Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Published by sfatimah9511, 2017-11-06 01:20:39

Description: PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Search

Read the Text Version

Konstituensi KeempatMelayu di Singapura tidak boleh mengatakan bahawaSingapura dibina oleh mereka dan merupakan hak milikmereka. Mereka juga tidak layak untuk mentadbirpembangunan yang telah dicipta oleh orang lain. OrangMelayu di Singapura merupakan komuniti yang hidupdalam keadaan selesa malah bangga dengan dengankeupayaan untuk mendapat pendapatan isi rumah yangtinggi, taraf hidup yang lebih baik, penguasaan bahasaInggeris yang membanggakan dan prospek kerjaya yanglebih menguntungkan berbanding rakyat Malaysia yanglain. Hal itulah yang menimbulkan amarah pada MahathirMohamad. Orang Melayu Singapura, bukannya orangCina yang merupakan satu peringatan buat UMNO yangmenunjukkan akan perkara yang boleh terjadi pada orangMelayu sekiranya orang Cina mentadbir negara Malaysia.Berdasarkan situasi yang berlaku di Singapura, orangMelayu dilihat akan lebih mudah menyesuaikan diridaripada menentang seperti yang berlaku beberapa abadyang lalu akibat eksploitasi asing ke atas dunia Melayu. Dimanakah letaknya harga diri dalam situasi tersebut? Akhirnya, walaupun dominasi Melayu masihmenguasai Malaysia, rasa bangga diri tersebut masihterkesan di Singapura. Antaranya adalah sewaktu legasipemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang digambarkanoleh pengkritik tegarnya, Mahathir yang mengatakanbahawa beliau menjual Johor pada Singapura. Abdullahmemulakan koridor pertumbuhan pembangunanmelangkaui bahagian semenanjung dan negeri di bahagian 283

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaselatan yang menunjukkan pertumbuhan palingmembanggakan. Pada tahun 2006, lebih daripada 2200kilometer padu tanah di negeri Johor digunakan bagiWilayah Pembangunan Iskandar (dinamakan sempenaSultan Johor terdahulu). Pada tahun 2015, IskandarMalaysia telah menarik jumlah pelaburan hampir RM200billion. Singapura merupakan pelabur asing terbesar danmenjangkau tiga per empat daripada jumlah pelaburankeseluruhan dan diikuti oleh China. Lebih daripada 300syarikat dari Singapura menubuhkan kemudahanpembuatan di wilayah tersebut dan rakyat Singapura telahmenguasai syer perumahan hartanah baharu dari Merlion. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menyokongusaha ini. Baginda tidak meletakkan kawasan rizab untuknasionalis Melayu melebihi Singapura dan ekonominegerinya lebih berpihak pada Singapura berbandingMalaysia. Apabila dana kekayaan Singapura, TemasekHoldings membuat pelaburan besar dalam pembangunanDanga Bay yang berdekatan dengan ibu negeri Johor,nama syarikat tersebut telah cukup untukmenggambarkan ironi yang terdapat dalam situasi ini.Temasek akhirnya telah kembali ke tanah semenanjungtetapi dengan syarat tersendiri, iaitu sebagai tuan danpenguasa tanah. 284

15 _________ EMPAT KEGAGALAN MAHATHIRBEBERAPA BULAN SEBELUM MELETAK JAWATANsebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr MahathirMohamad telah mengumumkan bahawa beliau telah gagaluntuk melaksanakan empat perkara sepanjang 23 tahuntempoh pemerintahannya. Empat perkara tersebutadalah:-  Melaksanakan semula sistem meritokrasi  Menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris  Membendung rasuah  Menghapuskan ekstremisme Malangnya, beliau terpaksa memberikan tugas untukmelaksanakan Empat Kegagalan ini kepada penggantinya,Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir berharap agar Pak Lahyang menjadi ketua akan melihat perkara-perkara tersebutsebagai „Empat Cabaran‟, mengambil takhta tersebut danmenyelesaikannya. Tetapi Pak Lah telah tersasar 285

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadaripadanya dengan membina hubungan bersamaSingapura sambil menunjukkan inisiatif yang lebihberwawasan melebihi jangkaan Mahathir sendiri. Dalamusaha Mahathir untuk mengkritik pentadbiran Abdullahpada kemudian hari, saya membahagikan EmpatKegagalan tersebut dan cuba membetulkannya kepadaempat cabang.MERITOKRASI: Pasukan yang bertanggungjawab dalamperancangan negara Malaysia semestinya pernahmerasakan kepuasan daripada penghasilan bilangansiswazah Melayu dan Bumiputera dengan biasiswa yangtelah ditawarkan selama tiga dekad sehingga abad ke-20.Kepuasan tersebut kemudian akan berkurangan setelahmereka sedar bahawa kebenaran yang muncul melaluikesedaran yang nilai sijil mereka meningkat seiringdengan persaingan yang muncul di pasaran. Tugas anak-anak millenium untuk membantumenaikkan nama Melayu diredakan dengan wajah-wajahmereka dalam jubah dan topi graduasi yang berwarna-warni semasa pesta konvokesyen di universiti. Ujiansebenar hadir dalam bentuk cabaran melalui merit dantugasan bagi memenuhi tuntutan ekonomi masa kini.Graduan Bumiputera disuap ke dalam suapan percubaanpenswastaan dan pembinaan negara bangsa dengantujuan untuk memberi mereka cabaran agar dapatberdepan dengan tahap kemampuan mereka sendiri. 286

Empat Kegagalan Mahathir Tidak salah untuk berasa kesal dengan kekurangankeupayaan generasi kini yang tidak mampu bersaingkerana sudah terbiasa disuap dengan kemewahan. Usahauntuk memperbetulkan kesilapan ini juga perlu diberiperhatian. Kekaburan yang wujud dalam polisi yangdiingini sewaktu pemilihan modal insan telahmerendahkan keyakinan generasi pewaris ini. Keraguanterhadap mereka akan menghantui keupayaan merekasehingga mereka berasa kelayakan mereka tidak memadaidengan tugasan yang diberi berdasarkan kemampuanmereka. Sebagai akibat, keupayaan untuk mendapatkanpekerjaan dan kenaikan pangkat akan menjadi masalahinterpersonal seperti keupayaan atau profesionalisme ataudengan kata lain menjadi isu politik. Abdullah berusaha untuk mengembalikan sistemmeritokrasi dalam pendidikan tinggi denganmemansuhkan kuota kemasukan di universiti awam.Usaha tersebut tidak menyusutkan bilangan siswazahMelayu dan Bumiputera tetapi diterima sebagai peluanguntuk persaingan secara lebih sihat. Penerimaan sistemtersebut menjadi lebih baik berbanding 40 tahun dahuluyang digunakan untuk penetapan kuota. Pada mulanya,kuota digunakan dengan tujuan untuk membantu orangMelayu tetapi kemudian pada generasi seterusnyaditunjukkan bahawa orang Melayu sedang berada di atas.Kenyataan tersebut adalah benar kerana mereka memangberada di atas. Perbezaannya terletak pada mereka sendiriyang telah menetapkan polisi yang diingini sehinggakan 287

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaorang lain tidak menyedari akan perbuatan tersebutkecuali mereka sendiri.BAHASA INGGERIS: Saya pernah bertikam lidah denganProfesor Nik Safiah Karim dari Akademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya dalam kolum surat khabar tempat sayabekerja lebih kurang 30 tahun lalu. Dia menyatakanbahawa hanya lima hingga sepuluh peratus pendudukMalaysia perlu memahami Bahasa Inggeris sebagai bahasabudaya. Populasi serpihan tersebut adalah terdiri daripada ahlipolitik, wakil rakyat, pegawai kerajaan dan mahasiswa.“Kenapa...,” tanya profesor tersebut, “...90 peratuspenduduk yang lain perlu menguasai Bahasa Inggerisapabila bahasa tersebut tidak diperlukan?” Pada waktu itu saya masih muda dan bertenaga. Sayapun membalas semula kenyataan tersebut, “Anda lupauntuk menyebut guru, ahli perniagaan, pegawai bank,doktor, saintis, teknokrat dan wartawan tapi tidakmengapa kerana kami sudah biasa dilupakan. Lagipunhanya lima hingga sepuluh peratus yang telah disebutkansebentar tadi yang sebenarnya membangunkan negara.Apa yang anda ingin jelaskan sebenarnya adalah bahawa90 hingga 95 peratus lagi penduduk Malaysia tidak perludiberi terlalu banyak pendidikan? Bagaimana anda inginkatakan bahawa perkara tersebut adalah satuperkembangan untuk negara?” 288

Empat Kegagalan Mahathir Perbualan tersebut berlaku sepuluh tahun sebeluminternet mula menguasai dunia. Jika hal itu berlaku padamasa kini, pasti ruangan „Surat kepada Editor‟ tersebutakan menjadi tular di media sosial. Saya cuma inginmengingatkan di sini bahawa kita telah lama dimomokkandengan jangkaan bahawa bahasa Inggeris merupakanbahasa penjajah dan momokan tersebut masihmenghantui sehingga ke hari ini. Mungkin selepas 30tahun, perseteruan antara saya dan profesor tersebutadalah benar dan salah pada masa yang sama. Diamungkin benar pada bahagian bahawa 90 hingga 95peratus daripada penduduk tidak memerlukan bahasaInggeris kerana mereka kini tidak mempunyai penguasaanmantap dalam bahasa tersebut tetapi masih bolehmeneruskan kehidupan dengan baik. Tetapi salah jika dia beranggapan bahawa mereka akanmenggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa budayakerana mereka bebas untuk membuat pilihan. Tekaan sayamengenai golongan yang menguasai bahasa Inggerisuntuk menguasai ekonomi negara adalah tepat. Tetapi,saya salah dalam membuat tekaan pada bahagian yangmenganggap bahawa generasi kini menjadi aspirasi buatpenduduk yang mempunyai tahap pendidikan yang baik. Sikap memandang rendah pada bahasa Inggeris telahmenyebabkan bahasa-bahasa lain termasuk bahasaMelayu dipandang sepi. Saya telah memberitahu profesortersebut dalam pertikaman lidah yang berlaku pada tahun1985 dahulu (dan bapa saya pernah beritahu saya 21 tahun 289

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasebelum itu) bahawa masalah tersebut bukannya terletakpada bahasa. Masalah penguasaan bahasa Inggerisbermula dengan pendidikan dan generasi Malaya daripadapelbagai bangsa dan latar belakang telah membuktikanbahawa pemahaman lebih daripada satu bahasa dapatmembantu mereka untuk menguasai bahasa-bahasatersebut dan begitu juga sebaliknya. Dengan kemunculan generasi keempat selepaskemerdekaan, golongan yang gigih untuk memahamibahasa Inggeris datang daripada golongan yang tidakpernah terdedah langsung kepada bahasa tersebut.Penggunaan bahasa Inggeris tidak lagi didorong olehkanak-kanak Malaysia yang bercita-cita tinggi sepertiremaja dari Temuan dahulu yang pernah meminta sayauntuk mengajar mereka bagi memahami bahasa duniatersebut. Mungkin bahasa Inggeris kini tidak lagidiperlukan oleh 95 peratus daripada rakyat Malaysiatetapi digunakan oleh mereka untuk keluar daripadakelompok 95 peratus tersebut.RASUAH mempunyai pelbagai definisi. Definisi rasuahpada suatu ketika dahulu adalah semudah„penyalahgunaan amanah rakyat untuk keuntunganperibadi‟. Apa pula yang akan terjadi jika ahli politik dankerajaan terlibat dalam bidang perniagaan untukmembantu menambah baik ekonomi negara? Pada tahun2003, seorang bilionair pemaju hartanah tempatanbersetuju untuk menjalankan sesi bual bicara tanpa siar 290

Empat Kegagalan Mahathirdengan editor akhbar untuk membicarakan mengenaibudaya rasuah di Malaysia dan cara untuk memahaminya.Dia memberitahu bahawa mereka yang terlibat dalamrasuah akan menerima sebanyak 20 peratus sebagai hargauntuk melakukan kerja asalkan mereka mendapat cagaranyang dimahukan. Sogokan, salinan invois palsu, bayaranduit kopi dan bayaran ex gratia akan diterima dengansyarat bahawa mereka akan terus menerima tawaranprojek pada masanya, dengan bajet yang bersesuaianmengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Katanya, jenis rasuah sebegitu boleh diterima keranaperkara tersebut adalah sebahagian daripada proses untukmenyiapkan kerja walaupun terdapat orang tengah yangmengaut untung. Lagipun, bukankah rahsia yang telahdibongkarkan akhirnya akan kembali semula apabilagolongan yang tamak ini menggunakan kekayaan merekauntuk membeli barangan kodi dan kemewahan lain yangmereka inginkan? Pengkhianatan yang dilakukan adalahapabila berlakunya penipuan mengenai kualitipembinaan, struktur bangunan yang lemah akibatdaripada pengurangan bahan, pencairan konkrit, kecurianbahan dan seterusnya menimbulkan bahaya yang bolehmembawa maut. Golongan yang dikecam bukanlah golongan yangtamak, tetapi golongan yang tidak cekap tetapi masihmembawa kepada kerugian yang besar sambilmenggunakan wang pembayar cukai. Bentuk rasuah yangpaling dibenci adalah apabila mendapat kerugian yang 291

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysialebih besar dan golongan yang bodoh itu pula menjadilebih kaya. Katanya, hal itu merupakan perkara yang tidakdapat dimaafkan kerana pecah amanah tersebut. Daripada semua Empat Kegagalan Mahathir yang lain,rasuah merupakan hal yang menjadi keutamaan Abdullahuntuk diselesaikan. Beliau telah menyalah tafsir akansituasi tersebut dan tidak menyedari bahawa sistem diMalaysia telah lama terperangkap dalam sarang yangmelibatkan pilih kasih, rangkaian (kroni dan nepotisme)serta pakatan sulit. Tidak mustahil untuk menangkapgolongan bawahan yang terlibat tanpa membuka aib danaktiviti jenayah orang atasan yang datang daripadapelbagai peringkat. “Menghapuskan jenayah sehingga keperingkat atas,” begitulah yang telah dijanjikan oleh LimGuan Eng untuk negeri Pulau Pinang sewaktu dia diangkatsebagai Ketua Menteri. Perkara yang diucapkannya adalahlebih mudah untuk diperkatakan berbandingmelaksanakannya apatah lagi jika dia ingin memperbaikikepimpinan terdahulu. Perbuatannya berupayamempengaruhi keseluruhan perbadanan, rakan kongsiasing dan beribu peluang pekerjaan serta urusan tawar-menawar yang berbentuk rahsia dan mata-mata yanggagal melihat perbuatan tersebut. Hal ini telah menimbulkan keraguan oleh taikuntersebut yang secara jujurnya telah memberitahu editorkanan Malaysia mengenai sistem yang wujud dengankepercayaan bahawa mereka tidak akan melaporkan haltersebut kecuali kepada mereka yang dibenarkan untuk 292

Empat Kegagalan Mahathirmengetahuinya. Umum mengetahui bahawa perkara yangdigelar sebagai „rasuah‟ kini merupakan sebahagiandaripada sistem di Malaysia. „Politik wang‟ kini menjadialtruisme dan kemudian juga berakhir dengankemerosotan. Hal ini bukan lagi „kanser dalam politik‟tetapi „badan yang bergerak dalam politik itu sendiriadalah kanser yang sebenar‟.EKSTREMISME secara spesifiknya ditujukan kepadaorang Melayu dan orang Islam. Ketaksuban dan semangatnasionalisme terlampau menjadi wabak dalam komunitidi Malaysia sama seperti yang berlaku di tempat laintetapi ekstremisme bagi Mahathir merujuk kepadasemangat agama terlampau. Mahathir menyifatkanekstremisme sebagai kerelaan untuk mengangkat senjatadan melawan pihak berkuasa dengan bertindakmelakukan keganasan ke atas orang awam atas namaagama. Golongan sebegini berada di luar sana, malahanboleh berada dalam perkhidmatan awam, angkatantentera, bidang akademik dan kerajaan dengan ideaberbeza seperti yang dinyatakan oleh Mahathir. Apabila ekstremisme mula mempengaruhi golonganbawahan rakyat Malaysia, keadaan menjadi tidakterkawal. Contohnya, 400 penduduk kampung di Kedahmenggila dengan parang sewaktu peristiwa Memali padatahun 1984. Kumpulan seni silat berganding bahu denganmemperkuatkan kekuatan batin mereka, kumpulankakitangan awam lari ke luar negara untuk menyertai 293

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapeperangan jihad, kumpulan pelajar mencemarkan kuilHindu dan belajar untuk menghasilkan bom. Kepercayaan karut ditunjukkan melalui peristiwa olehindividu-individu yang mengakui bahawa mereka adalahImam Mahdi, maitreya dan messiah termasuklah duaindividu yang membuat cubaan untuk memecah masuk kePejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewaktu sambutanHari Valentine pada tahun 2014. Dua individu pasangankekasih tersebut membawa sebilah pedang samurai danlelaki itu telah ditembak di bahagian perut kemudianmeninggal dunia di tempat kejadian mirip dengan ukiranLa Pieta yang dihasilkan oleh Michaelangelo. Institusi pentadbiran Islam di Malaysia diwujudkanuntuk memantau kegiatan yang melencong dari ajaranIslam sebegini tetapi kemudian tidak bergerak secarasistematik dan bertukar menjadi pendakwah yang ditakutioleh masyarakat. Ekstremisme dalam kalangan orangIslam di Malaysia akan terus menjadi masalah sehinggalahorang Melayu dapat merasa bahawa mereka sebenarnyaberada di tanah air sendiri. Sehingga hal tersebut berlaku,mereka akan terus menyorok di sebalik agama dan laridaripada dunia sebenar.EMPAT KEGAGALAN MAHATHIR akan terus-menerusmenjadi masalah kepada dua orang pemimpin seterusnya.Malaysia didedahkan dengan pelbagai masalah danpertelagahan yang lain tetapi masalah lama masih belumlenyap. 294

16 _________ SABAH & SARAWAKTAJUK BUKU INI akan menyinggung perasaan ramairakyat Malaysia yang berada di Kepulauan Borneo.Mereka juga mungkin akan melenting kerana diletakkansekali dalam satu bab yang sama. Tetapi saya tidak bolehmenipu tentang tujuan saya menulis sebegini keranapengetahuan saya mengenai Sabah dan Sarawak adalahterlalu sedikit. Saya tidak pernah mempunyaipengetahuan yang cukup dan tidak akan pernahmempunyai pengetahuan yang secukupnya walaupun sayaberpindah ke Sabah atau Sarawak dan tinggal selamanyadi sana. Pada pendapat saya, cara sebenar untuk mengenaliSabah dan Sarawak sebagai penduduk jati Sabah danSarawak adalah seseorang perlu dilahirkan di sana sambilmeresapi jiwa tanah tersebut sebelum kesedarankedewasaan mula dicapai. Saya juga berpendapat bahawabagi penduduk asli Sabah dan Sarawak, merekasemestinya merasakan bahawa tempat tinggal merekaadalah sangat luas dan jauh dari orang lain. Sekurang- 295

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiakurangnya saya sedar mengenai perkara itu dan jika tidaksaya pasti akan terpegun dengan kenyataan tersebut. Saya pernah cuba untuk belajar mengenai Sabahdan Sarawak sepanjang hidup saya sehingga kini. Kedua-dua negeri tersebut menggerunkan saya kerana saiz danskalanya yang besar melalui sungai dan hutan yang luas,serta dataran tinggi dan landskap asal negeri Sabah. Sayamerasakan bahawa kedua-dua negeri ini tidak bolehdipandang sebelah mata. Kawasan tersebut merupakantinggalan bersejarah dan wilayah asal bagi zamanprasejarah. Misalnya, Gua Niah di Sarawak pernahmenjadi penempatan manusia sejak 45 000 tahun dahuluyang sama seperti usia Semenanjung. Hutan-hutan diSarawak, gunung-ganang dan kawasan teluk di Sabahmerupakan tempat tinggal bagi penduduk yangmempunyai kemahiran yang tidak diketahui olehpenduduk Semenanjung. Mereka adalah orang Kadazan,Dusun, Murut, Bajau, Iranun, Kagayan, Talantang danTinaga di Sabah, Iban, Bidayuh dan Melanau dariSarawak, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Lun Bawang,Berawan dan Bisaya di bahagian pedalaman. Nama-nama tersebut adalah terlalu pelbagai untuksaya kerana nama tersebut bagaikan tiupan instrumeneksotik yang lahir dari bayu kejauhan. Saya cuma berusialapan tahun sewaktu Malaysia dibentuk dan berada diawal 20-an ketika saya mula dapat menjejakkan kaki diSabah dan Sarawak. Loghat dan bahasanya adalahberlainan. Budaya imigran di sana lebih bersifat 296

Sabah & SarawakkeIndonesian dan Filipina berbanding di Semenanjung.Cuaca, muka bumi dan topografi negeri Sarawak adalahsama seperti di Semenanjung Malaysia dengan populasipenduduk pada kadar satu per sepuluh. Saiznya begitubesar dan dipenuhi dengan hutan hijau. Sayamenghormati kedua-dua negeri tersebut dan hakikatbahawa kita dapat bergabung dan membentuk sebuahPersekutuan adalah satu perkara yang mengagumkan. Jadi wahai pembaca sekalian, saya akan berceritamengenai bahagian Semenanjung dari pandangan yangmenunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernahmendapat penghormatan yang sepatutnya mereka terima.Tidak, saya cuma menipu. Mereka pernah mendapatpenghormatan, tetapi hanya sekali sahaja. Penghormatantertinggi diberikan pada tahun 1961 oleh Tunku AbdulRahman sewaktu beliau mencadangkan penyatuan Malayadengan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura sebagai„Malaysia‟ dan penghormatan tersebut berakhir padatahun 1963. Sebab bagi penyatuan tersebut adalah keranasemua wilayah tersebut merupakan wilayah jajahanBritish, jadi penyatuan pentadbiran persekutuan adalahlebih mudah untuk dilaksanakan. Sekurang-kurangnya,itulah yang saya ingat daripada buku teks tingkatan tigadahulu. Pada waktu tersebut pun, saya berasa kurangyakin dengan alasan itu. Wilayah-wilayah persekutuantersebut hanya mempunyai persamaan dari sudutpenjajah yang berbahasa Inggeris dan bukannya BahasaBelanda atau Bahasa Sepanyol. Selain daripada kebetulan 297

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiatersebut, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai persamaandengan Semenanjung Malaysia yang lain dari sudutsejarah, geografi, demografi dan sumber asli. Sebelum kedatangan empayar dari Barat, negeriSabah dan Sarawak berada di bawah pemerintahanKesultanan Brunei. Sabah juga menjadi sempadan Baratbagi Kesultanan Sulu yang terletak di laut bahagianselatan Filipina. Brunei menyerahkan Pulau Labuan dansebidang pantai bersebelahan kepada British pada tahun1846 untuk mengikuti langkah Pulau Pinang dan HongKong sebagai stesen bagi membekalkan makanan kepadatrafik yang dinaiki oleh pemimpin-pemimpin terhormat.Perjanjian yang dibuat dengan ketua-ketua tempatan dandemi menjaga kepentingan, serta persetujuan denganSepanyol untuk melepaskan bahagian timur Sabah dengantukaran Pepulauan Sulu. Peristiwa tersebut telahmenyebabkan Sabah menjadi hak milik Syarikat BorneoUtara British pada tahun 1881 yang menyaksikan AlfredDent sebagai Pengerusi. Hal sebegitu tidak berlaku dinegeri-negeri lain di Malaysia seperti yang berlaku padaSabah yang mempunyai pemilikan tunggal oleh syarikatasing selama seratus tahun. Walau bagaimanapun, satu contoh teladan untuknegeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah ditunjukkanoleh Sarawak. Pada tahun 1840, Kesultanan Bruneipernah meminta James Brooke untuk meredakanpemberontakan bagi menolak cukai ke atas hasil antimonidi Sarawak. Hal yang sama terjadi sewaktu pemimpin 298

Sabah & SarawakNegeri Sembilan dan Selangor menjemput GabenorNegeri-Negeri Selat British, Andrew Clarke pada tahun1870 untuk masuk campur dalam urusan perang saudarayang timbul kerana berebut hasil bijih timah. Brookemenekan gangguan tersebut dan mendamaikan Sarawakuntuk Brunei dan kemudian diberikan mandat untukmemerintah Sarawak pada tahun 1846. Anak dan cucunya,Charles dan Charles Vyner memerintah Sarawak sebagaidinasti diraja de facto selama satu abad. Cicitnya, Anthonyingin meneruskan legasi tersebut tetapi hanya dapatberpuas hati kerana dia telah dijemput sebagai tetamusewaktu sambutan Hari Malaysia yang pertama padatahun 1963. Dengan penarikan diri oleh kakitangan asing,Sabah dan Sarawak berada di bawah angin. Sabah menjadibekas perang oleh penjajahan British serta menjadirebutan oleh Kesultanan Sulu. Indonesia menginginkansemula wilayah Borneo untuk dijadikan sebagaiKalimantan. Di Sarawak, Charles Vyner Brooke yangmerupakan Rajah berkulit putih ketiga telahmelaksanakan polisi bumi hangus untuk melawanpenaklukan Jepun. Pada waktu tersebut, tiada hasil bumiyang boleh dibina semula dan dia kemudian menyerahkanSarawak kepada empayar British sebagai pengakhirankisahnya di tanah tersebut. Sumpah Keturunan Ketiga telah melanda keluargaBrooke. Charles Vyner tidak menyukai pewaris yang jugaanak saudaranya kerana tidak sebulu dengannya. Dia 299

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamesti sedar akan hal yang akan berlaku sewaktu perangmula tercetus. Pada tahun 1941, Charles Vyner telahmenghasilkan satu perlembagaan atau panduan yangberupaya memberikan kesan untuk pemimpin Sarawakyang akan datang. Perlembagaan Sarawak 1941 yang dihasilkan olehCharles Vyner Brooke menyatakan bahawa, “Sarawakmerupakan warisan oleh Rakyat Kita and dipegang teguhatas dasar percaya oleh Diri Kita Sendiri kepada mereka‟,dan kemudian dia teruskan dengan menerangkan denganjelas dan ringkas mengenai perbuatan yang perludilakukan oleh orang yang terpuji ke atas orang yanglemah. Pemerintahan selama seratus tahun dan tigagenerasi telah mengajar Vyner Brooke untukmenghasilkan Sembilan Prinsip yang Terlaksana danKuasa Asing Mutlak yang meliputi pendidikan, hak asasimanusia, keadilan, kebebasan bersuara, peluang sama rataand idea-idea asas yang akan menunjukkan bahawamereka akhirnya akan menjalankan pemerintahan secarasendiri. Mereka mendapat peluang untuk berbuat demikianatas nama „Kemerdekaan Melalui Malaysia‟. Terdapat diantara mereka yang tidak yakin atas Kemerdekaan yangdijanjikan. Idea Tunku Abdul Rahman lebih berkait rapatdengan geopolitik dan pembentukan sosial berbandingkemudahan pentadbiran. Pengkelasan bekas wilayah-wilayah British dalam satu rantau akan menjadikannegara ini lebih disegani dan sama kuat dengan negara- 300

Sabah & Sarawaknegara Asia Tenggara yang lain. Malaysia akan menjadisatu kuasa lebih besar berbanding Malaya dan akanmelawan cita-cita pembentukan wilayah oleh jiran kita. Lee Kuan Yew dari Singapura merasakan bahawaitu sebuah idea yang baik. Brunei boleh bersetuju atautidak dan mereka memilih untuk tidak bersetuju. Tetapiapakah yang difikirkan oleh rakyat Sabah dan Sarawaksendiri? Selepas enam bulan Tunku Abdul Rahmanmembuat cadangan tersebut, satu suruhanjaya telahdibentuk untuk bertanya pada penduduk Sabah danSarawak. Suruhanjaya Cobbold terdiri daripada lima orangahli dan diketuai oleh bekas Gabenor Bank of Englandtermasuklah Setiausaha Luar, Ghazali Shafie, KetuaMenteri Pulau Pinang, Wong Pow Nee, bekas GabenorSarawak dan bekas Ketua Setiausaha Kerajaan. Setahunkemudian, mereka menyatakan bahawa pendapat rakyatSabah dan Sarawak ke atas pembentukan Malaysia bolehdibahagikan kepada tiga kategori, iaitu golongan yangbersetuju sepenuhnya, golongan yang bersetuju dengansyarat serta golongan yang menentang. Kebanyakangolongan yang bersetuju dengan syarat menginginkankemerdekaan diberikan kepada mereka terlebih dahuludan kemudian baru mereka mahu berbincang mengenaikemasukan negeri mereka ke dalam Malaysia.Suruhanjaya Cobbold kembali dengan kesimpulan bahawalebih daripada dua per tiga penduduk Sabah dan Sarawakakan menerima cadangan pembentukan Malaysia dengan 301

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasyarat bahawa terma dan syarat penubuhan persekutuantersebut dinyatakan dengan jelas. Selepas rundinganhangat yang berlangsung selama beberapa bulan, satusenarai telah dikumpulkan bagi setiap negeri iaitu, Sabahdengan 20 mata dan Sarawak dengan 18 mata yangbersetuju untuk menyertai Malaysia. Dengan mengenal pasti mengenai keunikan danperbezaan yang ditunjukkan oleh kedua-dua negeritersebut, secara tidak langsung kita akan dapatmengetahui bahawa senarai yang dipaparkan adalah samapada dasarnya. Sabah mendapat peruntukan tambahanuntuk nama dan kanun tanah tetapi kedua-dua dokumentersebut memberi kenyataan kukuh mengenai hal ehwalagama, bahasa, imigresen, kewarganegaraan, pendidikan,percukaian dan perwakilan dalam Persekutuan. Perkarautama yang jelas ditunjukkan adalah Sabah dan Sarawakpercaya bahawa mereka menyertai Malaysia sebagai rakankongsi yang sama dengan Malaya dan bukannya sebagaiwilayah yang ke-12 dan ke-13. Hal itu dapat ditunjukkanmelalui Perkara 18 dalam perjanjian tersebut yangmenyatakan bahawa ketua bagi negeri adalah „YangdiPertua Negara‟, bukannya „Negeri‟. Perkara tersebut bukan sahaja satu-satunyaPerkara yang diletakkan dalam penundaan. PerjanjianPerkara 18/20 bersama Sabah dan Sarawak menjadirahsia yang tidak rasmi pada kemudian hari dan jarangdiperkatakan sehingga kini kerana Malaysia sendiri masihbergelut dengan usaha untuk menjadi sebuah negara yang 302

Sabah & Sarawakbersatu padu seiring dengan janjinya untuk menjadisebuah triniti persekutuan seperti yang dinyatakan dalamperjanjian tersebut. Kedua-dua buah negeri tersebutdibenarkan untuk mempertahankan peruntukan yangdikehendaki oleh mereka dalam urusan imigresen danpekerjaan namun gagal dikendalikan dengan baik olehmereka pada awal pembentukan Malaysia. Penduduk dariSemenanjung Malaysia memerlukan pasport antarabangsauntuk melancong dan permit untuk bekerja di sana.Halangan-halangan seperti ini kemudiannya akandiringankan dari masa ke masa. Apabila Mahathir menjadiPerdana Menteri Malaysia pada tahun 1981, salah satudaripada inisiatif awalnya ialah dengan membuatpenyeragaman zon waktu negara. Hal itu telahmenyebabkan zon waktu di kawasan Borneo dilewatkansejam untuk diseragamkan dengan Semenanjung.Langkah tersebut adalah merupakan langkah yangberkesan dan memberi impak terutamanya antarahubungan dengan bahagian Kalimantan, Indonesia danKepulauan Sulu, Filipina tetapi diterima baik di bahagianMalaysia Barat dan Malaysia Timur. Hal tersebut kemudian tidak lagi menjadi relevansewaktu generasi kedua di Malaysia bermula ditambahlagi dengan tanggapan bahawa Sabah menguasai urusanimigresennya sendiri. Antara tahun 1970 dan 2000,populasi penduduk Sabah bertambah sebanyak empat kaliganda dan kebanyakannya disumbang oleh pendudukFilipina dan Indonesia. Sepanjang tempoh tersebut dan 303

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasehingga kini, kadar bilangan penduduk daripadakalangan orang Kadazan/Dusun/Murut telah berkurangsebanyak separuh daripada jumlah asal iaitu 40% kepadakurang 20%. Menjelang tahun 2000, terdapat seramai duajuta penduduk di Sabah dan 600 000 daripadanya adalahmerupakan penduduk baru (200 000 daripadanyaberdaftar sebagai pemilih) dan anggaran seramai 750 000mempunyai dokumen palsu atau tidak mempunyaidokumen langsung. Masalah kemasukan penduduk secara haramberlaku kerana dikatakan bahawa kerajaan pemerintahmerancang perubahan demografik Sabah agar bilanganpenduduk Melayu/Islam bertambah. Sebuah SuruhanjayaSiasatan Diraja ditubuhkan pada tahun 2012 untukmelakukan siasatan. Selepas sembilan bulan siasatandilakukan, 211 saksi mendakwa bahawa terdapat „ProjekKad Pengenalan‟ berkemungkinan dijalankan olehpegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab danbukannya perbuatan oleh parti politik. Bagi menambah rencah dalam situasi ini, satu misidijalankan oleh Kesultanan Sulu yang terus membuattuntutan terhadap Sabah dengan melakukanpencerobohan bersenjata. Pencerobohan tersebut telahmenyebabkan berlakunya peristiwa keganasan yangmembawa maut di Lahad Datu, pemusnahan kumpulanmilitan Abu Sayyaf di Mindanao, penculikan pelancongdan pekerja di kawasan resort untuk wang tebusanataupun dibunuh. Laut timur Sabah menjadi kawasan zon 304

Sabah & Sarawakkeselamatan yang dipenuhi dengan pengawasan maritimdan peronda pantai tetapi penculikan dan pembunuhanmasih berterusan. Sabah dan penduduknya berubah melampauiidentiti asalnya sebelum saya sempat mengenalinya.Sabah pada abad ke-21 ini bukanlah seperti kawasanpentadbiran baron sewaktu era Syarikat Borneo UtaraBritish atau sewaktu era pemerintahan peneraju utamaseperti Fuad Donald Stephens, Mustapha Harun danHarris Salleh yang menjadi penyokong kuat dalamPersekutuan. Hal ini bermakna Sarawak akan menjadi pewarisdalam respon tiga hala bagi „Kemerdekaan MelaluiMalaysia‟ oleh Suruhanjaya Cobbold. Saya menjangkakanbahawa sosiopolitik Sarawak pada abad ke-21 akanmenjadi terpisah antara tiga penyokong setia konstituensipersekutuan, penguasa autonomi yang berjuang untukmempertahankan 18 Perkara dan penyokong pemisahanyang tidak mempunyai keyakinan langsung denganpelaksanaan 18 Perkara tersebut. Sarawak mencapai Kemerdekaan Melalui Malaysiadan sekurang-kurangnya sedia untuk bebas daripada erapemerintahan Rajah. Ketua puak Iban, TemenggungJugah Anak Barieng telah menjadi wajah Sarawak yangsignifikan di Malaysia. Ketua Menteri pertama Sarawakadalah Stephen Kalong Ningkan dari keturunan Cina-Iban. Pada tahun 1966, dia telah dilucutkan jawatan atasundi tidak percaya sewaktu perhimpunan negeri yang 305

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiatelah disokong oleh pihak dari Semenanjung atas tuntutanautonominya terhadap 18 Perkara tersebut. Selepas hanyatiga tahun, konstituensi Persekutuan Sarawak perludilakar semula. Pada tahun 1970, pemerintahan Sarawak kembalisemula kepada bentuk dinasti oleh orang Melanau, AbdulRahman Ya‟acob dan anak saudaranya, Abdul TaibMahmud. Abdul Rahman Ya‟acob memerintah selama 11tahun. Anak saudaranya, Abdul Taib Mahmud kemudianmengambil tampuk pemerintahan selama 33 tahun sambilmenangkis serangan cubaan rampasan kuasa oleh bapasaudaranya pada tahun 1987 dan akhirnya menjadiGabenor Sarawak pada tahun 2014 mungkin sehingga keakhir hayatnya. Sarawak tidak dinafikan menjadi makmur di bawahpemerintahan Taib dan dia juga mendapat untungdaripadanya melalui eksploitasi kuasa ke atas tanah,pembalakan dan polisi pembangunan menjadi stabilkepada hampir 1000 buah syarikat di Malaysia danseluruh dunia. Terdapat pihak yang membuat anggarankekayaan Taib Mahmud adalah lebih kurang USD15bilion. Dengan menjadi salah seorang orang terkaya diMalaysia, dia terus meyakinkan usaha penyiasatantempatan dan antarabangsa ke atas perniagaan dia dankeluarganya sebagai bersih, telus dan sah. Andaian Taib berkenaan pemerintahan gabenortelah membuka ruang buat Adenan Satem yangmerupakan orang Melayu Sarawak untuk menjadi Ketua 306

Sabah & SarawakMenteri Sarawak. Peristiwa ini telah menjadi satupenunjuk aras untuk orang Melayu Islam menaiki takhtasebagai ketua pemerintah di Sarawak yang datangdaripada 20 peratus populasi penduduk di negeri tersebut.Hal tersebut juga telah menjadi satu kejutan yangmenyenangkan buat penduduk Sarawak apabila merekamengetahui bahawa ketua mereka iaalah seorang yangberjiwa nasionalis. Adenan dengan pantas menjadi juaradalam pendekatan pelbagai budaya Sarawak bagipengurusan pentadbiran bersifat masyarakat. Bentukpemerintahannya juga menggalakkan kebebasanmengamalkan kepercayaan masing-masing danmengembalikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi diSarawak. Sejak daripada pembentukan Malaysia, Sabah danSarawak telah menjadi kawasan selamat oleh rakyatMalaysia yang dihimpit oleh kecaman sosial dan mentaliti„Melayu diutamakan‟ di bahagian pentadbiranSemenanjung Malaysia. Sarawak memasuki abad ke-21dengan identiti tersendiri dengan niat untuk terus menjadiSarawak dan bukannya Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, hal yang sebaliknya berlakudi Sabah. Walaupun Sabah berpotensi merupakan wilayahyang paling kaya dengan sumber asli di Malaysia, negeritersebut sendiri tidak pasti dengan identitikewarganegaraan penduduknya. 307

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaJADI, ITU SAHAJAKAH? Mestilah tidak. Terdapat banyaklagi perkara yang boleh diceritakan mengenai Sabah danSarawak tetapi cerita tersebut perlu disampaikan olehmereka sendiri. Saya teringat akan satu perbualan denganorang lama Sarawak yang memberitahu bahawa mereka,orang Iban menunggu James Brooke yang baharu danjuga mengenai budaya Rumah Panjang yang mengajarmereka akan pemerintahan berbentuk paternalistik sertamengenai kebiasaan mereka untuk duduk di bawahpemerintahan orang asing. Hal tersebut telah menjelaskan mengenai sebabpercanggahan yang berlaku di Sarawak diteraju oleh orangasing. Contohnya dapat dilihat melalui perhimpunankaum Penan oleh Bruno Manser dari Switzerlandmenentang pembalak pada tahun 1980-an dan usahaBriton Clare Rewcastle-Brown untuk mendedahkanrasuah oleh pentadbiran Najib Razak melalui lamansesawang Sarawak Report. Saya masih menunggu negeri Sabah dan Sarawakuntuk melahirkan lebih ramai suara daripada bidangsastera, muzik, puisi dan seni sebelum membuat andaianawal mengenai perkara yang bermain di jiwa, minda danhati mereka. Semua orang perlu mencari prinsip yangtidak dapat dipertikaikan buat mereka sendiri dalambahasa mereka sendiri. Bagi saya, usaha tersebut dapatdicapai dengan menjadi wakil dan bertanggungjawab keatas diri sendiri seperti yang dimahukan oleh CharlesVyner Brooke terhadap penduduk Sarawak. 308

Sabah & Sarawak Selepas 50 tahun Malaysia dibentuk, rakyatMalaysia yang mewakili Borneo masih jarang kelihatan dikawasan Semenanjung sementara James Brooke akanterus diingati kerana namanya kekal terpahat pada rama-rama terbesar yang dijumpai di hutan hujan Sarawak,Trogonoptera brookiana atau rama-rama Rajah Brooke. 309



17 _________ SUARA RAKYATSATU MALAM PADA BULAN OKTOBER 2016, seorangwanita Mongolia yang cantik dan tinggi lampai berdiri dihadapan pagar sebuah kediaman di kawasan perumahanmewah di Kuala Lumpur. Dia menuntut sejumlah wangdaripada pemilik rumah itu yang tinggal di situ bersamaanak dan isterinya. Lelaki tersebut merupakan pembantuPerdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak dan terlibatdalam perjanjian yang bernilai berbilion Euro pada tahunsebelumnya bagi membeli tiga buah kapal selam dariPerancis untuk Malaysia. Wanita itu telah menemaninyasepanjang urusan tersebut dijalankan. Wanita itumendakwa bahawa dia telah menjadi saksi penerimaanwang sogokan lebih daripada 100 juta Euro oleh lelakitersebut dalam perjanjian yang dijalankan dan berhasratuntuk mengugutnya. Saat wanita tersebut menggoncangpintu pagar kediaman lelaki tersebut, dia telah bertindakmenghubungi polis yang bertanggungjawab dalammenjaga butiran keselamatan Perdana Menteri danmerayu campur tangan daripada pihak mereka. 311

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Protonjenis sedan berhenti dan dua orang lelaki keluar darikereta dan membawa wanita tersebut pergi. Merekamemandu sehingga ke lebuhraya, menukar kenderaankepada Suzuki jenis pacuan empat roda dan membawanyake bahagian bukit berhutan terpencil di kawasan utaraSelangor. Mereka menembak wanita itu sehingga mati danmengebom mayatnya dengan bahan letupan plastik jenisC4. Nama wanita itu ialah Altantuya Shaaribuu dan lelakiyang cuba diugutnya adalah Abdul Razak Baginda. Sepertiyang disyaki oleh semua orang, Perdana Menteri Malaysiadan isterinya adalah dalang kepada peristiwapembunuhan ini. Fitnah yang mengaitkan penglibatan PerdanaMenteri dan isterinya tersebar secara pantas dengansokongan hujah munasabah sehinggakan terdapatkumpulan rakyat Malaysia percaya akan berita yangdisampaikan. Fenomena tersebut dikenali dengan nama„Media Sosial‟ dan merupakan contoh terbaik sebagaibukti transformasi yang dilalui oleh Malaysia pada abadke-21 ini. Dua penculik wanita tersebut didapati bersalahatas kematiannya dan dihukum gantung sampai mati.Razak Baginda dibebaskan daripada segala tuduhansubahat dan kaitan dengan Najib dan isterinya, RosmahMansor. Keputusan tersebut walau bagaimanapun masihgagal untuk menutup mulut orang ramai dalam mediuminternet. 312

Suara Rakyat Cerita hangat ini masih berterusan walaupun sudahhampir sedekad berlalu dan diakui masih berterusan olehsebab kuasa yang dibawa oleh media sosial yang berupayamengekalkan tahap kerelevanan isu ini. Hal ini disumbangoleh ketidaktelusan dalam penyelesaian kes ini. Dakwaanmengenai penglibatan Najib dan Rosmah dalamperbuatan kotor dan kejam ini bermula daripada seorang„blogger‟, Raja Petra Kamaruddin yang kini hidup dalambuangan di Britain sebagai akibat pendedahan sensasi ini.Pembelaan yang dibuat oleh Raja Petra dalam beberapasiri penyiasatan, soal siasat dan perbicaraan di mahkamahadalah bersifat peribadi dan tidak berbaloi untuk diadihukum sebegitu rupa. Dia menyatakan pada penyiastbahawa dakwaan yang dibuat dalam laman sesawangmiliknya adalah bukan dakwaan yang datang darinyasendiri tetapi diberitahu kepadanya. Anggapan bahawapendapat yang dibuat adalah satu perkara sahihmerupakan satu perbuatan yang paling tidak wajardilakukan dalam bidang kewartawanan. Perbuatan inihanya dilakukan oleh golongan yang ingin mendapatkanperhatian, menarik pengikut serta batu api atas namamelakukan khidmat masyarakat dengan laungan daripadabisikan jahat pemberi maklumat tidak bernama. Tetapi Raja Petra bukanlah seorang wartawan. Bagisaya, dia merupakan seorang penghibur seperti badut. Diamerupakan pelajar senior dan lima tahun lebih tuadaripada saya. Dia bersekolah di Kolej Melayu selama tiga 313

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiatahun tetapi kembali ke zon selesanya kerana kehidupandi asrama adalah terlalu sukar buatnya. Saya bertemudengan dia beberapa puluh tahun kemudian sewaktumajlis makan malam alumni pada tahun 1994. Ibu diayang berdarah Wales telah memberikan dia raut wajahPan-Asian yang kita sering gunakan untuk diperolokkan.Apabila persatuan alumni memberi tugas kepada diauntuk menulis sebuah skrip untuk dipentaskan padatahun berikutnya, dia menulis sebuah kisah satira kejammengenai kekejaman ke atas pihak berkuasa dan sayaperlu sunting untuk menjadikannya lebih sesuai buatpementasan. Dalam satu paparan di laman blognya,dinyatakan bahawa saya telah menggilap penulisannyawalhal saya telah membuat penapisan pada karyanya itu. Kami pernah berkawan pada suatu ketika dahuludan hubungan kami baik sahaja sehinggalah internetmuncul. Raja Petra tidak pernah menganggap dirinyasebagai badut tetapi sebagai pejuang kebenaran dankeadilan. Atau mungkin hanya keadilan. Dia mulamenyebarkan penulisan blognya dengan menulis sebuahcerita yang disampaikan dengan baik sekali dan bertajuk“The Khairy Chronicles” yang menceritakan mengenaikisah menantu kepada Abdullah Ahmad Badawi danpemuda UMNO yang mula meningkat naik. Sayatergamam dengan keupayaan Raja Petra untuk menuliskisah sebegitu sambil menggunakan nama dan orangsebenar. Saya juga tertanya-tanya akan impak yangdibawa olehnya serta janji kerajaan terhadap pemberian 314

Suara Rakyatkebebasan media atas talian (saya tidak yakin bahawakebebasan akan diberikan). Selain itu, perkara ini jugabermakna bidang kewartawanan konservatif akan segeratamat riwayatnya. Raja Petra bertindak dengan lantang dan beranidalam menghasilkan penulisannya itu. Hal itu pastididorong oleh kemarahan yang telah lama ditahan keranapengawalan ketat ke atas media rasmi yang kemudianmula menular dalam medium internet dan seterusnyamenunjukkan muslihat yang berlaku dalam bidangkewartawanan di Malaysia. Golongan yang mempunyailidah tajam menghadiri wacana awam serta debat. Satuarmada yang dipenuhi penyimpan dendam dengan nama„weblogs‟ dan pengulas bebas mula mara. Wartawanprofesional mula meninggalkan media arus perdanadengan semangat untuk melawan dalam talian sambildibela oleh golongan ahli perniagaan dengan agendatersendiri, ahli politik yang tamak kuasa dan pengacauyang datang daripada penaja antarabangsa. Kritikan pedasyang melingkar dalam dunia politik dan dilemparkansepanjang tempoh tiga generasi pertama sejakkemerdekaan telah mula disebarkan ke laman siber. Tahap penembusan internet di Malaysia pada abadke-21 adalah yang tertinggi di Asean selepas Singapuraiaitu mencapai tahap 70%. Keinginan yang membuak-buak untuk mendapatkan alternatif selain mediatradisional mungkin telah mendorong kepada lonjakanini. Usaha Malaysia untuk memantapkan media adalah 315

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasia-sia dan tidak lagi relevan. Peredaran cetak telahmenurun dan hanya bertahan kepada pelanggan korporatdan siri penyiaran bebas ke udara adalah hambar dantidak cekap serta bersifat nista dengan memburukkanMalaysia. Ledakan dalam talian ini tidak berkaitan denganmembongkarkan maklumat baharu sebaliknya menjadimedium untuk melepaskan kemarahan sambil disorak dandisokong oleh orang ramai. Dalam suasana febril ini, Raja Petra kemudianmendapat tarikan yang mengejutkan mengenai dakwaanyang luar biasa yang menyatakan bahawa bukan sahajaNajib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya,malah Razak Baginda yang bertanggungjawabmenembaknya sehingga mati dan Rosmah menjadi saksikepada perlakuan tersebut. Terdapat pihak yangmemberitahu Raja Petra mengenai perkara ini, diamalahan telah bersumpah sewaktu membuat pendedahantersebut. Raja Petra juga telah membuat akuan berkanunmemberitahu bahawa cerita tersebut disampaikankepadanya walaupun dia berjanji untuk tidakmendedahkan identiti penyampai cerita tersebut. Cerita tersebut merupakan satu sandiwara yangburuk. Apabila akuan berkanun yang dibuat telah ditolak,disokong dan ditarik balik, tiada yang dapat menukarpandangan mahkamah berkenaan kes pembunuhanAltantuya dan keputusan yang telah dibuat. Keputusanjuga tidak akan diubah walaupun Raja Petra bertindak 316

Suara Rakyatdengan mendedahkan identiti penyampai cerita tersebutdan kemudian dia disaman atas tuduhan fitnah. Saya berpendapat bahawa keputusan yang dibuatoleh mahkamah adalah adil. Saya tidak merasakanbahawa kes tersebut perlu melibatkan konspirasi yangsebegitu kejam. Prinsip Occam‟s Razor, iaitu „daripadapelbagai senario yang munasabah, senario yang jelasitulah yang benar‟ telah banyak mengajar saya. Soalan-soalan yang bertebaran mengenai kes ini kelihatan begitujelas bagi saya. „Siapa yang mengarahkan pembunuhan tersebut?Kenapa ada yang sanggup berbuat demikian? RazakBaginda meminta bantuan untuk memujuk Altantuyayang mungkin disalah anggap sebagai pemujukan denganmenggunakan kekerasan secara bersenjata di Malaysia ini.Anwar Ibrahim telah mempercepatkan kejatuhannyadengan melakukan perkara yang serupa pada tahun 1997apabila dia menyuruh pegawai keselamatan untukmengugut pihak yang bertanggungjawab menuduhnyasebagai homoseksual. Anwar kemudian disabitkan denganpenyalahgunaan kuasa serta liwat. Saya yakin bahawaRazak Baginda hanya mahu wanita penggoda itumenjauhkan diri daripadanya seperti yang dia beritahu dimahkamah. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa mangsaditembak sebanyak tiga kali. Tembakan yang pertamatidak membunuhnya kerana hanya mengenai bahagian sisimangsa sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta. 317

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaDua tembakan lagi bertanggungjawab membunuh mangsakerana ditembak di bahagian kepala dan dada. PrinsipOccam‟s Razor saya tidak salah. Saya dapatmembayangkan sepucuk pistol dihayunkan sebagai ugutantetapi dilepaskan secara tidak sengaja ke arah yang salah.Jika ugutan tersebut memang disengajakan, lukatembakan tidak akan dapat ditemui. “Siapa yang beri bahan letupan tersebut kepadamereka? Saya rasa tidak mustahil buat kedua-dua orangtertuduh tersebut yang termasuk dalam pasukan antipengganas dapat mengeluarkan bahan yang merekaperlukan dengan mudah. Cerita memalukan mengenaidadah dan senjata rampasan yang hilang daripadatahanan pihak berkuasa jarang sekali didengar. Beritatersebut jarang dilaporkan melainkan kes yang berlakuadalah terlalu besar seperti kes kotak bukti berkunci milikpolis yang mengandungi dadah methamphetaminesbernilai RM1.4 juta hilang sewaktu dibuka di mahkamah.Terdapat juga satu kes mengenai kehilangan enjin jetpejuang F-5 yang dibawa keluar dari pangkalan TenteraUdara dan kemudian dijual. Berdasarkan maklumatdaripada conmen, orang yang biasa menipu pihakberkuasa lebih mudah membuat muslihat untuk laridaripada tuduhan. Pada tahun 2000, telah berlaku satu demonstrasimengejutkan ramai yang menunjukkan dimensi budayatentang tahap keselamatan negeri di Malaysia. Sewaktumalam mula menjelma, sekumpulan lelaki berpakaian 318

Suara Rakyatseragam tentera tiba secara mengejut di kubu hutan yangterletak di bahagian utara Perak. Mereka menggunakantiga buah Pajero berjenama Mitsubishi kemudianmengaku sebagai pegawai tinggi semasa pemeriksaanmengejut dan masuk ke dalam kawasan gedung senjatasambil terus-menerus melakukan tabik hormat kepadapengawal dengan yakin. Mereka memasukkan sebanyak102 raifal M-16 dan mesingan, 5 biji pelancar bom tangandan 10 000 butir peluru ke dalam kenderaan mereka danmeninggalkan lokasi sambil membiarkan askar yangmasih terkejut dengan peristiwa tersebut. Penyamun ini merupakan sekumpulan fanatikagama yang menggelar diri mereka sebagai Al-Ma‟unahyang percaya pada kuasa dalaman. Mereka pernah munculdalam akhbar kerana melakukan perbuatan membalingbom petrol di kilang membuat minuman keras dan kuil-kuil Hindu. Ketua kumpulan tersebut merupakan bekastentera dan 26 ahli yang lain adalah termasuk bekastentera, seorang broker insuran dan dua orang pegawaikorporat. Mereka bergerak sehingga ke sempadanThailand tetapi tidak menyeberanginya. Sebaliknya,mereka hanya duduk bertinggung di bukit kecil belakangsebuah sekolah kampung sambil meminta PerdanaMenteri Malaysia pada waktu itu untuk meletak jawatan.Mereka kemudian disekat dan dikepung oleh polis danpasukan tentera setelah berlaku pertelingkahan yangmenyebabkan tiga orang terbunuh sehingga psy-ops(operasi psikologi) digunakan. 319

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Pembesar suara diletakkan di padang sekolahberdekatan dengan bukit kecil tempat merekabersembunyi. Isteri dan anak-anak mereka dipanggiluntuk memujuk suami dan ayah mereka untuk turun.Malam tersebut dipenuhi dengan tangisan dan raungananak-anak kecil yang merayu agar ayah mereka pulang kerumah. Laungan tersebut diiringi dengan lagu-lagusentimental Melayu. Kaedah tersebut berjayamembuahkan hasil. Kumpulan lelaki tersebut turun daribukit dengan tidak berbaju dan mengangkat tangan tandamenyerah diri sambil kelihatan seperti puak yang tewas.Mereka kemudian dimasukkan ke dalam penjara. Ketuakumpulan tersebut digantung dan penjualan baju replikatentera tanpa permit telah diharamkan. Peristiwa yang berlaku yang melibatkan Al-Ma‟unah tersebut merupakan peristiwa yang hanyapernah berlaku sekali sahaja tetapi berjaya menunjukkandua elemen mengejutkan yang begitu unik sekali. Hal yangditunjukkan adalah mengenai kemudahan penyerahan dirioleh pasukan tentera Malaysia sewaktu melihatpegawainya serta peristiwa menyayat hati yangmengakhiri senario tersebut. Walau apa pun yangdiperkatakan mengenai pasukan keselamatan dalamnegeri di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa merekatahu akan perkara yang dilakukan oleh mereka. Apabila dua orang pembunuh wanita wargaMongolia tersebut membuat cubaan untuk menghapuskankesannya dengan bom C4, perkara yang menjadi misteri 320

Suara Rakyatbuat saya adalah bukan mengenai sebab mereka bolehmendapatkan bahan letupan tersebut, tetapi tentangsebab mereka mahu menghapuskan jejaknya denganbahan letupan itu. Perbuatan tersebut sememangnya tidakberhasil dan merupakan salah satu keputusan bodoh yangtelah dibuat oleh Razak Baginda daripada semuakeputusannya yang lain. Hanya seorang daripadapembunuh yang didakwa tersebut akan berdepan denganhukuman manakala seorang lagi berjaya lari ke Australia.Dia mengaku bahawa dia telah disuruh untuk melakukanperkara sedemikian dan mendakwa bahawa pelakusebenar masih bebas. Pengakuan tersebut hanyamenambahkan marak api dalam bara di media sosial. Sayamerasakan bahawa dia hanya bercakap mengenai arahanyang diterima olehnya untuk menakutkan pemerasugutnya. Selain daripada pengakuan tersebut, tiada rahsialain yang didedahkan olehnya. Pendapat oleh orang yang pandai memutar belit inilebih popular dalam media peribadi berbanding mediarasmi dan hal ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Semakin keterlaluan sesuatu penegasan yang dikeluarkan,semakin mudah untuk berita tersebut dipercayai dandisebarkan. Dengan mengandaikan bahawa hanya sedikitkepandaian diperlukan untuk menguasai media dalammedium internet, penerangan logik bagi sebab rakyatMalaysia menjadi seperti hari ini adalah kerana merekamahu percayakan perkara terburuk yang mereka dengar. 321

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Perbuatan tersebut sememangnya berkesan dansaya boleh sahkan kerana pernah menjadi sasaran mereka.Seorang wartawan profesional perlulah mempunyai hatiyang waja dalam pelbagai hal. Jangan cuba untuk bermaindengan api jika anda tidak tahan akan kepanasannya.Tetapi „media baharu‟ merupakan penjahat yang berbeza.Mereka menggunakan kuasa dengan mengabaikanbeberapa prinsip seperti komen yang adil, penegasan yangdisahkan dan hak untuk menjawab. Sasaran merekabukanlah untuk mendedahkan penipuan dan tipumuslihat, tetapi sebaliknya mereka mahu melakukanpenipuan tersebut. Sebab mereka berbuat demikianadalah untuk menjatuhkan dan menghapuskan golonganyang tidak dikehendaki. Untuk mengelak daripada cacimaki yang telah dilemparkan adalah satu hal yang sukar,apatah lagi untuk melihat kesan yang diterima olehkeluarga dan rakan-rakan mereka yang menjadi bualanitu. Satu soalan yang akan muncul jika kita gagal untukmeyakinkan orang ramai mengenai fitnah yang telahdilemparkan ialah, “Mengapa mereka membenci kamu?” Saya teringat akan kata-kata yang disampaikan olehAbdullah Ahmad Badawi yang kelihatan murung keranaperlu melawan segala kekejaman dalam dunia politiksewaktu akhir 1980-an. Katanya, “Kau akan kenal kawanyang sebenar.” Saya mula sedar yang saya tidakmempunyai ramai kawan dan kawan-kawan saya ituhanya mampu melihat dengan mata yang penuhkesengsaraan kerana perlu mengorbankan diri mereka 322

Suara Rakyatdengan menjadi kawan saya. Saya rasa perkara inilah yangdihadapi oleh pemimpin yang sering kali dihina dan dicacimaki secara dalam talian di Malaysia. Bagi mereka, tiadasiapa yang peduli kerana sebaik sahaja kita difitnahsebagai seorang penipu dan pembohong, tiada perkaralain yang boleh dilakukan kerana protes hanya akandibuat oleh mereka yang sememangnya dilakukan olehpenipu dan pembohong. Datuk saya pernah berkata, “Orang menilai kitadengan melihat diri mereka sendiri.” Satu lagi mutiarakata yang pernah saya terima sewaktu awal abad ke-21 iniialah, “Jangan pernah berlawan dengan orang yang bodoh,kerana mereka suka berlawan tetapi akhirnya kedua-duanya akan kelihatan bodoh juga.” Kemahuan orang ramai untuk mendapatkan beritadalam talian yang lebih bebas adalah lebih tinggi semasaera pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi dan NajibRazak. Hal ini telah memberikan kesan ke ataspemerintahan mereka. Salah satu sebab utama adalah usiagolongan yang berada di barisan hadapan penyerang ini.Golongan pelajar yang sering merusuh ketika zaman 60-an dan 70-an dahulu kini mula bergerak dalam blog danberusia 60 hingga 70 tahun. Kita boleh gelar merekasebagai Suara Datuk yang menghayunkan tongkat kayumereka. Golongan tersebut tidak berpuas hati denganMalaysia kerana pada waktu tersebut mereka baru mulamelalui kehidupan alam dewasa dan alam pekerjaansewaktu rusuhan berlaku. Suara di universiti disekat, 323

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiabahasa Inggeris telah dihapuskan daripada menjadibahasa rasmi dan kerajaan bertindak menyerahkan dasarkeutamaan negara kepada orang Melayu. Tindakan mereka itu boleh diibaratkan sebagaikemarahan yang telah disimpan selama 40 tahun danmereka hanya baru berupaya masuk ke dalam gelanggangwalaupun peraturan permainan telah berubah. Permainantersebut diperbaharui oleh golongan muda Bumiputera.Mereka perlu melihat orang Melayu mendapatkeistimewaan dan lonjakan sambil dipaksa menerimanyadan menolong mereka atas nama khidmat negara. Untukmenambah luka kecederaan yang telah lama berdarah,mereka perlu melihat golongan yang disebutkan sebentartadi menjadi kaya, besar kepala dan mementingkan dirisendiri. Generasi tersebut menyimpan satu kepahitan yangdalam dan terpaksa berdiam diri menanggung semua itu.Mereka telah lama bersara dan berada dalam usia yangdihimpit harapan. Kini mereka hanya dapat meluahkanperasaan tersebut melalui internet. Malaysia menjadilubuk buat politik yang menghinakan. Tiada cara lainuntuk menangkisnya kerana orang ramai takut untukmenjauhkan diri daripadanya. Golongan seperti RajaPetra Kamaruddin telah diangkat sebagai Ketua Kejahatanyang membawa sinar dan semangat melalui api yangmembara. Bagi saya, mereka bukanlah malaikat yangterluka tetapi hanya sekadar manusia yang penuh dengankemarahan dan golongan pembuat kerosakan. 324

Suara Rakyat Daripada semua kekacauan tersebut, hanya satumesej yang ingin disampaikan iaitu kebanyakan rakyatMalaysia tidak berpuas hati dengan cara pemerintahannegara dan pemimpin yang bertanggungjawab ke atasnya.Tetapi rasa kebencian ini kemudian berubah menjadi halperibadi sebagai akibat pengabaian ke atas golongan yangdiperkatakan setelah berdekad lamanya. Tiada cara yangdapat menghilangkan kebencian tersebut pada masa kini.Politik dan ahli-ahli politik sering dipersalahkan atasmusibah yang berlaku kepada negara tetapi sayamerasakan bahawa rakyatnya adalah sama sahaja.Bukankah tujuan sebenar demokrasi adalah untukmewujudkan sebuah pemerintahan kerajaan yangmenggambarkan ciri-ciri orang yang diperintah? Tetapilihat sahajalah bentuk egalitarianisme baharu olehgolongan liberal media dalam talian yang menunjukkanbelang sebenar rakyat kita. Saya tidak mahu lagi berbalah mengenai kebaikandan keburukan media dalam talian sebaik sahaja mediumtersebut diterima sewaktu memasuki era milenium.Perintisnya adalah Malaysiakini.com yang mula wujudsejak November 1999. Pengasasnya adalah bekas rakansekerja saya. Saya pernah memberi amaran kepadamereka agar tidak membuka sebahagian daripada lamansesawang mereka untuk ruangan komen oleh pembacakerana mereka akan hilang kawalan ke atas polisipenyuntingan dan agenda mereka. Sebelum ini, protokolbagi maklum balas ke surat khabar memerlukan sebuah 325

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaSurat kepada Editor yang dilengkapi dengan nama, alamatdan nombor telefon dengan hak diberikan kepada kitasendiri sama ada mahu menyunting surat tersebut atautidak menerbitkannya langsung. Kini, mereka menyatakanbahawa prinsip kardinal yang akan dipakai oleh merekaadalah media berhak untuk memberikan kuasa kepadarakyat untuk menyampaikan suara mereka. “Suara?Mungkin benar.” Saya pernah bertelagah. “Bagaimanapula dengan melepaskan kemarahan?” Terdapat perkarayang sesuai disampaikan kepada pakar terapi sahajaberbanding di forum umum kerana pendapat tersebuttidak akan dapat dikekang lagi sebaik sahaja muladisebarkan kepada umum. Setiap individu akan memberikan reaksi yang samaapabila mereka diserang daripada pelbagai arah. Apabilapenghadang mereka menjadi lemah, sifat semulajadiuntuk melawan akan muncul. Hal ini pernah berlakudalam komuniti etnik di Malaysia dan kini tular dalamparti politik dan kepimpinan negara kita. UMNO danrakan sekutu BN berpaling daripada rakyat yang merekapernah janjikan untuk berkhidmat. Kini mereka hanyamementingkan diri sendiri. Parti-parti tersebut hanyabergantung kepada keahliannya untuk terus bertahan. Halini tidak dapat membantu mereka kerana partipembangkang kaum Melayu telah membuktikan bahawaMalaysia sedang memusnahkan dirinya sendiri di abad ke-21 ini. 326

Suara Rakyat Terdapat golongan yang bertindak untukmenyendiri dengan wang sara hidup yang sedia adamanakala golongan yang kaya berlindung di bawahkekayaan mereka. Najib dan isterinya telah menciptareputasi yang menyatakan bahawa mereka telah„berbelanja‟ dengan jumlah yang banyak sama ada di luarnegara mahupun di dalam negara. Gaya hidup mewah danperbelanjaan secara boros yang diamalkan oleh Rosmahtelah menjadi satu isu sosiopolitik. Rakan-rakansekutunya di luar negara berbelanja mewah untuk tujuanrombongan dengan isteri-isteri menteri. Tempat dudukmereka di dalam kapal terbang dipenuhi dengan begmembeli-belah aksesori-aksesori mewah dan berjenamadan katanya juga terdapat hadiah daripada rakan-rakanyang murah hati. Penggal pertama pemerintahan Najib adalah bukansatu perkara yang mudah. Beliau juga pernah dikritik olehbekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamadyang juga bermusuh dengan penggantinya. Mahathirmengatakan bahawa Najib tidak mesra rakyat, tidakmemberi inspirasi sebagai seorang pemerintah danmenjadi hamba kepada isterinya sendiri. Najibmenyangka bahawa mungkin lebih mudah buatnya untukmengikut langkah Abdullah Ahmad Badawi. Dengan usiayang masih muda, statusnya sebagai anak sulung bagibekas Perdana Menteri Malaysia yang dihormati danpengalamannya sebagai Ahli Parlimen UMNO sejakberumur 23 tahun, Najib merasakan bahawa dia dapat 327

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamembantu Barisan Nasional untuk mengembalikanpenguasaan dua pertiga majoriti dalam Parlimen Malaysiayang hilang sewaktu zaman pemerintahan Abdullah padatahun 2008. Sewaktu pilihan raya pada tahun 2013, hal initernyata tidak berhasil. Beberapa bulan sebelum pilihan raya pada tahun2013, satu derma asing misteri telah dipindahkansebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun bank di Malaysiadi bawah nama Najib. Najib kemudian mengaku bahawawang tersebut bukanlah digunakan untuk tujuan peribaditetapi sebaliknya untuk memenangi pilihan raya tersebut.Wang tersebut ternyata tidak dapat membantu kerana BNtelah hilang lebih banyak kerusi dengan majoriti daripadaundi popular dan pertama kali sejak tahun 1969. „Wangderma‟ yang banyak itu datang secara haram sehinggakanperlu mengambil masa selama dua tahun untuk diberitahukepada umum. Berita mengenai hal tersebut diketahuidengan usaha wartawan yang menyiasat bagi mencariketidaktelusan dalam pengurusan dana kekayaan negaraMalaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 1MDB ditubuhkan pada Januari 2009 untuk„menggalakkan inisiatif strategik untuk pembangunanekonomi jangka panjang melalui pelaburan langsung asingdan perkongsian‟. Dana tersebut mempunyai asashartanah di bahagian pusat bandar Kuala Lumpur yangakan ditukar kepada Tun Razak Exchange iaitu sebuahpusat membeli-belah, pejabat dan bangunan kediaman.Selain itu, terdapat Bandar Malaysia yang mempunyai 328

Suara Rakyatpelan yang sama dengan lapangan terbang Sungai Besilama di bahagian tengah Kuala Lumpur. Pelan tersebuttidak menggunakan wang pembayar cukai untukpelaburan dalam pelan janakuasa tenaga dan mewujudkansambungan di negara Emiriyah Arab Bersatu yangdipercayai tempat datangnya sumber wang sebanyakRM2.6 bilion tersebut. Kontroversi yang wujud oleh sebab pendedahan initelah mencetuskan satu lagi perhimpunan besar-besarandi Kuala Lumpur yang menuntut supaya Najib meletakjawatan. Prinsip 1MDB telah menerangkan mengenaipelaburan syarikat mereka dan menafikan mana-manasalah laku tetapi orang awam tidak lagi peduli untukmembezakan pelaburan sah dana tersebut denganpemindahan rahsia wang asing ke dalam akaun peribadiPerdana Menteri. Dua situasi tersebut tetap kelihatansalah buat orang awam. Dakwaan tersebut tidak dibantudengan individu yang terlibat dalam transaksi tersebut,iaitu seorang pembuat tawaran buaya darat dari PulauPinang yang bernama Jho Low dan rakannya Riza Aziz,anak lelaki kepada Rosmah daripada perkahwinanterdahulu. Mereka tidak merahsiakan kehidupanhedonistik dan mewah mereka di New York, Los Angelesdan London yang menyebabkan kemarahan oleh orangawam. Laungan di jalan-jalan dalam perhimpunantersebut telah sampai kepada Majlis Raja-raja Melayuyang meminta agar hal ini diselesaikan dengan segera. 329

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaTindakan yang diambil oleh bahagian pentadbiran tidakmenyelesaikan masalah tersebut. Panel penyiasat telahdibubarkan, Peguam Negara telah ditukar dan pegawaiyang terlibat dalam penyiasatan tersebut telahdipindahkan. Ketidakpuasan hati dalam UMNOdisampaikan oleh Naib Presiden UMNO sendiri,Muhyiddin Yassin yang meminta Najib untuk membuatpengakuan atas segala perbuatannya itu. Najib kemudianmemecat Muhyiddin dan menggantikannya denganAhmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid adalah seorang yang terkenal dalamUMNO kerana mendapat undi tertinggi semasa pemilihansalah satu daripada jawatan Naib Presiden sewaktupemilihan yang lepas. Dia juga merupakan seorangMenteri Pertahanan Malaysia dalam kabinet. Kemunculanpertamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah diSarawak sewaktu dia memberi amaran kepada penyokongpemisah bahawa dia telah menetapkan Pengawal jikamereka membuat penentangan. (Pengawal juga pernahmembuat petisyen untuk membawa senjata). AhmadZahid cuba untuk menjadi lebih mudah didekati sewaktumenjadi Timbalan Perdana Menteri sambil berusahauntuk memperbaiki kualiti Bahasa Inggerisnya, tetapi diamerupakan penanda aras bagi perubahan mendadakdalam UMNO. Najib merupakan anak kepada seorang lelakiUMNO manakala Abdullah Ahmad Badawi adalah anakdan cucu kepada seorang nasionalis. Ayah kepada Hussein 330

Suara RakyatOnn mengasaskan UMNO. Tunku Abdul Rahman adalahseorang putera Malaya. Ahmad Zahid Hamidi kinihanyalah sedetik sahaja daripada termasuk dalamgolongan berpengaruh utama walaupun susur galurkelahiran dia berasal dari Jawa. Ahmad Zahid Hamidimerupakan antara penyokong terawal dan lantangmenyokong Anwar Ibrahim dalam UMNO. Zahid pernahlari ke Jawa untuk mengelak badai politik sewaktupemecatan Anwar pada penghujung 1990. Diamenggunakan masa lapang itu untuk menyiapkan tesiskedoktoran dan dianugerahkan oleh Universiti PutraMalaysia. Tesisnya mengkaji mengenai perkembanganakhbar-akhbar Melayu yang telah meletakkan asas polisipenyuntingan mereka berlandaskan manifesto olehUMNO sejak kedatangan pemerintahan oleh Mahathir. Sewaktu pertengahan penggal kedua pemerintahanNajib Razak, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakanpemegang Doktor Falsafah dipercayai akan menjadiPresiden UMNO dan pemimpin Malaysia yang berbezadaripada sebelumnya. Di pertengahan dekad kedua bagiabad ke-21 ini, Malaysia telah menunjukkan wajah yangberlainan. 331


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook