["PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Abd. Khahar bin Saprani, Hapsah binti Majid, Zanariah binti Ibrahim, & Lokman bin Abd Wahid. (2018). Pedagogi terbeza: Keadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 11, 1\u201317. Danial Arif (2020) Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3 ISSN: 2180-4842. Vol. 10, Bil. 2 (Nov. 2020): 29-42 Halida Jawan1 dan Zamri Mahamod (2021). Kaedah Dan Cabaran Pengajaran Terbeza Dalam Meningkatkan Penguasaan Membina Ayat Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 67-77, 2021 http:\/\/myjms.mohe.gov.my\/index.php\/jdpd Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia. Roa\u2019ani Mohamed dan Nor Rul Azlifah Zulkafali. (2019). Keberkesanan Pendekatan Pedagogi Terbeza (PPT) dalam PdPc Bahasa Melayu Kelas Peralihan: Satu Kajian Tindakan di Sebuah Sekolah di Kuantan. Online Journal of Sciences and Management Research 2600-738X, 68-86. 40","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 SEJARAH PELABUHAN DI KELANTAN; GRAFIKAL DAN POTRET KENANGAN Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff, Dr. Mustafa Ahmad dan Datuk Dr. Sabirin Ja\u2019afar ABSTRAK Pembangunan sektor ekonomi maritim perlu melihat cermin sisi belakang (sejarah) agar kejayaan usaha masa hadapan lebih terjamin, berkesinambungan dengan usaha yang dilaksanakan sebelumnya. Kertas ini berusaha mengenengahkan sejarah pelabuhan- pelabuhan di Kelantan. Metod pengumpulan berdasarkan data dokumentasi manakala analisis dilakukan secara diskriptif dengan dikepilkan potret lama serta peta grafik. Ternyata pelabuhan di sekitar negeri Kelantan telah lama wujud dengan pembuktian sejarah dan bentuk muka buminya yang strategik. Kerajaan-kerajaan lama yang wujud sekitar bumi Kelantan sememangnya menjadikan jalan air dan jalan laut sebagai laluan perdagangan dan perhubungan. Justeru usaha membongkar sejarah dan potensi pelabuhan di kelantan perlu menjadi keutamaan negara. Kata Kunci: pengangkutan air, kerajaan maritim, artifak Kelantan. 41","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGENALAN Sejarah pelabuhan di Kelantan penting dalam menonjolkan peranan dan sumbangan betapa berpotensinya Kelantan. Kelantan menyimpan khazanah sejarah yang menarik. Justeru, ia perlu diketengahkan. Sebelum ini penulisan dan laporan berkaitan aktiviti pengangkutan air khususnya pelabuhan ada diketengahkan, namun ditulis secara tidak langsung dan terpisah. OBJEKTIF DAN JUSTIFIKASI Kertas ini bertujuan mengetengahkan sejarah pelabuhan Kelantan bagi menjamin keyakinan fakta. Ia mampu menjadi aset pemangkin pembangunan pengangkutan air di Malaysia. Kertas ilmiah ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan sejarah sebagai penyumbang kerancakkan industri pengangkutan tempatan dan antarabangsa. Ia juga adalah usaha mendokumentasikan sejarah pelabuhan dalam konteks sosial, ekonomi dan politik pentabiran di Kelantan serta membuat salinan berasaskan tema- tema sejarah untuk tindakan seterusnya. Diharapkan bahan sejarah yang dirakam dalam penulisan boleh dimanipulasi bagi pelbagai maksud khususnya perancangan industri pengangkutan laut dan sungai. Justifikasi penulisan ini ialah sumber sejarah ini boleh dijadikan sebab untuk menarik projek mega mewujudkan pelabuhan antarabangsa di Kelantan. Selama ini sejarah pelabuhan di Kelantan mungkin menjadi sembang penglipur lara, jika tidak dipaksikan kepada sumber atau fakta yang sahih di samping memperbanyakkan karya-karya sejarah . METODOLOGI Projek ini hanya pengumpulan bahan dokumentasi yang bersifat kerangka teori dan landasan kajian awal untuk meneroka lagi sejarah Tumpat pada fasa berikutnya. Ia juga bersifat historical pictorial dan historiographic. Metod kajian masih bersifat dokumentasi penulisan sejarah dengan mengambilkira Literature Review. Penghasilan penulisan sejarah pelabuhan di Kelantan ini berasaskan perspektif lokal, sarjana Barat\/orientalis dan laporan kerajaan memerintah. Fasa ini melihat skop masa yang awal. LATAR SEJARAH PELABUHAN DI TANAH MELAYU Pelabuhan dan jeti telah menjadi tempat urusan perdagangan sejak zaman mesolitik dan neolitik lagi di Tanah Melayu. Aktiviti perdagangan di nusantara ini wujud sejak zaman pra sejarah lagi iaitu 8000 tahun sebelum masehi dan mulai aktif 5000 tahun kebelakang. Fakta ini berdasarkan penemuan peninggalan sejarah sejak lebih 170 tahun dahulu. Pada era neolitik, urusan perdagangan melibatkan sistem barter\/pertukaran barangan. Barangan hutan seperti rotan, damar dan madu ditukarkan dengan hasil laut dan peralatan dapur, seperti tembikar daripada tanah liat dibakar berkaki tiga daripada Thailand. Bukti arkeologi lain yang diperolehi melihat kepada artifek kulit siput jenis marin yang ditukarkan dengan barangan hutan seperti rotan, damar Tembikar tanah dan lain-lain. Kelebihan orang melayu membina perahu dan kapal untuk belayar. (https:\/\/pp- sk.blogspot.com\/) Perlu dinyatakan juga berkaitan aktiviti nelayan. Kegiatan menangkap hasil laut merupakan kegiatan ekonomi penting masyarakat Tanah Melayu. Kebudayaan kelautan\/maritim merupakan salah satu ciri penting peradaban Melayu. Pekerjaan sebagai 42","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 nelayan laut dalam sudah lama dipelopori masyarakat Melayu. Buktinya penemuan artifak sebanyak 38 ribu tulang ikan dan mata kail yang berusia 42,000 tahun di Gua Jerimalai, Timur Laste oleh arkeologi Univerisiti Kebangsaan Australia. (Mohd Rohaizat dkk, 2017 Warisan Kelantan vol.36) Untuk itu, kepentingan pelabuhan terus bertahan sehingga zaman Logam (500SM) dengan penemuan barangan seperti gendang moko (Indonesia) di tapak arkeologi pelabuhan lama Semenanjung Tanah Melayu. Pada zaman logam juga teknologi pembinaan perahu dan layar tahan lasak berlaku menyebabkan aktiviti pelayaran laut dalam dan jauh dari pesisir pantai. (Nik Hassan Shuhaimi, 2018) Pada abad awal masihi, Aktiviti di pelabuhan dan pelayaran laut dalam bergantung pada angin monsun yang bertukar haluan setiap enam bulan. Justeru, Perdagangan maritim melibatkan para pedagang yang berlabuh di pelabuhan daripada tanah besar China di Timur dan India dan Timur Tengah di Barat. Tanah Melayu berperanan penting kerana kedudukannya yang strategik. Antara tapak terpenting ialah Lembah Bujang di Kedah, Pulau Tioman di Pahang, dan Kuala Berang di Terengganu. Barang dagangan utama yang ditemui seperti gendang dan loceng gangsa, tembikar, seramik China dari zaman Tang dan Song, artifak kaca dari Timur Tengah dan manik-manik dari India. Bahan dagangan tempatan ialah kayu-kayu wangi seperti gaharu, damar dan rempah ratus. (Adi Taha, Tamadun PraSejarah Malaysia, 2011) Pada abad pertama hingga 6 Masihi, kerajaan yang memiliki pelabuhan entreport di Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di persisir pantai atau muara sungai telah wujud. Sungai dan laut adalah alat pengangkutan tertua. Sungai dijadikan alat perhubungan utama dan pengangkutan hasil hutan dan balak. Antara kerajaan maritim dan agraria awal seperti kerajaan Chih Tu (Kelantan), Kedah Tua (Kedah), Gangga Negara (Perak), Tan Tan (Terangganu dan Kelantan) dan Langkasuka. Antara pelabuhan purba seperti Pelabuhan Kota Selinsing (Perak), Sungai Emas dan Pengkalan Bujang (Kedah) dan Jenderam Hilir, Selangor. (Nik Mahmud, 1934). SEJARAH PELABUHAN DI KELANTAN Di Kelantan, perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Proto Melayu, Deutro Melayu atau melayu melalui proses evolusi budaya. Perdagangan zaman neolitik adalah secara agraria. Namun bermula zaman logam, perdagangan maritim berlaku dengan kewujudan kapal layar yang melahirkan kerajaan awal di kawasan pesisir pantai dan ada juga kawasan muara sungai kawasan pedalaman. Berdasarkan penemuan artifak di Gua Cha dalam eskavasi yang diketuai G. De G. Sieveking (1954), begitu juga Gua Madu dan Gua Musang menunjukkan pada zaman neolitik sudah ada pergerakan kependudukan. Hala perdagangan ialah dari pedalaman ke pesisir, pedalaman ke pedalaman dan pesisir ke pedalaman. Ia berlaku lebih kurang 10,000 tahun dahulu. Kulit siput pantai ditukar dengan barangan hutan seperti rotan, kulit kayu dan alatan batu. Aktiviti pertukaran barang sudah berlaku 3000 SM (5,000 tahun dahulu). Semua ini melibatkan kewujudan jeti dan pelabuhan muara sungai (Nik Hassan Shuhaimi, 2018). Beberapa kerajaan awal di Kelantan yang menyumbang kepada aktiviti di pelabuhan berkaitan pengangkutan dan perhubungan sungai dan laut adalah sebagaimana berikut: 43","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1. Kerajaan Chih Tu Kerajaan Chih Tu (Tanah Merah) antara kerajaan pra sejarah di Kelantan yang dipercayai wujud sejak abad ke 2M lagi. Kerajaan ini boleh dikategorikan kerajaan maritim dan agraria kerana ia berada di kawasan pedalaman, namun merupakan kerajaan entreport yang terletak di muara sungai. Dikatakan bahawa kerajaan Chih Tu wujud sezaman dengannya Kerajaan Funan yang gemilang pada abad ke 2-6 M berdasarkan hubungan dagang dan diplomatik. Catatan Chi Tu Guo Ji menyatakan tempoh perjalanan menuju ke hulu sungai ialah sebulan\/sepurnama (Bukti saintifik berdasarkan sumber China Chi tu Gou Ji pada abad ke 7M). Kenyataan ini dibuktikan dengan inskripsi Buddhagupta dari Lembah Bujang yang menceritakan pelayaran Buddhagupta di Tanah Merah, Kelantan. Pentarikhan inskripsi ini ialah pada abad ke 6M berdasarkan aksaranya. (Zuliskandar dan Nik Hassan Suhaimi, Zaman Proto sejarah di Malaysia satu pengenalan, ATMA, 2012) Dua orang utusan Maharaja China K\u2019ang Tai dan Zhu Ying ke Funan dan menyebutkan beberapa kerajaan yang ada. Catatan Liang shu ada menyebut tentang lokasi Chih Tu dalam laluan ke Poli. Begitu juga dengan rombongan Maharaja Sui, dengan mengambilkira faktor bahan dagangan, emas dan hasil hutan. (Wheatley,P. 1961) 2. Kerajaan Pan Pan Kerajaan ini wujud sekitar kurun ke 3M hingga 7M dan terletak di sekitar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu. Ia juga ada kaitan dengan Kerajaan Patani. Kerajaan Maritim ini menggunakan jalan laut dan perairan sungai sebagai penghubung jalan perdagangan. (Munoz, Paul Michel 2006) Kerajaan ini pernah ditakluk oleh empayar Srivijaya di bawah pemerintahan Dharmasetu sebelum 775M. Sepanjang tarikh 424 hingga 453, rajanya menghantar perutusan ke China. Kerajaan ini turut ada hubungan dengan kerajaan Funan, kuasa besar teluk Siam ketika itu Hall, D.G.E. (1981). Sepanjang kurun ke 6M, Kerajaan Pan Pan telah menghantar ufti ke China (Dinasti Chen) Manakala pada kurun ke-7M Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke Dinasti Tang. 3. Kerajaan Langkasuka Kerajaan Langkasuka terletak di pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora dan Kelantan itu, lokasi asal kerajaan Patani abad kedua. Sekitar tahun 1267\u2013 1339, Raja Sang Tawal, Raja Langkasuka, anak sulung Raja Sankranta dikalahkan oleh Siam pada 1295 dan melarikan diri ke Ligor. Selepas kehilangan Singgora, beliau menetap di Kelantan dan membina bandar baru di sana. 4. Kerajaan Tan Tan Tan Tan negeri yang makmur dan kaya sekitar awal abad ke 6M. Kondisi ini menarik perhatian pedagang China untuk singgah. Pemerintah (Sha Li) kerajaan ini yang tersohornya ialah Shih Ling Chia. Tan Tan ini terdapat dalam rekod China semasa pemerintahan Dinasti Sui. Pedagang dari China pernah berdagang ke Pengkalan China, Tumpat untuk menjual sutera dan rempah ratus. Merujuk kepada pengkajian, dua pendapat berkaitan lokasi kerajaan ini, satunya berpengkalan di sempadan Kelantan Terengganu iaitu Besut dan satu lagi Tendong, Pasir Mas. Walau apapun, boleh dinyatakan kerajaan ini merentangi sepanjang pantai Kelantan. 44","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 5. Kerajaan Chermin Dinasti Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Champa di Vietnam sepanjang tahun 1339-1579. Ia juga disebut kerajaan Jembal, memerintah di Hilir Kelantan yang diasaskan oleh keturunan raja Champa. Negeri Champa dari kurun ke 14 hingga kurun ke 19 berperang menentang penjajahan Vietnam (dinasti Nguyen) dari utara. Ramai penduduk Champa berundur ke Kelantan negara mereka jatuh ke tangan Vietnam. (https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Sejarah_Kelantan) Peta grafik menunjukkan kawasan pendaratan dan pelabuhan sepanjang wilayah Kelantan amnya. Sebetulnya, masih terdapat beberapa kerajaan yang bermukim di Kelantan yang tidak diperincikan dalam laporan ini sepeti seperti kerajaan Jembal, Reman, Ligor dll. Penulis mengfokuskan terus kepada Kesultanan Kelantan Keturunan Long Yunus (1762 hingga kini). PELABUHAN ERA AWAL KESULTANAN KELANTAN HINGGA PASCA MERDEKA Pusat pemerintahan kerajaan Kelantan telah dimajukan oleh Sultan Muhammad II. Baginda membina tapak pelabuhan bagi memudahkan urusan dagang. Pelabuhan berperanan dalam hubungan perdagangan. Justeru, Pangkalan Galoh yang bermaksud Pangkalan Permata diperkukuhkan binaannya di Sungai Kelantan agar menjadi pelabuhan utama kerajaan Kelantan. Antara kerajaan yang berdagang dgn kerajaan Kelantan ialah kerajaan Johor dan Melaka. https:\/\/quizlet.com\/501704920\/sejarah-form-2-bab-8-flash-cards\/ Beberapa fakta sejarah yang ada kaitan dengan pelabuhan dan harapan pembangunannya adalah sebagaimana berikut: 1. Kisah Pelayaran Abdullah Munshi dan Puteri Saadong Kedua-dua kisah ini menggambarkan operasi jeti dan pelabuhan di Bachok. Dalam Hikayat Pelayaran Abdullah Ke Kelantan, beliau 45","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menyatakan telah singgah di Bachok melalui bertemu dengan seorang raja yang memerintah. Dipercayai bahawa raja tersebut ialah Long Yusoff, putera kepada Sultan Mohammad 1 (1830-an) yang memerintah kawasan Bukit Panchor yang terletak di Daerah Penggawa Gunong sekarang. Di Kelantan. Kisah ini diterbitkan pada 1838 di Singapura. Manakala kepulangan Puteri Saadong dengan menaiki kapal laut Siam yang paling ampuh adalah melalui pelabuhan Pantai Kemeyang, Bachok. Kisah Puteri Saadong yang pulang dari Siam melalui Pantai Kemayan Bachok. Lakaran grafik yang menggambarkan pengkalan Pantai Kemayan atau Pantai Irama dan Bukit Gunong. Sumber: https:\/\/palimol.blogspot.com\/2011\/03\/bachok-kelantan.html 2. Pra Dan Pasca Perjanjian Bangkok Atau Anglo-Siamese Treaty (1902 Dan 1909). Merujuk kepada kandungan Perjanjian Inggeris-Kelantan 1910, isu pengangkutan yang disentuh hanya berkaitan landasan keretapi. Namun landasan keretapi ada kaitan dengan pelabuhan pengangkutan laut dan lapangan terbang. Sila lihat Lampiran yang disediakan berkaitan Perjanjian Inggeris Kelantan 1910 (Azman bin Mohd Zain, 2001). Buktinya apabila Inggeris dan Siam menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan air untuk kepentingan ekonomi mereka. Peta grafik menunjukkan penempatan masyarakat sekitar awal 1900-an. Sumber: Graham, W.A. , 1908) Kependudukan masyarakat Kelantan ini mempengaruhi strategi ekonomi dan jalinan pengangkutan laut dan darat. 46","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 3. Catatan Sir Raymond Fitrh dan isteri, Clive Samuel Kessler dan W.E Pepys Dalam dunia antropologi, Raymond Firth telah mengkaji dan menghasilkan karya bertajuk \u201cEkonomi Nelayan Melayu\u201d. Beliau tinggal di Kampung Perupok sebelum Perang Dunia Kedua dan pada tahun 1960-an. Raymond Firth, seorang agen Kerajaan Kolonial British telah menyatakan bahawa \u201cDaerah Perupok tidak akan maju buat selama-lamanya. Rosemary Firth, isteri kepada Raymond Firth pula menghasilkan karya bertajuk \u201cEkonomi Rumah Tangga Melayu\u201d dalam kajiannya yang dilakukan di Daerah Perupok. Buku yang ditulis oleh Sir Raymond Fitrh dan isteri berkaitan dengan kajian di Pantai Perupok pada masa pra dan pasca Perang Dunia Kedua serta Clive Samuel Kessler di Jelawat akan dijadikan sumber pengumpulan maklumat. Beliau juga mengharapkan satu hari Bachok dan pantai di Kelantan akan diletakkan sebaris dengan Bandar Pelabuhan lain di dunia. Gambar menunjukkan penggunaan perahu layar dan keadaan pesisir pantai Kelantan, Julai 1941. Sumber: https:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/File:Bachok_Beach.jpg 4. Institusi Islam menyumbang kepada Perkembangan Pelabuhan Di Kelantan\\\\ Perlu diketahui bahawa perkembangan pelabuhan di Kelantan turut berkait rapat dengan perkembangan Islam. Kelantan terkenal dalam perkembangan Islam sejak abad ke 12 M lagi di nusantara ini. Sekitar 1181M, urusniaga adalah menggunakan mata wang logam dinar dalam urusan perdagangan. Perkembangan ini mewujudkan sistem hubungan perjalan pencari ilmu serata nusantara. Buktinya pada 1912, sejenis duit atau wang emas telah dijumpai di Kubang Labu iaitu Bekas ibu negeri Kelantan yang terletak di tebing barat Sungai Kelantan berhadapan dengan bandar Kota Bharu sekarang (Ismail bin Awang, 1986). Di sebelah muka duit itu ditulis \u2018al-Mutawakkil cala-Allah\u2019 yang bererti berserah diri kepada Allah s.w.t. Sebelahnya lagi di tulis \u2018al-Julus Kelantan\u2019 yang bererti kerajaan Kelantan dan di atas tulisan itu terdapat tulisan \u2018ovv\u2019 yang membawa maksud 577H iaitu bersamaan 1180M (Nik Mahmud bin Ismail, 1925\/1926). (Nik Mohd bin Nik Mohd Salleh, 1985). 5. Perlombongan dan perdagangan Emas Selain institusi Islam, emas turut menjadi penyumbang yang menarik 47","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dagangan kerajaan Kelantan. Perlombongan emas sudah berlansung seawal kesultanan Kelantan lagi. Galian emas di Kelantan masih menjadi khazanah bernilai negeri. Gambar menunjukkan aktiviti perlombongan emas di Kelantan. Sumber : London News 27 September 1902 SEJARAH PELABUHAN UTAMA DI KELANTAN a. Pelabuhan Kastam dan Pelabuhan Palekbang, Kota Bharu Pusat bandar Kota Bharu yang berada di pinggir sungai Kelantan amat bergantung kepada pengangkutan air. Sepanjang sungai Kelantan, wujud banyak pengkalan jeti kecilan untuk sampan perahu berlabuh. Gambar lama Pelabuhan Palekbang dan Pelabuhan Kastam. Sumber: PPSK. Pelabuhan utama pada awal 1900-an ialah Pelabuhan Kastam dan Pelabuhan Palekbang. Kedua-duanya berkedudukan berhadapan sebelah tebing timur dan barat sungai Kelantan. Ini bermaksud, pelabuhan Kastam berada sebelah timur dalam jajahan Kota Bharu dan Pelabuhan Palekbang di sebelah barat bawah jajahan Tumpat kini. Jeti Kastam Kota Bharu.sumber PPSK http:\/\/pp- sk.blogspot.com\/ Wujud juga di muara sungai Kelantan tersebut ialah Tambatan diraja. https:\/\/www.flickr.com\/photos\/152300220@N02\/37548657330 48","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pelabuhan Palekbang adalah Pelabuhan termaju dan tersohor sebelum adanya Kota Bharu lagi. Namun, kebiasaannya kedua-dua pelabuhan ini sering dikenali dengan nama pelabuhan Kota Bharu. Fungsi Pelabuhan Kota Bharu Palekbang amat penting. Hasil dagangannya lumayan, contohnya berdasarkan catatan W A Graham penasihat Siam bahawa hasil dagangan di Kelantan pada 1907 melebihi 2.5 juta dollar sebelum dijajah Inggeris pada 1909. Rujuk kepada rekod di sebelah. sumber PPSK. http:\/\/pp-sk.blogspot.com\/ Pada dekad 1930-an pelabuhan Palekbang masih wujud sebagai pusat pengangkutan sungai di Kelantan. Pada masa itu, ia menguruskan Kapal Stim. Perkhidmatan itu dimulakan oleh Syarikat Duff 1905 yang menghubungkan Kota Bharu dengan Jajahan Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan daerah Batu Mengkebang. Perkhidmatan pengangkutan sungai ini sedikit terjejas dengan kewujudan jalan keretapi menghubungkan Kota Bharu dan Gua Musang. Begitu juga dengan siapnya pelabuhan di Tumpat. (Kelantan Dalam Dunia Pelayaran 1907, PPSK) Gambar berikutnya menggambarkan betapa sibuknya pengangkutan laut. sumber: http:\/\/pp- sk.blogspot.com\/ pelabuhan Kota Bharu 1920. 49","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pada dekad 1920-an pengangkutan kapal dikhususkan kepada urusan perdagangan sahaja. Kelantan aktif mengeksport lembu, kerbau dan kelapa kering ke Singapura melalui pelabuhan Palekbang. Antara aktiviti di pelabuhan ialah pengeksportan \/ pemunggahan kopra\/kelapa kering. Masyarakat turut menaiki feri \u201cKapal Belangkas\u201d untuk ke Kota Bharu. Pada 1970-an, kapal Belangkas telah rosak teruk akibat serangan Jepun dan dilupuskan. (http:\/\/pp-sk.blogspot.com\/) Kapal Belangkas; gambar tahun 1920. Sumber PPSK. b. Pengkalan Galuh, Kota Kubang Labu Kota Pengkalan Galuh\/Pengkalan Leser (Pengkalan Permata) terletak di antara sebelah utara Jambatan Sultan Yahya Petra dengan Istana Kota Lama, Kampung Sireh. Ia bina (1777) pada zaman Long Yunus bagi mengantikan ibu kota kerajaan Kelantan di Kota Kubang Labu yang kini berdekatan bulatan Pasir Pekan. Ia berkembang maju pada zaman Sultan Muhammad II. Pengkalan Galoh telah rosak akibat perang saudara dan menyebabkan Sultan Muhammad II membina Kota Kebun Menseta bertempat di antara kawasan tambatan Diraja dan jeti kastam sekarang. (https:\/\/www.facebook.com\/media\/set\/?set=a.444787218954383.1073741869.36179188725 3917&type=3) 50","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Sumber: https:\/\/muhammadismailibrahim.wordpress.com\/2011\/06\/27\/pembangunan- lembah-sireh-kota-bharu-waterfront\/ c. Pengkalan Teluk Dan Pengkalan Rakit, Gual Periok Gual Periok terdapat dua pengkalan Sungai terkenal iaitu Pengkalan Teluk dan Pengkalan Rakit yang dahulunya berlaku urusan perdagangan. Pengkalan teluk termasuk dagangan jual budu abad ke 19 (Azman bin Mohd Zain, 2001), Sejarah Perkembangan Daerah Gual Periok, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Satu catatan sejarah, pada zaman Long Yunus 1756 iaitu abad ke-18M, perkembangan sistem Pendidikan pondok turut merancakkan penggunaan Sg Tok Uban. Raden Panji dari Surakarta, Jawa Tengah datang ke Kampung Apam, Gual Periok menyusuri Sungai Tok Uban ke Kuala Tabal. Masjid yang seakan bentuk Masjid Kampung Laut Imamnya Raden Panji. Beliau telah memperkasakan lagi pengaruh Islam. Jenazah beliau dimakamkan di sana dan terdapat juga artifek yang diwariskan. Pondok lain yang wujud di sekitar sungai tersebut ialah pondok Lati, Lubok Tapah dan Pattani. Artifek yang ditemui didasar sungai Tok Uban ialah seekor patung itik dan pinggan tulisan gaya zaman Dinasti Song (960M-1720) yang berunyi fook bermaksud tuah. Ini bermakna kegiatan perdagangan di Gual Periok sudah berlaku sejak abad ke 10M lagi. (Azman, 2001 dan Abdul Rahman al-Ahmadi, 1990) Sekitar abad ke-19M penerokaan hutan untuk kediamanpun dimulai daripada pengkalan sungai seperti Gual Periok. Sungai Tasek Garu dijadikan dijadikan jalan pengangkutan utama. Amat mustahil untuk membawa barang dagangan mengharungi hutan belantara. Kayu balak juga yang dihanyutkan menyusuri sungai ini untuk mudik ke Pelabuhan Tabal. Sebelum tahun 1909, ia menjadi pelabuhan utama di Tumpat untuk mengeksport hasil pertanian dan perhutanan ke negara-negara lain. Ia menjadi jalan pengkutan utama ke pelabuhan Tabal sebelum tahun 1909. Bekalan yang diperolehi seperti makanan, ubat-ubatan dan pakaian (Mohd Kamaruzaman A Rahman, 1990). Peta menunjukkan kedudukan Gual Periok, Pengkalan Teluk dan Pengkalan Rakit. 51","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Beberapa projek pembinaan Jalan Pengangkutan 2000. (Sumber: Azman bin Mohd Zain (2001) d. Pelabuhan Tumpat di Kg. Jubakar dan Landasan Keretapi Penghubung Pelabuhan Tumpat (Pantai Sri Tujuh) Dahulunya wujud landasan keretapi antara Tumpat dengan Pelabuhan Tumpat yang terletak di Pantai Sri Tujuh. Pada 1912, jalan keretapi siap dibina dari pelabuhan Tumpat ke Bandar Pasir Mas dan setahun kemudian, jalan keretapi ini boleh digunakan terus dari Tumpat ke Tanah Merah. Sekitar 1940\u2019an sebelum Perang Dunia Kedua, Pelabuhan Tumpat mengendalikan eksport bijih besi ke luar negara terutamanya ke Jepun. Pada mulanya, bijih besi yang di lombong di Batu Lapan, Kerambit itu diangkut ke pelabuhan dengan menggunakan lori kecil. Memandangkan permintaan terhadap bijih besi meningkat, pengangkutan menggunakan lori telah menimbulkan masalah. Justeru, pihak FMSR bersetuju membina sebuah landasan dari Tumpat ke Pelabuhan Tumpat sejauh 5.38 kilometer (ada yang mengatakan sekitar 3 kilometer sahaja). Ia mula dibina pada akhir tahun 1930'an dan siap pada awal tahun 1940'an. Landasan ini dibuka kepada trafik pada tahun 1941 dengan kekerapan pengendalian 6 tren sehari. 52","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Peta menunjukkan kedudukan landasan dari Stesen Tumpat ke Pelabuhan Tumpat: . Sumber:https:\/\/3.bp.blogspot.com\/i8Unr9oO3RE\/TnXWwl7FD2I\/AAAAAAAAFL4\/5j_Dj43CNf A\/s1600\/image002.jpg Semasa Perang Dunia Kedua (1941), perkhidmatan tren membawa bijih besi diteruskan dengan kesemua bijih dihantar ke Jepun. Pengumpulan bijih besi ini adalah di sebuah kilang bijih besi di belakang Stesen Keretapi Gual Periok. Selepas Jepun (1945), British kembali memerintah Malaya dan mengarahkan agar semua bijih besi dihantar ke England. Pada 1946, kapal dari Jepun telah datang semula ke sini untuk membawa bijih besi kembali ke Jepun dan berterusan sehingga akhir tahun 1950an. Pada 1960, perkhidmatan tren pukal bijih besi ke pelabuhan tumpat ini dihentikan. Ada yang mengatakan, pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965, operasinya dihentikan kerana bekalan bijih berkurangan dan jeti Pelabuhan Tumpat dibiarkan runtuh. Gambar Jambatan bijih besi yang terletak di Pantai Kampung Jubakar. Jambatan yang merentasi sungai di Kampung Jubakar kini kian lenyap. Ada juga Landasannya yang dibongkar dan ada yang diturap dengan tar menjadi jalanraya. https:\/\/babab.net\/out\/tinggalan-sejarah- pelabuhan-di-kampung-jubakar- pantai.html 53","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 BEBERAPA PELABUHAN DAN JETI LAIN YANG TURUT BERPERANAN DI KELANTAN 1. Pelabuhan Kuala Krai Gambar di bawah menunjukkan pelabuhan Kuala Krai Dabong-Jelawang pada 1921. Sumber: https:\/\/m.facebook.com\/PPSK2014\/photos\/pelabuhan-kuala-krai-dabong- jelawang-tahun-1921\/408614529149618\/ Pelabuhan ini sudah wujud seawal penempatan masyarakat di sana. Namun ia lebih rancak apabila dimangkinkan oleh perusahaan yang dijalankan oleh Duff Company. 2. Muara Tok Bali, Cherang Ruku dan Limbongan Pasir Puteh. Sebelum kerancakan ekonomi berlaku di Tok Bali, muara sungai di Cherang Ruku disibukkan dengan aktiviti perairan yang berpengkalan di Limbongan dan Jeram Pasir Puteh. Ia ada kaitan dengan kerajaan Kota Jeram Long Ghafar seawal Kesultanan Kelantan Long Yunos. Namun, pada tahun 1979 dan 1980 kajian dijalankan berkaitan perlunya pelabuhan di Kelantan di sekitar Sabak dan Kemasin. Justeru Tok Bali telah dijadikan pelabuhan utama di Kelantan yang dilihat sebagai lokasi terbaik pelabuhan di negeri ini. 3. Pengkalan Datu Pengkalan Datu di Sering, Kota Bharu Kelantan dahulunya merupakan pengkalan utama dalam sejarah Kelantan. Datu mengambil sempena gelaran wakil Raja Patani. Sungai Pengkalan Datu juga menjadi laluan pemerintah-pemerintah terdahulu untuk ke kawasan pemerintahan penting seperti Kota Jembal, Bukit Marak, Kota Mahligai dan sebagainya. Kini disini, terdapat sebuah makam di Kg. Gertak Sagu, juga antara kampung di sepanjang Sungai Pengkalan Datu, merupakan Makam Ratu Kuning, Nang Chayam. Kini, antara aktiviti pelancongan di pengkalan datu ialah berkayak, memancing, menyelusuri sungai Pengkalan Datu dengan perahu kolek berukiran dari Pulau Gajah, jualan di gerai-gerai buah duku Palembang, durian kampung ketika musim durian, treking di hutan nipah dan bakau, menangkap ketam nipah dan mengutip lokam, Pasar Terapung Pengkalan Datu (Sabtu), serta Pasar Warisan Pengkalan Datu (Selasa) yang terkenal dengan produk tani segar dan makanan yang sedap. https:\/\/www.facebook.com\/101168961285336\/posts\/pengkalan-datu- laluan-pemerintah-patani-ratu-kuningpengkalan-datu-di-sering-kela\/348971673171729\/ 4. Pengkalan Kubor Ia adalah bandar sempadan di daerah Tumpat yang merupakan pintu masuk ke negara ini dari Thailand. Kedudukannya berdekatan sungai Geting yang bersambung terus ke Laut 54","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 China Selatan. Antara aktiviti yang dijalankan tangkapan hasil laut dan perniagaan. Di sini terdapat kawasan perkuburan lama yang luas dan besar. (http:\/\/www.tourism.gov.my\/) 5. Pengkalan Petah, Bachok Pengkalan ini menjadi tempat pendaratan ikan bagi perahu nelayan, termasuk kapal nelayan laut dalam yang memasuki Sungai Kemasin. Pengkalan Petah memberi kemudahan kepada nelayan di Bachok dan Kota Bharu. 6. Pengkalan Chepa Pengkalan ini nama asalnya Pengkalan Champa disebabkan pendaratan masyarakat dari Champa semasa Kelantan di bawah kesultanan Raja Jembal (1579-1721) di Kelantan. Ia berdekatan dengan Pantai Sabak Pengkalan Chepa tidak tersohor pada masa dahulu sehinggalah apabila diwujudkan Lapangan terang dan menjadi tempat awal pendaratan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Ia telah dimajukan pada zaman pemerintahan Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob pada tahun 1978-1990. 7. Pelabuhan Kemasin Kerajaan pusat membina Pelabuhan Kemasin di bawah ECER di Bachok. Pelabuhan ini bernilai RM70 juta dengan peruntukan kerajaan pusat. Ia dikatakan bakal menjadi pelabuhan kedua terbesar di Kelantan selepas Pelabuhan Tok Bali, Pasir Puteh. Para nelayan akan mendapat faedah apabila pelabuhan nelayan itu siap kelak. Fasa pertama : kerja memperluas dan mendalamkan muara sungai. Fasa kedua : pembinaan jeti, pusat pendaratan , kompleks perikanan , kemudahan pendaratan ikan dan pemasaran hasil tangkapan nelayan. https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Pelabuhan_Kemasin PENUTUP Perkembangan institusi pengangkutan air dan pelabuhan menyumbang kepada kenampakan pentingnya dalam industri. Sejarah yang ada perlu diraikan merujuk kepada keperluan masa hadapan negara. Aset pelabuhan yang tersedia perlu dinaiktaraf. Ia amat bertepatan dan berkesinambungan dengan usaha-usaha yang pernah dilakukan sebelum ini. Penghargaan Khusus kepada Institut Maritim Malaysia, Ybhg. Datuk Dr. Sabirin Ja\u2019afar atas Projek Penyelidikan Pembangunan Pelabuhan Malaysia: Pertumbuhan Ekonomi Dan Industri Perkapalan 2022. Juga kepada PEMIKIR FABI, UMK, Persatuan\/Kelab Pencinta Sejarah Kelantan, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) dan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. 55","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman dan Baharin Ilias (2018), Kelantan; Sejarah, Adat dan Warisan Kelantan, Kota Bharu: Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Abdul Rahman al-Ahmadi (1990) Sepintas Kilas, Dibuang Sayang, Beberapa Artifak di Tok Uban dan Apam Jajahan Pasir Mas dan Kota Bharu Kelantan, dalam Kelantan zaman Awal: Kajian Arkeologi Dan Sejarah di Malaysia, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Istana Jahar. Adi Taha (2007), Archeology of Ulu Kelantan, Kuala Lumpur: Jabtan Muzium Malaysia Adi Taha (2011), Tamadun PraSejarah Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, www.jmm.gov.my Ahmad Jelani Hakimi (2006), Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Abd ke 15 hingga 18, Dewan Bahasa dan Pustaka Annals of Liang dynasty. Annals of Chen dynasty (https:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Liang_dynasty) Azman bin Mohd Zain (2001), Sejarah Perkembangan Daerah Gual Periok, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Clive S. Kessler. (1978) Islam and Politics in a Malays State, Cornell University Press, Ithaca and London Graham, W.A. (1908). Kelantan: A State of the Malaya Peninsula: A Handbook of Information, Glasgow, James Maclehose and Sons. Hall, D.G.E. (1981). A History of South-East Asia, Fourth Edition. Hong Kong: Macmillan Education Ltd. Kelantan; Tinjauan Ekonomi dan Rancangan Perlaksanaan, Laporan YBM Tengku Razaleigh Hamzah Menteri Kewangan Malaysia dan YAB Dato Mohamed Yaacob Menteri Besar Kelantan (Mei, 1979) Louis Golomb, (1976), The Persistence of Thai Ethnicity in Kelantan, Malaysia, Honolulu, Hawaii; the University Press of Hawaii. Manguin P.Y. (1989), Dunia Perkapalan Melayu dalam Perdagangan Eropah: Penyelidikan Terbaru, Prospek Baru. Dlm Ismail Hussein (pnyt.) Tamadun Melayu, Jil.1, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd kamaruzaman A Rahman, Perkembangan Ekonomi Kelantan (1900-1920). Peranan Penasihat Inggeris , dalam Warisan Kelantan IX, Perbadanan Muzium Kelantan Istana Jahar, Kota Bharu, 1990, hlm 58. Mohd Rohaizat, Zuliskandar Ramli dan Mohamad Anis, Kearifan Tempat Masyarakat Nelayan Melayu Kelantan Mengenai Keselamatan dan Perlindungan Laut. (2017) dalam Warisan Kelantan vol.36, Zuliskandar Ramli, Adi Baharudin, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Mohd Sulaiman Mohd Saud (1983), Kelantan 1900-1940: Satu Analisa Tentang Pentadbiran British, Reaksi dan Implikasi Terhadap Masyarakat Melayu, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman \u201cPenolakan Teori Penghijrahan Dari Utara ke Selatan Zaman Neolitik dan Teori \u201cGreater India Raya Zaman Pembentukan Pengaruh India dlm. A Aziz Deraman dan Baharin Ilias (2018), Kelantan; Sejarah, Adat dan Warisan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan hlm 270-300. Nik Mahmud Bin Nik Ismail, (1934), Ringkasan Cetera Kelantan, The Al-Asasiyah, Press Co., Kota Bharu. Nik Mahmud bin Ismail, Kitab Geografi dan Tarikh Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, 1925\/1926 56","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Nik Mohd bin Nik Mohd Salleh, \u2018Perkembangan Pendidikan atau Pengajian Islam di negeri Kelantan\u2019,dalam Khoo Kay Kim (peny.) Warisan Kelantan IV, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan, 1985 Robert Winzeler. (September, 1970) Malay Religion Society and Politics in Kelantan, The University of Chicago, Illinois. Rosmi Mat Nasir (1989), Sejarah Perkembangan Ekonomi Negeri Kelantan 1945-1957, Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi Sejarah Dinasti Tang (\\\"Annal of Tang dynasty\\\"). Foreign countries at the South. (https:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Old_Book_of_Tang) Wheatley,P. (1961), The Golden Khersonence, Kuala Lumpur, Universiti Malaya Press William R Roff. (1974) Kelantan; Religion, Society and Politics in a Malays State, Oxford University Press, New York. Winzeler, R. (1985), Ethnic relations in Kelantan: a study of the Chinese and Thai as ethnic minorities in a Malay state. Singapore: Oxford University Press. Zuliskandar dan Nik Hassan Suhaimi (2012), Zaman Proto sejarah di Malaysia satu pengenalan, Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM ZulIskandar Ramli, Kerajaan Chih Tu: Kerajaan Awal Yang Wujud di Negeri Kelantan, Warisan Kelan XXXII, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2013 http:\/\/pp-sk.blogspot.com\/2015\/06\/ramai-orang-tidak-tahu-kota-bharu-juga.html https:\/\/muhammadismailibrahim.wordpress.com\/2011\/06\/27\/pembangunan-lembah-sireh- kota-bharu-waterfront\/ https:\/\/quizlet.com\/501704920\/sejarah-form-2-bab-8-flash-cards\/ https:\/\/m.facebook.com\/PPSK2014\/photos\/pelabuhan-kuala-krai-dabong-jelawang-tahun- 1921\/408614529149618\/ 57","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 KAJIAN CITARASA RESTORAN TOMYAM KE ATAS PELAJAR UNIKL MIMET BERDASARKAN TEORI PILIHAN RASIONAL Aizat Khairi & Ibrahim Ahmad Universiti Kuala Lumpur (UniKL) [email protected] Abstrak Kajian ini dilakukan untuk menganalisis citarasa restoran Tomyam ke atas pelajar UniKL MIMET berdasarkan teori pilihan rasional. Teori pilihan rasional ialah teori sosial dan ekonomi yang cuba menjelaskan bagaimana individu membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor tertentu. Justeru, kajian ini berusaha meneroka faktor yang mempengaruhi pelajar UniKL MIMET menerusi citarasa mereka ke atas restoran Tomyam. Kaedah penyelidikan yang dilakukan berteraskan kuantitatif menerusi edaran borang soal selidik. Persampelan bertujuan digunakan dengan memberi fokus ke atas pelajar UniKL MIMET sebagai responden. Analisis borang soal selidik dan tinjauan adalah secara deskriptif untuk melihat hubungan antara faktor penentuan pemilihan dan citarasa ke atas restoran Tomyam. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden memilih restoran Tomyam sebagai lokasi mereka untuk menikmati sajian setiap hari. Hal ini dipengaruhi oleh faktor- faktor seperti kesedapan makanan, diikuti oleh harga, jarak restoran dan kuantiti sajian. Faktor tambahan adalah seperti kebersihan, keceriaan, layana dan komunikasi yang baik oleh petugas di restoran Tomyam. Responden berpendapat sajian restoran Tomyam memenuhi keperluan selera mereka sehari-hari dengan relevan untuk dikekalkan. Namun begitu, pengusaha dan petugas restoran Tomyam perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan berusaha mengekalkan kualiti sajian dan harga supaya kekal relevan dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini. Kata Kunci: Restoran Tomyam, Orang Patani, Teori Pilihan Rasional, UniKL 58","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Tomyam berasal dari Thailand dan merupakan hidangan popular di seluruh Asia Tenggara. Awalnya, Tomyam merupakan hidangan yang hanya disajikan pada acara-acara khusus di Thailand, seperti pernikahan atau upacara keagamaan (Ashari et al., 2022). Namun, seiring dengan waktu, Tomyam semakin popular dan menjadi salah satu hidangan yang paling sinonim di Thailand. Di Malaysia, hidangan Tomyam pertama kali diperkenalkan oleh masyarakat Thai yang tinggal di negara ini. Mereka membuka restoran-restoran yang menyajikan masakan ala Thailand, termasuk Tomyam. Restoran-restoran Tomyam terdapat di daerah-daerah dengan populasi masyarakat Thai yang cukup besar seperti di daerah utara Malaysia iaitu kedah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (Bunmak, 2010). Seiring dengan waktu, orang Malaysia mulai menyukai Tomyam dan mencuba membuatnya sendiri di rumah. Selari dengan selera orang Malaysia yang sukakan makanan pedas, maka Tomyam di Malaysia mulai dimodifikasi dan diadaptasi dengan menambahkan bahan-bahan seperti cili dan rempah-rempah untuk memberikan rasa yang lebih kuat dan pedas (Bunmak, 2013). Selain itu, penggunaan bahan-bahan lokal seperti serai, daun limau purut, dan daun limau purut juga menjadi ciri khas Tomyam di Malaysia. Sajian ini biasanya dihidangkan dengan udang, ayam, atau ikan dan disajikan dengan nasi atau mi kuning. Ada juga variasi Tomyam yang menggunakan bahan-bahan seperti sayuran, santan dan tauhu. Orang Melayu Patani Orang Melayu Patani atau juga dikenal sebagai Melayu Pattani, adalah kelompok etnik rumpun Melayu yang berasal dari wilayah Patani yang terletak di Selatan Thailand. Mereka memiliki bahasa, budaya dan tradisi yang mirip dengan masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia (Srisongka & Yanasugondha, 2019). Hal ini disebabkan wilayah Patani pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melayu Patani sebelum akhirnya menjadi wilayah Thailand pada abad ke-18. Orang Melayu Patani umumnya beragama Islam dan memiliki adat istiadat yang khas seperti tradisi pernikahan dan musik tradisional seperti \\\"nara\\\" dan \\\"rong ngeng\\\". Mereka juga dikenal sebagai penenun kain tradisional khas Patani yang dikenal dengan nama \\\"tenun songket\\\" (Leelaphiwat et al., 2017). Orang Melayu Patani telah mengalami sejarah panjang yang diwarnai dengan konflik politik dan kekerasan yang terkait dengan isu kemerdekaan dan hak-hak mereka. Konflik tersebut telah berlangsung selama beberapa dekad dan menyebabkan banyak korban jiwa dan kerosakkan infrastruktur di wilayah Patani. Migrasi ke Malaysia Penghijrahan orang Patani dari selatan Thailand ke Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks sejak abad ke-18. Aktiviti migrasi orang Patani ke Malaysia boleh dikesan sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 apabila terdapat aktiviti ekonomi yang ketara antara kedua-dua wilayah (Hifza & Aslan, 2019). Ramai orang Patani berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari peluang pekerjaan dan perdagangan serta menubuhkan komuniti di pelbagai bahagian di rantau ini. Pada abad ke-20, penghijrahan orang Patani ke Malaysia masih berterusan, tetapi atas sebab yang berbeza. Hal ini disebabkan oleh ketidakstabilan politik dan keganasan di selatan Thailand yang menyebabkan ramai orang Patani meninggalkan rumah mereka dan mencari perlindungan di negara jiran khususnya Malaysia. Ramai pelarian Patani menetap di Malaysia dan menubuhkan komuniti di kawasan seperti Kelantan, Terengganu dan Perak. Penghijrahan orang Patani ke Malaysia telah dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk peluang 59","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ekonomi, ketidakstabilan politik dan hubungan budaya serta sejarah antara kedua-dua wilayah (Ghani & Hasrah, 2022). Sehingga kini, orang Patani di Malaysia terus mengekalkan hubungan yang kukuh dengan komuniti mereka di selatan Thailand walaupun ada di kalangan mereka yang sudah menjadi warganegara Malaysia. Orang Patani di Malaysia terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi bergantung kepada lokasi dan peluang khusus yang tersedia untuk mereka. Salah satu aktiviti ekonomi utama orang Patani di Malaysia ialah pertanian khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu (Studies, 2019). Mereka menanam tanaman seperti padi, kelapa sawit dan getah yang merupakan komoditi penting di rantau ini. Pekerjaan sebagai nelayan juga merupakan aktiviti ekonomi yang penting bagi masyarakat Patani di Malaysia khususnya mereka yang tinggal di kawasan pantai. Mereka menangkap pelbagai spesies termasuk tuna, makarel dan sotong yang dijual secara tempatan dan dieksport ke negara lain. Selain pertanian dan perikanan ramai orang Patani di Malaysia menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti gerai makan, restoran dan kedai runcit. Situasi ini boleh dilihat terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur di mana orang Melayu Patani telah menubuhkan komuniti perniagaan yang berkembang maju (International Crisis Group, 2016). Terdapat sebahagian orang Patani di Malaysia juga bekerja dalam sektor pembuatan khususnya dalam industri seperti tekstil dan elektronik. Mereka bekerja di kilang sebagai operator pengeluaran, menghasilkan barangan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Aktiviti ekonomi orang Patani di Malaysia adalah berbeza dan pelbagai jenis pekerjaan bergantung kepada kemahiran dan peluang mereka. Walau bagaimanapun, pertanian, perikanan, perniagaan kecil dan pembuatan adalah beberapa aktiviti ekonomi utama yang dikaitkan dengan orang Patani di Malaysia. Namun begitu, aktiviti ekonomi yang ketara dijalankan di negara ini oleh orang Patani adalah perniagaan berasaskan makanan iaitu perniagaan restoran Tomyam (Wongthai, 2019). Terdapat beberapa sebab mengapa orang Patani boleh memilih untuk membuka restoran Tomyam di Malaysia. Satu faktor penting ialah hubungan budaya antara orang Patani dengan orang Melayu di Malaysia. Kedua-dua kumpulan berkongsi budaya dan bahasa yang sama yang memudahkan orang Patani untuk bertapak di Malaysia dan orang Melayu menikmati makanan dan resipi dari selatan Thailand. Selain itu, Malaysia adalah negara yang lebih maju dari segi ekonomi berbanding selatan Thailand, dengan lebih banyak peluang perniagaan dan pangkalan pengguna yang lebih besar. Dengan membuka restoran Tomyam di Malaysia, orang Patani boleh menerokai pasaran ini dan berpotensi memperoleh kehidupan yang lebih baik daripada yang mereka dapat di Thailand. Ketidakstabilan politik dan konflik di selatan Thailand juga mungkin mendorong sesetengah orang Patani untuk mencari peluang di Malaysia, di mana mereka boleh berasa lebih selamat dan stabil (May, 1992). Secara keseluruhan, keputusan untuk membuka restoran Tomyam di Malaysia dipengaruhi oleh gabungan hubungan budaya, peluang ekonomi dan isu ketidakstabilan politik. Cabaran Perniagaan dan Persepsi Lokal Orang Patani yang membuka restoran Tomyam di Malaysia mungkin menghadapi beberapa cabaran yang boleh memberi kesan kepada kejayaan perniagaan mereka. Salah satu cabaran utama ialah halangan bahasa. Walaupun bahasa Melayu Patani serupa dengan bahasa Melayu Malaysia, namun masih terdapat perbezaan kosa kata, tatabahasa, dan loghat yang boleh menyukarkan komunikasi. Ini boleh menimbulkan cabaran bagi orang Patani yang cuba berkomunikasi dengan pelanggan, pembekal atau pegawai kerajaan (Jehwae & Man, 2016). Hal ini turut menyulitkan mereka apabila mahu memohon kebenaran berniaga dan proses permit serta urusan pelesenan yang diperlukan untuk membuka restoran. Satu lagi cabaran yang mungkin dihadapi oleh orang Patani ialah mendapatkan 60","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 permit dan lesen yang diperlukan untuk membuka restoran. Proses mendapatkan permit dan lesen boleh menjadi rumit dan memakan masa dan mungkin lebih sukar bagi warga asing yang tidak biasa dengan peraturan agensi tempatan (Von Feigenblatt, 2010). Orang Patani perlu menghadapi pelbagai peringkat karenah birokrasi kerajaan dan berurusan dengan pegawai yang mungkin tidak biasa dengan budaya atau latar belakang mereka. Ini mungkin memerlukan pelaburan masa, usaha dan sumber yang besar serta menjadi penghalang bagi sesetengah orang Patani yang berminat untuk membuka restoran Tomyam di Malaysia. Cabaran ketiga yang mungkin dihadapi oleh orang Patani ialah diskriminasi dan prejudis. Orang Patani mungkin dilihat sebagai orang luar oleh sesetengah rakyat Malaysia. Perkara ini boleh menyukarkan mereka dalam usaha untuk menarik pelanggan daripada kalangan masyarakat setempat (Lamey, 2013). Diskriminasi dan prasangka juga boleh mengambil bentuk yang lebih teruk seperti gangguan atau keganasan. Ini boleh menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan orang Patani dan boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menjalankan perniagaan yang berjaya. Di sebalik cabaran ini, ramai orang Patani telah berjaya menubuhkan restoran Tomyam di Malaysia hasil daripada kerja keras, keazaman dan sokongan masyarakat setempat. Persepsi penduduk tempatan terhadap restoran Tomyam yang diusahakan oleh orang Patani di Malaysia adalah pelbagai. Walaupun sesetengah rakyat Malaysia menghargai sajian dan hidangan unik yang ditawarkan oleh restoran Patani, namun ada juga yang tidak bersifat sedemikian. Keadaan ini wujud disebabkan berpunca daripada kurangnya pendedahan terhadap budaya, bahasa dan tradisi Patani (Premsrirat, 2014). Selain itu, stereotaip negatif yang timbul di media sosial turut sama menjadi faktor pendorong kepada isu salah faham dan pandangan buruk ke atas perniagaan Tomyam orang Patani di Malaysia. Antara keunikkan restoran Tomyam yang dikendalikan oleh orang Patani ialah mereka menawarkan hidangan asli dan lazat yang tidak boleh didapati di restoran Malaysia yang lain. Penggunaan herba, rempah ratus dan teknik memasak yang unik telah menjadi tarikan kepada pelanggan yang berminat untuk meneroka citarasa dan sajian di restoran Tomyam (Thaib & Che Pa, 2013). Sesetengah rakyat Malaysia menghargai peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu dan berbeza, dan melihat restoran Tomyam yang dikendalikan oleh orang Patani sebagai satu cara untuk menghayati kepelbagaian budaya Malaysia yang unik. Persepsi penduduk tempatan terhadap restoran Tomyam yang diusahakan oleh orang Patani di Malaysia adalah kompleks dan pelbagai (Yaacob, 2012). Walaupun sesetengah rakyat Malaysia menghargai sajian dan hidangan unik yang ditawarkan oleh restoran Tomyam, namun ada juga yang tidak menghargai sumbangan orang Patani dalam industri makanan di negara ini. Usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi menangani prasangka ini dan memerlukan pendidikan, pemahaman dan penglibatan daripada kedua-dua belah pihak iaitu orang Patani dan masyarakat tempatan bagi membina persefahaman serta menggalakkan sikap saling menghormati. Teori Pilihan Rasional Teori pilihan rasional ialah teori sosial dan ekonomi yang cuba menjelaskan bagaimana individu membuat keputusan dengan menganggap bahawa individu adalah rasional dan mementingkan diri sendiri (Pujolekso, 2022). Teori ini berdasarkan andaian bahawa orang membuat pilihan berdasarkan kepentingan diri mereka sendiri, dan bahawa mereka cuba memaksimumkan faedah mereka sambil meminimumkan kos mereka. Menurut teori pilihan rasional, individu diandaikan mempunyai satu set keutamaan dan membuat keputusan berdasarkan keutamaan tersebut. Mereka menilai pilihan yang ada dan memilih pilihan yang mereka percaya akan memberi mereka manfaat terbesar pada kos yang paling rendah. Teori ini juga mengandaikan bahawa individu mempunyai maklumat lengkap tentang pilihan 61","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 yang ada dan hasil yang berkaitan dengan setiap pilihan (Abdullah et al., 2018). Teori pilihan rasional sering digunakan untuk menerangkan tingkah laku individu dalam pelbagai konteks, termasuk transaksi ekonomi, pembuatan keputusan politik, dan interaksi sosial. Sebagai contoh, dalam konteks urus niaga ekonomi, teori pilihan rasional mencadangkan bahawa individu akan membeli barangan dan perkhidmatan yang memberikan mereka faedah terbesar pada kos terendah, dan bahawa mereka akan menjual barangan dan perkhidmatan apabila mereka boleh membuat keuntungan (Handayani & Najib, 2019). Teori Pilihan Rasional dan Restoran Tomyam Mengikut teori pilihan rasional, seseorang akan menimbang faedah dan kos setiap pilihan sebelum membuat keputusan. Faedahnya mungkin termasuk kualiti makanan, suasana restoran, dan harga hidangan (May, 1992). Kos mungkin termasuk masa yang diperlukan untuk sampai ke restoran, harga hidangan dan sebarang ulasan negatif yang mungkin mereka baca dalam talian. Menggunakan maklumat ini, orang itu akan cuba memilih restoran Tomyam yang memberikan mereka faedah terbesar pada kos terendah. Sebagai contoh, jika sebuah restoran mempunyai reputasi yang baik untuk makanannya tetapi terletak jauh dan mahal, manakala restoran lain mempunyai makanan yang enak dan lebih dekat dan lebih berpatutan, orang itu mungkin memilih pilihan yang kedua. Dengan cara ini, teori pilihan rasional boleh diaplikasikan untuk memahami proses membuat keputusan individu apabila memilih restoran Tomyam di Malaysia. Sudah tentu, mungkin terdapat faktor lain yang mempengaruhi proses membuat keputusan, seperti cita rasa peribadi atau cadangan daripada rakan, tetapi teori pilihan rasional menyediakan rangka kerja yang berguna untuk memahami proses asas membuat keputusan (Jehwae & Man, 2016). Mengikut teori pilihan rasional, pelajar akan menimbang faedah dan kos pergi ke restoran sebelum membuat keputusan (Abdullah et al., 2018). Faedahnya mungkin termasuk rasa makanan, suasana restoran, dan pengalaman sosial keluar makan. Kos mungkin termasuk harga makanan, masa yang diperlukan untuk sampai ke restoran dan jumlah masa yang akan diambil daripada belajar. Dengan menggunakan maklumat ini, pelajar akan cuba memilih sama ada untuk pergi ke restoran Tomyam atau tidak berdasarkan sama ada faedah melebihi kos atau tidak. Sebagai contoh, jika pelajar berasa tertekan daripada belajar dan ingin berehat, dan jika restoran Tomyam berdekatan dan menawarkan makanan yang berpatutan dan lazat, mereka boleh memilih untuk pergi ke restoran kerana faedah pengalaman itu melebihi kos. Dengan cara ini, teori pilihan rasional boleh digunakan untuk memahami proses membuat keputusan pelajar universiti semasa membuat keputusan sama ada untuk pergi ke restoran Tomyam atau tidak. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa keutamaan individu dan faktor peribadi juga boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan dan boleh mempengaruhi keputusan akhir. Kaedah Penyelidikan Kaedah penyelidikan dalam kajian ini menggunakan kaedah yang berteraskan kuantitatif. Kaedah penggumpulan data adalah dengan mengagihkan borang tinjauan (survey) ke atas responden. Soalan tinjauan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu demografi, persoalan mengenai sajian dan citarasa ke atas restoran Tomyam. Dari segi teknik persampelan, kajian ini melaksanakan persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan memberi fokus ke atas pelajar UniKL MIMET. Borang tinjauan yang dikutip akan dengan dianalisis secara deskriptif dan statistik untuk mengkaji hubungan di antara variabel-variabel kajian serta mengaitkannya dengan ciri-ciri sampel kepada populasi kajian. Perbincangan Hasil Kajian 62","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) ialah sebuah universiti yang terletak di Lumut, Perak, Malaysia yang mengkhusus dalam pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan maritim. Ia ditubuhkan pada 2007 sebagai sebahagian daripada sistem UniKL, rangkaian universiti teknikal yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan gunaan. UniKL MIMET berakar umbi dalam Akademi Maritim Malaysia, yang ditubuhkan pada 1998 untuk menangani keperluan profesional maritim mahir dalam industri perkapalan Malaysia yang berkembang pesat. Pada 2007, akademi ini telah dinaik taraf kepada kolej universiti dan menjadi sebahagian daripada sistem UniKL, sebelum akhirnya mencapai status universiti penuh pada 2012. Sejak penubuhannya, UniKL MIMET telah memainkan peranan penting dalam melatih jurutera dan profesional maritim generasi akan datang Malaysia. Universiti ini menawarkan pelbagai program di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah, termasuk ijazah dalam kejuruteraan maritim, seni bina tentera laut, dan teknologi marin. UniKL MIMET juga telah menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan institusi penyelidikan, dan graduannya telah bekerja untuk syarikat terkemuka dalam industri perkapalan dan maritim di seluruh dunia. UniKL MIMET dan MARA (Majlis Amanah Rakyat) berkongsi aspirasi bersama untuk membangunkan modal insan dan menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia. MARA ialah sebuah agensi kerajaan yang memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan pendidikan, keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1966 dengan tujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza di negara ini, dan telah memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan dan latihan untuk rakyat Malaysia. UniKL MIMET, sebagai sebahagian daripada sistem UniKL, juga memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan dengan menyediakan pendidikan teknikal dan latihan dalam bidang seperti kejuruteraan maritim dan teknologi. Universiti komited untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan industri maritim Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi keseluruhan negara. Kedua-dua MARA dan UniKL MIMET didorong oleh matlamat untuk membina tenaga kerja mahir dan berpengetahuan di Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global. Mereka komited untuk menyediakan peluang pendidikan dan latihan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang sosio- ekonomi mereka, dan untuk menggalakkan keterangkuman dan kepelbagaian di tempat kerja. Dengan berusaha ke arah aspirasi bersama ini, MARA dan UniKL MIMET membantu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia dan rakyatnya. MARA menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar Malaysia yang layak yang mengikuti pengajian tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional. Pelajar UniKL MIMET boleh memohon pinjaman MARA untuk membantu menampung kos yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup dan perbelanjaan lain yang berkaitan. Analisis Deskriptif Seramai 113 orang pelajar telah menjawab soalan tinjauan yang diberikan menerusi aplikasi Google Forms. Peratusan menjawab adalah 73% lelaki dan 27% wanita. 90% adalah dikalangan Bumiputera dan selebihnya adalah bukan Bumiputera. 80% tinggal di hostel dan bakinya tinggal di luar sama ada menyewa atau tinggal Bersama keluarga. 70% adalah pelajar ijazah sarjana muda dan 30% adalah pelajar peringkat diploma. 63","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Dari segi tinjauan sajian, 51% memilih makanan berasaskan Tomyam dan sup. Manakala 44% gemar makanan gorengan dan baki peratusan merujuk kepada makanan seperti rebus dan bakar yang mempunyai peratusan terkecil. Mengenai rasa masakan, 73% gemarkan masakan yang pedas, 18% memilih masakan yang masam dan baki kecil peratusan merujuk kepada lain-lain rasa. Lauk kegemaran pula adalah ayam yang tertinggi iaitu 47%, daging adalah 27%, sotong 14% dan selebihnya memilih udang, telur dan sayur. Makanan yang menjadi pilihan majoriti responden adalah nasi bujang, nasi goreng dan Tomyam. Makanan yang paling murah di Restoran Tomyam yang sering dipesan responden adalah nasi bujang dengan anggaran kos RM3.00 hingga RM3.50. Menurut responden, makanan yang paling mahal di Restoran Tomyam adalah Ikan Siakap masak 3 rasa iaitu anggaran kos RM30.00 hingga RM50.00. Manakala, makanan yang paling pantas disediakan adalah nasi bujang iaitu antara 3 hingga 5 minit. Berdasarkan teori pilihan rasional ke atas penentuan citarasa restoran Tomyam ke atas pelajar UniKL MIMET, borang soal selidik yang dikutip menunjukkan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhinya. Majoriti responden dilihat mengunjungi restoran Tomyam setiap hari untuk menikmati sajian yang dijual di sana. Responden juga berpuas hati dengan kebersihan, keceriaan dan layanan yang terdapat di restoran Tomyam. Mereka juga bersetuju bahawa harga yang dikenakan berpatutan serta tidak perlu menunggu lama untuk menikmati sajian yang dipesan. Namun begitu, faktor utama penentuan pilihan Restoran Tomyam adalah mengenai kesedapan makanan, diikuti oleh harga, jarak restoran dan kuantiti sajian. Faktor tambahan dari segi komunikasi menunjukkan bahawa responden memahami bahasa pertuturan petugas restoran walaupun berbeza negara. Lebih 50% responden mengetahui latar belakang petugas restoran Tomyam iaitu Orang Melayu Patani dan hanya segelintir daripada mereka menganggap sebagai Siam. Kesimpulan Hampir keseluruhan responden bersetuju bahawa kewujudan restoran Tomyam memenuhi selera sajian mereka sehari-hari. Mereka juga berpendapat bahawa kewujudan restoran Tomyam memenuhi selera sajian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Justeru, mereka menyarankan bahawa restoran Tomyam perlulah dikekalkan di negara ini agar dapat membantu memenuhi keperluan selera pelajar UniKL MIMET dan seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu, pengusaha restoran Tomyam perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia dan berusaha mengekalkan citarasa serta keenakan sajian yang disediakan agar restoran Tomyam kekal relevan sebagai antara pilihan sajian rakyat Malaysia. 64","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abdullah, I., Hamil, J., & Daud, S. (2018). Pendekatan Teori Pilihan Rasional: Analisis Terhadap Budaya Politik Melayu Terengganu. Sains Insani, 3(1). https:\/\/doi.org\/10.33102\/sainsinsani.vol3no1.28 Ashari, L. S., Rashid, A. A. A., Shahril, M. R., Lee, Y. Y., Kueh, Y. C., Hakim, B. N. A., Shafiee, N. H., Ali, R. A. R., & Mohamed, H. J. J. (2022). Exploring the norms of eating-out practice among adults in Malaysia. Malaysian Journal of Nutrition, 28(1). https:\/\/doi.org\/10.31246\/mjn-2021-0008 Bunmak, S. (2010). Migrant networks in Thailand and Malaysia: irregular Nayu workers in Tom Yam restaurants in Kuala Lumpur. Irregular Nayu Workers in Tom Yam Restaurants in Kuala Lumpur. Bunmak, S. (2013). Tom Yam restaurants: an ethnic interplay in a Malaysian context. Kasetsart Journal, Social Sciences, 34(4). Ghani, M. K. A., & Hasrah, M. T. (2022). The Migration of Non-Local Communities and Effects on Language Ecosystem in Baling, Kedah: Historical and Linguistic Evidence. Proceedings of the 9th Asbam International Conference (Archeology, History, & Culture In The Nature of Malay) (ASBAM 2021), 660. https:\/\/doi.org\/10.2991\/assehr.k.220408.052 Handayani, A., & Najib, N. (2019). Keinginan Memiliki Anak Berdasarkan Teori Pilihan Rasional (Analisis Data Sdki Tahun 2017). EMPATI-Jurnal Bimbingan Dan Konseling, 6(2). https:\/\/doi.org\/10.26877\/empati.v6i2.4277 Hifza & Aslan. (2019). Problems in The Thai Patani Malay Islamic Education. Al-Ulum, 19(2). International Crisis Group. (2016). Southern Thailand\u2019s Peace Dialogue: No Traction. International Crisis Group, 148. Jehwae, A., & Man, S. H. C. (2016). The Problems of Socio-Cultural Community in Patani and Penang: A Comparative Study. SHS Web of Conferences, 23. https:\/\/doi.org\/10.1051\/shsconf\/20162301001 Lamey, J. (2013). Peace in Patani? The prospect of a settlement in Southern Thailand. Stability, 2(2). https:\/\/doi.org\/10.5334\/sta.bt Leelaphiwat, P., Harte, J. B., Auras, R. A., Ong, P. K. C., & Chonhenchob, V. (2017). Effects of packaging materials on the aroma stability of Thai \u2018tom yam\u2019 seasoning powder as determined by descriptive sensory analysis and gas chromatography\u2013mass spectrometry. Journal of the Science of Food and Agriculture, 97(6). https:\/\/doi.org\/10.1002\/jsfa.7986 May, R. J. (1992). The religious factor in three minority movements: The moro of the philippines, the Malays of Thailand, and Indonesia\u2019s West Papuans. Contemporary Southeast Asia, 13(4). https:\/\/doi.org\/10.1355\/CS13-4D 65","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Premsrirat, S. (2014). Redefining \u201cThainess\u201d: Embracing diversity, preserving unity. In Contemporary Socio-Cultural and Political Perspectives in Thailand. https:\/\/doi.org\/10.1007\/978-94-007-7244-1_1 Pujolekso, S. (2022). Pemahaman korupsi dalam teori pilihan rasional dan hubungan prinsipal- agen. Jurnal Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik, 2(2). Srisongka, N., & Yanasugondha, V. (2019). Intelligibility of English in Thai Street Food Menus Perceived by East Asian Tourists. LEARN Journal: Language Education and Acquisition Research Network, 12(2). Studies, S. (2019). Transformasi Isu dalam Penyelesaian Konflik Patani di Selatan Thailand (Transformation of Issue In Reconciling Pattani Conflict In Southern Thailand). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46(1). Thaib, L., & Che Pa, B. (2013). Regional Cooperation: Malay World and the Formation of ASEAN Community. Type: Double Blind Peer Reviewed International Research Journal Publisher: Global Journals Inc, 13(2). Von Feigenblatt, O. (2010). The Muslim Malay Community in Southern Thailand: A \u201cSmall People\u201d Facing Existential Uncertainty. Ritsumeikan Journal of Asia Pacific Studies, 27. Wongthai, N. (2019). Taste terms in the Patani Malay ethnic group. Manusya, 22(2). https:\/\/doi.org\/10.1163\/26659077-02202003 Yaacob, C. M. A. (2012). The Assimilation of the Malays in Patani: The Effectiveness of Policies and Survival of the Minority Culture. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39(July). 66","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PATRIOTISME DALAM KARYA KREATIF PATANI: SATU ANALISIS TEKSTUAL TERHADAP NOVEL THE MURDER CASE OF TOK IMAM STORPA KARDE DAN LUKANYA MERAH Mohamed Nazreen Shahul Hamid Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia [email protected] Abstrak Kertas kerja ini ini akan membincangkan unsur patriotisme dalam karya kreatif pengarang- pengarang Patani. Untuk meninjau dan memahami bagaimana unsur patriotisme ini berfungsi, dua buah novel akan menjadi rujukan utama iaitu novel The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde [2010] nukilan Siriworn Kaewkan, Lukanya Merah karya Rohani Deraman [2013].Unsur patriotisme ini berkait rapat dengan penentangan. Justeru itu terdapat dua perkara yang menjadi fokus perbincangan iaitu mengapa perlu masyarakat Patani dalam kalangan orang Melayu\/Islam khususnya menentang pihak pemerintah? Lebih menarik lagi setiap kali menyebut patriotisme dan penentangan orang Melayu Patani, sering kali isu ini seolah-olah dibayangi dalam penglibatan dalam kalangan tokoh ulama sebagai tulang belakang. Dengan merujuk kepada persoalan inilah, maka objektif utama kertas kerja ini akan membincangkan sejauh mana peranan ulama [tokoh-tokoh agama] muncul sebagai pencetus semangat patriotisme dalam kalangan pemimpin agama dan golongan pemuda Patani untuk menentang dasar-dasar kerajaan yang mengongkong kesejahteraan hidup mereka khususnya di selatan Patani. Jauh lebih terkesan, perjuangan membela maruah bangsa dan agama ini turut ditunjangi oleh kaum wanita, malah lebih terkesima, penentangan ini digerakkan oleh seorang wanita tua.Mungkinkah juga perjuangan yang disebut sebagai patriotisme ini lebih wajar disebut sebuah jihad? Kata kunci : patriotisme, jihad, ulama, karya kreatif, Patani. 67","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1.1 Pengenalan \u2013 Latar belakang senario politik Thai. Secara umum konflik di tiga wilayah Selatan Thai yang mencakupi Patani, Yala dan Narathiwat tidak ada titik noktahnya hingga sekarang sejak awal tahun 1932. Pada ketika ini, Kerajaan Siam telah mengalami perubahan besar dalam sejarah politiknya kerana telah berlaku rampasan kuasa dan menukar sistem pemerintahan negara Thailand daripada sistem pemerintahan beraja mutlak kepada pemerintahan beraja berperlembagaan (Benjamin A.Batson, 1984). Rampasan kuasa ini turut disertai Haji Samsudin Mustapha dan Haji Wahab. Sumber sejarah menjelaskan bahawa rampasan kuasa telah membawa harapan baru kepada berlakunya proses politik di Siam. Revolusi ini memperkenalkan sistem pemerintahan berpelembagaan yang memberi keutamaan kepada kebebasan dan peluang sama rata kepada semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan sendiri. Justeru itu matlamat revolusi itu adalah untuk mencapai kemakmuran hidup kepada seluruh warga negara Siam. Perubahan inilah yang dialu-alukan oleh orang- orang Melayu di tiga wilayah di selatan Thai-Yala, Patani dan Narathiwat. Di bawah sistem berparlimen ini, orang-orang Melayu yakin mereka akan memperoleh konsesi daripada kerajaan pusat untuk mengekalkan autonomi berkaitkan dengan agama, budaya dan bahasa mereka. Sejajar dengan matlamat itu, pilihanraya pertama telah diadakan pada tahun 1933. Dalam pilihanraya itu, seorang wakil rakyat keturunan Melayu telah dipilih menduduki kerusi parlimen. Demikianlah di tahun-tahun berikutnya, telah dipilih wakil dari calon-calon dalam kalangan orang Melayu untuk mewakili daerah Patani, Setul dan Narathiwat. Salah seorang ulama yang terpilih ialah Haji Mustapha sebagai Senator [Herry Nurdi, 2012:9]. Justeru itu pelantikan wakil-wakil rakyat dalam kalangan orang Islam yang dulunya terabai, kini mula mendapat perhatian. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak kekal lama. Hal ini disebabkan Revolusi Siam 1932 telah menjadikan orang Siam begitu bersemangat kenegaraan yang kental dengan spirit kesiaman Iaitu \u201cSiam is a kingdom, one and indivisible\u201d [Herry Nurdi, 2012:9]. Berasaskan semangat perlembagaan itulah, para pemimpin Siam mula menyusun dasar untuk membentuk sebuah negara Siam yang sejati dengan menjurus kepada satu agama, bangsa, bahasa dan kebudayaan Siam. Umpamanya semasa pemerintahan Phya Bahol [1933-1038], beberapa langkah awal telah diambil oleh kerajaan Siam untuk mengasimilasi penduduk minoriti termasuk juga kaum Melayu melalui sistem pelajaran. Dalam hal ini, kanak-kanak yang cukup umur untuk bersekolah diwajibkan belajar di sekolah kerajaan. Dasar ini telah meletakkan orang-orang Melayu dalam dilema. Hal ini kerana pelajaran di sekolah seiring dengan pengajaran agama Buddha yang diajari oleh sami-sami Buddha. Justeru itu orang-orang Melayu menolak pendidikan Siam kerana mereka merasakan bahawa itu adalah usaha pihak Siam di peringkat awal untuk mensiamkan orang Melayu. Jauh lebih penting, situasi ini membawa makna, menghantar anak-anak ke sekolah Siam bererti seolah-olah membenarkan anak-anak mereka menukar atau setidak-tidaknya meninggalkan identiti mereka sebagai seorang yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Kesan selanjutnya, bahasa Siam yang diajar di sekolah menyebabkan anak-anak Melayu ini tidak lagi mempelajari bahasa Melayu Jawi, maka hilanglah tradisi Islam sebagai cara hidup. Inilah juga satu kaedah asimilasi Melayu menjadi Siam. Perjuangan Orang Melayu Selatan Thai Apabila memikirkan tentang perjuangan untuk menegakkan Islam di tanah air, sering terlintas di fikiran mengenai perjuangan saudara seagama di Palestin, Afghanistan, Sudan, Mesir, Syiria dan Iran, malangnya perjuangan saudara Muslim seagama yang lebih dekat 68","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 seringkali terpinggir. Umpamanya pejuang-pejuang Islam di Filipina, Rohingnya di Myanmar dan orang Melayu di Selatan Thai. Orang Melayu Islam di tiga wilayah selatan Thai lebuh 200 tahun mengalami penindasan, penderitaan, kezaliman, ketidakadilan dan kepayahan. Tanah mereka dirampas oleh pihak berkuasa Thai yang dianggap penjajah dan hidup mereka diwarnai dengan tiga istilah yang sinonim dengan untung nasib mereka iaitu getir, kritikal dan konflik. Pengalaman dan kehidupan yang tragis di tiga wilayah selatan Thai sudah menjadi satu kisah yang tidak noktah akhir. Senarionya, mereka tidak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu dihalang dan paling tragis dipisahkan dari akar budaya dan dijauhkan dari agama. Kehidupan seharian mereka diselebungi dengan pembunuhan kejam, diugut dengan penculikan dan disempitkan semua hak-hak kemanusiaan. Kemelut yang semakin meruncing ini pada asasnya berpunca dari pihak kerajaan yang menyediakan satu bentuk polisi kerajaan yang berteraskan asimilasi, misalnya jika dilihat dari segi: 1. Ekspresi budaya - mengenai identiti Melayu yang dipisahkan melalui politik, isu ini lebih terarah untuk memberi tekanan terhadap identiti. 2. Bahasa \u2013 penggunaan bahasa Thai dalam dasar-dasar pendidikan dan media, dasar ini menyebabkan guru-guru di sekolah rendah dan menengah diarahkan untuk memperkenalkan diri mereka sebagai Thai Muslim berbanding sebagai Melayu Muslim, 3. Politik \u2013isu ini antara pihak autoriti Thai dengan wilayah Selatan Thai sejak akhir abad ke 19 hinggalah kini dalam keadaan tegang. Pihak keselamatan Thai kerap mengenakan tekanan, tahanan, penderaan, sekatan dan pembunuhan terhadap penduduk tempatan. Ketiga- tiga isu ini menjadi punca meletusnya keganasan di tiga wilayah di Selatan Thai- Patani, Yala dan Narathiwat yang dapat dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa 1 dikatakan bermula pada 1946-1948, inilah fasa yang dianggap genting meletusnya rusuhan antara orang Melayu dengan pihak kerajaan. Konflik yang berlaku telah melahirkan ramai pemimpin Melayu Muslim yang telah menubuhkan Patani Peoples Movement pada tahun 1947. Pertubuhan ini telah mengumpulkan hampir 250,000 untuk menyatakan sokongan menggunakan undang-undang syariah, bercakap dalm bahasa Melayu dan boleh mengamalkan ajaran Islam dan budaya etnik secara bebas. Pada ketika inilah muncul pemimpim Melayu Islam termasuk Sulong bin Abdul Kadir bin Mohammad el-Patani dan Haji Abdul Rahman. Pada fasa kedua 1950-1980, lebih banyak organisasi ditubuhkan untuk menuntut kebenaran hak dan kebebasan terhadap tiga wilayah tersebut. Antara pertubuhan tersebut termasuklah Gabungan Melayu Patani raya, GAMPAR dan Gerakan Rayat Patani. Pada tahun 1959, kedua-dua pertubuhan ini bergabung lalu membentuk Barisan Nasional Pembebasan Patani @ BNPP dengan misi utama untuk memerdekakan Patani. Kebanyakan pemimpin pertubuhan ini terdiri daripada golongan elit, misalnya Imam-iman masjid juga dalam kalangan ustaz yang mengajar di madrasah. Pada tahun 1960, BNPP telah memilih untuk berlawan secara gerilya. Mereka telah membentuk Barisan Revolusi Nasional pada tahun 1968 dengan memfokuskan kepada organisasi politik khususnya sekolah-sekolah agama. Kemudian pada tahun 1968, tertubuhnya PULO- Patani United Liebration Organization, muncul sebagai sebuah pertubuhan yang amat berpengaruh. Catatan sejarah mengenai perjuangan pembebasan Patani telah memperlihatkan bahawa tahun-tahun 1960-1970an, aktiviti gerilya di kawasan-kawasan luar bandar di Narathiwat, Patani dan Yala mula meningkat mengakibatkan serangan terhadap balai polis, bangunan-bangunan kerajaan termasuklah sekolah-sekolah kerajaan. 69","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Selanjutnya di fasa 1980-1990an, pertubuhan-pertubuhan ini kekal dianggap sebagai kumpulan pemberontak. Di fasa ini juga kebanyakan sekolah pondok telah memperbaiki kedudukan mereka sebagai sekolah persendirian. Pengajian pondok khususnya telah melaksanakan dan menambahbaikan pengajian agama. Dalam kalangan guru-guru agama mereka tidak senang dengan \u201cnational curriculum\u201d di samping menyediakan keterangan tambahan tentang Islam. Akibatnya, polisi yang disediakan menyebabkan ada dalam kalangan guru-guru agama terlibat aktif dalam politik. Justeru itu sekolah-sekolah pondok mula dikatakan sebagai lokasi\/tempat beroperasi untuk menentang kerajaan. Timbul persoalan adakah aspek agama sebagai punca konflik di Selatan Thaland? Hal ini kerana anak-anak muda Patani yang belajar di negara-negara Islam di Timur Tengah khususnya telah membawa idea-idea mengenai erti perjuangan dan penentangan terhadap agama. Ada dalam kalangan mereka berpendapat \u201c The jihad became a focus of attraction, the solution for the Muslim community\u2019s...\u201d[2010:7]. Di era 2000 hingga tiada noktah akhir, keadaan semakin kritikal, keganasan, pembunuhan semakin gawat. Semenjak tahun 2004, jumlah kematian semakin meningkat akibat konflik antara pihak kerajaan Thai dengan tiga daerah utama Yala, Narathiwat dan Patani. Kini konflik yang berlaku lebih menjurus kepada konflik agama. Justeru rakyat yang menjadi mangsa adalah golongan Sami, guru agama, guru sekolah, pegawai kerajaan, tentera dan pegawai polis. Secara umum, rasa simpati lebih berpihak kepada Melayu Islam [Muslim Malay] khususnya di tiga wilayah, sebagai reaksi penolakan terhadap kerajaan Thai. Dua peristiwa hitam yang berlaku amat pahit untuk ditelan telah menggemparkan dunia. Peristiwa pada 28 April 2004 yang melibatkan 100 militan melawan hanya 10 orang anggota polis di sekitar Masjid Kerisek, dan Oktober 2004 yang dikenali sebagai Peristiwa Tak Bai di Narathiwat yang mengakibatkan 78 orang Islam terkorban dalam keadaan yang menggerikan. Sehingga kini usaha damai masih menemui jalan sukar walaupun pada dasarnya masing-masing pihak mengakui untuk mengakhiri krisis ini. Peleraian dan usaha damai yang masih buntu inilah menyebabkan pembunuhan, letupan, penangkapan dan sekatan semakin menjadi-jadi. Rakyat hidup dalam keresahan, takut untuk keluar berkerja bimbang dibunuh atau ditembak. Situasi ini telah merubah bentuk dan fungsi perjuangan rakyat dalam kalangan Muslim Patani, kini perjuangan yang pada mulanya ingin mencari perdamaian telah mengarah kepada perjuangan menuntut bela atas nama agama, bangsa dan tanah air, mempertahankan maruah Islam yang telah dipandang remeh, diperkotak katikkan mula menjadi keutamaan yang wajib yang diperjuangkan. Semangat perjuangan memperlihatkan serampang dua mata antara patriotisme dengan jihad. Karya sastera : Fungsi dan Peranan Pengarang dalam menangani kritis di Selatan Thai. Krisis di tiga wilayah Selatan Thai yang tiada titik noktah ini telah menjadi isu bukan hanya dalam kalangan masyarakat setempat sahaja, malah menjalar hingga ke-negara jiran, melangkaui sempadan negara. Krisis yang berlaku tidak hanya dibicarakan dalam kalangan ahli sejarah, ahli politik, ahli ekonomi bahkan para sarjana sastera telah memanipulasikan bidang ilmu sastera sebagai satu alternatif untuk mencari jalan keluar bagi menamatkan krisis ini. Usaha ini mula dipelopori dan dicetuskan oleh pengarang Melayu walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti. Golongan ini seringkali rasa terpinggir, rasa rendah diri, rasa tidak dilayan dengan baik dan pastinya tidak mendapat keadilan daripada pihak pemerintah. Di antara para pengarang yang merakamkan rasa tidak puas hati mereka terhadap rakyat tempatan yang dianiayai, dizalimi dan dibunuh, juga dipaksa untuk menerima segala bentuk perubahan yang dikenakan mengikut kehendak kerajaan. Antara mereka ialah Abdul Razak Razak Panaemalae, Siri Neng Buah, Eh Pong Awang Din, Prasert Eh Chai, E Pian Pro Poul, Lukman Iskandar, Siriworn Kaewkarn dan Rohani 70","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Deraman. Ada dalam kalangan mereka penulis berdarah Siam , kacukan dan orang Melayu. Karya-karya mereka cenderung untuk menyatakan sikap dan pendirian tentang semangat nasionalisme terhadap negara Thai. Mungkinkah melalui saluran sastera, krisis yang berlaku di tiga wilayah Selatan Thai akan memperoleh jalan penyelesaian? Timbul juga persoalan mampukah karya sastera mencadangkan satu jalan keluar untuk menangani krisis yang semakin parah ini? Atau setidak-tidaknya rakyat di Selatan Thai sebagai khalayak pembaca mula dapat memahami bahawa sengsara mereka yang sekian lama kini telah diabadikan dan diperdengarkan kepada pihak pemerintah dan dunia luar. Erti Patriotisme. Dalam erti kata yang biasa difahami istilah patriotisme berasal dari akar kata patriot membawa maksud seseorang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara, lebih sesuai dikenali sebagai pembela negara. Justeru itu, berkaitan dengan patriot ialah patriotik yang membawa erti sikap dan tindakan untuk membela negara. Selanjutnya patriotisme memberikan maksud yang lebih holistik iaitu fahaman dan pegangan yang kukuh terhadap wujudnya rasa cinta dan kasih sayang seseorang individu [patriot] terhadap negaranya. Seringkali karya-karya yang ada kecenderungan atau mengarah kepada perjuangan diasosiasikan dengan tentera dan perang disebut sebagai novel perang. Konsep ini secara umumnya melibatkan pertempuran, tentera, peperangan yang melibatkan seorang patriot itu mempertahankan negara daripada musuh. Namun begitu tidak semestinya novel tentera yang berperang untuk negaranya semata-mata bersifat patriot, novel yang merakamkan rasa kasih terhadap tanah air juga ialah novel patriot [S.M.Zakir, 2013:9]. Berdasarkan pengertian inilah, maka isu patriotisme akan dihalusi menggunakan dua novel pilihan untuk kertas kerja ini iaitu The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde karya Siriworn Kaewkarn yang diterjemahkan oleh Marcel Barang, diterbitkan pada tahun 2010, dan novel Lukanya Merah karya Rohani Deraman yang diterbitkan pada tahun 2013. Perbincangan akan memperlihatkan bentuk-bentuk perjuangan rakyat di wilayah selatan yang akan menjelaskan corak dan semangat patriotisme yang tidak berbelah bagi demi menyatakan rasa cinta pada bangsa dan tanah air. Patriotisme menerusi novel The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde Novel The Murder Case of Tok Imam Storpa Karde diadaptasikan daripada kisah benar merujuk kepada kes pembunuhan Imam Storpa Yusuf di Kampung Lahan, Mukim Paluru, daerah Sungaipadi, Narathiawat. Kes pembunuhan ini dianggap misteri berlaku pada 30 Ogos 2005 kerana sehingga kini tiada siapa yang tahu siapa pembunuh arwah. Olahan pengarang berkisar kepada kesan dan akibat selepas kematian Imam Setopa Kade, sebagai seorang Imam yang dihormati dalam kalangan masyarakat di Kampung Tanjung Baru. Peristiwa kematian Imam ini telah mencetuskan ketegangan, kemarahan, rasa tidak puas hati antara masyarakat setempat khususnya dalam kalangan masyarakat Islam dengan pihak kerajaan. Arwah Imam Stopa merupakan pemimpin agama yang disegani oleh semua masyarkat Tanjung Baru. Imam Stopa dibunuh pada satu malam di hadapan masjid Kampung Tanjung Baru. Sewaktu kejadian, tidak ada siapa pun yang melihat. Hanya anak lelakinya iaitu Muhamad Kade sempat berjumpa ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Di saat getir itu, Imam Stopa memberitahu anaknya bahawa orang yang membunuhnya itu memakai baju tentera [hlm: 41-42]. Walaupun kematian telah membangkitkan rasa marah penduduk kampung, namun tindakan di pihak kerajaan sebaliknya. Pihak kerajaan menganggap kejadian itu peristiwa biasa saja dan tidak perlu dihebohkan. Hakikatnya, kematian Imam Stopa Kade telah mencipta satu misteri yang menyebabkan ramai pihak mula membuat andaian, antaranya: 71","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1. Pihak kerajaan sendiri yang membunuh kerana di tempat kejadiaan ada kesan kasut yang dipakai oleh pihak tentera. 2. Juga disebabkan pihak kerajaan ingin membalas dendam terhadap orang Melayu yang telah membunuh ketua sami. 3. Kerajaan telah membuat kenyataan bahawa Imam Stopa dibunuh oleh orang kampung sendiri, bahkan Karim Mat Lateh telah disyaki oleh pihak kerajaan dalam kejadian ini. 4. Kematian ini berpunca daripada masalah dadah dan perniagaan barangan haram. Sebagai seorang yang berpengaruh, masyarakat setempat amat mematuhi apa juga ajaran Imam Stopa sehingga menimbulkan rasa kurang senang pihak kerajaan. Hal ini kerana golongan guru agama, alim ulama dan pemimpin agama adalah pihak yang sering menyampaian ajaran tentang semangat perjuangan untuk mempertahankan tanah air sebagai perkara penting yang dituntut dalam Islam. Justeru itu, pihak kerajaan merasakan pemimpin agama adalah musuh bagi mereka.Kematian Imam Stopa bukanlah hanya satu kes terpencil, hal ini kerana isu pembunuhan dalam kalangan tokoh-tokoh agama seolah- olah menjadi sasaran pihak pemerintah. Pembunuhan dalam kalangan imam semakin berleluasa, misalnya Imam Kampung Koto di daerah Ruso wilayah Narathiwat, arwah ditahan oleh tentera sebagai anggota pembebasan Patani, Imam Kampung Kayi, di daerah Saiburi, wilayah Patani ditangkap kerana menyimpan senjata perang, diikuti dengan pembunuhan Imam Yakob Masjid Jamek, wilayah Patani yang ditembak mati di pasar Ramadhan, Jabang Tiga, Patani. Kematian demi kematian yang telah mengorbankan tokoh-tokoh agama yang cukup disanjungi oleh orang Melayu telah menyebabkan perjuangan yang berbentuk patriotisme beralih arah kepada perjuangan berbentuk jihad. Rakyat mula mengubah tanggapan untuk mempertahankan tanah air kepada satu bentuk perjuangan untuk menuntut bela atas kematian imam, kemusnahan pondok-pondok\/ madrasah, pengeboman masjid\/surau dan rakyat yang beragama Islam dibunuh sewenang-wenangnya. Secara dasarnya guru agama, imam, alim ulama duanggap pemimpin yang berperanan untuk menyampaikan ajaran tentang perjuangan, jihad demi mempertahankan kesucian agama dan bangsa seperti yang dituntut dalam Islam. Justeru itu dasar untuk mempertahankan agama dan tanah air semakin kukuh. Sekiranya pihak kerajaan membina ketetapan bahaawa, \u201c pemimpin agama adalah musuh kerajaan\u201d, maka orang-orang Melayu pula membuat ketetapan bahawa, \u201cmempertahankan agama adalah jihad.\u201d Patriotisme menerusi novel Lukanya Merah Satu yang unik mengenai novel Lukanya Merah karya Rohani Deraman menampilkan watak wanita memainkan peranan penting bernama Mek Romah berusia 64 tahun. Watak nenek ini menjadi tulang belakang untk menyuntik semangat juang anak-anak muda di tiga wilayah Selatan Thai atas semangat patriotisme. Justeru itu faktor biologi samaada usia dan gender bukanlah satu halangan apatah lagi atas erti patriotisme. Berdiri atas dasar menyambung perjuangan arwah suaminya Imam Hj Daud, dan pembunuhan anak lelakinya Saman dan Dollah disebabkan tembakan oleh pihak \u201cdemo\u201d, Mek Romah berjuang dengan penuh semangat. Kemungkinan timbul persoalan adakah Mek Romah berjuang kerana ada yang mempertikaikan Mek Romah menuntut bela atas kematian suami dan anak-anak dan bukan sepenuhnya berjuang untuk agama? Oleh yang demikian perjuangan Mek Romah ini lebih bersifat personal. Namun kemusykilan dan kesangsian ini boleh dibuktikan dengan penampilan sifat-sifat perwatakan Mek Romah dikatakan, yang dicipta sebagai tidak takut mati. Bahkan dalam diari kehidupannya tidak ada perasaan takut dan tidak ada istilah 72","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 pengecut. Justeru, perjuangan Mek Romah yang diandaikan bersifat personal sama sekali tidak wujud kerana sifat perjuangannya adalah visi untuk menegakkan agama Allah. Seluruh perjalanan hidup Mek Romah adalah perjuangan. Tidak hairanlah kehidupannya dilingkungi oleh watak-watak lelaki yang bukan saja hadir sebagai teman seperjuangan dengan Mek Romah, tetapi juga mereka memerlukan buah fikiran Mek Romah, sokongan moral, sumbangan fikiran dan modal perjuangan. Mek Romah adalah pemangkin dalam gerakan anak-anak muda Patani untuk mempertahankan Tanah Selatan. Lebih terkesan lagi kehadiran Mek Romah di sisi mereka adalah pembakar semangat, tanpa Mek Romah pincanglah perancangan anak-anak pejuang ini. Bukanlah sesuatu yang janggal jika khalayak menelusuri kehidupan Mek Romah sentiasa berdamping dengan Haji Dorani, Haji Saamah, Haji Kadir, Pak Da Salleh, Norudin,Mat Kosim, Mat Ludin, Sudin, Abdul Qadir, Mat Roni dan Haji Mat Ail. Pada mereka, tanpa suara sokongan Mek Romah maka percaturan,gerakan dan strategi yang disusun untuk mengatur serangan balas terhadap puak \u201cdemo\u201d tidak ada roh perjuangan. Meneliti arus perjalanan cerita novel ini, mendekatkan pemerhatian bahawa terhasilnya novel ini adalah didasarkan kepada pergolakan Selatan Thai yang tiada kesudahan. Novel ini didasarkan kepada peristiwa tragis dan amat malang di Takbai dan peritsiwa berdarah di masjid Kersik. Justeru jalan cerita novel ini yang sepatutnya sebagai sebuah fiksyen telah terhasil sebagai sesuatu yang lebih \u201creal\u201d. Konflik di Selatan Thai disebut dalam novel sebagai Tanah Selatan adalah perjuangan gerakan pemisah membebaskan tiga wilayah untuk memperoleh hak membolehkan rakyatnya menjalani kehidupan yang aman, bebas, tenteram, sebuah kawasan yang merdeka sebagai negara yang berdaulat. Kesan penceritaan menjadi lebih segar dan telus dengan wujudnya nama-nama tempat yang sememangnya wujud di Tanah Selatan, umpamanya, kampung Chanae, Tanyung Matt, Kampung Ban Sat, Kampung Dusun Nyior, Kampung Sg,Kolok, Yala dan Narathiwat. Kematian dan pembunuhan secara kejam yang berlaku terhadap tokoh-tokoh agama yang menjadi pembakar semangat anak-anak muda Patani seperti yang digambarkan oleh pengarang telah menyebabkan bentuk perjuangan mereka mula beralih kepada tujuan yang lebih besar. Kematian Imam Haji Haji Mat Daud, Imam di Kampung Chanae, Haji Kadir, Imam di masjid Muzafar , Kerisik, Ustaz Sapaeing seorang pendakwah lebih menunjukkan bahawa peristiwa ini bukan lagi satu patriotisme, tetapi jihad di jalan agama. Hal ini kerana rusuhan yang berlaku, tahanan yang dibuat, sekatan yang dijalankan, siksaan dan deraan yang dialami, kematian yang dirahsiakan dan didalihkan puncanya menyebabkan perjuangan PULO mula menukar strategi perang. Penglibatan anak-anak tempatan yang diketuai oleh watak Noruddin, Mat Ludin dan Abdul Qadi rmula memikirkan bahawa sudah sampai masanya untuk mempertahankan agama Islam. Justeru semangat patriotisme yang hanya setakat membawa maksud kesetiaan, cinta dan kasih sayang terhadap negara tidaklah memadai. Anak-anak muda Patani mula membentuk gerakan untuk mempertahankan agama Islam sebagai sebuah perjuangan jihad di jalan ALLAH. Makna jihad yang diperjuangkan oleh anak-anak pejuang Patani terarah kepada jihad melawan musuh, gigih berusaha sepenuh jiwa raga untuk menolak kezaliman, memerangi musuh , membela kebenaran demi mencipta kedamaian dan keamanan. Justeru itu perjuangan anak-anak Patani seperti yang dicetuskan oleh pengarang menerusi novel Lukanya Merah amat jauh berbeza dengan perjuangan IS mahupun pejuang menegakkan Islam digelar terroris. Erti terrorisme itu amat tidak sesuai dengan perjuangan anak-anak muda Patani, mereka buka pengganas yang mencetuskan keganasan. Mereka berjuang menegakkan Islam yang dilihat oleh pihak kerajaan sebagai punca keganasan. Oleh yang demikian, tanggapan negatif terhadap perjuangan anak-anak muda Patani perlu diberikan definisi yang baru. Hal ini bersesuaian dengan \u201cthe voice of peace and nonviolence is everywhere in the world\u201d [2010:12], termasuklah suara kedamaian rakyat Patani dan Wilayah Selatan Thai. 73","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Kesimpulan Dua buah novel yang dipilih untuk perbincangan ini telah memperlihatkan bagaimana erti patriotisme dapat dikesan menerusi perjuangan anak-anak muda Patani khususnya dan rakyat Melayu di tiga Wilayah Selatan Thai, bersama tulang belakang penggerak dan pencertus semangat perjuangan yang datangnya daripada golongan tokoh-tokoh dan pemimpin agama. Perjuangan yang pada mulanya bergerak atas skala menyelamatkan bangsa dan tanah air akibat keganasan, pembunuhan, penderitaan, penembakan dan kemusnahan. Akhirnya perjuangan dan pengorbanan rakyat tempatan bertukar kepada bentuk perjuangan yang lebih serius iaitu jihad. Nekad dan keberanian golongan pemuda- pemuda di tiga wilayah Selatan Thai atas dasar untuk mempertahankan maruah agama Islam yang semakin dipandang remeh, diperlekehkan, rakyat Muslim dibunuh dan ditangkap, ditahan dan diseksa dan kemusnahan masjid\/surau, sekolah agama dan pondok semakin berleluasa. Peristiwa yang mencetuskan perjuangan jihad ini terjadi bilamana golongan Imam mula menjadi sasaran pihak kerajaan. Golongan ini telah dibunuh dengan kejam. Kematian demi kematian yang menimpa tokoh-tokoh dan pemimpin agama telah membina satu agenda baru dalam misi dan visi perjuagan rakyat Patani iaitu jihad untuk mempertahankan agama Islam. Peristiwa inilah yang diungkapkan Siriworn Kaewkan dan Rohani Deraman. Kedua-dua pengarang mengarahkan jalan cerita yang berbeza tetapi mempunyai kesimpulan yang sama iaitu untuk memperlihatkan keterlibatan pemimpin agama sebagai pembakar semangat anak-anak muda Patani dalam perjuangan mereka menegakkan agama Islam. Salah seorang pengkaji pernah mencatatkan, \u201c the jihad became a focus of attraction, the solution for the Muslim community\u2019s ills, even \u2018one of the pillars of islam\u2019 [W.Sugunnasil, 2004: 135-138]. Berdasarkan kenyataan itu jelaslah bahawa perjuangan rakyat Muslim patani dan seluruh rakyat di Wilayah Selatan Thai bukan lagi terarah kepada patriotisme, tetapi perjuangan jihad adalah visi dan misi utama demi menyelamatkan maruah dan martabat agama Islam yang semakin tipis dan dipandang enteng oleh pihak kerajaan. 74","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan. Alias Ismail. 2013. \u201cPerjuangan Penulis Siam di Persimpangan\u201d, Dewan Sastera. Ogos:10-14. Aminah Jehwae & Siti Hajar Che Man. 2014. \u201cMembongkar Misteri Pembunuhan Tok Imam Satopa Kade: Pemimpin Agama di Selatan Thailand. Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Warisan Patani dalam Kesusasteraan, Budaya dan Media, pada 23-24 September. Benjamin A.Batson. 1984. The End of the Absolute Monarchy in Siam. London: Oxford University Press in Herry Nurdi. 2010. Perjuangan Muslim Patani. Jakarta: Alam raya Publications Ismi Ae Mohamad. 2013. \u201c Merenung Garis Sempadan Tanah Naro-Tanah Lantan\u201d, Dewan Sastera. Ogos: 16-20. Jeniri Amir.2006. \u201cPatriotisme dalam Sastera: Gambaran atau Certusan\u201d, Dewan Sastera. Ogos:19-23 Osman Abdullah Chuah. 2010. \u201cConflicts and Peace Initiatives between Minority Muslims and Thai Buddhists in the Southern Thailand\u201d, Journal of Religion, Conflict and Peace, Spring ,Vol 3 :1-16 Siti Hajar Che Man. 2015. \u201cDarah dan Air Mata Perjuangan Wanita di Tanah Selatan: Menerusi novel Lukanya Merah karya Rohani Deraman, Kertas kerja yang dibentangkan di Diskusi Karya Patani, pada 28 Mei. S.M.Zakir. 2013. \u201cPatriotisme dalam Novel Perang\u201d, Dewan Sastera, Julai: 9-15. W. Sugunnasil, 2004. \u201cIslam, Radicalism and Violence in Southern Thailand\u201d, Critical Asian Studies 38, no.1 hal 135-138. 75","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ANALISIS MAKNA PERIBAHASA MELAYU-THAI DALAM KONTEKS \u2018MENDIDIK\u2019 MELALUI PERSPEKTIF SEMANTIK INKUISITIF Mohd Ridzuan Md Nasir, Mary Fatimah Subet Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak Muhammad Zaid Daud Pusat Pembelajaran Bahasa, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ABSTRAK Peribahasa digunakan oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia mengikut adat dan budaya masing-masing. Masyarakat Melayu dan masyarakat Thailand juga tidak terkecuali menggunakan peribahasa sebagai alat komunikasi secara kiasan untuk menyampaikan nasihat, teguran, didikan, dan pengajaran. Dalam ungkapan peribahasa dikatakan terkandungnya kebijaksanaan pemikiran, budaya, falsafah dan akal budi sesebuah masyarakat tersebut. Dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan makna antara peribahasa Melayu-Thai dalam konteks \u2018mendidik\u2019 dan juga mengkaji ketinggian akal budi dalam penciptaan peribahasa menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan ataupun analisis relational (semantik) yang mengkaji hubungan antara konsep dan makna peribahasa. Data kajian diambil daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Abdullah Hussain (2016) untuk peribahasa Melayu manakala Kamus Peribahasa Thai oleh Phasit Khampangpueaw (2000) untuk peribahasa Thai. Kajian ini menfokuskan peribahasa bertemakan pendidikan untuk dianalisis yang dikenal pasti berdasarkan asosiasi makna. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif yang melibatkan tiga tahap memproses, iaitu semantik skrip, semantik resonans dan semantik inkuisitif. Hasil kajian mendapati terdapat persamaan makna antara peribahasa Melayu-Thai dalam menyampaikan unsur-unsur pendidikan walaupun terdapat perbezaan dari segi pemilihan leksikal. Selain itu, melalui semantik inkuisitif juga kajian ini berjaya menonjolkan kebijaksanaan pemikiran masyarakat Melayu dan masyarakat Thailand yang disampaikan melalui peribahasa. Kata kunci: peribahasa Melayu, peribahasa Thai, semantik inkuisitif, akal budi, pendidikan 76","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGENALAN Peribahasa dikatakan muncul bersama wujudnya bahasa dan peradaban sesuatu bangsa. Susunan kata yang ringkas dan bersifat kiasan ini merupakan salah satu cabang sastera yang akan sentiasa ada selagi mana adanya bahasa (Abdullah Hussain, 2016). Menurut Nor Hashimah (2014), walaupun telah berusia berkurun lamanya, peribahasa masih lagi relevan digunakan sehingga ke hari ini. Kata-kata ringkas tetapi penuh dengan makna tersirat yang terkandung padanya kebijaksanaan pemikiran sesuatu bangsa ini berfungsi sebagai alat komunikasi berbentuk kiasan. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan teguran, mendidik, memberi nasihat, sindiran dan pengajaran dalam bentuk perlambangan dan bersifat metafora. Lazimnya, pembentukan peribahasa menggunakan unsur-unsur alam semula jadi kerana mempunyai perkaitan rapat dengan adat resam, budaya dan etos masyarakat tersebut (Mohd Ridzuan, 2019). Zaitol Azma dan Ahmad Fuad (2011) menjelaskan bahawa peribahasa tercipta melalui rakaman dan pemerhatian terhadap ragam kehidupan masyarakat seperti perihal hidup, keadaan sekeliling, sifat, kejadian serta peristiwa yang dikatikan dengan kejadian unsur alam menggunakan ungkapan kata-kata yang indah, ringkas, puitis dan berirama. Selanjutnya, Nor Hashimah (2014) menyatakan peribahasa digunakan dengan meluas oleh pelbagai bangsa di seluruh dunia mengikut adat dan budaya masyarakat masing-masing. Mengenali gaya hidup sesuatu bangsa dapat menunjukkan keunikan bahasa mereka. Malah, untuk mengenali sesuatu bangsa dengan lebih dekat, mengkaji peribahasa yang dipunyai oleh bangsa ini cukup untuk melambangkan pemikiran, budaya, falsafah, dan akal budi mereka. Mohd Ridzuan (2019) berpendapat peribahasa merupakan warisan bahasa sesuatu bangsa yang perlu dipelihara dan dijaga kelangsungannya. Kedudukan peribahasa seharusnya dijaga sama penting dengan usaha memelihara kelestarian warisan lain yang dianggap sebagai kelangsungan identiti sesuatu bangsa seperti warisan sejarah, seni tarian tradisional, makanan tradisi, seni bina, adat, resam dan budaya (Muhammad Zaid & Mary Fatimah, 2022). Kerajaan dan badan-badan yang bertanggungjawab perlu merancang dan menjalankan pelbagai usaha untuk mempromosi dan mengekalkan kelangsungan warisan ini. Jika tidak diusahakan lebih awal, mungkin suatu masa nanti generasi muda tidak akan mengenali lagi peribahasa dan akibatnya seni bahasa ini akan lenyap begitu sahaja dalam identiti sesuatu bangsa. Jelasnya, peribahasa merupakan salah satu kesusasteraan dan puisi warisan nenek moyang milik sesuatu bangsa termasuklah bangsa Melayu dan juga bangsa Thai. Zaitol Azma dan Ahmad Fuad (2011) dalam buku mereka bertajuk Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai menyatakan peribahasa berkait rapat dengan budaya sesuatu bangsa yang merangkumi cara hidup, undang-undang keluarga dan masyarakat, kepercayaan dan agama, aktiviti sosioekonomi, corak sosiopolitik dan seterusnya pemerhatian terhadap alam sekeliling yang merangkumi geopolitik bangsa Melayu. Perkaitan ini pada dasarnya tidak terbatas dalam pembentukan peribahasa dalam kalangan bangsa Melayu sahaja tetapi turut terpakai untuk bangsa lain juga termasuklah peribahasa Thai. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji hubungan makna antara peribahasa Melayu-Thai dalam konteks mendidik. Analisis makna dilakukan terhadap peribahasa Melayu-Thai adalah untuk memberikan penjelasan dan pemahaman terhadap pembentukan peribahasa dengan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah (2014). Selain untuk menvariasikan lagi kajian tentang 77","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 peribahasa dan semantik inkuisitif, kajian ini turut dilakukan untuk menjelaskan falsafah dan kebijaksanaan akal budi masyarakat Melayu-Thai melalui penciptaan sesebuah peribahasa mengikut budaya bangsa masing-masing. METODOLOGI KAJIAN Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan reka bentuk analisis kandungan. Menurut Ghazali Darussalam dan Sufean Hussin (2018), penyelidikan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan dilakukan dengan penyelidik melakukan analisis terhadap kandungan teks yang diperoleh daripada sumber rasmi dan tidak rasmi menggunakan pendekatan tertentu. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan melibatkan rujukan ke atas data sekunder, iaitu peribahasa Melayu yang diambil daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain, 2016) dan peribahasa Thai yang diambil daripada kamus peribahasa bertajuk Kamus Peribahasa Thai (Phasit Khampangpueaw, 2000). Seterusnya, data peribahasa dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan, iaitu pengkaji mengenal pasti peribahasa Melayu-Thai yang bertema \u2018mendidik\u2019 berdasarkan asosiasi makna yang berkaitan. Pengkaji memilih peribahasa Malayu-Thai yang mempunyai makna yang hampir sama. Setelah melakukan proses pengenalpastian, pengumpulan dan penyaringan data, pengkaji telah memilih dua peribahasa Melayu dan dua peribahasa Thai yang bertema \u2018mendidik\u2019 dan mengekod data seperti dalam Jadual 1 untuk dianalisis. Jadual 1: Peribahasa Melayu-Thai bertema mendidik yang sama maksud Kod Data Peribahasa Maksud Kamus Asosiasi Makna Mendidik PbM-1 Melentur buluh biarlah dari Mengajar anak biarlah Mengajar anak, rebungnya selagi kecil, apabila diajar telah besar, keraslah PbT-1 Thai:\u0e44\u0e21\u0e2d\u0e49 \u0e2d\u0e48 \u0e19\u0e14\u0e14\u0e31 \u0e07\u0e32\u0e48 \u0e22\u0e44\u0e21\u0e41\u0e49 \u0e01\u0e14\u0e48 \u0e14\u0e31 \u0e22\u0e32\u0e01 hatinya dan tidak dapat Melatih anak PbM-2 (Mai on dat ngai Mai Kae dat diajar lagi yak) Melatih anak biarlah BM: Kayu muda atur senang, dari kecil kayu tua atur payah Bagaimana acuan, begitulah Perangai anak Mengikut kuihnya perangai, contoh kebiasaannya mengikut yang ditunjukkan perangai\/ contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapanya PbT-2 Thai: \u0e25\u0e01\u0e39 \u0e44\u0e21\u0e2b\u0e49 \u0e25\u0e19\u0e48 \u0e44\u0e21\u0e44\u0e48 \u0e01\u0e25\u0e15\u0e19\u0e49 Anak tidak akan Anak tidak (Luk mai Lun Mai klai ton) berbeza dengan ibu berbeza dengan BM: Buah akan jatuh tidak jauh dan ayahnya ibu dan ayah daripada pokoknya *Maksud kod data: PbM=Peribahasa Melayu PbT= Peribahasa Thai Merujuk kepada Jadual 1, pengkaji telah mengenal pasti dua peribahasa Melayu dan dua peribahasa Thai yang mempunyai sama maksud dalam kamus-kamus yang dirujuk. Peribahasa Melayu yang pertama, iaitu \u2018Melentur buluh biarlah dari rebungnya\u2019 (Kod PbM-1) dilihat mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa Thai \u0e44\u0e21\u0e2d\u0e49 \u0e2d\u0e48 \u0e19\u0e14\u0e14\u0e31 \u0e07\u0e32\u0e48 \u0e22\u0e44\u0e21\u0e41\u0e49 \u0e01\u0e14\u0e48 \u0e14\u0e31 \u0e22\u0e32\u0e01 (Mai on dat ngai Mai Kae dat yak) atau terjemahan dalam bahasa Melayu ialah \u2018Kayu muda 78","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 atur senang, kayu tua atur payah\u2019 (Kod PbT-1). Manakala peribahasa Melayu kedua yang dikenal pasti ialah \u2018Bagaimana acuan, begitulah kuihnya\u2019 (Kod PbM-2) mempunyai maksud sama dengan peribahasa Thai, iaitu \u0e25\u0e01\u0e39 \u0e44\u0e21\u0e2b\u0e49 \u0e25\u0e19\u0e48 \u0e44\u0e21\u0e44\u0e48 \u0e01\u0e25\u0e15\u0e19\u0e49 (Luk mai Lun Mai klai ton) atau terjemahan dalam bahasa Melayu ialah \u2018Buah akan jatuh tidak jauh daripada pokoknya\u2019 (Kod PbT-2). Setelah pemetaan data dilakukan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1, peribahasa akan dianalisis menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah (2014). Walau bagaimanapun, untuk makalah ini pengkaji hanya akan menganalisis dan membincangkan peribahasa Melayu-Thai PbM-1 dan PbT-1 sahaja sebagai contoh. Kaedah analisis data menggunakan pendekatan semantik inkuisitif melibatkan tiga tahap memproses. Tahap satu ialah semantik skrip yang melibatkan analisis makna permukaan atau maksud yang diperoleh daripada kamus. Seterusnya tahap kedua pula ialah semantik resonans yang melibatkan analisis terhadap data, teori dan kognitif penutur jati dengan mengaplikasikan rangka rujuk silang (RRS) oleh Kempson (1986), iaitu subkonsep di bawah Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986; 1995). Akhir sekali tahap ketiga, iaitu analisis menggunakan pendekatan semantik inkuisitif dengan mempersoalkan pemilihan objek dan imej dalam peribahasa dalam usaha mencungkil makna peribahasa sehingga ke akar umbi untuk menonjolkan falsafah dan akal budi di sebalik penciptaan peribahasa. Rajah 1 memaparkan tahap analisis menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif. Rajah 1: Kerangka kajian semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah (2014) (Sumber: Diambil dan diubah suai daripada buku Semantik dan Akal Budi Melayu) ANALISIS DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian analisis dan perbincangan ini, penyelidik akan menunjukkan kaedah analisis makna peribahasa menggunakan kerangka kajian semantik inkuisitif secara terperinci. Makna peribahasa yang dianalisis akan disertakan contoh ayat bersumberkan data korpus melibatkan ujaran sebenar oleh penutur jati untuk bahasa Thailand (diterjemahkan dalam bahasa Melayu) dan Pangkalan Data Korpus DBP untuk ujaran dalam bahasa Melayu. Analisis Peribahasa Melayu-Thai Sama Maksud Analisis Tahap 1: Semantik Skrip 79","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Jadual 2: Analisis makna peringkat semantik skrip Tema Peribahasa: Mendidik Peribahasa Melayu (PbM-1) Makna Kamus Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mengajar anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi Peribahasa Thai (PbT-1) Makna Kamus \u0e44\u0e21\u0e2d\u0e49 \u0e2d\u0e48 \u0e19\u0e14\u0e31\u0e14\u0e07\u0e32\u0e48 \u0e22\u0e44\u0e21\u0e41\u0e49 \u0e01\u0e14\u0e48 \u0e31\u0e14\u0e22\u0e32\u0e01 Melatih anak biarlah dari kecil (Mai on dat ngai Mai Kae dat yak) Kayu muda atur senang, kayu tua atur payah Merujuk Jadual 2, makna PbM-1 dan PbT-1 dilihat mempunyai maksud yang hampir sama. Maksud kedua-dua peribahasa ini diperoleh dengan merujuk kamus peribahasa yang diterbitkan oleh badan yang diiktiraf oleh negara masing-masing. Analisis pada tahap 1 ini dinamakan sebagai semantik skrip. Pada peringkat ini, hanya makna permukaan dikemukakan seperti yang dipaparkan. Makna permukaan di sini bermaksud makna yang diperoleh daripada kamus peribahasa yang diberikan oleh masyarakat terdahulu. Semantik skrip adalah makna setara yang hanya menunjukkan makna tersurat sahaja dan tidak dihuraikan dengan lebih mendalam. Menurut Nor Hashimah (2014), makna permukaan ini dilihat tidak berupaya untuk menunjukkan perkaitan di antara bahasa, kognitif dan akal budi di sebalik pembentukan peribahasa tersebut dan memerlukan analisis selanjutnya. Analisis Tahap 2: Semantik Resonans Analisis makna peribahasa diteruskan ke peringkat semantik resonans dengan mengaplikasikan rangka rujuk silang (RRS). Analisis dilakukan ke atas ujaran sebenar untuk menunjukkan wujudnya pembuktian linguistik secara kognitif dalam penggunaan peribahasa. Untuk dapatan ayat yang menggunakan peribahasa Thai, penyelidik telah menterjemahkan ujaran dalam bahasa Thai kepada bahasa Melayu dengan bantuan penutur jati. Data PbM-1: (i) \u201c***Benarlah kata pepatah kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya***. Oleh itu kalau kita sebagai ibu bapa yang sudah mengetahui jenis tuntutan yang menguasai anak-anak, perlu mengambil langkah pencegahan awal dengan memberikan tumpuan dan perhatian khas supaya naluri anak dapat diseimbangkan dengan tuntutan kerohanian. Perkara ini penting sebelum terlambat kerana jika anak tidak dapat diselamatkan, mereka akan menjadi sampah masyarakat\u201d. Sumber: Korpus DBP Data PbT-1: (ii) \u201cRakan sebilik saya tidak pernah begitu kemas. Saya selalu memberi amaran beberapa kali tetapi tidak akan mengubah apa-apa. Seperti yang mereka katakan, ***kayu muda atur senang, kayu tua atur payah***\u201d. Sumber: Penutur jati Thailand Ayat (i) di atas adalah contoh penggunaan peribahasa Melayu, iaitu \u2018melentur buluh biarlah dari rebungnya\u2019. Peribahasa ini jelas menyampaikan komunikasi \u2018mendidik\u2019 apabila kewujudan leksikal \u2018ibu bapa\u2019, \u2018anak-anak\u2019 serta frasa \u2018mengambil langkah\u2019 \u2018memberikan tumpuan\u2019, \u2018diseimbangkan dengan tuntutan kerohanian\u2019 dan \u2018tidak dapat diselamatkan\u2019 digunakan bersama-sama dengan peribahasa. Menerusi aplikasi RRS, frasa \u2018pencegahan awal\u2019 dan \u2018sebelum terlambat\u2019 adalah premis tambahan yang secara konsepsinya boleh dirujuk silang dengan imej \u2018rebung\u2019 dan \u2018buluh\u2019. 80","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Begitu juga contoh penggunaan peribahasa Thai yang ditunjukkan dalam ujaran (ii), iaitu \u2018kayu muda atur senang, kayu tua atur payah\u2019. Walaupun menggunakan objek yang berbeza dengan PbM-1 seperti \u2018kayu muda\u2019 dan \u2018kayu tua\u2019, peribahasa PbT-1 masih menyampaikan maksud yang sama, iaitu \u2018melatih anak biarlah dari kecil\u2019. Dalam contoh ujaran yang diberikan dalam ayat (ii), penggunaan peribahasa ini secara eksplisit menyampaikan bahawa didikan yang baik itu perlulah bermula dari rumah dan sejak kecil oleh ibu bapa. Melalui RRS, rujuk silang antara ayat pertama \u2018Rakan sebilik saya tidak pernah begitu kemas\u2019, dengan ayat kedua, iaitu \u2018Saya selalu memberi amaran beberapa kali tetapi tidak akan mengubah apa-apa\u2019 yang dikaitkan dengan peribahasa \u2018kayu muda atur senang, kayu tua atur payah\u2019 jelas menunjukkan maksud bahawa apabila telah dewasa, perangai seseorang tidak dapat diubah lagi kerana begitulah didikan yang diberikan ketika mereka masih kecil. Makna kedua-dua peribahasa Melayu-Thai ini dapat difahami bahawa anak-anak pada peringkat usia yang masih muda mudah untuk dibentuk oleh ibu bapa dengan memberi didikan awal sebelum mereka meningkat usia. Jika telah menginjak dewasa, semuanya sudah terlambat dan susah untuk dibentuk lagi. Melalui pembuktian linguistik yang dilakukan ini, penjelasan secara kognitif telah berjaya menghubungkaitkan penggunaan kedua-dua peribahasa ini melalui perlambangan imej \u2018rebung-buluh\u2019 untuk peribahasa Melayu dan objek \u2018kayu muda-kayu tua\u2019 untuk peribahasa Thai dalam konteks \u2018mendidik\u2019. Tambah Muhammad Zaid, Nurul Aida dan Mary Fatimah (2021), dengan adanya konteks yang cukup, maka kesan kognitif terhadap pendengar untuk memahami sebuah peribahasa akan lebih berwibawa. Hasil daripada analisis di peringkat semantik resonans ini juga, kedua-dua peribahasa ini secara jelasnya menunjukkan perbandingan waktu, iaitu peralihan usia daripada masa muda dan masa dewasa serta maksud yang ingin disampaikan melalui usaha memproses yang difahami oleh pendengar akan menjadi rendah. Walau bagaimanapun, menurut Nor Hashimah (2014), huraian makna yang dilakukan melalui analisis tahap 1 dan tahap 2 masih tidak memadai untuk menjelaskan makna sebenar peribahasa ini dalam menjelaskan falsafah dan akal budi dan memerlukan satu lagi tahap analisis, iaitu semantik inkuisitif. Analisis Tahap 3: Semantik Inkuisitif Makna peribahasa PbM-1 dan PbT-1 pada hakikatnya boleh diteroka dengan lebih mendalam lagi dengan menggunakan perspektif semantik inkuisitif. Menurut Nor Hashimah (2014), mengkaji makna peribahasa sepatutnya bukan hanya melihat makna kamus dan penglibatan kognitif sahaja tetapi perlu dilihat dengan \u2018mata hati\u2019 untuk menonjolkan falsafah dan akal budi di sebalik penggunaan pelbagai objek dan imej dalam peribahasa tersebut. Oleh sebab itu, untuk mencungkil makna sebenar peribahasa PbM-1 dan PbT-1 dengan menggunakan perspektif semantik inkuisitif, beberapa persoalan perlu dikemukakan, iaitu; 1. Kenapakah masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan imej \u2018rebung\u2019 dan \u2018buluh\u2019 dalam peribahasa PbM-1 tetapi masyarakat Thailand menggunakan imej \u2018kayu\u2019 walaupun peribahasa tersebut membawa maksud yang sama? 2. Bagaimakah penggunaan unsur alam dalam kedua-dua peribahasa ini dapat dikaitkan dan dikomunikasikan dengan ciri-ciri mendidik? Menurut pemerhatian pengkaji, peribahasa PbM-1 dan PbT-1 sering kali digunakan untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa dalam usaha membentuk dan mendidik anak haruslah bermula pada usia mereka masih kecil. Berdasarkan persoalan (1), kenapakah \u2018buluh\u2019 dan \u2018rebung\u2019 dipilih dalam peribahasa PbM-1 yang membawa maksud mengajar anak biarlah selagi kecil? 81","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Buluh mempunyai kepentingannya tersendiri dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Tumbuhan ini menjadi sumber alam yang akhirnya membentuk nilai budaya dalam masyarakat Melayu. Buluh sering digunakan untuk membina rumah, membina jambatan yang menghubungkan kampung-kampung, membina rakit untuk pengangkutan air dan juga membuat peralatan untuk kegunaan seharian seperti alat menangkap ikan yang dipanggil bubu, senduk, bekas makanan dan minuman dan bakul dan juga rangka wau (Mohd Zaihidee, 2009; Nazli Ibrahim, 2019). Buluh atau nama saintifiknya Bambusoideae dikenali sebagai tumbuhan yang mempunyai struktur berbentuk silinder, panjang dan berongga di dalamnya serta mempunyai buku dan ruas di antaranya. Buluh akan menjadi sangat keras apabila telah matang mempunyai daya ketahanan yang sangat kuat (Laupa Junus, 2014). Merujuk penjelasan ini, imej \u2018buluh\u2019 yang digunakan dalam peribahasa ini dilihat mempunyai makna implisit yang ingin mengetengahkan ciri-ciri \u2018keras\u2019 yang ada pada buluh tersebut untuk dikaitkan dengan salah satu perwatakan yang ada pada manusia, iaitu \u2018degil\u2019 ataupun \u2018keras kepala\u2019. Sifat keras buluh dalam peribahasa ini kemudiannya dibandingkan dengan sifat lembut yang ada pada rebung untuk menunjukkan perbezaan pada sifat kedua-dua objek ini. Rebung adalah tunas muda yang tumbuh daripada akar buluh dan keluar daripada rumpun buluh (Kamus Dewan, 2015). Rebung juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dalam masyarakat Melayu apabila sering digunakan sebagai bahan untuk pelbagai masakan dan sebagai ulam-ulaman. Rebung boleh diambil untuk dimakan apabila mencapai usia sebulan hingga dua bulan. Jika usia rebung sudah melebihi tempoh dua bulan, rebung tidak lagi boleh diambil untuk dimakan kerana telah berubah menjadi anak buluh yang keras (Mohd Anim, 2014). Melihat kepada pengaruh dan sifat yang ada pada buluh dan rebung, maka tidak hairanlah masyarakat Melayu dahulu menggunakan kedua-dua imej ini untuk memberi kiasan kepada ibu bapa mengenai urusan kekeluargaan dalam mendidik anak- anak. Seterusnya, merujuk kepada peribahasa PbT-1, kenapakah masyarakat Thai pada zaman dahulu menggunakan objek \u2018kayu muda\u2019 dan \u2018kayu tua\u2019 untuk mengkomunikasikan maksud mendidik anak hendak dari kecil? Menurut Pareeda Hayeeteh et.al (2021), suatu ketika dahulu Thailand terkenal dengan masyarakatnya yang menjalankan aktiviti pertanian untuk menyara hidup. Pertanian berkait rapat dengan sumber alam seperti tanam-tanaman, tumbuhan, pokok dan kayu. Dwi Shinta (2012) pula menyatakan dalam kajiannya bahawa Thailand terkenal dengan industri komersial kayu getah yang bermula pada tahun 1900. Pada asalnya, kayu getah yang telah tua digunakan untuk dijadikan bahan bakar dan arang. Kemudian, masyarakat Thai mula menemui manfaat kayu getah pada tahun 1987 untuk dijadikan sebagai produk berasaskan kayu seperti perabot, bahan binaan rumah dan peralatan kegunaan harian yang lain. Selain untuk mendapatkan susu getah, pokok getah mula ditanam secara meluas untuk mendapatkan kayunya yang bagi tujuan menghasilkan produk-produk berasaskan kayu getah. Kayu getah diperlukan untuk sesetengah produk kayu seperti rangka katil, meja makan dan kerusi kerana sifatnya yang mudah untuk dilentur dan tahan lama. Indsutri kayu getah terus berkembang pesat di Thailand dan menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan ekonomi negara tersebut sehingga kini (Dwi Shinta, 2012). Merujuk kepada penjelasan ini, kajian ini berpendapat bahawa objek \u2018kayu\u2019 yang digunakan dalam peribahasa PbT-1 ini mempunyai perkaitan dengan aktiviti pertanian yang diamalkan oleh 82","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 masyarakat Thai pada suatu ketika dahulu. Tidak terbatas untuk tanaman kayu getah sahaja, objek \u2018kayu\u2019 dalam peribahasa ini pada dasarnya boleh dianggap merangkumi apa sahaja jenis kayu daripada sumber tanaman yang ada. Oleh hal yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa pembentukan peribahasa \u2018kayu muda atur senang, kayu tua atur payah\u2019 adalah hasil daripada pengamatan masyarakat Thai terhadap ciri-ciri yang ada pada kayu muda dan kayu tua dalam menghasilkan sesuatu barangan berasaskan kayu. Sifat kayu muda yang senang dilentur telah dilambangkan kepada proses mendidik anak akan menjadi lebih mudah pada usia mereka masih kecil. Jika anak-anak sudah dewasa, ibu bapa pasti akan menghadapi masalah untuk membentuk mereka semula. Hal ini dapat dikaitkan dengan sifat kayu tua yang susah untuk dilenturkan kerana sifatnya yang keras. Kesimpulannya, walaupun menggunakan imej dan objek yang berlainan, peribahasa PbM-1 dan PbT-1 masih mendukung maksud yang sama. Hubungan antara kedua-dua peribahasa ini yang menggunakan kata \u2018melentur\u2019 dan \u2018mengatur\u2019 dilihat mempunyai tujuan yang sama, iaitu memotivasikan perihal \u2018mendidik\u2019 yang oleh ibu bapa untuk membentuk akhlak dan keperibadian anak-anak mengikut acuan yang dikehendaki. Kiasan ini sangat bertepatan dengan peranan dan tugas ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi kerana apabila telah meningkat remaja dan dewasa, keperibadian anak-anak pastinya sukar untuk dibentuk semula. KESIMPULAN Analisis makna peribahasa menggunakan pendekatan semantik inkuisitif terhadap peribahasa Melayu-Thai bukan sahaja dapat menjelaskan hubungan makna antara kedua- dua peribahasa ini malah telah menonjolkan kebijaksanaan masyarakat Melayu-Thai dalam penciptaan sesebuah peribahasa. Walaupun menggunakan imej dan objek yang berlainan, peribahasa Melayu-Thai ini secara umumnya menyampaikan maksud yang sama. Melalui kajian ini juga, dapat disimpulkan bahawa pemilihan imej dan objek tertentu daripada sumber alam sebagai metafora dalam peribahasa dilihat mempunyai hubungan rapat dengan gaya hidup, persekitaran, aktiviti ekonomi masyarakat dan turut dipengaruhi oleh budaya sesuatu bangsa. Akhir sekali, pendekatan semantik inkuisitif bukan sahaja dapat mencungkil makna peribahasa Melayu-Thai sehingga ke akar umbi malah turut menjelaskan falsafah dan akal budi penutur jati kedua-dua masyarakat Melayu-Thai. 83","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Abdullah Hussain. 2016. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dwi Shinta Agustina. 2012. Pemanfaatan Kayu Karet di Beberapa Negara Produsen Karet Alam Dunia. Warta Perkaretan 2012, 31(2), 85 \u2013 94. Ghazali Darussalam dan Sufean Hussain. 2018. Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. https:\/\/prpm.dbp.gov.my\/ Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kempson, R. M. 1986. Ambiguity and the semantics and pragmatics distinction. Dalam C. Travis (Pynt.), Meaning and interpretation (pp. 135-154). Basil Blackwell. Laupa Junus. 2014. Kajian buluh tempatan. Utusan Online. http:\/\/www.utusan.com.my\/sains-teknologi\/sains\/kajian-buluh-tempatan Mohd Anim Hosnan. 2014. Rebung- khasiat dan manafaat. http:\/\/animhosnan.blogspot.com\/2014\/08\/rebung-khasiat-dan-manafaat.html Mohd Ridzuan Md Nasir. 2019. Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak. Mohd Zaihidee Arshad. 2009. Kraf Buluh Kampung Jal Kechil: Simbolisme Minda dan Watak dalam Sosiobudaya Melayu. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia. Muhammad Zaid Daud, Nurul Aida Abdullah, & Mary Fatimah Subet. 2021. Refleksi Sisi Negatif Burung Gagak dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Issues in Language Studies, 11(2), 24 \u2013 44. Muhammad Zaid Daud, & Mary Fatimah Subet. 2022. Ayam Sebagai Rujukan Makna Inkuisitif Berhati-hati, Sia-sia dan Khianat dalam Peribahasa Melayu. Kajian Malaysia, 40(1), 179 \u2013 213 Nazli Ibrahim. 2019. Ada apa dengan buluh? https:\/\/selangorkini.my\/2019\/03\/ada- apa-dengan-buluh [16 Jun 2023]. Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Pareeda Hayeeteh, Suhaila Binsamaae dan Samsinar Yapha. 2021. Perbandingan Peribahasa Thai-Melayu: Kajian Semantik Kognitif. Proceeding International Conference On Education, Innovation And Adat Perpatih (ICEIAP 2021), Negeri Sembilan, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Phasit Khampangpueaw. 2000. Peribahasa Thai. Bangkok: Ratchabandittayasatan Sperber, D., & Wilson, D. 1986. Relevance: Communication and cognition. Blackwell Publishers. Sperber, D., & Wilson, D. 1995. Postface relevance: Communication and cognition. Blackwell Publisher. Zaitul Azma dan Ahmad Fuad. 2011. Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 84","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 REPRESENTASI ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT SIAM KELANTAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU Roslan Chin Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia [email protected] Tuan Rusmawati Raja Hassan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Kelantan [email protected] Abstrak Transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawal pertengahan abad ke-13. Pembentukan sosiobudaya dan identiti etnik Siam dan Melayu dikatakan bersifat moden namun masih utuh kepada elemen tradisional dalam kehidupan. Namun begitu, pemesatan dalam bidang teknologi telah meminggirkan sosiobudaya tradisional Thailand dalam kalangan masyarakat Siam Kelantan. Kajian ini menumpukan pemerhatian terhadap hubungan dan proses antara teks dalam penghasilan novel Melayu. Hubungan dan proses itu dikaitkan dengan intertekstualiti iaitu fenomena wujudnya teks dalam sebuah teks atau apa yang dinamakan dialog antara teks. Kerangka kajian ini memanfaatkan gagasan oleh Julia Kristeva. Rumus intertekstual tersebut membentangkan hubungan antara hipoteks (cerpen) dengan hiperteks (novel) bagi melihat makna, proses yang diajukan dan kewajaran ia dilakukan pengarang. Kajian ini merujuk kepada kepengarangan Prasert Eh Chai yang memperlihatkan kecenderungan terhadap karya yang bersifat intertekstual. Novel yang cuba ditekuni ialah Phensi (2022). Kajian ini menemukan bahawa dalam kerangka intertekstualiti, kepengarangan Prasert Eh Chai memperagakan kesetiaannya terhadap teks bukan kreatif (sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan) yang kemudian dikembangkan menjadi novel. Langgam kepengarangan Prasert Eh Chai menunjukkan sensitivitinya mengadun pengalaman sosial ke dalam Phensi. Kajian ini merumuskan intertekstualnya Prasert Eh Chai bukan sahaja secara fizikal dari isu sosiobudaya ke novel; lebih daripada itu, ia merentas persekitaran Siam Kelantan dan akar tradisi Thailand. Kata Kunci: Intertekstual, Julia Kristeva, Novel Phensi, Siam Kelantan, Sosiobudaya, Prasert Eh Chai. 85","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Umum mengetahui, transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawal pertengahan abad ke-13. Pembentukan minoriti etnik Siam di Kelantan adalah berasaskan kepada sejarah penjajahan, pembentukan negara bangsa, konflik dan modeninasi (Suziana Razali, 2020). Pembentukan sosiobudaya dan identiti etnik Siam dan Melayu mengalami percampuran elemen tradisi dan elemen moden. Pemesatan teknologi pada zaman kini didakwa telah melenyapkan sebahagian daripada elemen tradisi dan situasi ini sangat membimbangkan. Elemen tradisi kian dipinggirkan kini diangkat semula sebagai persoalan utama dalam karya sastera. Dikesani, ia merupakan hasil keperihatinan dan sensitiviti penulis Siam Kelantan tentang isu sosiobudaya masyarakatnya. Dalam konteks ini, tokoh yang cuba ditekuni aspek kepengarangannya ialah Prasert Eh Chai. Beliau merupakan seorang penulis kelahiran Kampung Jambu, Tumpat Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat Kelantan. Walau bagaimanapun beliau belajar sendiri sehingga lulus STPM. Prasert Eh Chai mula menulis pada tahun 1989. Sepanjang keterlibatan beliau dalam mandala kesusasteraan Melayu, beliau merupakan penulis cerpen, novel, skrip drama TV dan cerpen terjemahan. Antara cerpen yang dihasilkan beliau ialah Gelanggang (1994), Samran (2018) dan Phensi (2022). Prasert Eh Chai turut menghasilkan antologi cerpen bersama misalnya Antara Dua Deru, Bulan, Bulan 2-Waqaf (Utusan-Public Bank), Menara 2, Menara 3, Menara 5 (DBP- Maybank), Tanpa Mengira Warna (DBP), Meniti Pelangi Senja (Fajar Bakti) dan Mawar di Pusara (DBP). Cerpen beliau pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan Melayu-Public Bank (1990,1991,1992) serta Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1989,1990,1992). Cerpen \u201cGedombak\u201d yang memenangi Hadiah Kedua (Maybank-DBP) diadaptasikan dan disiarkan di TV3 dengan judul \u201cMenora Lung Sagor\u201d. Antara skrip drama TV (bersiri) yang pernah beliau hasilkan ialah Gerigis Kasih, Bayang Kota, Mencapai Awan, Keruh di Muara dan Gelora Cinta. Beliau juga berpengalaman sebagai guru sandaran, editor, penulis skrip drama televisyen di sebuah produksi. Kini beliau menceburi bidang seni bina di sebuah syarikat kontraktor. Novel Phensi antara lain merupakan novel hasil penggembelengan teks bukan kreatif iaitu sosiobudaya. Pengarang bertindak menyaring isu sosial dan budaya masyarakat Siam Kelantan yang benar-benar wujud di alam nyata dan menuangkannya kembali ke dalam bentuk karya kreatif dengan bancuhan idea, kreativiti dan inovasi tersendiri. Kecenderungan pengarang dalam mengemukakan semula isu sosiobudaya adalah untuk mengembalikan ingatan kepada khalayak tentang khazanah budaya yang ada dalam masyarakat Siam Kelantan yang kian larut dalam arus kemodenan. Sebaliknya menerusi bentuk baharu, pengarang menghadirkan idea, tanggapan serta tafsiran tersendiri sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan Perbahasan wacana yang rencam serta ketinggian akal budi masyarakat Melayu dalam karya harus ditaakul dan dimaknai oleh khalayak. Pandangan ini dapat dilihat menerusi pengaplikasian sosiobudaya dalam penggubahan novel Phensi. Prasert Eh Chai dilihat menggarap sensitiviti dan kreativitinya dalam memaparkan sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan untuk tatapan khalayak. Keprihatinan, kesedaran dan daya kepekaan yang tinggi, diperoleh melalui pelbagai sumber iaitu pemerhatian, penelitian, pengalaman peribadi mahupun pembacaan yang disaring dan diolah melalui proses kreativiti yang meninggalkan kesan mendalam kepada pembacanya. Justeru persoalan yang menyangkut tentang kehidupan manusia tentunya tidak terlepas daripada lingkungan kepengarangan (Umar Junus, 1996). Maka, makalah ini bakal memaparkan apa, 86","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 bagaimana dan mengapa isu sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan dibaurkan Prasert Eh Chai ke ruang naratif novel Phensi. Phensi Dan Penggemblengan Intertekstualiti Teori intertekstualiti merupakan hasil garapan awal ahli linguistik Switzerland, Ferdinand de Saussure (Mohd Pozi Haji Masurori, 2004). Saussure meniruskan perbahasan terhadap persoalan dasar iaitu tanda bahasa yang diwakili dua bahagian iaitu konsep (signified) dan bunyi imej (signifier). Semiotik hanya sesuai untuk menganalisis karya yang berbentuk abstrak dan absurd. Merasakan bahawa terdapat kelemahan dalam strukturalisme gagasan Saussure untuk menganalisis karya Russia pada zamannya mewajarkan Mikhail Bakhtin menggunakan pendekatan lain untuk menafsir karya Russia. Bakhtin mula mengaplikasikan aspek kebahasaan ke genre kesusasteraan sekitar tahun-tahun 1920-an (Mana Sikana, 1995). Dalam buku The Dialogic Imagination (1981), Bakhtin menggunakan konsep dialogik. Asas teori \u201cdialog\u201d Bakhtin ialah pengucapan yang lampau mempengaruhi pengucapan hari ini atau tiada pengucapan tanpa hubungan dengan pengucapan lain. Julia Kristeva merupakan tokoh yang mengembangkan lagi teori dialogik Bakhtin ini. Kristeva tidak lagi menggunakan istilah \u201cdialogic\u201d tetapi menggantikannya dengan \u201cintertextuality\u201d. Konsep \u201cintertextuality\u201d pertama kali diperkenalkan Kristeva kepada khalayak kesusasteraan Perancis pada tahun 1960-an menerusi tulisannya \u201cLe mot, le dialogue et le roman\u201d (Mawar Safei, 2010). Fahaman intertekstualiti dalam kajian ini adalah berdasarkan definisi asas Kristeva bahawa\u201c\u2026any text is the absorption and transformation of another\u201d menerusi Semiotika and Desire in Language: A Semiotic Approach to Literature and Art. Kristeva kemudian melanjutkan proses dialog Bakhtin dengan merincikannya kepada beberapa prinsip asas seperti petikan (quotation), penyerapan (absorption), pemindahan (transposition) dan pengubahan (transformation) (Julia Kristeva, 1980). Secara khusus hubungan ini memfokus kedudukan hipoteks (teks awal) dengan hiperteks (teks terkini) dan bagaimana hipoteks memberi kesan pada penghasilan hiperteks. Rata-rata perkembangan kesusasteraan Melayu menemukan khalayak dengan beberapa kesendengan dan ketekalan para penulisnya (Mawar Safei, 2006). Antara yang diperlihatkan ialah terdapat fenomena hubungan antara teks yang wujud antara teks yang dibaca dengan beberapa teks lain. Diandaikan bahawa kesan dejavu atau already written itu memberi semacam satu corak kepengarangan yang khusus kepada pengarang dalam mengembangkan kreativitinya. Novel yang dihasilkan pengarang rata-rata merujuk kepada empat rumus teks awal atau apa yang dinamakan sebagai hipoteks. Empat rumus yang dimaksudkan ialah (i) teks tradisional, (ii) teks awal pengarang sendiri, (iii) teks pengarang lain, dan (iv) teks bukan kreatif. Hubungan antara teks ini adalah fenomena \u2018dialog antara teks\u2019 atau \u2018wujud teks dalam sesebuah teks\u2019 seperti yang pernah dikemukakan Mikhail Bakhtin (Todorov, 1984) dan Julia Kristeva (1980). Dikesani wujudnya kecenderungan intertekstualiti iaitu adanya hubungan antara teks bukan kreatif (sosiobudaya) dengan novel dalam kepengarangan Prasert Eh Chai. Didapati novel Phensi memperagakan kewujudan hubungan atau \u201cdialog antara teks\u201d sama ada dari segi watak, latar, atau isu tertentu yang berlaku di Thailand. Fenomena ini membawa kepada beberapa tafsiran terhadap kepengarangan Prasert Eh Chai. Menekuni Phensi, ia sebuah novel yang memaparkan kisah seorang gadis buta bernama Phensi yang ditinggalkan ibunya dan hidup bersama keluarga Mak Su dan Pak Wan. Phensi membesar dalam lingkungan masyarakat Siam Kelantan yang beragama 87","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Buddha serta mengamalkan kebudayaan nenek moyang seperti menora. Seni persembahan menora diperlihatkan dengan begitu mengesankan sekali dalam novel ini. Melaluinya khalayak dapat mengimbau sejarah, fungsi dan kandungan yang terselindung di sebalik perkataan menora. Apatah lagi ketika Phensi dihubungkan dengan pengasas tarian menora ribuan tahun lampau, Mae Sri Mala, ia semakin mengujakan pembacaan. Kedudukan novel Phensi dikesani bersifat intertekstual kerana merupakan pengaruh daripada sosiobudaya masyarakat Siam Kelantan yang berasal daripada negara Thailand. Di sudut lain, Louis Golomb (1978) menyatakan bahawa tarikh sebenar penempatan masyarakat Siam Kelantan sukar untuk ditentukan kerana mereka tidak mempunyai \u201ctradisi istana\u201d yang mencatat sejarah-sejarah mereka. Roger Gordon Kershaw (1969) berpendapat bahawa kampung tertua masyarakat Siam di Kelantan adalah sukar untuk ditentukan. Hal ini kerana, mereka juga tidak mempnyai tinggalan hasil-hasil tulisan untuk dijadikan bukti sejarah kehadiran mereka. Khamnuong Sanong (2003) bagaimanapun menegaskan bahawa selepas tahun 1909, Siam bersatu dengan Malaysia. Masyarakat Kelantan mempunyai identiti, ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan tersendiri, dialek harian, struktur badan, pencarian nafkah dan tempat tinggal. Masyarakat Siam Kelantan dikatakan mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat Melayu. Dalam novel Phensi, ditemukan pelbagai isu sosiobudaya Siam Kelantan yang menjadi jati diri dan identiti asal masyarakat Thai dijelmakan kembali misalnya adab, pantang larang, makanan, hiburan dan kesenian. i. Adab Persis kebanyakan orang Asia, orang-orang Thai bahkan keturunan Siam Kelantan sangat mementingkan adab dalam kehidupan. Mereka sangat menekankan sikap hormat- menghormati orang yang lebih tua. Mereka turut menghormati nenek moyang yang telah meninggal dunia dengan cara membina patung-patung, menggantung gambar dan membuat tugu peringatan. Masyarakat Thai turut menganggap bahagian kepala adalah anggota tubuh yang suci dan terpenting sekali. Justeru, mereka dilarang untuk menyentuh kepala orang lain. Manakala kaki pula dianggap bahagian tubuh yang paling hina dan mereka tidak pernah menggunakan kaki untuk menunjuk sesuatu. Mereka tidak boleh bersilang kaki ketika bercakap dengan orang lain ataupun duduk dalam kuil. Bahkan, ketika masuk ke dalam kuil, mereka akan menanggalkan kasut\/selipar serta topi. Apabila mereka berjalan melintasi orang yang lebih tua, mereka akan menundukkan kepala lebih rendah daripada kepala orang itu atau membongkokkan badan atau merangkak melintasi orang tua yang duduk di atas lantai. Kepentingan adab ini ditemukan dalam; \u201c...\u201cAdab dan sopan santun mesti dijaga. Budi bahasa mesti elok,\u201d pesan Mak Su. \u201cCakap tak boleh sebarangan, mulut tak boleh celopar. Kalau ada orang bagi barang mesti ucapkan terima kasih.\u201d Phensi mengangguk-angguk faham mendengar Mak Su bercerita tentang adab kehidupan. Masyarakat keturunan Thai memang kaya dengan adab-daripada perilaku individu sehingga kepada perbuatan yang melibatkan orang lain. Adab dalam pergaulan, adab berpakaian, adab masa makan, adab menghormati orang lain dan semuanya diterangkan oleh Mak Su. Kata Mak Su, adab membentuk ketinggian akhlak dan keperibadian yang mulia...\u201d (hlm 74). Mak Su memainkan peranan sebagai orang tua, cuba mengajarkan adab kepada Phensi. Walaupon Phensi seorang yang buta, tetapi masih boleh mengamalkan adab yang sopan dengan keluarga angkat, biksu, kawan-kawan atau sesiapa sahaja, sesuai dengan peringkat umur masing-masing. Persoalan adab merupakan satu hal yang penting untuk dilenturkan sedari awal supaya mereka membesar sebagai seseorang yang beradab dan 88","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 bersopan. Generasi muda kini dilihat memiliki adab yang rendah dan tidak tahu menghormati orang yang lebih tua. Oleh yang demikian, pengarang mentrasformasikan dan mempertagaskan isu adab agar generasi muda Siam Kelantan khususnya kembali kepada akar tradisi orang Thailand yang kuat berpegang kepada adab dalam kehidupan seharian. ii. Pantang Larang Menyentuh tentang proses membuat tapai, ternyata banyak sekali pantang larang turun temurun oleh nenek moyang. Misalnya elakkan membuat tapai sewaktu datang bulan kerana dikhuatiri tapai akan bertukar menjadi warna merah. Jika hendak membuat tapai, elakkan dari memberitahu kepada sesiapa kerana bimbang tapai tidak menjadi (kekal sebagai beras). Hendak membuat tapai juga tidak boleh dalam keadaan marah-marah. Pulut yang hendak dibuat tapai tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Sewaktu proses pembuatan tapai, dilarang bercakap perkara yang tidak baik, bahkan mesti elakkan mengeluarkan perkataan \u201ctidak menjadi\u201d. Kemudian, tidak digalakkan mengintai tapai yang sedang diperam kerana dipercayai akan merencatkan proses penapaiannya. Tapai yang diperam perlu disimpan ditempat yang gelap tanpa pengetahuan sesiapa supaya boleh masak dengan sempurna. Pembuat tapai tidak dibenarkan makan benda masam sepeti sireh, dipercayai tapai akan bertukar menjadi warna merah dan masam. Dilarang menggunakan peralatan berwarna merah dan tidak boleh peram tapai di atas lantai. Sejauh mana kebenaran dan kemenjadian pantang larang ini jika ianya dilanggar, tidaklah dapat dipastikan. Dikatakan bahawa, ianya hanyalah sekadar satu bentuk psikologi dan kebetulan sahaja. Pantang larang ini mungkin dibuat untuk mndisiplinkan serta memastikan makanan yang dimasak berada dalam keadaan bersih dan selamat. Generasi zaman sekarang bagaimanapun sudah tidak percaya lagi kepada pantang larang atau petua orang-orang tua. Pemikiran moden berdasarkan logik akal (rasional ) dari Barat sudah mempengaruhi bentuk pemikiran masyarakat kini. Pengarang turut menjelmakan kembali isu ini untuk mengingatkan masyarakat tentang pantang larang yang kian terkubur; \u201c...Pak Wan tidak berapa percaya dengan pantang larang. Dulu ada orang percaya bungkus tapai sambil makan pinang, tapai jadi warna merah. Sebenarnya bukan sebab pinang tapi sebab beras...\u201d (hlm 209). iii. Hiburan tradisional Hiburan tradisional bercorak permainan dapat memenuhi masa lapang seseorang. Menurut Hamidah Yaacob (1982: 54), seorang ahli psikologi G.T.W. Patrick pernah menyatakan bahawa setiap orang berkehendakkan waktu rehat untuk mengatasi ketegangan yang dilaluinya sehari-hari. Justeru, unsur-unsur paling baik bagi memenuhi masa lapang adalah mengambil bahagian dalam permainan. Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara bertanding. Terdapat 3 jenis hiburan tradisional di Kelantan iaitu terdiri dari manusia, manusia dengan benda dan haiwan. Namun, tumpuan dihalakan terhadap terhadap hiburan tradisonal yang terdiri dari haiwan iaitu pertandingan laga ayam atau sabung ayam. Permainan laga ayam telah wujud sejak ratusan tahun yang lampau. Dikatakan bahawa ia dikatakan berasal dari Kerajaan Langkasuka. Pertandingan laga ayam akan diadakan di gelanggang yang dinamakan \u201cbon\u201d dan diadili oleh \u201cNai\u201d atau ketua. Nai Bon akan menentukan peraturan permainan termasuklah masa pusingan, jumlah pusingan dan sebagainya. \u201cAir\u201d merupakan nama bagu satu-satu pusingan dan setiap air berlangsung, Nai akan melihat sejauh mana pemain dapat bertahan daripada jatuh atau melanggar peraturan permainan. Sebelum pertandingan dimulai, ayam akan dimandikan dengan air rebusan 89"]
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449
- 450
- 451
- 452
- 453
- 454
- 455
- 456
- 457
- 458
- 459
- 460
- 461
- 462
- 463
- 464
- 465
- 466
- 467
- 468
- 469
- 470
- 471
- 472
- 473
- 474
- 475
- 476
- 477
- 478
- 479
- 480
- 481
- 482
- 483
- 484
- 485
- 486
- 487
- 488
- 489
- 490
- 491
- 492
- 493
- 494
- 495
- 496
- 497
- 498
- 499
- 500
- 501
- 502
- 503
- 504
- 505
- 506
- 507
- 508
- 509
- 510
- 511
- 512
- 513
- 514
- 515
- 516
- 517
- 518
- 519
- 520
- 521
- 522
- 523
- 524
- 525
- 526
- 527
- 528
- 529
- 530
- 531
- 532
- 533
- 534
- 535
- 536
- 537
- 538
- 539
- 540
- 541
- 542
- 543
- 544
- 545
- 546
- 547
- 548
- 549
- 550
- 551
- 552
- 553
- 554
- 555
- 556
- 557
- 558
- 559
- 560
- 561
- 562
- 563
- 564
- 565
- 566
- 567
- 568
- 569
- 570
- 571
- 572
- 573
- 574
- 575
- 576
- 577
- 578
- 579
- 580
- 581
- 582
- 583
- 584
- 585
- 586
- 587
- 588
- 589
- 590
- 591
- 592
- 593
- 594
- 595
- 596
- 597
- 598
- 599
- 600
- 601
- 602
- 603
- 604
- 605
- 606
- 607
- 608
- 609
- 610
- 611
- 612
- 613
- 614
- 615
- 616
- 617
- 618
- 619
- 620
- 621
- 622
- 623
- 624
- 625
- 626
- 627
- 628
- 629
- 630
- 631
- 632
- 633
- 634
- 635
- 636
- 637
- 638
- 639
- 640
- 641
- 642
- 643
- 644
- 645
- 646
- 647
- 648
- 649
- 650
- 651
- 652
- 653
- 654
- 655
- 656
- 657
- 658
- 659
- 660
- 661
- 662
- 663
- 664
- 665
- 666
- 667
- 668
- 669
- 670
- 671
- 672
- 673
- 674
- 675
- 676
- 677
- 678
- 679
- 680
- 681
- 682
- 683
- 684
- 685
- 686
- 687
- 688
- 689
- 690
- 691
- 692
- 693
- 694
- 695
- 696
- 697
- 698
- 699
- 700
- 701
- 702
- 703
- 704
- 705
- 706
- 707
- 708
- 709
- 710
- 711
- 712
- 713
- 714
- 715
- 716
- 717
- 718
- 719
- 720
- 721
- 722
- 723
- 724