Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Sains_Rumah_Tangga_Tingkatan_5

Sains_Rumah_Tangga_Tingkatan_5

Published by Madzani Nusa, 2021-08-08 13:49:30

Description: Sains_Rumah_Tangga_Tingkatan_5

Search

Read the Text Version

5TINGKATAN

RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS PENULIS Abdul Hisham bin Udin Siti Farahliza binti Mohamed Isa EDITOR Norfarahin Athirah binti Ab Rahim PEREKA BENTUK Siti Rohayu binti Harun ILUSTRATOR Mohd Hafizuddin bin Mazlan - 2017

No Siri Buku: 0119 PENGHARGAAN KPM2017 ISBN 978-967-0520-89-6 Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan Cetakan Pertama 2017 terima kasih ditujukan kepada semua pihak © Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat. Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia. lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan penggambaran semula mahupun dengan cara Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia. daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Jawatankuasa Penyemakan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, No. 18, Jalan Damai 2, Kementerian Pendidikan Malaysia. Taman Desa Damai, Sg. Merab 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, No. Telefon: 03-8925 8975 Aras Mega (M) Sdn. Bhd. No. Faksimile: 03-8925 8985 Laman Web: www.arasmega.com • Brahim’s Sats Food Services Sdn. Bhd. E-mel: [email protected] • Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Reka Letak dan Atur Huruf: Seri Sendayan, Negeri Sembilan. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Minion pro • Sekolah Menengah Kebangsaan Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Taman Medan, Selangor. Dicetak oleh: • Semua pihak yang terlibat secara Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. langsung dan tidak langsung dalam usaha No. 143, Jalan KIP 8, menjayakan penerbitan buku ini. Taman Perindustrian KIP, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-6273 4337 No. Faksimile: 03-6273 5337

Kandungan PENDAHULUAN iv PENERANGAN IKON v BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 2 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 4 1.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja 14 1.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran 24 35 Rumusan 36 Refleksi 37 Penilaian Kendiri BAB 2 SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN 38 40 2.1 Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan 48 2.2 Amalan Kebersihan Diri di Tempat Kerja 58 2.3 Amalan Menjaga Kebersihan dan Keselamatan Makanan 72 74 Rumusan 75 Refleksi Penilaian Kendiri BAB 3 PERALATAN PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN 76 3.1 Perabot dan Kelengkapan Dapur serta Peranggu Meja 78 Rumusan 104 Refleksi 104 Penilaian Kendiri 105 BAB 4 PENGURUSAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN 106 4.1 Prinsip dan Kaedah Memasak 108 4.2 Hidangan Berasaskan Sayuran bagi Sajian Timur, Barat dan Vegetarian 126 4.3 Hidangan Berasaskan Ikan dan Kerang-kerangan bagi Sajian Timur dan Barat 146 4.4 Hidangan Berasaskan Daging bagi Sajian Timur dan Barat 160 4.5 Sos bagi Sajian Timur dan Barat 179 4.6 Hidangan Berasaskan Bijirin dan Hasil Bijirin bagi Sajian Timur dan Barat 196 4.7 Hidangan Desert bagi Sajian Timur dan Barat 214 4.8 Hidangan Roti dan Masakan Beryis 236 4.9 Hidangan Pastri 252 4.10 Masakan Mengikut Tema: Sajian Keraian dan Projek Keusahawanan 267 Rumusan 280 Refleksi 281 Penilaian Kendiri 283 GLOSARI 286 RUJUKAN 288 INDEKS 290 iii

Pendahuluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Rumah Tangga adalah salah satu daripada Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) untuk Tingkatan 4 dan 5.MPEI menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa. Buku Teks Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 mengandungi empat bab, iaitu Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti, Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan, Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan serta Pengurusan dan Penyediaan Makanan. Setiap bab dimulakan dengan halaman rangsangan yang dicetak secara double spread yang mengandungi foto yang dapat mencetuskan minat dan persediaan murid untuk belajar. Standard Kandungan turut disenaraikan di halaman ini di samping pengetahuan sedia ada murid. Standard Pembelajaran juga perlu dicapai oleh setiap murid pada akhir sesuatu bab. Setiap bab terdiri daripada aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, pencarian maklumat, perancangan dan penghasilan projek yang dapat mencetuskan minat murid. Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad ke-21, ruangan info, penggunaan teknologi seperti QR Code adalah antara elemen tambahan dalam buku teks ini untuk memastikan matlamat dan objektif mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 tercapai. Persembahan secara lembaran pengurusan grafik dan peta pemikiran digunakan bagi mencetus dan merangsang minat murid. Setiap modul diakhiri dengan Rumusan, Refleksi dan Penilaian Kendiri. Glosari, Rujukan dan Indeks disertakan di akhir buku teks. iv

Penerangan Ikon Penggunaan ikon diterapkan dalam buku teks ini bagi menambah nilai persembahan. Senarai ikon adalah seperti berikut: QR Code 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan ksymMeahceenaanngsrggadbgaaoupnllnadaenmuahtknadatgseiniildmemaefpobnalnagkiksaluansmi at(Mkdhtkdeeiudea)abntsrjineetiLajkatamrhekManka,maespnegnisasapkigajamthiaasmnkkkpapteaatea,eeknnnakrrkhencjourae.kmjpds.EgaeeIaaa.sfiaekntheesmablukaneaepmstrtneiekuabfktadtoaeiaPatnrrpnnajegrranaogdnhpgagaacpaknrretaeakgkmrdpeuleeaaumtsnnhaiaphgmubalaeaaennanntnratcgtunpKaeadkegnpnaenatgelumghagkjedmauuetanarnaarjlhngaiampjukaaknanaeweedmngmsdaaeamabialnaltsabaemtndjmeiikgraaklaptalaaaannankmntu di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Tanggungjawab Majikan Standard Pembelajaran Info Tambahan pintar atau tablet.MkpdMeeaesknneeemlutarebjmbamueahskptekaaaralnttknakademnjaarnwjeaamlakastetbeabpcuneaeakrrrtusalipiahnbesadaemnrukkenyhragaialknaasn.sgbaddaangiiraiimpmyeaarelnamklgaaantbnaenotral,seubehastuahhaaianapn. • Mpyeaennrcguemegfauehkskatinafndkeliamtnegamlkapanahgtan Informasi tambahan Standard Pembelajaran Industri hospitaliti ialah suatu industri perniagaan yang berkaitan modul. • Menyenaraikan jenis menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman, kerja. kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, tempat kerja dalam perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Memlmadpmpunaieeerpktgilnrdeblaskucmaetasmegmhoepgaa-rcaabalitaathansrnmkahugkgeameekbrmnnjameabgehrdeakemnriulunacdemmnaannatrigepuilgaadukgmniluaan.nkBaekulaaasnt. industri hospitaliti. Hospitaliti bermaksud layanan mesra kepada tetamu, Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti pengunjung atau pelanggan di sesebuah tempat penginapan, makanan, infrastruktur dan perkhidmatan. Perkataan hospitaliti berasal Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, daripada bahasa Latin iaitu pendapatan yang menggalakkan dan peluang melancong “hospitare” yang bermaksud yang luas. bersedia menerima tetamu. Selain itu, industri hospitaliti juga turut membantu Mpiehlaakpoyraknagnteselabhardainpgerkteamngagluannggajanwdaabnkapne.nyakit kepada dalam perkembangan ekonomi negara terutama dalam MsMeebelaangnyateiidkPiaepgkeaagwnawadiaaKisayerasenklgeasmkeolaamtmapnaetdtaeannnduKannetsukihkeasbtiahenartt.ianndpakekerjaan. bidang penginapan, pengembaraan dan pelancongan serta MenilaMriMreTaHehewananinytady,etgpeadagdnainuainaakRgtnkwraaagainajnndjala.tahKewTnmi1aatb.pb1tPial5eiTtpkrketeTrohlkaaluaonwesrnrgakjggtaeauapnnnagkCdjeaaepwmpaadeabksaembpraejaagkjiieskmerajpnaee.mrtbi ebriilik perkhidmatan makanan dan minuman. Industri hospitaliti terdiri daripada tiga bidang perkhidmatan utama, iaitu: Layari http:// Industri hospitaliti arasmega. kuGK(enDeamtirmcuiasakalpaPlmaananingugpadaaanutnd-atducagnpdoira-eui3mtPrnenTi1esmc/e-nqbeJmpacpruga-neapkalniugtunah-daatkkauhr/eKniaare2-jnnar0-j/a1.7) 1 1• SbKtMmdaiaennidmee dtadnneuenjemasnarrtgktaprdeeaniar rhigtkPaa koekjnebmoAdtipsMpkaasseaimeePpieaapeenKnSrnS(lilraelrPaenarrnjiiee ogauttbaktrkjkkkEhlrraasamagsaam tamedeRhhadeurli(anhpnhpaidlsKiaaiihalbbtlaoaddgileoea,taiEbloseuPc.jatamknrmpmnpltSaeuaerohanmekeuteOewlbrsamilndaaan h.mjn en,a) utatt ntaaiga aggaa onkbda nibhs innnea ehham nri nme mdta art pt ameaedepaiitmnsnmnseaaataggpunonp,pn)amrcia,annaattanil,(entb. )KskKkpeKeeeleecasmkseeemeedlpalarMaealjmaetram enan danaagtpppMtbaattteniyaitneeeaakrmideea nllnuinyeanaalrpanP,tgpaa t nna n.oaag emewanAccdgdurkmntmooagaaipaane igkknnkbnnntt eceteeukggeemaaiglmemrammaarrd ijKdaanluenaanbbeaaiapnl.cg acraideannoongaiowahrasap,nata tnalapnyeeaealngtkaa maergm olan (emamneahknpmrsnagdmeijaats aaahnhbaia nkiudaaetalsandaur tuuanaapdd lgamne aahn neds ydb)unia. eayitkreteiTukmbt e aeAppipkMTddmpnaPbedeaeeemiknlaaemrakenawnnraetarjkrrhaMggal aauaapnpgkakhlnruudnnerrdmiae ahiea drrepnabdgsradmkmiuuscatkt e imjdlatekrssaohannuopamniaaskK.emna , mrkcanntemuatptaBaieakaroelnninyberktgnoanaiihaernagmnitt,aanrlduasnaenkmgtagjhutgteaanshnetaauigoamamrr,nsamf, g rrn aianbekgnauaamakp a andgnsnikakannaaa.n atedan.innrnaian, n Pengurusan dan Penyediaan Makanan WaRArunsppaaMeMMkeemenlagaptgukouaWhkurtmnWkabieBnaaBuaeaeakiraenmenrnrnranhkanagnnaktaahetkuaesnupcakaaakaagnukkullndaiauuckltkdaiasulwtaupaittlantnlaeiatittJrrtatayaplnKtuittadacenaarntocurwtdiaotgkratokutaakellutpeanrprli4kprntaRdgiu.aatiaag5aaanhnlcnke5jgtaeldoyasdrkhpaaepPaiupnnlr1heaniign.nm1iyigtn6aleaagnltia,aghTknbaedhnceietigtdudegatleuandrnpagagkMaa0njnan1aan0sw1dter.asakatunbatahepkilueesmker.mearlajaasnagbaenMrtkuaegrpkaasad.ha Dpiihpaekropleenhgurusan. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Mbpysdbeaeeaaarnrmntlllaaiigunkamnsddsdgiuaaiagptni.rumed4igPnritaEpjeagtRnaemljaaKmkknwEpeepSaaapmaOntbatkadpkemlaaeerjnerragpjgma.ieaabkdnteeaarrnujia Rajah 1.1 Bidang utama dalam industri hospitaliti. 23 MednKijaTegepameKnpetaisntegKlaaemnrjaatan Tekstur Kulit tat lembut LquParnE-yRltaiunKrkikE/hSklaOtetmp.l:a(a/Dm/niac-arawanpseamwbi -eeppgbaeadrr.kacaeossmmoi// repMuetmaspi pamerenrikaagnaa n 12 Julai 2017) yang baik Kulit tat terlalu rapuh 1 Rajah 1.3 Kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja 0 Rasa Manis dan berkrim 1 Menjaga keselamatan di tempat kerja adalah penting bagi: Terlalu manis 0 Menyelamatkan nyawa 1. • Pekerja merupakan dalam sesebuah aset penting Refleksi Penilaian Jumlah 1 Spstmsdibeeeneietmertdiglaarumaibunpkkepamgaomngunepstunua.menyyjkKriaagkbaowinahussingaaamykmtnamdaeprganriilekuinkbrargdiaenatipasakhgbeniangaokdiwltelyaae,ararkhmjianpugaaksadana • oKprregocadenduieskartasivia.i nti, hbialagni gse uspeabyuaa dha sny naryiakwata. boleh menjejaskan dan reputasi. 2. M• eKkmeorpsj aer arawotalaeutha pnme, rpaaarlagmtianpnak syeaaunnn gdt aurnon skgaoakns dmlaepebmaith bdtaiiiknkug prgauinlighk rauna. ng viii.Kesihatan 3. M•• eRodPrmleieee ppptlhaeuua nmttmhagapessgeiaiba r tpank pkhe aeeraanrnrnknjir aaiaea.nbgpg eaauramaitntnaea sy m iassipneelsikegheri b brnausainyiaakayhg.raa i kasbynaeta yrrlyiaakankangutg b dkamieipmkeemnaglpaaunrnguyahnaii ysKeaelnesgishesamatmaanampjuuegdnaagheandtdaealralsihebmtaianrkgmagnieaslnaeklujiuri agunadypaarevarli.urRudsisititkeitroiskeubbneartrauktkkeappnae.dlaPanemgngyaaaknkaintdaisnjea.pnegrktiitibapteunkyadkaint Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Pastikan: • Tidak mengendalikan makanan sekiranya menghidap penyakit berjangkit. • Dapatkan rehat yang secukupnya. 6 • Amalkan diet pemakanan yang sihat. • Tidak stres. 260 dUanntuskimmpeannddaipdataklaanmdpoehti yaaisngselemmablaumt,amna. sukkan doh ke dalam plastik • Mengambil suntikan Typhoid. (c) Kepentingan Pemilihan Jenis Pakaian, Kasut Standard Pembelajaran 2 Celik Ekonomi dan Penutup Kepala • Menjelaskan kepentingan Menerapkan pengetahuan tentang kewangan dan Pengendali makanan dinasihatkan untuk memakai pakaian pemilihan jenis pakaian, keusahawanan kepada murid. yang kemas, sesuai, bersih, memakai kasut bertutup kasut dan penutup kepala di bahagian atas dan penutup kepala. Pemilihan jenis pakaian yang sesuai dipakai pada yang sesuai juga dapat mengelakkan risiko kecederaan. setiap masa di tempat kerja. Pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup kepala penting kerana: Memastikan Menjamin Lakukan aktiviti kerusi panas. keselesaan keselamatan Seorang murid dipilih untuk pergerakan tampil di hadapan kelas dan Tip menyatakan pandangannya Panduan atau Kepentingan tentang kepentingan Pemilihan Jenis pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup kepala. Pakaian petua yang boleh Mempamerkan Mencegah KBAT digunakan semasa penampilan diri pencemaran Soalan untuk menguji menyediakan yang menarik pemahaman dan masakan. makanan kemahiran berfikir aras Rajah 2.12 Kepentingan pemilihan jenis pakaian bagi Apakah tindakan yang anda pengendali makanan lakukan sekiranya mendapati ketua anda tidak memilih jenis pakaian yang sesuai semasa mengendalikan makanan? 53 tinggi murid. v

Aktiviti aktiviti samaTarikh: 26/12/2017 ada secara individu, Tahukah Anda? Senarai Hari: Selasa Senarai unsur nilai tambah dalam berpasangan atau berkumpulan.Masa:11:20 pagi proses pengajaran dan pembelajaran. pdA(ea1fmrlk)aamhAliadPnmmetraaeatrltabaunanriapknTeRTAaT-neaipsmenyrjpmeaedbaerhdaplaakaki2taainuas.tka9a:nrpnRna:SenPCiemntaesoagKntnasneogkienitreoabtdadnnhaenaadarslllasaainTilipmmiohdiomkaaaraplnakaaDlenkaahMrean:amklnamiahmanknia:PdaalPadnmeneiarbnanpkegtereahi2nnnc0igddue0patn9mleiid.nsmaAayalkaietnikmdattaainsanarekaaahPanninnaemammgnngeaayanykleagsaaenandnmlgaiaaambtnsiuadpishanece.kikprMisetsi-rhabatnaiitkrid.tiatainsniyaadntaalkaamn Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan 4.4 HidanSgaajinanBeTriamsausrkdananDBaagrinatg bagi Menjaga kebersihan diri. Standard Pembelajaran DkddbkOiaaaaat•fg lahmgaaSMi.bialmnntbaSgpaeghigeinnnuaaplytadgmgnleeaaiiaatlrnaearbnadudrkdadiitupaatrgaaPnuolpimaalet,aajiodhmedhaknnakcaabgirabsodgnaieepansnaildneahmaltdraajogdataamhaahgagrjkaiiumndaaangdgnnaiear.aga,mdginmpnaianrlgpesaogmarmmt,okebitaei(aJbenmmerneaiikaatnne)eudbnhainnliay.shknuJAgdnaadaeainkayikantnwlgjaaenuuibminamzntksbenaggk,jartaediabsykhtnbmeniaae.akiepznsnHgesbeadgiirdariaaaBddhtapannhiaannaae,hnpngbnthbaadgoiutazatraiaatrinnaiohngg,ungnlianipkisnbgagmadgogeiakntatappurneonnpaaupPndsuslsapdgaaoaatadsaaoigmnttkhannteiogaonarmuanpndnggttaaolggaaaldrbnlaenmaiouaemnnunng-roa.spkbigdfinRlDaahauaedglr.agam.aduaKsjiblaLnai.bgaoahonegmuitmlm.nekd4dThpdgabi.ae1oamundrd3gs,daibiikssanlvdieaiapnegadmmuaagnpilttabtaudktidi4mdtiniaagi.ea1hgnanatk4.. • pdtMeeanrlebayrmaeuidkmpiaaeuasrsnpkkehamkindasmakamananitataalaannsni. 2 pMreemmiassmtikaaknanpanaksaeinatni,asbaabhearnsi,hpdearnalkateamnasd.an kawasan 3 sMebeanrcauncgi bkeakhoatnomraenndtaahndbeenngdaansitnegli.ti dan bersih daripada 2 Pengurusan dan Penyediaan Makanan 4 yManemg basettiukla. n makanan dimasak dan disimpan pada suhu dsppikeLnerunaeymmkaamuretpaaikrsuiikaklsamnsaenanama.a.kknPaatieknvbriaegtyinaridi.nnkaBegisudabaarektlabamenrapa Kdpeiejubrlaaulnmdyaiekplaaanlsuaidrpaarngoinsteegmsyppaeanntgaunaan SdpsdaeaaedDittmgnauiaiaylnaagpeksghidarnnikisgateye.eagapLrGnanieera.garmamtJdimebbabdneuleaiiarmsrbbamataepnpawzumuoaajn-teehKobynm:naeaizisgmialapidbhneadilnnbkadagerabgispgeaaiasihnudajgeaagniiaajisunsnegghmapiideakmamsnaaeoekgrdtaauoannpnhagbykaeadanrnanagnsdaaissnjagkugliaagninhnag 5 (mageeleinmgb) uutnatnukdamgeinmgb. aTenmtupoh pseelnaumaaan10(ahgeininggga) a2d0alhaahri. Mengelakkan pencemaran silang. 6 Mencuci peralatan yang telah digunakan. 7 ptMiedneaynkegdgrieuatnaanakk,matinadkaaknpabenrear.lkaatraant daynantgidakbesrusimh,binbgersfeumnagssai, mptbeeeDaurnrebkkajaniahtnngiikcdaacamaannrisr.aaimpatnaenenktneysgapnagnetanugnninytsgaaeeskdasiaimuadnaaaainl,laamn Rajah 2.10 Apmenalyaendisaaannitamsiakdaanlaamn.perkhidmatan 47 Ekor Rajah 4.13 Bahagian potongan utama lembu 160 e-Pembelajaran Penggunaan laman web seperti Internet (enjin carian) dalam pembelajaran. Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan Penilaian Kendiri Perabot dan Kelengkapan Dapur serta Peranggu Meja Soalan-soalan untuk menguji pemahaman murid pada akhir bab. Perabot dan Peralatan menghidang Penilaian peralatan kelengkapan dapur makanan dapur Rumusan Peralatan penyediaan Peranggu meja Kesesuaian untuk Jawab soalan yang berikut. Penilaian Kendiri Rumusan pada akhir 3 makanan kegunaan domestik setiap bab agar murid Teknik Melayu 1. Padankan kesan tidak mematuhi dapat mengingati apa penggunaan Cina atau industri kKeemcaetdiearnapanekaetrajua yang telah dipelajari. India Aspek bahan prosedur keselamatan di tempat Barat buatan, ketahanan, kerja mengikut Kaedah reka bentuk, harga, kategori. penyenggaraan penyenggaraan Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan dan penyimpanan Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan peraKloatsamn eymanbgairkoisak Kesan nyata Kerosakan peralatan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Lesdenilupceurtnkiaangaan Kesan tersembunyi Kedruangiwananmgasa kaKwoassapnemkebmeraslaihnagnan Perabot dan kelengkapan dapur serta Peranggu Meja Kos mbealahtaihrupekerja Kesreurtgaiaknupalriotidkuekrtjiaviti dan kelengkapan ruang dapur. 2. keMhiednugpaalnamdiantektraanuamna Menamakan perabot teknik penggunaan dan kaedah penyenggaraan peralatan untuk proses Mtianjdikaaknandidkiesnipalkinan Mengenal pasti jenis, penyediaan makanan. Mengenal pasti jenis, teknik penggunaan dan kaedah penyenggaraan peralatan untuk mMMpMmeeeeaennnnnkygyiaeelhennaldeiiatdniunpaagkeknbgaragaeann.rrlaadpptaaeaensrnraaadrlrnakautgnaaagnnnpughermnaudsyaaeiinlpjmagpumperdnadaenipanlaarugniiria.kanusu.pntetjukeknbikasehsgaaunjinabanua.antadno,mkeetsatihkadnaann,irnedkuasbtreinptuenky, ehdairagaan, 104 Bilik gas 1 3. kamSe(k(ebFletaeli)oma)nvtkigobtuAtkiBuedaptPaariepastegraaeknarstbnaoiegamuhbtsediturami?tdutinbnasedaeindnkinKjauaakgkenhlekaaljkaenunk.blekkAytbakSeapanaarnaksinngdkeabrsiarpuauhbRenaterutnnlsibmungegoldkdaablaeehmiiakhllimTaamkttnaebgandryiasjgilaaasggsdknudaeaignk,andNniaprikseaarrearnduuknlyiuaaoa?annlddagkgihilekdaynbeakayahpnuakeugkanarardg.dnaaiantroukblpineDeemjhurralaekNpalrkukaaaarutdnan?icnaaddnsaeaglabnmaeklutrimavjiathi Refleksi Senarai semak Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. 37 vi

BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI BAB 2 SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN BAB 3 PERALATAN PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN BAB 4 PENGURUSAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN 1

1BAB KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 1.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja 1.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran 2

Pengenalan Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), konsep “Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)” dalam industri hospitaliti perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kehilangan nyawa yang melibatkan pekerja dan pelancong. Komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan ialah satu amalan perniagaan yang baik bagi mereka yang terlibat dalam industri hospitaliti. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemalangan dengan mematuhi peraturan keselamatan, amalan kerja yang baik dan mengamalkan rawatan awal kecederaan sebagai sebahagian daripada budaya kerja. Selain itu, beban kerja fizikal yang berat atau keadaan kerja yang tidak ergonomik juga boleh menyebabkan kecederaan. Oleh itu, amalan ergonomik adalah penting dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. 3

1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran Industri hospitaliti ialah suatu industri perniagaan yang • Menyenaraikan jenis menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman, kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, tempat kerja dalam perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. industri hospitaliti. Hospitaliti bermaksud perkhidmatan layanan yang mesra Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan dalam pelbagai bidang perkhidmatan penginapan, perkhidmatan pengembaraan dan pelancongan serta perkhidmatan makanan dan minuman. Perkataan hospitaliti berasal Peranan industri hospitaliti adalah untuk: • Memastikan setiap pelanggan dilayan dengan baik daripada bahasa Latin iaitu • Memastikan semua kehendak dan keperluan pelanggan hospitare yang bermaksud bersedia menerima tetamu. dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan • Memperoleh keuntungan agar perniagaan terus beroperasi Industri hospitaliti merangkumi tiga bidang perkhidmatan utama, iaitu: Industri hospitaliti Penginapan Pengembaraan dan Perkhidmatan makanan pelancongan dan minuman 1 Merangkumi perkhidmatan tempat Merangkumi operasi Merangkumi masakan tinggal, pengurusan pengembaraan, pemandu Timur dan Barat, bakeri kebersihan premis pelancong dan tempahan dan pastri, pengurusan (housekeeping), operasi tiket. Antara contoh perkhidmatan makanan, pejabat depan (reception), tempat kerja dalam pengurusan restoran dan perkhidmatan restoran bidang ini ialah agensi pengurusan katering. serta perkhidmatan pelancongan. Antara contoh tempat makanan dan minuman. kerja dalam bidang ini Antara contoh tempat ialah restoran, kafe dan kerja dalam bidang ini dewan makan asrama. ialah hotel, asrama, chalet dan motel. Rajah 1.1 Bidang utama dalam industri hospitaliti 4

(a) Jenis Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Terdapat beberapa jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti yang merangkumi ketiga-tiga bidang perkhidmatan, iaitu: Hotel Restoran Tempat Kerja Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti dalam Industri Hospitaliti Agensi pelancongan Dewan makan asrama 1 Rajah 1.2 Jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti 5

Standard Pembelajaran (b) Kepentingan Keselamatan di Tempat Kerja • Menerangkan kepentingan Keselamatan membawa maksud suatu keadaan yang menjaga keselamatan selamat daripada mengalami atau menyebabkan kesakitan, di tempat kerja dalam kecederaan atau kerugian (kehilangan). industri hospitaliti. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Keselamatan di tempat kerja adalah tentang pencegahan Pertubuhan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan Keselamatan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Sosial (PERKESO) Menyelamatkan Memperoleh ialah sebuah nyawa margin keuntungan badan kerajaan di bawah Kementerian Sumber lebih tinggi Manusia. PERKESO bertanggungjawab memberi Kepentingan perlindungan kepada pekerja Menjaga Keselamatan yang ditimpa kemalangan semasa di tempat kerja dan di Tempat Kerja dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja. Mempamerkan reputasi perniagaan Layari http://arasmega.com/ qr-link/laman-web-perkeso/ yang baik untuk ke laman web rasmi PERKESO. (Dicapai pada Rajah 1.3 Kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja 12 Julai 2017) Menjaga keselamatan di tempat kerja adalah penting bagi: 1 1. Menyelamatkan nyawa Setiap majikan dan pekerja perlu memahami semua • Pekerja merupakan aset penting dalam sesebuah dilakukan oleh mereka organisasi. mempunyai implikasi dari segi kos. Kos kerugian yang • Kecederaan,hilang upaya dan nyawa boleh menjejaskan ditanggung syarikat berbentuk produktiviti bagi sesebuah syarikat. wang ringgit, masa dan reputasi. 2. Memperoleh margin keuntungan lebih tinggi • Kos rawatan, pampasan dan kos membaik pulih ruang 6 kerja atau peralatan yang rosak dapat dikurangkan. 3. Mempamerkan reputasi perniagaan yang baik • Reputasi perniagaan sesebuah syarikat dipengaruhi oleh hebahan berita sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. • Pelanggan akan memilih syarikat yang mempunyai reputasi perniagaan yang baik.

(c) Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Standard Pembelajaran Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti di Tempat Kerja Mengikut Akta Keselamatan • Menghuraikan peraturan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) keselamatan dan garis panduan kesihatan Keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai mengikut Akta elemen yang berasingan kerana hal ini berkait rapat antara satu Keselamatan dan Kesihatan sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan Pekerjaan 1994 (Akta 514). risiko kemalangan serta kecederaan dan keadaan itu akan menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang Akta Keselamatan dan kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Kesihatan Pekerjaan 1994 Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai (OSHA) 1994 (Akta 514) jelas menunjukkan perkaitan dan 25 Februari 1994. kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut adalah untuk menghasilkan budaya kerja yang Dengan menggunakan enjin 1 selamat dan sihat dalam kalangan semua pekerja dan majikan carian yang sesuai, buat di Malaysia. carian tentang akta-akta Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan lain yang berkaitan dengan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program peraturan keselamatan pencegahan kemalangan di tempat kerja. Hal ini berkait rapat di tempat kerja. dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan Layari http:// peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan arasmega.com/ dan kesihatan. qr-link/akta- Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami keselamatan- tentang kepentingan pencegahan kemalangan yang dan-kesihatan- merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan harus pekerjaan/ untuk muat berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan turun Akta Keselamatan dan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti yang dijalankan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh pekerjanya. (Akta 514). (Dicapai pada Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 12 Julai 2017) 1994 jelas menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja. Seksyen 24 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pula menjelaskan bahawa pekerja turut bertanggungjawab dalam memberi perhatian yang munasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa melakukan kerja. Akta 514 ini juga menyatakan dengan jelas tentang penalti yang boleh dikenakan terhadap pihak-pihak yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 7

Standard Pembelajaran (d) Peranan Agensi dalam Menguatkuasakan • Menama dan Undang-undang dan Peraturan menjelaskan Keselamatan Pekerjaan peranan agensi yang menguatkuasakan Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat bagi undang-undang dan memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjamin. peraturan keselamatan Agensi-agensi kerajaan memainkan peranan yang penting pekerjaan. dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Jadual 1.1 Peranan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan Agensi Peranan Jabatan Kesihatan dan 1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan Pekerja 2. Melindungi pekerja daripada bahaya yang berpunca daripada aktiviti (JKKP), Kementerian Sumber Manusia pekerjaan pelbagai sektor seperti: i. Pengilangan ii. Perlombongan dan kuari iii. Pembinaan iv. Hotel dan restoran v. Pertanian, perhutanan dan perikanan vi. Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi vii. Perkhidmatan awam dan badan berkanun viii. Kemudahan _ gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan ix. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan x. Perniagaan borong dan runcit 3. Menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat. 1 4. Mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja. Kementerian Kesihatan Malaysia 1. Membantu individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang (KKM) baik. 2. Menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang sesuai dan berkesan. 3. Memberi khidmat nasihat kepada golongan yang memerlukannya. Jabatan Bomba dan 1. Memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang Penyelamat Malaysia profesional dan berkualiti. (JBPM) 2. Membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang. 8

(e) Kesan Tidak Mematuhi Prosedur Keselamatan Standard Pembelajaran di Tempat Kerja • Membuat kesimpulan Kemalangan di tempat kerja memberi kesan buruk pada kesan tidak mematuhi fizikal seseorang seperti kecederaan, kecacatan dan kematian. prosedur keselamatan Secara amnya, kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja dalam di tempat kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kesan nyata industri hospitaliti. dan kesan tersembunyi. Berikut ialah kesan sekiranya seseorang itu tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja. Kesan nyata Kesan TERSEMBUNYI Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Kecederaan Kerugian produktiviti serta kualiti kerja atau kematian pekerja Kerosakan peralatan Kos pembersihan kawasan kemalangan Majikan boleh Kos melatih pekerja 1 dikenakan tindakan baharu untuk disiplin oleh agensi melaksanakan kerja kerajaan Kos membaiki Majikan dikenakan peralatan yang rosak denda kerana tidak semasa kemalangan mengikut peraturan keselamatan dan garis Kerugian masa panduan kesihatan dan wang untuk urusan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mahkamah 1994 (Akta 514) Tenaga kerja digunakan untuk urusan penyiasatan kemalangan menyebabkan kerja-kerja lain tertangguh Mangsa kemalangan dan keluarga mengalami tekanan hidup dan trauma Lesen perniagaan boleh dilucutkan 9

Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran (f) Mengesan dan Tindakan Mengatasi Masalah Kerosakan dan Keadaan Tidak • Mengesan kerosakan peralatan Selamat di Tempat Kerja dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam Mengesan kerosakan peralatan dan keadaan tidak selamat industri hospitaliti. di tempat kerja boleh dilakukan secara harian, mingguan atau berkala. Hal ini bagi memastikan peralatan berfungsi • Menghuraikan tindakan untuk dengan baik dan keadaan yang selamat untuk melakukan mengatasi masalah kerosakan kerja. Mengisi borang pengesanan kerosakan peralatan peralatan dan keadaan yang dan keadaan tidak selamat di tempat kerja perlu dilakukan tidak selamat di tempat kerja untuk tujuan ini. Contoh borang pengesanan kerosakan dalam industri hospitaliti. peralatan adalah seperti berikut: BORANG PENGESANAN KEROSAKAN PERALATAN Nama: Siti Haliza binti Abu Bakar Tarikh: 15 September 2017 Tempat: Ruang memasak Masa: 9:00 pagi – 9:30 pagi Nama peralatan: Pengisar makanan Kerosakan Perkara Ya Tidak Tidak Catatan berkenaan 1. Berfungsi dengan baik 3 2. Peralatan boleh dihidupkan 3 3. Peralatan dalam keadaan yang 3 bersih 4. Keadaan fizikal peralatan yang 3 bersih, tidak berkarat, sumbing atau pecah 5. Aksesori lengkap 3 - Tiada penutup 3 - Bekas pengisar retak 1 6. Penyenggaraan berkala Tindakan: - Bekas yang tiada penutup diasingkan daripada tempat menyimpan peralatan. - Bekas pengisar yang retak perlu dilaporkan. Asingkan dari tempat menyimpan peralatan. Disediakan oleh: …………………..………… (Siti Haliza binti Abu Bakar) Rajah 1.4 Contoh laporan borang pengesanan kerosakan peralatan 10

Contoh borang pengesanan keadaan tidak selamat adalah seperti berikut: BORANG PENGESANAN KEADAAN TIDAK SELAMAT DI TEMPAT KERJA Nama: Siti Haliza binti Abu Bakar Tarikh: 15 September 2017 Tempat: Ruang memasak Masa: 9:00 pagi – 9:30 pagi Ruang tempat kerja: Ruang memasak Kerosakan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Perkara Ya Tidak Tidak Catatan berkenaan 1. Lantai kering dan bebas daripada sebarang tumpahan minyak seperti cecair 2. Lantai berada dalam keadaan bersih 3. Corong asap dan kipas penyedut udara dalam keadaan bersih dan berfungsi 4. Tiada sebarang halangan di laluan lorong kecemasan 5. Mempunyai simbol atau tanda keselamatan yang jelas 6. Lantai dan dinding tidak rosak, retak atau pecah 7. Pencahayaan mencukupi 8. Keluasan ruang kerja yang sesuai dengan tenaga kerja 9. Pengudaraan yang baik dan lancar Tindakan: 1 Disediakan oleh: …………………..………… (Siti Haliza binti Abu Bakar) Rajah 1.5 Contoh borang pengesanan keadaan tidak selamat di tempat kerja 11

Standard Pembelajaran (g) Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja • Mematuhi peraturan Peraturan keselamatan di tempat kerja merupakan aspek utama keselamatan semasa yang perlu diamalkan oleh setiap murid untuk mengelakkan berada di tempat kerja. daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Terdapat dua peraturan keselamatan di tempat kerja yang mesti dipatuhi oleh murid iaitu: Peraturan Keselamatan Am Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Masuk ruang Dilarang membawa Buka tingkap dan pintu Gunakan peralatan dan tempat kerja dengan beg masuk ke dalam sebelum memulakan bahan dengan betul kerja. dan cermat. kebenaran guru. bengkel. Pastikan bekas yang Semua peralatan dan Peralatan dan bahan Kemalangan yang mengandungi bahan bahan hendaklah tidak dibenarkan berlaku hendaklah beracun, kimia dan dikembalikan dibawa keluar dari dilaporkan segera. 1 mudah terbakar tidak ke tempat asalnya bengkel kecuali dengan dibiarkan terdedah setelah digunakan. kebenaran. tanpa kawalan. Catatkan segala kemalangan Kebersihan tempat Tutup semua suis sebelum yang berlaku dalam buku rekod kerja perlu dijaga pada meninggalkan bengkel. kemalangan. setiap masa. Rajah 1.6 Peraturan keselamatan am di tempat kerja 12

Peraturan Keselamatan Diri Patuhi peraturan Dilarang memakai barang Pakai pakaian yang sesuai Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti keselamatan sepanjang perhiasan diri semasa dan kemas serta kasut bertapak getah dan rata. masa. berada di dalam bengkel. Ikat rambut yang panjang Fahami cara untuk Jangan bermain dan atau pastikan tudung menggunakan sesuatu bergurau di tempat kerja. peralatan atau bahan serta diikat dengan kemas dan patuhi arahan guru. hujungnya dimasukkan 1 ke dalam apron. Cuci tangan sebelum dan selepas bekerja. Rajah 1.7 Peraturan keselamatan diri di tempat kerja 13

1.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja Standard Pembelajaran (a) Persekitaran Selamat di Tempat Kerja • Memerihalkan persekitaran Persekitaran Kawasan di sekeliling ruang dapur. selamat di tempat kerja. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti • Menerangkan punca kemalangan di tempat kerja. Selamat Terlepas daripada segala bahaya atau bencana. Tempat kerja Ruang tempat melakukan kerja. Layari http:// Persekitaran selamat di tempat kerja merupakan kawasan arasmega.com/ di sekeliling tempat kerja yang terpelihara daripada segala qr-link/statistik- bahaya atau bencana yang boleh mendatangkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kalangan pekerja. kemalangan- pekerjaan/ untuk mengetahui Ruang dapur industri ialah salah satu persekitaran tempat statistik kemalangan di kerja yang melibatkan banyak pergerakan, pengurusan masa yang bersistematik dan penggunaan ruang kerja yang berkesan tempat kerja mengikut sektor. Bincangkan jumlah kemalangan untuk aktiviti menyedia, memasak, menyaji dan mengemas bagi sektor hotel dan restoran. selepas menggunakan segala peralatan dan kelengkapan dapur. (Dicapai pada 26 Januari 2017) Kecuaian semasa di tempat kerja boleh meningkatkan 1 kadar kemalangan yang akan mengganggu aliran kerja dan mengurangkan tahap produktiviti sesuatu organisasi. Situasi ini dapat dielakkan dengan: • Merancang susun atur dapur dengan ergonomik dan mematuhi peraturan keselamatan yang berkaitan. • Meningkatkan aspek keselamatan di tempat kerja. • Mewujudkan pergerakan yang lancar serta lebih selesa semasa menjalankan tugas. 14

(b) Punca Kemalangan di Tempat Kerja Bincangkan kecuaian manusia Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Manusia yang boleh mengakibatkan Kecuaian manusia kemalangan di tempat kerja. Kecuaian manusia boleh mengundang kemalangan yang tidak Butang knotted cloth pada diingini di tempat kerja. Rajah 1.8 menunjukkan langkah stail baju cef berfungsi untuk mengelak kemalangan berlaku di tempat kerja. mengurangkan kerosakan butang akibat kekerapan Merancang masa sebelum memulakan kerja mendobi dan ketahanan penyediaan makanan. pada haba panas. Elakkan meninggalkan dapur semasa sedang memasak untuk mengelakkan makanan hangus atau terbakar. Sentiasa memeriksa dan mengawasi masakan yang menggunakan alat penjimat masa seperti ketuhar. Elakkan memasak sekiranya mengantuk, pening atau mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk. Pastikan kepala hos gas ditanggalkan setelah selesai menggunakan dapur memasak. Rajah 1.8 Langkah-langkah mengelakkan kemalangan di tempat kerja Pakaian semasa bekerja 1 • Pakaian perlu bersesuaian dengan pekerjaan dan tidak Foto 1.1 Contoh pemakaian terlalu ketat. Pakaian yang ketat akan mengehadkan yang sesuai untuk bekerja pergerakan serta merumitkan proses kerja. • Kurangkan penggunaan barang perhiasan yang berlebihan dan boleh mengganggu pergerakan. • Pakai kasut yang bersesuaian dengan pekerjaan dan tidak terlalu ketat. • Pastikan tapak kasut sentiasa kering untuk mengelakkan tergelincir di tempat kerja. • Penggunaan pelapik kasut boleh membantu meningkatkan keselesaan semasa bertugas. • Kasut tertutup membantu melindungi kaki daripada kecederaan seperti masakan yang panas tertumpah atau pisau yang terjatuh. 15

Persekitaran Susun atur peralatan dan kelengkapan Kedudukan peralatan dan kelengkapan turut memainkan peranan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Rajah 1.9 menunjukkan panduan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Baca manual penggunaan Pastikan kedudukan pemadam peralatan dan fahami cara yang api mudah dicapai dan betul untuk mengendalikannya. berfungsi. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Pastikan segala peralatan Sediakan Kit Pertolongan Cemas elektrik diletakkan berjauhan di tempat yang mudah dicapai. dari singki atau punca air. Pastikan barangan perubatan lengkap dan mempunyai tarikh Pastikan tiada penyambungan luput. yang banyak pada satu plag untuk Pastikan susun atur perabot mengelakkan litar pintas berlaku. tidak menghalang laluan Pastikan pisau atau objek tajam kecemasan. sentiasa berada dalam keadaan Bahan kimia seperti peluntur, tajam untuk mempercepatkan detergen dan racun diasingkan kerja memotong. serta dilabelkan dengan jelas. Kedudukan dapur gas, penunu dan ketuhar perlu sesuai Pastikan bahan kimia disimpan agar tempat kerja mendapat berjauhan dari rak makanan. pengudaraan yang baik sekiranya berlaku kebocoran gas. 1 Rajah 1.9 Panduan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerjaLANTAI Keadaan tempat kerja • Lantai tempat kerja perlu dipastikan sentiasa kering, tidak berminyak dan tidak licin. • Lantai perlu sentiasa dimop dan dibersihkan dengan air panas dan sabun untuk menanggalkan kesan minyak dari lantai. • Pastikan papan tanda “Lantai Basah” ditempatkan di kawasan lantai yang basah. • Pengudaraan yang baik di tempat kerja membantu mengeringkan lantai dengan cepat. • Penggunaan kipas elektrik pengering lantai juga dapat meningkatkan kadar pengeringan lantai yang basah. • Pemasangan lantai antigelincir di lantai dapur juga membantu mengurangkan risiko kemalangan. 16

PENGUDARAAN PENCAHAYAAN • Kekurangan pencahayaan di tempat kerja menyebabkan pekerja perlu melakukan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti lebih kerja seperti membongkok untuk melihat dengan lebih baik. • Kawasan kerja yang gelap berpotensi menyebabkan kecederaan seperti melanggar perabot atau peralatan yang tajam. • Pemasangan lampu jimat tenaga dalam kuantiti yang bersesuaian dapat membantu meningkatkan pencahayaan di tempat kerja. • Elemen pengudaraan yang efisien dan mencukupi di tempat kerja dapat mengelakkan pekerja daripada mengalami kekurangan oksigen dan sesak nafas. • Pemasangan kipas atau penyedut udara boleh membantu mengurangkan pengumpulan asap hasil daripada aktiviti memasak di tempat kerja. (c) Kepentingan Persekitaran Selamat di Tempat Kerja Standard Pembelajaran • Memberi justifikasi Persekitaran selamat di tempat kerja amat penting untuk mengelakkan berlaku kemalangan yang boleh memudaratkan kepentingan diri sendiri, majikan dan organisasi dari segi sosial dan persekitaran selamat kewangan. Rajah 1.10 menunjukkan kepentingan persekitaran di tempat kerja. selamat di tempat kerja. Mempercepatkan Kepentingan Meningkatkan pengeluaran Persekitaran kualiti perkhidmatan atau Selamat produktiviti produk di Tempat Kerja Mengurangkan risiko 1 berlaku kecederaan Mengurangkan kerosakan harta atau kematian benda dan peralatan Rajah 1.10 Kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja Lakukan aktiviti secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh memilih untuk melawat satu jenis tempat kerja hospitaliti. Jalankan pemeriksaan di tempat kerja yang menjadi pilihan. Senaraikan amalan atau keadaan kerja yang tidak selamat yang dapat diperhatikan di tempat itu. 17

Kemalangan di tempat kerja meliputi kemalangan yang berpunca daripada pekerjaan yang dilakukan seperti dalam Rajah 1.11. PUNCA KEMALANGAN Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Manusia Persekitaran - Kecuaian - Susun atur peralatan dan - Sifat tidak prihatin kelengkapan yang tidak sesuai manusia dalam mengutamakan - Keadaan persekitaran keselamatan di tempat tempat kerja yang kerja. berbahaya - Kesedaran - Kompetensi (pengetahuan, Mesin Fizikal kemahiran, sikap) - Keselamatan (berasaskan - Reka bentuk yang tidak - Unit kerja yang tidak perilaku) sesuai sesuai dengan pekerja - Masalah peribadi - Penyalahgunaan dadah - Penyenggaraan tidak - Suhu tidak selamat dan alkohol dilakukan - Pengaliran udara tidak - Tempoh masa kerja - Tekanan daripada rakan - Manual penggunaan mencukupi sekerja mesin tidak disediakan - Susun atur tempat kerja yang tidak sesuai 1 Rajah 1.11 Punca kemalangan di tempat kerja Standard Pembelajaran (d) Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja • Menerangkan maksud Ergonomik diambil daripada perkataan Greek iaitu “ergon” ergonomik pergerakan bermaksud manusia atau kerja dan “nomoi” bermaksud kajian. di tempat kerja. Ergonomik bermaksud kajian yang menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bagi mencapai tahap keupayaan maksimum bekerja. Ergonomik pergerakan di tempat kerja merujuk kepada bekerja secara sistematik di tempat kerja dengan mengambil kira reka bentuk peralatan dan persekitaran kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bekerja. 18

(e) Kepentingan Menilai Beban, Saiz dan Risiko Sebelum Mengangkat Objek Menilai objek sebelum diangkat adalah penting. Rajah di bawah menunjukkan kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek. Mengurangkan Meningkatkan Standard Pembelajaran risiko kecederaan produktiviti kerja dan kemalangan • Menerangkan kepentingan menilai Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Membantu Kepentingan Meningkatkan beban, saiz dan risiko melancarkan Menilai Beban, kecekapan sebelum mengangkat Saiz dan Risiko objek. peredaran dan keselesaan darah Sebelum pergerakan • Mempertimbangkan Mengangkat aspek pergerakan sebelum mengangkat dan Objek memindahkan objek: i. Keadaan dan bentuk Menjimatkan Menjamin beban tenaga dan kesihatan postur ii. Menilai berat beban iii. Jarak lokasi mengurangkan badan pemindahan keletihan iv. Keperluan bantuan v. Menilai risiko Rajah 1.12 Kepentingan penilaian sebelum mengangkat objek 1 (f) Aspek Pergerakan Sebelum Mengangkat dan Memindahkan Objek Cara mengangkat dan memindahkan objek Terdapat beberapa panduan yang perlu dititikberatkan sebelum mengangkat dan memindahkan objek di tempat kerja, iaitu: 1. Fikir terlebih dahulu sebelum mengangkat beban dengan mengambil kira berat dan bentuk beban, jarak dan keadaan lokasi serta alat bantu. 2. Angkat objek dengan menggunakan postur badan yang betul dan berdiri pada posisi yang stabil. 3. Pegang objek dengan cara yang betul untuk mengelakkan kecederaan pada postur badan. i. Pastikan objek sentiasa rapat dengan tubuh badan. ii. Kenal pasti keupayaan tubuh badan sebelum mengangkat objek. 4. Letakkan objek pada posisi yang betul sebelum mengubah posisi beban pada kedudukan yang dikehendaki. 19

Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Lakukan aktiviti simulasi Terdapat lima postur bahagian badan yang perlu diberi mengangkat objek dengan perhatian untuk mengangkat dan memindahkan objek: betul secara berpasangan. 1. Bahu dan lengan Rakan memerhati dan 2. Kepala dan leher membetulkan postur badan 3. Tangan dan pergelangan tangan yang tidak tepat. 4. Belakang badan 5. Kaki dan betis 1 Rajah 1.13 menunjukkan postur badan yang betul untuk mengangkat objek. Postur Mengangkat Objek 2 Pegang erat objek yang hendak diangkat. Berdiri secara perlahan-lahan. Gunakan kaki untuk menahan semasa mengangkat objek. 13 4 Pastikan tinggi objek tidak melebihi garis Meminta bantuan orang lain untuk mata. mengangkat objek yang besar. Rajah 1.13 Postur mengangkat barang dengan betul 20

Terdapat lima aspek yang perlu dipatuhi untuk Bincangkan rekaan peralatan memaksimumkan keupayaan dan meningkatkan produktiviti yang boleh digunakan kerja bagi mengangkat dan memindahkan objek ke suatu untuk mengangkat dan tempat yang lain. memindahkan objek. Jadual 1.2 Aspek pergerakan sebelum mengangkat dan memindahkan objek Aspek Penerangan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Keadaan dan bentuk beban Keadaan dan bentuk beban dapat dikategorikan seperti berikut: • Bentuk: Bentuk beban boleh berada dalam dua bentuk, iaitu bentuk tetap seperti bulat, bersegi dan bentuk tidak tetap seperti bahan makanan, iaitu bahan basah • Saiz: Saiz beban terdapat dalam pelbagai saiz iaitu besar, sederhana dan kecil • Berat: Berat beban sama ada berat atau ringan Menilai berat beban Menggunakan penimbang yang bersesuaian untuk menilai berat beban (sekiranya berat beban tidak dinyatakan) dengan menggunakan: • Penimbang gantung (Crane scale) • Penimbang platform (Floor scale) • Penimbang mudah alih (Bench scale) Jarak lokasi pemindahan Alat bantuan boleh digunakan untuk memindahkan objek yang mempunyai jarak yang jauh atau tinggi, contohnya: • Pemindahan beban secara menegak boleh menggunakan tangga • Pemindahan beban secara mendatar boleh menggunakan troli atau alat bantu beroda Keperluan bantuan Antara alat bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pergerakan 1 semasa mengangkat dan memindahkan objek ialah: • Troli • Alat bantuan beroda • Tangga Menilai risiko Terdapat beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan semasa mengangkat dan memindahkan objek termasuk: • Kestabilan barang • Ketinggian • Permukaan lantai atau laluan • Bentuk beban barang 21

Standard Pembelajaran (g) Postur Badan yang Betul Semasa Mengangkat • Menunjuk cara postur dan Memindahkan Objek Berat badan yang baik semasa Produktiviti kerja dapat dipertingkatkan melalui perancangan mengangkat dan kerja yang teliti serta susun atur perabot dan penggunaan memindahkan objek peralatan yang sempurna. Hal ini juga melibatkan pengurusan berat. kerja yang melibatkan pergerakan badan bagi tempoh masa aktiviti yang dijalankan untuk mengurangkan regangan otot badan melalui postur badan yang betul. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Panduan postur badan: 1. Bahagian telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit berada di satu garis lurus yang melalui pusat graviti. 2. Keupayaan untuk mencapai, membengkok atau berdiri dalam tempoh masa yang panjang adalah berbeza bagi setiap aktiviti yang dilakukan di tempat kerja. 3. Postur atau posisi badan yang berbeza menentukan keselamatan dan keselesaan semasa mengangkat dan memindahkan objek. 4. Penggunaan postur badan yang tidak dicadangkan akan membazir tenaga dan meningkatkan risiko untuk kemalangan atau kecederaan berlaku. 5. Mengubah posisi dan postur badan dalam satu tempoh dengan melakukan regangan otot untuk meningkatkan keselesaan. Wanita Lelaki Tahap beban maksimum paras siku ialah: 1 • 20 kg jika beban paras bahu paras siku berhampiran dengan tubuh • 10 kg jika beban berjauhan dari tubuh paras bahu paras siku paras buku jari paras buku jari paras bawah kaki paras bawah kaki Rajah 1.14 Keupayaan berat beban yang boleh ditampung oleh tubuh 22

(h) Langkah Efektif Pencegahan Kemalangan Standard Pembelajaran Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti • Merumuskan langkah Majikan merupakan tonggak utama dalam memastikan 1 keberkesanan sesuatu program pencegahan kemalangan pencegahan kemalangan di tempat kerja. Hal ini berkait rapat dengan pengetahuan yang efektif di tempat majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerja. di tempat kerja, sikap, komitmen dan harapan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Murid secara berkumpulan Majikan dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam usaha empat orang mencari mencegah sebarang kemalangan berlaku di tempat kerja. maklumat mengenai langkah-langkah untuk Tanggungjawab Majikan mencegah kemalangan Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau tahap di tempat kerja menggunakan keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh pelbagai sumber media. Buat pekerja serta membuat pemeriksaan peralatan, bahan persembahan di dalam kelas. dan tempat kerja secara berkala. Membekalkan alat perlindungan diri yang bersesuaian. Layari http:// arasmega. Melaporkan sebarang kemalangan dan penyakit kepada com/qr-link/ pihak yang telah dipertanggungjawabkan. garis-panduan- pencegahan- Melantik pegawai yang kompeten untuk bertindak kemalangan-di-tempat-kerja/ sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. untuk muat turun buku Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Garis Panduan Pencegahan Menyediakan tempat khas kepada pekerja seperti bilik Kemalangan di Tempat Kerja. rehat, pantri dan bilik rawatan kepada pekerja. (Dicapai pada 31 Januari 2017) Menyediakan Kit Pertolongan Cemas bagi memberi rawatan awal. Rajah 1.15 Tanggungjawab majikan Tanggungjawab pekerja Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Menggunakan pakaian perlindungan diri yang betul dan sesuai semasa bertugas. Melaporkan keadaan yang tidak selamat, kecederaan dan kemalangan kepada pihak pengurusan. Rajah 1.16 Tanggungjawab pekerja 23

1.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran (a) Ruang Tempat Kerja Berisiko Tinggi kepada Kebakaran • Mengenal pasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi Persekitaran tempat kerja yang selamat perlu diberi keutamaan kepada kebakaran. bagi mengelakkan berlaku kemalangan seperti kebakaran. Antara ruang tempat kerja yang berisiko tinggi ialah: • Menerangkan punca kebakaran di tempat kerja. Ruang Tempat Kerja Berisiko Tinggi Dapur Bilik gas Ruang penyimpanan • Tempat kerja yang • Menempatkan tong gas sama • Pengudaraan dan mempunyai pelbagai alat ada yang telah atau belum pencahayaan yang tidak penjimat masa yang rosak. digunakan. mencukupi. • Penggunaan alat penjimat • Mudah terbakar sekiranya • Keluasan ruang masa yang tidak disenggara. terdapat punca api, kerana penyimpanan tidak sesuai. tong gas mudah meletup • Penggunaan jika tidak dikendali dengan • Susun atur bahan makanan penyambungan plag yang baik dan sempurna. dan bukan makanan tidak berlebihan dibuat pada sesuai. soket. Rajah 1.17 Ruang tempat kerja yang berisiko tinggi (b) Punca Kebakaran di Tempat Kerja Antara punca yang boleh menyebabkan kebakaran di tempat kerja ialah pendawaian elektrik, keadaan dapur gas, aktiviti memasak, merokok dan kerosakan peralatan elektrik. 1 Pendawaian elektrik Pendawaian elektrik menjadi penyebab utama kebakaran. Pendawaian elektrik menimbulkan masalah apabila: 1 Pemasangan dan penyenggaraan sistem pendawaian yang kurang sempurna dan tidak selamat digunakan apabila dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah. 2 Pendawaian elektrik yang terlalu lama boleh menyebabkan litar pintas. 3 Terlalu banyak penyambungan dibuat sehingga melebihi beban kuasa elektrik yang dibenarkan. 24

Dapur gas Regulator Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Kebakaran dan letupan boleh berlaku apabila gas bocor Hos ke udara dan terdedah ke punca nyalaan. Gas boleh bocor sekiranya: Silinder gas Foto 1.3 Gas masakan yang Hos dan paip gas bocor, longgar dan pecah. biasa digunakan Regulator longgar dan retak akibat tolakan dan tarikan ketika membersihkan dapur gas. Menggunakan peralatan gas yang tidak diluluskan oleh SIRIM. Penyimpanan silinder gas yang tidak selamat. Aktiviti memasak Dengan menggunakan enjin Tukang masak yang cuai, tidak berhati-hati dan bersikap carian yang sesuai, cari sambil lewa ketika memasak boleh menyebabkan kebakaran. maklumat tentang SIRIM. Membiarkan masakan di atas dapur tanpa perhatian menyebabkan masakan menjadi hangus. Keadaan ini menjadi 1 punca berlakunya kebakaran. Penggunaan pakaian terlalu longgar dan terlalu labuh boleh menyebabkan api menyambar pakaian. Merokok Merokok ketika memasak atau membuang puntung rokok yang masih menyala di sekitar kawasan dapur atau bilik gas menyebabkan risiko berlakunya kebakaran. Kerosakan peralatan elektrik Kegagalan peralatan elektrik berfungsi dengan baik menyebabkan kebakaran. Biasanya peralatan elektrik rosak disebabkan oleh beberapa perkara iaitu kerosakan mekanikal sama ada terlalu lama atau tidak mendapat kelulusan SIRIM, dan terdedah kepada bencana alam seperti kilat, gempa bumi atau banjir. Foto 1.4 Contoh peralatan elektrik yang rosak 25

Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran (c) Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran • Menjelaskan tindakan jika Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran adalah berlaku kebakaran: seperti berikut: i. Membunyikan penggera Kebakaran dikesan ii. Membuat panggilan kecemasan Membunyikan penggera iii. Menggunakan Membuat panggilan kecemasan peralatan pemadam api Segera keluar dari bangunan yang terbakar iv. Pengungsian Menggunakan peralatan pemadam api untuk memadam api bangunan v. Prosedur pemindahan yang kecil mangsa kebakaran vi. Mendaftar mangsa Memindahkan mangsa kebakaran yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai vii. Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa Selain penggera kebakaran Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan manual, alat pengesan haba yang sesuai dan alat pengesan asap Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang 1 juga boleh digunakan untuk mangsa mengesan kebakaran secara automatik. Alat pengesan haba Rajah 1.18 Tindakan apabila berlaku kebakaran mengesan kenaikan suhu yang luar biasa, manakala alat Membunyikan penggera pengesan asap mengesan Apabila berlaku kebakaran, pekerja yang menyedari kehadiran asap di ruang kerja. bertanggungjawab membunyikan penggera dengan memecahkan kaca pada panel yang terhampir. Jika kebakaran berlaku, Penggera akan berbunyi sebanyak dua kali, iaitu kali utamakan keselamatan diri pertama selama 15 saat dan kali kedua dalam masa yang dan nyawa. lebih panjang. Pekerja dikehendaki keluar dari ruang kerja dan tinggalkan bangunan dengan cepat dan teratur. 26 Pastikan semua suis elektrik dimatikan. Pintu bengkel hendaklah ditutup selepas semua pekerja telah keluar.

Membuat panggilan kecemasan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Apabila menyedari berlakunya kebakaran, panggilan kecemasan dibuat serta-merta ke balai bomba atau ke talian kecemasan. Operator yang menerima panggilan akan mengenal pasti jenis kecemasan dan menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab memberikan bantuan sama ada ambulans, bomba atau polis. Menggunakan peralatan pemadam api Alat pemadam api digunakan untuk mengawal kebakaran di peringkat awal. Alat ini hendaklah ditempatkan di lokasi yang sesuai di tempat kerja. Terdapat beberapa jenis alat yang boleh memadamkan api seperti pemercik air automatik, gelung hos, alat pemadam api jenis balang dan selimut api. Pemercik air automatik ialah alat pemadam api yang dipasang di siling bangunan ruang tempat kerja. Pemercik air automatik akan mengesan haba daripada api dan asap yang terhasil. Apabila hal ini berlaku, air akan dipercikkan bagi memadam kebakaran. Gelung hos ialah alat pemadam api jenis air yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Namun, pengendali haruslah seseorang yang terlatih, contohnya anggota bomba. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kebakaran berterusan. Pekerja boleh menggunakan alat pemadam api jenis balang bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal. Secara umumnya, terdapat lima jenis kelas api. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan simbol atau penggunaan huruf yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam. Lima jenis kelas api adalah seperti berikut: Kelas Api Penerangan A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan 1 lain-lain C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas asetilene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain D Memadam kebakaran logam seperti logam kalium, logam natrium, logam kalsium dan logam magnesium E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Rajah 1.19 Kategori alat pemadam api jenis balang Setiap jenis alat pemadam api jenis balang hanya sesuai untuk kelas api yang tertentu kecuali debu kering yang boleh digunakan untuk semua jenis kelas api. 27

Tatacara penggunaan alat pemadam api Penggunaan alat pemadam api adalah berdasarkan teknik PASS. 12 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti P A AIM PULL Halakan muncung pemadam api (corong Tarik pin. Tindakan ini akan atau hos) pada aras rendah, iaitu di pangkal memutuskan pemateri. kebakaran. 3 Tip: Semasa menghalakan muncung pemadam api, pastikan anda tidak menyentuh pada muncung plastik aintaiusacnograotnsgejupkeledpaansabnolephemmaednacmedearpaikCanO2kukleitr.ana gas 4 SS 1 SQUEEZE SWEEP Genggam picu atau pemegang alat Tekan pemegang dan halakan muncung dari pemadam api. arah kiri ke kanan, atau di pangkal kebakaran, iaitu memberi tumpuan pada kawasan yang berlaku punca kebakaran. Jika api masih menyala, ulang langkah 2 – 4. Rajah 1.20 Tatacara penggunaan alat pemadam api Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari. Gunakan selimut api untuk memadamkan api. Jika tiada selimut api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan pemadam api terhadap mangsa. Bengkokkan badan mangsa supaya api tidak merebak ke merata sistem pernafasan. 28

Pengungsian bangunan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Apabila mendengar bunyi penggera kecemasan, setiap individu perlu keluar dengan segera dari bangunan yang terbakar. Tindakan ini dinamakan pengungsian bangunan. Bagi memastikan tindakan ini berjalan dengan lancar, tempat kerja perlu: 1. Mewujudkan jawatankuasa. 2. Menyediakan pelan lantai dan rancangan bertindak. 3. Menentukan kawasan berkumpul (assembly area). 4. Menentukan jalan atau laluan keluar, pintu keluar dan tangga keselamatan tidak dihalang. 5. Memastikan sistem kebombaan berfungsi. Prosedur pemindahan mangsa kebakaran Layari http:// Terdapat beberapa prosedur yang boleh digunakan untuk arasmega. memindahkan mangsa kebakaran. Mangsa kebakaran com/qr-link/ boleh dipindahkan sama ada menggunakan peralatan atau pelan-laluan- tanpa peralatan. Prosedur untuk menyelamatkan mangsa kebakaran/ menggunakan peralatan ditunjukkan dalam Rajah 1.21. untuk melihat contoh pelan laluan kebakaran. (Dicapai pada 12 Julai 2017) Prosedur pemindahan mangsa kebakaran menggunakan peralatan Menggunakan kerusi Menggunakan selimut 1 Keadaan mangsa: Duduk di atas katil. Keadaan mangsa: Baring. Prosedur: Prosedur: 1. Letakkan kerusi berhampiran dengan 1. Letakkan selimut berhampiran dengan katil untuk memindahkan mangsa. mangsa untuk memindahkan mangsa. 2. Tarik kerusi bersama mangsa. 2. Angkat mangsa dan letak di atas selimut. 3. Sekiranya pergerakan perlu menuruni 3. Tarik selimut perlahan-lahan ke tempat tangga, dapatkan seorang pembantu. yang selamat. 4. Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga, dapatkan seorang pembantu. Rajah 1.21 Prosedur pemindahan mangsa kebakaran menggunakan peralatan 29

Prosedur pemindahan mangsa kebakaran tanpa peralatan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Human Crutch Fore and Aft Carry Four Hand Set (Tongkat Manusia) Keadaan mangsa: Keadaan mangsa: Keadaan mangsa: Boleh bergerak dan Tidak boleh bergerak. Cedera di bahagian kaki. memerlukan bantuan minimum. Prosedur: Prosedur: Prosedur: 1. Penyelamat berdiri 1. Mangsa meletakkan 1. Papah mangsa ke tempat selamat. di belakang mangsa tangan di leher dua orang dan memeluk mangsa penyelamat di sisi. di bahagian bawah ketiak. 2. Bahagian belakang 2. Seorang penyelamat lagi mangsa disokong dengan berdiri di hadapan dengan memegang lengan antara memegang di bahagian satu sama lain. bawah lutut mangsa. 3. Tangan kedua-dua 3. Bawa mangsa ke tempat penyelamat diletakkan yang selamat. di bawah lutut mangsa dan 4. Penyelamat di hadapan pegang lengan antara satu mencangkung terlebih sama lain. dahulu sebelum 4. Bawa mangsa ke tempat menurunkan mangsa secara yang selamat. perlahan-lahan. 1 Rajah 1.22 Prosedur pemindahan mangsa kebakaran tanpa peralatan Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai Setelah berjaya memindahkan mangsa ke tempat selamat, daftarkan mangsa yang tercedera. Satu pasukan khas yang bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa perlu bersedia sementara menunggu kedatangan pegawai perubatan. Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa Laporkan sebarang kecederaan dengan segera sebaik-baik sahaja pegawai perubatan tiba. Nyatakan tanda-tanda vital kepada pegawai perubatan sekiranya perlu. 30

(d) Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Rawatan awal boleh mengelakkan keadaan mangsa bertambah • Mengenal pasti rawatan parah sementara mendapat rawatan susulan daripada pegawai awal kecederaan akibat perubatan. Kit Pertolongan Cemas adalah penting bagi kebakaran. sesebuah tempat kerja. Kebakaran boleh mengakibatkan dua jenis luka, iaitu • Menunjukkan cara luka lecur atau terbakar dan luka terbakar sehingga ke salur rawatan awal kecederaan pernafasan. Luka lecur atau terbakar menyebabkan epidermis akibat kebakaran tercedera. Sekiranya epidermis terus terdedah kepada punca mengikut prosedur yang luka lecur atau bakar, lapisan dermis pula akan tercedera. betul. Dalam keadaan ini, jangkitan kuman mudah berlaku. Bagi mengelakkan berlaku jangkitan kuman, luka lecur atau terbakar Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti perlu mendapatkan rawatan awal. Luka Lecur atau Terbakar Terdapat tiga tahap kecederaan luka lecur atau terbakar, iaitu tahap pertama, tahap kedua dan tahap ketiga. Tahap pertama Foto 1.5 Contoh kebakaran Luka lecur atau terbakar tahap pertama hanya melibatkan tahap pertama lapisan epidermis, iaitu bahagian kulit yang paling luar. Bahagian kulit mangsa akan berasa sakit, kering dan berwarna kemerah-merahan seperti melepuh. Tahap kedua Foto 1.6 Contoh kebakaran 1 Luka lecur atau terbakar tahap kedua pula melibatkan tahap kedua lapisan epidermis dan dermis kulit. Bahagian kulit mangsa akan berasa sakit dan berwarna merah dan terdapat gelembung cecair. Tahap ketiga Foto 1.7 Contoh kebakaran Luka lecur atau terbakar tahap ketiga melibatkan tahap ketiga kemusnahan keseluruhan lapisan kulit dan boleh membawa 31 hingga bahagian tulang. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi kering dan bertukar warna kepada putih, hitam atau coklat gelap. Mangsa tidak akan berasa sakit. Rajah 1.23 Kategori luka lecur atau terbakar

Lendir lidah buaya atau aloe Rawatan awal bagi mangsa luka lecur atau terbakar: vera boleh disapukan pada 1. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. bahagian kulit yang melecur. 2. Alirkan air sejuk ke tempat yang tercedera selama 10 minit. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Sekiranya tiada air, gunakan sebarang cecair yang sejuk. 3. Tanggalkan sebarang perhiasan seperti jam tangan, barang kemas dan tali pinggang serta pakaian yang ketat sebelum anggota yang tercedera membengkak. 4. Tutup bahagian yang tercedera dengan pembalut kering (gauze) yang disteril atau kain yang bersih. 5. Bagi luka lecur atau terbakar tahap ketiga, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Tanda-tanda vital ialah Luka terbakar hingga ke salur pernafasan tanda-tanda fizikal berkaitan Mangsa yang tersedut udara panas atau gas menyebabkan fisiologi badan yang trakea luka terbakar dan bengkak. Mangsa juga berisiko merangkumi: mengalami sesak nafas. yy Suhu Tanda-tanda mangsa mengalami luka terbakar hingga ke salur pernafasan ialah: yy Tekanan darah 1. Terdapat jelaga di sekitar hidung atau mulut mangsa. 2. Bulu hidung terbakar. yy Kadar nadi yy Kadar pernafasan yy Skor kesakitan 3. Lidah kemerah-merahan, bengkak dan panas. 4. Kulit di sekitar mulut rosak. Mengapa mangsa melecur 5. Suara berubah menjadi kasar dan garau. tahap ketiga tidak berasa sakit? 6. Sukar untuk bernafas. 1 Rawatan awal bagi mangsa luka terbakar hingga ke salur pernafasan: Layari http:// 1. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. arasmega.com/ 2. Hubungi ambulans. qr-link/rawatan- 3. Pulihkan bekalan udara atau pernafasan mangsa dengan awal-luka-lecur- atau-terbakar/ melonggarkan baju di sekeliling lehernya. untuk menonton video 4. Tenteramkan mangsa dan perhatikan tanda-tanda vital rawatan awal luka lecur atau terbakar. (Dicapai pada seperti kadar denyutan nadi, tahap gerak balas dan kadar 8 Ogos 2017) pernafasan sehingga pihak ambulans tiba. 32

(e) Prosedur Keselamatan di Institusi Standard Pembelajaran Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti • Mengkaji prosedur 1. Memastikan penggera automatik atau manual berfungsi dengan baik. keselamatan di pelbagai institusi untuk mencegah 2. Mengawal kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kebakaran. kecil. • Mencadangkan langkah pencegahan kebakaran 3. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di tempat kerja. (JBPM) atau Pegawai Keselamatan Jabatan atau Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) atau Pengawal Dengan menggunakan enjin Keselamatan. carian yang sesuai, dapatkan maklumat tentang prosedur 4. Pegawai Keselamatan di institusi membentuk Pasukan keselamatan bagi mencegah Quick Response Team secara adhoc. kebakaran di beberapa institusi yang berlainan. 5. Menghentikan mesin atau proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa. 6. Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat. 7. Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas. 8. Bergerak ke tempat berkumpul dengan teratur dan pantas. 9. Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan. 10. Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan atau bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi. (f) Langkah Pencegahan Kebakaran Lakukan aktiviti ini secara 1 di Tempat Kerja individu. Cadangkan langkah pencegahan 1. Organisasi hendaklah mengadakan latihan mencegah kebakaran di tempat kerja kebakaran dan menyelamat diri dari semasa ke semasa yang sesuai menggunakan terutama di bangunan bertingkat. pelbagai sumber. 2. Latihan perlu diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 3. Ketua institusi perlu memastikan alat-alat pemadam api diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekurang-kurangnya sekali setahun. 4. Institusi hendaklah menyediakan tempat untuk menyimpan rekod penting yang tidak musnah jika berlaku kebakaran. 5. Maklumat tentang prosedur keselamatan ditulis dengan jelas di tempat yang sesuai agar mudah dilihat dan dapat diketahui oleh semua pekerja. 6. Simbol keselamatan dipaparkan bagi membantu pekerja melaksanakan langkah keselamatan dengan betul. 33

Kajian prosedur keselamatan Bandingkan prosedur keselamatan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan prosedur keselamatan di sekolah bagi kebakaran peringkat kecil. Prosedur Keselamatan di Jabatan Prosedur Keselamatan di Sekolah Bomba dan Penyelamat Malaysia Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 1. Kenal pasti jenis kecemasan, buat 1. Murid, guru dan kakitangan yang penilaian risiko, bertindak segera dan berada di Bilik Sains, dinasihatkan aktifkan sistem penggera kebakaran. untuk mematikan punca elektrik atau injap gas sebelum meninggalkan 2. Maklumkan kepada bilik kawalan Bilik Sains. untuk membuat pengumuman pengungsian menggunakan sistem 2. Murid dinasihatkan supaya tidak siaraya dan makluman kepada pihak membawa beg sekolah apabila bomba. meninggalkan kelas. 3. Pastikan semua peserta atau 3. Guru yang sedang mengajar perlu pengunjung dan kakitangan keluar mengarahkan murid ke tempat dengan segera dan selamat untuk selamat dengan kadar segera. ke kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan. Dilarang menggunakan 4. Guru dan ketua kelas perlu lif untuk tujuan pelepasan diri. mengawal murid dalam pergerakan menyelamatkan diri. 4. Kenal pasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama seperti 5. Bagi murid yang tidak berada yang telah direkod sebelumnya. di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan, hendaklah 5. Jika keadaan difikirkan selamat, pergi ke tapak selamat untuk cuba padamkan kebakaran tersebut bersama-sama dengan murid yang menggunakan kemudahan sistem lain. 1 kebombaan yang ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara 6. Apabila sampai di tapak selamat, berseorangan. Jika gagal dikawal, murid hendaklah beratur mengikut keluar dan tunggu sehingga pasukan kedudukan. bomba tiba. 6. Jika terperangkap di dalam asap, cuba 7. Guru kelas akan memastikan semua merangkak pada paras paling rendah murid berada di tapak selamat dan muka menghala ke bawah dan berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. cuba keluar. 8. Jika terdapat murid yang tiada di tempat perhimpunan, guru kelas 7. Tunggu sehingga pasukan bomba hendaklah melaporkan nama murid tiba dan pastikan panduan dan segala tersebut. maklumat diberikan kepada pihak bomba. 9. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. 10. Guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan. 34

Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam 1 Industri Hospitaliti • Hospitaliti bermaksud perkhidmatan layanan yang mesra kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan dalam pelbagai bidang perkhidmatan penginapan, perkhidmatan pengembaraan dan pelancongan serta perkhidmatan makanan dan minuman. • Menjaga keselamatan di tempat kerja penting untuk melindungi nyawa dan kesihatan pekerja, memperoleh margin keuntungan dan menjaga reputasi perniagaan yang baik. • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) menggariskan peraturan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang perlu dipatuhi. • Agensi-agensi seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memainkan peranan dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. • Kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan terbahagi kepada kesan nyata dan tersembunyi. • Mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja dapat mengelakkan sebarang risiko kemalangan. Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja • Punca kemalangan disebabkan oleh manusia dan persekitaran. • Ergonomik bermaksud kajian yang menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bagi mencapai tahap keupayaan maksimum bekerja. • Lima aspek yang perlu dipatuhi bagi mengangkat dan memindahkan objek ialah keadaan dan bentuk beban, menilai berat beban, jarak lokasi pemindahan, keperluan bantuan dan menilai risiko. • Langkah pencegahan kemalangan yang efektif menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja. Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran • Dapur, bilik gas dan ruang penyimpanan adalah ruang kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. • Antara punca kebakaran di tempat kerja ialah pendawaian elektrik, dapur gas, aktiviti memasak, merokok dan kerosakan peralatan elektrik. • Bertindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan apabila berlaku kebakaran. • Mengenal pasti cara memberi rawatan awal kecederaan akibat kebakaran. • Mengenal pasti langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja. 35

Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Selepas mempelajari bab ini, murid dapat: Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Menyenaraikan jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menerangkan kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menghuraikan peraturan keselamatan dan garis panduan kesihatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Menama dan menjelaskan peranan agensi yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. Membuat kesimpulan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Mengesan kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menghuraikan tindakan untuk mengatasi masalah kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di tempat kerja. Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja Memerihalkan persekitaran selamat di tempat kerja. Menerangkan punca kemalangan di tempat kerja. Memberi justifikasi kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja. Menerangkan maksud ergonomik pergerakan di tempat kerja. 1 Menerangkan kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek. Mempertimbangkan aspek pergerakan sebelum mengangkat dan memindahkan objek. Menunjuk cara postur badan yang baik semasa mengangkat dan memindahkan objek berat. Merumuskan langkah pencegahan kemalangan yang efektif di tempat kerja. Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Mengenal pasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. Menerangkan punca kebakaran di tempat kerja. Menjelaskan tindakan jika berlaku kebakaran. Mengenal pasti dan menunjukkan cara rawatan awal kecederaan akibat kebakaran mengikut prosedur yang betul. Mengkaji prosedur keselamatan di pelbagai institusi untuk mencegah kebakaran. Mencadangkan langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja. 36

Penilaian Kendiri Jawab soalan yang berikut. 1. Padankan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja mengikut kategori. Kecederaan atau Kerosakan peralatan kematian pekerja Kos membaiki Kesan nyata Kos pembersihan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti peralatan yang rosak Kesan tersembunyi kawasan kemalangan Kerugian produktiviti Lesen perniagaan dilucutkan serta kualiti kerja Mengalami tekanan Kerugian masa hidup dan trauma dan wang Kos melatih pekerja Majikan dikenakan baharu tindakan disiplin 2. Bilik gas Dapur 1 Foto di atas menunjukkan ruang bilik gas dan ruang dapur. (a) Bagaimanakah kebakaran boleh terjadi di ruang yang ditunjukkan dalam foto tersebut? (b) Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya kebakaran berlaku? 3. Selaku Pengerusi Kelab Sains Rumah Tangga, Nadia dikehendaki merancang aktiviti membuat roti dan kek. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Nadia sebelum aktiviti tersebut dijalankan di bengkel masakan sekolahnya agar peralatan dan kelengkapan di bengkel tersebut selamat digunakan? 37

2BAB SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN 2.1 Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan 2.2 Amalan Kebersihan Diri di Tempat Kerja 2.3 Amalan Menjaga Kebersihan dan Keselamatan Makanan 38

Pengenalan Keracunan makanan berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang telah tercemar atau rosak. Cirit-birit, loya dan muntah ialah tanda-tanda awal yang biasanya terjadi apabila seseorang mengalami keracunan makanan. Amalan sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan perlu dititikberatkan bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 diwartakan bagi memastikan setiap pengendali makanan mengambil serius akan hal ini. Kebersihan diri pengendali makanan, bahan dan peralatan serta kawasan tempat kerja adalah antara tabiat yang perlu diamalkan oleh setiap pengendali makanan. 39

Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan 2.1 Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan Standard Pembelajaran (a) Pengertian Sanitasi dalam Perkhidmatan • Menyatakan maksud Penyediaan Makanan sanitasi dalam Sanitasi bermaksud sistem kawalan kebersihan awam, termasuk perkhidmatan bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan penyediaan makanan. najis. Sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya tidak tercemar. Sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan merangkumi enam prinsip kebersihan. Proses mencuci peralatan yang telah digunakan terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu: yy Pembuangan sisa Penyediaan makanan yy Pembilasan 2 yy Disinfeksi yy Pengeringan Kebersihan Memasak diri makanan Prinsip Kebersihan Makanan Penyimpanan Penyajian bahan yang makanan telah dimasak Penyimpanan bahan makanan segar dan kering Foto 2.1 Contoh penyimpanan Rajah 2.1 Prinsip kebersihan makanan bahan makanan segar 40

Kebersihan Diri Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Setiap pengendali makanan perlu menghadiri kursus latihan pengendalian makanan dan mendapat pemeriksaan kesihatan serta suntikan vaksin Typhoid. Antara aspek kebersihan diri yang perlu diberi perhatian ialah: 1 Penjagaan kebersihan rambut, kulit, hidung, mulut dan tangan. 2 Pemilihan pakaian yang bersih serta pakaian pelindung yang sesuai. 3 Mengambil tindakan segera sekiranya menghidapi penyakit dan rawatan luka. Mengamalkan kebersihan semasa mengendalikan Foto 2.2 Merasa makanan 4 makanan, seperti tidak merokok dan tidak merasa dengan menggunakan peralatan yang sesuai makanan dengan menggunakan jari. 2 Rajah 2.2 Aspek kebersihan diri Penyediaan Makanan Proses penyediaan makanan merangkumi penyediaan bahan mentah dan peralatan untuk memasak. Berikut ialah perkara yang perlu diambil perhatian: 1 Kebersihan ruang kerja dan peralatan memasak. 2 Menyahfroskan makanan dengan sempurna mengikut porsi yang diperlukan sebelum digunakan. 3 Mengelakkan pencemaran silang. 4 Menutup bahan makanan dengan sempurna. Foto 2.3 Sisa makanan 5 Membungkus sisa makanan ke dalam tong sampah. hendaklah dibuang ke dalam tong sampah Rajah 2.3 Prosedur penyediaan makanan 41

Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Memasak Makanan Semasa proses memasak, antara pengendalian bahan mentah dan peralatan yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut: Peralatan memasak yang Aspek Penggunaan kain dapur digunakan bersih, tidak berkarat Memasak mengikut kegunaan kerja Makanan atau rosak Permukaan meja kerja dan dapur sentiasa berada dalam keadaan bersih Rajah 2.4 Aspek yang perlu dititikberatkan semasa memasak makanan Penyajian Makanan • Makanan yang hendak disaji perlu dihidang menggunakan alat yang bersih, tidak retak atau sumbing. • Makanan yang telah siap dimasak ditutup supaya tidak dihinggapi haiwan perosak seperti lalat, lipas atau tikus. 2 Penyimpanan Bahan Makanan Segar dan Makanan Kering • Ruangan simpanan sentiasa bersih dan tidak melebihi muatan. Makanan perlu disusun dengan teratur. • Makanan kering disusun di atas rak yang bersih, jauh daripada makanan berbau dan berada dalam keadaan kering. Daging dan makanan yang sudah Telur dimasak • 6oC hingga 7oC • 2oC hingga 4oC • Tempat telur • Bekas bertutup di tetingkat atas di dalam peti ruang pendingin sejuk Sayur-sayuran, buah-buahan Susu dan krim segar • 4oC • 1oC hingga 9oC • Bekas bertutup • Tempat sayur-sayuran (sayur dan di dalam peti buah perlu dilembapkan sedikit sejuk dan dibungkus dengan plastik) Ikan Daging, ayam dan makanan sejuk • 0oC hingga 3oC beku • Bekas ikan di • -18oC hingga -9oC ruang sejuk • Ruang sejuk beku di dalam peti beku sejuk 42


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook