Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Published by sfatimah9511, 2017-11-06 01:20:39

Description: PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Search

Read the Text Version

Peristiwa 9/11berucap di beberapa kolej yang lain dan dewanperbandaran. Penonton saya selalunya bermuka masam,namun pada masa yang sama mempunyai daya perhatianyang tinggi, berfikiran teliti dan penuh dengan belaskasihan berbanding dengan saya dalam keadaan yangsebaliknya. Satu-satunya penentangan yang ditunjuk secaraterang-terangan yang telah kami alami bertempat disebuah kolej sastera di Bandar Storm Lake. Pohon-pohonrendang lebat dihiasi dengan tanda salib, jambanganbunga dan bendera Amerika Syarikat. Seorang remajaberbadan tegap yang terduduk di barisan paling depandalam bilik darjah yang penuh sesak itu mendesis-desissesuatu yang jelas dapat didengari oleh semua. Salahseorang daripada mereka mencela perbuatannya. Justeru,kelihatan muka-muka yang tersentap. Saya pula berkata, “Tidak apa. Saya faham.” Saya amatkesal terhadap peristiwa yang telah terjadi. Saya teringinsangat untuk memohon maaf bagi pihak seluruh dunia,namun kami juga bertanggungjawab untukmemanjangkan pesanan yang perlu demi meleraikan salahfaham. Kami seakan-seakan sedang bercakap dengansegerombolan tunggul pokok. Aida menjengah ke arahsaya dan membisikkan bahawa dia sudah putus asaterhadap hal ini dan saya juga bersetuju dengannya. Kamimenjelajah ke tanah Amerika untuk mengembangkanbakat penulisan dan bukan untuk mempertahankanbangsa kami di sana. Perasaan tersebut amat memilukan 43

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadan payah. Bulan itu, bulan yang amat sayu bagi semuaorang Muslim di Amerika. Kami ialah warga penulis. Kami memencilkan diridalam kubu peribadi masing-masing, memetik papankekunci dengan harapan kata-kata yang terjelma dapatdijadikan sebagai penawar untuk emosi kami yangterumbang-ambing mahupun sebagai tempat pelupusanperasaan yang berbaur ini. Sejak dahulu lagi, coretanhidup kami sudah sebegini rupanya, baik girang mahupunsedih, ataupun apa-apa sahaja yang mampu diungkapkan.Dalam mengharungi perjalanan tersebut, kami terpaksamenempuhinya keseorangan. Kadang-kala, kami akanmenjengah ke luar dari kelibat kami untuk menayangkankarya yang telah kami hasilkan. Namun, dalam usahauntuk memadamkan kegelapan, kegelapan itulah yangterserlah. Saya sendiri telah menulis beberapa rentetanyang tidak pernah dikongsi: Dendam Dalam Samar-samar Rakan sekerja saya dari India yang beragama Hindu telah menulis sebuah set novel baharu yang berlatartempatkan negara India yang belum berbelah bahagi. Karyanya mengumpamakan bangsa Muslim sebagai sebuah kaum yang keji, jahil dan kesengsem. Watak utamanya pula merupakan seorang Muslim yang dikasi oleh seorang Muslimah 44

Peristiwa 9/11selepas dia tidak berjaya untukmemperkosanya. Rakan sekerja berbangsa Arab-Israel sayapula, seorang Muslimah, telah menulis sebuahdrama yang berwatakkan seorang Muslimahyang jatuh cinta pada seorang lelaki keranaturban dan misainya (Ciri-cirinya yang laintidak pernah dilihat.) dan kehidupanMuslimah tersebut yang seterusnyaberlanjutan menjadi suatu kejadian maksiatlalu mengakibatkan suatu dilema yang terukdalam hidupnya. Adakah makhluk itu telahmeragut nyawanya ataupun dia sendiri telahmenamatkan riwayatnya?Rakan sekerja saya yang berbangsa Israelpula, seorang lelaki yang beragama Yahuditelah memberikan saya sekeping gambar yangmemaparkan gambar Osama Bin Ladenterpampang pada sebiji tong jamban.Yang menakjubkan di sini adalah hakikatnyabahawa setiap orang penulis yangdisebutkan tadi menafikan dengan suaralantang apabila mereka dikatakan menanamsemangat „anti-Islam‟ ataupun „anti-Muslim‟,apatah lagi prejudis. Bangsa India sering kalimerujuk kembali kepada peristiwa konflikyang tercetus antara umat Islam danpenganut Hindu sebelum berlakunya 45

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapembahagian tanah air mereka. Konfliktersebut merupakan suatu pertempuranantara sanak-saudara yang telah memilihagama yang berbeza. Walaupun penulistersebut tidak berniat untukmengungkapkan maksud sebegitu, namunsaya yang membacanya melihat bukutersebut sebagai suatu penjelasan nyataterhadap konflik India-Pakistan yang tidakdapat dipulihkan lagi. Pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja, peristiwa tersebut akandiingati sebagai perang saudara selamanya.Wanita berbangsa Arab tersebut pulamenekankan bahawa keganasan kaum Adamdan kelemahan kaum Hawa masih giat dannyata dalam budaya dan hidupnya.Meskipun begitu, dia pernah menulistentang kaum lelaki yang ramah dan berbudipekerti.Rakan Israel itu pula, mengambilkesempatan tersebut untuk mengingatkansaya selaku seorang lelaki Muslim yangberkulit gelap untuk mengelakkan tempatminum-minum yang tertentu di sekitar Iowaselepas serangan pengganas yang menimpaPusat Dagangan Dunia dan Pentagon.Hubungan saya dengan setiap seorangpenulis tersebut telah menjadi rapat sejak 46

Peristiwa 9/11kami menyertai Program PenulisanAntarabangsa Universiti Iowa 2001. Tidakdapat dinafikan ketulusan semangatpersaudaraan yang kami kongsi dan sayapasti persahabatan ini akan kekal bertahanuntuk selamanya. Malah, kami mempunyairasa hormat yang tinggi terhadap satu samalain dan saya amat pasti bahawa kamimenaruh kepercayaan yang tidak terhinggaantara satu sama lain. Namun, bagaimanakah minda kamiyang dibelenggu oleh kesusasteraan dapatmerentasi bentuk muka bumi yang dipenuhilohong glasier ini? Saya, bagi pihak semuaumat Islam mesti menanamkan semangattersebut ke dalam hati manusia yang gusardan keruh dicemari perasaan dengki dannafsu yang membuak. Tersebutlah kata-katayang terkeluar daripada bibir seorangpemuisi ironi. Dengan itu, barulah sayadapat menghargai novel Shashi Warriersebagai suatu satira yang lucu, melihatdrama Aida Nasralla sebagai suatu usahauntuk memberikan kebebasan kaum wanitadan menghormati bakat Etgar Keret sebagaisuatu sumbangan yang unggul terhadapdunia kesusasteraan moden, negara,bangsanya dan dunia. 47

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Selagi saya masih menghembuskan nafas Islam yang tertanam di dalam lubuk hati saya, selagi itulah saya akan memperjuangkan usaha untuk meleraikan dendam keagamaan yang sudah bertahun- tahun ini. Usaha untuk menghakis perbalahan yang kecil lagi remeh, membatalkan sengketa yang tidak habis- habis dan menamatkan penitisan air kencing ke atas muka seorang lelaki yang berjambang.IOWA TERLETAK DI TENGAH-TENGAH AMERIKA.Sukar untuk menemui seorang Muslim dalam kalanganpenonton kami sehinggalah pembentangan panel kamiyang dianjurkan di Universiti Negeri Iowa di Ames yangmenampakkan sekumpulan pelajar kira-kira 20 orangMuslim dari Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrikamengerekot di belakang dewan tersebut, dekat denganpintu keluar. Pada masa itu, saya telah membahas mesejyang perlu dijelaskan. Perkembangan-perkembanganterbaharu mengenai „Perang Menentang Pengganas‟ yangtelah saya ikuti, perbualan hangat antara juruacara danrakan-rakan saya, pertukaran pendapat bersama parapenonton, coretan saya pada waktu malam dan lamunansaya berseorangan di tebing Sungai Iowa pada waktusubuh telah membentuk buah fikiran saya. Lantas, sayamenghasilkan sebuah esei dalam bentuk ulasan yang 48

Peristiwa 9/11sudah menjadi kebiasaan saya lalu dihantar kepada parajuruacara saya. Ulasan tersebut berjaya diterbitkan dalamakhbar tempatan, Daily Iowan dan merupakan dasarkepada ujaran yang telah saya ungkapkan semasapembentangan di Ames: Tanggapan Bangsa Amerika Semasa dia berucap di hadapan sekumpulan penulis pelawat dari 25 buah negara, pemuisi diraja dari Iowa, Marvin Bell mendeklamasikan suatu hujah bahawa negara Amerika pernah menganggap dirinya sebagai „suatu kurniaan kepada seantero dunia‟. Dari dalam kalangan penonton, kelihatan seorang dari Georgia tergamam seketika dan seorang dari Serbia pula, tersengih-sengih selepas mendengar pernyataan tersebut. Encik Bell meneruskan hujahnya lagi. “Kami berkemampuan untuk menghasilkan pelbagai sumber makanan dalam iklim yang setara ini.” Dia seharusnya berterus-terang sahaja. Amerika tidak mempunyai sebarang perkara yang perlu dipertikaikan dalam Deklarasi Kemerdekaan, Perlembagaan dan Perakuan Hak Amerika Syarikatnya. Dokumen-dokumen tersebut merupakan bahan cetakan yang paling bernas dalam 49

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia sejarah manusia. Menerusi ungkapan „life, liberty and the pursuit of happiness‟ (kehidupan, kebebasan dan pencarian kebahagiaan) yang penuh bermakna, Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat terbukti berpihak kepada semua insan sepanjang masa. Ungkapan tersebutlah yang menarik perhatian semua yang mengidamkan kebebasan. Bukan Amerika semata-mata dan bukan tempatnya. Tetapi, makna sebenar di sebalik Kehidupan, Kebebasan dan Pencarian Kebahagiaan, idea yang terkandung di dalamnya. Impian tersebutlah yang membentuk negara daripada 13 buah koloni pemberontak British pada abad ke-18 dan merupakan tunjang penguasaan AS ke atas hal ehwal dunia sehingga hari ini. Namun, bukan negaranya yang disanjung tetapi nilai-nilai murninya. Permasalahan yang paling ketara adalah, pada abad-abad yang menjelang seterusnya, idea-idea tersebut yang menyanjung maruah manusia dan memperjuangkan kebebasan setiap orang dilihat sebagai keunggulan hak „warganegara Amerika‟ dan bukan demi insan sejagat. Idea tersebut ternyata tidak sempurna kerana 50

Peristiwa 9/11pada hari ini, mana-mana warganegara asingyang bertapak di tanah air masing-masing diluar Negara-negara Barat Bersekutu yangmenguar-uarkan idea tersebut yakni diejeksebagai bendul Amerika. Malahan, mungkinjuga dicemuh secara terang-teranganataupun mempertaruhkan nyawa dankebebasan mereka, sekaligusmenghancurkan impian mereka untukmengejar kebahagiaan yang diidamkan.Mungkin inilah sebabnya wujud suatujurang perbezaan yang besar antaratanggapan dunia terhadap Amerika dan cararakyat Amerika sendiri mendukung jatidirinya; sebuah dunia „berpaksi tunggal‟.Semenjak Bandar New York dan BandarWashington diserang wabak pengganas yangmenggemparkan dunia, rata-rata rakyatAmerika yang mempertikaikan malapetakatersebut dihantui dengan satu persoalan,“Kenapa mereka benci kami?” Sembilan harikemudian, Presiden George W. Bush dengangigihnya, tampil menyuarakan suatumaklum balas terhadap peristiwa tersebut diKongres Amerika Syarikat. Dalamucapannya, beliau berkata bahawa Amerikadibenci kerana „amalan demokrasinya,kebebasan yang dikongsi oleh rakyatnya 51

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia yakni kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk beragama, kebebasan untuk mengundi dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing‟. Lalu, pihak pembangkang membidas dengan hujah yang panjang lebar mengisahkan tentang campur tangan pihak Amerika dalam sebuah alam pasca perang dunia yang meliputi kawasan Latin Amerika sehinggalah ke Eropah Tengah dan dari Timur Tengah ke Asia Pasifik yang mendukung nilai-nilai dan semangat keamerikaan dalam kuasa ketenteraannya dan „kebebasan‟ yang dituntut melalui kecanggihan senjata moden. Idea „kebebasan‟ dan „demokrasi‟ yang diungkapkan oleh Amerika merupakan konsep yang terlalu samar lagi taksa yang tidak dapat diinterpretasikan sebagai suatu idea yang jitu. Terdapat unsur kebebasan „kepada‟ dan kebebasan „daripada‟. Malah, Presiden AS Franklin D. Roosevelt sendiri pun tidak dapat mentafsir interpretasinya secara tuntas. „Demokrasi‟, pada dasarnya adalah untuk memberi makna kepada semangat rakyatnya. Namun, malah rakyat Athens sendiri yang mendukung semangat tersebut tidak percaya bahawa idea tersebut 52

Peristiwa 9/11dapat menembusi lapisan masyarakatbangsawan. Akan tetapi, fenomena ini dapatdilihat dalam Deklarasi KemerdekaanAmerika Syarikat dua ribu tahun kemudian. Jadi, apakah di sebalik „demokrasi‟ yangtelah dicapai oleh negara Algeria pada satudekad dahulu - yang mencetuskankemenangan undi popular yang melimpahruah bagi sebuah parti teokratik yang telahberkempen atas sebuah landasanmempelopori idea „One Man, One Vote,Once‟? Apakah itu demokrasi jika calon yangdipilih adalah dalam kalangan penzalim,diktator, rasis ataupun tentera buas?Lagipun, dengan meletakkan bebanpemilihan ke atas golongan yang tidakpernah mengenali beban tersebut, apatahlagi mendukungnya, bukankah itu kezalimandi sebalik „demokrasi‟? Lebih-lebih lagi,apabila melibatkan golongan yang sudahbiasa menjalankan hidup berdasarkanpengaruh adat resam, agama dan aturansosial masing-masing. Walau bagaimanapun, kekangan terhadapdaya pergerakan sosial dan ekonomi yangtimbul akibat aturan tradisional sebegitutelah menghanyutkan gelombang imigrasi 53

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia secara giat ke tanah Amerika pada abad yang lalu. Obor yang ditinggikan oleh Patung Liberty dalam perairan yang berdekatan dengan New York adalah suatu sinar harapan kepada pendatang dari seluruh dunia yang miskin, yang terdesak, yang dipinggirkan dan yang terasing. Perkara tersebut amat bermakna dan kesannya telah menyumbang kepada kemakmuran dan kuasa Amerika sepertimana yang telah diujarkan oleh Tuan Tennyson, „untuk meneruskan perjuangan pencarian dan bukan untuk hasilnya semata- mata‟. Jadi, bagaimanakah sinaran tersebut bertukar menjadi api neraka? Amerika yang dulunya menjadi harapan kepada semua yang tersisih, kini menjadi sebuah negara bertentangan dengan idea yang didukung. Sejarah kembali berulang. Dalam penentangannya membanteras keganasan global, Amerika sekali lagi mengamalkan „kerjasama dengan sekutu-sekutunya‟. Pada satu dekad yang lalu, usahasama tersebut pernah membantunya membebaskan Kuwait daripada serangan Iraq. Walau bagaimanapun, kali ini bukan sekadar mengumpulkan angkatan pejuang. Peristiwa 54

Peristiwa 9/11tersebut telah mengundang suatu kegelapandalam amaran Presiden Bush. “Sama adaanda bersama kami ataupun anda berpihakkepada pengganas,” seru beliau pada 20September itu yang didengari seanterodunia. Tambah beliau lagi, “Tuhan, „tidakbersifat neutral‟ sama sekali dalam konflikini.” Penentangan tersebut oleh pemimpin itumerupakan suatu lonjakan ke belakang yangamat besar untuk kemanusiaan. Sejaksedekad yang lalu, seluruh dunia terpaksabertolak ansur dalam ketegangan dua kuasabesar tersebut. Namun, segalanya berubahdalam sekelip mata sahaja. Semenjakkonfrontasi tersebut berakhir, AmerikaSyarikat, „suatu kuasa besar tunggal‟ bakalberganding kuasa bersama 200 buah negarayang lain atau bersama sebanyak manapenghuni dunia sehinggalah coretanperistiwa sejarah bertukar sekali lagi.Negara-negara kapitalis di seluruh negarayang pernah menyokong AS dalam usahanyamenentang Soviet Union terdahulu selama45 tahun mungkin tidak dapat diyakinkanoleh AS kali ini.Amerika mampu menerajuinya tanpabantuan siapa-siapa pun, sepertimana yang 55

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia telah berlaku pada tahun 1776. Bagi menentang musuhnya, Amerika mempunyai kuasa dan juga hak untuk bertindak begitu. Namun, jika direnung-renungkan „pilihan‟ yang ada, sepertimana yang telah diujar oleh penulis novel Tom Robbins, „merupakan perkataan yang paling penting dalam bahasa Inggeris‟, dan jika setiap unsur kebebasan bermula dengan kebebasan untuk memilih, para penghuni dunia sudah pasti berhak untuk memilih sama ada untuk menerima seruan Amerika atau tidak dan sebanyak mana yang akan diterima. Berdiri teguhlah, Ratu Liberty; tinggikanlah permasalahan anda ke kayangan. Tatkala waktu-waktu yang getir dan pahit seperti ini, sudah memadai jika Amerika mampu membebaskan seluruh dunia daripada cengkamannya sendiri.DI UNIVERSITI NEGERI IOWA di Ames, saya telahmembentangkan buah fikiran tersebut di atas pentassecara langsung dengan menggunakan semua perantiretorikal, teknik persembahan dan bakat syarahan yangtelah saya pupuk sejak di bangku sekolah. Semestinya sayatelah berucap dalam gaya yang jarang didengari dalamperkarangan institusi tersebut. Saya telah melepaskankeresahan saya yang sudah sekian lama tersimpan, malah 56

Peristiwa 9/11mengecam terhadap pengiring saya bahawa „sesetengahdaripada kami telah memilih untuk menggadaikankebebasan semata-mata untuk memerah otak kami‟. Sebaik sahaja saya meninggalkan dewan tersebut,panas lagi berdebar-debar setiap kali saya menghabiskansuatu persembahan sebegitu, para pelajar Muslim datangmengerumuni saya, melontarkan pujian dan salam tanganyang bertubi-tubi. Salah seorang daripada mereka teringinuntuk memeluk saya. “Kami telah lama menunggukemunculan seseorang untuk berucap dalam suatu gayayang dapat didengari dan difahami oleh mereka danmash‟Allah, anda telah berjaya,” katanya. Mereka meminta saya supaya tinggal malah sudimembekalkan tempat tinggal sementara serta mencarisebuah pekerjaan di dalam universiti. Walaupun niatmereka adalah baik, namun keadaan di AS amatmengerunkan. Apa-apa sahaja boleh berlaku dan tidakdapat dijangkakan. Ketua Pemerintah, George W. Bushsedang menyediakan angkatan tentera AS untukpeperangan melawan negara yang lain dan bukan untukmemburu pembunuh-pembunuh gerila yang terbabit.Saya melafazkan doa untuk kesemua jurucakap,perunding dan pegawai diplomat yang berada di mana-mana sahaja, namun saya bukanlah salah seorangdaripada mereka. Saya ialah seorang wartawan. “Malah,kalau dibandingkan dengan sebatang tiang tótem, sayahanya sekadar seekor anai-anai dalam tiang tersebut.Bahkan, aras yang paling bawah pun tidak,” ujar saya 57

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadalam ucapan pendahuluan kepada pengiring saya danrakan penulis yang lain. Saya tidak menyangka bahawa selama ini saya telahmenanti-nantikan sebuah peperangan dunia untukmenamatkan perang-perang yang lain, namun kebetulansuatu peperangan baru sahaja tercetus tatkala saya beradadi negara tersebut pada pagi 11hb September 2001 yangtelah mengubah segalanya. Lantas, saya berasa seolah-olah tercabar dengan suatu matlamat walaupun secarajujurnya, cabaran tersebut terasa lebih kuat daripadamatlamat itu sendiri yakni, sesuatu pasti akan berlaku. Lantas, datang suatu e-mel daripada Rose Ismail dariNew Straits Times. Rose dan saya sudah lama berkenalansejak kami bekerja sebagai ketua penulis pada awal tahun1980-an. 13 tahun kemudian sejak kami bekerja bersama,kini Rose berpangkat sebagai editor urusan danmenjemput saya kembali untuk menurunkan dakwat penapada ruangan mingguan akhbar tersebut yang telah diberinafas baharu. Oleh sebab fenomena media atas talian yangsemakin berkembang lantas menyebabkan edaran mediacetak semakin berkurang, mereka ingin mengundangpenulis ruangan yang bertaraf „selebriti‟ sebagai suatulangkah penjenamaan untuk meningkatkan jualan akhbartersebut. Langkah tersebut sememangnya suatu alternatifyang menjimatkan kos. Khususnya kerana kos mediaselebriti di Malaysia yang murah. Saya membalas hasrat tersebut dengan hati yangterbuka berbekalkan syarat-syarat tertentu. Saya amat 58

Peristiwa 9/11berbesar hati untuk kembali bersama NST sebagai penulisruangan namun, saya tidak ingin menjadi pengulassambilan semata-mata sahaja. Sudah cukup rasanyabilangan pengulas sebegitu, Lagipun, mereka bolehdijumpai di mana-mana sahaja di atas talian dan padaawal-awal lagi, saya tidak pernah mahu untuk menjadisalah seorang daripada mereka. Pada pendapat saya,komentar ruangan akhbar merupakan ulasan yang dipetikdaripada laporan dan analisis serta tidak dicerna dengansemula jadi. Saya tidak ingin menulis ulasan berdasarkanapa-apa laporan sekunder tetapi saya ingin menulislaporan tersebut sendiri. Lalu, saya menyatakan hasratsaya untuk bekerja dengan syarikat tersebut semula. Rosemembalas bahawa dia akan memanjangkan hasrat sayakepada orang atasannya namun, buat masa itu, sudikahsaya menerima tawarannya? Saya tertegun seketika lalumenerangkan bahawa saya akan berada di Amerika buatmasa itu sehingga saya pulang ke Malaysia pada akhirtahun dan hanya dapat memulakan khidmat saya padatahun yang seterusnya. Saya benar-benar teringin untuk menerima tawarantersebut lalu terdetik dalam hati saya bahawa mungkinpelawaan Rose tersebut menandakan sesuatu, lebih-lebihlagi pada ketika itu. Hidup saya bermula sejak kerjayakewartawanan sepenuh masa saya bersama syarikatakhbar harian negara tersebut. Sejak saya diberhentikansemasa pertubuhan media tersebut kecundang di bawahpemerintahan Mahathir, perkembangan saya di tempat 59

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiayang lain yang tidak membuahkan hasil penulisan yangmenyeluruh, akhirnya akhbar harian nasional tersebutmasih kekal sebagai persada kewartawanan saya. Sayatelah berkhidmat di syarikat tersebut selama tujuh tahunsebelum meninggalkannya untuk sebuah kerjaya yanglain. Selama saya berkecimpung dalam dunia media, sayapernah terlibat dengan pelbagai jenis media seperti mediasiaran, media eletronik, media atas talian dan media cetakyang termasuk majalah mingguan, terbitan bulanan,terbitan suku tahunan dan juga buku. Kalau ditelitidengan sebaik-baiknya, akhbar harian tersebut masihmenjadi pilihan saya. Satu-satunya Draf Sejarah YangJulung. Aneh sungguh untuk merenungkannya kembali. Kini,kemajuan teknologi telahpun menggantikan tempatnya.Walau bagaimanpun, media ini masih bertahan sebagaisumber rujukan yang diperlukan oleh orang ramai padahari ini. Bukan sahaja itu, akhbar merupakan satu-satunyakemahiran saya. Apabila dilihat kekecohan yang tersiarpada skrin komputer dan jurang perbezaan yang bakalmembesar antara dua buah dunia di muka Bumi ini, sayaberasa tercabar untuk melakukan sesuatu. Kami pun pulang ke tanah air masing-masing padahujung bulan November sebelum musim sejuk bermula.Saya diterbangkan ke Kuala Lumpur dari Iowa melaluibeberapa pertukaran iaitu New York, Washington,Chicago, Tokyo dan Jakarta. Dari O‟Hare ke Narita danseterusnya dari Narita ke Soekarno-Hatta, penumpang 60

Peristiwa 9/11yang duduk bersebelahan dengan saya kebetulannyamerupakan tentera Amerika yang tidak membawa apa-apabagasi di samping mereka. Mereka tidak mengancam atauberbuat apa-apa terhadap saya. Sebaik sahaja pesawattersebut berlepas, tentera yang duduk paling jauh daritingkap sepanjang penerbangan kami dari Chicago keJepun, dengan sopannya memaklumkan saya bahawa diabaru sahaja menghabiskan cutinya dan akan pulang ketapak kem tenteranya. Dia mendiamkan diri sahajasepanjang baki perjalanan tersebut. Namun, pemuda yang duduk bersebelahan dengansaya dalam penerbangan dari Jepun ke Jakarta, lebihmudah untuk didekati kerana gelagatnya yang bagaikan„kecil-kecil cili padi‟. Dia berasal dari Puerto Rico, seorangtukang pembina pesawat yang menuju ke Diego Garcia diLautan India untuk memantau kelancaran pesawat B-52sbagi latihan pengeboman di Afghanistan. Kami berboraksepanjang penerbangan tersebut. Dia sempat lagi mencatitsesuatu yang pernah diberitahu kepada saya oleh bapasaya. “Tidak kisah jika kamu tidak tahu, selagi kamu tahumencari jawapannya.” Pendidikan dan kepintaranseseorang merupakan dua perkara yang berbeza sekali.Anda perlu berfikir secara cerdik untuk menjadi seorangyang bijak. Dia merasakan ungkapan tersebut sesuatuyang penuh bermakna. Kami berpisah dengan muhibah tetapi tidak dapatdinafikan bahawa kedua-dua teman penerbangan sayamerupakan „marsyal udara‟, kor terbaharu pelindung 61

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaruang udara. Saya hanyalah seorang pelancong yang„disyaki‟ dalam perjalanannya berulang-alik antaraperairan Amerika. Sejak detik tersebut, „penandaan kaum‟akan menjadi punca penderitaan dalam hidup saya danlambat-laun saya tidak akan dapat terbang lagi. Dunia telah menjadi porak-peranda sejak Amerikadilanda malapetaka tersebut pada pagi bulan Septemberitu. Saya berpeluang untuk berada di situ atas peganganbahawa jurang perbezaan antara dua buah masyarakat didunia ini dapat dirapatkan. Walau bagaimanapun, usahatersebut sia-sia sahaja. Sememangnya, manusia dapatdisatukan tetapi dunia yang melahirkan mereka itu tidakdapat dilucutkan. Sepertimana yang telah saya ujarkan dalam ulasandan pembentangan saya, kami perlu menghormatiperbezaan tersebut ataupun menerima perpecahan ini.Usaha untuk mencampurkan larutan minyak dengan airtidak akan dapat membuahkan hasil, malah akanmengakibatkan keadaan yang lebih teruk. Keadaan inilahyang sedang berlaku dan kami harus menghentikannya.Kepincangan antara dua buah dunia tersebut harusdihormati dan diteliti. Antara dua buah dunia yang berbeza tersebut, setiapsatunya masih merupakan tempat perlindungan kami.Tempat itulah zon selamat kami, tempat itulah kamimampu berasa bebas kerana tempat itulah, rumah kami.Baik dilanda kemiskinan, mahupun diterajui oleh hipokritdan penipu, tempat itulah tanah air kami hingga bila-bila 62

Peristiwa 9/11masa sahaja. Kekecohan dan kacau-bilau yang berlakuhanya pada dasar permukaan kedua-dua dunia ini sahaja.Apabila program penulisan Iowa 2001 tersebut berakhirdan para penulis pulang ke tanah air masing-masing,perasaan tersebut seolah-olah kami telah pulang ketempat perlindungan masing-masing. Tepat-tepat sepuluh tahun sudah berlalu semenjakdunia berada di tapak tangan saya. Sekali lagi, sayamelepaskannya dan pulang ke Malaysia. Hal ini keranadunia sekarang sudah berubah. Sepuluh tahun yang lalu,saya yang telah mengubah fikiran saya. Akibat daripadakedua-dua keputusan tersebut amat menyusahkan.Namun, tidak kira betapa saya menyesalinya, saya tidakakan menganggapnya sebagai suatu kesalahan. Semuanyacoretan peristiwa hidup sahaja dan inilah, kisah saya. Setiap kali, sebelum saya meninggalkan negara,saya akan membeli rokok bebas cukai di lapangan terbang.Rasanya inilah hutang saya dengan tanah airku sepertiyang terpampang pada kotak rokok: „CUKAI MALAYSIATIDAK BERBAYAR‟. 63







3 _________ BERMUDA, 1991Keindahan cerun batu kapur yang terhasil akibat dibuaiangin sedikit demi sedikit terhakis serbuknya ke dalamsamudera yang biru firus lagi lutsinar, suatu keindahanyang tidak terkata sambil menyejukkan mata memandang,sepoi-sepoi menyahut kelembutan merah jambu pantai.Merah jambu yang sebenar-benarnya dan bukan mainancahaya semata-mata. Keindahan tersebut adalah jasahidupan foraminifera yang berhimpun dengan semulajadinya, sejenis plankton lautan yang tidak dapat dikesanoleh mata kasar manusia. Bayu Atlantik Tengah bertiupmembelai dedaun pohon konifer dan pohon pinangsubtropika, merentasi padang golf dan kawasanperumahan yang lembut warnanya dilengkapi denganbumbung berteres buatan batu kapur untuk menadah airhujan. Tidak kira pagi atau malam, keanggunan langitBermuda bagaikan sebuah „kubah biru serulean‟ mahupunsebuah „kayangan penuh gugusan bintang‟, namun 65

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaperumpamaan itu masih nun jauh daripada keindahan didepan mata. Berdirinya saya di cerun sebuah pinggir laut pulautersebut yang terletak di tengah-tengah lautan, kira-kiraribuan kilometer jauh dari daratan yang terdekat,memandang ke arah sebuah terumbu kira-kira satukilometer dari daratan tersebut, mata saya tersinggah dikeheningan indigo Lautan Atlantik memikirkan sama adasaya dapat mencecah lautan tersebut. Hari itu sama sahajaseperti mana-mana tengah hari yang lain pada musimpanas di Bermuda, cerah, panas dan lembap. Sirip renang,topeng selam dan snorkel saya berada di dalam bakulmotosikal skuter saya. Lantas, saya mengambil peralatansaya dan menuju ke Pantai Marley menuruni lorong ceruntersebut. Ketika itu, saya berumur 35 tahun, beristerikanseorang wanita serba boleh bernama Rosemarie.Kerjayanya sebagai seorang peguam korporatantarabangsa telah membawanya ke pelusuk dunia yanglain, jauh dari tanah air kita. Seperti biasa, Rosemarietidak bersama saya pada hari tersebut. Kami jarang dapatmeluangkan masa bersama. Rosemarie sentiasa berulang-alik di antara Bermuda ke Hong Kong atas urusankerjanya. Sejak saya meninggalkan New Straits Times danmenerima tawaran Asiaweek untuk bekerja sebagaiseorang staf penulis majalah di sana, kami telahbermastautin di Hong Kong sejak lewat 1987 lagi. Padamasa yang sama, Rosemarie telah meninggalkan kerjanya 66

Bermuda, 1991sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman di KLuntuk mengikut saya ke Hong Kong. Pada beberapa bulanyang pertama kami hidup bersama, dia telah meluangkanmasa mencari kerja pada ruangan iklan kecil surat khabardan akhirnya, mendapat kerja di sebuah firma diBermuda. Pengembalian hak milik tanah Hong Kong kepadanegara China adalah lebih kurang dalam masa sepuluhtahun daripada tarikh tersebut, suatu perubahan yangdinanti-nantikan oleh syarikat dan perbadanan HongKong untuk memindahkan institusi perbadanan masing-masing ke kawasan daratan. Bermuda adalah kawasanyang paling dipandang tinggi dan firma guaman yangdisertai oleh Rosemarie sibuk mengendalikan pelbagaiurusan. Seperti yang telah dijangkakan, Rosemarie yangmempunyai prestasi kerja yang memuaskan dilantiksebagai rakan kongsi dalam masa setahun. Lantikantersebut memerlukan kemasukan Rosemarie ke Bar diBermuda yang secara tidak langsung juga,memerlukannya untuk menjadi penduduk tetap di sanaselama setahun. Maka, tersebutlah cara kami memulakanhidup di Bermuda. Namun, kebanyakan urusan kerjaRosemarie bertempat di Hong Kong dan dia sering kaliberulang-alik ke sana hampir setiap bulan. Walaupun Rosemarie sibuk dengan kerjanya, sayasendiri mempunyai tanggungjawab saya di sana. Sayatelah melaporkan diri untuk sebuah syarikat majalahperniagaan tempatan. Lantas, dalam jangka masa yang 67

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasingkat, saya telah dapat mengenali rakyat, ekonomi danpolitik Bermuda. Saya juga turut dapat meraihkecemerlangan saya apabila dianugerahi AnugerahWartawan Tahunan walaupun hanya berada di sana tidaklebih daripada setahun. Malah, saya juga telah didesakoleh Menteri Dalam Negeri Bermuda sendiri untukmemohon sebagai penduduk tetap di sana. (“Kami tidakingin kehilangan bakat seperti kamu,” kata Tuan JackSharpe sebelum kami berpisah sambil berjabat tangandengan saya menggunakan kedua-dua belah tangannya,“Gaya penulisan kamu sangat bijak dan bernas.”Memandangkan saya tidak pernah dipuji oleh mana-manaMenteri Dalam Negeri Malaysia, kata-katanya sentiasaterpahat di dalam benak saya.) Namun, populasi Bermuda tidaklah begitu banyak.Rata-rata dalam 60 000 orang, 40 peratus berkulit putihdan 60 peratus berkulit hitam yang terpisah akibatdaripada perbezaan ideologi dan bukan dasar ekonomi.Kedua-dua kelompok etnik tersebut terlibat secara samarata dalam setiap peringkat sosial, namun masih terpisahmengikut kelompok masing-masing kerana engganbertolak ansur sesama sendiri atas dasar warna kulitmasing-masing. Bermuda yang terletak di tengah-tengahLautan Atlantik antara benua Amerika dan benua Eropahjuga menerima pengaruh daripada kedua-dua kawasantersebut. Dari segi pentadbiran, perlembagaan danperundangan, Bermuda adalah di bawah jagaan kerajaanBritish. Namun, dari segi budaya popular, barangan dan 68

Bermuda, 1991perkhidmatannya, Bermuda dipengaruhi oleh Amerika.Identiti mereka adalah aspek yang paling ketara. Merekasering kali dibandingkan dengan orang Caribbean. Baik kulit hitam, mahupun putih, saya berasatenteram (atau tidak) tatkala berada bersama mana-manakomuniti tersebut. Saya mampu mencoret tentang merekadalam suatu gaya yang tidak dapat dilakukan oleh merekadengan sendirinya. Rakyat Bermuda terpaksa hidupberparti sepertimana yang telah dibentuk oleh sejarahlampau. Walau bagaimanapun, rakyatnya kaya. Bermudaadalah negara yang menduduki tangga keenam dalamkategori pendapatan per kapita tertinggi di dunia selepasbeberapa kerajaan Gulf lain yang lebih kecil. Hal inikerana Bermuda merupakan negara yang mempunyaiiklim yang paling seimbang dan selesa di dunia. Walaubagaimanapun, lokasi Bermuda yang jauh dari mana-mana tempat yang lain merupakan faktor pentingrakyatnya boleh hidup bersatu-padu. Berbekalkan pengalaman saya sebagai seorangwartawan yang telah lama berkecimpung dalamkerumitan politik Malaysia, saya mendapati bahawakegundah-gulanaan Bermuda seolah-olah suatu cerekayang aneh tetapi menarik seperti Mickey Mouse. Tidakkira betapa agresif parti haluan kiri ataupun kananbertelingkah sesama sendiri, kedua-dua parti tersebutmasih berpuas hati untuk hidup di bawah pemerintahanBritish. Bermuda tidak sama seperti Hong Kong, apatahlagi Singapura. 69

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Malah, tidak kira anda berada di mana-manasekalipun, tiada tempat lain di atas muka Bumi ini yangdapat menandingi atau menyamai Malaysia. Mungkinkahdunia ini tidak menarik lagi? Adakah semua ini terlalumudah dan tidak penting bagi saya? Walaupun kerja sayadi Asiaweek amat berat, bagi saya, Hong Kong biasa-biasasahaja. Pengalaman tersebut merupakan sebuah loncatanyang besar dalam hidup saya. Rakan sekerja sayasemuanya handal-handal belaka yakni, saya rasa tercabardan pada masa yang sama, saya dapat mempelajaripelbagai perkara yang baharu. Malah, kami semua dapatbergaul dengan baik dan dalam masa yang singkat sahaja,saya dinaikkan pangkat ke penulis kanan. Gaji saya yanglumayan berserta gaji Rosemarie yang lagilah lumayanmembolehkan kami menjalani hidup dengan selesa dantidak lama kemudian, Rosemarie pun dapat membiasakandiri dengan cara hidup tersebut. Walau bagaimanapun, hati saya tetap merinduiMalaysia. Menjelang pilihan raya umum Malaysia padatahun 1990, saya tidak dapat menerima hakikat bahawasaya akan berada di belakang tabir sepanjangperlangsungan pilihan raya tersebut. Lantas, sayamemohon cuti daripada ketua editor saya, Michael O‟Neillyang berasal dari New Zealand (genius di sebalik majalahAsiaweek) untuk pulang ke tanah air demi menyaksikanpilihan raya tersebut. Bukan sahaja itu, saya juga telahberjanji dengannya bahawa saya akan menulis sebuahbuku. Dia senyum tersengih-sengih lalu menundukkan 70

Bermuda, 1991kepalanya. “Pergi kosongkan fikiran kamu dan kembalikepada kami selepas itu,” katanya. Isteri saya amat bersetuju dengan O‟Neillterutamanya apabila disuruh untuk mengosongkan fikiransaya. Lalu, saya pun pulang ke Malaysia untukmenyaksikan pilihan raya 1990 dan kembali ke HongKong sejurus selepas itu tetapi saya tidak kembali keAsiaweek. Ketika itu, Rosemarie sedang membuatpersediaan untuk berpindah ke Bermuda dan saya tidakdapat membiarkannya pergi berseorangan. Lalu, sayameletak jawatan untuk bersamanya walaupun terpaksameninggalkan seorang majikan yang murah hati danrakan-rakan sekerja yang penyayang serta salingmenghormati di Asiaweek. Tetapi, Rosemarie semakin risau akan keadaan sayasepanjang satu tahun kami berada di sana. Setiap kali diapulang dari Hong Kong ke rumah kotej kami yang kecil dikawasan dermaga Paget, dia mendapati bahawa sayakelihatan semakin murung dan gelisah. Kehadiran dia disamping saya dapat mengubati saya, namun usahatersebut tidak pernah mencukupi. Memang benar sayatidak pernah berasa gembira apabila Rosemarie tiada dipangkuan. Dalam kesepian tersebut, saya berasa amatterasing daripada perkara yang betul-betul bermakna bagisaya. Apabila saya tidak sibuk bekerja mengelilingi pulautersebut dengan skuter saya sambil berjumpa danmenemu ramah orang awam untuk tujuan majalahtersebut, saya sering terperuk di dalam Perpustakaan 71

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaParlaville di Hamilton untuk membaca segala yang bolehdijumpai di sana. (Namun, buku-buku yang terdapat disana sedikit sahaja.) Walaupun fikiran saya sewaktu berdiri di puncakcerun tersebut tidaklah membinasakan diri, namun fikirantersebut cukup mengerikan. Pada ketika itu, saya bakalberusia setua arwah bapa saya pada kematiannyabeberapa tahun lagi. Adakah si anak mempunyai hakuntuk hidup lebih lama daripada bapanya? Terkelu lidahsaya. Tidak mungkin kita dapat tahu jangka hayat kita dimuka Bumi ini. Jikalau masa saya terhad, apakah yangakan saya lakukan? Dalam mana-mana banyak jawapanyang boleh saya pilih, saya membuat keputusan untukkeluar berenang ke lautan dalam dari Pantai South Shore,Bermuda, tengah hari itu.SENANG SAHAJA, pada mulanya. Sambil menikmatiairnya yang jernih dan hangat, saya mengimbangi kuaksaya di dalam air. Namun, saya berada di tengah Atlantikdan bukan Caribbean. Lokasi Bermuda berkongsi latitudsubtropika Carolina di sebelah barat dan Mediterranean disebelah timur. Semakin jauh saya dari pantai, semakinsejuk air yang saya jejaki. Akhirnya, saya berenang sehingga saya tidak dapatmelihat dasar laut. Dengan sekuat hati, saya menolak dirisaya keluar dari air dan berpaut pada benteng batu karangbuatan batu kapur yang berfungsi sebagai tembokpenahan ombak semula jadi dalam lautan tersebut di 72

Bermuda, 1991bearing saya berada, menuju ke Antartika. Berdirinya sayadi tengah-tengah lautan dengan sirip renang saya yangtergantung memandang jauh ke hujung dunia sambildipukul ombak, saya berasa amat terasing dan kecil.Perasaan tersebut amat mengghairahkan. Namun,perasaan tersebut bertukar sebaik sahaja saya menoleh kebelakang. Saya berada terlalu jauh dari daratan. Bermudahampir hilang daripada pandangan saya. Saya terlupauntuk memakai jam tangan saya. Saya tidak dapat menekajarak renang saya dan tempoh masa saya berada di dalamair. Matahari kian terbenam, lebih cepat daripadajangkaan saya sendiri. Perasaan seram sejukmenyelubungi lubuk hati saya. Namun, sejuk itu bukandatangnya daripada air mahupun tiupan angin. Sayamemakai semula topeng selam dan snorkel saya laluberenang pulang. Perjalanan pulang lebih lama daripada yangdijangkakan kerana saya terpaksa melawan arah angindan arus ombak. Tatkala matahari semakin terbenam disebalik pulau di hadapan saya, penglihatan saya semakinterhad dan saya tidak dapat mengecam haluan sayadengan baik. Malangnya, kompas saya yang diikatbersama jam tangan saya tertinggal di dalam bakul skutersaya. Lalu, saya menetapkan bearing saya dengan merujukkepada cahaya lampu di atas daratan. Apabila bintang-bintang mula terjelma, saya membelakangkan tubuh sayadan mula berenang terbalik dengan kepala saya menujuarah pantai selama beberapa minit. 73

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Hari sudahpun gelap tatkala saya tiba di daratan.Lalu, saya baring terbentang luas di atas pasir yang masihhangat sambil memerhati keagungan Bima Sakti menaburbintang-bintang merentasi cakerawala tersebut. Saat itu,terlintas di fikiran saya, “Bodohnya saya.” Saya nyaris-nyaris menamatkan riwayat saya. Tiada siapa-siapa punyang tahu lokasi saya. Saya hampir-hampir hilang diri danRosemarie tidak akan menjumpai saya apabila dia pulangke rumah. Hakikatnya, di manakah saya berada tadi? Beberapa jam kemudian, saya bangun danmemerhati sekeliling saya. Lalu, saya sedar bahawa sayaberada di tempat yang lain dan bukan tempat sayamemasuki air tadi. Saya mendaki kembali melalui lorongtersebut kira-kira jarak satu kilometer sebelum sayamenjumpai skuter saya. Sepanjang perjalanan pulang kePaget, saya ditemani oleh nyanyian katak pokok yangmenyakitkan telinga. Apakah yang akan saya lakukan jika saya tinggalhanya dua tahun untuk hidup? Sudah tentu bukan perkarabodoh yang baru sahaja saya lakukan. Lantas, sayamembuat keputusan untuk tidak memberitahu Rosemarieapa-apa tentangnya. Sebaliknya, saya akanmemberitahunya tentang kata putus saya untuk pulang keMalaysia dan tulis buku tersebut yang pernah saya ujarkankepada Michael O‟Neill. Jika saya benar-benar inginmenamatkan hidup saya, lebih-lebih lagi pada peringkathidup saya yang sudah amat memuaskan setakat ini, sayaakan pastikan bahawa saya akan langsaikan penulisan 74

Bermuda, 1991saya walaupun perbuatan tersebut boleh menggugatnyawa saya. Namun, jika saya mendiamkan diri, erti hidupsaya sudahpun tergadai. Setelah Rosemarie pulang dari Hong Kong, sayamemberitahu segala hasrat hati saya kepadanya. Diamendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya lalumengeluh, “Hati awak tetap berada di Malaysia.” “Hati aku milik awak,” saya membetulkanujarannya. “Tetapi Malaysia ialah kepakaran bidang saya.” “Aku Malaysia juga mah!” ujarnya lagi sambilketawa. “Yelah. Nak buat macam mana. Awak baby BatuGajah. Anak Perak lagi.” “Jadi, macam mana?” “Macam tulah.” Kami sudah biasa berkelakuansebegitu. Kadang-kadang, kami berkelakuan seperti SiBurung Tweety dan Si Kucing Sylvester. Pada hari yanglain pula, kami seperti Fay Wray dan King Kong. Keesokan harinya, dia memberitahu saya bahawadia telah memikirkan tentang perkara yang telah sayaberitahu. (Itulah Rosemarie. Dia sering mengambil masauntuk memikirkan tentang perkara yang telah didengarisebelum memberi apa-apa jawapan. Kadang-kadang, diaakan mengambil masa sehingga berbulan-bulan.) “LoeKoong, aku telah fikir-fikirkan tentang perkara yang awakberitahu semalam.” “Tak salah untuk berfikir,” kata saya. 75

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia “Ya, sudah tentu dan secara mendalam juga,”ujarnya kembali. (Kami gemar bertikam lidah antarasesama sendiri.) “Aku tahu selama ini awak tidakgembira…,” sambungnya. “Aku gembira bersama awak!” “Ya, aku tahu. Jangan sampuk. Inilah yang telahaku fikirkan. Tiada siapa-siapa yang mampu menulistentang Malaysia seperti awak. Awak tidak gembira juga disana, tetapi seperti yang awak katakan, Malaysia ialah„kepakaran bidang‟ awak,” katanya, tergelak riang. Diajuga licik dalam memilih kata-katanya. “Jadi, aku rasaawak harus pulang dan tulis buku itu. Jika siapa-siapaboleh, awak tentu boleh. Jika awak tak boleh, siapa-siapapun tak mampu. Asalkan awak gembira,” sambungnyalagi. Dia menyengetkan kepalanya seolah-seolah sedangmendengar. “Aku hanya nak awak „gembira‟,” tekannyasekali lagi lalu menundukkan kepalanya tanda berpuashati. “Itulah fikiran aku.” Rosemarie memenuhi keperluan taraf penduduktetapnya lalu dipanggil untuk masuk ke Bar di Bermudayang merupakan perlantikannya yang kelima selepasUnited Kingdom, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.Saya telah meninggalkan Bermuda terlebih dahulu, dalamperjalanan menuju ke arah barat dari San Francisco keFilipina untuk menyelesaikan sebuah tugasan bagi sebuahmajalah. Pada masa yang sama, Rosemarie akan berhenti 76

Bermuda, 1991di London dan Singapura dalam perjalanan pulangmenghala arah yang berlawanan. Setelah saya menyelesaikan tugasan saya diVisayas, saya pulang ke Hong Kong beberapa minggu lebihawal sebelum isteri saya tiba. Niat saya untukmembersihkan kediaman kami di Lebuh Robinsonterbukti sia-sia. Pembantu rumah Rosemarie telahmemastikan kediaman tersebut telah dijaga dengan rapisemasa ketiadaannya. Malah, peti sejuk juga telahdipenuhkan sempena menunggu kepulangan kami. Pada suatu hari yang lapang, ketika saya berada diterminal Star Ferry semasa senjakala, sedang memerhatipemandangan gemerlapan Kowloon di seberangPelabuhan Victoria, benak saya mula menulis. “During theyears of exile, my thoughts of Malaysia were memories ofnight.” Ayat tersebut masih tersimpan di dalam benaksaya, lalu saya mula menulis setibanya saya di kediamansaya dan saya tidak berhenti sejak detik tersebut. Selepasmenulis untuk dua minggu, saya berjaya menghasilkan 30000 patah perkataan untuk dijadikan rangka penulisanbuku saya. Dari situ, saya telah dapat melihat hala tujupenulisan saya, lantas saya menghubungi Rosemarie,meminta izinnya untuk pulang ke Malaysia dengan serta-merta. Dia bersetuju. Lalu, saya meninggalkan Hong Kongdan terbang ke Bangkok. Dari Bangkok, saya meneruskanperjalanan ke Hat Yai. Dari Hat Yai, saya menaiki sebuahkereta api menuju ke Padang Besar, Perlis. Di sana, „saya 77

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamenyelinap masuk ke Malaysia seakan-akan saya seorangpenceroboh…‟. Terbitlah novel „A Malaysian Journey‟ sembilanbulan kemudian, pada bulan Januari 1993. 78

4 _________ ROSEMARIEKALI PERTAMA PERTEMUAN KAMI BERDUA ADALAHPADA TAHUN 1987, tidak lama selepas saya pulang dariLondon sebagai koresponden akhbar untuk setahun disana. Saya telah mengambil peluang tersebut untukmenghilangkan diri daripada pilihan raya umum padatahun yang sebelumnya apabila fasa bulan madu bagipemerintahan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamadsudah hampir tiba ke penghujungnya. Fasa tersebutmerupakan terma yang pertama dalam perkhidmatanbeliau yang akan menyusul untuk lima terma yangberturut-turut kemudian di pejabat kerajaan. Mahathir telah mengambil alih jawatan PerdanaMenteri selepas persaraan Tun Hussein Onn keranakemerosotan kesihatannya. Kenaikan pangkat Mahathirdisenangi oleh ramai (sepertimana perlantikan AbdullahAhmad Badawi disambut kira-kira 25 tahun kemudian)selepas sebuah era pemerintahan Tun Hussein Onn yangkurang memberangsangkan. Mahathir giat melaksanakan 79

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapelbagai perubahan yang ketara, termasuklah merombakahli jawatankuasa Kabinet, mengemaskini pengurusanperkhidmatan am, menyusun semula dasar-dasarkerajaan, menghimpunkan semua kerabat diraja danmenyelesaikan semua masalah perusahaan kerajaan yangberkaitan dengan menswastakannya. Pendekatan Mahathir yang radikal berbekalkangaya pemerintahannya yang dinamik, secara tidaklangsung telah merangsang nadi negara, sekaligusmendorong pertumbuhan masyarakat, ekonomi danpolitik. Namun, perbezaan hala tuju sesama ahlijawatankuasa Kabinetnya menggalakkan penentangandaripada pihak pembangkang. Isu-isu perkauman kembalimenghantui negara. Sebuah kerajaan yang gundah-gulanadan kehilangan kuasa untuk sekian lama, melawan cubaanMahathir untuk mempertahankan hak bangsanya. Badankehakiman negara juga telah „menyediakan payungsebelum hujan‟ untuk menghadapi apa-apa yang bakalberlaku, namun tetap terkandas. Kemelesetan ekonomisemakin menular. Pilihan Raya Umum 1986memperlihatkan kejatuhan majoriti Barisan Nasional danpucuk kepimpinan UMNO tergugat, lalu mengakibatkanperpecahan dalam parti tersebut. Kegemilangan Mahathirlesap begitu sahaja, diikuti dengan ketulusan hati saya. Selepas pilihan raya tersebut pada tahun 1986, sayaberasa terdorong untuk meninggalkan syarikat akhbartersebut mahupun negara, ataupun kedua-duanya sekali.Tiada mana-mana pun yang mendukung makna yang 80

Rosemariemendalam lagi sejak saya memulakan kerjaya saya sebagaiseorang wartawan sejak lima tahun dahulu. Permohonanuntuk jawatan baharu di London merupakan pelan B saya,atas dasar bahawa keputusan yang penting dalam hiduptidak patut direnungkan dalam keadaan emosi yang tidaktenteram. Pelan tersebut merupakan suatu percutíansementara untuk melarikan diri daripada segala-galanya.Saya menganggapnya sebagai suatu cuti sabatikalperseorangan dengan memencilkan diri saya di sebuahkediaman studio di Little Venice. Setiap minggu, sayaakan menulis satu atau dua laporan untuk akhbartersebut, namun kebanyakan masanya, saya akanmenghabiskan masa menyelongkar arkib, perpustakaandan kedai menjual buku terpakai untuk mencaridokumen-dokumen lama Malaya yang tersimpan disekitar London. Setahun telah berlalu dan saya berasa seakan-akandiberikan nafas baharu, namun saya masih berasa was-was dan risau. Isu-isu yang pernah timbul dalam negaratelah menjadi lebih hangat. Walaupun suasana telahmenjadi lebih tegang, namun saya berasa lebih legaselepas pulang ke negara. (“Rasa pun lega selepasberpeluh,” sambung saya dalam penulisan.) Adik bongsusaya, Rafique amat berjaya dalam kerjayanya dannamanya tersohor dalam carta muzik pada masa itusebagai seorang ahli muzik, penulis lirik lagu danpenghibur satira. Dia giat berkecimpung di sebuah kelabmuzik di Petaling Jaya yang juga dikongsi milik oleh 81

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaPatrick Chen. Adik Patrick kebetulan berada di sana padasuatu hari tersebut dan dengan serta-merta orangnyamemukau hati saya. Rosemarie seorang gadis yang comellagi ayu. Tambahan pula, dia lucu dan bijak. Hati sayaamat tertarik kepadanya. Berikutan itu, saya kerapberkunjung ke sana, namun bukan setakat untukmenyaksikan persembahan adik saya pada waktu tengahhari setiap hari Ahad mahupun menemani rakan-rakansaya semata-mata. Saya memikat Rosemarie dengan bersungguh-sungguh sebagaimana seekor burung bower jantan inginmemikat betinanya. Saya menghadiahkan barang kemasdan menghantar mesej dengan harapan dia akanmenyukainya. Hati saya sudah terusik. Rosemarie seorangpeguam yang bijak melakar kata-katanya. Dia mengakubahawa dia tidak pernah membaca buku terbitan saya,namun dia menghormati kerjaya saya. Dia dapatmemahami jenaka saya dan saya suka melihatnya ketawa.“Setiap kali saya melihat kamu, perasaan itu sepertimelihat kamu untuk kali pertama,” tersasul saya dalamcubaan untuk memikatnya pada awal persahabatan kami.Tidak lama selepas itu, dia memberitahu kawan-kawannyabahawa dia telah jatuh hati dengan saya. Kedua-dua Patrick dan Rosemarie berkerjayasebagai peguam. Patrick merupakan anak sulung, setahunlebih tua daripada Rosemarie. Ibu bapa merekamerupakan Datin Sylvia dan Brigadier-Jeneral Dato‟Raymond Chen Kwee Fong yang telah bersara daripada 82

Rosemarieperkhidmatannya sebagai Ketua Jurutera AngkatanTentera Malaysia. Persahabatan saya bersama anakperempuan mereka yang semakin berputik merisaukanmereka. Ibunya sangat resah. Keluarga Rosemarieberagama Katolik dan saya pula, seorang Muslim.Bapanya risau juga, namun terdapat sesuatu yangistimewa mengenai Jeneral Chen yang meletakkannyadalam kalangan rakyat Malaysia paling unggul yangpernah saya jumpai. Seorang lelaki yang tegap dantampan, bermisai kemas serta tidak malu untukbersenyum. Beliau merupakan salah satu daripada 12orang tentera yang dipilih oleh Templer pada tahun 1952,angkatan tentera pertama yang dipilih untuk menghadiriSandhurst. Dato‟ Ray Chen ialah seorang askar danpejuang yang amat setia kepada negara dan untuk itu,saya berasa beliau melihat hubungan percintaan saya danRosemarie sebagai sesuatu perkara yang penting yaknidiperlukan dalam negara kita. Beliau melayan saya denganbaik dan amat menyenangi hubungan saya bersama anakperempuannya, selagi kami berdua tahu hala tujupercintaan kami. Secara jujurnya, saya sendiri tidak pasti. Pada suatupetang di laman rumah mereka di Damansara Heights,saya memberitahu Rosemarie tentang ketidakpastian saya.Ke manakah hubungan ini akan membawa kami? Sudahtentunya, kami amat secocok bersama. Jika faktor utamakejayaan sesebuah hubungan percintaan adalah kedua-dua pihak perlu saling menjadi tempat bergantung antara 83

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiasatu sama lain, kami telah mencapainya. Tetapi,perkahwinan pula? Macam mana lah, Bibi? Saya seorangMuslim. Tiada seorang pun yang berpendapat sebegitu,rasanya. Walaupun saya tidak pernah mengamalkannyasecara terang-terangan, saya tidak pernahmeninggalkannya, mahupun menyangkalnya. Sepanjanghidup saya berseorangan, amalan sekadar ini sudahpunmencukupi. Namun, saya tidak pasti saya dapatmeneruskan hidup saya seperti ini dalam alamperkahwinan dan dunia akhirat. Hanya satu perkara sahaja yang saya amat pasti,iaitu saya tidak akan meminta Rosemarie untuk memasukiIslam walauupun dia sudi. Saya tidak ingin mengubahbudaya dan gaya hidupnya, apatah lagi agamanya. Sayasendiri ialah hasil daripada perkahwinan seumpama itudan saya tahu hal ini tidak boleh dipandang ringan.Perkara ini mungkin dianggap remeh, lebih-lebih lagiapabila pasangan kekasih dibuai perasaan cinta dan tekaduntuk bersama, namun isu ini akan menjadi suatumasalah apabila anak dilahirkan nanti dan juga, sepanjangperjalanan hidup. Sebuah keluarga perlu berdoa dan meraikansambutan bersama-sama, ataupun tanpa kedua-duanya.Perkahwinan campur antara kaum sememangnya janggaldan secara amnya, sukar dan mustahil. Bagi saya,pilihannya satu sahaja dan bukan kedua-duanya. “Sayang,tiada apa-apa yang tidak boleh diubah,” kata Rosemarie,lalu perkara tersebut tidak diungkitkan lagi buat masa itu. 84

Rosemarie Pelbagai peristiwa telah berlaku sejak hari itu.Suasana sekeliling yang semakin tegang meningkatkanlagi langkah keselamatan yang diambil lalu menyebabkansyarikat akhbar ditutup dan ratusan orang ditangkap; ahlipolitik, aktivis dan pembangkang termasuklah orang yangsuka mencari pasal dan samseng. Tatkala keadaanmenjadi semakin kucar-kacir, Rosemarie menghantar sayabeberapa dokumen yang berkaitan dengan undang-undang terbabit melalui faks untuk memastikan saya sediamaklum mengenai implikasi terhadap undang-undangyang dilaksanakan. Rencana yang saya tulis untuk akhbarNew Straits Times pada hari selepas kejadian tersebutmengundang pelbagai kemusykilan daripada orang ramaiatas persetujuan saya terhadap langkah-langkah yangtelah diambil oleh kerajaan. Oleh yang demikian, saya pundipanggil untuk menghadap ketua pengarah CawanganKhas Malaysia. Pada malam yang hening lagi gelap itu sebelumtemu ramah saya pada keesokan harinya, seluruh negarasunyi sepi sahaja. Justeru, saya pergi ke rumah Rosemarieuntuk melawatnya. Dia menunggu di hadapan rumahuntuk menyambut kedatangan saya, penuh kerisauanpada riak mukanya. Tersedar pula saya bahawa semuaboleh kehilangan semua ini pada bila-bila masa sahaja.Saya tidak dapat membayangkan kesudahan saya jika sayakehilangannya. Walau bagaimanapun, semua itu akanberubah dan perubahan sudahpun berlaku. Adakahpernyataan Rosemarie bahawa tiada apa-apa yang tidak 85

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadapat diubah itu benar? Lalu, saya menyambut dagunyamenggunakan jari-jemari saya dan memiringkanwajahnya ke arah saya. Lalu, saya memberi Rosemariekucupan kami yang pertama. Keesokan harinya, sesi temu ramah yang dijalankandi ibu pejabat polis tersebut bertukar menjadi suatuperbahasan yang hangat tanpa apa-apa tindakan yangselanjutnya. Layanan yang saya terima semasa sesi soalsiasat tersebut seolah-olah saya seorang pesakit kusta.Seharusnya, saya sudah dapat melihat masa depan saya,namun pada masa itu, masa depan saya masih samar-samar lagi. Saya menyerahkan surat perletakan jawatansaya sepertimana yang telah diarahkan tanpa memikirkanhala tuju saya yang seterusnya. Saat inilah jalan ceritahidup saya terpesong. Saya menerima suatu panggilantelefon yang tidak dijangka daripada korespondenSingapura di Asiaweek, Zoher Abdoolcarim yang telahmengajak saya untuk makan malam bersamanya. Diaingin mencadangkan saya untuk bekerja di Asiaweek.Temu janji kami ditetapkan di Hotel Marina Mandarindan dalam masa beberapa minggu sahaja, saya sudahmula bersiap sedia untuk ke Hong Kong bersama-samaRosemarie yang sedia mengikut saya walaupun terpaksameninggalkan kerjayanya di sebuah firma guaman diKuala Lumpur. Majlis perkahwinan saya dan Rosemarieberlangsung di Macau pada bulan Mac 1989. Ahli keluargakami di Malaysia dan sahabat-sahabatnya dari beberapa 86

Rosemarietempat, termasuklah British dan Australia datangbersama untuk meraikan penyatuan kami berdua. Kawan-kawan dan rakan sekerja kami dari Hong Kong turut hadirbersama. Semasa majlis perkahwinan kami berlangsung diHotel Pousada De Sao Tiago di Macau, saya memberitahurakan-rakan saya dari Malaysia yang turut hadir bersamabahawa walaupun kami berdua sedar tentangpermasalahan yang menimpa negara kita, mungkinpenyatuan saya dan pengantin saya boleh dilihat sebagaisuatu sinar harapan yang boleh berlaku dalam hidupseseorang rakyat Malaysia. Kuasa cinta dan kasih dapatmemerangi segala rintangan yang tercetus dalam sebuahnegara yang dicemari oleh politik perkauman dan agama. Walau bagaimanapun, kisah saya dan Rosemarietidaklah lancar sepenuhnya. Di sebalik kegirangan dankegembiraan perkahwinan kami, jauh tersimpan di dalamlubuk hati kami adalah suatu kesedihan yang tidak dapatdiubati. Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidakmengiktiraf perkahwinan kami dan oleh yang demikian,kami tidak dapat pulang ke tanah air untuk selama-lamanya. 87






Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook