Boomiputradan mereka telah membuat satu cabaran kompetitif untuktekun menghafalnya. Saya tertanya-tanya apakah yangakan dilakukannya jika beliau melihat gelagat mereka,yang saya pasti beliau sudah melihatnya kerana sudahsemestinya mereka ingin beliau nampak akan usahamereka itu. Orang Melayu gemarkan kepimpinan yang jelas dantegas. Membingungkan jika seorang majikan memberiarahan kepada pekerja akan perkara yang merekamahukan. Lebih baik jika arahan diberikan. Prospekkerjaya mungkin dipertingkatkan dengan hanyamelakukan seperti yang disuruh. Bertanggungjawab untukkegagalan boleh ditendang ke atas, jika bos dipecat makalebih banyak peluang untuk naik ke atas. Tetapi pengurusbaharu Malaysia memerlukan bantuan kebijaksanaanyang kreatif dan bukannya tentera infantri. Dalam peloporngeri sehingga ke penggal Perdana Menteri kelimaAbdullah Ahmad Badawi di pejabat sedekad kemudian,mereka mendapati bahawa delegasi tidak berjaya. „Penyebelahan‟ pengurusan korporat kepada „unit-unitperniagaan‟ yang diketuai oleh pengurus yang hampirberautonomi menyebabkan perbezaan besar dalammenemui sasaran. Halim mengambil hal ini secaraperibadi, dengan menyiapkan Lebuhraya Utara-Selatanpada tahun 1993 lebih awal daripada jadual, tiada lebihanbajet dan melebihi spesifikasi. Pembangunan infrastrukturtidak sama seperti menjual langganan telefon. Hal ituakan menjadi sangat melucukan sekiranya sasaran 185
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapelanggan tertentu telah ditetapkan, unit sokongan perlukeluar dan mendapatkan kenderaan yang mencukupiuntuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan tersebutsementara unit pelanggan bergelut untuk mendaftarsebahagiannya. Halim bersikap lebih tegas, mengetatkan kawalanperibadinya, dan menjadi bos yang saya sendiri tidak pastijika dia mahu menjadi seperti itu, kerana dia tidak begitumahir dalam perkara itu. Eksekutif kanan beliau mulatersungkur di pinggir jalan kerana tidak dapat mematuhiarahan beliau dengan serta-merta dan tanpa disoal. Jikamereka tidak dapat mencari jalan keluar yang dipersetujuibeliau atau jika tanggapan mereka yang bersifat bebasadalah bercanggah, maka ya, mereka wajib mendengararahannya. Untuk sementara waktu terdapat sumber yangmencukupi untuk meneruskan legasi tetapi perkara iniyang berlaku secara menyeluruh dalam ekonomi korporatBumiputra yang baharu dan telah menimbulkan tekananyang berat pada pemilihan pertama bakat Melayu yangberpendidikan mahal. Situasi sudah agak menggoyahkanbagi mereka sebelum Krisis Kewangan Asia 1997, tetapiapabila penularan spekulasi mata wang secara tiba-tibatelah melucutkan kekayaan di rantau ini hampirsemalaman. Hampir tiada yang terselamat. Selepas itu, selebihnya dikumpul oleh KhazanahNasional, agensi pelaburan negara, dan dibina semula dibawah pengurusan baru. Sesetengahnya mengekalkan 186
Boomiputranama-nama dan perniagaan teras, tetapi hanya sedikitditinggalkan untuk bekas pengurus, atau semua orang-orang bodoh „bermisi‟ dan „bercatatan wawasan‟ yang sayaterpaksa mengarang untuk mereka. (Dalam satu sesiselama satu jam bersama sedozen eksekutif kananmembahaskan sama ada „dinamik‟ terlalu „agresif‟ danlain-lain. Saya mengalami deja vu seperti waktu duludalam birokrasi lama, apabila seribu orang telah diberikuasa untuk mengatakan „tidak‟ dan hanya seorang yangberkata „ya‟. Satu-satunya cara untuk memaparkansebarang inisiatif eksekutif keseluruhannya adalah denganmengelakkan perkara-perkara itu daripada berlaku. Sayamembuat pengiraan anggaran jumlah masa yang merekatelah habiskan dan berfikir bahawa perkara yang sayalakukan tidak memberi kebaikan kepada sesiapa.) Dengan pembunuhan beramai-ramai di bahagian atas,kekeliruan di pertengahan dan projek terbengkalai dibawah, semuanya adalah abu dan habuk oleh milenium.Bekas ketua tersebut mengekalkan beberapa kehadirandalam negara (Halim Saad menubuhkan kolej pengajiantinggi, misalnya) tetapi memindahkan kepentinganperniagaan utama ke luar negara seperti ke Afrika Selatan,Turki dan Republik Asia Tengah. Kakitangan merekamembahagikan diri mereka dalam kalangan syarikat-syarikat yang baru muncul dari syarikat megah yangberkecai tahun 1990-an. Setelah gagal untuk menyusunsemula struktur syarikat mereka sebelum ini dalam masa 187
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiayang ditetapkan, mereka sedia membentuk semula dirimereka untuk memenuhi keperluan baharu mereka. Pemuda Melayu yang cemerlang serta menjadiusahawan-pengurus yang tiba-tiba muncul di bawahpentadbiran Mahathir telah mengubah wajah negaradalam satu dekad tunggal. Kesemua perkara yangmungkin bermakna di Malaysia pada abad ke-21 ini, darirupanya, pergerakkan, kehidupan, pekerjaan, sekitarnyadan menjalankan perniagaan pada hari ini adalahdisebabkan oleh orang-orang seperti Halim Saad dankelompok rakan-rakannya yang eksklusif. Tidak jugaharus dilupakan bahawa mereka telah ditolak oleh faktor-faktor luaran. Kalaulah tidak kerana krisis kewanganserantau, tiada sedikit pun sebab yang dapat difikirkanuntuk menghalang mereka dari terus berkembang maju.Hal ini kerana sesungguhnya kebanyakan mereka, cumatiada disini, mereka telah cuba untuk berkhidmatmelangkaui kejayaan korporat. Mereka merupakan budak-budak lelaki yang betul ditempat yang betul pada masa yang betul, tetapi tidakmungkin boleh menjadi seorang lelaki untuk semuamusim. 188
10 _________ SWARNABUMI“SAYA FIKIR,” kata Ravi, dengan teliti, “Saya perlu jadiorang jahat.” Kelihatannya seperti orang teraniaya. Kesihatan yangmantap dan keyakinannya yang dipancarkan sewaktu kaliterakhir kami bertemu iaitu pada dua tahun dahulu, kinitelah lenyap menjadikannya si celaka kurus kering yangsedang duduk di hadapan saya di gerai tepi jalan ini,memegang gelas teh dengan kedua-dua tangannya sepertikutu rayau pada musim sejuk. Ravi berada di awal usia 30-an, telah berkahwin danmempunyai dua orang anak dan mengusahakanperniagaan penyewaan lori yang dalam kesulitan. Sayapernah menggunakan perkhidmatan pengangkutannyasemasa saya perlu berpindah randah dahulu. Dia selalubertanya kepada saya jika saya mempunyai sebarangpekerjaan untuknya, atau mengenali sesiapa yang bolehmemberikan pekerjaan kepadanya. Kami kembaliberkumpul di warung ini di jalan raya ke Batu Arang,hanya untuk berbual. Keadaan tidak berjalan dengan baik 189
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiauntuk Ravi. Kehabisan kerja. Ada sesetengah orang yangtidak membayar upahnya. Untuk memastikan diamempunyai pekerjaan, dia telah mengambil kontrakuntuk membawa barang-barang dari Johor ke PulauPinang hanya untuk tiga ratus ringgit bagi setiapperjalanan. Dia merosakkan dua daripada tiga lorimiliknya semasa perjalanan, dan lori terakhirnya… tengoksajalah, seperti cebisan yang sedang bergerak. Diamungkin akan ditahan oleh pihak berkuasa pengangkutanjalan pada bila-bila masa saja selagi lori itu tidakbertaburan di atas jalan. Saya bersimpati dengan Ravi. Ravi merupakanseorang yang boleh dipercayai, ceria dan tampan, dan diatidak pernah melakukan kesalahan terhadap saya. Sayamelihat dia sebagai salah seorang generasi baruberketurunan India yang berasal dari estet yangberpotensi. Dia mendapat pendidikan di sebuah sekolahrendah Tamil dan sekolah menengah kebangsaan, diamemperoleh sijil tingkatan lima dan segera memulakanperusahaan kecil. Pada mulanya perniagaan Ravi telahberkembang dengan jayanya dan dia melakukan kerjakontrak sehinggakan dia mampu mengumpul wang untukmelabur dalam pembelian lori tan pertamanya. Dia telahmembeli lagi dua buah lori termasuklah lori tiga tan yangakhirnya terhumban ke dalam gaung dengan tragisnyadan telah dihapuskan apabila ejen insurans beliau hilang.Sekarang dia tidak lagi mempunyai pilihan lain, danbimbang bahawa pada akhir kesabarannya akan menjerat 190
Swarnabumidirinya sendiri. Hal ini kerana sentiasa wujud jenayahseperti kata Ravi. Menjelang abad ke-21 kebanyakan dua juta kaumIndia Malaysia mempunyai kerjaya profesional sepertipeguam, doktor, jurutera dan arkitek. Kaum Indiamembentuk sebanyak tujuh peratus daripada penduduktetapi 15 peratus dalam kerjaya profesional di Malaysia.Sesetengahnya kaya. Sebahagian lagi mewarisi hartakekayaan dari keluarga pedagang mereka yang sudah lamaberakar umbi di sini pada abad aktifnya aktivitiperdagangan antara British Raj di India dan pelopornya.Sebahagian lagi pula merupakan usahawan yang baruberjaya melalui bidang telekomunikasi, minyak dan gas,satelit, hartanah, hotel dan syarikat penerbangan.(Walaupun dalam kebanyakan mereka hanya dua orang,seorang dari Brickfields dan seorang lagi dari PetalingJaya, yang menjadi jutawan multinasional.) Walaupunbegitu, ekuiti kaum India di Malaysia tidak pernahmenyumbang lebih daripada satu peratus daripadakekayaan korporat Malaysia, purata isi rumah merekasetiap bulan melalui pendapatan kekal di bawah RM3000, dan mereka masih antara yang termiskin dan palingrendah di Malaysia. Budaya dan agama mereka adalah yang tertua, walaubagaimanapun, yang ditambah kepada keadaan serbasalah kaum India di Malaysia adalah walaupun latarbelakang Hindu dan Sanskrit sehinggakan budaya danbahasa Melayu adalah begitu nyata dan masih wujud, 191
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapenyebatian kesultanan Melayu dan tradisi mereka selamaberabad-abad, semuanya kembali pada perkhidmatankepada Empayar British yang menciptakan masyarakatIndia moden negara ini. Dalam 30 tahun pertama abad ke-20, bilangan orang India di Tanah Melayu bertambah limakali ganda dari kurang daripada 120 000 kepada 640 000. Terdapat dua sebab berlakunya kemasukan ini secaratiba-tiba dan besar-besaran iaitu Perang Dunia Pertamadan getah. Memandangkan Hevea brasiliensis telahdiperkenalkan di sini pada tahun 1890 dan perlumengambil masa tujuh tahun untuk pokok-pokok inimatang, maka adalah mengejutkan bahawa getah menjadieksport kedua paling penting di Malaya di bawah 20tahun. Perintis getah Henry Ridley, menanam anak pokokeksperimennya yang pertama di Kuala Kangsar,semestinya sudah tahu bahawa Scotsman John BoydDunlop telah mencipta tayar getah pneumatik dua tahunsebelum ini, tetapi dia tidak dapat menjangkakan bahawatayar getah akan menjadi sangat berguna apabilaberlakunya perang. Industri getah Tanah Melayu meledak dalam duadekad pertama pada abad ke-20. Ladang dibuka di setiapnegeri, terutamanya di pantai barat semenanjung.Percubaan awal untuk mengambil pekerja tempatan tidakberjaya. Hal ini kerana orang Melayu lebih sukamengambil benih getah dan anak pokok untuk ditanam dikebun kecil mereka sendiri. Manakala kaum Cina memilihuntuk berkebun pasaran atau melakukan perdagangan 192
Swarnabumiburuh yang dijalankan di ladang British. Penanammemilih untuk membawa masuk pekerja dari Madras danCeylon dan mereka telah membangunkan kaedah mereka,mempelajari bahasa dan sudah terbiasa dengan budaya disini. Kuli-kuli Tamil yang dibawa ke ladang Malayanadalah harta syarikat, di bawah penguasaan mutlakpengurus estet, dan berurusan melalui kelas perantaraaniaitu mandur dan penyelia. Pendidikan anak-anak pekerjajuga menjadi tanggungjawab majikan, maka dalam hal inipenerimaan bagi setiap majikan adalah berbeza. Dalamgema sikap British terhadap orang Melayu pada waktu itu,terdapat keraguan tentang kebergunaan pendidikan untukkuli, mungkin sedikit jumlah pembelajaran akanmenyedarkan mereka mengenai cita-cita untuk menjadimandur atau lebih teruk lagi, membantah Tuan merekadan menyebabkan mereka perlu bersembunyi. Kaum India meninggalkan estet dan cenderung kearah bandar-bandar, menjadi setinggan atau pekerja,menyertai sektor kereta api atau sektor telekom kerja raya.Sektor ini majoritinya dipelopori oleh sebahagian besarkaum India akibat daripada perkembangan semula jadimereka di India. Bahasa Inggeris adalah juga kurang asingkepada kaum India daripada masyarakat Tanah Melayuyang lain, yang membolehkan mereka berkhidmat denganbaik dalam profesion mereka. Kaum India juga telahdipilih untuk menjadi anggota polis Malaya dan keranikerajaan. 193
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Jika Perang Dunia Pertama membawa beratus-ratusribu warga Tamil ini ke Tanah Melayu, tetapi PerangDunia Kedua pula mengurangkan jumlah mereka semulasebanyak satu pertiga. Ramai kaum India mati di landasanmaut Burma hampir sama banyak dengan 40 000 kaumCina yang dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramaiSook Ching di Singapura dan Tanah Melayu hanya dalammasa satu bulan pada tahun 1942. Daripada 75 000 Indiayan dihantar untuk memusnahkan trek tersebut(termasuklah datuk saya Raymond Periasamy Ratnam diantara mereka ), kurang daripada satu pertiga kembali(datuk saya juga di antara mereka yang kembali,bersyukur, walaupun banyak yang lebih buruk difikirkan).Penduduk India di Malaya sewaktu Hari Kemerdekaanadalah kira-kira 800 000, hampir-hampir tidak lebihdaripada tahun 1940. Kemampuan masyarakat mereka yang kehancurandan miskin menjadi sebahagian daripada Pakatan trinitisemasa Kemerdekaan menjadi satu pencapaian politikyang luar biasa, membuktikan pelbagai aspek masyarakatIndia di Tanah Melayu. Kongres India Tanah Melayu telahditubuhkan pada bulan Ogos 1946, hanya beberapa bulanselepas penubuhan UMNO dan tiga tahun sebelumpenubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu. Kongres inimenyatukan kaum India di negara ini dalam menentangpenjajahan dan menunjukkan tentangan keras seperti diIndia. Tetapi pemimpin bangsawan Parti Kongres ini 194
Swarnabumiberasal dari pangkat dan asal usul yang berbeza dari kuliyang berasal dari perladangan. Begitu juga MIC tidak menjadi satu-satunya pilihanparti-politik bagi kaum India. Gerakan dan Parti TindakanDemokratik juga menarik kaum India walaupun majoritiahlinya ialah kaum Cina, dan pada tahun 1950 PartiProgresif Rakyat menarik sokongan kaum Cina walaupunmenjadi penggerak kepada pembangkang iaitu adikberadik Seenivasagam, Dharma Raja dan Sri Padhmarajayang merupakan Jaffna Tamil kelahiran Ipoh.Kepimpinan awal MIC goyah antara pemimpin UMNO,Tunku Abdul Rahman dan pemimpin Parti KemerdekaanTanah Melayu, Onn Jaafar pada awal 1950-an. Tertarikdengan konsep terus terang antara berbilang kaum dankonsep inklusif kenegaraan terhadap nasionalis Melayubertenggek dengan UMNO. Tetapi IMP ditumpaskan olehPerikatan UMNO-MCA pada tahun 1952 pilihan rayakerajaan tempatan. MIC menyertai Perikatan untukbertanding dan memenangi pilihan raya 1955 MajlisPerundangan Persekutuan sewaktu kerajaan Malaya bakalditubuhkan. Pemimpin India pertama semasa Kemerdekaan TanahMelayu berkhidmat dengan mengagumkan semasabersama dengan Perikatan. V.T. Sambanthan merupakansebahagian daripada rundingan Kemerdekaan danmemimpin MIC selama 18 tahun. Pengganti beliau, V.Manickavasagam, mengadakan peralihan selama enamtahun sehingga 1979, sehinggalah jawatan presiden parti 195
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaitu jatuh kepada Samy Vellu Sangalimuthu, anak seorangpekerja lombong arang batu yang merupakan pendatangyang bangkit untuk menjadi salah seorang pemimpinkaum terbesar Malaysia yang pernah wujud. Samy Vellumenerajui MIC selama 31 tahun, memerintah dengankuasanya yang menonjol sehingga tahun 2010 danmembina semula sosioekonomi kaum India Malaysiasupaya menjadi sebuah entiti politik korporat. Beliaumeletakkan dirinya sebagai pengerusi, ketua eksekutif danpemegang saham majoriti. Beliau menghormati danbertolak ansur dengan rakan-rakan Melayu dalam tadbirurus dan beliau menerajui peringkat beliau sendiri sepertipatung raksasa dalam sut Savile Row. Kepada ramai rakyat Malaysia, Samy Vellu adalahseperti karakter kartun. Rambutnya disikat tepi dan loghatpekatnya menjadi bahan jenaka dalam bahasa Melayu,Inggeris dan juga Tamil. Namun beliau adalah seorangpemidato yang berbakat dalam bahasanya sendiri. Beliaujuga merupakan penyiar sebelum menyertai politik.Selepas negarawan tua berpendidikan Inggeris yangpernah menjadi pemimpin MIC sebelum ini, asal usulSamy Vellu menyebabkan beliau dicintai oleh kaum Indiayang paling bawah, walaupun kekayaan dan kedudukanbeliau meningkat. Beliau seolah-olah melambangkan intipatikepimpinan kepada orang-orang Tamil Malayan yangdatang ke negara ini di bawah kuasa majikan mereka.Beliau memerintah lembaga kerajaan dan memberi 196
Swarnabumiarahan, namun beliau ialah salah seorang daripadamereka iaitu anak seorang buruh imigran. Jika beliauboleh berjaya, mereka juga boleh, dan MIC menjaditempat Sammy Vellu menjadi idola untuk rakyat India diMalaysia yang bercita-cita tinggi pada tahun-tahunseterusnya. Apabila beliau meletak jawatan kerana inginmemberi tumpuan kepada syarikat perniagaanantarabangsa, parti itu kemudiannya jatuh ke ambangkucar-kacir. Sebenarnya tiada perkara seperti „Indian‟ jikadipertimbangkan orang Tamil, Telegu, Benggali,Malayalee, Marathis, Punjabi, Gujarat, Sinhalese, kesemuaagama mereka, dikotomi yang lebih purba seperti Indo-Aryan dan Dravidia, dan halangan kasta. Sekasarperkataan seperti itulah abad ke-21, apabila gangguanberterusan dalam hubungan dan kerjasama masyarakatIndia, mereka lupa akan perpaduan di negara ini. Dibawah penguasaan tidak berbelah bahagi Samy Vellu, MICmenumpaskan kumpulan serpihan satu demi satu iaituBarisan Kemajuan India, Makkal Sakthi, dan yang palingradikal sekali, Barisan Bertindak Hak Hindu yang beradadi jalan-jalan di Kuala Lumpur pada tahun 2008menuntut supaya Queen Elizabeth II menyelamatkanmereka yang setia kepadanya dan kini dihina dandiabaikan oleh rakan-rakan senegara mereka. Hindraf menandakan kali pertama agama Hindudiharamkan sebagai kuasa politik bersatu bagi kaum Indiadi Malaysia. Mereka memercik di bawah pengaruh gas 197
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapemedih mata dan meriam air, tetapi ia bukan kalipertama dalam tahun-tahun kebelakangan ini bahawakemarahan yang sudah lama menggelegak dalam kalanganmasyarakat India telah didedahkan kepada negara. Tujuh tahun sebelum ini telah wujud pertempuran diantara kaum India-Melayu di kawasan setinggan buruk dipinggir KL yang berterusan selama empat hari danmenyebabkan enam orang maut. Punca-punca berlakunyaperbalahan ini adalah sangat remeh iaitu salah fahamantara majlis perkahwinan Melayu dan pengebumianIndia. Lastik sesat seorang kanak-kanak India telahmeretakkan cermin depan van seorang lelaki Melayu.Tetapi dendam telah tertanam dalam kemarahan yangtercetus, fikir wartawan jenayah. “Jangan cari pasaldengan kami,” adalah mesej amarannya. Kawasan berperang itu adalah sarang samseng dansaluran untuk neraka bandar. “Adakah anda ingin tahubagaimana untuk memahami kumpulan-kumpulanIndia?” kata seorang editor jenayah. “Tontonlah filemTamil.” Samseng-samseng ini mencontohi perkara yangmereka lihat pada skrin termasuklah cara merekabercakap dan berjalan, membawa senjata mereka danberlawan, tetapi terdapat juga moral kepadanya iaitubetapa geniusnya genre itu. Walaupun baik dan jahatadalah seperti malam dan siang, terdapat kekaburan yangnyata antara kedua-duanya seperti mungkin adakepahlawanan dalam perbuatan jahat dan kelemahandalam orang yang soleh. Pengorbanan dan kehormatan 198
Swarnabumiada di merata-rata, dalam segala-galanya, dan palingbanyak dalam kalangan pencuri. Pada bulan Ogos 2013, tindak balas kepadapertambahan kejadian jenayah kekerasan dan aktiviti gengdi seluruh negara, Polis Diraja Malaysia mengumumkantindakan keras ke atas „jenayah terancang‟. Dalam masasetahun mereka menahan 80 000 orang samseng danmembuka 37 000 siasatan, mendapatkan semula 2 400kenderaan curi dan merampas 10 000 senjata api. Danmereka memberikan nama daripada 73 sindiket kongsigelap dan lebih 1 000 samseng jalanan yang berkaitandengan mereka disasarkan kerana terlibat dalam jenayahperas ugut, narkotik, maksiat, kecurian kenderaan,penyeludupan, pemerdagangan manusia, penyeludupansenjata api, pengubahan wang haram dan pembunuhankontrak. Kaum India di Malaysia telah merangkumimajoriti dua pertiga daripadanya. Mengagumkan juga apabila masyarakat utama yangpaling diabaikan di negara ini telah mendapatkan dirimereka penguasaan yang kuat daripada sarang gelapbawah tanah tanpa bantuan sesiapa tetapi dengan dirimereka sendiri. Ketiadaan perhatian dari sesiapa punselama tiga generasi, kaum India menjaga diri merekasendiri secara senyap dalam bayangan di pinggir ekonominegara. Samseng upahan menerima ganjaran setimpaldengan hasil atau risiko kerja mereka. Mereka yang cederaataupun cedera semasa melakukan aktiviti jenayah akanmenerima bantuan perubatan dan pampasan sementara 199
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiakeluarga mangsa yang terkorban menerima kebajikanuntuk hidup, atau selagi mereka memerlukannya. Salahseorang anggota polis yang telah bersara menceritakankepada saya, “Apabila ditambah kesemua wang dalamjenayah, anda boleh lihat bagaimana kita terselamat darikemelesetan.” Tidak, anda tidak mencari pasal dengan mereka. Di situlah Ravi pergi untuk menyelamatkankeluarganya. Dia boleh mengangkut beban barangansejauh 300km selama tiga ratus ringgit setiap perjalanan,atau dia boleh membawa barang seludup pada jarak yangsama selama lebih dari lima kali. Dia tidak bertanyasebarang soalan, mengambil bayarannya, dan dalambeberapa tahun dia membayar hutangnya danmenyambung semula perniagaannya. Apabila seoranglelaki seperti Ravi kehilangan kedudukannya pada anaktangga paling bawah ekonomi, maka disitulah dia rebah.Walaupun dia bangkit semula, dia tidak kehilanganhubungannya, dan mungkin juga dalam berada dalambahaya jika dia cuba. Mengapa dia perlu melakukannyajuga? Ini adalah sebahagian daripada ekonomi, dan begitujuga dia. Kewujudan kesan jangka panjang yang lain daripadapencabangan Malaysia kepada dua kelas warganegarayang berbeza adalah salah satu dapatan dasar keutamaanberpihak kepada mereka dan yang lain pula sebaliknya.Walaupun bantuan kepada yang terdahulu mungkin, atautidak boleh membayar dividen yang dicari, ketiadaannya 200
Swarnabumiuntuk masa seterusnya membuktikan mereka perlumelakukan semua perkara untuk terus hidup tanpabantuan. Harga kegagalan bagi mereka adalah tinggi danselalunya teruk. Undang-undang yang wujud, sekiranyatidak sesuai maka akan terbuang dengan begitu kejam danmeneruskan hidup semata-mata untuk mencapaikemenangan. Selepas tiga generasi berhadapan denganperjuangan tersebut, penghormatan antara pencuri danetika mungkin ada dalam pengharaman itu. Seperti dalamfilem. Tetapi terdapat wira nasional yang sebenar dalamkalangan masyarakat India di sini. Rakyat India Malaysiaselalu menonjol secara konsisten dalam kalangan atletterbaik negara dan ahli sukan. Lelaki terpantas di Asiaselama hampir setengah abad adalah Mani Jegathesan,yang mencatatkan rekod 10.3 saat dalam acara 100mkebangsaan di Sukan Asia Tenggara Jakarta pada tahun1968 berkekalan dengan baik sehingga abad yang akandatang. Larian Jega adalah setahun selepas Pancharan„Punch‟ Gunalan membantu pasukan badminton Malaysiamemenangi Piala Thomas buat kali pertama. Santokh Singh akan menjadi sebahagian daripadapasukan bola sepak terhebat negara dalam sejarah.Sebuah pasukan Malaysia yang sempurna, yangmemaparkan beliau sebagai pemain pertahanan yangsukar dilepasi, kapten Towkay Soh Chin Aun sebagaipemain perancang tengah, dan Mokhtar Dahari yanghebat sebagai penyerang. Pasukan ini adalah lebih 201
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadaripada sebuah pasukan bola sepak, ini merupakan satudongengan negara. Rajkumar Bathumalai memenangiemas di Sukan Asia untuk acara 800m pada tahun 1985dan bersara sebagai seorang jurulatih olahraga dan ikonyang dikenali di Kuala Kubu Baru. Selvamuthu Ramasamy, yang dilahirkan di sebuahladang getah di Chemor, Perak, memenangi pingat perakdi 1986 Sukan Asia dalam taekwondo dengan tulangkakinya yang patah. Pelumba Kumaresan Murugayanmewakili Malaysia dalam dua acara Sukan Olimpik, danNicol David dari Pulau Pinang akan menjadi yang pemainskuasy wanita terbaik di dunia sehingga dia bersara. Padatahun 1997, rakyat Malaysia pertama ke puncak GunungEverest adalah Magendran Muniasamy dan MohanadasNagappan. Kedua-dua lelaki ini menerima gelaran datukdan potret mereka diabadikan pada setem. Pada tahun 2006 di Kuil Sri Murugan Perumal yangdihormati di Batu Caves berdekatan Kuala Lumpur,berlaku acara pelancaran patung bersalut emas setinggi43-meter iaitu Dewa Murugan, seberat 250 tan danberharga RM2.5 juta. Tukang-tukang yang mahir datangdari India, seperti yang dilakukan kebanyakan daripada100 000 penganut Hindu yang menghadiri pembukaantersebut, dan patung itu tidak lama kemudiannyadipaparkan dalam filem Hindi bersama pelakon AnushkaShetty. Tetapi ini adalah satu kenyataan yang bersifatMalaysia, daripada dan kepada rakyat Malaysia India, 202
Swarnabumibahawa mereka telah tiba di abad ke-21 dengan penuhkebanggaan, kekuatan dan maruah. Walaupun masa yangdiambil adalah selama satu abad, tetapi kaum IndiaMalaysia ini telah akhirnya mencapai tahap maruah diri diSwarnabumi ini iaitu „Tanah Emas‟ mereka. Mereka bukanlagi kuli estet, mereka telah membayar hutang mereka danmemperoleh tempat mereka sebagai rakyat Malaysiadengan tidak banyak bantuan daripada orang lain, danjanganlah mencari masalah dengan mereka. 203
11 ________ DAPulau PinangSAYA TIBA TEPAT PADA WAKTUNYA untuk pertemuandengan ketua menteri, saya terpaksa mencelah-celah diantara gerombolan penunjuk perasaan di pintu masukKomtar, menyeru beliau dan rakan-rakan parti kanannyauntuk berundur. Pemimpin yang ingin dijatuhkan ini iaituLim Guan Eng dari Parti Tindakan Demokratik,kebiasaannya sudah dijangka bahawa mereka yangmembantah adalah dari pihak lawan parti beliau. Tetapimereka adalah kaum India yang diwakili oleh DAP.Mereka muda, gagah dan kuat, memakai baju ragbi danseluar jeans, tetapi saya tidak dapat memahami perkarayang mereka laungkan. Kedengaran seperti lolonganejekan. Saya cuba melihat jika terdapat sebarang petunjukmengenai dalang keriuhan ini di sebalik kain rentangmereka tetapi tiada. (Kain rentang mereka adalah daripercetakan yang berkualiti, cetakan berwarna sepenuhnyadi atas vinis tahan lasak dan gromet tembaga.) Pengawal keselamatan di situ hanya melihat penunjukperasaaan yang nyaring itu tanpa minat, dan mereka juga 205
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiatidak langsung memandang saya sewaktu saya berjalanmelewati mereka untuk ke lobi lif. Saya menaiki lif ketingkat 28, dan setelah sampai saya mengambil paspelawat dan terus menuju ke pejabat Ketua Menteri PulauPinang. Terdapat satu lagi pengawal keselamatan di situ,dan dia seolah-olah terkejut melihat saya, tetapi diamengiringi saya dengan sopan apabila saya menjelaskansebab saya berada di situ. Lim Guan Eng sedang menyelesaikan urusan dengansekumpulan pelawat dan setelah itu beliau menyapa sayadengan mesra. Beliau kemas berpakaian sut hitam dengantali leher merah jambu, tetapi kasutnya yang hampir lusuhmembuatkan saya tersenyum sendiri. Itulah yangdipelajari oleh seorang lelaki jika membesar daritunggulnya iaitu sentiasa memakai kasut yang selesa.Beliau dan juga bapanya, Lim Kit Siang yang merupakanpresiden DAP adalah dua orang rakyat Malaysiakegemaran saya. Guan Eng membawa saya ke ruang menunggubersebelahan pejabatnya, dilengkapi dengan sofa dankerusi. Seorang pembantu menyertai kami dan duduksambil membawa perakam digital, kertas taklimat danbuku nota. Guan Eng membukan kancing butang jaketnyadan duduk dengan selesa. Kami berdua sedar bahawakedua-dua kami kelihatan baik. Saya berada di sana untukmenemu bual beliau mengenai dasar alam sekitar danbandar di Pulau Pinang, dengan rujukan khusus kepadaaktiviti rekreasi berbasikal. Negeri ini merupakan perintis 206
DAPulau Pinangnegara dalam menetapkan lorong berbasikal, terima kasihkepada 10 000 penunggang basikal dan masyarakat sivilyang aktif. Kerajaan negeri sedang membuat kelainandengan inisiatif yang diambil oleh rakyat. “Kamimenerima keuntungan yang sangat banyak apabila kamimengambil keputusan untuk menjadikan Pulau Pinangsebagai sebuah negeri yang mengamalkan aktivitiberbasikal,” kata Guan Eng. “Pelaksanaan ini menciptamomentumnya sendiri.” Perbicangan ini menjadi mudah kerana Guan Engtelah belajar dari awal lagi bahawa tidak memulakantemuduga tanpa persediaan yang cukup. Kami berbincangmengenai isu kitar semula (kadar 26 peratus Pulau Pinangadalah yang tertinggi di negara ini), pembasmiankemiskinan (Pulau Pinang telah melakukannya denganpendapatan isi rumah terendah adalah di atas garisankemiskinan), pengangkutan awam, zon bebas kereta, danlarangan baru-baru ini untuk penggunaan beg plastik.Beliau menyebut data statistik dengan lancar sekali,sekali-sekala pembantunya akan memeriksa kertas-kertasyang dipegang sambil mengangguk menandakan setuju.Beliau telah menjerumuskan banyak ahli perniagaan kayadan berkuasa di bawah pentadbiran sebelum ini, katabeliau, dengan menyedarkan mereka bahawa beliau tidakakan menuruti permintaan mereka. Apabila berkaitandengan rasuah, Lim berkata, “Saya membanterasnya dariakar umbi.” 207
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Takdir telah menyebelahi Lim Guan Eng apabilabeliau berjaya merealisasikan janji-janji DAP sebagaikerajaan negeri, dan beliau seolah-olah menikmati setiapsaat itu. “Kami mahu membuat perbezaan danmembezakan diri kami,” katanya. “Jelas. Tiadaperkauman. Tiada agama. Untuk semua orang. Kamimahu menunjukkan bahawa kerajaan yang bersih bolehmengatasi kerajaan yang dipenuhi rasuah, dan kami bolehmenjadi yang terbaik di dalam kerajaan seperti kamimenjadi yang terbaik dalam parti pembangkang.” Saya menyebut tentang gerombolan yang disewa dibawah. Beliau ketawa. “Mereka itu? Mereka telah ditajaoleh pengeluar beg plastik.” (Ketiadaan keselamatanadalah lebih membimbangkan, dan beliau perlu melihatkeadaan itu.) Temuramah ini adalah temuramah yang baik bagimemenuhi tujuan saya, tetapi rahsia kegembiraan sayaadalah menemubual Lim Guan Eng sekali lagi selepas 26tahun, melihat kembali waktu pertama kali temu bual danbetapa beliau masih muda pada waktu itu. Waktu ituadalah di Melaka pada tahun 1986, semasa kempenpilihan raya umum tahun tersebut. Guan Eng telahmembuat debut pilihan rayanya sebagai calon DAP bagiKota Melaka, kerusi itu telah dikosongkan oleh bapanyauntuk mencabar Barisan Nasional di Pulau Pinang.Bapanya akan berdepan dengan Koh Tsu Koon dari BNuntuk kawasan Tanjung yang telah dipegang BN di PulauPinang sejak tahun 1969. Pertandingan Guan Eng menjadi 208
DAPulau Pinangsensasi apabila BN mempertaruhkan seorang anak jatiMelaka dan bekas legenda bola sepak negara, Soh ChinAun. Kapten pasukan Malaysia yang teragung dalamsejarah bola sepak yang mewakili Persatuan CinaMalaysia. Pertandingan ini menjadi lebih menarik keranatidak jelas bahawa rakyat Kota Melaka akan memilihseorang wira negara kelahiran asli tempatan dalampertubuhan itu atau memilih seorang pemuda baru daripihak pembangkang. Tidak sampi tiga tahun Guan Eng menamatkanpengajian di Monash University dan beliau sudahmenyertai kempen pilihan raya. Saya menemubual beliaudi bilik gerakan parti. Beliau kelihatan lemah, pucat dansangat muda. Memakai baju parti yang berwarna putih,beliau boleh disalah faham sebagai pelajar tingkatan enamyang memakai seragam sekolah. Beliau kelihatan seriusdan tiada senyuman di bibirnya, bercakap tergagap-gagapsambil dipisahkan oleh detik-detik ruminan senyap.Beliau rapuh dan agresif, tetapi itulah yang dapatdijangkakan daripada pencabar pembangkang yang barusahaja muncul sebagai calon bertanding apabila ditemubual secara bersemuka dengan seorang wartawan. Saya berasa bimbang terhadapnya. Saya inginmemberitahu beliau supaya tidak bersandar pada kerusiapabila kamera muncul, tetapi untuk bersandar kehadapan dan meletakkan siku di atas meja untuk memberigambaran kesungguhan. (Tetapi saya mengambil gambarbeliau dengan simbol roket parti mereka di dinding di 209
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiabelakangnya dan kelihatan seperti roket sedangdilancarkan dari kepalanya, hanya sekadar untuk kesansampingan. Memandangkan kontroversi yang berlaku didalam liputan akhbar saya pada masa itu, saya meraguibahawa pembaca akan perasan perkara tersebut. Inilahwaktunya berlaku Pilihan Raya Kemelesetan. UMNO telahberpecah dan lemah. Orang Melayu telah berpecahsemula, dan akhbar telah mengganas terhadappembangkang dengan sepenuh hati dengan tidakdisangka.) Guan Eng dan Chin Aun menjadi satu kajianmengenai perbezaan cara mereka bermula. Seorang taukegagah perkasa dari MCA yang bercerita mengenaikenangan zaman kegemilangan, dan seorang „taugeh‟muda berapi ini menjadi pagar DAP bagi menentangrasuah, ketidakadilan dan ketidaksamaan. Guan Engmengalahkan Soh dengan lebih daripada 17 000 undi padapilihan raya debut yang paling tegang ini. Dan bapanyapula menewaskan Koh di Pulau Pinang dan memegangkerusi Tanjung untuk satu tempoh. Bapa dan anak inimenggegarkan dan melancarkan roket mereka bersama-sama dalam politik moden Malaysia. Pada pilihan rayaumum 2008, tsunami politik telah menggulingkan semulaBarisan Nasional dan menjatuhkan Abdullah AhmadBadawi. DAP memegang kerajaan negeri Pulau Pinangdengan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Akhbar memaparkan foto Kit Siang dan Guan Engpada hari DAP mengambil alih jawatan di Pulau Pinang, 210
DAPulau Pinangbayang-bayang kedua-dua mereka dapat dilihat melaluitetingkap gambar di tingkat 28 Komtar. Kedua-duamenundukkan kepala dalam perbualan peribadi dan diluar mereka bumbung lama berjubin George Townmerebak ke selat biru pucat pada jarak yang jauh. Sayamengkagumi dan menghormati sifat pembangkang yangtahan lama yang masih terkandung dalam diri mereka,tidak pernah berputus asa walaupun mereka beradabersama orang-orang yang menyedihkan di parlimen. KiniDAP telah memenangi kerajaan negeri di Malaysia buatpertama kalinya dalam sejarah, dan negeri itu adalahPulau Pinang. Tidak dijangkakan untuk politik PartiTindakan Rakyat Lee Kuan Yew, yang dibentuk untukmeneruskan perjuangan 'Malaysian Malaysia' selepasSingapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia padatahun 1965. PAP tidak pernah hilang kawalannya terhadapSingapura semenjak itu, DAP pula tidak pernah hilangkeseluruhannya di Malaysia, mencari tempatperlindungan politik di kelas pekerja pusat-pusat bandarKuala Lumpur, Ipoh dan bekas Negeri Selat Melaka dan,kini, Pulau Pinang. Pada akhir penggal pertama Lim Guan Eng dipejabatnya, Pulau Pinang dari tanah besar Seberang Praikelihatan seperti Hong Kong dari Kowloon dengan kilauancahaya dan kehidupan yang mampu membakar sesiapayang memandangnya. Blok pangsapuri mewahdibangunkan di bahagian sayap berbukit di pulau itu.Sebuah dermaga yang baru dibentangkan menjadi pagar 211
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiakubu kompleks pejabat dan bangunan tinggikondominium sepanjang pesisir timur pulau itu. Sektor hiburan dan hospitaliti sedang rancakmembangun di Batu Ferringhi, dan pusat membeli-belahmewah sepanjang Gurney Drive serta petak hartanah yangditebus guna di Tanjong Tokong. George Town Lama telahdihiasi dan dicantikkan dengan lot kedai dan rumahbandar bertukar menjadi hotel butik dan kafe bergaya.Kawasan Warisan dihormati di bandar ini dan kawasanbebas kereta menyenangkan aktiviti pasar lambak, geraimakanan jalanan dan penghibur jalanan pada hari Ahad. Namun, di sisi lain dari Bukit Bendera, dataran baratdihanyutkan ke pantai dengan adanya sawah padi dankebun pisang, kampung-kampung Melayu di Balik Pulaudan Pantai Acheh masih senyap, terhalang danmembimbangkan. Pulau Pinang telah menjadi kisah duapantai. „Pulau Pinang Pulau Mutiara‟ telah menjadientrepot kosmopolitan sejak tahun 1786. Bukti Malayantertua mengenai keturunan saya sendiri berada di sisinenek sebelah ibu saya iaitu nama keluarga Rodriguesmuncul dalam rekod gereja. Berpindah ke Pulau Pinangdari Melaka pada tahun 1789, hanya tiga tahun selepasFrancis Light memperoleh pulau tersebut dari SultanAbdullah Mukkaram Shah Kedah, dan setengah abadsebelum nenek moyang sebelah bapa saya tiba di sini darikawasan Khyber Pass, mereka memberitahu saya. Pulau Pinang tidak pernah mempunyai pendudukyang benar-benar asli sebelum masyarakat pantai 212
DAPulau Pinangdipisahkan dari pemindahan manusia kuno merentasiselat antara Sumatera dan Semenanjung. (Nenek sebelahbapa saya adalah berketurunan Acheh.) Orang Melayu dipulau itu masih kebanyakannya adalah nelayan, petani,pekebun kecil dan peniaga kecil. Uniknya dalam keadaanMalaysia, lebih-lebih lagi apabila orang Melayu bukanlahpemonopoli Islam di Pulau Pinang. Mereka berkongsiagama dengan India Muslim yang telah lama berada diPulau Pinang dengan jumlah yang ramai dan mereka telahberkembang menjadi sebuah masyarakat yang berasingandan padu dengan sendirinya. Mereka dikenali sebagai„Mamak Tanjong‟, kerana mereka telah digelar sebegitu,atau Jawi Peranakan, kerana mereka tahu diri merekasendiri yang berketurunan campuran antara wanitaMelayu dan India Muslim. Mereka adalah pedagang,peniaga dan ahli perniagaan yang celik, berpendidikandan sedar akan nilai media. Akhbar Melayu pertama dinegara ini adalah milik mereka (dan dinamakanbersempena nama mereka), pada tahun 1876. Merekatidak akan kehilangan kekuatan dalam penerbitan bahasaMelayu, ataupun perniagaan tradisional mereka yang lain. Dalam masyarakat „Malayo-Muslim‟ yangdibangunkan di sini melalui abad ke-19, segmen Arab danIndia ini akan secara semula jadi, menjuarai Islam dankebimbangan Melayu dalam akhbar-akhbar dan majalahmereka, menjadikan mereka lebih mendalami sifatnasionalisme Melayu daripada Melayu sendiri. Bagi JawiPeranakan tidak pernah menumpahkan penghinaan 213
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamereka terhadap orang Melayu, mereka yang kurangsopan dan seagama di negara ini. Itulah persamaannya, tidak syak lagi. Ikon yangdijulang tinggi akhbar Melayu pada tahun 1940, AbdulRahim „Kajai‟ Salim, mencipta gelaran yang menghinaiaitu „DKA‟ dan „DKK‟, akronim bagi „Darah KeturunanArab‟ dan „Keling‟, untuk rakyat Malaya yangberketurunan Arab dan India. Keturunan saya sendirimengalir melalui kedua-dua penyumbang sejarah TanahMelayu itu, dan dari pertama kali saya menjejakkan kakidi Kolej Melayu sebagai pelajar tingkatan satu, dapatdirasakan sentimen ini masih berterusan selama ini.Mungkin mereka telah surut ke senja pada abad ke-21,kerana air pasang berterusan oleh pemindahan Muslimbaru yang memindahkan diri mereka ke dalamsosioekonomi Malaysia dan, tidak dapat dielakkan jugaadalah demografi. Tetapi hal itu sentiasa mengganggusaya melalui kenyataan bahawa hadiah yang palingmenguntungkan di negara ini untuk kewartawanan perludikhaskan semata-mata untuk perantara Melayu dandinamakan sebagai „Anugerah Kajai‟. Mungkin mereka perlu jadikannya seperti itu. RahimKajai dan mereka yang sezaman dengannya seperti IshakMuhammad („Pak Sako‟) dan Zainal Abidin Ahmad(Za‟ba`‟) semua menghasilkan penulisan yang bertemakanpenindasan dan degenerasi Melayu dalam awal abad ke-20. Pak Sako dan Za`ba seperti bersedia untukmengaitkan peminggiran Melayu dengan kekurangan 214
DAPulau Pinangkeberanian dan tulang belakang mereka sendiri.Persediaan mereka untuk menampung dan memperjudidengan orang asing. Bagi Rahim, yang paling merbahayabagi penyibuk adalah yang menyisihkan orang Melayu danmenjadi kaya dari tanah mereka, adalah orang Islam yanglain. Masjid Kapitan Keling dan Masjid Lebuh Aceh diPulau Pinang berada di situ sejak awal abad ke-19.Daripada dua masyarakat Islam di Pulau Pinang, merekayang berketurunan India dan Arablah yang menguruskanpusat, wang dan pengaruh tersebut untuk 200 tahun. Kini,perkara ini menyebabkan taburan sosial yang sangat pelikdalam kalangan umat Islam di Pulau Pinang. MasyarakatIndia Muslim kelihatan agak selesa dengan pendudukbaru Cina di Pulau Pinang, manakala orang Melayu,terutamanya belia, seolah-olah bergolak dan tidak senangduduk. Semenjak Lim Guan Eng mengambil alih jawatandi Pulau Pinang, setiap kali malam Tahun Baru, beratus-ratus samseng Melayu akan menaiki motosikal kecilmenaiki feri dari tanah besar ke pulau untuk merayau dariTanjung Tokong ke Teluk Bahang sambil melakukankeganasan di atas jalan raya. Semasa sambutan TahunBaru Cina, masjid Melayu memasang pembesar suaradengan kuat sehingga menyebabkan gangguan. Terdapatkelebihan dalam hubungan silang budaya dalam DAPPulau Pinang yang tidak berada di sana sebelum ini, tetapibudaya Pulau Pinang adalah berbeza daripada tanah besarseperti sebelumnya, dan masih mampu mengalihkan 215
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapusat gravitinya supaya masyarakat pulau tersebutbertahan. “Kedua-dua bahagian Pulau Pinang mesti menjadisatu,” kata Guan Eng. “Itulah sebabnya kita memerlukanperhubungan ketiga.” Beliau merujuk kepada pelan cita-cita tingginya untuk membina terowong bawah laut yangmenghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanahbesar, yang akan menjadi penyambung ketiga selepas duajambatan yang kini menjangkau Selat Pulau Pinang keselatan. Terowong impian Guan Eng akanmenghubungkan Pulau Pinang ke utara, dari arahdatangnya kesemua geng penunggang motosikal padamalam Tahun Baru. Kerajaan persekutuan membangkangkeras idea tersebut kerana akan menelan kos berbilion-bilion, tetapi Guan Eng tidak gentar. Terowong itu akanterbina sepenuhnya dalam wilayah negeri maka kelulusandari kerajaan persekutuan tidak diperlukan. Menyatukankedua-dua bahagian Pulau Pinang, seperti pandangannya,memerlukan pembangunan ekonomi dan infrastruktur dibahagian tanah besar Pulau Pinang juga, untukmemberikan anak-anak muda sesuatu yang lebih baikuntuk dilakukan dalam kehidupan mereka. “Kamimempunyai lebih kesetarafan untuk dicapai,” kata ketuamenteri itu. DAP dan Lim Guan Eng telah dihadiahkan denganpenggal kedua pada tahun 2013, dan seterusnya. Partimereka menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun 2015dan mereka masih bersinar di bintang Pulau Pinang. 216
12 ________ SUKU YANG HILANGTERDAPAT BUNYI seperti seseorang sedang melakukansesuatu secara bersembunyi di bawah dan saya mendapatiterdapat orang yang sedang membelek-belek peti suratsaya. Saya turun ke bawah dengan senyap dan membukapagar yang membuatkan dua orang gadis remaja OrangAsli itu terkejut. Untuk seketika mereka merenung ke arahsaya dengan mata yang besar dan mulut ternganga,sehingga gadis yang lebih pendek itu menyiku gadis yanglebih tinggi di sebelahnya untuk menyerahkan sampulsurat yang mereka cuba masukkan ke dalam peti suratsaya itu. “Dia di sini!” katanya, dalam bahasa yang berbunyiseperti bahasa Melayu tetapi sedikit berlainan. “Kenapakita perlu letak di dalam peti surat?” Gadis yang lebih tinggi, dengan sopan memberikansampul surat dengan kedua-dua tangannya kepada saya.Semasa saya ingin mengambilnya, gadis yang lebih pendekmeragut surat itu kembali dan berkata “Tidak! Kenapa nakbagi pada dia? Dia di sini! Beritahu dia sekarang!” 217
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia “Beritahu saya apa, adik?” “Pak Cik,” kata gadis yang lebih tinggi itu dengansuara yang perlahan dan lembut sehinggakan saya perlumembongkok untuk mendengar kata-katanya, “BolehkahPak Cik ajar kami bahasa Inggeris?” Kini tiba giliran saya pula untuk ternganga. Telahsetahun lebih saya bersara dan saya kembali di pekan inidi kaki bukit Banjaran Titiwangsa berhampiran sempadanSelangor, Perak dan Pahang. Saya bukanlah orang yangasing lagi di kawasan ini kerana saya telah menulis bukupertama saya di sini 20 tahun dahulu dan kembali ke siniapabila ada kelapangan. Pekan kecil Kuala Kubu Baru,Hulu Selangor adalah tempat kegemaran saya di planetini, dan apabila tuan tanah lama menelefon saya di KLsetahun sebelum persaraan saya untuk bertanya jika sayamasih mahukan rumah kedai yang saya miliki di sini sejak1992, sudah tentu saya mahukannya. Inilah tempat yangpaling berprestij untuk hidup. Selain itu, tiada tempat lainlagi untuk saya tuju. Kami bersetuju dengan pajakanjangka panjang dan saya berpindah semula untukmenetap di sini selepas menamatkan kerjaya saya dalambidang kewartawanan. Khabar angin semestinya sudah menyebarkan bahawasaya bekerja menggunakan bahasa Inggeris. Wanita yangjuga pemilik restoran Hailam yang mesra itu menggelarsaya „Orang Putih‟ yang semestinya bukan kerana warnakulit saya. Rasanya mungkin kerana saya membaca suratkhabar Bahasa Inggeris apabila bersarapan pagi dengan 218
Suku Yang Hilangtelur hancur dan roti bakar. („Morning Bread Fast‟ adalahmenu aneh yang terdapat dalam menu mereka dannamanya sangat sesuai kerana terbukti pantas.) Tetapi disini sekarang terdapat dua budak perempuan, dengansemangat tekad yang luar biasa, bertanya jika saya bolehmengajar mereka bahasa saya. “Saya bukan seorang guru Bahasa Inggeris,” kata sayayang berbunyi sangat lemah. “Tapi kita boleh dudukminum teh sambil bercakap pasal ini kalau kamu mahu.” Mereka ialah orang Temuan iaitu orang Melayu Asliyang tinggal di hutan ini selama berabad-abad danmenjadi sebahagian daripada ekonomi tempatan tanpapernah mengasimilasikan sepenuhnya ke dalammasyarakat. Dua kampung nenek moyang mereka dikawasan itu telah dipindahkan pada tahun 1990-an keranaempangan telah membanjiri tanah pusaka mereka.Mereka kini tinggal di rumah baru yang dibinabertentangan dengan tasik empangan, dan dalamkelompok keluarga yang kecil di dalam dan di sekitarbandar. Gadis yang lebih tinggi bernama Suhana dan berumur15 tahun manakala sepupunya Fahrin berumur 13 tahun.Mereka cantik, cergas, dengan rambut yang panjang, kulityang bersih dan mata yang terang. Mereka mengenakanseluar denim dan blaus, mengikat rambut mereka dengangetah rambut yang berwarna terang dan memakai kasutyang berdebu. Fahrin memesan teh ais dan Suhana pulamemesan 100Plus. Fahrin yang lebih muda kelihatan lebih 219
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiabersemangat dan petah. Suhana melihat Fahrin dengankagum semasa Fahrin memberitahu saya yang merekaingin mempelajari bahasa Inggeris kerana perkara yangmereka minati adalah dalam bahasa Inggeris. Merekameminati muzik, filem dan perkara-perkara yangmenggunakan bahasa tersebut. Orang yang mengetahuibahasa Inggeris adalah berbeza dari orang yang tidakmengetahuinya, mereka datang dari tempat lain yanglebih besar, lebih luas dan lebih menarik, namunmengujakan apabila berdekatan. Sesungguhnya, beranimereka berharap untuk mengalami kesemua perkaratersebut? Mereka menggunakan bahasa Melayu di sekolahdan dalam kehidupan seharian mereka, tetapi merekamasih bercakap bahasa Temuan di rumah dan dalamkalangan mereka. “Kami rasa kami boleh lakukan lebihbanyak perkara dengan bahasa Inggeris,” kata Fahrinsambil Suhana mengangguk bersungguh-sungguh. “Saya rasa kita boleh mulakan dengan perbualan,”saya memberitahu mereka. “Mari kita bercakap sedikit.”Mereka serata-merta menutup ketat mulut mereka. „Malu,kan?‟ Mereka mengangguk dengan malu-malu. Sayabertanya kepada mereka muzik apakah yang mereka suka. “Justin Bieber,” Suhana berbisik, sambil tersenyum. “Baiklah! Mari kita dengar lagu Justin!” Menggunakan telefon Samsung saya, kami punmencari lirik lagu „What Do You Mean‟ di YouTube.Namun, saya tidak dapat memahami lagu tersebut.Perkara ini menyebabkan kami sekurang-kurangnya 220
Suku Yang Hilangberasa gembira dan menjadikan ini sesi pertama yangmenyenangkan. Kami bersetuju untuk berjumpa lagisetelah beberapa hari. Saya beredar untuk membeli kamusBahasa Melayu-Bahasa Inggeris untuk mereka berdua. Terdapat kira-kira 150 000 Orang Asli diSemenanjung Malaysia pada awal abad ke-21. Istilahkolektif yang digunakan untuk mengenali mereka iaitu,„Orang Asli‟, hanya dicipta pada tahun 1960. Sebelum itu,18 suku kaum pribumi di Semenanjung, termasuk Jahai,Semai, Senoi, Temiar, Batek, Jah Hut, Che Wong, MahMerl, Semok, Semelai dan Temuan tidak mempunyainama kolektif. Nama-nama yang diberikan kepada merekadahulu tidak boleh disebut di sini kerana nama-namatersebut merendahkan martabat orang-orang ini ke tahapmakhluk hutan yang separa manusia yang patutmenangkap kayu atau disuruh untuk memburu. NamunOrang Ali ini telah disambungkan ke dunia yang lebih luasuntuk berzaman-zaman, sejak dari awal laluan manusiadan perdagangan di negeri ini. Eksport pertama diSemenanjung Tanah Melayu adalah rotan, damar, kayucendana, timah dan emas dari hutan dan sungai, semuadibawa keluar dari kawasan pedalaman oleh Orang Asli. Nenek moyang Suhana dan Fahrin adalah orang yangmembina lombong bijih timah yang terbesar di TanahMelayu pada tahun 1800, bekerja dengan pendatang Raodari Sumatera, di persekitaran sini. Mereka membinaempangan dari sungai yang mengalir dari pergununganuntuk menapis timah dari lapisan permukaan bumi. 221
Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaDalam tempoh 50 tahun terbentuklah tasik sepanjang 20kilometer, luasnya satu kilometer dan 40 meterkedalamannya. Kuala Kubu Baru adalah 'Baru' keranaKuala Kubu lama telah dibanjiri oleh empangan yangpecah pada tahun 1883. Bandar yang didiami kini adalahbaru dibina di atas bukit pada tahun 1920. Hal inidemikian kerana langkah berjaga-jaga perlu diambil danbandar ini juga merupakan bandar terancang pertama dinegara ini. Menganggap Orang Asli sebagai orang yang secarasemula jadinya pemalu, mengada dan akan bersembunyidi dalam hutan untuk mengelakkan diri dari ketamadunanadalah salah sama sekali. Jika tidak kerana diburu danditangkap untuk dijadikan hamba selama beberapa ratustahun, kemudian dipaksa ke dalam dunia moden yangdigelar „arus pembangunan‟, mereka mungkin tidak akanterlalu berhati-hati untuk berinteraksi dengan dunia luar.Sehingga orang luar datang kepada mereka memintabantuan untuk terus hidup, dan bukan untukmendapatkan keuntungan daripada hasil hutan atauhamba, barulah Orang Asli akhirnya dipandang serius dandiberikan nama. Satu usaha yang bukan mudah untukdilakukan. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada bulanDisember 1941 menyaksikan seksaan kejam yangdilakukan terhadap orang Cina khususnya. Menjelang Macberikutnya, 40 000 orang telah berterusan dibunuh dalamtragedi Sook Ching („Cleansing Purge‟) iaitu pembunuhan 222
Suku Yang Hilangberamai-ramai di Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh danpenempatan utama orang Cina di semenanjung. Beribu-ribu melarikan diri ke dalam hutan dan membentukGerakan Anti-Jepun Malaya (Malayan People‟s Anti-Japanese Army, MPAJA). Teras ideologi MPAJA dangerakan ketenteraannya adalah Parti Komunis Malaya(PKM). Pemilihan yang melibatkan komuniti hutan bukanhanya memberikan mereka peluang untuk masuk kedalam hutan dan diberi pandu arah tetapi membolehkanmereka terus hidup. Selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Jepunterpaksa menyerah kalah dan berundur tetapi penyertaanpolitik PKM dalam memerdekaan Tanah Melayu telahdinafikan. Mereka tinggal di dalam hutan danbekerjasama dengan Orang Asli secara berterusansehinggalah bermulanya pemberontakan bersenjata padatahun 1948-1966 iaitu Darurat Tanah Melayu.Pertempuran menentang mereka, dengan strategipesuruhjaya tinggi British, Gerald Templer iaitu strategi„hati dan minda‟, yang melibatkan pewujudan kubu atau„jawatan‟ di dalam hutan untuk Orang Asli. Kampung barujuga banyak dibina di pinggiran hutan untuk tukangkebun pasaran, pekebun kecil dan penduduk Cina di luarbandar. Objektif utama semestinya dua kali ganda iaituuntuk memotong bekalan dan menafikan perlindungankepada musuh, dan untuk membawa perintah sosialkepada penduduk pedalaman. 223
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Komunis telah melayan orang asli hutan denganpenuh hormat dan hal itu sudah cukup untuk difahami.Komunis menggelar mereka sebagai „Orang Asal‟. Padatahun 1960, setelah pemberontak dihalau ke utarasempadan Thai dan keluar dari Malaya, kerajaan telahmenubuhkan sebuah jabatan hal ehwal orang asli dancuba untuk memutuskan persatuan itu dengan menukaristilah „Orang Asal‟ kepada „Orang Asli‟. Nuansa ini adalahpenting iaitu dari „Tanah Melayu Pertama‟ kepadakomponen manusia alam sekitar semula jadi. Dalam pelarasan radikal kontrak kebangsaan sedekadkemudian, apabila perbezaan di antara orang asli danimigran menjadi asas kepada susunan sosial negara, asalusul asli yang tidak dapat disangsikan daripada Orang Aslitidak lagi boleh dihilangkan di bawah rimbunan hutan.Mereka juga diwartakan sebagai „Bumiputra‟, seperti yangdilakukan kepada orang-orang asal di Sabah dan Sarawakdi Borneo Malaysia. Pewartaan yang dibuat ini hampirtiada perbezaan status, peluang atau mobiliti untukmereka, tetapi membolehkan laluan dibuka untuk orangluar datang ke kampung mereka dengan usul yang baru.PERTENTANGAN YANG MENDALAM menghantui orangMelayu kepada warga senegara ibunda mereka danBumiputra iaitu Orang Asli. Mereka sentiasa diingatkan,walaupun tidak perlu berbuat demikian, bahawa OrangAsli menyediakan garis dasar beribu tahun untukmengukur sejarah 600 tahun kekuasaan Melayu di 224
Suku Yang Hilangsemenanjung ini dan wilayah-wilayah perairan danbersebelahannya. Patung Buddha dari abad- ke-11 dan ke-12 telah ditemui di Lembah Kinta Perak malahan lebih tuadaripada Batu Bersurat Terengganu. Kerajaan Hindu yanghilang dari Gangga Negara adalah di daerah Beruas danManjong Perak pada abad ke-2. Stupa (bangunandaripada batu yang berbentuk loceng) Hindu di LembahBujang Kedah yang bertarikh 2 000 tahun dahulu. Belingtembikar Hoabinhian yang ditemui di sekitar PahangTasek Chini menandakan bahawa umat manusia sudahberada di situ sejak 5 000 tahun. Penggalian arkeologi diLenggong Valley utara Perak mendedahkan buktipaleolitik tentang penempatan manusia semenjak 1.8 jutatahun dahulu. Di semenanjung Melayu, telah berlakubanyak kebangkitan dan kejatuhan tanpa henti tamadunmembuktikan bahawa sungai kemanusiaan telah mengalirdi sini sejak Zaman Ais lagi. Maka siapakah pada waktu ituyang disahkan menjadi „Bumiputra‟ iaitu „Putera di Bumi‟? Kes bagi orang Melayu ialah keadilan. Semakinbanyak perintah pentadbiran dan sosio-ekonomi yanglebih menyeluruh yang muncul di sini, mencapaipendewaan mereka dalam Kesultanan Melayu Melakapada abad ke-15, adalah muktamad orang Melayu. OrangAsli tidak bergaul sesama puak-puak mereka walaupundalam hal perdagangan atau penaklukan. Puak-puakberurusan dengan orang luar tetapi jarang sekaliberurusan di antara puak. Pemisahan geografi disepanjang rabung, sungai dan pantai membuatkan mereka 225
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamempunyai bahasa yang berbeza dan identiti budaya.Begitu erat kerana setiap kumpulan terikat denganwilayahnya, dalam kebanyakan bahasa mereka, perkataanuntuk „rumah‟ adalah „di sini‟ dan „orang‟ adalah „kami‟. Manusia telah berada di Malaysia sudah sangat lama.Sesetengah orang Melayu moden tidak selesa dengankenyataan bahawa Orang Asli telah mendahului merekaberibu-ribu tahun, walaupun (atau kerana?) merekadengan sah dapat menuntut suatu bahagian daripada yangterdahulu itu. Orang Asli telah berkahwin campur denganorang Melayu selama berabad-abad, termasuk jugadengan keturunan diraja sehingga ke hari ini. Orang Aslidi Semenanjung mempunyai asal-usul genetik yangberbeza. Pemetaan DNA menunjukkan gelombangpenyusupan dari benua Asia Timur dan juga di Afrikasejak Pleistosen, masing-masing membawa kepadakumpulan Senoi dan Negrito. Orang Temuan daribahagian atas Selangor adalah antara „ Melayu proto‟ (kinidikenali sebagai „Orang Asli Melayu‟) yang merupakanakar umbi kepada Melayu moden. (Asal-usul namamereka adalah perkataan „temu‟ kata kerja „bertemu‟dalam kedua-dua bahasa yang menunjukkan bahawamereka adalah „Penemu‟ iaitu orang-orang yangmenggabungkan suku.) Mengantaramukakan dunia Melayu dan Orang Asli,perbezaan itu seperti langit dan bumi. Sementara orangMelayu merupakan masyarakat majoriti di Malaysia danmendominasi dari segi politik, lebih daripada 80 peratus 226
Suku Yang Hilangdaripada Orang Asli tinggal pada atau di bawah gariskemiskinan. Hampir 50 peratus daripada mereka beradadalam kategori „miskin tegar‟ yang menyebabkankekurangan zat makanan. Jangka hayat Orang Asli adalah20 peratus adalah lebih rendah daripada mediankebangsaan, kadar kematian dua kali lebih tinggi,kematian bayi empat kali ganda lebih banyak dan lima kaliganda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit. Masyarakat tertua Semenanjung Malaysia jugamerupakan yang paling sedikit, paling miskin dan yangpaling ketara adalah menghasilkan beberapa graduan danprofesional, tiada tokoh-tokoh negara, tiada perwakilansendiri dan paling kurang ditampilkan dalam hal ehwalnegara. Jurang sosiobudaya yang paling luas di Malaysiaadalah antara Orang Asli dan orang Melayu yangmemerintah, keturunan mereka yang dikongsi bersamabagi orang Melayu adalah peringatan manakala untukOrang Asli adalah penghinaan. Kebimbangan terhadap Orang Asli semenanjungbermula pada tahun 1960 diiringi oleh penyebarandakwah Islam. Pada dasarnya adalah untuk menawarkanOrang Asli cara untuk mengurangkan peminggiranmereka dengan menyertai Melayu perlembagaan. Perkaraini diinstitusikan pada tahun 1980-an dan 1990-an olehJabatan Hal Ehwal Orang Asli, dengan bajet sebanyakRM18 juta untuk membina surau sebagai pusat komunitidi kampung-kampung Asli. Keseluruhan kampung akan„diislamkan‟ apabila mendapat persetujuan daripada 227
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaseorang ketua atau bapa, dan papan tanda yangbermaksud sedemikian disiarkan. Mereka yang menerimapenukaran tersebut akan diberikan bantuan perumahandan wang saku untuk menghadiri kelas agama, dan untukpersekolahan anak-anak. Terdapat juga pilihan untuk tidak menyertai, tetapiorang-orang yang enggan menyertai akan dibiarkan tanpabantuan. Kampung Asli mula menampilkan sempadanjelas antara rumah-rumah batu yang baru untuk orang-orang yang menerima agama baru dan pondok buluhdengan tikar untuk mereka yang enggan menyertai. Sesetengah daripada mereka menerima sepenuhnyaagama baru mereka dan seolah-olah menikmati agamaIslam bukan kerana mendapat manfaat dan penginapanyang lebih baik. Antara Orang Asli di Selangor, 90 peratustidak menukar agama. Separuh penduduk merekaberumur bawah 15 tahun, dan mereka yang terlalu mudauntuk menarik diri tetapi mampu untuk tahu bahawafikiran mereka sendiri marah akan pilihan yang dibuatuntuk mereka oleh ibu bapa mereka. Beberapa tahunsebelum saya bertemu dengan Suhana dan Fahrin,kesemua penduduk bandar mengenali seorang lelakiTemuan yang bekerja sebagai pengawal keselamatanmalam di kilang. Setiap kali pada hari bayaran gaji, diaakan mabuk di kedai arak murahan, kemudiannya berdiridi tengah jalan pada tengah malam sambil meraung kelangit, „AKU BUKAN MELAYU!‟. Dia bukannya Melayu.Pabila subuh dia akan sedarkan diri di lorong dengan 228
Suku Yang Hilangberpakaian seragam yang kotor dan dia akhirnya menjadimarah. Melihat kembali kepada kedua-dua remaja yangdatang berjumpa dengan saya untuk belajar bahasaInggeris, generasi berikutnya adalah lebih positifmengenai prospek mereka sebagai rakyat Malaysiamoden. Tetapi mereka tidak terlalu gembira untukmenjadi Melayu. Tanpa mengira agama Islam dan namaMelayu mereka, mereka tidak disempitkan oleh bagasibudaya nasionalisme dan identiti Melayu, dan merekabebas untuk membentuk masa depan mereka sendirisebagaimana yang mereka mahukan. Ibu bapa mereka tidak terlalu berminat denganpersekolahan formal. Kurang separuh daripadakeseluruhan kanak-kanak Orang Asli menamatkansekolah rendah, dan mereka yang berbuat demikian, 95peratusnya berhenti sekolah menengah. Ramai yangbekerja sebagai pembantu kedai, melakukan pekerjaanyang ganjil dan menjadi pembantu rumah ketika masih disekolah. Keluarga mereka lebih menyokong untuk merekamendapatkan pendapatan daripada sijil. Peluang seperti itu telah disediakan untuk belia Asliseperti Suhana dan Fahrin, yang tinggal berhampiranbandar dan pusat bandar sambil menghadiri sekolah arusperdana bersama anak-anak Malaysia yang lain. Berlainanpula bagi mereka yang tinggal dalam kubu yang jauh didalam hutan. Mereka dilengkapi dengan sekolah rendah,untuk kanak-kanak dari kampung-kampung bahkan lebih 229
Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiajauh. Pada bulan Ogos 2015, tujuh kanak-kanak yangberumur di antara tujuh dan 11 melarikan diri dari sekolahseperti itu di Pos Tohoi di Kelantan, dan bersembunyi didalam hutan selama hampir dua bulan. Hampir dalamjarak kawasan rumah mereka, mereka mengelak daripadapasukan penyelamat kerana mereka fikir pemburucenderung untuk menangkap dan menghukum mereka.Dua daripada kanak-kanak tersebut terkorban disebabkankebuluran. Perkara ini menjadi peristiwa yangmenggemparkan negara, menonjolkan lagi jurang diantara perkara yang kerajaan fikirkan adalah yang terbaikuntuk Orang Asli dan bagaimana Orang Asli sendiriberfikir mengenainya, sebelum kembali ke dalamkesunyian yang menyelubungi hutan dalam. Fahrin dan Suhana dapat melihat jalan ke hadapanuntuk diri mereka sendiri daripada bayang-bayang itu,dan mengharapkan petanda tersebut adalah bahasaInggeris. Kami hanya berjumpa dua atau tiga kali lagiselepas itu. Saya meminta mereka untuk mengajar adikberadik dan keluarga mereka untuk berbahasa Inggerisantara satu sama lain sambil mencari perkataan, membacasari kata pada video, memikirkan makna lirik lagu sambilbergembira dengannya. Mereka telah cuba, tetapi telahdiejek kerana keinginan mereka. Mereka berputus asa danmendapat pekerjaan sambilan sebagai pembantu kedai. Malangnya, saya mahu mereka menjadi lebih baik.„Baca semuanya!‟ saya menggesa mereka dengan terdesak.“Tulis diari dalam Bahasa Inggeris. Menyanyi. Bercakap 230
Suku Yang Hilangseberapa banyak yang kamu boleh, seberapa banyak yangkamu berani. Bahasa berada di sekeliling kamu, sepanjangmasa, seperti udara yang kita bernafas. Semuanya milikkamu jika kamu mahukannya. Kamu hanya perlugunakannya.” Mereka memberitahu bahawa mereka akanmelakukannya. Maka kami pun berjabat tangan danmengucapkan selamat tinggal. Saya tertekan selamabeberapa hari. Mereka akan lakukannya. Berapa banyakkanak-kanak sebaya mereka yang mempunyai keberanianuntuk menegur orang yang tidak dikenali atas inisiatifsendiri kerana mereka mahu belajar sesuatu untukmemperbaiki diri dan nasib mereka? Saya hanya bolehberharap bahawa mereka akan merentasi halangan untukke dunia yang lebih luas yang mereka begitu ingin sekalisaksikan, ketahui dan mungkin untuk miliki. Jika merekaberjaya, mereka akan mempunyai kemahiran untukmelakukannya tanpa ditelan bulat-bulat dan dimakanhidup-hidup. 231
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400