Maka baginda ditanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah kamu bertasbih, kemudian bertakbir?” Baginda menjawab, “Demi sesungguhnya telah disempitkan kubur hamba yang soleh ini (maka aku bertasbih dan bertakbir) sehinggalah Allah melapangkan untuknya.” Marilah kita menyemak darjat hadis ini. Ia dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no.: 14873, al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis no.: 5346 dan al-Baihaqi dalam Itsbat ‘Azab al-Qubur, hadis no.: 113. Semuanya melalui jalan Muhammad bin Ishaq. Muhammad bin Ishaq, beliau adalah perawi yang masyhur lagi diterima dalam periwayatan sejarah (sirah) dan peperangan (maghazi). Akan tetapi dalam periwayatan hadis, hadis-hadis beliau paling tinggi berdarjat hasan, dengan dua syarat: 1. Beliau tidak meriwayatkan dengan ‘an’anah, kerana beliau dikenali sebagai perawi yang mudallis.178 2. Hadis yang beliau riwayatkan tidak menyelisihi hadis-hadis yang lain. Hadis Rasulullah bertasbih dan bertakbir selepas mengebumikan jenazah Sa’ad bin Mu’adz, ia tidak menepati syarat kedua kerana menyelisihi hadis-hadis lain yang menerangkan saat kematian dan pengebumian Sa’ad bin Mu’adz. Berikut dikemukakan hadis-hadis tersebut. Pertama, Jabir radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .ا ْهتَهز ال َعْر ُش لَِمْو ِت َس ْع ِد بْ ِن ُمعَاذ Arasy bergegar disebabkan kematian Sa’ad bin Mu’adz.179 Dalam satu lafaz lain, Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan, ا ْهتَهز َْلَا عَْر ُش- يَْعِن َس ْع ًدا- ٌ َو َجنَاَزتُهُ َمْو ُضو َعة:أَ هن نَِهب اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم قَا َل 178 Perawi mudallis adalah perawi yang menyembunyikan nama orang sebenar dia menerima hadis tersebut. 179 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3519/3803 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan Sa’ad bin Mu’adz) 150
.الهرْْحَ ِن Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda – ketika jenazah Sa’ad diletakkan – “Arasy al-Rahman bergegar kerananya.”180 Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda setelah Sa’ad bin Mu’adz dikebumikan, ُ فََفهرَج الله، ُش ِدَد َعلَيِْه، َوفُتِ َح ْت لَهُ أَبَْوا ُب ال هس َماِء،َْلََذا الَْعبْ ُد ال هصالِ ُح اله ِذي َتَهرَك لَهُ الَْعْر ُش .َُعْنه Inilah seorang hamba yang soleh, yang kerananya Arasy bergegar, dibukakan baginya pintu-pintu langit, padahal pintu itu sukar dibuka tetapi Allah membukakan untuknya. 181 Ketiga, Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh, : فَبَلَ َغ ذَلِ َك النهِهب َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه َو َسلهَم فََقا َل، َما أَ َخهفَها: َوقَالُوا،ِه.ِإَِّهنَا َكانَفَْتطَِفَْتَقِمالُلْهُُمانَلْافَِمُقَلوئَِنَكِةُف َمِعَجنَُهاْمَزت Orang-orang munafik mula (mengangkat) jenazah (Sa’ad bin Mu’adz) dan mereka berkata, “Kenapakah ia amat ringan?” Perkataan mereka itu disampaikan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda menjelaskan, “Sesungguhnya bersama mereka, jenazah itu tidak lain turut diangkat oleh para malaikat.”182 Keempat, ‘Abdullah ibn ‘Umar berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, :ُدفِ َن ِحَّي َوقَا َل .قَْب لَ َها اْلَْر َض وا.َُهاَماَسَوْعِطٌدئ،ُمَضَعاغْذطَِةَساْبلْعَُقْبوِرَنَّأَللْنَْفَلَف َمَتلَ ِمْنك أَ َسَحْعٌدِد ِمبْ ْنِن نََزَل لَِمْو ِت ُِسبْ َحا َنلَاَقَّْهلدل لَِو انَْفلَ َت 180 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4513/2467 (Kitab Fadha’il al-Shohabah, Bab keutammaan Sa’ad bin Mu’adz). 181 Sahih: Dikeluarkan Ahmad dan dinilai sahih li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 14505. al-Albani menilainya hasan dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3348. 182 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 7032. 151
“Demi sesungguhnya telah turun sempena kematian Sa’ad bin Mu’adz tujuh puluh ribu malaikat, mereka tidak pernah berjalan di atas bumi sebelum itu (bagi mengikuti jenazah beliau).” Dan baginda bersabda ketika (Sa’ad) dikebumikan, “Maha suci Allah! Seandainya ada satu orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, nescaya (orang yang) dibebaskan daripadanya ialah Sa’ad.”183 Demikian empat buah hadis sekitar kematian dan pengebumian Sa’ad bin Mu’adz radhiallahu 'anh. Berdasarkan hadis-hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa kematian beliau menggegarkan Arasy, dibukakan pintu-pintu langit untuknya, malaikat turut mengangkat jenazahnya, turut berjalan mengikuti jenazahnya dan seandainya ada satu orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, orang itu ialah Sa’ad bin Mu’adz. Empat hadis ini menyelisihi hadis daripada jalan Muhammad bin Ishaq yang kononnya Rasulullah melakukan tahlil selepas dikebumikan Sa’ad bin Mu’adz. Ini kerana sangat tidak mungkin jenazah semulia Sa’ad bin Mu’adz – sebagaimana yang dipersaksikan oleh empat hadis di atas – disempitkan kuburnya. Bahkan ia menyelisihi hadis “Maha suci Allah! Seandainya ada satu orang yang dibebaskan daripada himpitan kubur, nescaya (orang yang) dibebaskan daripadanya ialah Sa’ad.” Kesimpulannya, hadis tersebut adalah lemah lagi tertolak. 183 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Bazzar, dihimpun oleh al-Haitsami dalam Kasyf al-Astar ‘an Zawa’id al-Bazzar, hadis no.: 2698. Juga dihimpun oleh al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id, hadis no.: 15691 dan beliau berkata: “Riwayat al-Bazzar dengan dua sanad, dan para perawi salah satu daripadanya adalah para perawi yang sahih.” al-Albani menilai sanadnya jayyid (bagus) dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3345. Maksud jayyid (bagus) adalah darjatnya lebih tinggi daripada hasan tetapi lebih rendah daripada sahih. Maka ia di pertengahan antara hasan dan sahih. 152
Bid’ah Dan Adab Kepada Rasulullah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, بَْع ِض ُك ْم ِبلَْقْوِل َك َج ْهِر ُلَه َْت َهُروا َوَّل النهِِب َصْو ِت فَْو َق َّل تَْرفَعُوا أَ ْصَواتَ ُك ْم ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا لِبَ ْعض .َوأَنْتُْم َّل تَ ْشعُُروَن أَ ْن َْتبَ َط أَ ْع َمالُ ُك ْم Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian meninggikan suara kalian di atas suara Nabi dan janganlah kalian berbicara dengannya secara kuat sebagaimana kalian berbicara antara satu sama lain dengan suara yang kuat. (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus sementara kalian tidak menyedarinya. [al-Hujurat 49:02] Sekali lagi Allah memulakan ayat di atas dengan seruan “Wahai orang-orang yang beriman…” Diulangi bahawa apabila Allah memulakan mana-mana ayat dengan seruan ini, ia antara lain mengandung erti: • Apa yang bakal menyusuli dalam ayat tersebut memiliki tuntutan yang menjadi pengukur kepada kadar keimanan seorang muslim. Orang yang tinggi imannya akan segera menyahut seruan dan bersungguh-sungguh memenuhi tuntutan ayat. Sementara orang yang rendah imannya akan berlengah-lengah menyahut seruan, bahkan mungkin langsung tidak mengendahkannya. Adapun tuntutan ayat, mungkin ia diremehkan, dilanggar atau diselisihi. • Kadar iman seorang muslim boleh naik dan turun. Seorang muslim yang menyedari imannya dalam kadar yang rendah lalu ingin meningkatkannya, hendaklah dia memberi perhatian kepada ayat-ayat yang dimulakan dengan seruan ini lalu segera menyahutnya dan bersungguh-sungguh mengamalkannya. Nescaya dia akan merasai peningkatan dan kemanisan iman. Dalam ayat kedua surah al-Hujurat ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang daripada meninggikan suara di atas suara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Allah juga melarang daripada berbicara dengannya secara kuat sebagaimana kalian berbicara antara satu sama lain dengan suara yang kuat. Secara zahirnya kelihatan seolah-olah larangan dalam ayat kedua ini hanya dapat 153
diamalkan pada masa kehidupan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun bukankah al-Qur’an ini merupakan sebuah kitab yang isi kandungannya untuk kita amalkan hingga ke Hari Kiamat? Sebenarnya ayat kedua surah al-Hujurat ini tetap wajib diamalkan meskipun selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Pengamalannya adalah seperti berikut: • Apabila hadis Rasulullah sedang disampaikan, baik dalam Bahasa Arab atau terjemahannya dalam apa-apa bahasa lain, janganlah meninggikan suara kalian di atas suara orang yang sedang menyampaikannya. Meninggikan suara di atas orang yang sedang menyampaikan hadis adalah seolah-olah meninggikan suara di atas suara Nabi ketika baginda sedang bersabda pada masa hidup baginda. • Apabila berlaku perbicaraan atau perbincangan yang melibatkan hadis-hadis Rasulullah, hendaklah ia dilakukan dengan suara yang rendah dan penuh hormat. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat seterusnya, ٌ ُّضوَن أَ ْصَواَُتُْم عِْن َد َر ُسوِل اَّهلِل أُولَئِ َك اله ِذي َن اْمتَ َح َن اَّهللُ قُلُوَِبُْم لِلتهْقَوى َْلُْم َم ْغِفَرة.ُإَِوأَهنْجالٌهرِذيَعَنِظييٌَمغ Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka apabila berada di sisi Rasulullah, merekalah orang-orang yang Allah uji hati mereka dengan takwa. Bagi mereka keampunan dan ganjaran yang agung (kerana lulus ujian tersebut). [al-Hujurat 49:03] Ini kerana perbicaraan yang melibatkan hadis-hadis Rasulullah, ia seolah-olah perbicaraan yang sedang berlaku bersama Rasulullah pada masa hidup baginda. Justeru jangan berbicara dengan suara yang kuat, apatah lagi untuk berdebat atau bertengkar. • Adab yang sama hendaklah juga diterapkan apabila membaca hadis-hadis Rasulullah, baik yang bercetak di atas kertas atau di skrin komputer dan telefon. Hendaklah hadis-hadis itu dibaca dengan hati yang khusyuk, rendah diri lagi bersedia untuk mentaatinya. Jangan pula membaca dengan hati yang membantah lagi memberontak kerana dibimbangi akan menyamai mereka yang meninggikan suara di atas suara 154
Rasulullah dan berbicara kepada baginda dengan suara yang kuat. Adab apabila berinteraksi dengan hadis-hadis Rasulullah adalah seperti adab apabila berinteraksi dengan al-Qur’an, .َوإِذَا قُِر َئ الُْقْرآ ُن فَا ْستَ ِمعُوا لَهُ َوأَنْ ِصتُوا لَعَله ُك ْم تُْرَْحُوَن Dan apabila dibacakan al-Qur’an, maka dengarlah akan bacaan itu dan berilah perhatian, moga-moga dengan itu kalian memperoleh rahmat. [al-A’raaf 7:204] Demikian juga Allah melarang daripada perdebatan yang melibatkan ayat-ayat al- Qur’an kerana ia sikap orang-orang kafir, .َما َُيَاِد ُل ِف آََي ِت اَّهللِ إَِهّل اله ِذي َن َكَفُروا Tidak ada yang memperdebatkan ayat-ayat Allah kecuali orang-orang kafir. [Ghafir 40:04] Lawan kepada perdebatan adalah melakukan perbicaraan yang melibatkan ayat-ayat al-Qur’an dengan suara yang rendah dan penuh hormat. Di sini tentu timbul soalan, “Apakah kaitan ayat kedua surah al-Hujurat dengan bid’ah?” Pengalaman saya, apabila cuba dinasihati dan ditegur para pencipta dan pengamal bid’ah dengan membacakan hadis-hadis Rasulullah tentang larangan bid’ah, sebahagian mereka akan meninggikan suara di atas suara saya dalam rangka membantah hadis tersebut. Bahkan belum pun hadis itu habis dibaca, mereka telah memotong dan berhujah bagi menolaknya dengan pelbagai tafsiran dan takwilan. Kadangkala perbicaraan yang melibatkan hadis-hadis yang melarang bid’ah bermula dengan tenang. Akan tetapi perlahan-lahan ia semakin menjadi kuat dan panas, mengarah kepada perdebatan dan perbalahan. Maka perbicaraan itu saya hentikan kerana teringat kepada larangan Allah dalam ayat kedua surah al-Hujurat di atas. Ayat kedua surah al-Hujurat ini dimulakan dengan seruan Wahai orang-orang yang beriman…, menunjukkan bahawa larangan janganlah kalian meninggikan suara kalian di atas suara Nabi dan janganlah kalian berbicara dengannya secara kuat adalah pengukur 155
kepada kadar iman seorang muslim. Seorang muslim yang tinggi imannya akan selalu menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, baik dalam topik bid’ah ataupun apa-apa yang lain. Adapun muslim yang rendah imannya, dia akan meremehkan larangan ini dengan tidak menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah. Bagi muslim yang meremehkan larangan tersebut sehingga tidak menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, Allah mengancamnya dengan, (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus sementara kalian tidak menyedarinya. Di sini timbul soalan, kenapa Allah memberi ancaman yang sangat berat kepada orang yang tidak menjaga adabnya apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah? Apatah lagi di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah, hukuman “dihapuskan semua amalan” hanya berlaku ke atas orang beriman yang jatuh kafir, sebagaimana firman-Nya, .َوَم ْن يَ ْكُفْر ِبْلِإَيَا ِن فََق ْد َحبِ َط عَ َملُهُ َوُهَو ِف اْل ِخَرةِ ِم َن اْْلَا ِسِري َن Dan sesiapa yang kafir sesudah dia beriman, maka sesungguhnya hapuslah amalnya dan adalah dia pada Hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. [al-Maidah 5:05] Jawapannya, seorang muslim itu akan terhapus amalan-amalannya apabila dia bukan sekadar tidak menjaga adab apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, tetapi dia juga menentang dan membantahnya. Penentangan dan bantahan pula berlaku dalam suasana hadis itu disepakati kesahihannya, dia memahami hadis tersebut tanpa keraguan dan dia menyedari hukuman kafir ke atas orang yang membantah keputusan atau ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, نُوَن َحَهّت َُيَكِ ُموَك فِي َما َش َجَر بَْينَ ُه ْم ُثه َّل َِي ُدوا ِف أَنُْف ِسِه ْم َحَر ًجا ِِمها.قَ َضْي َتفََوَيُل َسَلِوَرُبمِواَكتَ َّْسللِييًُمْاؤِم 156
Maka tidaklah, demi Tuhan kamu, tidaklah mereka beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa dalam diri mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan hati yang tenang. [al-Nisa’ 4:65] Penafian dua kali dalam ayat di atas diikuti dengan sumpah Allah, yakni pada firman- Nya Maka tidaklah, demi Tuhan kamu, tidaklah mereka beriman… menunjukkan bahawa yang dimaksudkanlah bukanlah tahap iman yang rendah, tetapi ketiadaan iman dalam diri orang yang enggan menerima keputusan mahupun apa-apa hukum syari’at daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru ancaman (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus memberi peringatan kepada semua muslim agar menjaga adab apabila mendengar, berbicara dan membaca hadis-hadis Rasulullah, baik dalam topik bid’ah atau selainnya. Dibimbangi jika ancaman ini dipandang ringan, seorang muslim itu bukan sahaja tidak menjaga adab, tetapi bertahap-tahap beralih kepada sikap menentang dan membantah hadis Rasulullah. Maka pada ketika ini mereka jatuh kafir dan terhapus semua amalan yang pernah dilakukan sebelum itu sementara kalian tidak menyedarinya. Selain itu, meskipun ancaman (Larangan ini) supaya amalan-amalan kalian tidak terhapus terletak di hujung ayat kedua surah al-Hujurat, saya berpendapat ia turut merangkumi ayat pertama surah al-Hujurat. Yakni ke atas firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul- Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]184 Ini kerana apabila seseorang itu mendahului Allah dan Rasul-Nya dalam mencipta bid’ah dengan keyakinan bahawa dirinya layak berbuat sedemikian, dia telah menyekutukan 184 Penjelasan bagi ayat ini dan kaitannya dengan bid’ah telah dijelaskan dalam bab sebelum ini. 157
Allah sebagai satu-satu Pembuat Syari’at. Perbuatan dan keyakinannya itu telah memasukkan dirinya dalam firman Allah, .ُأَْم َْلُْم ُشَرَكاءُ َشَرعُوا َْلُْم ِم َن ال ِدي ِن َما ََلْ ََيْذَ ْن بِِه اَّهلل Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan (atau sekutu-sekutu) selain Allah yang mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah? [al-Syura 42:21]185 Sesiapa yang menyekutukan Allah baik dalam mencipta bid’ah atau apa-apa keyakinan dan perbuatan syirik yang lain, maka terhapus jugalah semua amalannya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َولََق ْد أُوِح َي إِلَيْ َك َوإَِل اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ َك لَئِ ْن أَ ْشَرْك َت لَيَ ْحبَطَ هن عَ َملُ َك َولَتَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن Dan demi sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan (Allah) tentulah akan gugur amalan kamu, dan menjadilah engkau dari orang-orang yang rugi.” [al-Zumar 39:65] Semoga Allah memelihara kita daripada termasuk dalam ayat pertama dan kedua surah al-Hujurat. 185 Penjelasan bagi ayat ini dan kaitannya dengan bid’ah telah dijelaskan dalam pelajaran sebelum ini. 158
Bid’ah Dan Bahaya Ditimpa Fitnah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيَالُِفوَن َع ْن أَْمِرهِ أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَةٌ أَْو يُ ِصيبَ ُه ْم عَ َذا ٌب أَلِيٌم Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63] Terhadap ayat ini, Abu Syamah rahimahullah (665H)186 mengemukakan sebuah kisah daripada Muhammad bin al-Dhahhak, من أَيْن احرم؟:أَن رجَل َجاءَ اَل َمالك بن أنس فََقا َل Bahawa seorang lelaki datang menemui (Imam) Malik bin Anas lalu bertanya, “Daripada manakah dimulakan ihram?” .ُ من الْ ِميَقات اله ِذي َوقت َر ُسول الله (صلى الله عَلَْيِه َوسلم) َوأحرم ِمنْه:فََقا َل Malik menjawab, “Daripada miqat-miqat yang ditentukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sendiri memulakan ihram daripadanya.” فَإِن أَحرمت من أبعد ِمنْهُ؟:فََقا َل الرجل Lelaki itu bertanya, “Jika aku mulakan ihram daripada tempat yang lebih jauh daripadanya?” . َّل أرى ذَلِك:فََقا َل َمالك Malik menjawab, “Aku tidak menemui (hadis yang mensunnahkan) sedemikian.” َما تكره من َذلِك؟:فََقا َل Lelaki itu bertanya, “Apakah kamu membenci yang sedemikian?” . أكره َعلَيْك الِْفْتنَة:قَا َل Malik menjawab, “Aku benci fitnah yang akan menimpa kamu.” 186 Beliau ialah Abdurrahman bin Ismail bin Ibrahim, dilahirkan di Dimasq, Syria pada 596H. Di mukanya terdapat banyak tahi lalat, maka dari situlah beliau mendapat gelaran Abu Syamah. Seorang ahli imu dalam Mazhab al-Syafi’e, dikatakan beliau merupakan guru kepada al-Nawawi (676H). Meninggal dunia pada 665H. 159
َوأي فْتنَة ِف ازدَيد اْْلَْْي؟:قَا َل Lelaki itu bertanya, “Apakah (aku akan ditimpa) fitnah padahal aku hanya menambah kebaikan?”187 ٌله َوتَأعَايَفلْتنيََةُق أولكب(ر(فمَْليَن أَْحنهَذِرك الهخِذيصَنصَُيَالتُِفبِوفَنضَعلْنَلأَْمَِيرِْهتَ أَ ْنص تُبِِهِصيَربَُسُهوْملفِْتالنَلةه.أَ(ْوصيُل ِىصيباَفَللُهَقهاْمَلَعلََعيَْمَذِهاالَوٌبكسألَلفَِميإِ)ٌمن؟)ا)ل Malik menjawab, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63] Apakah fitnah yang lebih besar daripada tindakan kamu yang menentukan (miqat) yang lebih (jauh), yang tidak ditentukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?188 Dalam sebuah riwayat lain, Malik bin Anas membacakan ayat 63 surah al-Nur lalu berkata, َوأي فْتنَة أعظم من أَن ترى أَن اختيارك لنَفسك خْي من ا ْختِيَار الله َوَر ُسوله؟ Dan apakah fitnah yang lebih dahsyat daripada anggapan kamu bahawa apa yang kamu pilih untuk dirimu sendiri adalah lebih baik berbanding pilihan Allah dan Rasul- Nya?189 Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan ayat 63 surah al-Nur ini sebagai, َوقَْولُهُ ((فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيالُِفوَن عَ ْن أَْمِرِه)) أَ ْي عَ ْن أَْمَر َر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه 187 Ayat di atas saya gariskan kerana alasan yang sama lazim dikemukakan oleh para pencipta dan pengamal bid’ah masa kini, bahawa mereka tidak lain hanyalah melakukan kebaikan atau menambah kebaikan. Maka perhatikanlah apa jawapan Malik bin Anas seterusnya. 188 Riwayat Abu Bakar al-Khallal rahimahullah (331H) dalam al-Jami’ dan dikemukakan oleh Abu Syamah dalam al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (( )الباعث على إنكار البدع والحوادثal-Maktabah al-Syamilah), ms. 21. Terjemahan harfiyah bagi ayat terakhir di atas adalah “Apakah fitnah yang lebih besar daripada tindakan kamu yang mengkhususkan (miqat) yang lebih (jauh), yang tidak dikhususkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?” Namun saya menterjemahan “khusus” sebagai “tetap” sebagaimana di atas kerana ia lebih tepat mewakili apa yang dimaksudkan oleh Malik bin Anas. 189 Riwayat Abu Bakar al-Khallal rahimahullah (331H) dalam al-Jami’ dan dikemukakan oleh Abu Syamah dalam al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (( )الباعث على إنكار البدع والحوادثal-Maktabah al-Syamilah), ms. 21-22. 160
،َُو َسلهَم َوُهَو َسبِيلُهُ َوِمْن َها ُجهُ َوطَِريَقتُهُ َو ُسنهتُهُ َو َشِري َعتُه Firman Allah Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut bermaksud, (menyelisihi) perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dari aspek jalannya, manhajnya, jalurnya, sunnahnya dan syari’atnya. َوَما َخالََفهُ فَ ُهَو َمْرُدوٌد، فََما َوافَ َق ذَلِ َك قُبِ َل،َما ُل ِبَقْ َوالِِه َوأَ ْع َمالِِه، اَكْالَئِقْنًاَوا َُملا َواَكْالََنْع،قَائِلِِه َوفَفاَتُعِولَِزِهُن Maka semua perkataan dan amalan ditimbang dengan perkataan dan amalan Rasulullah. Apa yang selari maka diterima dan apa yang menyelisihi maka ditolak, baik perkataannya mahupun perbuatannya, siapapun orang itu. ((َم ْن قَا َل ُأَنهه وسلم عَلَْي ِه ُاَّهلل َصلهى ِاَّهلل َر ُسوَل أَ هن َِهَا.لَثْيَبَ َسَتعَِلَفْيِهالأَْمهصُرََِنحيفََُحهَّْوِيَرٌَدّو)َغ)ِْْي َك َما عَ ِم َل َع َمًَل Ini sebagaimana yang sabit dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) dan selainnya bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak. ))ٌِريعَةَ الهر ُسوِل َِب ِطنًا أَْو ظَا ِهًرا ((أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَة. ْحِمَذْنْر ُكوْلفير ْخأَْوَشنَِفَما ْنق أََخْوالَبَِْدفَعةَش،َوِِبِفَْمْلي: ِفأَقُْلُي:أَ ْي Dalam erti kata lain, hendaklah orang yang menyelisihi syari’at Rasulullah, secara zahir dan batin berhati-hati dan takut akan ditimpa fitnah dalam hati mereka dalam bentuk kekufuran, kemunafikan atau bid’ah.190 Adapun firman Allah akan ditimpa fitnah, fitnah yang dimaksudkan dapat dirujuk kepada ayat-ayat yang lain, .فَلَ هما َزاغُوا أََزا َغ اَّهللُ قُلُوَِبُْم َواَّهللُ َّلَ يَْه ِدي الَْقْوَم الَْفا ِسِقَّي Maka ketika mereka berpaling, Allah palingkan hati mereka (daripada mendapat hidayah) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik. [al- 190 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (Maktabah Syamilah), tafsir ayat 63 surah al-Nur. 161
Saff 61:05] قُلُوِِبِ ْم عَلَى َجعَْلنَا إَِهن ُيَ َداه يََمْاهتَقَُدهدواَم إِ ًذْات َِِوبقًََْيرا َِتوإِ َْنربِِهتَْدفَأَعُْعُهَرْم إَِضَل َعاْنْلَُهَدا َىونَفَِلسَ َْني أَ ْنَوَيمَْفْنَقأَُهظْوهلَُُمَوِِِمهف ْنآ َذاذُِْكِنَِْرم ًأَكِنهة .أَبَ ًدا Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya (disebabkan sikap tersebut) Kami letakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka (sehingga) jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. [al-Kahf 18:57] Antara peraturan Allah Subhanahu wa Ta'ala (sunnatullah) adalah sesiapa yang berpaling daripada-Nya atau Rasul-Nya, maka Allah akan memalingkan hati orang tersebut daripada hidayah-Nya. Oleh itu anda akan dapati orang yang pada mulanya mengamalkan satu bid’ah sementara dia menyedarinya,191 lama kelamaan dia akan mengamalkan semakin banyak bid’ah. Orang yang pada awalnya menyelisihi satu sunnah sementara dia menyedarinya, lama kelamaan dia akan menyelisihi semakin banyak sunnah Rasulullah. Anda juga akan dapati orang yang mengamalkan bid’ah, dia amat sukar untuk memahami ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Rasulullah dan penjelasan tentang bid’ah. Ayat demi ayat, hadis demi hadis dan penjelasan demi penjelasan dikemukakan, semuanya gagal difahami. Mereka meneruskan amalan bid’ah seolah-olah ia sesuatu yang dibolehkan lagi disukai oleh agama. Inilah fitnah yang dimaksudkan. Bahkan fitnah itu mungkin datang dalam bentuk yang lebih dahsyat, yakni apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi kuasa dan kemudahan kepada dia membesar-besarkan bid’ah tersebut sehingga dia sangka dirinya berada di atas pertolongan Allah. Padahal itu 191 Maksudnya, dia mengetahui perkara itu adalah bid’ah namun dia tetap meneruskannya atas alasan “Bid’ah yang baik”, atau “Apa salahnya?”, atau “Nabi tak buat tetapi Nabi tak kata jangan buat”, atau “Ulama kata boleh buat”. 162
hanyalah umpan atau istidraj.192 Amaran Allah 'Azza wa Jalla, ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع غََْْي َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه.َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115] Berkata Ibn Katsir rahimahullah (774H), ،ََوَاولَم ْهشنْرعَُسلَِفَك ِشَغقْْي :أَِشْيق ْلَُصَداَرى)ِ)ف.هُلَهُفَا،َْم ادل(هِ(ِمتَونَْمهَُْجنبَاْعءيََُدَِِشَمباَااقِِاقظلَهَرهالَُرسهرولَُسُهُلواَلْْلَصَلهُِمّقْىنَواتَبََبَّهلْعلهَُِّيدعَلَلََمهيُْاِهَوتاَتَبَهوهَّسََضيلهَمَحل:الَعَوقهَشْنِْرويلَُعهُعَِة طَِري ِق َوذَلِ َك Firman Allah Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk bermaksud sesiapa yang menempuh jalan selain jalan syari’at yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka dia berada di satu belahan sementara syari’at Islam berada di belahan lain. Yang sedemikian disengajakan olehnya sesudah dinyatakan, dijelaskan dan diberikan pencerahan kepadanya tentang kebenaran.193 Berbeza dengan orang yang menerima hidayah, maka Allah akan menambah hidayah-Nya kepada orang tersebut. Oleh itu anda akan dapati orang yang pada mulanya menemui satu sunnah Rasulullah lalu mengamalkannya, Allah akan menunjukinya kepada lain-lain sunnah dan dia akan mengamalkan semakin banyak sunnah. Orang yang pada awalnya meninggalkan satu bid’ah, Allah akan membimbingnya untuk meninggalkan lain-lain bid’ah. Demikianlah peraturan Allah Subhanahu wa Ta'ala (sunnatullah) sebagaimana 192 Maksud istidraj akan dijelaskan seterusnya, insya-Allah. 193 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim (Maktabah Syamilah), tafsir ayat 115 surah al-Nisa’. 163
firman-Nya, .َويَِزي ُد اَّهللُ اله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا ُه ًدى Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah. [Maryam 19:76] .َواله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا َزاَد ُه ْم ُه ًدى َوآََت ُه ْم تَْقَوا ُه ْم Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa. [Muhammad 47:17] Akhir kata, berdasarkan firman Allah Maka hendaklah orang-orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63], hendaklah kita semua menjauhi bid’ah, baik yang kecil mahu besar. Ini kerana sesiapa yang mencipta, meyakini atau mengamalkan satu bid’ah, baik yang kecil mahupun besar, Allah akan menimpakan fitnah ke atasnya sehingga satu bid’ah itu berkembang biak kepada pelbagai bid’ah. 164
Istidraj Dan Bid’ah Istidraj adalah kelebihan rezeki, nikmat atau kesenangan yang Allah berikan kepada orang yang bermaksiat kepada-Nya, hanya untuk diazab oleh Allah pada hari kemudian. Dalam bahasa yang mudah, ia disebut sebagai “umpan”. Ia seperti umpan yang digantung di mata kail orang yang memancing di mana seekor ikan akan menyangka ia adalah nikmat makanan untuknya. Namun ternyata pada akhirnya ia adalah padah baginya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyebut tentang istidraj dalam sabda baginda, . فَِإَّهنَا ُهَو ا ْستِ ْدَرا ٌج،إِذَا َرأَيْ َت اللهَ يُْع ِطي الْعَْب َد ِم َن ال ُّدنْيَا عَلَى َم َعا ِصيِه َما َُِي ُّب Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba daripada (pelbagai nikmat) dunia yang disukainya padahal dia terus bermaksiat kepada-Nya, maka itu tidak lain adalah istidraj. أَبَْوا َب ُك ِل َعلَْيِه ْم فَتَ ْحنَا بِِه ذُكُِروا .َذا((ُهفَْملَ همُمابْلِنَُسُسوواَن)َم)ا:ِأُوتَُصلهواىأَ اَخللْهذََُنَعُهلَْيْمِهبََْغوتََةًسلهفََمإ ِالله َرفَُِسر ُوحُولا ُثه تََل ِِبَا َحَهّت إِذَا َش ْيء Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca ayat al-Qur’an, “Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” [al-An’aam 6:44]194 Orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia sebenarnya menentang ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dia meyakini bid’ahnya itu lebih baik, lebih menyempurnakan dan lebih sesuai untuk Islam dan umatnya. Bid’ah adalah salah satu bentuk maksiat dan orang yang melazimi bid’ah dibimbangi akan dikenakan istidraj oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dibimbangi orang tersebut akan masuk dalam firman Allah, 194 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan ia dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 17311. Sementara itu al-Albani menilainya sahih, rujuk penjelasan beliau di Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 413. 165
ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع غََْْي َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه.َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115] Oleh itu anda akan dapati, orang-orang yang melazimi bid’ah seolah-olah diberikan kekuasaan, kemudahan dan keluasan untuk mempraktikkan dan menyebarkan bid’ah mereka. Bahkan kekuasaan mereka itu menyebabkan orang-orang yang melazimi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam disekat dan dihimpit. Mungkinkah mereka - orang-orang yang melazimi bid’ah – sudah masuk dalam firman Allah Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya ? Hanya Allah yang mengetahui. 166
Pembuat Dan Pengamal Bid’ah Sukar Bertaubat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .إِ هن اَّهللَ َح َج َب التهْوبَةَ َع ْن َصا ِح ِب ُك ِل بِْدعَة Sesungguhnya Allah menghijab taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah.195 Hadis ini memberi peringatan serta amaran kepada setiap pembuat dan pengamal bid’ah. Ia dapat dirincikan sebagai berikut. Pertama, ia tidak bermaksud Allah menghalang taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah, tetapi menyukarkan taubat daripada mereka. Ini sebagaimana orang yang ditutupi hijab sukar untuk melihat di luar hijabnya. Kedua, kesukaran untuk bertaubat berlaku kerana sudah menjadi sunnatullah (peraturan Allah) bahawa sesiapa yang berpaling daripada ayat-ayat Allah atau hadis-hadis Rasulullah, maka Allah akan palingkan dan tutupkan hatinya. Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut ini, .فَلَ هما َزاغُوا أََزاغَ اَّهللُ قُلُوَِبُْم َواَّهللُ َّلَ يَْه ِدي الَْقْوَم الَْفا ِسِقَّي Maka ketika mereka berpaling, Allah palingkan hati mereka (daripada mendapat hidayah) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik. [al- Saff 61:05] قُلُوِِبِ ْم عَلَى َج َعلْنَا يََداهُ إَِهن يََمْاهتَقَُدهدواَمإِذًْات َِِوبقًََْيرا َِتوإِ َْنربِِهتَْدفَأَعُْعُهَرْم إَِضَل َعاْنْلَُهَدا َىونَفَِلسَ َْني أَ ْنَوَيمَْفْنَقأَُهظْوهلَُُمَوِِِمهف ْنآ َذاذُِْكنَِِْرم ًأَكِنهة .أَبَ ًدا Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? 195 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.: 4202 dan al-Baihaqi dalam Sya’bu al-Iman, hadis no.: 9011. Dihimpun oleh al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id wa Manba’ al-Fawa’id, hadis no.: 17457 dan beliau berkata, “Riwayat al-Thabarani dalam al-Ausath, para perawinya adalah perawi yang sahih kecuali Harun bin Musa al-Farwiy, dia seorang yang dipercayai.” Dihimpun oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan beliau berkata, “Riwayat al-Thabarani dan sanadnya adalah hasan.” al-Albani menilainya sahih dalam Silsilah al-Ahadits al- Shahihah, hadis no.: 1620 dan Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 54. 167
Sesungguhnya (disebabkan sikap tersebut) Kami letakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka (sehingga) jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. [al-Kahf 18:57] Dalam kes ini, Allah dan Rasulullah telah melarang daripada mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah namun larangan itu tidak dipedulikan. Maka Allah palingkan dan tutupkan hati para pembuat dan pengamal bid’ah daripada bertaubat. Berbeza bagi sesiapa yang menuruti ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah, maka sunnatullah (peraturan Allah) ialah Allah menambah hidayah kepadanya. Ini sebagaimana firman-Nya, .َويَِزي ُد اَّهللُ اله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا ُه ًدى Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah. [Maryam 19:76] .َواله ِذي َن ا ْهتَ َدْوا َزاَد ُه ْم ُه ًدى َوآََت ُه ْم تَْقَوا ُه ْم Dan orang-orang yang menerima hidayah, Allah menambahi mereka dengan hidayah serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa. [Muhammad 47:17] Ketiga, jika sesiapa dari kalangan pembuat dan pengamal bid’ah ingin bertaubat, Allah tetap akan membuka hijab taubat, mempermudahkan taubatnya dan menerima taubatnya. Oleh itu janganlah ragu-ragu atau berputus asa untuk bertaubat dan mengharapkan keampunan Allah, sebesar mana atau sebanyak mana bid’ah yang telah dibuat atau diamalkan. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, له ِذي َن أَ ْسَرفُوا َعلَى أَنُْف ِسِه ْم َّل تَْقنَطُوا ِم ْن َرْْحَِة اَّهللِ إِ هن اَّهللَ يَغِْفُر ال ُّذنُو َب ََِجيعًا.إِنههُ ُهَو اقُلْْغلَُفََيوُر ِعابَلاهرِدِحيَيُم ا Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan pelbagai kemaksiatan, termasuklah bid’ah), janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa 168
semuanya (apabila kalian bertaubat). Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Zumar 39:53] Hadis Sesungguhnya Allah menghijab taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah dapat juga dilihat dan difahami dari sudut yang lain. Ia seperti berikut. Faktor pendorong bagi seseorang itu bertaubat ialah adanya rasa bersalah melakukan maksiat, yakni rasa bersalah menderhakai larangan Allah dan Rasulullah. Oleh itu orang-orang yang melakukan maksiat seperti judi, minum arak, zina, makan riba, menonton gambar serta video lucah dan pelbagai lagi, jauh di satu sudut hati mereka wujud rasa bersalah kerana menderhakai larangan Allah dan Rasulullah, serta keinginan agar pada satu hari nanti mereka memiliki kekuatan untuk bertaubat. Berbeza dengan para pembuat dan pengamal bid’ah, mereka tidak berasa sedang melakukan maksiat. Mereka meyakini apa yang mereka buat dan amalkan itu adalah baik, bahkan lebih baik daripada apa yang Allah dan Rasulullah telah syari’atkan. Maka atas keyakinan yang palsu ini, mereka tidak berasa sedang melakukan kesalahan, apatah lagi untuk dikatakan sedang melakukan kemaksiatan. Disebabkan tidak wujudnya rasa bersalah itu, maka mereka tidak bertaubat kepada Allah daripada amalan bid’ah tersebut. Oleh kerana itulah diriwayatkan sebuah kata-kata yang masyhur daripada Sufyan al- Tsauri rahimahullah (161H),196 . َوالْبِ ْد َعةُ َّل يُتَا ُب ِمْن َها، الْ َمْع ِصيَةُ يُتَا ُب ِمْن َها،الْبِ ْدعَةُ أَ َح ُّب إَِل إِبْلِي َس ِم َن الْ َم ْع ِصيَِة Bid’ah lebih dicintai oleh iblis berbanding maksiat, kerana maksiat dapat diharapkan taubat daripadanya sementara bid’ah tidak dapat diharapkan taubat daripadanya.197 Maksudnya, iblis dan para syaitan lebih mencintai bid’ah berbanding maksiat kerana para pembuat dan pengamal bid’ah tidak rasa bersalah mencipta, meyakini atau 196 Beliau ialah Sufyan bin Sa'id bin Masruq, lahir pada 76H dan meninggal dunia pada 161H di Basrah. Seorang tabi’ tabi’in yang merupakan ahli hadis, ahli fiqh dan lain-lain bidang ilmu. Ada yang berkata beliau memiliki mazhab tersendiri sebagaimana al-Syafi’e, Malik bin Anas, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal. 197 Dikeluarkan Ibn Ja’d ( )عليى بن ال َج ْعدdalam Musnadnya, hadis no.: 1809, al-Lalika’e dalam Syarh Ushul ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, riwayat no.: 238, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, jld. 7, ms. 76 dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah, jld. 1, ms. 216. Pemilik blog Abu al-Jauzaa menyatakan bahawa riwayat ini sanadnya lemah, tetapi maksudnya benar. Sila rujuk http://abul-jauzaa.blogspot.com 169
mengamalkannya. Maka mereka akan berterusan mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah tanpa ada rasa keinginan untuk bertaubat. Berbeza dengan para pembuat dan pengamal maksiat, mereka sedikit sebanyak ada rasa bersalah sehingga ingin agar dapat bertaubat pada satu hari nanti. Justeru itu pengajaran penting daripada hadis Sesungguhnya Allah menghijab taubat daripada setiap pembuat dan pengamal bid’ah adalah menjauhi bid’ah sejak dari awal meskipun sekecil-kecil bid’ah. Ini kerana jika sudah terjebak, maka sukar untuk bertaubat dan keluar daripadanya. Mana Lebih Utama, Larang Bid’ah atau Larang Arak? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .ُكْنتُْم َخَْْي أُهمة أُ ْخِرَج ْت لِلنها ِس ََتُْمُرو َن ِِبلْ َم ْعُرو ِف َوتَْن َهْو َن عَ ِن الْ ُمْن َكِر َوتُْؤِمنُو َن ِِبَّهلِل Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia (disebabkan) kalian menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran serta kalian beriman kepada Allah. [‘Ali Imran 3:110] Dalam ayat di atas Allah menerangkan tiga ciri umat yang terbaik, yakni (1) menyuruh kepada kebaikan, (2) melarang daripada kemungkaran dan (3) beriman kepada Allah. Jika umat Islam hanya mengamalkan satu atau dua daripada ciri-ciri di atas, maka akan hilanglah ciri umat terbaik tersebut. Misalnya seperti apa berlaku pada masa kini di mana ramai umat Islam yang beriman kepada Allah tetapi amat sedikit yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Maka umat Islam masa kini bukanlah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia. 170
Antara menyuruh kepada kebaikan ialah menyuruh umat Islam agar mempelajari sunnah, mengamalkan sunnah dan berpegang teguh kepada sunnah. Ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .فَ َعلَْي ُك ْم بِ ُسنهِت َو ُسنهِة اْْلُلََفاِء الْ َم ْه ِديَِّي الهرا ِش ِدي َن َتَ هس ُكوا ِِبَا َو َع ُّضوا َعلَْي َها ِبلنهَوا ِج ِذ Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham.198 Antara melarang daripada kemungkaran ialah melarang umat Islam daripada bid’ah dengan menerangkan apakah itu bid’ah, di manakah bahayanya bid’ah dan kepentingan menjauhi bid’ah meskipun yang kecil atau samar-samar. Ini sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .ٌَوإَِهي ُك ْم َوُُْم َدََث ِت اْلُُموِر فَِإ هن ُك هل ُُْم َدثَة بِْدعَةٌ َوُكله بِْد َعة َضَللَة Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. 199 Apabila umat Islam meninggalkan suruhan kepada sunnah dan larangan daripada bid’ah, maka hilanglah ciri-ciri umat terbaik yang Allah sebut dalam ayat 110 surah Ali Imran di atas. Di sini mungkin ada yang bertanya, manakah yang patut diberi keutamaan, melarang daripada bid’ah atau melarang daripada maksiat seperti berjudi, minum arak, menonton gambar atau video lucah, membuka aib orang lain, rasuah, menzalimi isteri dan derhaka kepada ibu serta bapa? Dijawab bahawa bid’ah dan maksiat kedua-duanya dilarang oleh Allah Subhanahu wa 198 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. Penjelasan lanjut tentang hadis ini akan dikemukakan dalam bab Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah, insya-Allah. 199 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. Penjelasan lanjut tentang hadis ini akan dikemukakan dalam bab Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah, insya-Allah. 171
Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun antara kedua-duanya, keutamaan diberikan kepada melarang daripada bid’ah dan menasihati orang yang berbuat bid’ah. Ini kerana: • Bid’ah mengubah agama sementara maksiat tidak mengubah agama. Ertinya muslim yang berbuat maksiat, dia lazimnya melakukan maksiat tersebut bukan dengan mengubah hukumnya daripada haram kepada halal, tetapi kerana kelemahan diri sendiri dalam mentaati larangan agama. • Bid’ah memberi kesan yang buruk kepada agama dan pengamalnya sementara maksiat memberi kesan yang buruk hanya kepada pengamalnya. • Bid’ah memberi kesan kepada agama di mana sesuatu amalan bid’ah, lama kelamaan akan dianggap sebagai sebahagian daripada agama. Berbeza dengan maksiat, ia tetap difahami sebagai larangan agama meskipun ia dilakukan sekian lama dan tersebar luas. • Hampir setiap amalan bid’ah akan mematikan satu atau lebih sunnah yang semisal sehingga akhirnya menghilangkan ketulenan agama. • Orang yang melakukan bid’ah, dia dalam andaian sedang melakukan ibadah dan kebaikan sementara orang yang melakukan kemungkaran, dia sedar sedang melakukan dosa dan kesalahan. • Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya mengajak muslim yang lain untuk turut serta kerana mengandaikannya sebagai sesuatu yang baik. Orang yang melakukan maksiat, dia lazimnya tidak mengajak muslim yang lain untuk turut serta kerana mengetahui ia adalah salah. • Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya melakukan bid’ah tersebut di tempat- tempat agama seperti masjid dan surau atau di majlis-majlis agama, sehingga orang awam menganggap ia sebahagian daripada agama. Orang yang melakukan maksiat, dia lazimnya melakukan maksiat tersebut di tempat-tempat yang khusus untuk maksiat tersebut sehingga orang awam tahu itu adalah maksiat. • Bid’ah lazimnya dicipta atau dipimpin oleh agamawan (imam, tuan guru, ustaz dan 172
ustazah) di mana status agamawan itu menyebabkan ramai orang awam mudah terikut-ikut kepadanya. • Orang yang melakukan bid’ah, dia lazimnya memiliki beberapa hujah dan alasan agama bagi menghalalkannya. Paling rendah, dia akan beralasan, “Apa salahnya, bukankah ini perkara yang baik?” Orang yang melakukan maksiat, dia lazimnya tidak memiliki hujah mahupun alasan agama bagi menghalalkannya. • Orang yang melakukan bid’ah, dia mudah mempengaruhi muslim yang lain untuk turut serta kerana memiliki beberapa hujah dan alasan agama bagi menghalalkannya. Orang yang melakukan maksiat, dia sukar mempengaruhi muslim yang lain untuk turut serta kerana ia sedia diketahui ramai sebagai larangan agama. • Bid’ah telah diberikan nama yang baik lagi indah oleh sebahagian agamawan seperti “Bid’ah Hasanah” sementara maksiat lazimnya tidak diberikan nama yang baik mahupun gelaran yang indah. • Orang yang melakukan bid’ah, dia tidak menganggap dirinya sedang melakukan dosa dan kesalahan sehingga kemungkinan untuk bertaubat adalah rendah. Orang yang melakukan maksiat, di satu sudut hatinya dia sedar bahawa dia sedang melakukan dosa dan kesalahan sehingga kemungkinan untuk bertaubat adalah lebih tinggi. Oleh kerana itulah diriwayatkan sebuah kata-kata yang masyhur daripada Sufyan al- Tsauri rahimahullah (161H), . َوالْبِ ْدعَةُ َّل يُتَا ُب ِمْن َها، الْ َمْع ِصيَةُ يُتَا ُب ِمْن َها،الْبِ ْدعَةُ أَ َح ُّب إَِل إِبْلِي َس ِم َن الْ َم ْع ِصيَِة Bid’ah lebih dicintai oleh iblis berbanding maksiat, kerana maksiat dapat diharapkan taubat daripadanya sementara bid’ah tidak dapat diharapkan taubat daripadanya.200 200 Dikeluarkan Ibn Ja’d ( )عليى بن ال َج ْعدdalam Musnadnya, hadis no.: 1809, al-Lalika’e dalam Syarh Ushul ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, riwayat no.: 238, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, jld. 7, ms. 76 dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah, jld. 1, ms. 216. Pemilik blog Abu al-Jauzaa menyatakan bahawa riwayat ini sanadnya lemah, tetapi maksudnya benar. Sila rujuk http://abul-jauzaa.blogspot.com 173
Bid’ah Dan Syaitan Qarin Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .َوَم ْن يَْع ُش َع ْن ِذ ْكِر الهرْْحَ ِن نَُقيِ ْض لَهُ َشيْطَاًَن فَ ُهَو لَهُ قَِري ٌن Dan sesiapa yang membutakan dirinya daripada al-Qur’an, kami adakan baginya syaitan. Maka menjadilah ia pendampingnya yang tetap (qarin). .َوإِْهنُْم لَيَ ُص ُّدوَْنُْم عَ ِن ال هسبِي ِل َوَْي َسبُوَن أَْهنُْم ُم ْهتَ ُدوَن Dan sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan itu) benar-benar menghalangi mereka (orang-orang yang membutakan diri daripada al-Qur’an) dari jalan yang benar sedangkan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk. [al-Zukhruf 43:36-37] Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang orang-orang yang membutakan diri mereka daripada al-Qur’an. Maksudnya sengaja tidak mempedulikan ajaran al-Qur’an atau berpaling daripadanya. Maka bagi orang sebegini, Allah mengutuskan syaitan kepadanya sebagai qarin. Maksud qarin ialah sentiasa mendampinginya di mana jua. Terdapat kesamaan dan perbezaan antara syaitan dan syaitan qarin. Kesamaannya, syaitan qarin berperanan seperti syaitan-syaitan lain, iaitu menghalangi manusia dari jalan yang benar. Tidak sekadar itu, mereka memperindahkan jalan yang salah sehingga manusia menyangka itulah jalan yang betul dan itulah jalan hidayah. Helah syaitan memperindahkan apa yang salah supaya nampak betul dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam beberapa ayat lain, .قَا َل َر ِب ِِبَا أَ ْغَويْتَِن َْلَُزيِنَ هن َْلُْم ِف اْلَْر ِض َوَْلُ ْغ ِويَنه ُه ْم أََْجَعَِّي (Iblis) berkata: “Wahai Tuhanku! Disebabkan Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan kepada mereka (Adam dan zuriatnya, segala jenis kemungkaran) di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:39] ََتَّهلِل لََق ْد أَْر َسلْنَا إَِل أَُمم ِم ْن قَْبلِ َك فََزيه َن َْلُُم ال هشْيطَا ُن أَ ْع َماَْلُْم فَ ُهَو َولُِيّ ُه ُم الْيَْوَم َوَْلُْم عَ َذا ٌب 174
.أَلِي ٌم Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat- umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu syaitan memperindahkan kepada mereka amal-amal mereka (yang sebenarnya mungkar); maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari (Kiamat) dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Nahl 16:63] Perbezaannya, syaitan datang dan pergi untuk mengganggu manusia sementara syaitan qarin sentiasa bersama manusia. Maka syaitan qarin adalah jauh lebih mudarat dan bahaya berbanding syaitan biasa. Pencipta dan pengamal bid’ah, mereka termasuk dalam kategori orang-orang yang membutakan diri daripada al-Quran. Ini kerana al-Qur’an telah memperingatkan dan melarang daripada bid’ah, namun mereka membutakan diri daripada peringatan dan larangan tersebut. Al-Qur’an juga telah menetapkan beberapa keyakinan, ibadah, hukum dan fiqh hati, namun mereka membutakan diri daripada semua itu dan mencipta apa yang baharu. Berikut dikemukakan satu contoh. al-Qur’an telah menetapkan hukum bagi orang yang berpuasa bahawa dibolehkan makan, minum dan hubungan seks di antara suami dan isteri sehingga jelas masuknya waktu fajar atau waktu Subuh, بْتَغُوا َما َكتَ َب اَّهللُ لَ ُك ْم َوُكلُوا َوا ْشَربُوا َحَهّت يَتَبَهَّي لَ ُك ُم اْْلَيْ ُط اْلَبْيَ ُض ِم َن.اْْلَيْ ِط اْفَالَْْلسََونِدَِبِمِشَنُراولُْهَف هنْجِرَوا Maka sekarang, lakukanlah hubungan seks dengan mereka dan carilah apa yang Allah telah tetapkan bagi kalian (yakni kenikmatan seks) serta makanlah dan minumlah sehingga jelas bagi kalian benang-benang putih daripada benang-benang hitam, yakni waktu fajar. [al-Baqarah 2:187] Namun ada yang membutakan diri daripada ayat al-Qur’an di atas lalu mencipta atau mengamalkan waktu imsak yang 10 minit lebih awal daripada waktu fajar. Pada waktu imsak ini, mereka sudah mula menahan diri (berpuasa) daripada makanan, minuman dan hubungan seks di antara suami dan isteri. 175
Berdasarkan ayat yang sama, perhatikan bahawa puasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan seks sahaja. Akan tetapi ada yang membutakan diri daripada al-Qur’an lalu membuat hukum baharu bahawa batal puasa atau makruh memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Seperti mengorek hidung, mengorek telinga, menitiskan air ke mata, menggosok gigi, merasa masakan (lalu kemudian diludah keluar), menggunakan inhaler bagi yang sakit asma dan mengambil suntikan insulin bagi yang menghadapi kencing manis. Semua ini (hukum waktu imsak, hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan) adalah bid’ah. Termasuk dalam kategori orang-orang yang membutakan diri daripada al-Qur’an adalah mereka yang membutakan diri daripada hadis-hadis Rasulullah. Ini kerana al-Qur’an telah berulang kali memerintahkan ketaatan dan ikutan kepada Rasulullah serta larangan daripada menderhaka dan menyelisihi baginda. Disebabkan tindakan membutakan diri daripada al-Qur’an, Allah mengutuskan syaitan yang menjadi pendamping tetap (qarin). Syaitan itu pula, seperti mana kebiasaan syaitan-syaitan yang lain, menghalang orang tersebut dari jalan Allah dan Rasulullah. Malah syaitan itu memperindahkan apa yang sebenarnya mungkar sehingga mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh kerana itulah anda akan dapati mereka yang melazimkan diri dengan pelbagai keyakinan, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, mereka tidak merasakan bid’ah itu adalah salah. Bagi mereka bid’ah-bid’ah tersebut adalah betul, baik, terpuji dan patut diteruskan. Inilah maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu marilah kita celik kepada ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu meyakini dan mengamalkannya sepenuhnya supaya tidak ada syaitan yang menjadi qarin bersama kita. 176
Bid’ah Penyebab Kesesatan Yang Nyata Allah 'Azza wa Jalla berfirman, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] Para ahli tafsir menerangkan bahawa ayat ini asalnya turun tentang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mengatur perkahwinan antara Zaid bin Harisah dan Zainab binti Jahsy radhiallahu 'anhuma. Ada juga riwayat lain yang menerangkan bahawa ia melibatkan peraturan perkahwinan antara sahabat yang lain. Namun sahabat terbabit tidak bersetuju dengan peraturan tersebut dan ingin memilih pasangan hidup tersendiri. Maka atas sebab tidak bersetuju dan ingin membuat pilihan tersendiri, Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan ayat 36 surah al-Ahzab di atas. Pun begitu, memandangkan ayat ini bersifat umum maka ia merangkumi apa saja urusan yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan. Bererti jika kita menemui sesiapa yang memilih sesuatu urusan agama yang berbeza daripada apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan, maka kemukakan ayat ini sebagai hujah ke atas mereka. Penjelasan Ibn Katsir rahimahullah (774H) sekali lagi menjadi rujukan, فَلَيْ َس ،بِ َش ْيء َُوَر ُسولُه ُاَّهلل َح َك َم َوَذلِ َك أَنههُ إَِذا ل،َُّموَوِر،ُِِْلَف َحََدِجيَِهعا اُهْنَال ٌاَْوَّلليَةُا ْخعَتِايَاهمَةر فَ َه ِذِه ِْلَ َحد ،َرأْ َي َوَّل قَْوَل ُُُمَالََفتُه Ayat ini bersifat umum merangkumi semua urusan, yakni apabila Allah dan Rasul- Nya memutuskan sesuatu perkara maka tidak bolehkan bagi sesiapa jua menyelisihinya, juga tidak boleh bagi sesiapa jua memilih tentangnya, baik pandangan mahupun pendapat. 177
َحَهّت َُيَ ِك ُموَك فِي َما َش َجَر بَْينَ ُه ْم ُثه َّل َِي ُدوا.)) َض(ْي(فَََتلَوَيوَُربَِسلَُِكموَاّلتَيُْْسؤلِِمينًُمواَن:َِف أَنُْف ِسَكِهَمْما قََحاَرَلًجاتَعَِِماهاَلق Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Maka tidaklah, demi Tuhan kamu, tidaklah mereka beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Wahai Muhammad) hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa dalam diri mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan hati yang tenang. [al-Nisa’ 4:65] َّل يُْؤِم ُن أَ َح ُدُك ْم َحَهّت يَ ُكوَن َهَواهُ تَبَعًا لَِما،ِ ((َواله ِذي نَْف ِسي بِيَ ِده:اْْلَ ِدي ِث.)ِجئْ ُت بَِِهوِ)ف Dan dalam sebuah hadis, Demi nyawaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah beriman seseorang kalian sehinggalah dia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku sampaikan.201 ((َوَم ْن يَْع ِص اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله َضَلَّل: فََقا َل،َوِْلََذا َش هدَد ِف ِخَل ِف ذَلِ َك.))ُمبِينًا Atas sebab inilah diberikan peringatan tegas kepada orang yang menyelisihi apa yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan, yakni pada firman Allah Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. ((فَْليَ ْح َذ ِر اله ِذي َن َُيَالُِفوَن َع ْن أَْمِرِه أَ ْن تُ ِصيبَ ُه ْم فِْتنَةٌ أَْو يُ ِصيبَ ُه ْم عَ َذا ٌب: َكَقْولِِه تَعَا َل.))أَلِيٌم Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Maka hendaklah orang- orang yang menyelisihi perintah Rasulullah takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih. [al-Nur 24:63]202 201 Ibn Katsir menyebut “Dalam sebuah hadis…” dan ini merupakan isyarat akan kelemahannya. Hadis tersebut dikeluarkan oleh Ibn ‘Ashim dalam al-Sunnah dan ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Zhilal al-Jannah fi Takhrij al- Sunnah, hadis no.: 15. 202 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 36 surah al-Ahzaab. 178
Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat 36 surah al-Ahzab ini, perhatikan sikap sebahagian umat Islam terhadap apa yang ditetapkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ُُْم َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َّوُك ُل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.203 Dalam hadis di atas Rasulullah telah menetapkan bahawa setiap perkara baharu berbanding al-Qur’an dan al-Sunnah adalah bid’ah. Namun ada yang memilih bahawa perkataan كُلtidak bermaksud setiap. Sebaliknya ia bermaksud “sebahagian” atau “kebanyakan”. Rasulullah juga telah menetapkan bahawa setiap bid’ah adalah sesat. Pun begitu ada yang memilih bahawa bid’ah itu ada yang baik dan buruk, terpuji dan tercela, bahkan ada yang wajib, sunat, mubah, makruh dan haram. Seterusnya mereka memilih untuk mencipta, meyakini atau mengamal aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah lalu menjustifikasikannya atas nama “bid’ah yang baik”. Tindakan memilih-milih di atas ketetapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini menyelisihi firman Allah 'Azza wa Jalla, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] 203 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 179
Mengkaji Aqidah “Allah Di Mana-Mana” Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36],204 Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa diri-Nya beristawa’ di atas ‘Arasy. Ketetapan ini diulangi sebanyak 8 kali di dalam al-Qur’an, salah satu daripadanya adalah, اْلَْمَر يَُدبُِر الَْعْر ِش عَلَى ْستََوى.تَأَََهذيهكمُرُوثهَنا ِستهِة إِْذَنخِلَِه َقذَلاِلُكهسُمَمااََّهلوالُ َِرُبتّ ُكَواْمْلَفَْرا ْعبَُضُدِوهُف اله ِذي اَِمّهللُْن إَِشهنِفيَربعه ُإكَِهُّمل ِم ْن َما أَفََل بَْع ِد Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia beristawa’ di atas ‘Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya. Demikian itulah Allah, Tuhan kamu; maka sembah Dia. Patutkah kamu (setelah mengetahui kenyataan yang tersebut) tidak mahu mengingati-Nya? [Yunus 10:03] Allah memulakan ayat di atas dengan memperkenalkan Diri-Nya, Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang… Kemudian Allah menetapkan salah satu sifat-Nya, Dia beristawa’ di atas ‘Arasy. Sifat istawa’ paling dekat diterjemah kepada Bahasa Melayu sebagai bersemayam sementara’ Arasy paling dekat diterjemah sebagai singgahsana. Namun meskipun dengan terjemahan ini, hendaklah diambil maklum dua perkara penting: • Apabila Allah beristawa’ di atas ‘Arasy, tidaklah bererti Allah berhajat atau memerlukan Arasy. Ini kerana salah satu sifat Allah adalah al-Shomad yang 204 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini. 180
bermaksud Sempurna, Serba Mencukupi lagi Berdikari (Perfect, Self Sufficient and Independent) sehingga tidak berhajat atau memerlukan kepada mana-mana makhluk-Nya.205 Sebaliknya makhluk yang berhajat dan memerlukan kepada-Nya. Sifat al-Shomad ini disebut dalam ayat kedua surah al-Ikhlas, .)4( ) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد3( ) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد2( ) اَّهللُ ال هص َم ُد1( قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:01-04] • Apabila Allah beristawa’ di atas ‘Arasy, maka caranya sesuai dan layak bagi Allah tanpa sebarang kesamaan dengan sifat manusia yang bersemayam di atas singgahsana. Ini sebagaimana yang Allah tetapkan dalam ayat terakhir surah al- Ikhlas, Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04] Seterusnya, setelah Allah menetapkan Diri-Nya sebagai pencipta langit dan bumi, beristawa’ di atas ‘Arasy, mentadbir alam dari sana dan tidak ada syafaat di Akhirat kelak melainkan dengan izin-Nya206, Allah berfirman, Demikian itulah Allah, Tuhan kamu; maka sembah Dia. Bermaksud sembahlah kalian akan Allah yang telah menetapkan bagi Diri-Nya sifat-sifat pencipta langit dan bumi, beristawa’ di atas ‘Arasy, mentadbir alam dari sana dan tidak ada syafaat di Akhirat kelak melainkan dengan izin-Nya. Meskipun Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa dia beristawa’ di atas Arasy, ada sebahagian yang memilih keyakinan yang lain. Mereka menafikan sifat istawa’, sebaliknya menetapkan bahawa Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat”. Mereka beralasan dengan ayat 4 surah al-Hadid, .َوُهَو َم َع ُك ْم أَيْ َن َما ُكْنتُْم Dan Dia (Allah) bersama kalian di mana jua kalian berada. [al-Hadid 57:04] 205 Maksud “makhluk” ialah semua ciptaan Allah di alam ini, baik yang bernyawa atau tidak. Ia berasal daripada sifat Allah al-Khaliq yang bermaksud Maha Mencipta. Arasy termasuk makhluk Allah kerana ia adalah ciptaan Allah. 206 Lebih lanjut tentang Syafa’at, sila rujuk artikel saya sebanyak 3 siri atas tajuk yang sama di www.hafizfirdaus.com (Guna fungsi mencari: Syafa’at atau Syafaat). 181
Kesalahan keyakinan Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat” dapat dikenali dengan merujuk kepada keseluruhan ayat 4 surah al-Hadid, يَلِ ُج ِف َِِبمَاا الْعَْر ِش يَْعلَُم ُثه ا ْستََوى عَلَى ِستهِة أََهيم ِف ِمْنَخَلهَاَقَواَملا هسيَْنَمِازَُلوا ِمِتَن َاوالْلَهسْرَماَِءض اله ِذي ُهَو ِض.ٌابَْلَِصْرْي تَ ْع َملُوَن َُما ُكْنتُْم َواَّهلل َوُهَو َمعَ ُك ْم أَيْ َن يَْعُرُج فِيَها َوَما َيُْر ُج َوَما Dia-lah (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia beristawa’ di atas ‘Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya . Dan Dia (Allah) bersama kalian di mana saja kalian berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [al-Hadid 57:04] Perhatikan bagaimana di permulaan ayat Allah telah menetapkan bahawa Dia beristawa’ di atas ‘Arasy. Oleh itu apabila Allah menyatakan bahawa Dia bersama kalian di mana saja kalian berada maka yang dimaksudkan bukanlah Zat-Nya kerana jika yang sedemikian maka akan wujud pertentangan: Apakah Allah beristawa’ di atas Arasy atau Allah bersama makhluk-Nya di mana-mana saja? Ketahuilah bahawa perkataan bersama tidak semestinya bermaksud hadir bersama secara fizikal. Akan tetapi ia juga boleh bermaksud hadir bersama dari aspek selain fizikal. Sebagai contoh, apabila suami berkata “Abang sentiasa bersamamu” kepada isterinya, tidak semestinya bererti kebersamaan fizikal seperti suami duduk sebelah isteri, akan tetapi kebersamaan dari aspek ingatan, kerinduan dan doa suami kepada isterinya, meskipun mereka berdua saling berjauhan. Oleh itu apabila Allah menyatakan bahawa Dia bersama kalian di mana saja kalian berada maka yang dimaksudkan bukanlah kebersamaan Zat-Nya akan tetapi kebersamaan Pengetahuan-Nya, Pengawasan-Nya, Rahmat-Nya, Pendengaran-Nya, Penglihatan-Nya dan lain-lain, sesuai dengan konteks ayat. Inilah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah dalam persoalan Ma‘iyyatullah (Kebersamaan Allah). Adapun mengikut konteks ayat 4 surah al-Hadid, maka bersama yang dimaksudkan adalah Penglihatan Allah kerana di hujung ayat Allah telah berfirman, Dan Allah Maha 182
Melihat apa yang kamu kerjakan. Oleh itu bagi mereka yang memilih keyakinan bahawa Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat” setelah Allah menetapkan Diri-Nya beristawa’ di atas Arasy, dikemukakan ayat berikut, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] 183
Mengkaji Aqidah “Allah Tidak Di Langit” Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36],207 Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan bahawa Diri-Nya di langit. Terdapat banyak dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menetapkan bahawa Allah di langit. Dua yang mudah terdapat dalam surah al-Mulk yang lazim dibaca, yakni pada firman-Nya, أَأَِمْنتُْم َم ْن ِف ال هس َماِء أَ ْن َيْ ِس َف بِ ُك ُم اْلَْر َض فَِإذَا ِه َي َتُوُر؟ Apakah kalian berasa aman daripada Yang di langit seandainya Dia menenggelamkan kalian ke dalam bumi apabila bumi itu bergegar (gempa bumi)? [al- Mulk 67:16] .أَْم أَِمْنتُْم َم ْن ِف ال هس َماِء أَ ْن يُْرِس َل َعلَْي ُك ْم َحا ِصبًا فَ َستَ ْعلَ ُموَن َكْي َف نَ ِذيِر Atau apakah kalian berasa aman daripada Yang di langit seandainya Dia menghantar ke atas kalian angin ribut? Maka pada ketika itu kalian akan mengetahui tentang peringatan-Ku. [al-Mulk 67:17] Berdasarkan dua ayat di atas, siapakah di langit yang berkuasa menyebabkan gempa bumi dan menghantar angin ribut? Jawapannya tidak lain adalah Allah. Pun begitu, meskipun Allah 'Azza wa Jalla telah menetapkan Diri-Nya di langit, masih ada sebahagian yang memilih untuk menafikan penetapan tersebut atas alasan Allah tidak mungkin berhajat kepada tempat sebagaimana makhluk yang berhajat kepada tempat. Allah tidak mungkin memerlukan langit sebagaimana manusia memerlukan rumah sebagai 207 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini. 184
tempat tinggal. Penafian ini berpunca daripada kegagalan untuk memahami dengan baik surah al- Ikhlas. Ketahuilah bahawa: • Apabila Allah menetapkan Diri-Nya di langit, tidaklah bererti Allah berhajat atau memerlukan kepada langit. Ini kerana salah satu sifat Allah adalah al-Shomad yang bermaksud Sempurna, Serba Mencukupi lagi Berdikari (Perfect, Self Sufficient and Independent) sehingga tidak berhajat atau memerlukan kepada mana-mana makhluk-Nya seperti langit. Sebaliknya makhluk yang berhajat dan memerlukan kepada-Nya. Sifat al-Shomad ini disebut dalam ayat kedua surah al-Ikhlas, .)4( ) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد3( ) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد2( ) اَّهللُ ال هص َم ُد1( قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:01-04] • Apabila Allah menetapkan Diri-Nya di langit, maka ia sesuai dan layak bagi Allah tanpa sebarang kesamaan dengan sifat manusia yang memerlukan tempat tinggal seperti rumah. Ini sebagaimana yang Allah tetapkan dalam ayat terakhir surah al-Ikhlas, Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04] Justeru bagi mereka yang memilih keyakinan bahawa Allah “di mana-mana” atau “wujud tanpa tempat” setelah Allah menetapkan Diri-Nya di langit, dikemukakan ayat berikut, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] 185
Mengkaji Aqidah Allah Memiliki Wajah, Tangan Dan Kaki Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36],208 Allah dan Rasulullah dalam al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih telah menetapkan bagi Diri-Nya sifat Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain. Satu contoh ialah hadis berikut di mana Shar bin Husyab bertanya kepada Ummu Salamah radhiallahu 'anha (isteri Rasulullah), “Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda di sisi kamu?” Maka Ummu Salamah menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa .ََي ُمَقلِ َب الُْقلُو ِب ثَبِ ْت قَلِْب َعلَى ِدينِ َك Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama- Mu.” ََي َر ُسوَل اَّهللِ َما أَ ْكثََر ُد َعاءَ َك ََي ُمَقلِ َب الُْقلُو ِب ثَبِ ْت قَلِْب َعلَى ِدينِ َك؟:قَالَ ْت فَُقلْ ُت Ummu Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kamu banyak berdoa Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama- Mu?” َوَم ْن أَقَا َم ََشاء فََم ْن ِاَّهلل أَ َصابِِع ِم ْن أُ ْصبُعَِّْي بََّْي َُوقَلْبُه إَِهّل آَدِم ٌّي لَْي َس ُإِنهه ََسلَ َمة أُهم ََي :قَا َل ََشاء .َأََزاغ Rasulullah menjawab, “Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidaklah seorang 208 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini. 186
pun daripada anak cucu Adam melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas kebenaran) dan sesiapa yang Allah kehendaki, Dia palingkan (daripada kebenaran).209 Namun terdapat sebahagian yang memilih untuk menafikan sifat-sifat ini dan sebaliknya mentakwilkannya (mengubahnya) kepada sifat yang lain. Misalnya Wajah ditakwilkan kepada reda sementara Tangan ditakwilkan kepada kuasa. Bahkan mereka menuduh bahawa sesiapa berkeyakinan bahawa Allah memiliki sifat Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain, dia telah menyerupakan Allah dengan makhluk (Musyabbihah) dan menganggap Allah berjasmani (Mujassimah). Bagi menerangkan kesalahan mereka yang memilih untuk menafikan dan mentakwilkan sifat-sifat Allah, marilah kita mengkaji ayat berikut. َوقَالَ ِت الْيَ ُهوُد يَُد اَّهلِل َم ْغلُولَةٌ غُله ْت أَيْ ِديِه ْم َولُعِنُوا ِِبَا قَالُوا بَ ْل يََداهُ َمْب ُسوطَتَا ِن يُنِْف ُق َكيْ َف .ُيَ َشاء Dan orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan kedua-dua Tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. [al-Maidah 5:64] Dalam ayat di atas, orang Yahudi telah menuduh dua perkara terhadap Allah: • Pertama, Allah memiliki Tangan • Kedua, Tangan Allah itu terikat Sebelum itu ketahuilah bahawa apabila orang-orang menuduh sesuatu yang tidak benar terhadap Allah, Allah akan menafikannya atau melaknat orang yang membuat tuduhan itu. Sebagai contoh perhatikan ayat berikut, .َوقَالُوا اَهتََذ الهرْْحَ ُن َولًَدا ُسْب َحانَهُ بَ ْل ِعبَادٌ ُم ْكَرُموَن Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata, “Allah al-Rahman telah mengambil 209 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3444/3522 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah). 187
(para malaikat) sebagai anak!” Maha Suci Allah! Bahkan mereka (para malaikat yang dituduh sebagai anak Allah itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. [al-Anbiya 21:26] Perhatikan pula ayat berikut, يُ َضا ِهئُوَن ِبَفْ َوا ِهِه ْم قَ ْوُْلُْم ذَلِ َك ِاَّهلل ابْ ُن الْ َم ِسي ُح عَُزيٌْر ابْ ُن اَّهلِل َوقَالَ ِت النه َصاَرى اله ِذَيوقََانلَ َكِتَفُرالْوايَ ُهِموْنُد قَ ْوَل .قَْبلُ قَاتَلَُه ُم اَّهللُ أََّهن يُْؤفَ ُكوَن Dan orang Yahudi berkata, “Uzair adalah anak Allah!” dan orang Nasrani berkata, “al-Masih adalah anak Allah!” Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, mereka meniru perkataan orang-orang kafir daripada sebelum (mereka). Allah melaknat mereka210 (atas sebab apa yang mereka katakan), bagaimanakah mereka boleh berpaling daripada kebenaran? Kembali kepada ayat 64 surah al-Maidah, apabila orang Yahudi menuduh-Nya: • Pertama, memiliki Tangan • Kedua, Tangan itu terikat Allah hanya melaknat orang Yahudi atas tuduhan Kedua, bahawa Tangan-Nya terikat. Adapun tuduhan Pertama bahawa Dia memiliki Tangan, Allah tidak menafikannya mahupun melaknat mereka. Malah Allah menetapkan sifat Tangan dengan berfirman, Bahkan kedua- dua Tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. Semua ini menunjukkan bahawa bukanlah satu kesalahan untuk menetapkan sifat Tangan kepada Allah. Demikian juga sifat-sifat lain yang Allah sifati Diri-Nya dalam al-Qur’an dan hadis yang sahih, ia tidak perlu dinafikan atau ditakwilkan. Hanya tentang sifat-sifat Allah ini, kita beriman kepadanya dan menetapkannya sambil menafikan kesamaan dengan mana-mana makhluk-Nya dan tidak membicarakan ciri-cirinya kerana tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04] Selain itu, jika sifat Tangan ditakwilkan kepada “kuasa”, ia tidak lagi sesuai dengan 210 Terjemahan harfiyah adalah “Semoga Allah membinasakan mereka”. Namun Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh, seorang sahabat yang Rasulullah doakan menjadi pakar tafsir, menerangkan bahawa ia sebenarnya bermaksud “Semoga Allah melaknat mereka”. Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim oleh Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 30 surah al-Taubah. 188
susunan ayat 64 surah al-Maidah tersebut. Perhatikan, Dan orang Yahudi berkata, “Kuasa Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan kedua- dua Kuasa Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. [al- Maidah 5:64] Perhatikan pula apabila sifat “Tangan” ditakwil kepada “Nikmat”, Dan orang Yahudi berkata, “Nikmat Allah terikat!” Sebenarnya tangan merekalah yang terikat dan mereka dilaknat disebabkan apa yang mereka katakan itu. Bahkan kedua- dua Nikmat Allah terbuka, Dia menafkahkan apa jua sebagaimana yang Dia kehendaki. [al- Maidah 5:64] Bagaimana mungkin “kuasa” dan “nikmat” boleh terikat dan terbuka? Kesimpulannya, jika sesiapa memilih untuk menafikan atau mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti Wajah, Tangan, Jari dan Kaki padahal Allah dan Rasul-Nya telah menetapkannya, maka diperhujahkan ke atas orang itu firman Allah, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] 189
Penjelasan Tambahan Ketahuilah bahawa umat Islam dari dahulu telah berselisih tentang ayat-ayat al- Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan tentang sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jalan yang dipilih oleh Rasulullah, para sahabat dan generasi awal (Salaf) adalah beriman kepada sifat-sifat tersebut dan menetapkannya dengan 4 prinsip berikut: Pertama: Tanpa Tahrif, iaitu tidak mengubah lafaz atau mengalih maksud sifat-sifat tersebut. Sifat Tangan Allah tidak diubah menjadi kekuasaan-Nya atau nikmat-Nya. Kedua: Tanpa Ta’thil, iaitu tidak menolak, menafikan atau mengalih (takwil) sifat- sifat tersebut. Ketiga: Tanpa Takyif, iaitu tidak bertanya atau menggambarkan bagaimana ciri-ciri, bentuk atau tatacara sifat-sifat tersebut. Keempat: Tanpa Tamtsil, iaitu tidak menyerupa atau mengumpamakan sifat-sifat tersebut dengan mana-mana makhluk yang ada di sekalian alam kerana tidaklah Allah seumpama mana-mana makhluk-Nya. Berkata Abu ‘Isa al-Tirmizi rahimahullah (279H)211 setelah mengemukakan sebuah hadis tentang melihat Allah dan tentang Kaki Allah di Akhirat kelak, أَْمُر فِي ِه يُْذَكُر َما َه َذا ُِمثْل ٌة.أََوْشَبسَلههََم َهِرِذَواِهََياْلٌَت ْشيََكاثِْءََي َارِلهبنهُِْمِبَوِذَصْكلهُرىالاَقَّهلَدلُِمعََلوَْيَماِه َوقَْد ُرِو َي عَ ِن الُّرْؤيَِة أَ هن النها َس يََرْوَن Dan sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam riwayat-riwayat yang banyak semisal ini, apa yang disebut di dalamnya tentang al-Ru’yah (melihat Allah dengan jelas), bahawa manusia akan melihat Tuhan mereka. Dan disebut tentang Kaki dan sifat-sifat212 lain yang menyamainya (seperti Wajah, Tangan, Jari- 211 Beliau ialah Abu ‘Isa bin Saurah bin Musa al-Tirmizi, lahir pada 200H di bandar Tirmiz, Tajikistan. Seorang ahli hadis pada zamannya, sempat berguru dengan al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan iman-iman hadis yang lain. Kitabnya al-Jami’ atau lebih masyhur dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi menjadi pillihan ramai kerana selain mengemukakan hadis, beliau juga menerangkan darjatnya, hukum fiqhnya dan pendapat para imam generasi Salaf tentangnya. Meninggal dunia pada 279H di bandar Termez, Uzbekistan. 212 Terjemahan harfiyah adalah “perkara-perkara”. Namun memandangkan perkara-perkara itu sebenarnya merujuk kepada sifat-sifat Allah, maka saya menterjemahkannya sebagai “sifat-sifat”. 190
Jemari). ِه، ِكتُْربَْوِنىأَنََه ِسذ:ِ قََاولَُماوال،ِر ُِيثه،يِلعَكْيالَوعَِلْغَفِْْم؟ِيِهِمْمَنأَاْهنُْلَْمئِهمَرِةَوْواِمثَِْهل ِذِهُسْفايَْالََنْشياَلاثهءَْو:يََُدقاَوأََُولْكِه،عَُيَذاَْيوَّنَلَةَِعْن،ْؤُِمبَواُنبِْفِِِنبَاَه،ُاَوْابلَْ ِنَحااِدلْيَُموابَلُماثََْرذَِوَكهن Dan jalan yang dipilih tentang riwayat-riwayat ini di sisi ahli ilmu dari kalangan para imam seperti Sufyan al-Tsauri, Malik Ibn Anas, Ibn Mubarak, Ibn ‘Uyainah, Waqi’ dan selain mereka, bahawa mereka meriwayatkan sifat-sifat ini kemudian mereka berkata, “Kami meriwayatkan hadis-hadis ini dan kami beriman dengannya dan tidak dikatakan padanya, bagaimana (ciri-ciri sifat tersebut)?” ََوَه َذا اله ِذي ا ْختَاَرهُ أَْه ُل اْلَ ِدي ِث أَ ْن يَْرُووا َه ِذِه اْلَ ْشيَاءُ َك َما َجاءَ ْت َويُْؤَم ُن ِِبَا َوَّل َكيْ َف؟:تَُف هسُر َوَّلَ تُتََوهه ُم َوَّلَ يَُقا ُل Inilah jalan yang dipilih oleh para ahli hadis bahawa mereka meriwayatkan sifat- sifat ini sebagaimana adanya dan mereka beriman dengannya tanpa membicarakannya secara terperinci213, tanpa menabur kesamaran ke atasnya dan tidak dikatakan, bagaimana (ciri-ciri sifat tersebut)? .َوَه َذا أَْمُر أَْه ِل العِلِْم اله ِذي ا ْختَاُروهُ َوذَ َهبُوا إِلَيِْه Dan demikianlah juga pendirian ahli ilmu (selain ahli hadis) di mana mereka memilihnya dan mereka berjalan di atasnya.214 Kemudian datang generasi kemudian (Khalaf) yang mencipta bid’ah dengan menafikan sifat-sifat Allah dan mentakwilkannya kepada sesuatu yang lain. Niat mereka baik, iaitu ingin mensucikan Allah daripada menyerupai makhluk dan memiliki jasmani. Akan tetapi cara mereka salah kerana telah menafikan apa yang Allah tetapkan dalam al-Qur’an 213 Maksudnya, mereka memahami makna sifat-sifat tersebut akan tetapi mereka tidak memperincikannya, memperhalusinya dan mendalaminya kerana pengetahuan tentang semua itu hanyalah pada Allah. Ini penting untuk diketahui kerana ada yang menuduh generasi Salaf tidak mengetahui makna sifat-sifat Allah, mereka menyerahkan semuanya (tafwidh) kepada Allah. Tuduhan ini tidak benar. Generasi Salaf memahami makna sifat-sifat Allah, mereka hanya serahkan ciri-ciri sifat itu kepada Allah. 214 Sunan al-Tirmizi, selepas hadis no.: 2480/2557 (Kitab Sifat al-Jannah ‘an Rasulullah, Bab tentang kekalnya ahli syurga dan ahli neraka). 191
dan apa yang Rasulullah tetapkan dalam hadis-hadis baginda. Dasar bagi kesalahan ini adalah apabila sahaja mereka membaca atau mendengar tentang sifat-sifat Allah, terus terbayang atau tergambar dalam minda mereka bahawa ia menyerupai makhluk dan menunjukkan kepada jasmani sehingga perlu dinafikan dan ditakwilkan. Padahal tidak akan terjadi bayangan atau gambaran seperti itu jika sifat-sifat Allah tersebut sejak awal difahami berdasarkan surah al-Ikhlas. Dalam erti kata lain, hendaklah setiap Muslim memahami dan menguasai surah al-Ikhlas dengan baik sebelum berinteraksi dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang menetapkan sifat-sifat Allah. Sebelum ini telah dikemukakan tiga contoh bagaimana surah al-Ikhlas membetulkan mereka yang menafikan dan mentakwilkan sifat Istawa’ di atas Arasy, di langit, Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain bagi Allah. Di kalangan generasi terkemudian ada juga yang berhujah bahawa memandangkan Allah telah berfirman tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04], maka tidak boleh menetapkan sifat-sifat Istawa’ di atas Arasy, di langit, memiliki Wajah, Tangan, Jari, Kaki dan lain-lain kerana semua itu adalah semisal dengan makhluk. Jika ditetapkan sifat-sifat itu, maka berlaku perselisihan dengan firman Allah tidak ada satu jua yang semisal dengannya [al-Ikhlas 112:04] Maka bagi menghilangkan perselisihan itu, hendaklah sifat-sifat semisal makhluk itu dinafikan dan ditakwilkan. Hujah ini dijawab bahawa tidak ada perselisihan di antara ayat-ayat al-Qur’an, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .أَفََل يَتَ َدبهُروَن الُْقْرآ َن َولَْو َكا َن ِم ْن ِعْن ِد َغِْْي اَّهلِل لََو َج ُدوا فِيِه ا ْختَِلفًا َكثًِْيا Maka apakah mereka tidak mentadabbur al-Qur’an? Seandai ia bukan dari sisi Allah, nescaya akan wujud padanya perselisihan (dan pertentangan) yang banyak. [al- Nisa’ 4:82] Demikian juga, tidak ada perselisihan antara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah, kerana peranan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah menjelaskan al-Qur’an dan bukan menyelisihinya. Firman Allah 'Azza wa Jalla, 192
.َوأَنَْزلْنَا إِلَْي َك ال ِذْكَر لِتُبََِّي لِلنها ِس َما نُِزَل إِلَْيِه ْم Dan kami menurunkan kepada kamu (Wahai Muhammad) al-Qur’an supaya kamu menjelaskannya kepada manusia apa yang kami turunkan kepada mereka. [al-Nahl 16:44] Bahkan jika manusia berselisih dalam memahami al-Qur’an, hendaklah mereka merujuk kepada penjelasan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sebagaimana firman- Nya, .َوَما أَنَْزلْنَا عَلَيْ َك الْكِتَا َب إَِهّل لِتُبََِّي َْلُُم اله ِذي ا ْختَلَُفوا فِيِه َوُه ًدى َوَرْْحَةً لَِقْوم يُْؤِمنُوَن Dan tidaklah kami menurunkan ke atas kamu (Wahai Muhammad) kitab al-Qur’an melainkan untuk kamu menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan tentangnya; dan sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang beriman. [al- Nahl 16:64] Jika kita merujuk kepada semua hadis Rasulullah, tidak akan ditemui penjelasan baginda bahawa ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat Allah hendaklah dinafikan dan ditakwilkan supaya ia tidak semisal dengan makhluk. Malah baginda sendiri menetapkan sifat-sifat tersebut, sebagaimana hadis tentang Jari-Jemari Allah yang telah dikemukakan sebelum ini. Seterusnya perhatikan juga hadis berikut, Berkata Abu Yunus Sulaiman bin Jubair, pembantu Abu Hurairah radhiallahu 'anh, )) إَِل قَْولِِه...(إِ هن اَّهللَ ََيُْمُرُك ْم أَ ْن تَُؤُّدوا اْلََماََن ِت إَِل أَْهلَِها:(تَ َعا َل (ْ(َإِِس ْهعن اَُّتهللَأَََِبكا َُهنَريََْْرِسةَييعًَاْقَربأَُ َِصهِْذيًاهِ)اْ)ليقََاةََل Aku mendengar Abu Hurairah membaca ayat ini, “Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian agar diserahkan segala amanah kepada ahlinya…” sehingga ke firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (di akhir ayat), “Sesunguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi Melihat” [al-Nisa 4:58], (lalu dia) berkata, . َوالهِت تَلِيَها َعلَى عَْينِِه،َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم يَ َض ُع إِِْبَاَمهُ َعلَى أُذُنِِه “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meletakkan ibu jarinya ke telinganya dan jari di sebelahnya (yakni jari telunjuk) ke matanya.” 193
. َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم يَْقَرُؤَها َويَ َض ُع إِ ْصبَعَْيِه:َقَا َل أَبُو ُهَريَْرة Abu Hurairah berkata lagi, “Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacanya (ayat 58 surah al-Nisa’) dan meletakkan kedua jarinya (di telinga dan matanya).”215 Selain itu perhatikan juga firman Allah berikut ini, .ُلَْي َس َك ِمثْلِِه َش ْيءٌ َوُهَو ال هس ِمي ُع الْبَ ِصْي Tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya, dan Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Allah mulakan ayat di atas dengan menerangkan bahawa tidak ada yang semisal dengan-Nya. Namun sejurus selepas itu Allah menerangkan sifat-Nya yang Mendengar dan Melihat. Pada zahirnya kelihatan seolah-olah ada perselisihan kerana sifat Mendengar dan Melihat adalah semisal dengan makhluk. Lalu bagaimanakah dihilangkan perselisihan ini? Apakah dengan menafikan sifat Mendengar dan Melihat? Jalan yang ditempoh oleh Rasulullah, para sahabat dan generasi Salaf bagi menghilangkan perselisihan ini bukanlah dengan menafikan sifat Allah kerana yang sedemikian bererti menafikan ayat-ayat al-Qur’an. Sebaliknya mereka menetapkan sifat- sifat Allah tersebut dan beriman kepadanya. Cuma mereka menyerahkan ciri-ciri sifat itu kepada Allah sambil menyucikan Allah daripada apa-apa kesamaan dengan makhluk-Nya. Melalui jalan ini, berlakulah keserasian antara tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya dan Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kesimpulannya, hendaklah dijauhi bid’ah aqidah yang menafikan dan mentakwilkan sifat-sifat Allah. Sebaliknya tetapkanlah sifat-sifat yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan dan berimanlah kepadanya. Tidak perlu terbayang sifat-sifat itu menyerupai makhluk atau menunjuk kepada jasmani kerana tiada suatu jua yang semisal dengan-Nya. Kepada sesiapa yang masih memilih menafikan serta mentakwilkan apa yang Allah 215 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau berkata, “Ini merupakan bantahan ke atas kelompok Jahmiyyah.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 4103/4728 (Kitab al-Sunnah, Bab tentang Jahmiyyah). 194
dan Rasul-Nya telah tetapkan, maka diperhujahkan ke atasnya firman Allah, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلَِْيَة َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إِذَا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َضله Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] Bid’ah dan Penyakit Hati Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, .َويَُقولُوَن آَمنها ِبَّهللِ َوِبلهر ُسوِل َوأَطَْعنَا ُثه يَتََوَهل فَِري ٌق ِمْن ُه ْم ِم ْن بَْع ِد َذلِ َك َوَما أُولَئِ َك ِبلْ ُمْؤِمنَِّي Dan mereka berkata, “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!” Kemudian sepuak daripada mereka berpaling sesudah berkata sedemikian. Dan tiadalah mereka itu dapat disifatkan sebagai orang-orang yang beriman. .َوإَِذا ُدعُوا إَِل اَّهللِ َوَر ُسولِِه لِيَ ْح ُك َم بَْينَ ُه ْم إَِذا فَِري ٌق ِمْن ُه ْم ُم ْعِر ُضوَن Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling. .َوإِ ْن يَ ُك ْن َْلُُم اْْلَ ُّق ََيْتُوا إِلَيِْه ُم ْذ ِعنَِّي Akan tetapi jika kebenaran itu berpihak kepada mereka, mereka akan datang kepada Rasulullah dengan patuh. 195
.أَِف قُلُوِِبِْم َمَر ٌض أَِم اْرََتبُوا أَْم َيَافُوَن أَ ْن َِيي َف اَّهللُ َعلَْيِه ْم َوَر ُسولُهُ بَ ْل أُولَئِ َك ُه ُم الظهالُِموَن Apakah dalam hati mereka terdapat penyakit atau mereka ragu-ragu, atau mereka bimbang seandainya Allah dan Rasul-Nya akan berlaku zalim ke atas mereka? Bahkan merekalah sebenarnya orang-orang yang zalim. ن قَْوَل الْ ُمْؤِمنَِّي إِذَا ُدعُوا إَِل اَّهلِل َوَر ُسولِِه لِيَ ْح ُك َم بَْينَ ُه ْم أَ ْن يَُقولُوا َِْس ْعنَا َوأَطَْعنَا َوأُولَئِ َك.َُه ُم الْ ُمْفإَِلِّهنَاُح َوكاَن Sesungguhnya perkataan orang yang beriman apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka, perkataan mereka tidak lain hanyalah “Kami dengar dan kami taat!” Mereka itulah orang-orang yang berjaya. .َوَم ْن يُ ِط ِع اَّهللَ َوَر ُسولَهُ َوَيْ َش اَّهللَ َويَتهْقِه فَأُولَئِ َك ُه ُم الَْفائُِزو َن Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. [al- Nur 24:47-52] Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang orang-orang yang secara lisan berkata “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!” namun setelah itu sebahagian daripada mereka berpaling, yakni tidak benar-benar beriman dan taat kepada Allah dan Rasullullah. Mereka yang berpaling itu adalah orang-orang munafik, di mana lisan dan tindakan mereka saling menyelisihi. Demikian jelas para ahli tafsir. Demikian juga, apabila orang-orang yang secara lisan berkata “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!” diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi, sebahagian daripada mereka akan berpaling. Akan tetapi jika mereka meyakini bahawa kebenaran berada di pihak mereka, mereka akan datang menyahut seruan. Sekali lagi, yang dimaksudkan dengan “mereka” ialah orang-orang munafik. Adapun firman Allah untuk dihakimi, ia tidak semestinya merujuk kepada perbicaraan kes jenayah. Akan tetapi, sebagaimana jelas Ibn Katsir rahimahullah (774H), أَ ْعَر ُضوا عَْنهُ َوا ْستَ ْكبَرُوا ِف، فِي َما أَنَْزَل اَّهللُ عَلَى َر ُسولِِه،إَِذا طُلِبُوا إَِل اتِبَاِع اْلَُدى 196
.أَنُْف ِسِه ْم عَ ِن اتِبَا ِعِه Apabila diajak kepada mengikuti hidayah, yakni apa yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, mereka berpaling daripadanya dan berlaku kesombongan dalam diri mereka daripada mengikutinya.216 Lalu Allah bertanya kepada orang-orang munafik ini, Apakah dalam hati mereka terdapat penyakit atau mereka ragu-ragu, atau mereka bimbang bahawa Allah dan Rasul-Nya akan berlaku zalim ke atas mereka? Setelah menerangkan ciri-ciri orang munafik, Allah menerangkan ciri-ciri orang yang beriman, yakni apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi, mereka terus datang seraya berkata “Kami dengar dan kami taat” tanpa mengira sama ada mereka berada di pihak yang benar atau salah. Sekali lagi, maksud untuk dihakimi tidak semestinya merujuk kepada perbicaraan kes jenayah, akan tetapi lebih luas sebagaimana jelas Ibn Katsir rahimahullah (774H), اله ِذي َن َّل يَْبغُوَن ِدينًا،صَفِة الْ ُمْؤِمنَِّي الْ ُم ْستَ ِجيبَِّي َِّهللِ َولَِر ُسولِِه.ِِسَوىكِتَُثاه أَِبْخابَََّرهللِ تََوَعاُسَنهلِة َرعَُسْنولِِه Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan sifat orang-orang beriman yang menyahut serta memenuhi seruan Allah dan Rasul-Nya, yakni orang-orang yang tidak mengingini dalam agama mereka kecuali kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Rasul- Nya.217 Mereka itulah orang-orang yang berjaya dan memperolehi kemenangan. Ciri-ciri orang-orang beriman dan orang-orang munafik yang disebut dalam ayat 47 hingga 52 surah al-Nur di atas hendaklah dijadikan rujukan dan iktibar oleh umat Islam sehingga ke akhir zaman. Meskipun zahir ayat seolah-olah merujuk kepada mereka yang hidup pada zaman Rasulullah, namun peranan al-Qur’an yang menjadi petunjuk sehingga ke akhir zaman menjadikan ayat-ayat tersebut tetap diamalkan sepanjang zaman. 216 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 48 surah al-Nur. 217 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir ayat 51 surah al-Nur. 197
Adapun kaitan ayat 47 hingga 52 surah al-Nur dengan bid’ah, maka penjelasannya adalah seperti berikut. Pada dasarnya umat Islam semuanya berkata dan berikrar, “Kami beriman kepada Allah dan Rasulullah serta kami taat!” atau apa-apa lain yang seumpama. Namun apabila diajak untuk menilai sesuatu keyakinan (aqidah) atau ibadah mereka, apakah ia sunnah atau bid’ah, mereka yang memiliki ciri-ciri munafik218 akan berpaling jika mengetahui ia adalah bid’ah dan hanya akan menyahut jika mengetahui ia adalah sunnah. Berbeza dengan orang- orang yang beriman, mereka sentiasa menyahut seruan dan bersedia membetulkan keyakinan dan ibadah tersebut jika ternyata adalah bid’ah. Agar lebih jelas, marilah kita ambil nyanyian qasidah sebagai contoh kajian. Mengkaji Nyanyian Qasidah Merujuk kepada pelajaran yang lepas, marilah kita ambil nyanyian qasidah sebagai kajian. Kajian Pertama, kebanyakan nyanyian qasidah memiliki puji-pujian yang berlebih- lebihan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Qasidah itu pula tidak dianggap sebagai nyanyian biasa yang sia-sia lagi melalaikan (lagha), tetapi sebagai satu bentuk amal soleh bagi menghampirkan diri (taqarrub) kepada Allah. Apakah puji-pujian yang berlebih- lebihan ini sesuatu yang sunnah atau bid’ah? Maka diseru orang-orang yang berqasidah untuk menjadikan hadis berikut sebagai hakim yang menilai amalan mereka itu. Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan, 218 Apakah beza ciri-ciri munafik dan orang munafik? Ciri-ciri munafik ialah sifat. Orang yang memiliki sifat itu tidak serta merta dikatakan munafik kerana mungkin dia tidak tahu, terkeliru atau tidak sengaja. Adapun orang munafik, maka dia sudah mengetahui ciri-ciri munafik secara jelas namun tetap sengaja meneruskannya. 198
! َو َخْْيَََن َوابْ َن َخِْْيََن، ََي ُُمَ هم ُد ََي َسيِ َدََن َوابْ َن َسيِ ِدََن:أَ هن َر ُجًَل قَا َل Bahawa seorang lelaki berkata: “Wahai Muhammad! Wahai Sayyidina dan wahai putera sayyidana! Orang yang terbaik di antara kami dan putera orang yang terbaik di antara kami!” َمْنَِّزلَلِتيَ اْسلهتَِْته ِوأَيَنْنهَزلَُكُِنم،أَ ْنعَلَيتَْْرُفكَْمعُوِّبِتَنْقفََواْوُكَقْم أُالِحنها ُّبُس ََوَايللِهأَُيَّمَهاا :َو َسلهَم اللَعهُبْ ُدعَالَليْلِهِه بْالُنلِه َعْب َصِدلهالىلِه َر ُسوُل فََقا َل َُوَر ُسولُه ُُمَ هم ُد أَََن.ال هشيْطَا ُن .ُالله Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Wahai manusia! Aku mengingatkan kalian untuk bertakwa, janganlah sehingga kalian terikut-ikut dengan syaitan. Saya Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah! Aku tidak menyukai kalian mengangkatku lebih tinggi daripada kedudukan yang telah Allah berikan kepadaku.”219 Jika diteliti hadis di atas, lelaki tersebut hanya memuji Rasulullah secara sederhana, tidak berlebih-lebihan. Namun meskipun dengan pujian sederhana, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyukainya. Bahkan baginda amat tidak menyukainya sehingga bersumpah, Demi Allah! Aku tidak menyukai kalian… Pujian yang dibolehkan adalah sesuatu yang amat sedikit atau minima, seperti “Muhammad hamba soleh” yang dinyanyikan oleh orang-orang Habsyah yang datang ke Madinah. Perhatikan hadis berikut, di mana Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan, ُُمَ هم ٌد:ِت اْْلَبَ َشةُ يَْزفِنُوَن بََّْي يََد ْي َر ُسوِل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم َويَْرقُ ُصوَن َويَُقولُوَن.ََعبْ ٌد َصالَِكاٌحن Adalah orang-orang Habsyah membuat persembahan di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, mereka menari220 sambil berkata (dalam bahasa mereka 219 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 12551. 220 Perkataan َوَي ْر ُق ُصو َنdalam kamus bahasa Arab moden menunjuk kepada erti “menari”. Akan tetapi jika dirujuk kepada kamus bahasa Arab klasik, ia menunjuk kepada erti “melompat dan bergerak pantas”. 199
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449