Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

Published by SHARRUL RIZAL HASHIM, 2023-08-03 15:09:59

Description: WIBAWA SOSIOBUDAYA , EKONOMI DAN PELANCONGAN WILAYAH TIMUR

Search

Read the Text Version

["PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kunyit. Ayam-ayam tersebut kemudiannya akan dimasukkan serentak dalam bon untuk dipadankan lawannya. Ayam yang hendak berlaga akan diambil oleh tuannya (juara). Juara bermaksud orang yang boleh membawa ayam masuk ke dalam bon. Setelah persetujuan antara juara dan Nai, pertandingan akan dimulakan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh pihak lawan bagi menjatuhkan musuh. Kalah menang ditentukan apabila salah seekor antara mereka melarikan diri daripada perlawanan, diperagakan; \u201c...Pada sebelah petang, pak Wan dan Esu datang lagi. Thit sedang memandikan ayam laga dengan air rebusan kuniyt di bawah pokok nangka. Thit minat berlaga ayam. Dia selalu pergi berlaga ayam di bong di negara jiran. Empat ekor jantan baka baik terkurung di dalam perkup di halaman rumahnya...\u201d (hlm 115). Dalam konteks Phensi, tindakan pengarang mentransformasikan kembali isu kebudayaan ini seakan memperjelaskan lagi kedudukan pertandingan laga ayam dalam kalangan masyarakat Siam Kelantan. Ini kerana, Campur tangan Barat telah meminggirkan hiburan tradisional yang suatu ketika dulu menapak dan berkembang dalam masyarakat. Unsur hiburan yang berkembang kini rata-rata berorientasikan kebendaan dan bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Media massa seperti radio, televisyen dan majalah merupakan antara medium hiburan yang popular pada ketika ini. Fikiran masyarakat mula menjejak dalam dunia nyata sehingga soal warisan nenek moyang tersebut dilupakan begitu sahaja. Dari sudut agama, laga ayam mempunyai unsur perjudian yang memperlihatkan pertaruhan sesama penonton. Perjudian bermaksud pertaruhan dalam bentuk wang ringgit terhadap sesuatu benda yang diyakini akan memenangi sesuatu pertandingan. Pemain yang kalah bertaruh akan memberikan wangnya kepada si pemenang. Peraturan dan jumlah taruhan ditentukan sebelum pertandingan dimulai. Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib. Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, yaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Oleh kerana itu, haram seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu lapang. Begitu juga haram seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun. iv. Makanan lokal Makanan tradisional masyarakat Siam Kelantan terpengaruh dengan budaya makanan tradisi masyarakat Siam di Thailand berdasarkan persamaan yang ketara. Kebanyakan makanan tradisional diasimilasikan daripada budaya masyarakat Melayu dan masyarakat Siam, misalnya dari segi nama yang masih mengekalkan bahasa Siam. Masyarakat Siam Kelantan dikatakan gemar memakan hidangan seperti somtam, khao mok gai, khao jam, luk chup dan miang kham. Somtam misalnya merupakan hidangan sampingan seakan salad. Somtam berasal dari Laos dan kemudiannya masuk ke daerah Isaan di bahagian timur Thailand. Terdapat buah-buahan dan sayur-sayuran seperti betik mentah, mangga muda, lobak merah, kacang panjang, limau,cili selain kacang tanah,bawang merah dan udang kering. Bahan mentah ini akan diparut atau disagat sebelum ditumbuk dalam lesung batu. Hidangan ini merupakan 90","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menu sihat yang seimbang dengan rasa masam, pedas, manis dan masin. Somtam biasanya dimakan dengan pulut atau mi beras. Selain somtam, hidangan phat phet juga sangat disukai masyarakat Siam Kelantan. Paduan bahan seperti serai, daun limau purut, halia, bawang putih, bawang besar,cili padi dan asam keping membangkitkan rasa dan bau yang menyelerakan. Ia sesuai dimasak dengan aneka lauk seperti ayam, sotong atau daging. Teksturnya kering seakan rendang tetapi enak di makan dengan nasi panas. Walaupun masakan Thai lebih pedas dan masam tetapi, masyarakat Siam dan Melayu tidak mempunyai masalah ketara dari segi citarasa. Bahkan majoriti masyarakat Siam Kelantan gemar makan budu, kuih tempatan dan ulam-ulaman. Menerusi novel Phensi, pengarang memperagakan antara masakan Thailand yang popular dan dijual di mana-mana kedai makan Siam di Malaysia. Transformasi makanan somtam dan phat phet sebagai salah satu makanan asli Thailand dapat memperkenalkan serta mempromosikan produk lokal negara mereka, misalnya: \u201c...Pokok betik Pak Wan tanam agak banyak kerana permintaan menggalakkan. Selain buah yang masak, buah muda pun laku. Gerai masakan Thailand selalu borong buah betik muda untuk membuat somtam...\u201d (hlm 32) \u201c...Bau phatphet terus menerpa hidung Pak Wan. Orang tua itu tersenyum seorang diri. Malam ini dia boleh makan nasi dengan phatphet yang telah lama tidak dimakannya. Masakan isterinya, fikir Pak Wan memang hebat, belum makan pun sudah dapat mearsa sedapnya...\u201d (hlm 20) Perkembangan teknologi yang pesat juga membantu masyarakat dalam mempromosikan juadah, bahkan resepi dan teknik masakan mereka. Begitu banyak sekali blogger, influencer, tik tocker dan usahawan yang memanfaatkan media sosial untuk tujuan ini. Nama-nama berpengaruh dalam dunia masakan seperti Yatie Kitchen, Khairul Aming, Sheila Rusly. Che Nom, Limau Nipis dan Azie Kitchen antara individu yang turut mengetengahkan masakah berunsur Thailand. Melaluinya, khalayak lebih mudah untuk mendapatkan maklumat seperti resepi dan kaedah untuk memasak pelbagai makanan. v. Kesenian Seterusnya, Main Puteri (Main Teghi) merupakan satu kaedah pengubatan berstruktur tertua di dunia dan bentuk kesenian yang pernah popular serta mendapat tempat dalam masyarakat Melayu-Pattani. Dipercayai bahawa terdapat banyak versi asal usul Main Puteri. Ada sesetengah pendapat mengatakan sejarah Main Puteri ini bermula sejak zaman Nabi Muhammad dan perkataan \u201cTeri\u201d itu merujuk kepada panggilan anakanda Nabi, Siti Fatimah. Tidak kurang pula yang menghubungkan Main Puteri dengan tokoh cerita lagenda iaitu Puteri Saadong. Main Puteri juga menggabungkan unsur-unsur lakonan,tarian, mimos dan muzik. Namun begitu, Main Puteri kerap dipersembahkan bertujuan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan \u201cjiwa yang rosak\u201d. Semasa melakukan persembahan, ketua kumpulan atau Tok Teghi akan bertindak sebagai perantara bagi menghubungkan pesakit dengan semangat (isih) yang diseru. Karektor Tok Teghi akan berubah-ubah mengikut jenis penyakit orang yang sedang dirawat misalnya garang, orang tua dan sebagainya. Terdapat lebih kurang 50 buah lagu yang dipersembahkan semasa Main Teghi, namun sekarang 91","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 jumlahnya berkurang kepada 10 buah lagu sahaja seperti Kijang Mas, Cik Kojo, Mengulit dan lain-lain. Upacara \u201cmenurun\u201d dalam Main Puteri boleh dianggap sebagai usaha menyatukan roh dan jiwa yang sakit. Terdapat gabungan ayat-ayat Quran (unsur Islam), unsur magis dan ritual (jampi dan mantera), yang dipengaruhi oleh zaman animisme dan peralihan Hindu-Islam. Penonton akan menyaksikan upacara \u201cmenurun\u201d berlaku apabila semangat pesakit yang diseru masuk ke dalam badan Tok Teghi dengan iringan muzik dari rebab, serunai, tetawak, gendang, geduk, canang dan kasi yang dimainkan oleh awak-awak (panjak). Pesakit kemudiannya bangun dan menari mengikut paluan alat muzik dan irama oleh panjak. Begitu juga ketika Tok Teghi tidak sedarkan diri, Tok Minduk bersoal jawab dengannya untuk mengetahui sebab penyakit yang dialami. Main Puteri juga pernah diharamkan berikutan bacaan serapah yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam. Kini, masa depan seni budaya ini kian luput dan malap. Pengarang turut memperagakan Main Puteri sebagai salah satu ciri sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan agar generasi muda dapat mengenali dan menghargai khazanah seni ini. Diperagakan; \u201c...Mak Su teringat neneknya sebelah ibu jikalau sakit mesti jemput Pak Su Yaakob datang main puteri barulah boleh sembuh. Neneknya yang sakit terlantar di atas tikar apabila diseru oleh Tok Teri, akan bangun dan menari mengikut rentak gesekan rebab Tok Minduk...\u201d (hlm 201) Kesimpulan Dapat dikatakan bahawa, identiti kepengarangan Prasert Eh Chai bukan sahaja terserlah dari segi gaya penulisannya, malahan dari apek tema dan persoalan. Kerja-kerja intertekstual yang dilakukan oleh pengarang melalui pemikiran dan kaedah penceritaan sangat dipengaruhi oleh persekitan dan latar peribadi sebagai seorang yang berketurunan Siam Kelantan. Secara keseluruhan, Prasert Eh Chai dilihat tidak mencipta sesuatu yang baru sebaliknya melakukan kerja intertekstual terhadap teks bukan kreatif yang bersifat already-written. Kekreatifan pengarang mengadun semula isu sosiobudaya ke dalam genre novel menggambarkan bahawa setiap karya sastera akan terus \u201chidup\u201d dapat diperpanjangkan hayat persoalan, diperdalami gejolak jiwa watak serta diperkemas maknanya berdasarkan perkembangan semasa. Hal ini bertepatan dengan kerangka intertekstualiti bahawa, tidak ada karya bersifat mandiri melainkan terdapatnya hubungan antara teks. 92","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Bakhtin, Mikhail. (1996). The Dialog Imagination. Austin: University of Texas Press. Hamidah Yaacob. (1982). Hiburan Tradisional Kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Khamnuong Sanong. (2003). Belajar Pembangunan Masyarakat dan Kebudayaan Thai di Utara Malaysia. Songkhla: Universiti of Thaksin. Kristeva, Julia. (1980). Semiotica And Desire In Language: A Semiotic Approach To Literature And Art. Oxford: Basil Blackwell. Louis Golomb. (1978). Brokes pf Morality: Thai Ethnic Adaptation in a Riral Malaysian Setting. Honolulu: Universiti of Hawaii Press. Mawar Safei. (2006). Hipoteks Sejarah dalam novel Panglima Awang. Jurnal e-Bangi, 3 (1), 232-236. Mawar Safei. (2010). Novel Intertekstual Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Pozi Hj Masurori. (2004). Hikayat Syah Kobat: Analisis Struktur dan Intertekstualiti. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Prasert Eh Chai. (2022). Phensi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Roger Gordon Kershaw. (1969). The Thai of Kelantan. A Socio Political Study of The Ethnic Outpost. PhD Thesis. University of London. Suziana Razali. (2020). Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah Kependudukan dan Perkembangan Sosiobudaya. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Malaysia Kelantan. Tuan Rusmawati binti Raja Hassan. (2018). Intertekstualiti Dalam Novel S.Othman Kelantan.Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. 93","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 TINGKAT-TINGKAT KEPERLUAN KEHIDUPAN DARIPADA PEMIKIRAN DUA PENULIS SERUMPUN: SATU ANALISIS BANDINGAN ANTARA DUA KUMPULAN PUISI SOHAIMI ABDUL AZIZ (PERSATUAN KARYAWAN PULAU PINANG) DAN SAIRAH ABDULLAH (JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA) Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran dua orang penulis puisi iaitu Abdul Razak Panemale dari Patani, Selatan Thailand dan Rosli K. Matari dari Kelantan, Malaysia. Pemikiran mereka tentang keperluan kehidupan akan dikaji dalam dua kumpulan puisi iaitu Pantai Ini, Lautnya Dalam (2014) oleh Abdul Razak Panemale dan Mengingat Matahari (2023) oleh Rosli K. Matari Dengan menggunakan pendekatan bandingan, kertas kerja ini membuat penelitian bandingan terhadap pemikiran mereka berdasar dua buah kumpulan puisi tersebut. Berdasarkan teori hierarki keperluan kehidupan oleh Abraham Maslow, akan digunakan dengan dalam kajian ini dengan sedikit penambahbaikan. Teori keperluan Maslow, punya kelemahan antaranya tidak melibatkan unsur spiritual atau kerohanian. Maka dengan memasukkan aspek kerohanian khususnya Islam, maka setiap peringkat keperluan itu mengandungi unsur kerohanian. Dalam penelitian ini, kami mendapati bahawa pemikiran Abdul Razak Panemale memperlihatkan keperluan kehidupan pada peringkat keempat iaitu keperluan kepada kepuasan yang berkaitan dengan harga diri iaitu keperluan kepada dihargai dan dihormati. Manakala Rosli K. Matari pula berada pada keperluan peringkat kelima iaitu peringkat keperluan diri sendiri. Rosli K. Matari bukan meneroka potensi diri tetapi mempelajari dan menerima hakikat diri yang nyata tidak abadi. Mati pasti datang tanpa diundang kerana ia telah ditetapkan sejak azali lagi. Perbezaan tingkat keperluan kehidupan ini antaranya disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor persekitaran, psikologi dan spiritual. Perkara ini akan diperjelaskan dalam kertas kerja ini. Kertas kerja ini juga menjelaskan mengapa terdapat tingkat keperluan kehidupan yang berbeza antara Abdul Razak Panemale dan Rosli K. Matari. _________________________ *Kertas kerja ini dibentangkan di Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut 2023. Di Universiti Fatoni, Patani, Thailand. Anjuran Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan dan Pusat Kajian Tamadun Melayu Islam Patani, Universiti Fatoni, dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 4-6 Ogos 2023. 94","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Mengikut teori keperluan manusia Abraham Maslow (2012), keperluan kehidupan manusia boleh dibahagi-bahagikan kepada 5 peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat fisiologikal iaitu keperluan asas seperti keperluan kepada makan minum, penginapan, pelindungan dan pakaian. Keperluan peringkat kedua ialah keperluan keselamatan yang jika dirincikan meliputi keselamatan kewangan, kesihatan dan fizikal. Keperluan peringkat ketiga ialah keperluan sosial seperti berkeluarga, bersahabat dan bermasyarakat. Keperluan kehidupan keempat ialah keperluan kepuasan\/estem iaitu keperluan dihargai dan dihormati. Keperluan paling tinggi ialah keperluan diri sendiri iaitu keperluan meneroka potensi diri dan memahami diri sendiri. Teori keperluan Maslow ini punya beberapa kelemahan seperti sukar untuk membuat hierarki, sukar diuji dan tidak mengambil kira keperluan kerohanian. Menyedari kelemahan teori Msalow ini, maka kertas kerja ini membawa masuk keperluan kepada aspek kerohanian dan keperluan ini ada disemua peringkat kehidupan seperti yang diteorikan oleh Maslow. Abdul Razak Panemale Melalui kumpulan puisi bertajuk Pantai ini, Lautnya Dalam (2014) oleh Razak Panemale, kami mendapati bahawa keperluan kehidupan yang ketara dalam beberapa puisinya ialah keperluan mereka (Melayu Patani) perlu dihormati dan dihargai oleh orang lain seperti orang Thai bukan muslim yang menjadi kumpulan terbesar di Thailand. Tajuk kumpulan puisi ini telah dapat memancarkan satu keadaan yang kompleks di dalam masyarakat Melayu Patani. Pastinya banyak isu yang tidak beres dalam masyarakat ini hal ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang tidak menentu dari segi sosio-politik misalnya jati diri Melayunya telah lama terhakis. Dalam keadaan seperti ini, apakah manusia seperti Razak Panemale akan buat? Apakah keperluan yang sangat mendesak pada waktu itu? Ada dua keadaan yang boleh dijangkakan sama ada pasrah dengan keadaan atau melawan dengan keadaan yang tidak enak itu. Dalam kumpulan puisi ini, Razak Panemale melawan keadaan dengan berfikiran positif tentang kehidupan. Beliau mempelajari sesuatu daripada sejarah dan masa silam untuk memperkukuhkan keperibadiannya. Tegasnya, sejarah silam tetap bermain difikiran selagi ada yang meriwayatkannya kembali: Di bawah langit ini Ada kisah lama dilipur lara Ada Riwayat leluhur masih segar membara Ada wayang lam ditayang kembali Ada mitos legenda bermukim di ufuk mimpi Selagi Pak Dalam masih setia berbahari Selama itulah penonton setia menunggu sampai dinihari. (puisi \u2013 \u201cDi Bawah Langit Munag Thai\u201d) Dalam puisi yang lain, hal yang sama diperlihatkan: Sewaktu berdiri aku di daerah ini Hati bagaikan dibalut sepi Menyaksikan babak-babak dramatik Adegan-adengan tragik ( puisi - \u201cSewaktu Berdiri Aku di Permatang Sawah\u201d ) 95","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Kepulan asap kecil dari timbunan sekam Ada api Ada bara. \u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026. Parut di kepala dan dada Bukti sejarah telah diperkosa Tanda hati telah luka. (puisi \u2013 \u201cMasih\u201d) Pastinya sebagai manusia beliau dan masyarakatnya terkesan dengan keadaan masa silam di mana mereka berjuang untuk mendapat hak sebagai orang asal di situ tetapi tidak berjaya. Melayu Patani terpaksa akau dengan sistem yang dikenakan oleh pihak yang menang atau yang memerintah. Namun Razak berpendapat kisah-kisah lama itu ditayangkan kembali hanya untuk bernostalgia sahaja. Maka masyarakatnya akan dibuai oleh sentimen tidak membawa manfaat yang baik. Razak mahu masyarakatnya kurang bernostalgia tetapi bertindak untuk berubah. Namun Razak tidak terbawa-bawa cerita lama itu. Beliau lantas membawa pembaca untuk memahami keadaan yang sebenar. Beliau mahu masyarakatnya mengubah cara berfikir jika ingin mengubah keadaan. Katanya: Di tebing sugai sejarah Perhimimpunan raksasa bagai selalu Para juak seperti bermandikan cahaya Dan pekikan bergema di mana-mana Tetapi apalah erti apakah makna Jika tidak pernah membuka minda Jika tidak pernah mengubah suasana. (puisi \u2013 \u201cDi Tebing Sungai Sejarah\u201d) Bagi Razak, keperluan kehidupan pada waktu itu ialah mereka perlu dihargai dan dihormati. Untuk dihargai dan dihormati, jangan bernostalgia sahaja sebaliknya berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Maka mereka perlu berjuang untuk berubah. Pertarungan pasti berlaku untuk mempertahankan yang benar. Katanya: Hapuslah air mata duka Usah dikenang barang yang lepas Lupakan kisah-kisah lalu Kehidupan adalah satu pertarungan Hidup ini medan perjuangan Kalau pisau sudah di tangan Kalau keris terselit sudah di pinggang Berdiam diri berpeluk tebuh Selangkah lagu mundur ke belakang (puisi \u2013 \u201cMencipta Sejarah\u201d) Jika menunggu dan berpeluk tubuh sahaja, maka mereka akan kecewa. Razak mahu masyarakatnya berubah demi survival bangsanya. Untuk berubah, cara fikir perlu diubah baharulah ada lonjakan pada tindakan yang hendak dilakukan. Dalam puisi yang lain Razak berkata lagi: 96","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Jangan paksakan aku menari ikut rentakmu Tidak kupaksa kau menari pula ikut rentakku Rentakku rentak moden Rentakmu rentak tradisional Rentakmu rentak rasional Rentakmu rentak emosional (puisi-\u201cRentak Sumbang\u201d) Di sini kelihatan ada pertembangan dua golongan yang berbeza cara berfikirnya. Razak mahu cara fikir yang baharu, yang moden dan rasional, bukan berfikir cara lama yang bersandar kepada nolstalgia sahaja. Razak yakin dengan bertindak secara rasional dan kurang bernostalgia maka masyarakatnya akan mencapai kegemilangan seperti dahulu. Razak berkata lagi: Harapan tidak bisa dihancur-luluhkan Harapan tumbuh membesar di setiap sudut hati Harapan membawa kegemilangan diri Betapa kejamnya manusia andai tanpa cinta dan harapan di hari. (puisi- \u201cCinta Seorang Pengharap\u201d) Cara berfikir Razak ialah kembali kepada Islam yang sebenar. Islam perlu menjadi pegangan yang kukuh dan berakar di dalam jiwa dan juga tindakan. Bermula dengan melihat ciptaan Tuhan yang berada di sekeliling. Ciptaan Tuhan itu tanda kebesaran Tuhan. Razak berpendapat, dengan melihat dan berfikir tentang kebesaran Tuhan maka masyaraktnya mampu berubah. Baginya, Islam menjadi pemangkin kepada perubahan: Jangan kerap menutup jendela Bukalah jendela tika fajar menjelma Jendela itu saluran maklumat Jendela itu terowong hikmat Tanpa jendela, pincanglah rumah kita (puisi \u2013 \u201cJendela Hayat\u201d) Apabila Razak bersandar kepada ajaran Islam yang sebenar, maka keperluan kerohanian jelas berada pada peringkat ini. Untuk dihargai dan dihormati maka berfikir berlandaskan Islam sangat diperlukan. Ajaran Islam yang sebenar perlu dihayati dan diamalkan. Islam agama yang maju bukan agama yang hanya mahu umat menyerah kepada takdir sahaja. Jika cara berfikir yang negatif ini diamalkan, sampai bila pun Melayu Patani tidak akan dihormati oleh bangsa lain. Razak mendapati masyarakatnya tidak bersungguh-sungguh untuk menghayati Islam yang sebenar. Masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi satu tenaga pengerak perubahan tidak dimanfaatkan dengan baik. Masjid tidak digunakan sepenuhnya, terbiar. Tanpa penggunaan masjid secara optimum menunjukkan bahawa masyarakatnya tidak benar-benar mahu berubah kepada satu keadaan yang terbaik. 97","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Mengikut Razak: Masjid telah lama siap dibina Tinggal penghuni saja yang masih tidak ke mana Masjids telah lama siap Masyarakat saja yang belum siap Binakanlah semula menjadi perkasa Tak lekang dek panas Tak lekang dek masa. (puisi \u2013 Masjid Telah Lama Siap Pahat Masyarakat Saja Masih Berbunyi\u201d) Razak juga melontar satu pertanyaan penting mengapa berlaku pergolakan dalam negara- negara Islam. Beliau berpendapat, hal ini terjadi kerana umat Islam tidak menghayati dan melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. Hal ini terjadi hatta kepada golongan agama. Kata Razak: Kenapa dibaca dihafal tanpa hayati utusan suci? Qur\u2019an bukan sekadar untuk didendang mendengar siulan (puisi \u2013 \u201cKenapa dan Mengapa\u201d) Dengan kata-kata lain, puisi-puisi Abdul Razak Pandemale yang dipilih dan dianalisis memperlihatkan suara-suara yang ingin kepada perubahan dalam berfikir dan bertindak. Beliau mahu msyarakatnya bangun dan berfikir dan bukan tidur dengan bernostalgia tentang kisah-kisah lalu. Cara berfikir dan bertindak mesti berasaskan ajaran Islam yang sebenar bukan Islam yang ditonggani oleh kepentingan peribadi. Nada ingin kepada perubahan ini bersesuaian dengan keadaan sosio-politik Patani yang mencabar mereka untuk berfikir dan berubah. Selain ajaran Islam yang benar, Razak juga menyuarakan supaya masyarakatnya jangan mudah membuat penilaian yang tergesa-gesa. Beliau menyarankan kepada masyarakatnya jangan cepat membuat penilaian tanpa berfikr panjang dan dari pelbagai sudut umpama \u2018tukang kasut\u2019 itu. Bukan semua tukang kasut itu bodoh dan busuk dan bukan semua yang mengaku tokoh itu pandai dan harum. Katanya: Ada sang tukang kasut berjiwa sang tokoh ada sang tokoh berjiwa sang tukang kasut (puisi- \u201cSang Tukang Kasut\u201d) Rosli K. Matari Rosli K. Matari merupakan penulis penting yang berasal dari Kelantan, Malaysia, jiran kepada Negeri Patani. Dua negeri ini mempunyai hubungan sejarah yang panjang sampai ke hari ini. Rosli mewakili daerah yang sejahtera dari segi politik dan juga ekonomi. Tidak ada isu besar kecuali isu air yang belum-belum reda. Namun dari segi sosio-politiknya aman. Maka adakah Rosli K. Matari seperti Abdul Razak Panemale? Pastinya tidak. Analisis puisi-puisi Rosli dalam kumpulan puisi terbaharunya yang bertajuk Mengingat Matahari (2023), menunjukkan beliau sangat berbeza berbanding dengan Abdul Razak Panemale. Tingkat keperluan hidupnya telah sampai kepada kemuncaknya. Keperluan 98","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kehidupan Rosli ialah keperluan dirinya sendiri. Keperluan untuk menyiapkan dirinya menemukan kematiannya. Maka beliau banyak berkata tentang kematian berbanding keperluan kehidupan yang lain. Tingkat-tingkat keperluan kehidupan yang lain itu telah dikecapinya. Dengan keupayaan bermain-main dengan bahasa, Rosli menghasilkan puisi-puisi yang puitis tentang persoalan kematian. Beliau seolah-olah rindu kepada kematian. Mengapa. Mengapakah beliau mengingati kepada matahari dalam puisi \u201cMengingat Matahari\u201d? Apakah yang dilambangkan oleh matahari itu? Selalunya matahari itu melambangkan keghairahan kepada kehidupan. Tapi bagi Rosli mengingat kepada matahari mengingatkannya kepada hakikat kehidupan yang pastinya akan berakhir dengan kematian. Kehidupan ini sementara sahaja seperti juga embun, pagi, dinihari, senja, malam, subuh, begitu juga dengan daun dan bunga mawar. Esok tak pasti ada, mungkin tidak muncul lagi. Kata Rosli: selagi esok, jika masih ada mawar akan selalu berkata \u201cbukankah hidup iniindah, Ghairah, merah?\u201d (puisi- \u201cmengingat matahari\u2019) Matahari simbol hari esok juga tidak pasti akan muncul kepada mereka yang telah mati atau matahari itu sendiri boleh mati. Kewujudan matahari itu ialah hakikat kehidupan yang meminjam waktu. Kata Rosli, menunggu mati itu benar seperti menunggu daun luruh yang pasti luruh bila tiba waktunya: seperti daun itu aku juga tahu di celah-celah hari ada satu sahaja, kata-kata ini: \u201caku menunggu luruh suatu yang tidak pernah jauh.\u201d (puisi \u2013 after all, tomorrow is another day\u201d) Tambah Rosli lagi: hidup ini indah musim bersilih warna, rupa tetapi hari tetap senja pokok epal, di belakang masih tidur tidurlah. musim panas nanti kau terjaga, 99","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ditunggu usia tua. (puisi-\u201cbunga anggerik di belakang mulai mekar, tetapi epal masih tidur\u201d) Semua unsur alam berubah dan menuju kepada kemusnahan atau kematian, termasuk musim, dedaun dan sebagainya. Mengapakah beliau disibuk-sibukkan dengan kematian? Hal inilah keperluan tertingga Rosli dalam hierarki keperluannya. Bagi Rosli, kematian itu seperti kembali kepada asalnya. Kematian itu adalah fitrah iaitu sesuatu yang semulajadi yang dijanjikan Allah kepada manusia mengikut ajaran Islam. Nyawa akan pulang ke tempat asalnya yang berada di langit seperti embun, cahaya dan doa: bahkan, embun yang masih dingin, tidak sabar menunggu berangkat pulang kerana embun milik cahaya cahaya dan doa harus berangkat ke langit. (puisi \u2013 (\u201cberangkat ke langit\u201d) Sebagaimana yang dinyatakan di atas, detik kematian itu satu fitrah maka kewujudan itu juga satu fitrah. Manusia, waktu dilahirkan dan bila dicabut nyawanya telah ditentukan di luh mahfuz (langit yang tertinggi) seperti yang disebut kan al-Quran (Surah al Buruj) dan hadis. Kata Rosli; tapakmu yang hilang, dapatkah kau nafikan dahulunya tidak pernah ada? (puisi \u2013 \u201cfana ialah hilangnya pandangan pada gahyr\u201d) Rosli meragukan kepada mereka yang tidak percaya kepada luh mahfuz tempat asal segalanya termasuklah nyawa manusia dan kematian yang pasti datang tepat waktunya: \u201cada pesan dari tanah. marilah, sudah masa berpisah.\u201d (puisi \u2013 \u201csajak kecil menitik air di ranting\u201d) kalau-kalau kau, tengah malam tadi sudah mendadak mati bersekali tidak sempat habis mimpi, di celah-celah amin (puisi - :segala daun di halaman 2\u201d) Kematian itu boleh sampai pada bila-bila masa, hatta sedang solat dan berdoa. Maka kata Rosli, dia mesti mengingati kepada kematian: retak, pecah, berkilau, atau kabur 100","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 hidup yang bijak harus ingat pada kabur (puisi \u2013 \u201chari-hari Panjang\u201d) Sepanjang masa, mesti ingat kepada mati, Rosli berpesan kepada dirinya, jangan pernah lalai daripada mengingati kematian. Sehubungan itu, Rosli menyedari untuk bersiap-siap bagi menunggu kedatangan kematian yang akan datang itu: \u201cbersiap-siaplah untuk pulang,\u201d penghujung kata langit kepada bintang (puisi-\u201cbersiap-siaplah\u201d) Apakah yang diamksudkan dengan \u201cbersaip-siaplah untuk pulang\u201d? Apa yang dimaksudkan oleh Rosli, seperti mereka yang beragama Islam, banyakkah mengumpul pahala dan kurangkan dosa. Buatlah banyak kebajikan dan kurangan atau jauhkan segala kejahatan. Banyaklah beribadat kepada Allah \u2013 Tuhan yang esa dan banyaklah meminta keampunan kepada Allah dan sesama manusia. Jika persiapan betul-betul mantap maka kematian yang diredhai itu disebut sebagai kematian \u201chasnul khatimah\u201d. Jenis kematiannya inilah yang dikehendaki oleh Rosli. Rosli membawa menulis satu rangkap dalam puisinya yang lain yang menunjukkan manusia itu sebelum dimatikan, wajib mengingati dan menghargai kebesaran Allah melalui ciptannya: sebelum pergi, kenangkahlah embun, hujan \u2013 segala indah, segala basah aku hanya angin, walau kau bunga mawar, walau kau daun beraingin erti gugur tetap ada, kau harus bersedia (puisi- \u201ckata angin\u201d) Tuntutan ini jugalah yang sedang dipenuhi oleh Rosli, jika kita melihat kepada gaya bahasa yang digunakan. Beliau banyak mengunakan unsur-usur alam sebagai makhluk Allah seperti juga manusia akan mati. Jadi, Rosli telah lama membuat pemerhatian ini dan tertumpah dalam puisi-puisinya. Perbandingan Puisi-puisi Rosli kaya dengan perkakasan sastera seperti perlambangan dari alam. Penggunaan unsur-unsur alam lebih dekat kepada Rosli berbanding Razak Panemale. Puisinya ekonomis iaitu pendek-pendek ayatnya dan rangkap-rangkap juga pendek. Maka persoalan-persoalan yang kemukakannya tersorok dan pembaca perlu membaca beberapa kali dan menggunakan kaedah interteks iaitu berbolak balik membaca teks berkenaan untuk membina satu kesatuan. 101","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bagi memahami puisi-puisi Rosli, analisis yang mendalam perlu dilakukan kerana beliau memberi kurang info berbanding dengan puisi-puisi Razak. Cara menulis puisi oleh Rosli ini memenuhi tuntutan puisi yang selalu berselindung di sebalik kata-kata yang ekonomis dan abstrak cahayanya maknanya. Menjawab persoalan penting, mengapa ada perbezaan fokus dua penulis ini tentang kehidupan. Razak Panemale memberi perhatian kepada keperluan kehidupan itu sebagai satu perjuangan untuk perubahan, seterusnya mendapatkan penghormatan dan penghargaan. Razak bercakap tentang kehidupan ini panjang lagi dan beliau melihat bagi pihak masyarakat atau bangsanya. Beliau mahu satu kehidupan yang lebih baik dengan cara berfikir dan bertindak secara konstruktif agar nanti dihormati dan dihargai oleh orang lain. Berbeza dengan Razak, Rosli beliau lebih melihat ke dalam dirinya (introspeksi diri) dan keperluan kendirinya nyata dan baginya mati itu pasti dan pada bila-bila masa. Kematian itu satu hakikat kehidupan bagi manusia yang telah mencecah umur 60-an, umumnya hal seperti ini yang difikirkan. Rosli K. Matari melihat di hujung kehidupan itu ada kematian yang pasti. Baginya persoalan bangsa dan negaranya berada dalam tangan- tangan yang boleh diamanahkan. Razak pula melihat satu kebimbangan bahawa masyarakatnya belum punya masa depan yang mantap kerana mereka tidak dihormati oleh masyarakat lain kerana masih dibelenggu oleh golongan lama yang berfikir secara tertutup dan emosional. Mengapa hierarki keperluan berbeza Abdul Razak Panemale dan Rosli K. Matari datang dari satu rumpun iaitu Melayu Patani. Dari segi sejarah, Patani pernah menjadi kerajaan Melayu yang tersohor di Utara Semenanjung Tanah Melayu. Berasal dari Kerajaan Langkasuka yang dikatakan wujud pada abad ke-2 masihi yang terbentang dari Pantai Timur ke Pantai Barat Segenting Kra, Thailand. Negeri Patani diwujudkan pada akhir abad ke 14 yang meliputi wilayah selatan Thailand sekarang iaitu, Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla. Sebahagian dari negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia juga berada di bawah pemerintahan Patani. Negeri Patani asalnya sebuah negeri Melayu Islam yang merdeka. Kerajaan Patani yang terkenal wujud pada zaman pemerintahan empat Raja Perempuan yang dikenali sebagai Ratu-Ratu Pelangi. Mereka memerintah Patani dari 1584- 1649). Dinasti Chakri yang menumbangkan kerajaan Ayutthaya, telah berjaya menakluk negeri Patani pada tahun 1785. Sebelum itu, Patani diperintah oleh pemerintahan lelaki yang membawa gelaran Sultan seperti Sultan Muhammad yang memerintah Patani dari tahun 1776-1786. Sultan Muhammad dari Kelantan itu sangat lemah (Sohaimi Abdul Aziz, 2019). Apa yang mahu ditekankan di sini ialah, telah wujud hubungan antara Kelantan di mana Rosli K Matari berasal dengan Patani di mana Abdul Razak Panemala menjadi tanah airnya. Pada tahun 1909, melalui Perjanjian Bangkok terpisahlah Kelantan dan Negeri Patani dari segi sosio- politik tapi dari segi sejarah dan warisan kukuh hingga ke hari ini. Kedua-dua penulis ini berada dalam satu rumpun genetik dan sosio-budaya dan berketurunan dari ruang geografi yang sama. Semenjak itu, kehidupan di dua wilayah ini sangat berbeza. Kelantan di dalam Malaysia berada dalam keadaan yang makmur. Rosli K. Matari lahir di Kelantan dalam kemakmuran ini dan pasti telah mencapai sekurang-kurangnya empat tingkat keperluan kehidupan seperti yang diteorikan oleh Maslow. Berlainan dengan Abdul Razak Panemale yang hidup di Patani sebagai rakyat Thailand. Beliau berada dalam wilayah bergolak semenjak zaman Ratu-Ratu Pelangi lagi. Jadi tingkat keperluan kehidupan mereka iaitu, Abdul Razak Panemale tidak sama dengan Rosli K Matari. Bagi Abdul Razak Panemale, banyak 102","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 keperluan yang belum tercapai dan jika tercapai pun tidaklah sekukuh apa yang dicapai oleh Rosli K Matari. Abdul Razak Panemale berkehendak Melayu Patani dihormati dan dihargai oleh masyarakat Thai bukan muslim. Beliau berpendapat, orang Melayu Thai\/Muslim perlu berubah cara berfikir yang lebih progresif dan bukan dibelenggu dengan berfikir yang lapuk, yang emosional dan sering bernostalgia. Rosli K. Matari telah lama dihargai oleh masyarakat di sekelilingnya. Pelbagai angerah persuratan dan ketokoahan telah diterimanya. Baru-baru ini karya beliau yang kami kaji iaitu Mengingat Matahari telah mendapat Hadiah Puisi T. Alias Taib (2023) dan beliau juga mendapat menghargaan di peringkat ASEAN mewakili Malaysia apabila menerima S.E.A Write Award pada 2021 daripada kerajaan Thailand. Maka keperluan kehidupan yang diinginkan oleh Abdul Razak Panemale sudah banyak dimiliki oleh Roslik K. Matari. Maka tingkat kehendaknya meningkat ke tingkat motivasi dan pastinya sedang berusaha mencapai tingkat tertinggi iaitu memikirkan tentang hakikat kehidupannya sebagai manusia muslim. Tambahan pula umur beliau sudah memasuki gerbang 60-an maka secara psikologi dan spiritual, kehendak kepada menyelami gerbang kematian tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kesimpulan Sungguhpun genetik Melayunya sama, peringkat keperluan hidupnya mereka tidak sama. Hal ini disebabkan keadaan persekitaran dan psikologi mereka berbeza, Keadaan yang mencabar seperti di Patani menyebabkan Abdul Razak Panemale masih berusaha mencapai tingkat ketiga keperluan kehidupannya. Beliau masih berharap masyarakatnya akan berubah cara berfikir dann bertindak supaya mereka dihargai dan dihormati, bukan dimusuhi. Manakala kehidupan di Kelantan yang selesa dan tenang itu turut mempengaruhi bagaimana Rosli K. Matari berfikir dan bertindak. Berdasarkan kepada penelitian yang dilakukan terhadap beberapa puisinya didapati peringkat keperluan yang diinginkan oleh Rosli K. Matari ialah memahami hakikat kewujudan seorang muslim sepertinya. Beliau melihat ke dalam dirinya untuk meneroka ruang persediaan untuk menemukan kematian. Beliau merasakan beliau perlu bersedia untuk ke satu lagi fasa kehidupan manusia Islam iaitu mati. Maka persoalan kematian menjadi perbincangan penting dalam puisi-puisi yang diteliti. Secara bandingan dari segi estetiknya, Rosli K. Matari telah menghasilkan puisi-puisi yang puitis berbanding Abdul Razak Panemala. Penggunaan simbol-simbol alam sangat sesuai dengan persoalan yang dibancangkan. Wujud satu sinergi yang kuat antara persoalan dan gaya bahasanya. Tegasnya, semua unsur-unsur alam itu termasuk manusia akan menemukan kematian masing-masing berdasarkan hakikat mereka tidak kekal melainkan Penciptanya \u2013 Allah.. ______________________ 103","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abdul Razak Panemale. 2014. Pantai Ini, Lautnya Dalam. Kuala Lumpur: Penerbitan ITBM. Maslow, A.H. 2012. A Theory of Human Motivation. USA: Start Publishing LLC Rosli K. Matari. 2023. Mengingat Matari. Selangor: Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn. Bhd. Sohaimi Abdul Aziz. 2019. \u201cPatani dan Ratu-Ratu Melayu Tersohor: Menyingkap Sejarah Satu Bangsa Yang Terbilang\u201d, dalam Srikandiku Ratu-Ratu Pelangi. Melayu Patani Dalam Puisi. Pulau Pinang: Penerbitan Persatuan Karyawan Pulau Pinang. _____________________________________ 104","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PEMULIHARAAN MASJID LAMA KEDAI MULONG: MENYINGKAP KEINDAHAN SENI BINA ISTANA TRADISIONAL MELAYU KELANTAN Sahrudin Mohamed Som Universiti Malaysia Kelantan Abstrak Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah dilaksanakan pada tahun 2009 dengan pendekatan restorasi yang menekankan pengembalian kepada reka bentuk, bahan dan teknik pertukangan asal. Masjid Lama Kedai Mulong telah dibina pada hujung abad ke-19, asalnya merupakan balairong seri milik Raja Dewa yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibeli oleh penduduk kampung pada tahun 1958 dan dipindah ke Kampung Kedai Mulong untuk dijadikan sebuah masjid. Pengubahsuaian dan penambahan oleh penduduk ke atas struktur yang berusia lebih 100 tahun ini telah menenggelamkan keindahan seni bina asalnya sebagai sebuah balairong seri istana. Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah bagi menjelaskan bagaimana kerja-kerja pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah berjaya mengembali dan menonjolkan semula keindahan nilai seni bina bangunan yang menjadi representasi kepada keindahan istana tradisional Melayu Kelantan. Kajian menggunapakai kaedah diskriptif kualitatif bersumberkan data primer dan sekunder, melibatkan temubual dengan respond terpilih dan analisis kandungan rekod serta dokumen projek pemuliharaan. Hasil penyelidikan menunjukkan, pemuliharaan pada tahun 2009 telah berjaya menyerlahkan semula ciri-ciri asal seni bina bangunan dengan kaedah merobohkan struktur tambahan baharu dan mengembalikan bahan dan komponen binaan asal. Penemuan elemen mural pada sebahagian dinding dalam bangunan tambah melengkapkan lagi keindahan dan ketinggian seni bina Masjid Lama Kedai Mulong. Kata Kunci: Istana tradisional Melayu Kelantan, Masjid Lama Kedai Mulong, nilai seni bina, pemuliharaan bangunan warisan. 105","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Bangunan Istana mempunyai peranan yang penting di dalam sesebuah kerajaan sejak zaman berzaman. Menurut Anthony Reid (2011), bangunan istana di Asia Tenggara mempunyai peranan di dalam menunjukkan kuasa politik, pegangan agama dan hierarki sosial sesebuah kerajaan. Oleh itu adalah penting untuk bangunan istana dibina dengan sebaik mungkin menggunakan pengetahuan dan teknologi yang ada pada waktu tersebut. Ciri-ciri seni bina bagi sesebuah istana lazimnya dapat dilihat pada reka bentuk pintu gerbang yang megah, penggunaan ragamhias yang indah, struktur kerangka bumbung yang komplek dan beragam serta menjadi cerminan kepada status juga kekayaan penghuninya. Walaupun dibina sebagai bangunan berstatus tinggi dan merupakan hasil pertukangan yang baik, bangunan istana tetap tidak terlepas dari isu berkaitan pemuliharaan. Pemuliharaan bangunan istana tradisional di Asia Tenggara diketahui telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk kepesatan proses urbanisasi, sumber pemuliharaan yang terhad dan kurangnya kesedaran berkaitan kepentingan warisan budaya (Belinda Yuen, 2011). Kurang pengetahuan dan ketiadaan kemahiran di dalam pengurusan dan pemuliharaan bangunan yang betul juga telah menyebabkan berlakunya intervensi yang salah ke atas sesebuah bangunan dan seterusnya menjejaskan nilai kepentingan budayanya (Aina N et al, 2021). Bangunan Masjid Lama Kedai Mulong adalah satu contoh bagaimana sebuah bangunan berstatus tinggi di dalam masyarakat telah mulai pudar sinar keindahannya kerana kurang mendapat usaha pemuliharaan dan penjagaan yang baik. Bermula sebagai sebuah balairong seri, masjid ini telah dipindahkan dari lokasi asalnya dan diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh penduduk kampung Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Kerja-kerja pengubahsuaian kepada masjid telah dilakukan oleh penduduk kampong yang umumnya tidak memahami konsep pemuliharaan pada waktu itu, telah mengakibatkan sebahagian keindahan ciri-ciri reka bentuk dan seni bina asal bangunan hilang. Namun begitu usaha pemuliharaan pada tahun 2009 yang melibatkan kerjasama di antara Jabatan Warisan Negara dengan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berjaya mengembalikan semula sinar keindahan seni bina bangunan yang menjadi sebahagian representasi kepada istana tradisional Melayu Kelantan. Pemuliharaan Bangunan Warisan Pemuliharaan adalah proses menjaga sesuatu tempat supaya nilai kepentingan budayanya dapat dikekalkan (Burra Charter, 2013). Menurut ICOMOS (2004), pemuliharaan bangunan warisan melibatkan proses pengurusan perubahan ke atas sesuatu tapak atau bangunan warisan dengan cara yang dapat mengekalkan nilai kepentingannya, di samping berusaha untuk menonjol dan memperkukuhkan nilai tersebut untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Justeru kerja-kerja pemuliharaan perlu dilaksanakan dengan mengekalkan reka bentuk asal sesebuah bangunan di samping menjalankan proses dan langkah yang perlu bagi memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan (JWN, 2017). Dalam konteks pemuliharaan bangunan warisan, nilai warisan dan keaslian seni bina mempunyai hubungan yang erat. Nilai warisan merangkumi nilai sejarah, estetika, budaya, ilmiah, sosial, dan keagamaan yang terkandung dalam suatu bangunan atau kawasan. Keaslian seni bina pula merujuk kepada ciri-ciri asal pada sesebuah bangunan, termasuk reka bentuk, bahan, teknik pembinaan dan konteks budaya atau sejarahnya (JWN, 2012). Justeru mengekal dan memulihara keaslian seni bina dianggap penting kerana dapat menjaga dan mengekalkan nilai warisan yang terdapat pada sesebuah bangunan warisan. Menurut NPA, (2017), pemuliharaan yang berjaya adalah pemuliharaan yang memastikan 106","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ciri-ciri asal sesebuah bangunan tidak diubah, dirosak atau dihilangkan, sebaliknya dipelihara dan diperbaiki dengan menggunakan teknik dan bahan yang sesuai. Seni bina Istana Tradisional Kelantan Seni bina tradisional adalah merujuk kepada gaya, teknik dan kaedah pertukangan sesebuah jenis bangunan yang mana pengetahun ini telah diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Seni bina ini juga mempunyai karektor yang khusus seperti penggunaan bahan dan kaedah pembinaan tempatan, mempunyai reka bentuk yang responsif terhadap iklim mahupun budaya setempat serta sangat menekankan fungsi dan nilai estatik (Hamka et al, 2021). Seni bina tradisional juga merangkumi pelbagai gaya dan bentuk seni bina dari jenis bangunan \u2018vernakular\u2019 yang mencerminkan tradisi tempatan hinggalah kepada struktur monumen yang mempunyai kepentingan kepada budaya dan agama. Negeri Kelantan merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan khazanah seni bina tradisional, dari yang kecil seperti wakaf hinggalah kepada bangunan bersaiz lebih besar seperti masjid dan istana. Di antara bangunan istana di negeri Kelantan dengan seni bina tradisional Melayu Kelantan adalah bangunan Istana Balai Besar dan Istana Jahar yang kedua-duanya terletak di Kota Bharu. Di antara ciri-ciri penting bagi seni bina istana tradisional Melayu Kelantan adalah penggunaan kayu sebagai bahan utama yang diperolehi dari hutan sekitar negeri Kelantan, seperti kayu Cengal dan Meranti (Keumala, N., et al, 2012). Penggunaan kayu dalam pembinaan istana yang merupakan bangunan berstatus tinggi di dalam masyarakat, telah membuktikan kearifan dan kemahiran para tukang kayu Melayu dalam mengolah bahan ini pada masa dahulu (Mashitah et al, 2021). Istana tradisional Melayu Kelantan juga mempunyai ciri khas iaitu bumbung bertingkat yang melambangkan status dan keagungan istana. Kemasan bumbung pula lazimnya menggunakan kepingan jubin bumbung yang diperbuat dari tanah liat dikenali sebagai genting Singgora (Chen, V. F., 1998). Ruang lantai istana tradisional Melayu Kelantan pada asasnya bersifat terbuka tanpa banyak dinding dalaman supaya boleh disesuaikan mengikut keperluan dan fungsi berlainan. Ini mencerminkan adaptasi seni bina Melayu terhadap kehidupan sosial dan budaya masyarakatnya. Istana tradisional Melayu Kelantan juga direka bentuk dengan mengambilkira keperluan ventilasi dan pencahayaan semula jadi. Dinding-dinding bangunan mempunyai lubang angin dan tingkap yang membolehkan udara dan cahaya masuk ke ruangan dalaman istana. Ragamhias yang diperbuat dari ukiran kayu yang halus, rumit dan bermotif juga adalah satu ciri penting seni bina istana tradisional Melayu Kelantan yang bertujuan mengindahkan lagi hasil penampilannya. Lazimnya hasil ukiran kayu yang indah ini akan diletakkan pada beberapa bahagian dan komponen binaan seperti dinding, pintu dan bingkai tingkap yang melambangkan kekayaan, keindahan, dan ketinggian seni bina sesebuah istana tradisonal Melayu Kelantan. Masjid Lama Kedai Mulong Masjid Lama Kedai Mulong terletak di mukim Kedai Mulong iaitu kira-kira 11km dari bandar Kota Bharu dan kini telah dikenali dengan nama Masjid Ar Rahman. Pada asalnya struktur binaan masjid ini adalah merupakan sebuah balairong seri yang terletak di Kota Bharu yang dimiliki oleh Tuan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Dewa (S M Som, 2018). Raja Dewa merupakan salah seorang putera kepada Sultan Muhammad III dan saudara kandung kepada Sultan Muhammmad IV yang memerintah Kelantan dari tahun 1944 hingga 1960. Menurut penduduk kampung mukim Kedai Mulong, lokasi asal balairong 107","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 seri ini adalah di tapak bangunan UMNO di Kota Bharu pada hari ini. Lokasi ini adalah berhampiran dengan kawasan perkampungan raja di Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan bangunan-bangunan penting seperti Istana Jahar, Istana Balai Besar, Istana Batu dan Masjid Muhammadi. Gambar 1: Masjid Lama Kedai Mulong sebelum kerja pemuliharaan (Sumber: JWN, 2009) Sehingga kini tahun pembinaan balairong seri Raja Dewa masih belum diketahui dengan tepat tetapi dianggarkan telah dibina sekitar penghujung abad ke 19. Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, bangunan balairong seri dengan seni bina tradisional Melayu Kelantan ini telah terbiar tidak digunakan dan kurang mendapat penjagaan dari pewarisnya. Memandangkan struktur bangunan yang masih kukuh, maka pada tahun 1958 penduduk kampung mukim Kedai Mulong telah bersepakat membeli bangunan ini untuk dijadikan sebagai masjid di tempat mereka. Ini kerana pada masa itu, penduduk Kampung mukim Kedai Mulong tidak mempunyai masjid sendiri dan terpaksa pergi ke masjid mukim lain yang terletak agak jauh untuk menunaikan solat jumaat. Struktur binaan Masjid Lama Kedai Mulong telah dibuat menggunakan kayu sebagai bahan binaan utama dan dilengkapi dengan genting Singgora sebagai kemasan bumbung. Sesuai dengan fungsi asalnya sebagai sebuah balairong seri, Masjid Lama Kedai Mulong menampilkan keindahan gaya seni bina sebuah istana tradisional Melayu Kelantan dengan ciri-ciri reka bentuk dan elemen binaan khusus. Bangunan ini telah dibina tanpa mempunyai sebarang struktur tiang di bahagian ruang tengah yang merupakan reka bentuk yang praktikal bagi sebuah balairong seri. Dindingnya juga telah dibina tanpa mempunyai sebarang tingkap yang bertujuan menjaga privasi sewaktu berlangsungnya aktiviti rasmi seperti upacara kebesaran, pertemuan kerajaan dan acara penting lain. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana data kajian telah diperolehi melalui sumber primer dan sekunder. Data primer adalah berdasarkan temubual yang dijalankan dengan individu yang terlibat di dalam pelaksanaan projek pemuliharaan yang terdiri dari pegawai projek, perunding projek, penduduk kampung dan pengalaman penulis sendiri yang terlibat secara langsung di peringkat awal pelaksanaan projek. Data sekunder pula sebahagian besarnya diperolehi dari laporan-laporan berkaitan pelaksanaan projek 108","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 termasuk Laporan Akhir dan Laporan Kemajuan di samping buku, artikel jurnal dan bahan penerbitan bercetak mahupan tidak bercetak. Fokus temu bual dengan responden adalah berkisar pendekatan pemuliharaan dan skop kerja pemuliharaan serta bagaimana setiap kerja yang terlibat telah menyumbang di dalam menyerlahkan semula keindahan Masjid Lama Kedai Mulong sebagai salah satu bangunan dengan seni bina istana tradisional Melayu yang masih ada di negeri Kelantan. Manakala data sekunder telah memberikan latarbelakang, prinsip dan konsep pemuliharaan bangunan warisan sebagaimana amalan semasa, ciri-ciri seni bina istana tradisional dan butiran lengkap setiap kerja yang telah dilakukan sepanjang pelaksanaan projek pemuliharaan. Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong Kerja-kerja pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara, Malaysia dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Kelantan. Projek pemuliharaan ini telah mengambil masa tujuh (7) bulan untuk dilaksanakan dan telah siap sepenuhnya pada 25 Mei 2009 dengan kos bernilai RM843,000 (JWN, 2009). Kerja-kerja pemuliharaan ini telah dilakukan dengan pendekatan restorasi yang menekankan kerja baikpulih ke atas struktur binaan sediada dengan membuang komponen atau struktur binaan baharu dan mengembalikan struktur serta elemen asal binaan yang hilang. Aplikasi pendekatan restorasi ini adalah bertujuan mengembalikan ciri-ciri reka bentuk asal bangunan dan sekaligus memudahkan penghayatan ke atas nilai estetik bangunan yang asalnya sebuah balairong seri. Melalui pendekatan restorasi ini, terdapat tiga (3) skop utama kerja-kerja pemuliharaan sebagaimana berikut; a) Kerja-kerja Membuang Binaan Tambahan baharu Terdapat tiga struktur binaan baharu yang telah dibuat oleh penduduk tempatan ke atas bangunan asal iaitu binaan tandas dan tempat wudhuk, binaan mihrab dan binaan porch hadapan. Binaan tambahan ini didapati telah memberi kesan ke atas reka rupa fizikal bangunan dan perlu dirobohkan atau digantikan dengan bahan binaan yang lebih sesuai bagi mengembalikan ciri-ciri reka bentuk asal bangunan. Kerja-kerja perobohan struktur tambahan dan menanggal bahan kemasan baharu adalah sebagaimana berikut; i. Binaan tandas dan tempat wuduk di sisi kanan dan kiri masjid Setelah struktur bangunan dibangunkan semula sebagai sebuah masjid, penduduk Kampung Kedai Mulong telah membina dua buah tandas beserta tempat wuduk di bahagian kiri dan kanan masjid. Kedua-dua binaan ini telah dirobohkan dengan berhati-hati bagi memastikan tidak menjejaskan struktur asal masjid yang diperbuat dari kayu. Selepas kerja perobohan, permukaan dinding di bahagian kiri dan kanan dapat dilihat secara menyeluruh dan menonjolkan keseluruhan permukaan dinding yang dibina menggunakan dinding papan kembung atau dinding janda berhias. ii. Binaan ruang tambahan mihrab masjid Di bahagian hadapan dinding arah kiblat, terdapat sebuah ruang tambahan baharu diperbuat dari kayu yang dibina secara bersambung dengan ruang solat utama masjid. Memandangkan ruang ini merupakan hasil pembinaan baharu, maka struktur tambahan ruang mihrab ini telah dirobohkan. Setelah kerja perobohan selesai dilakukan maka bentuk asal ruang dalaman bangunan yang 109","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 berbentuk segiempat tepat telah berjaya dikembalikan dan memudahkan kefahaman orang ramai tentang keadaan asalnya sewaktu berfungsi sebagai balairong. iii. Struktur tangga batu bumbung Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, terdapat binaan struktur tangga batu di bahagian hadapan, sisi kiri dan kanan masjid. Tangga di bahagian hadapan juga dibinan lengkap dengan berbumbung seperti sebuah porch. Keseluruhan struktur binaan baharu ini telah dirobohkan setelah dikenalpasti sebagai struktur binaan baharu ke atas bangunan asal. iv. Menanggal kepingan bumbung asbestos bergelugur Bunbung sediada yang mengunakan kepingan bumbung asbestos bergelugur merupakan bahan kemasan baharu bumbung. Kemasan asal bumbung adalah menggunakan kemasan genting Singgora yang merupakan bahan lazim bagi banyak bangunan tradisional di Kelantan dari rumah hinggalah kepada istana. Justeru kemasan bumbung asbestos telah dikenalpasti sebagai bukan kemasan asal bangunan dan telah ditanggalkan. v. Menanggalkan kepingan siling Sebelum kerja pemuliharaan, bahagian bumbung ruang dalam masjid telah ditutup dengan binaan siling baharu dari kepingan siling asbestos. Kerja-kerja membuka keseluruhan binaan siling asbestos ini telah dilakukan dengan cermat memandangkan ianya bercantum dengan sebahagian strukur asal bumbung. Hasil membuka semula binaan kemasan siling telah mendedahkan keindahan struktur kerangka bumbung bangunan yang diperbuat dari kayu berkualiti tinggi lengkap dengan ragam hiasnya iaitu empat pasang \u2018buah buton\u2019 yang dihias indah dengan lukisan emas. vi. Mengikis lapisan cat dinding Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, keseluruhan permukaan dinding masjid telah dicat menggunakan warna berasaskan minya berwarna putih. Namun setelah penelitian lanjut dilakukan, didapati kemasan cat tersebut bukanlah kemasan asal dinding di bahagian dalam dan luar bangunan. Justeru, kerja membuang lapisan cat ini telah dilakukan dengan mengikis permukaan cat pada dinding masjid. Hasil kerja menanggal cat di bahagian dalaman masjid, telah mendedahkan terdapatnya mural pada permukaan panel dinding dalam yang dilukis menggunakan cat warna emas, hitam, hijau dan merah. Pelbagai motif dan reka corak telah ditemukan pada mural tersebut dan memberikan bayangan keindahan ruang dalaman asal bangunan ini. b) Kerja-kerja Mengembalikan Bahan dan Komponen Asal Pendekatan pemuliharaan melalui pendekatan restorasi memerlukan kerja dan proses untuk mengembalikan struktur, elemen dan kemasan asal bangunan. Kerja- kerja yang terlibat adalah sebegaimana berikut; 110","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 i. Menggantikan dinding papan dengan dinding panel Sebahagian besar struktur dinding asal bangunan yang menggunakan dinding panel atau juga dipanggil \u2018dinding janda berhias\u2019 masih terdapat pada bangunan walaupun ada yang mengalami kerosakan akibat kerja ubahsuai di peringkat awal. Namun terdapat juga bahagian dinding yang hilang dan telah digantikan dengan dinding jenis papan menegak. Justeru dinding papan menegak ini telah dibuang dan digantikan dengan dinding panel baharu. ii. Menggantikan kemasan bumbung dengan genting Singgora Sebelum kerja-kerja pemuliharaan, kemasan bumbung adalah menggunakan kemasan dari jenis kepingan asbestos bergelugur. Namun berdasarkan analisis reka bentuk dan penemuan kepingan genting Singgora bersama kayu gulung- gulung (batten) pada bumbung bangunan, telah mengesahkan bahawa kemasan asal bumbung adalah menggunakan genting Singgora (S M Som et. al., 2020). Justeru bagi mengembalikan rupabentuk asal bumbung, genting Singgora telah digunakan semula sebagai kemasan bumbung bangunan. iii. Memasang pemeleh pada bumbung Berdasarkan kajian perbandingan ke atas reka bentuk bumbung bangunan dengan gaya seni bina serupa khususnya Istana Balai Besar telah mendapati, pemeleh bumbung adalah elemen reka bentuk yang penting untuk dikembalikan ke atas bumbung Masjid Kedai Mulong. Justeru bagi mendapatkan keaslian reka bentuk bumbung, dua pasang papan pemeleh telah diletakkan pada bahagian tebar layar lapisan bumbung yang paling atas. iv. Mengganti bahagian jejala yang hilang dengan rekaan jejala asal Bahagian atas dinding mempunyai binaan jejala yang diperbuat dari kayu yang disusun dengan corak geometrik pengaruh cina yang bertujuan membolehkan pengudaraan ke ruang dalaman bangunan yang pada asalnya tidak mempunyai sebarang binaan tingkap. Oleh kerana terdapat bahagian jejala yang telah hilang, maka replikasi jejala baharu dengan reka corak asal telah dihasilkan bagi menggantikan bahagian jejala asal yang telah hilang. Gambar 2: Masjid Lama Kedai Mulong selepas kerja pemuliharaan (Sumber: Jabatan Warisan Negara) 111","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 c) Kerja-kerja Adaptasi Fungsi Baharu Di dalam projek pemuliharaan ini, skop kerja tidak tertumpu hanya ke atas usaha mengembalikan keaslian reka bentuk dan seni bina asal bangunan, tetapi juga mengambil kira keperluan fungsi semasa dan keindahan kawasan sekitarnya. Justeru beberapa kerja pembinaan baharu telah turut dimasukkan ke dalam skop kerja projek sebagaimana berikut; i. Anjung dan Tangga hadapan Anjung dan tangga hadapan merupakan binaan tambahan baharu yang dibina bagi memudahkan pengguna masjid untuk masuk ke masjid selain dari tangga di lokasi asal sisi kiri dan kanan bangunan. Namun reka bentuk tangga dan anjung telah disesuaikan dengan gaya seni bina bangunan asal. ii. Binaan tandas dan tempat wudhuk Oleh kerana tandas dan tempat wudhuk yang telah dibina penduduk yang bercantum dengan bangunan masjid telah dirobohkan, maka tempat wudhuk dan tandas baharu telah dibina bagi kegunaan ahli jamaah masjid. Namun bagi mengelakkan struktur binaan baharu ini menjejaskan reka bentuk keseluruhan masjid, maka ianya telah dibina secara terpisah dengan bangunan masjid. Pagar masjid Masjid pada asalnya tidak mempunyai sebarang binaan pagar. Namun bagi tujuan keselamatan dan menandakan kedudukan tapak masjid, struktur pagar telah dibina dengan reka bentuk yang dianggap bersesuaian dengan bangunan. iii. Tingkap Bagi meningkatkan kualiti pengudaraan ruang dalam masjid, beberapa buah tingkap telah dibina pada dinding masjid dengan mengikut petak panel dinding supaya tidak menjejaskan keindahan reka bentuk dinding janda berhias masjid. iv. Lanskap sekitar Halaman dan persekitaran tapak masjid juga diindahkan lagi dengan beberapa elemen lanskap lembut dan kejur seperti pokok-pokok hiasan dan lampu taman. Ini bertujuan menyerlahkan lagi keindahan keseluruhan kawasan masjid samada pada waktu siang mahupun malam. Kesimpulan Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah berjaya dilaksanakan dengan pendekatan restorasi yang memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan keaslian reka bentuk dan identiti seni bina asalnya. Proses pemuliharaan yang melibatkan kerja-kerja meroboh struktur dan elemen binaan baharu, mengembalikan komponen dan bahan binaan asal serta beberapa pembinaan baharu, telah berjaya menyerlahkan semula nilai estetik bangunan yang asalnya merupakan sebuah balairong seri milik Raja Dewa. 112","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Sebagai sebahagian institusi istana raja Melayu Kelantan, balairong seri ini telah dibina dengan kemahiran pertukangan dan kualiti senibina yang tinggi. Kualiti seni bina yang tinggi ini tidak hanya mencerminkan kemewahan dan keindahan, tetapi juga menjadi simbol kekuasaan, kebudayaan, dan identiti kerajaan Melayu Kelantan. Justeru dengan adanya usaha pemuliharaan ini, bangunan Masjid Lama Kedai Mulong akan menjadi salah satu karya rujukan berkaitan seni dan teknologi pertukangan istana tradisonal Melayu Kelantan. Selain itu, penemuan mural pada dinding janda berhias Masjid Lama Kedai Mulong juga merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji lanjut kerana pengunaan mural sebagai ragamhias di dalam istana tradisional Melayu adalah sangat jarang diketahui mahupun dibincangkan 113","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Aina Nasuha binti Norazahar,Siti NurHanun binti Ayub & Aniza Jamaludin (2021), Lipis Bandar Warisan: Menyingkap Sejarah Bangunan Pentadbiran Kuala Lipis, Jurnal Sejarah Lisan Malaysia, ISSN 2600-7088 JILID 5 ISU 2 Anthony Reid (2011), Asia tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680: Jilid II Jaringan Perdagangan Global Asia Tenggara, Yayasan Pustaka Obor Indonesia, ISBN 978- 979-461-107-4 Belinda Yuen (2011), Centenary paper: Urban planning in Southeast Asia: Perspective from Singapore, The Town planning review 82(2):145-167, DOI: 10.2307\/27975989 Burra Charter (2013), The Burra Charter: The Australia ICOMOS Charter for Places of Cultural Significance, Deakin University Burwood, VIC 3125 Australia Chen Voon Fee (1998) The Encyclopedia of Malaysia, Volume 5: Architecture. Archipelago Press, 36, 40-41, 60. Hamka & Sri Winarni (2021) Comparative Understanding of Traditional Architecture based on Literature Review: Refining the Definition of Traditional Architecture, International Journal of Architecture and Urbanism Vol. 05, No. 03, 2021 | 252 \u2212 262 International Council on Monuments and Sites (ICOMOS). (2004). Principles for the Conservation of Heritage Sites in China. Beijing: State Administration of Cultural Heritage, China ICOMOS. Retrieved from: https:\/\/www.icomos.org\/charters\/china- e.pdf Jabatan Warisan Negara (2009), Laporan Akhir Projek Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong, Kelantan Jabatan Warisan Negara (2012), Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur Jabatan Warisan Negara (2017), Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara, Kuala Lumpur Mashitah Sulaiman, Mohd Nazir Ahmad & Anita Ismail (2021), Kearifan Tempatan Dalam Seni Bina Rumah Tradisional Melayu: Warisan Bernilai Yang Dilupakan, USIM National Park Sevice (NPS) (2017), The Secretary Of The Interior\u2019s Standards For The Treatment Of Historic Properties With Guidelines For Preserving, Rehabilitating, Restoring & Reconstructing Historic Buildings, U.S. Department of the Interior Nila Inangda Manyam Keumala Daud, Ezrin Arbi & Mohammad Faisal (2012), Pengaplikasian ukiran kayu melayu dalam seni bina di Malaysia, Journal of Design and Built Environment, Vol.11, Dec 2012 Sahrudin Mohamed Som (2018) Masjid Lama Kedai Mulong; Buletin TERAJU, Universiti Malaysia Kelantan, Edisi 38 (m.s 18) Sahrudin Mohamed Som, Ayub Awang dan Izati Nabila Marzuki (2020), Pemuliharaan Genting Singgora: Kajian Kes projek Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong, Kelantan, Bab dalam Buku Peradaban Wilayah Timur Laut: Menyemarakkan Sejarah, Kebudayaan dan Persuratan dalam Peradaban Wilayah Timur laut, ISBN 978-967-2913-02-3(m.s 18) 114","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGHAYATAN AKHLAK TASAWUF DI DALAM MENANGANI MASALAH KEMEROSOTAN AKHLAK PELAJAR SEKOLAH AGAMA: KAJIAN KES DI BACHOK KELANTAN Abstrak: Mohamad Zamri Ali1*, Nawi@Mohd. Nawi Ismail(PhD)2, Azizah Hussin (PhD)3 Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok, Kelantan, Malaysia Email: [email protected] Fakulti Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia Email: [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu Email: [email protected] Abstrak Masalah disiplin yang melibatkan pelajar dari sekolah aliran agama yang telah diterapkan dengan nilai-nilai keimanan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penghayatan akhlak tasawuf pelajar- pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah aliran agama dalam Daerah Bachok, Kelantan. Kajian ini ialah kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik.Sebanyak lima buah sekolah menengah agama yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sebuah sekolah menengah agama kluster, dua buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), dan dua buah sekolah menengah agama di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 53 orang. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis secara berkomputer menggunakan perisian \u2018Statistical Package for the Sosial Sciences\u2019 versi 21 bagi mendapatkan jumlah peratus, min, dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan akhlak pelajar berada pada tahap sederhana manakala dapatan tahap penghayatan akhlak tasawuf pula berada pada tahap tinggi. Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pendidikan kerohanian adalah pilihan yang sesuai diguna pakai bagi mengatasi permasalahan disiplin pelajar. Abstract: The problem of discipline involving students from religious schools who have been inculcated with the values of faith is something that should not be taken lightly by any party. This study aims to examine the level of appreciation of the morals of Sufism of students with disciplinary problems in religious secondary schools in the district of Bachok, Kelantan. This study is a quantitative survey study. The research instrument uses a questionnaire method. A total of five religious secondary schools were involved in this study consisting of a cluster religious secondary school, two government -aided religious secondary schools (SABK), and two religious secondary schools under the management of Yayasan Islam Kelantan (YIK). A total of 53 respondents were involved in this study. A set of questionnaires was distributed to the respondents to obtain the required information and data. Findings were analyzed by computer using \u2018Statistical Package for the Social Sciences\u2019 version 21 software to obtain the total percentage, mean, and frequency. The findings of the study showed that the level of moral appreciation of students was at a moderate level, while the findings of the level of moral appreciation of Sufism was at a high level. Based on the findings of the study, the method of spiritual education is an appropriate option to be used to overcome the problems of student discipline. 115","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Keyword : Penghayatan, nilai, tasawuf, akhlak Pendahuluan Tasawuf merupakan satu kaedah yang mendidik diri manusia kembali kepada sifat fitrahnya yang murni sebagaimana tujuan asal manusia itu dicipta. Menurut Al-Taftazani (1979). ia merupakan satu falsafah kehidupan yang menjelmakan tata kelakuan yang dilakukan oleh manusia dalam usahanya untuk mencapai kesempurnaan akhlak, pengetahuan tentang hakikat serta kebahagiaan rohani Sebagai ilmu yang berfokus kepada amalan batin dan penyucian hati, Tasawuf mampu mencorak segenap ruang kehidupan manusia seperti politik, ekonomi, budaya, dan sosial sesuai dengan kejadian manusia. Selain itu, tasawuf juga berperanan sebagai pengawal kepada diri manusia agar dimensi kemanusiaan tidak dicemari oleh noda kehidupan moden yang lebih menjurus kepada pelanggaran nilai-nilai kemanusian dan kemerosotan moral. Di samping itu, tasawuf juga merupakan penawar bagi hati yang keluh kesah, menenangkan jiwa yang tidak tenteram, serta dapat mengeluarkan manusia dari pelbagai permasalahan kehidupan dan tuntutan hawa nafsu yang menjurus kepada kelazatan duniawi yang tiada penghujungnya serta menjadi penasihat kepada akal yang kebingungan, pembersih bagi jiwa yang sentiasa bermakrifah kepada Allah. Penyataan masalah Dasawarsa ini, permasalahan akhlak pelajar sekolah yang kian meruncing sering diperkatakan apabila timbulnya masalah salah laku yang melibatkan pelanggaran disiplin dan gejala sosial. Pelbagai kes salah laku disiplin seperti buli, merokok, ponteng yang berlaku dari sehari ke sehari sehingga mendapat liputan meluas melalui media sosial telah menimbulkan kegusaran kepada ibubapa dan juga masyarakat sekeliling. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan seorang muslim yang sempurna sebagaimana tercatat dalam FPI: Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan Negara. Berdasarkan situasi yang berlaku, ini menunjukan seolah-olah matlamat Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan mematuhi disiplin sekolah seolah-olah tidak berupaya menangani masalah displin terutamanya pelajar sekolah menengah. Kajian oleh Mohd Khairi Othman, et al, (2016), menyatakan hampir tiga peratus daripada lebih lima juta pelajar dari 10, 000 sekolah rendah dan menengah terlibat dalam kes salah laku disiplin. Mengikut rekod Kementerian Pelajaran Malaysia pula 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah telah dikesan terbabit dalam pelbagai salah laku disiplin pada tahun 2010. Antara kes salah laku disiplin tersebut adalah kes jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), kekemasan diri (21,384 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kenakalan (8,563 kes) dan vandalisme (5,212 kes). Begitu juga kejadian buli di Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang pada 27 Mei 2005 terhadap Muhammad Afiq Qusyairi pelajar tingkatan satu yang menyebabkan kecederaan sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU. 116","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Azzahyiruddin (2006) menyatakan kes buli yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad, Muar pada 26 Julai 2005 terhadap seorang pelajar tingkatan satu oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima sekolah tersebut yang membawa kepada kecederaan di kaki, kepala dan belakang badan kerana dendam atas kekasaran ketika bermain bola di padang. Walaupun peristiwa-peristiwa tersebut telah lama berlalu, namun kajian Mohd Nuri Mustafa (2016) terhadap kes tentang fenomena belia remaja delinkuen yang berlaku di pusat pengajian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di luar bandar Malaysia menunjukan permasalahan pelanggaran akhlak dan disiplin yang melibatkan pelajar sekolah agama perlu diberi perhatian dan diatasi dengan sebaiknya. Astro Awani 30 Ogos 2016, melaporkan insiden buli yang melibatkan murid sekolah rendah agama di Putatan, Sabah. Seorang pelajar yang berumur 12 tahun telah membelasah rakannya sehingga lembek. Kejadian ini berpunca apabila mangsa dipercayai telah mengejek arwah bapa rakannya itu. Manakala pada 21\/11\/2019 BH online pula melaporkan polis telah menahan 10 pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah agama, di Pasir Puteh, Kelantan bagi menyiasat kes buli membabitkan seorang rakan mereka. Mangsa dipercayai telah dibuli oleh beberapa rakan sekelasnya itu supaya menyiapkan kerja sekolah mereka. Mangsa yang enggan menurut arahan rakan-rakannya itu telah menyebabkan dia dipukul beberapa kali dengan kaki dan tangan. Kajian Wan Nor Adibah (2015), berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah sektor Pembangunan Kemanusiaan Unit Hal Ehwal Murid 2013, di Negeri Selangor, seramai 8923 orang pelajar terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah menengah termasuk Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Kes-kes disiplin yang melibatkan sekolah aliran agama ini telah menimbulkan satu persoalan terhadap pelajar yang terlibat dalam masalah tersebut. Mereka adalah pelajar dari aliran sekolah agama yang telah diterapkan dengan unsur-unsur keimanan melalui kurikulum agama seperti mata pelajaran aqidah, akhlak, tasawuf, fiqh, tasawur, dan sebagainya, namun jatin diri mereka amat rapuh sehingga terlibat dalam kes disiplin yang dasyat ini. Walaupun masalah disiplin di sekolah aliran agama ini bermula dari kes-kes yang kecil, namun telah menjadi serius apabila melibatkan pembulian dan pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Perkara ini memerlukan usaha pemulihan dan pembersihan jiwa dan kembali kepada ajaran agama dengan menerapkan nilai-nilai agama yang sebenar supaya dapat dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan. Permasalahan akhlak dan pelanggaran disiplin ini telah menarik perhatian dan menjadi satu cabaran kepada pengkaji untuk menyelidik tahap penghayatan akhlak tasawwuf dalam kalangan pelajar yang bermasalah disiplin samada di dalam bilik darjah, sekolah dan juga di luar waktu persekolahan, seterusnya sebagai perintis kepada pengkaji berikutnya bagi mengatasi permasalahan disiplin pelajar melalui kaedah kerohanian Islam. Objektif Kajian Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif kajian seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap penghayatan akhlak yang diamalkan oleh pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah aliran agama di Daerah Bachok terhadap keluarga, guru, rakan sebaya, diri sendiri, dan ibadat. 117","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 2. Mengenalpasti tahap penghayatan akhlak tasawuf diamalkan oleh pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah aliran agama dalam Daerah Bachok terhadap keluarga, guru, rakan sebaya, diri sendiri, dan ibadat. Sorotan Literatur Dalam membicara permasalahan hubungan antara akhlak tasawuf dan masalah displin, kebanyakan pengkaji-pengkaji melakukan kajian mengenai disiplin. Kajian literatur mengenai penghayatan akhlak tasawuf adalah sukar untuk di perolehi. Bagi kajian berkaitan akhlak tasawuf, pengkaji akan merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian-kajian literatur yang terdahulu. Di antara topik yang akan dibincangkan di dalam bab ini adalah seperti meliputi konsep akhlak dalam Islam, konsep tasawuf, pemboleh ubah, teori-teori yang berkaitan, kajian-kajian lepas dan rumusan. Konsep Akhlak Menurut Islam Islam telah mengariskan sesuatu perbuatan itu samada baik dan buruknya dengan jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bermatlamat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT dikatakan baik dan terpuji, manakala semua perbuatan yang menyalahi perintah agama dikatakan jahat dan keji. Ini kerana matlamat utama hidup manusia adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT. Menurut Ibnu Khaldun (2004), tujuan agama adalah ke arah pembinaan akhlak yang baik sama ada melalui suruhan atau pun tegahan. Individu perlu mengenalpasti dan mempelajari antara akhlak yang terpuji dengan akhlak yang terkeji agar setiap perlakuan adalah yang baik dan meninggalkan perlakuan yang buruk. Segala suruhan Allah SWT yang dilakukan hendaklah bertujuan mendapat keredaan \u2013Nya dan memperoleh kebahagiaan di akhirat kelak. Islam sangat memandang tinggi kehidupan berakhlak sehingga antara lain tujuan pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak. Nasarudin Desa @ Man et.al (2018) menyatakan, tanggungjawab pembinaan akhlak adalah satu agenda yang besar sehingga Allah swt telah mengutuskan seorang rasul bagi tujuan tersebut. Firman Allah yang bermaksud: Ayat Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh al- ikutan yang baik ,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab33:21). Quran di atas jelas menunjukkan apabila perbicaraan mengenai akhlak, kita mestilah memberi tumpuan dan rujukan kepada akhlak Rasulullah SAW. Zaharah Hussin et, al. (2017) menjelaskan, oleh sebab perutusan Baginda SAW oleh Allah SWT untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak, maka menjadi tanggungjawab para ibubapa dan pendidik untuk menyambung serta mengamalkan apa yang telah dibawa oleh Baginda kepada umatnya iaitu pendidikan akhlak terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Seandainya pendidikan akhlak tidak mempunyai kepentingan dalam kehidupan seorang muslim, tidak mungkin ia dijadikan sebagai salah satu agenda pengutusan Rasulullah SAW. 118","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Hubungan Antara Akhlak dan Adab Menurut Islam Selain daripada mengamal dan menghayati kemuliaan akhlak, umat Islam pada masa yang sama juga dituntut untuk mengamalkan kemurnian adab-adab berakhlak dalam kehidupan. Ukuran kemuliaan akhlak seseorang itu dinilai berdasarkan kepada penampilan adab-adab kesopanan yang dipamerkan oleh perlakuan tersebut. Kamus Dewan (2010) mentakrifkan adab adalah tingkah laku serta tutur kata, budi bahasa atau budi pekerti yang halus. Adab berasal dari perkataan Arab iaitu \u202b \u0623\u062f\u0647\u0628\u202cyang memberi maksud tingkahlaku dan perbuatan kebaikan, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Menurut Mohd Khairi & Mohamad Khairi (2016), hubungan antara akhlak dengan adab adalah sangat rapat, apabila menyebut konsep akhlak, ia juga secara langsung turut menyentuh kemuliaan adab-adab. Menurut Marwan Ibrahim al- Kaysi (1997), adab adalah satu kebiasaan, budi pekerti dan tingkahlaku yang dicontohi daripada seseorang yang dianggap sebagai contoh teladan yang baik. Bagi seorang muslim, susuk tubuh contoh teladan yang baik sebagai ikutan sudah pastilah diri Nabi Muhammad saw sebagai idola yang terbaik. Sayed Naquib al-Attas (1996), menjelaskan lafaz \u2018adab\u2019 berasal dari bahasa Arab iaitu addaba-yu\u2019addibu-ta\u2019dib yang bermaksud sebagai mendidik atau pendidikan yang merangkumi di dalamnya kesopanan, kehalusan budi pekerti dan keramahan. Pada dasarnya konsep adab menurut al-Attas adalah mendidik insan sesuai dengan aturan nilai- nilai keimanan iaitu mendekatkan diri kepada al-Khaliq. Sehubungan dengan itu, adab juga dikaitkan dengan syariat dan Tauh\u012bd. Orang yang tidak beradab adalah orang yang tidak melaksanakan syariat dan tidak beriman dengan sempurna. Roziah Adama & Mas Rynna (2017), menjelaskan adab merupakan satu konsep yang bersifat sentiasa berputar dan saling bertaut rapat dalam setiap kehidupan manusia iaitu hakikat manusia mempunyai perhubungan dengan setiap perkara yang bersifat zahir mahupun bersifat metafizik. Hubungan itu meletakkan manusia ke satu darjat yang tinggi dengan syarat menjadikan adab sebagai satu amalan hakiki dalam kehidupan. Imam al-Ghazali (2010) di dalam Bidayah al-Hidayah, memaksudkan adab sebagai nilai akhlak, nilai etika, nilai masyarakat dan disepakati kerana kebaikannya. Beliau juga turut menganjur agar manusia melaksanakan dan beramal dengan adab dalam kehidupan kerana adab sebagai satu peraturan yang bersifat baik, perlu diamalkan secara istiqomah, dan hati yang ikhlas. Dalam Bidayah al-Hidayah al-Ghazali telah membahagi adab kepada sesama manusia kepada beberapa bagian iaitu: i. Adab kepada Allah ii. Adab kepada ibubapa iii. Adab kepada Guru iv. Adab kepada rakan v. Adab kepada masyarakat Penjelasan di atas menyimpulkan bahawa, akhlak bukannya perbuatan baik atau buruk semata-mata, tetapi apa yang dimaksudkan dengan akhlak adalah keadaan jiwa yang mampu mengawal dan melahirkan tingkah laku dan perbuatan yang baik. Di samping itu, semasa mengamalkan akhlak, kita juga dituntut untuk mempamerkan adab-adab kesopanan dalam setiap tingkah laku dan perbuatan. Ini kerana hubungan antara akhlak dan adab-adab kesopanan saling berkait rapat. Tanpa adab, nilai akhlak seseorang itu akan rosak bahkan ia akan dikatakan memiliki akhlak yang buruk. Perkara paling besar dalam hidup manusia adalah pemupukan adab, hampir keseluruhan hidup manusia menuntut penzahiran adab yang membawa kepada keredaan Allah SWT. Pengabaian dan kecuaian terhadap konsep- konsep adab menyebabkan manusia sering merendahkan nilai-nilai kemanusian terhadap 119","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 diri sendiri kerana tidak berupaya menguasai diri yang menjurus kepada dua perkara yang merosakan diri iaitu kemarahan dan nafsu syahwat. Akhlak Tasawuf Menurut kamus Lisan Al-Arab (1993), perkataan akhlak berasal dari kalimah \u202b( \u0627\u0644\u062e\ufee0\u0642\u202cal- khuluqu) jamak \u202b \u0627\u0644\u0623\u062e\ufefc\u0642\u202cbermaksud tabiat semula jadi. \u202b( \u0627\u0644\u062e\ufee0\u0642\u202cal-khuluqu) bermaksud cara hidup, tabiat semulajadi yang merupakan gambaran bagi sifat batin manusia. \u202b( \u0627\u0644\u062e\ufee0\u0642\u202cal- Khalqu) membawa maksud gambaran sifat zahir manusia. Sifat zahir dan sifat batin manusia itu kedua-duanya pula mempunyai sifat yang terpuji dan juga sifat yang terkeji. Manakala dalam Mu\u2018jam al-Was\u00eet (1972), akhlak adalah ilmu yang membahaskan tentang nilai- nilai yang berkaitan dengan perbuatan manusia yang dapat disifatkan dengan baik atau buruk. Ibn Miskawaih (1978), mentakrifkan akhlak merupakan bentuk kata jamak dari khuluq yang membawa maksud hal keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya melakukan perbuatan-perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Imam al- Ghazali (2008), mentakrifkan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa, keluar daripadanya perbuatan dan kelakuan yang mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal fikiran. Jika yang lahir itu perbuatan yang baik dan diiktiraf oleh akal dan syarak, maka ia dipanggil akhlak yang terpuji, manakala jika lahir perbuatan buruk ia dinamakan akhlak yang terkeji. Manakala tasawuf dari segi bahasa (etimologi), terdapat beberapa pandangan yang berbeza dalam kalangan pakar. Qasim Ghina (1972) memberi beberapa takrifan maksud tasawuf : 1. Tasawuf berasal dari kata \u202b \u0635\u0641\ufbab\u202csuffah. Ia adalah bahagian belakang dari masjid Rasulullah SAW di Madinah. Di sinilah tempat kediaman para sahabat yang hidup sederhana dan miskin serta sangat menjauhkan diri daripada mencari kemasyhuran. Mereka ini adalah para sahabat yang turut hijrah bersama Nabi dan menetap di sekitar masjid Nabawi. 2. Tasawuf berasal dari kata \u202b \u0635\u0641\ufe8e\u0621\u202cshafa\u2019 yang membawa maksud orang\u2013orang yang mensucikan hatinya untuk mendekatkan diri kepada Allah. 3. Tasawuf berasal dari kata \u202b \u0635\u0641\u202cshuf. Shuf adalah benang bulu binatang. Lisan al-\u2018Arab (1993) menerangkan \u2018shuf\u2019 adalah baju yang dipakai oleh orang-orang sufi yang diperbuat daripada bulu atau bulu kambing atau kibas yang kasar. 4. Tasawuf berasal dari bahasa Yunani \u2018Sophos\u2019 yang bermaksud hikmah. Menurut pengertian dari segi istilah pula, Imam Al-Qusyairi (1997) mentakrifkan tasawuf adalah menerapkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi secara tepat, berusaha menekan hawa nafsu, menjauhi bid\u2019ah dan tidak meringankan ibadah. Imam Junaid al-Bhagdad, mentakrifkan tasawuf sebagai upaya untuk mengenal Allah SWT (merasa tidak memiliki apapun dan tidak dimiliki siapapun kecuali Allah SWT) dengan melakukan akhlak yang baik menurut Sunnah Rasul, meninggalkan Akhlak buruk, dan melepaskan hawa nafsu, (Zakaria Stapa, 1999). Sahl bin Abdullah al-Tustari mentakrifkan tasawuf adalah melepaskan diri dari perlakuan yang keji dan hina kemudian berpindah kepada perlakuan yang mulia dan terpuji, kemudian memberi penumpuan hanya kepada melaksanakan perintah Allah SWT sahaja, (Mohd Sulaiman Hj Yasin,1986). Teori Tasawuf Menurut Imam Al-Ghazali Menurut Al-Ghazali, ajaran tasawuf dapat diperolehi dengan cara mengawal godaan hawa nafsu dan membersihkan diri dari akhlak yang tercela, sehingga hati hanya tertumpu kepada Allah dan selalu mengingat-Nya. Dalam menghayati ajaran tasawuf, Imam al-Ghazali (2008) telah mengariskan beberapa peringkat yang harus dilalui oleh seorang yang berkeinginan 120","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 memasuki alam tasawuf. Pertama, taubat. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan dosa. Hal ini merangkumi tiga perkara iaitu ilmu, sikap, dan tindakan. Ilmu adalah pengetahuan seseorang tentang bahaya yang diakibatkan daripada perbuatan dosa besar. Manakala pengetahuan pula melahirkan sikap sedih dan menyesal yang mendorong hati untuk bertaubat.. Kedua, sabar. Al-Ghazali menyatakan ada tiga keinginan dalam jiwa manusia, iaitu keinginan semulajadi, keinginan yang melahirkan dorongan untuk berbuat baik, dan keinginan yang melahirkan dorongan untuk berbuat jahat. Jika keinginan jiwa yang melahirkan dorongan berbuat baik dapat mengatasi keinginan yang melahirkan perbuatan jahat, maka seseorang itu sudah dapat dikategorikan sabar. Ketiga, kefakiran iaitu berusaha untuk menjauhkan diri dari hal-hal yang diperlukan. Kefakiran ini bermaksud meskipun seseorang itu sedang memerlukan sesuatu seperti makanan, namun ia tetap berhati-hati adakah makanan tersebut halal, haram, atau syubahat. Jika haram atau syubahat, maka makanan itu harus dijauhinya, walaupun makanan itu sangat diperlukan olehnya. Keempat, zuhud iaitu seseorang meninggalkan kesenangan duniawi yang tidak diperlukan olehnya dan hanya mengharapkan kesenangan ukhrawi. Kelima, tawakal. Menurut al-Ghazali sikap tawakal lahir dari keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah. Sebagai pencipta, Allah berkuasa melakukan apa saja terhadap manusia. Oleh itu, manusia seharusnya berserah diri kepadaNya dengan sepenuh hati sehingga ia merasakan dirinya tiada sebarang daya upaya kekuatan. Keenam, makrifat iaitu mengetahui rahsia Allah dan mengetahui peraturan- peraturan yang ditetapkan olehNya. Pengetahuan yang diperoleh dari makrifat lebih bermakna daripada pengetahuan yang diperoleh akal. Makrifat inilah yang kemudian melahirkan rasa cinta kepada Allah, Ahmad Zaini. (2016). Menurut al-Ghazali, manusia merupakan individu yang terdiri dari unsur hati, hati nurani, akal, ruh, nafsu, dan syahwat. Semua unsur ini menentukan status manusia sebagai individu yang beroleh kejayaan atau kerugian, insan yang taqwa atau yang celaka, jiwa yang tenang atau jiwa yang keluh kesah. Status ini sangat bergantung kepada kemampuan diri dalam mengendali unsur-unsur jiwa tersebut agar berjalan secara seimbang dan seterusnya memandu dirinya dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah (Enung Asmajaya, 2018). Daripada definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan suatu bentuk tingkah laku atau perbuatan yang wujud di dalam diri seseorang yang mana ia tidak memerlukan sebarang bentuk pemikiran untuk melakukan sesuatu perbuatan. Ia akan berlaku secara spontan sebagai tindak balas kebiasaan yang telah tersemat dalam jiwa dan tingkah laku sehariannya. Manakala tasawuf pula adalah tingkahlaku seseorang dalam rangka membersihkan diri dari akhlak mazmumah (akhlak terkeji) kepada akhlak mahmudah (akhlak terpuji) bagi mendekatkan diri kepada al-Khaliq yang terbit dari keikhlasan jiwa yang murni. Pada asasnya, akhlak diukur kepada gerak laku jasmani manakala akhlak tasawuf lebih mengutamakan aspek kerohanian atau kebatinan seseorang insan. Ia merupakan amalan hati yang menghadirkan al-Khaliq pada dirinya. Bangun Nasution & Rayani Siregar, (2015), menyatakan hubungan ilmu akhlak dengan ilmu tasawuf adalah usaha seseorang untuk taqarub kepada Allah dengan cara membersihkan diri dari akhlak yang tercela dan menghias diri dengan akhlak yang terpuji. Dengan demikian dalam proses mencapai tujuan bertasawuf seseorang hendaklah terlebih dahulu berusaha menerapkan dalam dirinya dengan berakhlak mulia. Menurut kaedah tasawuf, terdapat tiga tahap bagi menyucikan hati manusia daripada akhlak terkeji iaitu tahap pertama adalah takhalli iaitu mengosongkan diri dari akhlak yang buruk, tahap kedua tahalli iaitu setelah menghilangkan akhlak buruk dari diri maka ia diganti dengan menghiasinya dengan akhlak terpuji, dan tahap ketiga adalah tajalli iaitu terbukanya hijab antara manusia dengan Tuhannya apabila hati menjadi suci bersih setelah dihiasi dengan akhlak terpuji. Dalam kajian ini, akhlak tasawuf yang 121","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dimaksudkan adalah penghayatan akhlak tasawuf terhadap adab-adab dalam kehidupan seharian pelajar terhadap keluarga, terhadap guru, bersama rakan sebaya, adab dalam menunaikan ibadah, dan juga adab terhadap diri sendiri. Metodologi Reka Bentuk Kajian Kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah kajian tinjauan yang menggunakan set soal selidik. Menurut Mohd. Najib (1999), kaedah tinjauan adalah merupakan satu kajian di mana pengkaji akan memungut data dalam satu masa tertentu sahaja dan kebiasaannya menggunakan soal selidik. Data dianalisis secara deskriptif dan infrensi min, peratus dan kekerapan. Kaedah deskriptif dipilih untuk mengumpul maklumat mengenai profil responden dan mengenal pasti tahap penghayatan akhlak dan akhlak tasawuf responden. Analisis kajian ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Item soal selidik mengandungi soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh respondan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis menggunakan kaedah SPSS menggunakan metod kajian kuantitatif. Sampel Kajian Pemilihan tempat kajian telah ditentukan sendiri oleh penyelidik berdasarkan penilaian dan kriteria tertentu. Menurut Cresswell (2011), penyelidik harus mempunyai alasan yang munasabah dalam menentukan dan memilih tempat kajian yang ingin dijalankan. Berpandukan atas pendapat Cresswell itu, penyelidik telah memilih daerah Bachok sebagai lokasi kajian berdasarkan kriteria: 1. Sekolah menengah agama kluster di Kelantan yang berada di bawah KPM yang menggunakanmodel Ulul Albab iaitu gabungan model tahfiz al-Quran, subjek agama dan subjek akademik hanya berada di Bachok, Kelantan. 2. Daerah Bachok juga terdapat tiga jenis sekolah yang berbeza pertadbiran iaitu di bawah KPM, YIK, dan SABK. 3. Masalah disiplin yang berlaku di daerah Bachok turut sama berlaku di daerah lain. 4. Lokasi yang mudah dimasuki Populasi dalam kajian ini adalah pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama dalam daerah Bachok. Sebanyak lima buah sekolah menengah agama yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sebuah sekolah menengah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dua buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), dan dua buah sekolah menengah agama di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Jumlah populasi adalah seramai 53 orang pelajar yang mempunyai rekod disiplin. pengkaji telah mengambil kesemua sampel sebagaimana yang dicadangkan oleh Mohd. Najib (1999) yang menyatakan sekiranya jumlah sampel tidak ramai, maka penyelidikan dapat menggunakan kesemua sampel dalam sekolah tersebut. Item Soal Selidik Mohd. Najib (1999), menyatakan Instrumen menentukan jenis data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data. Ia memberi maklumat bagi menjawab persoalan 122","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kajian. Menurut Creswell (2011) pula, alat kajian yang boleh digunakan ialah yang telah sedia ada, yang diubah suai, yang digabung dan yang dibina sendiri. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diubah suai dari kajian Azhar Ahmad & Halim Tamuri (2005), \u201cPenghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah\u201d. Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A mengandungi soalan-soalan demografi responden. Bahagian B mengandungi item-item yang menyentuh tentang penghayatan akhlak berkenaan dengan adab atau tingkah laku yang bersifat amali zahir pelajar yang boleh dilihat dengan mata kasar dan Bahagian C mengandungi item-item yang menyentuh tentang penghayatan akhlak tasawuf bagi menjelaskan tentang perasaan pelajar. Item-item soal selidik bahagian B dibahagi kepada lima pembolehubah. Setiap pembolehubah mengandungi enam soalan sebagaimana dijelaskan melalui jadual di bawah: Bil Pemboleh ubah Bil soalan 1 Adab terhadap keluarga 6 2 Adab terhadap guru 6 3 Adab terhadap rakan sebaya 6 4 Adab terhadap ibadat 6 5 Adab terhadap diri sendiri 6 Soalan-soalan ini berskala kadar yang dibina dengan menggunakan Skala Likert empat pemeringkatan yang diadaptasi daripada Rabiatul Adawiyah bte Abu et al (2014), \u201cBudaya berkongsi pengetahuan dalam kalangan pelajar pekak: satu kajian penerokaan\u201d. Pengkaji memilih bentuk ini kerana menurut Deobold (1999), ia mudah ditadbir kepada jumlah yang besar, memudahkan responden memberi tumpuan kepada subjek yang dikaji dan melancarkan proses penjadualan dan penganalisisan data. Skala likert tersebut menunjukan: 1. Tidak Pernah 2. Jarang 3. Kerap 4. Sentiasa Interpretasi skala min bagi tiga skala diguna pada soal selidik bahagian B, pengkaji berpandukan daripada sumber penilaian skor min yang digunapakai oleh (Ghani Hj Taib, 1996) 1.00 \u2013 2.00 Rendah 2.01 \u2013 3.00 Sederhana 3.01 \u2013 4.00 Tinggi Sumber: Ghani Hj Taib, (1996). Bahagian C mengandungi item-item yang menyentuh tentang penghayatan akhlak tasawuf pelajar. Item-item ini dibina dengan menggunakan Skala Likert lima pemeringkatan yang mana diambil dan diadaptasi daripada kajian Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2005). Skala tersebut adalah: 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju 123","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Menurut Hertanto (2017), kelebihan instrumen menggunakan skala Likert dengan lima skala kerana ia mampu mengawal jawaban responden yang bersifat neutral atau ragu-ragu. Interpretasi skala min bagi empat skala diguna pada soal selidik bahagian C, pengkaji berpandukan daripada sumber penilaian skor min yang digunapakai oleh Azhar Ahmad, 2005. Skor Min Interpretasi 4.01 \u2013 5.00 Tinggi 3.01 \u2013 4.00 Sederhana Tinggi 2.01 \u2013 3.00 Sederhana Rendah 1.01 \u2013 2.00 Rendah Bacaan Skor Min (Azhar Ahmad, 2005) Item-item soal selidik bahagian C dibahagi kepada lima bahagian pembolehubah, yang mana setiap bahagian mengandungi enam soalan Bil Pemboleh ubah Bil soalan 1 Akhlak tasawuf terhadap keluarga 6 2 Akhlak tasawuf terhadap guru 6 3 Akhlak tasawuf terhadap rakan 6 sebaya 4 Akhlak tasawuf terhadap ibadat 6 5 Akhlak tasawuf terhadap diri sendiri 6 Dapatan Kajian Dapatan kajian sebagaimana jadual di bawah menunjukan penghayatan akhlak pelajar yang mempunyai masalah disiplin bersama keluarga dan akhlak pelajar terhadap guru dan akhlak pelajar terhadap ibadat wajib berada pada tahap sederhana. Manakala akhlak pelajar terhadap rakan sebaya dan akhlak pelajar terhadap diri sendiri berada pada tahap tinggi. Tahap penghayatan akhlak diamalkan oleh pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah menengah agama Daerah Bachok. Bil Penghayatan Akhlak Min 1 Akhlak Terhadap keluarga 2.66 2 Akhlak Terhadap Guru 2.63 3 Akhlak Terhadap Rakan 3.05 4 Akhlak Terhadap Diri 3.50 5 Akhlak Terhadap Ibadat 2.93 Persoalannya adakah responden tidak memahami tuntutan agama sedangkan mereka bersekolah aliran agama? Menjawab persoalan ini, kajian Arieff dan Wardah (2006) menerangkan, kefahaman terhadap tuntutan kewajipan agama dalam diri remaja berlaku gak lambat iaitu di antara umur 23 dan 24 tahun. Sedemikian itu ketika usia remaja, mereka tidak memberi perhatian yang serius terhadap tuntutan agama yang wajib dipenuhi. Walaupun remaja tersebut melakukan tuntutan agama, namun pada dasarnya mereka tidak memahami secara mendalam kenapa kepentingan tuntutan tersebut mereka laksanakan. Kekeliruan inilah yang akan mendorong mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak yang dikehendaki oleh agama. Manakala dapatan terhadap penghayatan akhlak tasawuf pelajar yang bermasalah disiplin sebagaimana jadual di bawah secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi melainkan 124","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 penghayatan akhlak tasawuf terhadap rakan yang berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan walaupun mereka berkawan rapat namun hati mereka sebaliknya menolak tingkah laku yang bertentangan dengan disiplin ketika bersama rakan mereka. Tahap penghayatan akhlak tasawuf Diamalkan oleh pelajar yang bermasalah disiplin di Sekolah Menengah Agama Daerah Bachok Bil Tahap Penghayatan Akhl ak Tasawuf Min 1 Akhlak Tasawuf Terhadap keluarga 4.65 2 Akhlak Tasawuf Terhadap Guru 4.36 3 Akhlak Tasawuf Terhadap Rakan 3.89 4 Akhlak tasawuf Terhadap Diri 4.53 5 Akhlak Tasawuf Terhadap Ibadat 4.56- Kesimpulan kajian menunjukan walaupun pelajar pada zahirnya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak namun dalam hati mereka masih wujud nilai-nilai murni yang menghormati keluarga, guru, diri, dan dalam peribadatan mereka. Perbincangan Dan Rumusan Sekolah merupakan suatu organisasi yang berperanan membentuk proses kehidupan bersosial dengan budayanya yang tersendiri. Pelajar di tahap remaja tidak terkecuali menghadapi masalah penyesuaian akademik, masalah hubungan peribadi dengan rakan sebaya, masalah perubahan hormon dalam badan, dan masalah yang berkaitan dengan sosial dan hiburan. Sebagai manusia biasa, pelajar-pelajar yang bersekolah di aliran agama juga tidak terkecuali berhadapan dengan masalah di atas. Namun, apabila masalah sosial melibat ibubapa yang sepatutnya dimuliakan dan guru-guru yang sepatutnya dihormati, maka kepincangan akhlak pelajar tersebut turut dipersoalkan. Lebih-lebih lagi pelajar- pelajar di sekolah menengah berteraskan agama yang sepatutnya dapat memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi dalam membentuk sahsiah yang lebih baik. Oleh kerana itu permasalahan ini perlu diberikan perhatian yang khusus untuk merawatinya. Kajian terhadap penghayatan akhlak perlajar yang bermasalah disiplin secara puratanya hasil dapatan berada pada tahap sederhana kecuali tahap penghayatan akhlak terhadap rakan dan tahap penghayatan akhlak terhadap diri dengan yang berada pada tahap tinggi, Manakala kajian terhadap penghayatan akhlak tasawuf pelajar yang bermasalah disiplin secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi melainkan penghayatan akhlak tasawuf terhadap rakan yang berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini mengambarkan walaupun pelajar tersebut pada zahirnya akrab bersama rakan yang bermasalah disiplin, namun pada hakikatnya hati mereka sebenarnya menolak perbuatan mereka bergaul dengan rakan yang melanggar disiplin sekolah. Sebagai pelajar yang bersekolah aliran agama, pengetahuan tentang nilai-nilai akhlak secara amnya sudah terbentuk dalam jiwa pelajar. Namun ia tak dapat dijadikan sebagai amalan rutin apabila terdapat beberapa faktor yang menghalangnya berbuat demikian. Faktor tuntutan hawa nafsu, lemah pemahaman agama, didikan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, dan persekitaran antara penyebab utama yang membawa kepada kemerosotan akhlak pelajar walaupun mereka telah mempelajarinya di bangku sekolah. Ini menunjukkan perlakuan akhlak zahir mempunyai cabaran yang agak sukar untuk diamalkan walaupun pada hakikatnya nilai-nilai terpuji sudah pun wujud dalam jiwa seseorang. Mujahadah atau \u2018tazkiah nafs\u2019 yang kuat beserta dengan keazaman yang tinggi amat diperlukan untuk mewujudkan kesepaduan antara tuntutan jasmani dan tuntutan rohani seseorang. Pihak yang berkenaan seperti guru disiplin, guru kaunseling dan kakitangan sekolah boleh 125","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menggunakan kaedah pendekatan tasawuf iaitu takhalli, tahalli dan tajalli untuk memperbaiki masalah disiplin pelajar dengan mendidik hati mereka memandangkan nilai akhlak tasawuf dalam diri mereka lebih dominan berbanding nilai akhlak mereka. Penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasad dan ruh memerlukan satu garis panduan yang dapat mengawal keinginan-keinginan manusia yang berbeza. Oleh itu, dalam membina akhlak pelajar untuk menjadi seorang insan yang berperibadian mulia, maka kita disarankan membentuk kehidupan sempurna berdasarkan prinsip ditetapkan Allah SWT. Antara lain kita dianjurkan untuk selalu bermuhasabah, bertaubat, bersabar, bersyukur, bertawakal, mencintai orang lain serta menolongnya. Oleh itu sewajarnyalah, pendidikan akhlak yang menjurus kepada penghayatan akhlak tasawuf diberi lebih penekanan untuk memberi kefahaman kepada pelajar dalam membentuk jati diri berlandaskan pembersihan jiwa ataau tazkiah an-Nafs. Penutup Kajian ini menjelaskan semua persoalan kajian yang dikemukakan. Penekanan kepada penghayatan akhlak tasawuf ke dalam diri pelajar merupakan satu kaedah yang mampu memperbaiki permasalahan disiplin pelajar dan boleh diaplikasikan kepada pelajar sekolah rendah maupun pada pelajar sekolah menengah. Ia mampu membina kekuatan jiwa pelajar sekali gus berupaya membentuk kemantapan disiplin dalam diri pelajar. Di sekolah, tugas guru yang lebih penting adalah untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang seimbang daripada aspek intelek , emosi, rohani dan jasmani bukan hanya sekadar ingin memenuhi hasrat ibu bapa daripada aspek akademik semata-mata. Tugas ini tak akan berjaya dilaksanakan tanpa kerjasama ibu bapa, masyarakat dan juga media massa. Oleh itu, pengembelingan tenaga semua pihak amat penting dan perlu dilakukan secara bersepadu. Pengembelingan dan kerjasama ini mampu mengawal dan membentuk tingkah laku remaja yang masih bersekolah dan mereka membesar dalam acuan yang mementingkan kemurnian akhlak daripada memikirkan kepentingan peribadi sendiri. 126","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bibliografi Abu Bakar Jabir Al-Jaziri. (1976). Minhaj al-Muslim. Darul Umar al-Khatab. Madinah. Al-Qusyairi. Abdul Karim Bin Hazan Al-Naysaburi. (1971). Al-Risalat Al- Qusyairiyah. Darul Kutub al-Ilmiah. Beirut. Al-Ghazali, Muhammad Bin Muhammad. ( 2008). Ihya Ulumuddin. Kaherah, Mesir: Daar al- Taqwa. Al-Ghazali, Muhammad Bin Muhammad. (2010). Bid\u0101yatul Hidayah. Dalam Majmu\u2019ah Rasail. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Jazairi, Abu Bakar Jabir Al Jazairi (2015). Minhajul Muslim. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar. al-Taftazani, Abu al-Wafa al-Ghanimi. (1979). Madkhal ila al-Tasawwuf al-Islami. Kaherah: Dar al-Thaqafah li al-Nashr wa al-Tawzi. Azhar Ahmad & Dr Ab. Halim Tamuri. (2005). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Kuala Lumpur. Enung Asmaya. (2018). Hakikat Manusia dalam Tasawuf Al-Ghazali Jurnal Dakwah dan Komunikasi Vol. 12, No. 1, Januari - Jun 2018. Haslinda Binti Samsudin. (2007). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Menangani DisiplinPelajar Di Sekolah Menengah: Kajian Di Telok Intan. Perak. (Disertasi). Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Ibn Khaldun Abd Rahman bin Muhammad (2004), Muqaddimah Ibn Khaldum Kaherah : Lajnah alBayan al-Arab\u012b, h.539. Ibn Miskawaih. (1978). Tahdzib Al-Akhlaq Wa Tathir Al-\u2019A\u2019raq. Daral-Maktabah al- Hayaat.Manshurat. Beirut. Khairudin Mohd Amin. (2004). Sumber Aliran Tasawuf Al-Sunni Menurut Islam. Bangi. UKM. M. Abdul Mujieb et, al. (2009). Ensiklopedia Tasawuf Imam Al-Ghazali. Penerbit Hikmat (PT Mizan Publika). Jakarta Selatan. Mahadi Hj. Khalid. (2007). Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang . Institut Perguruan Batu Lintang. Md. Yusof bin Ali. (2010). Amalan Akhlak Sosial Islam Dalam Kalangan Pelajar Bermasalah Disiplin Di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Pahang. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Mohd Nasir Omar. (2013). Falsafah Akhlak. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Mohd Nuri.(2016). Fenomena Delinkuen Dalam Kalangan Remaja Yang Berisiko Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Luar Bandar Malaysia. Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 2. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Sulaiman Bin Hj. Yasin. (1986). Mengenal Ilmu Tasawuf. Universiti Kebangsaan Malaysia. Diterbit oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan perdana Menteri. Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad. (2018). Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam. Jurnal al-Turath. Vol. 3. No. 1. UKM. Syed Muhammad al Naquib bin Ali Al-Attas. (1996). Konsep Pendidikan Dalam Islam. (Haidar Bagis, terj). h. 60. Mizan.Bandung. Qasim Ghina. (1972). Tarikh At-Tasawuf Fi Al-Islam, Maktabah An-Nahdah. Al- Kaherah. Yusuf Al-Qardhawi.(1985). Iman Dan Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar. Zulkifli & Azrinawati. (2006). Perdisiplinan Pelajar Melayu Di Sekolah Menengah Berasrama: Kajian Terhadap Kaedah Yang Dijalankan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Terpilih Di Utara Semenanjung. Institut Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan. University Teknologi Mara. Shah Alam. 127","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 MEMBINA CITRA BUSANA DAN PERHIASAN TRADISIONAL MELAYU KELANTAN KEPADA GENERASI Z Tuan Siti Mastazameatun Abstrak: Pembinaan citra kepada generasi Z untuk melestarikan etika pemakaian busana dan perhiasan tradisional Melayu Kelantan adalah suatu usaha yang sangat dituntut pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0). Pada tahun 2006, Siti Zainon menulis tentang Almarhum ayahanda Bomoh Diraja Kelantan, Nik Abdul Rahman yang berbunyi, \\\"Kain limat melekat pada daging. Songket berterabur lilitan lembayung. Buat seribu jalinan\\\". Ia dikatakan telah mentakrifkan pakaian formal Cik Siti Wan Kembang yang diterjemahkan sebagai tiga helai kain panjang yang dikenali sebagai selendang limar atau cindai, kain kembang ikat di bahagian dada, dan kain meribu ikat di bahagian pinggang yang kesemuanya dianggap berasal dari Kerajaan Patani, Thailand. Taburan songket jelas dikaitkan dengan kemewahan bahan yang digunakan dalam pembuatan pakaian Melayu. Selain daripada itu, orang Melayu membuat perhiasan peribadi daripada emas, perak, tembaga, manik, mutiara, tulang, kayu, dan kulit siput. Ia bukan sahaja menambahkan keceriaan dan kekemasan si pemakai, malah ia juga mungkin menjadi tanda identiti dan budaya sesebuah kumpulan sosial, selain mencerminkan kekayaan, kuasa dan status. Barang kemas dipakai pada kepala, telinga, leher, pinggang, tangan, dan kaki wanita atau lelaki. 128","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENDAHULUAN Keruntuhan nilai sopan dalam amalan pemakaian remaja (Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff & Ahmad Arifin Sapar, 2013) memberikan indikasi terhadap tahap kesediaan mereka dalam melestarikan citra pemakaian busana dan perhiasan tradisional, terutama dalam kalangan Melayu Kelantan dan ini telah menerbitkan rasa ingin tahu pengkaji terhadap penyempurnaan kertas kerja ini. Walaupun banyak generasi Z di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi mempelajari budaya dan adat tradisional, namun terdapat kekurangan dalam pemahaman mengenai nilai-nilai etika yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, terdapat risiko kehilangan warisan budaya ini pada masa hadapan jika tidak diambil tindakan yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman generasi muda terhadap situasi ini. Kajian oleh Rokiah Ismail (2003) membina isu bahawa remaja lebih gemar memakai pakaian kasual seperti kemeja-T, jeans, skirt atau blouse bersama-sama padanan perhiasan-perhiasan seperti anting-anting, rantai, gelang dan tali pinggang sejak tahun milenia bermula. Artikel ini akan membantu mengenal pasti punca kekurangan kesediaan ini dan memberikan cadangan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman generasi muda terhadap warisan budaya yang penting ini. Ia turut cuba mencadangkan strategi atau polisi di peringkat penguatkuasaan yang berupaya menjaga pembudayaan ini secara praktikal. SEJARAH BUSANA TRADISIONAL MELAYU Pada suatu masa dahulu, fesyen Melayu iaitu baju kurung atau baju Melayu mempunyai potongan yang ketat dan pendek pada mulanya. Tetapi pada zaman Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang kesembilan (1488-1511 M), salah seorang Temenggung Melaka iaitu Tun Hassan, melabuhkan potongan baju, membesarkan saiz lengan, dan membesarkan pangkal dan lengan baju yang dipakainya. Menurut orang lama, Baju Kurung Teluk Belanga, salah satu baju kurung yang masih popular sehingga kini, telah diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1862 di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar Seri Maharaja. Kualiti tertentu baju bergantung pada jantina pengguna, dengan lelaki mempunyai baju hingga ke bawah pinggang, lilitan leher yang lebar, dan mempunyai dua poket baju. Manakala, wanita mempunyai baju yang mencecah bawah lutut, lilitan leher licin, dan tiada poket baju. Potongan baju kurung Teluk Belanga telah diubah suai kepada paras pinggang bagi lelaki dan paras lutut bagi wanita pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Abu Bakar (1873-1959). Garis leher baju kedua-dua jantina telah dilicinkan, dan baju wanita mempunyai poket. Baju Kurung Teluk Belanga kini siap dengan 'rumah butang' di celahan baju dan kain tali leher 'gelombang beralun'. Di samping itu, pada awal abad ke dua puluh, Mejar Datok Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman, seorang tokoh kesusasteraan Melayu di Johor menyebut bahawa Baju Kurung Cekak Munsang (ejaan yang digunakan dalam bukunya 'Patut Pakai Melayu' (1931)) atau Musang (ejaan semasa) adalah berasal dari Teluk Belanga, Singapura. Ia pada asalnya dikenali sebagai 'Baju Wan' kerana digayakan oleh anak tempatan Teluk Belanga bernama Haji Wan Othman ketika menghadap Raja. Baju kurung telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis, iaitu potongan jubah jemaah haji, dan mempunyai 'leher berdiri' yang boleh dipasang dengan tiga, lima, tujuh, 129","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 atau sembilan kancing atau butang. Raja, yang berpuas hati dengan perbezaan dan keaslian baju itu dan ingin menghiasi 'leher berdiri' dengan butang atau kancing emas atau berlian, telah memberi arahan agar semua anak Raja dan pegawai istana menggunakan potongan dan fesyen 'pakaian Wan' dalam acara DiRaja di Johor. Baju Melayu Cekak Munsang @ Musang pada masa ini hanya mempunyai lima butang, dan menjadi falsafah bagi seorang pemakai Islam untuk memegang lima Rukun Islam. Pada tahun 2006, Siti Zainon menulis tentang Almarhum ayahanda Bomoh Diraja Kelantan, Nik Abdul Rahman yang berbunyi, \\\"Kain limat melekat pada daging. Songket berterabur lilitan lembayung. Buat seribu jalinan\\\". Ia dikatakan telah mentakrifkan pakaian formal Cik Siti Wan Kembang yang diterjemahkan sebagai tiga helai kain panjang yang dikenali sebagai selendang limar atau cindai, kain kembang ikat di bahagian dada, dan kain meribu ikat di bahagian pinggang yang kesemuanya dianggap berasal dari Kerajaan Patani, Thailand. Taburan songket jelas dikaitkan dengan kemewahan bahan yang digunakan dalam pembuatan pakaian Melayu. Baju kurung pula merupakan pakaian tradisional yang menjaga imej wanita Melayu dan menjadi pakaian kebangsaan rakyat Malaysia. Pada suatu masa dahulu, 'baju kurung' ialah pakaian berbutang di kiri dan kanan baju, berlengan panjang berlengan lebar, dan berleher bulat dengan belahan ke arah dada. Ia dipakai pada badan untuk 'mengecilkan' atau 'menyembunyikan' bahagian badan wanita, atau untuk menyembunyikan kawasan peribadi. Melalui pedagang Arab pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi, ia telah menggantikan reka bentuk tiga helai kain yang hanya melilit badan di bawah pengaruh Kerajaan Srivijaya iaitu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Pesak, Baju Kurung Johor, Baju Kurung Melaka, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Perak, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Negeri Sembilan, dan Baju Kurung Sarawak adalah antara baju kurung klasik dengan gaya yang masih popular sehingga ke hari ini. Revolusi fesyen Baju Kurung masa kini termasuklah Baju Kurung Moden, Baju Kurung Peplum, Baju Kurung Riau, dan Baju Kebarung. Kebaya dibuat dengan memendekkan potongan baju kurung Melayu dan menghiasinya dengan sulaman sutera yang halus, jahitan lurus, sulaman \\\"zigzag\\\", atau jahitan lubang butang yang menghasilkan reka bentuknya sendiri, seperti corak bunga, geometri atau lain-lain. Kebaya Saloma, Baju Belah Kebaya Panjang, Kebaya Longgar, Kebaya Songket, dan Barung hanyalah beberapa potongan baju kebaya yang popular dalam kalangan orang Melayu di Malaysia. Potongan lain termasuk Kebaya Riau-Pahang dan Kebaya Kota Bharu atau Kutu Baru. Berbeza dengan sebelum ini yang hanya menggunakan tenunan mori sutera, trend masa kini telah memberikan baju kebaya satu fesyen yang tersendiri dan menarik. Kasa, kain nipis dengan tenunan yang jarang dibuat daripada rayon, sutera, kapas, atau gentian sintetik, biasanya digunakan untuk membuat kebaya. Ia kadangkala dirujuk sebagai \\\"serasah,\\\" \\\"khasah,\\\" atau \\\"kain benang sering.\\\" Kain \\\"Rubiah\\\" atau \\\"perai\\\" ialah nama kain kasa yang mempunyai tenunan yang lebih ketat atau lebih lembut. Sejak akhir- akhir ini kain kasa 'rubiah' sering digunakan dalam pakaian tradisional wanita Melayu disebabkan materialnya yang nipis dan jarang yang boleh disarungkan, dan gabungan kain kasa \\\"rubiah\\\" dan lapisan lycra yang lembut, ringan, dan menyenangkan mampu memberi keselesaan kepada pemakai Muslimah. 130","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Lelaki Melayu juga memakai pakaian dengan reka bentuk yang serupa dengan baju kurung, dipanggil 'baju Melayu'. Ia hadir dalam set pakaian tradisional, yang sering diisi dengan bengkung. Bengkung digunakan di sekeliling perut atau pinggang untuk mengekalkan seluar atau lipatan sisi yang dipakai dengan pakaian Melayu, sama seperti cara tali pinggang digunakan dalam pakaian barat semasa. Sehingga hari ini, bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat dengan bunga yang diperbuat daripada benang emas, dengan loket diperbuat daripada sepuluh emas berkualiti dan disulam dengan permata delima dengan lambang DiRaja di tengah, adalah salah satu aspek penting dalam fesyen lelaki yang dikuatkuasakan ketika menghadiri istiadat pertabalan. Lelaki Melayu di kawasan pedalaman negeri-negeri Pantai Timur juga memakai bengkung daripada kain lepas. Mereka kerap dilihat membawa dua helai kain lepas; satu melilit kepala seperti serban yang dikenali sebagai semutar, dan satu lagi melilit pinggang untuk membersihkan cebisan baju dan seluar yang dipakai. Selain itu, wanita Melayu memakai kain lepas itu sebagai tudung, sama seperti selendang, untuk menutup kepala. Tradisi pemakaian kain lepas masih menjadi ciri khas masyarakat Kelantan dan diamalkan oleh majoriti penggiat seni dan budaya di negeri ini. Kepentingan setiap rekaan yang melambangkan kuasa sering disebut sebagai salah satu perkara yang menjadikan pakaian tradisional Melayu begitu cantik. Sebagai gambaran, pakaian DiRaja bagi keluarga Kelantan dan Negeri Sembilan berwarna biru, Selangor dan Terengganu berwarna kuning, manakala kerabat DiRaja Perlis memakai pakaian hijau. Sut pakaian tersebut dilengkapi dengan penggunaan destar, tengkolok, atau tanjak untuk menonjolkan identiti setiap negeri yang diwakili oleh Raja atau Sultan, seperti destar dengan solekan \\\"Tengkolok Cogan Daun Kopi\\\" yang dipakai oleh Sultan Pahang, \\\"Lang Menyongsong Angin\\\" dipakai oleh kerabat Raja di Hilir Perak, dan Pahang mengenakan \\\"Ikat Bendara\\\" \\\"Ikat Laksamana,\\\" dan \\\"Ikat Temenggung\\\". Penyebaran ajaran Islam ke seluruh dunia telah mengakibatkan peralihan fesyen busana tradisional dalam kalangan umat Islam. Walaupun segelintir masyarakat bukan Islam seperti Baba dan Nyonya masih memakai baju kebaya tradisional yang diperbuat daripada kain kasa bersulam nipis atau jarang dengan lapik kamisol renda di bahagian dalam, material busana dalam kalangan Muslim tidak lagi begitu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit, dan ukuran untuk potongan standard dilonggarkan sedikit di bahagian dada dan pinggul bagi mengelak menonjolkan bentuk badan kepada mereka yang bukan mahram. SEJARAH PERHIASAN TRADISIONAL MELAYU Orang Melayu membuat perhiasan peribadi daripada emas, perak, tembaga, manik, mutiara, tulang, kayu, dan kulit siput. Ia bukan sahaja menambahkan keceriaan dan kekemasan si pemakai, malah ia juga mungkin menjadi tanda identiti dan budaya sesebuah kumpulan sosial, selain mencerminkan kekayaan, kuasa dan status. Barang kemas dipakai pada kepala, telinga, leher, pinggang, tangan, dan kaki wanita atau lelaki. Cucuk Sanggul adalah sejenis jarum rambut tradisional yang digunakan oleh wanita Kelantan untuk mengikat rambut mereka dalam bentuk sanggul atau cekak musang. Cucuk Sanggul biasanya diperbuat daripada emas atau perak dan mempunyai reka bentuk yang indah dan rumit. Istilah \\\"Cucuk Sanggul\\\" juga merujuk kepada teknik menggayakan rambut tradisional yang digunakan oleh wanita Kelantan untuk mencipta sanggul tersebut. Jurusolek akan menggunakan jarum rambut tersebut untuk mengikat rambut dan 131","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menambah hiasan seperti bunga atau manik-manik untuk menyelesaikan gaya tersebut. Cucuk sanggul biasanya dipakai untuk acara istimewa seperti perkahwinan atau acara budaya, dan dianggap sebagai simbol kebudayaan dan identiti tradisional masyarakat Melayu Kelantan. Selain itu, mahkota dan tiara biasanya digunakan dalam acara-acara istimewa di kalangan masyarakat Melayu Kelantan. Penggunaan kedua-dua aksesori ini dapat memberikan sentuhan tradisional dan elegan pada busana pakaian dan gaya rambut. Mahkota atau \\\"Tengkolok\\\" adalah sejenis tudung kepala yang digunakan oleh lelaki Melayu pada acara-acara penting seperti perkahwinan atau acara rasmi. Mahkota biasanya diperbuat daripada kain songket atau kain tenun yang dibalutkan di sekeliling kepala dan dihias dengan manik-manik, sulaman, atau ciri-ciri emas. Mahkota menunjukkan kedudukan dan martabat seseorang lelaki dalam masyarakat Melayu. Di sisi lain, tiara atau \\\"Kemban\\\" adalah aksesori rambut yang digunakan oleh wanita Melayu Kelantan. Tiara biasanya diperbuat daripada logam atau kain songket dan dihiasi dengan manik-manik, mutiara, atau ciri-ciri emas. Tiara digunakan pada acara-acara penting seperti perkahwinan atau majlis pertunangan. Ia memberikan sentuhan tradisional dan elegan pada busana pakaian dan gaya rambut wanita Melayu. Perhiasan telinga wanita tradisional Melayu Kelantan sangat terkenal dengan reka bentuk yang indah dan rumit serta penggunaan bahan-bahan seperti emas, perak, dan berlian yang berkualiti tinggi. Beberapa jenis perhiasan telinga tradisional yang sering dipakai oleh wanita Melayu Kelantan termasuk: 1. Gelang Telinga - Sejenis cincin telinga yang biasanya diperbuat daripada emas atau perak dan dihiasi dengan batu-batu permata seperti berlian, zamrud atau intan. Gelang telinga biasanya dipakai sebagai aksesori yang elegan pada busana pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung atau baju kebaya. 2. Sepit Telinga - Sepit telinga biasanya diperbuat daripada logam atau kain songket dan dihiasi dengan sulaman atau manik-manik. Sepit telinga dipakai dengan cara menjepit pada bahagian atas telinga dan boleh dipakai bersama-sama dengan gelang telinga untuk menambah keindahan pada busana pakaian tradisional Melayu. 3. Anting-Anting - Sejenis anting yang biasanya diperbuat daripada emas atau perak dan dihiasi dengan batu permata. Anting-anting adalah perhiasan telinga yang paling umum dipakai oleh wanita Melayu Kelantan, terutama pada acara-acara istimewa seperti perkahwinan atau majlis rasmi. Kesemua jenis perhiasan telinga tradisional Melayu Kelantan ini adalah sangat berharga dan dianggap sebagai simbol keanggunan dan kehalusan dalam budaya Melayu. Penggunaan perhiasan ini pada busana pakaian tradisional Melayu Kelantan dapat memberikan sentuhan elegan dan memperlihatkan nilai estetika tinggi. Namun, tanpa perhiasan leher, penampilan wanita adalah tidak lengkap. Rantai leher atau \\\"gelang leher\\\" adalah sejenis perhiasan tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Melayu Kelantan. Rantai leher biasanya diperbuat daripada bahan-bahan seperti emas atau perak dan dihiasi dengan manik-manik, sulaman, batu permata, atau ciri-ciri emas. Rantai leher tradisional Melayu Kelantan mempunyai bentuk dan reka bentuk yang khas dan rumit. Terdapat beberapa jenis rantai leher yang biasa dipakai oleh wanita Melayu Kelantan seperti rantai leher panjang dan rantai leher pendek. Rantai leher panjang adalah jenis rantai leher yang beruntai dan biasanya digunakan untuk menampung bebanan atau hiasan tambahan seperti loket emas atau perak. Ia biasanya dikenakan bersama busana pakaian tradisional seperti baju kebaya atau baju 132","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kurung dan seringkali dipakai pada acara-acara istimewa seperti perkahwinan atau majlis pertunangan. Sementara itu, rantai leher pendek adalah sejenis rantai leher yang lebih pendek dan dihias dengan manik-manik, batu permata, atau ciri-ciri emas. Ia biasanya dikenakan sebagai aksesori yang elegan pada busana pakaian tradisional Melayu seperti baju kebaya atau baju kurung dan seringkali dipakai pada acara-acara yang kurang formal seperti majlis makan malam atau pertemuan keluarga. Rantai adalah sejenis perhiasan yang sangat bernilai dan berharga, dan dianggap sebagai simbol keanggunan dan kehalusan dalam budaya Melayu. Penggunaan rantai leher pada busana pakaian tradisional Melayu Kelantan dapat memberikan sentuhan elegan dan memperlihatkan nilai estetika yang tinggi. Selain daripada itu, cincin adalah salah satu jenis perhiasan yang paling popular dan sering dipakai oleh wanita mahupun lelaki tradisional Melayu Kelantan. Ia biasanya diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi seperti emas, perak, atau platinum dan dihiasi dengan manik-manik, sulaman, batu permata atau ciri-ciri emas yang lain. Berikut adalah beberapa jenis cincin yang biasa dipakai. 1. Cincin Berlian - Cincin berlian adalah cincin yang dihiasi dengan berlian berkualiti tinggi. Cincin ini biasanya digunakan pada acara-acara yang formal seperti perkahwinan atau majlis rasmi. 2. Cincin Intan - Cincin intan biasanya diperbuat daripada emas atau perak dan dihiasi dengan intan berkualiti tinggi. Ia biasanya digunakan sebagai aksesori pada busana pakaian tradisional Melayu seperti baju kebaya atau baju kurung. 3. Cincin Bertatahkan Batu Permata - Cincin bertatahkan batu permata seperti zamrud atau safir juga sangat popular dalam kalangan wanita tradisional Melayu Kelantan. Ia biasanya diperbuat daripada emas atau perak dan dihiasi dengan batu permata berkualiti tinggi. 4. Cincin Emas - Cincin emas biasanya diperbuat daripada emas murni dan dihiasi dengan motif atau sulaman yang indah dan rumit. Ia sering dipakai sebagai aksesori pada busana pakaian tradisional Melayu dan juga digunakan pada acara-acara yang formal seperti perkahwinan atau majlis rasmi. Ringkasnya, cincin adalah sejenis perhiasan yang sangat bernilai dan berharga, dan dianggap sebagai simbol keanggunan dan kehalusan dalam budaya Melayu. Penggunaan cincin pada busana pakaian tradisional Melayu Kelantan dapat memberikan sentuhan elegan dan memperlihatkan nilai estetika tinggi. Gelang tangan adalah sejenis perhiasan yang sering dipakai oleh wanita tradisional Melayu Kelantan. Gelang tangan tradisional Melayu Kelantan biasanya terbuat dari bahan- bahan yang berkualitas tinggi seperti emas atau perak dan dihiasi dengan manik-manik, sulaman, batu permata atau ciri-ciri emas lainnya. Berikut adalah beberapa jenis gelang tangan tradisional Melayu Kelantan: 1. Gelang Tangan Berlian - Gelang tangan berlian biasanya terbuat dari emas atau perak dan dihiasi dengan berlian berkualitas tinggi. Gelang ini biasanya digunakan pada acara-acara yang formal seperti perkahwinan atau majlis rasmi. 2. Gelang Tangan Intan - Gelang tangan intan biasanya terbuat dari emas atau perak dan dihiasi dengan intan berkualitas tinggi. Gelang ini biasanya digunakan sebagai aksesori pada busana pakaian tradisional Melayu seperti baju kebaya atau baju kurung. 3. Gelang Tangan Perak - Gelang tangan perak biasanya terbuat dari perak murni dan dihiasi dengan motif atau sulaman yang indah dan rumit. Gelang ini biasanya digunakan 133","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sebagai aksesori pada busana pakaian tradisional Melayu dan juga digunakan pada acara-acara yang formal seperti perkahwinan atau majlis rasmi. 4. Gelang Tangan Manik - Gelang tangan manik biasanya terbuat dari benang atau manik- manik dan dihiasi dengan sulaman yang rumit dan indah. Gelang ini biasanya digunakan pada acara-acara yang kurang formal seperti pertemuan keluarga atau majlis makan malam. Secara keseluruhan, gelang tangan tradisional Melayu Kelantan adalah sejenis perhiasan yang sangat bernilai dan berharga, dan dianggap sebagai simbol keanggunan dan kehalusan dalam budaya Melayu. Penggunaan gelang tangan pada busana pakaian tradisional Melayu Kelantan dapat memberikan sentuhan elegan dan memperlihatkan nilai estetika tinggi. Gelang kaki boleh dipakai pada kaki dan juga tangan. Ia mempunyai bentuk dan ciri- ciri gelang yang dipakai di tangan, tetapi ia tidak dirangkai dengan permata atau loket, tetapi sesetengah orang meletakkan gemercing di dalamnya. Menurut satu pendapat, gelang kaki telah popular sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia dicipta dengan memutar wayar kasar bulat yang kemudiannya diwarnakan atau disalut dengan emas. Selain daripada gelang yang diminta secara individu yang diperbuat daripada emas atau perak, plastik kini digunakan dalam pembuatan gelang kaki. Gelang kaki tradisional atau klasik biasanya dipakai oleh pengantin perempuan dan pengantin lelaki mengikut adat tempatan mereka atau oleh orang istana sepertimana yang dipakai oleh Cik Siti Wan Kembang. Orang Melayu dahulunya menggunakan pelbagai jenis barang kemas, termasuk caping dan kerongsang. Logam seperti emas, perak, tembaga, tembaga kuning dan merah, cangkerang, tenunan songket, atau kayu yang ditempa atau dibentuk seperti daun ara boleh digunakan sebagai hiasan kemaluan untuk kanak-kanak perempuan atau lelaki yang boleh berdiri atau berjalan. Caping disimpul dengan tali berwarna-warni mengikut status dan kedudukan sesebuah keluarga; putih, kuning, merah, hijau, dan ungu adalah untuk DiRaja, manakala hitam untuk bukan Melayu. Motif pada caping seperti bunga tanjong, alas manggis, bunga lawang, bunga cengkih, atau geometri menunjukkan kedudukan sosial pemakai secara tidak langsung. Namun, ia jarang digunakan dalam kehidupan semasa. Ia berbeza dengan kerongsang tradisional, yang masih dipakai sebagai hiasan pakaian. Wanita pernah menggunakan kerongsang emas atau perak untuk melekatkan baju kebaya yang terbuka di hadapan supaya tidak kelihatan. Ia juga merupakan barang kemas yang unik kerana ia mempamerkan keindahan tukang emas yang cemerlang dan luar biasa. Lebih-lebih lagi jika ia dihiasi dengan batu-batu yang cantik dan mungkin digunakan untuk menaikkan seri si pemakai. Kerongsang, sebaliknya, lebih kerap digunakan dan berleluasa pada masa kini, dengan pelbagai bentuk dan gaya pengeluaran. Butang atau butang yang dipakai pada baju lelaki sahaja dan diperbuat daripada emas, perak atau emas dengan hiasan batu permata melakukan tujuan yang sama seperti kerongsang. Pendek kata, peranan barang kemas telah berubah secara dramatik seiring dengan berlalunya masa. Konsep simbol atau kewibawaan seseorang yang diwakili oleh barang kemas yang mereka pakai tidak lagi relevan kerana semua golongan boleh membeli barang kemas yang mencerminkan minat atau trend mereka sendiri. Tetapi satu perkara yang pasti: kecantikan dan keanggunan si pemakai sentiasa terserlah apabila dia menghiasi dirinya dengan barang kemas yang tidak pernah lapuk dihujani dan tidak pernah luntur di tengah panas. 134","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 BUSANA DAN PERHIASAN TRADISIONAL MELAYU KELANTAN Pakaian dan barang kemas Melayu Tradisional Kelantan merujuk kepada pakaian dan aksesori yang biasa dipakai oleh orang Melayu di negeri Kelantan di Malaysia. Pakaian dan permata ini biasanya dipakai untuk majlis rasmi seperti perkahwinan, perayaan rasmi atau upacara keagamaan. Pakaian Melayu tradisional lelaki Kelantan terdiri daripada baju Melayu berwarna gelap dengan sulaman cantik di bahagian depan dan belakang, dipadankan dengan pelikat berwarna cerah. Baju melayu merupakan jenis pakaian tradisional untuk lelaki Melayu yang terdiri dari baju panjang yang dilengkapi dengan kain pelikat. Kain pelikat adalah sejenis kain sarung yang dibungkus di pinggang dan diselipkan ke dalam pinggang baju melayu. Baju melayu biasanya dibuat dari kain sutera atau kapas, dengan warna yang lembut seperti putih, krem, dan biru. Sementara itu, baju kurung atau baju kebaya merupakan pakaian tradisional untuk perempuan Melayu. Baju kurung terdiri dari baju panjang yang dipadukan dengan kain sarung atau kain kebaya, sedangkan baju kebaya terdiri dari baju pendek yang dipadukan dengan kain sarung atau kain kebaya. Kain sarung yang dipakai oleh perempuan Melayu Kelantan biasanya berwarna-warni dan dihiasi dengan motif songket yang rumit. Baju kurung juga ada yang diperbuat daripada songket atau tenunan benang emas dan dipadankan dengan tudung dan aksesori seperti gelang dan rantai. Tudung atau selendang adalah aksesoris yang dipakai oleh perempuan Melayu Kelantan untuk menutupi rambut dan dada. Tudung biasanya terbuat dari kain yang sama dengan baju kurung atau kebaya dan dihiasi dengan sulaman atau rajutan yang rumit. Barang kemas tradisional Melayu Kelantan selalunya dibina daripada emas, perak, mutiara dan batu permata. Ini kerana bahan-bahan tersebut merupakan simbol kemewahan, kekayaan, dan keindahan dalam budaya Melayu. Selain itu, penggunaan barang kemas tradisional Melayu Kelantan juga menggambarkan status sosial dan kelas sosial seseorang. Emas dan perak adalah logam yang paling sering digunakan untuk membuat barang kemas tradisional Melayu Kelantan. Kedua-duanya dianggap sebagai logam yang bernilai tinggi dan boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Selain itu, emas dan perak juga mudah dibentuk dan dihiasi dengan sulaman, ukiran, atau batu permata. Mutiara juga merupakan bahan kemas tradisional Melayu Kelantan yang digunakan untuk membuat rantai, gelang, anting-anting, dan cincin. Mutiara dianggap sebagai permata yang indah dan unik serta mempunyai nilai yang tinggi. Penggunaan mutiara pada barang kemas tradisional Melayu Kelantan juga menggambarkan kehalusan dan keanggunan. Batu permata seperti intan, zamrud, dan safir juga sering digunakan untuk membuat barang kemas tradisional Melayu Kelantan. Batu permata dianggap sebagai simbol kekuatan, keberuntungan, dan keindahan. Selain itu, batu permata juga dihiasi dengan sulaman, ukiran, atau emas dan perak untuk meningkatkan nilai estetik. Satu gaya barang kemas yang popular ialah kalung \\\"cincin\\\", yang terdiri daripada rantai emas dan hujungnya dihiasi dengan mutiara. Kalung \\\"cincin\\\" adalah salah satu gaya barang kemas yang popular di kalangan suku Melayu di Malaysia, termasuk di Kelantan. Kalung ini terdiri daripada rantai emas dan hujungnya dihiasi dengan mutiara. Gaya kalung \\\"cincin\\\" ini biasanya terdiri daripada beberapa rantai emas yang terhubung bersama, dengan hujungnya berakhir dengan gumpalan mutiara yang besar dan menonjol. Ukuran dan warna mutiara dapat bervariasi, bergantung pada selera pengguna. Kalung \\\"cincin\\\" ini sering dipakai sebagai aksesori pada acara-acara khas seperti perkahwinan, majlis 135","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 keramaian, atau pada waktu yang istimewa. Kalung ini juga dapat menjadi hadiah yang sangat dihargai oleh keluarga atau teman. Penggunaan kalung \\\"cincin\\\" dalam busana tradisional Melayu Kelantan menunjukkan keanggunan dan kehalusan, serta menunjukkan status sosial yang tinggi dan kekayaan. Selain itu, kalung \\\"cincin\\\" juga memperlihatkan keindahan mutiara dan emas yang dihasilkan oleh seniman tempatan, dengan menggunakan kemahiran tangan yang tinggi dalam menghasilkan barang kemas tradisional yang unik dan indah. Selain itu, \\\"cincin kerongsang\\\" (cincin yang diselitkan pada kain baju kurung) dan \\\"sulam tepak sirih\\\" (sulaman emas pada pelikat lelaki) merupakan penanda budaya utama di Kelantan. Cincin kerongsang terdiri daripada cincin kecil yang dipadatkan dengan benang kasar, yang kemudian diselitkan pada bahagian atas kain baju kurung. Cincin kerongsang biasanya terbuat dari emas atau perak, dan sering dihiasi dengan batu permata atau intan kecil. Bentuk cincin kerongsang juga bervariasi, dari yang sederhana hingga yang lebih rumit dan berseni. Cincin kerongsang yang lebih rumit biasanya dihasilkan oleh tukang kraftangan yang berpengalaman dan berbakat. Penggunaan cincin kerongsang pada baju kurung biasanya digunakan oleh wanita pada acara-acara khas seperti perkahwinan, majlis keramaian, dan acara resmi lainnya. Cincin kerongsang memberikan sentuhan yang klasik dan tradisional pada baju kurung, serta menambah keindahan dan keanggunan busana tersebut. Selain itu, cincin kerongsang juga menunjukkan status sosial dan kekayaan pemakainya, karena bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cincin tersebut biasanya mahal. \\\"Sulam tepak sirih\\\" adalah teknik sulaman tradisional yang terdapat pada pelikat lelaki di Malaysia, terutama di Kelantan. Sulaman ini biasanya dibuat dengan menggunakan benang emas atau perak yang dijahit pada kain pelikat dengan mengikuti pola geometri atau bentuk-bentuk organik seperti daun sirih, buah-buahan atau bunga. Tepak sirih merujuk kepada pola sulaman yang menyerupai cawan sirih, di mana sulaman tersebut membentuk susunan empat persegi. Sulaman tepak sirih pada pelikat lelaki umumnya diletakkan di bahagian bawah kain pelikat, mengelilingi kain pelikat sepenuhnya atau sebahagian sahaja. Sulaman tepak sirih pada pelikat lelaki dihasilkan melalui proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi dalam menjahit benang emas atau perak pada kain pelikat. Sulaman ini dapat dihasilkan dengan berbagai corak dan warna, mengikut selera pengguna. Selain itu, sulaman tepak sirih juga dapat dihiasi dengan mutiara, batu permata atau intan untuk memberikan kesan yang lebih glamor dan mewah. Penggunaan sulaman tepak sirih pada pelikat lelaki menunjukkan kehalusan, keanggunan, dan keindahan budaya tradisional Melayu, serta menunjukkan status sosial dan kekayaan pemakainya. Pelikat yang dihiasi dengan sulaman tepak sirih sering dipakai pada acara-acara khas seperti perkahwinan, majlis keramaian, dan acara resmi lainnya. Pelikat lelaki yang dihiasi dengan sulaman tepak sirih dapat menjadi hadiah yang sangat dihargai oleh keluarga atau teman. Pakaian dan barang kemas tradisional Melayu Kelantan mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang agak besar, dan ia memainkan peranan penting dalam populasi Melayu di negeri ini. Pada masa kini, pakaian dan barang kemas ini masih dihargai dan digunakan oleh masyarakat Kelantan, malah ia juga menjadi tarikan pelancong yang ingin merasai budaya Melayu sebenar. 136","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Abidin, S.S.Z. and Ismail, M.N., 2018. Busana Muslimah Menurut Perspektif Al-Quran dan Al-Hadith. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 1(2), pp.60-71. Aziz, Azah. Rupa & Gaya Busana Melayu. Penerbit UKM. 2006. Bin Abd Aziz, K.. 2019. Rekabentuk Cucuk Sanggul Di Dalam Konteks Sosio Budaya Melayu. Creative Technology & Heritage (ICCTH2019). pp. 90. Eriningsih, R., Mutia, T., & Sjaifudin, A.. 2012. Benang Gelatin\/ Alginat Sebagai Bahan Baku Kain Kasa. Arena Tekstil, 27 (2). Hamidi, M. dan Yunelly Asra, 2019. Busana Baju Kurung Melayu Kelantan Kekinian Mendukung Ekonomi dan Industri Kreatif. Seminar Nasional Industri dan Teknologi (SNIT), Oktober 2019. hlm. 309-315. Hanisa Hassan, 2016. A Study on the Development of Baju Kurung Design in the Context of Cultural Changes in Modern Malaysia. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 15, hlm. 63- 94. Hussin, H., 2004. Orang Melayu Kelantan Dari Sudut Budaya Dan Perspektif Sejarah Lampau. Jebat. 31. pp.15-38. Ismail, A. and Hassan, A., 2012. Keindahan Dalam Reka Bentuk Motif Seni Hiasan Fabrik Tradisional Melayu: Satu Analisa Formalistik. pp. 1-7. Ismail, S.Z., 2009. Konsep Adat Pakaian Cara Melayu Sentuhan Tenunan Dalam Busana Melayu'. Kesinambungan Tradisi Dan Budaya: Prosiding. pp. 13. Ismail, N., Yusuff, N.A. and Che Daud, B., 2019. Melestarikan elemen Melayu Islam dalam fesyen pakaian masyarakat Melayu. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities. 2(1). pp.74-84. Mahamood M., Md. Zain D., Abd Aziz M., Hassan O., Abidin S. (eds) Proceedings of the Art and Design International Conference (AnDIC 2016). Springer, Singapore. Majid, M.A. and Ab Rahman, N., 2022. Motif Flora dan Fauna dalam Sulaman Kelingkan Kelantan Berdasarkan Pendekatan Estetika Seni Melayu. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 15(1). pp.117-136. Malay Heritage Centre Istana Kampong Gelam. 2020. Craft-Efact! Create Your Own Kerongsang. Heritage Resource for Teachers, Parents & Caregivers. Singapura Matzis Jusdi. 2016. Pending Diraja @ Pameran Raja Kita. Di pautan http:\/\/matzisphotography.blogspot.com\/2016\/05\/pending-diraja.html Mejar Datok Haji Muhamad Said bin Haji Sulaiman, 1931. Pakai Patut Melayu. Mathba\u2019ah al-Athas. Johor Baharu. Misnah. 2014. Perhiasan Diri Masyarakat Melayu. Di pautan http:\/\/cikgumisnah.blogspot.com\/2014\/11\/perhiasan-diri-masyarakat-melayu.html Mohamad Ba\u2019ai, N., Khairi, H. and Ahmad, H., 2015. Apresiasi Barang Kemas Tradisional Melayu: Satu Kajian Mengenai Budaya Bahan. pp. 672-687. Mustapha, A., 2017. Alat Perhiasan Mahsuri: Dokoh, Cucuk Sanggul Dan Mahkota. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT). 5(2). pp.85-93. Norzalina. 2020. \u201cPakai Rantai Emas Gajah ke, Pulut Dakap ke, Gelang Boba ke, Tapi Bila Memasak\u2026 Tolonglah Buka!\u201d. Nona. Di pautan https:\/\/www.nona.my\/pakai-rantai-emas- gajah-ke-pulut-dakap-ke-gelang-boba-ke-tapi-bila-memasak-tolonglah-buka\/ Ramli Raman. 2011. Caping: Penutup Aib Kanak-Kanak Masa Lalu. Bangsa Agong. Di pautan http:\/\/kemuningwarisan.blogspot.com\/2011\/09\/caping-penutup-aib-kanak2-masa- lalu.html Rokiah Ismail. 2003. Fesyen Pakaian Remaja: Mengapa Perlu \u2018Ranggi\u2019. Pembentangan kertas di Prosiding Persidangan Kebangsaan, UKM Bangi. Sajar, N., Aziz, A.A., Aris, A.. 2018. Malay Bengkung: Traditional to Contemporary Design. Di dalam: Anwar R., Mahamood M., Md. Zain D., Abd Aziz M., Hassan O., Abidin S. (eds) 137","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Proceedings of the Art and Design International Conference (AnDIC 2016). Springer, Singapore. Saidatul Abdullah. 2020. Ini Senarai 30 Jenis dan Nama Gelang Emas yang Mungkin Encik Suami Belum Tahu. Di pautan https:\/\/www.yoy.my\/ini-senarai-30-jenis-dan-nama-gelang- emas-yang-mungkin-cik-suami-belum-tahu\/ Shamsuddin, R., Abdull Manan, E., Abdul Manan, M.M., Raja Mohd Yusof, R.N. and A Aziz, A., 2022. Kerongsang Tok-Inspirasi Terkini Rekaan Warisan Melayu. pp. 66-76. Siti Aisyah Amilin, B.H., & Muammar Ghadafi, B.H.. 2018. Teknologi Pemprosesan Batik Melayu di Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana. Vol. 2(2). pp. 1-8. Siti Zainon Ismail. (2006) Pakaian Cara Melayu. Bangi: Penerbit UKM. Siti Zainon Ismail (Dr.). 2009. Konsep Adat Pakaian Cara Melayu Sentuhan Tenunan Dalam Busana Melayu. Kertas Kerja Ucap Utama sempena Seminar Tekstil Antarabangsa Tenunan Nusantara: Identiti dan Kesinambungan Budaya. Kuantan, Pahang. Syed Alwi Sheikh, Al-Hadi. 1986. Adat Resam Dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff, & Ahmad Arifin Sapar. (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol.1 (1). Yassin Sulaiman Aap. 2019. Info Caping. Informasi Berita Pengetahuan Sejarah Tokoh Pahlawan Agama Politik Adat Resam & Kebudayaan. Di pautan https:\/\/akuanakpahang.blogspot.com\/2019\/11\/info-caping.html Zaitie Satibi. 2019. Aura, Pesona Barang Kemas. Harian Metro. Di pautan https:\/\/www.hmetro.com.my\/nuansa\/2019\/09\/495441\/aura-pesona-barang-kemas Zubaidah Sual, 2000. The Malay Costumes. Dalam K.M. Chavalit & M. Phromsuthirak (Eds.). Costumes in Asean. Bangkok. The National ASEAN Committee on Culture and Information of Thailand. hlm. 101. 138","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 AMALAN PENGGUNAAN HALIA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG NETING, TUMPAT, KELANTAN Mohd Affiq Affandy Azlizan & Yusmilayati Yunos Pusat Kajian Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Halia merupakan tumbuhan herba yang tidak terhad fungsinya dalam resepi masakan dalam kalangan masyarakat Melayu malahan mempunyai fungsi yang meluas dalam dunia perubatan tradisional Melayu. Masyarakat Melayu di Kampung Neting, Tumpat, Kelantan kini masih menggunakan halia untuk merawat penyakit sebagai alternatif kepada rawatan perubatan moden. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti jenis penyakit masyarakat Melayu di Kampung Neting, Tumpat Kelantan berdasarkan Etiologi Penyakit dan Keuzuran yang dirawat menggunakan halia dan menjelaskan penggunaan halia untuk merawat penyakit yang disenaraikan. Kajian lapangan melalui temu bual separa struktur dijalankan bersama tiga orang pengamal perubatan tradisional Melayu di Kampung Neting bagi tujuan pengumpulan data. Data-data ini disokong dengan data daripada kajian kepustakaan. Dapatan penulisan ini ialah halia digunakan oleh masyarakat Melayu di Kampung Neting untuk merawat penyakit jasmani yang terbahagi kepada dua iaitu penyakit dalaman dan luaran. Penyakit dalaman yang dirawat menggunakan halia oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut ialah selesema, demam dan cirit-birit. Penggunaan halia untuk merawat menyakit luaran meliputi luka, gigitan serangga dan kudis. Kaedah penggunaan halia untuk merawat penyakit dalaman seperti selesema, demam dan cirit-birit adalah menerusi kaedah minum, hirup dan sapu. Kaedah sapuan dan mandian digunakan untuk merawat penyakit luaran seperti merawat luka, gigitan serangga dan kudis pada badan. Justeru, dapatan penulisan ini mampu memberikan pengetahuan semasa berkenaan fungsi halia untuk merawat penyakit kepada generasi masa ini di samping mengetengahkan amalan perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu. Kata Kunci: Herba, halia, perubatan tradisional Melayu, penyakit luaran, penyakit dalaman 139"]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook