandar-bandar lain di wilayah Pasifik Barat dan terus mengekalkan kemampanan daya saingnya. Oleh itu, di dalam konteks Semenanjung Malaysia, tumpuan pelaburan produktif, peluang-peluang pekerjaan dan penduduk di conurbation utama dijangka berterusan. Trend perbandaran semasa yang memberi penumpuan utama di bandaraya-bandaraya utama mungkin boleh diubahsuai tetapi tidak boleh disekat, sebagaimana dilaksanakan melalui dasar masa lalu contohnya untuk memperbandarkan kawasan luar bandar seperti pembangunan kawasan-kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW). Sebarang usaha untuk mengarahkan pembangunan perindustrian ke kawasan yang ditentukan oleh pihak kerajaan akan mengakibatkan pelaburan awam yang tidak efektif, menjejaskan daya saing Malaysia dalam menarik pelaburan lansung asing dan menyebabkan kehilangan pelaburan tempatan kepada pesaing-pesaing antarabangsa, dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah pencapaian objektif Wawasan 2020. Pengubahsuaian trend pembangunan semasa merangkumi sokongan berterusan kepada pembangunan di lokasi terpilih dan terhad dalam wilayah kurang maju seperti Kuantan dan selatan Terengganu dalam bentuk ‘pembangunan kon’ dalam koridor pertumbuhan ekonomi utama. Setiap pusat bandar terpilih perlu mengkhususkan aktiviti ekonomi mengikut potensi sumber masing-masing untuk menampung pasaran khusus, sebagai contoh NCER dengan pengeluaran pertanian khusus untuk pasaran Timur Tengah. Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan pembangunan geografi seimbang serta memperkukuhkan asas bagi perkembangan sektor perindustrian pada masa hadapan di wilayah tersebut. Usaha ini juga merangkumi usaha menyalurkan limpahan dan lebihan pembangunan ke conurbation yang terletak di antara conurbation utama seperti Ipoh, Melaka, Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. PPU dan PPK (bandar kecil dan sederhana) secara umumnya termasuk beberapa buah ibu negeri didapati tidak membangun dengan pesat seperti conurbation utama dan mengalami pengurangan penduduk bandar dalam dekad 1991-2000. Pelaburan awam bagi infrastruktur bertujuan untuk menarik pembangunan sektor yang menghadapi 5-37
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 persaingan global, ke PPU dan PPK adalah tidak efektif dari segi kos. Daya maju pembangunan bandar-bandar ini perlu bergantung kepada sektor-sektor yang tidak memerlukan persaingan global atau sekurang-kurangnya persaingan global yang minimum seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan asas sumber, industri asas kraf, aktiviti hiliran pertanian, perhutanan serta aktiviti-aktiviti pemodenan sektor pertanian. Terdapat beberapa pengecualian, khususnya bagi bandar-bandar yang mempunyai potensi berkait dengan pembangunan sumber in-situ, iaitu sektor khusus yang tidak dipengaruhi oleh persaingan global yang intensif. Bandar-bandar ini dikenali sebagai Bandar Berciri Khas. Ianya merangkumi bandar-bandar terletak berhampiran dengan kawasan yang mempunyai keindahan semula jadi yang menyerlah atau kawasan berdaya tarikan alam semula jadi, arkeologi atau bersejarah yang boleh dijadikan sebagai bandar peranginan pelancong (contoh: Tanah Rata dan Port Dickson) dan tapak baru eko-lancong (contoh: Raub dan Kuala Lipis) termasuk bandar yang menyokong operasi perlombongan seperti di Kerteh. Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengarahkan pelaburan infrastruktur mengikut kesesuaian jenis pembangunan ke kawasan-kawasan istimewa ini. Rebakan bandar dan kemerosotan persekitaran bandar di dalam conurbation merupakan satu isu dalam perkembangan conurbation. Walaupun conurbation digalakkan untuk berkembang supaya dapat memanfaatkan pelaburan pembangunan, setiap bandar di dalam conurbation berkenaan tidak seharusnya menghadapi kemerosotan dalam aspek rupa bentuk, karektor dan kecekapan fungsi masing-masing. Perancangan bandar di peringkat tempatan perlu berusaha untuk menggalakkan persekitaran yang sesuai didiami di dalam setiap bandar, mengekalkan keutuhan hubungan di antara bandar utama dan pinggir bandar serta mengurangkan masa perjalanan di antara pusat bandar dan kawasan sekitarnya. Conurbation tidak sepatutnya menjadi kawasan perbandaran yang bercelaru dengan guna tanah bandar yang bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan sehingga penduduk terpaksa membuat perjalanan yang tidak perlu, panjang atau bersilang antara satu sama lain, sama ada ke tempat kerja, sekolah, membeli belah atau beriadah. Bandar yang sesuai didiami dan komuniti mampan dapat dicapai dengan peralihan bentuk pembangunan daripada rebakan bandar konvensional yang tidak teratur kepada rupa bentuk dan reka bentuk bandar padat. Untuk mewujudkan bandar yang sesuai didiami, keutamaan perlu diberi kepada peruntukan sumber bagi menjana semula masyarakat dan merancakkan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Konsep bandar yang sesuai didiami meletakkan keutamaan kepada menggalakkan pembangunan bercampur, berdensiti tinggi, aksessibiliti pengangkutan awam dan pejalan kaki, penggunaan optimum infrastruktur sedia ada, penambahbaikan persekitaran, dan perlindungan dan penyediaan ruangan terbuka. Reka bentuk bangunan padat membolehkan pemeliharaan dan penyediaan lebih banyak kawasan hijau dan tanah lapang seperti taman, hutan bandar, tanah bencah dan kawasan 5-38
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 pertanian utama. Reka bentuk, khususnya bangunan dan tempat letak kereta bertingkat, perlu dibangunkan dengan menggunakan tanah dan sumber secara efisien. Konsep bandar padat diperlukan untuk penyediaan sistem pengangkutan awam yang efisien kerana kebolehlaksanaan rangkaian sistem tersebut bergantung kepada keperluan kepadatan minima bagi sesebuah bandar. Kos untuk penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan seperti air, pembetungan, elektrik dan perkhidmatan telefon bagi setiap unit kediaman dalam kawasan kejiranan padat adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan kejiranan yang berselerak. Oleh kerana, komuniti lebih arif mengenai keperluan mereka, adalah penting untuk mengadakan penyertaan komuniti dari sektor awam dan swasta dalam proses perancangan. Komponen utama dalam bandar padat adalah integrasi kegunaan tanah bercampur ke dalam komuniti, terutamanya di pusat bandar, berdasarkan kepada pendekatan pengezonan kegunaan tanah mengikut kesan pencemaran. Kedudukan kegunaan bercampur (contohnya perumahan, perniagaan dan perkhidmatan) yang berdekatan antara satu sama lain, menggalakkan keberkesanan rangkaian fungsi dan menawarkan alternatif lain kepada penggunaan kereta, seperti berjalan kaki dan berbasikal, justeru membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Kegunaan tanah bercampur akan menjanakan critical mass penduduk dan asas perdagangan yang besar untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang berdaya maju. Ia juga akan mempertingkatkan keceriaan, keselamatan dan kehidupan sesebuah kawasan terutamanya pusat bandar dan pusat kejiranan, dengan meningkatkan bilangan penduduk di atas jalanan, kawasan membeli-belah dan reruang awam, dan seterusnya mempertingkatkan aktiviti ekonomi di pusat komersial dan merancakkan semula kehidupan komuniti. Pusat conurbation telah mengalami penurunan bilangan penduduk kepada kawasan pinggiran bandar dan bandar satelit dalam dekad yang lepas. Faktor utama yang menyebabkan perpindahan penduduk keluar dari pusat bandaraya utama adalah peningkatan kos perumahan, di mana kos kehidupan dalam bandar telah melebihi keupayaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya perumahan yang mendapat subsidi iaitu dalam bentuk rumah kos rendah dapat mengekalkan sebahagian golongan berpendapatan rendah di pusat bandar. Namun demikian, perumahan kos rendah ini ditawarkan kepada golongan miskin bandar sahaja dan tidak kepada golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah. Keadaan ini mewujudkan suasana di mana pusat bandar hanya didiami oleh golongan terkaya dan termiskin. Keadaan ini tidak mengambarkan kepelbagaian sosial yang dihasratkan di pusat-pusat bandaraya. Bagi menangani sindrom perumahan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah, maka perumahan mampu milik yang mencukupi dari segi saiz, jenis dan pemilikan, perlu disediakan di bandar-bandar mengikut keperluan penduduk tempatan. Kehidupan bandar, terutamanya dalam inovasi bangunan bertingkat, akan digalakkan; dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di semua kawasan pembangunan perumahan baru, terutamanya di tapak brownfield, dengan mempercepatkan kebenaran merancang dan penyediaan insentif, seperti pembangunan bercampur dan kepadatan tinggi. Dengan ini, bilangan penduduk yang tinggal di bandar 5-39
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 akan meningkat dan aktiviti ekonomi akan bertambah. Komuniti bercampur akan dipromosi dan peruntukan ruangan kegunaan awam seperti padang dan taman permainan, perlu disediakan bagi menggalakkan lebih banyak interaksi sosial dan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. Migrasi keluar penduduk dari pusat bandar memberi peluang untuk menukar kegunaan kawasan perumahan usang kepada kegunaan perdagangan dan pejabat tetapi kebanyakan kawasan tersebut telah dibiarkan usang, di mana kadar pembangunan terbengkalai adalah lebih tinggi berbanding kadar pembangunan semula. Masalah ini dijangka akan terus menjadi isu utama dalam tempoh dua dekad akan datang. Untuk mencapai bandar yang berkembang pesat dengan ekonomi yang berdaya maju, teras pembangunan spatial utama adalah ke arah pembangunan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Dasar perlu dirumuskan untuk memandu perancangan di pusat bandar khususnya bandar lama yang terletak di dalam conurbation utama. Usaha perlu ditingkatkan di peringkat RT untuk menangani isu-isu rekabentuk dan pembaharuan terhadap tapak dan lokasi khusus, serta halangan berkaitan pembangunan semula seperti isu pemilikan tanah. Aspirasi untuk mencapai status negara maju dengan menikmati kualiti kehidupan bandar setaraf dengan negara maju memerlukan penerimapakaian piawaian perancangan bertaraf negara maju. Piawaian perancangan sedia ada khususnya dalam penyediaan kawasan lapang, taman rekreasi dan kemudahan awam lain perlu dikaji semula. Piawaian dan kualiti penyediaan infrastruktur seperti bekalan air, pembetungan serta kebersihan jalan dan longkang, perlu dipantau, dikaji semula dan dibandingkan dengan piawaian antarabangsa. Malaysia sehingga kini masih menghadapi isu hartanah tidak terjual yang menyebabkan modal dan sumber menjadi statik, akibat daripada spekulasi pembangunan. Untuk mengelakkan isu tersebut daripada berulang di masa hadapan, pihak berkuasa tempatan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan permohonan pembangunan dan perlu berpandukan kepada unjuran perumahan dan permintaan hartanah yang realistik. Dasar pengurusan petempatan manusia perlu diintegrasikan dengan dasar sektoral seperti pertanian, pemuliharaan sumber dan alam sekitar serta sektor lain yang mempunyai impak ke atas guna tanah. Sebagai contoh, dasar pertanian untuk pemuliharaan kawasan jelapang padi strategik akan memerlukan pembangunan bandar masa depan dikawal dan diarahkan jauh daripada bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi seperti Bandaraya Alor Setar. Pembangunan baru ini boleh diarahkan ke kawasan yang terletak di luar kawasan tanaman padi atau bandar-bandar lain di dalam negeri tersebut. Perincian terhadap pengalihan pembangunan bandar ini perlu dikaji di peringkat perancangan negeri dan tempatan, manakala dasar negara perlu merangkumi bantuan kewangan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan usaha- usaha pengalihan kawasan tersebut. 5-40
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar negara terhadap petempatan manusia perlu juga menggalakkan inisiatif tempatan, agar inisiatif tersebut tidak bercanggah dengan rangka kerja spatial negara. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga perlu diperuntukkan untuk menyokong program- program tempatan yang selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-2. RFN 14 TUMPUAN PERTUMBUHAN BANDAR PERLU DITAMPUNG DI DALAM CONURBATION YANG DIRANCANG DAN DIMAJUKAN SECARA BERSEPADU SELARAS DENGAN DASAR PERBANDARAN NEGARA PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar Langkah-langkah: i. Tahap conurbation yang dicadangkan untuk keutamaan pembangunan adalah seperti berikut: Tahap Conurbation Kawasan Julat Penduduk Indikatif 1 Conurbation Pertumbuhan Conurbation Kuala Lumpur > 2.5 juta Negara Conurbation George Town 1.5 – 2.5 juta 2 Conurbation Pertumbuhan Conurbation Johor Bahru Wilayah Conurbation Kuantan 500,001 – 1.5 Conurbation Ipoh juta 3 Conurbation Separa Wilayah Conurbation Melaka Conurbation Alor Setar 300,001 – Conurbation Pertumbuhan Conurbation Kota Bharu 500,000 4 Negeri Conurbation Kuala Terengganu Conurbation Kangar 100,001 – 5 Conurbation Pertumbuhan Conurbation Muar-Batu Pahat- 300,000 Daerah Kluang Conurbation Lumut-Setiawan- Manjung Conurbation Temerloh-Mentakab Sumber : Dasar Perbandaran Negara, 2006. Rancangan wilayah untuk conurbation perlu disediakan untuk setiap kawasan conurbation. Pelan ini perlu mengutamakan perancangan bandar-bandar baru dan pusat- pusat pertumbuhan dalam conurbation, had pembangunan bandar, lingkaran hijau, sistem pengangkutan, bekalan air, sistem pembetungan, pelupusan sisa pepejal, kawasan industri dan tebatan banjir. ii. Pembangunan tambahan yang tidak dapat ditampung dalam had pembangunan bandar sedia ada, perlu diarahkan ke bandar-bandar baru dan pusat-pusat pertumbuhan yang terletak dalam sempadan conurbation. 5-41
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Dalam menentukan had pembangunan bandar, perlu ada pemisah antara kawasan- kawasan bandar untuk mengekalkan identiti setiap bandar. Kawasan atau tanah bandar ini perlu dielakkan daripada pembangunan dan dijadikan sebagai lingkaran hijau. Garis panduan akan digubal bagi penyediaan, penyelenggaraan dan pengawalan kawasan lingkaran hijau. iv. Rizab hutan simpan terpencil, KPU dan KSAS Tahap 1 dan Tahap 2 merupakan sebahagian daripada lingkaran hijau. v. Kawalan pembangunan bagi tanah yang ditetapkan sebagai KPU dan KSAS di dalam lingkaran hijau perlu dilaksanakan. Secara umum, pembangunan di kawasan lingkaran hijau akan dihadkan untuk penggunaan rekreasi sahaja, dan kesesuaian jenis aktiviti rekreasi akan bergantung kepada kesensitifan kawasan persekitaran. vi. Permohonan tukar syarat tanah dan pembangunan perlu dinilai berdasarkan kaedah ‘sequential test’ untuk meminimakan spekulasi pembangunan. vii. Tanah-tanah kerajaan negeri yang terletak di dalam had pembangunan bandar perlu dirizabkan untuk kegunaan awam seperti kawasan lapang dan kemudahan masyarakat yang bersesuaian. viii. Pergerakan di antara bandar dalam conurbation haruslah dipermudahkan dengan sistem transit berkapasiti tinggi, perancangan guna tanah dalam conurbation perlu ke arah meminimumkan pergerakan di antara bandar. ix. Hierarki infrastruktur, kemudahan sosial dan rekreasi perlu ditetapkan dalam setiap conurbation untuk menggalakkan kecekapan dalam pelaburan awam dan penggunaan kemudahan awam. 5-42
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar 5-43 Sumber : Da sar Perbandaran Negara (DPN), 2006
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 15 PERTUMBUHAN EMPAT CONURBATION UTAMA IAITU KUALA LUMPUR, GEORGE TOWN, JOHOR BAHRU DAN KUANTAN PERLU DISOKONG UNTUK MEMPERTINGKAT DAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL Langkah-langkah: i. Selain daripada sokongan am terhadap sektor perkhidmatan dan pembuatan, daya saing global conurbation utama untuk menarik pelaburan tempatan dan asing dalam pertumbuhan k-ekonomi; sektor ICT, pelancongan kesihatan dan pendidikan serta bioteknologi akan diberi perhatian dan sokongan khusus. ii. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan khususnya bekalan tenaga, perumahan, rekreasi, hiburan dan persekitaran berkualiti yang diperlukan untuk menyokong sektor k-ekonomi perlu dipertingkatkan. iii. Dimana perlu dan sesuai kawasan-kawasan khusus perlu dikenal pasti dan dibangunkan di dalam conurbation untuk menempatkan pengusahaan ICT dan bioteknologi. iv. Sistem transit berkapasiti tinggi bersepadu perlu dibangunkan di dalam conurbation utama untuk meningkatkan kecekapan conurbation. v. Aspirasi untuk memaju dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai ‘bandar bertaraf dunia’ perlu disokong. vi. Pembangunan industri dan perkhidmatan yang tidak dapat ditampung oleh conurbation utama perlu digalakkan dan dibangunkan di conurbation separa wilayah dan conurbation pertumbuhan daerah iaitu: a. Ipoh b. Melaka c. Temerloh-Mentakab d. Lumut-Sitiawan-Manjung e. Muar-Batu Pahat-Kluang 5-44
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 16 KEUTAMAAN PERLU DIBERI UNTUK MENCAPAI TAHAP BANDAR PADAT YANG CEKAP TENAGA Langkah-langkah: i. Pembangunan berorientasikan transit (TOD), berintensiti tinggi dan pembangunan bercampur akan digalakkan untuk mencapai bandar padat dan cekap tenaga yang sesuai didiami. ii. Pembangunan infill dan penggunaan tapak brownfield di kawasan bandar perlu digalakkan untuk penggunaan optima infrastruktur fizikal dan sosial sedia ada dan komited. iii. Insentif yang bersesuaian perlu disediakan untuk merangsang pembangunan semula bandar dan pembangunan infill. iv. Perancangan tempatan perlu mewujudkan peluang untuk pembangunan semula bandar- bandar utama yang bukan hanya bertujuan untuk pertumbuhan ekonomi bahkan juga untuk mempertingkatkan persekitaran kehidupan. v. Hubungan dan identiti antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggirannya perlu ditetapkan dan dikekalkan. vi. Individualiti dan pemisah fizikal bagi bandaraya, bandar dan luar bandar perlu dikekalkan. vii. Sempadan had pembangunan dan pertumbuhan bandar bagi setiap bandaraya, bandar dan kampung akan ditentukan untuk menghadkan perkembangan mendatar bagi bandaraya, bandar dan kampung berkenaan. viii. Perancangan tempatan perlu sensitif terhadap pemuliharaan kawasan yang berkepentingan sejarah, budaya dan seni bina untuk meningkatkan karektor dan keunikan bandar berkenaan. ix. Rancangan pembangunan perlu mengenal pasti isu-isu relevan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan untuk mencapai konsep kawasan kejiranan hijau. 5-45
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 17 BANDAR BERCIRI KHAS PERLU DIKENALPASTI DAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG MEMPERKUKUHKAN CIRI-CIRI ISTIMEWA TERSEBUT PERLU DISOKONG DENGAN INFRASTRUKTUR YANG BERSESUAIAN Langkah-langkah: i. Ciri-ciri khas dan fungsi bandar-bandar terpilih akan dibangunkan dan dipertingkatkan mengikut potensi ekonomi masing-masing dengan menyediakan kemudahan sokongan yang mencukupi. Bandar-bandar yang berciri khas disenaraikan di bawah: Fungsi Khas Bandar Negeri Ciri-ciri Khas Bandar Lain 1. Bandar Resort Persisiran Mersing Johor Desaru Kedah 2. Bandar Tanah Tinggi dan Kuah Negeri Sembilan Stesen Bukit Port Dickson Pahang Kuala Rompin 3. Alam Semula Jadi/ Cherating Terengganu Ekopelancongan Pantai Sepat Perak Dungun Penang Kelantan Marang Pahang Penarik-Merang Kelantan Kuala Besut Pulau Pinang Pangkor Perak Lumut Kedah Batu Feringghi Johor Tanjung Tokong Pahang Tumpat Terengganu Tanah Rata (Cameron Highlands) Kelantan Genting Highlands Bukit Fraser (Fraser’s Hill) Melaka Lojing Bukit Bendera (Penang Hill) Bukit Larut (Maxwell Hill) Gunung Jerai Pontian Kecil Segamat Jerantut Bera Jerteh Marang Dabong Gua Musang Alor Gajah Ayer Keroh Jasin 5-46
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Fungsi Khas Bandar Negeri 4. Bandar Warisan/ George Town Pulau Pinang Teluk Intan Bersejarah Gerik Perak Lenggong 5.Bandar DiRaja Taiping Selangor Klang Melaka 6. Bandar Berfungsi Khas Bandar Melaka Pahang Kuala Lipis Pahang Pekan Kelantan Kota Bharu Terengganu Kuala Terengganu Perak Kuala Kangsar Perlis Arau Kedah Alor Setar Negeri Sembilan Sri Menanti Selangor Klang Wilayah Persekutuan Putrajaya Selangor Perak 7. Bandar Industri Khas Cyberjaya Pulau Pinang Tanjung Malim – Bandar Proton 8. Pusat Pengangkutan dan Prai – Industri Berat Kedah Komunikasi Gurun- Industri Berat Kulim Hi-Tech – Teknologi Tinggi Johor 9. Bandar Sempadan Terengganu Senai – Hab penerbangan dan logistik Terengganu Kerteh – Petrokimia, minyak dan gas Teluk Kalong – Industri Berat Pahang Gebeng – Petrokimia, minyak sawit, bio- diesel dan logistik Pahang Peramu - Automobil Pahang Tanjung Agas- Industri berasaskan marin Lumut – Sitiawan – Manjung Perak Gerik Temerloh – Mentakab Pahang Gua Musang Kelantan Gemas Negeri Sembilan Padang Besar Perlis Bukit Kayu Hitam Kota Putra Kedah Pengkalan Hulu Bukit Bunga Perak Rantau Panjang Pengkalan Kubor Kelantan ii. Ciri-ciri dan fungsi khas bandar perlu diterjemahkan melalui reka bentuk bandar yang responsif dan efektif. iii. Semua bandar sempadan perlu dirancang dengan mengambilkira keadaan sedia ada dan cadangan pembangunan di kawasan bersempadan. Kerjasama merentas sempadan perlu digalakkan. iv. Rancangan pembangunan komprehensif yang merangkumi kedua-dua belah sempadan perlu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Strategi Pembangunan Bersama melalui kerjasama pembangunan sub-wilayah ASEAN di IMT-GT dan IMS-GT. 5-47
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 18 PUSAT PETEMPATAN UTAMA DAN PUSAT PETEMPATAN KECIL PERLU DIKEKAL DAN DIBANGUNKAN MENGIKUT POTENSI EKONOMI SETEMPAT PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil Langkah-langkah: i. Kemudahan awam di kesemua Pusat Petempatan Utama (PPU) dan Pusat Petempatan Kecil (PPK) perlu diuruskan setaraf dengan keperluan penduduk. ii. Industri-industri berasaskan sumber, industri kraf, aktiviti pertanian nilai ditambah, ekopelancongan serta industri dan perkhidmatan berkaitan di PPU dan PPK yang berpotensi perlu disokong dengan pelaburan infrastruktur awam yang diperlukan untuk pembangunan tersebut. iii. Pembangunan bandar perlu diselaraskan dengan dasar-dasar negara berkaitan dengan guna tanah, seperti Dasar Pertanian Negara bagi melindungi kawasan pengeluaran makanan. Perkembangan bandar berskala besar tidak dibenarkan di bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi. Pembangunan sedemikian perlu dialihkan ke kawasan lain yang tidak dirizabkan sebagai kawasan pengeluaran padi. iv. Bandar-bandar sempadan perlu dirancang dan diselaraskan pembangunannya dengan memberi penekanan kepada identiti negeri masing-masing. Contoh bandar-bandar sempadan negeri adalah: Nibong Tebal-Permatang Keling-Parit Buntar Tanjong Malim-Ulu Bernam Tampin-Gemas Endau-Tanjung Gemok Kemaman-Chendur Kuala Besut-Tok Bali Rancangan pembangunan komprehensif bagi bandar-bandar sempadan perlu disediakan berdasarkan kerjasama antara negeri, menangani isu-isu merentas sempadan dan prinsip-prinsip reka bentuk bandar yang seragam. 5-48
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil 5-49 Sumber : Dasa r Perbandaran Negara (DPN), 2006
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 19 PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG MENCUKUPI DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN KOMUNITI TERMASUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN PERLU DISEDIAKAN DI PUSAT BANDAR UTAMA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK Langkah-langkah: i. Perumahan yang mencukupi serta dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan awam dan kemudahan sosial perlu disediakan berdasarkan tahap kemampuan. ii. Perumahan di pusat bandar utama perlu dirancang untuk mencapai sasaran satu unit kediaman bagi setiap isirumah. iii. Di pusat bandar utama, sasaran Setinggan Sifar perlu dicapai menjelang tahun 2020. iv. Keselamatan dan kawalan perlu dilaksanakan di kesemua kawasan kejiranan. Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED) perlu diguna pakai dalam skim perumahan awam dan swasta. v. RT perlu mengenal pasti kawasan untuk perumahan awam yang berdekatan dengan tempat kerja, aksessibiliti yang baik dan memberi pertimbangan terhadap keperluan pelbagai kumpulan etnik masyarakat termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. vi. Strategi-strategi pelaksanaan yang baru seperti Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan land pooling perlu diguna pakai sebagai satu strategi untuk menyatukan pecahan- pecahan tanah bagi memenuhi keperluan perumahan. vii. Ruang awam masyarakat perlu disediakan untuk interaksi sosial dan kemampanan masyarakat. 5-50
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 20 PIAWAIAN PERANCANGAN DAN GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BANDAR PERLU DIRANGKA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEBUAH NEGARA MAJU Langkah-langkah: i. Piawaian perancangan sedia ada perlu diukur dengan piawaian antarabangsa dan akan ditingkatkan bagi memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia adalah setaraf dengan status negara maju. Peningkatan piawaian perlu praktikal dan sesuai dengan budaya tempatan, iklim dan keadaan lain. ii. Pelaksanaan piawaian akan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang impak yang mendadak terhadap harga tanah dan rumah. iii. Pelaksanaan piawaian perancangan akan dipantau dan dikaji semula dari semasa ke semasa. iv. Piawaian perancangan yang dikaji semula perlu merangkumi piawaian ruang bagi kemudahan awam dan pembangunan sektor swasta. v. Kualiti dan jenis perkhidmatan perbandaran yang disediakan akan dikaji semula supaya setaraf dengan aspirasi sebagai negara maju. vi. Keseragaman dalam piawaian perancangan dan garis panduan terperinci mengenai pembangunan bandar perlu dibentuk untuk memenuhi keperluan negara maju, di samping mengemukakan isu-isu relevan berkaitan dengan perubahan iklim dan ke arah mencapai konsep kejiranan hijau. 5-51
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 21 SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH Langkah-langkah: i. Agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan maklumat secara berkala mengenai pembangunan guna tanah adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. ii. Setiap Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu mengemukakan kepada agensi pusat, secara berkala, maklumat mengenai kelulusan perancangan dan pemberian Certificates of Completion and Compliance (CCC) di kawasan masing-masing. iii. Setiap Pejabat Tanah dan Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri perlu membekalkan kepada agensi pusat secara berkala, maklumat kelulusan tukar syarat tanah di dalam daerahnya. iv. Agensi pusat perlu menetapkan kekerapan penerbitan melalui rundingan dengan pihak- pihak yang berkepentingan dan kekerapan laporan yang perlu dikemukakan oleh PBPT dan Pejabat Tanah dan Daerah. v. Agensi pusat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu menentukan format pelaporan dan penerbitan serta jenis maklumat yang dikehendaki. vi. Kesemua rancangan pemajuan perlu mengandungi jadual bagi menentukan masa tanah tersedia untuk pembangunan dan untuk ditukar syarat kepada kegunaan bandar. Kelulusan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian kepada kegunaan bandar perlu diselaraskan dengan jadual tersebut. Sekiranya tanah yang ditukar syarat telah melebihi keperluan pembangunan, penangguhan tukar syarat perlu dikenakan. Kadar pertukaran syarat perlulah tidak melebihi 5 tahun daripada unjuran pembangunan. 5-52
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290 spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia, penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus. Pemuliharaan spesies, habitat, ekosistem dan proses ekologi yang berkaitan adalah penting untuk kesinambungan kesejahteraan manusia sejagat. Biodiversiti membekalkan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidupan yang amat diperlukan untuk kewujudan manusia. (Jadual 5.3) Jadual 5.3 : Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem Biodiversiti & Ekosistem Perkhidmatan Budaya Perkhidmatan Pembekalan Perkhidmatan Pengawasan Produk yang diperolehi Manfaat yang diperolehi Manfaat bukan material yang daripada ekosistem daripada pengawasan proses diperolehi daripada ekosistem ekosistem Makanan Peraturan Mengenai Iklim Keagamaan & Kerohanian Air Bersih Peraturan Mengenai Rekreasi & Kayu Balak Makhluk Perosak Ekopelancongan Kayu Api Peraturan Mengenai Air Nilai Estetika & Inspirasi Serat Larian Permukaan/ Banjir Pendidikan Biokimia Penulenan Air Warisan Budaya Sumber Genetik Pendebungaan Peraturan Mengenai Hakisan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan yang Diperlukan untuk Pengeluaran Khidmat Ekosistem Lain Pembentukan Kitaran Nutrien Pengeluaran Penyediaan Habitat Penghasilan Tanah Utama Oksigen Sumber: A Common Vision on Biodiversity (NRE, 2008) Malaysia telah mempraktikkan pemuliharaan habitat sejak akhir 1900-an. Pada tahun 1994, Malaysia telah memeteraikan Konvensyen PBB Mengenai Biodiversiti dan pada tahun 1998 juga telah menggubal Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan yang memberi arah tuju dan strategi dalam pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara. Pada masa kini, kawasan hutan masih lagi merangkumi sekitar 44.8% daripada kawasan daratan Semenanjung Malaysia, manakala kawasan perlindungan (termasuk rizab hutan simpan kekal yang mempunyai status perlindungan) meliputi 13%. Sistem taman laut pula merangkumi kawasan perairan seluas 2,199 km2 mengelilingi 71 buah pulau. 5-53
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Walau pun terdapat banyak usaha pemuliharaan dijalankan, kehilangan habitat serta pemecahan spesies dan perkhidmatan ekosistem masih berterusan di Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, kawasan perlindungan merupakan kawasan yang diwartakan, namun kawasan rizab hutan ini dengan mudahnya dinyah wartakan dan ditukar syarat kepada tanah pertanian atau kegunaan lain. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan dalam rizab hutan yang ditanami dengan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar tahun 2007. Kehilangan dan pemecahan hutan telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan ekosistem, penurunan populasi hidupan liar serta peningkatan kejadian konflik manusia- hidupan liar. Oleh yang demikian, usaha untuk menangani kehilangan litupan hutan dan masalah pemecahan hutan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan warisan biologi negara. Nilai pemuliharaan ekosistem yang berada di luar kawasan perlindungan sering diketepikan demi untuk mengeksploitasi sumber. Sebagai contoh, bukit batu kapur yang menempatkan bilangan spesies endemik yang tinggi, sering kali dianggap hanya sebagai sumber asli yang dieksploitasi untuk agregat atau batu marmar. Oleh itu, kajian di peringkat negara yang mengutamakan kawasan-kawasan tersebut bagi tujuan pemuliharaan atau penggunaan sumber asli amat diperlukan. Zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia sedang mengalami proses perbandaran yang pesat, termasuk penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan pelabuhan, zon industri dan akuakultur, yang kesemuanya mengakibatkan kehilangan habitat dan pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau taman laut. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan. Banyak ekosistem persisiran pantai dan marin yang penting seperti kawasan rumput laut, tapak pendaratan penyu dan kawasan habitat burung perlu dilindungi untuk mengurangkan kejadian kehilangan habitat yang lebih tinggi. Kawasan tanah tinggi pula mempunyai ciri-ciri yang unik yang menjadi tarikan untuk pelancongan dan pertanian. Namun, pembangunan tidak terkawal, terutama di kawasan tanah tinggi seperti Lojing dan Cameron Highlands, menyebabkan masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemendapan sungai. Ini seterusnya menjejaskan biodiversiti akuatik dan fungsi sungai untuk membekalkan air bersih, rekreasi dan pelancongan. Pengawalan tegas perlu dijalankan ke atas perkembangan kawasan bandar dan pertanian di kawasan tanah tinggi, di samping melaksanakan amalan pengurusan yang lebih baik dan merangka rancangan-rancangan pemajuan berstatus untuk kawasan stesen bukit yang utama. 5-54
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Perlindungan kawasan tadahan air, sungai dan zon recharge air bawah tanah amat penting untuk memastikan penawaran yang mencukupi untuk bekalan air berkualiti tinggi dan perancangan guna tanah secara mampan. Di samping itu, nilai ekonomi sebenar bagi kawasan hutan tadahan dan sungai-sungai yang bersih perlu dikenal pasti dan diiktiraf. Pembangunan empangan, yang menimbulkan impak alam sekitar dan sosial yang amat tinggi, tidak harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk pembangunan sumber air. Sebaliknya, langkah-langkah pengurusan permintaan air dan mempertingkatkan rangkaian pengagihan perlu diberi keutamaan yang sama penting. Malaysia perlu pro-aktif dalam menangani impak-impak yang diramalkan akibat perubahan iklim global. Walaupun negara ini bukan penyumbang utama kepada perubahan iklim, Malaysia tetap terdedah kepada kesannya. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) meramalkan bahawa tanpa tindakan lebih lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, suhu global akan naik secara purata 1.8°C sehingga 4.0°C dalam abad ini. Pemanasan global ini diramalkan akan mempunyai kesan serius, termasuk kenaikan paras air laut antara 18 dan 59 cm, yang akan membahayakan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil. Perubahan iklim juga dijangka akan meningkatkan lagi frekuensi dan kemusnahan cuaca melampau, mengakibatkan kehilangan biodiversiti, serta memberi kesan kepada sumber air dan pertanian. Kewajipan utama Malaysia sebagai anggota Non-Annex 1 - Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon. Pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai keadaan iklim dan impak yang berkaitan dengannya (Jadual 3.1) adalah penting bagi membentuk langkah-langkah yang lebih spesifik. Bagaimanapun langkah-langkah awal adaptasi juga adalah kritikal untuk mengekang kerosakan dan kos ekonomi akibat impak-impak perubahan iklim. Secara keseluruhannya, perancangan guna tanah yang lebih berkesan, pengurusan dan perlindungan yang lebih ketat bagi kawasan sensitif alam sekitar di setiap peringkat amat penting untuk menjamin penggunaan secara bijak ke atas sumber asli, biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu diberikan peluang untuk mengubah kebergantungan mereka kepada sumber pendapatan yang amat terhad, iaitu eksploitasi sumber asli dan cukai tanah, kepada sumber baru. Oleh itu, adalah amat penting untuk mewujudkan dasar dan insentif-insentif ekonomi yang mencukupi untuk memastikan program perlindungan persekitaran dan pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan di peringkat negeri. 5-55
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 22 KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PERLU DIINTEGRASI KE DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN GUNA TANAH DAN SUMBER ALAM SEMULA JADI PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar Langkah-langkah: i. Penggunaan dan pemuliharaan KSAS di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan berdasarkan kriteria pengurusan yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Selain itu, Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap1 akan dirujuk bersama dalam semua peringkat perancangan guna tanah. Kategori KSAS dan Kriteria:- Tahap Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kriteria Pengurusan KSAS Kawasan Perlindungan sedia ada dan cadangan Pembangunan, pertanian Tahap 1 baru. atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali KSAS Habitat kecil yang penting di luar sistem Kawasan ekopelancongan2, Tahap 2 Perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut, penyelidikan dan kawasan penting tumbuhan, bukit batu kapur dan pendidikan. KSAS tanah bencah semula jadi yang mempunyai nilai Tahap 3 pemuliharaan tinggi. Kawasan tadahan empangan sedia ada dan cadangan baru. Kawasan melebihi kontur 1,000m Semua hutan dan tanah bencah di luar kawasan Pembangunan atau perlindungan. Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 13. pertanian tidak dibenarkan. Pembalakan mampan dan Kawasan antara kontur 300m - 1,000m ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan tetapi tertakluk kepada halangan setempat. Pulau-pulau Taman Laut Pembangunan terkawal di Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 23 mana jenis dan intensiti Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon groundwater recharge. pembangunan perlu tertakluk kepada ciri-ciri Kawasan antara kontur 150m - 300m, semua halangan. kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150tan/ha/tahun, semua kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal. 5-56 1 NRE. 2009. Pengurusan Biodiversity dalam Persekitaran Landskap ‐ Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (Kementrian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan 1997) menggunakan definasi Kesatuan Antarabangsa untuk Pemulihan Alam Sekitar (IUCN) untuk ekopelancongan, iaitu “Environmentally responsible travel to relatively undisturbed natural areas in order to enjoy and appreciate nature (and any other accompanying cultural features). One that promotes conservation, one that has low visitor impact and one that provides for beneficially active socioeconomic involvement of local populations.” 3 Keluasan zon penampan akan disemak di peringkat tempatan dengan mengambilkira halangan spesifikasi tapak.
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 ii. RS dan RT perlu meneliti KSAS yang dikenal pasti di dalam RFN Ke-2 untuk merangkumi KSAS lain yang mungkin penting di peringkat negeri atau tempatan. Kategori KSAS dan kriteria pengurusan berkaitan dalam RFN Ke-2 perlu dikekalkan dalam RS dan RT. Kriteria pengurusan tambahan perlu dihuraikan di dalam RS dan RT untuk semua jenis KSAS di bawah KSAS Tahap 3. iii. Semua sempadan KSAS perlu dipetakan dalam RS dan RT. Seterusnya, sempadan tersebut perlu ditandakan dengan jelas di atas tapak. iv. Zon penampan yang mencukupi perlu disediakan di antara KSAS (Tahap 1 dan Tahap 2) dan kawasan perbandaran atau pertanian. Garis panduan untuk guna tanah di zon penampan perlu ditetapkan. Bangunan kekal tidak dibenarkan di dalam zon penampan. Zon penampan boleh digunakan untuk agroperhutanan, mengikut kesesuaian garis panduan di atas. Dalam kawasan conurbation yang dikenal pasti, zon penampan KSAS boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan lingkaran hijau. v. Hutan simpan kekal tidak dibenarkan dinyahwarta untuk mengekalkan jumlah litupan hutan semula jadi sedia ada. Selain itu, perladangan hutan hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan kekal. vi. Tindakan fiskal perlu diperkenalkan untuk membolehkan kerajaan negeri mengimbangi potensi kerugian hasil pendapatan akibat inisiatif pemuliharaan biodiversiti. Kajian perlu dilakukan untuk merumuskan mekanisme yang paling sesuai, yang merangkumi contohnya skim Payment for Ecosystem Services (PES) seperti instrumen pembayaran awam, perdagangan karbon dan offsets biodiversiti. vii. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara perlu diwujudkan di setiap negeri. Majlis ini akan menasihati kerajaan negeri dalam segala hal berkaitan dengan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan, akses kepada sumber-sumber biodiversiti dan perkongsian faedah, keselamatan biologi dan bioprospecting. viii. Sistem Kawasan Perlindungan (PA) harus diperluas untuk merangkumi semua jenis habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Pelan Sistem Kawasan Perlindungan Semenanjung Malaysia perlu diwujudkan, dengan mengambil kira semua cadangan terdahulu untuk PA. Beberapa kawasan paling penting yang telah dicadangkan adalah: Ulu Muda (Kedah) 5-57 Gunung Jerai (Kedah) Hutan Paya Bakau Sungai Merbok (Kedah) Banjaran Bintang (Kedah dan Perak) Temenggor (Perak) Hutan Paya Air Tawar Pondok Tanjung (Perak) Taman Negara Bukit Fraser ( Pahang) Hutan Paya Gambut Tenggara Pahang (Pahang) Gunung Panti (Johor)
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Tanah Lembap Sungai Sedili Kecil dan Sungai Sedili Besar (Johor) Tanah Lembap Setiu (Terengganu) Kenyir dan Tembat (Terengganu) Terengganu Hills (Terengganu) Hulu Lembangan Sungai Nenggiri / Perias (Kelantan) Pergau dan Gunung Basor (Kelantan) Gunung Chamah (Kelantan) Bukit batu kapur yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi seperti Gunung Jaya dan Gua Panjang di Kelantan; Serdam, Gelanggi dan Jebak Puyoh di Pahang, Gunung Datuk, Rapat, Lanno dan Kantan di Perak dan Batu Caves di Selangor. Hutan dipterokarp bukit pesisiran pantai seperti Segari Melintang dan Teluk Muroh di Perak dan Bukit Labohan di Terengganu. Pendekatan berperingkat adalah digalakkan bagi merumuskan pelan tersebut, berdasarkan dokumen Senarai Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia4. Pelan tersebut perlu mengandungi strategi dan tindakan untuk mengukuhkan keberkesanan pengurusan dan sistem pembiayaan mampan untuk kawasan perlindungan. ix. Pelan Tindakan Kebangsaan perlu dirumuskan sebagai panduan untuk penggunaan bijaksana, pemuliharaan dan perlindungan kawasan yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi yang pada masa kini berada luar kawasan perlindungan, khususnya bukit-bukit batu kapur, tanah lembap semula jadi, kawasan penting tumbuhan (IPA)5, dan kawasan penting beburung (IBA)6. 5-58 4 KSAAS. Dalam Penyediaan Senarai Induk Kawasan Perlindungan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 5 Sebuah kajian berkenaan kawasan Kawasan Tanaman Utama sedang dijalankan. Hubungi FRIM untuk maklumat lanjut. 6 Yeap, C.A., Sebastian, A.C. and Davison, G.W.H. (compilers). 2007. Directory of Important Birds Areas in Malaysia: key sites for conservation. Kuala Lumpur. Malaysian Nature Society (MNS Conservation Publication No. 8)
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar 5-59 Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 23 CENTRAL FOREST SPINE AKAN DIWUJUDKAN BAGI MEMBENTUK TULANG BELAKANG RANGKAIAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine Langkah-langkah: i. Central Forest Spine (CFS) perlu dirancang dan diuruskan sebagai satu unit bersepadu yang membentuk tulang belakang rangkaian KSAS. Kawasan bukan hutan di dalam sempadan indikatif CFS juga perlu diambil kira sebagai KSAS dan langkah-langkah pengurusan yang bersesuaian perlu dibentuk. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk menerima pakai konsep ini secara formal. ii. Pelan Induk CFS 7 perlu dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian ekologi bagi menghubungkan semula kompleks-kompleks hutan yang penting di Semenanjung Malaysia. Rangkaian ekologi tambahan juga perlu dikenal pasti di peringkat RS dan RT. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk mengurus dan memulihara rangkaian ekologi yang telah dikenal pasti. iii. Perancangan guna tanah di semua peringkat perlu mengelak atau mengurangkan pemecahan habitat. Dalam hal ini, Pelan Induk CFS, Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan 8 serta Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap9 perlu dirujuk terutamanya bagi pembinaan jalan raya, landasan kereta api, rangkaian paip dan perladangan, yang merupakan ancaman terbesar kepada pemecahan habitat. iv. Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat, terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara. Kawasan ini amat penting untuk integriti CFS dan perlu dirancang dan diuruskan sebagai KSAS. v. Sebuah projek perintis perlu dijalankan untuk membangunkan konsep \"Daerah Pemuliharaan“ di daerah yang mempunyai peratusan KSAS yang tinggi, terutamanya dalam kawasan CFS. Projek tersebut perlu meliputi pembentukan organisasi, pembiayaan, strategi, program dan latihan. Program dan langkah-langkah tersebut akan bertindak sebagai satu instrumen bagi kerajaan tempatan untuk menerapkan pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar secara efektif, terutamanya tindakan-tindakan relevan seperti terkandung dalam RFN Ke-2, ke dalam perancangan, pengurusan dan protokol pentadbiran guna tanah. 7 TCPD. 2009. Central Forest Spine 1 – Pelan Induk Koridor Ekologi. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur. 8 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2008, Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Harimau di Malaysia. Kuala Lumpur. 9 KAAS.2009.Pengurusan Biodiversiti dalam Persekitaran Landskap ‐ Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 5-60
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine 5-61 Sumber : Cen tral Forest Spine: Pelan Induk Koridor Ekologi (JPBD SM), 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 24 EKOSISTEM PERSISIRAN PANTAI DAN MARIN YANG SENSITIF PERLU DILINDUNGI DAN DIGUNAKAN SECARA MAMPAN PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif Langkah-langkah: i. Penambakan persisiran pantai tidak digalakkan kecuali untuk pembangunan pelabuhan strategik berkepentingan negara. Penambakan persisiran pantai tidak dibenarkan di dalam atau bersempadan dengan ekosistem yang sensitif seperti taman laut, hutan paya bakau, tanah lumpur, terumbu karang, padang rumput laut, kawasan pendaratan penyu, dan pantai pelancongan utama. Semua cadangan yang melibatkan penambakan persisiran pantai perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara. ii. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk tanah bencah perlu dirumuskan untuk memastikan penggunaan bijak dan pengurusan tanah bencah semula jadi secara mampan. Tukar syarat tanah bencah semula jadi untuk kegunaan lain hanya dibenarkan untuk pembangunan infrastruktur yang kritikal di kawasan tanah bencah yang dikenal pasti memiliki nilai rendah dalam menampung biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem. iii. Kawasan rumput laut, yang merupakan habitat tanah bencah kritikal untuk perikanan marin dan pemuliharaan dugong, perlu diwartakan sebagai kawasan perlindungan. Pelan Tindakan Rumput Laut Kebangsaan perlu dirumuskan bagi menjamin perlindungan kawasan rumput laut yang penting. iv. Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Penyu Laut perlu dirujuk dan diterima pakai. Tapak penetasan utama bagi penyu dan tuntung perlu dilindungi. Ini termasuklah pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Chakar Hutang, Penarik, Telaga Papan, Geliga dan Pantai Kijal (Terengganu), Pulau Upeh, Padang Kemunting, Pasir Gembur, Pantai Kem Terendak (Melaka) dan kesemua Pusat Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Marin. Selain itu, tapak penetasan yang lain perlu dikenal pasti dan dikategorikan sebagai KSAS Tahap 1. Kesemua tapak yang mengalami kemerosotan perlu dibaik pulih. v. Tapak persinggahan beburung air yang berkepentingan antarabangsa perlu dipulihara dan diurus secara mampan10. Tapak-tapak ini terletak di pantai barat, khususnya Teluk Air Tawar-Kuala Muda di Kedah dan Seberang Perai, Hutan Paya Bakau Larut-Matang di Perak dan persisiran pantai utara-tengah di Selangor. vi. Pulau-pulau dalam taman laut perlu diuruskan dengan kaedah yang akan melindungi kekayaan biodiversiti marin di perairan persekitarannya. Pembangunan dan pengurusan pelancongan di pulau-pulau ini perlu selaras dengan Pelan Pengurusan Taman Marin 5-62 10 Li, Z.W.D. and Ounsted, R. (eds.). 2007. The Status of Coastal Waterbirds and Wetlands in Southeast Asia: Results of Waterbird Surveys in Malaysia (2004–2006) and Thailand and Myanmar (2006). Wetlands International, Kuala Lumpur, Malaysia.
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 berkenaan. Sistem pengurusan sisa pepejal dan air kumbahan yang bersesuaian perlu dibangunkan. vii. Perancangan dan pembangunan kawasan persisiran pantai harus mengambil kira strategi dan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara11, Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dan lain-lain pelan pengurusan pantai yang berkaitan. viii. Pengurusan Perikanan Berasaskan Ekosistem (EBFM) digunakan sebagai satu instrumen pengurusan untuk memastikan pengurusan perikanan marin secara mampan. Tindakan pemuliharaan spesifik berdasarkan EBFM perlu merangkumi rancangan pemulihan dan pengurusan perikanan untuk semua ikan-ikan utama serta mewartakan kawasan tambahan bagi Kawasan Larangan Tangkapan Ikan dan habitat perikanan yang penting. 5-63 11 JPBD. 2010. Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif 5-64 Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 25 PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI PERLU DIKAWAL DENGAN TEGAS BAGI MELINDUNGI KESELAMATAN MANUSIA DAN MENGEKALKAN KUALITI PERSEKITARAN DAN BIODIVERSITI PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas Langkah-langkah: i. Semua pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan Bukit dan Tanah Tinggi12. ii. Strategi pembangunan pertanian dan pelancongan di kawasan bukit dan tanah tinggi perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tersebut. iii. Padang golf dan industri sederhana dan berat yang baru tidak akan dibenarkan di kawasan tanah tinggi. iv. Dasar Kawasan Tanah Tinggi Kebangsaan perlu dirumuskan untuk memandu pembangunan di kawasan tanah tinggi. Pembangunan di Kawasan Pengurusan Khas (KPK) v. Berdasarkan kajian untuk Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia13 , pembangunan bandar dan pertanian yang baru di kawasan tanah tinggi hanya akan dibenarkan di dalam dua Kawasan Pengurusan Khas (KPK) iaitu : a. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; dan b. Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik. Dalam KPK tersebut, pembangunan pertanian baru hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan dan kawasan tadahan air. Semua pembangunan harus mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi14. vi. Pembangunan baru tidak dibenarkan dalam KPK Bukit Fraser. Pembangunan sedia ada perlu mematuhi strategi dan garis panduan yang terkandung dalam Kajian Penyelarasan Pembangunan Bukit Fraser 15. vii. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk KPK Cameron Highlands-Kinta- Lojing, KPK Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dan KPK Bukit Fraser serta Bukit Larut (Maxwell Hill), Bukit Bendera dan Gunung Jerai. Pembangunan hanya dihadkan kepada ekopelancongan yang menumpu kepada usaha membaik pulih dan meningkatkan kemudahan sedia ada. Pembangunan stesen bukit baru tidak dibenarkan. 12 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 13 UPE. 2002. Kajian Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri, Putrajaya. 14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2009. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 15 JAS. 2008. Kajian Penyelarasan Pembangunan di Bukit Fraser, Pahang. Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. 5-65
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas 5-66 Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 26 SEMUA SUMBER AIR PERMUKAAN DAN AIR BAWAH TANAH ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DILINDUNGI DAN DIURUSKAN SECARA MAMPAN PI 19 : Kawasan Tadahan Air PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah Langkah-langkah: i. Kawasan tadahan bagi empangan sedia ada dan yang dicadangkan akan diwartakan sebagai kawasan tadahan air untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah yang tidak bersesuaian di kawasan tersebut. ii. RS dan RT perlu mengenal pasti dan menandakan kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah sebagai KSAS Tahap 3, yang memerlukan pengurusan guna tanah khusus. Jenis dan tahap pembangunan perlu dikawal secara ketat bergantung kepada jenis-jenis halangan pembangunan. iii. Semua kegiatan guna tanah sedia ada dan akan datang dalam kawasan tadahan air takat pengambilan air dan zon recharge perlulah tidak mengancam atau meningkatkan kos untuk rawatan air bagi kegunaan manusia. Pembangunan industri baru dan aktiviti lain yang menjadi punca pencemaran air tidak akan dibenarkan, manakala industri sedia ada perlu menerima pakai langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang bersesuaian untuk melindungi kesihatan awam dan kualiti air. iv. Penggunaan telaga air awam dan sumber air bawah tanah yang penting untuk aktiviti komersial, industri dan pertanian perlu dipantau untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Kawalan perparitan mesti diperkenalkan di sekitar kawasan sumber air bawah tanah yang penting seperti paya gambut dan paya air tawar untuk mengekalkan aras air yang diperlukan untuk kemampanan ekosistem tersebut. v. Badan-badan air perlu diurus untuk melindungi biodiversiti akuatik, dengan objektif untuk melindungi kemampanan sungai. Kawasan rizab sungai dan tasik perlu diwujudkan untuk melindungi kualiti air sungai, menjaga integriti habitat akuatik, mengatasi kejadian banjir dan di mana perlu, untuk berfungsi sebagai koridor ekologi. vi. Langkah-langkah pengurusan permintaan air perlu dilaksanakan. Pendekatan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) harus diterima pakai untuk menerapkan penggunaan sumber air secara mampan ke dalam perancangan guna tanah. vii. Penilaian Alam Sekitar Strategik (SEA) perlu digunakan untuk merasionalisasikan keperluan pembangunan empangan yang baru. 5-67
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 19 : Kawasan Tadahan Air 5-68 Sumber : Ka jian Sumber Air Kebangsaan, 2000
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah 5-69 Sumber : Pet a Hidro‐Geologi Semenanjung Malaysia Edisi 1, 2008 (Jabatan Mineral dan Geosains)
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 27 RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL PERLU MENGAMBIL KIRA LANGKAH- LANGKAH MITIGASI DAN ADAPTASI TERHADAP KESAN-KESAN PERUBAHAN IKLIM PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim Langkah-langkah: i. Perancangan petempatan dan infrastruktur masa depan di zon persisiran pantai perlu dialihkan jauh daripada kawasan yang berkemungkinan menerima kesan kenaikan paras air laut/ribut taufan, dengan pelebaran anjakan bangunan mengikut kesesuaian. Penilaian risiko dan vulnerability mapping perlu dilakukan sebagai sistem amaran awal dan sistem tindakan kecemasan terhadap mana-mana bencana alam sekitar. ii. Struktur penstabilan persisiran pantai (perintang dan tembok laut) perlu diperkukuhkan di kawasan-kawasan kritikal yang mempunyai nilai ekonomi tinggi atau berkepentingan strategik. iii. Halangan semula jadi, khususnya hutan paya bakau perlu dilindungi dan diperluaskan. Tukar guna tanah hutan paya bakau tidak dibenarkan. iv. Kecekapan sistem pengairan untuk pertanian perlu dipertingkatkan untuk mengoptimumkan penggunaan air dalam aktiviti pertanian. Kepelbagaian dalam perladangan, tanaman bercampur dan tanaman bergilir, pengurusan haiwan perosak secara bersepadu serta lain-lain teknik pengurusan tanah dan perladangan perlu diguna pakai dengan lebih meluas. Kesesuaian tanaman harus dikaji secara berkala untuk menyesuaikan produktiviti tanaman dengan kesan perubahan iklim. v. Proses-proses ekosistem utama seperti penghijrahan, pembiakan, pendebungaan dan penyebaran benih, perlu dilindungi untuk mengekalkan daya ketahanan biodiversiti terhadap perubahan iklim. Tindakan utama adalah untuk melindungi kesemua jenis ekosistem di Semenanjung Malaysia dan juga mengekalkan hubungan di antara habitat melalui pembentukan koridor hidupan liar. vi. Teknologi hijau perlu digalakkan secara aktif sebagai satu kaedah untuk menangani perubahan iklim. Pembangunan baru perlu mengamalkan kecekapan tenaga dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. vii. Penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan perlu dikurangkan dengan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pejalan kaki dan berbasikal serta menyediakan insentif untuk penggunaan bahan bakar dan kenderaan yang kurang menghasilkan pencemaran. viii. Pengurusan permintaan bekalan air perlu diberi keutamaan berbanding pengurusan penawaran air. Program penuaian air hujan, simpanan air dan pemuliharaan air harus 5-70
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 diperkembangkan. Kawasan tadahan air perlu dilindungi untuk memastikan bekalan air yang mencukupi. Buffer riparian zone yang mencukupi perlu disediakan dalam kawasan pertanian dan perladangan bagi mengelakkan hakisan dan pemendapan di sungai-sungai. ix. Hutan dan tanah gambut adalah penyerap karbon yang penting. Rizab hutan simpan sedia ada perlu dikekalkan untuk menghadkan jumlah karbon yang dilepaskan ke atmosfera. 5-71
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010 5-72
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar Rangkaian jalan dan lebuh raya ekspres di Semenanjung Malaysia telah dibangunkan dengan sempurna terutamanya di Pantai Barat, walaupun sistem lebuh raya ekspres ini belum lagi dibina di Pantai Timur. Perjalanan darat bagi penduduk secara amnya adalah perlahan dan sukar manakala, perjalanan udara adalah lebih cepat, tetapi ia melibatkan masa perjalanan yang panjang kerana memerlukan pergerakan dari bandar ke lapangan terbang, pengurusan tiket, dan tempoh menunggu. Pengangkutan udara adalah lebih berfaedah kepada penumpang apabila masa penerbangan adalah lebih panjang berbanding masa perjalanan biasa. Ini hanya dapat dicapai apabila jarak di antara tempat pelepasan dan destinasi adalah sangat jauh. Purata jarak di antara bandar- bandar utama di Semenanjung, khususnya conurbation adalah lebih kurang 300km. Ini menjadikan perjalanan udara lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan darat atau perkhidmatan rel sedia ada, seandainya tiada alternatif mod yang lain. Penggunaan rel berkelajuan tinggi akan mengubah sepenuhnya perspektif ini dan menyediakan satu paradigma yang berbeza bagi pembangunan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. RFN Ke-2 mencadangkan pembangunan sistem pengangkutan negara bersepadu, di mana pengangkutan rel menjadi sistem utama bagi pengangkutan manusia dan barangan, manakala sistem jalan menyediakan mod alternatif dan penyambung kepada sistem tersebut. Kedua-dua rangkaian sistem jalan dan rel ini perlu disepadukan dengan baik agar dapat beroperasi secara efisien dan efektif. Kedua-dua rangkaian pengangkutan jalan dan rel perlu berinteraksi dan bersambungan bagi memudahkan pergerakan multimodal barangan dan manusia. Sistem lebuh raya ekspres negara masih belum lengkap sepenuhnya. Sambungan ke Pantai Timur, khususnya menghubungkan bandar-bandar di Pantai Timur iaitu Kota Bharu dan Kuala Terengganu ke conurbation Pantai Barat, perlu diberi pertimbangan utama. Sokongan dan pelengkap bagi sistem lebuh raya ekspres negara ini perlu merangkumi satu rangkaian hierarki jalan peringkat bawah yang menyeluruh seperti jalan persekutuan dan jalan negeri. Ini adalah penting bagi pengagihan trafik daripada sistem lebuh raya ekspres ke akses tempatan khususnya akses ke kawasan luar bandar. Walau pun hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar boleh menggunakan pelbagai peringkat lebuh raya dan jalan serta laluan rel atau perkhidmatan udara, namun faktor yang paling kritikal dalam sistem ini adalah jalan-jalan negeri terutamanya jalan-jalan kampung. Sistem rel yang menggunakan kriteria reka bentuk berkelajuan tinggi masih belum dilaksanakan sepenuhnya, untuk berfungsi sebagai satu cara yang bukan hanya dapat menghubungkan kawasan di Semenanjung Malaysia secara berkesan tetapi juga untuk menyatukan pelbagai elemen sistem pengangkutan negara. Berdasarkan kepada bentuk taburan pusat bandar utama, sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi negara akan berfungsi sebagai satu sistem penyatuan komprehensif menghubungkan kesemua ibu negeri dan conurbation yang dikenal pasti. Dengan kelajuan 300km sejam atau lebih, rel berkelajuan tinggi akan menjadi pilihan paling optima dan sesuai dari segi masa perjalanan, kapasiti tampungan dan keselamatan. Selain daripada pertimbangan 5-73
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 terhadap teknologi terkini dalam pengangkutan rel, pelaksanaan rangkaian rel berkelajuan tinggi juga perlu mengambil kira penilaian untuk menaik taraf kelebaran jajaran rel sedia ada (1.0m) kepada piawaian antarabanga iaitu 1.435m. Memandangkan panjang Semenanjung Malaysia adalah hampir 900km dengan kelebaran kira-kira 300km, serta lokasi Kuala Lumpur yang terletak di pertengahannya, sistem rel berkelajuan tinggi adalah mod pengangkutan awam antara negeri yang paling optima di negara ini. Oleh itu dalam jangka masa panjang, rangkaian kereta api laju seharusnya digunakan sebagai pengangkutan asas untuk pergerakan penduduk di dalam negara. Malaysia juga perlu bergerak ke arah rangkaian rel berelektrik yang komprehensif untuk menyokong transformasi ekonomi negara daripada fasa perindustrian kepada model baru ekonomi yang menekankan pertumbuhan industri pembuatan dan perkhidmatan yang bernilai ditambah tinggi. Bagi melengkapkan rel berkelajuan tinggi antara negeri, conurbation utama perlu mempunyai sistem transit rel ringan dan transit rel berkapasiti tinggi (LRT dan MRT) untuk kawasan bandar. Stesen kereta api akan menjadi pusat tumpuan pergerakan dan aktiviti bandar serta tempat tumpuan masyarakat. Ia juga akan menjadi pusat komuniti, di samping berfungsi sebagai tempat pertukaran mod pengangkutan. Dalam konteks pengangkutan laut, Malaysia memainkan peranan penting sebagai hab penghantaran barangan (transhipment hub) serantau dan juga berfungsi sebagai pelabuhan pendalaman wilayah. Sebagai hab penghantaran barangan, Malaysia berfungsi sebagai pusat pertukaran bagi pelbagai syarikat perkapalan di mana muatan kargo dipunggah dari satu kapal ke kapal yang lain dan seterusnya dihantar ke destinasi pelabuhan yang lain. Pelabuhan laut dan darat adalah berorientasikan kepada pengangkutan barangan berbanding dengan penduduk. Objektif utama sesuatu pelabuhan adalah untuk memastikan kecekapan dan kepantasan dalam pemunggahan barangan dari pengangkutan darat ke pengangkutan laut dan sebaliknya. Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan perlu dipromosikan sebagai pelabuhan-pelabuhan utama negara dengan fokus yang berbeza. Pelabuhan Klang yang mempunyai kedudukan pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pendalaman negara perlu fokus sebagai pelabuhan dalaman wilayah yang dilengkapi dengan perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan dan perkhidmatan land-bridging yang efisien ke negara-negara ASEAN lain. PTP yang mempunyai lokasi yang strategik perlu menumpukan pembangunannya sebagai hab penghantaran di peringkat wilayah dan antarabangsa dengan memanfaat limpahan aktiviti dari Singapura. PTP akan bertindak sebagai pelabuhan utama negara di Wilayah Utara, manakala Pelabuhan Kuantan pula akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama negara bagi Wilayah Pantai Timur dan pelabuhan penghantaran barangan dan kontena penting yang memberi perkhidmatan kepada negara ASEAN dan wilayah Asia Timur. Bagi pengangkutan udara, KLIA memiliki potensi strategik untuk menjadi hab yang berdaya saing bagi pengangkutan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Kekuatan KLIA terletak pada potensi penumpang yang ramai iaitu hampir 23 juta di kawasan 5-74
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 pendalamannya. Faktor utama bagi memperkukuhkan lagi potensi KLIA adalah dengan membangunkan kawasan pendalamannya secara bersepadu dengan potensi pelancongan negara yang tinggi, untuk menjana bilangan penduduk asas yang mencukupi dan seterusnya menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di KLIA. Oleh itu wujud keperluan untuk menilai kedudukan lapangan–lapangan terbang di Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak terminal LCCT dan penggubalan dasar yang lebih liberal untuk lapangan terbang domestik yang terpilih mengendalikan perjalanan udara wilayah terutamanya dari negara-negara ASEAN. Lapangan terbang Malaysia perlu mengambil kesempatan ke atas permintaan yang kian meningkat bagi perjalanan udara dalam rantau ASEAN dan tidak hanya terhad dalam lingkungan ruang udara negara. Dalam konteks domestik, dengan memperkenalkan sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi sebagai tulang belakang pengangkutan trans-Semenanjung, pengangkutan udara domestik akan menjadi kurang signifikan, justeru itu mengurangkan perkhidmatan udara domestik berjadual. Perkhidmatan chartered bagi aktiviti pelancongan tertentu pula dijangka akan memainkan peranan yang lebih penting. Di dalam kebanyakan pusat bandar, sistem pengangkutan adalah tidak seimbang dan tidak mampan. Untuk mencapai satu tahap kemampanan yang munasabah, sistem pengangkutan awam perlu lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan kereta persendirian. Kuala Lumpur sebagai contohnya, mempunyai modal split semasa 20:80 dengan kelebihan untuk kenderaan persendirian, menggambarkan ketidakseimbangan yang jelas di antara penggunaan kenderaan persendirian dan awam. Berdasarkan ketidakseimbangan ini dan jumlah kereta, lebih banyak infrastruktur jalan raya perlu disediakan melainkan jika peralihan mod pengangkutan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dilaksanakan. Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mensasarkan modal split 25:75 bagi kawasan Lembah Klang menjelang tahun 2012. Modal split 30:70 pula dicadangkan sebagai satu strategi negara bagi semua pusat bandar utama menjelang tahun 2020, dan modal split 50:50 sebagai sasaran jangka panjang. Dalam jangka masa terdekat, pengangkutan jalan akan diteruskan sebagai asas bagi mod perjalanan dan pergerakan penumpang dan barangan. Rangkaian lebuh raya ekspres menampung secara meluas pergerakan antara negeri di Pantai Barat, manakala jalan persekutuan dan jalan negeri sedia ada masih digunakan untuk pergerakan antara negeri dan tempatan. Rangkaian ini yang telah dibangunkan beberapa dekad lalu memerlukan peningkatan taraf dari segi jajaran jalan, pelebaran jalan dan lencongan jalan kampung bagi mempertingkatkan keselamatan jalan serta menampung isipadu tinggi dan keupayaan kelajuan tinggi kenderaan masa kini. Tumpuan program ini perlu diberi kepada semua jalan persekutuan dan jalan utama antara luar bandar ke bandar yang mengekang potensi pertumbuhan kawasan luar bandar yang berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan conurbation serta pergerakan luar bandar ke bandar. 5-75
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 28 RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU DIWUJUDKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu Langkah-langkah: i. Satu Dasar Pengangkutan Negara dan Pelan Induk Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan yang merangkumi peranan dan fungsi kemudahan dan perkhidmatan jalan, rel, laut dan udara di peringkat negara perlu disediakan. ii. Hierarki dan fungsi sistem jalan perlu saling melengkapi dan tidak bertindih di antara satu sama lain. iii. Untuk memudahkan pembangunan rangkaian guna tanah-pengangkutan bersepadu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti koridor-koridor pengangkutan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam RS dan RT. iv. Koridor pengangkutan yang telah dikenal pasti di dalam RS dan RT perlu dilindungi daripada lain-lain guna tanah. v. Koridor pengangkutan tidak boleh memecah belah blok-blok hutan yang penting dan koridor ekologi yang telah dikenal pasti dalam kajian CFS-Pelan Induk Untuk Rangkaian Ekologi 16 . Koridor-koridor pengangkutan perlu mengelilingi blok hutan atau koridor ekologi termasuk menyediakan struktur lintasan hidupan liar seperti viaducts dan terowong. (Rujuk RFN 23) vi. Walaupun pelaksanaan rangkaian pengangkutan dijalankan secara berperingkat, program kerja keseluruhan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk memastikan perlaksanaan ke arah mencapai penyepaduan modal. vii. Semua terminal pengangkutan awam utama akan dibangunkan di setiap conurbation utama, ibu negeri dan pusat bandar sebagai satu hab pengangkutan pelbagai mod yang bersepadu bagi bas, teksi, kereta persendirian, LRT, MRT dan kereta api antara negeri. viii. Hierarki sistem pengangkutan merangkumi perkhidmatan rel, jalan, laut dan udara yang menghubungkan semua aktiviti ekonomi negeri di Semenanjung Malaysia perlu diperkukuhkan. Rel berkelajuan tinggi akan berperanan sebagai sistem utama disokong oleh rangkaian jalan. 5-76 16 Central Forest Spine (CFS) – Pelan Induk Koridor Ekologi, JPBD SM. 2009
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu 5-77 Sumber : Ran cangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306