Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Published by sfatimah9511, 2017-11-06 01:20:39

Description: PENINSULA PRE-PRINT 2-11-2017

Search

Read the Text Version

REHMAN RASHID ______________________________________________________________PENINSULA Sebuah Kisah MalaysiaPenterjemah: 122502Wong Suey Erz 125096Zahidah Noor Ghazalli 125089Siti Fatimah Abdul GhaniPenyelia:Profesor Madya Dr Haslina HaroonSemester 2 Sidang Akademik 2016/2017Semester 1 Sidang Akademik 2017/2018

November 2017Buku ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan ProjekTerjemahan II untuk kumpulan pelajar tahun akhir IjazahSarjana Muda (Sastera) Terjemahan dan Interpretasi semata-mata. Sebarang cetakan yang dibuat tidak akan disalin ataudicetak semula untuk tujuan komersial.





PRAKATA SEBELUM NAFAS TERAKHIRTERDAPAT DUA CARA untuk berasal dari sesuatutempat; baik anda lahir di sana, ataupun anda mati disana. Sebagaimana seekor anak penyu menembusi duniadengan memecahkan cangkerangnya, begitu jugalahtermeterainya titik kelahiran kita semua. Bak molekul-molekul udara daripada tarikan nafas pertamamelembapkan dinding-dinding alveoli dalam paru-paruuntuk disatukan dengan sel-sel darah dan tulangsumsum. Ibarat ungkapan pertama yang menyentuhgegendang telinga bayi lalu senantiasa terpahat di dalambenaknya semenjak berada di dalam kandungan lagi.Sesungguhnya, tamatnya riwayat hidup di sesuatu tempatitu adalah dengan memulangkan nafas terakhir kepadapersekitarannya dan mengembalikan tinggalan jasadkepada tanah mahupun dibuai bersama-sama belaianangin dan arus air.

Hembusan nafas buat kali pertama dan terakhiradalah hembusan yang paling penting berbanding mana-mana hembusan di antaranya. Itulah hakikatnya bagisiapa-siapa rakyat Malaysia yang bermastautin nun jauhdi luar negara. Lebih-lebih lagi, bagi siapa-siapa yangmeninggalkan tanah ini untuk berhijrah ke negara yanglain. Jangka hayat hidup yang wujud antara kedua-duahembusan nafas tersebut juga tidak mustahak. Lagipun,kehidupan selepas kiamat adalah lebih penting. Jalancerita hidup kami sudahpun terukir pada batu nisansejarah masing-masing sepertimana not-not muzik yangterlakar pada baluk dan aksara-aksara yang tertulis padasetiap halaman. Setiap satunya mempunyai unsur jenakadan keaslian yang tersendiri dan secara tidak langsung,menyumbang kepada sebuah cereka, mahupun sebuahkisah ataupun lagu. Kita tidak berupaya untuk mengetahuikesudahan kewujudan kita dalam hidup ini. Kita bukanlahpencipta bunyi dan cahaya dalam hidup kita ini. Hanyasekadar gelombang bunyi, frekuensi, bait, piksel dan lain-lain semata-mata. Penerimaan hakikat tersebut dapatmembenarkan kita menghayati pertunjukan ini yangbergelar kehidupan. Tujuan saya menulis buku ini adalah untuk merekayang telah meninggalkan saya. Kekosongan yang telahditinggalkan oleh mereka dalam hati saya, diisi puladengan kata-kata yang mengingatkan saya terhadapmereka dalam penulisan ini. Apakah yang telah kita capai

selaku anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik Malaysia?Saya telah gagal dalam pertempuran itu, tetapi sayaberharap niat saya in dapat menebus kekurangan saya. Dua pertiga rakyat Malaysia yang telahmengharungi segalanya masih hidup sehingga hari ini danmerekalah, kisah kita.Rehman RashidKuala Kubu Baru

ISI KANDUNGAN1. Pak Lah 12. Peristiwa 9/11 373. Bermuda, 1991 654. Rosemarie 795. Generasi Pertama 896. Generasi Kedua 1097. Nadi Melayu 1258. Sumpahan Generasi Ketiga 1499. Boomiputra 17110. Swarnabumi 18911. DAPulau Pinang 20512. Suku Yang Hilang 21713. Saham Masa Depan 23314. Konstituensi Keempat 25515. Empat Kegagalan Mahathir 28516. Sabah & Sarawak 29517. Suara Rakyat 31118. Pekan Kecil 33319. Diaspora 34920. Rekwim 365

1 _________ PAK LAHSELANG BEBERAPA HARI selepas saya dipecat padaawal tahun 2003, tatkala saya sedang terbaring longlai diatas sofa memerhati titisan hujan yang menimpa bumi,datang sebuah panggilan telefon daripada seorang insanyang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia. Hujan semakin lebat membelakangi jendela danpohon pinang di luar kediaman terbuai-buai akibat tiupanangin kencang nyaris memekakkan deringan telefontersebut. Tersentak saya daripada lamunan apabilagelombang ketiga deringan tersebut mengena gegendangtelinga saya. Saya tidak mengenali nombor yang terterapada skrin Nokia itu. Lantas, saya menjawab, “Ya, siapani?” Terdengar suara saya yang jengkel melantun kembali.Saya baru sahaja dipecat dan perkara ini tidak pernahberlaku dalam hidup saya. Mustahil untuk saya menjawabdengan tenang. “Assalamu‟alaikum,” balas suara di sebalik panggilanitu yang dapat saya cam dengan serta-merta. Terpinga-pinga saya dibuatnya. 1

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia “Wa‟alaikum‟salam,” tersasul suara saya laluberconggok di atas sofa, “d-d-d-Datuk Seri Pak Lah!?” “Ya,” jawab bekas Timbalan Perdana Menteri padamasa tersebut, Abdullah Ahmad Badawi lalu mengesahkankemusykilan saya. “Apakah yang telah terjadi?” tanyabeliau, penuh rasa bimbang. “Dia pecat saya, Pak Lah!” jawab saya seperti seorangbudak yang mengadu kepada pak ciknya kerana tidakdilayan dengan adil di sekolah. Peristiwa itu merupakankali pertama saya menerima layanan sebegitu dalam hidupsaya. Berita tersebut telahpun muktamad beberapa hariyang lepas apabila muncul dua orang kerani berkerut dahidi depan pintu rumah saya mengutuskan suratpemberhentian kerja daripada New Straits Times Press(Malaysia) Sendirian Berhad atas arahan „ketua editorkumpulan‟ pada masa tersebut, sepertimana yang terterapada sampul tersebut. “Saya tahu,” kata Timbalan Perdana Menteri yangtidak dapat menyembunyikan rasa geli hatinya. “Kamuenggan tulis ucapan dia, ya?” Kenyataan tersebut secara tidak langsung telahmenyimpulkan segala dugaan yang saya tempuhi padatahun sebelumnya semasa bekerja di syarikat akhbar itu.Di situ juga saya telah dianggap sebagai sebuah hak milikseorang ahli politik dalam pucuk pimpinan syarikattersebut. Dia mengambil saya untuk bekerja dengannyasetahun sebelum itu dengan syarat „tugas utama andaadalah untuk menulis ucapan saya‟. Tidak sanggup saya 2

Pak Lahmenerima tanggungjawab yang tidak beretika itu namun,saya tetap dengan permohonan saya atas beberapa sebabyang akan saya jelaskan selanjutnya. Malah, sebenarnya,pada masa itu, saya rasa saya dapat menangani isutersebut. Setahun kemudian, selepas tertulis beberapa dozenucapan seumpama itu untuk orang tersebut, malahansetiap satunya mengundang kepada lebih banyak peluanguntuk beliau berkongsi pandangannya yang menyakinkankepada kumpulan audiens yang kian membesar, saya jugadiarah untuk menulis monograf dan bab-bab yangtertentu dalam beberapa buah buku bawah namanya yaknijuga menjejaskan nama baik syarikat akhbar tersebut.Itulah batasan bagi keperibadian saya. Lalu, sayadipanggil ke pejabatnya dan diingatkan kembali tentangterma-terma kontrak saya dan ditanya sekali lagi sama adasaya akan menurut syarat-syarat sebagaimana yang telahdiarah. Tanpa mengeluarkan kata, saya jurus menggelengkepala saya. “Baik, saya akan mengambil tindakan yangsewajarnya,” jawabnya lalu saya diminta beredar. Perubahan pada bahagian pihak atasan bakal berlakusekali lagi. Secara lazimnya, sebelum peralihan kuasa yangrasmi lagi, pengurusan media nasional merupakanperkara pertama yang akan diubah oleh mana-mana rejimbaharu di negara ini untuk memastikan pemindahan yanglancar nanti. Individu tersebut yang merupakanpenyokong setia Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamadberhutang kejayaannya kepada beliau. Namun, untuk 3

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamemiliki pangkat tersebut, dia telah mengabaikankesemua pemimpin UMNO dan pemimpin kerajaan yanglain terutama bagi yang bergantung nasib pada ketuamereka. Oleh itu, dengan pemergian Mahathir darikabinet yang bakal berlaku tidak lama lagi, kepala mediatersebut sekadar tinggal menghitung hari. “Adakah kamu sudi bekerja dengan saya?” tanya PakLah tatkala hujan semakin renyai.“Kerjalah dengan saya.” Sudah semestinya sayamerupakan antara warga yang pertama untuk menerimapelawaan Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadiPerdana Menteri Malaysia yang ke-5 secara rasminyaenam bulan kemudian. Beliau ingin menjadi seorangketua pegawai eksekutif yang altruis, primus inter paresdalam melaksanakan tanggungjawabnya bersama-samajawatankuasa beliau dan membina sebuah negara yangmakmur sebagaimana yang telah diharapkan oleh parapengasas Malaysia. Pucuk pimpinan beliau buat julungkalinya akan memperlihatkan pembalikan terhadap gayapelaksanaan pemimpin sebelumnya yang egoistik danuntuk itu, saya amat berbesar hati untuk menjadi antarakalangan yang pertama dalam perjuangan beliau. Jika kesalahan pertama dalam sejarah kerjaya sayasebagai seorang wartawan profesional adalah denganmenerima jawatan penulis ucapan tersebut, maka inimerupakan kesalahan saya yang kedua. Inilah julung-julung kalinya saya menjajarkan kerjaya saya di bawahnaungan seorang ahli politik. Namun, kali inilah juga kali 4

Pak Lahyang terakhir. Sememangnya, saya tidak berhenti untukberfikir sejenak pun kalau-kalau saya mempunyaisebarang pilihan. Selepas 22 tahun pentadbiran MahathirMohamad yang telah menampakkan kerja keras UMNOmembentuk dua buah parti serta mengorbankan kerjayapolitik tiga orang Timbalan Perdana Menteri berturut-turut, tidak masuk akal bagi rakyat Malaysia untukmengharapkan seorang ahli parti generasi ketiga sebagaipengganti Mahathir. Namun, inilah Pak Lah, yang telahlama berakar umbi dalam jiwa dan semangat PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu. Setulus-tulus insan yangberjiwa sederhana yang tidak dapat terguris kemuliaanbeliau manakan dapat mempelopori pentadbiransebelumnya yang berpucuk dua dekad lamanya. Setelah sekian lama berkecimpung di persada politikMelayu, Abdullah Ahmad Badawi masih disanjung sebagai„Mr Clean‟ („Encik Bersih‟). Maka tersebutlah tingginyasanjungan yang diberikan kepada beliau pada saatperalihan alaf baharu itu. Bagi ahli-ahli politik generasibaharu yang muncul bagai cendawan tumbuh selepashujan semasa era Mahathir, keperibadian Pak Lah yangamanah lagi berjiwa suci seakan-akan melawan aruspembangunan. Hal ini juga telah membuktikan bahawabetapa besarnya pengaruh yang telah ditinggalkan olehMahathir sehingga Pak Lah dianggap sebegitu. Secarajujurnya, saya percaya bahawa tiada seorang pun yanglebih layak daripada Pak Lah, seorang hamba Allah yangtulus lagi saksama untuk mengambil alih pucuk 5

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiakepimpinan kerajaan Malaysia pasca-Mahathir pada masatersebut. “Sudah tentu saya akan bekerja dengan Tuan,” jawabsaya. “Ini adalah suatu penghormatan bagi saya.” Setiap penilaian yang dibuat oleh manusia adalahberdasarkan pengetahuan, pengalaman dan keperibadiandiri masing-masing. Pada tahun 1990, saya telah menemuiPak Lah buat pertama kalinya di anjung politik berikutanperistiwa keengganan beliau untuk menyebelahi Mahathir,tatkala dalam perjuangan melawan Tengku RazaleighHamzah untuk memenangi parti. Dalam pada itu, Umnotelah diisytiharkan haram ekoran daripada pemecahanpada tahun 1987 yang melahirkan Semangat 46 (tahunkelahiran Umno) yang diketuai oleh Razaleigh dan UmnoBaru oleh Mahathir yang seterusnya menjadi ketua partiUMNO. Sepertimana parti dan negaranya, Pak Lah amatberbelah bagi melihat peristiwa yang menimpapertubuhan tersebut yang turut dibangunkan oleh arwahbapa dan datuk beliau ke arah menuju sebuah negaraMalaysia yang makmur. Berikutan peristiwa itu, Pak Lahdigugurkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanandaripada Kabinet dan menghabiskan empat tahun yangberikutnya „bercuti sabbatikal‟ daripada hal ehwalkerajaan. (Namun begitu, beliau tidak bercuti daripadapartinya yang nyata menyayanginya dan melantik beliausebagai timbalan presiden parti sebanyak dua kali.) 6

Pak Lah “Lambat-laun, kamu akan kenal siapa kawan kamuyang sebenarnya,” bisik Pak Lah kepada saya semasapertemuan pertama kami pada petang tersebut dikediaman salah seorang daripada mereka yang alim. “Dankamu akan bersyukur kerana mereka ada bersamamu.” Melihat mereka yang bertunduk kepala apabila bersuamuka dengan beliau di pejabatnya telah mematahkan hatibeliau, katanya. Keadaan menjadi lebih nyata apabilatelefon mula berhenti berdering, kenalan tidak lagi datangmelawat dan beberapa orang yang lain pula tersipu-sipucuba untuk mengelakkan beliau. Apabila Pak Lah kembalisemula ke medan pentadbiran Mahathir pada tahun yangberikutya sebagai Menteri Luar Negeri, beliau bertindaksedemikian demi partinya semata-mata. UMNO yangsedia ada bukan lagi UMNO yang dikenalinya namun,beliau tetap akan berkhidmat untuk satu-satunya UMNOyang Malaysia ada, sebagaimana yang pernah dilakukanolehnya. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat sebagaiMenteri Pertahanan, kini ibarat menerima gaji butamenyandang jawatan Menteri Luar Negeri namun,sekurang-kurangnya Pak Lah tidak menjadi salah satusasaran orang kaya baru, Anwar Ibrahim. “Anwar tidakberakar umbi UMNO,” cerita Pak Lah kepada saya padapetang itu di rumah Pak Halim saya di Petaling Jaya. “Diaibarat keratan batang yang berpucuk di sini.” Kepedasankata-kata tersebut saya dengar buat kali pertama daripadabibir Pak Lah, disaluti dengan kekusaman terhadap 7

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaperlantikan Anwar oleh Mahathir sendiri semasapermulaan pentadbirannya. Atas jasa naungan mentornyadan secara tidak langsung, sokongan daripada generasimuda UMNO, namanya kian memuncak dalam parti sertakerajaan. Sepanjang dekad yang pertama rakan-rakanseperjuangan tersebut beraksi sebagai pemimpin kerajaan,Anwar telah berpaut pada sayap Mahathir sehinggameraih populariti yang tinggi semata-mata untukmenentang penjawat semasa timbalan presiden parti,Abdul Ghafar Baba di Perhimpunan Agung UMNO padatahun 1993. Pada masa itu, dia mengecam Ghafar Babadengan menyelar isu „politik kewangan‟ yang telahmembingungkan rata-rata pihak UMNO dan rakyatMalaysia yang secara tidak langsung mengakibatkan kesanterhadap Ghafar Baba sekeluarga yang mempunyai latarbelakang dalam bidang perniagaan. Satu undian sebulatsuara daripada ahli-ahli parti sekali gus menggantikanGhafar dan menempatkan Anwar sebagai pemimpinNombor Dua, namun peristiwa tersebut mungkinmenandakan suatu permulaan kepada pengakhiran bagiAnwar sendiri apabila dia menjadikan wang dan cita-citasebagai musuhnya. Dakwaan Anwar mempunyai asas yang kukuh dansemua pihak sedia maklum. Yakni, pada perhimpunantersebut, bilik air dewan persidangannya masih penuhberselerak dengan sampul surat warna perang yangsebelumnya telah mengandungi wang kertas ribuan 8

Pak Lahringgit sebagai penghargaan kepada ahli-ahli partidaripada calon-calon yang bertanding untuk jawatan-jawatan kanan dalam parti tersebut. Walaupun sudahberlalu satu dekad yang ketara bersama UMNO Mahathir,namun, Anwar masih tidak berupaya untuk menewaskanharimau itu tanpa disabit sebarang kesalahan atautuduhan, apatah lagi dapat menjeratnya. „Kemelut Politik Kewangan‟ yang terjadi telah bermuladengan kesungguhan pentadbiran Mahathir untukmenswastakan sektor-sektor infrastruktur, tenaga,pengangkutan dan telekomunikasi. Inisiatif tersebutdiusahakan sejurus selepas Mahathir memegang tampukpemerintahan negara. Dalam jangka masa sedekad,tindakan tersebut telah menampakkan kepadakemunculan syarikat-syarikat raksasa milik golonganBumiputera dan kelahiran jutawan berbangsa Melayuyang pertama dalam negara di bawah naungan Anwarsebagai Menteri Kewangan. Inisiatif tersebut tidak mungkin akan membuahkanhasil tanpa sokongan padu daripada pihak kerajaan yangpada masa yang sama merupakan Barisan Nasional danjuga UMNO. Malah, boleh dikatakan bahawa Mahathirtelah memastikan supaya hubungan antara parti tersebutdengan bisnes-bisnes yang didahului oleh pihak kerajaantidak sekadar menjadi sumber kewangan utama UMNOBaru tetapi juga menjadi titik kelemahan mereka. Suatutitik kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh parti 9

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapembangkang dan juga penentang-penentang secaralazimnya. Pada mulanya, pelaburan yang makin meningkat telahmengaburkan pelbagai kemelut yang melanda tanahperairan ini. Setidak-tidaknya, juga telah mampumentransformasikan lanskap Malaysia masing-masingsecara fizikal dan korporat sehinggakan dapatmerevolusikan Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE). Bagimeningkatkan saham milik bangsa Melayu dan kaumBumiputera dalam ekonomi korporat Malaysia yangmerupakan teras kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yangdiperkenalkan selepas peristiwa rusuhan kaum padatahun 1969 untuk memberikan nafas baharu kepadapenyusunan semula masyarakat Malaysia, usaha tersebuttinggal samar-samar sahaja seperti bintang yangtergantung nun jauh di langit. Dalam masa yang sangatsingkat sahaja, syarikat-syarikat Bumiputera mampumenguasai hampir 30 peratus daripada pasaran KLSE. Memandangkan kelompok yang berkebolehantersebut terdiri daripada golongan usahawan dan ahlikorporat genius terpilih yang dilatih untuk menguruskansumber modal politik di bawah naungan penasihatekonomi Mahathir sebagai mentor mereka, DaimZainuddun dan juga pemantauan daripada MenteriKewangan Anwar Ibrahim, kejadian tersebut tidakdibelenggui dengan fitnah yang bukan-bukan daripadasiapa-siapa. 10

Pak Lah Titik kegemilangan potensi politik Anwar merupakansaat-saat berikutlah yang tercetus daripada pertumbuhan,kemakmuran dan penggunaan yang meningkat secaramendadak berikutan daripada dasar-dasar pelaburanbaharu yakni menyeluruh oleh Mahathir yang telahmelipatgandakan pendapatan per kapita negara sebanyaktiga kali semasa dekad pertamanya sebagai PerdanaMenteri. Padang golf bak cendawan tumbuh selepas hujandi seantero negara, kereta Mercedes bersiri E menjadilambang kemegahan, motosikal berkuasa besar pulamenjadi kegilaan ramai dan Orang Kaya Baru munculsebagai suatu kelompok yang mempunyai kuasa beli yangbesar dan cita rasa yang tinggi. Orang Kaya Baru mulaberlagak dengan memandu kereta berkuasa besarmelepasi had laju di atas jalan raya dan menempatkan jetperibadi masing-masing dalam apron lapangan terbangbaharu yang dibina oleh mereka. Malah, merekamengedarkan cerut kepada siapa-siapa sahaja danbermain golf untuk menikmati hidangan makan malamstik lembu di Kobe ketika Anwar sedang menguar-uarkanpropaganda mengenai Melayu Baru dengan adjektifseperti keduniaan, keyakinan, berkebolehan,penghormatan dan kekayaan. Krisis Kewangan Asia 1997 telah melupuskan sebarangharapan yang ditaruh oleh Anwar yang bergantung kepadakemaraan tersebut untuk mencapai kejayaan yangdiingininya. Perbalahan antara Mahathir dengan Anwartentang cara untuk menangani krisis tersebut telah 11

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamenyumbang kepada kejatuhan Anwar lalu tergadaimaruahnya akibat daripada fitnah-fitnah tentang kelakuanbeliau yang tidak senonoh dan penyalahgunaan kuasaolehnnya. Akibat daripada itu, beliau terpaksa meringkukdi dalam penjara selama dua dekad yang seterusnya. Partisudahpun berakhir. (“Adakah berbaloi jika pokok andamasih hidup tetapi hutan anda sudah habis dijilat api?”merungut seorang CEO yang hilang kuasa apabila nilaisaham bekas syarikatnya jatuh sehingga 20 sen per unit.) Pengawasan ekonomi negara oleh Mahathir denganbimbingan penasihat kewangan beliau atas sarananmereka supaya nilai mata wang Ringgit Malaysiadiselaraskan dengan dolar AS telah berjaya mengeluarkankita daripada kemelut kewangan tersebut. Malah, beliaujuga telah menyingkirkan alim kucing terakhir yangmenggugat pangkatnya dan muncul sebagai legenda.Dengan bantuan kewangan dan rombakan yang dilakukanbagi tujuan memulihkan ekonomi korporat negara,Malaysia kembali hidup dengan struktur yang baharu danakhirnya, Anwar tersingkir. Akan tetapi, rakyat Malaysiakekal berpecah-belah. Sukan Komanwel yang tiba di Malaysia padaSeptember 1998 merupakan bulan yang sama Anwar telahdipecat dan diberkas. Berikutan peristiwa itu, RatuElizabeth dan Putera Philip telah diiring dengan cermat kedalam Balai Seni Lukis Negara ketika gas pemedih matamenyelubungi atmosfera pusat bandar KL untukmengaburi kumpulan perusuh yang memperjuangkan 12

Pak LahReformasi mendesak supaya Anwar dibebaskan. Ditempat Anwar telah menanamkan usahanya untukmendapatkan sokongan sebagai seorang warga Asia,rakyat Malaysia, pemimpin berbangsa Melayu danberagama Islam yang sofistikated dan berartikulat dalamkalangan warga kapitalis Barat yakni dengan kebolehanuntuk mengamalkan nilai konservatisme Islam, di situjugalah keharuman nama Mahathir telah menyerlah keserata dunia. Kejatuhan Anwar daripada menara gadingyang begitu mendadak dan tidak dapat dibayangkan itudilihat sebagai suatu halangan yang telah menghindariMalaysia untuk mara sebagai sebuah negara yangsederhana dan moden dalam kalangan negara-negarayang lain. Selepas pemecatan Anwar, Mahathir kekal tanpaseorang timbalan di sampingnya selama tiga bulan.Keadaan UMNO kian tidak terkawal. Dia mampumemerintah sebuah kerajaan tanpa seorang timbalandengan mengabaikan sentimennya namun, tidak sebegituuntuk partinya. Mahathir tercari-cari penggantinya,seolah-olah sudah berkenan akan Abdullah AhmadBadawi dari awal-awal lagi. Walaupun reputasi „pantang rasuah‟ Pak Lahmerupakan suatu isyarat amaran kepada fenomenapenularan amalan rasuah di dalam negara pada ketika itu,saya yakin bahawa faktor utama Mahathir mencalonkanPak Lah adalah kerana rasa tidak suka beliau terhadapAnwar yang muncul sebagai perampas sepertimana yang 13

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiadijangkakan oleh beliau sendiri dari mula-mula lagi.Tanpa ragu-ragu, Mahathir yakin bahawa Abdullah, walauapa jua sekalipun, tidak akan mengurniakan sebarangpengampunan mutlak kepada Anwar atas dakwaan yangtelah dikenakan ke atasnya. Dengan Pak Lah di sampingnya sebagai timbalan danpengganti terpilih, Mahathir mengekalkan status quosehingga dekat-dekat jam 6 petang pada 22hb Jun 2002,hari Sabtu di Perhimpunan Agung UMNO ke-56 tatkalamengumumkan berita mengejut tentang perletakanjawatannya. Saya terlepas peluang untuk menyaksikanperistiwa tersebut kerana terpaksa beredar dari bilikeditorial ke bilik air secara tiba-tiba sewaktu presidenparti tersebut merewang-rewang tentang usahalampaunya yang telah gagal memajukan bangsa Melayu.Sekembali saya ke ruang kerja, rakan-rakan sekerja sayatergamam merenung kaca TV yang sedang memaparkansuatu suasana berpinar-pinar memperlihatkan ahli-ahlipolitik yang berkerumun di keliling seorang Mahathiryang tidak dapat menahan air mata di atas pentas PusatDagangan Dunia Putra (PWTC). “Apakah yang terjadi?” lantas saya bertanya. “Beliau baru saja letak jawatan,” balasan pendekdilontar kembali. Saya kaku merenung kaca TV melihat orang ramaibersesak-sesak menyerbu bekas PM di bawah pentas.Prosiding diberhentikan dengan serta-merta. Seluruhperwakilan yang tergempar kelam-kabut dalam dewan 14

Pak Lahtersebut. Kamera tidak terpadam; terpacak merakamkansebuah pentas yang kosong. Papan kekunci di atas mejawartawan sunyi-sepi sahaja manakala orang-orang di sanapula berkelakuan yang sebaliknya. Kira-kira satu jam kemudian, sekitar jam 7 malam,Timbalan Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawikembali berseorangan di atas pentas dan mengumumkan,“Saya telah memanjangkan kepada Dr Mahathir bahawakehendak rakyat dan parti adalah untuk sentiasa memberiseratus peratus sokongan kepadanya dan merayu kepadabeliau agar menarik balik keputusan beliau. Beliau jugamembenarkan saya untuk mengumumkan bahawa beliauakan terus memimpin kita.” Perhimpunan kembaligemuruh dengan teriakan dan tepukan berserta nafas lega. Berikutan peristiwa tersebut, seseorang yang berada dibelakang pentas ketika tercetus suasana riuh-rendah itumenjelaskan rasa kagumnya kepada saya. “Parti dannegara telah terjatuh di tangan Pak Lah pada detiktersebut. Sepatutnya, beliau mampu meneruskanperhimpunan tersebut dengan mengumumkan bahawakepimpinan parti telah menerima berita perletakanjawatan orang tua itu dan terus mengambil alih dari saattersebut. Sebaliknya, beliau telah memulangkan haktersebut. Itulah Pak Lah bagi kamu.” Masih terdapat 18 bulan lagi tetapi majlis formaluntuk menurunkan tandatangan dan jabat tangan bagimenyerahkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasionalserta pemerintahan Malaysia secara rasmi kepada 15

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaAbdullah Ahmad Badawi jatuh pada tanggal 31hb Oktober2003. Pak Lah mempunyai masa yang agak lama untukmemikirkan cara dan gaya kepimpinannya sebelumberlangsungnya pemerintahan beliau. Korupsi, skandaldan pecah amanah telah membongkarkan niat dankejayaan yang diingini oleh pemimpin sebelumnya. PakLah yang sendirinya melambangkan nama „Mr Clean‟sudah memadai sebagai suatu kenyataan yang menarik.Beliau sanggup mempertaruhkan reputasi hidupnyadengan nilai-nilai kejujuran, rasa rendah diri dan ketaatankpada agama dalam pentadbirannya. Beliau juga akanmemperjuangkan kempen pilihan rayanya atas dasaruntuk menghapuskan rasuah, yang nyata boleh dipercayaiapabila didengari daripada seorang insan sepertinya.Beliau mempunyai sepasang telinga yang „lapang‟ danmerupakan seorang pendengar yang baik. Sebagaimanasifat altruis dan mudah bertolak ansur menyelimutinya,begitulah juga dengan sifat seorang pemimpin yangpengongkong dan penyingkir sebelumnya. Dalam padaitu, beliau juga akan mengulas semula, menggantung ataumemansuhkan sesetengah inisiatif dari sebelumnya yangbercanggah dengan pendiriannya dengan menetapkanbeberapa dasar yang baharu. Tidak lama selepas Abdullah mempeloporipentadbirannya, Mahathir telah pun melontarkan kritikanterhadapnya atas dasar bahawa penggantinya telahmengkhianati „kata sepakat‟ yang dicapai oleh merekaberdua. Menurut Mahathir, Abdullah tidak akan 16

Pak Lahmengubah apa-apa hala tuju yang telah didahulukanolehnya. Peristiwa tersebut tidak didugai langsung.Sebagai seorang penjawat kini, Mahathir telah berupayamelucutkan kuasa imuniti tradisional yang dimiliki olehmenteri-menterinya dan pemimpin-pemimpin Melayuyang lain. Perkara tersebut jelas diketahui oleh ramaisemasa dia masih menjawat jawatan PM. Kini, sebagaiseorang penerima pencen biasa, dia menyerangpenggantinya pula. Peruntukan untuk perkara-perkaraseperti ini tidak wujud. Pak Lah mara dengan senyumansambil tidak mempedulikan hentaman yang dilontarkanoleh Mahathir yang celik internet. Namun, saya berasaterdorong untuk mempertahankan Pak Lah lalu menyertaibeberapa pihak untuk memohon kepada Mahathir secaraterbuka supaya mengundurkan diri dan memberikanpeluang kepada Pak Lah. Terasa pula saya tenungan matalaser yang menusuk permukaan kulit muka saya. Beberapa bulan sebelum perjuangan Pak Lah, sedangsaya menanti-nantikan permintaan yang akandikemukakan oleh beliau untuk Malaysia yang diwariskankepadanya, Abdullah yang berhasrat untuk memimpinsebuah Malaysia yang akan berjuang seiringnya dan bukanbekerja untuknya. Lalu, saya pun menerima pelawaanbeliau dengan hati yang terbuka. “Baiklah,” kata Pak Lah di sebalik gagang telefontatkala cahaya matahari mula membias antara awan-awanyang dibawa angin dan wap air mula tersejat daripadalopak-lopak air di atas tanah. “Pembantu saya akan 17

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiamenghubungi kamu untuk membuat aturan yangselanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih lalu mengakhiriperbualan tersebut. Saya kembali ke posisi asal, kaku danterpinga-pinga merenung telefon bimbit dalamgenggaman saya. Lalu, teringat kembali saya akan sebabmembelinya kerana Keanu Reeves pernah memiliki modelseperti ini dalam filem The Matrix. Sekurang-kurangnya,beliau tidak meminta saya untuk lompat keluar daripadatingkap. Alat itu berdering lagi lantas mengejutkan saya.Saya menjangkakan suara Laurence Fishburne di sebalikgagang tetapi pembantu peribadi dan menantu Abdullah,Khairy Jamaluddin yang menjawab untuk menetapkantemu janji kami. Kami pernah bertemu kira-kira tujuhtahun yang lalu di sebuah kuliah yang telah sayasampaikan di London School of Economics. Khairymerupakan seorang mahasiswa Oxford pada masa itu.Kami telah menetapkan untuk berjumpa secara peribadidi sebuah restoran di Bangsar dan dia pula tiba denganpenuh gaya dalam sebuah Harley-Davidson yang cukupmenarik perhatian. Sambil menghirup sup cendawan, saya menyatakankerisauan pertama saya iaitu faktor masa. Pilihan rayaumum yang akan datang jatuh pada tahun yangberikutnya, tahun 2004. Sehinggalah Pak Lah menjadiPM, tiada sebarang perubahan yang mungkin berlakuterhadap saya dalam jangka masa beberapa bulan lagi. 18

Pak LahAdakah saya dijangka untuk kembali ke syarikat akhbarsebelum atau selepas pilihan raya berlangsung? “Tentunya sebelum itu,” jawab Khairy. “Kami inginkankehadiran kamu di pilihan raya nanti.” Terharu saya dibuatnya. Kami berpisah denganpersetujuan namun dengan syarat bahawa saya akanmenghormati keputusan pemilihan ketua editor akhbaryang baharu nanti. Kami berjabat tangan lalu Khairymelemparkan sebelah kaki ke atas motosikalnya danberedar sejurus itu. Sejak itu, kami tidak bertemu dalamapa jua keadaan, baik secara profesional mahupun secaraperibadi. Saya pergi berjumpa dengan bos baharu saya dipejabatnya di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) sebagaimana yang telah diminta oleh Khairy.Perjumpaan tersebut mesra sekali. Pada awal tahun 1980-an, kami merupakan rakan sekerja yang tidak rapatsemasa saya mula-mula menyertai syarikat akhbartersebut. Sejak itu, dia mempunyai rangkaian hubungankewartawanan yang pelbagai dan kebanyakannya, amatmenguntungkan. Saya telah mengandaikan bahawa kamiakan berbincang mengenai isu akhbar dan perkara yangakan dilakukan namun, dia lebih ghairah untuk berkongsitentang kepintarannya dalam hal ehwal kewanganterutamanya tentang cara-caranya melipatgandakan dana-dana pelabur kepada beberapa sumber kewangan. Diagemar menggunakan perkataan „juta,‟ terutamanyaapabila didahului dengan „ratus.‟ 19

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysia Saya tidak akan menafikan kekaguman sayaterhadapnya walaupun saya sendiri tidak begitu pastisebab saya tertarik. Namun, kejadian tersebut kerapmengingatkan saya tentang Danny Devito dalam OtherPeople‟s Money dan saya tertarik untuk mengetahui kerjayang saya boleh lakukan ataupun kerja yang dia ingin sayalakukan demi akhbar tersebut. Dia bertanya pula tentangsasaran saya untuk akhbar tersebut. “Peningkatan edaran harian sebanyak dua ratus ribunaskhah dalam masa tiga tahun,” kata saya. Semasa zaman kegemilangan akhbar tersebut padasuatu masa dahulu (tahun 1983), The New Straits Timestelah mengedarkan surat khabar dalam hitungan ratusribuan dan edisi Ahadnya dalam hitungan kira-kira duaratus ribu naskhah. Berikutan perbincangan ini yangberlangsung 20 tahun kemudian, walaupun pertumbuhanekonomi telah berkembang, ditambah pula sumberkewangan baharu dan peningkatan populasi negarasebanyak 5 juta orang warganegara semenjak itu, kadaredaran akhbar telah menurun lebih 50% daripada jumlahyang asal. “Tingginya cita-cita itu. Saya lebih mengharapkanpeningkatan edaran sebanyak 10% pada tahun pertama,”jawabnya. Saya pula berpendapat bahawa angka tersebutboleh dicapai memandangkan seluruh negara kiniterumbang-ambing khuatir memikirkan berita persaraanMahathir. 20

Pak Lah “Kamu beritahu saya ke mana hala tuju kamu dan sayaakan bantu kamu untuk mencapainya,” balas saya. Saya menyangka bahawa itulah cara yang profesionaluntuk bertindak dalam sistem di Malaysia ini. Pendekatantersebut hanya boleh diterima jika saya sendiri fahamdengan sepenuhnya ke mana hala tujunya. Berdasarkanperjumpaan yang pertama lagi, saya sepatutnya sudahjelas bahawa akhbar tersebut hanyalah suatu batuloncatan baginya. Namun, dengan sukacitanya, kamiberjabat tangan dan saya kembali sebagai editor bersekutudengan gaji yang sama, memulakan persediaan untukpilihan raya umum yang akan menjelang pada bulan Mac2004. Menjelang bulan tersebut, seluruh negara telahmenerima suatu mandat pilihan raya yang palingberwibawa dan menusuk hati dalam sejarah negara kita.Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah AhmadBadawi telah memenangi sebanyak 198 buah kerusiparlimen berbanding 20 buah kerusi pembangkang.Hampir 9 per 10 majoriti keseluruhan parlimen tercapaipadahal 2 per 3 kemenangan sudahpun mencukupi. 64peratus undi popular bagi Abdullah hampir menandingi65.2 peratus yang telah dimenangi oleh BN pada tahun1995. Kemenangan pada tahun 1995 tersebut telahdihubungkan dengan kenaikan Anwar dalam persadapolitik dan penyingkiran muktamad Tengku Razaleigh.60.4 peratus pula merupakan kemenangan undi popular 21

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiabagi Mahathir yang mula-mula bertanding pada tahun1982. Namun, kemenangan tersebut bukanlah milikAbdullah tetapi melambangkan suatu perasaan lega olehseluruh negara yang mendukung harapan melihat suatuperalihan baharu dari era Mahathir, suatu generasi yangradikal dan penuh dengan pelbagai perubahan yangrancak. Saat-saat peninggalan Mahathir telah dinanti-nantikan sejak drama perletakan jawatannya yang penuhdengan tangisan air mata di Perhimpunan Agung partinyapada tahun 2002. Akhirnya, seluruh negara dapatmenghembuskan nafas lega pada pilihan raya umum yangbuat pertama kalinya memperlihatkan Pak Lah sebagaiPerdana Menteri. Peristiwa tersebut nyata sesuatu yang amatmemberangsangkan. Rakyat Malaysia dengan hati yangterbuka telah menerima suatu era Barisan Nasionalbaharu pasca-Mahathir. Negara Malaysia telah menaruhharapan terhadap Parti Perikatan yang telah mendapatkankemerdekaan daripada pihak kerajaan British sejak tahun1957 sehinggalah parti tersebut bertukar nama kepadaBarisan Nasional pada tahun 1971 sebagai suatu langkahpemulihan negara dengan andaian bahawa rakyatMalaysia akan menyokong sebuah kerajaan campuranyang berdepan dengan pelbagai perbalahan politik sebagaisatu parti tunggal asalkan parti tersebut bergerak menuruthasrat rakyatnya. 22

Pak Lah Permasalahan yang paling ketara dalam negara iniialah rakyatnya sendiri tidak bulat suara dalam kehendakmasing-masing. Usaha mereka yang paling ketara adalahdengan memanjangkan hasrat mereka melaluipengundian menggunakan kertas undi seakan-akanbendera kecil yang mendukung doa mereka. Untukmencapai suatu persetujuan sepertimana yang telahdilihat dalam kotak undi pada tahun 2004 sungguhpunMalaysia telah melalui pelbagai rintangan sebelumnyamerupakan suatu mesej untuk Malaysia yang amatoptimistik dan penuh dengan harapan pada detik sejarahtersebut. Seluruh negara yang bersatu padu lantasmenamatkan sebuah era Mahathir yang telah melihatbangsa tanah airnya berpecah belah. Terguris hatiMahathir menghadapi penghinaan tersebut laludilipatgandakan serangannya terhadap Abdullah. Pak Lah tidak sepatutnya mengambil hati terhadapkeputusan pengundian tersebut namun, apakan dayanya?Suatu mandat demokratik yang menjadi impian setiappemerintah mutlak telah menjadi milik seorang insanyang tidak pernah mengidam ataupun mengejar kejayaantersebut, apatah lagi merasakan dirinya betul-betul layakmenerimanya, seorang insan bernama Abdullah AhmadBadawi. Kadang-kala, saya terfikir tentang pendekatanyang akan diambil oleh Mahathir sendiri jika dia beradapada tahap ketinggian tersebut. Lebih-lebih lagi, apabiladilihat penyelewengan kuasanya sebagai Perdana Menteridalam pemerintahan kerajaan selama 22 tahun berturut- 23

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaturut dalam tempoh penjawatannya. Pendekatan yangdigunakan oleh Pak Lah ternyata berbeza sekali. Beliautelah menggandakan saiz Kabinetnya. Lebih banyakkementerian yang mula ditubuhkan, agensi-agensi mulabercambah dan pelbagai peluang baharu telah dibukakepada pihak-pihak yang ingin mula berkecimpung dalamnegara. Oleh itu, mereka semakin berleluasa, sebagaimanayang boleh dilihat, kumpulan ini seakan-akan sukamenonjolkan diri dan terikut-ikut dengan jejak langkahKelab Jejaka Jutawan dalam ekonomi korporatBumiputera pada tahun 1990-an, seolah-olah tanda suatupra-kegagalan. Jika kereta eksotik yang terhenti di laluanBalai Berita tidak melambangkan apa-apa, saya inginmengalihkan perhatian anda ke malam Pilihan RayaUmum pada 21 Mac 2004. Meja utama di tingkat editorialyang dahulunya merupakan pusat arahan bagi editor-editor kanan dan ketua-ketua penulis, kini sudah menjadipusat operasi sepanjang malam untuk ketua yang barudilantik dan rakan-rakan perniagaannya. Sungguh aneh malam tersebut. Pilihan raya umumpada tahun 1982 merupakan pilihan raya pertama yangsaya liputi sebagai wartawan profesional dan jugamerupakan pilihan raya yang melahirkan Mahathirsebagai PM. Menjelang pilihan raya pada tahun 1986, sayamenjadi seorang penulis ruangan dan tahun itumenampakkan sebuah kerajaan yang berpecah-belah danekonomi negara yang meleset. Saya telah menyaksikan 24

Pak Lahpilihan raya pada tahun 1990 semasa saya mengambil cutisabatikal daripada sebuah syarikat majalah beritarantauan di Hong Kong. Menjelang kejadian pada tahun1995, saya telahpun siap menulis sebuah buku dan jugaterlibat dengan pelbagai permulaan syarikat mediatermasuklah dunia Internet yang baru-baru muncul. Sayatidak sempat menumpukan perhatian saya pada pilihanraya 1999. Pada masa itu, saya sedang khusyuk membuatvideo, persembahan teater, laman sesawang, „komunikasikorporat‟, pengiklanan bawah garis dan apa-apa sahajakecuali kewartawanan tradisional. Kini, kembali pula sayasemula ke tingkat editorial untuk menghadapi pilihan rayaumum tahun 2004 yang juga merupakan pilihan rayakeenam sepanjang kerjaya saya dan yang pertama tanpaMahathir. Segala rintangan dan ujian yang terpaksa sayaharungi untuk kembali ke sini pada pengakhiran kerjayasaya bagaikan seekor penyu uzur yang terperangkap dibawah sebuah kilang penapisan minyak mengidamkansebuah pantai untuk berlindung. Justeru, saya tersentak seketika dan terfikir bahawasaya sedang menyaksikan suatu pengakhiran kepadapenubuhan kewartawanan di Malaysia. Namun,hakikatnya ialah garisan penamat tersebut sudah lamadilangkau hampir beberapa dekad yang lalu. Institusimedia negara ini yang terletak di bawah naungan NewStraits Times kian dipenuhi makhluk-makhlukperdagangan, industri dan pertubuhan tersebut. Ke arahsebuah institusi negara yang merdeka, editor-editor 25

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaakhbar Malaya yang lama telah mengekalkan suatu sistemkawalan terhadap pihak kerajaan yang lebih gemarmementingkan kehendak pemilik ladang, pelombong danmasyarakat penjajah. Namun, semua itu berubah selepas1970. Syarikat-syarikat akhbar tersebut telah diambilmasuk untuk menjalin suatu perkongsian dengan pihakkerajaan. Pada mulanya, pemilikan dilakukan berdasarkanundian, kemudian diwakili pula oleh sekumpulan editordan wartawan negara generasi baharu. Semasa saya menyertai akhbar tersebut pada tahun1981, tempoh pentadbiran Mahathir baru sahaja bermula.Ketika itu, isu perkongsian kuasa antara pihak mediadengan pihak kerajaan telah dicemuh dan menjadi buahmulut orang. Hal ini kerana ramai yang berpendapatbahawa „ahli politik boleh mengambil kesempatan ke ataspihak wartawan dengan mengambil alih tugas mereka.‟ Selepas lima kali pilihan raya umum berlangsung dansebuah generasi berlalu, wartawan-wartawan dan ahli-ahlipolitik sama-sama telah diperbodohkan oleh para ahliperniagaan. Para pelabur dan broker mereka merupakankumpulan orang yang paling layak untuk menuntutsebarang hak selepas sokongan padu melimpah BarisanNasional Abdullah Ahmad Badawi pada malam itu. Malah,mereka juga memastikan bahawa kami sedar mengenaihakikat tersebut. Kini, semua menjadi milik merekatermasuklah insan-insan seperti kami. Mereka telahmencurahkan dana mereka dalam pelaburan ini yangnyata membuahkan hasil. Mereka akan mengambil 26

Pak Lahdividen yang terkumpul dan tidak menghiraukan orangyang lain, termasuklah saya. Kemenangan tersebut ternyata akan membawakerugian. Pak Lah, seorang penyelamat dan sahabat karibsaya sendiri, selaku ketua eksekutif negara ini, telahmenerima mandat rakyat dengan sepenuh hatinya.Namun, terkandung dalam diri saya suatu firasat yangmempertikaikan niat orang yang akan mengambil peluangitu untuk mengeksploitasi situasi tersebut dan disertaikewujudan manusia yang akan mendiamkan diri keranatidak mampu menentang.ABDULLAH AHMAD BADAWI hanya mampu berkhidmatselama satu terma sahaja sebagai Perdana MenteriMalaysia. Kesudahan kerjaya beliau amat memilukan danmenyakitkan hati. Harapan yang dikandung oleh beliautidak membuahkan apa-apa hasil. Beliau telah membuatdua tafsiran yang salah. Yang pertama, beliau berpendapatbahawa korupsi mampu dihapuskan dan yang kedua pula,beliau ingin memperbesar kapasiti kerajaan denganmembuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk jawatan-jawatan dalam pentadbiran. Bagi sesebuah negara sepertiMalaysia yang telah diperintah oleh Mahathir hampir 25tahun, kedua-dua usaha tersebut ternyata tidak akanberjaya langsung. Persada politik telah dicerobohi oleh muka-mukabaharu yang muda, mentah dan ghairah disertai olehorang tua-tua yang telah lama berkecimpung dalam rejim 27

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysialampau. Abdullah telah mengagihkan kerja-kerja sepertipengurusan media yang mempunyai kaitan dengan pihakkerajaan kepada siapa-siapa yang berjaya memujuk beliaudengan kebolehan mereka. Apatah lagi jika dirujukolehnya sekomplot pemuda yang digelar “Budak TingkatEmpat” yang merupakan sebuah golongan pemuda dalamlingkungan 20-an dan 30-an yang pintar lagi penuhdengan idea-idea baharu, rangkaian dan kebolehan IT.Kemunculan kumpulan pemuda generasi berikut tersebutyang berkaliber lagi berjaya yang terdiri daripada anakdan menantu beliau sendiri juga telah mengundangpelbagai golongan pengkritik. Tatkala Mahathir sedang melancarkan kecamanbertubi-tubi terhadap Abdullah yang tidak mungkindibenarkan oleh Mahathir sendiri semasa dirinyamenjawat jawatan Perdana Menteri tersebut, Abdullahtelah menerima pelbagai kritikan sepanjang tempohkhidmat beliau. Beliau telah menubuhkan beberapa„koridor pembangunan ekonomi‟ di sekitar negara namun,dasar tersebut diperlekehkan sebagai suatu usaha yangdigunakan semata-mata untuk menarik pengusahahartanah dan pengeskploit asing. Beliau juga telahmenggunakan konsep „Islam Hadhari‟ untuk mendasaripentadbirannya yang ternyata tidak dapat difahami olehsesiapa dalam kedua-dua bahasa tersebut. Pada suatuhari, beliau telah didapati sedang terlena di sebuah majlisrasmi dan secara tidak langsung, hari tersebut juga 28

Pak Lahmenandakan titik akhir bagi kerjayanya, seorang PerdanaMenteri yang terbaring semasa melakukan kerjanya. Apakah muslihatnya untuk mempengaruhi nafsuseorang insan yang tulus hatinya? Bagaimanakah andamengotori Mr Clean? Dengan mempersendakankeperibadiannya yang tidak mampu untuk bertindaksebaliknya. Takdir telah meletakkan Abdullah di tengah-tengah gelanggang cemuhan alam maya yang didalangioleh Mahathir Mohamad sendiri. Pak Lah, sepertimanakebanyakan dalam generasinya tidak mempunyaikepetahan lidah untuk melawan apatah lagi kekuatan hatiyang kental untuk menghadapinya. Tindak balasnya hanyasekadar sekerat senyuman di wajah yang dahulunyapernah dikenali sebagai „kebisuan yang anggun‟ kinimenjadi jenaka tular yang diketawakan. (Saya masih tetapdengan pendirian bahawa ungkapan yang diujar tersebutlebih menggambarkan situasi „kebisuan yangmenyakinkan‟ namun saya tidak berada di tempatkejadian dan rekod yang sedia ada tidak dapat diubah,tidak kira tunggul mana yang telah merekodnya.) Pentadbiran negara yang semakin lemahmengundang kepada lebih permasalahan apabilapenentangan rakyat mula merebak di jalanan seakan-akanperistiwa perhimpunan Reformasi satu dekad dahulukembali berulang pada hari ini. Demonstrasi aman Bersihdan Hindraf, masing-masing memperjuangkanpembaharuan pilihan raya dan „hak-hak orang beragamaHindu.‟ Seperti biasa, Abdullah cuba untuk melengahkan 29

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaperhimpunan-perhimpunan tersebut dengan menutuptapak perhimpunan yang terbabit sebelum hariperhimpunan berlangsung dengan pendirian bahawa caraterbaik untuk mengatasi sesuatu konflik adalah denganmenghalang perlaksanaannya. Tetapi, usaha beliauternyata sia-sia kerana kepesatan teknologi yangmembolehkan penganjuran bebas dilakukan secara atastalian menggunakan telefon pintar dan pihak berkuasayang dikepung oleh para penunjuk perasaan yangberkerumun bagaikan sekawan ikan yang menyusurikeseliratan jalanan di sekitar Kuala Lumpur ternyata lebihlantang. Pada pilihan raya umum Mac 2008, keputusan bagipilihan raya umum yang sebelumnya bukan sahaja telahditerbalikkan malah parti pemerintah telah menerimatamparan yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.Daripada sembilan per sepuluh majoriti parlimen,kemenangan Barisan Nasional kali ini adalah lebih kurangdaripada dua per tiga majoriti yang secara tidak langsung,melambangkan suatu kejatuhan yang ketara sejak kaliterakhir parti tersebut kalah. Kekalahan tersebutlah yangtelah mencetus rusuhan kaum pada tahun 1969.Peningkatan undi popular sebanyak 13% telah dimenangioleh parti pembangkang yang dipimpin oleh isteri AnwarIbrahim, Wan Azizah Ismail dan kerajaan negeri Selangorjuga telah dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyatnya. Pulau Pinang telah dimenangi oleh Parti TindakanDemokratik (DAP) dan buat pertama kalinya, parti 30

Pak Lahpembangkang tersebut telah merangkul tempat dalamkerajaan. Perak pula bergantung kepada sebuah DewanUndangan Negeri yang kemenangannya terbahagi kepadadua parti secara sekata. Kedah pula menjadi milik PartiSe-Islam Malaysia dan kemenangan tersebut menandakanpenawanan bahagian utara Semenanjung oleh PAS buatkali pertama. Justeru, dapat dilihat bendera bulan putihberkibar-kibar dengan megahnya baik dari Selat Melakasehinggalah ke Laut China Selatan mahupun dariperkampungan sawah padi di sebelah kiri Semenanjungsehinggalah ke lombong minyak di sebelah kanan. Kini, Malaysia akhirnya mempunyai sebuahpentadbiran berdasarkan Islam Syariah di bahagian utarayang berkongsi sempadan dengan wilayah-wilayah selatanThailand untuk sekian lamanya. „Pasistan‟ tersebutbersempadan ke arah barat daya oleh „Republik SosialisPulau Pinang.‟ Pada masa yang sama, di seberang lautan,Sabah dan Sarawak mengungkit kembali tentangperjanjian persekutuan yang ditandatangani pada tahun1963 yang menjanjikan bahawa kedua-dua Sabah danSarawak sepatutnya dilantik sebagai rakan korporat danbukan sebagai pekerja Semenanjung sahaja sebagai suatuperingatan kepada persekutuan. Akibatnya, Malaysia telahditimpa dengan keadaan Satu Negara, Lima Sistem. Khidmat Abdullah telah tamat. Beliau telahmenghasilkan antara rekod keputusan pilihan raya yangterbaik dan paling buruk bagi Barisan Nasional. Beliautelah mengeluarkan notis seawal enam bulan pada bulan 31

Peninsula: Sebuah Kisah MalaysiaOktober tahun itu dan pada tanggal 3hb April 2009, beliaumenyerahkan segala tanggungjawab dan peranannyaterhadap parti dan negara kepada timbalannya, NajibAbdul Razak. Pak Lah meninggalkan persada tersebut menujusebuah persaraan yang sunyi dan taat kepada Allah. Sayajuga akan berbuat sedemikian jika dibenarkan. Lebih-lebih lagi, apabila saya sendiri juga menerima sedikitsebanyak kesakitan sepanjang terma Abdullah yangsingkat. Saya tinggal tempoh khidmat agak-agak setahunlebih sebelum saya mencecah umur persaraan 55 tahunberdasarkan undang-undang. Semenjak sayamengharungi pelbagai rintangan pada tahun-tahun yangsebelumnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar.Simpanan yang saya mampu kumpul sepanjang 30 tahunini sudah memadai. Saya tidak mempunyai tanggunganlagi. Tradisi menukar pihak pengurusan media sebelumperlaksanaan rejim baharu tetap diikuti. Para pengkritikatas talian yang telah membina dasar yang kukuh sejakpenentangan Mahathir terhadap Abdullah telah punbersiap sedia untuk menjadikan pertubuhan mediatersebut milik mereka. Dalam pada suasana yangmenggentarkan itu, tatkala tahun 2008 atau 2009, sayaterserempak dengan salah seorang penulis blog yangbaharu lagi terkenal sedang bersiar-siar dengan anak-anakdewasanya di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar.Saya tersentak melihatnya dan teringin sangat untuk 32

Pak Lahmengelaknya. Namun, usaha saya sia-sia sahaja apabiladia menegur saya dengan penuh semangat. Tatkala anak-anaknya berundur ke belakangnya, dia menurunkannadanya seolah-olah ikhlas mengatakan, “Kamu mestifaham.” Kata-kata ini sudahpun banyak kali saya dengari,manakan tidak? Setakat yang saya faham mengenainyaadalah agendanya untuk kembali menguasai pertubuhan-pertubuhan media yang telah lenyap daripadagenggamannya semasa Pak Lah menggantikan pihakpengurusan pada masa itu. Satu-satunya perkara yangsaya tidak faham adalah sebabnya membalas dendamtersebut terhadap saya tanpa belas kasihan.Lalu muncullah sebab-musababnya. “Kamu boleh kerja di mana-mana sahaja. Sayaperlu menyara anak-anak saya,” katanya. Kata-kata itu tidak patut diungkapkan. Anak-anaknya masih tercegat di sana, kelihatan segak danbergaya tanpa apa-apa tanda masalah kebuluran. Kata-kata yang saya betul-betul ingin luahkan pada masa ituialah, “Awaklah yang hina saya, awaklah yang musnahkankerjaya saya dan ambil alih syarikat saya, hanya keranaawak tak mampu menyara anak?” Namun, saya menahandiri dan akhirnya, menggumam sesuatu sebelummelontarkan senyuman ke arah anak-anaknya laluberedar. Walau bagaimanapun, saya tetap memahaminya.Kami berasal daripada sebuah generasi yang sama.Kamilah antara golongan terawal menerima dasar 33

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiapendidikan khas untuk orang Melayu yang telahdilaksanakan pada tahun 1970-an untuk memberi peluangbaharu kepada bangsa Melayu. Saya antara yang telahdihantar ke luar negara namun dia dan rakannya tidakdipilih lalu menetap di sini. Meskipun begitu, kedua-duakumpulan tersebut menghasilkan keputusan yang samadalam jangka masa tersebut baik luar negara, mahupundalam negara. Walau bagaimanapun, pergolakan generasitelah berlaku dalam pekerjaan yang merupakan suap nasihidup saya. Apabila penghujung kerjaya saya semakinmenghampiri, media aliran umum telah dijadikan sebagaitempat perlindungan sementara bagi mereka yangbergantung kepada ketua-ketua politik sebagai naunganmereka. Sesungguhnya, ketaatan seseorang itu tidak dapatdipersoalkan sehinggalah diuji dengan kemampuannyauntuk menyara keluarganya. Selang beberapa minggusahaja sejak kami bertemu, dia datang menghiasipekarangan syarikat dengan sebuah BMW terbaharu,entah X5 atau 6 sirinya untuk melagakan kuasanya kepadaorang-orang bawahannya yang baru dilantik. Untuk hari-hari yang seterusnya, sayamenghabiskan sisa-sisa kerjaya saya yang telah bermulasejak pemerintahan Tun Hussein Onn, Perdana MenteriMalaysia yang ketiga sehinggalah era Tun Dr MahathirMohamad lalu kecundang di bawah pemerintahan yangkelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya tamatdengan penuh rasa malu di bawah pemerintahan yangkeenam, Datuk Seri Najib Razak. Sekali lagi, saya 34

Pak Lahmenyaksikan piano calliope ditarik keluar untukdimainkan sempena upacara untuk meraikan pemimpinMalaysia dan isterinya. Malangnya, suara yangberkumandang datang dari pengurus-pengurus editorialyang tidak mampu bertutur menggunakan ayat yangsempurna bahasanya. Setiap hari yang menjelang umpama penentanganterhadap usaha dan azam saya selama ini dalam kerjayasaya. (“Kamu mesti faham.” “Saya dipaksa oleh ketuaeditor yang baharu sekali lagi.” “Kamu bukan jenis Melayuyang sepatutnya.”) Tatkala seorang kerani datang berlaritergesa-gesa ke meja saya beberapa minggu sebelum harijadi ke-55 saya, saya melepaskan nafas lega apabiladiberitahu bahawa saya mempunyai cuti tahunan selamakira-kira sebulan untuk dihabiskan sebelum berhentikerja. Dengan itu, saya juga dimaklumkan bahawa mingguyang seterusnya merupakan minggu terakhir saya bekerja.Tersebutlah penutupan tirai kepada 30 tahun kerjaya sayaberkecimpung dalam dunia kewartawanan. Sudah tentu kisahnya tidak berakhir begitu sahaja,terutamanya apabila melibatkan kisah hidup yang sebenarwalaupun rejim pemerintahan, kerjaya, kisah cinta dannyawa telah berakhir. Tidak ketinggalan matlamat danharapan juga. Semua itu berakhir jua. Tetapi, kisah ceritaberlangsung selama-lamanya dan dapat diabadikan. Sayabersyukur kerana dapat hidup menerusi kisah-kisahtersebut. Tiada apa-apa yang tertinggal lagi. Sepanjangperjalanan keluar saya dari Balai Berita untuk kali yang 35

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaterakhir, menggunakan jalan yang saya biasa gunakanmelepasi pintu masuk kakitangan menuju ke lorongbelakang Bangsar lama, saya hanya mampu terimbaskembali takdir yang telah menimpa saya dan rintanganyang terpaksa saya harungi dalam jangka masa lapantahun tersebut, terutamanya semasa fasa terakhir kerjayasaya yang sepatutnya berakhir dengan gilang-gemilangnya. Apakah sebabnya saya kembali ke sebuahinstitusi pertubuhan kewartawanan aliran umum Malaysiauntuk dekad terakhir kerjaya saya sehingga saya sanggupmenerima syarat-syarat yang menyakitkan hati saya dancekal mengharunginya sehingga garisan penamat? Dua buah pesawat menghempas ke arah menaraPusat Dagangan Dunia di New York. 36

2 _________ PERISTIWA 9/11September 2001NEW YORK DITIKAMHari tersebut sepatutnya kelihatan sama sahaja sepertihari ini dengan langit terbentang luas yang nun biru lagicerah. Namun, hari ini angin bertiup sepoi-sepoi bahasamenyusuri ruang legar kosong di atas tapak kedua-duamenara tersebut. Hanya enam tingkat sahaja daripada110 yang tinggal. Enam tingkat itu tertimbun di atassisa-sisa runtuhan yang berselerak di atas daratan.Orang ramai datang berkerumun berjalan mengelilingitempat kejadian yang sedih lagi suram tersebut. Merekatercegat di situ tanpa sebarang kata-kata sambilmenyalakan lilin dan menggantungkan patung mainanpada pagar-pagar yang dicantum bersama. Lalu,dipahat pula nama mereka dan isi hati masing-masingpada dinding peringatan. Kelihatan seorang wanitaterkilan. Air matanya yang jatuh membasahi pipi 37

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiabersinar tatkala terkena pancaran cahaya mataharipada musim bunga itu. Gambar-gambar tersebut antarayang paling indah ditangkap oleh para jurugambarkerana kata-kata hanya umpama tin kosong. Debu danasap berkepul-kepul di atas timbunan puing tersebut.Burung merpati terbang menyusuri ruang kosongantara bangunan di situ. Di sebalik pagar yang dihiasidengan tirai peringatan dan kalungan bunga,tersembunyi sebuah bangunan di bawah jala hitam yangterhuyung-hayang dibuai angin. Kepulan asap yangsemakin menaik diiringi oleh angin ke dalam ruang legarManhattan bertemankan suatu bau pekat yang tidakdisenangi, bau sulfur. Terdapat para penjaja yang menjual cenderahatiseperti gambar, buku, dan topi besbol yang bertulisNYPD dan FDNY. Seorang wanita berbangsa Laostersenyum menjual lencana enamel bendera Amerika.Seorang lelaki berbangsa Itali pula menjual benderaAmerika Syarikat untuk 3 dolar sebatang. Sepasangsuami isteri berbangsa Cina sedang menjual kaligrafi disebelah sebuah pusat sembahyang yang didirikan olehsekumpulan pemuda beragama Kristian dengan matayang penuh belas kasihan. Namun begitu, doa-doa yangdicurahkan hari demi hari, diiringi dengan ujaran-ujaran yang tajam. Papan tanda jalanan dan Gereja St. Paul disalutidengan abu kelabu yang lama-kelamaan menjadi 38

Peristiwa 9/11ketulan debu yang mula merekah. Seakan-akan kainkapan yang dipakai sebagai perisai kegagahan. Sebuahpesawat membelok dan memanjat menyusuri bangunanLa Guardia. Penumpang-penumpangnya kagum melihatsuria memancar, namun di luar tingkap, merekatergamam melihat lubang besar yang terbentuk di dalambenak Bandar New York. Pemandu teksi berbangsa Romania bertanya tentangasal-usul saya lalu saya menjawabnya. Matanyabertemu tenungan saya pada cermin pandangbelakangnya. Lalu ditanya, “Apakah yang tak kenadengan kamu semua?”BILIK SAYA BERADA BERSEBELAHAN dengan bilik TVdi Kolej Kediaman Iowa dalam universiti, bandar dannegeri yang masing-masing digelar nama Iowa juga. Jadi,sayalah orang pertama yang dikejutkan oleh NikolaiGrozdinski selepas fajar menyinsing pada hari Selasa yangbertarikh 11hb September 2001 tersebut. Dia ketuk pintusaya dengan kuat sambil melolong, “New York telahdiserang!” Lalu, saya membuka pintu saya dan melihat pemuisiberbangsa Bulgaria tersebut melonjat-lonjat dalamkeghairahan. “New York diserang!” bisiknya lagi denganmata hijaunya yang memancar. Saya sebenarnya lebihrisau bagi pihaknya. Keajaiban realisme dalam penulisan fiksyennya amatmemukau, namun sememangnya bukan sembarangan 39

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiaorangnya jikalau dia mampu mengungkapkan pepatah„Conundrum Delirious‟ sehingga membuatkan saya seringtertanya-tanya tentang perkara yang berlegar dalambenaknya. Pagi-pagi lagi wajahnya terbenam di depanmuka saya. “Tengok itu! Tengok itu!” katanya sambilmenuding jari ke arah TV yang terletak di seberangkoridor. Saya melihat dengan mata yang masihmengantuk. Asap yang tebal berkepul-kepul keluar darisalah satu menara Pusat Dagangan Dunia di New York.Lantas, Nikolai berlari sepanjang koridor sambilmengetuk pintu pada belah kiri dan kanan, yaknimengejutkan semua orang dengan lolongannya, “NewYork telah diserang! New York telah diserang!” Mana-mana manusia yang terdengar mesti akanmempercayai bahawa New York telah diserang tanpa was-was. Satu demi satu dan kemudian beberapa orang lagi,rakan sekerja yang turut bersama saya dalam ProgramPenulisan Antarabangsa Universiti Iowa, sekaligusbergegas masuk ke dalam bilik rehat semasa saya sedangterpaku di depan kaca TV. Penulis novel, Khin Lay Nyodari Burma dan Shashi Warrier dari India muncul tepatpada saat pesawat kedua terbang melepasi Sungai Hudsonlalu menghempas ke dalam menara yang kedua. Lay Nyotergamam lalu tidak sanggup melihat lagi. Shashi pulahanya sempat terlafaz, “Oh, Tuhan.” Tatkala menara yang pertama roboh, kira-kirasebahagian daripada kami terkelu menonton malapetaka 40

Peristiwa 9/11tersebut. Sebaik sahaja menara yang kedua runtuh, kamiterpinga-pinga dalam kehairanan. Adakah beberapa orangpenulis dan pemuisi dari pelbagai negara berada di dalamsebuah bilik pada masa yang sama itu sedangmenyaksikan dunia kiamat? Terkilas penulis yangkehilangan kata-kata, pemuisi yang ketandusan erti katadan penulis drama yang kebuntuan jalan cerita? Kamiberasa teraniaya, marah dan hampa. Lantas, terdengarkata-kata sumpah dan fitnah melayang di udara. Sedu-sedan datang mengikuti. Kamilah penghuni-penghuni dimuka Bumi ini dan hanya satu sahaja yang kami tahu iaitusegalanya sudah berubah. Berikutan peristiwa tersebut, keluarga karyawan iniporak-peranda jadinya. Belum lagi mencecah dua minggusejak kami tiba dari pelbagai pelosok dunia untukberkumpul bersama-sama sebagai penulis pelawat selamatiga bulan di Universiti Iowa, harapan kami untukberselindung di bawah pohon sastera yakni untukmengelakkan diri dari dunia nyata demi bertukarpandangan duniawi untuk menghasilkan secebis karyaasli, baik puisi mahupun cereka ternyata sudah hancur.Semuanya menjadi tunggang-langgang dalam sekelipmata sahaja, terutamanya bagi keempat-empat orangMuslim dalam kalangan kami. Ghassan Zaqtan, penulisnovel berbangsa Palestin, Aida Nasralla, penulis dramadari Israel, pemuisi berbangsa Indonesia, Sitok Srengengedan saya sendiri. Sayalah satu-satunya daripada merekayang menulis dalam bahasa Inggeris, sayalah satu-satunya 41

Peninsula: Sebuah Kisah Malaysiawartawan di situ dengan ketinggian yang tidak dapatdisembunyikan juga. Oleh sebab itu, saya jugalah yangdihumban dengan pelbagai pertanyaan dan desakan untukmenerangkan diri saya, bangsa saya, agama Islam dansebab semua ini telah terjadi. Lantas, saya menjawab, “Pertama sekali, kami harusmengimbas kembali kepada Desakan Firaun, Bidaah Pausyang Terpesong dan Sejarah Pertubuhan Freemasonryterdahulu, dan mengikut turutan tersebut…” Matamemancar ke arah saya. Peristiwa-peristiwa tersebut yangmerupakan akar tunjang sejarah sehingga hari iniberbunyi seakan-akan tajuk novel Robert Ludlum. Walaubagaimanapun, masa tidak mengizinkan saya untukmenerangkan dengan lebih teliti sebab AyatollahKhomeini dari Iran memanggil Amerika Syarikat sebagai„Syaitan Terunggul‟, mencetuskan huru-hara danmembiarkan jihad merebak serata dunia. Seperti yang anda boleh jangkakan, Bandar Raya Iowamerupakan sebuah pekan kolej yang sunyi dan tenteramdi Barat Tengah Amerika. Universiti Iowa bersempadansebuah lembah sungai yang cetek. Tanah-tanah disekitarnya yang terbentang luas dipenuhi oleh ladangjagung dan ladang ternakan haiwan. Semangat orangputih di sana tidak dapat dipertikaikan. Lebih-lebih lagi,mereka beragama Kristian dan rata-rata masihmempunyai fikiran yang kolot. Saya pernah bersua denganmereka di persidangan, perbincangan panel danwawancara radio. Kami pernah dibawa sekitar Iowa untuk 42


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook