Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore FULL EPORTFOLIO_EIZA (DB180202)

FULL EPORTFOLIO_EIZA (DB180202)

Published by eiza ghazali, 2023-07-30 19:35:24

Description: FULL EPORTFOLIO_EIZA (DB180202)

Search

Read the Text Version

Edisi 1/2021 EIZA BATRISYIA BINTI AHMAD GHAZALI SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK) 1

LATIHAN MENGAJAR SESI MAC - JULAI 2023/2024 Edisi 1/2021 Pensyarah Penyelia PROF. MADYA. Ts. Dr. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Guru Pembimbing PN ZAHARATUL LAILI BINTI ABDUL RAHIM Sekolah Menengah Teknik Melaka 2

SENARAI SEMAK PORTFOLIO No Perkara (√) Catatan Tindakan 1 Maklumat Pelatih √ 2 Visi UTHM √ Perkara Am Perguruan √ (a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan √ (b) Falsafah Pendidikan Guru √ 3 √ (c) Standard Guru √ (d) Tatasusila Profesional Perguruan Malaysia (e) Lirik Lagu Guru Malaysia √ Institusi Latihan √ (a) Latar Belakang Institusi Latihan √ 4 (b) Maklumat Institusi Latihan √ (c) Takwim Institusi Latihan √ Dokumen Standard Pengajaran (a) Jadual Waktu Latihan √ 5 (b) Silabus Kursus @ Sukatan Mata √ Pelajaran (c) Senarai Rujukan @ Bahan Kursus @ Mata √ √ Pelajaran √ 6 Rancangan Kerja dalam Tempoh Latihan √ Rancangan Pengajaran √ 7 (a) Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) √ √ (b) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) √ 8 Jurnal Mingguan √ Lampiran (a) Bahan Pengajaran & ABBM (b) Soalan Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan 9 (c) Skema Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan (d) Kehadiran Pelajar (e) Markah Pencapaian Pelajar 10 Laporan Aktiviti Latihan Mengajar Edisi 1/2021

MAKLUMAT PELATIH

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM TEL : 07- 4564114 /4011 FAX : 07-4536585 http://www.uthm.edu.my MAKLUMAT PELATIH PROGRAM LATIHAN MENGAJAR (Kembalikan 2 salinan kepada Penyelaras LM) Nama Pelatih: EIZA BATRISYIA BINTI AHMAD GHAZALI (Dengan Huruf Besar) 980731-14-5526 No. DB180202 No. Mykad 012-7523658 Matrik No. Tel. E-mail: [email protected] Bimbit/Rumah Program IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Pengajian Bidang ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Pengkhususan Alamat Tetap NO 4 JALAN PADI HUMA 13, BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR. Nama Waris AHMAD GHAZALI BIN MUSA Alamat Waris NO 4 JALAN PADI HUMA 13, BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR No. Tel. 019-7545115 E-mail: Bimbit/Rumah [email protected] Waris SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA Tempat Latihan (Nama Bukit Piatu, 75150 Melaka, Kampung Bukit Piatu Institusi/Sekolah) Alamat Semasa 06-282 2936 No. 06-2819066 Latihan Mengajar Fax: No. Tel. PUAN CHAN PEK LING@ELDA Bimbit/Rumah Nama Pengarah/ PUAN ZAHARATUL LAILI BINTI ABD RAHIM Pengetua PROF. MADYA Ts. Dr. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM Nama Pembimbing Nama Penyelia 1 No. Tel.: 012-7979710 Tarikh: Tandatangan Pelatih 14 Julai 2023

VISI & MISI UTHM

Visi UTHM Menerajui pengurusan bakat yang kompeten, profesional dan bersahsiah mulia melalui kecemerlangan tadbir urus demi kelestarian universiti. Misi UTHM Kami komited untuk merancang dan melaksanakan program-program pengurusan bakat berstruktur melalui perkhidmatan yang efektif dan efisien ke arah menyokong visi dan misi universiti.

PERKARA AM PERGURUAN

A) FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

B) FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

C) STANDARD GURU MALAYSIA

STANDARD GURU MALAYSIA Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan pengurusan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.







Link PDF Standard Guru Malaysia (SGM 2.0) https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/sgm-2

D) TATASUSILA PROFESIONAL PERGURUAN MALAYSIA

TATASUSILA PROFESIONAL PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya A) TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya B) TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. C) TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik. D) TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

E) LIRIK LAGU GURU MALAYSIA

LAGU GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji, Mendidik dan memimpin, Putera puteri negara kita, Pada Seri Paduka, Kami tumpahkan setia, Rukun Negara kita, Panduan hidup kami semua, Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama, Membantu membina, Negara yang tercinta, Amanah yang diberi, Kami tak persiakan, Apa yang kami janji, Tunai tetap kami tunaikan, Lagu dan Lirik : Hashim Ahmad

INSTITUSI LATIHAN

A) LATAR BELAKANG INSTITUSI LATIHAN MENGAJAR

LATAR BELAKANG INSTITUSI LATIHAN MENGAJAR Nama Sekolah Maklumat Sekolah Kod Sekolah Sekolah Menengah Teknik Melaka Alamat MKB2144 Kampung Bukit Piatu, No. Telefon 75150 Melaka. No. Fax 06-2822936 Email 06-2819066 Lokasi Sekolah [email protected] Jumlah Pelajar Luar Bandar Jumlah Pengajar 550 orang 49 orang 1.1 Latar Belakang Sekolah Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973. Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pengetua Pertama ialah En Abd Rahim bin Yaakub. Buat permulaan kursus yang ditawarkan hanyalah Kursus Kejenteraan Mekanikal – 2 kelas dan Binaan Bangunan – 2 kelas untuk Tingkatan 4. Pada tahun 1975 sekolah ini telah membuka lagi kelas Tingkatan 4 iaitu 2 lagi kelas Kejenteraan Mekanikal, 2 kelas Binaan Bangunan dan sebuah kelas Sains Pertanian. Tawaran kursus semakin bertambah dan berubah dari masa ke semasa seperti Kursus Teknikal iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera dan Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984. Kelas Tingkatan 6 Rendah telah dibuka pada tahun 1976. Setelah ditutup untuk beberapa tahun kerana kekurangan pelajar, pada 2008 kelas tingkatan enam dibuka Edisi 2/2023 1

semula sehingga kini. Mulai tahun 1994, Kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini. Pada 15 Julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT Yang Dipertua Negeri Melaka ketika itu – Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan. Daripada perspektif perkembangan fizikal, pada peringkat awal sekolah ini mempunyai Blok Pentadbiran, 10 bilik darjah, 1 makmal Kimia, 1 makmal Fiziks, 1 makmal Biologi, Blok kejuruteraan, Blok Binaan Bangunan, Blok Pertanian, Blok Elektrik, dua bilik lukisan kejuteraan dan binaan, 1 bilik perpustakaan, 2 blok asrama putera (6 Kamar),1 Blok asrama puteri sebuah dewan makan asrama/kantin, sebuah kediaman Pengetua dan 1 blok rumah pekerja. Kini kemudahan fizikal semakin bertambah. Dari segi kemudahan bersukan, terdapat sebuah padang bola sepak, bola jaring, 2 gelanggang sepak takraw dan 1 buah gelanggang bola tampar. Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan, sebuah Pusat Sumber dan Perpustakaan baru. Pada tahun 1999, SMKTBP menyambut perayaan jubli perak sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25. Edisi 2/2023 2

B) MAKLUMAT INSTITUSI LATIHAN MENGAJAR

MAKLUMAT INSTITUSI LATIHAN MENGAJAR 1.0 Profil Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) terletak di Kampung Bukit Piatu, 5 km dari Bandar Melaka. Sekolah ini mula didirikan pada tahun 1972 dan siap dibina pada tahun 1973. Pada Januari 1974, ia mula dibuka dengan bilangan 108 orang pelajar. Pada 15 julai 1978, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh TYT yang Dipertua Negeri Melaka Tuan Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan. Pada peringkat awal, kursus teknikal yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kursus Perdagangan mula ditawarkan pada tahun 1984. Mulai tahun 1994, kursus Pengajian Elektrik dan Elektronik mula ditawarkan kepada pelajar di sekolah ini. daripada perspektif perkembangan fizikal, pada peringkat awal sekolah ini mempunyai sebuah blok pentadbiran, 21 bilik darjah, 6 bilik makmal, 2 bengkel kejuruteraan, 4 blok asrama, sebuah dewan makan asrama dan sebuah kantin terbuka. Kini sekolah ini mempunyai 13 blok bangunan termasuk sebuah dewan wawasan, surau dan makmal komputer. keluasan keseluruhan sekolah adalah 17 ekar dan kawasan lapang seluas 4 ekar. Pada hari ini terdapat 14 kelas kejuruteraan, 4 kelas sains pertanian dan 2 kelas perdagangan. Jumlah pelajar SMTM pula ialah seramai lebih kurang 600 orang dengan 48 orang tenaga pendidik dan 22 anggota staf sokongan. 1.1 Nilai SM Teknik Melaka 1.Memberi Pendidikan Berkualiti 2.Membentuk Sahsiah Terpuji 3.Membentuk Individu Berwatak Dan Gemilang 1.2 Moto SM Teknik Melaka TEKUN, USAHA JAYA

1.3 Lagu SM Teknik Melaka MENJUNJUNG LAMBANG Kami Pelajar Sekolah Teknik Melaka Berikrar Penuh Azam Dan Cita Sentiasa Tekun Usaha Jaya Ilmu Dituntut Setiap Masa Kami Setia Menjunjung Lambang Semangat Cekal Dalam Berjuang Bersatu Bekerjasama Menuju Bakti Alma Mater Lirik: Mohd Naseh Mokhsan/ Nadzri Basiron Muzik: Lim Ong Kim 1.4 Logo dan Lambang SM Teknik Melaka • Bulatan berbentuk gear berwarna biru terdapat 13 gigi dear menunjukkan bilangan negeri yang mewakili tempat asal pelajar sekolah ini. Warna biru pula melambangkan ketinggian cita-cita. • Gergaji yang terpahat berwarna merah melambangkan kemahiran dan kejuruteraan. Warna merah pula melambangkan keberanian dan ketabahan. • Tangkai padi bewarna hijau mewakili kursus pertanian. Warna hijau pula lambang kesuburan. • Latar warna kuning lambing kedaulatan berinspirasikan rukun negara.

1.5 Pelan Kawasan SM Teknik Melaka

1.6 Carta Organisasi PUAN CHAN PEK LING @ELDA

C) TAKWIM INSTITUSI LATIHAN MENGAJAR

TAKWIM INSTITUSI INSTITUTION PLANNER Edisi 2/2023 3

Edisi 2/2023 4

Edisi 2/2023 5

Edisi 2/2023 6

Edisi 2/2023 7

Edisi 2/2023 8

Edisi 2/2023 9

Edisi 2/2023 10

Edisi 2/2023 11

Edisi 2/2023 12

Edisi 2/2023 13

Edisi 2/2023 14

Edisi 2/2023 15

Edisi 2/2023 16

Edisi 2/2023 17

DOKUMEN STANDARD PENGAJARAN


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook