Padahal sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang semisal ialah sebagaimana hadis berikut, :َما ِم ْن عَبْد يَُقوُل ِف َصبَا ِح ُك ِل يَْوم َوَم َساِء ُك ِل لَْيلَة Tidaklah seorang hamba mengucapkan pada waktu pagi setiap hari dan pada waktu petang setiap malam, بِ ْسِم اَّهلِل اله ِذي َّل يَ ُضُّر َم َع اِْْسِه َش ْيءٌ ِف اْلَْر ِض َوَّل ِف ال هس َماِء َوُهَو ال هس ِمي ُع الَْعلِي ُم “Dengan nama Allah – yang dengan nama-Nya – tidak ada suatu jua kemudaratan di bumi dan tidak juga di langit, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”, .ٌثََل َث َمهرات ََلْ يَ ُضهرهُ َش ْيء sebanyak tiga kali melainkan tidak akan memudaratkannya apa-apa jua.276 276 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3310/3388 (Kitab al-Du’a ‘an Rasulullah, Bab doa apabila masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang). 250
Mengkaji Amalan Rawatan al-Qur’an (II) Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],277 marilah kita mengkaji amalan menjampi penyakit fizikal dengan ayat al-Qur’an selain surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, kemudian meniup pada tubuh badan yang sakit atau meniup kepada air dalam botol sebagai air jampi. Sebelum ini telah dijelaskan bahawa menjampi penyakit fizikal dengan ayat atau surah selain al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas adalah bid’ah. Telah dijelaskan juga bahawa menjampi air adalah bid’ah. Bid’ah yang tersebar luas di kalangan masyarakat ini mematikan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang semisal. Contohnya, petua yang lazim diberikan oleh sebahagian agamawan bagi mengubati penyakit lutut atau menghancurkan batu karang, ialah membaca dan meniupkan ayat, .َوإِذَا بَطَ ْشتُْم بَطَ ْشتُْم َجبها ِري َن Dan apabila kalian memukul, kalian memukul dengan kejam lagi memaksa. [al- Shu’ara 26:130] Kesalahan petua ini telah dijelaskan dalam pelajaran sebelum ini. Petua Rasulullah pula adalah sebagaimana hadis berikut daripada ‘Utsman bin Abi al-‘Ash al-Tsaqafi radhiallahu 'anh, أَنههُ َش َكا إَِل َر ُسوِل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َو َج ًعا َِي ُدهُ ِف َج َس ِدِه ُمْن ُذ أَ ْسلََم فََقا َل لَهُ َر ُسوُل 277 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 251
:اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم Bahawa dia mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang bahagian tubuhnya yang sakit sejak dia memeluk Islam. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, : َوقُ ْل َسْب َع َمهرات، َوقُ ْل ِب ْسِم اللِه ثََلًَث،َض ْع يََد َك َعلَى اله ِذي ََتََهلَ ِم ْن َج َس ِد َك Letaklah tangan kamu di bahagian tubuhmu yang terasa sakit dan bacalah “Bismillah” tiga kali. Kemudian bacalah tujuh kali, .أَعُوذُ ِبللهِ َوقُْدَرتِِه ِم ْن َشِر َما أَِج ُد َوأُ َحاِذُر Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan (penyakit) yang aku hadapi dan yang aku berwaspada terhadapnya.278 Selain itu termasuk sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah berubat apabila sakit, sebagaimana sabda baginda, . فَإِذَا أُ ِصي َب َدَواءُ ال هداِء بََرأَ ِبِ ْذ ِن اَّهللِ عَهز َو َجله.ٌلِ ُك ِل َداء َدَواء Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ditemukan ubat yang tepat untuk suatu penyakit, maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah 'Azza wa Jalla.279 Ubat yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah berjumpa doktor perubatan, menerima rawatan dan mengambil ubat yang diberikan, selari dengan penemuan sains perubatan yang terkini. Ia bukanlah dengan “meniup” sekian-sekian ayat al-Qur’an sebagaimana telah dijelaskan. Dalam contoh ini kita dapat lihat bagaimana bid’ah menjampi dengan ayat atau surah al-Qur’an pilihan sendiri telah menghalang umat Islam dari jalan Allah, yakni dari mengetahui dan mengamalkan jampian yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. 278 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4082/2202 (Kitab al-Salam, Bab disukai meletakkan tangan di bahagian yang terasa sakit disertai dengan doa). 279 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4084/2204 (Kitab al-Salam, Bab bagi setiap pennyakit ada ubatnya dan dianjurkan untuk berubat). 252
Mengkaji Amalan Surah al-Nas Sebelum Solat Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],280 marilah kita mengkaji amalan kebiasaan sebahagian imam masjid dan surau membaca surah al-Nas sebelum solat yang mereka pimpin. Kebiasaan ini menyebabkan orang ramai menyangka itulah petua yang betul bagi menghindari gangguan syaitan ketika solat. Ketahuilah bahawa membaca surah al-Nas adalah betul bagi menghindari gangguan syaitan secara umum, namun khusus untuk solat maka petua atau sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut. ‘Utsman bin Abi al-‘Ash radhiallahu 'anh menceritakan, هن ال هشْيطَا َن قَْد َحا َل بَْيِن َوبََّْي َصَلِت:ِاللَهَُي َعَرلَيُْسِهوََلو اَسلللههَِمإ: فََصَقلها َىل،ِىفَالَقلاهَُلعَلََرْيُِهسوَوُلَسالهللَمه،َوقَِراءَِت أَيتََْلبِى اُسلَنههاِهبعَلََصهيله Aku datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan sering mengganggu aku dalam solat dan bacaan aku menjadi bercampur aduk (antara betul dan salah).” Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, . َواتِْف ْل عَلَى يَ َسا ِرَك ثََلًَث،ُ فَِإذَا أَ ْح َس ْستَهُ فَتَعَهوْذ ِبللِه ِمنْه،َذا َك َشْيطَا ٌن يَُقا ُل لَهُ َخْنَز ٌب “Itu adalah syaitan yang digelar Khanzab. Maka apabila kamu merasai gangguannya maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguannya (dengan membaca A’uzubillahi minasy syaitan nirrajim) dan ludahlah ke arah kiri kamu sebanyak 280 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 253
tiga kali.”281 . فََف َعلْ ُت ذَلِ َك فَأَْذ َهبَهُ اللهُ عَِن:قَا َل ‘Utsman bin Abi al-‘Ash berkata, “Aku mengamalkan yang sedemikian, lalu Allah menghalau (syaitan) daripadaku.”282 Bid’ah dan Ghuluw Sebelum ini kita telah membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang melarang Ahli Kitab daripada melampaui batas dalam agama, .ََي أَْه َل الْ ِكتَا ِب َّل تَغْلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق Wahai Ahli Kitab,283 janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171] Kita juga telah membaca keterangan Abu Syamah rahimahullah (665H) bahawa salah satu bentuk melampaui batas dalam agama ialah dengan berbuat bid’ah, ))إَِهّل اْْلق الله َوَّل تَقولُوا على َسب ََكّلَذلتِغلكوافَُِهفَودينغاُكلْم.افَللهكلغْيم َاونقْْلفدعققَالبَِلِلأماَسلارلاهنتمَمعَوَاقهاَاللهأَن(أَه(وََيَملِأْشَسهُارلوناعلَْحَوكالَتلْياه قَائِل على فِي ِه ِف دينه ُمْبتَدع 281 Yang dimaksudkan ialah meludah dengan mengeluarkan sedikit udara tetapi tanpa mengeluarkan air liur. 282 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4083/2203 (Kitab al-Salam, Bab meminta perlindungan dari syaitan dan was-was dalam solat). 283 Ahli Kitab ialah kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian). Mereka disebut “Ahli Kitab” kerana mereka masing-masing telah diberikan kitab Taurat dan kitab Injil. 254
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar.” Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.284 Larangan daripada melampaui batas dalam agama bukan sahaja ditujukan kepada Ahli Kitab, tetapi juga kepada kita umat Islam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda dengan mengulanginya sebanyak tiga kali, .َهلَ َك الْ ُمتَنَ ِطعُوَن Celakalah orang-orang yang melampaui batas (dalam agama).285 Dalam sebuah hadis yang lain, ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menceritakan bahawa pada satu pagi di Jamrah Aqabah286 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya, saat itu baginda berada di atas untanya, .الُْق ْط ِل َح ًصى Ambilkan untukku batu kerikil. أَْمثَا َل :َويَُقوُل ِف َكِفِه يَْن ُف ُض ُه هن فَ َج َع َل .اْْلَْذ ِف َح َصى ُه هن ،َح َصيَات َسْب َع ُلَه فَلََقطْ ُت ،َه ُؤَّل ِء .فَاْرُموا (‘Abdullah ibn ‘Abbas berkata), Maka aku mengambil untuk baginda tujuh biji batu kerikil, ia batu kerikil kecil yang boleh dipegang dengan dua atau tiga jari. (Setelah menyerahkannya kepada Rasulullah), baginda menggunakan tapak tangannya untuk membersihkan debu-debunya, kemudian bersabda, “Melontarlah dengan batu kerikil 284 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21. 285 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4823/2670 (Kitab al-‘Ilm, Bab celakalah orang yang melampaui batas). 286 Yakni tempat melontar batu kerikil dalam rangka ibadah haji. 255
semisal ini.” . فَإِنههُ أَْهلَ َك َم ْن َكا َن قَْبلَ ُك ُم الْغُلُُّو ِف ال ِدي ِن، ََي أَُيَّها النها ُس إَِهي ُك ْم َوالْغُلُهو ِف ال ِدي ِن:ُثه قَا َل Kemudian baginda bersabda lagi, “Wahai manusia, jauhilah kalian daripada melampaui batas dalam agama kerana sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah binasa kerana (mereka) melampaui batas dalam agama.”287 Berdasarkan dua hadis di atas: • Melampaui batas dalam agama adalah satu kesalahan. • Rasulullah mencelakakan orang yang melampaui batas dalam agama sebanyak tiga kali, menunjukkan ia adalah kesalahan yang besar lagi berat. • Umat-umat sebelum ini telah binasa kerana mereka melampaui batas dalam agama. Kebinasaan ini boleh jadi dalam bentuk telah diazab oleh Allah, kerosakan agama atau hukuman di Akhirat kelak. • Apa sahaja yang melebihi atau ditambah di atas ajaran Allah dan Rasulullah walau sedikit, maka ia sudah masuk dalam sempadan melampaui batas dalam agama. Ini berdasarkan hadis saiz batu untuk di lontar kepada jamrah, di mana Rasulullah berpesan “Melontarlah dengan batu kerikil semisal ini.” Kemudian Rasulullah terus memberi peringatan tentang melampaui batas dalam agama, menunjukkan jika seseorang itu melontar dengan batu yang sedikit lebih besar, dia telah masuk ke dalam sempadan melampaui batas dalam agama. Di sini timbul soalan, apakah kaitan bid’ah dengan melampaui batas dalam agama? Dijawab bahawa bid’ah wujud dalam beberapa bentuk dan salah satu daripadanya ialah melebihi atau menambah di atas ajaran Allah dan Rasulullah. Kelebihan atau tambahan inilah yang masuk dalam kategori melampaui batas dalam agama. Dalam susun kata yang lain, salah satu cara melampaui batas dalam agama ialah dengan bid’ah kerana bid’ah boleh wujud dalam bentuk melebihi atau menambah apa yang 287 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 3020/3029 (Kitab al-Manasik, Bab saiz batu kerikil untuk dilontar). Juga dinilai sahih oleh Syu’aib al- Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 3029. 256
Allah dan Rasulullah syari’atkan. Berikut dikemukakan tiga contoh. Mengkaji Amalan Zikir Selepas Solat Fardhu Merujuk kepada pelajaran yang lepas di mana salah satu bentuk bid’ah ialah melebihi atau menambah di atas sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, marilah kita mengkaji amalan zikir selepas solat fardhu antara sunnah baginda dan kebiasaan masyarakat kita. Contoh Pertama, Tsauban radhiallahu 'anh menerangkan, : إِذَا انْ َصَر َف ِم ْن َصَلتِِه ا ْستَغَْفَر ثََلًَث َوقَا َل،َكا َن َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم Kebiasaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai288 daripada solat adalah beristighfar tiga kali, kemudian menyebut, . تَبَاَرْك َت ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم،ُالل ُه هم أَنْ َت ال هسَلُم َوِمنْ َك ال هسَلم Ya Allah, Engkaulah al-Salam, daripada Engkaulah datangnya keselamatan, Maha Berkat Engkau (wahai)289 Tuhan yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. al-Walid berkata, aku bertanya kepada al-Auza’e (kedua-dua ini adalah perawi dalam sanad hadis terbabit), bagaimanakah lafaz istighfar itu? al-Auza’e menjawab, 288 Riwayat tentang membaca zikir sambil menyapu muka adalah dha’if dan menyelisihi hadis sahih yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak berbuat demikian, sebaliknya beristighfar dan membaca “Allahumma antas Salam…” sebagaimana hadis sejurusnya. Lebih lanjut rujuk buku saya 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com 289 Dalam sebahagian lafaz ada tambahan ini, sebagaimana dalam Musnad Ahmad, hadis no.: 22365: .تَبَاَرْك َت ََي َذا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم... 257
.َ أَ ْستَغِْفُر الله،َأَ ْستَ ْغِفُر الله Aku mohon keampunan Allah, aku mohon keampunan Allah.290 Berdasarkan hadis Tsauban di atas, lafaz istighfar yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai zikir selepas solat fardhu hanyalah أَ ْس َت ْغ ِف ُر ال َلsebanyak tiga kali. Adapun lafaz istighfar panjang yang lazim dibaca oleh para imam masjid dan surau di Malaysia, maka ia adalah daripada riwayat berikut. Mu’az bin Jabal radhiallahu 'anh berkata, :َم ْن قَا َل بَْع َد ُك ِل َصَلة Sesiapa yang setiap kali selepas solat mengucapkan, أَ ْستَغِْفُر اَّهللَ اله ِذي َّل إِلَهَ إَِهّل ُهَو اْْلَ هي الَْقُيّوَم َوأَتُو ُب إِلَيِْه “Aku mohon keampunan Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup, yang Kekal selamanya; dan kepada-Nya aku bertaubat”, . َكهفَر اَّهللُ عَْنهُ ذُنُوبَهُ َوإِ ْن َكا َن فَهر ِم َن الهز ْح ِف،ثََل َث َمهرات sebanyak tiga kali, Allah akan menghapuskan daripadanya dosa-dosanya meskipun ia dosa melarikan diri daripada medan perang.291 Hadis ini lemah sanadnya sementara matannya tertolak kerana dua sebab: 1. Dalam hadis yang sahih, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya beristighfar dengan lafaz َأ ْس َت ْغ ِف ُر ال َلselepas solat. 2. Adapun istighfar dengan lafaz yang panjang seperti hadis Mu’az bin Jabal di atas, dalam hadis lain yang sahih ia dianjurkan tanpa tambahan setiap kali selepas solat.292 Bererti ia boleh dibaca pada bila-bila masa kecuali selepas solat fardhu kerana pada waktu ini dibaca zikir-zikir khusus yang diajar dan disunnahkan oleh Rasulullah 290 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 931/591 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al- Sholat, Bab disukai zikir selepas solat dan penjelasan tentang sifatnya). 291 Dha’if: Dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq dalam al-Musannafnya, hadis no.: 3195 (Kitab al-Sholat, Bab tasbih dan ucapan selepas solat). Sanadnya dha’if kerana di dalamnya ada perawi yang tidak disebutkan namanya. Hadis ini juga mauquf (perkataan sahabat) dan bukannya marfu’ (sabda Rasulullah). 292 Sila rujuk Sunan Abu Daud, hadis no.: 1296/1517 (Kitab al-Sholat, Bab tentang istighfar). 258
shallallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu beristighar dengan lafaz yang panjang selepas solat fardhu adalah bid’ah dan melampaui batas kerana merupakan tambahan di atas sunnah Rasulullah. Contoh Kedua, masih merujuk kepada hadis Tsauban radhiallahu 'anh di atas, selepas beristighfar tiga kali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca doa, . تَبَاَرْك َت ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم،ُالل ُه هم أَنْ َت ال هسَلُم َوِمنْ َك ال هسَلم Ya Allah, Engkaulah al-Salam, daripada Engkaulah datangnya keselamatan, Maha Berkat Engkau (wahai)293 Tuhan yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Ia dibaca tanpa mengangkat tangan kerana tidak diriwayatkan bahawa baginda mengangkat tangan ketika membacanya. Akan tetapi hampir semua imam masjid dan surau di Malaysia telah menambah doa yang dibaca oleh Rasulullah menjadi, َ َوأَْد ِخْلنَا الجَنهة، فَ َحيِنَا َربهنَا ِبل هسَلِم،ُال هسَلم.جَََولإِلَِْيل ََواكْلِيإَْعُكَْوراُِدم،َْوتََوعَِمانْلَيَْكَتالََيهسَذَالامُل،ُهم تأََنْبَاََرْتك الَت هسَرَبهلنَام،َداَر ال هسالَللُِهم Doa yang panjang ini tidak dikenali berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baik dalam hadis yang sahih mahupun selainnya.294 Doa yang panjang ini dibaca setiap kali selepas solat fardhu, seolah-olah ia adalah pakej zikir dan doa yang disyari'atkan selepas solat fardhu. Padahal pakej zikir dan doa selepas solat fardhu hendaklah yang berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana zikir dan doa selepas solat fardhu adalah ibadah yang khusus, pada waktu yang khusus dengan lafaz yang khusus. Setelah selesai membaca semua zikir dan doa yang khusus tersebut, jika diingini maka bolehlah membaca apa-apa doa lain, termasuklah 293 Dalam sebahagian lafaz ada tambahan ini, sebagaimana dalam Musnad Ahmad, hadis no.: 22365: .تَبَاَرْك َت ََي ذَا الْجََلِل َواْلِإ ْكَراِم... 294 Jika para pembaca ada menemui hadis beserta rujukannya, mohon dikemukakan kepada saya agar kenyataan di atas dapat dibetulkan. Sekadar pencarian saya, zikir seumpama ini disebut oleh al-Ghazali rahimahullah (505H) dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 1, ms. 333. Namun ia bukanlah sebagai zikir selepas solat fardhu. 259
doa yang panjang ini. Oleh itu sekalipun doa yang panjang ini memiliki maksud yang baik, ia sebenarnya adalah tambahan di atas ajaran Rasulullah yang asal, sekali gus menjadi bid’ah dan melampaui batas dalam agama. Contoh Ketiga, antara ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk zikir selepas solat fardhu ialah sebagaimana hadis berikut daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, ، َوَكبهَر اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي، َوَِْح َد اللهَ ثََلًَث َوثََلثَِّي،ف ُدبُِر ُك ِل َصَلة ثََلًَث َوثََلثَِّي،ِفَْتلِ َك تَِمْسْنعَةٌَسَبهوتَِحْساعُللوهََن Sesiapa yang selepas setiap solat berzikir Subhanallah tiga puluh tiga kali, Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahu Akbar tiga puluh tiga kali, sehingga menjadilah ia sembilan puluh sembilan kali, : َتَاَم الْ ِمائَِة:َوقَا َل (Baginda meneruskan dengan bersabda), kemudian menyempurnakannya menjadi seratus dengan mengucapkan, لَهُ الْ ُملْ ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو عَلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر،َُّل إِلَهَ إَِهّل اللهُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَه Tidak ada tuhan selain Allah, yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, .غُِفَر ْت َخطَاََيهُ َوإِ ْن َكانَ ْت ِمثْ َل َزبَ ِد الْبَ ْحِر Diampunkan dosa-dosanya meskipun ia sebanyak buih di lautan.295 Apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah ditambah oleh sebahagian agamawan sebagai berikut: • Sebelum berzikir Subhanallah, dibacakan terlebih dahulu, 295 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 939/597 (Kitab al-Masajid wa Mawadhi’e al-Solat, Bab disukai zikir selepas solat dan penjelasan tentang sifatnya). 260
ُسْب َحا َن الله،اَِْلَنَا ََيَربهنَا أَنْ َت َمْولَنَا • Selepas berzikir Subhanallah tiga puluh tiga kali dan sebelum berzikir Alhamdulillah, dibacakan, أَْْلَْم ُد لله،ُسْب َحا َن اللِه َوِِبَ ْم ِدِه َدائًِما قَائًِما أَبًَدا • Selepas berzikir Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan sebelum berzikir Allahu Akbar, dibacakan, الله أَ ْكبَُر،أَْْلَْم ُد للهِ َر ِب الَْعالَِمَّْي َعلَى ُك ِل َحال َوِْف ُك ِل َحل َونِْع َمة • Selepas berzikir Allahu Akbar tiga puluh tiga kali, dibacakan, اَّهللُ أَ ْكبَرُ َكبًِْيا َواْْلَْم ُد َِّهللِ َكثًِْيا َو ُسبْ َحا َن اَّهلِل َوِِبَ ْم ِدِه بُ ْكَرةً َوأَ ِصيًَل Bacaan-bacaan zikir di atas tidak dikenali berasal daripada ajaran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baik dalam hadis yang sahih mahupun selainnya.296 Sekalipun ia memiliki maksud yang baik, ia sebenarnya adalah tambahan di atas ajaran Rasulullah yang asal. Tambahan ini adalah bid’ah dan melampaui batas dalam agama. Kesimpulannya, marilah kita berpegang kepada aqidah dan ibadah sebagaimana yang Allah dan Rasul-Nya syari’atkan, tanpa sebarang lebihan atau tambahan. Ini kerana apa jua lebihan atau tambahan adalah melampaui batas dalam agama sementara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda dengan mengulanginya tiga kali, Celakalah orang-orang yang melampaui batas (dalam agama). 296 Jika para pembaca ada menemui hadis beserta rujukannya, mohon dikemukakan kepada saya agar kenyataan di atas dapat dibetulkan. 261
Bid’ah Dan Sebab Allah Mencipta Manusia Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .َوَما َخلَْق ُت الْجِ هن َواْلِإنْ َس إَِهّل لِيَ ْعبُ ُدوِن Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. [al-Zariat 51:56] Berkata ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh, seorang sahabat yang didoakan oleh Rasulullah agar menjadi ahli tafsir al-Qur’an297, bahawa maksud firman Allah, melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku, .إَِهّل لِيُِقُّروا ِبلْعُبُوَدةِ طَْوعًا َوَكْرًها (Yakni) melainkan untuk mereka mengakui sifat kehambaan kepada-Ku, baik secara sukarela mahupun terpaksa.298 Bagi menzahirkan sifat kehambaan ini, kita akan sentiasa merendah diri, tunduk, taat, takut dan menahan diri299 kepada Allah. Apabila seseorang itu mencipta bid’ah, maka telah hilanglah sifat kehambaannya kepada Allah. Ini kerana orang yang mencipta bid’ah, dia telah menjadikan dirinya tuhan yang layak mensyari’atkan sesuatu aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati. Apabila seseorang itu mengamalkan bid’ah, maka akan hilang jugalah sifat 297 Ini berdasarkan keterangan ‘Abdullah ibn ‘Abbas sendiri, . اللهُه هم َعلِ ْمهُ الْ ِكتَا َب:َض همِن َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َوقَا َل Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memelukku dan berdoa: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (yakni al- Qur’an). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 73/75 (Kitab al-‘Ilm, Bab sabda Nabi: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab.”)] 298 Dikeluarkan oleh Ibn Jarir oleh al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an (al-Maktabah al- Syamilah), tafsir bagi ayat 56 surah al-Zariat. Ibn Jarir rahimahullah (310H) memilih pendapat ini sebagai tafsiran yang paling tepat bagi ayat 56 surah al-Zariat. 299 Maksudnya seseorang itu menahan diri daripada apa jua aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati melainkan setelah dipastikan ia disyari’atkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Lawan kepada sikap menahan diri adalah sikap mendahului Allah dan Rasul-Nya. Sikap mendahului ini dilarang, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهللِ َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01] 262
kehambaannya kepada Allah. Ini kerana orang yang mengamalkan bid’ah, dia telah memperhambakan dirinya kepada selain Allah, baik kepada orang yang mencipta bid’ah tersebut atau kepada dirinya yang menganggap bid’ah tersebut adalah baik lagi patut diyakini serta diamalkan. Oleh itu orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, dia telah menyelisihi firman Allah 'Azza wa Jalla, Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. [al-Zariat 51:56] Mengkaji Keyakinan Nur Muhammad Satu keyakinan atau aqidah yang berlegar di kalangan sebahagian umat Islam ialah “Nur Muhammad”. Ringkasnya, keyakinan ini menyatakan bahawa yang pertama Allah Subhanahu wa Ta'ala ciptakan ialah Nur Muhammad dan kerana Nur Muhammad inilah Allah mencipta alam ini, termasuklah langit, bumi, jin dan manusia. Marilah kita mengkaji dalil dan hujah bagi keyakinan ini. Dalil Pertama adalah hadis berikut, هنقُالَّْهللَُت ََخَيلَ ََقر ُسقَْبوََلل:ِعنَجهابِقُرا!لإ وروى عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد الله اْلنصاري رضي الله ََي :فََقا َل ،اْلَ ْشيَاِء قَبْ َل ُاَّهلل .ُه.َق.َِمَشنْهُْيءُك هلَخل عَ ْن أَهوِل نأَُنْوُرَتنَبَِيِوأُِمَكيِمأَْنْخِبنُْرِوِّرنِه اَّهللِ ِبَِبي ُثه َخلَ َق اْلَ ْشيَاِء Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abdullah al-Anshori radhiallahu 'anh, (bahawa dia) berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Demi ayah dan ibu kamu! Khabarkanlah kepada aku tentang sesuatu yang paling awal Allah ciptakan sebelum apa-apa jua.” 263
Rasulullah menjawab, “Wahai Jabir! Sesungguhnya Allah mencipta Nur Nabi kamu daripada Nur-Nya sebelum apa-apa jua, kemudian Allah mencipta daripadanya setiap…” Kelemahan dalil ini adalah seperti berikut: • Hadis ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab susunan ‘Abd al-Razzaq rahimahullah. • Hadis ini tidak ditemui secara bersanad kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Para penulis yang mengemukakan hadis ini, semuanya hanya berkata, Riwayat ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir …. Padahal hadis ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab susunan ‘Abd al-Razzaq untuk kita menyemak para perawi dalam sanadnya. Jika disemak dalam kitab al-Mushannaf, ‘Abd al-Razzaq rahimahullah yang meninggal dunia pada 211H memerlukan rantaian perawi yang terdiri daripada tiga orang untuk menghubungi Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh (78H). • Tanpa sanad yang lengkap kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hadis ini tidak memiliki nilai. Ia disebut sebagai hadis yang tiada asal usulnya. Padahal jika Nur Muhammad itu adalah sesuatu yang mesti diketahui, diyakini dan dipegang oleh semua umat Islam dan merupakan kemuliaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, pasti Allah akan memelihara hadis ini dan sampai kepada kita dalam bentuk yang jelas lagi sabit.300 300 Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .إَِهن َنْ ُن نَهزلْنَا ال ِذْكَر َوإَِهن لَهُ َْلَافِظُوَن Sesungguhnya kamilah, kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya kamilah terhadap al- Qur’an itu, benar-benar memeliharanya. [al-Hijr 15:09] Apabila Allah berjanji akan memelihara al-Qur’an, Allah juga akan memelihara hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana dalam al-Qur’an, Allah telah berulang-kali memerintah umat Islam untuk mentaati dan mengikuti Rasulullah. Jika hadis-hadis tidak terpelihara, maka perintah untuk mentaati dan mengikuti Rasulullah tidak akan tercapai oleh umat Islam selepas kewafatan baginda. Demikian juga bahawa Rasulullah adalah penjelas al-Qur’an sehingga jika hadis-hadis baginda tidak terpelihara, maka penjelasan baginda kepada al-Qur’an tidak akan diperolehi oleh umat selepas kewafatan baginda. Sehingga umat Islam selepas kewafatan baginda tidak akan tahu cara solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai lagi. Oleh itu ayat kesembilan surah al-Hijr ini bukan sahaja menjadi dalil pemeliharaan al-Qur’an tetapi juga dalil pemeliharaan hadis-hadis Rasulullah. 264
• Dalam hadis lain yang sahih, yang pertama Allah ciptakan adalah Qalam atau pena, bukannya Nur Muhammad. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, َم َقا ِديَر ا ْكتُ ْب :قَا َل أَ ْكتُ ُب؟ َوَماذَا َر ِب :قَا َل .ا ْكتُ ْب :ُلَه الَْقلََم فََقا َل ُإِ هن أَهوَل َما َخلَ َق اَّهلل .ُال هسا َعة ُك ِل َش ْيء َحَهّت تَُقوَم Sesungguhnya (makhluk) yang terawal Allah ciptakan ialah pena lalu Allah berfirman kepadanya: “Tulislah”. Pena bertanya: “Wahai tuhanku, apakah yang patut aku tulis?” Allah menjawab: “Tulislah taqdir segala sesuatu sehingga datangnya Hari Kiamat.”301 Dalil Kedua ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .قَْد َجاءَُك ْم ِم َن اَّهلِل نُوٌر َوكِتَا ٌب ُمبٌِّي Sungguh telah datang kepada kalian daripada Allah, Nur dan kitab yang jelas (yakni al-Qur’an). [al-Maidah 5:15] Para ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Nur dalam ayat di atas ialah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Pendalilan ini dijawab, bahawa para ahli menafsirkan perkataan Nur dalam ayat 15 surah al-Maidah sebagai Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kerana ia dijelaskan dalam sebuah ayat yang lain, )46( ) َوَداعِيًا إَِل اَّهللِ ِبِ ْذنِِه َوِسَرا ًجا ُمنِْيًا45( ََي أَُيَّها النهُِّب إَِهن أَْر َسلْنَا َك َشا ِه ًدا َوُمبَ ِشًرا َونَ ِذيًرا Wahai Nabi, sesungguhnya kami mengutus kamu untuk menjadi saksi, pembawa khabar gembira, pemberi peringatan, penyeru kepada Allah dengan izin-Nya dan lampu yang menerangi. [al-Ahzab 33:45-46] Apa yang penting, kedua-dua Nur dan lampu yang menerangi adalah kiasan yang bermaksud hidayah. Ertinya, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah pembawa hidayah Allah. Ini sebagaimana al-Qur’an juga disebut sebagai Nur, seperti dalam firman 301 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau mendiamkannya. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, no: 4078/4700 (Kitab al-Sunnah, Bab al-Qadar). Sementara Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil menilai hadis ini hasan dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4700. 265
Allah, .فَآِمنُوا ِبَّهللِ َوَر ُسولِِه َوالُنّوِر اله ِذي أَنَْزلْنَا Maka berimanlah kalian kepada Allah, Rasul-Nya dan Nur yang Allah turunkan. [al- Taghabun 64:08] Para ahli tafsir mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Nur dalam ayat di atas ialah al-Qur’an. al-Qur’an disebut sebagai Nur kerana ia membawa hidayah, sebagaimana Muhammad juga disebut sebagai Nur kerana baginda membawa hidayah. Perhatikan ayat berikut, ُا ُب َوَّل اْلِإَيَا ُن َولَ ِك ْن َج َعْلنَاه.َنُوًرا َْنْ ِدَوَكيَذبِلِِه َكَم ْأنَْونََحْيَشنَااءُ إِِلَميْْنَكعِبَُراوِدًََحنا َوِإمِنهْنَكأَْملَتَِرََْنه ِدَمايُكإِْنَلَت ِتَصَْرداِرطي ُمَمْاستَاِقلْيمِكت Dan demikianlah kami wahyukan kepada kamu (wahai Muhammad), al-Qur’an302 dengan perintah kami. Kamu tidak pernah mengetahui apakah itu al-Qur’an dan tidak juga (mengetahui apakah) itu iman, akan tetapi kami menjadikan al-Qur’an itu Nur yang dengannya kami hidayahkan sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami. Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) benar-benar memberi hidayah kepada jalan yang lurus. [al-Shura 42:52] Jika tetap hendak dikatakan bahawa Muhammad adalah Nur berdasarkan ayat 15 surah al-Maidah, maka manusia yang telah beriman juga boleh menjadi Nur sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ن َكا َن َمْيتًا فَأَ ْحيَْينَاهُ َو َجعَلْنَا لَهُ نُوًرا َيْ ِشي بِِه ِف النها ِس َك َم ْن َمثَلُهُ ِف ال ُظّلَُما ِت لَيْ َس.ِِْبَا ِرج ِمأَْنَوَهَما Apakah orang yang mati (hatinya), lalu kami hidupkan (hatinya) dan kami jadikan baginya cahaya yang dengan cahaya itu dia berjalan di kalangan orang ramai303 sama 302 Perkataan ُرو ًحاdalam ayat tersebut bermaksud al-Qur’an. Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim oleh Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 52 surah al-Shura. 303 Maksudnya dia telah mendapat hidayah Islam sehingga apabila berjalan di kalangan orang ramai, dia bukan sahaja tidak akan terikut-ikut dengan kesalahan mahupun kesia-siaan mereka tetapi juga dapat menasihati, menegur dan menyeru mereka ke arah Islam. 266
seperti orang yang tetap dalam kegelapan, yang dia tidak dapat keluar daripadanya? [al- An’aam 6:122] Maka sekali lagi dinyatakan bahawa maksud Nur dalam ayat-ayat di atas adalah kiasan yang bermaksud hidayah, di mana Rasulullah adalah pembawa hidayah sementara manusia yang beriman adalah mereka yang telah menerima hidayah. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam bukanlah Nur secara hakikat. Baginda bukanlah Nur, tidak diperbuat daripada Nur dan tidak Allah jadikan kerana Nur. Bahkan baginda adalah manusia biasa seperti kita semua, sebagaimana tegas Allah 'Azza wa Jalla, .قُ ْل إَِّهنَا أَََن بَ َشٌر ِمثْلُ ُك ْم يُو َحى إَِِله أََّهنَا إَِْلُ ُك ْم إِلَهٌ َوا ِح ٌد Katakanlah (Wahai Muhammad), “Sesungguhnya aku tidak lain adalah manusia seperti kalian, (perbezaan aku hanyalah satu yakni) diwahyukan kepadaku bahawasanya tuhan kalian tidak lain adalah tuhan yang satu (yakni Allah).” [al-Kahf 18:110] Dalil Ketiga ialah hadis berikut, . ََي َر ِب أَ ْسأَلُ َك ِِبَِق ُُمَ همد لََما غََفْر َت ِل:لَهما اقََْتَ َف آَدمُ اْْلَ ِطيئَةَ قَا َل Tatkala ‘Adam melakukan kesalahan (dalam syurga), dia berdoa, “Wahai tuhanku, aku memohon kepada Engkau dengan hak Muhammad agar Engkau mengampunkan aku.” َوَكيْ َف عََرْف َت ُُمَ هم ًدا َوََلْ أَ ْخلُْقهُ؟، ََي آَدُم:ُفََقا َل اَّهلل Maka Allah berfirman, “Wahai Adam, bagaimana kamu mengenali Muhammad padahal aku belum menciptanya lagi?” أفَََرَأحَيْ هبُتاْْعَلَلَلِْىق إَِرفََلْع اُْتِْس َرأَْكِسإَِهّيل َّلِْإِلَلَنههَ َإِكَهّللَ اهمَّاهللُ َُُخمَلَْهقمتٌَدِنَربُِسيَوِدُلَكاَّهلَوِلنََففَ َعْخلِ ْمَتُتِأهفَنه ِمَكْنََلُْرتُوِِحض َْكف،َمََيْكتَُروًِِبب :قَا َل الَْعْر ِش.إِقَلَيَْوائَِِمك Adam menjawab, “Wahai tuhanku, tatkala Engkau menciptakan aku dengan Tangan Engkau dan Engkau meniupkan ke dalamku daripada Ruh Engkau, aku mengangkat kepalaku lalu aku melihat tertulis di tiang-tiang Arasy, ‘Tidak ada tuhan 267
melainkan Allah, Muhammad adalah Rasulullah’. Maka (pada saat itu) aku mengetahui bahawa Engkau tidak akan menambah kepada (sisi) nama Engkau (sesiapa jua) melainkan makhluk yang paling Engkau cintai.” إِنههُ َْلُ ِح ُّب اْْلَْلِق إَِِهل اْدعُِن ِِبَِقِه فََق ْد غََفْر ُت لَ َك َولَْوَّل ُُمَ هم ٌد َما،ُ َص َدقْ َت ََي آَدم:ُفََقا َل اَّهلل .َخلَْقتُ َك Allah berfirman, “Kamu benar wahai Adam. Sesungguhnya (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada-Ku dengan haknya, nescaya Aku akan mengampunkan bagi kamu. Seandainya bukan kerana Muhammad, nescaya Aku tidak akan mencipta kamu.”304 Hadis ini dan beberapa lain yang seumpama bukan sahaja tertolak dari sudut sanad tetapi juga tertolak dari sudut matan. Ini kerana lafaz taubat Nabi Adam ‘alahis salam bukanlah “Wahai Tuhanku, aku memohon kepada Engkau dengan hak Muhammad agar Engkau mengampunkan aku” tetapi sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an, .َربهنَا ظَلَ ْمنَا أَنُْف َسنَا َوإِ ْن ََلْ تَ ْغِفْر لَنَا َوتَْرَْحْنَا لَنَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami 304 Maudhu’: Dikeluarkan oleh al-Ajuri dalam al-Syari’ah, hadis no.: 956, al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.: 6502 dan al-Mu’jam al-Shogheir, hadis no.: 992, al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihain, hadis no.: 4228 dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah, jld. 5, ms. 488-489; semuanya melalui jalan ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam yang disepakati sebagai perawi yang dha’if. Akan tetapi jika ‘Abd al-Rahman meriwayatkan daripada ayahnya – sebagaimana hadis ini – maka ia adalah hadis yang maudhu’ (palsu). Ini sebagaimana jelas al-Hakim sendiri dalam kitabnya yang lain, al-Madkhal ila Ma’rifah al-Shahih min al-Saqim (al-Maktabah al-Syamilah), perawi no.: 97: بن أسلم روى َعن أَبِيه أَ َحاِديث َمْو ُضوعَة َّل َيفى على من َتملها من أهل.ال هصنْعَة أَعنب ادْْلالمهرْْلحَفِنيَهبانعَلَزيْيِهد ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan daripada ayahnya hadis-hadis palsu. Tidaklah tersembunyi bagi orang-orang yang mengkajinya dari kalangan pakar (hadis) bahawa dia bertanggungjawab memalsukan hadis. Justeru sekalipun al-Hakim menilainya sahih dalam al-Mustadrak, ia sebenarnya adalah maudhu’ sebagaimana jelas beliau sendiri dalam kitabnya yang lain. al-Zahabi juga menilai hadis ini maudhu’ dalam semakannya ke atas al- Mustadrak. Lebih lanjut tentang kelemahan penilaian al-Hakim dalam kitab al-Mustadraknya, rujuk penjelasan saya dalam buku Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah, Siri Pertama di www.hafizfirdaus.com 268
dari orang-orang yang rugi.” [al-A’raaf 7:23] Selain itu Allah Subhanahu wa Ta'ala mencipta Nabi Adam dan seluruh manusia bukanlah kerana Muhammad tetapi kerana, .َوَما َخلَْق ُت الْجِ هن َواْلِإنْ َس إَِهّل لِيَ ْعبُ ُدوِن Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. [al-Zariat 51:56] Allah memulakan ayat di atas dengan penafian, Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia…, bererti tidak ada apa-apa sebab lain di sebalik penciptaan jin dan manusia. Penafian ini secara tegas membatalkan keyakinan bahawa Allah mencipta jin dan manusia kerana Nur Muhammad. Seterusnya Allah berfirman, melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku. Ini sekali lagi membatalkan keyakinan Nur Muhammad, di mana Allah mencipta jin dan manusia bukan kerana Nur Muhammad tetapi kerana mahukan mereka beribadah – yakni menghambakan diri – kepada-Nya. Maka dalam ayat yang satu ini terdapat dua pembatalan ke atas keyakinan Nur Muhammad. Demikian juga, Allah 'Azza wa Jalla mencipta langit dan bumi bukan kerana Nur Muhammad tetapi kerana mahukan manusia mengetahui kekuasaan-Nya. Firman Allah, عَلَى َاَّهلل أَ هن لِتَ ْعلَ ُموا بَْينَ ُه هن اْلَْمُر يَتَنَهزُل ثْلَُه هن.أَََْحسَااَواَط بِتُكَِولِم َنَش اْيْلَءْر ِعْلِضًماِم قَالهِديِذٌريَوأََهخنلَاََقّهللَ َسقَبْْدَع ُاَّهلل ُك ِل َش ْيء Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula (Allah mencipta) bumi. Perintah Allah turun di antara kedua-duanya (langit dan bumi) supaya kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu. [al-Thalaq 65:12] Kemudian perhatikan dua ayat berikut, َوُهَو اله ِذي َخلَ َق ال هس َماَوا ِت َواْلَْر َض ِف ِستهِة أََهيم َوَكا َن عَْر ُشهُ َعلَى الْ َماِء لِيَْبلَُوُك ْم أَُيّ ُك ْم أَ ْح َس ُن 269
.َع َمًَل Dan Dia-lah (Allah) yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa sedangkan ‘Arasy-Nya di air supaya Dia menguji kalian, siapakah di kalangan kalian yang terbaik amalannya. [Hud 11:07] Setelah ujian tersebut, Allah akan memberi balasan secara adil sebagaimana firman- Nya, .َو َخلَ َق اَّهللُ ال هس َماَوا ِت َواْلَْر َض ِبْْلَِق َولِتُ ْجَزى ُك ُلّ نَْفس ِِبَا َك َسبَ ْت َوُه ْم َّل يُظْلَ ُموَن Dan Allah mencipta langit dan bumi dengan kebenaran supaya tiap-tiap diri diberi balasan terhadap apa yang mereka usahakan dan mereka tidak akan dizalimi (walau sedikit jua). [al-Jatsiyah 45:22] Berdasarkan kedua-dua ayat ini, penciptaan langit dan bumi bukanlah kerana Nur Muhammad tetapi kerana Allah ingin menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya untuk diberikan balasan pahala dan dosa, syurga dan neraka, secara adil. Kesimpulannya, keyakinan Nur Muhammad adalah perkara baharu yang tidak disebut oleh al-Qur’an, al-Sunnah dan para al-Salaf al-Soleh.305 Semua ini menjadikan ia satu keyakinan yang bid’ah. Bahkan keyakinan yang menyelisihi al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu, keyakinan Nur Muhammad membuka pintu kepada pelbagai lagi keyakinan yang bid’ah. Contohnya ada segelintir yang meyakini bahawa Allah itu Nur dan daripada Nur-Nya itulah terpancar Nur Muhammad. Kemudian daripada Nur Muhammad itu pula terpancar segala-galanya di alam ini. Ini akhirnya membawa kepada keyakinan Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud), di mana mereka meyakini bahawa yang wujud hanyalah Allah sementara semua lain yang wujud di alam ini adalah sebahagian daripada Allah. Mereka berhujah dengan ayat, 305 Jika para pembaca ada menemui ayat al-Qur’an, hadis dan perkataan generasi Salaf tentang Nur Muhammad, mohon dikemukakan kepada saya beserta rujukan sumber dan darjat kekuatannya, agar kenyataan di atas dapat dibetulkan. 270
.اَّهللُ نُوُر ال هس َماَوا ِت َواْلَْر ِض Allah adalah Nur langit dan bumi. [al-Nur 24:35] Padahal Nur yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah hidayah, sebagaimana yang Allah jelaskan selanjutnya dalam ayat yang sama, .ُنُوٌر عَلَى نُور يَْه ِدي اَّهللُ لِنُوِرهِ َم ْن يَ َشاء Nur di atas nur, Allah memimpin kepada Nur-Nya sesiapa yang dikehendaki(-Nya). [al-Nur 24:35] Bererti Allah memimpin kepada hidayah-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya. Oleh kerana itulah ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menafsirkan ayat Allah adalah Nur langit dan bumi sebagai, .الله سبحانه هادي أهل السماوات واْلرض Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi hidayah kepada penghuni langit dan bumi.306 Contoh lain adalah segelintir yang berselawat ketika melakukan kerja-kerja yang ada kaitan dengan alam ini, seperti ketika membasuh beras, memotong daging, menebas lalang, menyapu daun, berenang di tasik, mandi air terjun, berteduh di bayangan awan dan berjalan di bawah sinaran matahari. Mereka berkata semua itu dicipta kerana Nur Muhammad, maka berselawatlah ketika berurusan dengannya. Ini adalah selawat yang salah meskipun lafaznya betul kerana dua sebab. Pertama, telah dijelaskan sebelum ini kesalahan keyakinan yang berkata alam ini dicipta kerana Nur Muhammad. Kedua, berselawat hendaklah kerana perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan anjuran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang tercatat dalam hadis- hadis yang sahih. Perintah Allah merujuk kepada firman-Nya, .إِ هن اَّهللَ َوَمَلئِ َكتَهُ يُ َصُلّو َن َعلَى النهِِب ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َصُلّوا َعلَْيِه َو َسلِ ُموا تَ ْسلِي ًما Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan berikanlah salam dengan 306 Dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an, tafsir bagi ayat 35 surah al- Nur dan beliau memiliki penafsiran ini. 271
sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:56] Oleh itu apabila seseorang itu berselawat kerana Nur Muhammad, dia tidak mendapat apa-apa pahala daripada selawatnya itu kerana ia didasari atas keyakinan yang batil dan dilakukan atas sebab yang batil. Dua contoh ini menunjukkan bahawa keyakinan Nur Muhammad hendaklah dijauhi sejauh-jauhnya kerana ia membuka ruang kepada pelbagai keyakinan lain yang salah. Bid’ah Dan Penyesalan Pada Hari Akhirat Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .إِ هن اَّهللَ لََع َن الْ َكافِِري َن َوأَعَ هد َْلُْم َسعًِْيا Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala (neraka), .َخالِ ِدي َن فِيَها أَبًَدا َّل َِي ُدوَن َولًِيّا َوَّل نَ ِصًْيا Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindung mahupun penolong. .يَْوَم تَُقله ُب ُو ُجوُه ُه ْم ِف النها ِر يَُقولُوَن ََي لَْيتَنَا أَطَْعنَا اَّهللَ َوأَطَْعنَا الهر ُسوَّل Pada hari muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, (lalu) mereka berkata, “Alangkah baiknya, andai kata kami (di dunia dahulu) mentaati Allah dan mentaati Rasulullah.” 272
.َوقَالُوا َربهنَا إَِهن أَطَْعنَا َساَدتَنَا َوُكبَرَاءَََن فَأَ َضُلّوََن ال هسبِيَل Dan mereka berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). .َربهنَا آُِتِْم ِض ْعَفِّْي ِم َن الْعَ َذا ِب َوالَْعْن ُه ْم لَْعنًا َكبًِْيا Wahai tuhan kami, berikanlah mereka azab dua kali ganda dan laknatlah mereka dengan sebesar-besar laknat.” [al-Ahzab 33:64-68] Ayat di atas menerangkan keadaan orang-orang kafir di Akhirat kelak beserta penyesalan mereka. Apabila al-Qur’an menerangkan keadaan orang-orang kafir, musyrik, munafiq, Ahli Kitab dan umat-umat terdahulu, hendaklah kita ambil iktibar agar tidak mengikuti atau menyerupai mereka. Jika tidak, maka sia-sialah sebahagian besar al-Qur’an kerana terdapat banyak ayat yang menerangkan keadaan orang-orang kafir, musyrik, munafiq, Ahli Kitab dan umat-umat terdahulu, kerana kita menolaknya atas alasan “Ahh! Itu bukan merujuk kepada aku yang Muslim!” Ayat 64-68 surah al-Ahzab di atas memiliki kaitan yang rapat dengan para pengamal bid’ah kerana mereka ketika di dunia mentaati pemimpin dan pembesar agama sehingga membelakangkan al-Qur’an dan Rasulullah. Sementara bid’ah pula adalah satu kesalahan agama yang telah diancam oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan api neraka. Selain itu bid’ah juga memiliki tingkatan-tingkatannya sehingga ada yang boleh mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kepada kekafiran. Oleh itu apa yang berlaku kepada orang-orang kafir di Akhirat kelak, janganlah pula ia berlaku kepada kita orang-orang Islam. Janganlah pula di Akhirat kelak kita menyesal dan berkata, “Alangkah baiknya, andai kata kami (di dunia dahulu) mentaati Allah dan mentaati Rasulullah. Wahai tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).” 273
Marilah kita sama-sama “membijakkan” diri sendiri dengan sentiasa menyemak dan mengulang semak apa yang diajar, disampaikan dan difatwakan oleh para pemimpin dan pembesar agama seperti para mufti, imam, tuan guru, ustaz dan ustazah. Apa yang selari dengan al-Qur’an dan hadis sahih diikuti sementara apa yang menyelisihi ditinggalkan. Keistimewaan Pahala Sunnah Dan Dosa Bid’ah Antara dasar syari’at Islam adalah setiap individu akan diberi balasan di Akhirat kelak berdasarkan amalannya sendiri. Jika di dunia dia berbuat amal soleh, maka dia diberi pahala dan di Akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. Jika di dunia dia berbuat kemungkaran, maka dia diberi dosa dan di Akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam neraka dengan keadilan Allah. Ada beberapa ayat al-Qur’an yang menerangkan dasar ini, antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, )41( ) ُثه َُيَْزاهُ الْجََزاءَ اْلَْوََف40( ) َوأَ هن َس ْعيَهُ َسْو َف يَُرى39( ل َما َس َعى.ّإِ)َه4ن2ِ (َوأَ هن إَِلَوأََربِْن َلَكيْ الَْسُمْنلِتََِْهلنْىَسا Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian (usahanya itu) akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhan-mulah 274
kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:39-42] Dasar ini meliputi semua amalan baik soleh atau mungkar melainkan jika terdapat dalil yang memberikan pengecualian ke atasnya. Antara dalil pengecualian itu ialah hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, َّل يَْن ُق ُص َذلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْ ُل أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َد َعا إَِل ُه ًدى ،َشْيئًا Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka walau sedikit jua.307 َّل يَْن ُق ُص َذلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن َعلَْيِه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْ ُل آََثِم َم ْن تَبَِعه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة .َشْيئًا Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi dosa mereka walau sedikit jua308.309 Tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan hidayah melainkan ia merupakan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang berasal sepenuhnya daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Ini kerana al-Qur’an itu adalah hidayah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .)2( ) ذَلِ َك الْكِتَا ُب َّل َريْ َب فِيِه ُه ًدى لِْل ُمتهِقَّي1( اَل Alif Lam Mim, Itulah kitab (al-Qur’an) yang tiada keraguan padanya, hidayah bagi 307 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu hidayah dan hidayah itu bernilai 100 pahala. Apabila hidayah itu diikuti oleh 6 orang, Faruq akan mendapat 600 pahala (100 X 6 orang). Pada waktu yang sama, setiap daripada 6 orang itu akan mendapat 100 pahala. Pahala setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada nilai 100 semata-mata kerana Faruq mendapat 600 pahala. 308 Maksudnya, Faruq menyeru orang ramai kepada satu kesesatan dan kesesatan itu bernilai 100 dosa. Apabila kesesatan itu diikuti oleh 3 orang, Faruq akan mendapat 300 dosa (100 X 3 orang). Pada waktu yang sama, setiap daripada 3 orang itu akan mendapat 100 dosa. Dosa setiap seorang daripada mereka tidak akan berkurang daripada nilai 100 semata-mata kerana Faruq mendapat 300 dosa. 309 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 275
orang-orang yang bertakwa. [al-Baqarah 2:1-2] Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah juga hidayah sebagaimana sabda baginda, ...َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُُمَ همد... … dan sebaik-baik hidayah ialah hidayah Muhammad…310 Sementara tidaklah sesuatu perkara itu dinamakan kesesatan melainkan ia merupakan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Ini sebagaimana jelas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .َو َشُّر اْلُُموِر ُمْ َدََثُُتَا َوُك ُّل ُُمْ َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْدعَة َضَللَةٌ َوُك ُّل َضَللَة ِف النها ِر Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.311 Selain hadis sahih di atas, dikatakan bahawa,312 ِم ْن أَُقْوَزاُصِر ُصَّلِم يَْنْن،عََِّملَليَْنِِبُقَا،أَلَْوهَُزاُرِمثَْمُلْنأَعَْجِمِر َلَمِِْبنَا عََكلَيْا ِهَن،لنهاَكا َُسن،فَفَعَعُِمِمَل َلِِبَِِابَا ا،ًبُِسْدنهَِعتة َيَاَوَم ُْسننهاةًبْتَِمَدْنع.ح،ْأُعَُجِموَلِرِهِِْبمَاَم َْنشَْيشْيئأًَائًا َم ْن Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnahku lalu ia diamalkan oleh orang ramai, baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang beramal dengannya, tanpa dikurangi pahala mereka walau sedikit jua. Dan sesiapa yang mencipta satu bid’ah lalu ia diamalkan (oleh orang ramai), baginya dosa orang-orang yang mengamalkannya, tanpa dikurangi dosa orang-orang 310 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 311 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 312 Apabila sebuah hadis itu adalah dha’if atau tidak diketahui darjat kekuatannya, tidak boleh berkata “Rasulullah telah bersabda…”. Tidak boleh menyandarkan hadis tersebut secara pasti kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. 276
yang mengamalkannya itu walau sedikit jua.313 Dalam sebuah riwayat lain, ِمِمثْ ْنَل ْنفَِإَعهنِم َلَعلَيِِْبِهَا،َأوََرْجُسِرولُهَُم ِمثْ َل اْلَ ْجِر َِمّلْن.ًَدَِعفَسإِبِهنَْشدْيلََعئًهُاة،ْنْتَوآبَمَََثْعِْنمِداابلْنيهتَا،ِرُسنهَاّلِلنهتايَْنقَِسُقْد أَُشُِصمْييئًتَِام،َمََعّلِْنميََلأَْن ُقِِْحبيََااُصِمُسِْمننهةًْانلنهِأمُا ُْنجِسو ،النها ِس ُاَّهلل يَْر َضا َها إُِِْث َم ْن Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah daripada sunnahku yang telah mati sesudah (kewafatan)ku, maka sesungguhnya bagi orang itu pahala sebanyak orang- orang yang mengamalkannya dari kalangan orang ramai, tanpa dikurangi pahala orang ramai itu walau sedikit jua. Dan sesiapa yang mencipta satu bid’ah yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul- Nya, maka sesungguhnya bagi orang itu dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengamalkannya dari kalangan orang ramai, tanpa dikurangi dosa orang ramai itu walau sedikit jua.314 313 Dha’if: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dalam sanadnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah, seorang perawi yang lemah. Bahkan ada yang menilainya amat lemah. Hadis ini dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 209 (Kitab al-Sunnah, Bab sesiapa yang menghidupkan sunnah setelah ia mati). 314 Dha’if: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dalam sanadnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah, seorang perawi yang lemah. Bahkan ada yang menilainya amat lemah. Hadis ini dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 210 (Kitab al-Sunnah, Bab sesiapa yang menghidupkan sunnah setelah ia mati). Juga dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dengan lafaz yang ada tambahan “Dan sesiapa yang mencipta satu bid’ah yang sesat yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya. Berkata al-Tirmizi, “Hadis ini hasan.” Darjat hasan ini perlu disemak semula kerana dalam sandnya terdapat Katsir bin ‘Abdullah yang dinilai lemah oleh para ahli hadis. Oleh itu hadis ini dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2601/2677. Juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2872. Ada yang berhujah bahawa apabila Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda …bid’ah yang sesat yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya…, maka ia menunjuk kepada bid’ah yang sesat atau bid’ah tercela. Di sini terdapat mafhum al-mukhalafah atau maksud di sebaliknya, yakni terdapat bid’ah yang diredai oleh Allah dan Rasul- Nya. Ini disebut sebagai bid’ah yang baik atau bid’ah terpuji. Justeru hadis ini menjadi dalil bahawa Rasulullah sendiri telah membahagikan bid’ah kepada dua jenis. Hujah ini dijawab bahawa hadis ini adalah dha’if dan ini merupakan darjat terbaik baginya. Disebabkan kelemahan ketara Katsir bin ‘Abdullah, ada ahli hadis lain yang menilai hadis ini dha’if jiddan (amat lemah). Sama-sama diketahui bahawa tidak boleh menjadikan hadis dha’if sebagai dalil agama, dalam kes ini dalil bahawa bid’ah terbahagi kepada dua jenis. Selain itu, antara syarat mafhum al-mukhalafah dalam ilmu Usl al-Fiqh ialah ia tidak bertentangan dengan dalil lain. Di sini mafhum al-mukhalafah bahawa kononnya hadis ini menunjukkan kepada bid’ah yang diredai Allah dan Rasul-Nya bertentangan dengan hadis yang sahih lagi jelas dan nyata, Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara 277
Oleh itu berdasarkan hadis Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka walau sedikit jua, marilah kita bersungguh-sungguh mempelajari sunnah dan menyebarkannya kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan orang ramai. Moga dengan itu kita mendapat pahala dan pahala orang-orang yang mengamalkannya. Pada waktu yang sama, berdasarkan hadis sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi dosa mereka walau sedikit jua, marilah kita bersungguh- sungguh mengenali bid’ah, baik yang jelas mahupun yang samar-samar, kemudian berusaha menjauhinya sejauh-jauhnya. Ini kerana jika kita menyeru kepada bid’ah, maka kita menganggung dosa dan dosa orang-orang yang mengamalkannya. Sebagai contoh, • Seorang ayah yang mengajar ahli keluarganya satu amalan bid’ah, maka dia menanggung dosa semua ahli keluarganya selagi mana bid’ah itu mereka amalkan. • Seorang ustazah yang mengajar anak muridnya satu amalan bid’ah, maka dia menanggung dosa semua anak muridnya selagi mana bid’ah itu mereka amalkan. • Seorang ustaz yang menyampaikan aqidah yang bid’ah dalam ceramahnya, maka dia menanggung dosa semua orang yang mendengar ceramahnya, selagi mana bid’ah itu mereka yakini. Baik yang mendengar itu ialah mereka yang hadir di hadapannya atau yang menonton rakaman YouTube. • Seorang tuan guru tareqat yang menyampaikan bacaan zikir yang bid’ah kepada anak muridnya, maka dia menanggung dosa semua anak muridnya selagi mana bid’ah itu mereka amalkan. • Seorang yang menulis hukum agama yang bid’ah di media sosial, maka dia menanggung dosa semua orang yang membaca tulisannya, selagi mana hukum yang yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka. 278
bid’ah itu mereka pegang atau amalkan. • Seorang yang memanjangkan (forward) perkara bid’ah yang dia terima dalam kumpulan Whats App, maka dia menanggung dosa sebanyak orang yang menerima apa yang dia panjangkan itu, selagi mana bid’ah itu mereka yakini atau amalkan. Jika apa yang dia panjangkan itu dipanjangkan lagi secara berterusan oleh orang-orang yang menerimanya, maka rangkaian dosanya menjadi lebih panjang dan lebih luas. Mengkaji Amalan Sedekah Pahala Bacaan al-Qur’an Antara persoalan yang sering dibincangkan ialah amalan membaca al-Qur’an lalu disedekahkan pahala bacaan kepada orang yang meninggal dunia, apakah ia bermanfaat atau tidak kepadanya? Ini adalah persoalan yang memang menjadi perbincangan dan perbezaan pendapat di kalangan para sarjana Islam. Dalam pelajaran ini saya akan kemukakan dalil dan hujah pendapat-pendapat tersebut untuk dikaji dan dianalisa oleh para pembaca sekalian. Saya tidak akan menerangkan siapakah yang mengemukakan pendapat, tetapi apakah dalil dan hujah bagi sesuatu pendapat. Ini supaya para pembaca berpegang kepada salah satu pendapat kerana dalil dan hujahnya, bukan kerana siapa yang berkata tentangnya. Bahkan dengan mengetahui dalil dan hujah bagi setiap pendapat, ia akan memupuk sikap berlapang dada dan saling menghormati. 279
Sebelum bermula, ingin saya tekankan bahawa persoalannya di sini ialah apakah ibadah yang dilakukan oleh orang hidup lalu disedekahkan kepada orang meninggal dunia dapat memberi manfaat kepadanya sehingga dicatat dalam buku rekod amalnya, memberatkan timbangan pahalanya di Mizan dan memasukkannya ke dalam syurga? Ini kerana ramai yang berbincang “sampai atau tidak pahala?” padahal seandainya pahala itu sampai, ia belum tentu bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia jika pahala itu tidak dicatat dalam buku rekod amalnya, tidak memberatkan timbangan pahalanya di Mizan dan tidak memasukkannya ke dalam syurga. Pendapat Pertama berhujah dengan ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan bahawa setiap individu diberi balasan berdasarkan amalan atau usahanya sendiri. Jika di dunia dia melakukan amal soleh, maka dia memperoleh pahala dan di Akhirat kelak dia dimasukkan ke dalam syurga dengan Rahmat Allah. Namun jika di dunia dia melakukan kemungkaran, maka dia berdosa dan di Akhirat kelak dia dimasukkan ke dalam neraka dengan keadilan Allah. Antara ayat al-Qur’an yang dimaksudkan ialah firman Allah 'Azza wa Jalla, )41( ) ُثه َُيَْزاهُ الْجََزاءَ اْلَْوََف40( ) َوأَ هن َس ْعيَهُ َسْو َف يَُرى39( ل َما َس َعى.ّإِ)َه4ن2ِ (َوأَ هن إَِلَوأََربِْن َلَكيْ الَْسُمْنلِتََِْهلنْىَسا Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian (usahanya itu) akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhan-mulah kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:39-42] Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ُك ُلّ اْمِرئ ِِبَا َك َس َب َرِهٌّي Setiap manusia terikat dengan apa yang dia usahakan. [al-Thur 52:21] Antaranya ialah firman Allah 'Azza wa Jalla, ) ُك ُّل37( ) لَِم ْن َشاءَ ِمنْ ُك ْم أَ ْن يَتَ َق هدَم أَْو يَتَأَ هخَر36( ) نَ ِذيًرا لِلْبَ َشِر35( إِْهنَا َلِإ ْح َدى الْ ُكبَِر 280
)38( ٌنَْفس ِِبَا َك َسبَ ْت َرِهينَة Sesungguhnya ia (neraka Saqar) adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, yang menjadi amaran bagi manusia, (iaitu) bagi sesiapa di kalangan kalian yang mahu maju ke hadapan (dengan mengerjakan amal soleh) atau yang mahu mundur ke belakang (dengan mengerjakan kemungkaran). Setiap diri terikat dengan apa yang dia usahakan. [al-Muddatsir 74:35-38] Antaranya ialah dalam surah Yasin yang biasa dibaca untuk disedekahkan pahala bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia, .فَالْيَْوَم َّل تُظْلَُم نَْف ٌس َشْيئًا َوَّل َُْتَزْوَن إَِهّل َما ُكْنتُْم تَ ْع َملُوَن Maka pada hari (Kiamat) itu, tidak ada satu diri jua yang akan dizalimi sedikitpun dan kalian tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang kalian amalkan. [Yasin 36:54] Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Pertama ini berhujah bahawa tidak boleh membataskan diri dengan zahir ayat-ayat al-Qur’an di atas kerana terdapat hadis- hadis yang menerangkan orang yang meninggal dunia dapat memperolehi manfaat daripada amalan orang-orang yang hidup. Pendapat Kedua juga berpegang kepada ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan dalil oleh Pendapat Pertama, bahawa setiap individu dibalas berdasarkan amalan atau usahanya sendiri. Namun Pendapat Kedua ini juga berpegang kepada hadis-hadis yang mengecualikan keumuman ayat-ayat al-Qur’an tersebut, di mana terdapat beberapa amalan orang hidup yang sebenarnya dapat memberi manfaat pahala kepada orang meninggal dunia. Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْلُ أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َد َعا إَِل ُه ًدى ،َشْيئًا Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka walau sedikit jua. 281
َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن َعلَيِْه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْ ُل آََثِم َم ْن تَبِعَه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة .َشْيئًا Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi dosa mereka walau sedikit jua.315 Berdasarkan hadis ini, orang yang menyeru kepada hidayah akan berterusan mendapat pahala daripada orang lain yang mengikuti hidayah tersebut meskipun setelah dia meninggal dunia. Demikian juga bagi orang yang menyeru kepada kesesatan, dia berterusan mendapat dosa daripada orang lain yang mengikuti kesesatan tersebut meskipun setelah dia meninggal dunia. Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, أَْو بِِه يُْنتَ َف ُع عِلْم أَْو َجا ِريَة َص َدقَة ِم ْن إَِّله ثََلَثَة ِم ْن إَِّله َُع َملُه َُعْنه انَْقطَ َع َما َت الِإنْ َسا ُن إِذَا .ُيَْدعُو لَه َصالِح َولَد Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang berdoa untuknya.316 Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan sedekah jariah dan mengajar ilmu akan berterusan mendapat pahala daripada orang-orang lain yang memanfaatkan sedekah dan ilmu tersebut, meskipun setelah dia meninggal dunia. Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .إِ هن ِم ْن أَطْيَ ِب َما أَ َك َل الهر ُجلُ ِم ْن َك ْسبِِه َوَولَُدهُ ِم ْن َك ْسبِِه Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang ialah daripada hasil usahanya dan anaknya adalah daripada hasil usahanya.317 315 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 316 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia). 317 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 282
Berdasarkan hadis ini, anak adalah hasil usaha ibu dan bapanya sehingga apa-apa amal soleh atau kemungkaran yang dilakukan oleh anak disebabkan pengaruh ibu dan bapanya, maka ibu dan bapanya akan mendapat pahala atau dosa meskipun setelah meninggal dunia. Sebagai contoh ibu dan bapa mengajar anak mereka membaca al-Qur’an atau menghantar anak mereka ke kelas membaca al-Qur’an sehingga akhirnya anak dapat membaca al-Qur’an. Setelah itu apabila saja anak membaca al-Qur’an, ibu dan bapa akan mendapat pahala tanpa perlu anak itu meniatkan pahala bacaan atau menyedekahkan pahala bacaan kepada ibu dan bapanya. Namun jika ibu dan bapa biasa menutur kata-kata yang buruk sehingga anak pun terbiasa menuturkan kata-kata yang buruk, maka ibu dan bapa akan mendapat dosa setiap kali anak menuturkan kata-kata yang buruk meskipun anak tidak meniatkan dosa atau menghadiahkan dosa itu kepada ibu dan bapanya. Tentang dosa perkataan kotor ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .لَيْ َس الْ ُمْؤِم ُن ِبلطهعها ِن َوَّل اللهعها ِن َوَّل الَْفا ِح ِش َوَّل الْبَ ِذيِء Bukanlah sifat seorang mukmin untuk mencela, melaknat, berkata keji dan berkata kotor.318 Antaranya ialah hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma: :أَ هن َر ُجَلً قَا َل لَِر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم Bahawasanya datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: . نََع ْم:إِ هن أُهمهُ تُُوفِيَ ْت أَيَْن َفعَُها إِ ْن تَ َص هدقْ ُت َعْن َها؟ قَا َل “Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, apakah bermanfaat untuknya jika aku bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab: “Ya.” 3061/3528 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan seorang yang makan daripada harta anaknya). 318 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, hadis ini hasan gharib. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1900/1977 (Kitab al-Birr wa al-Shilah, Bab tentang laknat). 283
. فَِإ هن ِل ُِمَْرافًا َوأُ ْشِه ُد َك أَِّن قَْد تَ َص هدقْ ُت بِِه عَْن َها:قَا َل Lelaki itu lantas berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sebuah kebun yang berbuah, maka saya persaksikan kepada engkau bahawa aku menyedekahkannya untuk (ibuku).”319 Berdasarkan hadis ini, dibolehkan sedekah harta bagi pihak orang yang telah meninggal dunia dan ia adalah bermanfaat baginya. Antaranya ialah hadis berikut, ،ً فَأَ ْعتَ َق ابْنُهُ ِه َشاٌم َِخْ ِسَّي َرقَبَة،أَ هن الْعَا َص بْ َن َوائِل أَْو َصى أَ ْن يُْعتِ َق عَْنهُ ِمائَةُ َرقَبَة Bahawa al-‘Ash bin Wail berwasiat agar dibebaskan bagi pihaknya seratus orang hamba. Maka anaknya Hisyam membebaskan lima puluh orang hamba. عَلَْي ِه ُالله َصلهى اَّهلِل َر ُسوَل أَ ْسأََل َحَهّت :فََقا َل ،َالْبَاقِيَة عَْنهُ اْْلَْم ِسَّي أَالْنلهُيُ ْعَعتِلَيَْقِه االبْنهنُِهُهب َع َْمصلٌهروى فَأََرا َد ،َو َسلهَم :َو َسلهَم فََقا َل فَأَتَى Kemudian anaknya ‘Amr hendak membebaskan bagi pihak (ayah)nya baki lima puluh orang hamba, namun dia berkata, “(Nanti dulu) sehingga aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.” Maka dia datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya, عَلَْي ِه َوبَِقيَ ْت َِخْ ِسَّي َُعْنه أَ ْعتَ َق ِه َشاًما َوإِ هن ،َرقَبَة ِمائَِة بِعَْت ِق أَْو َصى إِ هن أَِبي ُِسأَوفََألُ ْعاتَِّهلُقل،َََريقَبََةًر َِخْ ُسوَن َعنْهُ؟ “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah berwasiat agar dibebaskan seratus orang hamba. Hisyam telah membebaskan bagi pihaknya lima puluh (orang hamba) dan baki yang tertinggal ialah lima puluh orang hamba. Apakah patut aku membebaskan bagi pihaknya?” إِنههُ لَْو َكا َن ُم ْسلِ ًما فَأَ ْعتَ ْقتُْم عَْنهُ أَْو تَ َص هدقْتُْم َعْنهُ أَْو:فََقا َل َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم 319 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 2770 (Kitab al-Wasiat, Bab jika diwakafkan tanah…). 284
.َح َج ْجتُْم َعْنهُ بَلَغَهُ َذلِ َك Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab, “Sesungguhnya seandainya beliau seorang Muslim,320 maka jika kalian membebaskan hamba bagi pihaknya, bersedekah bagi pihaknya atau melaksanakan haji bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu sampai kepadanya.”321 Dalam satu lafaz lain, . نََف َعهُ ذَلِ َك،ُ َوتَ َص هدقْ َت عَنْه، فَ ُص ْم َت، فَلَْو َكا َن أَقَهر ِبلتهْوِحي ِد،أَهما أَبُوَك “Adapun ayah kamu, seandainya dia mengikrarkan tauhid maka puasa kamu dan sedekah kamu bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu bermanfaat baginya.”322 Berdasarkan hadis ini, dibolehkan membebaskan hamba, bersedekah, berpuasa dan berhaji bagi pihak orang yang meninggal dunia dan semua ini bermanfaat baginya. Antaranya, ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .َُم ْن َما َت َو َعلَيِْه ِصيَامٌ َصاَم َعنْهُ َولُِيّه Sesiapa yang meninggal dunia dan dia ada hutang puasa (yang belum sempat digantinya), maka waris berpuasa untuknya.323 Berdasarkan hadis ini, waris boleh menggantikan hutang puasa orang yang telah meninggal dunia dan ia adalah bermanfaat baginya. Antaranya ialah hadis daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, .َ لَبهْي َك عَ ْن ُشْبرَُمة:أَ هن َر ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َِْس َع َر ُجًَل يَُقوُل 320 Ketika ayahnya berwasiat sedemikian, dia dalam agama Jahiliyah. Rujuk hadis yang sama dalam Musnad Ahmad, hadis no.: 6704. 321 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2497/2883 (Kitab al-Washoya, Bab tentang wasiat seorang harbi sementara walinya memeluk Islam, apakah walinya patut melaksanakan wasiatnya?) 322 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al- Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 6704. Lihat juga Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 484. 323 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1816/1952 (Kitab al-Shaum, Bab orang yang meninggal dunia dan dia ada hutang puasa). 285
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang lelaki (yang akan melakukan haji) berkata “Aku menyahut seruan Engkau (ya Allah) untuk Syubrumah.” .ً َم ْن ُشْبرَُمةُ؟ فََذَكَر أَ ًخا لَهُ أَْو قََرابَة:فََقا َل Rasulullah bertanya, “Siapakah Syubrumah?” Maka lelaki itu menerangkan bahawa Syubrumah adalah saudaranya atau kaum kerabatnya. . َّل: أَ َح َج ْج َت قَ ُّط؟ قَا َل:قَا َل Rasulullah bertanya lagi, “Apakah kamu sudah melakukan ibadah haji untuk dirimu sendiri?” Lelaki itu menjawab, “Belum.” .َ فَا ْجعَ ْل َه ِذهِ عَْن َك ُثه ُح هج عَ ْن ُشْبرَُمة:قَا َل Rasulullah bersabda, “Maka jadikanlah haji ini untuk kamu, kemudian hajikanlah untuk Syubrumah (pada tahun lain).”324 Berdasarkan hadis ini, dibolehkan badal haji bagi orang yang telah meninggal dunia dan ia adalah bermanfaat baginya. Antaranya ialah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, . إَِهّل أَْو َج َب،َما ِم ْن ُم ْسلِم َيُو ُت فَيُ َصلِي عَلَْيِه ثََلثَةُ ُصُفوف ِم َن الْ ُم ْسلِ ِمَّي Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu disolatkan ke atasnya (Solat Jenazah) sebanyak 3 saf dari kalangan jemaah muslimin melainkan wajib ke atasnya (mendapat syafaat).325 324 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 8675 (Kitab al-Hajj, Bab orang yang tidak boleh menghajikan orang lain) dan beliau berkata, “Sanad ini sahih dan tidak ada dalam bab ini (hadis lain) yang lebih sahih berbandingnya.” Sebelum itu hadis ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1546/1811 (Kitab al-Manasik, Bab seseorang yang menghajikan orang lain). Para ahli hadis berbeza pendapat tentang hadis ini, apakah ia marfu’ (merupakan sabda Rasulullah) atau apakah ia mauquf (merupakan perkataan Ibn ‘Abbas). Lihat penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1811. 325 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3166 (Kitab al-Jana’iz, Bab tentang saf bagi solat jenazah). Apakah yang wajib ke atas jenazah yang disolatkan oleh 3 saf? Saya berkata, memandangkan dalam hadis lain (Shahih Muslim, hadis no.: 947 & 948) diterangkan jenazah yang disolatkan oleh 40 atau 100 orang jemaah akan 286
Berdasarkan hadis ini, solat Jenazah dapat memberikan manfaat kepada orang yang meninggal dunia. Demikian hadis-hadis yang mengecualikan keumuman ayat-ayat al-Qur’an tentang balasan di Akhirat kelak. Ringkasnya, setiap individu akan dibalas berdasarkan amalannya sendiri melainkan dalam kes-kes di atas, dia mendapat pahala atau dosa daripada amalan orang lain juga. Adapun membuat satu majlis khas untuk menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat kepada orang yang telah meninggal dunia, maka tidak ada ayat al-Qur’an atau hadis Rasulullah yang dapat dijadikan dalil pengecualian. Padahal kematian adalah sesuatu yang lazim berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan seandainya ia bermanfaat, nescaya baginda akan mengajarnya atau menganjurkannya. Oleh itu bermanfaat atau tidak majlis sedekah bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah meninggal dunia kembali kepada keumuman ayat-ayat al-Qur’an yang menjadi dasar persoalan ini, bahawa kalian tidak akan dibalas melainkan dengan apa yang kalian amalkan. [Yasin 36:54] Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Kedua ini berhujah, hadis-hadis yang dikemukakan sebenarnya tidak mengecualikan ayat-ayat al-Qur’an dalam persoalan ini. Sebab, manfaat atau pahala yang dinyatakan oleh hadis-hadis tersebut tetap merupakan usaha orang yang telah meninggal dunia. Menyeru kepada hidayah atau kesesatan, melakukan sedekah jariah, mengajarkan ilmu, semua itu asalnya adalah usaha orang yang telah meninggal dunia ketika dia masih hidup dan dia tidak lain hanyalah mendapat pahala daripada usahanya itu. Hadis tentang sedekah harta, memerdekakan hamba, berpuasa dan berhaji kepada orang yang telah meninggal dunia, yang melakukannya ialah anak sementara anak adalah hasil usaha ibu dan bapanya sebagaimana hadis anaknya adalah daripada hasil usahanya. Adapun menggantikan puasa yang wajib, haji yang wajib dan solat Jenazah, maka ia mendapat syafaat, maka yang dimaksudkan sebagai wajib dalam hadis ini ialah wajib mendapat syafaat daripada para jemaah itu. Maksud syafaat di sini ialah Allah akan memakbulkan doa para jemaah ke atas jenazah tersebut apabila doa itu dibaca dalam solat jenazah, sebelum memberi salam. 287
adalah tanggung jawab orang yang hidup ke atas orang yang meninggal dunia. Sesiapa yang melaksanakannya secara ikhlas dan berdasarkan sunnah Rasulullah akan mendapat pahala. Namun hadis-hadis terbabit tidak menyatakan orang yang meninggal dunia turut mendapat pahala daripada pelaksanaan ibadah-ibadah tersebut. Pendapat Ketiga menyatakan boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an, pahala berzikir dan pahala berselawat kepada orang yang telah meninggal dunia, dan semua pahala itu adalah bermanfaat baginya. Mereka memiliki beberapa hujah. Hujah Pertama, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, َوأَ ْن لَْي َس لِِْلنْ َسا ِن إَِهّل َما َس َعى Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi manusia melainkan apa yang diusahakannya. [al-Najm 53:39] sebenarnya bermaksud seseorang itu tidak boleh merampas pahala daripada usaha atau amalan orang lain. Ayat ini tidak menafikan manfaat jika orang lain secara rela menyedekahkan atau menghadiahkan pahala kepadanya. Sebagai contoh, Yaakub tidak boleh merampas pahala amalan rakan sepejabatnya, Khairul. Akan tetapi jika Khairul secara rela menyedekahkan pahala amalannya kepada Yaakub, maka ia boleh dan bermanfaat kerana ayat 39 surah al-Najm tidak menafikan yang sedemikian. Demikianlah juga penafsiran terhadap ayat-ayat lain yang menerangkan setiap orang diberi balasan berdasarkan usaha atau amalannya sendiri. Maksud sebenar ayat-ayat ini adalah seseorang itu tidak boleh merampas pahala usaha atau amalan orang lain. Namun ia tidak menghalang atau menafikan manfaat seandainya orang lain secara rela menyedekahkan pahala usaha atau amalannya. Hujah Kedua ialah menggunakan kaedah qiyas ke atas hadis, .فَأَ ْعتَ ْقتُْم َعْنهُ أَْو تَ َص هدقْتُْم َعْنهُ أَْو َح َج ْجتُْم َعْنهُ بَلَغَهُ ذَلِ َك Maka jika kalian membebaskan hamba bagi pihaknya, jika kalian bersedekah bagi pihaknya atau jika kalian melaksanakan haji bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu 288
sampai kepadanya.”326 Dalam satu lafaz lain, . نََفَعهُ َذلِ َك،ُ َوتَ َص هدقْ َت َعنْه،فَ ُص ْم َت Maka puasa kamu dan sedekah kamu bagi pihaknya, nescaya sedemikian itu bermanfaat baginya.327 Juga qiyas ke atas hadis, . إَِهّل أَْو َج َب،َما ِم ْن ُم ْسلِم َيُو ُت فَيُ َصلِي عَلَيِْه ثََلثَةُ ُصُفوف ِم َن الْ ُم ْسلِ ِمَّي Tidaklah seorang muslim meninggal dunia lalu disolatkan ke atasnya (solat Jenazah) sebanyak 3 saf dari kalangan jemaah muslimin melainkan wajib ke atasnya (mendapat syafaat).328 Oleh itu sebagaimana ibadah puasa, haji dan solat Jenazah sampai lagi bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia, maka berdasarkan kaedah qiyas, ibadah-ibadah lain seperti membaca al-Qur’an, berzikir dan berselawat juga sampai dan bermanfaat kepadanya. Hujah Ketiga ialah berdoa agar pahala yang disedekahkan itu bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia. Ini kerana doa adalah satu ibadah yang bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ْغِفْر لَنَا َولِِإ ْخَوانِنَا اله ِذي َن َسبَ ُقوََن ِبْلِإَيَا ِن َوَّل َْت َع ْل ِف.قُلُوبِنَا ِغًَواَّلهلِذلِيلهَنِذي ََنجاآءَُموانُواِم َْنربهنَبَاْعإِِندهِهَْكم يََرءُُقوولُوٌفَن َرَرِبهحنَياٌما Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: 326 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai hasan oleh al- Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2497/2883 (Kitab al-Washoya, Bab tentang wasiat seorang harbi sementara walinya memeluk Islam, apakah walinya patut melaksanakan wasiatnya?) 327 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al- Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 6704. Lihat juga Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 484. 328 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3166 (Kitab al-Jana’iz, Bab tentang saf bagi solat jenazah). 289
“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan lagi Maha Penyayang.” [al- Hasyr 59:10] Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga berdoa kepada jenazah ketika solat Jenazah sebelum memberi salam,329 sebagaimana hadis berikut ‘Auf bin Malik radhiallahu 'anh, : فَ َحِفظْ ُت ِم ْن ُد َعائِِه َوُهَو يَُقوُل،َصلهى َر ُسوُل اللِه َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم عَلَى َجنَاَزة Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyembahyangkan jenazah dan aku menghafal (salah satu) daripada doa yang baginda baca kepadanya. Baginda berdoa, .ُالل ُه هم ا ْغِفْر لَهُ َواْرَْحْهُ َوعَافِِه َوا ْع ُف َعنْه “Ya Allah, ampunilah baginya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia. َونَِقِه ِم َن اْْلَطَاََي َك َما نَهقْي َت الثهْو َب، َوا ْغ ِسلْهُ ِبلْ َماِء َوالثهْل ِج َوالْبَرَِد،َُوَوِس ْع ُم ْد َخلَه.ِس،ُاْلَبْيَ َضَوأَِمْكَنِرْمالنُهدُزلنََه Muliakanlah tempat turunnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air daripada salji dan hujan ais, sucikanlah kesalahan-kesalahannya sebagaimana disucikan kain putih daripada kotoran. . َوأَْهًَل َخْْيًا ِم ْن أَْهلِِه َوَزْو ًجا َخًْْيا ِم ْن َزْوِجِه،َِوأَبْ ِدلْهُ َداًرا َخْْيًا ِم ْن َدا ِره Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik berbanding tempat tinggal (asalnya), ahli keluarga yang lebih baik berbanding ahli keluarga (asalnya) dan pasangan hidup yang lebih baik berbanding pasangan hidup (asalnya).330 329 Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam mendoakan jenazah ialah ketika sedang solat, yakni sebelum memberi salam. Selepas itu jenazah terus diangkat dan dibawa ke kawasan perkuburan. Adapun amalan sebahagian masyarakat kita yang berdoa selepas solat jenazah, maka ia adalah bid’ah dan menyelisihi pesan Rasulullah agar segera menguruskan jenazah. 330 Jika pasangan hidup dan ahli keluarga yang asal adalah buruk akhlaknya, maka Allah gantikan dengan yang lain 290
. أَْو ِم ْن َع َذا ِب النها ِر- َوأَْد ِخلْهُ الْجَنهةَ َوأَعِ ْذهُ ِم ْن عَ َذا ِب الَْقْبِر Dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur atau daripada azab neraka.” . « َحَهّت َتَنهيْ ُت أَ ْن أَ ُكوَن أَََن َذلِ َك الْ َميِ َت:قَا َل (‘Auf bin Malik) berkata, “(Doa ini sebegitu bagus) sehingga aku teringin agar akulah yang menjadi jenazah (yang didoakan oleh Rasulullah itu).”331 Apabila terbukti doa adalah bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia, maka sesiapa yang ingin menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat boleh berdoa kepada Allah agar disampaikan pahala ibadah mereka itu kepada orang yang meninggal dunia. Contohnya Khairul ingin menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada rakan sepejabatnya Yaakub yang baru meninggal dunia. Maka apabila selesai membaca al-Qur’an, Khairul berdoa, “Ya Allah, jika ada kebaikan dalam bacaan aku ini, ingin aku sedekahkan pahalanya kepada Khairul. Ya Allah, sampaikanlah.” Demikian tiga hujah Pendapat Ketiga yang menyatakan boleh menyedekahkan pahala ibadah kepada orang yang meninggal dunia dan sedekah tersebut adalah bermanfaat baginya. Perkara penting tentang Pendapat Ketiga ini, ibadah yang hendak disedekahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia hendaklah dilaksanakan secara ikhlas serta menepati al-Qur’an dan al-Sunnah dari semua aspek. Barulah ibadah tersebut dapat menjana pahala yang kemudiannya dapat disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia. Jika ibadah itu dilakukan atas sebab-sebab duniawi atau merupakan bid’ah, maka tidak ada pahala yang dapat disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia. yang baik akhlaknya. Namun jika pasangan hidup dan ahli keluarga yang asal adalah baik akhlaknya, maka Allah berikan yang sama tetapi dengan akhlak yang jauh lebih baik. 331 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1600/963 (Kitab al-Jana’iz, Bab mendoakan jenazah dalam solat). 291
Contohnya Khairul mendisiplinkan dirinya membaca paling kurang satu mukasurat al-Qur’an setiap hari. Ini kebiasaannya sejak sekian lama. Apabila rakan sepejabatnya Yaakub meninggal dunia, Khairul meneruskan disiplinnya membaca al-Qur’an, tetapi kali ini dengan doa agar pahala bacaan al-Qur’annya itu Allah sampaikan kepada Yaakub. Berbeza dengan Ramli yang hampir tidak pernah membaca al-Qur’an. Apabila rakan sepejabatnya Yaakub meninggal dunia, barulah dia tercari-cari buku kecil surah Yasin, membacanya pada malam pertama, ketiga, ketujuh dan ke 40 selepas kematian dan berdoa kepada Allah agar disampaikan pahala bacaannya kepada Yaakub. Di sini dapat dipersoalkan niat Ramli membaca surah Yasin, apakah kerana Allah atau kerana kematian? Kemudian tindakan mengkhususkan bacaan pada malam pertama, ketiga, ketujuh dan ke 40 selepas kematian adalah satu bid’ah kerana pengkhususan tersebut adalah sesuatu yang baharu, yang tidak berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka yang tidak bersetuju dengan Pendapat Ketiga menjawab seperti berikut. Jawapan Kepada Hujah Pertama, tujuan di sebalik ayat-ayat al-Qur’an yang menerangkan setiap individu dibalas berdasarkan amalan atau usahanya sendiri adalah untuk mengelak berlakunya kezaliman. Ini kerana jika pahala bacaan al-Qur’an boleh disedekahkan kepada orang yang disayangi, apakah dosa bacaan majalah lucah boleh disedekahkan kepada orang yang dibenci? Jika zikir-zikir kepada Allah dapat disedekahkan pahalanya kepada orang yang disayangi, apakah dosa perkataan kotor dan buruk dapat disedekahkan dosanya kepada orang yang dibenci? Selain itu jika pahala dan dosa boleh disedekahkan, maka akan berlaku kezaliman di Akhirat kelak. Sebab, • Orang yang malas beramal soleh misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya memiliki banyak pahala hasil sedekah orang lain sehingga dia dapat memasuki tingkatan syurga yang lebih tinggi. • Orang yang banyak dosa misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya memiliki lebih banyak pahala hasil sedekah orang lain. Pahala yang banyak itu menghapuskan dosa-dosanya sehingga dia dapat memasuki syurga. 292
• Orang yang rajin beramal soleh pula misalnya, tiba-tiba mendapati dirinya menanggung dosa yang banyak disebabkan orang lain yang menyedekahkan dosa mereka kepadanya. Sudah tentu ini semua ini adalah kezaliman yang menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .فَالْيَْوَم َّل تُظْلَُم نَْف ٌس َشْيئًا َوَّل َُتَْزْوَن إَِهّل َما ُكْنتُْم تَ ْع َملُوَن Maka pada hari (Kiamat) itu, tidak ada satu diri jua yang akan dizalimi sedikitpun dan kalian tidak akan dibalas melainkan berdasarkan apa yang kalian telah amalkan. [Yasin 36:54] Oleh itu ayat-ayat al-Qur’an tentang setiap individu akan dibalas berdasarkan amalan atau usahanya sendiri tidak memiliki kaitan dengan merampas pahala orang lain atau orang lain yang secara rela menyedekahkan pahala amalannya. Akan tetapi ia adalah demi keadilan dan mengelak kezaliman pada hari Akhirat kelak. Jawapan Kepada Hujah Kedua, qiyas memang merupakan salah satu sumber hukum Islam. Akan tetapi qiyas digunakan untuk isu-isu yang baru timbul yang belum ada hukumnya dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kematian bukanlah isu baharu. Ia sudah ada pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, pada masa syari’at Islam masih diturunkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Apa- apa amalan oleh orang hidup yang bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia telah disyari’atkan, seperti solat Jenazah, puasa, haji, memerdekakan hamba, sedekah harta dan doa. Apa yang tidak disyari’atkan bukanlah bererti Allah dan Rasul-Nya lupa, tetapi bererti ia sememangnya tidak dimaksudkan sebagai amalan orang hidup yang bermanfaat kepada orang meninggal dunia. Firman Allah 'Azza wa Jalla, .َوَما نَتَنَهزُل إَِهّل ِبَْمِر َربِ َك لَهُ َما بََّْي أَيْ ِدينَا َوَما َخلَْفنَا َوَما بََّْي َذلِ َك َوَما َكا َن َرُبّ َك نَ ِسًيّا Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun melainkan dengan perintah Tuhanmu; Bagi-Nya apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu dan tiadalah Tuhanmu itu lupa. [Maryam 19:64] 293
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, . إَِهّل َوقَْد بَُِّي لَ ُك ْم، ويُبَاعِ ُد ِم َن النها ِر،َما بَِق َي َش ْيءٌ يَُقِر ُب ِم َن الْجَنهِة Tidak ada tertinggal apa-apa yang dapat mendekatkan ke syurga dan menjauhkan daripada neraka melainkan sungguh, telah aku jelaskan kepada kalian.332 Oleh itu apabila Allah dan Rasul-Nya tidak mensyari’atkan bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat kepada orang yang meninggal dunia, bererti ia sememangnya tidak bermanfaat kepada mereka. Tidak perlu dan tidak boleh menggunakan kaedah qiyas di sini kerana menggunakannya memberi isyarat Allah dan Rasul-Nya telah lupa untuk mensyari’atkan bacaan al-Qur’an, zikir dan selawat sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada orang yang meninggal dunia. Selain itu timbul soalan lain, kenapa tidak menggunakan kaedah qiyas untuk melaksanakan solat sunat qabliyah dan ba’diyah, solat Dhuha, solat Tahajjud, solat Tarawih, solat Witir dan solat-solat sunat lain lalu kemudian disedekahkan pahala solat itu kepada orang yang meninggal dunia? Kenapa kaedah qiyas hanya digunakan ke atas amalan-amalan yang terpilih? Mungkinkah kerana amalan membaca al-Qur’an, zikir dan selawat untuk disedekahkan pahala kepada orang meninggal dunia muncul dahulu, lalu apabila ditanya barulah dicari- cari dalil bagi menjustifikasikannya? Jawapan Kepada Hujah Ketiga, doa memang bermanfaat bagi orang yang meninggal dunia, maka berdoalah dengan doa yang diajar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun doa menyedekahkan pahala atau sebaliknya menyedekahkan dosa, maka ia perlu disemak lanjut apakah ia boleh atau tidak kerana kita tidak mungkin meminta sesuatu yang menyelisihi ketentuan Allah. Di sini ketentuan Allah adalah setiap individu dibalas berdasarkan amalan atau usahanya sendiri, maka apakah boleh kita berdoa agar Allah membalas berdasarkan amalan orang lain? 332 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 2, ms. 155, hadis no.: 1647 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1803. 294
Ini sebagaimana ketentuan Allah 'Azza wa Jalla bahawa semua orang akan membaca buku catatan amalannya sendiri di Akhirat kelak, ) اقَْرأْكِتَابَ َك13( ِه َوُنِْرُج لَهُ يَْوَم الِْقيَاَمِةكِتَاًِب يَْلَقاهُ َمْن ُشوًرا.)ِق1ُعُن4(َكَفى بِنََوْفُكِسله إَِنْك اَسلْايَْنوَمأَلَْعَزْلمَيْنَاهَُكطَاَحئَِِرسهُيبًِاف Dan tiap-tiap manusia telah Kami gantung (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari Kiamat sebuah kitab (yang tercatat semua amalan itu) yang dijumpainya terbuka. (Dikatakan) “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu.” [al-Isra’ 17:13-14] Maka kita tidak boleh berdoa sesuatu yang menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya Allah, aku tidak mahu melihat atau membaca kitab catatan amalanku di Akhirat kelak. Hapuskan kitab itu ya Allah!” Demikian juga Allah 'Azza wa Jalla telah menentukan bahawa, .الْيَْوَم َُنْتُِم َعلَى أَفْ َوا ِهِه ْم َوتُ َكلِ ُمنَا أَيْ ِديِه ْم َوتَ ْشَه ُد أَْر ُجلُُه ْم ِِبَا َكانُوا يَ ْك ِسبُوَن Pada hari itu (hari Akhirat) Kami tutup mulut mereka sementara tangan-tangan mereka berkata-kata kepada kami (memberitahu kesalahan masing-masing) dan kaki- kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. [Yasin 36:65] Maka kita tidak boleh berdoa menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya Allah, janganlah tanganku dan kakiku berkata-kata di Akhirat kelak, menjadi saksi ke atas semua perbuatan burukku.” Demikian juga Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menentukan semua orang akan melintasi di atas neraka, di atas titian al-Shirath dalam perjalanan ke syurga. Firman-Nya, ) ُثه نُنَ ِجي اله ِذي َن اتهَقْوا َونََذُر الظهالِِمَّي71( ْم إَِهّل َوا ِرُد َها َكا َن عَلَى َربِ َك َحْت ًما َمْق ِضًيّا.)ُك7ِمْن2(فِيَها ِجثًَِيّوإاِ ْن Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan pasti mendatangi neraka itu (dengan melintasi di atasnya). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditentukan. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim (jatuh) di dalam neraka dalam keadaan berlutut. 295
[Maryam 19:71-72] Hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pula menerangkan ciri-ciri titian al-Shirath tersebut. Maka kita tidak boleh berdoa menyelisihi ketentuan ini, umpama, “Ya Allah, aku tidak mahu melintasi titian al-Shirath. Masukkanlah aku terus ke syurga.” Atas sebab-sebab inilah kita tidak menemui satu pun riwayat yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa menyedekahkan pahala kepada orang-orang yang meninggal dunia pada zaman baginda. Oleh itu berdoalah dengan doa yang selari dengan ajaran Allah dan Rasulullah, jangan berdoa dengan doa yang menyelisihi ketentuan Allah dan Rasulullah. Kesimpulan dalam persoalan menyedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang meninggal dunia adalah ia merupakan perbezaan pendapat (khilaf) yang masyhur. Setiap pendapat ada dalil dan hujahnya, setiap pendapat ada dalil dan hujah yang membantahnya. Maka dipersilakan mengkaji dan memegang pendapat yang dianggap terbaik, sebagaimana pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya, ) اله ِذي َن يَ ْستَِمعُوَن الَْقْوَل فَيَتهبِعُوَن أَ ْح َسنَهُ أُولَئِ َك اله ِذي َن َه َدا ُه ُم اَّهللُ َوأُولَئِ َك.1)71(8(ُه ْم أُولُوفَبَاِْلشَلْْربَاعِِبَباِد Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku, iaitu orang-orang yang berusaha mendengar pendapat-pendapat yang sampai kepadanya lalu mereka menurut pendapat yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [al-Zumar 39:17-18] Peringatan, hendaklah berhati-hati dengan sebahagian agamawan yang berdusta. Iaitu mereka yang apabila berbicara tentang Majlis Tahlil apakah ia sunnah atau bid’ah, mereka berkata bahawa ia adalah perkara khilaf maka hendaklah berlapang dada. Mereka juga berhujah bahawa sebahagian sarjana Islam mengatakan sampai pahala yang disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia, maka jangan dibid’ahkan Majlis Tahlil. Ketahuilah bahawa apabila para sarjana Islam dalam Pendapat Ketiga mengatakan boleh menyedekahkan pahala kepada orang meninggal dunia dan ia bermanfaat baginya, 296
tidak sekali-kali mereka menghalalkan apa-apa amalan bid’ah. Sebaliknya hendaklah amalan yang disedekahkan pahalanya itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas serta menepati al- Qur’an dan al-Sunnah dalam segala aspeknya. Adapun Majlis Tahlil yang lazim diamalkan di Malaysia, ia adalah bid’ah.333 Lebih dari itu mengadakan amalan khusus bagi menyedekahkan pahala kepada orang yang meninggal dunia tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baik dengan perintah yang membawa hukum sunat mahupun wajib. Maka masuklah amalan menyedekahkan pahala itu ke dalam sabda baginda, .َّم ْن َع ِم َل َع َمَلً لَْي َس َعلَْيِه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak.334 Jika amalan itu sudah tertolak, maka pahala apakah yang cuba disedekahkan kepada orang yang meninggal dunia? 333 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Majlis Tahlil. 334 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah). 297
Mengkaji Amalan Sedekah al-Fatihah Kepada Rasulullah Antara amalan sebahagian umat Islam ialah membaca surah al-Fatihah lalu menyedekahkan pahalanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Amalan ini adalah sesuatu yang baharu kerana tidak dianjurkan oleh al-Qur’an mahupun al-Sunnah, serta tidak diamalkan oleh generasi al-Salaf al-Soleh. Ringkasnya ia adalah bid’ah. Selain itu ia menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan para pengamalnya tentang sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana surah al-Fatihah asalnya diajar oleh Rasulullah. Ia adalah hidayah yang diseru oleh Rasulullah. Maka sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dari kalangan umatnya, sejak generasi para sahabat sehinggalah ke generasi akhir zaman, Rasulullah akan mendapat pahalanya. Ini kerana baginda telah bersabda, َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن أُ ُجوِرِه ْم،ُ َكا َن لَهُ ِم َن اْلَ ْجِر ِمثْلُ أُ ُجوِر َم ْن تَبِعَه،َم ْن َدعَا إَِل ُه ًدى ،َشْيئًا Sesiapa yang menyeru kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi pahala mereka walau sedikit jua.335 Oleh itu tidak perlu menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada Rasulullah kerana setiap kali kita membacanya, baginda mendapat pahala. Atas catatan yang sama, sesiapa yang benar-benar mencintai Rasulullah maka dia akan berusaha untuk mempelajari semua yang diajarkan oleh baginda, lalu mengamalkannya untuk diri sendiri dan menyampaikannya kepada orang ramai. Dengan itu dia tahu kekasihnya, yakni Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, akan mendapat pahala secara berterusan tanpa perlu dia “menyedekahkan” pahala amalan itu kepada baginda. Berbeza dengan orang yang mencintai dirinya sendiri, maka dia beramal dengan apa yang dia sukai dan menyampaikan kepada orang ramai apa yang dia sukai. Kemudian dia menyedekahkan amalan tersebut kepada Rasulullah, bahawa konon dia mencintai baginda. Padahal yang benar dia hanyalah mencintai dirinya sendiri. 335 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 298
Menghentikan Dosa Berterusan Ketika saya sedang menulis bab ini, ia adalah bulan Sya’ban 1441H. Kebetulan pada awal bulan sebelumnya, yakni Rejab 1441H, saya menemui seorang rakan kerja yang berpuasa sunat bulan Rejab, setiap hari sepanjang bulan. Maka saya menegurnya, bahawa tidak disyari’atkan berpuasa sunat sempena bulan Rejab kerana hadis-hadis yang menganjurkannya adalah lemah. Dia membalas, bahawa berpuasa sunat sempena bulan Rejab adalah amalan turun temurun keluarganya. Maka dia meneruskan amalan tersebut. Saya menegur lagi bahawa jika dia menghentikan amalan turun temurun tersebut, dia sebenarnya menghentikan dosa yang berterusan kepada keturunannya. Ini kerana puasa sunat sempena bulan Rejab adalah bid’ah dan sesiapa yang menyeru kepada bid’ah, maka dia mendapat dosa sebanyak orang yang mengikuti seruannya itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, َّل يَْن ُق ُص ذَلِ َك ِم ْن آََثِمِه ْم،ُ َكا َن عَلَيِْه ِم َن اْلِإُِْث ِمثْلُ آََثِم َم ْن تَبِعَه،َوَم ْن َدعَا إَِل َضَللَة .َشْيئًا Sebaliknya sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, maka ke atasnya dosa sebanyak dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa yang sedemikian itu mengurangi dosa mereka walau sedikit jua.336 Alhamdullillah, rakan kerja itu menerima baik teguran saya. Dia tidak lagi akan berpuasa sempena bulan Rejab, tetapi berpuasa sunat Nabi Daud ‘alaihis salam, yakni berpuasa selang sehari dalam bulan Rejab. Pengajaran penting di sini, jika kita mencintai orang-orang tua, saudara-mara, ustaz- ustazah dan sesiapa lain yang sebelum ini mungkin telah mengajar aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, buktikan kecintaan tersebut dengan menghentikan dan menghapuskan bid’ah tersebut. Jangan diteruskan atas dasar kita mencintai mereka, tetapi 336 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4831/2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 299
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449