hentikan dan hapuskannya atas sebab kita benar-benar mencintai mereka. Dengan cara itu, dosa bid’ah yang selama ini berterusan mengalir kepada mereka juga dapat dihentikan. Saya sendiri (penulis) diajar oleh ibu sejak dari umur muda untuk membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat. Kemudian saya mendapat tahu ia bukanlah sunnah dan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan membaca surah Yasin adalah dha’if semuanya. Sebaliknya yang dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah membaca surah al-Kahf. Maka saya berhenti membaca surah Yasin dan berusaha membaca surah al- Kahf pada setiap malam Jumaat. Saya juga diajar oleh ustazah sejak zaman sekolah rendah untuk membaca doa sebelum makan, .ِ بِ ْسِم اَّهلل, َوقِنَا عَ َذا َب النها ِر،اللهه هم َِب ِرْك لَنَا فِْي َما َرَزقْتنَا Ya Allah, berkatilah bagi kami terhadap apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalahkan daripada azab neraka. Dengan nama Allah.337 Kemudian saya mendapat tahu bahawa doa tersebut darjatnya amatlah lemah, sementara yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah, . بِ ْسِم اَّهلِل ِف أَهولِِه َوآ ِخِرِه: فَإِ ْن نَ ِس َي ِف أَهولِِه فَلْيَ ُق ْل،ِ بِ ْسِم اَّهلل:إَِذا أَ َك َل أَ َح ُدُك ْم طَعَاًما فَْليَ ُق ْل Apabila salah seorang daripada kalian hendak menjamu makanan, maka ucapkanlah “Bismillah (Dengan nama Allah)”. Kemudian jika lupa untuk mengucapkannya sebelum makan, maka ucapkanlah, “Bismillah fi awwalihi wa akhirihi (Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya).”338 Maka saya tinggalkan doa yang diajar oleh ustazah meskipun ia amat masyhur dan beralih kepada doa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam secara sahih. 337 Dha’if Jiddan: Dikeluarkan oleh Ibn Sunni dan Ibn ‘Adiy. Sanadnya adalah amat lemah sebagaimana jelas Muhammad ‘Amr ‘Abd al-Latheif dalam Tabyidh al-Shahifah bi Ushul al-Ahadith al-Dha’ifah (al-Maktabah al-Syamilah), jld. 1, ms. 38. Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa yang sahih, doa tersebut merupakan sebahagian daripada doa yang dibaca selepas makan. 338 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, Hadis ini hasan sahih. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1781/1858 (Kitab al-Ath’imah an Rasulullah, Bab menyebut nama Allah ketika hendak makan). 300
Selain itu saya juga pernah membaca sebuah buku tulisan agamawan Malaysia yang masyhur lagi dihormati. Di dalamnya beliau mengajar tentang Selawat Syifa’ dan menerangkan keutamaannya menyembuhkan orang sakit. Maka saya mengamalkannya. Kemudian saya mendapat tahu bahawa selawat tersebut adalah bid’ah dan boleh membawa kepada syirik. Pada waktu yang sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis-hadis yang sahih telah mengajar bacaan-bacaan zikir ketika sakit dan ketika menziarahi orang sakit. Maka saya meninggalkan selawat tersebut dan mengamalkan zikir- zikir yang diajar oleh Rasulullah. Semua ini saya lakukan bukan kerana saya membenci mereka, akan tetapi kerana saya sayangkan mereka dan tidak mahu dosa bid’ah yang mereka seru mengalir kepada mereka secara berterusan. Sebahagian orang apabila diterangkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang diyakini atau diamalkan adalah bid’ah, dia membantah serta menolaknya. Ini berlaku sekalipun di satu sudut hatinya, dia mengakui ia adalah bid’ah. Namun dia tetap membantah kerana mengenangkan orang-orang tua, saudara-mara, ustaz-ustazah atau sesiapa lain yang satu masa dulu telah mengajar perkara tersebut kepada dirinya. Sikap yang benar lagi terpuji adalah, jika kalian mencintai orang-orang tua, saudara- mara, ustaz-ustazah dan sesiapa lain yang sebelum itu mungkin telah mengajar aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, buktikan kecintaan tersebut dengan menghentikan dan menghapuskan bid’ah tersebut. Jangan diteruskan atas dakwaan kalian mencintai mereka, tetapi hentikan dan hapuskannya atas sebab kalian benar-benar mencintai mereka. 301
Wasiat Rasulullah Tentang Sunnah Dan Bid’ah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, هُُكَمواْنِِيبََاعِ َْوشعَِمُنّْضوُاك ْمعَبَلَْيْع َهِدايِبفَلنهَسَواََْيِجىِذ ا َوْخإِتَِهيَلُكفًاْم َكَوثُُِْمًْياَدَفََثَعلَِْيت ُكاْمْلُبُِموُسِنرهِتفَِإَوهنُسنُهكِةلهاُُْْلُْملَََفداثَِةء.َلَتفَلََِإةٌنههس.ََنض..ابِلْْدَمَعْهةٌِديَِوّأُكَُيوهل اِصبلِيهْرادُكِعَشْمةِدي Aku wasiatkan kepada kalian … Sesungguhnya sesiapa di kalangan kalian yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. 339 Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa sesudah baginda wafat kelak, akan berlaku banyak perselisihan di kalangan umat Islam. Timbul persoalan, perselisihan bagaimanakah yang baginda maksudkan? Jawapannya terdapat dalam lanjutan hadis di mana baginda berwasiat agar berpegang teguh dengan sunnah dan menjauhi bid’ah. Ini menunjukkan perselisihan yang baginda maksudkan adalah antara sunnah dan bid’ah. Apa yang baginda ramalkan benar-benar berlaku. Perselisihan antara sunnah dan bid’ah dalam perkara aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati banyak berlaku sepanjang sejarah umat Islam sehinggalah ke hari ini.340 Ia dijangka akan terus berlaku sehingga ke Hari Akhirat. 339 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. 340 Ada yang berhujah bahawa bid’ah yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanyalah dari aspek aqidah dan bukannya dari aspek ibadah, hukum dan fiqh hati. Sebabnya, hanya bid’ah dalam aspek aqidah yang menyebabkan umat Islam berselisih dan berpecah. Hujah ini dijawab bahawa semua aspek bid’ah melibatkan aqidah (keyakinan) seseorang Muslim. Sebagai contoh, apabila muazin (tukang azan) melantunkan beberapa zikir dan selawat di pembesar suara sebelum melaungkan azan, ia duduk dalam aspek ibadah. Namun pada asasnya ia melibatkan aqidah kerana dia berkeyakinan azan yang berasal daripada sunnah bukanlah satu kesempurnaan, bukanlah satu nikmat yang Allah cukupkan dan bukanlah sebahagian daripada agama yang Allah reda sehingga dia perlu menokok tambah beberapa lafaz sebelumnya. Oleh itu yang benar hadis di atas menyuruh kita berpegang kepada sunnah dan menjauhi bid’ah dalam semua 302
Dalam menghadapi perselisihan ini, perhatikan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak berwasiat untuk berpegang kepada al-Qur’an dan hadis. Sebabnya, pihak yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah sering berhujah dengan al-Qur’an dan hadis juga, yakni ayat-ayat dan hadis-hadis yang terpilih, bersifat umum atau disalah tafsir. Sebaliknya Rasulullah berwasiat untuk berpegang dengan sunnah baginda kerana ia adalah contoh praktikal bagaimana sesuatu ayat atau hadis patut diamalkan. Apabila disebut sunnah Rasulullah, maka ia adalah ucapan (qauliyah), perbuatan (fi’liyah), persetujuan (taqririyah) dan apa yang ditinggalkan (tarkiyah) dalam urusan agama. Sunnah yang keempat, yakni sunnah tarkiyah, hendaklah diberi perhatian kerana sering diabaikan oleh orang ramai termasuk agamawan. Sila ulangkaji pelajaran Apakah Sunnah Tarkiyah? Baginda juga berwasiat untuk berpegang kepada sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, yakni Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar bin al-Khaththab, ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib, radhiallahu 'anhum. Ini kerana meskipun mereka berempat tidak banyak meriwayatkan hadis, akan tetapi mereka berempatlah yang paling lama mendampingi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga mengetahui amalan praktikal baginda secara mendalam. Setelah berwasiat untuk berpegang kepada sunnah baginda dan sunnah mereka berempat, Rasulullah berwasiat agar ( ) َت َم َّس ُكوا ِب َهاberpegang teguhlah kepadanya. Perhatikan bagaimana Rasulullah tidak menyebut berpegang teguhlah kepada kedua- duanya tetapi menyebut berpegang teguhlah kepadanya. Ini menunjukkan bahawa sunnah baginda dan sunnah mereka berempat adalah satu dan sama, bukan dua yang berbeza. Setelah itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat agar …gigitlah dengan gigi geraham. Ini adalah satu kiasan yang bererti berpeganglah dengan teguh. Ini sekali lagi merupakan ramalan baginda, kerana baginda mengetahui pada kemudian hari arus bid’ah sebegitu kuat sehingga seseorang itu akan mudah hanyut dengannya. Maka berpegang teguhlah dengan sunnah seperti menggigit sesuatu dengan gigi geraham. Jangan berpegang aspek, yakni aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati. 303
dengan sunnah umpama menggigit dengan gigi kacip kerana ia akan mudah terlepas dibawa arus bid’ah. Berikut dikemukakan contoh perselisihan antara sunnah dan bid’ah, yakni berzikir dengan kalimah “Allah, Allah” atau “Hu, Hu” sahaja. Pihak yang membolehkannya berhujah dengan ayat al-Qur’an dan hadis sementara sunnah Rasulullah dan para khalifah yang empat adalah mereka tidak melakukannya. Bererti ia adalah satu bid’ah yang patut dijauhi. Mengkaji Zikir “Allah, Allah” Sebahagian orang mereka berzikir dengan kalimah “Allah, Allah…” sahaja dalam bilangan yang banyak, seperti 100 atau 200 kali. Apakah zikir seperti ini berasal daripada al- Qur’an dan al-Sunnah atau merupakan satu ibadah yang baharu? Sebelum itu ingin dibezakan bahawa fokus kajian ialah berzikir “Allah, Allah” dalam bilangan yang banyak. Adapun menyeru “Allah” sekali seperti ketika berdoa “Ya Allah! Ampunilah dosaku” atau ketika berlaku sesuatu “Allah! Aku terlupa perkara itu!” maka ia dibolehkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .قُِل اْدعُوا اَّهللَ أَِو اْدعُوا الهرْْحَ َن أًََّي َما تَْدعُوا فَلَهُ اْلَْْسَاءُ اْْلُ ْسََن Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai nama-nama yang terbaik.” [al-Isra’ 17:110] Agamawan yang membolehkan zikir “Allah, Allah” dalam bilangan yang banyak berdalil dengan beberapa ayat al-Qur’an, antaranya, .ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا اذُْكُروا اَّهللَ ِذ ْكًرا َكثًِْيا Wahai orang-orang beriman, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak. [al- Ahzab 33:41] 304
.َواذُْكِر ا ْس َم َربِ َك َوتَبَته ْل إِلَْيِه تَبْتِيًَل Dan berzikirlah nama Tuhan-mu dan beribadahlah kepadanya dengan sebaik-baik ibadah. [al-Muzammil 73:08] .َواذُْكِر ا ْس َم َربِ َك بُ ْكَرةً َوأَ ِصيًَل Dan berzikirlah nama Tuhan-mu pada waktu pagi dan petang. [al-Insan 76:25] Mereka juga berdalil dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .ُ اللهُ الله:َّل تَُقوُم ال هساعَةُ َحَهّت َّل يَُقا َل ِف اْلَْر ِض Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut di bumi ini, “Allah, Allah”.341 Mereka juga berdalil dengan riwayat berikut daripada Umm Salamah radhiallahu 'anha bahawa, .\" الصَلة وما ملكت أَيانكم، \"الله الله:كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ِف مرضه . فجعل يتكلم به وما يكاد يفيض:قالت Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata ketika sakitnya, “Allah, Allah, (peliharalah) solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kanan kalian.”342 Umm Salamah melanjutkan, “Baginda menyebutnya namun hampir-hampir tidak mampu menyebutnya”.343 Dalil-dalil di atas dapat dikaji dan dijawab seperti berikut. Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan berzikirlah nama Tuhan-mu…, bagaimanakah sepatutnya kita menyebut nama Allah tersebut? Ini sebagaimana firman Allah, 341 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 211/148 (Kitab al-Iman, Bab hilangnya iman pada akhir zaman). 342 Yang dimaksudkan ialah harta yang wajib dikeluarkan zakatnya atau hamba-hamba yang dimiliki atau kedua- duanya sekali. 343 Dikemukakan oleh al-Zahabi dalam Siyar ‘Alam al-Nubala (al-Maktabah al-Syamilah), bab Sirah, jld 2, ms. 464. Berkata al-Zahabi selepas mengemukakannya, “Ini lebih sahih”. 305
.ََوأَقِي ُموا ال هصَلةَ َوآتُوا الهزَكاة Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat. [al-Baqarah 2:110] Maka bagaimanakah sepatutnya kita melaksanakan solat dan keluarkan zakat, apakah dengan cara sesuka hati? Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Demikian juga dengan firman Allah, ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا ُكتِ َب َعلَْي ُك ُم ال ِصيَامُ َك َما ُكتِ َب عَلَى اله ِذي َن ِم ْن قَْبلِ ُك ْم لَعَله ُك ْم تَتهُقوَن Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kalian puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kalian, supaya kalian menjadi orang-orang bertakwa. [al-Baqarah 2:183] Maka bagaimanakah sepatutnya kita berpuasa, apakah dengan cara sesuka hati? Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Demikian juga dengan firman Allah, .َوأََُِتّوا اْْلَ هج َوالْعُ ْمَرةَ َِّهلِل Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. [al-Baqarah 2:196] Maka bagaimanakah sepatutnya kita melaksanakan haji dan umrah secara sempurna, apakah dengan cara sesuka hati? Jawapannya tidak, ia hendaklah merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam semua perintah Allah di atas, kita merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah kerana baginda adalah penjelas al-Qur’an, .َوأَنَْزلْنَا إِلَْي َك ال ِذْكَر لِتُبََِّي لِلنها ِس َما نُِزَل إِلَيِْه ْم Dan kami menurunkan kepada kamu (Wahai Muhammad) al-Qur’an supaya kamu menjelaskannya kepada manusia apa yang kami turunkan kepada mereka. [al-Nahl 16:44] Rujukan kepada penjelasan dan amalan Rasulullah menjadi lebih penting apabila berlaku perselisihan pendapat terhadap sesuatu ayat al-Qur’an kerana salah satu tugas 306
baginda ialah, .َوَما أَنَْزلْنَا َعلَيْ َك الْ ِكتَا َب إَِهّل لِتُبََِّي َْلُُم اله ِذي ا ْختَلَُفوا فِيِه َوُه ًدى َوَرْْحَةً لَِقْوم يُْؤِمنُوَن Dan tidaklah kami menurunkan al-Qur’an kepada kamu (wahai Muhammad) melainkan supaya kamu menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan tentangnya, dan sebagai hidayah serta rahmat kepada kaum yang beriman. [al-Nahl 16:64] Maka kembali kepada ayat 41 surah al-Ahzaab, ayat 8 surah al-Muzammil dan ayat 25 surah al-Insan, kita tidak berzikir kepada Allah dengan lafaz dan cara sesuka hati tetapi dengan lafaz dan cara yang dijelaskan dan diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apatah lagi dalam suasana berlakunya perselisihan pendapat dalam cara berzikir berdasarkan ayat-ayat tersebut, merujuk kepada penjelasan dan amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi sesuatu yang amat ditekankan. Berikut dikemukakan tiga contoh berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan Dan berzikirlah nama Tuhan-mu…, yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Contoh Pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, sesiapa yang membaca, .َّل إِلَهَ إَِهّل اَّهللُ َو ْح َدهُ َّل َشِري َك لَهُ لَهُ الْ ُمْل ُك َولَهُ اْْلَْم ُد َوُهَو عَلَى ُك ِل َش ْيء قَ ِديٌر Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu. َعَسِيمِئََةل ُِمائَة ُإَِعَهْنّله َوَُجُِمايَءَ ْبِتِه أَلََهُح ٌدِماِئَبَةُفْ َضَحَلَسِنَِمهةا َحعََهّْتشِرَُيِْرِقسَاَيبَوََلَْوُكََتِيْبَ ِتْت ذَعَلِْدََكل ُطََاكاِننَ يَْتْوَملَهُه،الَمهرهةشْي َِمِمائَْنة.أََوَكْكاثَنََر ْتِم لَِْنهفُ َذيَلِِحْوْرمًَكزا أَ َح ٌد Dalam sehari 100 kali, dia akan mendapat ganjaran seperti membebaskan 10 budak hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dipadamkan daripadanya 100 keburukan dan ia menjadi tangkal yang mendindingnya daripada syaitan pada hari itu sehinggalah malam. 307
Dan tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan amalan yang lebih utama berbanding ini melainkan orang yang berzikir lebih banyak daripada itu (melebihi 100 kali).344 Contoh Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ، ُسبْ َحا َن اَّهللِ ال َع ِظيِم: َحبِيبَتَا ِن إَِل الهرْْحَ ِن، ثَِقيلَتَا ِن ِف المِيَزا ِن،َفتَا ِن عَلَى اللِ َسا ِن.ُسبْ َحا َن َاكَلِّهلِلَمتَاَوِِِنبَ ْمَخِدِفهِي Dua kalimah yang ringan pada lidah (untuk disebut) tetapi berat pada timbangan mizan (di Akhirat kelak) dan dicintai oleh (Allah) al-Rahman, (1) Subhanallahil ‘Adzim (Maha suci Allah yang Maha Agung), (2) Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya).345 Contoh Ketiga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada ‘Abdullah bin Qays radhiallahu 'anh, “Mahukah aku ajarkan kamu kalimah yang merupakan harta karun syurga? (Iaitu sebutlah) .َِّلَ َحْوَل َوَّلَ قُهوةَ إَِهّل ِبَّهلل Tiada daya (menolak kemudaratan) dan tiada kekuatan (melakukan kebaikan) melainkan dengan izin Allah.346 Demikian tiga contoh bagaimana kita berzikir dengan menyebut nama Allah, yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai cara mengamalkan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala, berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan berzikirlah nama Tuhan-mu…. Selain tiga contoh di atas, terdapat banyak lagi hadis sahih tentang lafaz- lafaz zikir ini. Namun dalam sekian banyak hadis tersebut, baik yang sahih mahupun selainnya, Rasulullah tidak pernah mengajar, mengamalkan atau mempersetujui zikir “Allah, 344 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3050/3293 (Kitab Bad’e al-Khalqi, Bab sifat iblis dan tenteranya). 345 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5927/6406 (Kitab al-Da’awat, Bab keutamaan tasbih). 346 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6120/6610 (Kitab al-Qadar, Bab Tiada daya (menolak kemudaratan) dan tiada kekuatan (melakukan kebaikan) melainkan dengan izin Allah). 308
Allah” secara tunggal. Ringkasnya, perintah berzikirlah “Allah” dengan zikir yang banyak… dan dan berzikirlah nama Tuhan-mu…, bukan bererti kita berzikir kepada Allah dengan lafaz sesuka hati atau dengan lafaz “Allah, Allah” sahaja, tetapi dengan lafaz yang diajar serta diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun hadis Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut di bumi ini, “Allah, Allah” maka ia dijelaskan oleh hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .ُ َّل إِلَهَ إَِهّل الله:َّل تَُقوُم ال هساعَةُ َحَهّت َّل يَُقا َل ِف اْلَْر ِض Tidak akan berlaku Kiamat sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut di bumi ini, “Tiada tuhan melainkan Allah”.347 Oleh itu “Allah, Allah” yang dimaksudkan oleh hadis pertama bukanlah sebagai kalimah zikir, tetapi sebagai kalimah tauhid. Dalam susun kata yang lain, Kiamat tidak akan berlaku sehingga tidak ada lagi orang yang mentauhidkan Allah di bumi ini. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bilal bin Rabah radhiallahu 'anh ketika beliau diseksa oleh kaum musyrikin, beliau menyebut “Ahad, Ahad”348 atau dalam satu riwayat lain, “Allah, Allah”.349 Apa yang beliau lakukan bukanlah berzikir tetapi menyatakan pendirian tauhidnya kepada Allah 'Azza wa Jalla di hadapan kaum musyrikin. Sekali lagi diulangi bahawa maksud zikir yang sedang kita kaji di sini ialah menyebut “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak, seperti 100 kali atau 200 kali. Adapun riwayat daripada Umm Salamah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata ketika sakitnya, “Allah, Allah, (peliharalah) solat dan apa yang dimiliki oleh tangan kanan kalian.”350, maka dalam lafaz yang masyhur daripada 347 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 13833. 348 Hasan: Pengajaran daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 147/150 (Muqaddimah, Bab keutamaan Salman, Abu Zar dan Miqdad). 349 Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, hadis no.: 1510. 350 Yang dimaksudkan ialah harta yang wajib dikeluarkan zakatnya atau hamba-hamba yang dimiliki atau kedua- duanya sekali. 309
Umm Salamah, Anas bin Malik dan Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhum, ia tanpa kalimah “Allah, Allah”.351 Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa dalil-dalil yang digunakan sebagai hujah amalan zikir “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak adalah tidak tepat. Apabila tidak ada dalil yang tepat dalam persoalan ini, ia menunjukkan zikir “Allah, Allah” dicipta terlebih dahulu, kemudian barulah dicari dalil-dalil bagi menjustifikasikannya. Kesimpulannya, zikir “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak adalah bid’ah kerana ia adalah sesuatu yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam urusan agama. Jika masih ada agamawan yang membolehkan zikir “Allah, Allah” secara tunggal dalam bilangan yang banyak atas alasan ia adalah perkara khilaf (perselisihan pendapat), maka dijawab bahawa andai benar ia adalah perkara khilaf, hendaklah kita mengikuti wasiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, هُُكَمواْنِِيبََاعِ َْوشعَِمُْنّضوُاك ْمعَبَلَْيْع َهِدايِبفَلنهَسَواََْيِجىِذ ا َوْخإِتَِهيَلُكفًاْم َكَوثُُِْمْيًاَدَفََثَعلَِْيت ُكاْمْلُبُِموُسِنرهِتفَِإَوهنُسنُهكِةلهاُُْْلُمْلَََفداثَِءة.َلَتفَلََِإةٌنههس.ََنض..ابِلْْدَمعَْهةٌِديَِوّأُكَُيوهل اِصبلِيهْرادُكَِعشْمةِدي Aku wasiatkan kepada kalian … Sesungguhnya sesiapa di kalangan kalian yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru (dalam urusan agama), kerana setiap perkara yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” 352 351 Rujuk Sunan Ibn Majah, hadis no.: 1625 daripada Umm Salamah, hadis no.: 2697 daripada Anas bin Malik dan hadis no.: 2698 daripada ‘Ali bin Abi Thalib. Rujuk penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan di bahagian notakaki hadis-hadis terbabit, dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah. Adapun perkataan al-Zahabi dalam Siyar ‘Alam al-Nubala bahawa riwayat Umm Salamah adalah “lebih sahih”, maka maksud beliau ialah lebih sahih berbanding riwayat Anas bin Malik yang beliau kemukakan sejurus sebelum itu. Maksud “dalam lafaz yang masyhur” ialah dalam hampir semua kitab hadis yang mengemukakan hadis ini daripada Umm Salamah, Anas bin Malik dan ‘Ali bin Abi Thalib, ia tanpa lafaz “Allah, Allah”. Hanya al-Baihaqi yang mengemukakannya dengan lafaz “Allah, Allah”, sebagaimana dalam kitabnya al-Adab, hadis no.: 51. 352 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani 310
Mengkaji Zikir “Hu, Hu” Antara lafaz zikir yang dicipta selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah “Hu, Hu”. Mereka yang berzikir dengan lafaz ini berhujah, bahawa ia bukan untuk orang awam tetapi hanya untuk orang yang telah mencapai tingkatan yang khusus atau maqam yang tinggi. Orang yang sudah berada pada tahap ini apabila dia berzikir, tiada yang wujud dalam fikirannya kecuali Allah. Maka dia tidak perlu berzikir dengan lafaz “Allah, Allah”, sebaliknya mencukupi dengan lafaz “Hu, Hu” yang bermaksud “Dia, Dia”. “Dia” di sini merujuk kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ada juga yang berhujah, bahawa jika seseorang itu berzikir ََل ِإ َل َه ِإ ََّل ال ُلlalu dia mati tanpa sempat menghabiskan lafaz tersebut, maka ia menjadi mudarat bagi dirinya. Misalnya apabila seseorang itu sedang berzikir kalimah di atas (yang maksudnya) “Tidak ada tuhan…” lalu dia mati, “Tidak ada tuhan melainkan…” lalu dia mati atau “Tidak ada tuhan melainkan Al…” lalu dia mati, maka ia menjadi mudarat baginya kerana dia mati dalam keadaan menafikan Allah sebagai tuhannya. Berbeza dengan orang yang berzikir “Hu, Hu” sahaja, jika dia tiba-tiba mati maka ia tidak memberikan mudarat kerana “Hu” yang dia maksudkan ialah Allah. Hujah-hujah di atas dapat dikaji dan dijawab sebagai berikut. Pertama, mereka yang membahagikan seseorang kepada beberapa tingkatan atau maqam seperti awam, khusus, khusus yang khusus, atau apa-apa lain yang seumpama berdalil dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َولِ ُكل َدَر َجا ٌت ِِمها َع ِملُوا َوَما َرُبّ َك بِغَافِل َع هما يَْع َملُوَن Dan bagi setiap orang beberapa darjat disebabkan apa yang mereka amalkan dan tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. [al-An’aam 6:132] Dalil ini dijawab bahawa yang membahagikan dan meletakkan seseorang itu kepada beberapa darjat ialah Allah 'Azza wa Jalla dan bukannya orang yang beramal mahupun tuan dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. 311
guru atau mursyidnya (pembimbingnya).353 Ini dapat difahami pada rangkap kedua ayat, dan tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. Maksudnya, Allah sentiasa Mengetahui amalan setiap orang dan akan meletakkan orang itu pada darjat tertentu sesuai dengan amal yang dia kerjakan. Oleh kerana itu kita dapati Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, meskipun baginda pernah memuji beberapa orang sahabat baginda dengan pujian yang berbeza-beza, tidak pernah membahagikan mereka kepada darjat-darjat yang berbeza. Semuanya tetap berada pada darjat yang sama, di bawah syariat yang satu dan sama. Sebagai contoh, kita dapati sahabat yang paling banyak berkorban demi Islam dan Rasulullah, paling lama mendampingi baginda, paling banyak beramal dan yang paling menyayangi dan disayangi – yakni Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh – tidak berzikir dengan kalimah yang berbeza dengan orang-orang yang baru masuk Islam pada akhir hayat Rasulullah. Kedua, Allah 'Azza wa Jalla berfirman, ُك ْم إِْذ أَنْ َشأَ ُك ْم ِم َن اْلَْر ِض َوإِْذ أَنْتُْم أَِجنهةٌ ِف بُطُوِن أُهمَهاتِ ُك ْم فََل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم.ُهَو أَ ْعلَُمُهَِِوبَ أَِن ْعالَتهُمَق بِى Dia (Allah) lebih mengetahui tentang kalian apabila Dia menjadikan kalian daripada tanah dan apabila kalian melalui beberapa tahap sebagai janin dalam kandungan ibu-ibu kalian. Maka janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri (kerana hanya) Dia yang lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa (di kalangan kalian). [al- Najm 53:32] Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda yang seumpama, . اللهُ أَ ْعلَُم ِبَْه ِل الِْبِر ِمْن ُك ْم،َّل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم Janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri. Allah lebih mengetahui orang- orang yang lazim membuat kebaikan di kalangan kalian.354 353 Dalam tariqat-tariqat Sufi, guru yang membimbing disebut sebagai mursyid. 354 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 3992/2142 (Kitab 312
Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan maksud firman Allah Maka janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri sebagai, . َتَْد ُحوَها َوتَ ْش ُكُروَها َوَُتَُنّوا ِبَ ْع َمالِ ُك ْم:أَ ْي Yakni memuji, mensyukuri dan berangan-angan terhadap amalan kalian.355 Maksudnya, janganlah kalian memuji-muji diri sendiri, sebaliknya pujilah Allah yang telah merajinkan kalian untuk beramal. Janganlah kalian mensyukuri diri sendiri, sebaliknya bersyukurlah kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada kalian untuk beramal dengan betul. Janganlah kalian berangan-angan berada di darjat yang tinggi, pasti mendapat balasan syurga dan segala kurniaan di dalamnya, sebaliknya takutlah seandainya Allah tidak menerima amalan kalian kerana riya’, sum’ah356 atau bid’ah. Dalam konteks kajian ini, janganlah berangan-angan bahawa kalian telah berada di tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang seumpama sehingga dapat berzikir dengan lafaz yang berbeza. Malah merujuk kepada ayat 32 surah al-Najm di atas, dibimbangi orang yang mengangkat dirinya pada tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang seumpama sebenarnya telah mensucikan diri sendiri dengan pengangkatan tersebut. Padahal Allah dan Rasulullah telah melarang perbuatan itu. Demikian juga bagi tuan guru atau mursyid yang mengangkat anak muridnya kepada tingkatan yang khusus, maqam yang tinggi atau apa-apa lain yang seumpama, dibimbangi dia sebenarnya telah mensucikan diri sendiri dengan berasa layak melakukan pengangkatan tersebut. Padahal Allah dan Rasulullah telah melarang perbuatan itu. Ketiga, perbuatan membahagikan diri sendiri atau seseorang itu kepada beberapa tingkatan atau maqam seperti awam, khusus, khusus yang khusus, atau apa-apa lain yang seumpama membuka pintu kepada pelbagai lagi bid’ah seperti tingkatan “syari’at” bagi al-Adab, Bab disukai menukar nama yang buruk kepada baik). 355 Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim, tafsir bagi ayat 32 surah al-Najm. 356 Riya’ ialah beramal agar dipandang oleh orang lain sementara sum’ah ialah beramal agar diperkatakan oleh orang lain. 313
orang awam, “hakikat” bagi orang khusus dan “ma’rifat” bagi orang khusus yang khusus. Kononnya keyakinan dan amalan berdasarkan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah hanyalah “syari’at” bagi tingkatan orang awam. Adapun orang yang telah mencapai tingkatan “hakikat”, maka keyakinan dan amalannya adalah berbeza. Adapun orang yang telah mencapai tingkatan “ma’rifat”, dia adalah Allah dan Allah adalah dia sehingga dia tidak perlu memiliki apa-apa keyakinan tentang Allah dan tidak perlu beribadah kepada Allah.357 Ringkasnya, orang yang berada pada tingkatan yang berbeza memiliki syari’at yang berbeza. Sebenarnya apa yang mereka lakukan ini telah ditanya dalam bentuk pengingkaran358 oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya, َوإِ هن بَْينَ ُه ْم لَُق ِض َي الَْف ْص ِل َُكلِ َمة َولَْوَّل ُاَّهلل بِِه ََيْذَ ْن ََْل َما ال ِدي ِن ِم َن َْلُْم ُوا.أَلَِيشٌَمرع َُْلُْم ُشَرَكاء الظهالِ ِمّأََيْم َْلُْم عَ َذا ٌب Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari'atkan bagi mereka daripada agama apa yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. [al-Syura 42:21]359 Keempat, kembali kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .َولِ ُكل َدَر َجا ٌت ِِمها عَ ِملُوا َوَما َرُبّ َك بِغَافِل َع هما يَْع َملُوَن 357 Oleh kerana itulah jika seseorang itu baru mengenali ajaran tasawwuf atau baru memasuki mana-mana tariqat Sufi, dia akan dapati hampir semua yang diajar dan diamalkan adalah selari dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Hanya apabila seseorang itu sudah sekian lama duduk dalam ajaran tasawwuf atau sudah sekian lama mengikuti mana-mana tariqat Sufi, apa yang mereka ajar dan amalkan akan mula berbeza berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Tuan Guru atau mursyid (pembimbing) akan memberitahu bahawa tingkatan atau maqam sudah berbeza daripada orang awam, maka apa yang diajar dan diamalkan sudah jadi berbeza juga. Semua ini berlaku secara bertahap-tahap dan penuh hikmah sehingga seseorang itu tidak sedar dia sebenarnya sudah mula memasuki wilayah bid’ah yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah. 358 Maksudnya Allah bertanya bukan kerana Allah tidak tahu, tetapi bertanya kerana mengingkari atau bagi menyatakan kesalahan apa yang mereka lakukan. 359 Mereka yang membahagikan syari’at yang berbeza kepada tingkatan atau maqam yang berbeza juga berhujah dengan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang Allah sebut dalam surah al-Kahf. Kononnya syari’at Nabi Musa adalah untuk orang awam sementara syari’at Nabi Khidir adalah untuk orang pada tingkatan yang khusus atau maqam yang tinggi. Hujah ini telah saya jelaskan kesalahannya dalam buku 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid yang boleh dirujuk di www.hafizfirdaus.com 314
Dan bagi setiap orang beberapa darjat disebabkan apa yang mereka amalkan dan tidaklah Tuhan kamu lalai daripada apa yang mereka amalkan. [al-An’aam 6:132] Sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah maka hendaklah dia memastikan amalannya menepati sunnah Rasulullah dan menjauhi segala bentuk bid’ah. Ini kerana amal ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah yang ikhlas kepada- Nya dan menepati sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini sebagaimana yang telah dijelaskan dalam pelajaran Dua Syarat Penerimaan Ibadah. Oleh itu sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah melalui amalan zikirnya, hendaklah dia berzikir dengan lafaz dan cara yang diajar, diamalkan atau dipersetujui oleh Rasulullah. Zikir dengan lafaz “Hu, Hu” tidak pernah diajar, diamalkan atau dipersetujui oleh Rasulullah. Kelima, sesiapa yang mahu mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah maka hendaklah dia berusaha meningkatkan ketakwaannya kepada Allah. Ini sebagaimana firman-Nya, .ٌإِ هن أَ ْكَرَم ُك ْم عِنْ َد اَّهللِ أَتْ َقا ُك ْم إِ هن اَّهللَ َعلِيٌم َخبِْي Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kalian di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di kalangan kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. [al-Hujurat 49:13] Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya “Siapakah manusia yang paling mulia?” Baginda menjawab, .أَ ْكَرُم ُه ْم ِعْن َد اَّهلِل أَتْ َقا ُه ْم “Mereka yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa.”360 Dari aspek bahasa, takwa bermaksud berlindung atau membenteng. Penggunaan perkataan takwa dari aspek bahasa dapat dilihat dalam hadis berikut daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, 360 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4321/4689 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab firman Allah “Demi sesungguhnya bagi Yusuf dan saudaranya terkandung beberapa pengajaran bagi yang bertanya” (Yusuf 12:07) ). 315
فََما يَ ُكوُن، اتهَقْينَا بَِر ُسوِل اللِه َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم، َولَِق َي الَْقْوُم الَْقْوَم.،ُِمنها أَ َح ٌدُكأنَهْادَإَِّنذَاِماَْنْحَاهلرَقاْلْوِبَمأْ ِمُْنسه Biasanya kami (para sahabat) apabila peperangan menjadi genting dengan bertembungnya satu kaum dengan satu kaum (tentera Islam dan tentera musuh), kami berlindung (takwa) dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak ada seorang jua dari kalangan kami yang paling hampir kepada musuh melainkan baginda.361 Maksudnya apabila menghadapi tentera musuh di medan perang, para sahabat berlindung di belakang Rasulullah atau menjadikan baginda sebagai benteng sementara baginda paling hadapan menghadapi musuh. Adapun dari aspek syari’at, maka bertakwa kepada Allah bererti berlindung atau mengadakan benteng daripada neraka-Nya. Ini tercapai dengan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ia juga tercapai dengan mentaati perintah Rasulullah dan menjauhi larangan baginda kerana Allah telah berfirman, .ََم ْن يُ ِط ِع الهر ُسوَل فََق ْد أَطَا َع اَّهلل Sesiapa yang taat kepada Rasulullah maka dia sebenarnya taat kepada Allah. [al- Nisa’ 4:80] Oleh itu sesiapa yang mahu mencapai darjat yang mulia di sisi Allah, hendaklah dia berusaha untuk bertakwa kepada Allah. Salah satu ciri bertakwa kepada Allah adalah dengan menjauhi bid’ah. Ini kerana Allah dan Rasulullah telah melarang bid’ah dan mengancamnya dengan neraka. Sementara orang yang bertaqwa itu pula ialah orang yang berlindung atau mengadakan benteng daripada neraka. Demikianlah seterusnya, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah dan salah satu ciri mereka adalah orang yang paling menjauhi bid’ah sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa darjat ketakwaan dan kemuliaan setiap 361 Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 1276/1347. 316
orang hanyalah diukur dan ditetapkan pada tingkatan tertentu oleh Allah 'Azza wa Jalla. Ini sebagaimana firman-Nya, .فََل تَُزُّكوا أَنُْف َس ُك ْم ُهَو أَ ْعلَُم ِِبَ ِن اتهَقى Maka janganlah kalian mensucikan diri kalian sendiri (kerana hanya) Dia yang lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa (di kalangan kalian). [al-Najm 53:32] Justeru janganlah pula mereka yang telah berjaya menjauhi bid’ah mensucikan diri kalian sendiri dengan berangan-angan dia berada di darjat yang mulia di sisi Allah. Ini kerana boleh jadi dia hanya menjauhi sebahagian bid’ah yang terpilih, berasa riya’ dan sum’ah atas kejayaannya menjauhi bid’ah, atau sekadar menjauhi bid’ah tetapi tetap melanggar larangan Allah yang lain seperti mengambil pinjaman bank berasaskan riba, menonton gambar lucah atau menderhakai ibu serta bapanya. Kembali kepada kajian zikir “Hu, Hu”, seandainya seseorang itu, tuan gurunya atau mursyidnya beranggapan bahawa dirinya sudah berada di tingkatan yang khusus atau maqam yang tinggi, maka hendaklah dia membuktikannya dengan nilai ketakwaan yang lebih tinggi kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Lebih tinggi tingkatan atau maqamnya, lebih tinggi ketakwaannya kepada Allah. Salah satu caranya ialah dengan bersungguh-sungguh berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan menjauhi bid’ah. Dalam konteks zikir, hendaklah dia mempelajari zikir-zikir yang diajar, diamalkan dan dipersetujui oleh Rasulullah dan mengamalkannya sebanyak mungkin.362 Bukan zikir-zikir buatan sendiri mahupun yang diijazahkan oleh tuan guru atau mursyidnya. Moga-moga dengan cara ini dia benar-benar mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, bukan tingkatan atau maqam yang di sisi tuan guru, mursyid atau dirinya sendiri. Keenam, adapun orang yang sedang berzikir ََل ِإ َل َه ِإ ََّل ال ُلlalu dia mati tanpa sempat menghabiskan lafaz tersebut, maka ia tidak menjadi mudarat bagi dirinya selagi mana 362 Dua kitab besar yang masyhur menghimpunkan zikir-zikir Rasulullah ialah ‘Amal al-Yaum wa al-Lail oleh Ibn Sunni dan al-Adzkar oleh al-Nawawi. Sementara kitab yang kecil lagi ringkas ialah Hisnul Muslim oleh Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahtani. Kitab yang terakhir ini telah diterjemah dalam banyak bahasa dan boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar. 317
kematian itu bukanlah sesuatu yang disengajakan oleh dirinya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .َولَْي َس َعلَْي ُك ْم ُجنَا ٌح فِي َما أَ ْخطَأُْْت بِِه َولَكِ ْن َما تَ َع هم َد ْت قُلُوبُ ُك ْم َوَكا َن اَّهللُ َغُفوًرا َرِحي ًما Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05] Kisah Pengembala Dan Sempadan Diraja Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, . َوبَْينَ ُه َما ُم ْشتَبَِها ٌت َّل يَْعلَ ُم ُه هن َكثِْيٌ ِم َن النها ِس، َوإِ هن اْْلََراَم بٌَِّي،إِ هن اْْلََل َل بٌَِّي Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas. Di antara kedua-duanya terdapat perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. .، َوَم ْن َوقَ َع ِف ال ُّشبُ َها ِت َوقَ َع ِف اْْلََراِم، َو ِعْر ِضِه،فََم ِن اتهَقى ال ُّشبُ َها ِت ا ْستَْبرَأَ لِ ِدينِِه Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Sebaliknya sesiapa yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar-samar, dia sebenarnya menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram. . يُوِش ُك أَ ْن يَْرتَ َع فِيِه،َكالهراعِي يَْرعَى َحْوَل اْْلَِمى 318
Sebagaimana pengembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan larangan, lambat-laun dia akan masuk ke dalamnya. .ُ أََّل َوإِ هن ِْحَى اللهِ َُمَا ِرُمه،أََّل َوإِ هن لِ ُك ِل َملِك ِْحًى Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Sesungguhnya kawasan larangan bagi Allah adalah perkara-perkara yang diharamkan- Nya. ،ُ فَ َس َد الْجَ َس ُد ُكُلّه، َوإِذَا فَ َس َد ْت،ُ َصلَ َح الْجَ َس ُد ُكُلّه، إَِذا َصلَ َح ْت،ًِف الْجَ َس ِد ُم ْضغَة.أََّل َوِه َيأََّاللَْقَولْإِ هنُب Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh badan terdapat seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh badannya. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badannya. Ketahuilah! (Daging) itu ialah hati.363 Ini adalah sebuah hadis yang masyhur, merupakan salah satu hadis yang amat penting lagi membentuk dasar agama. Kebanyakan sarjana mengupas hadis ini dari aspek hukum-hakam agama. Akan tetapi memandangkan lafaz hadis ini adalah umum, maka ia merangkumi pelbagai aspek agama termasuklah dalam aspek bid’ah. Maka di sini saya akan mengupas hadis ini dari aspek bid’ah, serangkap demi serangkap. • Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, perkara yang haram itu jelas. Merujuk kepada aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati, maka ada yang jelas disyari’atkan dalam al-Qur’an dan sunnah, dan yang jelas baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah. Maka apa yang jelas disyari’atkan adalah halal untuk diyakini dan diamalkan sementara apa yang jelas baharu adalah bid’ah yang haram untuk diyakini dan diamalkan. Contohnya azan. Lafaz dan tertib azan yang dilaungkan pada masa kini berasal daripada hadis yang sahih. Maka ia adalah sunnah yang jelas. Jika azan itu sengaja dilaungkan dengan lafaz yang berbeza, tertib yang berbeza atau dalam selain bahasa Arab, orang ramai akan mudah menangkap perbezaannya dan akan segera membantahnya. Maka 363 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 2996/1599 (Kitab al-Musaqah, Bab mengambil yang halal dan menjauhi yang samar-samar). 319
ia adalah bid’ah yang jelas. • Di antara kedua-duanya terdapat perkara yang samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. Kadang-kala terdapat aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang tidak jelas kedudukannya kepada orang ramai, apakah ia bid’ah atau tidak. Ini berlaku mungkin kerana hujah dan pendapat yang berbeza-beza di kalangan para agamawan di mana sebahagian berkata ia adalah bid’ah, sebahagian lagi berkata ia bukan bid’ah dan sebahagian lagi berkata ia adalah bid’ah hasanah, bererti dianjurkan. Mungkin juga kerana seseorang itu tidak menguasai dengan mendalam subjek bid’ah sehingga sering keliru. Maka menjadilah ia perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. Kembali kepada contoh azan, bilal di sebahagian masjid dan surau ada yang membaca sekian-sekian zikir dan selawat sebelum azan. Zikir dan selawat tersebut dibaca menggunakan sistem pembesar suara sebagaimana laungan azan, hanya ia sedikit diperlahankan. Satu contoh zikir yang lazim dibaca sebelum azan adalah, .قَ ِديٌر َش ْيء ُك ِل َعلَى َوُهَو ، ُد. َُكواَّهَلولُلَهُأَ اْكْبَلَرُْم،إَِهّلَلهُاَاّلهلملُُْل،َُشِرَيوَّلَكإِلَلَهَه،ََِّلّهلِل َُو ْح َده َُّل إِلَهَ إَِهّل اَّهلل • َواْلَْم ُد ،ُسْب َحا َن اَّهلِل • .ِ• َوَّل َحْوَل َوَّل قُهوةَ إَِهّل ِبَّهلل Bagi bacaan zikir dan selawat seperti ini, sebahagian agamawan ada yang menghukumnya bid’ah. Sebahagian lagi menghukumnya bukan bid’ah. Sebahagian lagi menghukumnya bid’ah hasanah. Maka perbezaan ini menjadikan bacaan zikir dan selawat sebelum azan sesuatu yang samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. Sebelum beralih ke rangkap seterusnya, ingin ditarik perhatian para pembaca kepada sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, perkara samar-samar, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. Rasulullah tidak menyebut “orang awam” tetapi menyebut kebanyakan manusia 320
yang di dalamnya merangkumi orang awam dan orang agama. Perkara ini hendaklah dihalusi kerana bukan semua orang agama menguasai dengan mendalam subjek bid’ah. Bahkan kerap kali orang agamalah yang pertama mencipta bid’ah dan yang terkuat membela bid’ah. • Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Bermaksud, sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar kedudukannya apakah ia bid’ah atau tidak, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ( )اتَّقَىmembenteng dirinya boleh juga diterjemahkan sebagai memperisaikan dirinya, mendindingkan dirinya. Bererti seseorang itu benar-benar menjauhi dan menghindari perkara yang samar-samar. Dia tidak mendekatinya, tidak cuba-cuba untuk menghampirinya, tidak ingin mengetahuinya dan tidak cenderung ke arahnya. Merujuk kepada subjek bid’ah, ada sebahagian aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang samar-samar kedudukannya, apakah ia bid’ah atau tidak. Maka apa yang patut dilakukan, sebagaimana saran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ialah benar-benar menjauhi dan menghindarinya. Ini dilakukan demi memelihara agamanya dan maruahnya. Balik kepada contoh bacaan zikir dan selawat sebelum azan melalui sistem pembesar suara, ia adalah sesuatu yang samar-samar apakah bid’ah atau tidak. Maka apa yang patut dilakukan, sebagaimana saran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ialah benar-benar menjauhi dan menghindarinya demi memelihara agamanya dan maruahnya. Saranan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini hendaklah diberi perhatian kerana pada pengamatan saya, ramai yang apabila berhadapan dengan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang diperbincangkan apakah ia bid’ah atau tidak, memilih untuk menjerumuskan diri ke dalamnya. Padahal sikap yang mulia lagi terpuji, yang dengannya terpelihara agama dan maruah, ialah menjauhinya. 321
• Sebaliknya sesiapa yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar- samar, dia sebenarnya menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram. Kenapa ini berlaku? Kenapakah orang yang menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang samar-samar, dia sebenarnya menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang haram? Jawapannya dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam rangkap seterusnya, • Sebagaimana pengembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan larangan, lambat-laun dia akan masuk ke dalamnya. Ini berlaku kerana apabila seseorang itu menjerumuskan dirinya ke dalam sesuatu yang samar-samar, lambat-laun dia akan terbiasa dengannya sehingga menganggap ia adalah sesuatu yang dibolehkan. Jika pada awalnya dia berasa ragu-ragu dan tidak sedap hati, lambat laun dia akan berasa yakin dan tenang. Jika pada awalnya dia berbelah bahagi antara halal dan haram, antara bid’ah atau tidak, lambat-laun dia akan cenderung kepada menghalalkannya dan meyakinkan diri sendiri bahawa ia bukan bid’ah. Atau ia adalah bid’ah tetapi bid’ah yang baik. Semua ini menyebabkan dia, secara bertahap-tahap, semakin berani menghampiri sempadan bid’ah sehingga akhirnya terjerumus ke dalam bid’ah yang jelas. Atau jika pada awalnya dia hanya mendekati satu bid’ah yang samar-samar, secara bertahap-tahap dia semakin berani menghampiri pelbagai bid’ah lain yang samar-samar sehingga akhirnya terjerumus dalam pelbagai bid’ah yang jelas. Oleh kerana itulah sejak awal Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan, Maka sesiapa yang membenteng dirinya daripada perkara yang samar-samar, maka dia sebenarnya memelihara agamanya dan maruahnya. Ini kerana sesiapa yang tidak membenteng dirinya daripada perkara yang samar- samar, lambat-laun dia akan merosakkan agamanya dan menjatuhkan maruahnya dengan perkara-perkara yang jelas haram. • Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Sesungguhnya kawasan larangan bagi Allah adalah perkara-perkara yang 322
diharamkan-Nya. Terdapat dua pelajaran dalam rangkap ini. Pelajaran Pertama, dalam kaedah Ushul Fiqh apabila Allah atau Rasulullah melarang sesuatu perkara dengan ancaman neraka, maka larangan tersebut membawa hukum haram. Merujuk kepada bid’ah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah melarangnya dengan ancaman neraka, yakni pada sabda baginda, ُُْم َدثَة َوُك ُّل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصَعَدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َوُك ُّل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.364 Ini menunjukkan bahawa hukum bid’ah adalah haram. Sekali lagi diulangi bahawa keharaman bid’ah tidak diukur pada kadar bid’ah yang dilakukan apakah ia besar atau kecil, tetapi pada perselisihan terhadap keyakinan bahawa hanya Allah yang layak mensyari’atkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati dalam Islam, bahawa agama Islam yang tulen adalah selari dengan fitrah manusia, bahawa Allah reda ke atas agama Islam yang asal kerana ia sudah cukup sempurna dan merupakan satu nikmat yang Allah cukupkan ke atas manusia, keyakinan bahawa Rasulullah telah menyampaikan semua yang baik dan telah menyempurnakan tugasan baginda serta kepentingan untuk berada di atas jalan Allah, Rasulullah dan para sahabat baginda. Contohnya perhatikan riwayat berikut, ََي أََِب ُُمَ همد:ُ فََقا َل لَه، أَيَُع ِذبُِنَرأاََّهللىُ َعَسلَعِيى ُدال بْهصُنَلاةِلْ؟ُم َسيِ ِب َر ُجًَل يُ َصلِي بَْع َد الْعَ ْصِر الهرْكعَتَِّْي يُ ْكثُِر Sa’id bin al-Musayyah melihat seorang lelaki yang memperbanyakkan solat (sunat) dua rakaat selepas solat Asar. Kemudian (lelaki itu) bertanya kepadanya, 364 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 323
“Wahai Abu Muhammad (nama gelaran bagi Sa’id bin al-Musayyab), apakah Allah akan mengazab aku kerana solat ini?” . َّلَ َولَكِ ْن يُعَ ِذبُ َك اَّهللُ ِِِبَلَ ِف ال ُّسنهِة:قَا َل Sa’id bin al-Musayyab menjawab, “Tidak, akan tetapi Allah akan mengazab kamu kerana menyelisihi al-Sunnah.”365 Maka hendaklah menjauhi bid’ah sebagaimana seseorang itu menjauhi kawasan larangan raja. Ini kerana bid’ah adalah perkara haram yang duduk dalam kawasan larangan Allah. Pelajaran Kedua, terdapat perbezaan antara orang yang memasuki sempadan kawasan larangan raja dan orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja. Orang yang memasuki sempadan kawasan larangan raja, dia bersalah kerana mengakui keberadaannya di dalam sempadan kawasan larangan raja. Sementara orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja, dia menganggap dirinya sama taraf dengan raja sehingga layak mengubah sempadan ke lokasi yang baharu. Justeru dia tidak pernah memasuki kawasan larangan raja kerana dia mengubah sendiri sempadan kawasan larangan itu sesuka hatinya. Ringkasnya dia merasakan dirinya tidak berbuat salah. Padahal kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja adalah jauh lebih besar daripada kesalahan orang yang memasuki sempadan kawasan larangan raja. Ini kerana orang yang memasuki sempadan kawasan larangan raja masih berada di bawah undang-undang raja sementara orang yang mengubah sempadan kawasan larangan raja menganggap dirinya sama taraf dengan raja. Demikianlah juga perbezaan antara orang yang berbuat maksiat dan orang yang berbuat bid’ah. Orang yang minum arak misalnya, dia tahu hukumnya adalah haram. Bererti dia masih berada di bawah syari’at Allah. 365 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya dan sanadnya dinilai jayyid oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Sunan al-Darimi, hadis no.: 450 (Bab berhati-hati dalam mentafsirkan hadis Nabi). Jayyid adalah satu kedudukan yang lebih baik dari darjat hasan tetapi lebih rendah dari darjat sahih. 324
Berbeza dengan orang yang berbuat bid’ah, dia mengubah sendiri sempadan bid’ah sehingga apa-apa aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati baharu yang disukainya diletakkan di luar sempadan bid’ah. Justeru dia bebas mencipta, meyakini dan mengamalkan bid’ah tanpa pernah berasa salah kerana menganggap dirinya tidak pernah memasuki sempadan kawasan larangan Allah. Padahal kesalahannya adalah jauh lebih besar kerana telah menganggap dirinya tidak berada di bawah syari’at Allah, sebaliknya sama taraf dengan Allah sebagai penggubal syari’at. • Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh badan terdapat seketul daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh badannya. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badannya. Ketahuilah! (Daging) itu ialah hati. Apabila berbicara tentang bid’ah, ia tidak melibatkan zahir semata-mata. Akan tetapi ia turut melibatkan hati. Bahkan asas kepada bid’ah adalah hati kerana ia bermula daripada hati. Ini kerana apabila hati mencintai Allah, maka jasad akan mengikuti apa yang disunnahkan oleh Rasulullah, bukan oleh diri sendiri atau agamawan pilihan. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman, .قُ ْل إِ ْن ُكْنتُْم َُِتُبّوَن اَّهللَ فَاتهبِعُوِّن َُيْبِْب ُك ُم اَّهللُ َويَ ْغِفْر لَ ُك ْم ذُنُوبَ ُك ْم َواَّهللُ غَُفوٌر َرِحيٌم Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kalian mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kalian serta mengampunkan dosa-dosa kalian dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Ali Imran 3:31]366 Apabila hati mengiktiraf kesempurnaan Islam, mengakui kecukupan nikmat Allah melalui Islam dan reda menerima Islam sebagaimana keredaan Allah, maka jasad tidak akan mencipta, meyakini atau mengamalkan apa-apa aqidah, ibadah, hukum atau fiqh hati yang baharu. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, 366 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Cinta Kepada Allah Atau Kepada Diri Sendiri? 325
.الْيَْوَم أَ ْك َملْ ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَْي ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03]367 Apabila hati yakin bahawa semua yang baik telah disampaikan oleh Rasulullah, maka jasad tidak akan mencipta, meyakini atau mengamalkan apa-apa aqidah, ibadah, hukum atau fiqh hati yang baharu dengan alasan “Apa salahnya, bukankah ini baik?” Ini berdasarkan firman Allah 'Azza wa Jalla tentang tugas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, َع ِن الْ ُمنْ َكِر َوَُِي ُلّ َْلُُم الطهيِبَا ِت َوَُيَِرُم َعلَيِْه ُم اْْلَبَائِ َث َويَ َض ُع عَْن ُه ْم.إِ ْصَرُه ْم َََيوْاُمُْلَرُهْغْمَلَِبللْ اَملهْعُِرتوَكِافنَ َوْيَتْن َهَعالَْيُهِهْمْم Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara yang keji, dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk, dia menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. [al-‘A’raaf 7:157]368 Sambungan bagi ayat 157 surah al-A’raaf di atas, apabila hati itu mencintai Rasulullah, maka jasad akan beriman kepada Rasulullah, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti al-Qur’an yang dibawa olehnya. .فَاله ِذي َن آَمنُوا بِِه َوعَهزُروهُ َونَ َصُروهُ َواتهبَعُوا الُنّوَر اله ِذي أُنِْزَل َمعَهُ أُولَئِ َك ُه ُم الْ ُمْفلِ ُحوَن Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan kepadanya (yakni al-Quran), mereka itulah orang- orang yang berjaya. [al-‘A’raaf 7:157] Ayat ini tidak dibuktikan dengan memakai kopiah yang ada lambang selipar, memakai 367 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Bid’ah Menyelisihi Kesempurnaan Islam 368 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Semua Kebaikan Berasal Daripada Rasulullah dan Apakah Rasulullah Cuai Menjalankan Tugas? 326
selendang di bahu, membawa sepanduk sempena perayaan Mawlid Rasul atau menghadiri konsert selawat. Akan tetapi beriman kepada Rasulullah bermaksud meyakini baginda telah menyampaikan semua yang terbaik berkaitan urusan agama. Memuliakan Rasulullah bererti mengunggulkan sunnah baginda di atas apa-apa ajaran lain. Menolong Rasulullah dibuktikan dengan menolong menyebarkan sunnah baginda dan menghapuskan semua bid’ah. Mengikuti al-Qur’an bererti membaca, mentadabbur dan mempraktikkan seluruh al- Qur’an. Apabila hati menyedari kedudukannya sebagai hamba, kedudukan Allah sebagai Tuan-nya dan kedudukan Rasulullah sebagai utusan Tuan-nya, maka jasad tidak akan berani mendahului Tuan-nya dan utusan Tuan-nya dengan apa-apa apa-apa aqidah, ibadah, hukum atau fiqh hati yang baharu. Ini berdasarkan perintah Tuan-nya, .ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul- Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]369 Ringkasnya, hati yang baik hanya akan menerima aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati daripada Allah dan Rasulullah, sementara jasad akan membuktikannya melalui keyakinan dan perbuatan harian. Sementara hati yang rosak akan mencipta, meyakini atau mengamalkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang bid’ah, sementara jasad akan membuktikannya melalui keyakinan dan perbuatan harian. Selain itu salah satu ciri hati yang mulia ialah tawaduk dan yang pertama lagi utama ditujukan ciri tawaduk tersebut ialah kepada ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru hati yang tawaduk apabila membaca hadis Rasulullah yang melarang bid’ah akan serta merta taat dan patuh kepadanya. Berbeza dengan hati yang angkuh, ia berasa tidak puas hati membaca hadis larangan bid’ah lalu dipaksakan tafsiran-tafsiran yang dapat mententeramkan hatinya itu. 369 Sila ulangkaji pelajaran sebelum ini, Jangan Mendahului Allah dan Rasul-Nya dan Bid’ah dan Sebab Allah Mencipta Manusia 327
Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah Kadangkala seseorang itu terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut, maka baginya dua jenis pahala. Kedua-dua jenis pahala itu berterusan selagi mana dia menahan dari daripada bid’ah tersebut. Dua jenis pahala itu adalah: Pahala Jenis Pertama adalah kerana dia meninggalkan satu perbuatan dosa kerana Allah, lalu dia mendapat pahala kerana peninggalan itu. Ini berdasarkan hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, . َوُهَو أَبْ َصُر بِِه.ً َر ِب َذا َك َعبْ ُد َك يُِري ُد أَ ْن يَْع َم َل َسيِئَة:ُقَالَ ْت الْ َمَلئِ َكة Para malaikat berkata: “Wahai Tuhan! Hamba-Mu itu berkeinginan melakukan perbuatan dosa!” Padahal Allah lebih mengetahui tentangnya. اْرقُبُوهُ فَإِ ْن َع ِملََها فَا ْكتُبُوَها لَهُ ِِبِثْلَِها َوإِ ْن تََرَكَها فَا ْكتُبُوَها لَهُ َح َسنَةً إَِّهنَا تََرَكَها ِم ْن:فََقا َل . َجهرا َي Maka Allah berfirman: “Awasilah dia. Jika dia melakukan keinginan itu, maka tuliskan (dosa) sekadar yang dilakukannya. Akan tetapi jika dia meninggalkan keinginan itu, maka tuliskan baginya satu pahala kerana dia meninggalkannya tidak lain kerana Aku.”370 Dosa yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah umum, merangkumi semua perlanggaran terhadap syari’at Islam. Antara yang dilarang oleh Allah 'Azza wa Jalla dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah. Maka sesiapa yang terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut kerana teringat 370 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 185/129 (Kitab al-Iman, Bab apabila seorang hamba berniat membuat kebaikan, ditulis baginya dan apabila seorang hamba berniat membuat kejahatan, tidak ditulis baginya). 328
kepada larangan bid’ah oleh Allah dan Rasulullah, maka dia mendapat pahala. Pahala ini berterusan selagi mana dia menahan dari daripada bid’ah tersebut. Pahala Jenis Kedua adalah kerana dia mentaati perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .فَ َعلَيْ ُك ْم بِ ُسنهِت َو ُسنهِة اْْلُلََفاِء الْ َم ْه ِديَِّي الهرا ِش ِدي َن َتَ هس ُكوا ِِبَا َوعَ ُّضوا عَلَْي َها ِبلنهَوا ِج ِذ Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah dengan gigi geraham.371 Maksud sunnahku dalam hadis di atas adalah ucapan (sunnah qauliyah), perbuatan (sunnah fi’liyah), persetujuan (sunnah taqririyah) dan apa yang ditinggalkan (sunnah tarkiyah) oleh Rasulullah dalam urusan agama. Maka sesiapa yang terlintas untuk mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, diajak kepada bid’ah, atau hadir bersama orang ramai yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah, namun dia menahan diri daripada bid’ah tersebut kerana teringat kepada perintah Rasulullah dalam hadis di atas untuk berpegang teguh kepada sunnahnya, maka dia mendapat pahala. Pahala ini berterusan selagi mana dia berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah dalam rangka menolak bid’ah tersebut. Kedua-dua jenis pahala ini adalah penting untuk diketahui kewujudannya kerana sebahagian orang ada yang sengaja menjerumuskan dirinya ke dalam amalan bid’ah dengan alasan, “Daripada aku tidak buat apa-apa, lebih baik aku buat amalan ini meskipun ada yang berkata ia bid’ah.” Alasan ini adalah tidak betul kerana selagi mana seseorang itu menahan dirinya daripada bid’ah, dia mendapat dua jenis pahala. Bahkan mungkin pahala itu diperolehinya dalam gandaan yang lebih jika dia menahan diri dalam suasana arus orang ramai yang mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah tersebut. Berikut dikemukakan beberapa contoh. 371 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 3991/4607 (Kitab al-Sunnah, Bab melazimi sunnah). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan Muhammad Kamil dalam semakan mereka ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 4607. 329
Amalan Sunnah Pada Malam Nisfu Sya’ban Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut dikemukakan satu contoh. Azlina merancang untuk membaca surah Yasin tiga kali pada malam Nisfu Sya’ban.372 Ramai kawan-kawan di kumpulan Whats App yang menganjurkannya dan merancang untuk melakukannya. Mereka berkata, selepas membaca surah Yasin kali pertama, berdoalah agar dipanjangkan umur. Selepas membaca Yasin kali kedua, berdoalah agar dimurahkan rezeki. Selepas membaca surah Yasin kali ketiga, berdoalah apa sahaja yang dikehendaki. Mereka juga berkata, “Daripada kita tidak buat apa-apa, lebih baik kita buat amalan ini meskipun ada sebahagian orang yang berkata ia bid’ah.” Kemudian Azlina mendapat tahu bahawa membaca surah Yasin dengan pakej sedemikian adalah bid’ah. Membaca surah Yasin bukan bid’ah, tetapi menyusun tertib dan doa membaca surah Yasin seperti itu dan mengkhususkannya pada malam Nisfu Sya’ban adalah bid’ah. Maka Azlina memilih untuk menahan diri daripada melakukannya pada malam Nisfu Sya’ban. Oleh itu meskipun tidak melakukan apa-apa ibadah tambahan pada malam Nisfu Sya’ban, Azlina tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang malam itu. Pahala menahan diri daripada bid’ah dan pahala berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak melakukan apa-apa ibadah tambahan pada malam dan siang Nisfu Sya’ban (sunnah tarkiyah). Pada waktu yang sama, Azlina menghubungi dan berbaik-baik dengan seorang rakan pejabat yang dia pernah bermusuhan beberapa minggu lepas. Azlina melakukan perkara ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .إِ هن اَّهللَ لَيَطهلِ ُع ِف لَْيلَِة النِ ْص ِف ِم ْن َش ْعبَا َن فَيَ ْغِفُر لِجَِمي ِع َخلِْقِه إَِهّل لُِم ْشِرك أَْو ُم َشا ِحن Sesungguhnya Allah memerhati pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampunkan semua makhluk-Nya (pada malam itu) kecuali orang-orang musyrik dan orang yang saling bermusuhan.373 372 Nisfu bermaksud pertengahan, iaitu pada 15hb Sya’ban. Kebetulan apabila saya menulis contoh ini, ia adalah pada pagi 14hb Sya’ban 1441H, bersamaan 8hb April 2020. 373 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lain-lain. Hadis ini memiliki banyak jalan periwayatan tetapi semuanya memiliki kelemahan di dalamnya. Namun ia saling menguat antara satu sama lain. al- Albani menilainya hasan sahih dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 1026. 330
Amalan Sunnah Ketika Mengikuti Jenazah Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut dikemukakan satu lagi contoh. Arief mengikuti solat jenazah rakannya dan kemudian mengikuti jenazah ke kawasan perkuburan. Orang ramai yang turut serta (1) mengaminkan doa imam selepas solat jenazah, (2) mengikuti jenazah ke kawasan perkuburan dengan membaca surah al-Fatihah dan beberapa surah lazim serta (3) beberapa zikir secara serentak dan kuat. Mereka berkata, “Daripada kita tidak buat apa-apa, lebih baik kita berdoa, membaca surah-surah lazim dan berzikir meskipun ada yang berkata ia bid’ah”. Arief menahan diri daripada semua itu. Arief tidak membaca doa kerana berdasarkan sunnah, tempat berdoa untuk jenazah ialah ketika solat jenazah sebelum memberi salam dan bukannya selepas memberi salam. Apatah lagi membaca doa selepas salam sebenarnya melengah-lengahkan urusan jenazah padahal Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah berpesan, فَ َشٌّر تَ َضعُونَهُ عَ ْن، َوإِ ْن يَ ُك ِسَوى ذَلِ َك، فَِإ ْن تَ ُك َصاِْلَةً فَ َخْْيٌ تَُق ِدُموَْنَا،ِأَ ْسِرعُوا ِبلْجِنَاَزة.ِرقَابِ ُك ْم Bersegeralah menguruskan jenazah kerana jika dia seorang yang soleh, maka kalian (segera) menghantarnya kepada kebaikan sementara jika dia tidak sedemikian, maka kalian (segera) meletakkan keburukan (jauh) daripada leher kalian.374 Arief juga menahan diri daripada membaca surah-surah yang lazim dan apa-apa zikir kerana mengetahui tidak ada riwayat yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca atau menganjurkan semua itu (sunnah tarkiyah). Apa yang diajar oleh Rasulullah hanyalah, … Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, : َما ُه هن ََي َر ُسوَل اَّهللِ؟ قَا َل: قِي َل.َح ُّق الْ ُم ْسلِِم َعلَى الْ ُم ْسلِِم ِس ٌّت “Hak seorang muslim kepada seorang muslim ada enam perkara.” Dikatakan: 374 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1231/1315 (Kitab al-Jana’iz, Bab segera menguruskan jenazah). 331
“Apakah enam perkara itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: ُّ إِذَا لَِقيتَهُ فَ َسلِْم َعلَْيِه “(1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya. َُوإَِذا َدعَا َك فَأَِجْبه (2) Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. ُّ َُوإِذَا ا ْستَْن َص َح َك فَانْ َص ْح لَه (3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. ُّ َُوإِذَا َعطَ َس فَ َح ِم َد اَّهللَ فَ َس ِمتْه 4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. ُّ َُوإِذَا َمِر َض فَعُ ْده (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia. ُّ .َُوإِذَا َما َت فَاتهبِْعه (6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya).”375 Selain itu sambil mengikuti jenazah rakannya itu, Arief mengingati kematian yang bila-bila masa boleh menimpa dirinya. Arief teringat kepada pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, .أَ ْكثُِروا ِذ ْكَر َهاِذِم الله هذا ِت الْ َمْو ِت Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan (kehidupan), yakni kematian.376 Justeru sekalipun Arief hanya berdiam diri selepas solat jenazah dan ketika mengikuti jenazah, dia tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang tempoh itu kerana menahan diri 375 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 4023/2162 (Kitab al-Salam, Bab antara hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah menjawab salam). 376 Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 2992. 332
daripada amalan bid’ah dan mengikuti sunnah Rasulullah yang tidak membaca apa-apa doa, surah-surah al-Qur’an mahupun zikir selepas solat jenazah (sunnah tarkiyah). Selain itu Arief juga mendapat pahala jenis ketiga, yakni kerana memenuhi hak saudara semuslim dengan mengikuti jenazahnya dan pahala jenis keempat, yakni mengingati kematian. Amalan Sunnah Ketika Menghadiri Walimah Merujuk kepada pelajaran Dua Jenis Pahala Kerana Meninggalkan Bid’ah, berikut dikemukakan contoh ketiga. Nasaruddin dan isterinya menghadiri jemputan walimah. Akan tetapi apabila ustaz jemputan khas mengajak para hadirin membaca surah al-Fatihah dan berdoa beramai-ramai untuk kedua-dua pengantin, Nasaruddin dan isterinya tidak turut serta. Mereka tidak membaca surah al-Fatihah dan tidak mengangkat tangan untuk doa bersama kerana ia adalah bid’ah. Amalan seperti itu tidak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika menghadiri majlis walimah para sahabatnya. Pun begitu, Nasaruddin dan isterinya tetap mendapat dua jenis pahala sepanjang pembacaan al-Fatihah dan doa kerana telah menahan diri daripada amalan bid’ah dan berpegang kepada sunnah Rasulullah yang meninggalkan amalan sedemikian (sunnah tarkiyah). Apabila hendak pulang, Nasarudin mengucapkan kepada pengantin lelaki sementara isterinya mengucapkan kepada pengantin perempuan doa yang ringkas tetapi dipenuhi makna yang baik, 333
. َوََجَ َع بَْينَ ُك َما ِف اْلَِْْي، َوَِبَرَك َعلَيْ َك،َِبَرَك اَّهللُ لَ َك Moga Allah memberkati kamu, mengurniakan keberkatannya ke atas kamu dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan. Inilah amalan yang sunnah, sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh, : قَا َل،أَ هن النهِهب َصلهى اَّهللُ عَلَيِْه َو َسلهَم َكا َن إَِذا َرفهأَ الِإنْ َسا َن إَِذا تََزهو َج Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila mendoakan seseorang ketika dia berkahwin, berkata, . َوََجَ َع بَْينَ ُك َما ِف اْلَِْْي، َوَِبَرَك َعلَْي َك،َِبَرَك اَّهللُ لَ َك Moga Allah memberkati kamu, mengurniakan keberkatannya ke atas kamu dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan.377 377 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, Hadis ini hasan sahih. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 1011/1091 (Kitab al-Nikah ‘an Rasulullah, Bab tentang apa yang dikatakan kepada pengantin). 334
Ia Adalah Sesuatu Yang Baik! Zaid bin Tsabit al-Anshari radhiallahu 'anh menceritakan kisah di sebalik projek penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf sebagai berikut, : فََقا َل أَبُو بَ ْكر،أَْر َس َل إَِِهل أَبُو بَ ْكر َمْقتَ َل أَْه ِل اليَ َماَمِة َوعِْن َدهُ عُ َمُر Abu Bakar mengutus aku untuk menemuinya setelah berlakunya pengorbanan (mati syahid) di kalangan para pejuang Islam di pertempuran al-Yamamah378 dan di sisinya (ketika itu) ialah ‘Umar (al-Khaththab). Abu Bakar berkata, أَ ْن يَ ْستَ ِحهر لََرَوإىِِّأَنْنأَ َْخْت َمَشَعى،َِْبَولإِنهِّانِس اليَ َماَمِة َه إَِهبن اَكلثَِقْْتيٌ َلِم قََنْدالاُقْْرسآتَِنَحإِهرَهّليَأَْوَْمن:فََقفَايََْلذ،ِن،اأَلمَََتَوِاّنِط ِبإِلُقهنهراِءعُ َمَِرف ُال َقتْل .الُقْرآ َن ،َُْت َمعُوه “Sesungguhnya ‘Umar datang menemuiku dan berkata, sesungguhnya ramai orang telah terkorban (mati syahid) di kemuncak pertempuran al-Yamamah dan sesungguhnya aku bimbang para penghafal al-Qur’an akan terkorban lagi di kemuncak pertempuran di tempat-tempat yang lain. Sehingga akan hilanglah ramai para penghafal al-Qur’an (dan akan hilanglah al-Qur’an) melainkan kamu menghimpunnya. Sesungguhnya aku berpendapat hendaklah dihimpun al-Qur’an (dalam satu mushaf).” َكيْ َف أَفْ َعلُ َشْيئًا ََلْ يَْفعَْلهُ َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم؟: قُلْ ُت لِعُ َمَر:قَا َل أَبُو بَ ْكر Abu Bakar berkata, “Aku bertanya kepada ‘Umar, bagaimana mungkin aku melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?” .ٌ ُهَو َواَّهلِل َخْْي:فََقا َل عُ َمُر Maka ‘Umar menjawab, “Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!” . َوَرأَيْ ُت اله ِذي َرأَى عُ َمُر،فَلَْم يََزْل عُ َمُر يَُرا ِجعُِن فِيِه َحَهّت َشَرَح اَّهللُ لَِذلِ َك َص ْد ِري (Abu Bakar melanjutkan), “Umar berterusan berbicara tentangnya kepadaku sehinggalah Allah melapangkan dadaku untuk menerimanya. Kini pandangan aku sama 378 Pertempuran al-Yamamah berlaku pada tahun 11H di Yamamah, antara orang-orang murtad yang dipimpin oleh Musailamah al-Kazzab dan pasukan Islam yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid radhiallahu 'anh. 335
seperti pandangan ‘Umar.” : فََقا َل أَبُو بَ ْكر، َوعُ َمُر عِْن َدهُ َجالِ ٌس َّلَ يَتَ َكلهُم:قَا َل َزيْ ُد بْ ُن ََثبِت Zaid bin Tsabit berkata, ‘Umar tetap duduk di sisi Abu Bakar tanpa berkata apa- apa. Seterusnya Abu Bakar berkata, ،»َو َسلهَم َعلَيْ ِه ُالله َصلهى ِاَّهلل لَِر ُسوِل الَو ْح َي تَ ْكتُ ُب ُكنْ َت ،نَتهِه ُم َك ََوَّل ،ٌعَاقِل إِنه َك َر ُجلٌ َشا ٌّب فَتَتَبه ِع .ُالُقْرآ َن فَاَْجَْعه Sesungguhnya kamu seorang lelaki yang muda lagi berakal (bijak) dan kami tidak meragui kamu. Kamu pernah menjadi penulis wahyu bagi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka carilah (semua para penghafal, penulis dan tulisan) al-Qur’an dan himpunkanlah ia (menjadi satu mushaf). : قُْل ُت،فََواَّهلِل لَْو َكلهَفِن نَْق َل َجبَل ِم َن الجِبَاِل َما َكا َن أَثَْق َل َعلَ هي ِِمها أََمَرِّن بِِه ِم ْن ََجِْع الُقْرآ ِن Zaid bin Tsabit berkata, “Demi Allah! Seandainya aku ditugaskan untuk mengalih sebuah gunung daripada gunung-gunung (yang ada di sekitar Madinah), tidaklah ia lebih berat ke atas diriku berbanding perintah menghimpunkan al-Qur’an.” Seterusnya Zaid bin Tsabit bertanya, َكْي َف تَْفعََلَِن َشْيئًا ََلْ يَْف َعلْهُ النهُِّب َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم؟ “Bagaimana mungkin anda berdua melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam?” .ٌ ُهَو َواَّهلِل َخْْي:فََقا َل أَبُو بَ ْكر Maka Abu Bakar menjawab, “Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!” فَُق ْم ُت ،َوعُ َمَر بَ ْكر أَِبي ْد َر.َوَشَرُص َحُدواَِرّهللُال لَِرهَُجا ِلَص ِرَوايلعُلِلهُسِذ ِيب،أَأََُْراجَِعُجهُعُهُِم َنَحَاهلّتِرقَاَِشعَرََوحاْالََّهلْكلُتَا َصِفْد فَلَْم أََزْل فَتَتَبه ْع ُت الُقْرآ َن (Zaid bin Tsabit melanjutkan), “Aku berterusan berbicara (tentangnya) dengan beliau (Abu Bakar) sehinggalah Allah melapangkan dadaku sebagaimana Allah melapangkan dada Abu Bakar dan ‘Umar. Maka aku bangun dan aku terus (memulakan 336
projek) mencari al-Qur’an. Aku menghimpunnya daripada cebisan-cebisan kain, tulang leper, pelepah kurma379 dan dada para penghafal al-Qur’an.” ((لََق ْد ،غَِْْيِه أَ َحد ع.َإِأََِلج ْدآَُِهَخاِرَِهََما ْاْلَنْ َصا ِر ِي ََل آَميَاتَّْعَِينُِتَّْمم َع َحِرُيخَزَْيٌَةَص َرَحَُسهّتوٌلَو َِمج ْْدن أَُنْتُفِمِسْنُك ْمُسوعََرةِِزيٌزالتهعَْولَبَيِْةِه َجاءَُك ْم ))...َعلَيْ ُك ْم Sehinggalah aku menemui pada Khuzaimah al-Anshari dua ayat daripada surah al- Taubah yang tidak aku temui pada sesiapa yang lain, yakni ayat “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan dari kalian sendiri, yang berasa sangat berat terhadap sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kalian…” sehingga akhir ayat (al-Taubah 9:128-129). ُ ُثه ِعنْ َد عُ َمَر َحَهّت تََوفهاه،ُِج َع فِيَها الُقْرآ ُن عِْن َد أَِبي بَ ْكر َحَهّت تََوفهاهُ اَّهلل.َُ ُثه َوعَِكنْانََد ِتَحْافل َصُّصةَ ُحبِنْ ُفِتالهعُِتَمَر،ُاَّهلل Mushaf himpunan al-Qur’an itu disimpan oleh Abu Bakar sehingga Allah mewafatkannya, kemudian disimpan oleh ‘Umar sehingga Allah mewafatkannya, kemudian disimpan oleh Hafshah binti ‘Umar. 380 Terdapat banyak pengajaran penting yang dapat diambil daripada kisah di atas. Salah satu daripadanya adalah projek penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf ini tidak digelar sebagai “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib”. Sebaliknya Abu Bakar dan ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma menggelarnya sebagai “Ia adalah sesuatu yang baik!” Oleh itu dengan mengambil iktibar daripada kisah di atas, apa-apa kebaikan yang dibuat untuk Islam atau dalam rangka membantu perlaksanaan al-Qur’an dan al-Sunnah, seperti meletakkan titik dan baris ke atas ayat-ayat al-Qur’an, penyusunan ilmu-ilmu bahasa Arab, Usl al-Fiqh, al-Jarh wa al-Ta’dil dan kaedah-kaedah syari’at, penulisan kitab-kitab 379 Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sebahagian sahabat pandai menulis tetapi mereka tidak memiliki kertas. Maka mereka menulis ayat-ayat al-Qur’an di atas cebisan kain, tulang yang leper dan pelepah kurma. 380 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan dari kalian sendiri…). Hadis ini menjadi dalil bahawa hafalan atau simpanan seorang sahabat dapat menjadi rujukan dan hujah agama. Ini sebagaimana Khuzaimah al-Anshari yang menghafal atau menyimpan ayat 128-129 surah al-Taubah. 337
tafsir, hadis, syarahan hadis, fiqh dan akhlak, pembinaan pusat-pusat pengajian Islam, hendaklah semua ini disebut sebagai “Ia adalah sesuatu yang baik” atau “Ia adalah baik untuk Islam”. Jangan dikatakan bahawa ia adalah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib mahupun sunat” kerana ia bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang telah menetapkan, ُُمْ َدثَة َوُك ُّل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُلّكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َوُك ُّل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.381 Jangan dikatakan bahawa ia adalah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib mahupun sunat” kerana istilah ini telah dan bakal disalah guna oleh sebahagian agamawan dan orang awam untuk membuat aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu, lalu mereka menjustifikasikannya dengan alasan ia adalah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah”, “Bid’ah yang wajib” atau “Bid’ah yang sunat”. Berdasarkan kisah projek penghimpunan al-Qur’an dalam satu mushaf di atas dan penjelasan yang menyusulinya, saya (penulis) menolak penggunaan istilah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau “Bid’ah yang wajib mahupun sunat”. Penolakan ini saya lakukan meskipun dengan pengetahuan bahawa kebanyakan sarjana Islam rahimahumullah menggunakan istilah tersebut. Saya menghormati dan menyayangi para sarjana tersebut, namun Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih saya hormati dan sayangi, serta dilimpahkan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Atas nafas yang sama, saya mengajak para pembaca yang budiman sekalian untuk sama-sama menolak penggunaan istilah “Bid’ah Hasanah”, “Bid’ah Mahmudah” atau 381 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 338
“Bid’ah yang wajib mahupun sunat”. Ingatlah kepada firman Allah 'Azza wa Jalla, َوَم ْن أَْمِرِه ْم ِم ْن ُاْْلََِْية َْلُُم يَ ُكوَن أَ ْن أَْمًرا َُوَر ُسولُه ُاَّهلل إَِذا قَ َضى ُمْؤِمنَة َوَما َكا َن لُِمْؤِمن َوَّل يَْع ِص .ُمبِينًا َض َلًَّل اَّهللَ َوَر ُسولَهُ فََق ْد َض هل Dan tidaklah patut bagi lelaki yang beriman dan tidak juga bagi perempuan yang beriman (bahawa) apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu urusan, mereka membuat pilihan (lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. [al-Ahzab 33:36] Soalan Lazim 1: ‘Umar al-Khaththab Dan “Bid’ah Hasanah” Amirul Mukminin382 ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah kata “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Perkataan beliau ini menimbulkan kemusykilan kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menetapkan bahawa setiap bid’ah adalah sesat. Bagi menjawab kemusykilan ini, marilah kita merujuk kepada hadis “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” secara sepenuhnya. ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Qari radhiallahu 'anh menerangkan, ٌإَِل الْ َم ْس ِج ِد فَإِذَا النها ُس أَْوَزاع.ُمتََفِرقُوَنَخيَُر َْجصلِ ُيت اَلمهرَعُجعُلَُملَِرنَ ْفبِِْسنِهاَْْولَيُطهاَصلِِبي اَرلهرِضُجَيُلاَفَّهليُلُ َصَعلِْنهُي لَبِْيلََصةًَلَِتِفِهَراَلمهرْهَضاُطَن 382 Bermaksud pemerintah yang menjaga urusan orang-orang yang beriman. 339
Pada satu malam di bulan Ramadhan aku keluar bersama ‘Umar bin al-Kaththab radhiallahu 'anh ke masjid. Ketika itu orang ramai bersolat secara berkumpulan yang terpisah-pisah, ada yang bersolat berseorangan dan ada yang bersolat dengan diikuti solatnya oleh sekumpulan kecil orang (sebagai makmum). عَلَى فَ َج َم َعُه ْم َعَزَم ُثه .أَْمثَ َل لَ َكا َن َوا ِحد قَا ِرئ عَلَى َهُؤَّلَِء ََجَْع ُت لَْو أََرى إِِّن :فََقا َل عُ َمُر أُبَِي .بْ ِن َك ْعب Maka ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku berpendapat jika aku mengumpulkan mereka semua di belakang satu imam, nescaya ia lebih baik.” Kemudian beliau menguatkan azam dan menghimpunkan mereka di belakang Ubai bin Ka‘ab (sebagai imam). : قَا َل عُ َمُر.ُثه َخَر ْج ُت َمعَهُ لَْيلَةً أُ ْخَرى َوالنها ُس يُ َصُلّوَن بِ َصَلَِة قَا ِرئِِه ْم Pada satu malam yang lain aku keluar bersama beliau (‘Umar) dan mendapati orang ramai solat (sebagai makmum) dengan solat imam mereka. ‘Umar berkata, .نِْع َم الْبِ ْدعَةُ َه ِذهِ َوالهِت يَنَاُموَن عَْن َها أَفْ َضلُ ِم ْن الهِت يَُقوُموَن يُِري ُد آ ِخَر اللهيْ ِل “Ini adalah sebaik-baik bid’ah, dan orang yang tidur kerana ingin bangun lewat malam untuk solat adalah lebih utama berbanding solat yang sedang mereka kerjakan sekarang.” .َُوَكا َن النها ُس يَُقوُموَن أَهولَه (‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari) menambah, “Orang ramai ketika itu sedang mendirikan solat pada awal malam.”383 Terhadap hadis ini, khasnya perkataan ‘Umar “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”, terdapat dua pendekatan yang diambil oleh para sarjana Islam rahimahumullah. Pendekatan Pertama memahami perkataan ‘Umar “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” sebagai dalil yang membahagikan bid’ah kepada dua jenis, bid’ah hasanah dan bid’ah 383 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1871/2010 (Kitab Sholat al-Tarawih, Bab keutamaan orang yang bersolat pada malam Ramadhan). 340
dholalah. Maka perbuatan ‘Umar yang melaksanakan solat Tarawih berjemaah adalah satu bid’ah dan perkataan ‘Umar bahawa “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” menunjukkan bahawa ia adalah bid’ah hasanah. Sementara hadis Rasulullah “Setiap bid’ah adalah sesat” merujuk kepada bid’ah dholalah. Ada yang berkata, ini adalah pendekatan yang diambil oleh kebanyakan sarjana Islam rahimahullah.384 Hampir semuanya menggunakan perkataan ‘Umar bin al-Khaththab “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” sebagai dalil bahawa bid’ah terbahagi kepada dua jenis, bid’ah hasanah dan bid’ah dholalah. Seterusnya pembahagian ini diperincikan kepada bid’ah wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Saya (penulis) berkata, meskipun ini adalah pendekatan kebanyakan sarjana Islam, ia tidaklah bererti kita tidak boleh bersikap kritikal terhadapnya dan menyemak semula sejauh mana kekuatan atau kebenarannya.385 Saya juga berkata, perkataan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” adalah sahih, namun ia tidak terlepas dari kemungkinan berlakunya kesilapan atau kelupaan di pihak ‘Umar bin al- Khaththab radhiallahu 'anh. Berikut penjelasannya. Pertama, solat Tarawih secara berjemaah bukanlah bid’ah tetapi sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda pernah melaksanakannya selama beberapa hari, kemudian meninggalkannya kerana bimbang wahyu diturunkan bagi mewajibkannya ke atas umat Islam. Dengan kewafatan baginda, kebimbangan ini hilang kerana wahyu tidak akan diturunkan lagi. Maka setelah kewafatan baginda adalah sunnah untuk berterusan melaksanakan solat Tarawih secara berjemaah. Hadis berikut menjadi dalil dan rujukan. A’isyah radhiallahu 'anha menceritakan, 384 Demikian rumusan oleh Abdullaah Jalil dalam bukunya Konsep al-Tark & Perkara Baru dan Baik Dari Perspektif Shari’at (edisi PDF), bab 2.7.6. 385 Jika sesuatu pendapat itu dipegang oleh kebanyakan sarjana Islam, tidak semestinya ia adalah pendapat yang paling benar atau paling kuat. Sebab, dalam tradisi ilmu Islam terdapat apa yang disebut sebagai taqlid di mana sarjana terkemudian hanya mengikuti pendapat sarjana sebelumnya tanpa menyemak secara kritikal sejauh mana kekuatan dalil dan hujahnya. Selain itu dalam tradisi ilmu Islam terdapat juga budaya “jangan soal pendapat guru” kerana mempersoalkannya bererti tidak menghormati guru. 341
ُثه .ََن ٌس بِ َصَلَتِِه فَ َصلهى لَْيلَة َذا َت الْ َم ْس ِج ِد ِف َصلهى َو َسلهَم عَلَْي ِه ُاَّهلِل َصلهى اَّهلل ِمأَْنهن الَْرَقاُسبِلوََِةل َصلهى .فَ َكثَُر النها ُس Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat dalam masjid pada satu malam lalu orang ramai ikut solat (menjadi makmum) kepada solat baginda. Kemudian baginda bersolat pada malam berikutnya maka lebih ramai orang (yang ikut menjadi makmum). .ُثه ا ْجتَ َمعُوا ِم ْن اللهْيلَِة الثهالِثَِة أَْو الهرابِعَِة فَلَْم َيُْرْج إِلَيِْه ْم َر ُسوُل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ عَلَْيِه َو َسلهَم Kemudian mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat namun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak keluar kepada mereka (untuk menjadi imam). قَْد َرأَيْ ُت اله ِذي َصنَ ْعتُْم فَلَْم َيْنَ ْعِن ِم ْن اْْلُُروِج إِلَْي ُك ْم إَِّله أَِّن َخ ِشي ُت أَ ْن:فَلَ هما أَ ْصبَ َح قَا َل .تُْفَر َض َعلَْي ُك ْم Tatkala Subuh, baginda (keluar kepada mereka dan bersabda), “Demi sesungguhnya aku melihat apa yang kalian lakukan. Tidak ada yang menghalangku dari keluar kepada kalian (untuk menjadi imam) kecuali sesungguhnya aku bimbang ia (solat Tarawih secara berjemaah) diwajibkan ke atas kalian.” . َوذَلِ َك ِف َرَم َضا َن:قَا َل Berkata A’isyah, “Yang sedemikian berlaku dalam bulan Ramadhan.”386 Kedua, ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah terlupa akan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berlaku ke atas dirinya sendiri. Terlupa dan tersilap adalah ciri manusia yang boleh berlaku kepada sesiapa jua, termasuklah kepada ‘Umar. Ini kerana manusia tidak dipelihara oleh wahyu daripada terlupa atau tersilap berbanding Rasulullah. ‘Abdul Rahman bin Abza radhiallahu 'anh menceritakan, 386 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1270/761 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qashriha, Bab anjuran mendirikan Qiyam Ramadhan, iaitu Solat Tarawih). Menarik untuk diperhatikan bahawa al-Bukhari meletakkan hadis seumpama dalam kitab Shahihnya, hadis no.: 1873/2012, sejurus selepas hadis ‘Umar bin al- Khaththab yang berkata “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Berdasarkan tertib ini, seolah-olah al-Bukhari ingin menerangkan bahawa ia bukanlah bid’ah kerana Rasulullah sendiri pernah mengimami solat Tarawih berjemaah pada zamannya. 342
). َّل تُ َص ِل: (فََقا َل عُ َمُر.َ إِِّن أَ ْجنَبْ ُت فَلَْم أُ ِص ِب المَاء:َجاءَ َر ُجلٌ إَِل عُ َمَر بْ ِن اْلَطها ِب فََقا َل Seorang lelaki datang kepada ‘Umar al-Khaththab lalu berkata, “Sesungguhnya aku dalam keadaan junub (berhadas besar) sementara aku tidak menemui air (untuk Mandi Wajib).” ‘Umar menjawab, “Jangan solat (sehinggalah kamu menemui air untuk Mandi Wajib) فَلَ ْم ،(فَأَ ْجنَْبنَا ،َوأَنْ َت أَََن َسَفر ِف ُكنها أََهن تَ ْذ ُكُر أََما :اْلَطها ِب بْ ِن لِعُ َمَر ََي ِسر بْ ُن َع هماُر فََقا َل َِن ِد .)َالْ َماء Maka ‘Ammar bin Yasir berkata kepada ‘Umar bin al-Khaththab, “Apakah kamu tidak ingat bahawa kita pernah dalam satu perjalanan, aku dan kamu. Lalu kita dalam keadaan junub (hadas besar) sementara kita tidak menemui air (untuk Mandi Wajib). فََذَكْر ُت لِلنهِِب صلى الله عليه،) فَ َصلهيْ ُت،معه ْك ُت (ِف الَُّتَا ِب:َ َعَوأَلَْيهماِه أَََوَنَسفلهَتََم،ُ ففََأََقهمااَلأَنْالنهَتُِّبفَلَْمَصلهتُىَصاِللله،وسلم Adapun kamu, maka kamu tidak solat sementara aku berguling di atas tanah lalu aku solat. (Sekembalinya ke Madinah), aku menyebut apa yang berlaku kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ُثه، َونََف َخ فِيِه َما، فَ َضَر َب النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَْيِه َو َسلهَم بِ َكهفْيِه اْلَْر َض: َه َك َذا.َم َس َح ِِبإَِِّهَنمَاا ََكواْجَنَهيهَُ ْكَوَِفكيهفْيَِهك “Sesungguhnya cukuplah kamu berbuat hanya seperti ini”, maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menepuk ke bumi dengan kedua tapak tangannya, meniup kedua- duanya, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya itu ke wajahnya dan tapak tangannya.387 Dalam hadis di atas, ‘Umar terlupa bahawa tayamum boleh menggantikan Mandi Wajib dalam kes ketiadaan air, meskipun beliau sendiri pernah menghadapinya.388 387 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 326/338 (Kitab al-Tayamum, Bab orang yang bertayamum, apakah dia meniup kedua-dua tangannya?). Teks Arab dalam kurungan dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 562/569 (Kitab al-Thaharah wa Sunaniha, Bab tentang bertayamum dengan menepuk sekali). 388 Tayamum asalnya adalah satu kemudahan Islam, namun telah ditokok tambah pelbagai syarat sehingga 343
Ketiga, ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh pernah melakukan sesuatu yang baharu sebelum itu, yakni pada zaman pemerintah Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh. Perkara baharu itu adalah menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf. Apabila ditanya tentangnya, ‘Umar tidak berkata “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” tetapi sebaliknya berkata, “Demi Allah! Ia adalah sesuatu yang baik!”389 .ٌُهَو َواَّهللِ َخْْي Ini adalah ucapan yang benar lagi menepati sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, berbanding ucapan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Keempat, ‘Umar bin al-Khathhthab radhiallahu 'anh adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia lagi utama. Banyak hadis-hadis sahih yang menerangkan keutamaan beliau. Selain itu ‘Umar adalah seorang yang bijak lagi cerdas. Pada zaman pemerintahannya, banyak pembaharuan yang beliau lakukan untuk Islam.390 Namun setakat kajian saya, ‘Umar tidak menyebut atau menggelar pembaharuan-pembaharuan tersebut sebagai “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”.391 Kelima, meskipun ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh adalah sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia lagi banyak keutamaannya, perkataan beliau “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” tidak boleh digunakan untuk membahagikan bid’ah kepada hasanah dan dholalah. Perkataan beliau tidak boleh digunakan untuk mengkhususkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berikut ini kepada bid’ah dholalah sahaja, ُُْم َدثَة َّوُك ُل ُُْم َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِْد َعة َوُك ُّل akhirnya menjadi satu kesukaran. Lebih lanjut tentang tayamum yang asal lagi mudah, sila rujuk buku saya Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit yang boleh dimuat turun di www.hafizfirdaus.com 389 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4311/4679 (Kitab Tafsir al-Qur’an, Bab tafsir ayat 128 surah al-Taubah: “Demi sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari kalangan dari kalian sendiri…). Hadis yang lengkap telah dikemukakan dalam pelajaran sebelum ini. 390 Sila cari di enjin carian Google: Pembaharuan Umar al-Khattab. 391 Jika saya terlepas pandang, mohon dikemukakan rujukan dan darjat kekuatannya agar kenyataan di atas dapat dibetulkan. 344
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.392 Ini kerana perkataan beliau bukanlah wahyu sementara sabda Rasulullah adalah wahyu. Sabda Rasulullah menetapkan bahawa setiap perkara baharu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan, maka tidak boleh menyelisihi sabda Rasulullah dengan membahagikan perkara baharu itu kepada bid’ah yang baik dan bid’ah yang sesat. Oleh itu sebagaimana yang dinyatakan dalam ilmu Usl al-Fiqh dalam bab perkataan para sahabat, bahawa apabila berlaku pertentangan antara keduanya, maka sabda Rasulullah diunggulkan di atas perkataan sahabat (yakni perkataan ‘Umar bin al-Khaththab). Di sini penulis tidak berkata bahawa ‘Umar sengaja menentang atau menyelisihi sabda Rasulullah. Bahkan ‘Umar juga pernah berkata-kata sebagai sabda Rasulullah. Diriwayatkan, َو َسلهَم َعلَْيِه.ُقِمْيَدلُثَةاَّبهلِلِْدََعوأَةٌهنَوأَُك ْحله َبسِْدَنَعاةْلَْدَضَِيللََهةٌْدَوُكُيلهُُمَ هَضمَدللَةَصلهِفىالاَنهّاهللُِر ُتَاأَأََْصّلَدَوُإِق هنالِْقُكي ِهلل:ُيَُُمُْقَدوََُثل أَنههُ َكا َن َوإِ هن َشهر اْلُُموِر Bahawasanya (‘Umar) lazim berkata, “Sebenar-benar perkataan adalah perkataan Allah (al-Qur’an) dan bahawasanya sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan sesungguhnya seburuk-buruk urusan adalah perkara- perkara baharu. Ketahuilah, sesungguhnya setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka.”393 Oleh itu ‘Umar bukan sengaja menentang atau menyelisihi sabda Rasulullah. Akan tetapi beliau telah tersilap atau terlupa apabila mengatakan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Kesimpulan, berdasarkan penjelasan di atas, saya berpendapat terdapat 392 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 393 Dikeluarkan oleh Ibn Waddah (286H) dalam al-Bida’ wa Nahi ‘Anha, riwayat no.: 56. 345
kemungkinan yang tinggi bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh telah tersilap atau terlupa apabila mengatakan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”. Justeru ia tidak boleh digunakan sebagai dalil membahagikan bid’ah kepada hasanah dan dholalah, mahupun mengkhususkan sabda Rasulullah kepada bid’ah dholalah sahaja. Kesilapan atau kelupaan ‘Umar ini tidak sedikit pun mengurangi kemuliaan serta keutamaan beliau sebagai salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Pendekatan Kedua menyatakan bahawa apabila ‘Umar bin al-Khaththab mengatakan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”, maka yang beliau maksudkan ialah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Sementara apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ُُمْ َدثَة َّوُك ُل ُُمْ َدََثُُتَا اْلُُموِر َو َشُّر ُُمَ همد َه ْد ُي اْلَْد ِي َن.أبَِْدْصعََدةَق َاضَْْللَلَِدةٌي َوُِثك ُّلكِتَاَضَُبللَاَةّهللِِفَوأَالْنحهاَِرس إِ هن ٌبِ ْدعَة َوُك ُّل Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara- perkara yang baharu (dalam agama), setiap perkara baharu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam neraka 394 maka ia adalah dari aspek syari’at. Ibn Rejab rahimahullah (795H)395 menjelaskan perbezaan perkataan bid’ah dari aspek bahasa dan syari’at, ، فَِإَّهنَا ذَلِ َك ِف الْبِ َدِع الُلّغَِويهِة، َما َوقَ َع ِف َكَلِم ال هسلَ ِف ِم َن ا ْستِ ْح َسا ِن بَْع ِض الْبِ َدِع.َّل ال هشْرَعِوأَيههمِةا Adapun apa yang datang daripada perkataan generasi Salaf yang memandang baik sebahagian bid’ah, maka sesungguhnya yang sedemikian (merujuk kepada) bid’ah dari 394 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al- Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah). 395 Beliau ialah Zainuddin ‘Abdurrahman bin Ahmad bin Abdurrahman, seorang ilmuan masyhur dalam Mazhab Hanbali. Nama gelaran “Ibn Rejab” merujuk kepada datuknya yang lahir dalam bulan Rejab. Lahir di Baghdad pada 736H dan meninggal dunia di Damaskus pada 795H. 346
aspek bahasa, bukan dari aspek syari’at. َضا َن َعلَى إَِمام َوا ِحد.ََجَنَِعْع َاملنهاُت َاسلْبِِْدفعَقِةُيَاَِهم ِذَرِهَم:َذلَِو ََخكَرقََجْوَُولَرآ ُهعُْمَمَريُ َرَصُلِّضوََين اََكّهلَلذُلِعََنْكهُفَلََقهمااَل،ِف الْ َم ْسفَِِمجْنِد Antara contohnya adalah perkataan ‘Umar radhiallahu 'anh tentang solat (Tarawih) pada malam Ramadhan, tatkala beliau menghimpunkan orang ramai di belakang seorang imam di dalam masjid. Lalu apabila beliau keluar (ke masjid) dan melihat mereka solat seperti itu (berjemaah di belakang seorang imam), maka beliau berkata, “Ini adalah sebaik-baik bid’ah.” .ُ فَنِْع َم ُت الْبِ ْدعَة،ٌ إِ ْن َكانَ ْت َه ِذهِ بِْد َعة:َوُرِو َي عَْنهُ أَنههُ قَا َل Juga diriwayatkan daripada ‘Umar bahawa beliau berkata, “Seandainya ini adalah bid’ah, maka ia adalah bid’ah yang baik.” ُ َولَ ِكنهه، قَْد عَلِ ْم ُت: فََقا َل عُ َمُر، إِ هن َه َذا ََلْ يَ ُك ْن:ُ قَا َل لَه،َوُرِو َي عَ ْن أُبَِي بْ ِن َك ْعب .َح َس ٌن Juga diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab bahawa dia berkata kepada ‘Umar (tatkala ‘Umar menyuruhnya menjadi imam), “Sesungguhnya ini (solat Tarawih berjemaah di belakang seorang imam) tidak pernah berlaku.” Maka ‘Umar menjawab, “Sungguh aku mengetahuinya, akan tetapi ia adalah baik.” ِم َن أُ ُصوٌل ُلَه َولَكِ هن ،الَْوقْ ِت َه َذا قَْب َل الَْو ْجِه َه َذا َعلَى يَ ُك ْن ََْل الِْفْع َل أَ هن َه َذا ال هشِريعَِةَويُُمْرَراَجُدهُُع .إِلَْي َها (Bid’ah) yang dimaksudkan (oleh ‘Umar dalam ucapan-ucapannya di atas) adalah bahawasanya perbuatan itu (solat Tarawih berjemaah di belakang seorang imam) tidak pernah dilakukan dalam bentuk sedemikian pada waktu pemerintahannya. Akan tetapi ia memiliki asal daripada syari’at (Islam), yang dapat dirujuk kepadanya. َوَكا َن ،فِي ِه َويَُرغِ ُب ،َرَم َضا َن اِم.ََِصفله الْىَماَّهلْسلُ ِجَعلَِديِْهََجََواَسَعلهاَمتَكاُمَتَنَفَِريُقَةًُّثَوُوَعْلَح َدىاًَقِني أَ هن النهِهب ِفَفِمْنَزَمَهنِاِه النها ُس يَ ُقوُمو َن Antaranya, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menganjurkan solat pada 347
malam Ramadhan serta mendorong ke arahnya, lalu orang ramai pada zaman baginda melaksanakannya di dalam masjid secara berjemaah yang berpisah-pisah dan berseorang-seorangan. ُنََدهَُع ِمَصْلنهىَذلِاَّهلَلك.َْأُلَِمَُواَثهنِاخبَِْمرْعت،َِنفَوَغاَهلََْْْذيَعا لَْشْيقَِرلَْدةا،مَُصلهفَِبَيَىْعْصِبَِجَحُزاْصبوِاِهَحالعََبِيَِاهِنِاَلِلْفاِقيََْالرََِمفْمَرابَِضِدِها، َخَوَُِصرشلهِوَيىَيأَاَّْعَنهلْنلُهُيُ أَعَْكنلَهتَيْهُِهََبكَاو َعََنسلَلهيْيََمِهُقْمو،ُمَعلََعيْلِِهًَلَوِبَسََونلههُههَُمَو Maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam solat bersama para sahabatnya (secara berjemaah di belakang seorang imam) untuk beberapa malam. Kemudian baginda berhenti daripada berbuat sedemikian kerana bimbang seandainya ia diwajibkan ke atas mereka lalu mereka tidak akan mampu melakukannya. Kebimbangan ini hilang sesudah (kewafatan)nya, shallallahu 'alaihi wasallam.396 Juga diriwayatkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda pernah solat pada malam-malam yang ganjil bersama para sahabatnya, pada sepuluh malam yang terakhir (bulan Ramadhan). ، َوأَقَهرهُ عَلِ ٌّي، َزاَدهُ عُثْ َما ُن ِْلَا َجِة النها ِس إِلَيِْه،الْجُُمعَِة اْلَهوُل.َي أَعََذلَاْيُِهن:َّملَُوِمالْْنُم ْذَسللِِ ِمَك.َع..َوا ْستَ َمهر Antaranya, azan pertama pada hari Jumaat.397 Ia ditambah oleh ‘Utsman (ibn ‘Affan radhiallahu 'anh) kerana keperluan orang ramai dan ia dipersetujui oleh ‘Ali (bin Abi Thalib radhiallahu 'anh). Amalan ini diteruskan oleh umat Islam (selepas zaman dua khalifah tersebut). . َولَعَلههُ أََراَد َما أََراَد أَبُوهُ ِف قِيَاِم َرَم َضا َن،ٌ ُهَو بِْدعَة:َوُرِو َي َع ِن ابْ ِن عُ َمَر أَنههُ قَا َل Sementara diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa dia berkata, “Itu adalah bid’ah!” Kemungkinan besar apa yang beliau maksudkan adalah sama seperti yang dimaksudkan oleh ayahnya tentang solat (Tarawih) malam Ramadhan (bahawa ia adalah bid’ah dari aspek bahasa).398 396 Maksudnya, sesudah baginda wafat, tidak ada lagi wahyu yang akan turun yang akan mewajib solat Tarawih berjemaah. 397 Perincian tentang tambahan azan untuk solat Jumaat diterang secara berasingan dalam pelajaran lain. 398 Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam (( )جامع العلوم والحكمal-Maktabah al-Syamilah), jld. 2, m.s. 128-129. 348
Justeru “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” yang dimaksudkan oleh ‘Umar adalah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Kesimpulan, apabila ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh mengucapkan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah”, yang beliau maksudkan adalah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Ia adalah bid’ah dari aspek bahasa kerana merupakan sesuatu yang baharu pada zaman pemerintahannya. Ia bukan bid’ah dari aspek syari’at kerana melaksanakan solat Tarawih berjemaah di belakang satu imam kerana dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ringkasnya ‘Umar tidak mencipta apa-apa bentuk ibadah yang baharu lalu menjustifikasikannya sebagai sebaik-baik bid’ah, bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah. Meskipun ‘Umar pernah mengucapkan “Ini adalah sebaik-baik bid’ah” dari aspek bahasa, tidak digalakkan untuk meneruskan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama seperti bid’ah hasanah atau bid’ah mahmudah. Ini kerana ucapan seperti ini telah dan bakal disalah guna oleh sebahagian agamawan dan masyarakat untuk mencipta dan mengamalkan aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu dalam syari’at Islam. Ringkasnya mereka telah mengambil ucapan ‘Umar yang dimaksudkan dari aspek bahasa lalu mengenakannya ke atas bid’ah dari aspek syari’at yang mereka cipta dan amalkan. 349
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449