Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 29 SATU SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI BERSEPADU NEGARA PERLU DIWUJUDKAN BAGI MELENGKAPI RANGKAIAN REL SEDIA ADA PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara Langkah-langkah: i. Satu Pelan Induk Kereta Api Negara perlu disediakan dengan menggabungkan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan program landasan berkembar elektrik KTM yang meliputi pergerakan penumpang dan kargo. ii. Program sedia ada untuk menyiapkan landasan berkembar elektrik negara yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar di Utara dan Kuala Lumpur ke Johor Bahru di Selatan perlu diberi keutamaan. iii. Koridor untuk sistem rel berkelajuan tinggi perlu dikenal pasti dan dilaksanakan mengikut program fasa pembangunan. iv. Kesemua ibu negeri dan conurbation utama akan dihubungkan melalui rangkaian rel berkelajuan tinggi dengan stesennya berperanan sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti komuniti dan pengangkutan. v. Laluan yang akan diberikan keutamaan untuk pelaksanaan sistem rel berkelajuan tinggi adalah laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru-Singapura, diikuti oleh laluan Kuala Lumpur- George Town dan seterusnya laluan utara ke Bangkok yang menjadi sebahagian daripada laluan Kereta Api Trans-Asia untuk memperkukuhkan Koridor Pembangunan Utara Selatan. vi. Laluan rel Timur Barat yang baru akan dibentuk bagi menghubungkan Kuala Lumpur– Kuantan–Kuala Terengganu–Tumpat. 5-78
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara 5-79 Sumber : Ra ncangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 30 RANGKAIAN JALAN RAYA NEGARA PERLU DIPERLUASKAN UNTUK KEMUDAHSAMPAIAN DI PERINGKAT WILAYAH DAN TEMPATAN PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara Langkah-langkah: i. Rangkaian jalan raya pada masa hadapan perlu disokong dan diintegrasikan dengan cadangan sistem rel berkelajuan tinggi. ii. Sistem jalan raya dan lebuh raya ekspres perlu diperluaskan di kedua-dua wilayah Pantai Barat dan Pantai Timur. Sekurang-kurangnya tiga penghubung-rentas perlu disediakan bagi meningkatkan integrasi antara Kawasan Pantai Barat, Banjaran Tengah dan Pantai Timur. iii. Sistem lebuh raya ekspres negara perlu disokong dan dilengkapi dengan rangkaian meluas hierarki jalan di peringkat bawah seperti lebuh raya dan jalan-jalan utama (jalan persekutuan dan negeri), di mana fungsi utamanya adalah untuk menyuraikan trafik dari lebuh raya ekspres dan sistem rel ke laluan masuk tempatan. iv. Hierarki fungsi jalan yang dihasilkan di bawah kajian HNDP 17 2007 oleh HPU perlu digunakan sebagai rangka kerja bagi Rangkaian Jalan Raya Negara. 5-80 17 Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya Negara Ke‐2 – Unit Perancangan Lebuh Raya, 2008
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara 5-81 Sumber : Pe lan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya (HNDP), 2007
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 31 LAPANGAN TERBANG DAN PELABUHAN UTAMA PERLU DIBANGUNKAN MENGIKUT FUNGSI YANG SALING MELENGKAPI BAGI MEMPERKUKUH DAYA SAING EKONOMI NEGARA DAN MEMUDAHKAN KETIBAAN PELANCONG PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara Langkah-langkah: i. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan lapangan terbang antarabangsa seperti berikut : a. KLIA sebagai pintu masuk utama antarabangsa dan hab di rantau Asia Tenggara. b. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai hab utama dalam memberi perkhidmatan untuk keperluan perindustrian, perdagangan dan pelancongan bagi Wilayah Utara. c. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi perlu menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menyokong peranan Pulau Langkawi sebagai lokasi utama untuk pameran, konvensyen dan pelancongan. d. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail sebagai hab utama bagi Wilayah Selatan dan menyokong fungsi Pelabuhan Tanjung Pelepas. e. Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dinaik taraf ke status lapangan terbang antarabangsa dan berfungsi sebagai pintu masuk pelancongan utama bagi Pantai Timur. ii. Lapangan terbang domestik yang lain akan dinaik taraf untuk menampung ketibaan penerbangan antarabangsa secara tempahan. iii. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan pelabuhan– pelabuhan utama seperti berikut : a. Pelabuhan Negara Pelabuhan Klang – sebagai pelabuhan pendalaman serantau menyediakan perkhidmatan land-bridging ke negara-negara Asia. Ia perlu dikekalkan sebagai pusat pemunggahan negara bagi pergerakan kargo antarabangsa. Ia perlu mempunyai tahap hubungan yang tinggi dengan negara-negara jiran (menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur seperti Trans-Asian Railway dan memberi penekanan terhadap multimodalism dan intermodalism. Pelabuhan Tanjung Pelepas – sebagai hab pemindahan antarabangsa dan wilayah bagi rantau Asia Pasifik. Pelabuhan Kuantan sebagai hab penghantaran barang dan kontena antarabangsa dan serantau yang utama bagi wilayah ekonomi Pantai Timur dan rantau Asia Timur. Pelabuhan Pulau Pinang – memberi tumpuan kepada perkapalan dari barat dan berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi Wilayah Utara. 5-82
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 b. Pelabuhan Wilayah Pelabuhan Kerteh-Kemaman akan diintegrasikan dengan Pelabuhan Kuantan untuk berfungsi sebagai hab penghantaran utama bagi negeri–negeri Pantai Timur dan berfungsi khusus untuk memenuhi sektor minyak, gas dan petrokimia. c. Pelabuhan Persisiran Pantai Pelabuhan-pelabuhan Pasir Gudang, Langkawi, Lumut, Kuala Kedah, Tanjung Langsat, Tanjung Keling dan Tok Bali. Pelabuhan-pelabuhan ini perlu menyediakan perkhidmatan pergerakan barangan yang efisien dan berfungsi sebagai hab multimodalism dan intermodalism. 5-83
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara 5-84 Sumber : Pela n Induk Lapangan Terbang Kebangsaan, 2010 dan Rancangan Fizikal Negara Ke‐2, 2010
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 32 KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU DIGALAKKAN SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN AWAM Langkah-langkah: i. Terminal rel utama perlu dibangunkan sebagai terminal pengangkutan pelbagai mod bersepadu dan tumpuan untuk aktiviti komersial, perumahan dan sosial dan dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dan mesra pengguna. ii. Kemudahan bas perantara dan park-and-ride perlu disediakan bagi menggalakkan stesen kereta api sebagai hab pengangkutan bandar di lokasi yang sesuai. iii. Rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung perlu disediakan untuk menghubungkan stesen kereta api dengan mercu tanda atau pembangunan utama di dalam pusat bandar. iv. Bagi bandar-bandar utama, stesen kereta api dan kawasan persekitarannya perlu dijadikan sebagai kawasan perdagangan dan perumahan berkepadatan tinggi. v. Bagi bandar yang mempunyai rangkaian rel sendiri, stesen-stesen tersebut perlu dijadikan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelbagai guna. vi. Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu merangkumkan laluan LRT, MRT, ERL dan BRT (Bus Rapid Transit) di dalam pembangunan perbandaran. vii. Laluan LRT sedia ada di Conurbation Kuala Lumpur perlu lebih bersepadu dan perkhidmatannya diperluaskan ke pusat-pusat pertumbuhan baru. RFN 33 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN DI SEMUA PUSAT BANDAR UTAMA Langkah-langkah: i. Kajian integrasi guna tanah-pengangkutan awam yang komprehensif perlu dijalankan di semua conurbation utama. ii. Pengangkutan di semua pusat bandar utama perlu mengguna pakai modal split 30:70 menjelang tahun 2020 dan sasaran jangka masa panjang 50:50 di antara pengangkutan awam dan persendirian. 5-85
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Perkhidmatan bas awam bersepadu, tetap dan kerap perlu disediakan di semua petempatan bandar. iv. Bagi petempatan bandar yang mempunyai penduduk melebihi 0.5 juta orang, sistem transit aliran berkapasiti tinggi yang bersepadu perlu disediakan. v. Langkah-langkah pengurusan trafik termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) perlu diguna pakai untuk meningkatkan kecekapan trafik. 5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah antara satu inisiatif penggerak utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Secara prinsip, RFN Ke-2 menyediakan rangka kerja untuk penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang bersepadu. Perkhidmatan infrastruktur utama yang dibincangkan dalam laporan ini adalah berkaitan dengan bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, perparitan dan pengairan, bekalan dan pengagihan tenaga, bekalan gas asli, komunikasi dan multimedia, pengurusan sungai dan pantai. Tanah dan kawasan rizab yang mencukupi untuk pembangunan semua infrastruktur strategik perlu disediakan. Ini kerana pembangunan infrastruktur tersebut mungkin mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang signifikan seperti loji rawatan kumbahan wilayah, loji jana kuasa dan tapak pelupusan sisa pepejal. Pemerolehan tanah pada peringkat awal untuk infrastruktur perlu diberi keutamaan, khususnya dalam kawasan conurbation. Kebanyakan projek infrastruktur berkepentingan negara ini juga adalah berintensif modal dan memerlukan nasihat daripada MPFN sebelum dilaksanakan. Dengan kesediaan tanah yang semakin berkurangan, penggunaan kemudahan awam atau perkongsian kemudahan infrastuktur awam dan rizab perlu digalakkan sebagai satu kaedah untuk memaksima dan meningkatkan penggunaan tanah yang efisien. Pembangunan infrastruktur secara mampan dengan mengaplikasikan teknologi hijau telah juga dirangkumkan ke dalam RFN Ke-2, berserta langkah-langkah mengenai aplikasi hijau/ kemampanan seperti projek kitar semula sisa, penuaian air hujan dan penggunaan tenaga yang efisien dalam bangunan. Selaras dengan objektif kerajaan untuk mengagihkan kemudahan infastruktur dengan lebih saksama, dasar-dasar baru telah diperkenalkan untuk menyediakan tahap infrastruktur yang bersesuaian kepada semua peringkat petempatan, bagi mengurangkan jurang digital dan infrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar. Kemajuan teknologi terkini dalam penyediaan infrastruktur juga telah dirangkumkan dengan mengambil kira keperluan untuk loji jana kuasa nuklear, aplikasi teknologi hijau, pewujudan bandar siber dan pusat siber dan juga memperkenalkan perkhidmatan jalur 5-86
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 lebar berkelajuan tinggi (HSBB) untuk mempertingkatkan perhubungan internet di dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. RFN 34 RFN KE-2 AKAN MENYEDIAKAN RANGKA KERJA SPATIAL BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU DI PERINGKAT NEGARA, WILAYAH DAN CONURBATION UTAMA Langkah-langkah: i. Agensi-agensi peringkat nasional yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan perkhidmatan infrastruktur perlu mengguna pakai RFN Ke-2 sebagai asas perancangan dan penyelarasan dalam penyediaan perkhidmatan infrastruktur. Ini meliputi : Pembekalan dan pengagihan bekalan air; Pembetungan; Pengurusan sisa pepejal; Sistem perparitan; Pembekalan dan pengagihan bekalan tenaga; Pembekalan dan pengagihan gas asli; dan Komunikasi dan multimedia ii. Agensi infrastruktur peringkat nasional perlu memantau agensi peringkat negeri dan tempatan untuk memastikan program adalah selaras dengan RFN Ke-2. iii. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 perlu digunakan sebagai asas untuk program pembekalan dan pengagihan kemudahan infrastruktur. iv. Cadangan pro-aktif untuk sistem perkhidmatan penyampaian perlu diterap bagi mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dan kelewatan di dalam perkhidmatan tersebut. v. Pengurusan perkhidmatan infrastruktur dapat dicapai dengan memastikan semua agensi atau pembekal perkhidmatan infrastruktur menguruskan rekod perkhidmatan masing- masing dengan menggunakan sistem GIS. vi. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk semua kemudahan infrastruktur di dalam RT dan RS. vii. Penggunaan kemudahan infrastruktur umum seperti common utility trenches, rizab utiliti umum dan kemudahan berkongsi akan diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan untuk memaksimakan keberkesanan aktiviti guna tanah di dalam perancangan infrastruktur. 5-87
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 viii. Penggunaan teknologi hijau di dalam penyediaan semua infrastruktur dan utiliti perlu dijadikan keutamaan untuk memastikan pembangunan infrastruktur secara mampan dan untuk meningkatkan kualiti serta melindungi alam sekitar. RFN 35 INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR YANG BERSESUAIAN TERMASUK KERJA-KERJA SUMBER, LOJI RAWATAN, RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN PETEMPATAN PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air Langkah-langkah: i. Kajian air nasional perlu dijalankan dengan merangkumi isu-isu seperti permintaan air, punca bekalan air, pemindahan air antara lembangan, permindahan air antara negeri dan rangkaian pengagihan. ii. Penekanan perlu diberi kepada pembangunan sumber air secara mampan termasuk punca bekalan air alternatif, pemuliharaan air dan pengurangan kadar kehilangan air dan pengurusan permintaan bekalan air. iii. Perancangan bagi infrastruktur bekalan air perlu mengambil kira unjuran permintaan, pembangunan spatial dan guna tanah yang digariskan di dalam RFN Ke-2, RS dan RT. iv. Rizab tanah, koridor dan hak laluan perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur bekalan air di dalam semua RS dan RT. v. Penyediaan bekalan air yang selamat, mencukupi dan andal untuk semua penduduk perlu diutamakan di dalam perancangan infrastruktur bekalan air. vi. Teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian perlu disediakan untuk memastikan kawasan luar bandar dan kawasan terpencil akan memperolehi akses kepada bekalan air minum yang mencukupi. 5-88
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air Nota: 1. Pelan indikatif ini adalah berdasarkan Kajian Sumber Air Negara 2000‐2050 (National Water Resources Study 2000‐ 2050) (NWRS)’. 2. Sejak penyediaan NWRS, pemindahan air antara lembangan dan negeri telah dilaksanakan untuk mengurangkan tekanan bekalan air di kawasan‐kawasan yang menghadapi tekanan bekalan air. Sumber : Ka jian Sumber Air Negara, 2000 5-89
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 36 KEMUDAHAN SISTEM PEMBETUNGAN YANG BERSESUAIAN DAN MENCUKUPI PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN DENGAN KEMUDAHAN PENGUMPULAN, RAWATAN DAN PELUPUSAN SISA KUMBAHAN DAN ENAP CEMAR Langkah-langkah: i. Dasar Pembetungan Negara perlu digubal untuk merangkumi isu-isu seperti kawasan- kawasan keutamaan, penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk kawasan luar bandar, penetapan sasaran yang bersesuaian, rizab tanah, rawatan serta pelupusan enap cemar, kitar semula dan guna semula bahan kumbahan dan bio-pepejal dan pengurusan permintaan air. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur pembetungan di dalam semua RS dan RT. iii. Keutamaan perlu diberi untuk menyelaras dan memusatkan rangkaian pembetungan dan sistem rawatannya di conurbation utama, petempatan bandar utama, kawasan pelancongan utama dan pulau-pulau. iv. Dasar Pembetungan Negara perlu merangkumi semua aktiviti guna tanah di kawasan bandar. Untuk mengoptimakan kos penghantaran dan kecekapan, loji rawatan kumbahan berpusat dan rangkaian utama akan dirancang secara proaktif, selaras dengan dasar spatial bagi kawasan pertumbuhan bandar baru. v. Teknologi yang bersesuaian bagi rawatan kumbahan perlu diaplikasikan di kawasan luar bandar dan kawasan perumahan berkepadatan rendah. RFN 37 SEMUA PETEMPATAN PERLU DISEDIAKAN DENGAN SATU RANGKAIAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL BERSEPADU DAN/ATAU DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN PEMULIHAN PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal Langkah-langkah: i. Sistem pelupusan pemulihan sisa pepejal melibatkan rawatan perantaraan, pemindahan atau kemudahan lain berkaitan perlu dipantau sepanjang masa oleh agensi-agensi kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan pengurusan sisa pepejal di dalam semua RS dan RT. 5-90
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iii. Sistem kemudahan ini perlu dikongsi oleh seberapa banyak pusat bandar yang mungkin, dengan mengambil kira infrastruktur jalan tempatan dan lokasi kemudahan tersebut. iv. Lokasi kemudahan perlu menepati garis panduan seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan mengambil kira aspek pencegahan dari sebarang bencana kesihatan dan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk berhampiran. v. Berdasarkan kepada faktor kesihatan dan persekitaran jangka panjang, tapak pelupusan sampah yang ditinggalkan atau yang ditutup dan tapak-tapak tercemar lain tidak boleh digunakan untuk petempatan manusia. vi. Pengurusan penjanaan sisa pepejal, pengurangan dan pengasingan sisa pepejal di sumbernya perlu digalakkan. Kitar semula sisa pepejal perlu dilaksanakan secara aktif melalui kaedah pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara. vii. Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang bersesuaian dan saling melengkapi perlu disediakan di kawasan-kawasan seperti pulau-pulau dan kawasan pelancongan luar bandar mengikut lokaliti yang sesuai. viii. Penjana sisa berjadual perlu memastikan semua sisa berjadual akan dikutip, diangkut, dirawat dan dilupuskan melalui kaedah yang selamat dan mesra alam sekitar, selaras dengan peraturan-peraturan semasa mengenai alam sekitar. 5-91
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal Nota: 1. Pelan indikatif ini adalah berdasarkan Pelan Strategik Sumber : Pe lan Strategik untuk Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2005 Pengurusan Sisa Pepejal Negara (National Strategic Plan for Solid Waste Management).2005. 5-92
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 38 INFRASTRUKTUR PERPARITAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA PETEMPATAN UNTUK MEMBENDUNG KEJADIAN BANJIR BESAR, BANJIR KECIL DAN PENCEMARAN PI 28 : Kawasan Mudah Banjir Langkah-langkah: i. Kajian-kajian perlu dijalankan untuk menilai impak kekerapan banjir sistem sungai-sungai utama ke atas aktiviti manusia dan ekonomi. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan perparitan di dalam semua RS dan RT. iii. Semua kawasan pembangunan perlu disediakan dengan sistem perparitan yang bersesuaian untuk menampung kuantiti dan kualiti air larian hujan. iv. Pembangunan di dalam kawasan mudah banjir akan hanya dijalankan setelah mengambil kira risiko kejadian banjir besar. Langkah-langkah bersesuaian seperti kerja- kerja tebatan banjir atau menaikkan aras platform perlu dijalankan untuk mengelakkan kerosakan besar di petempatan-petempatan berkenaan. v. Tanah yang digunakan untuk sungai, alur, parit utama, kolam takungan air perlu dijadikan sebagai rizab sungai atau rizab parit. vi. Cadangan-cadangan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) perlu diguna pakai di semua kawasan bandar termasuklah langkah-langkah kawalan ‘di punca’ dan langkah- langkah kawalan hakisan dan mendapan. vii. Untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang tidak tertakluk kepada cadangan MSMA tetapi mengalami banjir, langkah tebatan banjir yang sesuai perlu dilaksanakan. viii. Untuk mempertingkatkan kualiti hidup bandar, sistem takungan dan sistem persisiran sungai MSMA akan diintegrasikan untuk mewujudkan rangkaian laluan taman bandar yang berkesinambungan dan bertindak sebagai zon penampan. ix. Selaras dengan pelaksanaan cadangan MSMA, langkah-langkah seperti guna semula dan kitar semula air hujan perlu dirangka dan diguna pakai. 5-93
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 28 : Kawasan Mudah Banjir Nota: 1. Projek tebatan banjir telah dilaksanakan untuk Sumber : Jab atan Pengairan dan Saliran (JPS), 2001 melindungi banyak kawasan‐kawasan bandar seperti Kuala Lumpur daripada banjir. 5-94
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 39 LOJI JANAKUASA ELEKTRIK DAN RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN UTAMA ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DITEMPATKAN DI LOKASI YANG BERSESUAIAN UNTUK MENYEDIAKAN BEKALAN TENAGA YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA PI 29 : Grid Bekalan Tenaga Langkah-langkah: i. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur elektrik di dalam semua RS dan RT. ii. Perletakan rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu mengambil kira penilaian impak kepada guna tanah dan nilai-nilai estetik, terutamanya di kawasan pelancongan semula jadi. iii. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, ombak, geothermal dan bio-mass perlu digalakkan sebagai pelengkap kepada sumber-sumber jana tenaga tradisional. iv. Sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear perlu dinilai dengan mengambil kira impak spatial dan alam sekitar. v. Sistem Keberkesanan Tenaga, Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga dan Pemuliharaan Tenaga perlu digalakkan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif. 5-95
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 29 : Grid Bekalan Tenaga Nota : Sumber : Ten aga Nasional Berhad, 2009 1. Sambungan bawah laut antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah dirancang tapi belum dilaksanakan lagi setakat Disember 2009. 5-96
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 40 LOJI PEMPROSESAN GAS ASLI SERTA RANGKAIAN PAIP PENGHANTARAN DAN PENGAGIHANNYA PERLU DIKENALPASTI BAGI MENYEDIAKAN BEKALAN GAS ASLI YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Rangkaian Sistem Pengagihan Gas Asli Langkah-langkah: i. Penggunaan gas asli melalui rangkaian sistem pengagihan bekalan gas sedia ada dan masa hadapan akan digalakkan. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 dan juga permintaan dari aktiviti industri perlu diambil kira di dalam perancangan bekalan dan rangkaian pengagihan gas asli. ii. Rizab dan koridor yang sesuai perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur gas asli di dalam semua RS dan RT. iii. Penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) perlu dipertingkatkan dengan menempatkan stesen-stesen NGV di lokasi-lokasi yang sesuai. 5-97
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli 5-98 Sumber : PET RONAS dan Statistik Industri Penghantaran Gas Talian Paip (2007). Suruhanjaya Tenaga.
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 RFN 41 KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN KOMUNIKASI PERLU DISEDIAKAN DI SEMUA PETEMPATAN PI 31 : Pusat Siber Langkah-langkah: i. Komunikasi akan diambil kira sebagai satu perkhidmatan penting di semua petempatan. Semua pembangunan perlu melaksanakan perancangan awal bagi menempatkan rangkaian kemudahan dan infrastruktur komunikasi termasuk last mile access dan kemudahan back haul yang sesuai. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur komunikasi di dalam semua RS dan RT. iii. Kemudahan dan infrastruktur komunikasi yang sesuai perlu disediakan di semua kawasan dan golongan masyarakat yang belum mendapat kemudahan tersebut untuk memastikan jurang digital untuk akses kepada ICT diminimakan. iv. Kemudahan dan infrastruktur jalur lebar perlu diagihkan dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi termasuklah keempat-empat conurbation utama dan perkhidmatan jalur lebar kepada orang awam di kawasan lain. v. Akses kepada komunikasi perlu disokong dengan satu rangkaian infrastruktur negara untuk keperluan kepelbagaian dan keselamatan negara. vi. Pertumbuhan bandar siber dan pusat siber perlu digalakkan untuk memperluaskan penggunaan ICT. 5-99
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 PI 31 : Pusat Siber Nota: Sumber : Pe rbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), 2009 1. Pelan indikatif ini menunjukkan pusat siber dan bandar siber setakat Disember 2009. Di beberapa kawasan lain, pusat siber dan bandar siber tambahan telah juga dirancang. 5-100
BAB 6 Mekanisma Pelaksanaan RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 BAB 6 MEKANISMA PELAKSANAAN 6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN Akta 172 memperuntukkan JPBD untuk menyediakan RFN dan mengkaji semula setiap 5 tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Walaupun tugas am melalui Akta 172 memperuntukkan pemantauan dan penyediaan laporan kemajuan pelaksanaan RFN dibentangkan kepada MPFN, ia tidak bertanggungjawab secara terus dari segi kuasa dan sumber kewangan untuk melaksanakan kesemua dasar dan cadangan RFN Ke-2, terutamanya di peringkat negeri dan tempatan. Dalam konteks ini, kebenaran merancang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, manakala pelaksanaannya dijalankan oleh agensi pelaksana yang berkaitan seperti JKR. Kejayaan pelaksanaan dasar dan cadangan RFN tidak hanya bergantung kepada pembentukan dasar yang berdaya maju, tetapi juga kepada pengurusan satu mekanisme yang efektif untuk melaksanakan dasar tersebut. RFN merupakan satu proses pembentukan pelan yang berterusan, relevan, terkini dan tidak menjadi satu blueprint yang statik. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan pemantauan yang berterusan terhadap andaian dan unjuran yang menjadi asas kepada dasar-dasar, serta mengemaskini dasar-dasar dan langkah-langkah secara berkala. Pemantauan adalah penting bukan sahaja untuk memastikan kesahihan dan relevansi RFN, tetapi juga untuk menentukan sama ada dasar dan langkah-langkah telah dilaksanakan adalah efektif. Sekiranya satu dasar tertentu didapati tidak berkesan, tindakan pembetulan yang bersesuaian perlu diambil, alternatif yang dipilih serta kesan ke atasnya memerlukan kajian dan penilaian yang terperinci. 6.1.1 Isu Utama dalam Pelaksanaan i. Tempoh yang Panjang untuk Melaksanakan Dasar Pembangunan Spatial Pembangunan conurbation, projek infrastruktur utama dan strategi pemuliharaan negara mengambil tempoh masa yang panjang untuk dilaksana dan memerlukan komitmen yang konsisten daripada pihak Kerajaan dan sektor swasta. ii. Keupayaan Memantau dan Mengemaskini yang Lemah Untuk mengumpulkan data yang diperlukan dan menilai implikasinya, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD SM, harus mempunyai keupayaan mengemas kini yang berterusan dari segi sumber tenaga kerja dan sumber kewangan untuk menjalankan kepelbagaian dalam proses merancang. Keupayaan agensi 6-1
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Persekutuan dan Negeri perlu diperkukuhkan untuk mempertingkatkan tahap pemantauan dan pengemaskinian semasa. iii. Ketiadaan Pangkalan Data Guna Tanah Negara untuk Zon Strategik dan Pusat Bandar Pemantauan ke atas prestasi dasar RFN Ke-2 dan perubahan terhadap aspek sosial, ekonomi, fizikal, alam sekitar dan teknologi yang memberi kesan ke atas dasar-dasar adalah bergantung kepada sistem maklumat yang efektif. Sumber-sumber data meliputi data yang diterbitkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan serta data utama yang diperolehi daripada kajiselidik yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri, terutamanya daripada RS dan RT. Pihak berkuasa perkhidmatan utiliti awam menyediakan data mengenai kemajuan pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan. Banci Penduduk merupakan sumber yang amat penting bagi maklumat seperti sosio- ekonomi, pekerjaan dan isi rumah. Memandangkan banci tersebut hanya dijalankan setiap 10 tahun, unjuran dibuat bagi tahun-tahun perantaraan banci. Seperti sumber data lain, data ini perlu dikumpul mengikut zon, kawasan conurbation dan pusat bandar strategik yang telah ditentukan. Walaupun Rancangan Pemajuan dikehendaki untuk menggunapakai piawaian dan kriteria yang digunakan dalam RFN untuk menyeragamkan pengukuran dan analisis perbandingan, namun terdapat rancangan pemajuan yang mengguna pakai piawaian masing-masing. Ini mengakibatkan pengumpulan dan pengagihan data menjadi sukar dan tidak tepat, justeru menimbulkan masalah dalam pemantauan dan penilaian terhadap kepatuhan dan prestasi dasar-dasar. Untuk menangani isu tersebut, JPBD SM perlu diberi tanggungjawab sebagai agensi pusat untuk mengumpul dan menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah seperti Laporan Tahunan Hartanah yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Semua jabatan dan agensi dikehendaki untuk membekalkan maklumat guna tanah yang berkaitan, termasuk kelulusan tukar syarat tanah, kebenaran merancang dan Sijil Perakuan Siap dan Kepatuhan (CCC), kepada JPBD SM secara berkala untuk mengemas kini maklumat guna tanah. Pangkalan data guna tanah negara akan dilengkapi dengan pelan-pelan ukur (Ordinance Survey Maps) terkini yang menunjukkan ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia serta data kadastral negara, khususnya di bandar-bandar utama dan lain-lain kawasan petempatan. Sehubungan itu, adalah penting untuk mewujudkan satu program berterusan dengan JUPEM bagi menyediakan pelan-pelan ukur terkini yang menunjukkan maklumat pembangunan sedia ada dan data topografi untuk kawasan bandar. 6-2
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iv. Kekurangan Indikator Dasar yang Bersesuaian Adalah amat sukar menentukan sasaran pembangunan bagi tempoh jangka pendek untuk mengukur dan menilai pencapaian dasar-dasar RFN. Untuk mengatasi masalah ini, setiap pernyataan dasar RFN diwakili oleh satu atau lebih indikator dasar yang boleh diukur. Namun, maklumat mengenai kebanyakan indikator dasar tidak mudah diperolehi dan mengambil masa yang panjang untuk dikumpulkan. Sesetengah indikator dasar kurang berkait dalam menilai kejayaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Sejajar dengan itu, adalah penting untuk menjalankan satu penilaian yang menyeluruh ke atas ke semua indikator dasar sedia ada dan mengenalpasti secara teliti indikator-indikator dasar yang bersesuaian di mana data- data yang diperlukan mudah diperolehi, tepat dan mudah untuk digunakan. v. Kelemahan dalam Penerapan Aspek Perancangan Spatial Negara ke dalam Perancangan dan Pembangunan Sektoral Kebanyakan pelan induk sektoral kurang memberi penekanan kepada penerapan aspek perancangan spatial negara di dalam perancangan dan pembangunan sektoral seperti lebuh raya yang dibina merentasi KSAS tanpa langkah-langkah mitigasi yang sesuai. Dalam hal ini, JPBD SM selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas RFN, perlu berusaha untuk mengadakan lebih banyak usaha untuk mempromosi RFN kepada pihak-pihak berkepentingan. Ini kerana konsep dan strategi perancangan inovatif yang baru bukan sesuatu yang mudah untuk difahami, di mana agensi-agensi pelaksana kurang berkeyakinan untuk menggunapakai strategi-strategi tersebut. JPBD SM juga perlu secara aktif menarik penglibatan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, pembekal perkhidmatan utiliti, sektor swasta dan kumpulan berkepentingan masyarakat dalam penyediaan RFN dan pelan-pelan induk sektoral yang berkenaan. vi. Keperluan untuk Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara Terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel pakar perundingan peringkat tinggi bagi perancangan spatial untuk menasihati kerajaan mengenai hala tuju baru perancangan spatial, pendekatan perancangan yang inovatif dan prinsip-prinsip pembangunan mampan. Panel ini akan bertindak sebagai satu forum untuk perhubungan dan perbincangan serta perundingan antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan spatial. Keahlian panel adalah berdasarkan kepada jemputan. Adalah penting juga untuk mengambil kira pandangan dan pendapat masyarakat serta sektor swasta terhadap isu-isu perancangan spatial negara dan penyelesaiannya. Panel ini meliputi wakil- wakil yang memiliki kepakaran dan pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan spatial. Ahli-ahlinya terdiri daripada Badan-badan atau Lembaga Profesional, NGO yang berkait rapat dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar. Antaranya adalah Institut Penyelidikan dan Universiti, pakar-pakar perancangan negara dan antarabangsa dan Dewan atau Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA. JPBD SM bertindak sebagai urusetia. 6-3
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 vii. Penubuhan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial Pembentukan dasar spatial negara perlu disokong dan dilengkapi dengan lain-lain dokumen perancangan negara dan garis panduan atau piawaian reka bentuk, contohnya garis panduan penilaian kemampanan. Ini akan memberikan panduan yang pratikal dan terperinci ke atas pembentukan dan penggunaan dasar-dasar perancangan spatial negara semasa menyediakan pelan pembangunan dan pelan susun atur yang lebih terperinci. Terdapat juga keperluan mendesak untuk memperbanyakkan inisiatif R & D, khususnya berkaitan dengan perancangan spatial memandangkan negara kini memacu ke arah pencapaian negara maju. Sehubungan ini, Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI) perlu ditubuhkan untuk melengkapi semua usaha yang dijalankan oleh JPBD SM. viii. Pembentukan Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara akan merangkumi projek demonstrasi utama berdasarkan amalan terbaik dalam perancangan dan model-model perancangan yang boleh diterima pakai di negara ini. Sebelum idea-idea perancangan baru ini boleh diperkenal dan dijadikan contoh ke seluruh negara, ianya perlu dicuba dan diuji sebagai projek perintis dan projek demonstrasi di atas tapak sebenar. Program ini juga akan merangkumi inisiatif utama yang bukan sahaja diperlukan semasa menyediakan RFN dan kajian semula, tetapi juga program tindakan yang berkait dengan indikator pemantauan. Penyelidikan terhadap keberkesanan dasar-dasar RFN dan teknologi maklumat yang diperlukan untuk menyokong usaha negara juga perlu dirangkumkan dalam program tersebut. Program Tindakan RFN perlu disediakan dengan peruntukan yang mencukupi di bawah RMLT. Melalui program tindakan, jalinan kerjasama antarabangsa dan perkongsian dalam industri penyelidikan akan diwujudkan. Program ini bukan sahaja akan meningkatkan perancangan fizikal ke tahap yang lebih tinggi, malah boleh mempamerkan keunggulan negara dalam perancangan fizikal ke peringkat antarabangsa. ix. Menghubungkan Dasar-dasar RFN dengan Peruntukan Kewangan Seperti yang dinyatakan terdahulu, JPBD SM tidak mempunyai kuasa eksekutif dan sumber kewangan secara terus untuk melaksana dan menguatkuasakan RFN Ke-2. Bagaimanapun, melalui arahan MPFN, ia boleh meyakinkan agensi-agensi pelaksana untuk melaksanakan dasar-dasar RFN Ke-2 dalam usaha mempromosikan pertumbuhan mampan demi kepentingan negara dan pihak awam. Dasar-dasar RFN Ke-2 boleh dilaksanakan melalui kawalan peruntukan pembangunan. Ini bermaksud pembuat keputusan untuk program pembangunan dan peruntukan kewangan perlu memberi keutamaan kepada cadangan atau projek pembangunan yang selaras dengan dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN Ke-2. JPBD SM perlu mengemukakan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan. 6-4
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 x. Pembayaran Pampasan untuk Kehilangan Hak Pembangunan Negeri-negeri di Malaysia menghadapi masalah sumber dan hasil pendapatan yang terhad disebabkan peningkatan dalam perbelanjaan awam. Negeri-negeri perlu menyediakan infrastruktur awam dan kemudahan sosial yang lebih banyak dan lebih baik untuk memenuhi keperluan penduduk di negeri masing-masing. Pada masa yang sama, kebanyakan negeri tersebut mengalami tekanan pembangunan yang tinggi untuk memenuhi permintaan penduduk terhadap keperluan perumahan dan pekerjaan. Kesemua negeri-negeri bergantung tinggi kepada hasil yang diperolehi daripada pengekploitasian tanah milik negeri dan sumber asli seperti pemberimilikan tanah negeri, penukaran syarat tanah daripada tanah pertanian kepada pembangunan kediaman, pengeluaran balak dari kawasan hutan dan sebagainya. Sebaliknya dasar-dasar RFN adalah lebih mengarah kepada perlindungan KSAS, kawasan pertanian utama dan penumpuan pembangunan baru di tapak brownfield dalam pusat bandar utama sedia ada. Dalam perkara ini, dicadangkan agar negeri-negeri yang berkenaan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk disediakan pampasan yang mencukupi kepada Kerajaan Negeri yang terjejas akibat kehilangan hak pembangunan dan hasil sampingan daripadanya. Secara prinsip, sekiranya perkadaran tersebut dipersetujui, satu formula pembayaran pampasan perlu dirangka. Ini mungkin melibatkan pindaan kepada beberapa peruntukan perlembagaan yang relevan daripada Artikel 109, Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi geran kepada negeri-negeri untuk memulihara KSAS Tahap 1 dan kawasan jelapang padi. 6.1.2 Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial Perancangan bandar dan desa merupakan perkara yang disebut dalam senarai bersama di bawah Perlembagaan Persekutuan, di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa untuk menggubal undang-undang dan dasar-dasar berkaitan dengan perancangan spatial dan perolehan peruntukan kewangan. JPBD SM merupakan jabatan utama yang bertanggungjawab untuk perancangan spatial di peringkat Persekutuan. Walaupun terdapat beberapa kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam perancangan spatial, JPBD SM perlu menerajui aspek-aspek teknikal perancangan untuk memastikan keseragaman dalam perancangan spatial. MPFN merupakan salah satu alat untuk mencapai keseragaman dalam perancangan spatial negara. Oleh itu adalah penting bagi kementerian atau agensi berkaitan menganggotai MPFN. Antara kementerian yang memainkan peranan utama dalam perancangan spatial ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSAAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan, 6-5
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Terdapat juga beberapa majlis-majlis peringkat negara yang terlibat dengan pembangunan fizikal. Antaranya termasuk Majlis Perumahan Negara, Majlis Sumber Air Negara, Majlis Biodiversiti Negara, Majlis Kualiti Alam Sekeliling, Majlis Teknologi Hijau, Majlis Mineral Negara, Majlis Perancangan Wilayah dan Majlis Teknologi Maklumat Negara. Perhubungan dan penglibatan konstruktif perlu diwujudkan dengan semua Majlis ini semasa penyediaan RFN Ke-2. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru ditubuhkan perlu dilibatkan juga dalam perancangan spatial untuk menyelaraskan sistem pengangkutan awam darat negara, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama. 6.1.3 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal perancangan spatial adalah Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Seksyen 2A (1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Secara asasnya, terdapat tiga proses selari yang berkaitan dengan komponen-komponen berbeza dalam perancangan pembangunan Negara (Rajah 6.1): a. Perancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara di bawah Majlis Ekonomi (Perancangan) Negara dan Majlis Perancang Pembangunan Negara (JPPN); b. Perancangan Fizikal Negara di bawah Majlis Perancang Fizikal Negara; c. Pelaksanaan dan Pemantauan Projek di bawah Majlis Pembangunan Negara. Ketiga-tiga proses perancangan pembangunan ini mempunyai fungsi yang berhubung kait dengan organisasi-organisasi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Dalam aspek ini, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan mendatar di antara satu sama lain, terutamanya di peringkat Urusetia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal. Dari segi fungsi, adalah penting untuk JPBD SM menjadi anggota di dalam JPPN, seperti mana UPE menganggotai Jawatankuasa Kerja MPFN. 6.1.4 Struktur Perancangan Fizikal Negara Struktur perancangan fizikal negara yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Dalam cadangan ini terdapat lima badan yang mempunyai kaitan dengan perancangan fizikal negara:- a. Majlis Perancang Fizikal Negara b. Jawatankuasa Kerja MPFN c. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara d. Agensi Perancangan Fizikal Negara e. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial 6-6
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Fungsi bagi setiap badan dan jawatankuasa di atas dibincangkan di Bahagian 6.1.5 Jawatankuasa Kerja MPFN dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar, dibantu oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (yang menganggotai Majlis) dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Urusetia kepada Jawatankuasa Kerja ialah JPBD Semenanjung Malaysia. Adalah dicadangkan supaya Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Menteri berkaitan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Perkara ini telah diamalkan di negara Denmark dan Belanda. Ketiga-tiga jawatankuasa dan Majlis ini mempunyai komposisi yang berbeza. MPFN adalah merupakan Majlis tertinggi bagi perancangan fizikal di negara ini dan anggota utamanya terdiri daripada Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri. Jawatankuasa Kerja MPFN pula akan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Panel Penasihat akan dianggotai oleh Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Institut Professional, Majlis Perniagaan dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Agensi utama yang bertanggungjawab untuk menyediakan RFN ialah JPBD SM. Jabatan ini akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi peringkat Persekutuan dan Negeri supaya memberikan maklumat yang berkaitan serta memaklumkan mana-mana cadangan pembangunan yang boleh memberikan kesan kepada pembangunan fizikal negara melalui Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Rancangan Fizikal Negara (iPLAN). Selaras dengan proses penyediaan dan kajian semula rancangan pembangunan negara, Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) akan ditubuhkan untuk menyedia dan menyemak kertas-kertas dasar. KPAA ini akan dipecahkan kepada kumpulan kecil iaitu Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) untuk membincangkan laporan- laporan teknikal. Kertas kerja teknikal ini hendaklah berkait dengan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada perancangan bandar dan luar bandar. MPFN juga akan menyediakan Garis Panduan Perancangan yang mirip dengan ‘Planning Policy Guidelines’ (United Kingdom) kepada negeri-negeri berkenaan dari semasa ke semasa. Apabila Draf RFN telah disiapkan, ia akan disemak oleh Jawatankuasa Kerja MPFN sebelum dikemukakan kepada MPFN untuk mendapat kelulusan. RFN yang telah diluluskan, perlu disahkan oleh Kabinet. Dasar-dasar dan cadangan-cadangan RFN yang melibatkan bidang kuasa Majlis Berperlembagaan seperti MTN, MNKT dan MKN akan dibentangkan kepada Majlis-majlis yang berkenaan. Keputusan-keputusan Majlis Berperlembagaan ini harus dipatuhi oleh kerajaan negeri. 6-7
Rajah 6.1 : Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu Parlimen Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Agong Kabinet Rancangan Fizikal Negara Ke-2PelaksanaanPerancangan EkonomiPerancangan dan Penyelarasan Projek dan Pembangunan Negara Fizikal Negara 6-8 Persidangan Majlis Berperlembagaan Majlis Majlis Majlis Menteri Besar Pembangunan Ekonomi Negara Perancang Fizikal Majlis Majlis Negara Bagi Majlis Persidangan Tanah Negara Kerajaan Kewangan Negara Negara Jawatankuasa Kerja Negara Setiausaha Tempatan Jawatankuasa Kerja Perancangan Pembangunan Jawatankuasa Negeri Pembangunan Negara Kerja MPFN Negara Jawatankuasa Jabatan Perdana UPE JPBD SM Perhubungan Persekutuan Menteri UPP KPAA KPAA dan Negeri Kementerian Majlis Pembangunan Jawatankuasa Jawatankuasa Agensi /Jabatan Perancangan Perancang Negeri Ekonomi Negeri Negeri Menteri Besar/ Ketua Menteri Pegawai Daerah UPEN JPBD Negeri Pihak Berkuasa MMKN Negeri Perancang Setiausaha Setiausaha Negeri Tempatan Persekutuan Bagi Sabah dan Sarawak
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Rajah 6.2: Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara Parlimen Kabinet Majlis Berperlembagaan Majlis Perancang Fizikal Negara Majlis Majlis Negara Majlis Tanah Negara Bagi Kerajaan Kewangan Negara Pengerusi : Perdana Menteri Menteri-menteri Persekutuan Tempatan Menteri Besar/ Ketua Menteri Setiausaha : KP JPBD SM Urusetia : JPBD SM Dasar Sektoral Majlis Majlis Teknologi Perumahan Negara Maklumat Negara Majlis Biodiversiti- Bioteknologi Negara Majlis Majlis Majlis Sumber Air Negara Kualiti Alam Sekeliling Teknologi Hijau Panel Penasihat Jawatankuasa Agensi Institusi Penyelidikan Perancangan Fizikal Negara Kerja MPFN Perancangan Fizikal Institut Penyelidikan Pengerusi : Menteri bagi Pengerusi : Ketua Setiausaha Jabatan Perancangan Bandar Perancangan dan Perancangan Bandar KPKT dan Desa Semenanjung Pembangunan Spatial Malaysia Organisasi Bukan Kerajaan, Setiausaha : KP JPBD Kumpulan Berkepentingan Ketua Agensi/ Jabatan Kerajaan Badan Profesional Urusetia : JPBD SM Pakar Perancang Bandar KPAA Peringkat Antarabangsa dan Negara KKT Institut Penyelidikan dan Universiti Urusetia : JPBD SM Jawatankuasa Perancang Negeri JPBD Negeri Pengerusi : Menteri Besar/ Ketua Menteri Jabatan Teknikal Setiausaha : Pengarah JPBD Negeri Pihak Berkuasa Jabatan Perancangan Perancang Tempatan Bandar dalam PBT 6-9
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara i. Majlis Perancang Fizikal Negara MPFN ditubuhkan di bawah Seksyen 2A (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Fungsi Majlis ini adalah: a. Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara; b. Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172. Ini merangkumi pembentukan dasar- dasar negara dan lain-lain hal yang dirujuk kepadanya oleh kerajaan negeri dan lain-lain majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan. c. Untuk meluluskan Draf Rancangan Fizikal Negara dan mengkaji semula dokumen tersebut seiringan dengan RMLT untuk menyelaraskan pembangunan fizikal di peringkat negara dan wilayah bagi memastikan suatu bentuk pembangunan yang mampan. d. Untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Perancangan Wilayah (mengikut keperluan) bagi perancangan kawasan yang melibatkan dua atau lebih negeri. e. Untuk merumuskan satu set peraturan dan garis panduan yang seragam mengenai prosedur perancangan di dalam negara. f. Untuk menasihati Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) terhadap mana-mana permohonan kebenaran merancang dan pelan-pelan yang perlu dirujuk kepada Majlis untuk nasihat. g. Untuk memberi arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa mengenai perkara yang selaras dengan peruntukan di dalam Akta 172. h. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172. Ahli-ahli MPFN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1 6-10
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 6.1: Keahlian MPFN Ahli-ahli tetap di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ialah: 1. Pengerusi: Perdana Menteri 2. Timbalan Pengerusi : Timbalan Perdana Menteri 3. Menteri; 4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga menteri yang bertanggungjawab bagi perancang bandar dan desa; 5. Menteri Kewangan; 6. Menteri yang bertanggungjawab bagi Tanah; 7. Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri; 8. Menteri Wilayah Persekutuan; dan 9. Tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi. Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi adalah: 1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 3. Menteri Pengangkutan 4. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 5. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 6. Ketua Setiausaha Negara 7. Peguam Negara Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa ii. Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara Fungsi-fungsi jawatankuasa ini ialah: a. Membincang dan menyemak semula isu-isu yang berkaitan dengan perancangan fizikal negara sebelum diputuskan oleh MPFN. b. Menyediakan rangka kerja bagi asas rujukan untuk penyediaan dan kajian semula RFN. c. Menyemak Draf RFN sebelum dibentangkan kepada MPFN untuk kelulusan. d. Mengenalpasti isu, projek dan program perancangan spatial yang mempunyai implikasi kewangan yang memerlukan perhatian daripada Majlis Perancangan Pembangunan Negara (MPPN) atau Majlis Kewangan Negara. e. Mengkaji semula semua Garis Panduan Perancangan untuk kelulusan MPFN. f. Mengkaji semula permohonan perancangan strategik yang dirujuk kepada MPFN untuk nasihat di bawah Seksyen 22 (2A) Akta 172. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN adalah seperti berikut (Jadual 6.2): 6-11
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Jadual 6.2: Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN 1. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Pengerusi 2. KSU Kementerian Kewangan 3. KSU Kementerian bertanggungjawab bagi Tanah 4. KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 5. KSU Kementerian Kerja Raya 6. KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 7. KSU Kementerian Pengangkutan 8. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 9. KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 10. KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 11. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia 12. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa iii. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara RFN Ke-2 menyarankan satu Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk menasihati Menteri mengenai isu-isu perancangan bandar dan desa dalam negara ini (Jadual 6.3). Panel ini merupakan satu aspek penting di dalam proses perundingan dalam penyediaan RFN. Fungsi yang dicadangkan untuk PPPFN adalah: a. Menasihati Menteri mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di dalam negara ini. b. Ahli-ahli panel ini dikehendaki menyiapkan laporan ringkas untuk dibincangkan dan juga akan menjadi input kepada penyediaan dan kajian semula RFN tersebut. c. Membentangkan pandangan dan rungutan pihak awam yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Ahli panel ini dipilih melalui jemputan dan hendaklah disertai oleh ahli-ahli seperti di Jadual 6.3. Jadual 6.3: Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) 1. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa sebagai Pengerusi 2. Ketua Pengarah JPBD SM sebagai Timbalan Pengerusi 3. Ahli-ahli Badan Profesional/Institut 4. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar 5. Institut Penyelidikan dan Universiti 6. Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA 7. Pakar-pakar asing dan tempatan yang terkenal dalam bidang perancangan bandar 8. Kumpulan-kumpulan berkepentingan khas yang berkaitan mengikut keperluan Urusetia adalah JPBD Semenanjung Malaysia 6-12
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 iv. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Agensi perancangan fizikal negara adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM). Berdasarkan Akta 172, Ketua Pengarah JPBD SM dikehendaki menyediakan RFN. Fungsi-fungsi utama Jabatan ini adalah: a. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah; b. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); c. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang, metodologi, kajian, piawaian dan prosedur perancangan; d. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan; e. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu RS, RT; dan f. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) di bawah JPBD SM perlu diperkukuhkan untuk memastikan RFN disemak dari semasa ke semasa. Ini akan melibatkan pertambahan dalam kakitangan dengan kemahiran yang sesuai, di samping mempertingkatkan kemampuan GIS bagi jabatan ini. v. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial Apabila negara menjadi lebih maju dan semakin bersifat perbandaran, usaha yang lebih gigih perlu dijalankan untuk melonjakkan tahap penyelidikan dalam bidang perancangan bandar dan luar bandar. RFN perlu mendapat manfaat melalui penyelidikan dan pembangunan yang terkini dalam perancangan spatial. Justeru itu, kerajaan perlu menubuhkan satu Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPRDI) bagi penerusan program penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam perancangan fizikal negara. Institut ini seharusnya bertindak sebagai satu badan yang berautonomi dengan mendapat bantuan penuh kerajaan. Ianya boleh ditubuhkan mengikut model Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil dan memberhentikan kakitangannya. Adalah penting juga bahawa institut penyelidikan ini mempunyai pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin dan saling melengkapi yang merangkumi perancang bandar, pereka bentuk bandar, jurutera, pakar ekonomi, pakar alam sekitar, perancang pengangkutan dan penganalisis impak sosial untuk mengendalikan penyelidikan terhadap pelbagai pandangan dan isu yang berbeza 6-13
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 yang memberi kesan ke atas perancangan bandar dan luar bandar. Sebahagian daripada tanggungjawab insitut penyelidikan ini adalah untuk membantu Ketua Pengarah JPBD SM dan MPFN dalam pembentukan Garis Panduan Dasar Perancangan dan menyediakan penyelidikan, kertas kerja dan bahan-bahan terbitan yang berkenaan. Ianya boleh menjadi satu perkongsian awam dan swasta melibatkan kerajaan, Institut Perancang Bandar Malaysia (MIP), universiti dan sektor swasta seperti REHDA. Pembiayaan antarabangsa untuk projek-projek boleh diperolehi melalui perjanjian dua hala dengan agensi antarabangsa yang terkemuka. Sebagai alternatif diperingkat permulaan institut ini boleh, ditubuhkan sebagai Pusat Kecemerlangan di dalam salah satu universiti penyelidikan utama dalam negara. Adalah menjadi amalan dimana institut penyelidikan diperlukan untuk memberi sokongan kepada program-program perancangan fizikal negara. Sebagai contohnya Korea Research Institute for Human Settlement (Korea), Habitat (Nairobi), International Centre for Sustainable Cities (Kanada) dan International Institute for Urban Environment (Belanda). Untuk memberikan satu gambaran mengenai struktur yang dicadangkan untuk SPDRI, rujukan ringkas ke atas beberapa institut penyelidikan, dengan objektif yang hampir sama, akan memberi gambaran tentang bentuk SPDRI pada masa hadapan. Antara institut tersebut adalah : Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) merupakan ‘think-tank’ Malaysia yang pertama dan ditubuhkan pada 8 April 1983 di bawah Akta Syarikat. Ini adalah satu organisasi yang tidak mementingkan keuntungan dan mempunyai kuasa autonomi. Ia menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang strategik dan menyediakan khidmat perundingan. Kajian yang dijalankan meliputi bidang yang berkepentingan negara seperti pertahanan, keselamatan dan hubungan luar negara, urusan ekonomi negara dan antarabangsa, pembangunan negara, sains, teknologi, industri, tenaga dan sumber asli, serta persefahaman dan kerjasama antarabangsa. Lincoln Institute di Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai pembangunan bandar, persekitaran alam bina, dan dasar percukaian di Amerika Syarikat dan luar negara, khususnya melalui penyelidikan, latihan, persidangan, projek-projek demonstrasi, penerbitan dan multimedia untuk meningkatkan kualiti, membuat analisis nonpartisan dan penilaian ke atas, prosedur perancangan serta keputusan dasar. Korea Research Institute for Human Settlement (KRIHS) ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menangani isu-isu dasar fizikal dan mempromosikan penggunaan sumber tanah yang lebih efisien di Korea Selatan. Ia merupakan agensi penyelidikan kerajaan dan pada tahun 1999, ia diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri Korea melalui Majlis Ekonomi dan Institut Penyelidikan Sosial, sebuah badan kawal selia ke atas semua institut penyelidikan yang terlibat dalam kajian ekonomi dan sosial. KRIHS mengendalikan kajian mengenai topik fizikal seperti pembangunan bandar dan wilayah, infrastruktur, guna tanah, pengangkutan dan maklumat geospatial. 6-14
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 The International Centre for Sustainable Cities (ICSC) ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai satu perkongsian di antara tiga peringkat pentadbiran di Kanada, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat awam. Ia ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada organisasi swasta, sektor awam dan pertubuhan masyarakat awam. ICSC mempunyai sejumlah kecil kakitangan utama dan disokong oleh sebuah panel antarabangsa penasihat, rakan kongsi, organisasi, persatuan, dan bandar-bandar lain. Objektif ICSC adalah untuk menterjemah kemampanan bandar ke dalam tindakan praktikal dengan membentuk kerjasama antara komuniti perniagaan, pertubuhan masyarakat awam dan kerajaan. Untuk mempromosikan tindakan tersebut, ICSC menjalankan projek demonstrasi terhadap reka bentuk bandar, perancangan guna tanah, pengangkutan, sisa pepejal, penghijauan bandar, kecekapan tenaga, mitigasi bencana, pembasmian kemiskinan, urus tabdir dan proses penyertaan awam. Selain itu, ia menubuhkan satu platform untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi dalam perancangan bandar di antara bandar-bandar melalui sistem yang dikenali sebagai Sustainable Cities : Plus Network. Ia menyokong rangkaian pembelajaran dengan menghubungkan bandar-bandar untuk berkongsi pengetahuan dan saling mempelajari antara satu sama lain. Pembiayaan adalah melalui penjualan perkhidmatan, geran dan sumbangan daripada sektor swasta dan awam, agensi antarabangsa, yayasan dan individu. Antara penyumbang utamanya adalah Canadian International Development Agency (CIDA). The International Institute for Urban Environment (IIUE) yang berpusat di Belanda, mempromosikan pembangunan bandar yang mampan melalui penyelidikan dan projek demonstrasi. Ia mempunyai hubungan dengan program pembiayaan di dalam Kesatuan Eropah dan boleh membantu untuk mendapatkan pembiayaan Kesatuan Eropah untuk projek-projek demonstrasi serta mencari rakan kongsi untuk menyokong projek dan menyelaraskan projek-projek tersebut. Beberapa projek perintis IIUE termasuk 'Triodos' (penilaian kemampanan bangunan pejabat), MILUnet atau Multifunctional Intensive Land Use Network (sebuah projek untuk menangani rebakan bandar dan kemerosotan fungsi pembangunan pusat bandar, bandar dan luar bandar) dan Climate Proof Cities (sebuah projek untuk membentuk rangkaian dan kerjasama antara bandar-bandar Eropah untuk menyesuaikan bandar masing- masing dengan perubahan iklim). IIUE sedang melaksanakan projek Child Friendly Cities, ENGINE yang berfokus kepada identiti warisan budaya luar bandar di Barat Laut Eropah; RISE, sebuah projek pembangunan semula kawasan perumahan bertingkat pasca-perang yang mengalami imej buruk dan tersisih; dan projek Living Green EU Partnership yang meninjau penggunaan teknologi tenaga. Sebagai langkah sokongan, KPKT telah menubuhkan sebuah institut latihan yang bertujuan untuk menyediakan latihan kepada kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengurusan sisa pepejal, pengurusan perumahan, pengurusan pihak berkuasa tempatan, perancangan landskap, undang-undang pihak berkuasa tempatan dan penguatkuasaan undang-undang. 6-15
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 vi. Kumpulan Perancangan Antara Agensi dan Kumpulan Kerja Teknikal Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) dan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) merupakan perwakilan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang ditubuhkan khas untuk penyediaan kajian semula RFN dan diurusetiakan oleh JPBD SM. KPAA akan merangka asas rujukan bagi kajian semula. Kajian semula ini akan menjurus kepada isu-isu spatial negara seperti mana yang dikenal pasti oleh KPAA dalam jangka masa lima tahun. Terdapat juga keperluan untuk mengesahkan RFN- KPAA secara rasmi seperti mana penyediaan RMLT oleh UPE dan Dialog Bajet Tahunan oleh Perbendaraan. KPAA boleh diwujudkan bagi lapan (8) tema RFN Ke-2. Ahli-ahli KPAA akan menyediakan input data yang berkenaan dan kertas kerja untuk dipertimbangkan mengenai isu-isu perancangan semasa untuk dimasukkan dalam kajian semula. Ini boleh menjadi satu program penglibatan yang berterusan dan dilaksanakan setiap kali RFN dikaji semula. KKT yang spesifik boleh dibentuk pada dan bila diperlukan untuk menangani isu-isu utama berkaitan dengan pengagihan penduduk dan sasaran pertumbuhan mengikut wilayah dan negeri. 6.1.6 Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN Penyertaan awam di dalam penyediaan RFN adalah dalam bentuk perundingan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Lembaga Utiliti dan pembekal perkhidmatan serta dialog dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih. Akta 172 mengkehendaki Ketua Pengarah JPBD SM untuk berunding dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri dan badan- badan lain seperti yang diarahkan oleh MPFN (Seksyen 6B (3) Akta 172). Publisiti secara menyeluruh perlu dilaksanakan semasa penyediaan dan penyemakan RFN. Pandangan pihak-pihak berkepentingan perlu juga diambil kira semasa penyediaan RFN tersebut. Kaedah lain yang bersesuaian untuk penglibatan awam termasuklah: i. Perbincangan Kumpulan Sasaran; ii. Sesi Dialog; iii. Membuat kajiselidik pendapat secara interaktif melalui media elektronik; dan iv. Pameran, seminar dan bengkel kerja. 6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2 Dasar-dasar RFN Ke-2 merangkumi pelbagai isu yang mempunyai kesan terhadap pembangunan fizikal negara. Ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Langkah-langkah yang disarankan untuk melaksanakan dasar ini dinyatakan di dalam Bab 5. Agensi-agensi pelaksana utama yang dikenal pasti untuk melaksanakan dasar tersebut ditunjukkan dalam Jadual 6.4. Sejajar dengan RMLT dan kitaran perancangan projek, agensi-agensi tersebut perlu mengambil tindakan proaktif untuk menterjemahkan dasar-dasar ini ke dalam bentuk pelan tindakan, program dan projek. Usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan dalam memastikan projek-projek ini diambil kira di dalam RMLT yang seterusnya. Justeru, ini memerlukan pewujudan hubungan mendatar dengan kitaran 6-16
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 perancangan ekonomi dan projek (Bahagian 6.2.6). Beberapa langkah pelaksanaan utama dijelaskan seperti berikut: Jadual 6.4: Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 1 Agensi-agensi Menterjemahkan dasar dan cadangan RFN Persekutuan dan Negeri, dalam RS, RT dan Projek-projek Khas daripada RFN Ke-2 berperanan sebagai JPBD SM Kementerian-kementerian. rangka kerja perancangan spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain RFN 2 Agensi-agensi Meletakkan aktiviti berasaskan bandar seperti Persekutuan dan Negeri, pengusahaan perindustrian, institusi pendidikan Pusat pertumbuhan bandar PKEN, Kementerian dan latihan swasta, bandar siber dan kemudahan masa depan perlu ditumpukan Pelajaran, MDeC, JPBD infrastruktur utama di pusat bandar strategik. di conurbation strategik SM, Kementerian Pengangkutan RFN 3 UPE, Agensi Pelaksanaan Menggalakkan kepelbagaian ekonomi khususnya Koridor (ECERDC, dalam sektor pertanian dan pelancongan Pendekatan pembangunan NCIA,IRDA), JPBD SM, termasuk merapatkan jurang digital, koridor perlu digunapakai Kementerian Pelancongan mempercepatkan pembinaan infrastruktur utama dalam perancangan wilayah Malaysia, Kementerian dan menyediakan latihan teknikal serta program kurang maju untuk memacu Kerja Raya, Kementerian pembangunan sosial. pertumbuhan ekonomi dan Sumber Manusia pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah RFN 4 UPE, Kementerian Luar Mempromosikan projek di Kawasan Kerjasama di dalam Negeri, Agensi-agensi Pertumbuhan Wilayah, penubuhan Zon Ekonomi perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Negeri, JPBD SM, Khas, mengeksport perkhidmatan profesional Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu Perkhidmatan Profesional, dan pembangunan merentas sempadan. iperkukuhkan Perbadanan Pembangunan, Kementerian Kewangan RFN 5 MITI, PKEN, JPBD SM, Mengenal pasti kawasan industri baru, kluster Kementerian Kewangan perkhidmatan dan zon ekonomi khas secara Perancangan pembangunan spatial. industri perlu menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan 6-17
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 6 JPBD SM, Jabatan JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini Kawasan Pertanian Utama Pertanian, MADA, Kada, diterapkan ke dalam semua rancangan perlu dipulihara khusus untuk IADA Kerian-Sg. Manik, pemajuan (RS dan RT). tujuan pertanian dan IADA Barat Laut Selangor, pembangunan bandar dalam IADA Pulau Pinang, IADA Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan kawasan tersebut perlu Seberang Perak, dengan jelas di dalam semua rancangan dihadkan KETARA, IADA Kemasin- pemajuan (RS dan RT). Semerak RFN 7 Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Lapan (8) Kawasan Jelapang Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu Padi Strategik, iaitu muda memastikan kawasan-kawasan ini tidak (MADA), Kemubu (KADA), dicerobohi. IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, JPBD SM, JPS, Jabatan Mewartakan kawasan jelapang padi yang IADA Pulau Pinang, IADA Pertanian, MADA, KADA, strategik. Seberang Perak, IADA KETARA, IADA Pulau Terengganu Utara (KETARA), Pinang, IADA Kerian-Sg. JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini dan IADA Kemasin-Semerak Manik, IADA Seberang diterapkan ke dalam semua rancangan perlu dipulihara Perak, IADA Barat Laut pemajuan (RS dan RT). Selangor, IADA Kemasin- RFN 8 Semerak, Kementerian Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan Tanah padi sedia ada yang Pertanian dan Industri dengan jelas di dalam semua rancangan berpotensi di luar kawasan Asas Tani, Kementerian pemajuan (RS dan RT). jelapang padi, perlu dilengkapi Kewangan dengan infrastruktur yang Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian sesuai untuk meningkatkan Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu produktiviti dan hasil memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi. Pembangunan dalam kawasan ini hanya akan dilaksanakan selepas perbincangan dan kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini tidak dicerobohi oleh pembangunan. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik. JPBD SM, JPS, Jabatan JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini Pertanian, MADA, KADA, diterapkan ke dalam semua rancangan KETARA, IADA Pulau pemajuan (RS dan RT). Pinang, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Seberang JPS perlu memastikan sistem pengairan dan Perak, IADA Barat Laut saliran yang teratur disediakan. Selangor, IADA Kemasin- Semerak, Kementerian JKR perlu memastikan rangkaian jalan disediakan. Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) Jabatan Pertanian perlu memastikan kawasan- kawasan ini tidak dicerobohi. Pembangunan dalam kawasan ini hanya dibenarkan selepas perundingan terperinci dan kelulusan pihak-pihak berkenaan diperolehi. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik. 6-18
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 9 FELDA, FELCRA, FELDA, FELCRA dan Jabatan Kemajuan Orang KEMAS, Pejabat Daerah, Asli (JKOA) perlu memastikan kawasan masing- Kawasan luar bandar dan PBT, Jabatan Pertanian, masing dimajukan. Pusat Pertumbuhan Desa perlu RISDA, Jabatan dibangunkan agar masyarakat Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Negeri dan PBT menyediakan boleh menikmati pendapatan Jabatan Perikanan, LPP, kepimpinan dalam pembangunan kawasan luar yang lebih tinggi dan kualiti MARDI, JPBD, bandar. hidup yang lebih baik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah JPBD perlu memastikan bahawa kawasan luar (KKLBW), MARA bandar tidak ketinggalan dalam strategi- strategi pembangunan. JKR perlu menyediakan infrastruktur asas Aktiviti-aktiviti ekonomi perlu digerakkan ke kawasan luar bandar oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan perlu memperkukuhkan dan memperkenalkan Industri Asas Pertanian (IAT) ke kawasan luar bandar. RFN 10 Pejabat Tanah, JKOA, Pihak Berkuasa Negeri perlu menyediakan tanah JPBD, FELCRA, Pejabat untuk Orang Asli bagi tujuan pertanian dan Masyarakat orang asli perlu Daerah, PBT, JKR, petempatan. diintegrasikan dari segi spatial Jabatan Pertanian, dan ekonomi ke dalam inisiatif RISDA, Jabatan JKOA perlu memastikan dasar ini dipatuhi. pembangunan utama Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Agensi-agensi koperasi tanah perlu Suruhanjaya Koperasi membangunkan kawasan ini secara komersial. Malaysia JPBD SM perlu menerapkan dasar ini ke dalam semua rancangan pemajuan berstatut. RFN 11 JPBD, UPEN, PBT, Menubuhkan Jawatankuasa Usahasama Kementerian Pelancongan Perancangan Pelancongan Negeri yang perlu Sumber pelancongan semula Malaysia, Kementerian melibatkan penyertaan sektor swasta dan jadi, kepelbagaian budaya dan Penerangan, Komunikasi organisasi bukan kerajaan (NGO). warisan sejarah negara perlu dan Kebudayaan (KPKK) dipulihara Menyediakan Pelan-pelan Tindakan untuk kawasan kritikal serta penyediaan infrastruktur pelancongan yang diperlukan termasuk papan tanda, penginapan, jalan akses, pembetungan dan pelupusan sisa pepejal. Menyediakan Pelan Tindakan untuk semua zon dan koridor pelancongan termasuk penentuan sempadan untuk tujuan kawalan pembangunan. RFN 12 UPEN, JPBD SM, PBT, Mengkaji semula Dasar Pelancongan Negara Kementerian Pelancongan untuk menerapkan prinsip dan cadangan Zon pembangunan Malaysia, Pejabat pembangunan pelancongan spatial. pelancongan di setiap negeri Kementerian Pelancongan perlu menekankan produk Negeri, NGO Penyertaan daripada semua pihak khusus wilayah berdasarkan berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan kelebihan lokasi dan sumber penyertaan yang lebih luas dan persetujuan sedia ada umum untuk mencapai pelancongan mampan. Pemantauan secara berkala atas impak dan memperkenalkan langkah pencegahan dan 6-19
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama pembetulan yang bersesuaian atau di mana yang perlu. Mengekalkan tahap kepuasan pelancong yang tinggi dan pengalaman bermakna kepada mereka, meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap isu kemampanan dan mempromosikan amalan pelancongan mampan di kalangan pelancong. Menyediakan inventori data asas semasa mengenai keadaan semasa produk pelancongan, sumberjaya dan aktiviti ekonomi dalam negara atau negeri serta kawasan persempadanan dan pemantauan berkala ke atas impak–impak. RFN 13 Kementerian Pelancongan Penyediaan Pelan Induk Pelancongan untuk Malaysia, Jabatan Taman semua negeri yang merangkumi perancangan Infrastruktur dan kemudahan Laut, Pejabat Kementerian infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan berkualiti tinggi Pelancongan Negeri, pelancongan, pelan warisan budaya, koridor perlu disediakan bagi Jabatan Muzium biodiversiti dan pelancongan negara. mempertingkatkan keselesaan (Persekutuan dan Negeri), dan keselamatan pelancong Jabatan Perhutanan Sem. Penyediaan Pelan Tindakan Persediaan tanpa menjejaskan kualiti alam Malaysia, PERHILITAN, Bencana untuk semua destinasi pelancongan sekitar Kementerian Kesihatan, utama. MAHB, Kementerian Kerja Raya, Persatuan Hotel Penyediaan satu set inventori produk Malaysia (MAH), MATTA, pelancongan yang komprehensif di peringkat PBT, JPBD SM negeri dan memantau serta melaporkan status secara tahunan kepada Kementerian Pelancongan. RFN 14 Agensi-agensi Menyediakan rancangan wilayah untuk Persekutuan dan Negeri, conurbation yang berkaitan. Tumpuan pertumbuhan bandar JPBD SM, UPE perlu ditampung di dalam Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada conurbation yang dirancang projek-projek yang bertujuan untuk dan dimajukan secara mengurangkan jurang ketidakseimbangan antara bersepadu selaras dengan wilayah. Dasar Perbandaran Negara Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang melibatkan PBT. RFN 15 Agensi-agensi Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan Persekutuan dan Negeri, Wilayah untuk conurbation dan inisiatif-inisiatif Pertumbuhan empat JPBD SM, UPE sokongan lain dalam aspek ICT, kesihatan, conurbation utama Iaitu Kuala pelancongan dan sistem pengangkutan awam. Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global RFN 16 Agensi-agensi Melaksanakan perancangan bandar yang Persekutuan dan Negeri, komprehensif termasuk pembentukan had Keutamaan perlu diberi untuk JPBD SM, PBPT, UPE sempadan bandar di dalam semua RT. mencapai tahap bandar padat yang cekap tenaga 6-20
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 17 JPBD SM, Kementerian Menyediakan program-program pembangunan Pelancongan Malaysia, yang sesuai untuk mempertingkatkan ciri-ciri Bandar berciri khas perlu IMT-GT, UPE istimewa bagi Bandar-bandar Berciri Khas. dikenalpasti dan projek pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian RFN 18 Agensi-agensi Menyediakan kemudahan awam, menggalakkan Persekutuan dan Negeri, industri asas sumber dan kraf untuk memajukan Pusat petempatan utama dan JPBD SM, KKLBW, pusat petempatan utama dan petempatan kecil. pusat petempatan kecil perlu Jabatan Pertanian dikekal dan dibangunkan Menyelaraskan perancangan dan pembangunan mengikut potensi ekonomi bandar-bandar sempadan antara negeri. setempat RFN 19 KPKT, PBN, PBT, Sektor Menilai situasi perumahan yang sedia ada Swasta, REHDA (penawaran, permintaan, harga, dll) untuk Perumahan mampu milik yang merangkakan program perumahan terutama di mencukupi dan dilengkapi pusat bandar. dengan kemudahan komuniti termasuk kemudahan dan Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam perkhidmatan keselamatan dan ameniti yang mencukupi di kawasan perlu disediakan di pusat perumahan. bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk RFN 20 Agensi-agensi Kajian semula terhadap piawaian perancangan Persekutuan dan Negeri, secara komprehensif perlu dilaksanakan. Piawaian perancangan dan JPBD SM garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju RFN 21 Agensi-agensi JPBD SM perlu dilantik sebagai agensi pusat Persekutuan dan Negeri, yang bertanggungjawab untuk menerbitkan Satu agensi pusat perlu JPBD SM, PBN, PBT, maklumat pembangunan guna tanah secara dipertanggungjawabkan untuk Jabatan Tanah dan berkala. menerbitkan secara berkala Galian, JUPEM, Agensi maklumat pembangunan guna Remote Sensing Malaysia RS dan RT perlu mengenal pasti kawasan- tanah (ARSM), MyGDI, sektor kawasan berpotensi dan mencadangkan projek Swasta pembangunan melalui perundingan dengan sektor swasta. RFN 22 Jabatan Perhutanan Sem. Menentukan sempadan KSAS dan zon Malaysia, JAS, JPBD SM, penampan di dalam RS dan RT. Kawasan Sensitif Alam Sekitar PERHILITAN, PBT, PBN, perlu diintegrasi ke dalam Agensi-agensi perancangan dan pengurusan Pembangunan Wilayah guna tanah dan sumber alam (NCIA, ECERDC & IRDA) semula jadi 6-21
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 23 Jabatan Perhutanan Sem. Mengenal pasti Central Forest Spine dalam Malaysia, JAS, Rancangan Pemajuan dan merangka pelan Central Forest Spine akan PERHILITAN, JPBD SM pengurusan yang sesuai untuk CFS. diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar RFN 24 JPS, JPBD SM, Mengenal pasti dan memelihara hutan paya PERHILITAN, Jabatan bakau, tapak pendaratan penyu, taman laut dan Ekosistem persisiran pantai Perikanan, Jabatan Laut , tapak pendaratan bagi burung migrasi. Kawasan- dan marin yang sensitif perlu JAS kawasan ini perlu dilindungi dengan peruntukan dilindungi dan digunakan undang-undang atau dikenal pasti sebagai KSAS secara mampan di dalam RS dan RT. Mengenal pasti sumber-sumber dalam Zon Ekonomi Eksklusif dan membangunkannya mengikut kesesuaian. RFN 25 UPE, PTG, PBPT, JPBD Mengguna pakai garis panduan dan cadangan SM, JKR (Bahagian daripada Kajian Pembangunan Mampan Bagi Pembangunan di tanah tinggi Kejuruteraan Cerun) Tanah Tinggi Banjaran Utama Di Semenanjung perlu dikawal dengan tegas Malaysia, UPE 2002. bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan Menyediakan RKK untuk Kawasan Pengurusan kualiti persekitaran dan Khas biodiversiti RFN 26 JMG, JPS, Pihak Menentukan sumber tanah dan bawah tanah Berkuasa Bekalan Air, serta kawasan ’recharge’ dan merangka pelan Semua sumber air permukaan Jabatan Perhutanan Sem. pengurusan yang sesuai. dan air bawah tanah adalah Malaysia, JAS, JPBD SM, aset strategik yang perlu PBN dilindungi dan diuruskan secara mampan RFN 27 NAHRIM, JPBD SM, JMG, Menentukan impak perubahan iklim dan JPS, Jabatan Pertanian, melaksanakan langkah adaptasi untuk Rangka Kerja perancangan Jabatan Meteologi mengurangkan kesan impak. spatial perlu mengambil kira Malaysia (JMM) langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim RFN 28 UPE, MOT, Kementerian Menyediakan Dasar Integrasi Guna Tanah – Kerja Raya, JKR, JPBD Pengangkutan. Rangkaian pengangkutan SM, Suruhanjaya negara bersepadu perlu Pengangkutan Awam diwujudkan dengan mengambil Darat (SPAD) kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan RFN 29 MOT, JPBD SM, Menyediakan kajian feasibiliti, mengenal pasti Kementerian Kewangan, koridor rel dan hab-hab pengangkutan melalui Satu sistem rel berkelajuan UPE RS dan RT. tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada 6-22
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 30 HPU, JKR, JPBD SM, Membangunkan jalan-jalan utama dalam koridor Kementerian Kerja Raya, pertumbuhan Rangkaian jalan raya negara LLM perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan RFN 31 UPE, MOT, Kementerian Menyediakan Pelan Induk Pelabuhan Negara. Kewangan, Pihak Lapangan terbang dan Berkuasa Pelabuhan, Mempertingkatkan infrastruktur sokongan dan pelabuhan utama perlu Jabatan Laut kemudahan di lapangan terbang dan pelabuhan dibangunkan mengikut fungsi utama. yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong RFN 32 MOT, PBT, JPBD SM Mengenal pasti TOD untuk kawasan conurbation, RS dan RT di dalam Pelan Rancangan Wilayah. Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam RFN 33 UPE, MOT, JPBD SM, Menyediakan Pelan Integrasi Guna Tanah- PBT, Suruhanjaya Rangkaian Pengangkutan untuk kawasan Sistem pengangkutan awam Pengangkutan Awam bandar. bersepadu perlu dibangunkan Darat (SPAD) di semua pusat bandar utama Memperkenalkan pembangunan bandar padat dan sistem pengangkutan awam berintegrasi di semua pusat bandar. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam termasuk bas dan rel di semua pusat bandar. RFN 34 JPBD SM, KPKT, Penyediaan dasar-dasar Negara bagi semua KeTTHA, Suruhanjaya aspek infrastruktur iaitu sistem pembetungan, RFN Ke-2 akan menyediakan Pengurusan Sisa Pepejal bekalan air, tenaga, teknologi hijau dan lain-lain. rangka kerja spatial bagi Negara (NSWNC), JPS, penyampaian perkhidmatan TNB , Suruhanjaya infrastruktur bersepadu di Komunikasi dan peringkat negara, wilayah dan Multimedia Malaysia conurbation utama (SKMM), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), SPAN, Suruhanjaya Tenaga (ST) 6-23
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 35 JPBD SM, PBN, KeTTHA, Merangka dan melaksanakan Dasar Air Negara SPAN, Pihak Berkuasa dan Kajian Sumber Air Negara. Infrastruktur bekalan air yang Bekalan Air Negeri bersesuaian termasuk kerja- kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan RFN 36 JPBD SM, KeTTHA, Merangka Dasar Pembetungan Negara. SPAN, IWK Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar RFN 37 JPBD SM, KPKT, Majlis Menggalakkan pengurusan sisa pepejal dan Sumber Air Negara, mengenal pasti loji rawatan kumbahan di Semua petempatan perlu Perbadanan Pengurusan kawasan bandar-bandar utama. disediakan dengan satu Sisa Pepejal dan rangkaian pelupusan sisa Pembersihan Awam pepejal bersepadu dan/atau (PPSPA) dilengkapi dengan kemudahan pemulihan RFN 38 JPBD SM, JPS, PBT Melaksanakan MSMA dan merangka garis panduan perparitan untuk petempatan desa. Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk membendung kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran RFN 39 JPBD SM, KeTTHA, TNB Membekalkan tenaga yang mencukupi dan menempatkan stesen penjana elektrik dan Loji janakuasa elektrik dan pencawang masuk utama (PMU) di kawasan rangkaian penghantaran dan yang saling melengkapi guna tanah di sekitarnya. pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna 6-24
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 40 JPBD SM, KeTTHA, TNB Merangka satu dasar negara berhubung penggunaan dan bekalan gas. Loji pemprosesan gas asli serta rangkaian paip penghantaran dan pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli yang andal dan efisien kepada pengguna RFN 41 JPBD SM, KeTTHA, Memperkembangkan konsep bandar siber ke SKMM kawasan lain dalam negara, mengurangkan Kemudahan dan infrastruktur jurang digital di antara bandar dan luar bandar, rangkaian komunikasi perlu serta mempromosikan penggunaan ICT di sektor disediakan di semua kerajaan dan swasta. petempatan 6.2.1 Pematuhan Rancangan Struktur Negeri Kepada RFN Ke-2 Cadangan-cadangan RFN Ke-2 akan dilaksanakan melalui semua RS yang perlu mematuhi cadangan-cadangan RFN Ke-2 secara umumnya. Oleh kerana, RS adalah dokumen yang diwartakan, ia akan menyediakan asas perundangan untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut. Secara umumnya, ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut: i. Semasa menyemak semula RS, Pengarah JPBD Negeri dikehendaki mengkaji dasar-dasar RFN dan dasar-dasar lain berhubungan dengan ekonomi negara, sosial, fizikal, alam sekitar dan pemuliharaan negara. ii. Draf RS perlu mengandungi perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh JPN dan MPFN. MPFN juga akan meluluskan atau mengeluarkan garis panduan perancangan dari semasa ke semasa dan adalah tanggungjawab setiap negeri untuk mematuhi garis panduan tersebut dalam RS. iii. Semasa mempertimbangkan kelulusan Draf RS, JPN perlu berunding dengan MPFN untuk mendapatkan panduan dan nasihat. Jika JPN gagal membuat keputusan dalam masa 6 bulan selepas tarikh penyerahan, Pengarah JPBD Negeri boleh merujuk Draf RS kepada MPFN untuk mendapatkan keputusan. iv. Sebagai tambahan, dicadangkan satu Sijil Pematuhan dikeluarkan oleh MPFN kepada Pengarah JPBD Negeri masing-masing sebelum Draf RS dipamerkan untuk bantahan awam. 6-25
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan di dalam KSAS Selaras dengan peruntukan subseksyen 22 (2A) Akta 172, semua permohonan kebenaran merancang yang melibatkan perkara-perkara yang berkepentingan negara perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini adalah : i. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya; ii. Pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; atau iii. Pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan. JPN dikehendaki untuk merujuk permohonan tersebut kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MPFN. Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPBD SM dan diwakili oleh jabatan-jabatan teknikal yang utama dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, MPFN dirujuk untuk memperolehi ulasan perancangan umum dan juga nasihat ke atas mana-mana permohonan perancangan. Nasihat perancangan umum lazimnya diberi di peringkat pelan konsep dan pelan induk yang melibatkan projek pembangunan berskala besar yang berkepentingan negara. Permohonan kebenaran merancang yang lazimnya dirujuk kepada MPFN adalah projek-projek pembangunan bandar baru. Manakala hanya sebilangan kecil projek infrastruktur dan utiliti utama atau pembangunan di lereng bukit yang dirujuk kepada MPFN. Pada masa kini, MPFN hanya bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam setahun. Setiap permohonan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri untuk dikemukakan kepada MPFN. Klasifikasi di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 bagi pembinaan projek infrastruktur negara yang signifikan adalah seperti berikut: i. Pembangunan lapangan terbang; 6-26 ii. Pembinaan kemudahan pelabuhan; iii. Pembinaan landasan kereta api; iv. Pembangunan lebuh raya; v. Pembangunan jambatan berskala besar; vi. Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal atau sisa berjadual;
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306