4 MARKET PERNIAGAAN TINGKATAN 4 TRENDS SUCCESS RESEARCH & ANALYSIS Harga: RM15.85 FT374001
4 MARKET TRENDS SUCCESS RAENSAE&LAYRSCISH PERNIAGAAN Tingkatan 4
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) i Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS PERNIAGAAN TINGKATAN 4 MARKET SUCCESS TRENDS RESEARCH PEREKA BENTUK & LAI HUEY MIN PENULIS ANALYSIS ZAITON BINTI HUSSIN ZAKIYAH BINTI JALUN MOKHTAR BIN PET EDITOR MOHD FARIS BIN DAIN ILUSTRATOR MOHAMMAD FAIZ BIN MOHAMED HAUZA AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS SDN. BHD. 2016
NO. SIRI BUKU: 0104 PENGHARGAAN KPM 2016 ISBN 978 967 439 277 2 Cetakan Pertama 2016 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama ©Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 banyak pihak. Sekalung penghargaan dan Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan terima kasih ditujukan kepada semua pihak dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan yang terlibat: semula, disimpan dalam cara yang boleh • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, elektronik, mekanik, penggambaran semula Kementerian Pendidikan Malaysia. mahupun dengan cara perakaman tanpa • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan kepada perkiraan royalti atau honorarium. Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Malaysia oleh: • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, No. 27, Jalan Dolomite Business Park, Kementerian Pendidikan Malaysia. 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Reka letak dan atur huruf: Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Minion Pro Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh: Q My Print Sdn. Bhd. No. 10, Jalan MU 1/6R, Seksyen 7, Taman Perindustrian Meranti Utama Petaling, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
KANDUNGAN Pendahuluan vi-x TAJUK 1 1 TUJUAN PERNIAGAAN 3 5 Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 9 1.0 Pengenalan 11 17 Gerak Minda 1.0 33 38 1.1 Tujuan Perniagaan 49 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 52 1.4 Klasifikasi Perniagaan 54 1.5 Skala Perniagaan 56 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, 58 58 Klasifikasi dan Skala Perniagaan 58 1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia 59 Gerak Minda 1.1 63 Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 1 Refleksi 65 Rumusan 87 Latihan Sumatif 1 100 Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan 110 2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara 114 115 dan Serantau 115 2.2 Trend Persekitaran Perniagaan 115 2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada 116 Persekitaran Perniagaan iii 2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan Gerak Minda 2 Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2 Refleksi Rumusan Latihan Sumatif 2
TAJUK 2 119 ORGANISASI PERNIAGAAN 121 123 Bab 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 124 3.1 Maksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 127 3.2 Perbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza 3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan 131 3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai 135 Panduan Perniagaan 147 3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu 151 3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat 162 dan Objektif 168 3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan 169 3.8 Pencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih 169 Gerak Minda 3 169 Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 3 170 Refleksi Rumusan Latihan Sumatif 3 Bab 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 173 4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 175 4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian 177 4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu 199 4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat 202 4.5 Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain 206 4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua 215 Perniagaan Berlainan 217 Gerak Minda 4 218 Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif 4 218 Refleksi 218 Rumusan 219 Latihan Sumatif 4 iv
KERTAS KERJA PROJEK PERNIAGAAN 223 Kertas Kerja Projek 225 Panduan Tugasan Kertas Kerja Projek 227 Pengenalan 227 Panduan Pelaksanaan Tugasan Kertas Kerja Projek 228 CONTOH KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 4 233 Glosari 253 Senarai Rujukan 257 Indeks 261 Jawapan 262 v
PENDAHULUAN BUKU TEKS PERNIAGAAN TINGKATAN 4 ini ditulis selaras dengan hasrat murni Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menjadi panduan utama penulisan buku ini di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain. Buku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus mempelajari mata pelajaran Perniagaan. Buku ini juga dibentuk dengan memasukkan unsur kepelbagaian latihan dan informasi tambahan. Selain itu, elemen nilai murni, elemen merentas kurikulum dan kemahiran abad ke-21 turut diterapkan bagi melahirkan generasi yang mencintai negara dan menjana minda murid untuk berfikir di luar kotak. Objektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Buku ini juga disediakan untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan. Pada masa yang sama, buku ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti dan kemahiran menganalisis dalam kalangan murid. Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk membina kesediaan murid untuk memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan sebagai pilihan utama selepas menamatkan persekolahan. Kandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan menyeluruh. Menguatkan hujah dan pembuktian, penulis telah menggunakan maklumat dan data terkini yang diperoleh daripada sumber-sumber rasmi. Keistimewaan Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Perniagaan Tingkatan 4 ini adalah seperti yang berikut: HALAMAN RANGSANGAN Halaman rangsangan ialah halaman yang merangsang minda murid untuk memahami kandungan bab secara umum. Halaman ini mengandungi maklumat tentang standard pembelajaran, peta konsep, previu dan gambar foto. Standard Pembelajaran Peta Konsep Makna – Standard pembelajaran yang ditetapkan Makna – Grafik yang merumuskan DSKP dalam DSKP Fungsi – Memberi pemahaman secara lebih Fungsi – Memberi pengetahuan kepada murid mudah kepada murid berkaitan dengan isi berkaitan dengan perkara yang akan dipelajari pembelajaran berdasarkan DSKP dan dinilai Makna – Pengenalan ringkas berkaitan bab Gambar foto Fungsi – Memberi gambaran awal berkaitan dengan tajuk yang bakal dipelajari Makna – Foto yang memberi gambaran kepada vi kandungan teks Fungsi – Memberi pemahaman kepada murid melalui foto yang mempunyai kaitan dengan kandungan teks tajuk yang bakal dipelajari
IKON TEKS Ikon teks merupakan maklumat dan latihan tambahan yang berfungsi memberi idea kepada murid untuk berfikir di luar kotak. Ikon teks ini merangkumi enam ikon utama, iaitu buletin keusahawanan, celik kewangan, cintai negara, minda kreatif, EMK dan istilah perniagaan. Buletin Keusahawanan RM Celik Kewangan Berita berkaitan dengan perniagaan Info berkaitan dengan dan usahawan pengurusan kewangan Makna – Info berkaitan dengan Makna – Info untuk mendidik murid dunia perniagaan berkaitan dengan pengurusan kewangan Fungsi – Menarik minat murid kepada Fungsi – Memupuk budaya celik kewangan perniagaan dan keusahawanan dalam kalangan murid Cintai Negara Minda Kreatif Info mencintai negara Soalan menguji minda murid Makna – Info berkaitan dengan nilai patriotik Makna – Soalan ringkas berkaitan dengan dan penyayang teks utama Fungsi – Meningkatkan semangat patriotik • K eupayaan berfikir yang dapat melahirkan dan mengukuhkan sifat penyayang dalam kalangan murid idea baharu yang unik dan menarik Fungsi – Melahirkan murid yang kreatif EMK Istilah Perniagaan Arahan: Istilah dalam bahasa Melayu Memupuk murid mengamalkan (istilah dalam bahasa Inggeris): lapan elemen merentas kurikulum Huraian atau maksud Soalan: kepada istilah Persoalan berkaitan dengan bab dan aktiviti Makna – Glosari untuk istilah berkaitan dengan perniagaan (EMK berkaitan Makna – Unsur nilai tambah yang diterapkan dengan Bahasa) dalam proses PdP selain yang diterapkan dalam Fungsi – Memberi pengetahuan kepada DSKP (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) murid untuk memahami perkataan penting berkaitan Bakat dan Memupuk Nilai Murni) dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Fungsi – Merangsang keupayaan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu vii
NOTA DAN LATIHAN TAMBAHAN Nota dan latihan tambahan melibatkan nota dalam bentuk contoh dan aplikasi QR Code. Selain itu, latihan dalam bentuk jom cuba, kajian kes serta aktiviti kumpulan kreatif dan inovatif membantu menjadikan murid lebih berdikari dan berdisiplin. Contoh Kajian Kes Tajuk Soalan kajian kes Contoh yang berkaitan dengan topik Makna – Tugasan kes bagi sub topik (projek) Fungsi – Menilai kefahaman murid berkaitan Makna – Contoh bagi sesuatu topik dengan topik yang dipelajari melalui aplikasi Fungsi – Memudahkan dan meningkatkan dalam situasi sebenar pemahaman murid berkaitan dengan sesuatu topik Tugasan dalam dan luar kelas Makna – Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Makna – Tugasan individu berkaitan dengan (KBAT) sesuatu topik Fungsi – Melahirkan murid berfikiran kreatif dan Fungsi – Sebagai persediaan awal sebelum inovatif serta berupaya berfikir di luar kotak memulakan aktiviti kumpulan atau memenuhi masa lapang Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Makna – Tugasan berkumpulan QR Code (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan dengan Kreativiti dan Inovasi) Tajuk Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan Senarai URL memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan ketika menyelesaikan sesuatu tugasan Makna – Aplikasi QR Code (Quick Response) dan URL (Uniform Resource Locator) Peta -THINK (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan dengan Sains dan Teknologi serta Teknologi dan Makna – Peta pemikiran inovatif (Innovative Maklumat dan Komunikasi (ICT)) thinking map) Fungsi – Menarik minat murid untuk belajar Fungsi – Mempertingkatkan dan membudayakan secara lebih interaktif, cepat dan mudah serta kemahiran berfikir dalam kalangan murid mendapat maklumat yang betul dan tepat ke arah menghasilkan murid yang kreatif, viii kritis dan inovatif
ELEMEN DI AKHIR SUB TOPIK DAN BAB Elemen di akhir sub topik dan bab merangkumi rumusan ringkas yang memberi gambaran secara umum kepada bab yang telah dipelajari. Selain itu, latihan yang dibentuk akan menguji pemahaman murid dalam setiap bab yang telah dipelajari. Setiap soalan meliputi pelbagai aras termasuk soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Gerak Minda Refleksi Makna – Latihan formatif Makna – Imbas kembali (Soalan objektif, struktur dan esei) (Soalan esei yang merangkumi kesimpulan Fungsi – Menguji dan mengukuhkan kefahaman kepada kehendak DSKP) murid terhadap sub topik yang telah dipelajari Fungsi – Mengimbas kembali topik yang telah dipelajari melalui soalan-soalan yang memerlukan jawapan sama ada secara lisan atau bertulis Rumusan Latihan Sumatif Makna – Rumusan Bab Makna – Latihan akhir bab Fungsi – Menyatakan isi penting bagi (Soalan objektif dan esei) setiap bab Fungsi – Menguji pemahaman murid terhadap topik atau bab yang telah dipelajari Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif (Bab) Soalan Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Makna – Tugasan berkumpulan di akhir setiap bab (Elemen Merentas Kurikulum (EMK) berkaitan dengan Kreativiti dan Inovasi) Fungsi – Mencungkil pengetahuan murid dan memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan ketika menyelesaikan sesuatu tugasan murid yang mencakupi pengetahuan setiap bab ix
IKON USAHA NIAGA Sesiapa sahaja boleh jadi jutawan asalkan berani berusaha tanpa putus asa. Irfan Khairi Seorang pakar perniagaan Internet dan pengasas Irfan Khairi Sdn. Bhd. (iksb). Beliau terlibat dalam perniagaan bermula pada usia 20 tahun dan berjaya menjadi jutawan pada usia 25 tahun. Beliau telah menggunakan kejayaan yang dimiliki untuk membantu usahawan sedia ada dan bakal usahawan untuk turut berjaya dalam bidang perniagaan. Jadikan setiap masalah sebagai peluang dan bukan sebagai halangan untuk berjaya. Neeta Gosalia Pengasas Neeta’s Herbal (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk rambut herba dan pusat penjagaan kulit. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan berjaya. Sikap ingin terus berjaya, tidak pernah berputus asa dan yakin pada diri menyebabkan beliau berjaya mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Yakinlah bahawa 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Mohd Khairul Nizam Wahiddin Pengasas syarikat Spirit Beauty Sdn. Bhd. dan produk jenama DEWAMOR SIGNATURE yang ditubuhkan olehnya sendiri. Beliau merupakan seorang usahawan muda dan orang kelainan upaya (OKU). Beliau berjaya membuktikan bahawa kekurangan diri bukan alasan atau halangan untuk terus berjaya bagi mengubah nasib diri dan keluarga. Berfikir positif akan membuat anda nampak peluang di sekeliling anda. Lee Thiam Wah Pengasas dan pemilik mini market 99 SPEEDMART melalui syarikatnya, iaitu 99 SPEED MART SDN. BHD. Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang berjiwa besar dan kental. Beliau berjaya membuktikan melalui usaha yang berterusan dan semangat yang tinggi akan mengatasi setiap kelemahan yang wujud. Sikap berani “bertindak di luar kebiasaan” menjadi pencetus kepada kejayaan yang dimilikinya pada hari ini. x
Tajuk 1 Tujuan Perniagaan 1
Permata Niaga “Jika kita senang, kesenangan yang kita peroleh datang dengan tanggungjawab. Kita perlu melakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah yang sedikit itu ada berkatnya”. - Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary (Syed Mokhtar Al-Bukhary) - (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://nurulnasuha208799.blogspot.my/2013/10/19-prinsip- kejayaan-tan-sri-syed.html, capaian pada 23 Julai 2016) 2
Tajuk 2 Organisasi Perniagaan 119
Permata Niaga “Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja kerana pasti ada peluang yang lebih baik untuk anda. Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”. - Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Robert Kuok) - (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang https://dahalmi wordpress.com/2011/09/20/tan-sri-robert-kuok-usahawan bersifat-realistik/, capaian pada 23 Julai 2016) 120
Kertas Kerja Projek Perniagaan 223
Permata Niaga “Jika anda mahu merealisasikan impian, “belajar” bagaimana agar impian tersebut dapat dicapai, “lakukan” dengan segera. Kejayaan luar biasa akan menjadi milik anda”. - Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) - (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://pranataharri. blogspot.com/2012/01/biografi-tony-hernandes.html#ixzz4FF9CAyBm, capaian pada 23 Julai 2016) 224
1BAB TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi? Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan. Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada barang dan perkhidmatan. Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan dan klasifikasi perniagaan di Malaysia. KATA KUNCI • Klasifikasi perniagaan • Tujuan perniagaan • Skala perniagaan • Bentuk pemilikan • Barang dan perkhidmatan • Francais • Perkembangan perniagaan • Usaha sama Standard Pembelajaran Selepas mempelajari bab ini, murid boleh: 1 menerangkan tujuan perniagaan 2 membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan 3 mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar 4 menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan 5 menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya, pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasinya 6 membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 3
1Peta Konsep Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan Tujuan Perkembangan perniagaan sektor perniagaan di Malaysia Bentuk pemilikan perniagaan Perkaitan antara • Milikan tunggal penawaran barang dan • Perkongsian perkhidmatan, bentuk • Syarikat berhad pemilikan, klasifikasi • Koperasi dan skala perniagaan Skala perniagaan Bentuk-bentuk Perniagaan Lain • Francais • Usaha sama Klasifikasi perniagaan • Saiz perniagaan • Sektor perniagaan 4 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
1.0 Pengenalan Bab 1 Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli Cintai Negara barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti Bidang perniagaan merupakan perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan suatu bidang yang perlu menjadi pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan memajukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara. tanggungjawab kepada masyarakat. EMK Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi Arahan: keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut Bincangkan dalam kumpulan. bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup Soalan: masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain Berikan pendapat anda berkaitan itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan dengan kepentingan konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam asas perniagaan kepada setiap sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat. organisasi perniagaan. 1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Internet Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut: Peta -THINK Buku rujukan Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna Penjual dan Konsep Pertukaran pembeli asas nilai perniagaan Barang dan Keuntungan perkhidmatan perniagaan Usahawan Kontrak Majalah perniagaan Rajah 1.1 Konsep asas perniagaan 5 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Bab 1 Minda Kreatif (a) Barang dan Perkhidmatan Jelaskan kaedah yang boleh Secara umumnya, kombinasi barang dan perkhidmatan dikenali digunakan oleh sesebuah sebagai produk. Barang dan perkhidmatan ini disediakan dan perniagaan bagi memenuhi ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad. Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal. Barang merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh. Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Contoh Barang: perabot, makanan dan pakaian Perkhidmatan: pengangkutan, insurans dan pelancongan RM Celik Kewangan (b) Memuaskan Keperluan dan Kehendak Pengguna Untuk menjadi pengguna dan usahawan yang bijak, setiap Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk individu perlu berupaya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan adalah terhad dan mudah memahami perkara yang berikut: dipuaskan serta sama bagi semua individu. • nilai wang • kepentingan wang Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup • pengurusan wang dengan lebih selesa. Kehendak tidak terhad dan sukar dipuaskan serta berbeza antara individu. Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak manusia jika mereka mahu memajukan perniagaan. Gambar foto 1.1 Keperluan Gambar foto 1.2 Kehendak 6 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(c) Pertukaran Nilai EMK Bab 1 Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan Arahan: tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Dapatkan maklumat melalui kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran. Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara Soalan: penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. 1 Bincangkan peranan penjual (d) Keuntungan Perniagaan dan pembeli dalam memacu pertumbuhan perniagaan Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos secara keseluruhan yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran di Malaysia. dan kos operasi. 2 Nyatakan sumbangan yang boleh diberikan oleh peniaga Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos kepada masyarakat. Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Pencatutan 2011 Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut Akta ini berfungsi untuk bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian melindungi pengguna dan daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. memastikan bahawa peniaga berniaga secara jujur tanpa (e) Penjual dan Pembeli menaikkan harga barang atau perkhidmatan secara sesuka hati. Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan pembeli melakukan urus niaga di pasaran. Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan tersebut dibekalkan. (f) Kontrak Perniagaan QR Code Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih Akta Kontrak 1950 individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada http://www.docfoc.com/akta- perjanjian yang telah dipersetujui. Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh kontrak-1950-act-136 kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi pengguna dalam urusan perniagaan. Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 7
Bab 1 1.0.2 Aktiviti Perniagaan Buletin Keusahawanan Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. • Program 1AZAM merupakan (a) Aktiviti Berasaskan Barang salah satu usaha atau Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor inisiatif kerajaan dalam pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Contohnya, melahirkan usahawan dan kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan mengeluarkan rakyat daripada kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi dan kedai perabot. kepompong kemiskinan. Gambar foto 1.3 Kilang perabot • Antara program yang terdapat dalam program 1AZAM adalah (b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan seperti yang berikut: Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang – AZAM KERJA tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan Memberi kemahiran kecekapan kepada pengguna. Contohnya, pendidikan merupakan tambahan bagi meningkatkan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal produktiviti dan kemahiran insan dari aspek mental dan fizikal. Perkhidmatan ini melibatkan – AZAM TANI sektor awam dan sektor swasta. Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian – AZAM NIAGA Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro – AZAM KHIDMAT Menyediakan peluang untuk menjana pendapatan melalui aktiviti perkhidmatan (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http:// www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam) Gambar foto 1.4 Perkhidmatan pendidikan 8 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Gerak Minda 1.0 SOALAN STRUKTUR Arahan: Jawab semua soalan. 1 Senaraikan empat komponen utama dalam konsep asas perniagaan. (a) (b) (c) (d) 2 Kenal pasti aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang berikut: Jenis perniagaan Aktiviti yang dijalankan Agensi Pelancongan Percetakan Kedai Dobi Kilang Kopi 3 Nyatakan lima kepentingan konsep asas perniagaan kepada bakal usahawan. (a) (b) (c) (d) (e) 4 Berikan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan. Keperluan Kehendak (a) (c) (b) (d) 5 Senaraikan empat contoh aktiviti perniagaan yang boleh diceburi dengan modal yang kecil. (a) (b) (c) (d) Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 9
SOALAN ESEI Kedai Haiwan Peliharaan Preety Arahan: Jawab semua soalan. Menjual barang keperluan haiwan peliharaan seperti makanan, pakaian, syampu dan permainan 1 Hotel Haiwan Peliharaan Sarah Menjalankan perniagaan penjagaan sementara untuk haiwan kesayangan (a) Bandingkan dua perniagaan tersebut dari aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan. (b) Pada pendapat anda, adakah kedua-dua perniagaan tersebut beroperasi dengan konsep asas perniagaan yang sama? Bincangkan. 2 (a) Pilih satu barang kegunaan harian. Bagaimanakah konsep asas dalam perniagaan membolehkan barang tersebut dinikmati oleh pengguna? (b) Gambar foto yang berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Berdasarkan Gambar foto A dan Gambar foto B, terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan. Gambar foto A Gambar foto B 3 Jelaskan bagaimanakah seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif berupaya menjadikan keperluan dan kehendak manusia sebagai suatu perniagaan? 4 Huraikan kaitan yang wujud antara konsep asas perniagaan dengan aktiviti perniagaan berasaskan barang dan perkhidmatan. 10 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
1.1 Tujuan Perniagaan Bab 1 Menawarkan Barang dan Cintai Negara Perkhidmatan Setiap perniagaan perlu Tujuan perniagaan adalah untuk menawarkan barang atau didaftarkan mengikut perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada prosedur yang betul dengan pembeli. Hal ini melibatkan aktiviti pembayaran atau pertukaran berlandaskan undang-undang wang untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang yang telah ditetapkan. Hal dikehendaki oleh pembeli atau pengguna. ini bagi melindungi semua Tujuan perniagaan ditunjukkan dalam Rajah 1.2 yang berikut: pihak termasuk pengguna dan perniagaan itu sendiri. Tujuan perniagaan Menawarkan barang atau perkhidmatan Bermotifkan untung Bukan bermotifkan untung Rajah 1.2 Tujuan perniagaan Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang pelbagai. Jadual 1.1 Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan Barang Perkhidmatan Keperluan/ Perniagaan Minda Kreatif Nasi lemak Servis hidangan kehendak Gerai makanan Jelaskan aktiviti perniagaan Makanan – yang boleh diceburi oleh keperluan asas bakal usahawan yang tidak mempunyai pengalaman dalam Baju Menjahit pakaian Pakaian baharu Kedai jahit bidang perniagaan. Produk Rawatan muka Ingin kelihatan Salun kecantikan cantik kecantikan Fikirkan barang dan perkhidmatan yang anda perlukan atau inginkan dalam minggu ini. 11 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Bab 1 Barang Barang ialah item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang. Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Cintai Negara Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia Setiap rakyat Malaysia perlu menyokong produk keluaran Malaysia bagi membantu memperkukuh ekonomi negara dan usahawan muda. Gambar foto 1.5 Makanan Gambar foto 1.6 Telefon pintar Perkhidmatan Perkhidmatan ialah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain. Antara aktiviti yang terlibat adalah menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman. Perkhidmatan tiada bentuk fizikal. Pembekal perkhidmatan boleh terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok. RM Celik Kewangan Harga yang ditawarkan oleh perniagaan perlu kompetitif bagi memastikan semua peringkat pengguna berkemampuan untuk membelinya. Gambar foto 1.7 Perubatan Senaraikan barang buatan Malaysia dan barang import yang telah anda gunakan dalam minggu ini. Bandingkan senarai tersebut dengan rakan anda. Siapakah yang lebih patriotik? 12 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Gabungan Barang dan Perkhidmatan Bab 1 Terdapat juga perniagaan yang menawarkan kedua-dua barang dan perkhidmatan kepada pelanggan. Buletin Keusahawanan Contoh Jika anda berkunjung ke kedai kopi, anda dapat membeli barang fizikal, iaitu roti dan kopi, di samping menerima perkhidmatan dalam bentuk layanan yang diberikan oleh pelayan di premis tersebut. (a) Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) Organisasi bermotifkan untung terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan dengan objektif utama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan. Organisasi ini menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan dan diminta oleh pengguna. Jakel Trading Sdn. Bhd. merupakan contoh organisasi yang Datuk Haji Mohamed Faroz berjaya membantu melahirkan ramai usahawan muda dalam bin Mohamed Jakel industri tekstil di Malaysia. Legasi Jakel Trading Sdn. Bhd. Gambar foto 1.8 Perniagaan tekstil yang diasaskan oleh Allahyarham Mohamed Jakel bin Ahmad telah berjaya membuktikan bahawa setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan semangat juang yang tinggi. Kejayaan yang dicapai tersebut telah diteruskan melalui kebolehan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Datuk Faroz dengan membawa Jakel Trading Sdn. Bhd. ke tahap yang dikagumi dan lebih berdaya saing. Setiap cabaran dan dugaan yang diterima selama ini dijadikan kayu pengukur untuk terus berjuang dan membantu melahirkan lebih ramai usahawan untuk lebih berjaya. Sebagai bakal usahawan, pilih seorang tokoh perniagaan yang anda kenali. Kemudian, kenal pasti ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh usahawan tersebut yang dapat dicontohi serta meningkatkan semangat anda untuk menjadi usahawan yang berjaya pada masa hadapan. Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 13
Bab 1 Cintai Negara (i) Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan Keuntungan digunakan untuk mengukur tahap prestasi dan Rakyat Malaysia perlu bersatu menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. Keuntungan juga membantu semua insan yang penting untuk mengembangkan dan memastikan kelangsungan kurang bernasib baik untuk perniagaan. Tahap keuntungan melambangkan imej perniagaan. bersama-sama menikmati hidup Imej yang tinggi memudahkan pemilik untuk menarik pelaburan yang lebih baik. baharu. Di samping itu, keuntungan juga membolehkan sesuatu organisasi perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyumbangkan keuntungan semula kepada masyarakat seperti membina tempat rekreasi. Buletin Keusahawanan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility − CSR) Perkhidmatan ‘extra miles’ adalah Gambar foto 1.9 Pemaju membina tempat rekreasi satu program tanggungjawab sosial korporat Lembaga Hasil (b) Organisasi Bukan Bermotifkan Dalam Negeri (LHDN). Telefon Untung (OBBU) bimbit dibekalkan kepada Community Care Officer (CCO) Organisasi bukan bermotifkan untung ialah organisasi yang LHDNM bagi memudahkan memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk semua pembayar cukai mendapat bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya. Organisasi perkhidmatan secara terus ini menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu daripada CCO. golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan, (Sumber: Dipetik dan disesuaikan orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi daripada laman sesawang http:// haiwan yang terbiar. lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ Tanggungjawab Sosial Korporat) Contoh Minda Kreatif Organisasi bukan bermotifkan untung Jelaskan cara organisasi Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia bukan bermotifkan untung (MNAWF) memperoleh dana bagi menjalankan aktivitinya. 14 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(i) Matlamat Penubuhan Organisasi EMK Bab 1 Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan Arahan: kemasyarakatan. OBBU juga menyediakan ruang dan peluang Dapatkan maklumat tentang untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh organisasi yang berikut daripada membangunkan masyarakat kurang berkemampuan. Contohnya, laman sesawangnya. Persatuan Pengguna dan Rumah Anak Yatim. Pada masa yang sama, OBBU turut membantu golongan • Gabungan Persatuan-Persatuan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan Pengguna Malaysia (FOMCA) seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling. OBBU juga memastikan nasib setiap insan yang memerlukan bantuan terus terbela dan terpelihara demi menjamin masa depan yang lebih baik. • Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Soalan: Kenal pasti jenis organisasi bukan bermotifkan untung dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi tersebut. Gambar foto 1.10 Rumah Anak Yatim RM Celik Kewangan (ii) Kaedah Perniagaan bagi Organisasi Bukan Setiap pengguna perlu bijak Bermotifkan Untung menguruskan kewangan termasuk menyediakan tabung khas bagi Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi tujuan untuk membantu golongan bukan bermotifkan untung untuk menjalankan perniagaan, iaitu yang memerlukan. secara percuma, jualan pada harga kos dan jualan pada harga di bawah kos. • Secara Percuma Sesetengah barang dan perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh organisasi bukan bermotifkan untung. Barang dan perkhidmatan ini selalunya disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 15
Bab 1 Contoh QR Code Menyediakan bantuan perubatan serta barang keperluan harian secara percuma apabila berlaku bencana alam seperti gempa bumi Klinik 1Malaysia atau banjir. http://pmr.penerangan.gov.my/ index.php/1malaysia/7816-klinik- • Jualan Pada Harga Kos Terdapat juga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada 1malaysia.html harga kos. Jualan pada harga kos bermakna tiada sebarang keuntungan diperoleh oleh penjual. Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan. Minda Kreatif Jelaskan kelebihan dan kekurangan perniagaan yang melakukan aktiviti jualan pada harga kos. Gambar foto 1.12 Tepung Gambar foto 1.11 Peserta bengkel di pusat kulinari dibekalkan bahan gandum (1 kg), iaitu barang yang pada harga kos mendapat subsidi daripada kerajaan • Jualan Pada Harga di Bawah Kos Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos bermaksud harga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kos sebenar untuk menyediakan barang atau perkhidmatan tersebut. Secara kebiasaannya, barang dan perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan. Subsidi yang diberikan bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Selain barang yang telah dinyatakan dalam gambar foto 1.12, senaraikan barang yang mendapat subsidi daripada pihak kerajaan. Kemudian, jelaskan kelebihan dan kekurangan pemberian subsidi kepada rakyat dan negara. 16 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
1.2 Bentuk Pemilikan Bab 1 Perniagaan Minda Kreatif Pemilikan perniagaan merupakan entiti sesebuah perniagaan yang dibentuk dari aspek perundangan. Antara bentuk pemilikan Jelaskan perbezaan yang wujud perniagaan yang lazim adalah milikan tunggal, perkongsian, antara setiap bentuk pemilikan syarikat berhad dan koperasi. Bentuk pemilikan perniagaan boleh dalam perniagaan. dikategorikan mengikut ciri-ciri dari aspek pemilik, corak kawalan dan struktur pengurusannya. Peta MINDA Dain, Siti Juna Partner Milikan Tunggal Perkongsian Bentuk pemilikan perniagaan Koperasi Syarikat Berhad Rajah 1.3 Pemilikan perniagaan Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 17
Bab 1 Cintai Negara (a) Milikan Tunggal Usahawan yang berjaya tidak Milikan tunggal ialah sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki mengutamakan keuntungan dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja. Individu perniagaan semata-mata tetapi yang menjalankan perniagaan milikan tunggal bertanggungjawab berusaha untuk memastikan untuk melaburkan modal dalam perniagaan. bahawa keuntungan yang Sumber pembiayaan diperoleh daripada wang simpanan diperoleh dapat memberikan pemilik, pinjaman daripada saudara-mara, agensi kerajaan dan manfaat kepada masyarakat institusi kewangan. Keuntungan yang diperoleh akan dikenakan dan negara. cukai pendapatan perseorangan. Milikan tunggal merupakan jenis pemilikan perniagaan yang paling popular di Malaysia. Buletin Keusahawanan Khalif bin Samsuddin @ Carl Samsuddin Pengasas Butik Bella Ammara dan beberapa perniagaan lain. Keberanian beliau untuk mengubah nasib diri dengan menceburi bidang perniagaan telah menjadi asas kepada kejayaan beliau pada hari ini. Kejayaan beliau bermula daripada sembilan pasang telekung pada Julai 2012 perlu dicontohi oleh generasi muda pada masa ini dengan menjadikan bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan utama. Gambar foto 1.13 Perniagaan milikan tunggal Ali pergi ke kedai alatan sukan untuk membeli sepasang kasut bola untuk perlawanan persahabatan antara daerah. Kos belian kasut daripada pembekal oleh pemilik kedai ialah RM150.00. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM250.00. Dia mendapati terdapat tawaran diskaun sebanyak 25 peratus untuk setiap item. Setiap item tertakluk kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus. Kira keuntungan yang diperoleh pemilik kedai alatan sukan tersebut. 18 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(i) Pendaftaran Perniagaan Milikan Tunggal Bab 1 Aktiviti perniagaan yang dijalankan secara milikan tunggal perlu didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di Suruhanjaya QR Code Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh memulakan perniagaan. Pendaftaran perniagaan milikan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tunggal yang menjalankan perniagaan di premis tetap perlu http://www.ssm.com.my melalui proses yang berikut: 1 Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan Perniagaan boleh didaftarkan dengan menggunakan nama sendiri atau nama perniagaan. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh sejam selepas bayaran dibuat. Gambar foto 1.14 Sijil perakuan pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM Mengisi Borang Mengisi Borang A Hantar kepada Pendaftar carian nama Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Membuat pembayaran Mendapatkan Borang D, RM30.00 jika nama sendiri, iaitu Sijil Perakuan RM60.00 jika nama tred Pendaftaran Perniagaan Rajah 1.4 Proses pendaftaran penubuhan perniagaan 2 Mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa 19 Tempatan (PBT) Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Bab 1 EMK (ii) Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal Bahagikan kelas kepada beberapa Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal ditunjukkan dalam kumpulan kecil. Jadual 1.2 yang berikut: Tugasan: Jelaskan cara atau langkah yang Jadual 1.2 Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal terlibat dalam penubuhan entiti milikan tunggal. Kelebihan Kekurangan Langkah-langkah: Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan 1 Kumpulkan semua borang Tidak banyak syarat dan hanya Sukar untuk berkembang kerana memerlukan modal kecil modal kecil yang perlu dilengkapkan. Mudah diurus kerana saiznya Beban kerja semua ditanggung 2 Kumpulkan maklumat dan yang kecil oleh pemilik Bebas menguruskan perniagaan Perniagaan tidak berterusan dokumen yang diperlukan. 3 Isikan borang dengan kemas Keputusan dibuat oleh pemilik Risiko perniagaan ditutup jika pemilik meninggal dunia dan teliti. Beban cukai rendah Sukar berkongsi kepakaran 4 Serahkan dokumen kepada Pemilik hanya perlu membayar Pemilik menanggung liabiliti cukai individu tidak terhad kumpulan lain. 5 Semak kekurangan yang wujud dalam dokumen yang anda terima. 6 Berikan komen anda. RM Celik Kewangan (b) Perkongsian Kebijaksanaan dalam pengurusan Perkongsian ditakrifkan sebagai kerjasama antara dua atau lebih kewangan akan membantu individu bagi menjalankan perniagaan. Mereka bersetuju untuk menjamin kestabilan kewangan bergabung tenaga bagi menjalankan perniagaan berasaskan pada masa hadapan. syarat yang dipersetujui bersama. Melalui perkongsian modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan, setiap rakan kongsi dapat digabungkan untuk mengembangkan perniagaan. Perniagaan perkongsian boleh ditubuhkan secara lisan atau bertulis. Perkongsian yang wujud tanpa perjanjian bertulis adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Perkongsian 1961. Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat akan membentuk satu persetujuan bersama dalam surat ikatan perkongsian yang merupakan perjanjian perkongsian. Syarat-syarat perkongsian akan dicatatkan dalam dokumen ini untuk mengelakkan berlaku perselisihan antara rakan kongsi. Ahli yang terlibat dalam perniagaan secara perkongsian boleh berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman serta bebanan tugas. Jika terdapat rakan kongsi yang sakit atau ingin bercuti, tugasannya dapat diambil alih oleh rakan kongsi. 20 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(i) Kandungan Perjanjian Perkongsian Cintai Negara Bab 1 Kandungan perjanjian yang terdapat dalam pemilikan perniagaan secara perkongsian termasuklah nama firma, nama semua rakan Setiap rakan kongsi perlu kongsi, peruntukan berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sentiasa jujur dan amanah rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian terhadap perjanjian dalam keuntungan atau kerugian, cara menjalankan perniagaan dan perniagaan yang telah dibuat menamatkan perkongsian. bagi memastikan setiap hasil yang diperoleh dapat dinikmati (ii) Ciri-ciri Perkongsian oleh semua pihak, termasuk Ciri-ciri perkongsian adalah seperti berikut: pekerja, masyarakat dan negara. • bilangan rakan kongsi umumnya adalah dalam lingkungan Minda Kreatif dua hingga 20 orang. • bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profesion seperti Kaji terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan setiap jenis peguam dan akauntan, jumlah rakan kongsi adalah tidak pemilikan sebelum anda melebihi 50 orang. memilih jenis yang sesuai untuk • perniagaan yang dijalankan secara perkongsian juga tertakluk perniagaan anda. di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978). Jelaskan sebab bilangan rakan kongsi perkongsian biasa berbeza (iii) Jenis-jenis dan Liabiliti Rakan Kongsi daripada perkongsian profesion. Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis rakan kongsi. Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan perkongsian ditunjukkan dalam Jadual 1.3 yang berikut: Jadual 1.3 Jenis dan liabiliti rakan kongsi Jenis rakan kongsi Penerangan Rakan kongsi berhad Liabiliti rakan kongsi ini terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tiada kuasa pengurusan serta dibenarkan untuk memeriksa rekod dan akaun perniagaan Rakan kongsi lelap Menanggung liabiliti tidak terhad dan Rakan kongsi biasa tidak aktif dalam pengurusan serta Rakan kongsi aktif menyumbangkan modal sahaja Rakan kongsi nominal (namaan) Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan Menanggung liabiliti tidak terhad dan Gambar foto 1.15 Perkongsian aktif dalam pengurusan serta dibayar gaji secara bulanan Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa mengeluarkan modal dan perlu menanggung liabiliti yang tidak terhad Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 21
Bab 1 (iv) Bilangan Rakan Kongsi Bilangan rakan kongsi adalah berbeza bagi perkongsian biasa, Perkongsian Berhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad. Bilangan rakan kongsi Perkongsian biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang Bilangan rakan kongsi yang dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah antara dibenarkan adalah minimum 2 orang hingga 20 orang 2 orang hingga 50 orang 2 orang dan tiada had bilangan Rajah 1.5 Bilangan rakan kongsi maksimum rakan kongsi Jadual 1.4 Kelebihan dan kekurangan perkongsian Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Modal terhad Lebih banyak modal dapat Sukar untuk berkembang dikumpulkan oleh rakan kongsi kerana modal masih terhad berbanding dengan Buletin Keusahawanan syarikat berhad YOUNG ENTREPRENEUR Mudah ditubuhkan Perniagaan tidak berterusan ORGANIZATION MALAYSIA Tidak banyak peraturan Perniagaan terbubar jika rakan perlu dipatuhi kongsi meninggal dunia, muflis Generasi Muda Berjaya (GMB) atau wujud perselisihan faham merupakan antara platform terbaik yang menyatukan dan Berkongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad mengembangkan perniagaan Gabungan tenaga rakan kongsi Aset peribadi rakan kongsi usahawan muda daripada pelbagai menambahkan pengetahuan, boleh digunakan untuk kaum di Malaysia ke tahap lebih kepakaran dan pengalaman yang menjelaskan hutang perniagaan baik termasuk ke peringkat dunia. diperlukan perniagaan (v) Jenis-jenis Perkongsian Perkongsian terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut: • Perkongsian Biasa Dalam perkongsian biasa, semua rakan kongsi terdiri daripada rakan kongsi biasa. Rakan kongsi biasa menanggung liabiliti tidak terhad. Mereka mempunyai kuasa, tanggungjawab serta hak yang sama untuk menguruskan perniagaan. 22 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
• Perkongsian Berhad Bab 1 Dalam perniagaan Perkongsian Berhad, terdapat beberapa orang rakan kongsi yang mempunyai liabiliti yang terhad. Hal RM Celik Kewangan ini disebabkan oleh liabiliti yang ditanggung terhad setakat jumlah modal yang dilaburkan. Mereka tidak mempunyai Perkongsian modal atau kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam Perkongsian premis perniagaan akan Berhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang membantu mengurangkan menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab kos serta meningkatkan terhadap pengurusan perniagaan. Pekongsi dibenarkan untuk keuntungan perniagaan. memeriksa rekod dan akaun perniagaan. • Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan satu bentuk perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan syarikat sendirian berhad. PLT telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2013 di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT) adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6 yang berikut: Peta MINDA Entiti berasingan Ciri-ciri QR Code PLT Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) https://www.ssm.com.my Liabiliti Hayat terhad berterusan Rajah 1.6 Ciri-ciri PLT Senaraikan perniagaan Perkongsian Liabiliti Terhad yang wujud di kawasan anda. 23 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Bab 1 Minda Kreatif – entiti berasingan Pemilik dan perniagaan dalam PLT merupakan dua pihak yang Senaraikan negara yang mempunyai bentuk pemilikan berbeza. Perniagaan dalam PLT mempunyai hak menyaman, jenis Perkongsian Liabiliti Terhad. didakwa, memperoleh dan melupuskan harta. – liabiliti terhad EMK Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta Arahan: peribadi pemilik. Bincangkan dalam kumpulan. – hayat berterusan Kemudian bentangkan Setiap perubahan yang berlaku dalam pekongsi PLT tidak akan dalam kelas. menjejaskan kewujudan, hak atau liabiliti PLT. Contohnya, jika Soalan: salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, kurang siuman 1 Jelaskan cara mengatasi atau muflis, perniagaan masih boleh meneruskan operasinya seperti biasa. kekurangan yang wujud Kelebihan Perkongsian Liabiliti Terhad kepada pemilik adalah dalam bentuk pemilikan seperti berikut: secara perkongsian. – entiti berasingan 2 Jelaskan undang-undang Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang yang perlu dipatuhi oleh dikenakan terhadap syarikat. perniagaan yang dijalankan – fleksibiliti perniagaan secara perkongsian. Rakan kongsi boleh meletakkan syarat-syarat tambahan menurut perjanjian perkongsian. – liabiliti terhad Aset peribadi semua rakan kongsi dalam PLT dilindungi sekiranya perniagaan muflis. – penjimatan kos PLT tidak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada undang-undang berkanun. Selain itu, tiada had bilangan maksimum rakan kongsi atau keperluan modal minimum. Minda Kreatif Contoh Jelaskan perbezaan yang wujud Contoh syarikat yang terlibat dengan Perkongsian Liabiliti antara Perkongsian Liabiliti Terhad adalah seperti berikut: Terhad dengan syarikat dan 1 Teguh Jaya PLT milikan tunggal. 2 Jati Diri PLT 3 Seri Cahaya PLT 4 Che Rose PLT 5 Senang Hati PLT (Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU_3_2014.pdf ) 24 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(vi) Tanggungjawab rakan kongsi Cintai Negara Bab 1 Setiap rakan kongsi dalam perniagaan bertanggungjawab untuk Tindakan mengelakkan unsur menjalankan peranan masing-masing seperti berikut: negatif dalam menjalankan • menjaga kepentingan rakan kongsi lain perniagaan termasuk • melindungi rahsia perniagaan termasuk rahsia kewangan, penipuan dan rasuah akan menjadikan sesebuah maklumat perniagaan dan akaun perniagaan perniagaan lebih berjaya. • mencari peluang dan sumber tambahan bagi memajukan Istilah Perniagaan perniagaan yang dijalankan • memberikan idea dan pendapat bagi menyelesaikan setiap Entiti (entity): Sesuatu yang diwujudkan atas masalah yang timbul tujuan tertentu. (c) Syarikat Berhad Syarikat Berhad merupakan entiti yang didaftarkan secara sah dengan SSM dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat Berhad ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan. Keanggotaan Syarikat Berhad terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham. Ahli Lembaga Pengarah Buletin Keusahawanan 1 Ahli lembaga pengarah yang paling kanan akan dilantik sebagai Sime Darby Berhad merupakan pengarah urusan syarikat. contoh Syarikat Berhad yang 2 Ahli lembaga yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif yang berjaya dan kukuh di Malaysia. Kejayaan Sime Darby Berhad telah menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan-keputusan membantu negara dalam pelbagai berkaitan dengan perniagaan. aspek termasuk mengurangkan kadar pengangguran dan Pemegang saham mengukuhkan ekonomi Malaysia 1 Pemegang saham merupakan pihak yang memegang ke tahap lebih baik. kepentingan dalam bentuk milikan saham. 2 Antara hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat adalah seperti yang berikut: (a) mengundi dalam mesyuarat agung tahunan (b) mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat (c) mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu (d) mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan yang dibawa oleh ahli lembaga pengarah (e) mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah Senaraikan beberapa Syarikat Berhad yang wujud di Malaysia. 25 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Bab 1 Syarikat Berhad di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis seperti yang telah termaktub dalam Akta Syarikat 1965. Setiap jenis syarikat mempunyai ciri-ciri tersendiri. Jenis-jenis Syarikat Berhad Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Awam Berhad Rajah 1.7 Jenis-jenis Syarikat Berhad (i) Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) Syarikat Sendirian Berhad kebiasaannya lebih kecil berbanding dengan Syarikat Awam Berhad. Pemegang saham terdiri daripada ahli keluarga atau rakan-rakan yang rapat. Syarikat Sendirian Berhad mesti memiliki sekurang-kurangnya dua orang pemegang saham dalam syarikat. EMK Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. Ciri-ciri Syarikat Sdn. Bhd. adalah seperti berikut: Arahan: • tertakluk kepada Akta Syarikat 1965 Bentangkan dalam kelas. • bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga Soalan: Nyatakan kandungan Akta 50 orang Syarikat 1965. • saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia • pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran RM Celik Kewangan ahli lembaga pengarah Setiap transaksi kewangan sama • lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai ada individu atau perniagaan perlu dibuat secara berhati-hati operasi syarikat mengikut panduan dan nasihat • modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer yang dikeluarkan oleh pakar • pemegang saham juga menanggung liabiliti terhad bagi mengelakkan berlakunya • sekiranya perniagaan muflis, pemegang syer hanya kehilangan masalah pencerobohan privasi dan pencurian identiti. modal syer yang dilaburkan • semua harta peribadi mereka tidak akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang syarikat • pemegang saham terbesar syarikat berhak untuk mengawal setiap operasi syarikat 26 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Bab 1 Minda Kreatif “Setiap maklumat kewangan Syarikat Sendirian Berhad dirahsiakan daripada orang awam”. Jelaskan pernyataan ini. Buletin Keusahawanan Berikut merupakan contoh Syarikat Sendirian Berhad yang berjaya: Gambar foto 1.16 NH PRIMA INTERNATIONAL SDN. BHD. (Butik Naelofar) Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Sendirian Berhad Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad ditunjukkan dalam Jadual 1.5 yang berikut: Jadual 1.5 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Sendirian Berhad Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Penawaran syer terhad Lebih banyak modal dapat Syer hanya boleh ditawarkan dikumpulkan melalui kepada saudara dan rakan terbitan syer (Maksimum 50 orang) Liabiliti terhad Beban cukai yang tinggi Jika syarikat muflis, pemegang Kadar bayaran cukai syarikat syer hanya rugi setakat modal adalah tinggi yang dilaburkan sahaja Hal ehwal syarikat Syer tidak boleh dipindah dirahsiakan milik secara bebas Laporan kewangan tidak Pindah milik syer perlu perlu diumumkan kepada mendapat kelulusan daripada orang ramai Lembaga Pengarah Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 27
Bab 1 EMK 2 Syarikat Awam Berhad Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah seperti berikut: Arahan (a) bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang Bentangkan dalam kelas. hingga tiada had maksimum. Soalan: (b) sahamnya boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia. Bandingkan ciri-ciri Syarikat (c) pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan Sendirian Berhad dengan Syarikat kawalan atas syarikatnya jika terdapat pembelian saham Awam Berhad. dalam kuantiti yang besar (saham majoriti) oleh pihak tertentu dalam usaha untuk mengambil alih pengurusan syarikat daripada pemegang saham asal. RM Celik Kewangan Gambar foto 1.17 CIMB Bank Berhad Pemilihan sesuatu pakej pinjaman perlu dinilai secara teliti terlebih dahulu. Penilaian perlu dibuat dari semua aspek termasuk jumlah kadar faedah, kadar pinjaman asas (BLR), kadar dasar semalaman (OPR) dan sebagainya. Penilaian ini adalah untuk memastikan setiap pinjaman yang dibuat tidak memberikan kesan negatif dan membebankan peminjam. Kelebihan dan Kekurangan Syarikat Awam Berhad Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad ditunjukkan dalam Jadual 1.6 yang berikut: Jadual 1.6 Kelebihan dan kekurangan Syarikat Awam Berhad Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Proses penubuhan rumit • Lebih banyak modal dapat dikumpulkan • Pelbagai borang dan peraturan perlu dipatuhi kerana bilangan pemegang syer tidak terhad Menikmati ekonomi bidangan Beban cukai yang tinggi • Dapat menjalankan perniagaan • Kena membayar cukai syarikat besar-besaran dengan modal yang besar Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan yang terpisah • Jika muflis, hanya rugi setakat modal yang • Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah • Terdapat risiko penyelewengan oleh pihak pengurusan dilaburkan sahaja Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan • Syarikat merupakan entiti yang berasingan • Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan kepada daripada pemilik orang awam 28 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
(d) Koperasi RM Celik Kewangan Bab 1 Koperasi ialah sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan Harga yang ditawarkan di koperasi oleh sekumpulan individu secara sukarela. Koperasi merupakan secara relatifnya lebih murah organisasi perniagaan yang mempunyai kepentingan yang sama berbanding dengan harga yang bagi setiap anggotanya. Matlamat penubuhan koperasi adalah ditawarkan dalam pasaran. untuk melindungi kepentingan anggotanya. Koperasi juga ditubuhkan dengan konsep “milik bersama” oleh semua anggota. Gambar foto 1.18 Contoh Koperasi QR Code Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) http://kpf.felda.net.my (i) Ciri-ciri Koperasi Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut: EMK • melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk Arahan: memenuhi keperluan anggota-anggotanya Bincangkan dalam kumpulan. Soalan: Koperasi menjalankan aktiviti berkaitan perniagaan bagi 1 Nyatakan koperasi utama yang tujuan membantu memenuhi keperluan anggota-anggotanya. Hal ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan menaungi semua koperasi asas meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya. di Malaysia. 2 Jelaskan peranan koperasi • aktiviti tidak berunsurkan politik tersebut dalam membantu Aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak melibatkan unsur memacu pertumbuhan koperasi di Malaysia. politik. Hal ini disebabkan oleh matlamat koperasi ialah menjaga kebajikan anggota-anggotanya semata-mata. • aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi Setiap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tertakluk pada peraturan yang dibentuk secara khusus untuk koperasi sahaja, iaitu Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007). Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 29
Bab 1 Buletin Keusahawanan • modal perniagaan disumbangkan oleh anggota Modal permulaan koperasi diperoleh daripada yuran keahlian Pemilihan anggota lembaga koperasi (ALK) dilaksanakan dan sumbangan daripada anggota-anggota koperasi. Hal ini melalui proses pengundian dalam menjadikan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara mesyuarat agung tahunan melalui dalam memajukan perniagaan dan pengurusan koperasi. proses pengundian oleh setiap • setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan anggota koperasi demi menjaga Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat kepentingan bersama. dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan koperasi. Hal ini termasuk dalam urusan perniagaan yang dijalankan EMK oleh koperasi. • liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal Arahan: atau yuran sahaja Bincangkan dalam kumpulan. Setiap anggota koperasi hanya menanggung liabiliti yang Gunakan kaedah inkuiri untuk terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja. mengumpulkan maklumat tentang Hari Koperasi pada (ii) Prinsip-prinsip Koperasi tahun ini. Soalan: Rochdale Cooperative yang ditubuhkan di Rochdale, England 1 Kenal pasti tema dan aktiviti pada tahun 1844 merupakan antara koperasi yang paling awal ditubuhkan. Oleh sebab mereka telah menempa kejayaan, prinsip yang dijalankan. operasi mereka yang dikenali sebagai “Prinsip Rochdale” telah 2 Cadangkan aktiviti yang sesuai dijadikan asas penubuhan sesebuah koperasi hingga hari ini. Prinsip-prinsip koperasi adalah seperti yang ditunjukkan dalam untuk sambutan Hari Koperasi Rajah 1.8 yang berikut: di sekolah anda. Penglibatan Kebebasan Pendidikan, latihan anggota dalam autonomi dan maklumat kegiatan ekonomi Cintai Negara Kawalan secara Prinsip Bekerjasama demokratik oleh koperasi antara koperasi Setiap anggota koperasi perlu anggota sentiasa membantu koperasi Keanggotaan sukarela Prihatin terhadap masing-masing mencapai dan terbuka komuniti matlamat yang telah ditetapkan demi kepentingan organisasi, masyarakat dan negara. Rajah 1.8 Prinsip koperasi 30 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
• keanggotaan sukarela dan terbuka Minda Kreatif Bab 1 Keanggotaan dalam sesebuah koperasi adalah secara sukarela Jelaskan cara memajukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Keanggotaan koperasi sekolah anda ke tahap dalam koperasi terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh lebih baik. menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawab sebagai anggota, tanpa mengira Cintai Negara jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik atau agama. • kawalan secara demokratik oleh anggota Setiap koperasi di Malaysia perlu Kawalan atas pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi bekerjasama antara satu sama dengan setiap anggota mempunyai hak untuk bersuara lain bagi memastikan kebajikan dan mengundi dalam menentukan dalam sesuatu perkara. setiap anggota dapat terus Koperasi merupakan organisasi yang demokratik, dikawal dipelihara dan memberikan oleh anggotanya sendiri dengan melibatkan diri secara aktif manfaat kepada semua pihak dalam membuat polisi dan keputusan. termasuk rakyat dan negara. • penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Setiap anggota dalam koperasi mempunyai hak untuk terlibat QR Code dalam aktiviti ekonomi atau perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Hal ini disebabkan oleh modal perniagaan diperoleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia daripada anggotanya sendiri. (SKM) • kebebasan autonomi Dalam aspek pengurusan koperasi, setiap anggota berhak http://www.skm.gov.my untuk bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu perkara. Hal ini bagi memastikan kebajikan setiap ahli sentiasa terpelihara tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak tertentu. • pendidikan, latihan dan maklumat Koperasi bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, ahli lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama kepada golongan muda dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi. • bekerjasama antara koperasi Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain menjadikan ekonomi koperasi menjadi lebih luas dan kukuh. Kerjasama yang terjalin membolehkan sistem pengurusan dan perniagaan koperasi terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. • prihatin terhadap komuniti Selain menjaga kebajikan ahli, kepentingan komuniti setempat juga turut dititikberatkan. Hal ini meliputi aktiviti yang memberi impak positif kepada anggota tanpa menjejaskan kepentingan komuniti setempat. Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1 31
Bab 1 EMK (iii) Keanggotaan Keanggotaan koperasi meliputi dua aspek, iaitu jumlah dan hak Arahan: anggota. Jumlah anggota dalam sesebuah koperasi memerlukan Bentangkan dalam kelas. sekurang-kurangnya 50 orang dan setiap anggota perlu membeli Soalan: modal syer. Nyatakan sebuah koperasi di Malaysia dan jelaskan keunikan Hak anggota yang ada pada koperasi tersebut Setiap anggota koperasi mempunyai hak masing-masing. Contoh yang dapat digunakan bagi hak anggota dalam koperasi adalah seperti yang berikut: membantu memperkasa koperasi • mempunyai hak untuk mengundi (satu undi) dalam mesyuarat di sekolah anda. agung tahunan koperasi tanpa mengira jumlah syer yang RM Celik Kewangan dimiliki dalam koperasi yang dianggotainya • terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan Setiap dividen atau keuntungan • mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi yang diperoleh perlu diuruskan • menerima pulangan dalam bentuk dividen mengikut keperluan termasuk membuat pelaburan semula (iv) Kelebihan dan Kekurangan Koperasi demi masa depan yang lebih cerah dan terjamin. Kelebihan dan kekurangan koperasi ditunjukkan dalam Jadual 1.7 yang berikut: Jadual 1.7 Kelebihan dan kekurangan koperasi Kelebihan Kekurangan Liabiliti terhad Kadar pulangan • Anggota hanya rugi setakat • Dividen rendah berbanding modal dilaburkan dengan pelaburan dalam syarikat Pentadbiran secara demokrasi Pengurusan dan pemilik terpisah • Setiap anggota diberi hak • Pekerja mungkin tidak terdorong mengundi ALK untuk memajukan perniagaan Tiada beban cukai Pemilikan syer terhad • Dikecualikan daripada cukai • Setiap individu tidak boleh Rebat memikili syer melebihi 20 peratus • Insentif yang diberikan Pindah milik syer • Syer tidak boleh dipindah milik kepada pelanggan koperasi kepada orang lain Aktiviti Kumpulan Kreatif dan Inovatif Tugasan: Membuat perbandingan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad Langkah-langkah: 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2 Setiap kumpulan diberikan dua set profil syarikat yang berbeza (disediakan oleh guru). 3 Murid diminta menganalisis profil yang diberikan untuk mengenal pasti ciri-ciri syarikat. 4 Murid diminta menyenaraikan ciri yang dikenal pasti dalam peta i-Think (dicadangkan agar menggunakan peta buih berganda). Kemudian bentangkan dalam kelas. 32 BAB 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
1.3 Bentuk-bentuk Bab 1 Perniagaan Lain 1.3.1 Francais Minda Kreatif Francais merupakan bentuk perniagaan yang berpotensi besar Jelaskan secara ringkas perkaitan menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. yang wujud antara francaisor, Francais merujuk pada hubungan antara dua pihak dari segi francaisi dan pelanggan. perjanjian urus niaga antara fancaisor dengan fancaisi. Cintai Negara (a) Ciri Umum Francais Mengikut Akta Francais 1998 Setiap rakyat Malaysia perlu menyokong usahawan tempatan Ciri-ciri perniagaan francais adalah seperti berikut: termasuk perniagaan yang • perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah dijalankan secara francais. Tindakan ini bukan sahaja ditetapkan oleh francaisor membantu memajukan • perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan usahawan tempatan, tetapi membolehkan pengaliran wang dalam perjanjian berlaku dalam negara. • francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor • francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi • francaisor bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi • francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor • francaisor dan fancaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan FRANCAISOR Sokongan promosi Bayaran berkala dan pentadbiran kepada francaisor Bayaran permulaan Kawalan mutu Persetujuan kepada francaisor perkhidmatan tentang bayaran, Penyelidikan dan pembangunan prosedur produk baharu operasi, hak dan tanggungjawab FRANCAISI Barang dan perkhidmatan Bayaran PELANGGAN Rajah 1.9 Perkaitan antara francaisor dengan francaisi 33 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan BAB 1
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276