dijadikan sebagai bantuan sehinggalah ke Hari Kiamat. Dalam erti kata lain, tarian tidak boleh digunakan untuk membantu mencapai firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, واذُْكْر َربه َك ِف نَْف ِس َك تَ َضُّرًعا َوِخيَفةً َوُدوَن الْجَْهِر ِم َن الَْقْوِل ِبلْغُ ُد ِو َواْل َصاِل َوَّل تَ ُك ْن ِم َن.َالْغَافِلَِّي Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205] Hujah Keenam: Hukum asal bagi urusan dunia adalah boleh (mubah) sehinggalah ada dalil yang melarangnya. Sementara hukum asal bagi urusan ibadah kepada Allah adalah dilarang sehinggalah ada dalil yang mensyari’atkannya. Menari adalah urusan dunia, maka hukumnya adalah mubah. Jika ada pihak yang melarang, maka tanggungjawab mengemukakan dalil larangan berada di bahu mereka, bukan di bahu pihak yang membolehkan tarian ketika berzikir. Penjelasan: Benar bahawa hukum asal bagi urusan dunia adalah boleh (mubah) sehinggalah ada dalil yang melarangnya. Sementara hukum asal bagi urusan ibadah kepada Allah adalah dilarang sehinggalah ada dalil yang mensyari’atkannya. Akan tetapi apabila sesuatu urusan dunia dibawa masuk ke wilayah ibadah, hukumnya tidak lagi diukur sebagai urusan dunia tetapi sebagai urusan ibadah kepada Allah. Sebab, ia telah menjadi satu pakej beribadah kepada Allah. Menari memang merupakan urusan dunia yang dibolehkan (mubah). Akan tetapi apabila tarian dijadikan satu cara beribadah ketika berzikir, maka ia masuk ke wilayah ibadah kepada Allah. Ia telah menjadi sebahagian daripada pakej zikir kepada Allah. Maka hukumnya tidak lagi diukur berdasarkan urusan dunia tetapi berdasarkan urusan ibadah di mana hukum asal bagi urusan ibadah kepada Allah adalah dilarang sehinggalah ada dalil yang mensyari’atkannya. Apakah dalil yang secara jelas (qath’e) mensyari’atkan tarian sebagai satu cara beribadah ketika berzikir? Jawapannya tidak ada. Maka hukumnya menjadi dilarang dan 50
termasuk dalam perkara baharu yang merupakan seburuk-buruk urusan dan bid’ah. Kesimpulannya, hujah-hujah tambahan yang dikemukakan tidak ada yang membantu bagi menguatkan dan “mensunnahkan ibadah zikir” sambil menari. Oleh itu ibadah zikir sambil menari, di mana tarian itu dijadikan sebagai satu cara beribadah dan mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah atau tarian itu sebagai usaha mencapai kekhusyukan dan kemabukan dalam berzikir, adalah perkara baharu yang merupakan seburuk-buruk urusan dan bid’ah. Di sini saya ingin menasihati para pembaca sekalian agar menjauhi tarian-tarian zikir. Bukan sahaja menjauhi dari sudut tidak ikut serta menari tetapi juga tidak ikut serta menontonnya. Ini kerana tontonan anda adalah satu bentuk sokongan yang akan menyemarakkan lagi tarian-tarian seperti itu. Sila semak dan perhatikan penjelasan Abu Bakar al-Turtusyi rahimahullah (520H)53 apabila beliau ditanya tentang isu ini. ِذَمْكْذِرَهاَِّهلِلب يِ ُفَدَيَُنْكثِالُْرَفوِقَنيهُِم ِْنف،َعةٌَماِم ْنيَُقِروَُجلالَس:ُاَََّجَهللا ُبَ ْكر ال ُطّْرطُوِش ُّي َرِْحَه َمدامَُحََصرألَهبَُسىو-يهِةَوو؟ِذسْيَكوأُِرلْعلُُِامََمْلهِمإ،ِاتَلعَاُّصَولف ا ْجتَ َم َع .ُ َسألَهنهَمه-ُعَملَهْيدتَِههُ َو ُاَّهلل ُاَّهلل al-Imam Abu Bakar al-Turtusyi rahimahullah ditanya, “Apakah pandanganmu, wahai tuan (guru) kami yang faqih, tentang Mazhab Sufi/Tasawwuf? Dan beliau dimaklumkan, semoga Allah sentiasa menjaganya, bahawasanya sekumpulan mereka (orang-orang sufi/tasawwuf) dari kalangan kaum lelaki berhimpun lalu mereka memperbanyakkan zikir kepada Allah Ta’ala dan zikir kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. َويَُقوُم بَْع ُض ُه ْم يَْرقُ ُص َويَتََوا َج ُد َحَهّت، ِم َن اْلَِديِم.قعَووَُْين ِِضبُلروقَنضيَشْيئًباعََليْ ُكىلُونَشهُي،يََق َع َم ْغ ُِثهشًيّإِاْهنَُعْملَْييِهو 53 Beliau ialah Abu Bakr Muhammad bin al-Walid, lahir di bandar Tortosa, Sepanyol pada 451H. Dari bandar inilah beliau menerima gelaran al-Turtusyi. Seorang ahli ilmu dalam Mazhab Maliki. Karyanya yang masyhur ialah al-Hawadits wa al-Bida’ yang mengupas perkara-perkara baharu dan bid’ah dalam Islam. Antara yang menarik dalam kitab ini, beliau menerangkan sejarah dan lokasi sesuatu bid’ah itu bermula. Meninggal dunia di Mesir pada 520H. 51
Kemudian mereka meletakkan tongkat di atas sesuatu yang diperbuat daripada kulit (untuk dijadikan penanda atau pusat), lalu bangunlah sebahagian mereka untuk menari dan membuat-buatkan kekhusyukan sehingga tidak sedarkan diri. (Kemudian) mereka dibawakan sesuatu untuk mereka makan. َه ِل اْْلُ ُضوُر َمعَ ُه ْم َجائٌِز أَْم َّل؟ أَفْتُوََن َمأْ ُجوِري َن؟ Apakah dibolehkan atau tidak untuk hadir bersama mereka? Berikanlah kami fatwa (tentang hal ini) semoga tuan mendapat ganjaran pahala. َوَما اْلِإ ْسَلُم إَِهّل،ٌ َم ْذ َه ُب ال ُّصوفِيهِة بَطَالَةٌ َو َجَهالَةٌ َو َضَللَة-َُك اَّهلل.َُريَُسْروْلَِحِه-ُة:كِتَا ُب ااَلّهلْجلََِواَو ُُسبنه Jawapannya, semoga Allah merahmati kamu (wahai yang bertanya), Mazhab Sufi/Tasawwuf adalah batil, jahil dan sesat. (Ini kerana) tidaklah Islam itu kecuali (diambil dari) Kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Rasulullah. ُْم عِ ْجًَل َج َس ًدا.بهالَِدهماالْاعَِهتَْجَذِلَْل،ُثَهُفَأَُهَْوص َِدحيا ُنُبالْالُكههسفااِمِرِرَوِيع،لَهُ ُخَواٌرَوأَقَهمااُماولاهرقْيَْرقُُصُصَواولَتنهَواَحُجَواُلدَيْفِهَأَهَوويَُلتََوَام َْنج أَُدوْحَنَد Adapun (zikir sambil) menari dan membuat-buatkan kekhusyukan, maka orang terawal yang menciptanya adalah para sahabat Samiri.54 Yakni tatkala dia membuatkan untuk mereka patung lembu yang bersuara. Lalu mereka berdiri dan menari-nari di sekeliling patung lembu itu sambil membuat-buatkan kekhusyukan. Maka ia (zikir sambil menari dan membuat-buatkan kekhusyukan) adalah agama kaum kafir dan para penyembah patung lembu. .َوأَهما الَْق ِضي ُب فَأَهوُل َم ِن اَهتََذهُ الهزََنِدقَةُ لِيَ ْشغَلُوا بِِه الْ ُم ْسلِ ِمَّي َع ْنكِتَا ِب اَّهلِل تَ َعاَل Adapun (zikir dengan) tongkat, maka yang terawal menggunakannya adalah kaum zindiq bertujuan menyibukkan kaum muslimin dengannya (agar jauh) daripada Kitab Allah Ta’ala (al-Qur’an). َوإَِّهنَا َكا َن َْيلِ ُس النهُِّب َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َم َع أَ ْص َحابِِه َكأََّهنَا عَلَى رؤوسهم الطهْْيُ ِم َن 54 Samiri adalah orang yang membuat patung lembu bersuara daripada barangan kemas kaum Bani Israil. Ketika itu Nabi Musa’ tidak ada bersama. Rujuk surah Ta-Ha, ayat 85 dan seterusnya. 52
.الَْوقَا ِر Padahal Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk bersama para sahabatnya (untuk berzikir) tidak lain seperti seolah-olah ada burung yang bertenggek di atas kepala mereka, disebabkan tetap tenangnya mereka (daripada sebarang pergerakan).55 َوَّل َِي ُلّ ِْلَ َحد،ِد َو َغِْْيَها.م َومَّلنيُاعِْيْلنَُ ُهُضْموِرَعلَِفى اِلَْبَمِطلَِسِاهِْمج،يُْؤِم ُن ِبفََّيهَللِْنبََوغِالْيَيْولِِمل اُّسْْلل ِطَخاِرِنأََْوننُهواَْيبِِهُضأََرْنَمَيَعنُهعْمه Maka sudah sepatutnya bagi sultan dan para wakilnya untuk menghalang mereka (kumpulan yang zikir sambil menari) daripada hadir di dalam masjid-masjid dan tempat- tempat lain (bagi membuat tarian tersebut). Dan tidak dihalalkan bagi seorang pun yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk turut hadir bersama mereka dan tidak menolong mereka dalam kebatilan mereka (kehadiran adalah satu bentuk pertolongan dan sokongan). َه َذا َم ْذ َه ُب َمالِك َوأَِبي َحنِيَفةَ َوال هشافِعِ ِي َوأَْْحََد بْ ِن َحْنبَل َوغَِْْيِه ْم من أئمة المسلمّي .وِبلله التوفيق Inilah mazhab (Imam) Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal dan selain mereka daripada kalangan para imam kaum muslimin. Hanya bagi Allah jualah kuasa memberi taufiq.56 55 Ini merujuk kepada penjelasan ‘Usamah bin Syarik radhiallahu 'anh bahawa, . فَ َسله ْم ُت ُثه قَعَ ْد ُت،ُأَتَيْ ُت النهِهب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َوأَ ْص َحابَهُ َكأََّهنَا َعلَى ُرءُوِسِه ُم الطهْْي Aku mendatangi Rasulullah dan para sahabatnya. (Mereka duduk tanpa bergerak sehingga) seolah-olah di atas kepala mereka ada burung (yang bertenggek). Maka aku mengucapkan salam dan duduk (bersama mereka). [Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis.: 3357/3855 (Kitab al-Tibb, Bab tentang lelaki yang berubat).] Teks penuh telah dikemukakan sebelum ini. 56 Dikemukakan oleh al-Qurtubi rahimahullah (671H) dalam al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (al-Maktabah al- Syamilah), tafsir bagi ayat 90-93 surah Ta-Ha. 53
Bid’ah Menyelisihi Fitrah Ciptaan Allah Perkataan “Aqidah” secara bahasa bermaksud ikatan atau simpulan. Apabila dikatakan “Aqidah seorang mukmin”, ia bermaksud keimanan dan keyakinan yang terikat secara kuat dalam diri seseorang, yang dibuktikan secara lisan dan perbuatan. Antara aqidah seorang mukmin adalah dia meyakini agama Islam yang Allah ciptakan adalah sesuai dengan fitrah manusia sehingga ia tidak lagi menoleh kepada mana-mana agama lain mahupun melakukan apa-apa perubahan kepada agama Islam. Aqidah ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ال ِدي ُن َذلِ َك اَّهلِل ِْلَْل ِق تَبْ ِدي َل َّل عَلَْي َها النها َس فَطََر الهِت اَّهلِل َحنِيًفا فِطَْر َت أََوْكْجثَََهر اَلكنهالِلِسِديَِّنل َولَفَأَكِقِهنْم الْ َقيِ ُم .يَْعلَ ُموَن Maka hadapkanlah wajahmu secara lurus kepada agama fitrah yang Allah ciptakan, yang fitrah manusia berada di atasnya. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Demikian itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [al-Rum 30:30] Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan manusia untuk hadapkanlah wajahmu secara lurus. Maksud lurus di sini adalah tidak menoleh kepada mana-mana agama lain.57 Maka hadapkanlah wajahmu sepenuhnya kepada agama fitrah yang Allah cipta sesuai dengan fitrah manusia. Agama itu ialah Islam. Kemudian Allah berfirman Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah yang bermaksud tidak ada perubahan pada agama Islam. Demikian tafsiran kebanyakan generasi Salaf. Ada juga yang menafsirkannya sebagai tiada perubahan pada haiwan ciptaan Allah, seperti memandulkannya.58 Tafsiran yang lebih saya cenderungi adalah tidak ada perubahan pada agama Islam kerana ia selari dengan perbincangan keseluruhan ayat. Seterusnya Allah berfirman Demikian itulah agama yang lurus, yakni agama Islam 57 al-Syaukani, al-Jami’ Baina al-Riwayah wa al-Dirayah Min ‘Ilm al-Tafsir, juga dikenali sebagai Tafsir Fath al- Qadir (al-Maktabah al-Syamilah), tafsir bagi ayat 30 surah al-Rum. 58 Ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an (al-Maktabah al-Syamilah), tafsir kepada ayat 30 surah al-Rum. 54
yang asli, yang tidak ada perubahan padanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui lalu mereka menoleh kepada agama-agama yang lain atau mereka merubah agama Islam yang asli dengan mencipta pelbagai bid’ah. Terhadap ayat 30 surah al-Rum ini, sebahagian umat Islam telah melakukan dua perlanggaran sehingga berlakulah bid’ah. Pertama, sebahagian umat Islam telah menoleh kepada agama-agama lain lalu mengambil daripada agama itu sebahagian keyakinan dan amalannya, kemudian memasukkannya ke dalam Islam. Padahal Allah telah berfirman Maka hadapkanlah wajahmu secara lurus kepada agama fitrah yang Allah ciptakan. Antaranya, meniru Hari Natal yang disambut oleh kaum Nasrani atas anggapan mereka bahawa ia adalah hari lahir Nabi ‘Isa ‘alaihis salam. Maka sebahagian umat Islam menjadikan hari yang dianggap sebagai hari lahir Nabi Muhammad sebagai hari sambutan Mawlid Nabi.59 Antaranya, meniru cara hidup rahib-rahib yang menyendiri di biara, kuil atau tempat terpencil. Rahib-rahib ini mengasingkan diri daripada masyarakat untuk berzikir dan beribadah sahaja. Antaranya, meniru cara zikir berlagu yang diamalkan oleh kaum Nasrani di gereja- gereja mereka. Mereka lazim menyanyi dengan menyebut “Alleluia” atau “Hallelujah” bagi menyatakan kesyukuran dan pujian kepada sembahan mereka. Kedua, sebahagian umat Islam telah mencipta bid’ah dengan melakukan perubahan kepada agama Islam baik dalam bentuk penambahan, pengurangan atau pengubahsuaian. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Yakni tidak ada perubahan dalam agama Islam yang Allah ciptakan, kerana ia agama fitrah yang Allah cipta sesuai dengan fitrah manusia. Kesimpulannya, ayuh kita menjauhi bid’ah dengan tidak menoleh kepada mana- 59 Para ahli sejarah berbeza pendapat tentang tarikh lahir Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kepada banyak pendapat. Ini kerana bukanlah budaya masyarakat Arab pada zaman itu untuk mencatat hari kelahiran bayi mereka dan menyambutnya pada setiap ulang tahun. Tarikh 12 Rabi’ul Awwal hanyalah satu anggapan, bukan kepastian. 55
mana agama lain mahupun melakukan apa-apa perubahan kepada agama Islam. Ini kerana agama Islam yang tulen telah Allah Subhanahu wa Ta'ala cipta sesuai dengan fitrah manusia. Sesiapa yang menganggap agama Islam tidak sesuai dengan fitrah manusia sehingga perlu ditoleh dan ditiru daripada agama lain atau perlu dibuat perubahan, maka aqidahnya telah sesat. Oleh kerana itulah apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan umat Islam tentang bid’ah, baginda mengaitkannya dengan kesesatan. Sabda baginda, ُُْم َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أَبِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َِوُثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة َّوُك ُل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.60 Mengkaji Tiga Jenis Perubahan Pada Hari Jumaat Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ال ِدي ُن ذَلِ َك اَّهلِل ِْلَْل ِق تَبْ ِدي َل َّل عَلَْي َها النها َس فَطََر الهِت اَّهلِل َحنِيًفا فِطَْر َت َو ْجَه َك لِل ِدي ِن َولَفَأَِكقِهنْم الْ َقيِ ُم .يَْعلَ ُموَن أَ ْكثََر النها ِس َّل Maka hadapkanlah wajahmu secara lurus kepada agama fitrah yang Allah ciptakan, yang fitrah manusia berada di atasnya. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Demikian itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [al-Rum 30:30], berikut dikemukakan contoh-contoh perubahan yang berlaku pada hari Jumaat. 60 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 56
Contoh perubahan dalam bentuk penambahan ialah solat sunat qabliyah dua rakaat bagi Solat Jumaat. Asalnya bagi semua solat fardhu terdapat solat sunat qabliyah di antara azan dan iqamah. Pengecualian adalah bagi Solat Jumaat, tidak ada solat sunat qabliyah Jumaat kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila azan, baginda terus menaiki mimbar dan menyampaikan khutbah. Selesai khutbah, baginda terus Solat Jumaat. Baginda tidak solat sunat qabliyah Jumaat mahupun memberi ruang waktu bagi para jemaah untuk solat sunat qabliyah Jumaat.61 Contoh perubahan dalam bentuk pengurangan ialah membaca surah Yasin pada hari Jumaat sementara yang disunnahkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah membaca surah al-Kahf. Panjang surah Yasin adalah lebih kurang satu pertiga daripada surah al-Kahf, maka ini merupakan satu pengurangan. Tentang anjuran membaca surah al-Kahf, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .َم ْن قََرأَ ُسوَرةَ الْ َك ْه ِف لَْيلَةَ الْجُُم َعِة أَ َضاءَ لَهُ ِم َن الُنّوِر فِي َما بَْينَهُ َوبََّْي الْبَيْ ِت الَْعتِيِق Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat, maka dia akan disinari cahaya sejarak antara dirinya dengan Ka’bah.62 .َم ْن قََرأَ ُسوَرةَ الْ َك ْه ِف َِف يَْوِم الْجُُمعَِة أَ َضاءَ لَهُ ِم َن الُنّوِر َما بََّْي الْجُُم َعتَِّْي Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat (dari Jumaat itu hingga Jumaat akan datang).63 Anjuran membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat dan hari Jumaat menunjukkan ada keluasan dalam waktu membacanya. Malam Jumaat bermula pada hari Khamis selepas masuknya waktu Maghrib. Disebut juga sebagai Khamis malam Jumaat. Hari Jumaat pula berakhir sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada hari Jumaat. 61 Lebih lanjut, rujuk risalah saya Pencerahan Dalam Persoalan Solat Sunat Qabliyah Jumaat di www.hafizfirdaus.com 62 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 736. 63 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e, al-Baihaqi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 736. 57
Sebahagian orang memberi alasan, surah al-Kahf terlalu panjang untuk dibaca, maka mereka memilih surah yang sederhana panjangnya, yakni surah Yasin. Alasan ini dijawab, bahawa apabila sesuatu sunnah tidak mampu dilaksanakan seluruhnya, maka ia dilaksanakan sekadar yang mampu. Sunnah tersebut jangan ditukar kepada bid’ah yang lain. Ini berdasarkan pesanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, . َوإَِذا أََمْرتُ ُك ْم ِبَْمر فَأْتُوا ِمْنهُ َما ا ْستَطَْعتُْم،ُفَإِذَا َْنَْيتُ ُك ْم َع ْن َش ْيء فَا ْجتَنِبُوه Apabila aku melarang kalian daripada sesuatu, maka jauhilah ia. Dan apabila aku menyuruh kalian dengan sesuatu suruhan, maka lakukanlah ia sekadar yang kalian mampu.64 Oleh itu jika tidak mampu menghabiskan 110 ayat surah al-Kahf, bacalah sekadar yang mampu baik 70 ayat, 50 ayat atau 30 ayat sahaja. Contoh pertukaran dalam bentuk pengubahsuaian ialah waktu apabila khatib duduk sebentar di antara dua khutbah. Ia adalah waktu mustajab doa di mana sangat dianjurkan bagi setiap individu berdoa pada waktu ini apa yang dia hajatkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akan tetapi di sebahagian masjid dan surau Jumaat, sunnah ini telah diubah-suai kepada nyanyian selawat dan doa sekian-sekian oleh bilal dengan menggunakan pembesar suara. Bezakan bahawa: • Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sememangnya menganjurkan agar banyak berselawat pada hari Jumaat. Namun anjuran ini bukan khusus pada waktu khatib duduk di antara dua khutbah, tetapi luas kepada seluruh hari Jumaat. • Setiap individu berdoa apa yang dia hajati secara berseorangan, bukan mengaminkan doa yang dibacakan oleh bilal. • Berdoa secara berjemaah dengan dipimpin oleh bilal adalah bid’ah kerana ia tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah mahupun para sahabat. Ketika Rasulullah duduk di antara dua khutbah, baginda tidak menyuruh bilal mahupun mana-mana 64 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6744/7288 (Kitab al-I’tishom bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab meniru sunnah Rasulullah). 58
sahabat melaungkan selawat atau memimpin doa. • Nyanyian selawat dan pimpinan doa oleh bilal dengan menggunakan pembesar suara mengganggu sebahagian jemaah masjid yang faham sunnah dan mahu memanfaatkan masa khatib duduk di antara dua khutbah untuk berdoa. Tentang waktu berdoa yang mustajab ini, Burdah bin Abu Musa al-‘Asy’ari berkata, ‘Abdullah bin ‘Umar bertanya padaku, “Apakah kamu mendengar ayahmu menceritakan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang waktu (mustajab doa) pada Hari Jumaat?” أَ ْن بََّْي َما ِه َي :يَُقوُل َو َسلهَم عَلَْي ِه ُالله َصلهى اللِه َر ُسوَل َِْسْع ُت:َِْس ْعتُهُ يَُقوُل ْن،َإِنََلَع ْأم:ُاْلقُِإلَْماُتم َيْلِ َس .ُتُْق َضى ال هصَلة (Abu Burdah) menjawab, “Ya, aku mendengar ayahku berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Waktu itu ialah antara duduknya imam (di antara dua khutbah) sehinggalah dilaksanakan solat”.”65 Bid’ah Menyelisihi Kesempurnaan Islam Antara aqidah seorang mukmin adalah dia meyakini (1) agama Islam ini sudah Allah sempurnakan, (2) merupakan nikmat yang Allah cukupkan ke atas para hamba-Nya dan (3) merupakan agama yang Allah reda bagi para hamba-Nya. Aqidah ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, 65 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1409/853 (Kitab al-Jumu’ah, Bab tentang satu waktu pada hari Jumaat). Lebih lanjut tentang berdoa pada hari Jumaat, sila semak buku saya Soal Jawab Adab-Adab Berdoa di www.hafizfirdaus.com 59
.الْيَْوَم أَ ْك َملْ ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت عَلَْي ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03] Orang yang mencipta dan/atau mengamalkan bid’ah, dia tidak memiliki aqidah berdasarkan ayat ketiga surah al-Maidah di atas. Sebaliknya dia berkeyakinan: 1. Agama Islam ini belum Allah sempurnakan sehingga dia perlu membuat tambahan, pengurangan atau pengubahsuaian untuk disempurnakan. 2. Agama Islam ini bukanlah satu nikmat yang Allah cukupkan ke atasnya sehingga dia perlu membuat tambahan, pengurangan atau pengubahsuaian agar benar-benar menjadi satu nikmat. 3. Allah tidak meredai agama Islam yang asal sehingga dia perlu membuat tambahan, pengurangan atau pengubahsuaian bagi mencapai reda Allah. Malik bin Anas rahimahullah (179H)66 berkata, من أحدث ِف هذه اْلمة اليوم شيئا َل يكن عليه سلفها فقد زعم أن رسول الله :صلى الله عليه وسلم خان الرسالة ْلن الله تعاَل يقول Sesiapa yang pada hari ini mencipta sesuatu perkara baharu bagi umat yang tidak pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu (Rasulullah dan para sahabatnya), maka sesungguhnya dia telah menuduh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengkhianati perutusan baginda (sebagai rasul). Ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman, .الْيَْوَم أَ ْك َملْ ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَيْ ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03] 66 Beliau ialah Malik bin Anas bin Malik, kepadanya disandarkan Mazhab Maliki. Beliau lahir di Madinah pada 93H dan meninggal dunia di sana pada 179H. 60
.فما َل يكن يومئذ دينا َّل يكون اليوم دينا Maka jika apa yang pada masa itu (zaman Rasulullah dan para sahabatnya) tidak termasuk dalam urusan agama, maka pada hari ini ia juga tidak termasuk dalam urusan agama.67 Oleh itu orang yang mengamalkan bid’ah umpama berpuasa pada 1 Rejab, mendirikan Solat Ragha’ib bulan Rejab atau membaca surah al-Ikhlas seribu kali setiap malam, dia sebenarnya beraqidah bahawa agama Islam yang asal belum Allah sempurnakan, bukanlah satu nikmat Allah ke atasnya dan Allah tidak meredai agama itu sehingga boleh atau patut baginya membuat-buat amalan tersendiri. Orang yang beraqidah seperti ini, baik dia menyedarinya atau tidak, dikatakan memiliki aqidah yang sesat. Oleh kerana itulah apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan umat ini tentang bid’ah, baginda mengaitkannya dengan kesesatan. Sabda baginda, ُُمْ َدثَة َوُك ُّل ُُمْ َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أَبِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َِوُثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة َّوُك ُل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.68 Oleh itu marilah kita meluruskan aqidah dengan meyakini bahawa (1) agama Islam ini sudah Allah sempurnakan, (2) merupakan nikmat yang Allah cukupkan ke atas para hamba-Nya dan (3) merupakan agama yang Allah reda bagi para hamba-Nya dengan menjauhi apa jua bid’ah, sama ada yang jelas mahupun samar-samar, yang besar mahupun kecil. 67 Dikeluarkan oleh Ibn Hazm dalam al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam (Maktabah Syamilah), jld. 6, ms. 58. Malik bin Anas mengemukakan ayat ketiga surah al-Maidah secara sepenuhnya sementara saya hanya mengemukakan potongan ayat yang berkaitan. 68 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 61
Mengkaji Amalan Lafaz Niat Satu amalan yang tidak asing di Malaysia ialah membaca lafaz niat bagi sesuatu ibadah. Misalnya melafazkan “Usholli fardhu Zohri arba’a raka’atin ada’an lilLahi Ta’ala” yang kemudiannya diikuti dengan lafaz terjemahannya “Sengaja aku solat fardhu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Ta’ala”. Pihak yang membolehkannya berhujah, lafaz ini duduknya di luar solat. Maka ia adalah urusan dunia, bukan urusan ibadah yang dapat dikaitkan dengan bid’ah. Hujah ini dijawab bahawa menyusun sekian-sekian perkataan sehingga menjadi satu lafaz sememangnya adalah urusan dunia. Maka dibolehkan dan dipersilakan menyusun apa- apa perkataan dan lafaz, asalkan tidak melibatkan perkataan yang buruk, lucah, dusta, membuka aib, melaga-lagakan dan menfitnah orang lain. Sebab, semua itu (perkataan buruk, lucah, dusta, membuka aib, melaga-lagakan dan menfitnah orang lain) dilarang oleh syari’at Islam. Akan tetapi apabila susunan sekian-sekian perkataan sehingga menjadi satu “lafaz niat” diikat dengan ibadah wudhu’, solat, puasa, umrah dan haji sehingga menjadi syarat sah ibadah-ibadah tersebut, maka ia telah masuk ke wilayah ibadah kepada Allah dan menjadi satu pakej beribadah kepada Allah. Maka hukumnya tidak lagi diukur berdasarkan urusan dunia tetapi berdasarkan urusan ibadah. Apakah dalil yang mensyari’atkan lafaz niat sedemikian? Jawapannya tidak ada. Allah Subhanahu wa Ta'ala, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahu 'anhum tidak pernah mengajar atau mengamalkan lafaz niat sebelum mana-mana ibadah. Maka menjadilah lafaz niat itu perkara baharu yang merupakan seburuk-buruk urusan dan bid’ah. Adapun hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, . َوإَِّهنَا لِ ُك ِل اْمِرئ َما نََوى،إَِّهنَا اْلَ ْع َما ُل ِبلنِيها ِت Sesungguhnya amalan itu tidak lain berdasarkan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang dia hanya mendapat apa yang dia niatkan,69 maka ia merujuk kepada 69 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 01 (Kitab Bad’i 62
kesedaran hati di mana seseorang itu mengetahui apa dan kenapa ibadah yang dilakukannya. Ia bukanlah dalil yang mensyari’atkan sekian-sekian susunan perkataan sehingga menjadi satu lafaz niat. Selain itu ingin ditanya, kepada siapakah lafaz niat itu ditujukan? Jika kepada Allah, maka Allah mengetahui apa dan kenapa sesuatu ibadah itu dilakukan tanpa perlu kepada lafaz niat. Jika kepada diri sendiri, maka hanya orang yang kurang siuman yang akan melafazkan niat dengan sedemikian susunan bagi sesuatu ibadah yang bakal dilakukannya. Di sini saya ingin ingatkan para pembaca sekalian tentang hujah sebahagian agamawan yang membolehkan sebahagian bid’ah dengan alasan ia adalah urusan dunia yang duduk di luar ibadah dan bukannya urusan agama yang duduk di dalam ibadah. Alasan ini dijawab bahawa apabila sesuatu urusan dunia itu diikat dengan sesuatu ibadah, maka ia masuk ke dalam wilayah ibadah. Maka hukumnya tidak lagi diukur sebagai urusan dunia tetapi sebagai urusan ibadah yang tertakluk dengan larangan bid’ah. Kesimpulannya, tinggalkanlah amalan lafaz niat sebagaimana yang lazim diajar dan diamalkan di Malaysia. Cukuplah seseorang itu mengetahui apakah ibadah yang bakal dilakukannya dan kerana siapa ia dilakukan. Tidak perlu melafazkan apa-apa dimulut lalu diikuti pula dengan terjemahannya di hati. al-Wahy, Bab bagaimanakah permulaan wahyu kepada Rasulullah?) 63
Semua Kebaikan Berasal Daripada Rasulullah Allah 'Azza wa Jalla menerangkan tugas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam firman-Nya, ُو َكِافنََويَْتْن َهاعَلَُهْيِْمه ْمعَفَِنالهالِْذيُمنَْنَكآِرَمنَُوَوُاِي ُبِّلِهَْلَُوُمَعاهلزُرطهويِهُبَاَونَِتَصَُورَُويَهُِرُمَواتهعَبلََْيعُِهواُم االُْنّْلَوبََارئِالهَثِذ َوييَ أَُضنُِْعزَلعَْنَمُهَعْهم.أإُِولَْصئَِرُهَكْم ََُهَيْواُمُمُْلراَلُْهْغُْممَْفللَِِبللُْحَمالوهْعَُِنرت Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan dia menghapuskan daripada mereka beban-beban serta belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan kepadanya (yakni al-Quran), mereka itulah orang- orang yang berjaya. [al-‘A’raaf 7:157] Secara ringkasnya ayat di atas bermaksud, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan segala yang baik kepada manusia, yakni dalam urusan agama Islam. Sehingga dengan itu seorang Muslim tidak perlu mencipta, meyakini atau mengamalkan apa-apa aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu berbanding apa yang telah diberikan oleh Rasulullah, lalu memberi alasan, “Apa salahnya, bukankah ini baik?” Sebagai contoh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyuruh azan mahupun iqamat bagi solat Hari Raya dan solat Jenazah. Tidak wujudnya suruhan Rasulullah bererti ia sememangnya bukanlah sesuatu yang baik. Justeru tidak perlu melaungkan azan dan iqamat dengan alasan “Betul bahawa Rasulullah tidak suruh, tetapi Rasulullah tidak larang!” Demikian juga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyuruh kepada satu amalan khas untuk disedekahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia. Tidak wujudnya suruhan tersebut bererti amalan itu sememangnya tidak baik, tidak baik kepada 64
orang yang hidup dan tidak baik kepada orang yang meninggal dunia. Pada waktu yang sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga melarang segala yang keji dan buruk. Antara yang baginda larang ialah mencipta perkara-perkara baharu dalam aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati, sebagaimana sabdanya, ُُمْ َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة َّوُك ُل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.70 Diingatkan bahawa larangan Rasulullah dalam hadis di atas merangkumi semua perkara baharu berbanding al-Qur’an dan al-Sunnah dalam urusan agama. Dengan itu baginda tidak perlu lagi melarang perkara-perkara baharu satu per satu, kerana perkara baharu itu jumlahnya banyak tanpa had sehingga mustahil bagi baginda menyebut dan melarangnya satu per satu. Seterusnya, marilah kita mengkaji beberapa amalan sambil merujuk kepadanya ayat 157 surah al-A’raaf di atas. 70 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 65
Mengkaji Amalan Menggantung Gambar Mursyid Di Dalam Rumah Merujuk kepada firman Allah Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara- perkara yang baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan dia menghapuskan daripada mereka beban-beban serta belenggu- belenggu yang ada pada mereka. [al-A’raaf 7:157],71 antara mengharamkan bagi mereka segala yang buruk yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah melarang menggantung gambar makhluk hidup di dalam rumah. Baginda bersabda, .َّل تَْد ُخلُ الْ َمَلئِ َكةُ بَْيتًا فِيِه َتَاثِي ُل أَْو تَ َصاِويُر Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung dan gambar.72 Gambar yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis di atas adalah gambar makhluk hidup yang dilukis dengan tangan, baik makhluk itu dilukis sepenuhnya atau sebahagian sahaja. Adapun gambar fotografi makhluk hidup, para sarjana Islam berbeza pendapat tentangnya. Memandangkan hukumnya tidak jelas antara halal dan haram, maka pendapat yang dipilih lagi selamat ialah tidak menggantungnya di dalam rumah berdasarkan hadis, . َوبَْينَ ُه َما ُم ْشتَبَِها ٌت َّل يَْعلَ ُم ُه هن َكثِْيٌ ِم َن النها ِس، َوإِ هن اْْلََراَم بٌَِّي،إِ هن اْْلََل َل بٌَِّي Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas. Di antara kedua-duanya terdapat perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. .، َوَم ْن َوقَ َع ِف ال ُّشبُ َها ِت َوقَ َع ِف اْْلََراِم، َوعِْر ِضِه،فََم ِن اتهَقى ال ُّشبُ َها ِت ا ْستَْبَرأَ لِ ِدينِِه Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Sebaliknya sesiapa yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar-samar, dia sebenarnya 71 Penjelasan bagi ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 72 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3948/2112 (Kitab al-Libas wa al-Zinah, Bab diharamkan membuat gambar…). 66
menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram.73 Merujuk kepada isu gambar, ada sebahagian ahli tareqat yang menggantung gambar tuan guru atau mursyid (pembimbing) tareqatnya di rumah, bahkan ada yang meletakkan gambar itu di hadapannya ketika solat. Apabila ditegur, dia memberi alasan, “Ini perkara baik kerana beliau adalah wali Allah, gambarnya mengingatkan saya kepada Allah!” Alasan ini dijawab bahawa seandainya ia baik, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menghalalkannya dan bukan mengharamkannya. Memang, pada zaman itu tidak ada gambar fotografi. Akan tetapi pada zaman itu ada pelukis-pelukis yang boleh melukis gambar Rasulullah untuk digantung di dalam rumah-rumah umat Islam, khasnya bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada Madinah. Seandainya ia baik, Rasulullah akan menganjurkan mereka melakukannya supaya gambar baginda dapat mengingatkan mereka kepada Allah. Namun Rasulullah tidak membenarkannya, bererti ia tidak memiliki apa-apa kebaikan di dalamnya. Selain itu jika benar mereka (ahli tareqat) inginkan sesuatu yang dapat mengingatkan diri kepada Allah, maka hendaklah menjadikan rumah mereka selesa untuk dikunjungi para malaikat dengan tidak menggantung apa-apa gambar makhluk hidup. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, همةً فَأَهما لَهمةُ ال هشْيطَا ِن فَإِيعَادٌ ِبل هشِر َوتَ ْك ِذي ٌب ِبْْلَِق.ََوأَهما لَهمإةُِ هانلْ لَِمللَ هشِْيكطَفَاِإيِنَعالٌَدهمةًِبِْْلبَبِْْْيِنَوتآََدْصَم ِدَيولٌِْلقَمِلَبِْْلَكِقل Sesungguhnya bagi anak Adam (manusia) ada sentuhan syaitan dan sentuhan malaikat. Adapun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran. Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran. فََم ْن َو َج َد ذَلِ َك فَلْيَ ْعلَْم أَنههُ ِم ْن اَّهللِ فَلْيَ ْح َم ْد اَّهللَ َوَم ْن َو َج َد اْلُ ْخَرى فَلْيَتَ َعهوْذ ِبَّهللِ ِم ْن ال هشيْطَا ِن.الهرِجيِم 73 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 2996/1599 (Kitab al-Musaqah, Bab mengambil yang halal dan menjauhi yang samar-samar). Hadis ini secara penuh akan dikemukakan kelak dalam buku ini, insya-Allah. 67
Maka sesiapa yang merasai sentuhan kebaikan, ketahuilah bahawa ia daripada Allah (melalui perantaraan malaikat) dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah). Sesiapa yang merasai sentuhan sebaliknya hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan (dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan). .)ِ) ((ال هشيْطَا ُن يَعِ ُدُك ْم الَْفْقَر َوََيُْمُرُك ْم ِبلَْف ْح َشاء:َُثه قََرأ Kemudian baginda membacakan ayat: “Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat al-Fahsha (kejahatan). (al-Baqarah 2:268)”74 Oleh itu menggantung gambar tuan guru atau mursyid di dalam rumah sebagai sarana mengingatkan diri kepada Allah adalah satu perkara baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah. Ringkasnya ia adalah bid’ah. Mengkaji Syarat-Syarat Ijab dan Qabul Bagi Pernikahan Merujuk kepada firman Allah Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara- perkara yang baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan dia menghapuskan daripada mereka beban-beban serta belenggu- belenggu yang ada pada mereka. [al-A’raaf 7:157],75 antara menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah memudahkan urusan pernikahan. Baginda bersabda, 74 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no.: 2914/2988 (Kitab Tafsir al-Qur’an ‘an Rasulullah, Bab daripada surah al-Baqarah) dan beliau berkata, Hadis ini hasan gharib. Hadis ini pada awalnya dinilai dha’if oleh al- Albani, namun kemudian beliau menilainya sahih. Rujuk Taraja’at al-Albani oleh Abu al-Hasan al-Syaikh (al-Maktabah al-Syamilah), hadis no.: 21. 75 Penjelasan bagi ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 68
Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah.76 .َُخْْيُ النِ َكا ِح أَيْ َسُره Kemudahan yang Rasulullah maksudkan dalam hadis di atas adalah umum, merangkumi semua aspek pernikahan. Termasuk dalam kemudahan itu ialah lafaz ijab dan qabul pernikahan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menentukan lafaz ijab dan qabul, sebaliknya menyerahkannya kepada kebiasaan sesebuah masyarakat (al-Uruf), asalkan ia dapat difahami sebagai ijab dan qabul. Maka lafaz ijab cukup dengan perkataan wali, wali hakim atau jurunikah yang diwakilkan, “Aku nikahkan engkau dengan (nama pengantin perempuan)” sementara lafaz qabul oleh pengantin lelaki cukup dengan berkata, “Aku terima nikahnya”. Adapun lafaz ijab dan qabul yang serba panjang lagi senafas, beserta beberapa syarat lain yang lazim dikenakan pada masa kini, adalah perkara baharu dalam agama. Apabila ditegur tentang syarat-syarat tersebut, pihak berwajib memberi alasan, “Apa salahnya, ia demi kebaikan kedua-dua pengantin.” Padahal kebaikan itu sebenarnya adalah keburukan kerana menyelisihi sunnah Rasulullah yang menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. 76 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1808/2117 (Kitab al-Nikah, Bab tentang orang yang menikah tetapi tidak penyebut kadar mahar sehinggalah dia meninggal dunia). 69
Mengkaji Amalan Solat Hajat Berjemaah Merujuk kepada firman Allah Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara- perkara yang baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan dia menghapuskan daripada mereka beban-beban serta belenggu- belenggu yang ada pada mereka. [al-A’raaf 7:157],77 antara menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah menganjurkan beberapa jenis solat secara berjemaah seperti solat fardhu lima kali sehari, solat Tarawih dan solat Hari Raya. Pada waktu yang sama ada beberapa jenis solat yang tidak baginda anjurkan secara berjemaah seperti solat Tahiyatul Masjid, solat Qabliyah dan Ba’diyah, dan solat Hajat. Seandainya solat-solat sunat ini adalah baik untuk dilaksanakan secara berjemaah, nescaya Rasulullah akan menganjurkannya kerana memang tugas baginda adalah menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik. Di Malaysia, solat Hajat lazim dilaksanakan secara berjemaah di masjid, surau dan tempat-tempat umum.78 Memandangkan ini adalah amalan yang tersebar luas di kalangan umat Islam Malaysia, marilah kita mengkajinya secara mendalam. Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa para sarjana Islam berbeza pendapat sama ada wujudkah sebuah solat sunat yang dinamakan Solat Hajat? Saya cenderung kepada pendapat bahawa ia wujud kerana memiliki asal daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdasarkan hadis berikut daripada ‘Utsman bin Hunaif radhiallahu 'anh, . ا ْدعُ اَّهللَ أَ ْن يَُعافِيَِن:أَ هن َر ُجًَل َضِريَر الْبَ َصِر أَتَى النهِهب َصلهى اَّهللُ عَلَْيِه َو َسلهَم فََقا َل Bahawa seorang lelaki yang buta matanya datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata, “Berdoalah kepada Allah agar aku disembuhkan.” . إِ ْن ِشْئ َت َدعَْو ُت َوإِ ْن ِشْئ َت َصبَْر َت فَ ُهَو َخْْيٌ لَ َك:قَا َل Baginda bersabda, “Jika kamu mahu, aku akan mendoakanmu. Namun jika kamu 77 Penjelasan bagi ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 78 Contoh tempat umum adalah di padang sekolah apabila murid-murid bakal mengambil peperiksaan. 70
mahu, bersabarlah kerana itu lebih baik bagimu.” . فَاْدعُْه:قَا َل Lelaki tersebut berkata: “Doakanlah.” : فَأََمَرهُ أَ ْن يَتََو هضأَ فَيُ ْح ِس َن ُو ُضوءَهُ َويَْدعَُو ِِبََذا ال ُّد َعاِء:قَا َل ‘Utsman bin Hunaif berkata, maka baginda menyuruh lelaki itu berwudhu’ dan membaguskan wudhu’nya (serta solat dua rakaat) lalu berdoa dengan doa berikut ini, َحا َجِت ِف َرِبي َل ِإ بِ َك تََو هج ْه ُت إِِّن الهرْْحَِة نَِِب ُُمَ همد بِنَبِيِ َك إِلَْي َك.األَلهْسُهأَلهمُ فََكَشَوِفأَتَْعَهُو هجِهُهف إِِّن لِتُْاقللهَضُه همى َه ِذِه َِل “Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dan aku menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi yang Rahmat. Sesungguhnya aku menghadap denganmu kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan untukku. Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku.”79 Solat dua rakaat yang Rasulullah suruh orang buta itu laksanakan adalah solat Hajat, kerana dia memiliki hajat untuk berdoa kepada Allah agar disembuhkan dan dikembalikan penglihatannya. Ibn Majah rahimahullah (273H)80 meletakkan hadis ini dalam kitab Sunannya di bawah judul Kitab Iqamat al-Solat wa al-Sunnatu fi ha, Bab apa yang datang tentang solat Hajat (hadis no.: 1375/1385). Perhatikan bahawa solat Hajat yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak memiliki lafaz niat sebelumnya, tidak juga apa-apa bacaan surah atau zikir yang khusus, baik di dalam solat mahupun sesudahnya. Ia adalah seperti solat sunat dua 79 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: hadis no: 3502/3578 (Kitab al-Da’awat, Bab doa kepada tetamu). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3895. Tambahan dalam kurungan (serta solat dua rakaat) dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam Mu’jam al-Shogheir, hadis no: 509 (Kitab orang yang namanya Thahir, Bab datang ke tempat wudhu, lalu berwudhu’, kemudian solat dua rakaat…) dan beliau mensahihkannya. 80 Beliau ialah Abu Abdillah Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazwani, seorang ahli hadis yang lahir di Qazwan, Iran pada 209H. Majah adalah nama gelaran ayahnya sehingga beliau juga masyhur dengan gelaran Imam Ibn Majah. Selain menyusun kitab hadis Sunan Ibn Majah, beliau juga menyusun kitab tafsir al-Qur’an dan sejarah para perawi hadis. Meninggal dunia pada 273H. 71
rakaat yang lain. Perhatikan juga bahawa Rasulullah menyuruh orang buta itu solat secara bersendirian sekalipun dia memiliki hajat yang sangat besar, iaitu dikembalikan penglihatan matanya. Baginda tidak menyertai orang itu mahupun menyuruh perawi hadis – yakni ‘Utsman bin Hunaif – untuk solat bersama sehingga menjadilah ia solat berjemaah. Ringkasnya, solat Hajat memiliki asal daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan dilaksanakan secara bersendirian, tanpa apa-apa bacaan surah al-Qur’an atau zikir yang khusus. Merujuk kepada solat Hajat di Malaysia yang lazim dilaksanakan secara berjemaah di masjid, surau dan tempat-tempat umum dengan makmum yang ramai, sebahagian agamawan membolehkannya berdasarkan hadis-hadis sahih berikut. • Hadis ‘Itban bin Malik radhiallahu 'anh, فَ َصلهْوا َُوَراءَه فَ َقا ُموا ،ال ُّض َحى َُسْب َحة بَْيتِِه ِف َصلهى َو َسلهَم َعلَْي ِه ُالله َصلهى اللِه َر ُسوَل أَ هن .بِ َصَلتِِه Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat Dhuha di rumahnya, maka bangunlah mereka yang di belakang baginda, lalu mereka solat dengan solat baginda (yakni berjemaah).81 • Hadis Huzaifah bin al-Yaman radhiallahu 'anh, ،الْ ِمائَِة عِْن َد يَْرَك ُع :فَُقلْ ُت ،َالْبَ َقَرة فَافْتَتَ َح ،لَْيلَة َذا َت َو َسلهَم ِه،ْيُالنهَصِلِِبي َِِصبَلهاىِفاللَهُرْك َععَةلَي َصلهيْ ُت َم َع ُثه : فَُقْل ُت،َم َضى Aku solat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pada satu malam. (Setelah membaca al-Fatihah), baginda mula membaca surah al-Baqarah. Aku berkata (kepada diriku), “Baginda akan sujud selepas 100 ayat.” Akan tetapi 100 ayat berlalu dan baginda terus membaca surah al-Baqarah, lalu aku berkata (kepada diriku), “Baginda akan solat dengan menghabiskannya dalam satu rakaat.” 81 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 23773. 72
... فََقَرأََها، ُثه افْتَتَ َح آ َل ِع ْمَرا َن، فََقَرأََها،َ ُثه افْتَتَ َح النِ َساء، يَْرَك ُع ِِبَا: فَُقلْ ُت،فََم َضى Apabila selesai surah al-Baqarah, aku berkata (kepada diriku), “Baginda akan rukuk sekarang.” Akan tetapi Nabi mula membaca surah al-Nisa’ dan terus membacanya (sehingga selesai). Kemudian baginda mula membaca surah ‘Ali Imran dan terus membacanya sehingga selesai…82 • Hadis ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh, ، فَ َجهرِّن، فَأَ َخ َذ بِيَ ِدي،ُ فَ َصلهْي ُت َخْلَفه،ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم ِم ْن آ ِخِر اللهيْ ِل.فَ َج َعلَِنأَتَيِْح َذُاتءََهُر Aku datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada akhir malam (dan baginda ketika itu sedang solat). Maka aku solat di belakangnya. Lalu baginda mengambil tanganku dan menarikku (ke hadapan) sehingga sejajar dengan baginda.83 َصلهى ِالله َر ُسوُل فَ َصلهى ،َخنَ ْس ُت ،َصَلتِِه عَلَى َو َسلهَم عَلَيْ ِه ُالله بَ َفلَلََهرماُس اونُْلَصاَلرلِهَف قََصالهَلى،ْعَلَْيِهفَلََوهماَسلهأََمق ُالله :ِل Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meneruskan solatnya, aku mundur (kembali ke belakang). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meneruskan solatnya, lalu apabila selesai baginda bertanya kepadaku, َما َشأِّْن أَ ْج َعلُ َك ِح َذائِي فَتَ ْخنِ ُس؟ “Apakah sebabnya setelah aku meletak kamu sejajar denganku, kamu undur ke belakang?” َوأَنْ َت َر ُسوُل اللِه اله ِذي أَ ْعطَا َك اللهُ؟، أََويَْنبَغِي ِْلَ َحد أَ ْن يُ َصلِ َي ِح َذاءَ َك، ََي َر ُسوَل اللِه:فَُقْل ُت Aku (‘Abdullah Ibn ‘Abbas) menjawab, “Wahai Rasulullah, apakah layak bagi seseorang untuk solat sejajar dengan kamu padahal kamu adalah Rasulullah yang telah 82 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1291/772 (Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, Bab disukai memanjangkan bacaan dalam solat malam). Hadis ini menunjukkan bahawa jika imam membaca beberapa surah dalam solat, ia tidak semestinya mengikuti tertib surah-surah dalam al-Qur’an. 83 Apabila solat berjemaah terdiri daripada imam dan seorang makmum, maka kedudukan makmum adalah selari dengan imam, di sebelah kanannya. Ia bukan di belakang sedikit sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. 73
dikurniakan (pelbagai keutamaan oleh) Allah?” ُثه َرأَيْ ُت َر ُسوَل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه: قَا َل.ا اللهَ ِل أَ ْن يَِزي َدِّن عِلْ ًما َوفَ ْه ًما.َْنفَُفَدُخَع،حَهّفَتأَ ْعَِْسَجْعْبتُتُهُهُي:ََو َسلهَم ََنقََما َل (‘Abdullah ibn ‘Abbas) melanjutkan, maka Rasulullah berasa kagum dengan aku, lantas berdoa untukku agar Allah menambahi bagiku ilmu dan kefahaman. Kemudian aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidur sehingga aku dapat mendengar nafasnya. . َما أَعَاَد ُو ُضوءًا، فََقاَم فَ َصلهى.َ ال هصَلة، ََي َر ُسوَل اللِه: فََقا َل،ُثه أَََتهُ بَِلٌل Kemudian Bilal datang dan berkata, “Wahai Rasulullah, (waktu) solat (Subuh sudah masuk).” Maka (Rasulullah) berdiri dan solat84 tanpa mengulangi wudhu’.85 • Hadis Anas bin Malik radhiallahu 'anh (1), : ُثه قَا َل،ُ فَأَ َك َل ِمنْه،ُأَ هن َج هدتَهُ ُملَْي َكةَ َد َع ْت َر ُسوَل اَّهللِ َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم لِطََعام َصنَ َعْتهُ لَه Bahawa neneknya (yang bernama) Mulaikah menjemput Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk makan hidangan yang dia masak untuk baginda. Maka Rasulullah makan, kemudian bersabda, .قُوُموا فَِِلُ َص ِل لَ ُك ْم “Bangunlah, aku akan pimpin solat bagi kalian.” . فَنَ َض ْحتُهُ ِِبَاء، قَ ِد ا ْسَوهد ِم ْن طُوِل َما لُبِ َس، فَُق ْم ُت إَِل َح ِصْي لَنَا:قَا َل أَنَ ٌس Anas berkata, “Maka aku berdiri pergi mengambil sebuah tikar kami yang sudah menjadi hitam kerana digunakan sekian lama, lalu aku merenjis air ke atasnya.86 84 Yakni solat sunat dua rakaat sebelum (qabliyah) Subuh, juga disebut sebagai Solat Sunat Fajar. 85 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 3060. Hadis ini menunjukkan tidur yang ringan atau sekejap tidak membatalkan wudhu’. Para sarjana Islam berkata, antara cara mengukur bahawa tidur itu adalah ringan atau sekejap adalah ia dalam satu posisi, tanpa beralih. Dalam hadis yang lain diterangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidur dengan berbaring di sisi kanannya. 86 Mungkin untuk melembutkan tikar tersebut. 74
فَ َصلهى لَنَا، َوالعَ ُجوُز ِم ْن َوَرائِنَا،ُ ُت َواليَتِي َم َوَراءَه.نْ ََوصَرَصَفَفْف،و َسُلهثهَما،ََر ُسوُل اَفَّهللَِقاَمَصَلهر ُسىواُلللهُاَّهلَعِللَيِْهَصلهَوىَسلهالَملهَُرْكَععَلَتَيِّْْهِي Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri dan menyusun saf aku dan seorang anak yatim di belakangnya sementara nenek di belakang kami. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengimami kami solat dua rakaat, kemudian baginda pulang.87 • Hadis Anas bin Malik radhiallahu 'anh (2), : فََقاَل، َوأُُمّ َحَرام َخالَِت، َوأُِمي،َد َخ َل النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َعلَْينَا َوَما ُهَو إَِهّل أَََن Nabi shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke rumah kami. Ketika itu tiada sesiapa kecuali aku, ibuku dan Umm Haram, ibu saudara di sebelah ibuku. Maka baginda bersabda, . فَ َصلهى بِنَا،قُوُموا فَِِلُ َصلِ َي بِ ُك ْم ِف غَِْْي َوقْ ِت َصَلة “Bangunlah, aku akan solat bersama kalian selain solat fardhu.” Bagi baginda solat bersama kami (sebagai imam). . َجعَلَهُ َعلَى َيِينِِه: أَيْ َن َج َع َل أَنَ ًسا ِمْنهُ؟ قَا َل:فََقا َل َر ُج ٌل لِثَابِت Seseorang bertanya kepada Tsabit (yang meriwayatkan hadis ini daripada Anas bin Malik), “Di manakah Rasulullah meletakkan Anas berbanding dirinya?” Tsabit menjawab, “Rasulullah meletakkan Anas di sebelah kanannya.” 88 .ُثه َد َعا لَنَا أَْه َل الْبَْي ِت بِ ُك ِل َخْْي ِم ْن َخِْْي ال ُّدنْيَا َواْل ِخَرِة (Anas bin Malik melanjutkan) kemudian (Rasulullah) mendoakan kami sekeluarga dengan setiap kebaikan daripada kebaikan dunia dan akhirat. َوَكا َن ِف آ ِخِر َما، فََد َعا ِل بِ ُك ِل َخْْي: قَا َل،ُ ََي َر ُسوَل اللهِ ُخَويْ ِدُم َك ا ْدعُ اللهَ لَه:فََقالَ ْت أُِمي 87 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 367/380 (Kitab al-Solat, Bab solat di atas tikar). 88 Apabila solat berjemaah terdiri daripada imam dan seorang makmum lelaki, maka kedudukan makmum adalah selari dengan imam, di sebelah kananya. Ia bukan di belakang sedikit sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. 75
:َد َعا ِل بِِه أَ ْن قَا َل Maka ibuku berkata, “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah untuk pembantu kamu ini.”89 (Anas bin Malik) berkata, maka Rasulullah berdoa untukku dengan setiap kebaikan, lalu mengakhirinya dengan doa, . َوَِب ِرْك لَهُ فِيِه،ُالل ُه هم أَ ْكثِْر َمالَهُ َوَولََده “Ya Allah perbanyakkanlah harta dan anaknya dan berkati untuknya pada harta dan anak tersebut.”90 Demikianlah hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh sebahagian agamawan bagi membolehkan solat Hajat secara berjemaah. Walau bagaimanapun jika dicermati hadis-hadis di atas, tidak ditemui bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat Hajat secara berjemaah. Perhatikan bahawa: • Hadis ‘Itban bin Malik merujuk kepada solat Dhuha. • Hadis Hudzaifah bin al-Yaman merujuk kepada solat malam dan ini lazimnya adalah solat Tahajjud. Solat Hajat boleh juga dilaksanakan pada waktu malam akan tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan solat yang dilaksanakan Rasulullah pada malam itu adalah solat Hajat. • Hadis ‘Abdullah ibn ‘Abbas merujuk kepada solat Witir. Ini kerana solat Witir adalah penutup bagi solat-solat sunat pada malam tersebut dan ia dilaksanakan pada akhir malam, sejurus sebelum masuknya waktu Subuh. • Hadis Anas bin Malik yang pertama dan kedua merujuk kepada solat sunat Mutlak. Ini kerana apabila Rasulullah mengajak ahli keluarga Anas bin Malik untuk solat, baginda tidak menerangkan solat apakah yang bakal dilaksanakan. 89 Anas bin Malik sebelum itu telah diserahkan oleh ibunya untuk berkhidmat sebagai pembantu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. 90 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1055/660 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al- Solat, Bab kebolehan solat sunat berjemaah dan solat di atas tikar, pakaian dan selainnya yang bersih). Doa terakhir Rasulullah menunjukkan boleh meminta diperbanyakkan harta dan anak yang diberkati Allah. 76
Bandingkan dengan hadis ‘Utsman bin Hunaif sebelum ini yang secara jelas dapat dikenali sebagai solat Hajat. Oleh itu hadis-hadis solat sunat secara berjemaah di atas bukanlah dalil bagi melaksanakan solat Hajat secara berjemaah. Mungkin ada yang berkata, solat Hajat secara berjemaah diqiyaskan (analogi) kepada hadis-hadis tersebut. Ini dijawab, bahawa qiyas tidak boleh digunakan untuk mencipta ibadah baharu atau cara ibadah yang baharu. Kemudian perhatikan juga bahawa semua solat sunat berjemaah dalam hadis-hadis di atas dilaksanakan dalam rumah, dengan makmum yang hanya sedikit bilangannya. Ini jauh berbeza dengan solat Hajat berjemaah di Malaysia yang dilaksanakan di masjid, surau dan tempat-tempat umum, dengan jumlah makmum yang ramai. Kesimpulannya, seandainya solat Hajat adalah baik dilaksanakan secara berjemaah, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya atau melaksanakannya, meskipun hanya sekali. Ini selari dengan tugas baginda yang menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik. Namun memandangkan Rasulullah tidak menganjurkan secara berjemaah di masjid, surau atau tempat-tempat umum, tidak juga secara kecil-kecilan di dalam rumah, bererti solat Hajat sememangnya hendaklah dilaksanakan secara bersendirian. Tidak boleh meneruskan solat Hajat secara berjemaah dengan alasan “Apa salahnya, bukankah ia perkara baik?” Meneruskan solat Hajat secara berjemaah bererti melakukan perkara baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah dalam urusan agama. Ringkasnya ia adalah bid’ah. Lebih dari itu orang yang melaksanakan solat Hajat tentu mengingini agar hajatnya dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maka laksanakanlah Solat Hajat sesuai dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam – yakni secara bersendirian tanpa bacaan surah dan zikir tertentu – agar solatnya diterima oleh Allah dan hajatnya dimakbulkan oleh-Nya.91 91 Selain Solat Hajat berjemaah, ada juga Qiamullail atau Solat Tahajjud berjemaah. Pihak yang menganjurkannya memiliki niat yang baik, seperti melazimkan orang ramai berqiamullail dan memberi alternatif lain kepada sambutan malam tahun baharu (New Year’s Eve). Pun begitu, ia tetap tidak selari dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika diperhatikan hadis Hudzaifah bin al-Yaman, solat malam berjemaah dilaksanakan di rumah, dengan 77
Apakah Rasulullah Cuai Menjalankan Tugas? Antara aqidah seorang mukmin adalah keyakinan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menyempurnakan tugasnya sebagai seorang pesuruh Allah dalam membawa risalah Islam sebelum baginda wafat. Apa jua yang dapat menjadikan seorang manusia mentauhidkan Allah, meninggalkan syirik, menjana pahala, menghapuskan dosa, mendekat ke arah syurga dan menjauh dari neraka telah baginda sampaikan secara jelas. Aqidah ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, يَْع ِص ُم َك َُواَّهلل ُِر َسالَتَه بَلهغْ َت فَ َما تَْفعَ ْل َْل َوإِ ْن َربِ َك م ْن.ِاَملْاَقْأوُنَْمِزاَللْ َإِكلَايْفِِريَكَن أَإُِيّهَنهااَّاهلللَهرَُّسلويَُلْهبَِدلِ ْغي ََي ِم َن النها ِس Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang kafir. [al-Maidah 5:67] Tentang ayat ini, A’isyah radhiallahu 'anha pernah menegaskan, إِ هن اَّهللَ تَعَا َل،َُم ْن َح هدثَ َك أَ هن النهِهب َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َكتََم َشْيئًا ِم َن الَو ْح ِي فََلَ تُ َص ِدقْه :يَُقوُل Sesiapa yang menceritakan kepada kamu bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyembunyikan sesuatu daripada wahyu (Allah), maka janganlah membenarkannya. (Ini kerana) sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman, .))ُ((ََي أَُيَّها الهر ُسوُل بَلِ ْغ َما أُنِْزَل إِلَْي َك ِم ْن َربِ َك َوإِ ْن ََلْ تَْف َع ْل فََما بَلهغْ َت ِر َسالَتَه Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya. [al-Maidah 5:67]92 bilangan makmum yang kecil. 92 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6977/7531 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah Ta’ala, Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau tidak 78
Sehubungan dengan ayat 67 surah al-Maidah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, َويُْن ِذَرُه ْم َشهر،إِنههُ ََلْ يَ ُك ْن نٌَِّب قَبْلِي إَِهّل َكا َن َحًّقا َعلَيِْه أَ ْن يَُد هل أُهمتَهُ َعلَى َخِْْي َما يَْعلَ ُمهُ َْلُْم .َما يَْعلَ ُمهُ َْلُْم Sesungguhnya tidak ada seorang Nabi pun sebelum aku melainkan diwajibkan ke atasnya untuk menunjuki umatnya apa yang baik bagi mereka sebatas apa yang dia tahu dan memperingatkan umatnya apa yang buruk bagi mereka sebatas apa yang dia tahu.93 Khusus tentang dirinya, baginda bersabda, . إَِهّل َوقَْد بَُِّي لَ ُك ْم، ويُبَا ِع ُد ِم َن النها ِر،َما بَِق َي َش ْيءٌ يَُقِر ُب ِم َن الْجَنهِة Tidak ada tertinggal apa-apa yang dapat mendekatkan ke syurga dan menjauhkan daripada neraka melainkan sungguh, telah aku jelaskan kepada kalian.94 Penyampaian, penunjukan, peringatan dan penjelasan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang ibadah boleh jadi dalam bentuk tunjuk ajar lisan (sunnah qauliyah), perbuatan fizikal (sunnah fi’illiyah), persetujuan terhadap perkataan dan perbuatan orang lain (sunnah taqririyah), dan sikap baginda yang meninggalkan sesuatu ibadah (sunnah tarkiyah). Maka berdasarkan ayat 67 surah al-Maidah dan hadis-hadis di atas, seorang mukmin akan beraqidah – yakni berkeyakinan – bahawa ibadah dalam Islam hanyalah apa yang dijelaskan secara terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Adapun selain itu, yakni apa yang didiamkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah, maka ia bukanlah ibadah dalam Islam meskipun sebahagian daripada ciri-cirinya menyerupai ibadah dalam Islam. Ia adalah bid’ah dan bukannya sunnah. Apabila seseorang itu mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia sebenarnya melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya.) 93 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3431/1844 (Kitab al-Imarah, Bab perintah agar setia kepada bai’ah terhadap khalifah). 94 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 2, ms. 155, hadis no.: 1647 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1803. 79
berkeyakinan Rasulullah tidak menyempurnakan tugasnya, tidak menyampaikan semua yang patut disampaikan dan tidak menjelaskan keseluruhan syari’at Islam. Maka atas keyakinan inilah, dia berasa patut atau boleh mencipta sesuatu bid’ah. Satu contoh ialah bacaan zikir. Disebabkan seseorang itu berkeyakinan Rasulullah tidak menyampai, mengajar dan mengamalkan seluruh bacaan zikir, maka dia berasa patut atau boleh mencipta lafaz-lafaz zikir tersendiri. Lafaz-lafaz zikir ini selain merupakan satu bid’ah, membuktikan keyakinannya yang salah terhadap kesempurnaan tugas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Orang yang berkeyakinan Rasulullah ada tertinggal ajaran Islam sehingga patut atau boleh baginya mencipta atau mengamalkan ibadah tersendiri (bid’ah), dia telah menyelisihi ayat 67 surah al-Maidah dan hadis-hadis di atas. Penyelisihan ini menyebabkan dia dikatakan memiliki aqidah yang sesat. Oleh kerana itulah apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan umat ini tentang bid’ah, baginda mengaitkannya dengan kesesatan. Sabda baginda, ُُمْ َدثَة َوُك ُّل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َوُك ُّل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.95 95 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 80
Apakah Sunnah Tarkiyah? Apabila berbicara tentang sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lazimnya akan disebut tiga jenis sunnah, iaitu: • Sunnah Qauliyah yang bermaksud ucapan, perkataan atau ajaran lisan Rasulullah. • Sunnah Fi’liyah yang bermaksud perbuatan Rasulullah. • Sunnah Taqririyah yang bermaksud persetujuan Rasulullah terhadap apa yang diucapkan atau dilakukan oleh para sahabat. Jika baginda diam, bererti baginda setuju dengan apa yang mereka ucapkan atau lakukan sehingga menjadilah ia sunnah taqririyah. Diamnya Rasulullah adalah hujah kerana baginda memiliki kewajipan untuk serta merta menegur dan membetulkan ucapan dan perbuatan para sahabat seandainya ada sesuatu yang salah. Sebagai contoh, perhatikan hadis berikut daripada Fadhalah bin ‘Ubaid radhiallahu 'anh: ِف َصَلَتِِه فَلَْم يُ َص ِل عَلَى النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه.َر ُجَعَلًِج يََلْدَهعُ َوذا: فََِْسَقاَعَلالانهلِنهُّبُِّب َصلَهصلهىىاَاَّهلّلُهللُعَلعََيْلَيِْهِهَوَوَسَسلهلهَمَم.َو َسلهَم Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang lelaki yang meminta dalam doanya tanpa berselawat ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Orang ini terburu-buru.” َعلَى لْيُ َص ِل ُثه َعلَْي ِه َوالثهنَا ِء اَّهلِل بِتَ ْح ِمي ِد ْفَلْيَبْ َدأ ُدُك ْم.إِبََذْعا ُد َِِصبَلهاىَشأَاءََح ُع:عَفَلََقيْاِهَلَولََسهُلهأََمْوُثهلِغَلْْْيَِيِْهد ُُثه َدعَاه النهِِب َُصلهى اَّهلل Lantas baginda memanggilnya dan berkata kepadanya atau kepada selainnya: “Apabila seseorang kalian berdoa, hendaklah dimulai dengan Tahmid dan puji-pujian kepada Allah kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian sesudah itu mintalah apa saja yang dikehendaki.”96 Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta merta menegur dan 96 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, Hadis ini hasan sahih.Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 3399/3477 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab tentang himpunan doa-doa daripada Nabi). 81
membetulkan sahabat yang salah dalam adab berdoa. Baginda tidak menangguhkannya. Teguran dan pembetulan Rasulullah bukan sahaja dalam urusan agama tetapi juga dalam urusan dunia, seperti hadis berikut daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh, :أَََتََن َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم فََرأَى َر ُجًَل َشعِثًا قَْد تََفهرَق َش ْعُرهُ فََقا َل Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengunjungi kami, lalu baginda melihat ada seorang lelaki yang pakaiannya kusut dan rambutnya tidak terurus. Maka baginda bersabda, أََما َكا َن َِي ُد َه َذا َما يُ َسكِ ُن بِِه َش ْعَرهُ؟ “Apakah dia tidak dapat mencari sesuatu yang dapat menguruskan rambutnya?” : فََقا َل،ٌَوَرأَى َر ُجًَل آ َخَر َوعَْليِِه ثِيَا ٌب َوِس َخة Rasulullah juga melihat seorang lelaki lain yang memakai pakaian yang kotor. Maka baginda bersabda, أََما َكا َن َه َذا َِي ُد َماءً يَ ْغ ِسلُ بِِه ثَْوبَهُ؟ “Apakah dia tidak dapat mencari air untuk mencuci pakaiannya?”97 Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegur sebaik sahaja melihat orang yang tidak terurus dirinya dan kotor pakaiannya. Baginda tidak menangguhkannya. Berdasarkan dua hadis di atas dan banyak lagi, merupakan kewajipan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk serta merta menegur dan membetulkan kesalahan ucapan atau perbuatan para sahabat. Rasulullah tidak akan menangguhkan teguran atau pembetulan itu. Disebabkan kewajipan inilah, jika Rasulullah diam terhadap apa yang diucapkan atau dilakukan oleh para sahabat, bererti ucapan atau perbuatan itu adalah betul dan dibolehkan sehingga menjadilah ia sunnah taqririyah. Selain tiga sunnah yang lazim itu, terdapat satu lagi sunnah yang kerap kali tercicir 97 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3540/4062 (Kitab al-Libas, Bab mencuci pakaian dan tentang pakaian yang lusuh). 82
daripada dibicarakan. Ia adalah Sunnah Tarkiyah, bermaksud apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tinggalkan. Secara lebih terperinci, apa yang Rasulullah tinggalkan terbahagi kepada empat kategori. Kategori Pertama ialah apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tinggalkan dalam urusan dunia seperti fesyen pakaian, jenis makanan, kenderaan dan lain-lain. Termasuklah juga apa yang baginda tinggalkan dalam urusan dunia yang membantu agama seperti mimbar, tempat duduk ketika mengajar, pembinaan semula Ka’bah mengikut asas asal Nabi Ibrahim dan pembesaran masjid Nabawi di Madinah. Semua ini bukanlah sunnah tarkiyah dan sesiapa yang menyelisihinya tidak dianggap berbuat bid’ah. Satu contoh ialah Rasulullah pernah tinggalkan makan dhab (sejenis biawak padang pasir) kerana baginda tidak berselera. Akan tetapi ia tidaklah bererti orang lain tidak boleh makan dhab. Hadis berikut menjadi rujukan, . إِنههُ َض ٌّب:ُأُِتَ النهُِّب َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم بِ َضب َم ْش ِوي فَأَْهَوى إِلَيِْه لِيَأْ ُك َل فَِقي َل لَه Dihidangkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dhab yang dipanggang. Maka baginda menghulurkan tangan kepadanya untuk dimakan, lalu dikatakan kepada baginda: “Sesungguhnya ia adalah dhab.” أَ َحَرامٌ ُهَو؟:فَأَْم َس َك يََدهُ فََقا َل َخالٌِد Lalu baginda menarik tangannya, maka berkata Khalid: “Apakah ia haram?” .ُ َّلَ َولَكِنههُ َّلَ يَ ُكوُن ِبَْر ِض قَْوِمي فَأَ ِج ُدِّن أَعَافُه:قَا َل Rasulullah menjawab: “Tidak, akan tetapi ia tidak terdapat di tempat kaumku dan aku mendapati diriku tidak berselera terhadapnya.” ُّ .فَأَ َك َل َخالٌِد َوَر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم يَْنظُُر Maka Khalid makan (dhab itu) sementara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerhatikannya.98 98 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4981/5400 (Kitab al-Ath‘imah, Bab daging panggang dan firman Allah…). 83
Kategori Kedua ialah apa yang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tinggalkan dalam urusan agama kerana bimbang jika baginda melakukannya secara berterusan ia akan diwajibkan. Namun apabila Rasulullah wafat, tiada lagi wahyu yang akan diturunkan sehingga hilanglah kebimbangan itu. Maka ini bukanlah sunnah tarkiyah dan sesiapa yang menyelisihinya tidak dianggap berbuat bid’ah. A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan tentang kebimbangan ini, َوُهَو َُِي ُّب أَ ْن يَْع َم َل بِِه َخ ْشيَةَ أَ ْن، اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم لَيَ َدعُ ال َع َم َل.َرفَُسيُْوفَُرل اََضّهللِ َعلَيَْصِهلهْمى،يَْع َم َل بِإِِهْنالنهَكاا َُنس Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah meninggalkan satu amalan padahal baginda suka untuk mengamalkannya kerana bimbang orang ramai turut mengamalkannya sehingga ia diwajibkan ke atas mereka.99 Maksud Rasulullah pernah meninggalkan satu amalan… bukanlah tidak pernah mengamalkannya langsung, tetapi pernah mengamalkannya namun meninggalkan pengamalannya secara berterusan. Satu contoh ialah solat Tarawih berjemaah secara berterusan.100 Pada mulanya Rasulullah melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah di masjid. Setelah beberapa hari, baginda tinggalkan solat Tarawih berjemaah di masjid kerana bimbang ia akan diwajibkan. Setelah baginda wafat, tiada lagi wahyu yang akan diturunkan sehingga hilanglah kebimbangan itu. Maka sejak itu, dibolehkan melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah di masjid dan ia tidak dianggap bid’ah. Perhatikan hadis berikut daripada A’isyah radhiallahu 'anha, ُثه .ََن ٌس بِ َصَلَتِِه فَ َصلهى لَْيلَة َذا َت الْ َم ْس ِج ِد ِف َصلهى َو َسلهَم عَلَْي ِه ُاَّهلِل َصلهى اَّهلل ِمأَْنهن الَْرَقاُسبِلوََِةل َصلهى .فَ َكثَُر النها ُس 99 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1060/1128 (Kitab al-Tahajjud, Bab penganjuran Nabi terhadap solat malam dan solat sunat tanpa mewajibkannya). 100 Setelah mengemukakan hadis di atas, al-Bukhari rahimahullah mengemukakan hadis tentang solat Tarawih berjemah. Tertib susunan ini menunjukkan hadis kedua (hadis no.: 1061/1129) menjelaskan maksud hadis pertama (no.: 1060/1128). 84
Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat dalam masjid pada satu malam lalu orang ramai ikut solat (menjadi makmum) kepada solat baginda. Kemudian baginda bersolat pada malam berikutnya maka lebih ramai orang (yang ikut menjadi makmum). .ُثه ا ْجتَ َمعُوا ِم ْن اللهْيلَِة الثهالِثَِة أَْو الهرابَِعِة فَلَْم َيُْرْج إِلَيِْه ْم َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم Kemudian mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar kepada mereka (untuk menjadi imam). قَْد َرأَيْ ُت اله ِذي َصنَ ْعتُْم فَلَْم َيْنَ ْعِن ِم ْن اْْلُُروِج إِلَيْ ُك ْم إَِّله أَِّن َخ ِشي ُت أَ ْن:فَلَ هما أَ ْصبَ َح قَا َل .تُْفَر َض عَلَْي ُك ْم Tatkala Subuh, baginda (keluar kepada mereka dan bersabda), “Demi sesungguhnya aku melihat apa yang kalian lakukan. Tidak ada yang menghalangku dari keluar kepada kalian (untuk menjadi imam) kecuali sesungguhnya aku bimbang ia (solat Tarawih secara berjemaah) diwajibkan ke atas kalian.” . َوذَلِ َك ِف َرَم َضا َن:قَا َل Berkata A’isyah, “Yang sedemikian berlaku dalam bulan Ramadhan.”101 Kategori Ketiga ialah apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama padahal dorongan untuk melakukannya ada dan kebimbangan ia akan diwajibkan tidak ada. Inilah sunnah tarkiyah. Contohnya, terdapat dorongan untuk melaksanakan ibadah wajib berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam sebuah hadis qudsi, .َوَما تََقهر َب إَِِله عَْب ِدي بِ َش ْيء أَ َح هب إَِِله ِِمها افََْتَ ْض ُت َعلَيِْه Dan tidaklah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai melainkan apa yang telah aku fardhukan ke atasnya.102 101 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1270/761 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qashriha, Bab anjuran mendirikan Qiyam Ramadhan, iaitu Solat Tarawih). 102 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6021/6502 (Kitab al-Riqaq, Bab merendah diri). 85
Namun apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan (sunnah tarkiyah) solat Jumaat apabila musafir baik dalam keadaan tenang atau perang, bererti yang dituntut dalam rangka berpegang kepada sunnah baginda ialah turut meninggalkan solat Jumaat apabila musafir. Contoh lain, terdapat dorongan untuk memperbanyakkan ibadah sunat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam sebuah hadis qudsi, .َُوَما يََزا ُل عَبْ ِدي يَتَ َقهر ُب إَِِله ِبلنهَوافِِل َحَهّت أُ ِحبهه Dan tidaklah hamba-Ku berterusan menghampirkan diri kepada-Ku melalui ibadah-ibadah tambahan (sunat) melainkan aku akan mencintainya.103 Namun apabila Rasulullah meninggalkan (sunnah tarkiyah) apa-apa penambahan ibadah sunat pada malam 1 Rejab, malam 27 Rejab dan malam 15 Sya’ban (Nisfu Sya’ban), bererti yang dituntut dalam rangka berpegang kepada sunnah baginda ialah turut meninggalkan apa-apa penambahan ibadah sunat pada malam-malam tersebut. Contoh ketiga, terdapat dorongan untuk beramal secara bersama-sama berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َوأَقِي ُموا ال هصَلةَ َوآتُوا الهزَكاةَ َواْرَكعُوا َم َع الهراكِعَِّي Dan dirikanlah solat, keluarkanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk. [al-Baqarah 2:43] Maksud rukuk dalam ayat di atas bukanlah posisi rukuk dalam solat kerana pada awal ayat Allah telahpun menyebut tentang solat. Akan tetapi maksud rukuk ialah tunduk mentaati perintah dan larangan Allah. Maksud bersama orang-orang yang rukuk ialah bersama-sama orang yang turut tunduk mentaati perintah dan larangan Allah. Oleh itu maksud rukuklah bersama orang-orang yang rukuk ialah bersama-sama tunduk mentaati perintah dan larangan Allah, baik untuk ibadah solat mahupun selainnya. Meskipun ada dorongan untuk rukuklah bersama orang-orang yang rukuk, 103 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6021/6502 (Kitab al-Riqaq, Bab merendah diri). 86
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan (sunnah tarkiyah) solat Hajat secara bersama-sama, doa bersama-sama dan selawat bersama-sama. Semua ini menunjukkan bahawa yang dituntut dalam rangka berpegang kepada sunnah baginda ialah turut meninggalkan solat Hajat, doa dan selawat secara bersama-sama. Contoh terakhir, terdapat dorongan untuk berzikir selepas solat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .فَِإذَا قَ َضْيتُُم ال هصَلةَ فَاذُْكُروا اَّهللَ قِيَاًما َوقُعُوًدا َو َعلَى ُجنُوبِ ُك ْم Maka apabila kalian telah selesai solat, maka berzikirlah kepada Allah baik ketika berdiri, duduk dan baring. [al-Nisa’ 4:103] Ayat ini asalnya merujuk kepada solat ketika peperangan atau Solat Khauf. Namun pengajaran daripada ayat ini adalah, jika solat ketika peperangan tetap dianjurkan zikir selepasnya maka apatah lagi solat dalam keadaan aman. Sudah tentu lebih ditekankan untuk berzikir selepasnya.104 Pun begitu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan (sunnah tarkiyah) daripada mengajar atau mengamalkan sebarang bentuk zikir selepas solat Tarawih,105 baik di antara rakaat-rakaatnya mahupun selepas selesai kesemua 8 rakaat. Baginda meninggalkannya baik ketika melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah di masjid mahupun secara berseorangan di rumah. Zikir yang baginda baca hanyalah selepas solat Witir, yakni, .ُسْب َحا َن الْ َملِ ِك الُْق ُّدو ِس Maha suci (Allah yang) al-Malik, al-Quddus sebanyak tiga kali, dengan kali terakhir baginda memanjangkan bacaannya.106 Oleh itu dalam rangka mengikuti sunnah Rasulullah, hendaklah meninggalkan bacaan 104 Dalam ilmu Usul al-Fiqh, ini dinamakan Qiyas al-Aula. 105 Pada zaman Rasulullah, solat Tarawih dikenali sebagai Qiam Ramadhan. 106 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1681/1699 (Kitab Qiamullail wa Tathawwu’ al-Nahr, Bab perselisihan lafaz yang dibawa oleh Ubay bin Ka’ab tentang solat Witir). 87
zikir, selawat dan doa yang biasa dibaca oleh bilal dan makmum di antara solat-solat Tarawih sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. Bezakan bahawa dibolehkan membaca apa jua zikir dengan lafaz yang disyari’atkan, dengan cara yang disyari’atkan, yakni berseorangan dan suara yang perlahan, pada malam Ramadhan. Adapun membaca zikir, selawat dan doa di antara solat-solat Tarawih, dengan lafaz dan cara bacaan yang tidak dilakukan pada mana-mana solat sunat yang lain sepanjang tahun kecuali untuk solat Tarawih pada malam Ramadhan, maka ia adalah satu pengkhususan yang memerlukan dalil. Meskipun dikatakan bahawa zikir, selawat dan doa itu hanyalah sunat hukumnya, maka ia tetap memerlukan dalil yang mengatakan ia sunat. Memandangkan tidak ada dalil yang mengkhususkannya dan menghukumnya sunat, ditambah dengan hakikat bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan (sunnah tarkiyah) daripada mengamalkan sebarang bentuk zikir, selawat dan doa di antara solat-solat Tarawih, maka hendaklah juga kita meninggalkannya. Kesimpulannya, apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam kategori ketiga ini menjadi hujah kerana tugas atau kewajipan baginda ialah menyuruh kepada kebaikan dan menjelaskan, baik secara lisan mahupun perbuatan, apa yang dapat mendekatkan seseorang itu ke syurga Allah. Tugas ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ... ََيُْمُرُه ْم ِبلْ َم ْعُرو ِف Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik… [al-A’raaf 7:157] sehingga jika Rasulullah meninggalkan suruhan terhadap sesuatu urusan agama (sunnah tarkiyah) bererti ia sememangnya tidak baik. Juga berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ََُي أَُيَّها الهر ُسوُل بَلِ ْغ َما أُنِْزَل إِلَْي َك ِم ْن َربِ َك َوإِ ْن ََلْ تَْف َع ْل فََما بَله ْغ َت ِر َسالَتَه Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), 88
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan risalah-Nya. [al-Maidah 5:67] sehingga jika Rasulullah meninggalkan anjuran mahupun pengamalan terhadap sesuatu urusan agama (sunnah tarkiyah), bererti ia sememangnya bukan risalah agama yang Allah turunkan kepadanya untuk disampaikan. Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri, . إَِهّل َوقَْد بَُِّي لَ ُك ْم، ويُبَا ِع ُد ِم َن النها ِر،َما بَِق َي َش ْيءٌ يَُقِر ُب ِم َن الْجَنهِة Tidak ada tertinggal apa-apa yang dapat mendekatkan ke syurga dan menjauhkan daripada neraka melainkan sungguh, telah aku jelaskan kepada kalian.107 Justeru jika Rasulullah meninggalkan sesuatu urusan agama padahal dorongannya ada dan kebimbangan ia diwajibkan tiada, bererti urusan agama itu sememangnya bukan satu kebaikan yang dapat mendekatkan seseorang itu ke syurga Allah. Di sini ada yang berhujah bahawa memandangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sibuk dengan pelbagai urusan dakwah, perang, berjumpa delegasi asing dan menguruskan umat Islam, baginda tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah-ibadah yang sunat. Justeru baginda meninggalkannya bukan kerana ia patut ditinggalkan tetapi kerana tidak berkesempatan. Hujah ini dijawab bahawa jika benar Rasulullah tidak berkesempatan, baginda ada pilihan untuk (1) melakukannya secara sekali sekala atau (2) menganjurkan para sahabat untuk melakukannya. Namun memandangkan baginda tidak pernah melakukannya seumur hidup mahupun menganjurkan para sahabat untuk melakukannya, maka ia sememangnya dimaksudkan untuk ditinggalkan (sunnah tarkiyah). Selain itu hujah “tidak berkesempatan” adalah satu bentuk berburuk sangka terhadap Rasulullah, kerana ia menunjukkan bahawa baginda tidak ada pengurusan masa yang bagus (time management skills). Orang yang mencintai sunnah dan membenci bid’ah tidak sekali-kali akan mengeluarkan hujah “baginda tidak berkesempatan”. Selain itu hujah “tidak berkesempatan” juga merupakan tuduhan bahawa Rasulullah 107 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 2, ms. 155, hadis no.: 1647 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1803. 89
shallallahu 'alaihi wasallam cuai daripada melaksanakan tugas. Tuduhan ini telah diterangkan kesalahannya dalam pelajaran Apakah Rasulullah Cuai Menjalankan Tugas? Seterusnya, apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan sesuatu urusan agama baik aqidah, ibadah, hukum atau fiqh hati, padahal dorongannya ada dan kebimbangan ia diwajibkan tiada, lalu orang selepas kewafatan baginda melakukan urusan agama tersebut, menjadilah ia sesuatu yang baharu. Apa yang baharu itu masuk ke dalam sabda baginda, .َو َشُّر اْلُُموِر ُمْ َدََثُُتَا َوُك ُّل ُُمْ َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.108 Kategori Keempat ialah apa yang asalnya dalam urusan dunia lalu kemudian di bawa masuk ke dalam urusan agama. Maka apabila Rasulullah meninggalkan sesuatu urusan dunia daripada memasuki urusan agama padahal dorongannya ada dan kebimbangan ia akan diwajibkan tiada, bererti yang sunnah ialah tetap meninggalkan urusan dunia itu daripada memasuki urusan agama. Ini termasuk juga dalam pengertian sunnah tarkiyah. Contohnya nyanyian dan alat muzik adalah urusan dunia sementara berdakwah adalah urusan agama. Terdapat dorongan untuk berdakwah secara hikmah dan terbaik berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ا ْدعُ إَِل َسبِي ِل َربِ َك ِبْْلِ ْك َمِة َوالْ َمْو ِعظَِة اْْلَ َسنَِة َو َجاِدْلُْم ِبلهِت ِه َي أَ ْح َس ُن Berdakwahlah ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka (jika perlu) dengan apa yang lebih baik. [al-Nahl 16:125] Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sudah ada nyanyian serta alat muzik dan baginda membenarkannya secara terhad seperti ketika majlis walimah. Walau bagaimanapun Rasulullah meninggalkan nyanyian dan muzik daripada menjadi salah satu cara berdakwah, baik dalam rangka menjemput orang bukan Islam kepada Islam atau memperbaiki keadaan (islah) orang yang sudah Islam. Ini menunjukkan yang sunnah dalam rangka berdakwah ialah meninggalkan penggunaan nyanyian dan alat muzik. 108 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 90
Bid’ah Menyelisihi Jalan Allah Setiap hari kita selalu berdoa ketika membaca surah al-Fatihah, .ا ْه ِدََن ال ِصَرا َط الْ ُم ْستَِقي َم Tunjuklah kami jalan yang lurus. Tentang jalan yang lurus ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, بِِه َو هصا ُك ْم ذَلِ ُك ْم َسبِيلِِه َع ْن بِ ُك ْم فَتَ َفهر َق ال ُّسبُ َل تَتهبِعُوا َوَّل ُفَاتهبِعُوه ُم ْستَِقي ًما ِصَرا ِطي َوأَ هن َه َذا لََعله ُك ْم .تَته ُقو َن Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana ia akan mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya. Demikianlah yang Allah perintahkan kepada kalian, agar kalian (menjadi orang-orang yang) bertakwa. [al-An’aam 6:153] Sehubungan dengan ayat ini, ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anh menerangkan: . َه َذا َسبِيلُ اَّهلِل: ُثه قَا َل.َخ هط لَنَا َر ُسوُل اَّهللِ َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َخ ًطّا Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menggariskan kepada kami satu garisan lalu bersabda: “Inilah jalan Allah.” :ُثه َخ هط ُخطُوطًا عَ ْن َيِينِِه َو َع ْن شِمَالِِه ُثه قَا َل Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: ُّ .َه ِذهِ ُسبُ ٌل َعلَى ُك ِل َسبِيل ِمْن َها َشيْطَا ٌن يَْدعُو إِلَْيِه “Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan itu ada syaitan yang menyeru kepadanya.” .))ُثه قََرأَ ((إِ هن َه َذا ِصَرا ِطي ُم ْستَِقي ًما فَاتهبِعُوهُ َوَّلَ تَتهبِعُوا ال ُّسبُ َل فَتََفهرَق بِ ُك ْم عَ ْن َسبِيلِِه Kemudian baginda membacakan ayat: “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana ia akan 91
mencerai-beraikan kalian dari jalan-Nya.”109 Apabila seseorang itu mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, maka dia sebenarnya melalui satu jalan yang lain dari jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ketahuilah bahawa jalan Allah hanyalah satu sementara jalan-jalan selain itu adalah banyak, tidak terhitung. Oleh kerana itulah dalam ayat 153 surah al-An’aam di atas, Allah menyebut jalan- Ku secara mufrad (singular) sementara jalan-jalan (yang lain) secara jamak (plural). Mujahid rahimahullah (104H)110 menjelaskan maksud ayat dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) sebagai “bid’ah dan perkara samar-samar (”)ا ْل ِب َد َع َوالش ُب َها ِت.111 Orang yang berzikir di jalan Allah misalnya, dia berzikir secara perlahan dan merendah diri dengan lafaz-lafaz zikir yang diajarkan oleh Allah dan Rasulullah. Di antara lafaz zikir itu, ada yang terbuka untuk dibaca pada bila-bila masa dan ada yang terikat dengan perbuatan atau waktu tertentu. Adapun berzikir di jalan selain jalan Allah, maka ia amatlah pelbagai. Ada yang berzikir secara kuat, ada yang secara berirama dan ada yang diikuti dengan tarian. Lafaz zikir juga pelbagai yang dibuat-buat sendiri, daripada yang panjang sehingga pendek, sependek lafaz “Hu hu hu” sahaja. Jalan Allah, itulah jalan yang lurus sementara jalan-jalan yang lain adalah kesesatan. Oleh kerana itulah apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan umat ini tentang bid’ah, baginda mengaitkannya dengan kesesatan. Sabda baginda, ُُمْ َدثَة َوُك ُّل ُُمْ َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهلِلِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َوُك ُّل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan 109 Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syaikh Syu‘aib al-Arna ‘uth dan rakan- rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 4142 (Musnad ‘Abd Allah bin Mas‘ud). 110 Beliau ialah mujahid bin Jabr, lahir di Mekah pada 21H. Sempat berguru dengan beberapa sahabat, khasnya ‘Abdullah ibn Abbas radhiallahu 'anh dalam bidang tafsir al-Qur’an. Selain itu beliau juga merupakan seorang perawi hadis dan ahli ilmu di zamannya. Meninggal dunia di Mekah pada 104H. 111 Dikemukakan oleh al-Darimi dalam Sunannya, hadis no.: 209. 92
sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.112 Oleh itu marilah kita berusaha untuk berada di atas jalan Allah dengan meninggalkan bid’ah. Sama-sama diketahui bahawa doa sahaja tidak cukup, ia hendaklah disertai dengan usaha. Maka doa “Tunjuklah kami jalan yang lurus” adalah tidak cukup melainkan disertai dengan usaha menjauhi dan meninggalkan bid’ah. Bid’ah Menyelisihi Jalan Rasulullah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهلِل َعلَى بَ ِصْيَة أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسْب َحا َن اَّهلِل َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (para sahabat baginda) mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108] Orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia sebenarnya melalui satu jalan yang lain dari jalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jalan Rasulullah adalah sunnah baginda sementara jalan-jalan yang lain adalah bid’ah. Jalan-jalan bid’ah itu pula mencerai-beraikan agama Islam. Disebabkan mereka memilih jalan-jalan yang lain dari jalan Rasulullah, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala membebaskan baginda daripada memiliki apa- apa kaitan dengan mereka. Allah berfirman, 112 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 93
إِ هن اله ِذي َن فَهرقُوا ِدينَ ُه ْم َوَكانُوا ِشيَ ًعا لَ ْس َت ِمْن ُه ْم ِف َش ْيء إَِّهنَا أَْمُرُه ْم إَِل اَّهلِل ُثه يُنَبِئُ ُه ْم ِِبَا َكانُوا .يَْف َعلُوَن Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad) memiliki kaitan sedikit pun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak) apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). [al-An’aam 6:159] Satu fakta yang tidak tersembunyi sejak zaman awal Islam sehingga ke hari ini adalah umat Islam telah bercerai-berai kepada pelbagai aliran, jemaah dan tareqat. Tidaklah aliran, jemaah dan tareqat ini bercerai melainkan mereka terlebih dahulu mencipta dan mengamalkan bid‘ah, sama ada dalam bentuk keyakinan atau amalan, lalu mereka bercerai dan mengunggulkan diri sendiri dengan bid‘ah tersebut. Bid‘ah-bid‘ah tersebut menjadi ciri-ciri yang membezakan antara satu aliran dengan aliran yang lain, antara satu jemaah dengan jemaah yang lain, satu tareqat dengan tareqat yang lain. Bahkan bid’ah-bid’ah itu membezakan aliran-aliran, jemaah-jemaah dan tareqat- tareqat tersebut daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana sunnah lawannya bid‘ah, sunnah hanyalah satu manakala bid‘ah tidak terbatas jumlahnya. Sikap mencipta dan mengamalkan bid‘ah, kemudian bercerai kepada pelbagai aliran, jemaah dan tareqat dengan masing-masing mengunggulkan kumpulan tersendiri adalah sikap orang-orang musyrik yang Allah melarang kita daripada mengikutinya. Allah menyamakannya dengan orang-orang musyrikin kerana setiap aliran, jemaah dan tareqat tersebut, mereka tidak lagi berpaksi kepada Allah tetapi berpaksi kerana aliran, jemaah dan tareqat tersendiri. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ) ِم َن اله ِذي َن فَهرقُوا ِدينَ ُه ْم َوَكانُوا ِشيَ ًعا ُك ُلّ ِحْزب ِِبَا لََديِْه ْم فَِر ُحوَن31( َوَّل تَ ُكونُوا ِم َن الُْم ْشِركَِّي .)32( Dan janganlah kamu termasuk orang-orang musyrikin, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa puak (kumpulan). 94
Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32] Disebabkan bid’ah adalah jalan yang menyelisihi jalan Allah dan Rasulullah, maka dapatlah difahami mengapa bid’ah dikaitkan dengan kesesatan. Ini sebagaimana hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ُُمْ َدثَة َّوُك ُل ُُمْ َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة َّوُك ُل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.113 Oleh itu marilah kita mempelajari, mengkaji dan mengikuti jalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Janganlah mengikuti jalan-jalan yang lain meskipun ia nampak baik dan indah kerana akan menyesal pada Hari Kiamat kelak.114 Ambillah iktibar daripada ayat-ayat berikut di mana Allah 'Azza wa Jalla menerangkan keadaan pada Hari Kiamat kelak, عَلَى )ُ2اَِل8ِت)ْذَويَفَُْولَمًَنيَعََخلُِيّضًَلال(ظه2أََه6.ْ(ََ)ل2يًا9نْ)الَْسََايَكِانَفِويِْريلََخَََّنُذتوًَلَّعَلْيتَِس(ِْن2ِْلى7َِأيَََدَضيْلهِهِنيَُقاَعلْوُُمِنلْلاَلَُيكِذْلَكيْيَِرْتَوَِمبَنئِْعذاَدَهاتَإِْْْذْذلَ ُّقُتَجلاِلَمءَهِرَّْعْنحَالَِنوهَركاَُسوََكنواِالَلن هيشََسْيْبِويًمطًََاالُنعَ(لل لََق ْد Kerajaan yang hak pada hari itu kepunyaan (Allah) al-Rahman sementara bagi orang-orang kafir hari itu penuh dengan kesukaran. 113 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 114 Menarik untuk diperhatikan bahawa dalam ayat 153 dan 159 surah al-An’aam, Allah memerintahkan kita untuk mengikuti jalan-Nya dan jalan Rasul-Nya serta melarang daripada bercerai-berai ke jalan-jalan yang lain. Jalan Allah dan jalan Rasulullah adalah satu dan sama. Anehnya pada masa kini, apabila kita menyeru umat Islam agar kembali kepada jalan Allah dan Rasulullah dengan meninggalkan bid’ah, seruan itu pula dituduh sebagai mencerai-beraikan umat Islam. Padahal bid’ah-bid’ah itulah yang mencerai-beraikan umat Islam dan jika kita ingin kembali bersatu, hendaklah ditinggal semua bid’ah tersebut dan kembali kepada jalan Allah dan Rasulullah. 95
Dan hari itu (pula bagi) orang-orang yang zalim, mereka menggigit (jari) kedua- dua tangan sambil berkata, “Alangkah baiknya (jika di dunia dahulu) aku mengambil jalan bersama Rasulullah. Aduhai celakanya aku! Alangkah baik (jika di dunia dahulu) aku tidak mengambil si fulan menjadi sahabat karib. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada al- Qur’an setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan bagi manusia.” [al-Furqan 25:26-29] Dalam ayat di atas Allah 'Azza wa Jalla menerangkan keadaan dua golongan manusia pada Hari Kiamat. Pertama adalah orang-orang kafir di mana ia merupakan hari yang amat sukar bagi mereka. Kedua adalah orang-orang zalim di mana ia merupakan hari penyesalan bagi mereka. Siapakah orang-orang yang zalim itu? Saya berpendapat – dan Allah sahaja yang lebih mengetahui – bahawa memandangkan sebelum itu (ayat 26) Allah telah menerangkan keadaan orang-orang kafir, maka yang dimaksudkan dengan orang-orang zalim adalah orang Islam yang tidak mengikuti jalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (ayat 27) dan tidak mengikuti al-Qur’an (ayat 29).115 Sebaliknya mereka mengikuti jalan selain jalan Rasulullah dan mengikuti kawan rapat yang membawa mereka jauh daripada al-Qur’an. Maka mereka menggigit jari kedua-dua tangan sebagai tanda menyesal pada Hari Kiamat kelak. Maka bagi mengelakkan penyesalan tersebut, marilah kita memastikan bahawa kita berada di atas jalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan memilih kawan rapat yang membimbing kita kepada al-Qur’an dan sunnah baginda. 115 Sebagai perbandingan, Ibn Katsir rahimahullah berpendapat orang-orang zalim dalam ayat di atas bersifat umum, merangkumi semua orang yang zalim tanpa membezakan antara kafir atau muslim. Saya tidak bersetuju kerana orang kafir sememangnya tidak beriman kepada Rasulullah, maka sudah tentu mereka tidak akan mengikuti jalan Rasulullah. Adapun orang Islam, mereka beriman kepada Rasulullah tetapi menzalimi diri sendiri dengan enggan mengikuti jalan Rasulullah, sebaliknya mengikuti aliran, tareqat dan jemaah tertentu yang masing-masing memiliki jalan beragama yang tersendiri. Orang Islam juga beriman kepada al-Qur’an, tetapi tidak membaca, mentadabbur dan mempraktikkannya. Sebaliknya mereka menzalimi diri sendiri dengan mengikuti pendapat dan petua orang yang mereka jadikan sahabat karib, baik orang itu awam mahupun agamawan. 96
Mengkaji Amalan Sempena Tahun Baru Hijrah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ) ِم َن اله ِذي َن فَهرقُوا ِدينَ ُه ْم َوَكانُوا ِشيَعًا ُك ُّل ِحْزب ِِبَا لََديِْه ْم فَِر ُحوَن31( َوَّل تَ ُكونُوا ِم َن الُْم ْشِركَِّي .)32( Dan janganlah kamu termasuk orang-orang musyrikin, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa puak (kumpulan). Tiap-tiap golongan berasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. [al-Rum 30:31-32] Memecah-belahkan agama dan menjadi berpuak-puak boleh berlaku secara besar- besaran atau kecil-kecilan. Contoh pemecahan dan berpuak-puak yang kecil adalah amalan sempena tahun baru Hijrah. Ada satu puak yang menyusun majlis khusus sebelum masuknya waktu Maghrib 1 Muharram dengan membaca surah Yasin, zikir-zikir dan Doa Akhir Tahun, diikuti dengan Doa Awal Tahun setelah masuknya waktu Maghrib 1 Muharram. Ada satu puak yang membaca doa sempena masuknya setiap bulan baharu, termasuklah 1 Muharram. Ada satu lagi puak yang tidak melakukan semua itu. Di sini telah ada pemecahan agama kepada tiga puak. Puak yang benar adalah mereka yang membaca doa sempena masuknya setiap bulan baharu, termasuklah 1 Muharram. Doa ini mereka baca secara bersendirian pada bila-bila masa masuknya bulan yang baharu, tanpa mengkhususnya kepada satu majlis khas atau satu waktu yang khas. Puak ini berada di atas jalan para sahabat Rasulullah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهللِ َعلَى بَ ِصَْية أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسبْ َحا َن اَّهللِ َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (para sahabat baginda) mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108] ‘Abdullah bin Hisyam radhiallahu 'anh menerangkan, 97
كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتعلمون الدعاءكما يتعلمون القرآن إذا دخل :الشهر أو السنة Kebiasaan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mereka saling mempelajari doa sebagaimana mereka saling mempelajari al-Qur’an. Apabila masuk bulan atau tahun (baharu, mereka mempelajari doa), َوِر ْضَوان ِم َن، َو َجَواز ِم َن ال هشْيطَا ِن، َوال هسَلَمِة َواْلِإ ْسَلِم،اللهُه هم أَْد ِخْلهُ عَلَْينَا ِبْلَْم ِن َواْلِإَيَا ِن .الهرْْحَ ِن “Ya Allah, masukkanlah ia ke atas kami dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan keislaman, bebas daripada syaitan, keredaan daripada al-Rahman.116 Contoh lain adalah sambutan Mawlid Nabi. Sekali lagi umat Islam berpecah kepada beberapa puak. Ada puak yang menyambutnya dengan nyanyian qasidah dan meyakini Rasulullah hadir dalam majlis mereka. Ada puak yang menyambutnya dengan nyanyian selawat. Ada puak yang menyambutnya dengan solat sunat, bacaan al-Qur’an, zikir dan doa. Ada puak yang melakukan perarakan di jalan-jalan dengan membawa sepanduk. Ada puak yang tidak menyambutnya tetapi berpuasa sunat pada setiap hari Isnin sepanjang tahun. Puak yang benar adalah mereka yang tidak menyambutnya tetapi berpuasa sunat pada setiap hari Isnin sepanjang tahun. Amalan ini adalah berdasarkan hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka baginda menjawab, .فِيِه ُولِْد ُت َوفِيِه أُنِْزَل عَلَ هي Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan ke atasku (wahyu 116 Sahih: Dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika membicarakan biodata Abdullah bin Hisyam dalam al-Ishobah fi Tamyiz al-Shohabah (al-Maktabah al-Syamilah), no. 5010. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar setelah mengemukakan riwayat ini, “(Riwayat) ini mauquf, (sahih) di atas syarat al-Shahih (yakni al-Bukhari).” Timbul persoalan, bagaimana mungkin para sahabat membaca doa ini sempena tahun baharu jika kiraan kalendar Islam hanya bermula pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab? Jawapannya, para sahabat asalnya membaca doa ini pada setiap awal bulan. Apabila kalendar Islam dimulakan oleh ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh, para sahabat tetap membacanya bukan kerana kemasukan tahun baharu tetapi kerana 1 Muharram yang merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam. 98
pertama).117 Puak inilah yang berada di atas jalan Rasulullah dan para sahabat baginda sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهللِ َعلَى بَ ِصْيَة أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسبْ َحا َن اَّهلِل َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku (para sahabat baginda) mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108] Jalan Allah, Satu Atau Banyak? Berdasarkan ayat 153 dan 159 surah al-An’aam, jalan Allah dan jalan Rasulullah adalah satu dan sama. Kedua-nya menggunakan lafaz mufrad (singular) yang menunjukkan satu jalan sahaja. Akan tetapi terdapat sebuah ayat lain yang menyebut jalan secara jamak (plural), iaitu firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َواله ِذي َن َجا َه ُدوا فِينَا لَنَ ْه ِديَنه ُه ْم ُسبُلَنَا َوإِ هن اَّهللَ لََم َع الُْم ْح ِسنَِّي Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam (memenuhi tuntutan) kami, pasti kami memberi petunjuk kepada mereka (ke arah) jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah pasti bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. [al-Ankabut 29:69] 117 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1978/1162 (Kitab al-Shiyam, Bab disukai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, puasa Hari Arafah, Hari ‘Asyura, Isnin dan Khamis). 99
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449