Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore 90 Pelajaran Tentang Bid'ah

90 Pelajaran Tentang Bid'ah

Published by Ismail Rao, 2020-07-03 03:52:55

Description: Bid’ah adalah satu perkara yang penting untuk diketahui. Banyak ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah yang menyebut tentang bahaya bid’ah kepada agama dan umat, serta keselamatan di Akhirat.
Buku ini menghimpun ayat2 al-Qur’an dan hadis2 tersebut, agar para pembaca sekalian dapat mengetahui betapa besarnya bahaya bid’ah. Pada waktu yang sama dikaji beberapa aqidah dan ibadah yang lazim, apakah ia sunnah atau bid’ah. Kemudian diakhiri dengan beberapa soalan lazim tentang bid’ah yang menyebabkan ramai keliru tentangnya.

Search

Read the Text Version

Mengkaji Ucapan al-Fatihah Sempena Berita Kematian Apabila seorang ayah mengajar ahli keluarganya ucapan “Inna lillah wa inna ilaihi rojiun” tatkala mendengar berita kematian atau ditimpa apa jua musibah sehingga menjadi satu kebiasaan mereka semua, maka dia telah memulakan sunnah yang baik sebagaimana hadis, ‫ ِم ْن غَِْْي أَ ْن يَْن ُق َص‬،ُ‫ َوأَ ْجُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا بَْع َده‬،‫ فَلَهُ أَ ْجُرَها‬،ً‫ اْلِإ ْسَلِم ُسنهةً َح َسنَة‬،‫ِم ْن أُ ُجوَمِرِْهنْم َسَشهنْيِءٌف‬ Sesiapa yang memulakan sunnah yang baik dalam Islam, maka baginya pahala dan pahala orang-orang sesudah itu yang mengamalkan kebiasaan tersebut tanpa dikurangi pahala mereka walau sedikit jua.470 Ini kerana ayah itu telah menghidupkan semula sesuatu yang memang disyari’atkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .‫َولَنَْبلَُونه ُك ْم بِ َش ْيء ِم َن اْْلَْو ِف َوالْجُوِع َونَْقص ِم َن اْلَْمَواِل َواْلَنُْف ِس َوالثهَمَرا ِت َوبَ ِشِر ال هصابِِري َن‬ Dan tentu akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sesuatu (dalam bentuk) ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (penyakit, kecacatan atau kematian) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, .‫اله ِذي َن إِذَا أَ َصابَْت ُه ْم ُم ِصيبَةٌ قَالُوا إَِهن َِّهللِ َوإَِهن إِلَيِْه َرا ِجعُوَن‬ (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada Dia-lah kami kembali.” .‫أُولَئِ َك عَلَيِْه ْم َصلََوا ٌت ِم ْن َرِِبِْم َوَرْْحَةٌ َوأُولَئِ َك ُه ُم الْ ُم ْهتَ ُدوَن‬ Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. [al-Baqarah 2:155-157]471 470 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 471 Maksud mendapat selawat daripada Allah ialah mendapat pujian daripada Allah. Demikian jelas Ibn Katsir dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, tafsir bagi ayat 157 surah al-Baqarah. 400

Namun apabila seorang ayah mengajar ucapan “al-Fatihah” kepada ahli keluarganya tatkala mendengar berita kematian sehingga menjadi kebiasaan mereka semua, maka dia telah memulakan sunnah yang buruk sebagaimana hadis, ‫ ِم ْن َغِْْي أَ ْن‬،‫ َكا َن َعلَْيِه ِوْزُرَها َوِوْزُر َم ْن َع ِم َل ِِبَا ِم ْن بَْع ِدِه‬،ً‫َلِم ُسنهةً َسيِئَة‬.‫يَْن ُق َص َِموَمْنْنأَْوََسزا ِهرنِه ِْمف اَشْلِْإيءٌْس‬ Sebaliknya sesiapa yang memulakan sunnah yang buruk dalam Islam, maka ke atasnya dosa dan dosa orang-orang sesudah itu yang mengamalkannya tanpa dikurangi dosa mereka walau sedikit jua.472 Ini kerana ucapan “al-Fatihah” adalah sesuatu yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Tidak diketahui bahawa Rasulullah ada menyebut atau mengajar sebutan “al-Fatihah” dalam apa jua keadaan, baik yang menggembirakan mahupun yang menyedihkan. Jika ada yang berhujah “Saya membaca al-Fatihah sebagai doa kepada orang yang baru meninggal dunia”, maka katakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia maka doa yang bermanfaat baginya di Alam Barzakh ialah agar Allah mengampuni dosanya, merahmatinya, mengurniakannya ketetapan dalam menghadapi soal-jawab dalam kubur, melapangkan kuburnya dan memeliharanya daripada azab kubur. Adapun doa dalam surah al-Fatihah maka ia adalah tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Ini adalah doa untuk orang yang masih hidup dan bukannya orang yang sudah meninggal dunia. Sebab, apabila seseorang itu telah memasuki Alam Barzakh dia tidak lagi memiliki pilihan tentang jalan agamanya. Jika ada yang berhujah “Saya membaca al-Fatihah untuk menghadiahkan pahala bacaan kepada orang yang meninggal dunia”, maka katakan bahawa Rasulullah shallallahu 472 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4830/1017 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membiasakan kebiasaan yang baik atau buruk dan sesiapa yang menyeru kepada hidayah atau kesesatan). 401

'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan, baik dalam erti kata hukum sunat mahupun wajib, untuk menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an apabila mendengar berita kematian. Maka amalan membaca dan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah sempena berita kematian termasuk dalam hadis, .ّ‫َم ْن عَ ِم َل عَ َمَلً لَْي َس عَلَيِْه أَْمُرََن فَ ُهَو َرٌد‬ Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak ada atasnya perintah kami, maka ia tertolak.473 Justeru jika amalan adalah tertolak, maka pahala apakah yang dihadiahkan kepada orang yang baru meninggal dunia itu? 473 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 3242 & 3243/1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah). 402

Soalan Lazim 8: Para Sahabat Mencipta Bid’ah Pada Zaman Rasulullah Terdapat beberapa hadis yang sahih menerangkan para sahabat radhiallahu 'anhum mencipta ibadah sendiri pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masih hidup. Baginda tidak menghukumi mereka sebagai berbuat bid’ah, sebaliknya membolehkannya dan ada sehingga memujinya. Hadis-hadis ini dijadikan hujah oleh sebahagian agamawan bahawa mencipta ibadah sendiri bukanlah bid’ah yang menyesatkan. Berikut dikemukakan tiga yang masyhur daripadanya. Hadis Pertama, daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada Bilal radhiallahu 'anh setelah solat Subuh, .‫ فَِإِّن َِْسْع ُت َد هف نَْعلَيْ َك بََّْي يََد هي ِف الجَنهِة‬،‫ََي بَِلَُل َح ِدثِْن ِبَْرَجى َع َمل عَ ِملْتَهُ ِف الِإ ْسَلَِم‬ “Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling kamu harapkan dalam Islam (setelah engkau memeluknya). Ini kerana sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di syurga.” ‫َصلهْي ُت‬ ‫إَِهّل‬ ،‫َْنَار‬ ‫أَْو‬ ‫لَيْل‬ ‫َساعَ ِة‬ ‫ِف‬ ،‫طَُهوًرا‬ ‫أَتَطَههْر‬ ْ‫ََل‬ ‫أَِّن‬ :‫عِْن ِدي‬.‫أَأُْر ََجصلِىَي‬ ‫َع َمًَل‬ ‫وِرَماَماعَ ُِمكتلِْ َُبت‬:‫القَاُطَّلُه‬ ‫بَِذلِ َك‬ ‫ِل أَ ْن‬ Bilal menjawab, “Tidaklah aku beramal dengan satu amalan yang lebih aku harapkan (balasan syurga) di sisiku, yakni tidaklah aku berwudhu dengan satu wudhu pada satu ketika malam atau siang, melainkan aku mendirikan solat dengan wudhu’ itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.”474 Dalam hadis di atas, Bilal telah mencipta bid’ah dengan mendirikan solat sunat selepas berwudhu’. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarang Bilal daripada solat sunat itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan hadis ini mengisyaratkan bahawa solat sunat wudhu’ itulah yang menjadi kelebihan bagi Bilal sehingga dia dapat memasuki syurga. Hadis Kedua, Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqiy radhiallahu 'anh berkata, 474 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1081/1149 (Kitab al-Tahajjud, Bab keutamaan berwudhu’ pada malam dan siang serta keutamaan solat sesudah wudhu’ pada malam dan siang). 403

ُ‫اَّهلل‬ ‫َِْس َع‬ :‫قَا َل‬ ‫الهرْكعَ ِة‬ ‫ِم َن‬ ُ‫َرأْ َسه‬ ‫َرفَ َع‬ ‫فَلَ هما‬ ،‫َو َسلهَم‬ ‫َعلَيْ ِه‬ ُ‫الله‬ ‫َصلهى‬ ‫النهِِب‬ َ‫َوَراء‬ ‫نُ َصلِي‬ ‫يَْوًما‬ ‫ُكنها‬ ‫لَِم ْن‬ .ُ‫َِْح َده‬ Pernah pada satu hari kami solat di belakang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (sebagai makmum). Tatkala baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk (untuk i’tidal) dan mengucapkan, “Allah mendengar orang yang memuji-Nya”, .‫ َربهنَا َولَ َك اْلَْم ُد َْحْ ًدا َكثِْيًا طَيِبًا ُمبَاَرًكا فِيِه‬:ُ‫قَا َل َر ُجلٌ َوَراءَه‬ Seorang lelaki di belakangnya (yang juga menjadi makmum) mengucapkan, “Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian. Pujian yang banyak, baik lagi diberkati padanya.” .‫ أَََن‬:‫ َم ِن المُتَ َكلُِم؟ قَا َل‬:‫ قَا َل‬،‫فَلَ هما انْ َصَر َف‬ Tatkala selesai solat Rasulullah bertanya, “Siapakah yang mengucapkan itu?” Lelaki itu menjawab, “Saya”. .‫ َرأَيْ ُت بِ ْض َعةً َوثََلَثَِّي َملَ ًكا يَْبتَ ِدُروَْنَا أَُيُّه ْم يَ ْكتُبُ َها أَهوُل‬:‫قَا َل‬ Rasulullah bersabda, “Aku melihat lebih 30 malaikat berlumba-lumba siapakah di kalangan mereka yang pertama dapat mencatatnya.”475 Dalam hadis di atas, seorang sahabat telah mencipta bid’ah dengan membaca ucapan sendiri dalam solat, yakni ketika i'tidal. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarangnya daripada ucapan itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan para malaikat juga tidak menghukuminya sebagai bid’ah, sebaliknya berlumba-lumba untuk mencatatnya. Hadis Ketiga, A’isyah radhiallahu 'anha menceritakan, ‫ َوَكا َن يَْقَرأُ ِْلَ ْص َحابِِه ِف َصَلَُِتِْم فَيَ ْختُِم‬،‫أَ هن النهِهب َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم بَعَ َث َر ُجًَل عَلَى َسِريهة‬ 475 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 757/799 (Kitab al-Azan, Bab keutamaan membaca “Allahumma Rabbana Lakal Hamd”). Ketika mensyarahkan hadis ini, ada sarjana Islam yang berpendapat ia menjadi dalil boleh menyusun zikir buatan sendiri di dalam solat, asalkan ia tidak menyalahi zikir yang disyari’atkan. Pendapat ini saya bantah, sila ikuti penjelasan selanjutnya dalam pelajaran ini. 404

.‫بُِق ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد‬ Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki (bagi memimpin) satu misi perang yang kecil. (Apabila mengimami) solat para sahabatnya (dalam misi tersebut), dia membaca surah kemudian menutupinya dengan surah “Qul Huwallahu ahad”.476 ‫ َسلُوهُ ِْلَ ِي َش ْيء يَ ْصنَ ُع َذلِ َك؟‬:‫ فََقا َل‬،‫فَلَ هما َر َجعُوا ذََكُروا ذَلِ َك لِلنهِِب َصلهى اللهُ َعلَيِْه َو َسلهَم‬ Tatkala kembali, mereka menceritakan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda bersabda, “Tanyalah kepada dia kenapakah dia berbuat sedemikian?” .‫ َوأَََن أُِح ُّب أَ ْن أَقَْرأَ ِِبَا‬،‫ ِْلَْهنَا ِصَفةُ الهرْْحَ ِن‬:‫ فََقاَل‬،ُ‫فَ َسأَلُوه‬ Maka mereka bertanya kepada dia, lalu dia menjawab, “Sebab, (surah itu menceritakan) sifat al-Rahman dan aku suka untuk membacanya (dalam setiap rakaat).” .ُ‫ أَ ْخِبرُوهُ أَ هن اَّهللَ َُِيُبّه‬:‫فََقا َل النهُِّب َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم‬ (Setelah mereka kembali dan menerangkan jawapannya itu) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Khabarkanlah kepadanya bahawa Allah menyukainya.”477 Dalam hadis di atas, seorang sahabat telah mencipta dua bid’ah, (1) membaca surah al-Ikhlas dalam setiap rakaat pertama dan kedua bagi setiap solat fardhu yang diimaminya dan (2) mengkhususkan satu surah daripada surah-surah al-Qur’an. Setelah dilaporkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarangnya daripada kedua-dua perbuatan itu, apatah lagi menghukuminya bid’ah. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga tidak menghukuminya sebagai bid’ah, sebaliknya mengkhabarkan bahawa Dia menyukai sahabat tersebut. Berdasarkan tiga hadis di atas, kelihatan seolah-olah para sahabat telah berbuat bid’ah pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka melakukan apa yang 476 Maksudnya dalam rakaat pertama dan kedua, lelaki itu sebagai imam membaca surah al-Fatihah, diikuti dengan apa-apa surah lain, kemudian ditutupi dengan surah al-Ikhlas. Ini berlaku pada setiap solat fardhu. 477 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6827/7375 (Kitab al-Tauhid, Bab tentang ajakan Nabi agar umatnya mentauhidkan Allah). 405

sebelum itu tidak diajar atau diamalkan oleh Rasulullah. Namun Rasulullah tidak menghukumi mereka sebagai telah berbuat bid’ah. Baginda membolehkannya, bahkan sehingga memujinya dengan menerangkan kelebihan ibadah-ibadah tersebut. Hadis-hadis ini dan beberapa lain yang seumpama menjadi dalil bahawa dibolehkan mencipta ibadah tersendiri dan ia tidak dianggap bid’ah. Demikian dalil dan hujah sebahagian agamawan bagi membolehkan bid’ah pada masa kini. Jawapan Dalil dan hujah di atas dapat dijawab seperti berikut. Jawapan Pertama, apabila para sahabat melakukan sesuatu ibadah, tidak semestinya ia merupakan rekaan mereka sendiri. Boleh jadi ia berasal daripada ajaran atau amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, hanya mereka tidak menceritakannya pada saat melaksanakan ibadah tersebut. Dalam contoh Bilal yang mendirikan solat sunat dua rakaat setelah wudhu’ misalnya, ia bukanlah rekaannya sendiri. Ia bukanlah satu bid’ah. Sebab, ibadah itu sendiri pernah diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah bersabda, ،‫َوَو ْجِهِه‬ ‫بَِقلْبِِه‬ ‫َعلَيِْه َما‬ ٌ‫ُم ْقبِل‬ ،‫َرْكعَتَِّْي‬ ‫فَيُ َصلِي‬ ُ‫يَُقوم‬ ‫ُثه‬ ،ُ‫ُو ُضوءَه‬ ‫يَتََو هضأُ فَيُ ْح ِس ُن‬ ‫َما ِم ْن ُم ْسلِم‬ ‫إَِهّل‬ .ُ‫َو َجبَ ْت لَهُ الْجَنهة‬ Tidaklah seorang muslim mengambil wudhu’ lalu memperbaguskan wudhu’nya, kemudian dia bangun untuk solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan wajahnya (khusyuk) pada kedua-dua rakaat, melainkan wajib baginya syurga.478 Jawapan Kedua, apabila para sahabat mencipta sesuatu ibadah tersendiri, tidak semestinya semua dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Antaranya ada yang dipersetujui oleh baginda dan ada yang dilarangnya. Terdapat beberapa contoh, 478 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 345/234 (Kitab al-Thaharah, Bab zikir yang dianjurkan setelah wudhu’). 406

berikut dikemukakan tiga daripadanya. Contoh Pertama, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh menceritakan, ،ِ‫ ال هسَلَُم َعلَى اَّهللِ ِم ْن ِعبَاِده‬:‫ قُلْنَا‬،‫َلَِة‬:‫نهِفَِبَقا ََصللهالىنهِاُلّبلهُ َصعَلهلَيْىِه الَلوهَُسلهَعَلَمْيِهِفَواَلسلهَمهص‬،‫ال هسَلَُم ُعَكنلَهاىإِفذَُاَلَُكننهاَوفَُمََعلَ انل‬ Lazimnya kami, apabila kami bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam solat (ketika duduk tasyahud), kami mengucapkan, “Salam kepada Allah daripada para hamba-Nya, salam kepada fulan dan fulan.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, :‫ َولَكِ ْن قُولُوا‬،ُ‫ فَِإ هن اَّهللَ ُهَو ال هسَلَم‬،‫َّلَ تَُقولُوا ال هسَلَمُ عَلَى اَّهلِل‬ Janganlah kalian berkata, “Salam ke atas Allah” kerana sesungguhnya Allah, Dia- lah al-Salam. Sebaliknya berkatalah, ‫ ال هسَلَمُ َعلَْينَا‬،ُ‫ ال هسَلَُم عَلَيْ َك أَُيَّها النهُِّب َوَرْْحَةُ اَّهللِ َوبََرَكاتُه‬،‫َوا ُت َوالطهيِبَا ُت‬.َ‫َو َعلَى ِعالبَتاهِدِحياهَاّهللُِتالَِّهللِهصاَْواِللَِّيهصل‬ “Segala penghormatan, keberkatan dan kebaikan bagi Allah. Salam, rahmat dan keberkatan Allah kepada engkau wahai Nabi. Salam ke atas kami dan ke atas hamba- hamba Allah yang soleh.” .‫فَِإنه ُك ْم إَِذا قُلْتُْم أَ َصا َب ُكله عَبْد ِف ال هس َماِء أَْو بََّْي ال هس َماِء َواْلَْر ِض‬ Ini kerana sesungguhnya jika kalian mengucapkan seperti itu, ia merujuk kepada setiap hamba di langit, atau di antara langit dan bumi.479 Jika sebelum ini telah dikemukakan hadis bagaimana Rifa’ah bin Rafi’ al-Zuraqiy mencipta ucapan tersendiri ketika i’tidal lalu dibolehkan oleh Rasulullah, maka dalam hadis ini diterangkan bagaimana para sahabat mencipta ucapan tersendiri ketika duduk tasyahud dan ia dilarang oleh Rasulullah. Seterusnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar 479 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 791/835 (Kitab al-Azan, Bab memilih doa tertentu selepas bacaan tasyahud dan ianya tidaklah wajib). Juga dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5853/6328 (Kitab al-Da’awat, Bab doa dalam solat). 407

bacaan yang betul. Contoh Kedua, Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu 'anh menceritakan, ،‫َشَرفًا‬ ‫نَ ْعلُو‬ ‫َوَّل‬ ،‫َشَرفًا‬ ‫نَ ْصَع ُد‬ ‫َّل‬ ‫فَ َجعَْلنَا‬ ،‫غََزاة‬ ‫ِف‬ ‫َو َسلهَم‬.‫أَ َْصصلهَواتَىنَااللِهُبلتهَعْلَكْيبِِْهِي‬ ‫َإرَِهُّسلوَِرلفَ ْعانلَلاِه‬ ‫َم َع‬ ‫ُكنها‬ ‫َوَّل‬ ‫َواد‬ ‫َْنْبِ ُط ِف‬ Kami pernah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu misi perang. Maka kami menjadikan (aktiviti kami seperti berikut), tidaklah kami mendaki satu bukit, menaiki satu tempat tinggi, menuruni satu lembah melainkan kami bertakbir dengan mengangkat suara kami. ‫ْنفَِإنهعُنُُكِْقم‬.‫أَأَنَْحُفِدِسُك ْمُك ْمِم‬ ‫عَلَى‬ ‫اْربَعُوا‬ ‫ ِذأَُيّيَهاتَاْلدنهعُاوَُسن‬:‫فَإَِقهان َلاله‬ .‫بََوِصَسْلهيًاَم‬ ‫تَ َْدصلهعُىو َانللهَُِْسيعَلًَعْياِه‬ ‫اللِه‬ ‫ُل‬،‫َ فََصَدهمََنَوَِّملنهاغََرائُِسبًاو‬:‫قَواَنَلأ‬.ُ‫ََمرااِحتَلَتِْدِهع‬ ‫إِ َل‬ ‫أَقَْر ُب‬ ‫إَِّهنَا‬ Abu Musa berkata, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendekati kami dan bersabda, “Wahai manusia, tahanlah diri kalian (daripada bertakbir dengan kuat). Ini kerana sesungguhnya kalian bukanlah menyeru (Allah) yang pekak mahupun ghaib. Sesungguhnya kalian menyeru (Allah) yang tidak lain Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Sesungguhnya (Allah) yang kalian seru itu (Pengetahuan-Nya, Pendengaran-Nya dan Penglihatan-Nya) lebih hampir kepada salah seorang kalian berbanding leher haiwan tunggangannya.”480 Dalam hadis ini, para sahabat membuktikan semangat mereka dalam misi perang dengan bertakbir secara kuat. Tentu ini satu bid’ah yang amat baik. Namun ia tidak dianggap baik oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu ditegur oleh baginda dan diberikan sebabnya. Contoh Ketiga, Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan, ُ‫َجاءَ ثََلثَةُ َرْهط إََِل بُيُو ِت أَْزَوا ِج النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم يَ ْسأَلُو َن َع ْن ِعبَاَدِة النهِِب َصلهى اَّهلل‬ 480 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al- Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19599. Lihat juga Shahih al- Bukhari, hadis no.: 3883/4205. 408

.‫َعلَْيِه َو َسلهَم فَلَ هما أُ ْخِبرُوا َكأَْهنُْم تََقاُلّوَها‬ Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka tatkala dikhabarkan kepada mereka tentang (ibadah baginda), mereka merasakan ia hanyalah sedikit. .‫ َوأَيْ َن َْن ُن ِم ْن النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم قَْد غُِفَر لَهُ َما تََق هدَم ِم ْن َذنْبِِه َوَما َتَ هخَر‬:‫فََقالُوا‬ Mereka berkata, “Di manakah kita jika dibandingkan dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kerana sudah diampunkan untuk baginda dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang?” :‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أُفْ ِطُر‬ ‫َوَّل‬ ‫ال هد ْهَر‬ ‫أَ ُصوُم‬ ‫أَََن‬ :‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أَبًَدا‬ ‫اللهْي َل‬ ‫أُ َصلِي‬ ‫أَهما أَََن فَِإِّن‬ :‫أَ ْعتَِزُقَلااَللنِأََسَاحءَُدفَُهَْمل‬ ‫أَََن‬ .‫أَتََزهو ُج أَبًَدا‬ Berkata salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, maka sesungguhnya aku akan solat malam sepanjang malam.” Berkata yang lain, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan aku tidak akan berbuka.” Dan berkata yang lain, “Aku akan menjauhi wanita dan aku tidak akan menikah selama-lamanya.” ‫أََما َواَّهللِ إِِّن‬ ‫االهلنِِذيَسَناءَقُْلفَتَُمْمْنَكََرذاغِ ََوبَك َذاَع؟ْن‬ ‫ أَنْتُْم‬:‫فََقاَل‬ ‫اأََّهللُُصوُمَعلَْيَوِهأُفْ َِوطُرَسلهََموأُ إَِلصَْيلِِهيْم‬ ‫لََصلهِكِىن‬ ‫َر ُسوُل اَّهلِل‬ ِ‫ َشا ُكفَْمَجَاِّهلءَل‬.‫َِْملَِنْخ‬ ‫ُسنهِت فَلَْي َس‬ ‫َوأَْرقُُد َوأَتََزهو ُج‬ ُ‫َوأَتَْقا ُك ْم لَه‬ Maka datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka lalu bertanya, “Kaliankah yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalangan kalian dan aku juga yang paling bertakwa kepada-Nya di kalangan kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka, aku shalat dan juga tidur serta aku menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.” 481 Dalam hadis di atas, tiga sahabat tersebut tidak mencipta apa-apa ibadah baharu. Mereka hanya mahu menambah kuantiti ibadah mereka berbanding kuantiti ibadah 481 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4675/5063 (Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk bernikah). 409

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun hajat baik mereka itu ditegur keras oleh baginda, Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku. Demikian tiga contoh di mana para sahabat mencipta ibadah sendiri dan ingin menambah kuantiti ibadah namun dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hadis-hadis ini dan beberapa lain yang seumpama menjadi hujah bahawa bukan semua ibadah yang dibuat sendiri oleh para sahabat diperbolehkan oleh Rasulullah. Sebaliknya ada yang baginda bolehkan dan ada yang baginda larang. Fakta lain yang amat penting bagi kesemua hadis ini adalah kehadiran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerima wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi menentukan ibadah manakah yang dibolehkan dan ibadah manakah yang dilarang. Adapun selepas kewafatan baginda, apabila seseorang itu mencipta ibadah tersendiri, tidak ada wahyu yang akan turun bagi menentukan apakah ia dibolehkan atau dilarang. Maka hadis-hadis yang menunjukkan para sahabat mencipta ibadah tersendiri pada zaman Rasulullah bukanlah dalil mahupun hujah yang membolehkan bid’ah pada zaman kini. Jawapan Ketiga, para sahabat merupakan orang-orang istimewa yang diiktiraf, diredai dan dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut akan dikemukakan dalam pelajaran seterusnya. Sebelum ini dalam pelajaran Tuduhan Syi’ah Bahawa Para Sahabat Mencipta Bid’ah telah dikemukakan juga ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah tentang betapa besar pengorbanan para sahabat untuk Islam. Disebabkan keistimewaan ini, mereka diberi peluang untuk turut serta dalam proses pensyari’atan Islam yang berlaku secara bertahap-tahap. Melalui peluang ini, mereka dapat merasakan betapa diri mereka diraikan, dihargai, dihormati, dimuliakan dan diikut sertakan (sense of belonging) dalam proses pensyari’atan Islam. Namun keistimewaan ini hanyalah untuk para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak kepada muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat selepas mereka. Oleh itu tidak boleh berhujah “Jika sahabat boleh buat ibadah sendiri maka kita pun boleh buat ibadah sendiri” kerana kita tidak memiliki darjat keistimewaan sebagaimana 410

para sahabat Rasulullah. Jawapan Keempat, semua hadis yang menerangkan para sahabat mencipta ibadah tersendiri, baik yang kemudiannya dibolehkan atau dilarang oleh Rasulullah, berlaku sebelum turunnya ayat pertama surah al-Hujurat. Setelah turunnya ayat pertama surah al- Hujurat, mereka tidak lagi melakukannya kerana telah dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ayat pertama surah al-Hujurat yang dimaksudkan, .‫ََي أَُيَّها اله ِذي َن آَمنُوا َّل تَُق ِدُموا بََّْي يََد ِي اَّهلِل َوَر ُسولِِه َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َِْسي ٌع َعلِيٌم‬ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul- Nya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Hujurat 49:01]482 Mencipta ibadah tersendiri termasuk dalam perbuatan mendahului Allah dan Rasul- Nya dan ini dilarang dalam ayat di atas. Oleh itu meskipun seseorang itu berjaya mengemukakan puluhan hadis sahih yang menceritakan para sahabat mencipta ibadah tersendiri pada zaman Rasulullah, ia tidak dapat dijadikan hujah kerana semua itu berlaku sebelum turunnya ayat pertama surah al- Hujurat. Dengan turunnya ayat pertama surah al-Hujurat ini, para sahabat dan umat Islam seluruhnya sehingga Hari Kiamat tidak lagi dibenarkan mencipta ibadah tersendiri. Jawapan Kelima, apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .‫الْيَْوَم أَ ْك َمْل ُت لَ ُك ْم ِدينَ ُك ْم َوأََْتَْم ُت َعلَيْ ُك ْم نِْع َمِت َوَر ِضي ُت لَ ُك ُم اْلِإ ْسَلَم ِدينًا‬ Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03] maka termasuk dalam kesempurnaan, kecukupan dan keredaan tersebut ialah beberapa ibadah yang dimulakan oleh para sahabat dan kemudiannya dipersetujui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun dengan turunnya ayat ketiga surah al-Maidah di atas, tidak boleh lagi memulakan atau mencipta aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu kerana pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat- Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. 482 Penjelasan lanjut tentang ayat ini telah dikemukakan dalam bab Jangan Mendahului Allah dan Rasul-Nya. 411

Soalan Lazim 9: Para Sahabat Mencipta Bid’ah Selepas Kewafatan Rasulullah Terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan para sahabat radhiallahu 'anhum seolah-olah mencipta ibadah sendiri selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hadis-hadis ini dijadikan hujah oleh sebahagian agamawan bahawa mencipta ibadah sendiri bukanlah bid’ah yang menyesatkan. Berikut dikemukakan empat yang masyhur daripadanya. Hadis Pertama, al-Sa’ib bin Yazid radhiallahu 'anh menerangkan, ‫اَّهلِل‬ ‫َر ُسوِل‬ ‫َع ْه ِد‬ ‫ِف‬ ‫المِْنبَِر‬ ‫َعلَى‬ ‫الجُ ُم َع ِة‬ ‫يَْوَم‬ ،‫َْيلِ ُس الِإَماُم‬ ‫َرِحِضََّيي‬ ُ‫الجُُمعَِة َكا َن أَهولُه‬ ‫َم‬،‫اللإِهُهنعَالَْيْلِهَذَاَوَنَسلهيََمْو‬ ‫َصلهى‬ .‫اَّهللُ َعْن ُه َما‬ ‫ َوعُ َمَر‬،‫َوأَِبي بَ ْكر‬ Sesungguhnya azan pada hari Jumaat adalah apabila imam mula-mula duduk, yakni duduk di atas mimbar.483 (Demikianlah) yang berlaku pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar dan ‘Umar radhiallahu 'anhuma. ‫ِبْلََذا ِن‬ ‫الجُُم َعِة‬ ‫يَْوَم‬ ‫عُثْ َما ُن‬ ‫أََمَر‬ ،‫َوَكثُُروا‬ ،ُ‫ َعْنه‬.ُ‫ثْ َفمَاثَبََن َبْتِناْلَعَْمهفُار َنعَلََرىِض ََذيلِاََّهلكل‬،ُ‫ِعَلَفىِخاَلهلَزْفَوَِةراِءع‬ ‫فَلَ هما َكا َن‬ ‫ فَأُِذ َن بِِه‬،‫الثهالِ ِث‬ Tatkala pada zaman Khalifah ‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu 'anh, orang semakin ramai. Maka ‘Utsman memerintahkan azan ketiga484, lalu dilaungkan azan di atas Zaura’ (sebuah menara di pasar Madinah). Demikianlah ditetapkan urusan ini (azan tiga kali).485 Dalam hadis di atas, ‘Utsman bin ‘Affan telah mencipta bid’ah dengan menambah sebuah lagi azan untuk solat Jumaat. Hadis Kedua, bahawa ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh, dia bertakbir pada hari- 483 Maksudnya apabila saja tergelincir matahari menandakan masuknya waktu zohor, imam atau khatib akan keluar lalu duduk di mimbar. Seterusnya bilal akan azan. Di sini terdapat dalil tidak adanya solat sunat qabliyyah Jumaat sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia. Perkara ini (tidak adanya solat sunat qabliyyah Jumaat) sudah saya jelaskan dalam buku ini. 484 Asalnya dua azan, yang pertama ketika masuk waktu Zohor dan yang kedua ketika iqamat. Maka azan ketiga yang diperintahkan oleh ‘Utsman dilaungkan sebelum masuk waktu Zohor. 485 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 865/916 (Kitab al-Jumu’ah, Bab melaungkan azan ketika hendak khutbah). 412

hari Tasriq (11-13 Zulhijjah) dengan mengucapkan, .‫ َوَِّهللِ اْْلَْم ُد‬،ُ‫ اَّهللُ أَ ْكبَر‬،ُ‫ َواَّهللُ أَ ْكبَر‬،ُ‫ َّل إِلَهَ إَِهّل اَّهلل‬،ُ‫ اَّهللُ أَ ْكبَر‬،ُ‫اَّهللُ أَ ْكبَر‬ Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.486 Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud bertakbir dengan mengucapkan lafaz sendiri. Beliau tidak menyandarkannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, umpama dengan berkata, “Rasulullah mengajar kami lafaz takbir…” “atau “Rasulullah pernah bertakbir dengan mengucapkan…”. Tindakan beliau mengucapkan lafaz takbir tersendiri menunjukkan kebolehan berbuat bid’ah. Hadis Ketiga, ‘Abdullah bin Hisyam radhiallahu 'anh menerangkan, ‫كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يتعلمون الدعاءكما يتعلمون القرآن إذا دخل‬ :‫الشهر أو السنة‬ Kebiasaan para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mereka saling mempelajari doa sebagaimana mereka saling mempelajari al-Qur’an. Apabila masuk bulan atau tahun (baharu, mereka mempelajari doa), ‫ِم َن‬ ‫َوِر ْضَوان‬ ،‫ال هشيْطَا ِن‬ ‫ِم َن‬ ‫َو َجَواز‬ ،‫َواْلِإ ْسَلِم‬ ‫َوال هسَلَمِة‬ ،‫َواْلِإَيَا ِن‬ ‫ِبْلَْم ِن‬ ‫َعلَْينَا‬ ُ‫أَْد ِخلْه‬ ‫اللهُه هم‬ .‫الهرْْحَ ِن‬ “Ya Allah, masukkanlah ia ke atas kami dengan keamanan dan keimanan, keselamatan dan keislaman, bebas daripada syaitan, keredaan daripada al-Rahman.487 Dalam hadis di atas, para sahabat radhiallahu 'anhum melakukan dua bid’ah. Pertama, mereka mengkhususkan setiap awal bulan dengan satu ibadah. Kedua, ibadah itu mereka khususkan kepada satu lafaz doa bagi setiap awal bulan. Mereka melakukan kedua- 486 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya (al-Maktabah al-Syamilah), hadis no: 5651 (Kitab Sholat al-‘Idain, Bab bagaimana takbir pada Hari Arafah) dan sanadnya dinilai sahih oleh ‘Ali Hasan bin ‘Ali al-Halabi dalam Ahkam al-‘Idain fi al-Sunnah al-Muthahharah (edisi terjemahan oleh Abdul Ghoffar atas judul Meneladani Rasulullah s.a.w. Dalam Berhari Raya; Pustaka Imam asy-Syafi’i, Jakarta, 2005), ms. 35. 487 Sahih: Dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika membicarakan biodata Abdullah bin Hisyam dalam al-Ishobah fi Tamyiz al-Shohabah (al-Maktabah al-Syamilah), no. 5010. Berkata al-Hafiz Ibn Hajar setelah mengemukakan riwayat ini, “(Riwayat) ini mauquf, (sahih) di atas syarat al-Shahih (yakni al-Bukhari).” 413

dua pengkhususan ini tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Semua ini menunjukkan kebolehan berbuat bid’ah. Hadis Keempat, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh berkata, ،‫تَ ْد ُرو َن‬ ‫َّل‬ ‫فَإِنه ُك ْم‬ ،‫عَلَْي ِه‬ َ‫ال هصَلة‬ ‫فَأَ ْح ِسنُوا‬ ،‫َو َسلهَم‬ ‫َعلَْي ِه‬ ُ‫الله‬ ‫َصلهى‬ ‫اَّهلِل‬ ‫ َر ُسوِل‬.‫َععَلَلَْيِهى‬ ‫َصلهْي تُ ْم‬ ‫إِذَا‬ ‫لَعَله‬ ‫يُْعَر ُض‬ ‫َذلِ َك‬ Apabila kalian berselawat ke atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka perbaguskanlah selawat kalian ke atas baginda kerana kalian tidak tahu mungkin selawat itu dibentangkan di hadapan baginda. :‫ قُولُوا‬،‫ قَا َل‬،‫ فَ َعلِ ْمنَا‬:ُ‫فََقالُوا لَه‬ Orang ramai berkata kepadanya, “Maka ajarkanlah kami (selawat yang lebih bagus). ‘Abdullah ibn Mas’ud berkata, “Ucapkanlah, ،‫ َو َخاَُِت النهبِيَِّي‬،‫ َوإَِماِم الْ ُمتهِقَّي‬،‫ر َسلَِّي‬.ْ‫َك َوَعَرلَُسىوِلَسيِالِدهرْاْلْحَِةُم‬،‫ئَِِدوبَاَرَْكْلاَْْتِِي‬،‫تَ َوَقكَا‬،َ‫اَْْولََرِْْْْيح‬،‫َلإِتََماَِمك‬،‫ُُمَ همد عَابْللهِدُهَكهم اَوَرْجُسعَوْللِ َكَص‬ Ya Allah, jadikanlah selawat-Mu, rahmat-Mu dan keberkatan-keberkatan-Mu ke atas penghulu segala rasul, imam orang-orang bertaqwa dan penutup para nabi (yakni) Muhammad, hamba-Mu, pesuruh-Mu, imam segala kebaikan, pemimpin segala kebaikan dan rasul yang rahmat. .‫ يَغْبِطُهُ بِِه اْلَهولُوَن َواْل ِخُرو َن‬،‫اللهُه هم ابْعَثْهُ َمَقاًما َُمْ ُموًدا‬ Ya Allah, bangkitkanlah baginda (di Akhirat kelak) di kedudukan yang terpuji, kedudukan yang menjadi kecemburuan orang-orang awal dan akhir. ‫ إِنه َك‬،‫ َو َعلَى آِل إِبَْرا ِهي َم‬،‫ َك َما َصلهيْ َت عَلَى إِبَْرا ِهي َم‬،‫ َو َعلَى آِل ُُمَ همد‬،‫هم َص ِل عَلَى ُُمَ همد‬.‫َِْحي ٌد َُِمايللهٌدُه‬ Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Terpuji lagi Maha Agung. 414

‫ إِنه َك‬،‫ َو َعلَى آِل إِبَْرا ِهي َم‬،‫ َك َما َِبَرْك َت عَلَى إِبَْرا ِهي َم‬،‫ َوعَلَى آِل ُُمَ همد‬،‫هم َِب ِرْك َعلَى ُُمَ همد‬.‫َِْحي ٌد َُِمايللهٌدُه‬ Ya Allah, curahkanlah keberkatan ke atas Muhammad dan ke atas ahli keluarga Muhammad sebagaimana Engkau curahkan keberkatan ke atas Ibrahim dan ke atas ahli keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Terpuji lagi Maha Agung.”488 Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud telah berbuat bid’ah dengan mencipta lafaz selawat sendiri. Bahkan beliau menganjurkan orang ramai untuk memperbaguskan lafaz selawat masing-masing. Demikian dalil dan hujah sebahagian agamawan bagi membolehkan bid’ah pada masa kini. Jawapan Dalil dan hujah di atas dapat dijawab seperti berikut. Jawapan Pertama, para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah dipuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Qur’an dan dijadikan hujah agama. Maksudnya, apa yang mereka lakukan menjadi rujukan agama dan boleh dijadikan dalil agama. Ini kerana mereka adalah orang-orang yang paling memahami al-Qur’an dan sunnah Rasulullah.489 Justeru adalah mustahil mereka melakukan bid’ah dalam agama, kerana bid’ah adalah perbuatan yang dilarang oleh al-Qur’an dan Rasulullah. Seandainya mereka orang- orang yang melakukan bid’ah selepas kewafatan Rasulullah, nescaya sejak awal Allah tidak akan memuji mereka dan menjadikan mereka dalil agama. Ayat-ayat al-Qur’an yang dimaksudkan adalah seperti berikut. Ayat Pertama, firman Allah 'Azza wa Jalla, .‫قُ ْل َه ِذِه َسبِيلِي أَْدعُو إَِل اَّهلِل َعلَى بَ ِصَْية أَََن َوَم ِن اتهبَ َعِن َو ُسْب َحا َن اَّهللِ َوَما أَََن ِم َن الْ ُم ْشِركَِّي‬ 488 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 906 (Kitab Iqamat al-Sholat wa Sunnah fi ha, Bab selawat ke atas Nabi). 489 Secara lebih terperinci, perkataan dan perbuatan para sahabat dalam bidang aqidah dan ibadah adalah dalil agama kerana mereka tidak akan sekali-kali berani membuat aqidah dan ibadah sendiri. Perkataan dan perbuatan sahabat dalam bidang muamalat menjadi rujukan agama, namun diperhatikan juga keadaan sekeliling kerana adakalanya mereka berpendapat dan berbuat apa yang sesuai dengan zaman mereka sahaja. 415

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” [Yusuf 12:108] Ketika ayat di atas diturunkan, orang-orang yang mengikutiku merujuk kepada para sahabat radhiallahu 'anhum. Allah menjadikan mereka bersama Rasulullah sebagai dalil jalan agama yang betul. Seandainya mereka berbuat bid’ah, baik pada zaman Rasulullah atau selepas kewafatan baginda, nescaya mereka bukan orang-orang yang berada di atas jalan Rasulullah lagi tidak mengajak manusia kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maka ayat ini menjadi dalil bahawa para sahabat tidak akan berbuat bid’ah.490 Ayat Kedua, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ‫ُسوَل ِم ْن بَْع ِد َما تَبَهَّي لَهُ اْلَُدى َويَتهبِ ْع َغْْيَ َسبِي ِل الْ ُمْؤِمنَِّي نَُولِِه َما تََوَهل َونُ ْصلِِه‬.‫َجَهنهَم َوَوََسماْنءَ يُْتَشاَمقِِقِصْاليًاهر‬ Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [al-Nisa’ 4:115] Ketika ayat ini diturunkan, orang-orang yang beriman merujuk kepada para sahabat radhiallahu 'anhum. Allah menjadikan mereka sebagai dalil agama, di mana mereka berada di atas jalan yang betul. Sesiapa yang mengikuti jalan yang lain berada di atas jalan yang salah sehingga layak diazab dalam neraka jahannam. Ayat ini menjadi dalil bahawa para sahabat tidak akan berbuat bid’ah kerana jika mereka berbuat bid’ah, nescaya mereka juga berada di atas jalan yang salah.491 490 Firman Allah, orang-orang yang mengikutiku tidak terbatas kepada para sahabat Rasulullah sahaja. Ia terbuka sehingga ke akhir zaman di mana sesiapa jua yang mengikuti jalan agama Rasulullah secara keseluruhan, maka dia termasuk dalam bicara ayat. 491 Firman Allah, jalan orang-orang yang beriman tidak terbatas kepada para sahabat Rasulullah sahaja. Ia terbuka sehingga ke akhir zaman di mana sesiapa jua yang beriman, yang mengikuti jalan agama Rasulullah secara keseluruhan, maka dia termasuk dalam bicara ayat. 416

Ayat Ketiga, Allah 'Azza wa Jalla berfirman, ‫ِض َي اَّهللُ َعْن ُه ْم َوَر ُضوا‬.‫َعنْهُ َوأَعََواهدل َْهلسُاْمبُِقَجونهَنا اْتلَهوَلُْتوِرَنيِمََْتنتَاَلهْاُماَهْالَِْْجنَاِريُرَن ََخوااْلِلَِندْي ََصناِفِريََهوااله أِذَبيًَدَنا اتهذَلبَِعَُكوُهالْْمَفِْوبُِزْحالَْسَعاِظني ُمَر‬ Dan orang-orang terdahulu yang awal dari kalangan Muhajirin dan Anshar, dan orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda ke atas mereka dan mereka reda ke atas-Nya. Dan Allah menjanjikan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. (Mereka) kekal di dalamnya selama-lamanya. Sedemikian itu adalah kemenangan yang besar. [al-Taubah 9:100] Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia reda ke atas para sahabat dan menjanjikan syurga kepada mereka. Muhajirin adalah para sahabat Rasulullah di Mekah yang kemudian berhijrah ke Madinah. Anshar adalah para sahabat Rasulullah di Madinah. Ketika ayat ini diturunkan, orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan baik merujuk kepada para sahabat Rasulullah selain kalangan Muhajirin dan Anshar. Seandainya para sahabat ini berbuat bid’ah, baik pada zaman Rasulullah masih hidup atau selepas wafat, tentu Allah tidak akan reda ke atas mereka mahupun menjanjikan syurga kepada mereka.492 Ayat Keempat, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, .‫ُكْنتُْم َخَْْي أُهمة أُ ْخِرَج ْت لِلنها ِس َتُْمُرو َن ِِبلْ َم ْعُرو ِف َوتَْن َهْو َن عَ ِن الْ ُمْن َكِر َوتُْؤِمنُو َن ِِبَّهلِل‬ Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia (disebabkan) kalian menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran serta kalian beriman kepada Allah. [‘Ali Imran 3:110] Ketika ayat ini diturunkan, kalian merujuk kepada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka adalah umat yang aktif menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. Antara kebaikan yang mereka suruh ialah mempelajari dan 492 Firman Allah, orang-orang (terkemudian) yang mengikuti mereka dengan baik tidak terbatas kepada para sahabat Rasulullah tetapi terbuka kepada sesiapa jua sehingga akhir zaman. Bererti sesiapa yang mengikuti sunnah para Muhajirin dan Anshar dalam beragama secara keseluruhan, seperti mengorbankan jiwa dan harta demi Islam, bersungguh-sungguh membela dan menghidupkan sunnah Rasulullah, Allah reda kepada mereka dan menjanjikan syurga kepada mereka. 417

mengamalkan sunnah Rasulullah sementara kemungkaran yang mereka larang ialah mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah. Seandainya para sahabat berbuat yang sebaliknya, nescaya mereka bukanlah umat terbaik yang layak dipuji dalam ayat di atas.493 Selain ayat-ayat al-Qur’an di atas, terdapat juga hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memuji para sahabatnya dan menjadikan mereka rujukan agama. Hadis pertama, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, .‫ ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم‬،‫ ُثه اله ِذي َن يَلُوَْنُْم‬،‫َخْْيُ أُهمِت قَْرِّن‬ Sebaik-baik umatku ialah generasiku (para sahabat), kemudian generasi yang mengikuti mereka (tabi’in) dan kemudian generasi yang mengikuti mereka (tabi’ tabi’in).494 Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memuji para sahabatnya sebagai sebaik-baik umatku. Demikian juga dengan dua generasi selepas mereka, yang disebut sebagai tabi’in dan tabi’ tabi’in. Seandainya mereka berbuat bid’ah selepas kewafatan baginda,nescaya mereka bukanlah sebaik-baik umatku.495 Hadis Kedua, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendongak ke langit melihat bintang-bintang dan para sahabat pun ramai yang turut mendongak ke langit kerana mengikuti perbuatan baginda. Kemudian baginda bersabda, .‫ فَإِذَا ذَ َهبَ ِت الُنّ ُجوُم أَتَى ال هس َماءَ َما تُو َع ُد‬،‫الُنّ ُجومُ أََمنَةٌ لِل هس َماِء‬ Bintang-bintang adalah penyelamat bagi langit. Apabila perginya bintang-bintang maka akan datanglah kepada langit apa yang dijanjikan. 493 Ayat ini terbuka sehingga akhir zaman di mana sesiapa jua yang beriman kepada Allah, lalu aktif menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, maka menjadilah dia umat yang terbaik. Umat masa kini hanya beriman kepada Allah tetapi amat sedikit yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran meskipun terhadap ahli keluarga tersendiri. Maka menjadilah umat Islam dalam keadaan seperti yang diketahui sekarang ini. 494 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3377/3650 (Kitab Ashab Nabi, Bab keutamaan para sahabat Nabi). 495 Tiga generasi inilah yang disebut sebagai Salaf sementara sesiapa jua yang berusaha mengikuti jalan agama mereka secara keseluruhan, mereka disebut sebagai Salafi. 418

.‫ فَإِ َذا ذَ َهبْ ُت أَتَى أَ ْص َحاِبي َما يُوعَ ُدوَن‬،‫َوأَََن أََمنَةٌ ِْلَ ْص َحاِبي‬ Dan aku adalah penyelamat bagi para sahabatku. Apabila aku pergi maka akan datanglah kepada kepada sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka. .‫ فَإِ َذا ذَ َه َب أَ ْص َحاِبي أَتَى أُهمِت َما يُو َع ُدوَن‬،‫َوأَ ْص َحاِبي أََمنَةٌ ِْلُهمِت‬ Dan para sahabatku adalah penyelamat bagi umatku. Apabila para sahabatku pergi maka akan datanglah kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka.496 al-Nawawi rahimahullah (676H) menjelaskan, ‫وَوَنَغقَ)ِْْْ)يولُِههَُْمم ْعنَعَاَصلَلهُهْي ِهىِمْمْانََّهلوالُنْظُتَُهعََهلوَاْيِرِِهكالْابَِلْوَدَمَسِلعهِدَيمنََواِةْ(ْل(ََوََوواَمأَِدهكْصةَِثَحَاوِِبَغفيِْْياألََمذَِدنلَِيةٌِنَكَِْلُواَوهملَْهِِفتََِذِِهتفَِإُفكُِيَذلّاِهَهاََذوَِمهطُلُْنَوبِعُم أْعَقَِْْصجرَِزناَحتِااِهِلبيهشَْيصأَلهتَطَاىىِناَأُّهلهَملوُِظُتعَُهلَْيوَمِِهرا‬.‫ايَُلوُوّرَسعَولهِمُدَم‬ Sabdanya shallallahu 'alaihi wasallam Dan para sahabatku adalah penyelamat bagi umatku. Apabila para sahabatku pergi maka akan datanglah kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka, yakni tersebarnya bid’ah, perkara-perkara baharu dan fitnah dalam agama, munculnya tanduk syaitan, tersebarnya (kekuasaan kerajaan) Rom dan selain mereka ke atas umat Islam serta pencabulan terhadap kehormatan kota Madinah, Mekah dan perkara selainnya. Semua ini (benar-benar berlaku selepas kewafatan Rasulullah dan) termasuk daripada mukjizat (baginda) shallallahu 'alaihi wasallam.497 Seandainya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, nescaya mereka bukanlah penyelamat ke atas umat Islam. Sebagai Rasul yang menerima wahyu daripada Allah tentang perkara yang akan berlaku, tentu sejak awal baginda tidak akan memuji mereka sebagai “penyelamat” selepas kewafatannya. Hadis Ketiga, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, 496 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4596/2531 (Kitab Fadha’il al-Shahabah, Bab kehadiran Nabi adalah amanah bagi para sahabat dan kehadiran sahabat adalah amanah kepada umat). 497 Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj, syarah bagi hadis no.: 4596/2531. 419

‫َستَ ْفََِت ُق‬ َ‫الْ ِملهة‬ ِ‫َه ِذه‬ ‫ َوإِ هن‬،ً‫ِملهة‬ ‫َسْبَوعِِهَّيَي‬،‫ثِِْنفتَْاّلِيْجَنهَوِة‬ ‫ََتَقَُووَاوا ِحعَلََدةٌى‬،ْ‫لَثُِْكنتَْما ِِمن ْنَوأََسْْبه ِعُلواَلْن ِكِتَفا الِنبهااِرف‬:‫ثََألََّلثإَِهون َسَمبْ ْعِنّقََيْب‬ ‫َعلَى‬ .ُ‫الْجََما َعة‬ Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kalian daripada kalangan Ahli Kitab telah berpecah kepada 72 golongan sementara umatku akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan berada dalam neraka sementara hanya satu berada dalam syurga. Golongan itu ialah al-Jemaah.498 al-Jemaah merujuk kepada para sahabat baginda radhiallahu 'anhum, sebagaimana dalam satu lafaz yang lain bahawa apabila ditanya siapakah satu golongan itu, baginda diriwayatkan menjawab, . ‫َما أَََن عَلَْيِه َوأَ ْص َحاِبي‬ Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.499 Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas, al- Jemaah merujuk kepada para sahabat radhiallahu 'anhum. Sebab pada ketika itu merekalah satu-satunya jemaah yang ada. Seandainya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah, nescaya mereka bukanlah golongan selamat yang bakal memasuki syurga. Demikianlah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menafikan kemungkinan para sahabat mencipta, meyakini atau mengamalkan bid’ah selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jawapan Kedua, telah diriwayatkan beberapa nasihat, peringatan (tazkirah) dan teguran para sahabat radhiallahu 'anhum tentang bid’ah. Semua ini menunjukkan bahawa mereka memang menjauhi bid’ah dan melarang orang ramai pada zaman itu daripada bid’ah. 498 Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no.: 3981/4597 (Kitab al-Sunnah, Bab syarah tentang al-Sunnah) dan berkata Syu’aib al-Arna’uth, “Sanadnya hasan, namun berkata al-Hafiz (Ibn Hajar al-‘Asqalani) dalam Takhrij Ahadits al-Kasyaf, hadis berpecahnya umat adalah sahih dengan syahid-syahidnya.” Rujuk juga penjelasan al-Albani yang panjang lebar tentang hadis ini dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 204. 499 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, hadis no.: 2565/2641 (Kitab al-Iman, Bab tentang berpecahnya umat ini) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini “hasan gharib mufassar”. al-Albani pada awalnya menilai hadis ini dha’if (Takhrij Misykat al-Masabih, hadis no.: 171), kemudian menilainya hasan (Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2565/2641) dan akhir sekali menilainya sahih (Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 1348). 420

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh pernah memberi tazkirah kepada orang ramai, antaranya beliau berpesan, .ٌ‫فَاتهبِعُوهُ َوَّل تَْبتَ ِدعُوا فََق ْد ُكِفيتُْم ُك ُلّ ُُمْ َدثَة بِْدعَةٌ َوُك ُّل بِْد َعة َضَللَة‬ Maka ikutilah (al-Qur’an, hadis dan para sahabat) dan janganlah berbuat bid’ah kerana sesungguhnya agama ini telah dicukupkan untuk kalian. Setiap perkara baharu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.500 ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah berkata, .ً‫ك ُلّ بِْد َعة َضَلَلَةٌ َوإِ ْن َرآ َها النها ُس َح َسنَة‬ Setiap bid’ah adalah sesat meskipun orang ramai memandangnya baik.501 Diriwayatkan bahawa Mu’adz bin Jabal radhiallahu 'anh pernah berpesan, antara lain beliau berkata, .‫فَإَِيه ُك ْم َوَما يُْبتَ َدعُ فَإِ هن َما ابْتُ ِدعَ َضَللَة‬ Maka hendaklah kalian menjauhi daripada bid’ah kerana sesungguhnya bid’ah itu kesesatan.502 Diriwayatkan bahawa Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu 'anh berkata, ‫اْلَهوَل‬ ‫فَِإ هن‬ ‫ِِبَا؛‬ ‫عليه وسلم فَلَ تَتَعَبه ُدْوا‬ ‫اللِهُخ ُذصْولاىطَاِرليْلهَق‬،‫لِلُكآُّلِخِرعِبَاَمَدَقةاَََّللْ؛يَتَفَاَعتهبهُقْدواِِباَلالهَأَََْيص ََمحاْع َُشبَرَرالُسُقوهراِلِء‬ ‫يََد ْع‬ ْ‫ََل‬ .‫َم ْن َكا َن قَْبلَ ُك ْم‬ Setiap ibadah yang tidak beribadah dengannya oleh para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka janganlah kalian beribadah dengannya. Ini kerana sesungguhnya generasi awal (yakni para sahabat) tidak tertinggal apa-apa untuk generasi kemudian (melainkan semuanya telah disampaikan atau ditunjukkan). Maka 500 Dikeluarkan oleh Abu Khaitsamah secara lebih ringkas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani. Rujuk penjelasan Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no.: 41. Lafaz yang panjang di atas dikeluarkan oleh al-Harawi dalam Dzam al-Kalam wa Ahluha (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no.: 239. 501 Dikeluarkan oleh Ibn Nashr al-Mawarzi, al-Lalika’e dan Ibn Baththah, dinilai sahih oleh Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah, riwayat no.: 121. 502 Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim al-Asfahani (430H) dalam Hilyah al-Auliya wa Thabaqat al-Ashfiya’, jld. 1, ms. 233. 421

bertakwalah kepada Allah wahai para pembaca al-Qur’an (gelaran bagi orang yang suka beribadah) dan ambillah jalan orang-orang sebelum kalian.503 Jawapan Ketiga, para sahabat radhiallahu 'anhum tidak sekadar melarang bid’ah secara umum, tetapi mereka benar-benar mengambil tindakan nahi mungkar apabila berlakunya bid’ah di hadapan mereka. Berikut dikemukakan beberapa contoh. Contoh Pertama, .ِ‫ اْْلَْم ُد َِّهللِ َوال هسَلَمُ َعلَى َر ُسوِل اَّهلل‬:‫ فََقا َل‬.‫ أَ هن َر ُجَلً َعطَ َس إَِل َجنْ ِب ابْ ِن عُ َمَر‬:‫َع ْن ََنفِع‬ Daripada Nafi’ (beliau menerangkan): Bahawa seorang lelaki bersin (ketika berada) di tepi Ibn ‘Umar, lalu dia mengucapkan, “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” ِ‫اَّهلل‬ ‫َر ُسوُل‬ ‫عَله َمنَا‬ ‫َه َك َذا‬ ‫َولَْي َس‬ ‫اَّهلِل‬ ‫َر ُسوِل‬ ‫عَلَى‬ ُ‫َوال هسَلَم‬ ‫َِّهلِل‬ ‫أَقُوُل اْْلَْم ُد‬ ‫ َعلهَوأََمََنَنا‬:‫اَّقهلَلاُ َلعَلَايْبِْهُنَوعَُسلَهمََمر‬ ‫َصلهى‬ :‫أَ ْن نَُقوَل‬ Berkata Ibn ‘Umar: “Aku juga menyebut alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulillah akan tetapi bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengajar kami bahawa hendaklah kami mengucapkan (selepas bersin), .‫اْْلَْم ُد َِّهللِ عَلَى ُك ِل َحال‬ “Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah di atas segala sesuatu)”.”504 Dalam contoh di atas, orang yang bersin mengucapkan sesuatu yang baik. Dia memuji Allah dan mengucapkan salam ke atas Rasulullah. Namun baik atau buruk bukanlah mengikut ukuran kita tetapi hendaklah mengikut ukuran sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Oleh kerana itulah ‘Abdullah ibn ‘Umar terus menegur dan membetulkan 503 Dikeluarkan oleh al-Lalika’e, Ibn Nashr dan lain-lain sebagaimana yang dikemukakan oleh Husam al-Din bin Musa dalam I’tiba’ wa la Ibtida’: Qawa’id wa Asas fi al-Sunnah wa al-Bid’ah (al-Maktabah al-Syamilah), riwayat no. 8. Juga dikemukakan oleh al-Syathibi dalam al-I’tishom, jld. 2, ms. 630. Abu Syamah dan al-Suyuthi menyandarkan riwayat ini kepada Abu Daud dalam kitab Sunannya, namun ini satu kesilapan. 504 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2662/2738 (Kitab al-Adab ‘an Rasulullah, Bab apa yang diucapkan oleh orang yang bersin apabila dia bersin). Ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2936. 422

orang tersebut. Sunnah bagi orang yang bersin ialah mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” sementara tambahan salam atau selawat adalah bid’ah.505 Perkara lain, bid’ah yang dilakukan oleh orang yang bersin itu amatlah kecil. Namun ia tidak dibiarkan oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma. Beliau terus menegur dan membetulkannya kerana mengetahui semua bid’ah bermula secara kecil-kecilan lalu secara bertahap-tahap ia membesar dan merebak. Maka semua bid’ah hendaklah segera dibasmi pada tahapnya yang masih kecil dan di permulaan (infant stage). Contoh Kedua, ‫َهاتَِّْي‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫قَبه َح‬ ‫فََقا َل‬ ‫يَ َديْ ِه‬ ‫َرافِ ًعا‬ ‫الْ ِمنْبَِر‬ ‫عَلَى‬ ‫َمْرَوا َن‬ ‫بْ َن‬ ‫بِ ْشَر‬ ‫َرأَى‬ :‫قَا َل‬ َ‫ُرَؤيْبَة‬ ‫بْ ِن‬ َ‫عُ َماَرة‬ ‫َع ْن‬ !‫الْيَ َديْ ِن‬ Daripada ‘Umarah bin Ru’aibah, dia berkata, “Aku melihat Bisyir bin Marwan (berdoa) di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya.” Maka dia berkata, “Semoga Allah memburukkan kedua tangan itu! ‫ْد َرأَيْ ُت َر ُسوَل اَّهلِل َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم َما يَِزي ُد َعلَى أَ ْن يَُقوَل بِيَ ِدهِ َه َك َذا َوأَ َشاَر ِبِ ْصبَعِِه‬.‫الْ ُم َسبِ َحلَِةَق‬ Demi sesunguhnya aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (apabila berdoa di atas mimbar) tidak menambah apa-apa setelah memberi isyarat dengan jarinya.” Lalu ‘Umarah mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”506 Dalam contoh di atas, khatib berdoa di atas mimbar ketika khutbah Jumaat dengan mengangkat kedua-dua tangannya. Pada zahirnya ini kelihatan sebagai tindakan yang betul kerana berdoa lazimnya memang dengan mengangkat kedua-dua tangan. Akan tetapi betul atau salah tidak diukur dengan kelaziman akan tetapi dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ‘Umarah radhiallahu 'anh segera 505 Ucapan yang disunnahkan bagi orang yang bersin ialah seperti hadis di atas. Boleh juga mengucapkan “Alhamdulillah” sahaja [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.:2671/2747 ] atau “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin” [Shahih Adab al-Mufrad, hadis no.: 719/934]. 506 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1443/874 (Kitab al-Jumu’ah, Bab meringankan solat dan khutbah). 423

menegur dan membetulkan tindakan khatib. Sunnah bagi khatib ketika berdoa dalam khutbah Jumaat hanyalah dengan mengisyaratkan jari telunjuk sementara mengangkat kedua-dua tangan adalah bid’ah. Perhatikan juga bahawa ‘Umarah tidak menangguhkan teguran. Dia terus menegur meskipun khatib sedang berdoa di atas mimbar. Ini membuktikan betapa penting untuk segera menegur dan membetulkan bid’ah. Selain itu khatib hanya melakukan bid’ah yang kecil. Namun ia tetap ditegur dan dibetulkan oleh ‘Umarah kerana semua bid’ah hendaklah dibasmi pada tahapnya yang masih kecil dan di permulaan (infant stage). Berkenaan membasmi bid’ah pada tahap ia masih kecil dan di permulaan, ambillah iktibar daripada kata-kata al-Barbahari ini, rahimahullah (329H),507 ،‫واحذر صغار المحدَثت من اْلمور؛ فإن صغْي البدع يعود حَّت يصْيكبْيا‬ Berhati-hatilah dengan perkara-perkara baharu yang kecil daripada urusan (agama) kerana sesungguhnya bid’ah yang kecil akan berkembang sehingga menjadi (bid’ah) yang besar. ،‫ كان أوْلا صغْيا يشبه اْلق‬،‫وكذلككل بدعة أحدثت ِف هذه اْلمة‬ Demikianlah keadaan setiap bid’ah yang terjadi dalam umat ini, pada awalnya ia kecil dan menyerupai kebenaran. ،‫ ُث َل يستطع اْلروج منها‬،‫فاغَت بذلك من دخل فيها‬ Maka ramai yang terperdaya dengannya dan memasukinya (meyakini atau mengamalkannya), kemudian tidak mampu untuk keluar daripadanya (kerana telah berkembang dan berakar umbi dalam dirinya). .‫ فخرج من الإسَلم‬،‫فعظمت وصارت دينا يدان به فخالف الصراط المستقيم‬ Mereka mengagungkannya, menjadikannya sebagai agama dan berpegang teguh dengannya meskipun ia menyelisihi jalan yang lurus (sehingga akhirnya) mereka terkeluar 507 Beliau Abu Muhammad, al-Hasan bin ‘Ali al-Barbahari, lahir di Baghdad, Iraq dan merupakan tokoh Mazhab Hanbali dalam bidang aqidah. Tulisan beliau Syarh al-Sunnah membela sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan membasmi pelbagai aliran dan amalan bid’ah pada zamannya. Meninggal dunia pada 329H. 424

daripada Islam.508 Contoh Ketiga, ‘Amr bin Yahya al-Harits menceritakan, ،‫َخَر َج‬ ‫فَِإ َذا‬ ،ِ‫الْغَ َداة‬ ‫َص َل ِة‬ ‫قَْب َل‬ ،ُ‫عَنْه‬ ُ‫اَّهلل‬ ‫َر ِض َي‬ ‫َم ْسعُود‬ ‫بْ ِن‬ ‫اَّهلِل‬ ‫َعبْ ِد‬ ‫َِب ِب‬.‫إََِنْللِ الُْسَم ْسعَلَِجىِد‬ ‫ُكنها‬ ‫َم َشْينَا‬ ُ‫َمعَه‬ Kami biasa duduk di hadapan pintu rumah ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh sebelum solat Subuh. Apabila beliau keluar, kami berjalan bersamanya ke masjid.509 :‫قُْلنَا‬ ‫بَْع ُد؟‬ ‫الهرْْحَ ِن‬ ‫عَْب ِد‬ ‫أَبُو‬ ‫إِلَيْ ُك ْم‬ ‫أَ َخَرَج‬ :‫فََقا َل‬ ُ‫إِلَعَْيْنِهه‬ ُ‫َيقُ اْمَنَّهلال‬،‫ْلَفَْلشَ َعهماِر ُّيَخََررَجِض‬،‫فَ َجلَفَ َجَساءََمََنَعنَأاَبُوَحَهُمّتو َسَخَىرَجا‬ .‫َّل‬ .‫ََِجيعًا‬ (Pada satu pagi) Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu 'anh datang kepada kami dan bertanya, “Apakah Abu ‘Abdurrahman (gelaran bagi ‘Abdullah ibn Mas’ud) telah keluar untuk bersama kalian (ke masjid)?” Kami menjawab, “Belum lagi.” Maka Abu Musa duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah ibn Mas’ud keluar rumah. Tatkala beliau keluar rumah, kami semua berdiri (untuk sama-sama pergi ke masjid). - ‫ إِِّن َرأَيْ ُت ِف الْ َم ْس ِج ِد آنًِفا أَْمًرا أَنْ َكْرتُهُ َوََلْ أََر‬،‫ ََي أََِب َعبْ ِد الهرْْحَ ِن‬:‫و َسى‬.‫ لَإَِههُّلأَبَُخوْْيًاُم‬-‫َواْْلَْم ُد فََِّهلَقلِا َل‬ Maka Abu Musa berkata kepada ‘Abdullah ibn Mas’ud, “Wahai Abu Abdurrahman, sesungguhnya sebentar tadi aku telah melihat di masjid satu perkara yang aku ingkari, sekalipun aku merasakan ia sesuatu yang baik, alhamdulillah.” ‫تَ ِظُروَن‬ ‫يَْن‬ ً‫ُجلُوسا‬ ً‫ِحلَقا‬ ً‫قَ ْوما‬ ‫الْ َم ْس ِج ِد‬ ‫ِف‬ ‫َرأَيْ ُت‬ :‫ا َل‬.َ‫ىق‬،ُ‫إَِوْنِفِعأَيْْشِديَِته ْمفَ َسَحََتَاًهص‬ :‫ فََما ُهَو؟ فََقا َل‬:‫قَا َل‬ ،ٌ‫ ِف ُك ِل َحلَْقة َر ُجل‬،َ‫ال هصَلَة‬ ‘Abdullah ibn Mas’ud bertanya, “Apakah itu?” Abu Musa menjawab, “Jika umurmu 508 Syarh al-Sunnah (al-Maktabah al-Syamilah), usul no.: 06. 509 Demikianlah cara generasi awal menghormati para sahabat Rasulullah. Mereka akan berkumpul di hadapan rumah sahabat agar dapat berjalan bersama-sama pergi ke masjid. Dalam perjalanan, mereka dapat mendengar hadis atau bertanyakan soalan agama. 425

panjang, kamu akan dapat melihatnya sendiri.” Abu Musa meneruskan, “Aku melihat di masjid satu kaum yang duduk membuat halakah510 sementara menunggu waktu solat. Bagi setiap halakah ada seorang lelaki (sebagai ketua) dan di tangan mereka ada batu- batu kecil (untuk dijadikan alat kiraan).” ً‫ َسبِ ُحوا ِمائَة‬:‫ َويَُقوُل‬،ً‫ فَيُ َهلِلُو َن ِمائَة‬،ً‫ َهلِلُوا ِمائَة‬:‫ فَيَ ُقوُل‬،ً‫ فَيُ َكِبرُوَن ِمائَة‬،ً‫َكِبرُوا ِمائَة‬.ً‫ة‬:َ‫فَيُ َسبِ ُحفوَيََنُقِمواُلئ‬ Ketua halakah akan berkata, “Bertakbirlah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertakbir seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertahlillah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertahlil seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertasbihlah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) bertasbih seratus kali.511 .‫ َما قُلْ ُت َْلُْم َشْيئاً انْتِظَاَر َرأْيِ َك أَِو انْتِظَاَر أَْمِرَك‬:‫ فََما َذا قُْل َت َْلُْم؟ قَا َل‬:‫قَا َل‬ ‘Abdullah ibn Mas’ud bertanya, “Maka apakah yang kamu katakan kepada mereka?” Abu Musa menjawab, “Aku tidak berkata apa-apa kepada mereka. Aku menunggu pandangan kamu atau perintah kamu.” .‫ َو َض ِمْن َت َْلُْم أَ ْن َّل يَ ِضي َع ِم ْن َح َسنَاُِتِْم‬،‫ أَفََل أََمْرَُتُْم أَ ْن يَعُ ُّدوا َسيِئَاُِتِْم‬:‫قَا َل‬ Berkata ‘Abdullah ibn Mas‘ud: “Mengapa kamu tidak menyuruh mereka untuk mengira dosa-dosa mereka dan kamu jaminkan bagi mereka bahawa pahala-pahala mereka tidak akan hilang?” ‫ «َما َه َذا اله ِذي‬:‫ فََقا َل‬،‫ فََوقَ َف عَلَْيِه ْم‬،‫ُثه َم َضى َوَم َضْينَا َم َعهُ َحَهّت أَتَى َحلَْقةً ِم ْن تِلْ َك اْْلِلَِق‬ ‫أََرا ُك ْم تَ ْصنَعُوَن؟‬ Kemudian dia bergerak dan kamipun bergerak bersamanya sehingga sampai kepada salah satu daripada halakah itu. Maka ‘Abdullah ibn Mas’ud berhenti di hadapan mereka dan bertanya, “Apakah ini yang aku lihat kalian sedang lakukan?” 510 Maksudnya duduk dalam satu bulatan. 511 Bertakbir ialah ucapan “Allahu Akbar”, bertahlil ialah ucapan “La ilaha illallah” dan bertasbih ialah ucapan “Subhanallah”. 426

.‫ ََي أََِب عَبْ ِد الهرْْحَ ِن ح ًصا نَعُ ُّد بِِه الته ْكبِْيَ َوالته ْهلِي َل َوالته ْسبِي َح‬:‫قَالُوا‬ Mereka menjawab, “Wahai Abu Abdurrahman, batu-batu kecil ini dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih.” ‫َما‬ ُ‫ه‬،ُ‫ُُمََوآهمنِيَدت‬،َ‫تَأُبْهمَلة‬ ‫ََي‬ ‫ َشَوَْهيءِذٌِهَوَْثِييََابُُكهُْم‬،‫يََعلَيِْضِيه َعَوِمَسلْهنَم َحُمتََسَوانَافِتُِروُكَْنم‬ ‫ةُفَنَأَبَِيَِن ُك ْمَضاِمَصٌنله أَىْناللَّهُل‬،َ‫ُكفَْمعُ ُّدَهُواؤَّلَِءسيِئَاتَصِ ُكَحْامب‬:َ‫َهقَلَاََكلت‬ َ‫أَ ْسَرع‬ ْ‫ََل‬ ْ‫ََل‬ ،‫تُ ْك َسْر‬ ‘Abdullah ibn Mas’ud menjawab, “Hitunglah dosa-dosa kalian, aku jamin bahawa pahala-pahala kalian tidak akan hilang walau sedikit jua. Celakalah kalian wahai umat Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kalian! Mereka, para sahabat Nabi kalian shallallahu 'alaihi wasallam masih ramai yang hadir,512 baju baginda belum lagi lusuh dan bekas makanan dan minuman baginda belum lagi pecah.513 ‫ إِنه ُك ْم لَعَلَى ِملهة ِه َي أَْه َدى ِم ْن ِملهِة ُُمَ همد َصلهى اللهُ َعلَْيِه َو َسلهَم أْو‬،‫بِيَ ِدِه‬.»‫ُمْفتَتِ ُحوَواِلَهبِذِبي نََضْفَلِلَسةي‬ Demi yang nyawaku yang berada di tangan-Nya, apakah kalian berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk berbanding agama Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam atau kalian pembuka pintu kesesatan?” .َ‫ َما أََرْدََن إَِهّل اْْلَْْي‬،‫ َواَّهللِ ََي أََِب عَْب ِد الهرْْحَ ِن‬:‫قَالُوا‬ Mereka membalas, “Wahai Abu Abdurrahman, kami tidak menginginkan apa-apa melainkan kebaikan.”514 ‫قَ ْوًما‬ ‫أَ هن‬ ‫هدثَنَا‬.‫ُعَثهلَيْتَِهَوَهَلو َسَعلهْنَمُه ْمَح‬ ُ،‫أَْدإِِرهني َرلََعُسولهَلأَ اْكَّثَهللَِرُه ْمَصلهِمْنىُكالْمله‬،ُ‫اَيُّهلِلِصيَمبَاه‬ ‫ِْْيَوالَيْْمُن‬.‫َُِميَْانِوُزُمِرتيََرادقِيَلِلُْه ْمَخ‬ ‫ َوَك ْم‬:‫قَا َل‬ ‫يَْقَرءُوَن الُْقْرآ َن َّل‬ ‘Abdullah ibn Mas’ud menjawab, “Betapa ramai orang yang menginginkan 512 Maksudnya pada zaman itu para sahabat masih ramai yang hadir untuk kalian ikuti amalan mereka atau bertanyakan tentang amalan yang berdasarkan sunnah Rasulullah. 513 Maksudnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam baru saja wafat. 514 Perhatikan bagaimana sehingga masa kini, orang-orang yang beramal dengan bid’ah memberikan alasan yang sama atau hampir sama. 427

kebaikan tetapi tidak menepati sasarannya. Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada kami tentang satu kaum yang membaca al-Qur’an akan tetapi (al-Qur’an itu) tidak melepasi tekak mereka. 515 Demi Allah, aku tidak tahu apakah mungkin kebanyakan daripada kaum itu adalah kalian” Kemudian ‘Abdullah ibn Mas’ud meninggalkan mereka. .‫ َرأَيْنَا عَاهمةَ أُولَئِ َك اْْلِلَِق يُطَاعِنُوََن يَْوَم النه ْهَرَوا ِن َم َع اْْلََوا ِرِج‬:َ‫فََقا َل َع ْمُرو بْ ُن َسلَ َمة‬ Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat orang-orang awam yang menyertai halakah tersebut memihak kepada pasukan Khawarij, memerangi kami pada Hari Nahrawan.” 516/517 Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh segera menegur orang yang berbuat bid’ah di masjid. Di sini timbul soalan, apakah bid’ah yang mereka lakukan? Ada yang berkata, bid’ah itu ialah menghitung zikir dengan batu-batu kecil berdasarkan jawapan ahli halakah, “Wahai Abu Abdurrahman, batu-batu kecil ini dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih.” Sebenarnya batu-batu kecil itu bukan ibadah tetapi alat untuk membantu ibadah. Maka ia bukanlah bid’ah. Ada yang berkata, bid’ah itu ialah mencipta halakah-halakah zikir. Sekali lagi, halakah- halakah zikir bukanlah bid’ah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menganjurkan, .‫ ِحلَ ُق ال ِذْكِر‬:‫ َوَما ِرََي ُض الجَنهِة؟ قَا َل‬:‫إِذَا َمَرْرُْت بِِرََي ِض الجَنهِة فَاْرتَعُوا قَالُوا‬ “Apabila kalian melintasi taman-taman syurga, maka singgahlah dengan gembira.” Para sahabat bertanya, “Apakah itu taman-taman syurga?” Rasulullah menjawab, “Halakah-halakah zikir.”518 515 Maksudnya mereka hanya membaca al-Qur’an namun isi kandungan serta pengajaran al-Qur’an tidak masuk ke dalam hati mereka, tidak menganjak pemikiran mereka dan tidak diterjemah kepada perbuatan fizikal mereka. 516 Hari Nahrawan merujuk kepada peperangan antara pasukan Amirul Mukminan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dengan pasukan Khawarij. 517 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Darimi dalam Sunannya, hadis no.: 210 (Muqaddimah, Bab dibenci mengambil pendapat akal) dan sanadnya dinilai jayyid (bagus) oleh Husain Salim Asad. al-Albani menilainya sahih dalam Silsilah al- Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 2005. Sebahagian pihak ada yang cuba melemahkan sanad hadis ini. Lihat jawapan dan bantahan Abu ‘Abdullah al-Dani bin Munir dalam Silsilah al-Atsar al-Shahihah, riwayat no.: 87. 518 Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai 428

Bid’ah yang diingkari oleh ‘Abdullah ibn Mas’ud terletak pada penjelasan Abu Musa al-Asy’ari, Ketua halakah akan berkata, “Bertakbirlah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertakbir seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertahlillah seratus kali!”, maka mereka (ahli halakah) akan bertahlil seratus kali. Ketua halakah akan berkata, “Bertasbihlah seratus kali!”, maka bertasbih seratus kali. Apabila Abu Musa dapat mendengar dan menghitung zikir mereka, bererti mereka berzikir dengan kuat (jahr), berjemaah sesama ahli halakah dan serentak. Tindakan ini menyalahi adab zikir yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, ‫واذُْكْر َربه َك ِف نَْف ِس َك تَ َضُّرًعا َوِخيَفةً َوُدوَن الْجَْهِر ِم َن الَْقْوِل ِبلْغُ ُد ِو َواْل َصاِل َوَّل تَ ُك ْن ِم َن‬.َ‫الْغَافِلَِّي‬ Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. [al-A’raaf 7:205] Ketahuilah bahawa meskipun pada zaman Rasulullah terdapat halakah-halakah zikir atau majlis-majlis zikir, ia dilakukan dengan suara yang perlahan dan secara individu, bukan berjemaah dan serentak. Sangat perlahan sehingga Rasulullah terpaksa bertanya, “Apakah yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?” Perhatikan hadis berikut, ‫ َما أَ ْجلَ َس ُك ْم؟‬:‫ فََقا َل‬،‫َوإِ هن َر ُسوَل اللِه َصلهى اللهُ عَلَيِْه َو َسلهَم َخَرَج عَلَى َحلَْقة ِم ْن أَ ْص َحابِِه‬ Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah keluar (dari rumahnya) menuju satu halakah dari kalangan para sahabatnya, lalu bertanya, “Apakah yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?” .‫ َوَم هن بِِه عَلَْينَا‬،‫ َجلَ ْسنَا نَْذُكُر اللهَ َوَْن َم ُدهُ عَلَى َما َه َداََن لِِْل ْسَلِم‬:‫قَالُوا‬ Para sahabat menjawab, “Kami duduk (kerana) kami berzikir kepada Allah, kami memuji-Nya atas hidayah dan kurniaan Islam ke atas kami.” hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3432/3510 (Kitab Doa ‘an Rasulullah, Bab tentang menghitung tasbih dengan tangan). Rujuk penjelasan lanjut al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 2562. 429

‫ آَّهلِل َما أَ ْجلَ َس ُك ْم إَِهّل َذا َك؟‬:‫قَا َل‬ Rasulullah bertanya, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini) melainkan kerana itu?” .‫ َواللهِ َما أَ ْجلَ َسنَا إَِهّل َذا َك‬:‫قَالُوا‬ Para sahabat menjawab, “Demi Allah! Tidak ada yang menyebabkan kami duduk (dalam halakah ini) melainkan kerana itu.” ‫بِ ُك ُم‬ ‫يُبَا ِهي‬ ‫َو َجله‬ ‫عَهز‬ َ‫الله‬ ‫أَ هن‬ ،‫فَأَ ْخبََرِّن‬ ُ‫ِجْبِريل‬ ‫أَََتِّن‬ ُ‫َولَ ِكنهه‬ ،‫لَ ُك ْم‬ ً‫ُُتْ َمة‬ ‫أَ ْستَ ْحلِْف ُك ْم‬ ْ‫ََل‬ ‫إِِّن‬ ‫أََما‬ :‫قَا َل‬ .َ‫َلئِ َكة‬ ‫الْ َم‬ Rasulullah bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya aku tidaklah meminta kalian bersumpah kerana aku menuduh kalian (berdusta). Akan tetapi Jibril telah mendatangiku lalu mengkhabarkan kepadaku, bahawa Allah 'Azza wa Jalla membanggakan kalian di hadapan para malaikat.”519 Seandainya halakah zikir para sahabat adalah dengan suara yang kuat, nescaya Rasulullah mengetahui apa yang sedang mereka lakukan dan akan bertanya, “Atas sebab apakah kalian berzikir dan memuji-muji Allah?” Akan tetapi disebabkan halakah zikir itu secara perlahan, baginda tidak tahu apakah yang sedang mereka lakukan sehingga terpaksa bertanya, “Apakah yang menyebabkan kalian duduk (dalam halakah ini)?” Hadis ini menjadi dalil bahawa halakah atau majlis zikir pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah secara perlahan dan individu, selari dengan firman Allah dalam ayat 205 surah al-A’raaf.520 Demikian tiga contoh bagaimana para sahabat radhiallahu 'anh melakukan nahi mungkar ke atas amalan bid’ah pada zaman mereka. 519 Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4869/2701 (Kitab al-Zikir wa al-Doa wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab keutamaan untuk berkumpul membaca al-Qur’an dan berzikir). 520 Para pembaca hendaklah memberi perhatian kepada hadis ini kerana di sana terdapat beberapa hadis Rasulullah yang menganjurkan dan menerangkan keutamaan orang-orang yang berkumpul dalam majlis atau halakah zikir. Hadis-hadis tersebut dijadikan dalil oleh sebahagian pihak untuk zikir berjemaah, yakni dengan suara yang kuat dan bacaan yang serentak. Hadis ini menjelaskan hadis-hadis tersebut, bahawa majlis-majlis atau halakah-halakah zikir itu adalah dengan suara yang perlahan. Lebih lanjut, sila semak risalah saya berjudul Zikir Jahr vs Zikir Sirr di www.hafizfirdaus.com 430

Jawapan Keempat, para sahabat amat berhati-hati daripada melakukan bid’ah sehingga melibatkan perkara baharu yang sememangnya tidak duduk dalam kategori bid’ah. Contoh yang masyhur ialah projek menghimpunkan al-Qur’an dalam satu mushaf.521 Projek ini tidak duduk dalam kategori bid’ah kerana merupakan perkara baharu dalam rangka membantu ibadah. Ia bukanlah ibadah yang baharu kerana ayat-ayat al-Qur’an yang dibacakan tetaplah sama. Namun para sahabat sangat bimbang dan berhati-hati andai ia masuk dalam kategori bid’ah yang dilarang oleh Islam. Jawapan Kelima, apabila membaca atau mendengar hadis-hadis di mana para sahabat melakukan sesuatu ibadah, tidak boleh bersangka bahawa mereka mencipta sendiri ibadah tersebut. Tidak boleh menuduh mereka berbuat bid’ah. Ini kerana meskipun pada zahirnya mereka tidak menyandarkan ibadah itu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, pada hakikatnya mereka hanyalah mengikuti apa yang baginda pernah ajar atau amalkan.522 Sebagai contoh, mari kita semak tindakan Amirul Mukminin ‘Utsman ibn ‘Affan radhiallahu 'anh yang menambah azan lebih awal untuk solat Jumaat. Ia pada zahirnya kelihatan seperti sesuatu yang dibuat sendiri oleh beliau. Akan tetapi pada hakikatnya beliau hanyalah mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana dalam sunnah Rasulullah, azan memiliki dua peranan. Pertama sebagai tanda masuknya waktu solat dan kedua sebagai peringatan bahawa waktu solat sudah hampir.523 521 Sila rujuk hadisnya dalam pelajaran Ia Adalah Sesuatu Yang Baik! 522 Merujuk kepada hadis lafaz takbir Hari Raya daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud yang dikemukakan sebelum ini, tidak ada lafaz takbir Hari Raya yang diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apa yang ada ialah beberapa lafaz takbir daripada para sahabat. Berdasarkan hakikat ini, sebahagian sarjana Islam berpendapat boleh menyusun lafaz takbir tersendiri dan ia bukan bid’ah. Saya berkata, beberapa lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat semuanya berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Cuma mereka tidak menyandarkannya kepada baginda kerana tidak ada yang bertanya tentangnya. Oleh itu hendaklah kita mencukupkan diri dengan lafaz-lafaz takbir Hari Raya yang diriwayatkan daripada para sahabat dan jangan mencipta lafaz-lafaz sendiri kerana bimbang ia jatuh dalam larangan bid’ah. 523 Terdapat satu lagi peranan azan, yakni menyambut bayi yang baru lahir. Akan tetapi hadis yang menganjurkan azan apabila bayi baru dilahirkan adalah lemah (dha’if). Terdapat juga beberapa hadis lain yang turut menganjurkan azan apabila bayi baru dilahirkan, akan tetapi ia adalah amat lemah (dha’if jiddan) sehingga ia tidak saling menguatkan. Rujuk keterangan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, hadis no.: 321. 431

Pada zaman Rasulullah, peranan azan yang kedua dilakukan untuk solat Subuh. Ada dua azan, iaitu azan sebagai peringatan waktu Subuh hampir tiba dan azan bahawa waktu Subuh sudah masuk. Perhatikan hadis berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ‫لَِْْيِج َع‬ ‫بِلَيْل‬ ‫يُنَا ِدي‬ ‫أَْو‬ ‫يَُؤِذ ُن‬ ُ‫فَإِنهه‬ ،‫ِم ْن َس ُحوِرِه‬ ‫أََْوولَيْأَ ََحسًدأَاْنِمنْيَُقُكوْمَلأَاذَلاَفُنْجبُِرَلَأَِول‬،‫ََأَنئَِحَمَدُكُكْمْم‬ ‫ّلََوَلِيْيُنَنََعبِهَهن‬،َ‫قَائَِم ُك ْم‬ .‫ال ُّصْب ُح‬ Janganlah seseorang kalian atau salah seorang daripada kalian terhalang daripada makan sahur disebabkan oleh azan Bilal. Ini kerana sesungguhnya dia azan atau melaungkan azan ketika masih malam untuk mengembalikan orang-orang yang sedang qiamulail di kalangan kalian524 dan untuk membangunkan orang-orang yang sedang tidur di kalangan kalian. Ia tidaklah bermaksud sudah masuknya fajar atau Subuh.525 Maka apabila ‘Utsman ibn ‘Affan menambah azan untuk solat Jumaat, beliau mengaktifkan peranan kedua azan, iaitu sebagai peringatan bahawa waktu solat Jumaat sudah hampir. Tujuannya agar orang ramai yang leka berjual beli di pasar Madinah dapat bersiap sedia datang ke masjid untuk solat Jumaat. Justeru apa yang beliau lakukan pada hakikatnya adalah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ia bukanlah bid’ah seperti yang disangka oleh sebahagian pihak.526 524 Maksud mengembalikan ialah orang-orang yang qiamulail rehat sebentar setelah sekian lama mendirikan solat malam, agar kembali segar, cergas dan bertenaga untuk solat Subuh. 525 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 586/621 (Kitab al-Azan, Bab azan sebelum Subuh). 526 Diriwayatkan bahawa ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma membid’ahkan azan yang ditambah oleh ‘Utsman ibn ‘Affan. Ibn Rejab rahimahullah menjelaskan bahawa kemungkinan besar “bid’ah” yang dimaksudkan oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar adalah dari aspek bahasa dan bukan dari aspek syari’at. Ketika menjelaskan contoh-contoh bid’ah dari aspek bahasa yang lazim digunakan oleh generasi Salaf, beliau berkata, ‫ َوا ْستََمهر َع َم ُل الْ ُم ْسلِِمَّي‬،‫ َوأَقَهرهُ عَلِ ٌّي‬،‫ َزاَدهُ عُثَْما ُن ِْلَا َجِة النها ِس إِلَْيِه‬،‫ أََذا ُن الْجُُمعَِة اْلَهوُل‬:‫ َوِم ْن َذلِ َك‬... .‫عَلَيِْه‬ Antaranya, azan pertama pada hari Jumaat. Ia ditambah oleh ‘Utsman (ibn ‘Affan radhiallahu 'anh) kerana keperluan orang ramai dan ia dipersetujui oleh ‘Ali (bin Abi Thalib radhiallahu 'anh). Amalan ini diteruskan oleh umat Islam (selepas zaman dua khalifah tersebut). .‫ َولََعلههُ أََراَد َما أََراَد أَبُوهُ ِف قِيَاِم َرَم َضا َن‬،ٌ‫ ُهَو بِْدعَة‬:‫َوُرِو َي َع ِن ابْ ِن عُ َمَر أَنههُ قَا َل‬ Sementara diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa dia berkata, “Itu adalah bid’ah!” Kemungkinan besar apa yang beliau maksudkan adalah sama seperti yang dimaksudkan oleh ayahnya tentang solat 432

Demikianlah juga apabila diriwayatkan daripada generasi Salaf bahawa mereka mempelbagaikan jumlah rakaat solat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga 40 rakaat. Pada zahirnya kelihatan seolah-olah mereka mencipta bid’ah dengan mempelbagaikan jumlah rakaat Solat Tarawih. Akan tetapi pada hakikatnya ia adalah selari dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana solat Tarawih pada asalnya adalah solat malam (qiamulail) dan seseorang itu bebas melaksanakan solat malam dua rakaat, dua rakaat, sebanyak yang disukainya. Dalilnya adalah hadis berikut di mana ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menceritakan, ‫ َكْي َف َصَلَةُ اللهْي ِل؟‬:‫ فََقا َل‬.‫أَ هن َر ُجَلً َجاءَ إَِل النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَيِْه َو َسلهَم َوُهَو َيْطُ ُب‬ Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: “Bagaimana cara solat malam?” .‫ َمثََْن َمثََْن فَإِ َذا َخ ِشي َت ال ُّصْب َح فَأَْوتِْر بَِوا ِح َدة تُوتُِر لَ َك َما قَْد َصلهيْ َت‬:‫فََقا َل‬ Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.527 Jawapan Keenam, sebahagian hadis yang dikemukakan sebagai dalil bahawa (Tarawih) malam Ramadhan (bahawa ia adalah bid’ah dari aspek bahasa). [Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, jld. 2, m.s. 128-129.] Adapun azan tiga kali yang dilaksanakan di Malaysia pada masa kini pada hari Jumaat, ia adalah bid’ah dan bukannya sunnah. Ini kerana kesemua tiga azan tersebut dilaungkan selepas masuknya waktu Zohor. Bezakan bahawa: • Jika waktu Zohor masuk pukul 1.20 petang, maka susunan bagi tiga azan pada hari Jumaat yang dilakukan oleh ‘Utsman bin ‘Affan: - 12.50 petang = azan bagi mengingatkan orang ramai bersiap sedia ke masjid. - 1.20 petang = imam duduk di mimbar -> azan -> khutbah. - 1.35 petang = azan yakni iqamat -> solat Jumaat. • Jika waktu Zohor masuk pukul 1.20 petang, bid’ah yang berlaku pada masa kini: - 1.20 petang = azan bagi menandakan masuk waktu Zohor. Jemaah di masjid melaksanakan solat sunat qabliyyah Jumaat. - 1.25 petang = imam duduk di mimbar -> azan -> khutbah. - 1.40 petang = azan yakni iqamat -> solat Jumaat. 527 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya, hadis no.: 453/473 (Kitab al-Solat, Bab Duduk berlingkaran dalam masjid). 433

kononnya para sahabat berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah, ia bukanlah bid’ah yang dilarang oleh syari’at Islam. Sebaliknya ia adalah urusan dunia atau urusan dunia yang membantu agama. Hadis ‘Abdullah ibn Mas’ud menyusun lafaz selawat sendiri misalnya, ia bukanlah bid’ah. Ini kerana selawat asalnya adalah mendoakan Rasulullah dan dalam berdoa seseorang itu dibolehkan menyusun lafaz sendiri. Asalkan dalam susunan lafaz selawat tersebut tidak terkandung meminta tolong kepada Rasulullah baik secara jelas mahupun tersembunyi atau berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah. Ini kerana yang pertama adalah syirik kepada Allah sementara yang kedua tidak disukai oleh Rasulullah sebagaimana pesan baginda, .ُ‫ َوَر ُسولُه‬،ِ‫ فَُقولُوا َعبْ ُد اَّهلل‬،ُ‫ فَِإَّهنَا أَََن عَْب ُده‬،‫َّلَ تُطُْروِّن َك َما أَطَْر ْت النه َصاَرى ابْ َن َمْريََم‬ Janganlah berlebih-lebihan memuji aku sebagaimana kaum Nasrani (Kristian) berlebih-lebihan memuji (Nabi ‘Isa) ibni Maryam. Ini kerana sesungguhnya aku tidak lain adalah hamba-Nya, maka berkatalah hamba Allah dan Rasul-Nya.528 Apa yang bid’ah dalam selawat ialah cara dan masa berselawat. Contoh bid’ah cara ialah konsert selawat, nyanyian selawat dan selawat secara berjemaah. Contoh bid’ah masa ialah mengkhususkan selawat tertentu di antara solat-solat Tarawih. 528 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 3189/3445 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah, “Dan bacalah di dalam al-Qur’an tentang Maryam…” , Maryam 19:16). 434

Soalan Lazim 10: Bid’ah Haqiqiyah Dan Bid’ah Idhofiyah Sebahagian pihak berhujah, yang dilarang ialah bid’ah haqiqiyah sementara terhadap bid’ah idhofiyah kita boleh berlapang dada dan bersikap toleran. Mereka berhujah lagi bahawa bid’ah haqiqiyah ialah bid’ah yang secara keseluruhannya adalah baharu dan tiada langsung asalnya daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (totally new). Bid’ah seperti inilah yang dilarang. Adapun bid’ah idhofiyah, maka ia dari satu sisi memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah sementara dari satu sisi lain ia adalah baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (part of it has some basis in the al-Qur’an and Sunnah while the other part of it is new). Jika sisi yang baharu mewakili kebanyakan daripada amalan tersebut (most of it), maka ia dilarang. Sebaliknya jika sisi yang baharu hanya mewakili bahagian yang kecil daripada amalan tersebut (a small part of it), maka ia tidak mengapa. Hujah ini dijawab, bahawa bid’ah haqiqiyah adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Sangat jarang sehingga saya tidak dapat mengemukakan satu contoh bid’ah haqiqiyah yang lazim berlaku di kalangan umat Islam Malaysia. Bid’ah ini jarang berlaku kerana jika ia muncul, ia akan mudah dikenali dan segera dilarang. Adapun bid’ah idhofiyah, maka inilah bentuk bid’ah yang sangat kerap berlaku. Bahkan ia adalah bid’ah yang amat bahaya kerana kebanyakan orang tertipu dengan satu sisinya yang memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, lalu menganggap keseluruhannya adalah baik dan dibolehkan. Seterusnya, bid’ah idhofiyah ditolak dengan dua hujah. Hujah Pertama, bid’ah idhofiyah pernah berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apakah reaksi Rasulullah terhadap bid’ah tersebut? Ayuh kita semak hadisnya yang disampaikan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, ُ‫َوا ِج النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم يَ ْسأَلُو َن عَ ْن ِعبَاَدِة النهِِب َصلهى اَّهلل‬.‫َعلَْيِه َو َسلهَجَماءَفَلَثَهَمالثَأةُُ ْخَرِبْهُرواط َكإِأَََْهنلُْمبُيُتَوَقاُلِّتوَهأَاْز‬ Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka tatkala dikhabarkan 435

kepada mereka tentang (ibadah baginda), mereka merasakan ia hanyalah sedikit. .‫ َوأَيْ َن َْن ُن ِم ْن النهِِب َصلهى اَّهللُ َعلَْيِه َو َسلهَم قَْد غُِفَر لَهُ َما تََق هدَم ِم ْن ذَنْبِِه َوَما َتَ هخَر‬:‫فََقالُوا‬ Mereka berkata, “Di manakah kita jika dibandingkan dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kerana sudah diampunkan untuk baginda dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang?” :‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أُفْ ِطُر‬ ‫َوَّل‬ ‫ال هد ْهَر‬ ‫أَ ُصوُم‬ ‫أَََن‬ :‫آ َخُر‬ ‫َوقَا َل‬ :‫أَبًَدا‬ ‫اللهْي َل‬ ‫أُ َصلِي‬ ‫أَهما أَََن فَِإِّن‬ :‫أَ ْعتَِزُقَلااَللنِأََسَاحءَُدفَُهَْمل‬ ‫أَََن‬ .‫أَتََزهو ُج أَبًَدا‬ Berkata salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, maka sesungguhnya aku akan solat malam sepanjang malam.” Berkata yang lain, “Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan aku tidak akan berbuka.” Dan berkata yang lain, “Aku akan menjauhi wanita dan aku tidak akan menikah selama-lamanya.” ‫أََما َواَّهلِل إِِّن‬ ‫االهلنِِذيَسَناءَقُْلفَتَُمْمْنَكََرذاغِ ََوبَك َذاَع؟ْن‬ ‫ أَنْتُْم‬:‫فََقاَل‬ ‫اأََّهللُُصومُعَلَْيَوِهأُفْ َِوطُرَسلهََموأُ إَِلصَْيلِِهيْم‬ ‫لََصلهكِِىن‬ ِ‫َر ُسوُل اَّهلل‬ ‫ َشا ُكفَْمَجَاِّهلءَِل‬.‫َِْملَِنْخ‬ ‫ُسنهِت فَلَْي َس‬ ‫َوأَْرقُُد َوأَتََزهو ُج‬ ُ‫َوأَتَْقا ُك ْم لَه‬ Maka datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka lalu bertanya, “Kaliankah yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di kalangan kalian dan aku juga yang paling bertakwa kepada-Nya di kalangan kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka, aku solat dan juga tidur serta aku menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.” 529 Dalam hadis di atas, tiga orang sahabat ingin menambah ibadah mereka kerana merasakan ibadah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah sedikit. Ibadah yang ingin 529 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 4675/5063 (Kitab al-Nikah, Bab anjuran untuk bernikah). Sebahagian sarjana berkata, hadis ini melarang daripada melampaui batas (ghuluw) dalam beramal ibadah. Saya berkata, seandainya apa yang dirancang oleh tiga sahabat itu adalah ghuluw, nescaya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan melarang mereka sambil mengaitkannya dengan larangan ghuluw. Ini sebagaimana yang baginda lakukan dalam hadis-hadis lain yang berkaitan ghuluw. Akan tetapi apabila Rasulullah melarang mereka sambil mengaitkannya dengan sunnah baginda, bererti apa yang mereka lakukan adalah berlawanan dengan sunnah, yakni bid’ah. 436

mereka tambah bukanlah sesuatu yang baharu sepenuhnya (bukan bid’ah haqiqiyah) tetapi ibadah yang memiliki dasar daripada al-Qur’an dan sunnah (bid’ah idhofiyah). Solat malam misalnya, amatlah dianjurkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ‫تَ ْعلَُم‬ ‫فََل‬ )16( ‫يُنْ ِف ُقو َن‬ ‫َرَزقْنَا ُه ْم‬ ‫َوِِمها‬ ‫َوطََم ًعا‬ ‫األَْ َْعمَُّيضا َِججَِزاعءًيَِِْدبَاعُوَكاَننَُوارِهبُيَْمْع َمَلخُْووفًَنا‬ ِ‫َمتاَتَأَُجْخاِفََفَي َُْجلُنُْموُِبِمُْمْن َعقُهِرنة‬ .)17( ‫نَْف ٌس‬ Sisi badan mereka jauh daripada tempat tidur (kerana bangun untuk solat malam), mereka selalu berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan berharap, dan mereka menyedekahkan daripada apa yang kami rezekikan kepada mereka. Maka tidak seorangpun (daripada mereka) yang mengetahui apa yang dirahsiakan kepada mereka daripada (pelbagai nikmat) yang indah dipandang (di syurga kelak), sebagai balasan terhadap apa yang mereka amalkan. Bagi orang yang berpuasa wajib pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan banyak berpuasa sunat sepanjang tahun, disediakan sebuah pintu khas bagi mereka di syurga kelak. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ‫ َّلَ يَْد ُخلُ ِمنْهُ أَ َح ٌد‬،‫ يَْد ُخ ُل ِمنْهُ ال هصائُِموَن يَْوَم الِقيَاَمِة‬،‫إِ هن ِف الجَنهِة َِبًِب يَُقا ُل لَهُ الهرَهي ُن‬ :‫ يَُقا ُل‬،‫غَْْيُُه ْم‬ Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang digelar “al-Rayyan”, orang-orang yang lazim berpuasa akan memasukinya pada Hari Kiamat (kelak). Selain mereka, tidak ada seorang jua yang dapat memasukinya. Dikatakan, ‫أَيْ َن ال هصائُِموَن؟‬ “Di manakah orang-orang yang lazim berpuasa?” .‫ فَإِذَا َد َخلُوا أُ ْغلِ َق فَلَْم يَْد ُخ ْل ِمْنهُ أَ َح ٌد‬،‫فَيَ ُقوُموَن َّلَ يَْد ُخ ُل ِمْنهُ أَ َح ٌد َغْْيُُه ْم‬ Maka berdirilah mereka (untuk memasuki pintu al-Rayyan). Selain mereka tidak ada seorang jua yang dapat memasukinya. Maka apabila mereka telah memasukinya, 437

pintu ditutup sehingga tiada seorang jua lagi yang dapat memasukinya.530 Sementara tentang pernikahan pula, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ‫ِ هن ِم ْن أَْزَوا ِج ُك ْم َوأَْوَّلِدُك ْم عَ ُدًّوا لَ ُك ْم فَا ْح َذُروُه ْم َوإِ ْن تَ ْعُفوا َوتَ ْصَف ُحوا‬.‫َوتَغِْفُرواََيفَِإأَهُنيَّاهَاّهللَالهَغِذيُفوَنٌر آَرَمِنُحيواٌمإ‬ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di kalangan isteri-isteri kalian dan anak-anak kalian ada yang menjadi musuh bagi kalian, maka berhati-hatilah terhadap mereka. Namun jika kalian memaafkan mereka, tidak marahkan mereka dan mengampunkan kesalahan mereka, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Taghabun 64:14] Pun begitu, bid’ah idhofiyah yang mereka rancang terus ditolak oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan sabda baginda “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.” Hadis ini menunjukkan bahawa bid’ah idhofiyah tetap merupakan bid’ah yang ditolak. Bahkan ditolak dengan penolakan yang tegas berdasarkan sabda baginda “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.” Hujah Kedua, menerima atau menolak bid’ah idhofiyah berdasarkan ukuran bahagian yang memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah dengan bahagian yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah, adalah sesuatu yang amat sukar lagi subjektif. Berikut dikemukakan satu contoh bid’ah idhofiyah, iaitu mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain. 530 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 1763/1896 (Kitab al-Shaum, Bab pintu al- Rayyan bagi orang yang lazim berpuasa). 438

Mengkaji Ucapan “Selamat…” Perayaan Agama Lain Ada sebahagian agamawan yang menganjurkan ucapan “Selamat…” sempena perayaan agama kaum lain berdasarkan beberapa ayat al-Qur’an, yakni: • al-Mumtahanah 60:08 ‫ِذي َن ََلْ يَُقاتِلُوُك ْم ِف ال ِدي ِن َوََلْ َُيِْر ُجوُك ْم ِم ْن ِدََيِرُك ْم أَ ْن تَبَُرّوُه ْم َوتُْق ِسطُوا إِلَيِْه ْم‬.‫إِ هن اََّّهلللَيََْنُِيَهاُّبُك اُملْاَُمّهْلقلُِسَعِطِنّاَيله‬ Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang- orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Maka mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama termasuk dalam rangka berbuat baik kepada kaum bukan Islam yang dibolehkan hukumnya. • al-Nisa’ 4:86 .‫َوإِذَا ُحيِيتُْم بِتَ ِحيهة فَ َحُيّوا ِبَ ْح َس َن ِمْن َها أَْو ُرُّدوَها إِ هن اَّهللَ َكا َن َعلَى ُك ِل َش ْيء َح ِسيبًا‬ Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu. Maka apabila kaum belum Islam mengucapkan “Selamat Hari Raya”, maka hendaklah membalas balik dengan “Selamat….” pada hari perayaan agama mereka. • al-Nahl 16:125 .‫ا ْدعُ إَِل َسبِي ِل َربِ َك ِبْْلِ ْك َمِة َوالْ َمْو ِعظَِة اْْلَ َسنَِة َو َجاِدْلُْم ِبلهِت ِه َي أَ ْح َس ُن‬ Berdakwahlah ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka (jika perlu) dengan apa yang lebih baik. Maka mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah satu bentuk dakwah kepada mereka. Pada waktu yang sama, ada sebahagian agamawan berpandangan bahawa mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah bid’ah kerana ia 439

tidak memiliki asal daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda sebagai penjelas al-Qur’an (al-Nahl 16:44 & 64) tidak pernah mentafsirkan ayat-ayat di atas, sama ada melalui ucapan, perbuatan mahupun persetujuan sebagai mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain. Padahal baginda hidup bersama kaum Yahudi dan Nasrani, berbuat baik kepada mereka, membuat perjanjian damai dengan mereka, bermuamalah dengan mereka dan berdakwah kepada mereka. Namun di sebalik semua itu, baginda tidak pernah mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama mereka. Selain itu mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah juga sesuatu yang baharu kerana menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, ‫عَابٌِد‬ ‫أَََن‬ ‫َوَّل‬ )3( ‫أَ ْعبُ ُد‬ ‫َما‬ ‫َعابِ ُدو َن‬ ‫أَِدنْيتُِْنم‬ ‫َوَّل‬ )‫م‬2ْ ‫لَتَ ْعُكبُْمُدوِديَننُ (ُك‬ ‫َم)ا‬5(‫)َماَّلأَ أْعَبُْعُبُدُد‬1‫أََُيوََّّلهاأَناْلْتُْمَكافَِعُاربِوَُدنو(َن‬ ‫قُ ْل ََي‬ ‫َوَِل‬ )4( ‫عَبَ ْدُْت‬ .)6( ‫َما‬ Katakanlah (umat wahai Islam kepada manusia seluruhnya): “Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah secara kamu beribadah. Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [al-Kafirun 109:1-6] Ringkasnya, dibolehkan berbuat baik kepada kaum belum Islam dan membalas ucapan-ucapan mereka selagi mana tidak melibatkan urusan agama. Jika melibatkan urusan agama, maka bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.531 Selain itu mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain sebagai satu bentuk dakwah adalah sesuatu yang baharu kerana menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, 531 Contohnya jika rakan belum Islam mengucapkan, “Selamat pagi” kepada kita, maka boleh membalas dengan yang sama, “Selamat pagi” atau membalas dengan yang lebih baik, “Selamat pagi. Wah! Kamu nampak kemas hari ini”. Ia dibolehkan kerana tidak melibatkan urusan agama. Demikian juga beberapa ucapan lain seperti, “tahniah di atas bayi yang baru dilahirkan” dan “semoga berjaya dalam penyampaian anda”. Namun jika rakan belum Islam mengucapkan, “Selamat Hari Raya” kepada kita, maka tidak boleh membalas, “Selamat Hari Natal” kerana ia melibatkan urusan agama. Sebaliknya balaslah dengan yang sama, yakni,“Terima kasih” atau balaslah dengan yang lebih baik, “Terima kasih, jemputlah memeluk Islam supaya kita sama-sama meraikan Hari Raya”. 440

.)4( ‫) َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُكُفًوا أَ َح ٌد‬3( ‫) ََلْ يَلِ ْد َوََلْ يُولَ ْد‬2( ‫) اَّهللُ ال هص َم ُد‬1( ‫قُ ْل ُهَو اَّهللُ أَ َح ٌد‬ Katakan (wahai umat Islam kepada manusia seluruhnya), Allah itu Satu. Allah yang Maha Sempurna, serba Mencukupi lagi Berdikari. Tidak memiliki anak dan tidak dilahirkan. Dan tidak ada satu jua yang semisal dengannya. [al-Ikhlas 112:1-4] Bermaksud, kita sepatutnya berdakwah menjemput mereka kepada Allah, tuhan yang satu lagi tidak memiliki anak. Lalu bagaimana mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan tuhan-tuhan selain Allah dan sempena hari kelahiran anak tuhan dijadikan alasan berdakwah? Tentu tidak. Ucapan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah juga sesuatu yang baharu kerana menyelisihi firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, .‫َوتَ َعاَونُوا عَلَى الِْبِر َوالتهْقَوى َوَّل تَعَاَونُوا عَلَى اْلِإُِْث َوالْعُ ْدَوا ِن َواتهُقوا اَّهللَ إِ هن اَّهللَ َش ِدي ُد الْعَِقا ِب‬ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). [al-Maidah 5:02] Mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain termasuk dalam erti tolong menolong kerana melalui ucapan itu kita menyatakan sokongan terhadap apa yang mereka raikan. Justeru sama ada ucapan “Selamat…” atau “Selamat… bagi mereka yang menyambutnya”, kedua-duanya termasuk dalam rangka tolong menolong yang dilarang oleh Islam. Demikianlah bagaimana mengucapkan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain adalah satu bid’ah idhofiyah. Ini kerana dari satu sisi ia memiliki asal daripada al- Qur’an (60:08, 4:86 & 16:125) sementara dari sisi lain ia tidak memiliki asal daripada sunnah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada kaum Yahudi dan Nasrani pada zaman baginda. Lebih dari itu ucapan tersebut menyelisihi ayat- ayat al-Qur’an yang lain (109:1-6, 112:1-4 & 5:02] Merujuk kepada pelajaran sebelum ini (Bid’ah Haqiqiyah dan Bid’ah Idhofiyah), perhatikan betapa sukar menentukan bahagian manakah yang lebih besar, sisi yang 441

memiliki asal daripada al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam atau sisi yang baharu berbanding al-Qur’an dan sunnah Rasulullah. Maka yang lebih selamat dan menepati ajaran al-Qur’an serta sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah meninggalkan ucapan “Selamat…” sempena hari perayaan agama kaum lain.532 Ayuh Menjadi Ibadur Rahman Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, ...‫َوعِبَاُد الهرْْحَ ِن اله ِذي َن‬ Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman itu adalah mereka yang… [al-Furqan 25:63] Mulai ayat 63 surah al-Furqan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan beberapa ciri orang yang Ibadur Rahman, yang bermaksud hamba-hamba (Allah) al-Rahman. Sebenarnya, semua manusia adalah hamba Allah. Akan tetapi apabila disebut Ibadur Rahman, bererti hamba-hamba yang terpillih lagi istimewa di sisi Allah. 532 Sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya memiliki pendirian yang teguh. Janganlah dalam rangka berbuat baik kepada kaum bukan Islam, kita mencair dan melebur semata-mata untuk menjaga hati mereka sehingga membelakangkan pendirian agama sendiri. Mencair sehingga sanggup bersikap hipokrit terhadap diri sendiri dengan memberi alasan “Kami sekadar mengucapkan selamat, tetapi tidak meniatkannya” atau “Kami hanya mengucapkan tahniah, tanpa memaksudkannya”. Melebur sehingga membuat-buat alasan “Kami mengucapkan selamat tanpa membenarkan agama mereka” atau “Kami mengucapkan tahniah tanpa mengiktiraf sambutan mereka” padahal yang diucapkan selamat dan tahniah itu adalah hari yang merupakan syiar (lambang kebesaran) bagi agama tersebut. 442

Kemudian Allah menggunakan salah satu nama-Nya, yakni al-Rahman yang bererti Maha Pengasih. Maka Ibadur Rahman bererti hamba-hamba yang terpilih lagi istimewa di sisi Allah, lagi disayangi oleh-Nya. Apakah ciri-ciri Ibadur Rahman? Salah satu daripadanya adalah, .‫َواله ِذي َن َّل يَ ْشَه ُدوَن الُّزوَر‬ Dan orang-orang yang tidak menyaksikan al-Zur. [al-Furqan 25:72] al-Zur bermaksud segala perkara palsu atau kepalsuan yang pada zahir nampak benar. Ia seperti orang musyrik yang menyembah berhala. Bagi mereka, berhala itu adalah tuhan yang benar. Akan tetapi pada hakikatnya berhala itu adalah tuhan yang palsu. Ia juga seperti kaum kafir yang meraikan perayaan keagamaan mereka kerana bagi mereka ia adalah syi’ar (lambang kebesaran) agama yang mereka yakini benar. Namun pada hakikatnya ia adalah agama yang palsu, sekali gus merupakan hari perayaan yang palsu. al-Zur juga merujuk kepada maksiat kerana orang yang minum arak, berjudi dan menonton tarian wanita, dia menganggap semua itu adalah sesuatu yang menggembirakan dirinya. Namun ia adalah kegembiraan yang palsu kerana semua itu memudaratkan dirinya. al-Zur juga merujuk kepada orang yang berdusta kerana dia melakukan pendustaan itu agar kelihatan benar. Namun pada hakikatnya ia adalah palsu. al-Zur juga merujuk kepada bid’ah kerana ia pada zahirnya kelihatan sebagai sebahagian daripada Islam. Namun pada hakikatnya ia bukan daripada Islam, tetapi satu kepalsuan di atas nama Islam. Orang yang beraqidah “Allah ada di mana-mana” misalnya, dia meyakini bahawa itulah aqidah yang benar. Namun pada hakikatnya ia adalah aqidah yang palsu.533 Orang yang menganjurkan majlis Solat Hajat Perdana misalnya, dia meyakini bahawa itulah ibadah yang benar. Namun pada hakikatnnya ia adalah ibadah yang palsu.534 Demikianlah dengan pelbagai bid’ah yang lain, baik dari aspek aqidah, ibadah, hukum 533 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Aqidah “Allah Di Mana-Mana” 534 Telah dijelaskan dalam pelajaran Mengkaji Amalan Solat Hajat Berjemaah 443

atau fiqh hati. Orang yang mencipta, meyakini atau mengamalkannya menyangka ia adalah sesuatu yang benar. Padahal ia adalah sesuatu yang palsu, berbeza daripada syari’at Islam yang tulen. Berbalik kepada ayat 72 surah al-Furqan, Ibadur Rahman bukanlah sekadar mereka yang tidak melakukan al-Zur, tetapi lebih hebat daripada itu, mereka tidak menyaksikan al- Zur. Bererti Ibadur Rahman adalah mereka yang tidak hadir apabila al-Zur berlaku, tidak menyaksikan al-Zur baik secara langsung (live) atau melalui TV, komputer dan telefon. Ringkasnya, Ibadur Rahman adalah mereka yang menjauhi al-Zur dan menutupi semua jalan-jalan yang boleh mengarah kepada al-Zur. Ini sebagaimana firman Allah 'Azza wa Jalla, .‫َوَّل تَْقَربُوا الِزََن‬ Dan janganlah kalian menghampiri zina. [al-Isra’ 17:32] Allah tidak sekadar melarang zina tetapi memerintahkan agar menjauhi zina dan menutupi semua jalan-jalan yang boleh mengarah kepada berlakunya zina. Merujuk kepada bid’ah, Ibadur Rahman bukan sahaja tidak mencipta, meyakini mahupun mengamalkan bid’ah, tetapi juga tidak hadir dalam majlis ilmu yang bid’ah,535 tidak hadir dalam majlis yang diasaskan di atas aqidah yang bid’ah536 dan tidak hadir dalam majlis yang mengamalkan ibadah yang bid’ah.537 Ibadur Rahmah juga tidak menyaksikan majlis-majlis bid’ah di TV, komputer atau telefon. Ibadur Rahman juga tidak berbicara dengan orang yang yang menegakkan bid’ah melainkan untuk menegurnya dan membetulkan bid’ahnya itu. 535 Seperti ceramah atau kuliah yang mengajar aqidah, ibadah, hukum dan fiqh hati yang baharu, yang berbeza dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang asal. 536 Seperti majlis qasidah di mana diyakini Rasulullah akan turut hadir dalam majlis itu. 537 Seperti zikir secara kuat lagi berjemaah selepas solat fardhu yang lazim diamalkan di Malaysia. Disebabkan lafaz atau bilangan zikir tersebut adalah bid’ah, maka sebaik sahaja selesai solat berjemaah saya akan bangun meninggalkan saf, kecuali jika terhalang dengan makmum masbuq yang masih solat di belakang. Kemudian saya zikir bersendirian di satu sudut lain di masjid. 444

Buku-Buku Lain oleh Hafiz Firdaus Abdullah Boleh juga dirujuk dalam bentuk e-book atau muat turun PDF di www.hafizfirdaus.com 1. Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu. 2. Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca atau Tidak? 3. Marilah Berselawat Ke Atas Rasulullah. 4. Marilah Mendirikan Sembahyang. 5. Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam. 6. Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan. 7. Solat Tarawikh: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa Yang Menetapkannya kepada 20 Rakaat. 8. 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya. 9. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah. 10. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Musykil. 11. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari. 12. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 1: Definisi, Kepentingan dan Kemuliaan Jihad. 13. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 2: Hukum dan Syarat-Syaratnya. 14. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri Pertama: Definisi Syi‘ah al-Rafidhah, Sejarah Kelahiran Syi‘ah al-Rafidhah dan 5 Strategi Asas Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Berhujah. 15. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri Kedua: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan Khalifah. 16. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri Ketiga: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Hadis-Hadis Rasulullah Yang Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan Khalifah. 445

17. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah. Siri Keempat: Jawapan Ahl al-Sunnah Berkenaan Sejarah dan Keutamaan Para Sahabat. 18. Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan. 19. Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an. 20. Let’s Get Acquinted With Al-Qur’an. (Edisi terjemahan Inggeris Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an) 21. Wahai Ibu! Wahai Ayah! 22. Dear Mom & Dad. (Edisi Terjemahan Inggeris Wahai Ibu! Wahai Ayah!) 23. 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid. 24. Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat 25. Looking For Allah’s Blessing Behind Differences of Opinion. (Edisi Terjemahan Inggeris Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat) 26. Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. 27. 7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam. 28. Membongkar Aliran Islam Liberal. 29. Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah. (Ulasan ke atas karya asal Syaikh Murad Syukri yang diterjemah oleh Ustaz Badrul Hisham bin Sulaiman). 30. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 1. 31. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 2. 32. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 3. 33. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 4. 34. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 5. 35. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah. Buku 6. 36. Berdakwah Melalui Penulisan Efektif. 37. Fiqh Harta: Satu Pengenalan. 446

38. Cahaya Rohani (Buku 1) 39. Cahaya Rohani (Buku 2) 40. Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam. 41. Islam, Seks dan Jantina. 42. 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya. 43. Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid’ah: Beberapa Semakan Teliti Ke Atas Satu Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi. 44. Catatan Dari 40,000 Kaki (Buku 1). 45. 47 Persoalan Qadar dan Qadha. 46. 202 Pelajaran Berkenaan Poligami. 47. Pesan-Pesan Pernikahan. 48. Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas Novel Sebarkan Cinta-Mu. 49. Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit. 50. Anda Bertanya, Kapten Menjawab: Soal Jawab Agama Tentang Keibubapaan dan Anak-Anak. 51. Sunnah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Ghaib. 52. Pesan-Pesan Perkahwinan. 53. Daripada Suami Kepada Suami, 200 Ayat al-Qur’an Dan Hadis Untuk Dikongsi Bersama. 54. Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa. 447

448


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook