sendiri), “Muhammad hamba soleh”. َما يَُقولُوَن؟:فََقا َل َر ُسوُل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya (kerana tidak faham bahasa Habsyah), “Apakah yang mereka katakan?” . ُُمَ هم ٌد َعبْ ٌد َصالِ ٌح: يَُقولُوَن:قَالُوا Mereka menjawab, “Orang-orang Habsyah itu berkata Muhammad hamba soleh.”221 Maka apabila orang-orang yang berqasidah diseru untuk menjadikan hadis pertama di atas sebagai hakim, mereka yang benar imannya akan segera menyahut seruan, mengkaji hadis yang dimaksudkan sambil membandingkannya dengan amalan mereka, berkata “Kami dengar dan kami taat” dan akhirnya meninggalkan amalan puji-pujian yang berlebih- lebihan. Mereka hanya memuji secara minima, sebagaimana hadis kedua. Sementara orang-orang yang dalam dirinya ada ciri-ciri munafik, mereka enggan menyahut seruan dan akan berpaling daripada hadis pertama di atas. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling. Kajian Kedua, kadang-kala antara lirik qasidah ialah “Madad ya Rasulullah” yang secara zahir bermaksud “Pertolonganmu wahai Rasulullah”. Orang-orang yang berqasidah “Madad ya Rasulullah” mendakwa tidak berdoa meminta pertolongan daripada Rasulullah kerana mengetahui bahawa ia adalah syirik. Sebaliknya yang mereka maksudkan ialah meminta syafaat pertolongan Rasulullah pada Hari Akhirat kelak.222 Apakah meminta syafaat ini sunnah atau bid’ah? Maka diajak orang-orang yang berqasidah “Madad ya Rasulullah” untuk menjadikan hadis berikut sebagai hakim yang 221 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 12540. 222 Dakwaan ini sebenarnya tidak tepat kerana madad bererti meminta tolong dan orang yang diminta pertolongan mampu untuk menghulurkan pertolongan. Syafaat pula bererti perantara sementara berjaya atau tidak perantaraan itu bergantung kepada izin orang yang lebih berkuasa daripadanya. Oleh itu berjaya atau tidak syafaat Rasulullah di Hari Akhirat kelak bergantung kepada izin Allah. Ini akan dijelaskan seterusnya. 200
menilai amalan mereka itu. Abu Musa (‘Abdullah bin Qais) radhiallahu 'anh berkata, ،َمنَا ِم ِه ِف ُأََره فَلَ ْم ،لَْيلَة ذَا َت فَُق ْم ُت ،ُأَ ْص َحابُه َُصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َكا َن َْيُر ُسه أَ هن النهِهب . فََذ َهبْ ُت أَنْظُُر،َوَما َح َد َث فَأَ َخ َذِّن َما قَُدَم Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selalu dijaga oleh para sahabatnya. Pada suatu malam aku terbangun dan mendapati baginda tidak pada tempat tidurnya sehingga akupun cemas memikirkan apa yang telah terjadi dan bakal menjadi. Maka aku segera pergi mencari baginda. َفَ َجاء ،َم َكاِْنَِما َعلَى فَ َوقَ َفا الهر َحا َه ِزي ِز ِمثْ َل َصْوًَت:الَلِقيهصُْوت ِفَت َسفََِقماْعنََلا َقَو ْدَسلهلََمِق َِمي ْانلهقِِذبَِلي ِِبعَُلََعيْاِهذ أَََن فَِإ َذا النهُِّب ُالله َصلهى Aku berselisih dengan Mu’az (bin Jabal) dan dia telah menemui apa yang aku temui (yakni menemui Rasulullah). Kemudian kami mendengar suara seperti tiupan angin. Maka kami berdua berhenti, lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dari arah suara itu dan bertanya, ََتِّن آت ِم ْن َرِبي عَهز َو َجله فَ َخْهيَِّن بََّْي أَ ْن يَْد ُخ َل نِ ْص ُف.َأُهمِت الْجَنهَهةَْلَوتبََّْْدَيُروالَن هأشَيَْفاَنَعُِةكْنفَاُتْخ؟ََْتَوفُِيتَمالُكْنهشَفُاتَع؟ةَأ “Tahukah kalian, di mana aku tadi berada dan aku sedang buat apa? Satu utusan dari Rabbku ‘Azza wa Jalla mendatangiku lalu menawarkan pilihan antara setengah daripada umatku masuk syurga atau (aku dapat memberikan) syafaat, lalu aku memilih syafaat.” . ََي َر ُسوَل اللِه ا ْدعُ اللهَ َعهز َو َج هل أَ ْن َيْعَلَنَا ِف َشَفا َعتِ َك:فََقاَّل Mereka berdua berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah 'Azza wa Jalla agar menjadikan kami termasuk orang-orang yang mendapatkan syafaatmu.” . أَنْتُْم َوَم ْن َما َت َّل يُ ْشِرُك ِبللِه َشْيئًا ِف َشَفا َعِت:فََقا َل Maka baginda bersabda: “Kalian dan orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua akan mendapatkan 201
syafaatku.”223 Berdasarkan hadis di atas, dapat dikenal pasti tiga kesalahan orang yang berqasidah dengan “Madad ya Rasulullah”. Pertama, syafaat tidak akan terjadi di Akhirat kelak melainkan dengan izin Allah. Dalam Ayatul Kursi yang lazim dibaca, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, َم ْن َذا اله ِذي يَ ْشَف ُع ِعْن َدهُ إَِهّل ِبِ ْذنِِه؟ Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya? [al- Baqarah 2:255] Dalam sebuah ayat yang lain, .َما ِم ْن َشِفيع إَِهّل ِم ْن بَْع ِد إِْذنِِه Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan- Nya. [Yunus 10:03] Oleh itu apabila mengingini syafaat Rasulullah pada Hari Akhirat kelak, caranya ialah memohon daripada Allah dan bukannya daripada Rasulullah. Perkara ini difahami oleh Mu’az dan Abu Musa, sebab itulah mereka berdua berkata: “Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah 'Azza wa Jalla agar menjadikan kami termasuk orang-orang yang mendapatkan syafaatmu.” Justeru meminta syafaat Rasulullah dengan berqasidah “Madad ya Rasulullah” adalah satu kesalahan. Kedua, syafaat Rasulullah akan diizinkan oleh Allah 'Azza wa Jalla bukan kepada orang yang berqasidah tetapi kepada orang yang tidak menyekutukan Allah dengan apa jua. Sabda Rasulullah dalam hadis di atas, orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua akan mendapatkan syafaatku. Menyekutukan Allah bererti menjadikan sesuatu selain Allah sebagai tuhan, seperti hawa nafsu, akal fikiran dan tuan guru. Ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam buku 223 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19618. 202
ini, dalam pelajaran Tauhid, Syirik dan Bid’ah. Ketiga, Sunnah Taqririyah ialah apa yang dilakukan oleh para sahabat dan ia dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sikap diam Rasulullah sudah cukup untuk dikira sebagai persetujuan kerana seandainya ia sesuatu yang salah, baginda akan terus membetulkannya tanpa lengah. Diamnya Rasulullah terhadap permintaan Mu’az dan Abu Musa menunjukkan yang sunnah ialah berdoa kepada Allah agar diizinkan syafaat Rasulullah di Hari Akhirat kelak.224 Adapun berqasidah “Madad ya Rasulullah”, maka tidak diketahui bahawa ia diajar oleh Rasulullah mahupun diamalkan oleh generasi Salaf, sehingga menjadilah ia satu bid’ah. Maka apabila orang-orang yang berqasidah “Madad ya Rasulullah” diseru untuk menjadikan hadis di atas sebagai hakim, mereka yang benar imannya akan segera menyahut seruan, mengkaji hadis yang dimaksudkan sambil membandingkannya dengan amalan mereka, berkata “Kami dengar dan kami taat” dan akhirnya meninggalkan amalan itu. Sementara orang-orang yang dalam dirinya ada ciri-ciri munafik, mereka enggan menyahut seruan dan akan berpaling daripada hadis di atas. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling. Kajian Ketiga, orang-orang yang berqasidah, mereka juga akan berselawat dalam nyanyian-nyanyian mereka. Apakah selawat suatu amalan yang sunnah atau bid’ah? Maka diajak orang-orang yang berselawat menjadikan al-Qur’an sebagai hakim yang menilai amalan mereka itu sebagaimana firman Allah, Dan apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya untuk dihakimi di antara mereka…. Di dalam al-Qur’an, Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .إِ هن اَّهللَ َوَمَلئِ َكتَهُ يُ َصُلّو َن عَلَى النهِِب ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َصُلّوا عَلَْيِه َو َسلِ ُموا تَ ْسلِي ًما Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai 224 Antara sunnah lain untuk memudahkan keizinan Allah bagi mendapatkan syafaat Rasulullah ialah membaca doa selepas azan dan memperbanyakkan selawat. Tentu saja yang dimaksudkan ialah doa dan selawat yang berasal daripada sunnah, bukan yang bid’ah. 203
orang-orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan berikanlah salam dengan sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:56] Memandangkan berselawat memiliki dalil di dalam al-Qur’an, orang-orang yang memiliki ciri-ciri munafik akan segera datang menyahut seruan. Ini kerana mereka mengetahui bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Inilah maksud firman Allah, jika kebenaran itu berpihak kepada mereka, mereka akan datang kepada Rasulullah dengan patuh. Pada waktu yang sama diberikan penjelasan tambahan bahawa selawat hendaklah dilakukan secara perlahan-lahan dan bukannya nyanyian yang kuat-kuat. Ini kerana selawat adalah satu doa dan semua doa hendaklah berdasarkan garis panduan yang Allah tetapkan, .اْدعُوا َربه ُك ْم تَ َضُّرعًا َو ُخْفيَةً إِنههُ َّل َُِي ُّب الْ ُم ْعتَ ِدي َن Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan lagi tersembunyi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [al-A’raaf 7:55] Kemudian diberikan lagi penjelasan tambahan bahawa berselawat kepada Rasulullah sudah cukup sebagaimana asalnya, tidak perlu ditambah dengan puji-pujian yang lain kerana, .ُ َوَر ُسولُه، فَُقولُوا عَبْ ُد اَّهلِل،ُ فَِإَّهنَا أَََن عَْب ُده،َّلَ تُطُْروِّن َك َما أَطَْر ْت النه َصاَرى ابْ َن َمْريََم Janganlah berlebih-lebihan memuji aku sebagaimana kaum Nasrani (Kristian) berlebih-lebihan memuji (Nabi ‘Isa) ibni Maryam. Ini kerana sesungguhnya aku tidak lain adalah hamba-Nya, maka berkatalah hamba Allah dan Rasul-Nya.225 Maka apabila diajak kepada penjelasan-penjelasan tambahan tentang etika berselawat, tiba-tiba sepuak daripada mereka berpaling kerana etika tersebut tidak selari dengan kebiasaan mereka. Berbeza dengan orang-orang yang beriman, perkataan mereka tidak lain adalah “Kami dengar dan kami taat”, lalu mereka segera meninggalkan selawat dengan suara yang kuat dan selawat yang mengandungi tambahan pujian. 225 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3189/3445 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah, “Dan bacalah di dalam al-Qur’an tentang Maryam…” , Maryam 19:16). 204
Kisah Nabi Adam dan Iblis Al-Qur’an telah mengisahkan bagaimana Nabi Adam ‘alaihis salam dan Iblis telah diberi perintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, lalu kedua-duanya derhaka terhadap perintah tersebut. Namun kedua-duanya memiliki sikap yang amat berbeza terhadap penderhakaan itu. Marilah kita merenunginya dan mengambil iktibar daripadanya. Nabi Adam Perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Nabi Adam ‘alahis salam ialah beliau dan isterinya boleh makan apa sahaja daripada makanan syurga kecuali buah daripada sejenis pokok, ُم ا ْس ُك ْن أَنْ َت َوَزْو ُج َك الْجَنهةَ فَ ُكَل ِم ْن َحْي ُث ِشْئتَُما َوَّل تَْقَرَِب َه ِذهِ ال هش َجَرةَ فَتَ ُكوََن.ِم َن الظهاَلوََِِيمّآَيَد Dan wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. [al-A’raaf 7:19]226 Namun disebabkan oleh bisikan syaitan kepada Nabi Adam, baginda dan isterinya telah memakan buah pokok tersebut, .فََو ْسَو َس إِلَيِْه ال هشيْطَا ُن قَا َل ََي آَدُم َه ْل أَُدُلّ َك عَلَى َش َجَرِة اْْلُْل ِد َوُملْك َّل يَْبلَى Maka syaitan berbisik kepadanya dengan berkata, “Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepada kamu pokok al-Khuldi227 dan kerajaan yang tidak akan binasa?” 226 Perhatikan bahawa larangan dalam Islam bersifat “menjauhinya” atau “jangan menghampirinya”, bererti semua jalan dan ruang ke arah larangan tersebut hendaklah ditutup rapat atau dielakkan. Jika jalan dan ruang itu dibiarkan terbuka, kelemahan diri manusia ditambah dengan hasutan syaitan akan menyebabkan larangan itu mudah dilanggar. Dalam kisah Nabi Adam ‘alahis salam misalnya, Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak sekadar melarang makan buah tetapi melarang menghampiri pokok buah tersebut. 227 Maksud al-Khuldi ialah kekal dan abadi, bererti jika Nabi Adam memakan buah daripada pokok al-Khuldi, mereka berdua akan hidup kekal dan abadi. Rujuk Tafsir Ibn Katsir, tafsir bagi ayat 120 surah Taha. Menarik untuk diperhatikan bahawa dalam ayat 19 surah al-A’raaf, Allah tidak memberi nama kepada pokok itu, sebaliknya syaitanlah yang memberikan nama al-Khuldi. Demikianlah cara syaitan menipu manusia, yakni dengan memberikan nama atau gelaran yang indah kepada perkara yang dilarang. 205
ُفَأَ َكَل ِمْن َها فَبَ َد ْت َْلَُما َسْوآُُتَُما َوطَِفَقا َيْ ِصَفا ِن َعلَْيِه َما ِم ْن َوَرِق الْجَنهِة َوعَ َصى آَدمُ َربهه .فَغََوى Maka mereka berdua memakan dari pokok itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing dan mereka mulai menutupnya dengan daun-daun dari syurga. Dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersesatlah dia. [Taha 20:120-121] Apakah sikap Nabi Adam setelah dia derhaka kepada Allah? Apakah dia membantah, memberi alasan menjustifikasikan perlanggaran itu dan berazam untuk meneruskannya? Atau Nabi Adam terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah? Jawapannya terdapat dalam ayat berikut, .قَاَّل َربهنَا ظَلَ ْمنَا أَنْ ُف َسنَا َوإِ ْن ََلْ تَ ْغِفْر لَنَا َوتَْرَْحْنَا لَنَ ُكونَ هن ِم َن اْْلَا ِسِري َن Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” [al-A’raaf 7:23] Perkataan Nabi Adam dan Hawa, “…kami telah menzalimi diri kami sendiri…” menunjukkan mereka mengaku salah. Sementara perkataan mereka berdua, “…kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” menunjukkan mereka berdua terus meminta ampun kepada Allah. Inilah sikap yang betul lagi terpuji, yang patut dilakukan oleh sesiapa yang telah derhaka atau melanggar perintah Allah, yakni mengaku salah dan terus meminta ampun kepada Allah. Iblis Perintah Allah 'Azza wa Jalla kepada Iblis ialah dia sujud kepada Nabi Adam ‘alaihis Sehingga kini syaitan sentiasa membisikkan kepada manusia dua perkara, hidup yang kekal abadi dan kerajaan yang tidak akan binasa. Maka kerana itulah manusia selalu lupa tentang kematian dan membenci umur tua. Bahkan membelanjakan banyak harta, masa dan fikiran agar dia sentiasa kelihatan muda. Selain itu manusia juga sukakan kerajaan, yakni kedudukan dan harta yang tidak akan binasa, lalu berusaha keras memelihara semua itu. Padahal jika semua itu digunakan pada jalan Allah ketika di dunia, nescaya mereka akan memperolehi syurga yang tidak akan binasa di Akhirat kelak. 206
salam, .َوإِْذ قُلْنَا لِْل َمَلئِ َكِة ا ْس ُج ُدوا ِْلَدَم فَ َس َج ُدوا إَِهّل إِبْلِي َس َكا َن ِم َن الْجِ ِن فََف َس َق عَ ْن أَْمِر َربِِه Dan (ingatlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam lalu mereka sujud melainkan Iblis; adalah dia dari golongan jin,228 lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. [al-Kahf 18:50] Apakah sikap Iblis setelah dia derhaka kepada Allah? Apakah dia membantah, memberi alasan menjustifikasikan perlanggaran itu dan berazam untuk meneruskannya? Atau Iblis terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah? Jawapannya terdapat ayat-ayat berikut. Pertama, Iblis membantah perintah Allah 'Azza wa Jalla dengan sikap enggan, sombong dan ingkar. Firman Allah, .َوإِْذ قُلْنَا لِْل َمَلئِ َكِة ا ْس ُج ُدوا ِْلَدَم فَ َس َج ُدوا إَِهّل إِبْلِي َس أَََب َوا ْستَ ْكبَرَ َوَكا َن ِم َن الْ َكافِِري َن Dan (ingatlah peristiwa) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Nabi Adam.” Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; dia enggan, sombong dan dari golongan yang ingkar. [al-Baqarah 2:34] Kedua, Iblis memberi alasan bagi menjustifikasikan perbuatannya menderhakai perintah Allah. Apabila Allah bertanya kenapa enggan mentaati perintah-Nya untuk sujud kepada Adam, Iblis memberi alasan, .قَا َل أَََن َخْْيٌ ِمنْهُ َخلَْقتَِن ِم ْن ََنر َو َخلَْقتَهُ ِم ْن ِطّي Iblis berkata, “Aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau mencipta aku daripada api sementara Engkau menciptanya daripada tanah.” [al-A’raaf 7:12 dan Shad 38:76] .قَا َل ََلْ أَ ُك ْن ِْلَ ْس ُج َد لِبَ َشر َخلَْقتَهُ ِم ْن َصلْ َصال ِم ْن َْحَإ َم ْسنُون Iblis berkata, “Aku tidak sekali-kali akan sujud kepada manusia yang Engkau 228 Di sini sering timbul kekeliruan, apakah Iblis dari golongan malaikat atau jin? Penjelasannya adalah seperti berikut. Dalam kaedah bahasa Arab, apabila wujud dua kumpulan di mana satunya besar dan satu lagi kecil jumlahnya, perintah kepada kumpulan yang besar merangkumi kumpulan yang kecil juga. Pada saat itu para malaikat membentuk kumpulan yang besar manakala Iblis hanya seorang. Maka apabila perintah sujud kepada Nabi Adam ‘alahis salam diseru kepada para malaikat, ia merangkumi Iblis juga meskipun dia (Iblis) adalah dari golongan jin. 207
menciptanya daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur yang dibentuk.” [al-Hijr 15:33] Bahkan Iblis bertanya kepada Allah, seolah-olah dia lebih mengetahui sementara Allah tidak mengetahui, قَا َل أََرأَيْتَ َك َه َذا اله ِذي َكهرْم َت َعلَ هي؟ Iblis bertanya, “Apakah Engkau tidak perhatikan, inikah yang Engkau muliakan di atas aku?” [al-Isra’ 17:62] Ketiga, kemudian Iblis berazam untuk terus derhaka dengan menyesatkan manusia dari jalan Allah. Janji Iblis, َوِم ْن أَيْ ِديِه ْم بَِّْي ِم ْن َْلتِيَنه ُه ْم ) ُثه16( قََاوََعلْنفَبأََِْيَمَااِْنِأَْمْغََوويْعَتَِْنن شََْمَلَاقْئِلِعُِهَدْمهنَوََّْللُْمَِت ُدِصَأرَا ْكطَثََرَكُه ْمالْ ُمَشاْسكتَِِِقرييََمن َخْلِفِه ْم .)17( Iblis berkata: “Disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. [al-A’raaf 7:16:17]229 .قَا َل َر ِب ِِبَا أَ ْغَويْتَِن َْلَُزيِنَ هن َْلُْم ِف اْلَْر ِض َوَْلُ ْغ ِويَنه ُه ْم أََْجَعَِّي Iblis berkata, “Wahai Tuhan-ku, disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan memperindahkan bagi mereka di bumi (apa yang sebenarnya salah dan buruk) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka semuanya.” [al-Hijr 15:39] Demikian kisah Nabi Adam ‘alahis salam dan Iblis. Antaranya ada kesamaan, iaitu kedua-duanya telah derhaka kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antaranya ada perbezaan, di mana Nabi Adam terus mengaku salah dan meminta ampun kepada Allah. Sementara Iblis membantah, memberi alasan menjustifikasi dan berazam untuk terus derhaka dengan menyesatkan manusia. 229 Iblis dan syaitan akan datang mengganggu manusia dari pelbagai arah, kecuali dari atas dan bawah. Ini kerana dari arah atas turunnya wahyu, yakni al-Qur’an dan tunjuk ajar Rasulullah (hadis). Dari arah bawah adalah tanah dan Iblis amat membenci tanah sebagaimana yang dia sebut dalam ayat 33 surah al-Hijr. 208
Apa Kaitannya Dengan Bid’ah? Di sini tentu timbul soalan daripada para pembaca, apakah kaitan kisah Nabi Adam ‘alahis salam dan Iblis dengan bid’ah? Penjelasannya adalah seperti berikut. Pengalaman saya berbincang dengan orang-orang yang terlibat dengan bid’ah membuahkan dua golongan. Golongan Pertama adalah mereka yang mengaku salah telah terjebak dalam bid’ah dan segera meminta ampun kepada Allah. Mereka baru sedar bahawa Allah dan Rasulullah telah melarang bid’ah dan keyakinan serta amalan bid’ah mereka selama ini adalah satu penderhakaan. Kemudian mereka berazam untuk menjauhi bid’ah dan mengajak ahli keluarga tersayang serta sahabat handai untuk turut menjauhinya. Ringkasnya, sikap mereka apabila telah mengetahui bahawa bid’ah adalah satu penderhakaan kepada Allah dan Rasulullah adalah seperti sikap Nabi Adam ‘alaihis salam. Mereka mengucapkan “Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” atau apa-apa lain yang seumpama. Golongan Kedua adalah mereka yang enggan mengaku bahawa apa yang mereka yakini dan amalkan selama ini adalah bid’ah. Mereka membantah, bersikap sombong terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang melarang bid’ah serta ingkar kepadanya. Sikap mereka ini mirip kepada sikap Iblis, Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; dia enggan, sombong dan dari golongan yang ingkar. Golongan Kedua ini juga gemar memberi alasan bagi menjustifikasikan keyakinan serta amalan bid’ah mereka. Mereka memberi alasan, “Apa salahnya, bukankah ini baik?”, seolah-olah mereka itu lebih baik daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Alasan mereka ini mirip kepada alasan Iblis yang merasakan dirinya lebih baik berbanding Nabi Adam, “Aku lebih baik daripadanya (Adam), Engkau mencipta aku daripada api sementara Engkau menciptanya daripada tanah.” Mereka juga kerap memberi alasan “Memang Nabi tak buat tetapi Nabi tak kata jangan buat”, seolah-olah sedang memberi tunjuk ajar kepada Allah dan Rasulullah tentang amalan yang lebih patut dilakukan. Alasan mereka ini mirip kepada sikap Iblis yang bertanya kepada Allah, seolah-olah dia lebih tahu sedangkan Allah tidak tahu, “Apakah Engkau tidak 209
perhatikan, inikah yang Engkau muliakan di atas aku?” Setelah itu mereka berazam untuk meneruskan keyakinan dan amalan yang bid’ah itu serta mengajak manusia kepadanya. Keyakinan dan amalan bid’ah itu membentuk jalan agama tersendiri, menyelisihi jalan Allah dan Rasulullah. Ini mirip kepada azam Iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah, “Disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” Seterusnya mereka memberi nama indah kepada keyakinan dan amalan bid’ah tersebut. Nama indah itu adalah bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) atau bid’ah mahmudah (bid’ah yang terpuji) dengan pengertian yang jauh bertentangan daripada pengertian asal yang dimaksudkan oleh para sarjana Islam terdahulu. Ini mirip kepada perbuatan Iblis yang memberikan nama indah al-Khuldi yang bererti kekal abadi kepada pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis juga berjanji, “Wahai Tuhan-ku, disebabkan Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan memperindahkan bagi mereka di bumi (apa yang sebenarnya salah dan buruk) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka semuanya.” Kepada Golongan Kedua yang tetap berdegil dengan keyakinan dan amalan bid’ah, cubalah renungi dan bandingkan antara sikap anda dan sikap Iblis. Bukankah di sana terdapat kemiripan? Kemiripan ini menunjukkan anda sedang mengikuti langkah-langkah Iblis dan syaitan padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, َن آَمنُوا َّل تَتهبِعُوا ُخطَُوا ِت ال هشْيطَا ِن َوَم ْن يَتهبِ ْع ُخطَُوا ِت ال هشيْطَا ِن فَِإنههُ ََيُْمُر.ِبلَْف ْح َشََايِء أَُيَّوالَْهاُمْنالَهكِِذري Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh kepada perbuatan yang keji dan yang mungkar. [al-Nur 24:21] Ketahuilah bahawa bid’ah adalah kesesatan yang boleh membawa kepada neraka, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, إِ هن أَ ْص َد َق اْْلَ ِدي ِث كِتَا ُب اَّهلِل َوأَ ْح َس َن اْلَْد ِي َه ْد ُي ُُمَ همد َو َشُّر اْلُُموِر ُُمْ َدََثُُتَا َوُك ُلّ ُُْم َدثَة 210
.بِْد َعةٌ َوُك ُلّ بِْد َعة َضَللَةٌ َوُك ُلّ َضَللَة ِف النها ِر Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.230 Sementara menarik umat Islam kepada kesesatan sehingga akhirnya memasuki neraka merupakan janji dan objektif utama Iblis dan syaitan, “…dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka semuanya.” .إِ هن ال هشْيطَا َن لَ ُك ْم َع ُدٌّو فَاَهِت ُذوهُ َع ُدًّوا إَِّهنَا يَْدعُو ِحْزبَهُ لِيَ ُكونُوا ِم ْن أَ ْص َحا ِب ال هسعِِْي Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia musuh (kamu). Sesungguhnya (syaitan-syaitan) itu tidak lain hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka al-Sa’ir (yang menyala-nyala). [Fathir 35:06] 230 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 211
Ahli Kitab Dan Bid’ah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .ََي أَْه َل الْ ِكتَا ِب َّل تَ ْغلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق Wahai Ahli Kitab,231 janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171] Berkata Abu Syamah rahimahullah (665H) tentang ayat ini, ))إَِهّل اْْلق الله َوَّل تَقولُوا على َسب ََكّلَذلتِغلكوافَُِهفَودينغاُكلْم.افَللهكلغْيم َاونقْْلفدعققَالبَِلِلأماَسلارلاهنتمَمَعوَاقهاَاللهأَن(أَه(وََيَملِأْشَسهُارلوناعلَْحَوكالَتلْياه قَائِل على فِي ِه ِف دينه ُمْبتَدع Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar.” Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.232 Antara bid’ah aqidah yang dilakukan oleh Ahli Kitab ialah mendakwa Allah memiliki anak. Subhanallah! Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .َِوقَالَ ِت الْيَ ُهوُد عَُزيٌْر ابْ ُن اَّهلِل َوقَالَ ِت النه َصاَرى الْ َم ِسي ُح ابْ ُن اَّهلل Dan berkata kaum Yahudi, “ ‘Uzair anak Allah” dan berkata kaum Nasrani, “al- Masih (Nabi ‘Isa) anak Allah”. [Taubah 9:30] Ini adalah satu kesalahan yang amat besar. Allah menggambarkan betapa besar kesalahan ini melalui firman-Nya, 231 Ahli Kitab ialah kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian). Mereka disebut “Ahli Kitab” kerana mereka masing-masing telah diberikan kitab Taurat dan kitab Injil. 232 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21. 212
) أَ ْن َدعَْوا لِلهرْْحَ ِن َولًَدا90( تَ َكاُد ال هس َماَوا ُت يَتََفطهْرَن ِمْنهُ َوتَْن َش ُّق اْلَْر ُض َوَِتُّر الْجِبَا ُل َه ًّدا .)91( Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap; disebabkan mereka mendakwa (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. [Maryam 19:90-91] Antara bid’ah ibadah yang dilakukan oleh Ahli Kitab ialah Rahbaniyyah, iaitu mengasingkan diri untuk memberi fokus kepada ibadah tanpa mahu hidup bermasyarakat, menyuruh kepada kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang daripada kemungkaran (nahi ‘an munkar). Tentang Rahbaniyyah ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .َوَرْهبَانِيهةً ابْتَ َدعُوَها َما َكتَْبنَا َها عَلَْيِه ْم إَِهّل ابْتِغَاءَ ِر ْضَوا ِن اَّهلِل فََما َرعَْوَها َح هق ِرعَايَتَِها Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah” padahal kami tidak mewajibkannya ke atas mereka. (Mereka menciptanya tidak lain) kecuali untuk mencari reda Allah (namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang sepatutnya. [al-Hadid 57:27] ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan bahawa Rahbaniyyah ini bermula apabila raja-raja selepas Nabi ‘Isa ‘alahis salam mula mengubah isi kandungan kitab Taurat dan Injil. Padahal pada ketika itu terdapat orang-orang beriman yang lazim membaca kitab yang asli. Raja mengancam mereka, sama ada mereka dibunuh jika tetap membaca kitab Taurat dan Injil yang asli atau mereka dibiarkan hidup jika membaca kitab yang telah mereka ubah. Maka, ُثه ا ْعطُوََن َشْيئًا نَْرفَ ُع بِِه طَعَاَمنَا، ابْنُوا لَنَا أُ ْسطَُوانَةً ُثه اْرفَعُوََن إِلَْي َها: ُه ْم.فََقفَالََل ْنتَِرُدطَاعَئِلََفيْةٌُك ِْممْن،َو َشَرابَنَا Berkata sekumpulan daripada mereka, “Binalah bagi kami sebuah menara tinggi (atau biara di tempat yang tinggi) kemudian angkatlah kami ke sana. Kemudian berilah kami sesuatu yang dengannya kami dapat mengangkat makanan dan minuman kami (ke atas sana). Maka (dengan itu) kami tidak akan datang bergaul dengan kalian.” فَِإ ْن قََدْرُْت، َوَْنِي ُم َونَ ْشَر ُب َك َما يَ ْشَر ُب الَْو ْح ُش، َدعُوََن نَ ِسي ُح ِف اْلَْر ِض:َوقَالَ ْت طَائَِفةٌ ِمْن ُه ْم 213
.َعلَْينَا ِف أَْر ِض ُك ْم فَاقْتُلُوََن Dan berkata sekumpulan lagi daripada mereka, “Biarlah kami mengembara bebas di bumi ini, sehingga kami kehausan dan minum sebagaimana binatang liar minum.233 Jika kalian menangkap kami di wilayah kalian, maka bunuhlah kami. ،َعلَيْ ُك ْم نَِرُد فََل الْبُ ُقوَل َوَنََِْت ُث ،اْلَِبَر تَ ِفُر.ي ِهَوْمَْن،ِالََِْْفحيَياٌمِفف ِف ُدإَِهّولًرا َنابْانلَُْقوابَالَئِنَِال:ْتَولَْيطَائََِسفةٌأَ ِمَحْنٌدُه ْمِم،بَِوقَُكالَْم ََّنُُّر َوَّل َُولَه Dan berkata sekumpulan lagi daripada mereka, “Binalah untuk kami tempat tinggal di padang pasir (atau di pedalaman), kami akan menggali perigi dan menanam sayuran. Maka (dengan itu) kami tidak akan datang bergaul dengan kalian, bahkan tidak akan melintasi wilayah kalian. Ini kerana tidak ada satu pun daripada kabilah-kabilah (di luar sana) melainkan kami ada teman rapat di kalangan mereka (untuk berurusan apabila perlu). َ ((َوَرْهبَانِيهةً ابْتَ َدعُوَها َما َكتَْبنَا َها َعلَْيِه ْم إَِهّل ابْتِغَاء: َعهز َو َجله.ُ فِرَأَعَنْاَيَزتَِلَهااَ)ّهل)ل،فََمفَاَفََعرلُعَْواوَهاذَلِ َحَكهق:ِر ْضَوا ِن اقََاّهلَلِل ‘Abdullah ibn ‘Abbas berkata, maka mereka melakukan yang sedemikian, lalu Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah” padahal kami tidak mewajibkannya ke atas mereka. (Mereka menciptanya tidak lain) kecuali untuk mencari reda Allah (namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang sepatutnya.” [al-Hadid 57:27]234 Merujuk kepada hadis di atas, mereka sepatutnya dipuji kerana tetap membaca kitab Taurat dan Injil yang asli. Mereka tidak mahu mengikuti dan membaca kitab yang diubah oleh para raja pada zaman mereka. Lalu apakah bid’ah yang mereka lakukan? Bid’ah yang mereka lakukan, sehingga akhirnya meraih gelaran Rahbaniyyah, ialah mengasingkan diri 233 Maksudnya mereka akan mengembara sangat jauh sehingga habis bekalan air dan akan kehausan. Lalu mereka minum di tempat yang tidak ada manusia kecuali binatang liar. 234 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 5305/5400 (Kitab Adab al-Qudhoh, Bab penjelasan firman Allah “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang Allah turunkan maka mereka kafir”). 214
daripada masyarakat kerana mahu terus beribadah membaca kitab Taurat dan Injil yang asli. Sepatutnya mereka terus bersama masyarakat, terus melakukan amar ma’ruf dengan menyuruh membaca kitab yang asli dan terus melakukan nahi ‘an munkar dengan melarang daripada membaca kitab yang telah diubah. Selain itu memandangkan mereka lazim membaca Taurat dan Injil, mereka dengan mudah dapat membezakan antara yang asli dan yang telah diubah. Ini sepatutnya mereka lakukan meskipun nyawa mereka diancam oleh raja-raja. Setelah menyendiri di tempat yang asing dan jauh, mereka – para Rahbaniyyah – terus fokus kepada ibadah sehingga mereka memberat-beratkan diri dalam beribadah.235 Kemudian mereka terasa berat dalam beribadah sehingga akhirnya mereka meninggalkan ibadah tersebut kerana keletihan, kebosanan atau hilang semangat. Inilah yang 235 Ada yang berkata, Rahbaniyyah adalah mereka yang tidak mahu berkahwin atau tidak mahu mengadakan hubungan seks (celibacy). Setakat ini saya tidak menemui dalil yang kuat bahawa Rahbaniyyah yang dimaksudkan dalam ayat 27 surah al-Hadid merujuk kepada maksud itu. Selain itu terdapat beberapa riwayat yang menyatakan Rahbaniyyah dalam Islam ialah jihad di jalan Allah. Ia seperti berikut: Riwayat Pertama: Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh bahawa seorang lelaki datang meminta wasiat daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda bersabda, ِ َوَعلَيْ َك بِ ِذْكِر اللِه َوتَِلَوة، فَِإنههُ َرْهبَانِيهةُ اْلِإ ْسَلِم،لَيْ َك ِِبلْجَِهاِد.َر َوِضع،َْنههُوِذَرأْْكٌرُسلُكَِكل ِفَش اْيْلء،ِاِءفَإ، فَأُإِنوههُِصيَرْوَكُح بَِتَكْقَِوفىالالهلسِهَم،الُْقْرآ ِن Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah kerana sesungguhnya ia adalah kepala segala sesuatu. Hendaklah kamu berjihad kerana sesungguhnya ia adalah Rahbaniyyah Islam. Hendaklah kamu berzikir kepada Allah dan membaca al-Qur’an, kerana sesungguhnya (membaca al-Qur’an itu) adalah percutian kamu di langit sementara zikir (adalah percutian) bagi kamu di bumi. [Dha’if: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 11774] Riwayat Kedua: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, . َوَرْهبَانِيهةُ َه ِذهِ اْلُهمِة الْجَِها ُد ِف َسبِي ِل اللِه،ٌلِ ُك ِل نَِب َرْهبَانِيهة Bagi setiap Nabi ada Rahbaniyyah dan Rahbaniyyah umat ini adalah jihad di jalan Allah. [Dha’if: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 13807] Riwayat Ketiga: Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .ِ َوَرْهبَانِيهةُ َه ِذهِ اْلُهمِة الْجَِها ُد ِف َسبِي ِل اَّهلل،ٌلِ ُك ِل أُهمة َرْهبَانِيهة Bagi setiap umat ada Rahbaniyyah dan Rahbaniyyah umat ini adalah jihad di jalan Allah. [Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan sanadnya dinilai dha’if oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad Abu Ya’la, hadis no.: 4204] 215
dimaksudkan oleh ayat, …(namun setelah itu) mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang sepatutnya. Perhatikan hadis berikut, َزَما ِن ِف ِبلْ َم ِدينَِة َمالِك بْ ِن أَنَ ِس َعلَى َُوأَبُوه ُهَو َد َخ َل ُأَنهه ،.َُم َِدحيهنَدثِةَه،ْأأََُِمماَْيُمةَال أَِبي بْ ِنأَ هنَعْب َِدس ْهالَْلَعِزيبِْزَن عُ َمَر َوُهَو Bahawa Sahl bin Abi Umamah menceritakan, bahawa dia bersama ayahnya masuk menemui Anas bin Malik di Madinah pada zaman pemerintah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. (Ketika itu Anas) adalah gabenor Madinah. : فَلَ هما َسلهَم قَا َل أَِبي،فَِإذَا ُهَو يُ َصلِي َصَلةً َخِفيَفةً َدقِيَقةً َكأَْهنَا َصَلةُ ُم َسافِر أَْو قَِريبًا ِمْن َها Apabila masuk, Anas sedang solat dengan solat yang nampak ringan lagi singkat,236 seolah-olah dia sedang solat musafir atau yang mendekatinya. Tatkala Anas memberi salam, ayah aku bertanya, أََرأَيْ َت َه ِذهِ ال هصَلةَ الْ َم ْكتُوبَةَ أَْو َش ْيءٌ تَنَهفْلتَهُ؟،ُيَْرَْحُ َك اَّهلل “Semoga Allah merahmati kamu, apakah solat yang aku lihat ini solat fardhu atau sesuatu daripada solat sunat?” َوإِْهنَا لَ َصَلةُ َر ُسوِل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم َما أَ ْخطَأْ ُت إَِهّل َشْيئًا،ُ إِْهنَا الْ َم ْكتُوبَة:قَا َل .َُسَهْو ُت عَنْه Anas menjawab, “Sesungguhnya ia adalah solat fardhu dan sesungguhnya ia adalah sebagaimana solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah aku menyalahinya melainkan jika ada sesuatu yang aku terlepas pandang daripadanya.” فَتِلَّْلَكتُ بََشَقِداَُدَيواُه ْمعَلَِفى اأَلنُْفهصَِسواِمُكِْعم فََوايُل َِدشََهيدَِدر:ُل،عَلَْيفَِهَشَوهدََدسله اَمَّهللَُكا َعَنلَْييَِهُقْمو.َقدَإِْعُوهنًمواَهَار ُسَشَمواهدَلُدَكتَوااَْبّهلنَِلاعََلَهاَىصلهَعأَلَىنْْيُفِهالِْملسهُ)ِه)ْم:َنفَِيهَقفةًَاإِاَهبلْنت،(عَ(لَْيَوَرُكْهْمبَا Anas melanjutkan, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah 236 Sebenarnya Anas solat secara sederhana, tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat. Namun Sahl sejak awal telah beranggapan solat para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentulah lama, sehingga apabila dia melihat dengan matanya sendiri solat Anas, ia terasa ringan dan singkat bagi beliau. 216
bersabda, “Janganlah kalian memberat-beratkan ke atas diri kalian (dalam beribadah) kerana Allah akan memberatkannya ke atas kalian. Sesungguhnya (sebelum ini) ada satu kaum yang memberat-beratkan ke atas diri mereka (dengan beribadah), lalu Allah memberatkan (ibadah itu) ke atas mereka. Saki baki mereka boleh ditemui dalam biara- biara dan tempat-tempat beribadah.” Lalu Rasulullah membaca ayat, “Dan mereka mencipta bid’ah “Rahbaniyyah” padahal kami tidak mewajibkannya ke atas mereka.” [al-Hadid 57:27]237 Apabila para Rahbaniyyah ini bersungguh-sungguh dalam beribadah, masyarakat awam dari kalangan Ahli Kitab mula memandang tinggi kepada mereka dan lama kelamaan mula menyembah mereka. Maksud “menyembah” adalah mengikuti pendapat dan fatwa halal haram mereka tanpa lagi merujuk dan membandingkannya dengan kitab Taurat dan Injil. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .ِاَهتَُذوا أَ ْحبَاَرُه ْم َوُرْهبَاَْنُْم أَْرَِبًِب ِم ْن ُدوِن اَّهلل Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. [al-Taubah 9:31] Berhubung ayat ini, ‘Adiy bin Hatim radhiallahu 'anh menerangkan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacanya dan menjelaskan maksudnya, أََما إِْهنُْم ََلْ يَ ُكونُوا يَْعبُ ُدوَْنُْم َولَ ِكنه ُه ْم َكانُوا إِذَا أَ َحُلّوا َْلُْم َشْيئًا ا ْستَ َحُلّوهُ َوإِذَا َحهرُموا عَلَيِْه ْم .َُشْيئًا َحهرُموه Ketahuilah, sesungguhnya mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib- 237 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud, hadis no.: 4258/4904 (Kitab al-Adab, Bab tentang hasad). Selain itu sila rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3124. Syu’aib al-Arna’uth menilai hadis ini hasan li ghairihi. Lihat penjelasan beliau dalam Sunan Abu Daud yang disemaknya, hadis no.: 4904. Juga dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan sanadnya dinilai hasan oleh Husain Salam Asad dalam semakannya ke atas Musnad Abu Ya’la, hadis no.: 3694. al-Bushiri menghimpun hadis ini dalam Ithaf al-Khirah al-Maharah bi Zawa’id al-Masanid al-‘Ashrah, hadis no.: 3520 dan beliau menilai sanadnya sebagai sahih. 217
rahib tersebut. Akan tetapi mereka, apabila orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut menghalalkan sesuatu mereka turut menghalalkannya dan apabila orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut mengharamkan sesuatu mereka turut mengharamkannya (tanpa menyemaknya dalam Taurat atau Injil).238 Apabila para Rahbaniyyah ini menyedari bahawa masyarakat awam memandang tinggi kepada mereka sehingga ke tahap menyembah dan tidak menyemak apa yang mereka katakan atau fatwakan dengan kitab Taurat atau Injil, sebahagian besar daripada mereka menggunakan kesempatan ini untuk meraih keuntungan duniawi. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34] Antara cara mereka memakan harta secara batil adalah menerima bayaran atau jawatan dengan syarat mengubah kandungan kitab Taurat dan Injil mengikut kehendak pemerintah dan memberikan fatwa atau pendapat yang memberikan keuntungan harta benda kepada mereka. Mereka juga menghalang orang ramai dari kalangan Ahli Kitab dari jalan Allah dengan menyembunyikan kebenaran Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan kebenaran agama Islam yang baginda bawa. Demikianlah bagaimana satu bid’ah berkembang menjadi semakin dahsyat dan buruk. Mereka asalnya adalah orang-orang yang beriman kepada ajaran Nabi ‘Isa ‘alahis salam dan lazim membaca kitab Taurat dan Injil yang asli. Namun disebabkan bid’ah 238 Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini gharib” sementara dalam manuskrip yang lain, “Hadis ini hasan gharib.” Syu’aib al-Arna’uth dan dan ‘Abd al-Latheif Harzallah menilai sanadnya dha’if dalam al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3352. Sementara al-Albani menilainya hasan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3020/3095 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab daripada surah al- Taubah). Sila rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 3293. 218
Rahbaniyyah yang mereka buat, yakni memberi fokus kepada ibadah dan menyendiri di tempat asing atau jauh untuk beribadah, mereka mula tersasar dari jalan yang benar sehingga akhirnya menghalang orang ramai dari jalan Allah. Ini mewakili sebahagian besar daripada para Rahbaniyyah, sebagaimana firman Allah … sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang alim dan rahib-rahib… Di kalangan mereka ada segelintir yang masih berada di jalan yang benar sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain, َِبُْم َمَوهدةً لِله ِذي َن آَمنُوا اله ِذي َن قَالُوا إَِهن نَ َصاَرى ذَلِ َك ِبَ هن ِمْن ُه ْم قِ ِسي ِسَّي َوُرْهبَاًَن.َوأَْهنُْم َّلَوليََتَْسِجتَ َدْكِبهنرُوأَقَْنَر Dan demi sesungguhnya kamu akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.” Yang demikian itu disebabkan ada di kalangan mereka orang-orang alim dan rahib-rahib, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. [al-Maidah 5:82] Setelah mengkaji contoh panjang lebar bid’ah aqidah dan ibadah yang dilakukan oleh Ahli Kitab, marilah kita kembali kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .ََي أَْه َل الْكِتَا ِب َّل تَ ْغلُوا ِف ِدينِ ُك ْم َوَّل تَُقولُوا عَلَى اَّهللِ إَِهّل اْْلَ هق Wahai Ahli Kitab, janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. [al-Nisa’ 4:171] Maksud melampaui batas ialah berbuat bid’ah kerana orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, mereka lazimnya meyakini sesuatu aqidah atau melakukan sesuatu ibadah yang lebih daripada apa yang disyari’atkan. Kelebihan itu adalah melampaui batas. Kemudian mereka meyakini dan berkata bahawa bid’ah tersebut adalah baik, seolah- olah mereka mendapat wahyu daripada Allah yang menyatakan kebaikan bid’ah yang mereka yakini dan amalkan. Padahal Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar. 219
Inilah yang diperkatakan oleh Abu Syamah rahimahullah (665H), Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, “Wahai Ahli Kitab, janganlah melampaui batas dalam urusan agama kalian dan janganlah berkata terhadap Allah kecuali yang benar.” Setiap orang yang melakukan sesuatu urusan (agama) lalu beranggapan bahawa ia disyari’atkan padahal tidaklah sedemikian, maka dia telah melampaui batas dalam agamanya dan berbuat bid’ah padanya. Dia telah berkata terhadap Allah apa yang tidak benar, baik melalui lisannya mahupun melalui perbuatannya.239 Meskipun ayat 171 surah al-Nisa’ di atas dimulakan dengan seruan Wahai Ahli Kitab…, hendaklah kita mengambil iktibar agar jangan melakukan kesalahan yang sama seperti mereka. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi ramalan dan amaran melalui sabda baginda, َحَهّت لَْو َد َخلُوا ِف ُج ْحِر َضب، ِشْبًرا بِ ِشْبر َوِذَرا ًعا بِ ِذَراع،لَتَتهبِعُ هن َسنَ َن اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ ُك ْم .َّلتهبَ ْعتُُموُه ْم Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan orang-orang daripada sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta240 sehingga jika mereka memasuki lubang biawak, pasti kalian akan mengikuti mereka juga. ََي َر ُسوَل اللهِ آلْيَ ُهوَد َوالنه َصاَرى؟:قُْلنَا Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah (orang-orang sebelum kami itu adalah) Yahudi dan Nasrani?” فََم ْن؟:قَا َل Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?”241 239 al-Ba‘its ‘Ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, ms 20-21. 240 Maksudnya, pada permulaan ikutan hanya sedikit atau dalam perkara yang remeh (sejengkal demi sejengkal) akan tetapi lama kelamaan, secara bertahap-tahap, ia akan bertambah kepada ikutan yang banyak atau dalam perkara yang penting (sehasta demi sehasta). 241 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4822/2669 (Kitab al-‘Ilm, Bab mengikuti kebiasaan Yahudi dan Nasrani). 220
Para Ahli Ilmu, Ahli Ibadah Dan Bid’ah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34] Dalam ayat di atas Allah menerangkan tentang kebanyakan daripada ahli ilmu (ulama’)242 dan ahli ibadah dari kalangan Ahli Kitab yang memakan harta orang ramai secara batil dan menghalang mereka dari jalan Allah. Secara terperinci, para ahli tafsir menerangkan bahawa َ ا أْلَ أح َبارmerujuk kepada para ahli ilmu dari kalangan Yahudi sementara َ ال ُّر أهبَانmerujuk kepada para ahli ibadah dari kalangan Nasrani. Di sini timbul persoalan, kenapakah keadaan kebanyakan daripada ahli ilmu dan ahli ibadah dari kalangan Ahli Kitab menjadi perhatian kita umat Islam? Kenapakah Allah 'Azza wa Jalla menyeru kita – orang-orang yang beriman – semata-mata untuk menerangkan keadaan mereka? Ibn Katsir rahimahullah menerangkan sebabnya, .َرَمىْن:ّس َووِءَم ْنوعُفَبهاَسدَدالِمهضْنَلعُِبهلادَكََنماَكقَااَنَلفِيُسِهْفيََاشبَُنهٌ بِْمُنَن اعُليَنهْينََصةَا،ُ َكاالَنته فِْحيِهِذيُرَشبَِمهٌْنِم َعُنلَاَلْميَاِءُه اولِد:فَ َس َد ِم َْنوالْعَُملَْقَماُئصِنَواُد Maksud ayat ialah memberi amaran terhadap ahli ilmu yang jahat dan ahli ibadah yang sesat. (Ini) sebagaimana kata Sufyan bin ‘Uyaynah,243 “Sesiapa yang rosak daripada kalangan para ahli ilmu kita, dia seperti (para ahli ilmu) dari kalangan Yahudi dan sesiapa 242 Ulama’ adalah jamak (plural) daripada kata ahli ilmu. Maka ulama’ ialah para ahli ilmu. 243 Beliau ialah Abu Muhammad Sufyan bin ‘Uyaynah bin Maimun, lahir di Kufah pada 107H. Beliau adalah seorang ahli ilmu dan ahli hadis, dari kalangan tabi’ tabi’in. Beliau pernah berguru bersama Abu Hanifah dan Malik bin Anas, kemudian pernah menjadi guru kepada Muhammad bin Idris al-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal. Beliau meninggal dunia pada 198H. 221
yang rosak daripada kalangan para ahli ibadah kita, dia seperti (para ahli ibadah) dari kalangan Nasrani.” الْيَ ُهوَد :قَالُوا .َِهبُلؤَُّقل ِذءة؟ لَ َوُكَمْمن َاحلْنهذاو اُسلُقإَِهّذلة:َكُْفَهابِر َسَسنَنَوالَُمّرْونَمَ؟كاقََنا َقَلْب:َواليََََةْت: فَِثَماْلن؟هصَوِحِيفِحِر:اقَْاْلََلِدي َوِف َوالنه َصاَرى؟ Dalam hadis yang sahih (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda), “Kalian pasti akan mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian, selangkah demi selangkah.” Para sahabat bertanya, “Yahudi dan Nasranikah?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi?” Dalam sebuah riwayat lain, mereka bertanya, “Parsi dan Romkah?” Rasulullah menjawab, “Siapa lagi di kalangan manusia melainkan mereka itu?”244 .َواْْلَا ِص ُل الته ْح ِذيُر ِم َن الته َشُبِّه ِِبِْم ِف أَ ْحَواِْلِْم َوأَقْ َواِْلِْم Kesimpulannya, (ayat ini) memberi amaran daripada menyerupai mereka baik daripada aspek perbuatan mereka mahupun perkataan mereka.245 Apa yang diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala benar-benar berlaku di kalangan sebahagian ahli ilmu dan ahli ibadah umat Islam. Apabila Allah berfirman benar-benar memakan harta manusia secara batil, maka ia merujuk kepada harta yang banyak mahupun sedikit. Sementara secara batil merujuk kepada harta yang diambil atau diminta untuk sesuatu yang batil atau dengan cara yang batil. Berikut dikemukakan beberapa contoh yang berlaku di kalangan ahli ilmu dan ahli ibadah umat Islam masa kini. 244 Hadis-hadis ini secara lengkap akan dikemukakan dalam bab-bab yang akan datang, insya-Allah. 245 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 34 surah al-Taubah. 222
Mengkaji Amalan Mengenakan Bayaran Untuk Menyampaikan Ilmu Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],246 marilah kita mengkaji amalan para agamawan yang meminta atau mengenakan bayaran tertentu untuk kuliah yang mereka berikan, ceramah yang mereka sampaikan, kertas kerja seminar yang mereka bentangkan, forum yang mereka jadi ahli panel atau buku yang mereka tulis. Ketahuilah bahawa sunnah semua para Nabi dan Rasul ialah tidak meminta bayaran dalam usaha dakwah yang mereka lakukan. Mereka hanya mengharapkan balasannya daripada Allah al-Razzaq. Semua para Nabi dan Rasul berkata, .َوَما أَ ْسأَلُ ُك ْم عَلَْيِه ِم ْن أَ ْجر إِ ْن أَ ْجِر َي إَِهّل َعلَى َر ِب الَْعالَِمَّي Dan aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini). Sesungguhnya ganjaran aku tidak lain terserah kepada (Allah) Tuhan sekalian alam. [al-Shu’ara 26:109. Ayat seumpama ini berulang banyak kali dalam al-Qur’an] Demikianlah juga sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَْيِه ِم ْن أَ ْجر إَِهّل َم ْن َشاءَ أَ ْن يَته ِخ َذ إَِل َربِِه َسبِيًَل Katakanlah (Wahai Muhammad dan semua ulama’ pewaris baginda), “Aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini), kecuali (berharap agar) sesiapa yang menghendaki hendaklah dia mengambil jalan kepada Tuhannya.” [al- Furqan 25:57] Apabila sebahagian agamawan meminta atau mengenakan bayaran tertentu, 246 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 223
mereka akan bercakap atau menulis hanya dalam topik yang disukai oleh penganjur dan masyarakat. Mereka mengetahui bahawa jika mereka bercakap atau menulis dalam topik yang tidak disukai oleh penganjur dan masyarakat, seperti menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, mereka tidak akan dijemput dan dengan itu mereka tidak akan dapat meminta atau mengenakan apa-apa bayaran. Akhirnya sebahagian agamawan ini telah menjadikan usaha dakwah mereka sebagai satu kerjaya atau perniagaan yang menguntungkan. Mereka tidak akan memberi kuliah, menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja, menjadi ahli panel forum atau menulis buku melainkan dalam topik yang disukai oleh penganjur atau masyarakat. Dengan cara ini mereka akan sentiasa mendapat jemputan, sentiasa mendapat sambutan, sentiasa mendapat sanjungan dan yang paling penting sentiasa mendapat bayaran. Di sinilah letaknya kebatilan meminta atau mengenakan bayaran. Berbeza dengan segelintir agamawan yang memiliki kerjaya atau perniagaan tersendiri yang bebas daripada usaha dakwah. Mereka tidak meminta atau mengenakan apa-apa bayaran, sebaliknya berterima kasih dengan apa jua saguhati yang diberikan oleh penganjur. Dengan cara ini, mereka memberikan kuliah, menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja, menjadi ahli panel forum atau menulis buku di atas topik yang mereka pilih sendiri demi mengajak kepada yang ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar, menegakkan kebenaran dan menghapuskan kepalsuan serta menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah. 224
Mengkaji Para Agamawan Selebriti Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],247 marilah kita mengkaji amalan para agamawan yang mengenakan bayaran yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit untuk kuliah dan ceramah mereka. Sebahagian para agamawan ini mencapai status “selebriti” bukan kerana ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis sahih yang disampaikan, tetapi kerana petua-petua buatan sendiri, cerita-cerita khurafat, hadis-hadis yang tidak diketahui sumber dan darjatnya serta keyakinan, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu dibuat (bid’ah). Mereka mencapai status “selebriti” kerana َ ا أل ُمتَ َكلفي َنiaitu perkara-perkara agama yang mereka ada-adakan. Padahal Allah 'Azza wa Jalla berfirman, .قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَيِْه ِم ْن أَ ْجر َوَما أَََن ِم َن الْ ُمتَ َكلِِفَّي Katakanlah (Wahai Muhammad dan semua ulama’ pewaris baginda), “Aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini) dan aku bukanlah dari kalangan orang yang mengada-adakan.” [Shod 38:86] Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan, ًِزََي َدة اَأَّبهلْلِتَغَِعهيز َو َْجوَّهَل،باََِّذهلللُِ بَِكِه َوَإمَِّاهنَاأَْأَربَْتَسلَغِِين َوََّولَماأَنْأََقِزي ُدُصعَِملَْنهُى :أعََلَيْْيِه ))الُْمتَ َكلِِفَّي ْأَرََنُت ِمبِِهَن.َوعَاللَْيهدِهاَربَ اْلْ(ل(َمَاِوخَمَأرُاةَِم َو َجله أَهديْتُهُ َّل أَْزيَُد Firman Allah dan aku bukanlah dari kalangan orang yang mengada-adakan 247 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 225
bermaksud, aku tidak menambah di atas apa yang Allah utuskan aku dengannya dan tidak ingin menambah (apa-apa) di atasnya. Bahkan apa yang aku diperintahkan dengannya (untuk disampaikan), aku laksanakan tanpa sebarang tambahan ke atasnya dan tanpa sebarang pengurangan daripadanya. Apa yang aku inginkan daripada yang sedemikian tidak lain adalah Wajah Allah 'Azza wa Jalla dan negeri Akhirat.248 Satu contoh mengada-adakan ialah membuat cerita atau tafsiran sendiri terhadap ayat-ayat al-Qur’an. Perhatikan kisah berikut di mana Masruq bin al-Ajda’ berkata, المُنَافِِقَّي ِبَْْسَاِع فَيَأْ ُخ ُذ ال ِقيَا َم ِة يَْوَم ُد َخا ٌن َُِييء :فََقا َل ،َكِنْ َدة َمَاَيْ َُخرُُذج الٌلمُْؤَُِميََنِد َكُثَهْيئَِِةف،ََوأَبْ َصا ِرِهبَْيْمن .الُّزَكاِم Seorang lelaki sedang bercerita kepada Bani Kinda (tentang tafsir surah al- Dukhan), dia berkata, “Pada hari Kiamat asap (dukhan) akan datang lalu menghalang pendengaran dan penglihatan orang-orang munafiq. Ia juga akan memberi kesan ke atas orang-orang beriman seperti tiupan angin yang sejuk.” : فََقا َل، َوَكا َن ُمته ِكئًا فَغَ ِض َب فَ َجلَ َس،فََفِزْعنَا فَأَتَْي ُت ابْ َن َم ْسعُود Apa yang dia katakan itu menakutkan kami, maka aku segera mendatangi ‘Abdullah ibn Mas’ud yang ketika itu sedang duduk bersandar. (Setelah aku ceritakan apa yang berlaku, beliau) menjadi marah, duduk tegak dan berkata, . َّلَ أَ ْعلَُم: فَإِ هن ِم َن العِْلِم أَ ْن يَُقوَل لَِما َّلَ يَْعلَُم، َوَم ْن َلْ يَْعلَْم فَلْيَ ُق ِل اَّهللُ أَ ْعلَُم،َم ْن عَلَِم فَلْيَ ُق ْل “Sesiapa yang mengetahui maka berkata-katalah, sesiapa yang tidak mengetahui maka berkatalah, Allah yang lebih mengetahui, kerana sesungguhnya termasuk ciri berilmu adalah berkata ketika dia tidak tahu, Aku tidak tahu.” . قُ ْل َما أَ ْسأَلُ ُك ْم َعلَيِْه ِم ْن أَ ْجر َوَما أَََن ِم َن المُتَ َكلِِفَّي:فَإِ هن اَّهللَ قَا َل لِنَبِيِِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada Nabi-Nya shallallahu 'alaihi wasallam, Katakanlah “Aku tidak meminta kepada kalian sebarang ganjaran (dalam usaha dakwah ini) dan aku bukanlah dari kalangan orang yang mengada-adakan.” [Shad 38:86] 248 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 86 surah Shod. 226
: فََد َعا عَلَْيِه ُم النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم فََقا َل،َوإِ هن قَُريْ ًشا أَبْطَئُوا َع ِن الِإ ْسَلَِم (Kemudian Abdullah ibn Mas’ud menerangkan kisah di sebalik ayat-ayat asap “al- Dukhan”), sesungguhnya kaum Quraish melengah-lengahkan daripada menerima Islam, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendoakan kecelakaan ke atas mereka dengan berkata, .اللهُه هم أَعِِن عَلَْيِه ْم بِ َسْبع َك َسبْ ِع يُو ُس َف “Ya Allah, bantulah aku ke atas mereka dengan tujuh (tahun kemarau) sebagaimana tujuh (tahun kemarau) pada zaman Nabi Yusuf.” ، َويََرى الهر ُجلُ َما بََّْي ال هس َماِء َواْلَْر ِض، َوأَ َكلُوا المَْيتَةَ َوالعِظَاَم، َسنَةٌ َحَهّت َهلَ ُكوا فِيَها.َكَهْيئَِة افَلأَُّدَخَخَذاُِْتنُْم Maka mereka (kaum Quraish) mengalami setahun kemarau yang amat dahsyat sehingga mereka binasa kerananya. Mereka (hidup dengan) makan mayat dan tulang. (Disebabkan kebuluran yang amat dahsyat), seseorang mereka mula ternampak di antara langit dan bumi seperti asap “al-Dukhan”. .َ َوإِ هن قَْوَم َك قَْد َهلَ ُكوا فَا ْدعُ اَّهلل، ََي ُُمَ هم ُد ِجْئ َت ََتُْمُرََن بِ ِصلَِة الهرِحِم:فَ َجاءَهُ أَبُو ُسْفيَا َن فََقا َل Maka datanglah Abu Sufyan dan berkata, “Wahai Muhammad! Kamu datang dengan menyuruh kami memelihara silaturahim. Sesungguhnya kaum kamu telah binasa, maka berdoalah kepada Allah (untuk kebaikan kami)”. ا ْك ِش ْف ُمَربهَعنَلهاٌم .ُثهَهتََذَاولهْواَع َذاَعْنهٌُبَوأَقَلِايلٌُموا َس.َيرَ ُغْسوَشٌلى ُمابِلنّهاٌي .ىبِ ُدَوقََخْادن َجُامبِءَُّهيْم.ُوَمإِأَنَهَّهَتنُْكِْْمتَلُُماعَلاائلِهسُدِذَمْوكاََرءن.لْإَِعَفَهَنذااْرتَُمِِقْبؤِمنُْقَبلِوييًَََنْل:إَِعَهننها َكاالْ َعِشَذفَُفاَقوَرَأَبا .َُْمنُو ٌن Maka Abdullah ibn Mas’ud membacakan ayat, Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, lenyapkanlah daripada kami azab ini. Sesungguhnya kami beriman.” Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada 227
mereka seorang Rasul yang memberi penjelasan, kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: “Dia adalah seorang yang menerima ajaran (daripada orang lain) lagi pula seorang yang gila.” Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu walau sedikit, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). [al-Dukhan 44:10-15]249 Adapun menyampaikan tafsiran terhadap ayat al-Qur’an, syarahan terhadap hadis Rasulullah dan hukum-hukum fiqh daripada para sarjana Islam, serta berkongsi kisah-kisah pengalaman sebenar, maka ia tidak termasuk dalam mengada-adakan yang dilarang dalam ayat 86 surah Shod. Oleh itu hendaklah berhati-hati dengan sebahagian para agamawan selebriti kerana mereka memakan harta manusia secara batil dengan mengenakan harga yang sangat tinggi dan mereka menghalang dari jalan Allah dengan ajaran-ajaran agama yang diada- adakan. 249 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4401/4774 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab surah al-Rum). 228
Mengkaji Amalan Air Jampi Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],250 marilah kita mengkaji amalan air jampi, baik dalam bentuk air jampi khas seorang perawat kepada pesakitnya mahupun air jampi umum yang dijual kepada masyarakat. Ketahuilah bahawa air jampi dalam apa jua bentuk tidak berasal daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa yang baginda lakukan ialah membaca jampi (ruqyah) surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, atau zikir dan doa yang Allah ajarkan kepada baginda, kemudian meniup atau meludah atau kedua-duanya kepada dirinya atau orang yang dirawat. Padahal pada zaman baginda ada kantung-kantung kulit yang digunakan untuk mengisi dan menyimpan air minuman. Maka seandainya menjampi air sesuatu yang bermanfaat, tentu baginda akan mencontohkannya kepada umat Islam. Demikian juga, pada zaman baginda terdapat orang-orang Arab Badwi (orang pedalaman) yang datang dari jauh, yang tidak tahu merawat diri sendiri. Ada juga orang- orang bukan Arab yang baru memeluk Islam, yang tidak tahu membaca ayat al-Qur’an, zikir dan doa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjampikan air untuk mereka, sebaliknya tetap mengajar mereka bacaan jampi untuk mereka baca sendiri, kemudian meniup atau meludah ke atas diri sendiri. Semua ini menunjukkan air jampi bukanlah sesuatu yang berasal daripada sunnah baginda. Terdapat dua hadis yang lazim digunakan sebagai dalil air jampi. Marilah kita 250 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 229
mengkaji hadis-hadis tersebut. Hadis Pertama: Daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata, : فَلَ هما فََرَغ قَا َل،لََدغَ ِت النهِهب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َعْقَر ٌب َوُهَو يُ َصلِي Nabi shallallahu 'alaihi wasallam disengat kala jengking sementara baginda sedang solat. Tatkala selesai solat, baginda bersabda, .ُ َوَّل غَْْيَه، َّل يََدعُ ُم َصلِيًا،لََع َن اَّهللُ الْعَْقَر َب “(Semoga) Allah melaknat kala jengking, tidaklah ia meninggalkan orang yang sedang solat atau selainnya (melainkan disengatnya).” ،الْ َفلَ ِق بَِر ِب ُأَعُوذ َوقُ ْل ،الْ َكافُِروَن أَُيّ َها ََي قُ ْل :َُويَْقَرأ ،َعلَْي َها َيْ َس ُح َو َجعَ َل ،ح.بَدَِرعَاِبِِبَاالنهءا َوِِمسْل ُثه َوقُ ْل ُأَعُوذ Kemudian baginda meminta air dan garam, lalu disapukan di atas tempat sengatan. Sambil itu baginda membaca surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas.251 Jika diperhatikan hadis ini, campuran air dan garam yang diminta oleh Rasulullah bukanlah untuk menjampi, tetapi untuk menggosok bahagian yang disengat oleh kala jengking sebagai satu bentuk rawatan. Seandainya Rasulullah mengamalkan air jampi, Rasulullah akan membaca surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas, tiup ke dalam air campuran garam dan kemudian menggosoknya di bahagian yang kena sengat. Maka hadis ini tidak menunjukkan penggunaan air jampi oleh Rasulullah. Hadis Kedua: : فََقا َل- أَْْحَُد َوُهَو َمِري ٌض: قَا َل- أَنههُ َد َخ َل عَلَى ََثبِ ِت بْ ِن قَْيس (Diriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) menziarahi Tsabit bin Qays. Berkata Ahmad (salah seorang perawi hadis), dia ketika itu sedang sakit. Lalu baginda membacakan doa, 251 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.: 5890. al-Haitsami menghimpunnya dalam Majma’ al-Zawa’id, hadis no.: 8445 dan berkata, “Riwayat al-Thabarani dalam al-Shogheir dan sanadnya hasan.” al-Albani menghimpunkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 548. 230
.ا ْك ِش ِف الْبَأْ َس َر هب النها ِس عَ ْن ََثبِ ِت بْ ِن قَيْ ِس بْ ِن شَمهاس “Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia daripada Tsabit bin Qays bin Syammas.” ُثه أَ َخ َذ تَُراًِب ِم ْن بَطْ َحا َن فَ َجعَلَهُ ِف قََدح ُثه نََف َث عَلَيِْه ِِبَاء َو َصبههُ عَلَيِْه Kemudian baginda mengambil tanah dari Bathhan dan meletakkannya dalam satu bekas. Kemudian baginda menyembur padanya air dan menuang ke atasnya.252 Jika diperhatikan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menjampi apa-apa pada campuran air dan tanah. Baginda terlebih dahulu mendoakan Tsabit, kemudian barulah membuat campuran air dan tanah sebagai satu bentuk rawatan kepada penyakit Tsabit. Maka hadis ini juga tidak menunjukkan penggunaan air jampi oleh Rasulullah. Di sini terdapat satu persoalan lain, apakah penggunaan air jampi termasuk dalam urusan agama yang tertakluk kepada larangan bid’ah atau ia dalam urusan dunia yang bebas mengikut kehendak manusia? Saya berkata, penggunaan air asalnya terletak dalam urusan dunia. Akan tetapi apabila diyakini air dapat menyimpan kemujaraban jampian ayat-ayat al- Qur’an atau zikir dan doa Rasulullah untuk digunakan pada masa kemudian, maka ia telah masuk dalam urusan agama. Memandangkan tidak ada contoh daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah tentang air jampi, maka ia menjadi perkara baharu yang tertakluk kepada larangan bid’ah. Oleh itu pilihan yang menepati sunnah lagi selamat ialah meninggalkan air jampi meskipun yang percuma. Rawatlah diri sendiri atau ahli keluarga dengan jampian surah al- Fatihah, al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas, atau zikir dan doa daripada Rasulullah, kemudian meniup atau meludah atau kedua-duanya ke bahagian yang sakit. Moga dengan cara ini kita bukan sahaja terpelihara daripada ancaman bid’ah tetapi memperolehi kesembuhan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. 252 Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan sanadnya dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud, hadis no.: 3387/3885 (Kitab al-Tibb, Bab berkenaan ruqyah). Sanadnya juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 3885. 231
Kembali kepada ayat 34 surah al-Taubah, maka air jampi yang dikenakan bayaran termasuk dalam memakan harta manusia secara batil sementara amalan air jampi itu sendiri menghalang dari jalan Allah yang sebenar, yakni merawat dengan cara meniup atau meludah. Mengkaji Amalan Rawatan al-Qur’an Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],253 marilah kita mengkaji amalan merawat penyakit-penyakit fizikal dengan jampian ayat-ayat al-Qur’an, kemudian mengambil bayaran daripada rawatan tersebut. Ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai penjelas al-Qur’an (al-Nahl 16:44 & 64) telah menunjukkan bahawa yang dapat dijadikan jampian untuk penyakit fizikal daripada al-Qur’an hanyalah surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas. 253 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 232
Dalil jampian dengan surah al-Kafirun, al-Falaq dan al-Nas telah dikemukakan di atas, dalam hadis bagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam merawat dirinya sendiri yang disengat kala jengking. Adapun surah al-Fatihah, maka dalilnya adalah hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, َسلِيٌم فَ َعَر َض َْلُْم. ِبَه اْللنهفِِيِبُك ْمَصلهِمىْن اََرّاهللُق َعإِلَهيْنِهَِفو اَسلْلهَمَماِءَمُّرَرواُجًَِِبلَا لءَ ِدفِييغًِهاْمأَْولَ ِديَسلٌِغي أًَمْاو:َر ُج ٌل ِم أَْنهنأَْنهََِفلًراالِْمَماْنِءأَفَ َْقصاَحلَا Bahawa beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui sebuah mata air. Di sana terdapat seorang yang terkena sengatan binatang berbisa (kala jengking atau ular), lalu salah seorang yang tinggal di mata air tersebut datang dan berkata: “Apakah di kalangan kalian ada seseorang yang pandai menjampi? Di mata air (ini) ada seorang yang terkena sengatan binatang berbisa.” .َفَانْطَلَ َق َر ُج ٌل ِمْن ُه ْم فََقَرأَ بَِفاَِتَِة الْكِتَا ِب عَلَى َشاء فَبََرأ Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat tersebut dan membacakan surah al-Fatihah (kepada orang yang terkena sengatan) dengan syarat satu upah. Maka orang itu sembuh. أَ َخ ْذ َت عَلَى كِتَا ِب اَّهلِل أَ ْجًرا َحَهّت قَ ِدُموا: َوقَالُوا.فَ َجاءَ ِبل هشاِء إَِل أَ ْص َحابِِه فَ َكِرُهوا َذلِ َك.َالْ َم ِدينَة Maka sahabat tersebut membawa upah itu kepada sahabat-sahabatnya, namun mereka tidak suka dengan upah itu. Mereka berkata: “Kamu mengambil upah atas al- Qur’an? (Tunggu dulu) sehinggalah kita pulang ke Madinah.” إِ هن :ََو َسلهم عَلَيْ ِه ُاَّهلل َصلهى اَّهلِل َر ُسوُل فََقا َل .أَ ْجًرا ِاَّهلل كِتَا ِب ى.َََيعَلَيَْرِهُسأَوَْلجًرااَّهلكِِلتَاأَ َخُبَذاَّهلعَلِل :فَ َقالُوا أَ َح هق َما أَ َخ ْذُْت (Setelah mereka tiba di Madinah), mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, dia ini mengambil upah atas al-Qur’an.” (Setelah mendengar kisah sebenar) Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah kerana 233
(menjampi dengan) al-Qur’an.”254 Persetujuan Rasulullah dalam kisah di atas menunjukkan boleh menjampi penyakit fizikal dengan surah al-Fatihah. Bagi surah al-Ikhlas, dalilnya adalah hadis berikut daripada A’isyah radhiallahu 'anha bahawa, أَ َح ٌد ُاَّهلل ُهَو بُِق ْل ِف َكهفْيِه َث. َسنَِدَفِه،ِمفَِراْن ِش ِهَج َعلَْيِه َو َسلهَم إَِذا أََوى إَِل ِِابِللَمهُا َصلهى اَّهلِل ،ََرَِجُسيوًعاُل َكا َن ُ َوَما بَلَغَ ْت يََداه،َُو ْجَهه َيْ َس ُح ُثه َوِبلْ ُم َع ِوَذتَِّْي Biasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila hendak tidur, baginda meniup kepada kedua tapak tangannya dengan menghimpunkan (jampian) Qul Huwallahu Ahad dan dua surah pelindung (al-Falaq dan al-Nas), kemudian mengusap dengan kedua tangannya itu wajahnya dan apa yang tercapai oleh tangannya di tubuhnya. Tatkala baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya, Rasulullah menyuruh A’isyah melakukan yang sedemikian untuknya.255 Adapun menggunakan surah-surah dan ayat-ayat yang lain untuk merawat penyakit fizikal sebagaimana yang lazim berlaku masa kini, maka ia tidak berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Malah surah dan ayat yang dibacakan itu sering kali tiada kaitan dengan penyakit yang diharapkan kesembuhan dengannya, bahkan adakalanya memiliki maksud yang menyelisihi tujuan pembacaannya. Perhatikan contoh berikut. Jampian yang lazim digunakan oleh para perawat untuk mengubati sakit lutut atau menghancurkan batu karang ialah membaca dan meniupkan ayat berikut berulang kali, .َوإِذَا بَطَ ْشتُْم بَطَ ْشتُْم َجبها ِري َن Dan apabila kalian memukul, kalian memukul dengan kejam lagi memaksa. [al- 254 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 5296/5737 (Kitab al-Tibb, Bab mensyaratkan jampian dengan bayaran sejumlah kambing). 255 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5307/5748 (Kitab al-Tibb, Bab meniup dalam jampian) 234
Shu’ara 26:130] Namun apabila disemak lanjut, ayat 130 surah al-Shu’ara sebenarnya bernada negatif, bermaksud menunjukkan kekejaman kaum Nabi Hud ‘alaihis salam ke atas orang- orang yang lemah di kalangan mereka. Sila rujuk surah al-Shu’ara, bermula daripada ayat 124. Perkataan َب َط ْشbermaksud memukul dengan kuat (strike with a blow) sementara perkataan َج َّبا ِري َنbermaksud mereka melakukannya dengan kekejaman dan paksaan. Oleh itu sesiapa yang memahami dengan benar ayat 130 surah al-Shu’ara ini nescaya tidak akan membacanya berulang kali dan meniupnya kerana ia akan menghancurkan seluruh lutut atau seluruh organ tersebut! Apabila merawat penyakit fizikal dengan jampian surah-surah dan ayat-ayat tertentu daripada al-Qur’an, ramai yang berhujah dengan ayat berikut sebagai dalil, .َونُنَ ِزُل ِم َن الُْقْرآَ ِن َما ُهَو ِشَفاءٌ َوَرْْحَةٌ لِلْ ُمْؤِمنَِّي َوَّل يَِزي ُد الظهالِِمَّي إَِهّل َخ َساًرا Dan Kami turunkan dari al-Qur’an apa yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. [al-Isra’ 17:82] Mereka berkata perkataan ِش َفاءdalam ayat di atas adalah umum, merujuk kepada penyembuhan bagi segala macam penyakit. Hujah ini dibetulkan bahawa penyembuhan yang dimaksudkan dalam ayat di atas merujuk kepada penyembuhan hati daripada kekafiran, kesyirikan, kemunafikan, kesesatan, kegelapan dan keraguan. Ia juga merujuk kepada penyakit-penyakit hati seperti berharap kepada selain Allah, bergantung (tawakkal) kepada selain Allah, tergesa-gesa, cinta dunia, hasad, membenci, memusuhi, berdendam, membazir dan menyukai perkara-perkara yang sia-sia (al-Laghw). Keumuman perkataan ِش َفاءdalam ayat di atas telah dikhususkan dan diperincikan oleh sebuah ayat yang lain, .ََي أَُيَّها النها ُس قَْد َجاءَتْ ُك ْم َمْو ِعظَةٌ ِم ْن َربِ ُك ْم َوِشَفاءٌ لَِما ِف ال ُّص ُدوِر َوُه ًدى َوَرْْحَةٌ لِْل ُمْؤِمنَِّي 235
Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (yakni al- Qur’an) dari Tuhanmu dan penyembuh bagi apa yang ada dalam dada (hati/rohani) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10:57] Oleh itu apabila al-Qur’an menjadi penyembuh – yakni penerang bagi hati – orang- orang yang beriman, ia pula menjadi kegelapan bagi orang-orang yang tidak beriman. Kegelapan yang dimaksudkan bukanlah kegelapan fizikal kerana orang yang tidak beriman masih nampak apa yang berada di bawah sinaran matahari dan lampu. Akan tetapi ia bermaksud kegelapan hati sehingga mereka tidak nampak keindahan al-Qur’an untuk meraih petunjuk dan rahmat yang terkandung di dalamnya. Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berikut ini, .قُ ْل ُهَو لِله ِذي َن آَمنُوا ُه ًدى َوِشَفاءٌ َواله ِذي َن َّل يُْؤِمنُوَن ِف آذَاِْنِْم َوقٌْر َوُهَو َعلَيِْه ْم عَ ًمى Katakanlah, ia (al-Qur’an) bagi orang-orang yang beriman adalah petunjuk dan penyembuh sementara orang-orang yang tidak beriman, dalam telinga mereka ada penyumbat dan ia (al-Qur’an) adalah kegelapan ke atas mereka. [Fussilat 41:44] Oleh kerana itulah apabila menafsirkan perkataan ِش َفاءbagi ayat 82 surah al-Isra’, Ibn Katsir rahimahullah berkata, فَالُْقْرآ ُن، ِم ْن َشك َونَِفاق َوِشْرك َوَزيْغ َوَمْيل،َما ِف الُْقلُو ِب ِم ْن أَْمَراض.َذلِيُْذَكِه ُكُلِبِه:يَ ْشِفي ِأَم ْْني Yakni menghilangkan apa yang ada dalam hati dari pelbagai jenis penyakit, seperti keraguan, kemunafikan dan kesyirikan serta penyimpangan (dari sifat hati yang mulia) dan kecenderungan (kepada sifat hati yang buruk). Maka al-Qur’an adalah penyembuh daripada semua penyakit seperti itu.256 Oleh itu selain surah al-Fatihah, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, tinggalkan jampi-jampian dengan al-Qur’an untuk penyakit fizikal sama ada secara percuma atau berbayar kerana, • Ia adalah sesuatu yang baharu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi 256 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 82 surah al-Isra’. 236
wasallam. • Peranan penyembuhan al-Qur’an ialah ke atas penyakit hati dan bukannya penyakit fizikal. • Banyak berlaku penyalahgunaan al-Qur’an dan ayat-ayat yang disalah erti apabila ia digunakan sebagai jampian oleh para perawat masa kini. • Disebabkan keyakinan kepada perawat Islam yang menjampi menggunakan pelbagai surah dan ayat, sebahagian pesakit tidak berjumpa dengan doktor bagi menjalani rawatan dan mengambil ubat bagi penyakit fizikal yang mereka hadapi. Penyakit yang mulanya ringan akhirnya menjadi berat dan tidak dapat lagi dirawat.257 Berbalik kepada ayat 34 surah al-Taubah, maka para perawat yang mengenakan bayaran apabila merawat penyakit dengan ayat-ayat al-Qur’an sebenarnya memakan harta manusia secara batil sementara penggunaan ayat-ayat tertentu untuk rawatan penyakit tertentu sebenarnya menghalang dari jalan Allah, yakni menghalang daripada memahami dan mempraktikkan ayat Allah tersebut secara benar. 257 Ini adalah pendapat dan pegangan saya yang terbaru, membatalkan pendapat saya dalam buku-buku sebelum ini. 237
Mengkaji Amalan Badal Haji Merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],258 marilah kita mengkaji perkhidmatan badal haji secara beramai-ramai dan mengenakan bayaran untuknya. Sebelum itu ingin dijelaskan bahawa badal haji ialah menggantikan ibadah haji untuk orang lain yang mampu dari aspek kewangan tetapi terhalang daripada melaksanakannya kerana sebab-sebab yang kukuh seperti penyakit berat, tiada mahram atau menunggu giliran daripada pihak berwajib lalu meninggal dunia. Terdapat hadis-hadis sahih tentang pensyari’atan badal haji, salah satu daripadanya adalah daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, .َ لَبهْي َك عَ ْن ُشْبرَُمة:أَ هن َر ُسوَل اللهِ َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم َِْس َع َر ُجًَل يَُقوُل Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang lelaki (yang akan melakukan haji) berkata “Aku menyahut seruan Engkau (ya Allah) untuk Syubrumah.” .ً َم ْن ُشْبرَُمةُ؟ فََذَكَر أَ ًخا لَهُ أَْو قََرابَة:فََقا َل Rasulullah bertanya, “Siapakah Syubrumah?” Maka lelaki itu menerangkan bahawa Syubrumah adalah saudaranya atau kaum kerabatnya. . َّل: أَ َح َج ْج َت قَ ُّط؟ قَا َل:قَا َل Rasulullah bertanya lagi, “Apakah kamu sudah melakukan ibadah haji untuk dirimu sendiri?” Lelaki itu menjawab, “Belum.” 258 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 238
.َ فَا ْج َع ْل َه ِذِه َعْن َك ُثه ُح هج َع ْن ُشْبرَُمة:قَا َل Rasulullah bersabda, “Maka jadikanlah haji ini untuk kamu, kemudian hajikanlah untuk Syubrumah (pada tahun lain).”259 Hadis ini, selain menjadi dalil bagi membolehkan badal haji, juga menunjukkan dua syarat untuk badal haji: 1. Orang yang melakukan badal haji, hendaklah dia terlebih dahulu sudah melakukan haji untuk dirinya sendiri. 2. Bagi setiap musim haji, ibadah haji hanya untuk seorang sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Tidak boleh melakukan haji untuk lebih daripada seorang. Syarat kedua di atas hendaklah diberi perhatian kerana pada masa kini terdapat sebahagian orang yang menyediakan khidmat badal haji untuk lebih daripada seorang dalam satu musim haji. Tujuannya adalah supaya dia dapat mengaut keuntungan daripada khidmat bakal haji tersebut. Oleh itu apabila mewakilkan seseorang untuk melakukan badal haji, tanya dan pastikan bahawa dia telah melakukan haji untuk dirinya sendiri dan dia hanya melakukan badal haji untuk seorang bagi musim haji tersebut. Ketahuilah bahawa melakukan badal haji untuk lebih daripada seorang dalam satu musim haji adalah bid’ah. Ia adalah satu ibadah baharu yang tidak memiliki asal daripada al- Qur’an dan sunnah, bahkan menyelisihi hadis ‘Abdullah Ibn ‘Abbas yang dikemukakan sebelum ini. Malah badal haji beramai-ramai tidak menghasilkan haji atau pahala haji kepada semua orang yang dibadalkan (digantikan) hajinya kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi 259 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 8675 (Kitab al-Hajj, Bab orang yang tidak boleh menghajikan orang lain) dan beliau berkata, “Sanad ini sahih dan tidak ada dalam bab ini (hadis lain) yang lebih sahih berbandingnya.” Sebelum itu hadis ini juga dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1546/1811 (Kitab al-Manasik, Bab seseorang yang menghajikan orang lain). Para ahli hadis berbeza pendapat tentang hadis ini, apakah ia marfu’ (merupakan sabda Rasulullah) atau apakah ia mauquf (merupakan perkataan Ibn ‘Abbas). Lihat penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1811. 239
wasallam telah bersabda, .َّم ْن عَ ِم َل عَ َمَلً لَيْ َس َعلَيِْه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak.260 Orang yang melakukan badal haji beramai-ramai dengan sekian-sekian bayaran, maka dia benar-benar memakan harta manusia secara batil. Kemudian terdapat satu lagi bentuk kesalahan badal haji, iaitu apabila orang yang melakukan badal haji mengenakan bayaran untuk ibadah haji itu sendiri. Maksudnya disamping bayaran untuk pengangkutan, penginapan, makan dan minum serta belanja harian yang munasabah, dia juga mengenakan bayaran atas “penat lelah ibadah” wukuf di Arafah, bermalam di Mudzalifah, melontar di Mina selama 3 hari, tawaf dan sa’e. Ketahuilah bahawa dibolehkan mengenakan bayaran bagi menanggung kos haji, namun tidak boleh mengenakan bayaran untuk melakukan ibadah haji itu sendiri. Orang yang mengenakan bayaran untuk ibadah haji, dia sebenarnya benar-benar memakan harta manusia secara batil. Amatlah menyedihkan apabila amalan badal haji pada masa kini telah dikomersilkan dan dijadikan satu bentuk perniagaan yang mengaut keuntungan. Orang yang menyediakan khidmat badal haji seperti ini, diharapkan dapat mengambil iktibar daripada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َم ْن َكا َن يُِري ُد اْْلَيَاةَ ال ُّدنْيَا َوِزينَتَ َها نَُو ِف إِلَْيِه ْم أَ ْع َماَْلُْم فِيَها َوُه ْم فِيَها َّل يُْب َخ ُسوَن Sesiapa yang keinginannya adalah kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan sempurnakan kepada mereka amalan mereka di dunia dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. .أُولَئِ َك اله ِذي َن لَيْ َس َْلُْم ِف اْل ِخَرِة إَِهّل النهاُر َو َحبِ َط َما َصنَعُوا فِيَها َوَِب ِطلٌ َما َكانُوا يَْع َملُوَن Mereka itulah orang-orang yang tidak ada bagi mereka pada Hari Akhirat (kelak) kecuali api neraka, dan pada Hari Akhirat itu gugurlah apa yang pernah mereka lakukan serta batallah apa yang pernah mereka amalkan (di dunia dahulu). [Hud 11:15-16] 260 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah). 240
Bid’ah Menghalang Dari Jalan Allah Allah 'Azza wa Jalla berfirman, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثِْيًا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34] Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala seterusnya menerangkan tentang para ahli ilmu dan ahli ibadah yang menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. Penjelasan Ibn Katsir rahimahullah sekali lagi menjadi rujukan, ْهينَُْمُصيَُّدْدوعَُنواَلننهاإََِسل.َيَِْنوَوَماُهتاهْملْبَِقعَيََماُهَعَمْمِةأَِمَْكّللَِنِهيُانُْملْجَاَصَْهُْلرَلََوِةراَنَمأ: لِْيَوَم،َةٌي ِإَِلويَُالَظّْهلاِِلهلُ)نهرا)وِرَأن،ِصُْْلَّدبَهوقْلَنِبُهلَْعْبَماْنُِدطِعََلساب،ُبْزعُ(س(ُموَووينََنا:ََعَاماَويُللي،تِبَاَوَِلَوعْيقَْاوُسلُْْهلُوَاِتقََك،اعَْْلَِنِْْيا Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, Dan mereka menghalang dari jalan Allah, yakni di samping mereka memakan harta secara haram, mereka juga menghalang manusia daripada mengikuti jalan yang hak, mencampur aduk perkara hak dengan yang batil serta menampakkan kepada sesiapa yang mengikuti mereka daripada kalangan orang-orang jahil bahawa mereka menyeru kepada kebaikan. Padahal ia tidaklah seperti yang mereka dakwa. Bahkan mereka sebenarnya menyeru kepada neraka dan pada Hari Kiamat kelak mereka tidak akan memperolehi pertolongan.261 Sekali lagi apa yang diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat di atas benar-benar berlaku di kalangan sebahagian ahli ilmu dan ahli ibadah umat Islam. Mereka menghalang dari jalan Allah dengan menakut-nakutkan orang ramai daripada berpegang teguh kepada al-Qur’an dan hadis berdasarkan kefahaman generasi Salaf. Kemudian sesiapa yang tetap berpegang teguh kepada al-Qur’an dan hadis berdasarkan kefahaman generasi 261 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 34 surah al-Taubah. 241
Salaf dituduh dengan label negatif “Wahabi!” Selain itu mereka yang memegang jawatan pertauliahan di sebahagian jabatan agama negeri juga menghalang dari jalan Allah dengan tidak memberi tauliah mengajar kepada sesiapa yang mengajar al-Qur’an dan hadis berdasarkan kefahaman generasi Salaf.262 Cara lain bagi mereka menghalang dari jalan Allah ialah dengan mematikan sunnah dan menghidupkan bid’ah, sebagaimana yang pernah diramalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh menerangkan bahawa baginda pernah bersabda, َويَُؤِخُروَن ال هصَلةَ َع ْن،ً َوَُْي ِدثُوَن بِْد َعة،َنههُ َسيَلِي أَْمَرُك ْم ِم ْن بَْع ِدي ِرَجاٌل يُطِْفئُوَن ال ُّسنهة.َِمَواقِيتَِهاإ “Sesungguhnya urusan kalian selepas aku (wafat) akan dipegang oleh para lelaki yang memadamkan sunnah dan mencipta bid’ah, serta mereka melewatkan solat daripada waktu-waktunya.” َكيْ َف ِبي إَِذا أَْدَرْكتُ ُه ْم؟،ِ ََي َر ُسوَل الله:قَا َل ابْ ُن َم ْسعُود (‘Abdullah) ibn Mas’ud bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang patut aku lakukan apabila aku menemui mereka?” Rasulullah menjawab, ) لَْي َس ََي ابْ َن أُِم عَْبد طَا َعةٌ لَِم ْن عَ َصى اللهَ! (قَاَْلَا ثََل َث َمهرات:قَا َل “Wahai anak Ummi ‘Abd, tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang bermaksiat kepada Allah.” Baginda mengulanginya tiga kali.263 262 Berpegang kepada al-Qur’an dan hadis sahaja tidak cukup kerana kefahamannya boleh ditarik ke arah kecenderungan setiap aliran, jemaah, tareqat atau individu. Maka hendaklah al-Qur’an dan hadis itu difahami sebagaimana ia difahami oleh para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan generasi selepas mereka (tabi’in) dan generasi selepas mereka (tabi tabi’in). Tiga generasi inilah yang disebut sebagai generasi Salaf. Dalil-dalil tentang keutamaan mereka dan berpegang kepada kefahaman mereka ada dikemukakan dalam buku ini. 263 Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 3790. Juga dikeluarkan oleh Ibn Majah dengan lafaz yang sedikit berbeza, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 2856/2865 (Kitab al- Jihad, Bab tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Allah). Ramalan Rasulullah Sesungguhnya urusan kalian selepas aku (wafat) akan dipegang oleh lelaki… benar- benar berlaku pada masa kini di mana jabatan agama di sebahagian negeri enggan memberi tauliah mengajar kepada para ustaz dan ustazah yang berusaha menghidupkan sunnah dan memadamkan bid’ah. Sebaliknya mereka memberikan tauliah itu kepada orang-orang yang memadamkan sunnah dan mencipta bid’ah. Para ustaz dan ustazah yang menghidupkan sunnah dan memadamkan bid’ah akan ditangkap, dibicarakan di 242
Cara lain bagi mereka menghalang dari jalan Allah ialah dengan mencipta bid’ah sahaja, tanpa perlu mematikan sunnah. Ini kerana secara tersendirinya setiap bid’ah itu akan mematikan sunnah yang semisal dengannya. Hasan bin ‘Athiyah rahimahullah (120H)264 pernah berkata, بْتَ َدعَ قَْوٌم بِْدعَةً ِف ِدينِِه ْم إَِهّل نََزَع اَّهللُ ِم ْن ُسنهتِِه ْم ِمثْلََها ُثه َّل يُعِي ُد َها إِلَْيِه ْم إَِل.يَْوِم الِْقيََاماَمِةا Tidaklah satu kaum mencipta satu bid’ah dalam urusan agama mereka melainkan Allah mencabut daripada sunnah (Nabi) mereka yang semisal dengannya. Kemudian sunnah itu tidak akan dikembalikan kepada mereka sehinggalah ke Hari Kiamat.265 Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama adalah jalan Rasulullah sementara jalan Allah dan jalan Rasulullah adalah satu dan sama. Ini berdasarkan ayat 153 dan 159 yang telah dikupas sebelum ini. Maka sesiapa yang menghidupkan bid’ah, dia mematikan sunnah. Dengan matinya sunnah, dia menghalang umat Islam dari jalan Rasulullah yang dengan itu dia juga menghalang umat Islam dari jalan Allah. Dalam pelajaran seterusnya akan dikemukakan beberapa contoh bagaimana bid’ah dapat mematikan sunnah sehingga akhirnya menghalang umat Islam dari jalan Allah. Perhatikan bagaimana bid’ah-bid’ah tersebut berkait rapat dengan para ahli ilmu dan para ahli ibadah. Satu hakikat yang sukar diterima adalah, hampir semua bid’ah asalnya dicipta dan dipastikan kesinambungannya oleh para ahli ilmu dan ahli ibadah dari kalangan umat Islam. Amat jarang orang awam dari kalangan umat Islam yang mencipta bid’ah. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat 34 surah al-Taubah di atas mahkamah dan dikenakan denda jika masih meneruskannya. Namun sebagaimana pesan Rasulullah dalam hadis di atas, usaha tetap diteruskan kerana tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang bermaksiat kepada Allah. Hadis di atas juga merupakan dalil betapa beratnya kesalahan bid’ah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutnya sebagai maksiat kepada Allah. 264 Beliau ialah Abu Bakar Hasan bin ‘Athiyah al-Damsyik, seorang ahli ilmu dari kalangan tabi’in yang hadis- hadisnya diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’e, Ibn Majah dan lain-lain. Meninggal dunia pada 120H. 265 Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Sunan al-Darimi, hadis no.: 98/99 (al-Muqaddimah, Bab mengikuti sunnah). 243
memperingatkan dan memberi amaran kepada orang-orang yang beriman tentang para ahli ilmu dan ahli ibadah. Peringatan dan amaran ini adalah supaya kita sentiasa menyemak dan mengulang semak apa yang mereka ajar dan amalkan. Mengkaji Majlis Tahlil (II) Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.عَ ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهلِا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],266 marilah kita mengkaji bagaimana Majlis Tahlil menghalang dari jalan Allah. Sebelum ini telah diterangkan bagaimana Majlis Tahlil sempena kematian adalah bid’ah. Majlis Tahlil ini juga mematikan sunnah kerana yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah anak mendoakan sendiri untuk ibu atau bapanya yang telah meninggal dunia, bukan mengupah orang lain untuk mendoakan ibu atau bapanya dalam satu majlis umpama Majlis Tahlil. Perhatikan dengan cermat sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, 266 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 244
أَْو بِِه يُْنتَ َف ُع ِعْلم أَْو َجا ِريَة َص َدقَة ِم ْن إَِّله ثََلَثَة ِم ْن إَِّله َُع َملُه َُعنْه انَْقطَ َع َما َت الِإنْ َسا ُن إِذَا َولَد .ُيَْدعُو لَه َصالِح Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang berdoa untuknya.267 Selain itu doa yang dibaca adalah pendek dan mudah, bukannya panjang dan rumit sebagaimana yang lazim dibaca dalam Majlis Tahlil. Doa tersebut terdapat dalam al-Qur’an, َر ِب ا ْغِفْر ِل َولَِوالَِد هي َولَِم ْن َد َخ َل بَْيَِت ُمْؤِمنًا َولِلْ ُمْؤِمنَِّي َوالْ ُمْؤِمنَا ِت َوَّل تَِزِد الظهالِِمَّي إَِهّل.تَبَاًرا Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu dan bapaku serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan. [Nuh 71:28] َر ِب اْرَْحُْه َما َك َما َربهيَاِّن َصغِْيًا Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. [al-Isra’ 17:24] Doa ini dibaca secara bersendirian oleh anak mengikut adab-adab berdoa yang Allah dan Rasul-Nya ajar, serta dibaca pada bila-bila masa tanpa perlu terikat dengan sekian- sekian majlis atau masa.268 Dalam contoh ini kita dapat melihat bagaimana satu amalan bid’ah seperti Majlis Tahlil telah menghalang manusia dari jalan Allah, yakni al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Sebahagian besar masyarakat begitu selesa dengan Majlis Tahlil sempena kematian 267 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh manusia setelah dia meninggal dunia). 268 Lebih lanjut tentang amalan-amalan yang dapat memberi manfaat kepada ibu dan bapa yang telah meninggal dunia, sila rujuk buku saya Wahai Ibu! Wahai Ayah! Lebih lanjut tentang adab-adab berdoa, sila rujuk buku saya Soal Jawab Adab-Adab Berdoa. Kedua-dua buku ini boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com 245
sehingga mereka tidak tahu bahawa yang sunnah ialah anak mendoakan sendiri ibu atau bapa pada bila-bila masa dan doa itu pula telah Allah sebut di dalam al-Qur’an.269 Mengkaji Amalan Berzikir Dengan Nama Allah Merujuk kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, اله ِذي َن آَمنُوا إِ هن َكثًِْيا ِم َن اْلَ ْحبَا ِر َوالُّرْهبَا ِن لَيَأْ ُكلُوَن أَْمَوا َل النها ِس ِبلْبَا ِطِل َويَ ُص ُّدوَن.َع ْن َسبِيََيِل أَاُيَّّهلَهِلا Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang- orang alim dan rahib-rahib (dari kalangan Ahli Kitab) benar-benar memakan harta manusia secara batil dan mereka menghalang (manusia dari kalangan Ahli Kitab) dari jalan Allah. [al-Taubah 9:34],270 marilah kita mengkaji amalan berzikir dengan nama-nama Allah. 269 Bagi sebahagian orang, Allah mengujinya dengan tidak mengurniakan anak, sebagaimana firman-Nya, ) أَْو يَُزِو ُج ُه ْم49( )ُب لَِم ْن يَ َشاءُ إََِنًَث َويََه ُب لَِم ْن يَ َشاءُ ال ُّذُكوَر5َه0َذُْكَراًَن َوإَََِِّهنللًَِثُمَلْوَْيُكَع الُل هَسم َمْناَيوَا َشِاتءَُواعَْلَِقْيرًماِضإِنهَهُيْلُ َعُقلِيَمٌما قَيَِدَشياٌرءُ(ي Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia memberikan kedua-dua anak lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [al-Shura 42:49-50] Bagi yang tidak dikurniakan anak, dia boleh mendapat manfaat setelah meninggal dunia dengan memperbanyakan sedekah dan menyampaikan ilmu yang sahih, atau dengan memelihara anak angkat. 270 Penjelasan tentang ayat ini telah dikemukakan dalam pelajaran sebelumnya. 246
Sebahagian agamawan memberi petua berzikir dengan nama-nama Allah dan nama Allah itu dipilih sesuai dengan hajat yang ingin dicapai oleh penzikir. Contohnya, • Berzikir nama Allah al-Hadi (Maha Pemberi Hidayah) sebanyak 70 kali dan meniupnya ke dada ahli keluarga yang enggan solat. Konon ia dapat membuka hati ahli keluarga tersebut untuk menerima hidayah Allah dan mula melaksanakan solat. • Berzikir nama Allah al-Syafi (Maha Penyembuh) sebanyak 40 kali ke atas diri sendiri atau sesiapa yang sakit. Konon ia dapat menyembuhkan penyakit yang dihadapi. • Memperbanyakkan zikir nama Allah al-Hafiz (Maha Menjaga) dan al-Muhaimin (Maha Memelihara) pada waktu pagi dan petang. Konon ia dapat memelihara ahli keluarga dan harta benda daripada sebarang kemudaratan sepanjang hari. Ketahuilah bahawa menggunakan nama-nama Allah untuk berzikir bagi mencapai sesuatu hajat yang selari dengan nama tersebut adalah satu amalan baharu yang tidak dikenali berasal daripada al-Qur’an mahupun sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.271 Apa yang diajar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah berdoa dengan nama-nama- Nya, sebagaimana firman-Nya, .َوَِّهلِل اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن فَاْدعُوهُ ِِبَا Dan bagi Allah nama-nama yang baik, maka berdoalah kepadanya dengan (nama- nama) itu. [al-A’raaf 7:180] .قُِل اْدعُوا اَّهللَ أَِو اْدعُوا الهرْْحَ َن أًََّي َما تَْدعُوا فَلَهُ اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن Katakanlah: “Berdoalah dengan nama Allah atau al-Rahman, yang mana sahaja kamu guna untuk berdoa, maka bagi Allah nama-nama yang baik.” [al-Isra’ 17:110] Contoh mengamalkan kedua-dua ayat di atas: • Nama Allah disebut pada permulaan doa, “Ya Allah, Engkaulah yang Maha Memberi Hidayah (al-Hadi), maka berilah hidayah kepada anakku agar dia berdisiplin 271 Jika para pembaca menemui bukti bahawa amalan ini memiliki asal daripada al-Sunnah atau al-Salaf al-Soleh, mohon disampaikan kepada penulis agar kenyataan di atas dapat dibetulkan. 247
mendirikan solat lima kali sehari.” • Nama Allah disebut di akhir doa, “Ya Allah, lariskanlah perniagaan aku hari ini, sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rezeki (al-Razzaq) bagi kami.” • Nama Allah disebut pada permulaan dan akhir doa, “Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyembuh (al-Syafi), maka sembuhkanlah penyakit aku ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih (al-Rahman) dan Maha Penyayang (al-Rahim)” Berdasarkan ayat 180 surah al-A’raaf dan ayat 110 surah al-Isra’ serta contoh-contoh di atas, nama-nama Allah disebut sekali, selari dengan hajat dalam doa. Ia bukan dibaca berulang kali sebagai satu bentuk zikir.272 Selain itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ada mengajar dan mengamalkan zikir dengan nama-nama Allah, akan tetapi nama-nama Allah itu tidak dibaca berulang kali. Sebaliknya keseluruhan zikir itu yang dibacakan berulang kali. Selain itu nama Allah yang disebut tidak semestinya dikaitkan dengan hajat penzikir. Sebagai contoh perhatikan zikir pagi dan petang ini, berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada anaknya Fathimah radhiallahu 'anha, : َوإِذَا أَْم َسْي ِت،َما َيْنَعُ ِك أَ ْن تَ ْس َمعِي َما أُو ِصي ِك بِِه أَ ْن تَُقوِل إِذَا أَ ْصبَ ْح ِت Hendaklah kamu mendengar apa yang aku wasiatkan kepada kamu, iaitu ucapkanlah apabila masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang,273 . َوَّل تَكِْلِن إَِل نَْف ِسي طََرفَةَ عَّْي،ُ أَ ْصلِ ْح ِل َشأِّْن ُكلهه،ََي َح ُّي ََي قَُيّومُ بَِرْْحَتِ َك أَ ْستَغِي ُث Wahai yang Maha Hidup! Wahai yang Kekal selamanya, dengan Rahmat Engkau aku memohon pertolongan daripada sebarang kesukaran. Perbaikilah bagiku setiap urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku mengurusi diriku sendiri walau sekelip 272 Sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berdoa adalah lazimnya baginda mengulangi doa itu tiga kali. Maka bagi setiap pengulangan, nama Allah itu disebut sekali. 273 Terjemahan harfiyah rangkap di atas adalah Apakah yang menghalang kamu untuk mendengar apa yang aku wasiatkan kamu dengannya, iaitu ucapkanlah apabila masuk waktu pagi dan apabila masuk waktu petang, 248
mata.274 Keseluruhan zikir ini boleh dibaca berulang kali, bukan Ya Hayyu Ya Qayyum sahaja yang dibaca berulang kali. Contoh lain, Anas bin Malik dan Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anhuma menceritakan bahawa apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditimpa sesuatu kesukaran atau kesusahan, baginda mengucapkan, .ََي َح ُّي ََي قَُيّوُم بَِرْْحَتِ َك أَ ْستَغِي ُث Wahai yang Maha Hidup! Wahai yang Kekal selamanya, dengan Rahmat Engkau aku memohon pertolongan daripada sebarang kesukaran.275 Keseluruhan zikir ini boleh dibaca berulang kali, bukan Ya Hayyu Ya Qayyum sahaja yang dibaca berulang kali. Oleh itu berzikir dengan nama-nama Allah yang dipilih berdasarkan hajat penzikir dengan sekian-sekian ulangan adalah bid’ah. Apabila sebahagian agamawan menyampaikannya sebagai petua dalam ceramah-ceramah yang mereka kenakan bayaran, mereka tidak lain benar-benar memakan harta manusia secara batil. Seterusnya mereka menghalang manusia dari jalan Allah kerana dengan bid’ah yang mereka cipta dan sampaikan itu, sunnah yang semisal telah tenggelam daripada pengetahuan dan amalan orang ramai. Contohnya mereka mencipta dan menyampaikan bid’ah berzikir nama Allah al-Hafiz (Maha Menjaga) dan al-Muhaimin (Maha Memelihara) sebagai kononnya dapat memelihara ahli keluarga dan harta benda daripada sebarang kemudaratan. 274 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihin, hadis no.: 2000 (Kitab al-Dua wa al- Takbir wa al-Tahlil wa al-Tasbih wa al-Zikr, Bab hadis Rafi’ bin Khadij). Dhiya’ al-Din al-Maqdisi menghimpunnya dalam al-Ahadits al-Mukhtarah, hadis no.: 2319 dan beliau berkata, “Sanadnya hasan”. al-Albani menilainya hasan dalam Shahih al-Jami al-Shogheir, hadis no.: 1913/5820. Ada sarjana Islam yang berpesan agar zikir ini dibaca pada setiap pagi antara solat sunat Fajar dan solat Subuh sebanyak 40 kali. Saya berkata, penetapan waktu dan bilangan ini memerlukan kepada dalil. Jika tidak ada dalil, maka ia adalah bid’ah. 275 Hasan: Hadis daripada Anas bin Malik dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no.: 3446/3524 dan hadis daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala al-Shahihin, hadis no.: 1875. Dihimpun oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 3182. 249
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449