7/14/23, 2:12 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar dijalankan, saya mendapat kesedaran baharu dimana saya perlu bersedia dari segi menyiapkan slide pembentangan yang lebih melibatkan grafik, animasi dan lain- lain. Selain itu juga, perlu memberikan mereka game seperti quizziz atau kertas soalan pengukuhan agar menguji pelajar apa yang mereka pelajari hari ini mereka telah memahami sepenuhnya. 4. Cadangan / Tindakan Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu belajar untuk menambahkan pengetahuan untuk menjadi seorang guru terutama berkaitan hal-hal sekolah dan kaedah-kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut pelajar. RPH juga sangat penting dibuat sebelum memulakan kelas agar kelas yang dijalankan ceria, harmoni dan seimbang. Secara keseluruhan, proses PdP berjalan dengan baik dan lancar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 13-04-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 25-03-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=34558&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 2
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 27-03-2023 - 31-03-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KEDUA - Menjaga koperasi bagi kemasukkan pelajar-pelajar baru bagi pengedaran buku pembelajaran, baju dan lain-lain. - Menjaga peperiksaan percubaan bahasa melayu kertas 1. - Penyediaan RPH bagi subjek kursus ETE4012 pada hari jumaat. - Kemaskini EPLM bagi log harian dan rifleksi. - Membuat skema jawapan bagi ujian teori dan amali. Bisikan Hati : Pada minggu ini pelatih dapat merasai bagaimana pengalaman menjaga koperasi bagi pendaftaran pelajar-pelajar tahun 1 yang baru mendaftar. Selain itu juga mendapat pengalaman baharu menjaga peperiksaan bagi subjek kursus elektif iaitu bahasa melayu kertas 1. Ini memberikan pengalaman baru kepada guru pelatih yang mencari pengalaman di dalam sekolah yang di pilih. Secara keseluruhanya ianya memberikan satu pengalaman beharga buat bakal guru di masa hadapan kelak dalam pengurusan dan seharian waktu kerja di sebuah sekolah. Menganalisis / Menilai : Seperti minggu 1 dan pada minggu 2 ini juga guru pelatih dapat menilai dimana pelajar cepat bosan apabila belajar subjek berkaitan dengan teori. Jadi penilaian REFLEKSI : dibuat dimana pelajar perlu sering diberikan sesuatu tugasan yang mereka boleh kekal bersedia seperti kuiz ringkas atau soalan pemamtapan diri mereka. Selain 1.Bisikan Hati itu juga boleh mengadakan bahan-bahan ABBM yang bersifat visual atau grafik 2.Menganalisis/Menilai yang mereka boleh lihat atau pegang dan melalui perkara tersebut terdapatnya 3.Kesedaran Baru soal jawab antara pelajar dan guru. 4.Cadangan/Tindakan Kesedaran Baru : Melalui hasil menganalisis dan menilai, bagi kelas berikutnye guru pelatih mencuba menyediakan satu ABBM bagi melihat keaktifan pelajar dalam menjayakan sesi PdP dan menampakan sesi PdP lebih menarik. Selain itu juga, kesedaran lainnya adalah apabila mendapati pelajar akan lebih aktif apabila guru pelatih juga aktif. Lain-lain kesedaran adalah memantapkan lagi cara penyampaian guru pelatih dan cara komunikasi bersama pelajar. Cadangan / Tindakan : Cadangan bagi kelas berikutnya bersama pelajar adalah dengan mengadakan sesi PdP yang bersifat didik hibur iaitu mendidik sambil berhibur. Sebagai contoh dengan menyuruh pelajar melakukan pengujian pada suis dihadapan kamera dan akan dilihat oleh rakan-rakan kelas. Jika terdapat kesalah, pelajar lain yang mengetahui atau guru akan membantu memperbetulkan. Mungkin dengan cara itu menjadikan pelajar lebih aktif dan segar sesama kelas dijalankan. eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=34693&ya=5&k=0 1/2
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 13-04-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 01-04-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=34693&ya=5&k=0 2/2
MINGGU 3
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 03-04-2023 - 07-04-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KETIGA REFLEKSI : 1. Penyiapan bahan bagi PdP. 2. Kemaskini sistem EPLM. 3. Membuat RPH. 4. Menjadi guru bertugas selama seminggu. 5. Talimat pendaftaran guru pembimbing. 6. Melihat pameran projek akhir 2DVM ETE. 1. Bisikan Hati : 1.Bisikan Hati Pada minggu ini guru telah lebih bersedia dalam sesi PdP dijalankan. Semua 2.Menganalisis/Menilai aktiviti PdP dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif. Pada minggu ini 3.Kesedaran Baru juga pemantauan dari guru pembimbing telah dibuat. semasa sesi komen. Guru 4.Cadangan/Tindakan memuji tahap pengawalan kelas. Namun begitu pada diri sendiri terdapat beberapa perkara pada diri sendiri yang perlu diperbaiki juga dari segi itonasi suara, ketegasan pada pelajar dan lain-lain perkara melibatkan aktiviti guru dan pelajar. Selain itu juga, pada minggu ini saya telah mencuba perkara baru iaitu menggunakan camera sebagai ABBM untuk memudahkan pelajar melihat di depan secara LIVE apa yang guru tunjukkan. Sebab dengan bilangan pelajar yang ramai dan kekurangan bahan menyukarkan guru untuk menunjukkan satu persatu. Minggu ini juga guru pelatih mendapat pengalaman baru apabila ditugaskan sebagai guru pelatih seperti menjaga pagar utama pada waktu pagi, surau dan dewan makan bagi memastikan pelajar mengikut peraturan KVPD iaitu datang tepat waktu, pelajar muslim semua ke surau waktu solat dan tempat makan di dewan makan terkawal. Akhir sekali, saya berpeluang melihat bagaimana pelajar 2DVM ETE membentangkan projek akir mereka dengan baik. 2. Menganalisis / Menilai : Dari hasil komen dan penilaian guru pembimbing, saya menilai diri saya dimana saya juga perlu melatih diri agar dapat bercakap dengan lebih jelas agar pelajar lebih dapat mendengar dengan teliti. Walaupun saya sering menanyakan kepada pelajar di belakang samada dengar atau tidak suara saya, tetapi sebagai guru perlu memastikan mempunyai lontaran suara jelas yang mudah difahami pelajar. Selain itu juga, saya juga perlu memastikan walau dengan ketiadaan RPH seperti contoh menggantikan kelas, saya perlu mahir dalam mengawal situasi atau suasana di dalam kelas suapaya lebih terkawal iaitu tidak bising dan pelajar tidak berkeliaran. Antara lain adalah apabila kekurangan bahan dan peralatan. Guru pelatih telah memikirkan idea untuk mengatasi masalah bagaimana cara mudah untuk menjalankan sesi PdP bagi pelajar mendapat input yang sama dengan menggunakan camera sebagai ABBM. Bagi menilai guru bertugas, ianya pengalaman baik untuk saya bagi menguji diri saya berhadapan dengan pelajar bermasalah dari segi disiplin iaitu pelajar datang lewat dan ponteng sembahyang. Saya berpeluang untuk menilai sendiri projek akhir mereka dan memberikan pendapat saya. Ianya menjadikan saya berpeluang berkongsi maklumat dan idea. 3. Kesedaran Baru : Kesedaran yang saya perolehi semasa minggu ke 3 ini adalah apabila saya tahu bagaimana menunjukkan ekspresi serius atau \"in character\" bagi berhadapan dengan pelajar. Selain itu juga, saya menyedari tanggungjawab seorang guru itu bukanlah guru semata-mata. Tetapi juga adalah tanggungjawab mendisiplinkan pelajar. Semua guru adalah guru disiplin. Lain-lain kesedaran baru apabila saya dapat menegur pelajar yang masalah dan juga dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan. Kesedaran dalam PdP apabila cara menggunakan camera eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=34695&ya=5&k=0 2/3
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar sebagai ABBM untuk memaparkan secara langsung amali di hadapan layan screen menggunakan projektor mendapat komen positif dari para pelajar dan cara ini boleh terus digunakan. 4. Cadangan / Tindakan : Cadangan atau tindakan, selaku guru bertugas pada minggu ini, saya telah meminta palajar yang lewat untuk mencatitkan nama mereka. Ianya bertujuan bagi melihat rekod pelajar jika memang sering lewat ke sekolah. Selain itu juga bagi sesi PdP saya, saya telah Menggunakan Camera bersama projektor bagi membantu pelajar agar lebih mudah memahami. Ini kerana kekurangan peralatan bahan ABBM. Dengan bilangan pelajar yang ramai menyukarkan guru untuk menerangkan kepada satu persatu kumpulan. Apa yang saya cuba buat adalah dengan menggunakan camera dan paparkan pada layan projektor dan dengan cara ini pelajar dapat melihat dengan jelas tanpa perlu bangun ke hadapan untuk melihat. Malah pelajar dapat berbincang secara terus dengan guru. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 13-04-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 08-04-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=34695&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 4
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 10-04-2023 - 14-04-2023 TAJUK : RIFLEKSI MINGGU KEEMPAT - Menjaga peperiksaan PERISTIWA : - Menjalan sesi PdP Amali dan Teori - Majlis berbuka puasa bersama cikgu lelaki KVPD REFLEKSI : Bisikan Hati : 1.Bisikan Hati Minggu ini merupakan minggu keempat sebagai guru pelatih yang menjalani 2.Menganalisis/Menilai latihan mengajar di kolej vokasional port dickson. Pada minggu ini pelatih telah 3.Kesedaran Baru lebih serasi dan mengetahui selok belok suasana di kolej vokasional port dickson. 4.Cadangan/Tindakan Pada minggu ini juga pelatih banyak terlibat dengan tugas penjagaan peperiksaan bagi tahun 1. Ianya memberikan pengalaman baru buat pelatih apetah lagi apabila diberikan amanah untuk berucap untuk memberi taklimat peperiksaan kepada pelajar tentang peraturan-peraturan sebelum memulakan peperiksaan di dewan seri gemilang. Bagi sesi Pdp pula berjalan seperti biasa seperti yang telah dirancangkan. Kesemua sesi PdP berjalan baik dan mencapai objektif pembelajaran. Selain itu juga, pada minggu ini juga terdapat majlis berbuka puasa bersama guru-guru lelaki kvpd. Ini memberikan peluang untuk beramah mesra dan bersuai kenal dengan guru-guru yang ada di kvpd bagi mengeratkan hubungan silaturahim. Menganalisis / Menilai : Guru pelatih dapat menilai dimana sesi PdP pada bulan ramadhan (puasa) merupakan bulan yang mencabar bagi para pelajar apatah lagi apabila kelas yang melibatkan amali. Terdapat satu kelas pada hari selasa dimana kelas membuat ujian rintangan pembumian dilakukan di tanah lapang sekitar bengkel teknologi elektrik. Pada pagi tersebut juga hari selasa merupakan hari yang cuacanya panas. Ianya membuatkan pelajar cepat letih dan kelihatan penat. Jadi guru menyegerakan amali tersebut bagi pelajar berasa selesa dengan sesi pelajaran selanjutnya. Seterusnya berkaitan dengan menjaga peperiksaan, guru dapat menilai tingkah-laku pelajar yang menjawab peperiksaan dimana dari sini saya dapat menilai diri saya semasa menjawab peperiksaan dahulu. Terdapat pelajar yang menoleh kebelakang, yang berbual secara perlahan dan bermacam lagi perangai pelajar. Namun sebagai pengawas peperiksaan, saya perlu memerhati dan bertimbang rasa keatas tingkah laku pelajar selagi ianya tidak membuat perkara yang betul-betul melanggar peraturan peperiksaan seperti mencari peluang untuk meniru dan seangkatannya. Kesedaran Baru : Kesedaran baru yang saya perolehi pada minggu ini antaranya ialah bagi memastikan pelajar tidak tidur semasa sesi PdP dijalankan terutama pada bulan ramadhan (puasa), guru pelatih perlu memperbanyakkan soal jawab antara guru dan pelajar. Ini menjadikan pelajar perlu kekal fokus kerana bimbang jika tidak dapat menjawab pertanyaan guru. Antara lainnya juga, guru mengenakan denda kepada pelajar yang tidur di dalam kelas seperti melompat bintang agar pelajar melakukan aktiviti senaman dan membuatkan pelajar kembali segar. Bagi kesedaran menjadi pengawas peperiksaan, kesedaran yang diterima apabila pelajar memulakan peperiksaan yang besar perlu menyemak nama, no kad pengenalan dan no angka giliran pelajar. Ini bagi memastikan pelajar yang menjawab kertas tersebut adalah pelajarnya dan bukan dari pelajar lain. Kerana ini pelajar diminta untuk mengemukakan slip kertas peperiksaan dan kad pengenalan semasa masuk ke dewan. eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35143&ya=5&k=0 2/3
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar Cadangan / Tindakan : Cadangan atau tindankan yang boleh dibuat pada minggu ini adalah, Guru telah melebihkan sesi soal jawab dan mencuba untuk memantapkan lagi set induksi semasa sesi PdP agar set induksi yang dibuat adalah berkait dengan isi pelajaran. Selain itu mungkin boleh perbanyakkan aktiviti seperti game bersifat animasi agar pelajar dapat tengok dan menjawab. Ini kerana jika kelas melibatkan teori sahaja, pelajar akan lebih cepat mengantuk dan bosan apatah lagi dalam bulan ramadhan (puasa). Keseluruhan sesi PdP pada minggu ini berjalan dengan baik dan segala aktiviti yang dilakukan pada minggu ini menjadi satu nilai tambah bagi seorang guru pelatih untuk merasai pengalaman sebenar pada masa akan datang. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 09-05-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 15-04-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35143&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 5
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 17-04-2023 - 18-04-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KELIMA REFLEKSI : - Guru pelatih membuat pendawaian di bengkel MPI (Kimpalan) - Menghadiri program takbir raya bersama guru-guru dan warden. - Menghadiri majlis berbuka puasa di dewan makan bersama guru-guru dan warden. - Menyiapkan RPH bagi sesi PdP kelas ETE4023 (Imbas pengajawan lepas). - Memanggil pelajar-pelajar yang tidak menyiapkan lagi kertas-kertas tugasan. - Mengajar pelajar cara menggunakan RCCB tester. Bisikan Hati: 1.Bisikan Hati Pada minggu ini merupakan minggu dimana hanya akan berlangsung sesi 2.Menganalisis/Menilai persekolahan dua hari sahaja sebelum pelajar dibenarkan untuk cuti raya. Namun 3.Kesedaran Baru pada pengalaman guru-guru yang ada mengatakan dimana pada minggu ini 4.Cadangan/Tindakan kebiasaannya sesi PdP kurang mendapat sambutan pelajar kerana para pelajar sedang bersedia untuk bercuti dan dalam keadaan \"mood\" raya. Mendengar cerita dari pengalaman dari guru yang telah lama disitu, saya dapat melihat sendiri dimana pada hari isnin 7 orang pelajar tidak hadir di dalam kelas saya manakala keesokkan harinya selasa seramai 20 orang tidak hadir. Namun begitu, sebagai guru pelatih sesi PdP perlu dijalankan mengikut RPH yang telah dibuat agar perjalanan sesi PdP berjalan lancar dan mencapai objektif. Ini kerana guru pelatih juga tidak boleh mensia-siakan pelajar yang telah hadir untuk menuntut ilmu. Pada minggu ini juga, saya telah membuat satu projek sumbangan di bengkel MPI (kimpalan) iaitu melakukan pendawaian \"distribution board\" atau kotak fius agihan kerana pendawaian asal telah dibuka bagi membuang soket alir keluar yang lama yang tidak digunakan lagi. Secara tidak langsung juga saya sebenarnya telah diberikan kepercayaan untuk melakukan kerja ini dan secara tidak langsung juga dapat mengasah semula kemahiran saya sebagai orang elektrik dan guru pelatih. Antara lainnya juga, saya juga berpeluang untuk turut serta dalam program takbir raya bersama cikgu-cikgu (G4) dan warden-warden asrama yang dibuat di Surau KVPD. Saya juga berpeluang berbuka puasa bersama para guru, warden dan pelajar di dewan makan KVPD. Akhir sekali, sesi PdP yang dijalankan pada minggu ini adalah bagi subjek ETE4023 dimana saya telah mengajarkan dengan lebih terperinci mengenai RCCB iaitu bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana menguji kebolehfungsian RCCB tersebut. Pelajar juga diminta untuk melengkapkan segala kertas tugasan yang tertinggal semasa pelajar tidak hadir ke kelas. Segala aktviti yang dijalankan pada minggu ini berjalan dengan baik. Menganalisis / Menilai: Pada minggu akhir sebelum pelajar mula bercuti, saya dapat menilai dimana mood pelajar untuk menerima ilmu telah kurang kerana pelajar semua tidak sabar untuk bercuti apatah lagi cuti berhari raya. Selain itu juga, bagi kelas hari isnin para pelajar amat penat kerana kelas bermula dari pagi sehingga rehat. Jadi semasa sesi PdP dijalankan ada pelajar yang ingin tidur. Namun sebagai guru pelatih saya perlu peka dan memastikan pelajar tidak tidur di dalam kelas apatah lagi semasa sesi PdP sedang berjalan. Pada minggu ini juga saya dapat menilai atau menganalisis dimana apabila guru pelatih melibatkan aktiviti atau program yang dijalankan di KVPD, secara tidak langsung ianya mengeratkan hubungan antara guru pelatih dan guru sebenar. Ini menjadikan guru pelatih dan guru sebenar dapat menjalankan komunikasi yang baik antara satu sama lain. Kesedaran Baru: eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35297&ya=5&k=0 2/3
7/14/23, 2:13 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar Kesedaran yang saya dapat disini, pada minggu sebelum pelajar cuti, guru tidak boleh memberikan input berkenaan dengan teori semasata-mata kerana mood pelajar pada masa ini sedang kearah lain (bercuti raya). Jadi sebagai guru pelatih pada minggu ini mungkin perlu lebih banyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar bersama guru. Ini membolehkan pelajar lebih fokus untuk menuntut ilmu. Selain itu juga, mungkin guru juga perlu lebih berpusatkan murid. Ini menjadikan kelas lebih banyak soal jawab. Pelajar akan lebih aktif. Guru juga boleh memperbanyakkan lagi permainan seperti kuiz yang bersifat animasi. Ianya akan menarik minat pelajar. Selain dari pada sesi PdP, kesedaran lainnya adalah mengenai aktiviti guru pelatih sendiri melibatkan diri dengan guru-guru lama dalam apa juga program yang ada. Ini menjadikan silaturahim dan hubungan antara guru pelatih dan guru di situ menjadi erat dan secara tak langsung terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh kita perolehi darinya. Cadangan / Tindakan: Seperti yang diceritakan pada kesedaran baru mengenai sesi PdP berpusatkan murid, bagi menjadikan kelas lebih aktif guru pelatih perlu memperbanyakkan sesi permainan seperti kuiz animasi agar pelajar dapat menjawab dan memberikan respon secara tidak langsung kelas lebih aktif. Cadangan atau tindakan lainnya, guru pelatih perlu lebih aktif juga menyertai kumpulan guru-guru lama. Namun begitu guru pelatih perlu ingat seperkara dimana mendekati guru-guru yang ada adalah bertujuan mencari pengalaman, ilmu pengetahuan dan berkaitan dengan perkara-perkara persekolahan. Guru pelatih tidak digalakan untuk menyertai bagi cerita-cerita seperti \"membawang\" atau bergosip atau mengata buruk tentang guru-guru lain. Ini boleh menjejaskan kebolehpercayaan seseorang terhadap guru pelatih. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 09-05-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 19-04-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35297&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 6
7/14/23, 2:14 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 24-04-2023 - 28-04-2023 TAJUK : RIFLEKSI MINGGU KEENAM - CUTI HARI RAYA AIDILFITRI - PERISTIWA : REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai - CUTI HARI RAYA AIDILFITRI - 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 09-05-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Selamat Hari Raya. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 23-05-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35425&ya=5&k=0 1/1
MINGGU 7
7/14/23, 2:14 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 01-05-2023 - 05-05-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KETUJUH REFLEKSI : - Penyiapan RPH bagi subjek ETE4023 dan ETE4012 bagi sesi PdP pada hari selasa dan jumaat. - Penyiapan Slide pembentangan sesi PdP bagi kedua subjek tersebut. - Menjaga peperiksaan bagi pelajar DVM untuk subjek Baik Pulih Kerosakan Peralatan Elektrik di Dewan Seri Gemilang DSG. 1. Bisikan hati. 1.Bisikan Hati Pada minggu ini, kelas iaitu sesi PdP hanya dapat dijalankan pada hari selasa dan 2.Menganalisis/Menilai jumaat sahaja. Ini kerana kelas sepatutnya hari isnin pelajar masih bercuti 3.Kesedaran Baru memandangkan tarikh tersebut 1 mei 2023 merupakan hari pekerja. Selain itu 4.Cadangan/Tindakan juga, kelas pada hari selasa terdapat ramai pelajar yang tidak hadir kerana masih bercuti raya memandangkan hari rabu merupakan hari wesak. Pada sesi PdP minggu ini guru pelatih telah mengfokuskan topik pengujian kerana pengujian merupakan soalan yang gemar keluar sewaktu penilaian akhir. Keseluruhan sesi PdP dapat dilaksanakan mengikut RPH. Guru juga telah mendapat tugasan dimana guru perlu menjaga peperiksaan pelajar diploma teknologi elektrik bagi subjek DEA2323 iaitu baikpulih peralatan elektrik di dewan seri gemilang. Guru berpeluang lagi untuk menjadi pengawas peperiksaan bagi peperiksaan pelajar diploma tahun 1 semester 2. Selain itu juga minggu ini minggu dimana saya sebagai guru pelatih ditugaskan juga untuk menanda kertas-kertas tugasan pelajar. Sesi PdP pada minggu ini dapat dijalankan dengan baik dan keseluruhan mencapai objektif pembelajaran. Pada sesi PdP minggu ini juga, guru telah meminta pelajar untuk membuat pembentangan dihadapan agar pelajar lebih fokus dengan apa yang diajarkan guru. Ini kerana jikalau mereka tidak fokus, mereka tidak tahu apa yang perlu dibentangkan dihadapan nanti. 2. Menganalisis / Menilai. Dalam menganalisis dan menilai, saya dapat perhatikan dimana pelajar-pelajar kolej vokasional kurang mementingkan pembelajaran. Ini kerana sepanjang kelas saya, saya tidak pernah mendapat kehadiran yang penuh. Saya juga dapat melihat pelajar-pelajar yang kerap tidak datang. Apa yang saya dapati pelajar yang kerap tidak datang adalah pelajar yang tinggal diluar asrama. Ada juga pelajar yang suka-suka menambah cuti sendiri. Selain dari itu, menjadi pengawas peperiksaan perlu mempunyai sikap yang tegas agar pelajar lebih mendengar kata-kata guru. Guru tidak boleh hanya duduk sahaja di belakang atau di depan dewan sebaliknya perlu meronda memerhati kedudukan pelajar. Bagi menganalisis diri sendiri, pada minggu-minggu yang berlalu guru pelatih telah berjaya untuk mengawal diri dan lebih berkeyakinan untuk mengajar. Namun begitu dari segi ABBM atau persediaan mengajar, guru pelatih perlu lebih memperbanyakkan aktiviti. Ini kerana pada minggu-minggu sebelum ini guru tidak banyak melakukan aktiviti. Jadi pelajar kurang fokus dan kurang memberikan tumpuan. Bagi pelajar pula, guru dapat melihat dimana pelajar kerap cuba menghafal nota dan mengikut sebiji apa yang diajarkan guru. Jadi guru meminta pelajar untuk tukar konsep jangan menghafal tapi cuba faham kan kerana di sesi PdP mengenai pengujian, pelajar perlu faham apa yang mereka lakukan. 3. Kesedaran Baru. Dari hasil PdP yang dijalankan apabila guru meminta pelajar untuk membuat pembentangan, pelajar jadi lebih fokus dan dengan topik pembelajaran. Ini kerana mereka perlu bersedia untuk membuat pembentangan. Apabila guru meminta pelajar membuat pembentangan, guru dapat melihat pelajar mula mengeluarkan eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35426&ya=5&k=0 2/3
7/14/23, 2:14 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar kertas dan pen bagi mencatat segala nota yang guru tunjukkan. Dengan aktiviti pelajar membuat pembentangan ini juga secara tidak langsung guru dapat menilai pengetahuan pelajar mereka dan dapat menilai interpersonal skill pelajar untuk bercakap dihadapan. Terdapat pelajar yang dapat bercakap dengan cara yang professional sebagai pembentang dan terdapat pelajar yang tidak pandai bercakap. Selain itu juga, guru juga meminta rakan-rakan pelajar yang lain untuk bertanyakan soalan kepada pembentang agar lebih menguji pengetahuan pelajar dalam topik yang telah diajarkan. Ini menjadikan kelas lebih aktif. 4. Cadangan / Tindakan. Hasil dari keseluruhan rifleksi minggu ini. Pada minggu hadapan juga guru akan memperbanyakkan lagi aktivti dengan menjalankan sesi PdP berpusatkan murid dimana pelajar bebas untuk mengemukan soalan atau pertanyaan kepada guru atau rakan. Cadangan dan tindakan minggu hadapan juga hasil dari melihat rifleksi minggu ini, guru akan mengadakan satu kelas amali dan ingin meminta para pelajar yang akan melakukannya sendiri sambil menerangkan kepada guru dan pelajar-pelajar yang lain. Bagi cadangan dan tindakan juga, guru pelatih akan cuba lebih memberikan kefahaman kepada pelajar tentang apa yang mereka pelajari iaitu memahami setiap perkara yang dilakukan seperti cara melakukan ujian keterusan bagi kabel yang jaraknya jauh. Jika pelajar menghafal ianya akan menjadikan \"stuck\" apabila dalam keadaan sebenar pelajar tidak dapt praktikkan apa yang diajarkan guru. Tetapi jika pelajar faham, pelajar akan tahu bagaimana menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya pemikiran kritis. Ini yang guru ingin capaikan kepada keseluruhan pelajar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : 09-05-2023 SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 23-05-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35426&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 8
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 08-05-2023 - 12-05-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KELAPAN REFLEKSI : - Menjadi pengawas peperiksaan bagi pelajar DVM iaitu pelajar diploma tahun 1 semester 2 di dewan seri gemilang KVPD. - Menjadi guru bertugas bagi memantau disiplin pelajar waktu pagi tengah hari rehat dan waktu pulang. - Bersedia bagi pemantauan penyelia dari UTHM untuk memantau guru praktikal pada minggu ke8 ini. - Menanda kertas-kertas tugasan pelajar bagi penilaian berterusan pelajar. - Menyediakan RPH bagi subjek ETE4023 iaitu bagi amali ujian rintangan pembumian. - Mengemaskini keseluruhan EPLM untuk penyemakkan penyelia. - Melaksana persiapan bagi jamuan raya bengkel teknologi elektrik. 1. Bisikan Hati 1.Bisikan Hati Pada minggu ini pelatih dimaklumkan tentang kehadiran penyelia dari UTHM 2.Menganalisis/Menilai bagi memantau pelajar latihan mengajar di sekolah. Pada minggu ini juga 3.Kesedaran Baru merupakan minggu terakhir sesi PDP bersama pelajar SVM tahun 2 semester 4. 4.Cadangan/Tindakan Pada hari isnin dimana terdapat sesi PdP jika mengikut jadual namun sesi PdP tidak dijalankan kerana pelajar menduduki kertas peperiksaan bahasa melayu bertutur. Bagi kelas-kelas pada hari lain berjalan seperti biasa. Pada minggu ini juga, pelatih berpengalaman bagi membuat skema pemarkahan bagi kertas penilaian pengetahuan ETE 4023 dan berpeluang menyemak dan menanda kertas tersebut. Secara tidak langsung menjadikan guru dapat menilai sendiri tahap pengetahuan pelajar dalam pembelajarannya. Selain daripada itu juga, pelatih menjadi pengawas peperiksaan bagi program DVM di dewan seri gemilang. Pada hari selasa iaitu sesi PdP, pelatih telah dipantau oleh penyelian latihan mengajar iaitu Dr Syamimi. Hasil dari penilaian beliau, beliau memuji cara pelatih mengawal kelas dan dapat mengaitkan setiap sesi pelajaran dengan isu semasa. Selain itu juga, penyelia memuji pelatih kerana mampu menggunakan ABBM yang pelbagai bagi melaksanakan kelas dengan jayanya. Namun terdapat beberapa komen beliau iaitu tentang RPH di bahagian objektif. Pelatih perlu mengaitkan ABC. Ini kerana pelatih lebih menekankan tentang AB sahaja iaitu Audient dan behaviour tapi tiada Condition. Lain-lain komen adalah baik dan sangat posotif. Bagi sesi PdP pada minggu ini juga mencapai objektif yang ditetapkan. Antara lainnya juga, pelatih dapat memasuki kelas ganti bagi subjek pendawaian iaitu kelas Cikgu Naveen. Kelas ini adalah kelas kesukaan pelatih kerana dapat melihat sendiri kemahiran pelajar melakukan pendawaian. Selain dapat melihat, pelatih juga dapat berkongsi ilmu dengan pelajar cara melakukan pendawaian. Akhir sekali, pada hari Jumaat. Pelatih telah berjaya menyediakan tempat bagi jamuan raya jabatan dengan bantuan 5 orang pelajar. Pelatih mendapat pujian kerana berjaya melaksanakan program jamuan raya tersebut. 2. Menganalisis / Menilai Pelatih dapat menganalisa tentang komen-komen penambahbaikan berkenaan dengan objektif rph semasa pemantauan penyelia. Setiap objektif perlu mengaitkan ABC iaitu audient, behaviour dan condition. Sebagai contoh. Pelajar dapat menyatakan secara lisan 5 asas pendawaian tanpa melihat nota. Jadi pelatih faham dan akan perbaiki mana yang kurang bagi masa-masa akan datang. Antara lainnya juga, pelatih kerap menjaga peperiksaan. Pelatih tiada halangan untuk menjaga peperiksaan, cuma ia akan menjadi rumit apabila hari ianya menjaga peperiksaan terdapat jadual kelas PdP pada masa tersebut. Jadi ianya memerlukan pelatih mencari guru ganti kelas tersebut. Lain-lain perkara adalah pelatih berjaya mendapatkan pengalaman beharga sepanjang LM dimana berpeluang menjadi eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35586&ya=5&k=0 2/3
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar guru bertugas, pengawas peperiksaan, menyediakan program jamuan raya jabatan, membuat skema markah dan menanda kertas. Ianya boleh digunakan bagi pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang. 3. Kesedaran Baru Kesedaran yang diperolehi adalah apabila terdapat kerja-kerja yang datang secara \"on the spot\" dan perlu dilaksanakan segera. Ini adalah persediaan dari segi mental dan fizikal dan pekerjaan ini perlu dijayakan. Jadi sebagai seorang guru, perlu bersedia dalam apa jua keadaan sekiranya terdapat perkara-perkara yang datang secara tiba-tiba. Lain-lain kesedaran adalah mengenai pembangunan objektif rph yang perlu ditambahbaik. Selain itu juga, pelatih tidak boleh menjadikan komen pujian sebagai satu keselesaan sebaliknya cuba mencari lagi teknik-teknik kearah yang lebih tinggi bagi menunjukkan prestasi yang baik sebagai pelajar/ pelatih latihan mengajar. 4. Cadangan / Tindakan Cadangan atau tindakan yang boleh dibuat bagi aktiviti yang telah terjadi sepanjang minggu ini adalah pembaikian objektif. Ini yang saya tekankan kerana ingin mennghasilkan RPH yang baik. Selain itu juga, setiap pekerjaan perlu dilakukan seawal yang boleh dan jangan dilakukan pada saat akhir kerana kita tidak menyangka kemudian kerja yang akan hadir secara tiba-tiba. Contoh pada minggu ini pelatih terlibat dengan banyak aktiviti di bengkel atau di luar bengkel. Secara kesimpulannya persediaan dari segi mental fizikal perlu ada. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=35586&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 9
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 15-05-2023 - 19-05-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KESEMBILAN REFLEKSI : - Menanda kertas peperiksaan bagi pelajar DVM. - Membuat kelas ulangkaji bagi soala-soalan famous yang sering keluar semasa peperiksaan akhir. - Menyediakan bahan dan peralatan pengujian iaitu insulation tester dan juga multimeter. - Memantau pelajar DVM melakukan ujian amali. - Menyelesaikan kertas kerja bagi program Work Safe School Safe. - Menjadi pengawas peperiksaan di bengkel MTK (kimpalan). 1. Bisikan Hati. 1.Bisikan Hati Pada minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan dilaksanakan selama dua 2.Menganalisis/Menilai minggu. Pelajar-pelajar tahun 2 semester 4 bersedia untuk menduduki 3.Kesedaran Baru peperiksaan penilaian akhir manakala pelajar DVM juga menduduki peperiksaan 4.Cadangan/Tindakan akhir amali. Sesi PdP tidak dijalankan namun sebagai guru praktikal, saya telah mengadakan kelas tambahan atau kelas ulangkaji bagi mendedahkan kepada pelajar soalan-soalan yang kerap ditanya semasa peperiksaan. Dengan ini dapat membantu memperkuatkan daya ingatan pelajar tentang topik yang disangkakan masuk iaitu berkaitan dengan pengujian elektrik. Selain itu juga, sesi ulangkaji ini telah mencapai objektif dimana para pelajar yang hadir pada sesi ulangkaji mereka telah bersungguh-sungguh mengulangkaji. Bagi menguji pengetahuan mereka saya telah meminta mereka untuk menulis semula di papan putih mengikut pengetahuan mereka. Bagi lainnya pula. saya telah ditugaskan bagi menjadi pengawas peperiksaan dibengkel amali MTK iaitu bengkel teknologi kimpalan. Ianya merupakan tugas dan amanah yang perlu saya laksanakan. Pada minggu ini juga saya cuba menyelesaikan segala kertas kerja dan surat jemputan bagi program yang ingin dijalankan. Tidak lupa juga bagi penyediaan peralatan atau bahan bagi pelajar untuk melakukan amali penilaian akhir. 2. Menganalisis / Menilai Minggu ulangkaji pelajar adalah minggu yang penting dimana seharusnya setiap subtopik telah habis diajarkan. Pada minggu ini juga guru boleh mengadakan kelas tambahan tetapi memberikan kelonggaran kepada pelajar yang ingin belajar bersungguh-sungguh atau sekadar mengikuti kelas. Ini kerana minggu ini merupakan minggu beliau mengulangkaji. Namun begitu sebagai seorang guru, saya perlu menarik minat mereka dan memberitahu mereka atau melakukan set induksi yang membuatkan kesemua pelajar bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji mata pelajaran ini. Ini kerana kita tidak boleh membiarkan para pelajar berkhayal di dalam kelas atau tidur. Kesan lainnnya adalah risau apabila ia mengganggu rakan lain yang ingin belajar. Jadi adalah penting bagi memastikan pelajar yang mengikuti kelas ulangkaji ini kesemuanya belajar atau ulangkaji bersungguh-sungguh. Bagi menjadi pengawas peperiksaan di bengkel lain iaitu bengkel teknologi kimpalan MTK adalah bertujuan untuk berlaku adil dimana guru tidak kenal bagaimana tahap kerja tangan pelajar di bengkel-bengkel lain. Jadi ianya menjadikan penjagaan peperiksaan ini telus dan tidak ada kata pilih kasih atau berat sebelah. Selain itu juga, ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh JPP KVPD. Bagi pelaksanaan kertas kerja. Setelah menilai, bagi melaksanakan sesuatu program perlu dibuat sekuranya 2 minggu awal dan tarikh kejadian program 2 minggu selepas bagi menjadikan setiap program yang ingin dilakukan berjalan dengan lancar. Saya juga dapat menilai dimana persediaan bahan atau barang yang betul adalah penting bagi melancarkan penilaian akhir amali. Ini seperti memastikan alatan seperti meter-meter pengujian mempunyai battery yang cukup dan berfungsi dengan baik bagi melancarkan peperiksaan eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36203&ya=5&k=0 2/3
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar mereka. 3. Kesedaran baru. Kesedaran yang diterima pada minggu ini adalah menjadi pengawas peperiksaan bukan sesuatu yang mudah. Ianya memikul amanah yang berat bagi memastikan kesemua pelajar tidak melakukan perkara yang dilarang semasa ujian. Ini kerana peperiksaan amali melibatkan pertukangan dan komunikasi antara rakan seperti ingin meminjam barang dan lain-lain. Walaupun didalam kertas peraturan mengatakan tidak membenarkan komunikasi antara satu sama lain, namun pengawas juga perlu mengambil kira tentang budi bicara dimana selagi ianya tidak mendatangkan kes tiru atau bantu membantu sesama rakan pengawas masih boleh melepaskannya. Bagi pelaksanaan kertas kerja, apa yang saya dapat lihat adalah jika dilakukan saat akhir, ianya akan menjadikan diri sendiri dan pihak pengurusan kelam kabut. Ini kerana apabila melibatkan program di sekolah, terdapat beberapa persetujuan yang diperlukan seperti sign pengarah dan tpa, pengurusan bersama bahagian pengurusan bagi surat jemputan dan lain-lain. Jadi amat penting untuk tidak melakukan semunya di saat akhir. Gunakan masa dengan betul dan rancangan perjalanan program agar setiap yang dilakukan berjalan dengan baik. 4. Cadangan / Tindakan. Kelas tambahan atau kelas ulangkaji boleh diadakan apabila sewaktu minggu peperiksaan dengan mengambil kira jadual waktu pelajar. Sebagai contoh jika pada hari tersebut para pelajar tidak mempunyai apa-apa aktiviti. Jadi kelas boleh dilaksanakan bagi membantu pelajar dalam peperiksaan akhir mereka. Cadangan lainnya juga, tidak semestinya para pelajar perlu mengikuti kelas yang diadakan. Sebagai pembantu warden yang menetap bersama di asrama pelajar, guru menggunakan kaedah lain dengan mengajak pelajar yang ingin belajar untuk berjumpa guru pada waktu yang telah ditetapkan di sesebuah tempat yang boleh digunakan untuk sesi PdP. Selain dari pada itu, bagi pelaksanaan kertas kerja sesuatu program yang ingin dijalankan, perlu dilakukan awal. Ini mengambil kira waktu-waktu orang atasan atau pengurusan dan juga orang luar (jika terlibat) untuk mendapatkan sign atau masa yang bersesuaian. Jika tidak kebiasaanya akan menyukarkan kesemua pihak malah program akan berlaku dengan kelam kabut kerana tiada persiapan yang rapi. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36203&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 10
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 22-05-2023 - 26-05-20233 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KESEPULUH REFLEKSI : - Pada minggu ini juga merupakan minggu dimana pelajar pelatih menduduki peperiksaan penilaian akhir. - Pelatih melakukan projek sumbangan untuk bengkel teknologi elektrik. - Pelatih melengkapkan borang-borang yang diperlukan oleh pihak pengurusan. - Pelatih melakukan pendawaian baru sub DB untuk projek sumbangan. - Menanda kertas peperiksaan DEA2323 teori pelajar DVM. - Mesyuarat bersama guru-guru jabatan teknologi elektrik. - Pelatih menyertai pertandingan badminton antara guru KVPD dan menyambut undi bagi perlawanan nanti. 1. Bisikan hati. 1.Bisikan Hati Pada minggu ini merupakan minggu dimana pelajar saya menduduki peperiksaan 2.Menganalisis/Menilai penilaian akhir dan pelajar DVM telah mula bercuti. Jadi di bengkel tiada 3.Kesedaran Baru kehadiran pelajar melainkan pelajar tahun 1 semester 1 SVM. Minggu ini juga 4.Cadangan/Tindakan tiada banyak aktiviti bersama pelajar dilakukan kerana ketiadaan pelajar. Sesi PdP juga tiada dijalankan. Sewaktu sedang duduk mengemaskini EPLM di pejabat, satu letupan telah berlaku iaitu letupan elektrik. Guru pelatih bersama guru elektrik lain-lain telah memeriksa dan mendapat bilik guru wanita tiada bekalan elektrik. Hasil semakan sambungan busbar telah short menyebabkan litar pintas antara fasa elektrik. Sebagai guru pelatih saya bersiap sedia untuk membuat pendawaian baru sebagai projek sumbangan bagi KVPD di bengkel teknologi elektrik. Pendawaian dilakukan juga seharian dan telah siap dengan baik. Selain itu, pada minggu ini juga pelatih perlu menyerahkan segala borang yang diminta oleh pihak pengurusan bagi kemudahan urusan persediaan alaun pelajar sekiranya lulus. Pelatih juga membantu guru-guru yang ada dengan menanda kertas peperiksaan pelajar DVM dan SVM. Pada minggu ini juga terdapat mesyuarat bersama guru-guru jabatan teknologi elektrik. Terdapat banyak perkara yang telah diusulkan terutarama tentang disiplin pelajar seperti pelajar tidak mengenakan pakaian yang bersesuaian, membawa telefon bimbint bagi pelajar, kehadiran lewat dan lain-lain lagi. Selain itu juga mesyuarat menekankan perkara lain seperti persediaan EKSA, sambutan hari guru antara guru teknologi elektrik sahaja dan lain-lain perkara berkenaan dengan sekolah. Akhir sekali pada minggu ini juga terdapat cabutan undi bagi pasangan beregu badminton antara KVPD sahaja dan ianya dibuat atau diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama guru. 2. Menganalisis / menilai. Saya menilai bahawa projek sumbangan ini penting sebagai seorang guru pelatih bagi menyumbang bakti kepada bengkel yang kita duduki bagi menambahbaik perkara-perkara yang ada. Ianya juga sebagai nilai tambah buat guru praktikal dimana pada minggu peperiksaan ini tiada pelajar di bengkel dan dapat melakukan aktiviti lain yang mendatangkan kebaikan buat bengkel. Projek sumbangan ini boleh mengingatkan guru-guru yang ada tentang diri kita setelah kita keluar dari sekolah tersebut. Ini kerana kemudahan yang diberikan akan sering diingati sampai bila-bila. Pada pembangunan projek sumbangan ini, guru pelatih diberikan kepercayaan penuh untuk melakukan kerja-kerja ini dan sepenuhnya menggunakan barang bengkel sahaja. Pada minggu ini juga mesyuarat jabatan para guru teknologi elektrik telah diadakan. Sebagai seorang guru praktikal penting untuk saya mencatat setiap apa yang disampaikan oleh ketua program. Ini bagi saya mengetahui perkembangan atau isu semasa sepanjang keberadaan saya di sekolah. Bagi mengisi masa juga, guru praktikal boleh menolong guru lain untuk menanda kertas peperiksaan penilaian akhir agar terdapat aktiviti yang dilakukan selain duduk dan tunggu sahaja. Ini amat penting eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36204&ya=5&k=0 2/4
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar menunjukkan diri kita orang yang aktiv dalam semua pekerjaan lebih-lebih lagi sebagai guru praktikal. Akhir sekali tentang penyertai pertandingan badminton ini guru praktikal digalakkan sangat untuk menyertai bagi mempereratkan hubungan antara guru-guru selain dapat berkenalan dengan lebih lagi guru-guru. 3. Kesedaran baru. Apabila saya diberikan kepercayaan tentang kerja yang dilakukan saya mula sedar kebolehan diri saya yang mereka mempercayainya. Jadi adalah perlu untuk saya melakukan dengan sehabis baik dan bersungguh-sungguh. antara lainnya juga, penandaan kertas peperiksaan yang dibuat perlu telus tanpa memilih kasih. Pelatih atau guru praktikal perlu menanda kertas mengikut format markah atau skema markah yang telah disediakan. Pemberian markah ini perlu telus bagi melambangkan seorang guru yang mempunyai amanah dan etika keprofisonalisme. Ini kerana penilaian akhir ini adalah ujian sejauh mana pengetahuan pelajar setelah menghabiskan semester ini. Bagi pertandingan badminton yang guru praktikal sertai bukan la dengan harapan menjadi pemain yang baik, antara lainnya bagi mengeratkan silaturahim antara guru. Ini kerana guru praktikal lebih banyak duduk di bengkel sendiri daripada bergerak ke bengkel-bengkel lain bagi menyapa guru yang ada. Melalui pertandingan badminton ini adalah peluang untuk guru praktikal berkenalan dengan semua guru yang ada termasuk pihak guru-guru pengurusan tertinggi G4. Jadi ini kesedaran buat guru praktikal untuk menyertai walaupun tidak hebat bermain. Perlu di setkan bahawa permainan ini untuk bergembira dan menang kalah dalam permainan adalah adat perlawanan. 4. Cadangan / Tindakan. Setiap perkara yang dilakukan saya perlu melakukan bersungguh-sungguh kerana apa sahaja yang saya buat, saya bergerak dan kemana saya pergi orang akan melihat dan menilai diri kita. Apetah lagi saya sebagai guru pelatih perlu menunjukkan kredibiliti yang tinggi agar guru-guru senior dapat menilai diri kita adalah yang baik. Saya akan selalu tersenyum apabila berjumpa dengan sesiapa sahaja. Bagi projek sumbangan yang dilakukan, saya perlu merancang masa dan apa-apa perkara yang berkaitan agar projek yang dilakukan berjaya dan tidak terbantut. Ianya dari segi penyediaan bahan, peralatan dan pengurusan masa yang bersesuaian. Hasil dari kejayaan projek sumbangan ini, saya juga ditawarkan untuk melakukan satu lagi projek sumbangan di bangunan blok B tingkat 3. Saya menganggap ini perkara positif bukan untuk digunakan. Ini bermaksud saya diberikan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan projek ini sebagai guru praktikal. Akan datang setelah menjadi guru sebenar, saya mampu berbakti kepada sekolah yang saya mengajar. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING 3/4 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36204&ya=5&k=0
7/17/23, 10:29 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36204&ya=5&k=0 4/4
MINGGU 11
7/17/23, 10:30 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 29-05-2023 - 02-06-2023 TAJUK : RIFLEKSI MINGGU KESEBELAS - CUTI SEKOLAH / CUTI SEMESTER - PERISTIWA : REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai - CUTI SEKOLAH / CUTI SEMESTER - 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Selamat Bercuti. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36212&ya=5&k=0 1/1
MINGGU 12
7/17/23, 10:30 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 05-06-2023 - 09-06-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS REFLEKSI : - Cuti Hari Agung. - Sesi PdP bersama pelajar DVM buat kali pertama bagi subjek DEA3333. - Menggantikan kelas guru yang terlibat dengan program sekolah. - Menggantikan kelas pelajar SVM tahun 2 semester 4. - Persediaan amali SKM pelajar SVM tahun 2 semester 4 (releif kelas Cikgu Naveen) * Mengajar melakukan pendawaian Kotak Fius Agihan 3 Fasa * Mengajar cara pendawaian DOL 3 Fasa - Mengawal selia para pelajar SVM dan DVM di dalam dewan Seri Gemilang semasa mesyuarat semua guru. 1. Bisikan Hati. 1.Bisikan Hati Pada minggu ini, Hari isnin merupakan hari Agung dimana semua guru dan 2.Menganalisis/Menilai pelajar cuti. Tiada sesi PdP dijalankan pada hari tersebut. Pada hari berikutnya 3.Kesedaran Baru selasa merupakan hari pertama pelaith mengajar pelajar diploma bagi program 4.Cadangan/Tindakan DEA iaitu Diploma Teknologi Elektrik. Sesi kuliah pertama bermula dari pagi sehingga petang dimana pada sesi pagi pelatih menggantikan kelas cikgu Shai kerana cikgu Shai terlibat dengan kursus OBE. Pada waktu ini guru pelatih sekadar masuk ke kelas untuk berkenalan dengan pelajar dan memberikan idea dan tatacara membuat pemilihan dan proposal bagi subjek PTA iaitu Projek Tahun Akhir 1. Pada hari petang guru mengajarkan buat kali pertama untuk pelajar DVM. Hasil dari sesi PdP tersebut, guru dapat menilai sikap pelajar DVM dimana terdapat sebahagian yang fokus dan terdapat sebahagian pelajar yang melakukan halnya sendiri kerana mereka lebih kerap memerhati telefon bimbit. Saya merasakan mungkin saya kurang menarik minat pelajar untuk fokus pada sesuatu topik. Walaupun pengajaran saya jenis yang banyak bersoaljawab, namun sebahagian pelajar sahaja yang memberikan respond, sebahagian lagi melakukan kerjanya sendiri. Selain itu juga, minggu ini merupakan minggu persediaan pelajar SKM tahun4 semester2 menduduki peperiksaan persijilan SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia. Pada minggu ini pelajar SVM melakukan persiapan dari segi penyediaan peralatan dan bahan yang cukup dan baik agar semase sesi amali sebanar pada minggu hadapan dapat dijalankan tanpa ada masalah. Oleh itu pada minggu guru pelatih membantu pelajar cara melakukan pendawaian DB tiga fasa yang baik serta menguji kebolehfungsian DB dan menguji DOL tiga fasa agar ianya boleh berfungsi dengan baik. Pada minggu ini juga guru-guru sebenar ada mesyuarat bersama pengarah KVPD. Oleh demikian semua pelajar diminta ke dewan dan guru-guru praktikal perlu mengawal selia semua pelajar seperti melakukan aktiviti. 2. Menganalisis / Menilai Hasil dari menganalisis dan menilai pada minggu ini, ini merupakan minggu pertama dimana guru pelatih mengajar pelajar diploma. Pelajar sijil tiada dan masih bercuti. Hasil daripada menilai mengajar pelajar diploma, guru dapat menilai dimana pelajar diploma lebih sukar untuk diajarkan kerana pelajar-pelajar ini terdapat yang mempunyai masalah disiplin seperti hadir lewat dan tidak mendengar arahan guru. Namun tidak semua pelajar. Hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang tidur dan guru terpaksa meminta rakan untuk mengejutkan rakannya. Secara tidak langsung PdP akan terganggu. Jadi hasil dari menilai sesi PdP ini juga, mungkin guru pelatih kurang mempunyai aktiviti seperti permainan game untuk topik dan juga animasi yang menarik minat pelajar. Jadi keseluruhannya walaupun sesi PdP mencapai objektif, namun sebagai guru adalah kurang senang apabila melihat pelajar yang tidak begitu fokus di dalam kelas. eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36430&ya=5&k=0 2/3
7/17/23, 10:30 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar Segala kekurangan ini akan diperbaiki. Kemudiannya juga, ada beberapa faktor dimana kelas yang dijalankan adalah waktu petang selepas waktu rehat. Kebiasaanya pelajar pada waktu ini sukar menerima pembelajaran teori. 3. Kesedaran Baru Kesedaran baru yang saya dapat adalah bagi mengajar pelajar diploma ini, saya perlu memperbanyakkan aktiviti dan slide pembentangan yang melibatkan lebih banyak animasi. Selain itu juga, sesi PdP bagi pelajar diploma perlu selitkan aktiviti praktikal bagi menjadikan kelas tersebut aktif. Antara lainnya juga, Bagi lain-lain perkara seperti persediaan SKM pelajar SVM, kesedaran baru yang saya terima sepanjang menjalani latihan mengajar adalah persediaan bahan dan peralatan yang lebih awal boleh memudahkan urusan pada hari kejadian. Ini kerana bagi subjek pendawaian elektrik, tidak semua komponen berfungsi dengan baik. Jadi persediaan awal ini membantu pelajar untuk melakukan pengujian aksesori pendawaian selain dapat menyediakan peralatan dan bahan yang secukupnya untuk digunakan semasa hari kejadian. Ianya dapat menjadikan segala kerja dapat berjalan dengan lancar dan baik. 4. Cadangan / Tindakan Cadangan atau tindakan yang boleh dilakukan bagi sesi PdP pelajar DVM adalah dengan memurnikan lagi slide pembentangan, cara penyampaian dan menyelitkan aktiviti praktikal yang melibatkan sentuhan bahan dan peralatan agar dapat menarik fokus dan teruja pelajar. Selain itu juga, bagi perkara lain iaitu untuk aktiviti pelajar yang menduduki ujian SKM. Bahan perlu disusun baik di kawasan bay pendawaian pelajar. Ini agar memudahkan pelajar untuk tinggal ambil sahaja sewaktu pendawaian bermula. Selain itu juga, bengkel boleh mengumpulkan modal untuk membeli aksesori-aksesori baru bagi menggantikan aksesori lama yang telah rosak seperti suis perantaraan yang screw nya telah loose. Ini kerana akan mengganggu waktu peperiksaan pelajar dimana semasa ujian keterusan untuk menguji suis baik. Tetapi bila masuk kabel dan cuba mengikat. Ianya loose. Secara tidak langsung akan mengganggu waktu pelajar perlu menggantikan suis yang baru semasa peperiksaan berlangsung. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36430&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 13
7/17/23, 10:30 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 12-06-2023 - 16-06-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KETIGA BELAS REFLEKSI : - Persediaan pelajar SVM tahun 2 semester 4 menduduki peperiksaan SVM. - Pelajar menduduki Peperiksaan SKM teori. - Pelajar menduduki Peperiksaan SKM Amali. - Sesi PdP DEA3333 pelajar DVM tahun 2 semester 3 (Ajar tentang motor tiga fasa) - Persediaan hari guru melibatkan PPD negeri sembilan - Persediaan hari persaraan Pn Zarina cikgu aircond. 1. Bisikan Hati 1.Bisikan Hati Pada minggu ini, Guru pelatih terdapat beberapa aktiviti dimana mempunyai sesi 2.Menganalisis/Menilai PdP seperti biasa untuk mengajar pelajar diploma DVM, menjaga peperiksaan 3.Kesedaran Baru teori skm dan juga peperiksaan amali skm. Selain itu juga, pelatih terlibat dengan 4.Cadangan/Tindakan dua majlis sekolah iaitu sebagai ajk persembahan bagi majlis sambutan hari guru peringkat KVPD yang melibatkan PPD negeri sembilan dan juga majlis hari persaraan Pn Zarina dari bengkel aircond. Secara keseluruhannya, kesemuanya dapat berjalan dengan baik dan lancar. Banyak perkara baru yang dapat dipelajari pada minggu ini terutama persediaan pelajar tentang menghadapi peperiksaan skm teori dan amali. Guru pelatih juga seperti biasa dapat menjaga peperiksaan teori dan amali pelajar dimana pada masa ini guru pelatih berpeluang untuk melihat pengetahuan pelajar menjawab peperiksaan dan juga kebolehan dan kemahiran pelajar melakukan amali pendawaian. Seterusnya untuk kelas sesi PdP pelajar diploma, kelas dapat berjalan dengan baik dan majoriti pelajar memberikan tindak balas aktif dari kelas minggu lepas. Ini kerana guru menggunakan teknik berpusatkan murid. Slide yang digunakan juga dilektakkan pelbagai gamba agar pelajar dapat melihat dengan jelas. Akhir sekali pelatih dapat merasai pengalaman untuk menjadi ajk majlis dalam sesebuah majlis sekolah dimana guru mencari pelajar untuk melakukan persembahan serta membuat training atau reheasal agar program dan mahlis dapat berjalan dengan baik semasa hari kejadian. 2. Menganalisis / Menilai Hasil dari melihat aktiviti minggu ini, pelatih dapat menilai dimana minggu peperiksaan SKM merupakan minggu penting dimana guru perlu memastikan pelajar telah bersedia dari segala aspek. Ini kerana peperiksaan SKM ini melibatkan penilai dari luar yang akan menilai pelajar samada layak atau tidak ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Jadi pelajar juga sebelum mula peperiksaan perlu di imbas kembali pengajaran lepas yang penting berkaitan dengan peperiksaan mereka. Bagi PdP pelajar diploma pula, PdP dapat berjalan dengan baik dan mencapai objektif. Pelatih dapat menilai apabila perbanyakkan slide yang bergambar dan penerangan yang menarik minat dapat membuatkan pelajar lebih fokus sewaktu cikgu sedang mengajar. Akhir sekali bagi menganalisis dan menilai ini, pelaith juga dapat melihat bagaimana persediaan awal perlu dilakukan bagi menjadi kan majlis yang dijalankan berjalan dengan baik dan lancar. 3. Kesedaran baru. - Kesedaran yang saya perolehi ialah apabila melibatkan peperiksaan yang penting iaitu SKM. Pelajar perlu disediakan terlebih dahulu daripada segi bahan, peralatan dan lain-lain yang melibatkan peperiksaan mereka. Setiap perkara tersebut perlu di uji bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Sewaktu tugas saya meronda bagi melihat pelajar melakukan peperiksaan amali. saya mendapat masih terdapat pelajar yang tiada alatan pertukangan yang mencukupi eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36864&ya=5&k=0 2/3
7/17/23, 10:30 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar dan masih pinjam meminjam antara rakan mereka. Jadi cadangan yang boleh dilakukan adalah sebelum peperiksaan amali ini bermula. Pelajar perlu memastikan peralatan pertukangan mereka lengkap dengan asas alatan pertukangan. 4. Cadangan / Tindakan Cadangan dan tindakan yang boleh dilakukan adalah persediaan peperiksaan sijil kemahiran malaysia SKM samada amali atau teori adalah penting. Ini kerana peperiksaan ini akan diuji dari pihak luar iaitu Pegawai Penilai Luar PPL yang memberikan keputusan samada pelajar layak atau tidak mendapat SKM tahap 3. Persediaan bukan sahaja dari segi bahan peralatan dan ilmu pengetahuan. Tetapi cadangannya juga adalah persediaan dari segi mental dan fizikal pelajar. Apa yang terjadi apabila pelajar tidak berkeyakinan untuk menjawab pertanyaan dari PPL. Lebih-lebih lagi bukannya pelajar tidak tahu jawapan tetapi kerana tidak berkeyakinan dan risau jawapan mereka salah. Jadi persediaan ini perlu bagi menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dalam memberikan jawapan. Seterusnya pula, sesi PdP pelajar diploma berjalan dengan baik. Namun selepas meneliti kesemuanya, kelas pada waktu petang ini sesuai untuk dijalankan sedikit amali. Ini kerana pada waktu petang pelajar cepat mengantuk dan penat. Ianya membuatkan pelajar tidak fokus untuk belajar. Jika melibatkan amali pelajar akan dapat melakukan pergerakan yang membuatkan pelajar lebih aktif. Lain-lain perkara adalah majlis yang dibuat dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Cuma penambaikan adalah, walaupun sudah terdapat rehearsal program. Namun seharusnya semua guru yang terlibat dalam mengendalikan majlis ini berkumpul dan berbincangan antara satu sama lain untuk melihat secara terus floor majlis yang akan diadakan. Ini kerana apa yang saya nampak, apabila saya sebagai ajk persembahan, saya hanya menguruskan perkara itu sahaja. Tetapi saya tidak tahu pada waktu bile sesi persembahan itu akan bermula. Kerana saya juga tidak dibekalkan tentatif. Jadi guru-guru sebenar dan guru pelatih perlu membuat meeting bersama agar info akan dapat disampaikan pada semua walaupun berlainan ajk. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36864&ya=5&k=0 3/3
MINGGU 14
7/17/23, 10:31 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 19-06-2023 - 23-06-2023 TAJUK : RIFLEKSI MINGGU KEEMPAT BELAS - PELAJAR CUTI SEMESTER - PERISTIWA : REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai - PELAJAR CUTI SEMESTER - 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Selamat bercuti. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36865&ya=5&k=0 1/1
MINGGU 15
7/17/23, 10:31 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar JURNAL/REFLEKSI SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : 29-06-2023 - 30-06-2023 TAJUK : RIFLEKSI MINGGU KELIMA BELAS - PELAJAR CUTI SEMESTER - PERISTIWA : REFLEKSI : 1.Bisikan Hati 2.Menganalisis/Menilai - PELAJAR CUTI SEMESTER - 3.Kesedaran Baru 4.Cadangan/Tindakan SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Selamat bercuti. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=36866&ya=5&k=0 1/1
MINGGU 16
7/17/23, 10:31 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 03-07-2023 - 07-07-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KEENAM BELAS REFLEKSI : - Perhimpunan rasmi - Bengkel kemahiran KV Skill oleh En. Soudiqqin dari Kolej Komuniti Jelebu. - Sesi PdP bersama para pelajar DVM bagi subjek DEA3333. - Sesi PdP bersama para pelajar SVM buat kali pertama (minggu 1) bagi subjek ETE3024 iaitu Pendawaian 3 fasa. - Penyiapan kertas kerja dan tempat bagi program Work Safe School Safe. - Program pada hari jumaat Work Safe School Safe. 1. Bisikan Hati 1.Bisikan Hati Pada minggu ini, merupakan hari pertama bagi guru pelatih merasai pengalaman 2.Menganalisis/Menilai menghadiri perhimpunan rasmi KVPD di dewan seri gemilang. Perhimpunan 3.Kesedaran Baru diadakan bagi memperkenalkan cikgu-cikgu baharu yang masuk pada bulan mac 4.Cadangan/Tindakan yang lepas, pembentangan guru bertugas, amalan baik pelajar, berkenaan dengan EKSA di asrama dan lain-lain perkara berkaitan dengan sekolah guru dan pelajar. Pada minggu ini juga merupakan minggu dimana saya terlibat dengan bengkel kemahiran KV Skill yang disampaikan oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Jelebu bagi berkongsi kemahiran beliau kepada guru-guru dan pelajar KVPD bengkel teknologi elektrik untuk pertandingan-pertandingan akan datang. Namun saya tidak dapat penuhi slot bengkel tersebut kerana saya perlu mengutamakan kelas saya terlebih dahulu kerana saya tidak boleh membiarkan kelas saya dan pelajar saya tanpa ada pemantauan guru. Boleh dikatakan pada minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk saya kerana terdapat banyak perkara yang saya perlu uruskan seperti kertas kerja program yang akan dilaksanakan, persiapan bahan PdP dan lain-lain perkara. Namun semua itu dapat diharungi dengan pembahagian dan pengurusan masa yang betul. Sesi PdP pada minggu ini untuk pelajar DVM dapat dilaksanakan dengan baik dan pelajar memberikan kerjasama yang baik dalam proses PdP. Ini kerana kali ini guru lebih bersedia dan mencari teknik atau kaedah baru agar pelajar memberikan fokus kepada pembelajaran mereka. Pada minggu ini juga merupakan minggu pertama saya mengajar pelajar SVM tahun2 semester3. Saya dapat kawal kelas ini dengan sangat-sangat baik kerana saya memastikan setiap pelajar tidak akan ada yang tidur dan saya akan sering memilih pelajar untuk menjawab soalan secara rawak. Jadi pelajar memberikan fokus yang baik. Selain itu juga, guru sering kali menyelitkan pembelajaran teori dengan amali agar mereka semangat untuk menduduki kelas. Pada hari minggu pula, program Work Safe School Safe telah berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat berlaku kesalafahaman antara penceramah dari JPAM kerana pada hari kejadian mereka tiba-tiba hadir tanpa membalas surat jemputan dari pihak KVPD. Ini kerana program ini kami menjemput pihak NIOSH Melaka setelah tiada maklum balas dari pihak JPAM. Namun program dapat diteruskan dengan baik dan berjalan dengan lancar. 2. Menganalisis / Menilai Pada minggu ini saya dapa menganalisis dan menilai, pada pendapat saya adalah baik jika setiap minggu pada hari isnin boleh diadakan perhimpunan rasmi bagi memaklumkan kepada guru dan pelajar info semasa berkenaan aktiviti atau lain- lain perkara berkaitan dengan sekolah. Mungkin boleh diadakan bagi pelajar SVM sahaja memandangkan mereka ini masih dalam PdP untuk mengambil SPM. Bagi pelajar DVM boleh terus ke kelas seperti biasa. Melalui perhimpunan ini juga sebenanya pelajar-pelajar dapat kenal kesemua guru-guru mereka dan melalui perhimpunan ini juga bagi pelajar-pelajar atau guru yang mempunyai pencapaian, pihak sekolah boleh berikan penghargaan secara umum di dewan sekolah seperti memberikan sijil. Jadi secara tidak langsung pada hari-hari akan eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37035&ya=5&k=0 2/4
7/17/23, 10:31 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar datang guru dan pelajar ingin mencuba untuk membina diri mereka agar dapat naik ke pentas menerima penghargaan. Lain-lainnya adalah tentang bengkel KV skill. Pada pendapat saya sebelum mula menjemput penceramah luar, adalah baik untuk berbincang terlebih dahulu keperluan peralatan dan bahan untuk disediakan. Kerana apabila penceramah datang, saya dapat melihat kekurangan dari segi bahan dan peralatan untuk penceramah menunjukkan toturial. Seperti contoh komputer. Jika tiada komputer di bengkel, guru boleh menggunakan kelas makmal komputer dan boleh tempah awal bagi slot bengkel tersebut. Walaupun penceramah ada membawa peralatan sendiri. Namun persediaan kepada para pelajar KV Skill perlu disediakan agar mereka dapat ikut bersama toturial amali semasa penceramah melakukan. Jadi secara tidak langsung mengawalan masa dan para pelajar dapat ikuti satu persatu step yang ditunjukkan oleh penceramah. Namun saya juga memahami sekiranya pihak KV mungkin belum ada dana untuk menyediakan peralatan-peralatan kepada calon-calon KV Skills. Tambahan ini adalah kali pertama program teknologi elekrtik menjemput penceramah dari luar untuk mengajarkan kemahiran untuk pertandingan KV Skills. Bagi sesi PdP pula, untuk kelas DVM saya dapat menilai apabila saya memperbanyakkan aktiviti soal jawab, tayangan video animasi dan slide-slide yang mempunyai bahan seperti gambar, ianya akan menarik minat mereka untuk terus fokus. Tambahan juga, bagi pelajar yang tidur saya akan minta rakan kejut dan berdiri seterusnya mereka akan dibagi soalan dan perlu menjawab. Jadi mereka akan terus kekal bersedia dan belajar bersungguh-sungguh. Bagi pelajar SVM pula, untuk permulaan kelas berjalan dengan sangat-sangat baik. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. Buat sesi PdP bersama pelajar SVM, guru menyediakan aktiviti agar pelajar lebih memahami apa yang mereka belajar disamping pelajar mempunyai pergerakkan bebas untuk melegakan diri dan tubuh badan mereka kerena kebiasaannya pada kelas petang pelajar agar lelah dan mengantuk. Bagi program yang dilaksanakan iaitu Work Safe School Safe, program dapat dijalankan dengan sangat baik. Saya dapat menilai dimana semasa program dijalankan, pelajar lebih meminati penceramah yang aktif iaitu bergerak bebas di sekitar kawasan dewan. Selain itu juga bagi pengurusan program. saya dapat menilai dimana apabila berlaku kesalafahaman, guru-guru perlu bertindak lebih professional. Seperti yang terjadi sebenanya, pihak pengurusan program telah menghantar surat jemputan kepada JPAM dan menghubungi beliau untuk mendapatkan maklum balas dan dalam surat tersebut juga dimaklumkan untuk menghantar maklum balas pada tarikh sekian-sekian. Jadi apabila tidak mendapat maklum balas, pihak pengurusan program telah menghantar pula surat pada NIOSH dan pihak NIOSH telah menghantar maklum balas yang mereka boleh menjadi penceramah. Jadi apabila hari kejadian pihak JPAM telah hadir dan ini amat mengejutkan. Namun atas tindakan prefessional kte telah membahagikan masa antara pihak JPAM dan NIOSH dan dapat diselesaikan dengan sangat baik tanpa ada sebarang isu. Untuk akan datang, dari analisis dan penilaian yang dibuat saya dan kumpulan akan lebih berhati-hati agar kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi. 3. Kesedaran Baru Kesedaran baru yang diperolehi sepanjang minggu ini yang dipenuhi dengan program dan aktiviti selain sesi PdP yang berjalan. Pada kesedaran saya, segala persediaan bagi sesuatu program yang dijalankan sangat penting. Dari segi persediaan bahan, peralatan, masa, tempat dengan pihak-pihak atasan, sekolah, guru-guru dan pelajar perlu dirancang dengan baik agar semua yang dijalankan itu dapat disempurnakan dengan baik. Begitu juga dengan sesi PdP. Bagi menjayakan sesuatu sesi PdP itu, bukan pelajar yang perlu bersedia hadir ke kelas mengikut masa yang betul, tetapi guru juga perlu membuat persediaan yang betul dan terancang agar kelas yang dijalankan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Guru perlu memainkan peranan dalam menarik minat pelajar untuk belajar dan memberikan tumpuan. Pada minggu ini guru sedar perancangan amat eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37035&ya=5&k=0 3/4
7/17/23, 10:31 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar penting dalam sesuatu perkara. Lain-lain kesedaran baru adalah, perhimpunan yang dijalankan bukan untuk merasakan keberuntungan kerana kelas mula lewat atau sebagainya tetapi untuk persediakan guru dan pelajar pada masa akan datang untuk persediaan sesuatu perkaran dan penambahan baikan pelajar sekiranya melibatkan disiplin pelajar. Jika yang positifnya pula seperti pengharhargaan- penghargaan pada guru dan pelajar supaya kedepannya akan ade lebih ramai lagi guru dan pelajar yang akan ingin cuba membina diri mereka untuk menerima penghargaan. 4. Cadangan / Tindakan Cadangan atau tindakan yang saya boleh lakukan seperti yang diberikan tahu pada kesedaran baru. Jika mengadakan aktiviti atau program yang melibatkan amali, adalah lebih baik menghubungi pihak penceramah terlebih dahulu untuk membincangkan keperluan persediaan yang diperlukan agar semasa hari program dapat dijalankan dengan baik. Bak kata orang \"biar lebih jangan kurang\". Selain itu juga, sebagai guru perlu bersedia dari sebarang keadaan. Pentingnya ada planning kedua jika planning pertama tidak dapat dilaksanakan. Lain-lain perkara adalah mengenai sesi PdP pelajar. Bagi kelas SVM yang saya mengajar amatlah kritikal apabila saya menanyakan mereka tentang pengajaran-pengajaran semester lepas mereka tetapi mereka tidak tahu dan tidak ingat. Sedangkan apa yang mereka pelajari dahulu adalah hubungkait dengan pengajaran semester yang baru. Jadi semasa awal kelas, guru telah melakukan aktiviti menggunakan kertas mahjong untuk menilai pengetahui lepas pelajar. Apabila guru buat aktiviti tersebut guru dapat melihat terdapat banyak perkara yang pelajar telah lupa. Namun sebagai guru tugasnya mendidik pelajar agar pelajar boleh berjaya kembali tanpa mengungkit kelemahan pelajar. Sebaliknya gunakan kelebihan kita ada untuk membantu beliau agar cara kita penyampaikan pelajar akan mudah ingat. Sebagai contoh, untuk kelas minggu depan apabila guru ingin mengajarkan subjek teori. Guru akan selitkan juga gambar-gambar berkaitan atau bentuk bahan fizikal (sebagai ABBM) dan meminta pelajar melihat sendiri agar mereka lebih faham dan mudah ingat. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37035&ya=5&k=0 4/4
MINGGU 17
7/19/23, 11:18 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 10-07-2023 - 14-07-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KETUJUH BELAS REFLEKSI : - Perhimpunan rasmi. - Sesi PdP untuk kelas ETE3024 dan juga kelas DEA3333 - Pairing kelas seharian untuk subjek DEA3333 Electrical Maintenance dan DEA3314 Low Voltage Pre Testing. Mengajar kan tetap cara menyelenggara ACB. - Menghadiri pembentangan pemilihan projek tahun akhir pelajar DVM di kelas diploma bengkel teknologi elektrik. - Pergi ke JPN Negeri 9 tujuan pelanjutan permit mengajar. - Membuat projek sumbangan di bilik tayangan KVPD. Pendawaian soket alir keluar untuk kegunaan penghawa dingin 1Hp. - Menyiapkan projek inovasi guru pelatih. - Kemaskini EPLM sebelum menamatkan latihan mengajar. 1. Bisikan Hati. 1.Bisikan Hati Pada minggu ini merupakan minggu PdP yang paling seronok dijalankan apabila 2.Menganalisis/Menilai saya diberikan kepercayaan untuk mengajarkan pelajar DVM dimana saya 3.Kesedaran Baru dibantu dengan cikgu azfar menghidupkan sebuah papan suis utama yang telah 4.Cadangan/Tindakan sekian lama tidak dihidupkan. Disamping cuba menghidupkan, guru mengajarkan kepada pelajar cara-cara atau tatacara bagi melakukan penyelenggaraan pada papan suis utama iaitu pada ACB bermula dari langkah pertama sehingga langkah terakhir mengikut tertib yang betul. Semasa saya menunjukkan demostrasi, saya diberikan kepercayaan penuh disamping dapat mengajarkan sekali guru-guru yang berada melihat sesi PdP yang saya jalankan. Selain itu juga minggu ini ini juga dimana pelajar ke JPN Negeri 9 untuk permohonan pelanjutan permit mengajar kerana permit yang ada akan tamat tempoh pada 7 julai tatapi latihan mengajar telah diganjakkan pada tarikh 21 julai 2023. Selain itu juga, saya diberikan juga peluang untuk komen tentang projek-projek tahun akhir pelajar DVM bagi pembentangan pemilihan projek mereka. Disamping itu juga, minggu ini pelatih fokus untuk menyiapkan segala projek inovasi dan mengemaskini eplm sebelum minggu hadapan kerana minggu hadapan merupakan minggu terakhir pelatih berada di KVPD sebagai guru pelatih. Akhir sekali, saya diberikan satu kepercayaan untuk melakukan projek sumbangan bagi pendawaian soket alir keluar di bilik tayangan KVPD. Secara keseluruhannya minggu ini saya sangat seronok kerana dapat memberikan 100% komitmen saya pada sekolah. Terlebih lagi apabila sesi PdP yang saya jalankan mendapat respon yang baik dari para pelajar. 2. Menganalisis / Menilai. Pada minggu ini saya dapat menilai dimana para pelajar sangat menyukai pembelajaran yang melibatkan amali. Ini kerana apabila pembelajaran topik yang melibatkan amali, pelajar selalunya memberikan fokus yang lebih. Selain itu juga, para pelajar pelajar juga akan kekal fokus apabila guru sering bertanyakan soalan. Bagi menilai hasil PdP yang saya telah lakukan, keseluruhan minggu ini saya amat berpuas hati kerana sesi PdP berjalan dengan sangat baik dan lancar. Pelajar memberikan kerjasama yang sangat-sangat baik disamping segala isi pembelajaran pelajar dapat menguasai dengan baik. Pada kelas pelajar DVM, guru menggunakan ABBM sebenar dengan bekalan kuasa hidup dan mati untuk papan suis utama. Pelajar ditunjukkan tatacara melakukan penyelenggaraan ACB. Seterusnya bagi pelajar SVM, guru menunjukkan secara live cara memotong kabel dan cara melakukan pembetukan pada conduit jenis GI dan membuat bebenang pada conduit GI. Rata-rata pelajar tidak pernah melihat dan mengetahui cara melakukannya. Bagi tatacara pemotongan kabel, guru menunjukkan kabel eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37036&ya=5&k=0 2/4
7/19/23, 11:18 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar sebenar dan cara memotong kabel jenis PVC/SWA/PVC dengan ABBM iaitu camera dan dipaparkan pada skrin layar putih agar pelajar dapat melihat tanpa perlu bergerak berkumpul di meja guru. Setelah menunjukkan tatacara tersebut, guru memberikan alatan dan kabel kepada pelajar untuk menunjukkan bagaimana ianya dipotong dan setiap pelajar boleh mencubanya. Ianya secara tidak langsung menjadikan kelas ini lebih aktif. Untuk sesi PdP seterusnya tentang pembentukkan conduit GI dan buat bebenang pada Conduit GI. Hasil menganalisis dan menilai, peralatan seperti mesin bander tidak mencukupi dimana hanya ada 1 sahaja bender conduit untuk digunakan seramai 30 orang pelajar. Jadi guru perlu membuat giliran penggunaan agar lebih teratur dan tidak berebut-rebut. Bagi Stock & Dies untuk mesin membuat bebenang pada conduit pula, terdapat banyak peralatan yang telah rosak dan perlu dibaiki kan segera untuk kegunaan pelajar pada masa akan datang. Selain tentang PdP, guru pelatih juga diberikan tugasan untuk melakukan projek sumbangan iaitu pendawaian soket alir keluar di bilik tayangan KVPD. Pendawaian dilakukan oleh guru sendiri dan bantuan 3 orang pelajar dan jabatan yang sama. Lain-lain persiapan adalah persiapan projek inovasi dimana hasil menilai projek inovasi sendiri adalah lebih baik jika projek yang dilakukan melibatkan ABBM. Namun segala proses yang berjalan pada minggu ini berjalan dengan sangat baik. 3. Kesedaran Baru. Kesedaran yang saya boleh berikan tetang sesi PdP saya adalah bagi menyegarkan kelas yang kita mengajar terutama pada waktu petang., amatlah penting untuk memperbanyakkan soal jawab bersama pelajar. Ini kerana waktu petang selalunya pelajar lebih cepat lesu terutama selepas mereka makan pada waktu tengahhari. Apa yang guru buat pada sesi PdP adalah sering menggunakan \"spinner\" untuk bertanyakan soalan. Ini menjadikan pelajar fokus untuk belajar kerana mereka risau jika tidak dapat menjawab soalan yang guru tanyakan kerana kalau mereka fokus mereka pasti boleh menjawabnya. Bagi kelas bersama SVM, berkaitan dengan hanya 1 peralatan sahaja boleh digunakan tetapi perlu dikongsikan dengan 30 orang. Bagi menjimatkan masa guru membahagi- bahagikan tugas seperti separuh membentuk conduit dan sepruh lagi akan buat stock n dies untuk buat bebenang pada conduit. Dengan cara ini pelajar tidak akan berkumpul satu tempat untuk menunggu giliran membentuk conduit GI. Selain itu juga, kebiasaannya guru akan menunjukkan toturial/ tatacara yang pertama dulu bagi melakukan kerja amali sebelum pelajar melakukan. Semasa guru melakukan, guru juga akan memberikan penerangan kepada pelajar secara terperinci agar selepas dari guru lakukan pelajar dapat mengikuti langkah-langkah yang telah guru lakukan menggunakan kemahiran masing-masing. Seterusnya bagi projek inovasi yang dilakukan oleh guru pelatih, apa yang saya lihat sedikit sebanyak memberikan idea kepada para pelajar untuk melakukan projek-projek tahun akhir mereka. 4. Cadangan / Tindakan Cadangan atau tindakan yang saya boleh buat, untuk KVPD ini terutama pada bengkel teknologi elektrik saya memerhatikan kekurangan alatan atau bahan pembelajaran seperti mesin bender conduit dan juga keperluan lain bagi membantu proses PdP berjalan dengan baik. Sebagai contoh. Sewaktu saya ingin melakukan penyelenggaraan pada Papan suis utama ACB. Keperluan asal yang diperlukan adalah seperti set spana yang lengkap. Tambahan lain seperti kertas karbon dan lain-lain keperluan. Begitu juga dengan mesin bender yang hanya ada 1 tetapi untuk digunakan seramai 30 orang pelajar. Jadi saya telah memberitahu ketua bengkel dan juga ketua program untuk menyediakan peralatan tersebut bagi tujuan kemudahan sesi PdP dijalankan. Selain daripada itu juga, bagi projek inovasi semasa saya membuat pembentangan di bengkel elektronik dan elektrik, para pelajar yang ingin melakukan projek tahun akhir mereka telah mendapat idea eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37036&ya=5&k=0 3/4
7/19/23, 11:18 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar bagi melakukan projek-projek mereka. Saya juga telah mencadangkan beberapa aplikasi dan software yang mereka boleh gunakan untuk membantu projek mereka. Secara keseluruhan aktiviti pada minggu ini sangat berjalan dengan baik. SEMAKAN PENYELIA STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak KOMEN (PENYELIA) : TARIKH KOMEN (PENYELIA) : SEMAKAN PEMBIMBING STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak KOMEN (PEMBIMBING) : Baik. TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 16-07-2023 eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37036&ya=5&k=0 4/4
MINGGU 18
7/29/23, 2:04 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 2022-2023 TARIKH : TAJUK : 17-07-2023 - 21-07-2023 PERISTIWA : RIFLEKSI MINGGU KELAPAN BELAS REFLEKSI : - Minggu terakhir guru pelatih di Kolej Vokasional Port Dickson. - Pembentangan projek inovasi pada Ketua jabatan dan program teknologi elektrik. - Mendapatkan tandatangan dari semua guru-guru yang berkaitan bagi melengkapkan dokumen-dokumen sebelum menapatkan latihan mengajar. - Majlis perpisahan makan-makan guru pelatih bersama guru-guru program teknologi elektrik. - Program STEM dan pameran inovasi di SMT Melaka. - Sesi PdP terakhir bersama para pelajar DVM. - Berjumpa dengan TPA dan Pengarah bagi sesi penyampaian sijil tamat latihan mengajar serta ucapan penghargaan dan terima kasih buat KVPD. - Sesi bersalaman bersama para pensyarah program teknologi elektrik. - Berjumpa dengan guru-guru lain bagi salam perpisahan. 1. Bisikan Hati 1.Bisikan Hati Pada minggu ini merupakan minggu terakhir saya berada di Kolej Vokasional 2.Menganalisis/Menilai Port Dickson. Semestinya minggu ini menjadi minggu yang sangat sibuk buat 3.Kesedaran Baru saya kerana perlu melengkapkan segala dokumen sebelum pulang ke kampung 4.Cadangan/Tindakan halaman saya. Namun perkara tersebut saya dapat menyiap dan melengkapkan dengan sempurna. Minggu ini juga minggu yang pendek kerana hari rabu cuti. Bermakna pada minggu ini hanya ada empat hari sahaja. Pada hari isnin program teknologi telah meraikan saya dengan membawa makan di sebuah restoran mewah di Guest Hotel. Disamping itu juga mereka memberikan saya sijil dan cenderahati sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari mereka. Saya berasa sangat gembira disamping sedikit sedih kerana akan berpisah dengan mereka. Ini kerana memori selama 4 bulan bersama mereka amatlah baik. Pada hari selasa pula merupakan kelas terakhir saya bersama pelajar DVM. Setelah tamat kelas bersama mereka, saya bergambar dengan pelajar saya dan meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang sesi PdP saya bersama mereka. Namun begitu, sesi PdP tetap diteruskan dan berjalan seperti biasa mengikut perancangan di RPH. Hari rabu merupakan hari cuti Awal Muharram. Pada hari khamis pula, saya telah terlibat dengan program STEM iaitu Science Technology Engineering Mathematic STEM dan Inovasi di Sekolah Menengah Teknik Melaka. Seharian saya berada disana juga saya berpeluang mempamerkan projek saya pada pelajar- pelajar yang ada disitu. Hari Jumaat pula hari terakhir saya, saya telah memberikan kesemua guru program teknologi elektrik cenderahati sebagai kenang kenangan dan tanda terima kasih saya pada mereka semua. Saya juga berjumpa dengan semua pensyarah dan mengucapkan terima kasih dan meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesalah sepanjang keberadaan saya disana. Latihan mengajar merupakan pengalaman yang sangat beharga buat saya. Ini kerana walaupun saya telah mempunyai pengalaman sebanyak empat kali menjalani latihan industri, tetapi pengalaman menjalani latihan mengajar sangat gembira dan baik sekali. Akhir sekali, samoga saya berpeluang untuk menjadi guru yang sebenar dan dapat mengekalkan potensi diri saya atau melangkah lebih baik kehadapannya. 2. Menganalisis / Menilai Keseluruhannya, saya dapat menilai dimana menjadi seorang guru pelatih itu merupakan langkah pertama atau pengalaman pertama sebelum menjadi guru yang sebenar. Pada fasa ini seharusnya guru pelatih telah mencuba yang terbaik kerana pada masa pelatihan inilah guru pelatih perlu menimba sebanyak mana suasana kerja sebagai seorang guru dengan bantuan seorang guru pembimbing. eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=37037&ya=5&k=0 2/4
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449
- 450
- 451
- 452
- 453
- 454
- 455
- 456
- 457
- 458
- 459
- 460
- 461
- 462
- 463
- 464
- 465
- 466
- 467
- 468
- 469
- 470
- 471
- 472
- 473
- 474
- 475
- 476
- 477
- 478
- 479
- 480
- 481
- 482
- 483
- 484
- 485
- 486
- 487
- 488
- 489
- 490
- 491
- 492
- 493
- 494
- 495
- 496
- 497
- 498
- 499
- 500
- 501
- 502
- 503
- 504
- 505
- 506
- 507
- 508
- 509
- 510
- 511
- 512
- 513
- 514
- 515
- 516
- 517
- 518
- 519
- 520
- 521
- 522
- 523
- 524
- 525
- 526
- 527
- 528
- 529
- 530
- 531
- 532
- 533
- 534
- 535
- 536
- 537
- 538
- 539
- 540
- 541
- 542
- 543
- 544
- 545
- 546
- 547
- 548
- 549
- 550
- 551
- 552
- 553
- 554
- 555
- 556
- 557
- 558
- 559
- 560
- 561
- 562
- 563
- 564
- 565
- 566
- 567
- 568
- 569
- 570
- 571
- 572
- 573
- 574
- 575
- 576
- 577
- 578
- 579
- 580
- 581
- 582
- 583
- 584
- 585
- 586
- 587
- 588
- 589
- 590
- 591
- 592
- 593
- 594
- 595
- 596
- 597
- 598
- 599
- 600
- 601
- 602
- 603
- 604
- 605
- 606
- 607
- 608
- 609
- 610
- 611
- 612
- 613
- 614
- 615
- 616
- 617
- 618
- 619
- 620
- 621
- 622
- 623
- 624
- 625
- 626
- 627
- 628
- 629
- 630
- 631
- 632
- 633
- 634
- 635
- 636
- 637
- 638
- 639
- 640
- 641
- 642
- 643
- 644
- 645
- 646
- 647
- 648
- 649
- 650
- 651
- 652
- 653
- 654
- 655
- 656
- 657
- 658
- 659
- 660
- 661
- 662
- 663
- 664
- 665
- 666
- 667
- 668
- 669
- 670
- 671
- 672
- 673
- 674
- 675
- 676
- 677
- 678
- 679
- 680
- 681
- 682
- 683
- 684
- 685
- 686
- 687
- 688
- 689
- 690
- 691
- 692
- 693
- 694
- 695
- 696
- 697
- 698
- 699
- 700
- 701
- 702
- 703
- 704
- 705
- 706
- 707
- 708
- 709
- 710
- 711
- 712
- 713
- 714
- 715
- 716
- 717
- 718
- 719
- 720
- 721
- 722
- 723
- 724
- 725
- 726
- 727
- 728
- 729
- 730
- 731
- 732
- 733
- 734
- 735
- 736
- 737
- 738
- 739
- 740
- 741
- 742
- 743
- 744
- 745
- 746
- 747
- 748
- 749
- 750
- 751
- 752
- 753
- 754
- 755
- 756
- 757
- 758
- 759
- 760
- 761
- 762
- 763
- 764
- 765
- 766
- 767
- 768
- 769
- 770
- 771
- 772
- 773
- 774
- 775
- 776
- 777
- 778
- 779
- 780
- 781
- 782
- 783
- 784
- 785
- 786
- 787
- 788
- 789
- 790
- 791
- 792
- 793
- 794
- 795
- 796
- 797
- 798
- 799
- 800
- 801
- 802
- 803
- 804
- 805
- 806
- 807
- 808
- 809
- 810
- 811
- 812
- 813
- 814
- 815
- 816
- 817
- 818
- 819
- 820
- 821
- 822
- 823
- 824
- 825
- 826
- 827
- 828
- 829
- 830
- 831
- 832
- 833
- 834
- 835
- 836
- 837
- 838
- 839
- 840
- 841
- 842
- 843
- 844
- 845
- 846
- 847
- 848
- 849
- 850
- 851
- 852
- 853
- 854
- 855
- 856
- 857
- 858
- 859
- 860
- 861
- 862
- 863
- 864
- 865
- 866
- 867
- 868
- 869
- 870
- 871
- 872
- 873
- 874
- 875
- 876
- 877
- 878
- 879
- 880
- 881
- 882
- 883
- 884
- 885
- 886
- 887
- 888
- 889
- 890
- 891
- 892
- 893
- 894
- 895
- 896
- 897
- 898
- 899
- 900
- 901
- 902
- 903
- 904
- 905
- 906
- 907
- 908
- 909
- 910
- 911
- 912
- 913
- 914
- 915
- 916
- 917
- 918
- 919
- 920
- 921
- 922
- 923
- 924
- 925
- 926
- 927
- 928
- 929
- 930
- 931
- 932
- 933
- 934
- 935
- 936
- 937
- 938
- 939
- 940
- 941
- 942
- 943
- 944
- 945
- 946
- 947
- 948
- 949
- 950
- 951
- 952
- 953
- 954
- 955
- 956
- 957
- 958
- 959
- 960
- 961
- 962
- 963
- 964
- 965
- 966
- 967
- 968
- 969
- 970
- 971
- 972
- 973
- 974
- 975
- 976
- 977
- 978
- 979
- 980
- 981
- 982
- 983
- 1 - 50
- 51 - 100
- 101 - 150
- 151 - 200
- 201 - 250
- 251 - 300
- 301 - 350
- 351 - 400
- 401 - 450
- 451 - 500
- 501 - 550
- 551 - 600
- 601 - 650
- 651 - 700
- 701 - 750
- 751 - 800
- 801 - 850
- 851 - 900
- 901 - 950
- 951 - 983
Pages: