["NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 31 Drpd \/ of : 39 \u2022 Pemasangan Osiloskop Dan Penjana Fungsi Ke Litar Hidup Rajah 24 : Pemasangan Osiloskop Dan Penjana Fungsi Ke Litar Hidup i) Bekalan kuasa digunakan untuk memberikan bekalan voltan DC kepada litar. a) Laraskan bekalan kuasa mengikut nilai voltan yang diperlukan oleh litar. b) Pasangkan terminal +ve bekalan kuasa ke terminal VCC litar dan terminal \u2013ve bekalan kuasa ke GND litar. ii) Penjana fungsi digunakan untuk menjana isyarat yang dikehendaki a) Janakan penjana fungsi dengan nilai Vpp dan frekuensi yang dikehendaki. b) Pasangkan probe merah pada terminal input litar dan probe hitam pada terminal GND litar. iii) Osiloskop digunakan untuk memaparkan gelombang keluaran daripada litar. a) Lakukan calibration pada osiloskop b) Sambungkan probe +ve osiloskop ke terminal output litar dan probe \u2013ve ke GND litar.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 32 Drpd \/ of : 39 1.2.2 Penjana Audio Penjana audio digunakan untuk menguatkan isyarat audio dari peranti masukan audio. Penjana isyarat audio disuntik di antara peranti masukan dan penguat frekuensi audio. Ia menghadkan nisbah hingar isyarat. Penjana Audio boleh menghasilkan bentuk gelombang sinus, segitiga dan persegi. \u2022 Bahagian Penjana Audio 3 2 4 1 Rajah 25 : Bahagian Penjana Audio No Bahagian Fungsi 1 Power Switch Untuk menghidupkan penjana audio Range Switch Untuk memilih julat frekuensi. 2 (Suis Julat) 3 Multiplier Untuk melaraskan frekuensi tanpa mengubah (Tombol Pekali Frekuensi) suis julat. Function Switch (Suis Untuk menurunkan level isyarat pada output 4 Fungsi)","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 33 Drpd \/ of : 39 \u2022 Penggunaan Penjana Audio i) Pastikan suis bekalan pada alatan dalam keadaan \\\"OFF\u201c ii) Pilih nilai isyarat yang dikehendaki iii) Laraskan tombol \u2018pekali frekuensi\u2019 untuk mendapatkan nilai frekuensi yang dikehendaki iv) Laraskan suis \u2018attenuator\u2019 pada 0 dB v) Laraskan tombol \u2018fine\u2019 pada kedudukan tengah vi) Sambungkan punca keluaran (output) kepada litar yang diuji vii) Hidupkan suis penjana audio viii) Uji litar atau alatan sehingga selesai 1.2.3 Logic Probe Logic probe digunakan untuk menguji paras logik pada litar digital (High, Low atau Pulse) yang dikeluarkan oleh rangkaian digital. Logic probe mempunyai 2 lampu iaitu merah (High \u2013 1) dan hijau (LOW \u2013 0). Apabila lampu merah (high \u2013 1) hidup, titik pengujian itu mempunyai voltan. Jika lampu merah dan hijau (high dan low) hidup, LED pulse akan hidup. Ini menunjukkan titik pengujian tersebut terdapat denyutan. Rajah 26 : Logic Probe \u2022 Cara Penggunaan Logic Probe i) Klip merah disambungkan kepada positif bekalan kuasa dan klip hitam disambungkan kepada bumi. ii) Jarum logic probe diletakkan pada titik pengujian iii) Lampu high\/low\/pulse akan bernyala","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 34 Drpd \/ of : 39 1.2.4 Alat Uji Kabel (Cable Tester) Penguji kabel adalah peranti yang digunakan untuk menguji kekuatan dan kesambungan jenis kabel tertentu atau perhimpunan berwayar lain. Terdapat beberapa jenis penguji kabel yang berbeza, masing-masing dapat menguji jenis kabel atau dawai tertentu (ada yang boleh menguji jenis kabel atau wayar yang berlainan). Penguji kabel boleh menguji sama ada kabel atau wayar dipasang dengan betul, disambung dengan betul, dan kekuatan komunikasi antara sumber dan destinasi. LAN tester adalah sebuah alat yang berfungsi untuk memastikan kabel UTP (Unshielded Twisted Pair) atau kabel LAN . Sebelum memeriksa kabel UTP harus sudah terpasang RJ-45 atau RJ-11. LAN tester ini dinilai penting sebelum pemasangan kabel LAN dilakukan atau pemasangan ke setiap komputer atau perangkat lainnya pada suatu jaringan atau LAN, apalagi pemasangannya dengan sekala besar misalnya di pejabat, apartment, pusat membeli belah (Mall) dan lainnya. LAN tester akan memberikan keyakinan bahwa kabel UTP tidak bermasalah dan siap untuk dilakukan pemasangan. Pada LAN tester dibagi menjadi 2 kotak bagian iaitu induk tester (besar) dan anak tester (kecil). Tester induk dan tester anak terdapat led indikator yang berfungsi memeriksa kebenaran pada kabel yang sedang kita cek.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 35 Drpd \/ of : 39 \u2022 Cara Menggunakan LAN tester a. Masukan connector salah satu ujung kabel UTP pada Port Tx induk tester (yg besar). b. Masukan connector ujung kabel UTP lain pada port Rx anak tester (yg kecil). c. LAN tester dengan mengalihkan suis ke posisi auto. Setelah kedua ujung kabel UTP dihubungkan pada LAN Tester, jika diperoleh data sebagai berikut : \u2022 Led 1 : menyala \u2022 Led 2 : menyala \u2022 Led 3 : menyala \u2022 Led 4 : menyala \u2022 Led 5 : menyala \u2022 Led 6 : menyala \u2022 Led 7 : menyala \u2022 Led 8 : menyala , bermaksud lampu led (nombor 1 sampai 8) yang ada pada LAN tester (induk tester dan anak tester) menyala semua maka boleh dikatakan kabel UTP tersebut tidak bermasalah dan siap dipasang. Kalau ada salah satu yang tidak menyala bererti kemungkinan pada pin nombor tersebut ada masalah, maka harus dilakukan pemeriksaan fizikal kabel UTP dan connector, samada pemasangannya betul atau tidak.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 36 Alatan: Drpd \/ of : 39 Langkah 1: Sambungkan kedua-dua hujung kabel LAN yang telah siap dan hendak diuji pada network cable tester. Langkah 2: Pasangkan network cable tester. Tester akan menghantar signal dari satu hujung ke hujung yang lain. Anda akan dapat melihat lampu LED pada network cable tester akan menyala serentak pada nombor yang sama atau mengikut urutan kabel yang telah anda buat (Straight Through atau Crossover \u2013 rujuk gambar di bawah).","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 37 Drpd \/ of : 39","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 38 SOALAN : Drpd \/ of : 39 1. Nyatakan jenis-jenis Multimeter? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 2. Nyatakan unit-unit bagi kuantiti dibawah : i). Voltan : ___________________ ii). Arus : ___________________ iii). Rintangan : ___________________ 3. Berikan fungsi TIGA tombol yang terdapat pada osiloskop. a. Level : __________________________________________________ b. Position :__________________________________________________ c. Intensity :________________________________________________ 4. Apakah kegunaan Penjana Fungsi? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(1\/6) Muka Surat \/ Page : 39 Drpd \/ of : 39 RUJUKAN 1. http:\/\/www.myelectrical4u.blogsport.com 2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-62-7430-8. 3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory, Sixth Edition. Prentice Hall","BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 2 (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA ETN 1024 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN UJIAN PROGRAM \/ PROGRAM\u2019S CODE & NAME EE-021-2:2012 : ELECTRONICEQUIPMMENT AND APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP \/ LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP & KOMPETENSI \/ HANDLING COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE NO. DAN PENYATAAN C1 MENGENALPASTI ALAT UKUR DAN ALAT UJI SERTA AKTIVITI KERJA \/ WORK CARA KENDALIAN ACTIVITIES NO. AND STATEMENT C2 MENYEDIAKAN AKTIVITI UNTUK PEMASANGAN DAN KENDALIAN ALAT UKUR DAN ALAT UJI C3 PEMASANGAN ALAT UKUR DAN ALAT UJI C4 MELAKSANAKAN KERJA MEREKOD DAN MENANDA ALAT UKUR DAN ALAT UJI C5 LAPORAN AKTIVITI PEMASANGAN DAN KENDALIAN ALAT UKUR DAN ALAT UJI ID UNIT KOMPETENSI \/ EE-021-2:2012-C02\/P(2\/5) Muka: 1 Drpd: 9 COMPETENCY UNIT ID","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 2 Drpd \/ of : 13 2.0 PENGENALAN KEPADA PERALATAN TANGAN Penggunaan alatan tangan yang sesuai untuk melakukan sesuatu kerja adalah amat penting dalam mengaplikasikan kerja-kerja amali didalam teknologi elektronik, ini kerana alatan tangan amat diperlukan ketika kerja-kerja membina, menyelenggara serta membaikpulih litar. 2.1 Definisi Peralatan Tangan Merupakan alat-alat tangan yang digunakan untuk melakukan kerja amali, membuat litar, penyambungan litar dan yang berkaitan. 2.1.1 Peralatan Tangan Berikut merupakan senarai peralatan yang digunakan untuk membuat litar, menyelenggara dan membaikpulih : i) Playar ii) Pemateri (Soldering iron) iii) Pemutar skru (Screwdriver) iv) Penyedut timah (Sucker) v) Tweezer vi) Spanar\/wrench vii) Cutter 2.1.2 Kegunaan Peralatan Tangan i) Playar (Pliers) Terdapat beberapa jenis playar iaitu playar pepenjuru, playar gabung, playar muncung tirus, playar penyambung gelinciran, playar pengapit ragum dan pemotong sisi. 2","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 3 Drpd \/ of : 13 Jenis-jenis playar dan kegunaan Gambar peralatan \uf0d8 Playar pepenjuru (Diagonal pliers) Kegunaan : Memotong dawai dan kepingan logam yang nipis \uf0d8 Playar muncung tirus (Long-nose pliers) Kegunaan : Memotong dawai, mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit. \uf0d8 Playar penyambungan gelinciran Kegunaan : Membengkok\/melengkungkan dawai, mengapit bahan\/nat\/logam yang tebal. \uf0d8 Playar pengapit ragum (Vise \u2013 pliers) Kegunaan : Memegang bendakerja secara mengapit, mengimpal, mencanai atau menggerudi. \uf0d8 Playar gabung Kegunaan : Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik iaitu bagi memegang, memotong kabel atau dawai elektrik. \uf0d8 Playar pemotong sisi (Side cutter) Kegunaan : Digunakan untuk memotong dawai kecil, penebat dawai dan lebihan kaki komponen pada papan litar. ii) Pemateri timah (Soldering Iron) Digunakan untuk memanaskan\/memateri timah supaya dapat mencabut, mencantum atau menyambungkan kaki komponen pada papan PCB. 3","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 4 Drpd \/ of : 13 Sambungan mestilah kukuh dan kuat bagi membolehkan arus mengalir dalam litar tanpa sebarang gangguan. Rajah 1 : Pemateri Timah (Soldering Iron) Soldering stand digunakan untuk keselamatan pemateri dan memegang pemateri semasa proses memateri. Rajah 2 : Soldering Stand iii) Pemutar skru (Screw driver) Screwdriver digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru. Terdapat pelbagai jenis screwdriver iaitu philips screwdriver, flat-blade screwdriver ,instrument screwdriver dan right-angled screwdriver . Jenis-jenis skru driver dan kegunaan Gambar peralatan \uf0d8 Philips Screwdriver Kegunaan : Digunakan untuk memutarkan skru philips. \uf0d8 Flat-blade screwdriver Kegunaan : Memutar skru berkepala \u2018bolt\u2019 atau nat yang lurus. 4","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 5 Drpd \/ of : 13 \uf0d8 Instrument screwdriver Kegunaan : Memutar skru-skru halus. Contohnya skru-skru yang terdapat pada jam-jam dan alatan saintifik. \uf0d8 Right-angled screwdriver. Kegunaan : Memutar skru yang tidak tercapai oleh pemutar skru biasa. iv) Penyedut Timah (Soldering sucker) Penyedut timah digunakan untuk menyedut timah yang tidak digunakan lagi dan membersihkan permukaan litar bercetak (PCB) kembali kepada keadaan asal. Rajah 3 : Penyedut Timah Timah adalah bahan yang digunakan untuk memateri\/mencantumkan komponen elektronik. Logam ini terdiri daripada campuran timah dan plumbum. Tahap kepanasan untuk mencairkan timah biasanya pada 180\u00b0C-188\u00b0C. Rajah 4 : Timah 5","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 6 v) Tweezer Drpd \/ of : 13 Digunakan untuk mengambil atau memegang komponen halus dan komponen yang sensitif seperti IC (Intergreted Circuit ) Rajah 5 : Tweezer vi) Spanar\/Wrench Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan bolt dan nat. Digunakan juga untuk mengetat dan melonggarkan kepala paip.Saiznya ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Rajah 6 : Sepanar boleh laras vii)Cutter- Digunakan untuk memotong wayar dan memotong kaki compenent. Rajah 7: Cutter 6","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 7 2.2 Jenis Bahan Drpd \/ of : 13 Jenis bahan yang digunakan dalam peralatan elektronik adalah seperti : i) Kabel ii) Eyelet iii) Penyambung (connector) iv) Penebat (insulator) 2.2.1 Kegunaan Bahan i) Kabel Kabel ialah media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi suatu pemasangan rekabentuk dari segi pemilihan, penyokongan dan pendawaian sesuatu jenis kabel perlu diketahui dengan jelas. Setiap kabel mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh disalahgunakan. Rajah 8 : Kabel ii) Eyelet Eyelet digunakan untuk membuat penyambungan arus dengan mengunci terminal dengan menggunakan skru. Eyelet dibuat daripada bahan pengalir\/konduktor dan tidak mudah terhakis. 7","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 8 Drpd \/ of : 13 Rajah 9 : Eyelet iii) Penyambung (connector) Penyambung digunakan untuk menghubungkan satu rangkaian elektronik ke rangkaian elektronik yang lain. Rajah 10 : Penyambung iv) Penebat (insulator) Penebat adalah bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik seperti getah, kertas, plastik dan kayu. Kegunaan penebat kabel pula adalah untuk mengelak daripada terkena renjatan dan berlaku litar pintas apabila tersentuh. 2.3 Analisa Kerosakan Komponen Bekalan Kuasa Jika berlaku kerosakan pada unit bekalan kuasa maka analisa mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Contohnya bermula dengan pengubah kemudian diikuti dengan penerus dan seterusnya. 8","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 9 Drpd \/ of : 13 2.3.1 Pengatur transistor Pengatur transistor terbahagi kepada dua rekabentuk iaitu pengatur transistor siri dan pengatur transistor selari. Dalam hal ini, kita hanya membincangkan pengatur jenis transistor siri sahaja kerana pengatur transistor selari sangat jarang di gunakan, ia juga kurang praktikal disebabkan pembaziran arus. Dalam pengatur jenis transistor siri, beberapa rekabentuk litar dapat kita lihat.Ia bergantung kepada keperluan dan fungsi masing-masing.Berikut beberapa rekabentuk pengatur transistor siri : i. Transistor siri mudah ii. Transistor siri penstabil keluaran iii. Transistor siri boleh ubah iv. Transistor siri penghad arus i. Transistor siri mudah Rajah 11: litar transistor mudah Dalam Rajah 11 transistor TR bertindak sebagai pengawal arus, bergantung pada pincang yang diberikan oleh R. Dz pula sebagai pengawal voltan dititik A ialah +16V dan di titik B ialah 12.7V (mengikut voltan zener ), kita tahu beza voltan antara base(b) dan emitter(e) transistor jenis silikon ialah 0.7V.Mengikut konfigurasi rekabentuk litar transistor NPN, voltan di b lebih besar dari e. Jadi keluaran adalah +12V. Voltan ini tetap stabil walaupun masukan berubah-ubah. Ini di panggil penstabil masukan. Jika beban yang dibekalkan menggunakan arus yang tinggi yang melebihi had pengatur, ini 9","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 10 Drpd \/ of : 13 akan memberi kesan kepada kestabilan voltan keluaran iaitu voltan keluaran menjadi kurang dari rujukan dan tidak stabil. Olah itu satu rekabentuk pengatur yang boleh menstabilkan keluaran diperlukan. ii. Transistor siri penstabil keluaran Rajah 12; litar siri penstabil keluaran Rekabentuk litar ini adalah berasaskan litar transistor siri mudah seperti litar rajah 12. Disini TR2 digunakan untuk mengawal voltan keluaran. Ia dinamakan amplifier ralat (error amp) . R2 dan R3 sebagai pemincang voltan. Katakan voltan keluaran kurang dari +12V disebabkan oleh beban yang lebih. Voltan di R3 tetap. Tetapi voltan di R2 menjadi kurang dan arus yang melaluinya juga kurang. Ini akan membuatkan arus pincang ke TR2 juga menjadi kurang. Seterusnya voltan yang susut merintangi pemungut dan pengeluar TR2 menaik.Ia membuat keluaran menaik semula dan menjadi stabil. Ini dipanggil penstabil keluaran. 10","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 11 Drpd \/ of : 13 iii. Transistor siri bolehubah Rajah 13: transistor siri bolehubah Setengah bekalan kuasa memerlukan pengatur yang bolehubah atau dilaraskan voltan keluarannya. Ini boleh dibuat seperti dalam litar Rajah 13 . Di sini TR2 digunakan sebagai pengubah voltan. Katakan Dz ialah 5.7V. Jika Rv di laras kepada maksima (keatas ), TR2 berkerja dan seolah-olah pintas. Voltan BE TR1 ialah 0.7V, secara kasar voltan keluaran menjadi +5V. Manakala Rv di minimakan dan TR2 tidak berkerja, voltan pemungut TR2 menjadi tinggi menghampiri nilai voltan masukan. Katakan voltan pemungut TR2 15.7V ( 16 \u2013VR1 ), jadi voltan keluaran ialah 15V. R2 adalah penyuap voltan agar voltan diod tidak jatuh keparas bawah dari voltan zener. iv. Transistor siri penghad arus Rajah 14: litar transistor siri pengehad arus 11","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 12 Drpd \/ of : 13 Rajah 14 menunjukkan gambarajah litar transistor siri penghad arus .Dengan menambah TR3 dan Rs, kita bolah menghadkan arus maksima yang keluar dari pengatur atau bekalan kuasa. Ia juga berfungsi sebagai pelindung arus lampau. Rs sebagai pengesan arus, adalah rintangan bernilai rendah dan berkuasa tinggi. Arus yang tinggi melalui Rs akan menyusutkan voltan merintanginya. Voltan ini adalah sama dengan voltan b-e TR3. Apabila VRs melebihi BE, transistor TR3 mula berkerja. Arus Ib untuk TR1 akan tertarik ke TR3 dan membuatkan TR1 berhenti berkerja. Arus yang tinggi tadi akan terhad.Rs boleh di kira jika mahukan nilai arus tertentu.Contohnya jika arus maksima ialah 2 A dan transistor yang digunakan ialah silicon,jadi : Rs = Vbe \/Imak = 0.7\/2 = 0.35 \u2126 2.3.2 Pengurusan Peralatan Dan Alat Uji \uf0d8 Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur mengikut jenis dan di tempat yang selamat. \u00b7 \uf0d8 Stok yang belum digunakan hendaklah diasingkan daripada stok yang telah digunakan atau rosak. \uf0d8 Barang-barang hendaklah dikeluarkan hanya atas permintaan dari guru-guru atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja. Pengeluaran barang-barang hendaklah dicatatkan dalam buku stok pada hari dikeluarkan dan hendaklah ditandatangani oleh penerima. \uf0d8 Barang-barang yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunkan hendaklah dikembalikan ke stor dan dimasuk kira dengan stok yang belum digunakan. \uf0d8 Catatan hendaklah dibuat di dalam buku stok. \uf0d8 Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu diselenggara untuk memanjangkan tempoh hayatnya.. \uf0d8 Alatan-alatan yang rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada penggunaannya. \u00b7 . 12","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 13 SOALAN \/ QUESTION: Drpd \/ of : 13 Jawab semua soalan yang diberikan di bawah dengan jawapan yang betul. 1. Screwdriver mempunyai pelbagai jenis. Nyatakan jenis-jenis screwdriver tersebut. a) ___________________________________________ b) ___________________________________________ c) ___________________________________________ d) ___________________________________________ 2. Apakah kegunaan pemotong sisi (side cutter)? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Playar pengapit ragum adalah salah satu jenis playar. Nyatakan kegunaannya. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 4. Nyatakan kegunaan penyedut timah (Soldering sucker) ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 13","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(2\/6) Muka Surat \/ Page : 14 Drpd \/ of : 13 RUJUKAN \/ REFERENCE: 1. http:\/\/www.myelectrical4u.blogsport.com 2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983- 62-7430-8. 3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory, Sixth Edition. Prentice Hall 4. Md. Nasir Abd Manan. 1992. \u201cTeknologi Elektronik\u201d. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 5. \u201cPengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik\u201d (1996), Kementerian Pendidikan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dasar Padu (M) Sdn. Bhd. 14","BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 3 (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA ETN 1024 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN UJIAN PROGRAM \/ PROGRAM\u2019S CODE & NAME EE-021-2:2012 : ELECTRONICEQUIPMMENT AND APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP \/ LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP & HANDLING KOMPETENSI \/ COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET AKTIVITI KERJA \/ WORK UP & HANDLING REQUIREMENTS ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 2. PREPARE FOR INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP & HANDLING ACTIVITIES ID UNIT KOMPETENSI \/ COMPETENCY UNIT ID 3. SET UP INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT 4. PERFORM RECORDING & TAGGING OF INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT 5. REPORT INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT SET UP AND HANDLING ACTIVITIES EE-021-2:2012-C02\/P(3\/5) Muka: 1 Drpd: 22","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 2 KOMPONEN AKTIF Drpd \/ of : 22 Komponen aktif merupakan komponen separuh pengalir yang memerlukan sumber bekalan untuk berfungsi. Contoh komponen aktif adalah diod, transistor dan litar bersepadu (IC). Di dalam modul ini, kita hanya belajar komponen diod dan transistor sahaja. SEPARUH PENGALIR (SEMICONDUCTOR) Separuh pengalir merupakan bahan yang mempunyai antara pengalir dan penebat. Pengalir ialah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya seperti logam dan cecair elektrolit. Penebat ialah bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Rintangannya tidaklah serendah pengalir dan tidak pula setinggi penebat. Bahan separuh pengalir adalah germanium dan silikon. Binaan Atom i) Setiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron. Nukleus terletak di tengah- tengah atom. Proton bercas positif, elektron bercas negatif manakala neutron tidak bercas. Nukleus dikelilingi oleh elektron yang berada di dalam orbit seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Rajah 1 : Binaan atom ii) Orbit yang terdekat dengan nukleus dinamakan orbit pertama, orbit kedua dan seterusnya. Susunan elektron mengikut orbit ialah 2, 8, 18, 32, 50,dan 2N2. N ialah kedudukan orbit. Rajah 2 menunjukkan kedudukan elektron bagi atom","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 3 Drpd \/ of : 22 silikon dan atom germanium. Silikon mempunyai 14 elektron dan germanium mempunyi 32 elektron. Orbit luaran digunakan untuk menentukan elektron valensi, sebagai contoh silikon dan germanium mempunyai 4 elektron valensi seperti rajah 2. Bagi bahan separuh pengalir mesti mempunyai 4 elektron valensi, maka silikon dan germanium merupakan bahan separuh pengalir. Rajah 2 : Binaan Atom Silikon Dan Germanium Ikatan Kovalen i) Apabila dua atau lebih atom berkongsi elektron, ikatan kovalen akan dihasilkan untuk menjadi atom dan ikatan yang stabil. ii) Atom separuh pengalir seperti germanium dan silikon mempunyai empat elektron pada orbit luaran. Atom-atom silikon ini akan berkongsi elektron antara satu sama lain untuk membentuk ikatan kovalen. Setiap atom akan berpasangan dengan satu elektron sahaja dari atom yang berhampiran dengannya seperti rajah 3.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 4 Drpd \/ of : 22 Rajah 3 : Ikatan Kovalen Yang Terhasil Bagi Hablur Silikon Dan Germanium 3.0 DIOD Diod ialah komponen separuh pengalir yang membenarkan arus mengalir satu hala sahaja. Terdapat beberapa jenis diod seperti diod isyarat, diod zener, diod terowong, diod varaktor, diod foto, diod pemancar cahaya (LED) dan diod LASER. Rajah 4 : Bentuk Fizikal Diod 3.1 Binaan Diod Diod mempunyai dua tamatan iaitu anod dan katod. Anod adalah bahan jenis P dan katod adalah bahan jenis N. Rajah 5 menunjukkan binaan diod dan simbol diod. Anod Katod + - Binaan Diod Simbol Diod Rajah 5 : Binaan Dan Simbol Diod","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 5 Drpd \/ of : 22 3.2 Pincang Hadapan dan Pincang Songsang Sambungan ke bekalan Ciri-ciri Pincang Hadapan \u2022 Arus dapat mengalir melalui diod \u2022 Rintangan antara simpang PN rendah D R \u2022 Lapisan susutan hilang Vs \u2022 Memerlukan voltan sawar bernilai Pincang Songsang (0.7V untuk diod silikon dan 0.3 V untuk diod germanium) bagi Vs D R mengalirkan arus. \u2022 Arus tidak boleh mengalir melalui diod \u2022 Rintangan antara simpang tinggi \u2022 Lapisan susutan bertambah tebal \u2022 Jika voltan sangat tinggi dikenakan, arus mengalir dalam keadaan pincang songsang 3.3 Simbol i) Terdapat pelbagai jenis diod dengan kegunaan tertentu. Jadual 1 menunjukkan bentuk fizikal beberapa diod dan simbol diod.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 6 Drpd \/ of : 22 Jadual 1: Bentuk fizikal dan simbol diod DIODE GAMBAR FIZIKAL SIMBOL KHAS Diod isyarat Diod zener Diod terowong Diod varaktor Diod pemancar Cahaya (LED) Diod foto Diod LASER 3.4 Kerosakan dan Pengujian Diod i) Diod boleh diuji menggunakan multimeter analog dan multimeter digital. ii) Jika menguji diod menggunakan multimeter analog, julat rintangan mestilah disetkan ke skala 1K\u2126. Jika setkan julat rintangan pada skala terendah boleh menyebabkan kerosakan pada diod. iii) Sambungkan multimeter dengan diod dalam keadaan pincang hadapan. Multimeter akan menunjukkan bacaan. Kebiasaannya nilai bacaan akan menunjukkan pada bacaan kurang 1K\u2126. iv) Jika sambungan diod dalam keadaan pincang songsang, multimeter tidak menunjukkan bacaan, jarum menunjukkan ke arah infiniti.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 7 Drpd \/ of : 22 v) Jika pengujian diod berlaku sebaliknya, maka diod itu telah rosak. vi) Apabila menguji diod menggunakan multimeter digital, meter dilaraskan ke fungsi pengujian diod. vii) Bacaan bagi diod yang dipincang hadapan adalah 0.6 hingga 0.8 V (jenis silikon) dan 0.2 hingga 0.4 V (jenis germanium). viii) Rajah 6 menunjukkan cara pengujian diod menggunakan multimeter analog. ix) Terdapat 2 jenis kerosakan diod iaitu terbuka dan terpintas. Kato Anod Kato Anod (a) (b) (a) Pincang Songsang (b) Pincang Hadapan Rajah 6 : Cara Pengujian Diod Jadual 2 : Pengujian Diod Menggunakan Multimeter Analog Kerosakan Terbuka Pincang Hadapan Pincang Songsang Kerosakan Terpintas Nilai rintangan infiniti Nilai rintangan infiniti Baik Nilai rintangan 0 Nilai rintangan 0 Nilai rintangan infiniti Nilai bacaan rendah 3.6 Langkah-langkah Keselamatan i) Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan. ii) Tidak boleh pateri terlalu lama iii) Bengkokkan kaki diod menggunakan playar muncung tirus iv) Pastikan diod dipisahkan terlebih dahulu dari litar sebelum pengujian dibuat.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 8 Drpd \/ of : 22 3.7 Aplikasi Diod Dalam Litar Rajah 7 menunjukkan rajah blok bekalan kuasa AT. Bahagian yang terdapat di dalam rajah blok ialah pengubah, penerus, penapis, pengatur dan beban. Pengubah akan menurunkan voltan bekalan 240 AU ke nilai yang dikehendaki. Voltan AU di pengubah sekunder masuk ke penerus untuk ditukarkan kepada voltan AT berdenyut. Apabila voltan AT berdenyut melalui penapis, voltan AT tulen dihasilkan. Walaupun voltan AT tulen telah dihasilkan, nilai voltan AT masih tidak stabil.Untuk mengatasi masalah ini, pengatur voltan digunakan. Pengatur voltan akan menstabilkan nilai voltan AT tulen pada voltan AT yang tetap seperti yang dikehendaki. Di dalam litar bekalan kuasa, diod berfungsi sebagai penerus litar. Rajah 7 : Rajah Blok Bekalan Kuasa","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 9 Drpd \/ of : 22 Rajah 8 : Bentuk Gelombang Pada Litar Bekalan Kuasa 3.8 Penerus Gelombang Separuh (1 Diod) Ketika voltan masukan AU, arus kitar positif akan mengalir melalui diod. Keluaran gelombang positif akan terhasil pada perintang RL.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 10 Drpd \/ of : 22 Apabila arus kitar negatif pula mengalir, arus ini tidak dapat mengalir melalui diod kerana pincang songsang. Maka tiada gelombang dihasilkan pada perintang RL. Proses di atas diulang bagi kitaran berikutnya. 3.9 Penerus Gelombang Penuh (2 Diod) Rajah di atas menunjukkan litar penerus gelombang penuh positif. Litar penerus gelombang penuh positif menggunakan pengubah tap tengah. Apabila arus positif dibekalkan, arus ini akan mengalir ke diod D1. Diod D1 dipincang hadapan.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 11 Drpd \/ of : 22 Apabila arus negatif pula dibekalkan, arus ini akan mengalir ke diod D2. Ketika diod D2 dipincang hadapan Maka, voltan keluaran akan terhasil seperti rajah di atas. 3.10 Penerus Gelombang Titi (Bridge Rectifier) \u2013 4 Diod Penerus gelombang titi menggunakan 4 diod sebagai penerus. Merujuk rajah di atas, semasa setengah kitar positif, diod D4 dab D2 dipincang hadapan manakala diod D1 dan D3 dipincang songsang. Arus akan mengalir melalui D4, RL dan D2. Gelombang yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT berdenyut.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 12 Drpd \/ of : 22 Semasa setengah kitar negatif, diod D3 dan D1 dipincang hadapan manakala diod D2 dan D4 dipincang songsang. Arus akan mengalir melalui D3, RL dan D1. Gelombang yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT berdenyut. Rajah di atas menunjukkan kombinasi bentuk gelombang merentasi beban semasa setengah kitar positif dan setengah kitar negatif. Gelombang yang terhasil berbentuk gelombang AT berdenyut. Apabila bekalan AU dibekalkan, bentuk gelombang akan terhasil daripada voltan AU kepada voltan AT berdenyut.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 13 Drpd \/ of : 22 3.11 Penapis Pemuat digunakan sebagai penapis litar dan pelicin voltan DC. Jika penapis pintas ia akan memutuskan fius pelindung. Pemuat yang terbuka boleh memberi kesan gangguan riak di keluaran. Selain dari pintas dan terbuka, penapis kerap juga berlaku bocor. Ini akan menyebabkan arus tidak stabil. Jenis-jenis litar penapis adalah seperti: i) Penapis RC ii) Penapis LC iii) Penapis RLC iv) Penapis Phi (\u03c0) Penapis RC Penapis LC","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 14 Drpd \/ of : 22 Penapis RLC Penapis Phi (\u03c0) 3.12 Pengatur Diod zener digunakan sebagai pengatur voltan di dalam litar bekalan kuasa. Apabila voltan AU dari pengubah masuk ke penerus, voltan AU akan ditukarkan kepada voltan AT berdenyut. Voltan AT berdenyut akan masuk ke penapis akan ditukarkan kepada voltan AT tulen. Voltan AT tulen yang dihasilkan adalah tidak","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 15 Drpd \/ of : 22 stabil. Maka, pengatur voltan adalah untuk menstabilkan voltan AT. Dengan cara ini, voltan keluaran menjadi stabil walaupun voltan bekalan AU pada punca kuasa berubah-ubah. Tetapi keupayaan diod zener sebagai pengatur voltan adalah terhad. Untuk meningkatkan keupayaan diod zener mengawal arus yang lebih tinggi, transistor perlu digunakan. Dua jenis pengatur voltan yang menggunakan transistor iaitu : i) Pengatur voltan siri ii) Pengatur voltan selari Pengatur Voltan Siri Pengatur Voltan Selari 4.0 TRANSISTOR DWIKUTUB Fungsi transistor ialah sebagai penguat, sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa. Rajah 11 : Bentuk Fizikal Transistor","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 16 Drpd \/ of : 22 4.1 Jenis Dan Binaan Transistor Transistor diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai dua simpang. Terdapat 2 jenis transistor iaitu transistor NPN dan transistor PNP. Komponen ini mempunyai tiga lapisan bahan, setiap lapisan mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C). a. Struktur binaan transistor PNP b. Simbol Rajah 12 : Struktur Binaan Dan Simbol Transistor PNP a. Struktur binaan transistor NPN b. Simbol Rajah 13 : Struktur Binaan Dan Simbol Transistor NPN","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 17 Drpd \/ of : 22 4.2 Pincang Transistor a. Transistor PNP b. Transistor NPN Rajah 14 : Kaedah Memincang Transistor Transistor akan berfungsi jika simpang tapak ke pengeluar (VBE) dikenakan pincang hadapan dan simpang tapak ke pemungut (VBC) dikenakan pincang songsang. 4.3 Arus Transistor Rajah 15 : Arah Pengaliran Arus Litar Transistor PNP Dan NPN","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 18 Drpd \/ of : 22 Menurut hukum arus Kirchoff, jumlah arus yang memasuki simpang adalah sama dengan jumlah arus yang keluar simpang. IE = IB + IC Arus pengeluar (IE), arus pemungut (IC) dan arus tapak (IB). 4.4 Tatarajah Transistor Terdapat 3 tatarajah penyambungan transistor iaitu : i) Tapak Sepunya ii) Pengeluar Sepunya iii) Pemungut Sepunya Rajah 16 : Tatarajah Sambungan Transistor","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 19 Drpd \/ of : 22 4.5 Kerosakan dan Pengujian Transistor i) Terdapat 2 jenis kerosakan transistor iaitu kerosakan terbuka dan terpintas. ii) Transistor boleh diuji dengan menggunakan multimeter. Kedua-dua meter jarum tidak Kedua-dua meter jarum bergerak bergerak (bacaan tinggi\/infiniti) (bacaan rendah) - ada sambungan - tiada sambungan Rajah 17 : Cara Menguji Transistor iii) Multimeter juga boleh digunakan untuk menentukan kaki transistor. iv) Rajah 18 di bawah menunjukkan langkah untuk menentukan kaki tapak, pemancar dan pemungut, seterusnya menentukan sama ada transistor NPN\/PNP. Rajah 18 : Langkah Menentukan Elemen Tapak Transistor Langkah menentukan kaki tapak transistor :","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 20 Drpd \/ of : 22 i) Setkan multimeter analog ke julat R X 10\u03a9. ii) Uji transistor mengikut langkah 1 - langkah 6 sehingga mendapat bacaan antara kedua-dua pengujian. iii) Contoh langkah di atas, langkah 1 dan langkah 6 multimeter menunjukkan bacaan. Maka kaki no 2 adalah kaki tapak transistor. iv) Kaki no 1 = hitam (negatif \u2013 N), kaki no 2 = merah (positif \u2013 P) Kaki no 3 = hitam (negatif \u2013 N), maka transistor ini adalah jenis NPN Rajah 19 : Langkah Menentukan Elemen Pemancar Dan Pemungut Transistor Langkah menentukan kaki pemancar dan penerima transistor : i) Setkan multimeter digital ke fungsi pengujian diod. ii) Contoh langkah rajah 19 di atas, kaki tapak adalah kaki no 2 dan jenis transistor adalah transistor PNP. iii) Kenalpasti antara langkah 1 dan langkah 2. Nilai susutan voltan langkah 2 adalah lebih tinggi dari langkah 1. Maka kaki no 1 adalah pemancar dan kaki no 3 adalah pemungut. 4.6 Langkah-Langkah Keselamatan i) Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan transistor. ii) Elakkan daripada mengenakan haba yang tinggi kepada transistor. iii) Jangan memateri transistor terlalu lama. iv) Pastikan transistor dipisahkan daripada litar terlebih dahulu sebelum membuat pengujian. v) Untuk transistor kuasa, heatsink perlu dipasang untuk menyejukkan transistor.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 21 Drpd \/ of : 22 4.7 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Induktor Tekan tombol POWER Tekan tombol L\/C\/R sehingga layar menunjukan huruf L. Hubungkan kaki-kaki inductor pada probe LCR meter. Tekan tombol 1KHz\/120Hz. Hasil pengukuran akan dipaparkan di layar Lepaskan probe dari kaki inductor. 4.8 Penggunaan LCR Meter Untuk Mengukur Kapasitor i) Pilih julat LCR meter pada bahagian C dan pilih nilai farad yang menghampiri dengan nilai kapasitor yang diukur. ii) Sekiranya nilai kapasitor tidak diketahui, pilih nilai farad yang paling tinggi. iii) Sambungkan probe \u2013ve pada negatif kapasitor dan probe +ve pada positif kapasitor. iv) Ataupun masukkan kaki kapasitor pada terminal kapasitor mengikut kekutuban yang betul. v) Nilai bacaan akan terpapar pada skrin LCR meter. vi) Jika bacaan menunjukkan nilai yang sangat kecil, turunkan nilai julat sehingga mendapat bacaan yang dikehendaki.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(3\/6) Muka Surat \/ Page : 22 Drpd \/ of : 22 RUJUKAN \/ REFERENCE: 1. http:\/\/www.myelectrical4u.blogsport.com 2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN NO. 983-62- 7430-8. 3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit theory, Sixth Edition. Prentice Hall 4. Md. Nasir Abd Manan. 1992. \u201cTeknologi Elektronik\u201d. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 5. \u201cPengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik\u201d (1996), Kementerian Pendidikan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.","BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 4 (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA ETN 1024 : PEMASANGAN KELENGKAPAN PERALATAN PROGRAM \/ PROGRAM\u2019S UJIAN CODE & NAME EE-021-2:2012 : ELECTRONICEQUIPMMENT AND APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING TAHAP \/ LEVEL L2 NO. DAN TAJUK UNIT C02 INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP & HANDLING KOMPETENSI \/ COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET AKTIVITI KERJA \/ WORK UP & HANDLING REQUIREMENTS ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 2. PREPARE FOR INSTRUMENT AND TEST EQUIPMENT SET UP & HANDLING ACTIVITIES ID UNIT KOMPETENSI \/ COMPETENCY UNIT ID 3. SET UP INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT 4. PERFORM RECORDING & TAGGING OF INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT 5. REPORT INSTRUMENT & TEST EQUIPMENT SET UP AND HANDLING ACTIVITIES EE-021-2:2012-C02\/P(4\/5) Muka: 1 Drpd: 25","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(4\/6) Muka Surat \/ Page : 2 Drpd \/ of : 25 4.1 KEFUNGSIAN ALAT UJIAN Komponen pasif ialah komponen yang mampu bekerja di dalam litar elektronik dengan sendiri. Ia tidak memerlukan bantuan dari komponen lain untuk memberikan voltan pincang atau voltan kendalian. Ia akan beroperasi mengikut kendaliannya sendiri. 4.1.1 Perintang Perintang ialah komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik. Perintang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah. Hukum Ohm telah menyatakan bahawa, semakin tinggi nilai rintangan, semakin rendah nilai arus yang mengalir. \u2022 Perintang Tetap Rajah 1 : Simbol Perintang Tetap Perintang tetap ialah satu komponen pasif yang mempunyai nilai rintangan yang tetap dan tidak boleh berubah-ubah. Namun begitu, faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin akan mengubah nilai rintangan perintang tetap. Perintang tetap biasanya mempunyai binaan komposisi karbon atau belitan dawai. Ia terdiri daripada pelbagai jenis, saiz dan nilai. Rajah di bawah menunjukkan bentuk dan binaan perintang tetap.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(4\/6) Muka Surat \/ Page : 3 Drpd \/ of : 25 Rajah 2 : PerintangTetap \u2022 Pemilihan Perintang Bil Perkara \/ Faktor Fungsi 1 Nilai rintangan Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang Nilai kelegaan bagi nilai sebenar. Jika perintang bernilai 100\u03a9 2 Had terima dan had terima \u00b110%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar antara 90\u03a9 dan 110\u03a9. Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang. Kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa 3 Kadar kuasa mengalami kerosakkan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak disebabkan oleh haba yang berlebihan. 4 Kestabilan Keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangan.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(4\/6) Muka Surat \/ Page : 4 Kod Warna Drpd \/ of : 25 WARNA JALUR 1 JALUR 2 JALUR 3 JALUR 4 \u00b11% Hitam 0 0 X1 \u00b12% Coklat 1 1 X10 Merah 2 2 X100 \u00b15% Oren 3 3 X1000 \u00b110% Kuning 4 4 X10000 \u00b120% Hijau 5 5 X100000 6 6 X1000000 Biru 7 7 X10000000 Ungu 8 8 X100000000 Kelabu 9 9 X1000000000 Putih - - X0.1 Emas - - X0.01 Perak - - Tiada - Contoh : Satu perintang tetap mempunyai jalur warna kuning, ungu, merah dan emas. Tentukan nilai namaan perintang dan julat had terimanya. Penyelesaian : i) Jalur pertama, kuning =4 Jalur kedua, ungu =7 Jalur ketiga, merah = X100 Oleh itu, nilai namaan perintang ialah 4700\u03a9 atau 4.7k\u03a9 ii) Jalur keempat, had terima ialah emas = \u00b15% Oleh itu, had terima (max) = 4.7k\u03a9 + (5% x 4.7k\u03a9) = 4935\u03a9 had terima (min) = 4.7k\u03a9 \u2013 (5% x 4.7k\u03a9) = 4465\u03a9 \u2022 Perintang Boleh Ubah Terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah seperti reostat, meter upaya dan praset. Perintang ini boleh mengubah nilainya mengikut keperluan. Termistor dan varistor pula akan berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.","NO. KOD \/ CODE NO. EE-021-2:2012-C02\/P(4\/6) Muka Surat \/ Page : 5 Drpd \/ of : 25 Rajah 3 : Simbol Perintang Boleh Ubah Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis perintang boleh ubah, simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang tersebut. Jadual 2 : Jenis Perintang Boleh Ubah \u2022 Kerosakan Perintang Kerosakan Penerangan Perintang bertambah Nilai rintangan yang dihasilkan oleh perintang telah terkeluar dari nilai nilai namaan dan had terima. Perintang Terbuka Tiada nilai rintangan yang diperolehi."]
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449
- 450
- 451
- 452
- 453
- 454
- 455
- 456
- 457
- 458
- 459
- 460
- 461
- 462
- 463
- 464
- 465
- 466
- 467
- 468
- 469
- 470
- 471
- 472
- 473
- 474
- 475
- 476
- 477
- 478
- 479
- 480
- 481
- 482
- 483
- 484
- 485
- 486
- 487
- 488
- 489
- 490
- 491
- 492
- 493
- 494
- 495
- 496
- 497
- 498
- 499
- 500
- 501
- 502
- 503
- 504
- 505
- 506
- 507
- 508
- 509
- 510
- 511
- 512
- 513
- 514
- 515
- 516
- 517
- 518
- 519
- 520
- 521
- 522
- 523
- 524
- 525
- 526
- 527
- 528
- 529
- 530
- 531
- 532
- 533
- 534
- 535
- 536
- 537
- 538
- 539
- 540
- 541
- 542
- 543
- 544
- 545
- 546
- 547
- 548
- 549
- 550
- 551
- 552
- 553
- 554
- 555
- 556
- 557
- 558
- 559
- 560
- 561
- 562
- 563
- 564
- 565
- 566
- 567
- 568
- 569
- 570
- 571
- 572
- 573
- 574
- 575
- 576
- 577
- 578
- 579
- 580
- 581
- 582
- 583
- 584
- 585
- 586
- 587
- 588
- 589
- 590
- 591
- 592
- 593
- 594
- 595
- 596
- 597
- 598
- 599
- 600
- 601
- 602
- 603
- 604
- 605
- 606
- 607
- 608
- 609
- 610
- 611
- 612
- 613
- 614
- 615
- 616
- 617
- 618
- 619
- 620
- 621
- 622
- 623
- 624
- 625
- 626
- 627
- 628
- 629
- 630
- 631
- 632
- 633
- 634
- 635
- 636
- 637
- 638
- 639
- 640
- 641
- 642
- 643
- 644
- 645
- 646
- 647
- 648
- 649
- 650
- 651
- 652
- 653
- 654
- 655
- 656
- 657
- 658
- 659
- 660
- 661
- 662
- 663
- 664
- 665
- 666
- 667
- 668
- 669
- 670
- 671
- 672
- 673
- 674
- 675
- 676
- 677
- 678
- 679
- 680
- 681
- 682
- 683
- 684
- 685
- 686
- 687
- 688
- 689
- 690
- 691
- 692
- 693
- 694
- 695
- 696
- 697
- 698
- 699
- 700
- 701
- 702
- 703
- 704
- 705
- 706
- 707
- 708
- 709
- 710
- 711
- 712
- 713
- 714
- 715
- 716
- 717
- 718
- 719
- 720
- 721
- 722
- 723
- 724
- 725
- 726
- 727
- 728
- 729
- 730
- 731
- 732
- 733
- 734
- 735
- 736
- 737
- 738
- 739
- 740
- 741
- 742
- 743
- 744
- 745
- 746
- 747
- 748
- 749
- 750
- 751
- 752
- 753
- 754
- 755
- 756
- 757
- 758
- 759
- 760
- 761
- 762
- 763
- 764
- 765
- 766
- 767
- 768
- 769
- 770
- 771
- 772
- 773
- 774
- 775
- 776
- 777
- 778
- 779
- 780
- 781
- 782
- 783
- 784
- 785
- 786
- 787
- 788
- 789
- 790
- 791
- 792
- 793
- 794
- 795
- 796
- 797
- 798
- 799
- 800
- 801
- 802
- 803
- 804
- 805
- 806
- 807
- 808
- 809
- 810
- 811
- 812
- 813
- 814
- 815
- 816
- 817
- 818
- 819
- 820
- 821
- 822
- 823
- 824
- 825
- 826
- 827
- 828
- 829
- 830
- 831
- 832
- 833
- 834
- 835
- 836
- 837
- 838
- 839
- 840
- 841
- 842
- 843
- 844
- 845
- 846
- 847
- 848
- 849
- 850
- 851
- 852
- 853
- 854
- 855
- 856
- 857
- 858
- 859
- 860
- 861
- 862
- 863
- 864
- 865
- 866
- 867
- 868
- 869
- 870
- 871
- 872
- 873
- 874
- 875
- 876
- 877
- 878
- 879
- 880
- 881
- 882
- 883
- 884
- 885
- 886
- 887
- 888
- 889
- 890
- 891
- 892
- 893
- 894
- 895
- 896
- 897
- 898
- 899
- 900
- 901
- 902
- 903
- 904
- 905
- 906
- 907
- 908
- 909
- 910
- 911
- 912