Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

Published by SHARRUL RIZAL HASHIM, 2023-08-03 15:09:59

Description: WIBAWA SOSIOBUDAYA , EKONOMI DAN PELANCONGAN WILAYAH TIMUR

Search

Read the Text Version

["PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 manisfestasi pencipta (merujuk kepada pengukir atau tukang) terhadap nilai etos dan welchantung masyarakatnya. Ini bermaksud, simbol-simbol pada seni bina Melayu tercipta dari sejarah, sosial, agama dan persekitaran alam Melayu. Berdasarkan kepada beberapa catatan sejarah dan manuskrip, pintu gerbang dalam seni bina Melayu mempunyai beberapa pengertian atau simbolik: a. Penyambut tetamu dan keselamatan Pintu gerbang yang dihiasi ukiran motif bunga tanjung yang membawa perlambangan sebagai alu-aluan kedatangan tetamu (Abdul Halim Nasir, 2016). Dalam catatan sejarah juga ada memperihalkan tentang fungsi pintu gerbang sebagai laluan keluar masuk istana, kota atau rumah. Selain itu, sejajar dengan saiznya yang dibina menggunakan bahan yang kuat dan berkualiti tinggi, pintu gerbang dilambangkan sebagai perisai keselamatan bagi istana, kota atau rumah. Menurut Nasrulamiazam Mohd Nasir (dalam Nurul Syazlina Che Yusof, Mumtaz Mokhtar & Muliyadi Mahamood, 2016), terdapat unsur-unsur spiritual pada pintu gerbang bagi menambah \u2018kekuatan\u2019 iaitu dengan menyiram darah. Darah ini dipercayai mempunyai unsur mistik yang dapat menjaga keselamatan penghuni dari gangguan atau ancaman musuh. Gambar 1: Pintu Gerbang Melayu sekitar tahun 1900an. Sumber: Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan, 2023. b. Kemewahan Status sosial bagi masyarakat Melayu tradisional juga dapat ditandai menerusi pintu gerbang. Lazimnya pintu gerbang bagi istana dan golongan bangsawan berbeza dari segi kemasan, perincian hiasannya dan bahan yang digunakan. Ukiran pada pintu gerbang istana lebih banyak, halus dan kemas. Selain itu, penggunaan bahan mewah seperti emas, besi, tembaga dan warna (cat emas) kebiasaanya dapat dilihat pada pintu gerbang istana (Abdullah Mohamed 1980). 190","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 2: Pintu Gerbang Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan Sumber: www.arkib.gov.my , 2023. Gambar 3: Pintu Gerbang Istana Akar, Kota Bharu. Sumber: Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan, 2023. 191","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 c. Pemisah sempadan Pintu gerbang pada suatu ketika dahulu membawa maksud pemisah sempadan sosial. Pemisah sempadan sosial berlaku di antara golongan istana atau bangsawan dengan rakyat biasa. Pintu gerbang menjadi sempadan di antara kawasan istana dengan kawasan rakyat biasa dan dikawal ketat bagi tujuan keselamatan. Walau bagaimanapun, istana yang juga kawasan larangan bagi rakyat biasa akan dibuka bagi upacara atau keraian seperti perkahwinan diraja, hari keputeraan dan kemangkatan. Gambar 4: Ilustrasi istana Melayu dalam era Kerajaan Langkasuka yang mempunyai binaan pintu gerbang. Sumber: Facebook: Kelantan 03, https:\/\/ms-my.facebook.com\/101032745629102\/photos\/a.101063152292728\/101117018954008\/ d. Komunikasi tidak langsung Umum mengetahui, masyarakat Melayu sangat terkenal dengan falsafah dan kesopanan termasuk dalam berkomunikasi. Pintu gerbang juga dilihat menjadi alat komunikasi di antara pemilik dengan tetamu menerusi struktur binaan dan motif-motif hiasan atau ukiran yang terdapat pada pintu gerbang. Misalnya motif ukiran Bunga Melur membawa maksud kesucian dan keikhlasan. Maka, motif Bunga Melur pada pintu gerbang bermaksud orang-orang Melayu ikhlas dalam berhubungan dengan tetamu atau menjalin persahabatan. Manakala Bunga Tanjung dan Bunga Cempaka pula bermaksud mengalu-alukan kedatangan tetamu. Bunga Teratai yang diukir pada pintu gerbang bermaksud kekuatan dan keharmonian. Selain itu, kekuatan dan perlindungan juga ditandai menerusi motif Bunga Matahari (Nurul Syazlina Che Yusof, Mumtaz Mokhtar & Muliyadi Mahamood, 2016). Buah Buton yang diletakkan di atas bumbung pula membawa maksud perlindungan kepada penghuni kediaman kerana ia dipercayai dapat menghalang gangguan atau anasir jahat. Manakala ukiran-ukiran ayat suci al-Quran pada pintu gerbang juga berupaya memberi kekuatan kepada penghuni (Muhammad Afandi Yahya 1995). 192","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Berdasarkan tinjauan ke atas sumber-sumber sejarah dan manuskrip Melayu dapat dirumuskan pintu gerbang adalah salah satu struktur binaan Melayu yang mempunyai fungsi yang penting. Pintu gerbang adalah antara hasil pertukangan masyarakat Melayu yang terhasil dari gabungan sensitiviti, kreativiti dan apresiasi alam dengan menggunakan teknologinya sendiri. Kesimpulan Pintu gerbang Melayu bukan sekadar akses fizikal ke dalam kawasan, istana, rumah atau kota, tetapi juga mempunyai maksud tersendiri melibatkan identiti, budaya, status sosial, keagamaan, dan nilai-nilai tradisional Melayu. Pintu gerbang Melayu yang dihiasi dengan ukiran pula mencerminkan kekayaan seni ukiran Melayu yang sememangnya sangat rapat dengan unsur- unsur alam semulajadi. Pintu gerbang Melayu menggabungkan seni dan sains dalam satu struktur sekali gus memancarkan keindahan dan falsafah dalam pertukangan bangsa Melayu. Simbolisme pintu gerbang Melayu bukan sahaja memberikan impak visual yang indah, tetapi juga memberikan makna yang tersendiri dalam konteks budaya Melayu. Pintu gerbang melambangkan laluan, perlindungan dan keselamatan, serta menghormati kedatangan tetamu. Dalam seni bina Melayu, pintu gerbang Melayu bukan hanya menjadi elemen binaan yang berfungsi, tetapi juga menjadi ungkapan seni yang memperkayakan bangunan dan menunjukkan keunikan budaya Melayu. Justeru, pemahaman mengenai simbolik pintu gerbang Melayu dapat memperkaya interpretasi dan pemikiran kita tentang seni bina tradisional Melayu. 193","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan A. Samad Ahmad. 1979. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Mohamed. 1980. Falsafah dan pemikiran orang-orang Melayu: hubungannya dengan Islam dan kesenian. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Abdul Halim Nasir. (2016). Ukiran Melayu Tradisi. Kula Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Ahmad. 2000. Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Encyclopaedia Britannica, https:\/\/www.britannica.com\/topic\/symbol , Diakses pada 9 Julai 2023. Kassim Ahmad. 2017. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Zamberi Abd. Malek.1988. Lokasi dan sistem sosio-politik negara kota Langkasuka menurut beberapa catatan. Sari, 6: 47-55. Muhammad Afandi Yahya. 1995. Simbolisme dalam seni bina rumah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Syazlina Che Yusof, Mumtaz Mokhtar & Muliyadi Mahamood. 2016. Traditional Kelantanese portals: a study of form and content. International Journal of INTI, 21(1): 39-53. Wheatley, Paul, 1980. The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan The & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2016. Sejarah Tamadun Alam Melayu : asal usul melayu, induknya di Benua Sunda. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 194","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 TIGA PENYAIR BESAR DARI KELANTAN Dr. Victor A. Pogadaev, MGIMO Universiti Moscow Penyair Rusia, pemenang Hadiah Nobel Boris Pasternak (1890-1960) di Kongres Penulis Antarabangsa pada tahun 1935 pernah berkata: \u00abPuisi terus menjadi puncak megah yang lebih tinggi daripada sebarang Gunung Alpes tetapi sebenarnya ada di rumput di bawah kaki. Yang perlu hanya membongkokkan badan untuk melihat dan mengangatnya daripada tanah\u201d1. Di Malaysia ramai orang pandai berbuat begini. Elena Taneva, penyair wanita dari Moscow yang pernah mengikuti Pesta Puisi Dunia Kuala Lumpur -2002 dalam sebuah wawancara mengungkapkan bahawa puisi di sini \u201cmelayang di udara dan tumbuh di tanah subur Malaysia\u201d2. Memang, puisi sangat disukai di Malaysia, pesta puisi diadakan dalam jumlah besar. Beberapa tahun lepas GAPENA bahkan menyelenggarakan Ratib Pembacaan Puisi atau Maraton Puisi yang berlangsung selama 24 jam dan diikutsertakan oleh lebih daripada 300 orang penyair3. Tidak kurang pentingnya juga bahawa dua bekas Perdana Menteri meskipun kesibukannya pernah meluangkan masa untuk berpuisi, maksud saya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi. Waktu saya bertugas di Universiti Malaya saya bahkan menjadi penganjur satu projek terjemahan puisi Abdul Badawi Kucari damai abadi ke dalam 80 bahasa dunia. Projek itu memenangi pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan, Rekacipta dan Inovasi pada tahun 20074 dan diterbitkan berupa buku5. Kelantan terkenal sebagai beranda Mekkah dan pusat budaya tradicional Melayu. Tetapi ternyata negeri ini juga kaya dengan sasterawan, terutama penyair dan apa yang dikatakan oleh Elena Taneva tidak jauh dari kebenaran. Dan dalam kerja penterjemahan saya penyair dari Kelantan menduduki tempat yang penting: dalam kertas kerja ini saya akah menhuraikan pengalaman penterjemahan saya puisi tiga penyajak^ Rahimidin Zahari, Aziz Deraman dan Hashim Yaacob. \u201cTembang rindu tentang waktu yang jauh\u2026\u201d 1 \u042d\u0440\u0435\u043d\u0431\u0443\u0440\u0433 \u0418.\u0413. \u041a\u043d\u0438\u0433\u0430 \u0434\u043b\u044f \u0432\u0437\u0440\u043e\u0441\u043b\u044b\u0445. \u041c., 1936. \u0421. 151 (Erenburg I.G. Buku untuk Dewasa. Moscow, 1936, hlm.151). 2 Berita Harian, 8.12.2003. 3 Ratip 1000 Syair. Sebuah Antologi Puisi. Kuala Lumpur, GAPENA, 2005. 4 Vilen Sikorsky. Life is Long When It Is Full. About Dictionaries, translations and other works by Victor Pogadaev \/\/ The International Affairs, N 10, 2010, p. 156. https:\/\/interaffairs.ru\/i\/pdf_asean\/17.pdf 5 Abdullah Ahmad Badawi. Ku Cari Damai Abadi (I Seek Eternal Peace). In 80 languages \/ Assoc. Professor Dr. Victor Pogadaev, ed. Kuala Lumpur, University of Malaya. 2008. 195","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Kadang-kadang hal yang menakjubkan terjadi dalam kehidupan. Pada tahun 1998 nasib membawa saya ke Malaysia untuk mengikuti Sayembara puisi bersempena dengan Hari Kemerdekaan. Sayembara itu diselenggarakan oleh persatuan penulis Gapena dan berlangsung di Pulau Pinang. Bertepatan dengan Sayembara Gapena mengadakan pertemuan ahlinya dari semua negeri Malaysia. Antara mereka saya dengan tak menduga menemui seorang kenalan lama yakni Yaakob Isa (1939-2019): pada suatu waktu dahulu kita bersama-sama menuntut di Universiti Malaya. Kenalan saya itu menjadi orang yang agak terkenal di Malaysia: dia bekerja sebagai Ketua Pengarah sebuah Maktab Islam di Kuantan, menyusun Kamus Bahasa Melayu Klasik6, menulis beberapa buku. Yaakob Isa menjemput saya ke Kuantan dan saya menerima jemputannya. Maka datanglah saya ke Kuantan, ibu negeri Pahang. Rumah Yaakob di perkampungan Koperasi Guri di mana dia duduk bersama isterinya: anak-anaknya sudah dewasa dan menjalani kehidupan sendiri di bandar-bandar lain. Pada malam hari saya berjumpa dengan para sasterawan setempat. Kita membincangkan masalah sastera sambil makan durian yang sedap. Antara sasterawan itu hadir seorang pemuda. Mungkin saya tidak ingat nemanya sekiranya dia tidak menghadiahi saya dengan buku puisinya bertajuk Sekepal Tanah7. 6 Yaakob Isa. Kamus bahasa Melayu klasik. Siri kamus berita. Kuala Lumpur: Berita Punlishing, 1997. 7 Rahimidin Zahari. Sekepal Tanah. Kuala Lumpur: DBP, 1995. 196","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Beberapa hari kemudian saya pulang ke Moscow. Oleh kerana kesibukan saya tidak ada kesempatan untuk membaca buku itu sehingga berita sedih dating: sahabat lama saya meninggal dunia yakni seorang wartawan Rusia berbakat yang bekerja di bandar Krasnovodsk (Turkmenbashi) di Turkmenia. Saya berduka cita sehingga tidak boleh memikirkan hal-hal yang lain dan secara kebetulan melihat buku Sekepal Tanah. Seakan-akan dengan sendirinya saya mengambil buku itu dan membeleknya. Barisan-barisan pertama yang saya baca memberi kesan mendalam terhadap saya \u2013 begitu puisi kena pada hati saya sehingga saya langsung menterjemahkannya dan menerbitkan kemudian di akhbar \u201cSakmarskie Vesti\u201d di mana Anatoly bermula kerjaya nya sebagai wartawan 8 . Profesor Alexander Ogloblin dari Petersburg juga menyukainya serta menerbitkannya di salah satu buku tentang kebudayaan Nusantara9. Yang menulis buku puisi Sekepal Tanah ialah Rahimidin Zahari, salah seorang daripada penyair moden Malaysia yang berbakat. Dia dilahirkan pada tahun 1968 di Kelantan. Seperti budak-budak lain dia membesar dalam suasana bebas sambil meresap kehormatan kepada tanah kuno yang terkenal dengan budaya sejati. Dia bermain gasing, sepak takraw dan wau yang berwarna-warni, bersama dengan orang dewasa menikmati pertunjukan wayang kulit serta muzik gamelan yang tiada taranya. Bersamaan dengan itu dia dengan tak diketahui oleh orang sekitar mula mengarang puisi. Rahimidin bertuah \u2013 bakatnya diperhatikan dan dia mendapat peluang mengikut Rancangan Sijil Seni Kreatif (Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia. Hadiah mencurah- curah: Hadiah Pertama Peraduan Menulis Sajak Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (1986), Hadiah Penulis Muda Terbaik Sayembara Cerpen Esso Gapena VIII (1991), Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena (1992), Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena (1995), Anugerah Puisi Islam Darul Imam III (1997). Rahimidin pernah mewakili Negara ke Second ASEAN Writers Conference di Manila, Festival Istiqlal II di Indonesia serta Pesta Puisi Antarabangsa Kuala- Lumpur 2002. Kami berjumpa semula pada tahun 2001 apabila saya mula mengajar di Universiti Malaya. Sejak itu kami bertemu dan bercakap banyak. Puisinya menjadi lebih dekat dan dihayati dalam. Pada tahun 2005 dia menerbitkan satu kumpulan lagi Di Kebun Khatulistiwa10 dan selepas buku itu saya baca saya mengambil keputusan untuk menterjehakan sebahagian puisi yang ada dalam buku itu. Kumpulan terjemahan bahasa Rusia terkandung puisi dari dua kumpulan Rahimidin (29 sajak dari Di Kebun Khatulistiwa dan 3 dari Sekepul Tanah) dan diberi tajuk Istana Pasir11. Tentu puisinya mencerminkan apa yang menentukan kandungan kehidupan rohaniahnya, \u201cperingkat keperibadiannya\u201d. Puisinya memerlukan pemikiran jitu, respons emosional terhadap 8 \u0421\u0430\u043a\u043c\u0430\u0440\u0441\u043a\u0438\u0435 \u0432\u0435\u0441\u0442\u0438 (Sakmarskie Vesti), 26.01.1999. 9 \u0420\u0430\u0445\u0438\u043c\u0438\u0434\u0438\u043d \u0417\u0430\u0445\u0430\u0440\u0438. \u0413\u043e\u0440\u0441\u0442\u044c \u0417\u0435\u043c\u043b\u0438; \u0418 \u0441\u043a\u0430\u0437\u0430\u043b \u0410\u0434\u0430\u043c; \u042f \u0438\u0449\u0443 \u0441\u043c\u044b\u0441\u043b\u0430 \u0432 \u0442\u0435\u043c\u043d\u043e\u0442\u0435 \u043d\u043e\u0447\u0438 \/\/ \u041d\u0443\u0441\u0430\u043d\u0442\u0430\u0440\u0430. \u042e\u0433\u043e-\u0412\u043e\u0441\u0442\u043e\u0447\u043d\u0430\u044f \u0410\u0437\u0438\u044f. \u0421\u0431\u043e\u0440\u043d\u0438\u043a \u043c\u0430\u0442\u0435\u0440\u0438\u0430\u043b\u043e\u0432. \u0412\u044b\u043f. 3. \/ \u0421\u043e\u0441\u0442., \u0440\u0435\u0434. \u0410.\u041a. \u041e\u0433\u043b\u043e\u0431\u043b\u0438\u043d. \u0421\u041f\u0431., 2002, \u0441. 97-98. (Rahimidin Zahari. Sekepal Tanah; Kata Adam; Aku meraba makna di malam gelita \/\/ Nusantara. Asia Tenggara. Kumpulan Bahan. Keluaran ke-3 \/ Disusun dan diedit oleh A.K. Ogloblin. St.-Petersburg, 2002, hlm. 97-98). 10Rahimidin Zahari. Di Kebun Khatulistiwa. Kuala Lumpur: DBP, 2005. 11 \u0420\u0430\u0445\u0438\u043c\u0438\u0434\u0438\u043d \u0417\u0430\u0445\u0430\u0440\u0438. \u0417\u0430\u043c\u043e\u043a \u0438\u0437 \u043f\u0435\u0441\u043a\u0430. \u041c.: \u041a\u043b\u044e\u0447-\u0421, 2007 (Rahimidin Zahari. Istana Pasir. Moscow: Klyuch-S, 2007). 197","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 perasaan puitik. Banyak puisi Rahimidin diresapi perasaan pemergian kita dari dunia fana yang tidak boleh dielakkan. Ini bukan pesimisme. Di belakang kehidupan duniawi nampak keabadian. Apakah kita siap untuk pertemuan dengan kehidupan akhirat yang utama itu? Nenda Ismail, benar seperti kata akhirmu: kita sentiasa dekat cuma terpisah oleh ruang yang lain. (Sekepal Tanah) Sajak-sajaknya adalah penuh bayangan, rahsia dan perasaan halus, juga sangat menonjol motif cinta, sama seperti pada penyair Rusia A.S. Pushkin (1799-1835): \u201cRindu aku penuh dengan kau\u2019. Tetapi cinta duniawi pada Rahimidin seperti pada penyair Malaysia lain pula tidak terpisahkan daripada cinta yang lebih luhur yakni cinta kepada Tuhan. Bunyi puisi Rahimidin sangat berirama tetapi kiranya setiap pembaca boleh mengertinya dengan caranya sendiri masing-masing. Terjemahan puisinya juga boleh berbeza terpulang kepada apa yang seorang penterjemah mahu menitikberatkan: irama, suasana hati atau makna yang tepat. Puisi Rahimidin dengan sepenuhnya mencerminkan kata-kata penyair Rusia Alexander Blok (1880-1921): Waktu malam apabila kecemasan tidur, Serta bandar hilang dalam gelap - Ah, banyak muzik dipunyai Tuhan, Ah, banyak bunyi bumi gemerlap!12 Kematian penyair itu adalah tiba-tiba dan sukar. Dia beberapa hari berada dalam koma, dan kawan-kawannya yang berkumpul di koridor hospital, berdoa kepada Tuhan supaya memberi penyembuhan kepadanya. Walau bagaimanapun, sebagai seniman Romawi kuno Titus Maccius Plautus pernah berkata, \\\"orang yang disukai Tuhan mati muda\\\"13. Dia pergi, tetapi tinggal kenangan tentang dia dan puisi indahnya yang saya pernah tawarkan untuk tatapan para pembaca Rusia. Kembara Penyair 12 \u0411\u043b\u043e\u043a \u0410.\u0410. \u0412 \u043d\u043e\u0447\u0438, \u043a\u043e\u0433\u0434\u0430 \u0443\u0441\u043d\u0451\u0442 \u0442\u0440\u0435\u0432\u043e\u0433\u0430 \/\/ \u0411\u043b\u043e\u043a \u0410.\u0410.\u041f\u043e\u043b\u043d\u043e\u0435 \u0441\u043e\u0431\u0440\u0430\u043d\u0438\u0435 \u0441\u043e\u0447\u0438\u043d\u0435\u043d\u0438\u0439 \u0438 \u043f\u0438\u0441\u0435\u043c \u0432 20 \u0442\u043e\u043c\u0430\u0445. \u0422\u043e\u043c 4. M., 1999, \u0441. 14 (Blok A.A. Waktu malam apabila kecemasan tidur \/\/ Blok A.A. Kumpulan karya dan surat penuh dalam 20 jilid. Jilid 4. Moscow, hlm. 14). 13 https:\/\/psycatgames.com\/ru\/magazine\/quotes\/dying-young-quotes\/ 198","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Penyair yang kedua yang karyanya saya mahu bincangkan adalah Datuk Aziz Deraman \u2013 salah seorang penyair moden Malaysia yang gemilang yang melalui puisinya kita boleh mengadakan pengembaraan bersama beliau bukan di ruangan bumi sahaja tetapi di lantaran masa juga kerana bukunya mencakupi sajak sejak tahun 1970-an sampai awal alaf ke-21. Yang dimaksudkan dua kumpulan bukunya Aku dan Kau (1994) 14 dan Bahtera Madani (2001) 15 . Seseorang hanya boleh tertanya-tanya bagaimana dia berjaya meramalkan bahawa pada masa hadapan konsep masharakat madani akan menjadi asas dasar kerajaan selepas lebih daripada dua puluh tahun. Walaupun apa yang menghairankan. Penyair Rusia Alexander Pushkin bercakap tentang peranan kenabian penyair seawal abad ke-18. Dalam puisinya Prorok (Penyair Peramal) beliau melukiskan kelahiran seorang penyair. Tuhan memberikan kepadanya mata untuk melihat tetapi dia masih bukan penyair. Tuhan memberikan kepadanya telinga untuk mendengar tetapi dia masih bukan penyair. Tuhan menggantikan jantungnya tetapi dia masih \u201cjenazah di padang pasir\u201d. Tuhan memberikan kepadanya kebolehan memahami Tuhan dan baru selepas itu dia menjadi penyair16. Kumpulan terjemahan puisi Datuk Aziz Deraman yang bertajuk Kembara Penyair (2002)17 mengandungi 25 sajak yang mencerminkan kesan perjalanannya dan pandangan hidupnya18. 14 Aziz Deraman. Aku dan Kau. Kuala Lumpur: DBP, 1994. 15Aziz Deraman. Bahtera Madani. Kuala Lumpur: DBP, 2001. 16 Victor Pogadaev, Kemilau Islam dalam karya Pushkin \/\/ Dewan Sastera. Jilid 44, bil. 8, 2014, p. 13. 17 \u0410\u0437\u0438\u0437 \u0414\u0435\u0440\u0430\u043c\u0430\u043d. \u0421\u0442\u0440\u0430\u043d\u0441\u0442\u0432\u0438\u044f \u043f\u043e\u044d\u0442\u0430. \u041c. 2002 (Aziz Deraman. Kembara Penyair. Moscow, 2002). 18 Di Malaysia peristiwa itu diulas dalam artikel \u00abSastera Malaysia - Russia kian erat\u00bb dalam \u00abUtusan Malaysia\u00bb, 19.5.03. 199","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Selaku ketua pengarah sebuah pertubuhan yang terpenting di Malaysia yakni Dewan Bahasa dan Pustaka, maka Datuk Aziz Deraman ada peluang banyak melawat tempat lain dan setiap kali apabila beliau pulang dari perjalanannya beliau membawa sajak-sajak baru. Dalam pada itu tak ada sesuatu yang luput dari perhatiannya: biar pun \u201cSahara di hujung bibir\u201d (Kembara penyair), \u201ctanah Arafat seluas pandang\u201d (Pohon diri) atau gunung Kinabalu di mana \u201chutan ditebang\u201d (Belantara kalbu). Beliau cintakan tanah air dan mengkagumi keindahan negaranya tetapi bersamaan itu merasa prihatin bagaimana kejamnya orang yang tujuannya ialah \u201cmenambah kekayaan\u201d sahaja. \u201cDan kami miskin pemandangan indah\/\/bukit bukau gondol, parah\/\/tanah-tanih gersang, berserah\u201d, - begitu beliau menyeru dengan sakit di hati (Belantara kalbu). Dan teruskan lagi: \u201cHabis hangus hati kami terbakar\u201d. Manusia sebagai bahagian alam tidak boleh wujud tanpanya. Maka Aziz khuatir terhadap perspektif kehancuran alam itu. Bahkan waktu malam dalam tidur beliau terus memikirkan masalah itu dan terbangun kerana mimpi ngeri tetapi kiranya dengan lega bernafas kerana mengerti bahawa itu hanya mimpi (Mimpi ngeri). Tetapi bagaimanakah sekiranya pada suatu ketika mimpi ngeri itu akan menjadi kenyataan? Kebanyakan puisi Datuk Aziz Deraman diresapi unsur-unsur Islam. Dan hal ini boleh dimengerti. Islam untuk orang Melayu bukan agama sahaja tetapi cara hidup. Kepercayaan kepada Tuhan menurut beliau ialah punca dan jaminan kehidupan yang bernas dan berakhlak tinggi. Beliau mencita-citakan dan memohon supaya kalimat syahadat \u201cmenjadi ucapan akhir\u201d (Penyaksian). Puisi ini mengingatkan saya puisi penyair Indonesua Taufiq Ismail Nasehat-nasehat kecil orang tua pada anaknya berangkat dewasa\u201d19: Jika adalah yang harus kaulakukan Ialah menyampaikan kebenaran Jika adalah yang tidak bisa dijual-belikan Ialah ang bernama keyakinan Jika adalah yang harus kau tumbangkan Ialah segala pohon-pohon kezaliman Jika adalah orang yang harus kauagungkan Ialah hanya Rasul Tuhan Jika adalah kesempatan memilih mati Ialah syahid di jalan Ilahi April 1965 Cinta kepada Tuhan ialah juga cinta kepada orang di sekelililngnya, cinta yang tak kenal batas. Bukan suatu kebetukan dalam beberapa sajak adalah tersirat makna kedua (Menunggu pertemuan). Dengan menyatakan cinta kepada kekasih, maka beliau mengesahkan cintanya kepada Tuhan pula. Puisi Datuk Aziz Deraman berirama muzik dan menimbulkan banyak asosiasi. Dengan mengikuti tradisi Melayu lama beliau cuba memperkenalkan dalam puisinya rima \u2013 gejala yang jarang terjadi dalam sastera Melayu moden meskipun folklore dan epik tradisional (pantun, syair) 19 \u0422\u0430\u0443\u0444\u0438\u043a \u0418\u0441\u043c\u0430\u0438\u043b. \u0412\u0435\u0440\u043d\u0438\u0442\u0435 \u043c\u043d\u0435 \u0418\u043d\u0434\u043e\u043d\u0435\u0437\u0438\u044e, \u041c.: 2010, \u0441. 26 (Taufiq Ismail. Kembalikan Indonesia Padaku. Moscow, 2010, hlm.26). 200","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 selalu ada rima. Parafrasa, permainan bunyi (malangnya kadang-kadang susah dikekalkannya dalam terjemahan) ialah ciri khas hampir seluruh puisi Aziz. Sajaknya senang dilagukan dan kiranya kerana itu sangat popular di kalangan pemuzik (Menunggu pertemuan, muzik Ahmad Ramli). Datuk Aziz Deraman seperti para penyair Melayu lain misalnya Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) pernah juga bereksperimen dalam bidang puisi visual apabila yang penting ialah bukan tataan bunyi melainkan bentuk barisan yang seakan-akan menjadi lukisan yang terdiri daripada kata. Misalnya dalam konfigurasi sajak Ya, Allah yang termuat dalam antologi ini boleh nampak profil masjid (apabila menterbalikkan halaman). Salah satu kelebihan puisi Datuk Aziz Deraman ialah kemahirannya memandang beberapa gejala hidup dengan humor dan ironi. Misalnya, isterinya celoteh bahawa beliau gila: beliau terlalu banyak kerja, isterinya tak sempat melihatnya berminggu-minggu. Dan beliau setuju dengan isterinya tetapi bersamaan dengan itu menjawab dengan ironi: \u201ctak gila kosek bini yang satu\u201d (Celoteh isteri). Sangat simbolik ialah bahawa antologi ini mula dengan sajak yang ditujukkan kepada Azizon, kekasihnya yang kemudian menjadi isterinya (Wajahmu) dan berakhir dengan sajak yang juga mengenainya (Celoteh isteri). Keluarga bagi beliau ialah dunia yang penuh cinta dan ceria. Beliau suka mengingat bagaimana beliau dididik oleh ibu bapa (Kata mereka) dan bagaimana sekarang beliau sendiri mendidik anaknya dengan penuh setia kepada kewajipannya sebagai seorang ayah (Maa Rabbuka). Tentu antara dua sajak itu terbentang jangka masa kehidupan yang luas di mana ada segala-galanya: kekaguman terhadap pemahaman dunia, pencaharian batin, dan bahkan kecurangan sahabat. Tetapi d imana pun beliau berada, ke polosok dunia mana beliau melawat, maka beliau selalu pulang ke kampung halaman di mana ditunggu-tunggu oleh orang kesayangan. Tinggal menambah sahaja bahawa beberapa puisi oleh Datuk Aziz Deraman diterbitkan juga oleh majalah sastera Rusia tertua Sastera Dunia, yang diasaskan pada abad ke-19 dan memuat terjemahan karya terbaik sastera dunia. Koleksi ini bertajuk Tasbih Seorang Tua20 dan mendapat ulasan yang baik daripada para pengkritik dan pembaca Rusia. Dalam salah satu ulasan dinyatakan sebagai berikut: \u00abAziz Deraman adalah seorang penyair moden dari Malaysia. Puisinya diterjemahkan oleh Victor Pogadaev. Puisi yang sangat bersahaja. Yang kena di hati. Aku tidak mahu terasa Orang lain yang berasa Fku juga lebih dari apa Aku diam orang berkata Dalam diam kukawal kata 20 \u0410\u0437\u0438\u0437 \u0414\u0435\u0440\u0430\u043c\u0430\u043d. \u0427\u0451\u0442\u043a\u0438 \u0441\u0442\u0430\u0440\u043e\u0433\u043e \u0447\u0435\u043b\u043e\u0432\u0435\u043a\u0430 \/\/ \u00ab\u0418\u043d\u043e\u0441\u0442\u0440\u0430\u043d\u043d\u0430\u044f \u043b\u0438\u0442\u0435\u0440\u0430\u0442\u0443\u0440\u0430\u00bb, \u2116 2, 2004, \u0441. 140-146 (Aziz Deraman. Tasbih Seorang Tua \/\/Sastera Dunia, N 2, 2004, hlm. 140-146).. 201","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Harap tetbitnya butirnya intan Cahaya kemilau terang Malaysia kiranya negara juga yang penuh misteri. Kita misalnya suka kadang-kadang terasa apa yang orang lain berasa. Bahkan kalua rasa dan orang itu ada dalam khayalan sahaja\u201d 21. Dunia yang diselubungi kabus berwarna Penyair ketiga yang berasal dari Kelantan yang puisinya saya terjemahkan ke dalam bahasa Rusia ialah Dato\u2019 Hashim Yaacob, mantan Naib Canselor Universiti Malaya. Profesinya ialah doktor gigi tetapi pemuisian menjadi panggilan jiwanya. Bukan kebetulan, kumpulan sajaknya Aku Mahu Hanya Ke Seberang pada tahun 2002 mendapat Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Sajak yang memberi nama kepada kumpulan itu boleh dikatakan menjadi pegangan hidup penyair dan menurut keindahan, keikhlasan dan kesederhanaan bentuknya ialah antara yang terbaik dalam sastera Melayu moden. Dato\u2019 Hashim Yaacob dilahirkan pada tahun 1949 di Tanah Merah, negeri Kelantan di penghujung Utara Malaysia. Ibu bapanya ialah penoreh getah \u2013 kerja yang berat dan dibayar kurang. Pendidikan tinggi diperolehnya di Institut Teknologi MARA, kemudian di Universiti Otago (New Zealand), Universiti London dan Kolej Diraja Pembedahan (Glasgo). Pada tahun 1992 beliau yang sudah dianugerahi gelar Profesor (sejak 1987) mendapat juga Diploma Universiti Islam Antarabangsa. Segala kerjaya bertalian dengan kerjanya di Universiti Malaya di mana beliau melangkah jalan dari Ketua Jabatan sampai Naib Canselor bersama dengan mendapat pengiktirafan antarabangsa: pada tahun 2001 beliau dianugerahi Pingat Emas dan Perak di Pertandingan Antarabangsa Pencipta yang diadakan di Geneva. Ahli sains dan pengkaji yang ulung dalam bidang pembedahan gigi, Dato\u2019 Hashim Yaacob adalah juga penyair yang gemilang. Beliau mula menciptakan puisi relatifnya lambat. Tetapi 21 \u0410\u043b\u0435\u043a\u0441\u0430\u043d\u0434\u0440 \u0421\u0430\u043c\u043e\u0439\u043b\u043e\u0432. \u0422\u0430\u043d\u0433\u043e \u043f\u0440\u043e\u0442\u0438\u0432 \u043d\u043e \/\/ \u00abEx Libris\u00bb, \u00ab\u041d\u0435\u0437\u0430\u0432\u0438\u0441\u0438\u043c\u0430\u044f \u0433\u0430\u0437\u0435\u0442\u0430\u00bb, 29.1.2004 (Alexander Samoilov. Tango melawan No \/\/ \u00abEx Libris\u00bb, \u00abHarian Merdeka\u00bb, 29.1.2004). 202","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 seperti tenaga yang bertahun-tahun tersimpan di tanah dan pada suatu ketika meletup melalui gunung api, maka puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob tercetus dari jiwanya denhan aliran bergelora dan menguasai hati para pembaca. Pengamatannya atas dunia sekitar, pengalaman hidup yang kaya yang menjelma menjadi barisan puitis mendedahkan kita dalam dirinya seorang penyair tulen dan berbakat. Beliau tidak mencuba berlagak dalam puisi. Puisinya terus dari lubuk hatinya dan kerana itu ianya begitu senang difahami dan diterima oleh siapa pun yang membacanya. Hairan tetapi ribuan batu dari Kuala Lumpur, di Moscow yang ditutupi salji itu, jauh sebelum kumpulan puisi terjemahan dengan tajuk Buluh seruling22 diterbitkan di Rusia, puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob sudah menemui pembaca pertama. Pada suatu hari Anna, anak saya yang menerima manuskrip melalui E-mail daripada saya, pulang dari pejabat dalam tren LRT dan sambil duduk di gerabak membelek-belek cetakan print. Apabila dia hendak keluar dia tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki tua yang duduk di sebeleh tetapi tidak dilihatnya sebelumnya kerana sibuk membaca manuskrip. -Tolong bagi sajak itu kepada saya, - minta lelaki itu. \u2013 Apa yang dinyatakan di dalamnya sangat senada dengan perasaan saya dan saya hendak membacanya lagi dari masa ke semasa. Anna menjawab bahawa malangnya di tidak boleh membagi sajak itu kerana ianya belum terbit. Selepas itu lelaki itu minta izin menyalinnya dengan mengulangkan beberapa kali: -Alangkah benar kata dalam puisi itu! Alangkah tepat penyair itu mengekspresikan fikirannya! Bait yang menakjubkannya dan ternyata senada dengan perasaannya ialah kata-kata dari sajak Binalah kembali Melakamu: Kukuh itu puncanya setia bara penghindar leka sekata untuk mara Tidak mungkin dia tahu banyak tentang sejarah Melaka dan pahlawan-pahlawannya. Tetapi bayangan puitik yang diciptakan oleh bakat Dato\u2019 Hashim Yaacob kena di hatinya. Bukankah itu sebuah bukti bahawa puisi dan seni merentas sempadan. Tema patriotik ialah hanya salah satu tema puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob. Tidak kurang pentingnya adalah tema lirisme dalam karyanya. Dalam kehidupan, beliau pasti mempunyai ramai orang yang disayanginya, tetapi yang paling disayanginya tetap adalah ibunya. Kiranya tidak ada seorang pun penyair di dunia ini yang tidak menciptakan puisi untuk menyanjung ibunya. Tetapi Dato\u2019 Hashim Yaacob sempat menemui kata-kata baru yang tidak ada taranya supaya menyatakan cintanya kepada ibu. Beliau membandingkannya dengan bintang \u201cyang hilang diragut tangan legam\u201d dan memohonNya \u201csebutir bintang pulang ke pangkuan\u201d (Bintang Yang Hilang). Mungkin sajak ini merupakan sejenis jawapan kepada penyair Rusia Vladimir Mayakovsky (1893- 1930) yang satu abad yang lalu mencatat: Dengarkanlah! Kalau bintang di langit dinyalakan - jadi - ada orang yang perlukan itu? 22 \u0425\u0430\u0448\u0438\u043c \u042f\u043a\u0443\u0431. \u041f\u043e\u044e\u0449\u0438\u0439 \u0431\u0430\u043c\u0431\u0443\u043a. \u041c., 2005 (Hashim Yaacob. Buluh Seruling. Moscow, 2005). 203","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bintang itu kita perlukan. Cahaya ibu-bintang menyinari jalan kita. Kelembutan dan timbang rasanya menolong kita mengatasi segala kesukaran di dunia. Dengan memberi nasihat kepada anaknya dalam sajak Luka Di Jari Kaki penyair menyatakan: Kalau tikanya tiba Bisa di kakimu mencengkam jiwa, datanglah kau pada air mata mama. Air matanya Air Manik Astagina pengubat bisa lara. Kearifan ibu tidak ada batasnya. Dia \u201cbuta hurufnya sedari lahir, buta angkanya sedari kecil\u201d tetapi kaya dengan pengalaman hidup pernah memberi petua kepada penyair: Setajam-tajam Mata pisau torehnya, Tajam lagi si mata pena (Ibuku si penoreh getah) Watak ayah dalam puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob tidak kurang memilukan seperti ibu (Empat puluh tahun bersama ayah). Kita nampak seseorang yang melalui pengalaman sendiri tahu apa itu kerja berat \u2013 dia ialah penoreh getah di ladang orang lain dan tidak mempunyai apa-apa selain daripada tangannya dan pisau toreh. Setiap hari dalam panas terik matahari ataupun hujan lebat dia turun ke ladang tetapi untuk anaknya dia mengharapkan nasib yang lebih baik \u2013 maka anaknya masuk universiti. Kisah tentang ayah mencapai peringkat tragisme tertinggi pada penghujung sajak apabila penyair menceritakan bagaimana ia menziarahi ayahnya yang sudah tua itu: Di dapur kami menatap bersama pisau toreh di dinding yang kaya jasa yang masih berkelubung mata dengan kain semutar ayah. Kucium tangan ayah Dengan hujun yang turun dari kelopak mataku. Alangkah puitik dan mengharukan watak ayah di sini, dan pisau toreh biasa yang disangkut pada paku di dinding dapur menjadi metafora yang bererti. Sangat lembutlah bait yang dipersembahkan oleh penyair kepada isterinya. Dia bukan sahaja ibu anaknya melainkan juga teman setia yang berkongsi suka-duka kehidupan, menolong kepadanya pada setiap saat kesusahannya. Kerana itu penyair selalu berhutang budi terhadapnya: Sanjung pujiku padamu tidak bisa kau dengar kalau kau pasang hanya telinga. Cuba kau suluh, kekasihku dengan lampu matamu dihujung kalbu 204","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 pada wajahku. Pasti kau temu Hutangku padamu seluas laut biru. (Hutangku seluas laut biru) Dato\u2019 Hashim Yaacob pernah mengisahkan bahawa pada suatu hari beliau pulang rumah terlalu lambat dan isteri yang lama menunggunya menjadi marah. Tetapi sajak yang beliau menulis secara spontan melembutkan hatinya: Adik, kesatlah air suam di pipi jangan kau nangis lagi. Kau katuplah pintu mata air pada mata yang sekian lama mengalir. Mata yang hanya dua, jangan kau perbuta dengan genangan air lara (Jangan kau nangis lagi) Penuh lirisme ialah puisi penyair dipersembahkan kepada anaknya. Dalam puisi itu, penyair bukan sahaja merenungkan masa depannya tetapi bercakap dengan mereka secara sederhana, metaforik, bukan terlalu didaktif melainkan seperti beliau bercakap dengan sahabat- sahabatnya: Kalau nanti, anakanda memetik sekuntum bunga di taman pelangi bawalah bahagia padanya. Cinta pagi biar jadi kasih sayang mekarnya sampai ke petang tetap kekal hingga ke malam. (Cinta remaja) Sajak Maaf dalam mana Dato\u2019 Hashim Yaacob merujuk kepada keluarganya dan seakan- akan menyimpulkan masa lalunya menurut kekuatan dan ekspresinya tidak kalah kepada sajak Usman Awang Suara dari Pusara dan sebahagiannya menimbulkan asosiasi dengan sajak Surat Kepada Ibu oleh penyair Rusia Sergey Esenin (1885-1925). Bandingkan, misalnya. Dato\u2019 Hashim Yaacob: \u201cAku masih anakmu yang baik\u201d. Sergey Esenin: \u201cAku tetap lembut bagai biasa\u201d. Banyak puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob bersifat filosofi. Beliau merenungkan makna hidup, nasib manusia, sifatnya. Sajak yang sudah disebut di atas Aku hanya mahu ke seberang ialah antara puisi itu. \u201cSeberang\u201d. Apa itu? Matlamat yang mahu dicapai manusia? Dan laut yang bergelora? Apakah itu ibarat pancaroba kehidupan? Dan seruan pada bahagian penghujung:\u201d Tuhan, Aku hanya mahu ke seberang\u201d? Apakah bait itu menandakan kelemahan manusia atau nasib yang ditakdirkan oleh Langit? Sangat simbolik juga bahawa sama seperti dalam puisi Dua Belas oleh penyair Rusia Alexander Blok kita nampak di sini petunjuk Tuhan. Dan kalaulah Pencipta sendiri membimbing perahu, ianya pasti sampai ke seberang. 205","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Keagungan Pencipta ialah dalam hampir setiap barisan puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob: Agungnya tuhan mengedar jutaan juta bintang-bintang dalam jutaan bimasakti patuh jalanan, tanpa renti tanpa halangan. (Aku umpama debu) Hal ini boleh dimengerti. Kepercayaan kepada Tuhan ialah punca dan jaminan kehidupan yang bernas dan berakhlak tinggi. \u201cSekiranya semua laut dan samudera dijadikan tinta, - Dato\u2019 Hashim Yaacob pernah berkata, - maka bahkan itu pun tidak cukup untuk mengagungkan namaNya\u201d. Keangkuhan, kemegahan, - seakan- akan penyair mahu berkata, \u2013 segalanya itu tidak bererti apa-apa. Yang penting ialah kepercayaan pada diri sendiri, keinsafan bahawa kejayaan adalah pada kau. Para hero sajak Tiada siapa menyambut kita selepas sampai ke puncak dan memacak bendera kemudian tiba di kaki gunung dan melihat hanya tanda kenduri yang telah selesai: Tiada siapa pun tiba menyambut kita. Kita pun menyaku kemenangan buat kenangan. Penyair hendak mengatakan: yang penting ialah bukan pengiktirafan luaran (meskipun ianya senang juga), tetapi keinsyafan diri sendiri yang dalam. Tentu pahitlah sekiranya kebaikan terhadap orang yang tidak dikenali yang diberi \u201cmakan, persalinan dan tilam untuk bermalam\u201d di lebat hujan, ternyata tidak berbalas budi (Tamu semalam) tetapi hal itu boleh dihiraukan bila tidak memikirkan tentang kemegahan dan tetap menjadi manusia yang berbudi dan mulia. Satu lagi corak yang penting dalam puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob ialah bahawa segala- galanya di dunia ini sebenarnya dicapai berkat kerja yang bertungkus lumus. Dalam sajak Buluh Perindu yang penuh lirisme itu beliau menunjukkan berapa banyak upaya mesti diusahakan supaya buluh menjadi serumpun perindu yang \u201cmenyulung lagu merdu\u201d: Kubaja dengan pati mayapada dari taman inderaloka, Kusiram dengan air bunga tujuh warnanya, Kudongakkan tunduk dengan tegap tujuh cerucuk dll. Dato\u2019 Hashim Yaacob seperti sebarang penyair moden lain tidak boleh menepikan peristiwa yang terjadi di dunia. Beliau menciptakan imej yang memilukan seorang pengemis perempuan di bandar raya (Suamimu di mana), menjunjung tinggi kepahlawanan para pejuang Palestin di mana bahkan kanak-kanak dengan batu dalam penumbuk melawan penceroboh (Pahlawan kecil Palestin), mengecam kemahuan Amerika untuk menguasai dunia (Polis dunia). 206","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Kemahiran Dato\u2019 Hashim Yaacob menyatakan sikapnya terhadap gejala politik di dunia secara metaforik menimbulkan kekaguman. Misalnya sajak Pokok binjai pada zahirnya memberi kesan sebagai puisi yang sederhana: pokok kesayangan penyair di dahannya yang mana beliau pernah dulu bergayut dan berayun, lambat laun tumbuh menjadi besar dan buahnya yang besar gugur dan menghempapnya di kepala sehingga sakit dan luka. Tetapi apabila hal itu difikirkan dengan dalam-dalam pasti boleh mengerti bahawa pokok binjai itu ibarat Amerika yang selepas menjadi kuat mencuba memaksakan kemahuannya kepada negara lain dengan menghukum yang paling degil. Menarik perhatian juga percubaan Dato\u2019 Hashim Yaacob memaparkan tema Rusia dalam puisinya (Laksemana Hang Lenin). Beliau bersedia memaafkan \u201ckegemaran\u201d Lenin dan para pengikutnya terhadap komunisme dan bahkan memberi kepada mereka gelar laksemana asalkan mereka \u201cberangkat menuntut hak atas nama yang hilang hak\u201d dan \u201cmemulang maruah dunia\u201d: Tidak aku peduli lagi walau otakmu menyarang komunisme. Apalah guna Barat berdemokrasi kalau menanduk sesuka hati. Bakat berpusi Dato\u2019 Hashim Yaacob diiktiraf baik oleh pengkeritik sastera mahupun penyair besar Malaysia. Sarjana Siti Hawa Salleh dengan merujuk kepada profesinya menunjukkan bahawa \u201csebenarnya keharuman namanya terbukti lebih bergantung pada keindahan puisi yang diciptanya\u201d23. Puisinya disanjung tinggi juga oleh seorang maitre sastera Melau Sasterawan Negara Samad Said yang biasanya \u201crakus\u201d akan sanjungan24. Dalam ulasan singkat pada kulit belakang buku Sinar Bintang Berdua diungkapkan bahawa sajaknya \u201cmenguatkan pemikiran yang masuk ke pendidikan moral. Penyair melukiskan hakikat bahawa manusia mesti bersedia dengan sesuatu kehidupan yang lebuh baik\u201d. 25 Sementara itu para komposer menciptakan lagu dengan menggunakan puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob sebagai senikata26. Dato\u2019 Hashim Yaacob bukan sahaja menulis puisi yang indah tetapi juga mendeklamasikannya secara gemilang di depan publik. Meskipun kesibukan kerja beliau sering nampak di malam puisi yang diadakan di Halaman PENA pada hari Jumaat pertama setiap bulan. Beliau membacakan puisinya dengan penuh perasaan dan secara hafal hal yang jarang terjadi antara penyair lain. 23 Hashim Yaacob. Aku hanya mahu ke seberang. Kuala Lumpur. Task Global (M) Sdn. Bhd., 2001, hlm 6. 24 \u201cMemang beliau doctor di kerusi gigfi yang rajin menyeberang ke meja sastera. Dengan kimpulan barunya ini, dia semakin menyebrerang lagi\u201d \u2013 Hashim Yaacob. Aku hanya mahu ke seberang. In 45 languages. KUALA Lumpur: University Malaya Press, 2006, hlm. 54. 25 Tan Sri Dato' Seri Hamad Kama, Dato' Profesor Emeritus Dr Hashim Yaacob. Sinar Bintang Berdua. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd, 2016. 26 Misalnya lirik lagu Selamat Hari Mati yang dinyanyikan oleh Abot - Album baru Abot selepas 10 tahun. https:\/\/tentangartiskita.blogspot.com\/2011\/09\/album-baru-abot-selepas-10-tahun.html 207","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Sebenarnya Dato\u2019 Hashim Yaacob mempunyai banyak bakatnya. Beliau juga penggemar setia wayang kulit dan bertungkus lumus untuk melestarikannya, sering tampil sebagai dalang rombongan wayang kulit dari Kelantan. Buku puisi Dato\u2019 Hashim Yaacob Aku Hanya Mahu ke Seberang sudah diulang cetak dua kali. Pertama kali oleh Task Global (M) Sdn. Bhd. pada tahun 2001 dan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. pada tahun 2003. Tambahan pula puisi pilihan Dato\u2019 Hashim (32 buah) diterjemahkan dan diterbitkan pada tahun 2005 di Rusia oleh Penerbit \u201cHumanitary\u201d dengan judul Potysyiy Bambuk (Buluh Seruling). Saya harap bahawa para pembaca Rusia selepas berkenalan dengan puisi ini membuka dunia baru kepada diri sendiri, di mana manusia sayang pada keluarganya dan cinta tanah air, di mana tidak ada orang yang tidak peduli. Dunia di mana orang menuju tujuan dan mencapainya. Dunia di mana buluh menyuling lagu merdu. Sudah tentu khazanah sasterawan Kelantan tidak dibatasi oleh ketiga-tiga penyair ini. Tetapi saya mengambil sebagai contoh hanya mereka yang karyanya paling saya ketahui melalui terjemahan yang saya buat. Saya rasa saya tidak akan berhenti di situ. Prof Madya Dr. Victor A. Pogadaev adalah sejarawan, penyusun kamus dan penterjemah. Pada tahun 2001-2016 berkhidmat di Universiti Malaya. Kini pensyarah di Akademi Diplomasi dan Institut Hubungan Antarabangsa Kementerian Luar Negara Rusia, Timbalan Presiden Persatuan Nusantara (2016), ahli Majlis Anarabangsa bahasa Melayu (2014) dan Majlis Antarabangsa Jurnal Antarabangsa Pemikiran Islam (2020, Malaysia). Aktif berkecimpung dalam bidang penterjemahan sastera Melayu dan Indonesia ke dalam bahasa Rusia dan sebaliknya. Pemenang Hadiah serta Gelar Tokoh Nusantara Melayu Raya (NUMERA) (2013), Warkah Penghargaan kerajaan Persekutuan Rusia atas prestasi dalam mempopularkan bahasa Rusia di luar negeri (2014), Sijil Kehormat Hadiah Antarabangsa Nicholas Roerich dalam pencalonan \\\"Membentuk imej budaya negara di dunia\\\" (2018), Pingat Peringatan Kementerian Kebudayaan Persekutuan Rusia \\\"Penulis Rusia yang besar F. M. Dostoevsky (1821 - 2021)\\\" (2021), Pingat \\\"Tokoh Budaya\\\" Tabung Kebudayaan Eurasia Republik Kazakhstan (2022). 208","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PERANAN INSTITUSI PONDOK SEBAGAI ZON KEBUDAYAAN DAN JATI DIRI MELAYU-ISLAM Abdul Muqit Muhammad Abstrak Rempuhan kebudayaan Barat dalam masyarakat Melayu di penghujung abad ke-19 telah melahirkan satu golongan baharu dalam masyarakat Melayu yang dikenali sebagai Anglophile, iaitu golongan yang tersilau dengan peradaban dan pemikiran Barat. Ketika pengaruh Barat mula mengukuh ketika itu, masyarakat Melayu tradisional khususnya di jajaran Timur Laut yang merangkumi Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan mengunjur ke wilayah Selatan Thailand menunjukkan hal sebaliknya apabila masih berpegang dengan akar kemelayuan dan keislaman yang masih kekal hingga ke hari ini. Kekuatan ini tidak lahir secara kebetulan, kerana abad ke-19 merupakan era institusi pondok sedang berkembang pesat di Tanah Melayu dan wilayah Patani ketika itu. Hal ini menyerlahkan kedudukan dan peranan strategik institusi pondok yang bersifat dwifungsi iaitu sebagai pusat keilmuan dan sebagai institusi sosial yang berupaya membentuk kerangka zon kebudayaan dan jati diri Melayu-Islam yang sukar digugah. Makalah ini diajukan untuk membincangkan peranan dan keupayaan institusi pondok dalam membentuk Zon Kebudayaan dan jati diri Melayu-Islam yang berasaskan solidariti kebudayaan, tradisi kecendekiawanan Melayu-Islam serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Peranan institusi pondok ini wajar diteliti, khususnya dalam situasi hari ini apabila generasi muda Melayu- Islam mula mengalami krisis kelunturan identiti. Kata kunci: Diplomasi budaya, institusi pondok, Melayu-Islam, solidariti budaya, zon kebudayaan. 209","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Kedatangan Islam ke Tanah Melayu seawal abad ke-13 yang ditandai dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu telah menjadi tanda asas keberadaan Islam di Tanah Melayu. Penemuan ini memberi gambaran penting mengenai peradaban baharu orang Melayu serta terlunturnya pengaruh agama Hindu-Buddha di Tanah Melayu (Ahmat Adam, 2017). Dengan kedatangan Islam, Islam telah merangka konsepsi baharu peradaban yang sebelumnya berasaskan kesenian dan estetika semata-mata kepada konsep peradaban yang lebih substantif iaitu mengangkat keluhuran akal budi, nilai intelektual, metafizik dan keperibadian insan (al-Attas, 1999). Nilai kesyumulan Islam ini berhasil melunturkan pengaruh agama yang telah tiba sebelumnya, serta menghentikan evolusi (peralihan) keagamaan orang Melayu yang kekal hingga ke hari ini. Hal ini menyuratkan beberapa perkara, pertamanya, agama Islam telah memberi satu pemaknaan baharu terhadap identiti dan jati diri Melayu, dan kedua, Islam telah terbukti menjadi perisai penting yang kalis sekular (secular resistance) dan Kristianisasi yang diusung bersama dalam misi penjajahan Barat ke Timur (Siddiq Fadzil, 2012). Kekuatan orang Melayu dalam mempertahankan tradisi kemelayuan dan keislaman di tengah-tengah keghairahan gerakan Kristianisasi Barat ini tentu sekali bukanlah wujud secara kebetulan, melainkan kesan dorongan ulama-ulama dan pondok-pondok tradisional yang berkembang pesat pada abad ke-19 (Roff, 2009). Mengambil kira keberkesanan institusi pondok sebagai benteng kefahaman Islam dan etos jati diri Melayu selama ratusan tahun, makalah ini beranggapan bahawa peranan institusi pondok perlu dikembangkan lagi melangkaui peranannya yang sedia ada sebagai wahana pendidikan Islam kepada peranan sosialnya dalam membentuk zon kebudayaan dan jati diri Melayu-Islam di wilayah dan rantau ini. Jaringan pondok yang tersebar luas di wilayah Timur Laut ini perlu dimanfaat sebaiknya bagi membentuk satu strategi baharu kuasa lunak (soft power) yang berteraskan diplomasi kebudayaan. Hal ini menjadi signifikan untuk diperhalusi dalam krisis kerancuan identiti dan jati diri yang sedang melanda umat Melayu-Islam di wilayah ini. Peradaban Wilayah Timur Laut Wilayah Melayu Timur Laut secara asasnya telah membentuk satu peradaban unggul yang tidak hanya bercirikan nilai-nilai estetik seperti monumen, artifak dan subjek-subjek kesenian tetapi turut merangkumi nilai-nilai yang lebih substantif dalam mengukuhkan jiwa dan akal budi Melayu di wilayah ini. Tradisi bahasa, persuratan dan pendidikan telah dijadikan sebagai satu kegiatan kecendekiawanan penting bagi menjamin kelangsungan peradaban Timur Laut dan melibatkan usaha sama oleh segenap kelompok masyarakat sama ada bangsawan, ulama atau masyarakat kebanyakan. Inisiatif kecendekiawanan yang digerakkan secara massa ini membuktikan wujud kesedaran bersama antara pemimpin dan masyarakat kebanyakan dalam merangka asas peradaban bersama (A. Aziz Deraman, 2003). Asas Pembentukan Zon Kebudayaan Melayu-Islam Zon Kebudayaan Melayu-Islam merupakan satu gagasan yang dikemukakan dan diinspirasikan daripada Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), iaitu sebuah zon laut yang ditetapkan secara konsensus dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu. Zon Ekonomi Eksklusif merupakan satu resolusi perundangan yang menumpukan hak kedaulatan (sovereign right) sesebuah negara pesisiran. 210","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Zon ini berperanan dalam menyelesaikan beberapa konflik pertindihan kuasa antara negara- negara di pesisiran laut dan mewujudkan kerjasama antara negara menerusi meja rundingan (Phillips, 1977). Gagasan Zon Kebudayaan Melayu-Islam ini bukanlah sebuah cetusan untuk mewujudkan sebuah konvensyen secara perundangan mahupun politik, sebaliknya hanya sebuah konvensyen kebudayaan yang mampu digerakkan di luar garis perundangan. Zon ini hanyalah serlahan secara tidak formal ciri-ciri asas kebudayaan rantau ini yang sememangnya sudah pun mendasari pemikiran dan sosiobudaya masyarakat di wilayah Timur Laut seperti tradisi intelektual, kesederhanaan, bahasa Melayu sebagai lingua franca dan perkongsian nilai-nilai akal budi yang sama. Zon Kebudayaan Melayu-Islam ini perlu diperkukuh berpandukan ciri asas wilayah ini dan bukanlah mencedok pemikiran-pemikiran asing daripada amalan dan pandangan alam (worldview) masyarakat Melayu di wilayah ini. Zon Kebudayaan Melayu-Islam yang ingin dibentuk ini perlulah selari dengan konteks sosiobudaya dan aliran pemikiran masyarakat di wilayah ini bagi mengelakkan polemik-polemik yang tidak perlu (unnecessary polemics) dalam masyarakat sehingga menimbulkan kekacauan sosial. Bagi mencapai tujuan tersebut, perubahan yang tidak perlu (unnecessary changes) juga perlu dielakkan dan memfokuskan tujuan utama pembentukan zon ini iaitu untuk mengukuhkan solidariti budaya di rantau ini dalam menghadapi krisis jati diri Melayu-Islam. Polemik dan perubahan yang tidak perlu dapat dielakkan sekiranya sikap faham budaya menjadi amalan dalam merumuskan zon kebudayaan ini. Berhubung dengan faham budaya, pandangan Muhammad Uthman El-Muhammady (2010) ini wajar diteliti bagi mendapatkan rumusan yang sesuai: 1. Berhubung dengan akidah sunni yang menjadi pegangan masyarakat di rantau ini, fahaman tentang sesuatu ilmu itu perlu kekal sebagai usaha mendapatkan faedah daripada perkembangan-perkembangan terkini seperti teknologi maklumat dan sebagainya. Maksudnya, kerangka epistemologi yang diberikan dalam warisan intelektual ini mampu memperkasakan kita dan memberi kesedaran tentang jati diri yang mesti dipertahankan dalam mendepani isu-isu sekarang yang relevan dengannya (apabila dibandingkan dengan teori ilmu dalam fahaman pascamodenisme, kebebasan Islam, dan sebagainya, selain ilmu-ilmu sesat yang bersifat tradisional. 2. \u2026 sifat-sifat yang ada pada ahli sunnah perlu dikekalkan dan jangan digantikan dengan pandangan-pandangan lain, kecuali sebagai dalil atau pelengkap kepadanya seperti nucleur physics, demi menjaga kesahihan ilmu dan perspektifnya secara total, menjaga keselamatan dan untuk meneruskan sifat homogen di rantau ini dalam rangka membina peradaban seterusnya. Di wilayah ini, atas pelbagai faktor-faktor sejarah dan teori kedatangan Islam, penampilan beragama orang Melayu dalam kehidupan sehariannya berpaksikan kepada kalam al-Syafii dalam hukum Fiqh, Asyairah dan al-Maturidi dalam mazhab akidah dan al-Ghazali dalam mazhab tasawuf (Siddiq Fadzil, 2012). Pengekalan citra asal budaya dan aliran pemikiran Islam di rantau ini bukanlah bermaksud penolakan secara mutlak mana-mana aliran pemikiran Islam yang lain, sebaliknya aliran pemikiran Islam dan citra asal budaya rantau ini perlu menjadi pentakrif kepada aliran-aliran dan citra budaya lain yang bersesuaian. Ini penting bagi memastikan perubahan yang digerakkan itu tidak dipacu menerusi kerangka pemikiran yang asing daripada amalan masyarakat. Oleh sebab itu, faham budaya perlu menjadi asas kekuatan dalam membina Zon Kebudayaan Melayu-Islam yang didirikan atas perkongsian nilai dan budaya yang sama. 211","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Persoalannya, apakah kerangka budaya yang melatari masyarakat Melayu secara amnya dan wilayah Timur Laut ini secara khusus? Dari sudut esensi dan pengamalan agama Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas (1999), menukilkan pandangan yang konstruktif dalam memahami kedudukan Islam dan kerangkanya dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Menurut al-Attas, pandangan hidup yang berdasarkan kebudayaan estetik dan kesenian semata-mata tidak dapat merangkumkan nilai Islam dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Sebaliknya, penilitian perlu dibuat menerusi bahasa dan tulisan kerana lebih merangkumi pemikiran hakiki masyarakat Melayu. Tradisi intelektual merupakan bahagian utama yang perlu difokuskan dalam Zon Kebudayaan Melayu-Islam. Tradisi ini merupakan penerusan warisan lampau yang turut digerakkan oleh golongan-golongan ulama. Mereka bukan sahaja mengarang kita agama tetapi turut sama menghasilkan karya-karya kreatif yang menyampaikan mesej-mesej ketuhanan dan merangkumi pelbagai aspek sama ada akidah dan tauhid serta membawa tema-tema sejagat seperti kebenaran, keadilan, kemanusiaan dan (A. Aziz Deraman, 2003). Tradisi intelektual dan persuratan di wilayah Timur Laut ini turut diperteguh dengan institusi pondok yang memperkayakan khazanah persuratan Melayu dan intelektual di wilayah Timur Laut. Terdapat banyak penulisan kitab agama berbahasa Melayu mahupun terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang masih digunakan dan dimanfaatkan oleh penuntut-penuntut ilmu di pondok sehingga ke hari ini. Bidang-bidang tujahan kitab-kitab yang rencam merangkumi bidang fiqh, tauhid atau usuluddin, hadis, tasawwuf, tajwid dan wirid memberi cerminan bahawa tradisi persuratan merupakan satu ciri penting peradaban wilayah Timur Laut. Ibrahem Narongraksakhet (2010) menyenaraikan beberapa kitab yang dalam bidang-bidang tersebut antaranya: (1) Bidang fiqh: Sul\u2019lamun Muhtady (Sheikh Daud al-Fathony), Sabillul Muhtady (Sheikh Muhammad Rashid bin Abd. Al-Karim), Tanwirul Khulub (Ahmad bin Muhammad bin Abd. Karim A\u2019tal-lah al-Askandariat). (2) Bidang Usuluddin: Presai (Sheikh Abd. Kadir al- Mandily), Addur-ru assamin (Sheikh Daud al-Fathony), Bidayatul Hidayah (Sheikh Muhammad bin al-Faqih Jalaluddin), Kifayatul Muhtaj (Sheikh Daud al-Fathony), Anak Kunci Syurga (Sheikh Abd. Kadir al-Mandily).(3) Bidang Hadis: Hadith Ampat Puloh (Ash-Biran Ya\u2019kub), Al-Mazhab (Syeikh Abd. Kadir al-Mandily). (4) Bidang Tasawuf: Minhajul Abidin (Syeikh Daud al-Fathony), Simarul- Jannah fi Terjemah Risalatul Mu-a\u2019wanah (Idris bin Haji Wan A;li Bakum). Daripada gugusan kitab-kitab yang disenaraikan ini, terbukti bahawa bahasa Melayu telah mencapai martabat bahasa penyampaian ilmu dan bukan lagi terbatas kepada bahasa harian atau komunikasi semata-mata. Usaha penting ulama-ulama di wilayah Timur Laut secara konsisten bermujahadah menterjemah dan mengangkat peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu memberi natijah yang cukup besar dalam daya memasyarakatkan ilmu. Khazanah ini perlu diangkat dan ditanggapi sebagai pancaran keintelektualan peradaban Melayu. Syed Naquib al-Attas (1999) turut menyebut, hakikat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang kedua terbesar dalam dunia Islam sering tidak disedari kerana wujud dikotomi (pengasingan) dalam pengajian bahasa Melayu yang memisahkan diri daripada khazanah dan dunia Islam secara keseluruhannya. Kesannya, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penting dalam dunia Islam tidak dihiraukan oleh kerana tinjauannya hanya dibuat sebagai salah satu bahasa dalam Kepulauan Melayu-Indonesia dan daerah-daerah sekitarnya semata-mata (al-Attas, 1999). Dapat disimpulkan di sini, bahasa Melayu merupakan satu ciri penting yang menjadi asas peradaban di wilayah Timur Laut sekaligus perlu menunjangi pembentukan Zon Kebudayaan Melayu-Islam. 212","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Hasil perbincangan ini, dapatlah dirumuskan bahawa asas pembentukan Zon Kebudayaan Melayu-Islam di wilayah ini ialah: 1) Zon Kebudayaan Melayu-Islam yang ingin dibentuk ini perlulah selari dengan konteks sosiobudaya dan aliran pemikiran masyarakat di wilayah ini iaitu berteraskan mazhab Syafii dalam hukum Fiqh, mazhab Asyariah dan Maturidi dalam soal akidah dan mazhab Imam al-Ghazali dalam tasawuf. Aliran ini akan menjadi pentakrif kepada zon kebudayaan Melayu-Islam manakala aliran atau pemikiran lain yang bersesuaian wajar diterima. 2) Tradisi intelektual Melayu yang berteraskan budaya persuratan tinggi perlu menjadi asas dalam Zon Kebudayaan Melayu-Islam sebagai satu sumbangan penting wilayah ini ke atas peradaban Melayu dan Islam secara keseluruhannya. 3) Bahasa Melayu perlu dianggap sebagai bahasa kedua terbesar dalam dunia Islam yang menjadi bahagian penting kebudayaan Melayu-Indonesia. Bahasa Melayu perlu merebut peluang dengan perkembangan agama Islam yang diramalkan akan menjadi jumlah penganut tertinggi di dunia menjelang tahun 2070. Jalinan persaudaraan Islam yang kukuh serata dunia perlu digembleng sepenuhnya bagi meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam dunia Islam sekaligus mewujudkan \u201csolidariti ummah\u201d. Peranan Pondok sebagai Zon Kebudayaan Melayu-Islam Institusi pondok terbukti berhasil melangkaui peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan Islam kepada institusi yang menjadi benteng kepada kebudayaan Melayu-Islam. Bagi memaksakan kesatuan identiti, beberapa dasar asimilasi atau turut disebut sebagai \u2018Siamisasi\u2019 telah dijalankan oleh kerajaan Thailand seperti pada awal ke-20 seperti Akta Pelajaran 1921, dasar Thailand Rattanium (Thailand Custom Decree) pada tahun 1939 serta Program Pembaikian Pendidikan Pondok pada tahun 1961. Dalam kerancakan usaha asimilasi ini dijalankan, impak pelaksanaannya masih berada pada tahap yang minimum. Akta Pelajaran 1921 sebagai contoh, yang mewajibkan anak-anak orang Melayu menghadiri sekolah-sekolah dasar dalam bahasa Thailand dan secara tersiratnya untuk menyekat anak-anak orang Melayu mengikuti kelas-kelas bahasa Melayu masih gagal mempengaruhi orang Patani daripada menghantar anak-anak mereka ke pondok-pondok (Ahmad Fathy al-Fatani, 2010). Apabila kerajaan Thailand pada tahun 1968 telah memerintahkan agar semua pondok yang menerima bantuan kerajaan menghapuskan secara total penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan menghalang penubuhan pondok-pondok baharu tanpa izin daripada kerajaan, dasar kerajaan ini disambut oleh orang Patani dengan stigma kerana menganggap langkah tersebut sebagai satu langkah penghapusan institusi pondok. Bagi mereka, dasar menukarkan sekolah pondok tradisional kepada sekolah swasta Islam merupakan satu pendekatan tersirat (back-door approach) untuk menghakis jati diri Melayu-Islam (Ahmad Fathy al-Fatani, 2010). Kesukaran untuk melunturkan identiti Melayu-Islam ini menyerlahkan hubungan erat antara institusi pondok dengan masyarakat Melayu-Islam di Pattani yang sukar diceroboh lagi. Institusi pondok juga dapat berfungsi secara strategik sebagai Zon Kebudayaan Melayu- Islam dengan jaluran pertumbuhan pondok di wilayah Timur Laut atau \u201cRantai al-Fatani\u201d. Pemakaian laqab atau gelaran yang beriringan dengan gelaran seperti al-Asyi, al-Sumatrani, al- 213","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Palembani, al-Banjari mahupun al-Kalantani merupakan simbolik wilayah Timur Laut yang memiliki khazanah intelektual Islam yang masyhur sehingga turut dikenali sebagai Serambi Mekah di wilayah Timur Laut. Jaluran pertumbuhan pondok di wilayah ini juga setanding dengan satu lagi Serambi Mekah di Nusantara iaitu Acheh (A. Aziz Deraman, 2003). Sehingga ke hari ini, jajaran pondok-pondok ini masih kelihatan di beberapa tempat dalam wilayah Timur Laut. Jajaran ini bukan sahaja tertumpu di Patani sahaja tetapi bertebaran ke negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu. Pondok-pondok seperti Lati, Pasir Tumboh, Lubuk Tapah, Kubang Bemban, Kuala Besut, Jerteh dan Kerandang masih lagi berfungsi dalam masyarakat Kelantan dan Terengganu (Mohamad Abu Bakar, 2003). Roff (2009) dalam Studies on Islam and Society in Southeast Asia menyebutkan; \u201cTraditional nineteetnth century pondoks, and the countless others of the same pattern established in the years that followed, were of great consequence for Malay rural society, and did much to shape social ethos.\u201d Peluang yang terhasil daripada pembentukan etos menerusi tradisi pondok yang kukuh ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menyebarkan budaya Melayu-Islam rentas sempadan negara sehingga ke utara Thailand seperti Kemboja dan Vietnam dan ke turun ke selatan Kelantan dan Terengganu. Secara tersiratnya, institusi pondok dapat menjalankan strategi kuasa lunaknya untuk mengembalikan semula kegemilangan Melayu-Islam di rantau ini dengan kehadiran penuntut-penuntut ilmu yang sebelum ini terbatas secara sempadan negara. Menerusi Zon Kebudayaan Melayu-Islam ini, perkongsian cendekiawan dan ulama rentas sempadan negara dapat digiatkan semula seperti jaringan ulama Melayu-Indonesia pada abad ke-18 yang menggerak perubahan besar dalam masyarakat Melayu-Islam. Azyumardi Azra (2004) dalam bukunya The Origins of Islamic Reformism in Southeast Asia menyebutkan kesan keberadaan ulama-ulama tradisional ini lebih meninggalkan kesan berbanding ulama-ulama yang membawa agenda perubahan (reform) . Ulama-ulama tradisional memilih pendekatan yang lebih harmoni dan dekat dengan masyarakat sehingga berhasil mengukuhkan nilai Islam sebagai satu identiti dalam masyarakat. Jaringan dan perkongsian ulama ini hakikatnya sudah berlangsung sekarang ini apabila ulama-ulama daripada Patani seperti Baba Ismail Sepanjang dan Baba Ghazali al-Fatoni semakin giat mengajar bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke Acheh dan Singapura. Jaluran pertumbuhan pondok di wilayah Timur Laut ini juga dapat memainkan peranan strategik dalam membentuk strategi baharu dalam membina rangka jati diri Melayu-Islam yang lebih kental \u2013 berasaskan strategi kuasa lunak. Strategi kuasa lunak ini begitu signifikan dari perspektif geopolitik dan perkembangan ekonomi serantau. Hal ini kerana pengaruh identiti Nusantara semakin mengukuh dengan kerancakan ekonomi daripada dua negara tetangga Thailand, iaitu Indonesia dan Malaysia. Di bawah pemerintahan Joko Widodo (Jokowi) yang berhasrat menjadikan Indonesia lebih berdaya saing di Asia Tenggara, kadar pertumbuhan ekonomi negara Gross Domestic Product (GDP) Indonesia semakin meningkat dengan perubahan dasar ekonomi dan infrastruktur di negara tersebut (Sarivani, 2020). Pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan ini tentunya akan turut memberi limpahan ekonomi kepada negara Thailand, dan wilayah Timur Laut khususnya Pattani perlu menjadi perantara budaya antara Thailand-Indonesia. Cabaran dan Saranan Pembentukan Zon Kebudayaan Melayu-Islam Dalam menjayakan gagasan pembentukan Zon Kebudayaan Melayu-Islam yang ditunjangi oleh institusi pondok, peranan institusi pondok tidak dapat tidak perlu diperkasakan. Idea pemerkasaan institusi pondok sering disambut dengan nada pesimis, penuh stigma dan kadangkala negatif. 214","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Perkara ini dapat difahami, faktor pengalaman dan sejarah pahit institusi pondok dalam berdepan dengan dasar-dasar yang merosakkan identiti Melayu-Islam telah memberikan kesan psikologi yang cukup besar dalam menerima perubahan. Namun begitu, institusi pondok perlu dipersiapkan sepenuhnya agar dapat menanggung beberapa tuntutan seperti tuntutan modernisasi yang pastinya akan tiba. Setidak-tidaknya institusi pondok dapat mengimbangi tuntutan modernisasi dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan tradisi murni yang sudah berakar. Perubahan dalam hal-hal pentadbiran seperti keseragaman sijil kelayakan dan pengiktirafan sijil yang tidak menganggu epistemologi dan tradisi pondok wajar untuk dipertimbangkan. Azyumardi Azra (2012) dalam tulisannya, \u201cPendidikan Islam: Tradisi dan Modernisasi di Tengah Tantangan Milenium III\u201d menyarankan beberapa perubahan penting terhadap institusi pendidikan Islam seperti pondok atau pesantren iaitu integrasi ilmu antara ilmu naqli (yang disampaikan menerusi wahyu) dan juga ilmu aqli (iaitu ilmu-ilmu intelek yang diperoleh menerusi mujahadah akal dan pengalaman empirikal). Dalam Islam, kedua-dua klasifikasi ilmu tersebut diistilahkan sebagai al-\u2018ulum al-hushuliyyah iaitu ilmu-ilmu perolehan. Persoalan kurikulum pendidikan turut dibahaskan dengan teliti oleh Syed Naquib al-Attas, yang menurutnya timbul akibat kekeliruan tentang hakikat dan ruang lingkup ilmu pengetahuan, bahkan kekeliruan terhadap makna agama itu sendiri (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2016). Dalam mencermati perubahan ini, Uthman El-Muhammady (2003) memberikan satu tokoh teladan yang paling hampir dengan budaya dan masyarakat Melayu wilayah Timur Laut iaitu Tok Kenali. Menurutnya, Tok Kenali yang pada mulanya turut mengguna pakai sistem lama institusi pondok seperti pengajaran nahu, tauhid, tasawuf dan tafsir telah memilih untuk mengembangkan silibus pendidikan di pondok dengan memasukkan mata pelajaran baharu seperti Sejarah, Geografi, Bahasa Inggeris, Mantik (Logik), Tarikh Adab (Sastera). Perubahan ini dalam masa yang sama tidak mengorbankan orientasi penting dan dasar utama institusi pondok untuk melahirkan ulama-ulama dalam bidang agama. Cabaran-cabaran institusi pondok ini perlu diatasi sebaiknya bagi menstrategikkan institusi pondok sebagai paksi utama peradaban wilayah Timur Laut. Penutup Sebagai kesimpulan, makalah ini mengemukakan saranan diplomasi budaya dan strategik kuasa lunak dalam mendepani krisis kelunturan identiti di wilayah Timur laut khususunya di Pattani. Makalah ini turut menggalak peranan dan keupayaan institusi pondok dalam membentuk zon kebudayaan dan jati diri Melayu-Islam yang berasaskan solidariti kebudayaan, tradisi kecendekiawanan Melayu-Islam serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Peranan ini menunjukkan daya strategik institusi pondok yang bersifat dwifungsi iaitu sebagai pusat keilmuan dan sebagai institusi sosial yang berupaya membentuk kerangka zon kebudayaan dan jati diri Melayu-Islam yang sukar digugah. Bagi mencapai gagasan Zon Kebudayaan Melayu-Islam, beberapa cabaran yang melingkari institusi pondok perlu diatasi sebaiknya bagi menyiapkan institusi pondok untuk berdepan tuntutan-tuntutan modernisasi yang sukar dihalang. Dalam masa yang sama, tuntutan perubahan ini harus diimbangi sebaiknya agar mampu melestarikan tradisi murni yang sudah mengakar dalam institusi pondok. 215","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan A. Aziz Deraman. (2003). Peradaban Melayu Timur Laut: Cabaran dan arah masa depan. In Peradaban Melayu Timur Laut. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Fathy al-Fatani. (2010). Pattani: Hakisnya sebuah budaya Melayu. In Peradaban Melayu Timur Laut: Memperkasakan warisan persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmat Adam. (2017). Batu bersurat Terengganu: Betulkah apa yang dibaca selama ini? SIRD. al-Attas, S. M. N. (1999). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Azyumardi Azra. (2004). The origins of Islamic reformism in Southeast Asia. Allen & Unwin and University of Hawaii Press. Azyumardi Azra. (2012). Pendidikan Islam: Tradisi dan modernisasi di tengah tantangan milenium III. Kencana & Prenadamedia Group. Ibrahem Narongraksakhet. (2010). Perkembangan sistem pengajian ilmu persuratan di Selatan Thailand. In Peradaban Melayu Timur Laut: Memperkasakan warisan persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Abu Bakar. (2003). Rantau dalam rantau: Peranan Kelantan dan Terengganu dalam pemerkasaan budaya Melayu-Islam. In Peradaban Melayu Timur Laut. Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Uthman El-Muhammady. (2010). Memperkasakan warisan persuratan Melayu wilayah Timur Laut. In Peradaban Melayu Timur Laut: Memperkasakan Warisan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Phillips, J. C. (1977). The Exclusive Economic Zone as a concept in international law. The International and Comparative Law Quarterly, 26(3), 585\u2013618. Roff, W. R. (2009). Studies on Islam and society in Southeast Asia. NUS Press. Sarivani, A. (2020). Post-election politics in Indonesia. Southeast Asian Affairs, 137\u2013154. Siddiq Fadzil. (2012). Islam dan Melayu: Martabat umat dan daulat rakyat. Akademi Kajiam Ketamadunan & Kolej Dar al-Hikmah. Uthman El-Muhammady. (2003). Islam dan pembinaan peradaban di kawasan Timur Laut: Suatu Tinjauan. In Peradaban Melayu Timur Laut. Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Mohd Nor Wan Daud. (2016). Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed M. Naquib al- Attas: Satu huraian konsep asli Islamisasi. Penerbit Universiti Malaya. 216","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 SIKAP KEPENYAIRAN DUA PENDEKAR SASTRA MELAYU (PUISI A.AZIS DERAMAN DAN DAMIRI MAHMUD) Oleh Shafwan Hadi Umry Karya sastra yang menekankan si penciptanya sendiri: adalah metode tertua dan paling mapan dalam studi sastra. Sastra berorientasi pada kehidupan sang pengarang atau biografinya. Biografi hanya bernilai sejauh memberi masukan tentang penciptaan karya sastra. Tetapi biografi dapat juga dinikmati karena mempelajari hidup pengarang yang genius, menelusuri perkembangan moral, mental, dan intelektualnya, yang tentu menarik.(Lih. Zaidan, 2009,Mahmud, 2014, dan Nevatuhela,2021). Ketiga penulis ini( Zaidan, Mahmud dan Nevatuhela) masing-masing pernah membedah puisi Goenawan Mohamad, Chairil Anwar, dan Damiri Mahmud dari aspek biografi sang penyairnya. Biografi dapat juga dianggap sebagai studi yang sistematis tentang psikologi pengarang dan proses kreatif. (Wellek, 2016). Tiga sudut pandang ini perlu dibedakan. Yang relevan dengan studi sastra adalah yang pertama\u2014yang menganggap bahwa biografi menerangkan dan menjelaskan proses penciptaan karya sastra yang sebenarnya. Sudut pandang kedua mengalihkan pusat perhatian dari karya ke pribadi pengarang. Sedang yang ketiga memperlakukan biografi sebagai bahan untuk ilmu pengetahuan atau psikologi penciptaan artistik. Biografi adalah genre yang sudah kuno (Wellek,2016). Pertama-tama, biografi secara kronologis maupun secara logis adalah bagian dari historiografi. Biografi tidak membedakan negarawan, jenderal, arsitek, ahli hukum, dan penganggur. Sejalan dengan pemikiran ini, Coleridge berpendapat bahwa setiap kehidupan\u2014walaupun tak ada artinya, jika diceritakan secara jujur\u2014pasti akan menarik. Di mata penulis biografi, pengarang adalah orang biasa yang perkembangan moral, intelektual, karier, dan emosinya bisa direkonstruksi dan dinilai berdasarkan standar tertentu\u2014biasanya sistem nilai etika dan norma-norma perilaku tertentu. Oleh karena itu, biografi bisa berbentuk fakta biasa, seperti fakta tentang kehidupan siapa saja. Jadi, permasalahan penulis biografi adalah permasalahan sejarah. Penulis biografi harus menginterpretasikan dokumen, surat, laporan saksi mata, ingatan, dan pernyataan autobiografis. Kemudian ia harus memutuskan mana bahan yang asli dan saksi mana yang dapat dipercaya. Dalam proses penulisannya, ada masalah penyajian kronologis, masalah seleksi, dan penilaian untuk jujur atau menutupi sejumlah rahasia. Biografi sebagai suatu genre yang sebetulnya bukan masalah sastra sama sekali. Ada dua pernyataan yang harus dijawab dalam menyusun biografi sastrawan. Pertama: Sejauh mana penulis biografi tersebut dapat memanfaatkan karya sastra sebagai bahan atau pembuktian Kedua: sejauh mana biografi itu relevan dan penting untuk memahami karya sastra? Jawaban atas kedua pertanyaan ini sering kali sangat optimistis. Tetapi barangkali kita perlu mempertanyakan kembali pokok-pokok ini. Penyusun biografi penyair senang memanfaatkan puisi-puisi, karena banyak puisi dianggap memberikan data 217","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 biografis penyairnya. Ini tentu tidak berlaku untuk tokoh yang bukan sastrawan. Membicarakan kedua tokoh sastrawan Melayu yakni Dato\u2019A.Azis Deraman (Malaysia) dan Damiri Mahmud (Indonesia ) tidak menjurus kepada karaekterisasi biografis seperti ciri-ciri yang dipaparkan di atas, akan tetapi membatasi perbincangan pada profil kedua sastrawan dengan memanfaatkan sejumlah karya puisi mereka yang disiarkan dalam ruang khalayak sastra. Proses Kreatif Sastrawan Penulis mengutip pernyataan serangkaian tulisan bahwa , membaca puisi modern ialah \u201c kesediaan kita untuk menerima chaos sebelum logos\u201d\u201d,tapi juga keterbukaan kita kepada hening yang bukan kosong, kepada suwung yang sebenarnya berisi (Ayu Utami,2022) . Pernyataan itu diiringi serentetan pertanyaan yakni, sanggupkah kita menangkap puisi yang disonan, yang membawa chaos di satu pihak, tapi mengandung suwung di pihak lain? Dengan kata lain, mengapa kita harus \u201chijrah dari bahasa publik\u201d hanya untuk menangkap keistimewaan puisi Ketika dunia memerlukan lebih banyak komunikasi untuk menekan kebohongan dan kekerasan? Jawabannya memang dapat iya, jika tradisi puisi modern , misalnya tradisi Chairil Anwar, sudah larut membenam dalam urat darah kita. Namun, jika puisi modern termasuk puisi inderawi maka pilihan, tanggapan, dan hasil proses belajar dengan segala macam pengalaman estetik kita, maka itulah pilihan yang dipakai ketika kita berhadapan dengan karya puisi. Membaca termasuk (karya puisi) sebagaimana melihat dengan peralatan inderawi adalah mengenali sesuatu didalam konteks tertentu. Pada konteks tertentu proses analitik sastra\/puisi hanya dimungkinkan oleh pengetahuan kita tentang sejarah sastra, khususnya wawasan akan puisi modern, betapapun ia hanya tersirat dan tersimpan secara laten (tersembunyi). Tugas pembaca sastra pada puisi modernlah yang berusaha mengungkapkannya secara manifes sehingga muncul sebagai makna dan interpretasi. 1. Sikap Kepenyairan A Azis Deraman Membaca puisi-puisi A Azis Deraman ( lahir 1948 di Paser Putih, Kelantan Malaysia) dalam buku antologi \u201c Suara dari Cikini\u201d (Penerbit Minda K.Lumpur, 2010) merupakan rekaman ingatan dan memorial penyair tentang Indonesia sebagai negeri serumpun Melayu. Maka tidaklah mengherankan mengapa penyair Azis Deraman sangat akrab dan mahir mengenali lanskap alam Melayu itu di Indonesia. Pada antologi puisi \u201cSuara dari Cikini\u201d (2010) Azis meangawali mukadimah sastranya dengan kata-kata,\u201dsuara Cikini adalah suara rakyat, suara alam yang diperhatikan dan dari pengalaman yang ditimba. Di Cikini Jakarta itu kita bisa menyaksikan suara kehidupan rakyat dari golongan penjaga warung, suara hilai dekah para tetamu di sebarisan hotel-hotelnya, suara seniman, sasterawan, penulis, penyair yang saban waktu bergiat di Taman Ismail Marzuki.(Hal XII). Penyair menulis: sampai bila bahtera bangsa akan tiba ke pukau tujuan Indonesia menunggu cemas bimbang 218","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ada luka tidak terbalut berdegup batin,malu, menderita, takut sejak nakhoda baru mengarah Haluan selama enam purnama bahtera terapung di Pelabuhan membawa hati yang tercabik bagaikan berputar di tempat sama, menggapai bentuk Membaca puisi ini amatan kita pastilah sebuah renungan sang \u2018tetangga yang baik\u2019 yang merasa prihatin tentang Indonesia. Kita yakin sejumlah puisi ini bermula di lokasi pusat kesenian bergengsi yang berdiri megah di Jalan Cikini Raya Jakarta. Pada berikut Azis Deraman menampilkan sikap simpati dan empati penyair dengan ketokohan Bung Karno sebagai \u2018penyambung lidah rakyat\u201d. Kharisma dan kepiawaian Presiden RI pertama itu begitu memukau dan membangkitkan marwah manusia sebagai bangsa yang beradab dan beradat. Azis menulis : baru sebentar kulewati istanamu sampai terkenang daku mahu jadi juara pidato peristiwa anak-anak sekolah berlumba maka akulah antara mereka meniru gayamu mengikut cara suaramu rupanya pengalaman itu adalah sejarah dari fakta dan waktu kita melangkah (Seabad Soekarno,6\/6-2001) Pada puisi \u201cAdalah Bahasa\u201d (1997) , Azis berseru dalam solidaritas bahasanya sebagai asas pembinaan dan peradaban bangsa; Bahasa adalah wahana pemersatu, pengantar ilmu dan komunikasi. Pernyataan Azis di atas mengingatkan penulis tentang tulisan kritikus dan budawan intelektual Indonesia Wiratmo Soekito, \u201cSeorang sastrawan yang menulis buku-buku untuk rakyat banyak tetap berada dalam bahasa. Namun, ketika ia menulis dalam genangan proses penciptaan maka yang terjadi adalah bahasa sebagai suatu dunia luar, karena ia sedang menciptakan objek-objek termasuk kata-kata secara kreatif.\u201d (Soekito,dalam Hadi:2012) Peran bahasa sangat penting dalam sastra. Hal ini dapat dibuktikan ketika Subagio Sastrawardojo (Umry,2012:47) menyatakan di dalam lukisan, nyawa masih terus bergulat hendak mengucapkan diri seakan-akan terkungkung dalam tubuh yang tak dianugerahi bahasa. Maka akhirnya Subagio.menyambut bidang kesusastraan sebab di sini dia dapat mengucapkan dirinya secara penuh sebagai manusia sekalipun insaf bahwa bayangan yang terlukis lebih kekal dan universal daripada bahasa sebagai sarana sastra. Begitu jugalah sikap kepenyairan A Azis Deraman yang memandang \u2018bahasa\u2019 sebagai cara mengucapkan dirinya ke ruang publik pembaca. Adalah Bahasa Sejarahnya menelusuri Akar daerah tersurat Akar wilayah tersirat 219","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Lihat keluasan Kaji kedalaman Ketika Dato Azis ke Medan (28\/6\/2004) menghadiri Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu , beliau merekamkan kembali puisi tentang posisi bahasa. Dari panggung politik bahasa Berligar segi tiga wilayah utara Para pemikir budayawan berhimpun Para penulis sastrawan bernaung Ke titik hangat semangat Mendidik jiwa kesatuan umat Cari khazanah gesaan cipta Ketika konflik di Poso, Ambon dan Ternate yang mengambil korban jiwa dan kerusuhan rasial yang tumpang tindih antara politik, antara umat beragama, Dato Azis secara pilu merekamkan peristiwa yang berdarah itu. Pengembara sepertiku nanar mata menatap laut Menemukan dirinya terbenam ke dasar dendam Terasa mengalir darah kemarahan dan kebencian Kota ini pun meledak basah kerusuhan berdarah Menjadi butir-butir kesedihan luruh ke semua arah Terlalu banyak luka terlalu banyak kesedihan (Warna Kita I Kota Ambon, 2000) Pada kembara penyair ke kota Makasar, ia terpesona dengan peran tokoh ulama ,kaum, cendekiawan yang membangun tradisi pembelajaran agama Islam dan keunggulan Islam di Nusantara. Hatiku tidak sunyi bertanya Upayakah pengalaman dan ilmu di dada Dibawa semata-mata karena Allah Di jalur kebajikan tidak kenal lelah Ulama itu merdeka jiwa Dia itu tuan rumah di mana berada (Ulama, Makasar, 2001) Berdasar pada serangkaian uisi-pusinya , sikap kepenyairan A Azis Deraman dapat dideteksi dalam tiga visi atau pandangan yakni (1) Sikap kearifan yang bersumber dari keyakinan sebagai pemeluk agama Islam, Kedua, sikap kepedulian sosial yang tertanam kuat dari sanubarinya sebagai seniman yang berpijak pada hati nurani sosial. Dengan kata lain sasaran visi penyair A Azis Deraman adalah untuk mendckati kesejarahan pribadinya dalam konteks insani. Sebagaimana halnya dalam imajinasi manusia mengenal motif dan assosiasi pada dirinya melalui proses subjektif, Ia mungkin berusaha menemukan kembali kenangan dan pengalamannya yang dilupakan atau mencari sisa-sisa yang paling berharga yang menurutnya paling langgeng untuk melampaui zamannya. 220","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pada hakikaaya puisi bukanlah pengalaman singkat dalam satu pose ketika orang memotret dirinya. Ada kecenderungan untuk memberikan keabadian dalam menulis karya sastra sebagai kesaksian dari suatu zaman. Atau \\\"kita masih membaca Dante, Shakespeare, Prapanca, sebagai penyair besar yang membikin kekal yang sia-sia, membikin abadi yang kelak retak.\\\" (A. Teeuw, 1980: 114) Ketiga, ketangguhan dan kesetiaan profesionalnya sebagai abdi negara dan juga abdi masyarakat yang berbakti demi Allah dan untuk masyarakat. Sikap ini sememangnya telah termaktub dalam ajaran Islam sebagaimana Ayat Al Qur;an (Surah Asyua\u2019ra) bahwa seniman termasuk penyair yang beriman dan beramal saleh 1) itu adalah mengabdi untuk Allah dan berbakti untuk masyarakat. Kedua laras vertikal dan horizontal ini selalu dilakukan oleh penyair yang beriman dan menyelaraskan kreativitasnya sesuai dengan kreativitas Allah dengan segala firman-Nya. 2. Sikap Kepenyairan Damiri Mahmud Ada sebuah puisi menarik yang ditulis penyair Damiri Mahmud (lahir tahun 1945 di Hamparan Perak, Sumatra Utara) berjudul Epitaf. Puisi ini kaya dengan parabel dan metafora tentang ulama yang tersohor pada zamannya.Puisi ini berkisah dari referensi sejarah mistik Islam tentang Nabi Muhammad SAW, Al Ghazali, Zamakhsyari, dan Imam Syafii. Pada bait pertama penyair Damiri Mahmud menulis: \u201c Allah, dengan asma-Mu jua kami berkata dan mengenang.dalam ampunan- Mu yang mengalir, kami berenang dan bersyair.maaf-Mu sesejuk salju, menggenang, semoga yang kami kenang\u2026\u201d (Memandang Manusia,1983). Puisi ini ditulis setelah beliau sehat dari penyakit yang dideritanya yang mengantarkannya ke Rumah Sakit Sitanggang (Jl.Kapten Muslim Medan, 1983). Ketika saya bersama tokoh Bahasawan Drs. Sabaruddin Ahmad membezuk di ranjang sakitnya, pandangan kami berdua tertumbuk pada sebuah buku puisi karya Sutardji Calzoum Bachri (dekat bantalnya). Lantas Pak Sabar berujar,\u201dWahai Ananda, jangan hanya ini yang kau baca, tetapi ini!\u201d, kata Pak Sabar sambil mengambil kitab suci Al Quran di atas meja pasien. Penyair kelahiran Hamparan Perak itu pun tersenyum dan mengangguk .Itulah pertama kali Damiri Mahmud mengalami sakit parah dan berbulan-bulan menghuni kamar pasien. Pada tahun 1985 puisi di atas penulis ulas sekilas di ruang budaya Harian Waspada yang diasuh Herman Ks. Sebuah foto dilampirkan tentang potret beliau yang penulis \u2018klik\u2019 di tanah Lapang Merdeka Medan tempat kami pertama sekali (saya, Yudhi Harsoyo, dan Damiri Mahmud) mencetuskan konsep \u201cOmong-omong Sastra\u201d(1976). Rasa Terkucil Pada puisi ,\u201dAku Berlari-lari Mencari Serumpun Serai\u201d adalah sebagian kisah rasa terbuang penyair menghadapi perubahan lingkungan tanah airnya.Terganggunya \u2018enviromental etic\u2019 -etika lingkungan- kehidupan keseharian . Kisah rasa terbuang penyair ini bukanlah berkaitan dengan kenegaraan atau merujuk administrasi pemerintahan. Ia berhubungan dengan wilayah batin yang bermitra dengan kehidupan fisikal manusia. 221","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Konsep rasa terbuang ini mungkin dilihat sebagai hubungan ruang. tentang golongan pengarang atau sastrawan tanpa \u2018berpindah tempat\u2019, berasa diri mereka seperti orang asing di negeri sendiri. Puisi \u2018 Aku Berlari-lari Mencari Serumpun Serai\u2019 menceritakan rasa terbuang sekaligus ada semacam kehilangan wacana kultural Melayu untuk menemukan tamadun lokal orang Melayu yang marginal pada era urban dan pembangunan. \u201cKini aku berlari-lari seperti dulu mencari bau reruku dan kemangi-manisnya kembang semangkuk biji selasih berlari menyibak durian runtuh dalam semak-semak otakku\u201d(Hadi,2014:14) Secara tersirat Damiri mengalami rasa peminggiran \u2018tanah air Melayu\u2019 yang bukan saja disebabkan perubahan tata ruangkota berlabel modern akan tetapi juga rekayasa penyeragaman struktur tata ruang lingkungan. Budaya Melayu yang dahulu kental dengan nilai berkampung, kini akibat perubahan zaman menjadi nilai bercerai. Kampung menjadi desa, Pecahnya pusat rujukan tradisional atas suatu komunitas karena posisi kepala desa di masa kini hanya dapat merumuskan kebijakan atas persetujuan atasan, atau budaya petunjuk teknis dan budaya pengarahan.yang nyaris dimonopoli kekuasaan. Penulis memulai pembicaraan ini dengan mengutip pendapat Escarpit (seorang pengamat sastra Barat). Menurut dia setiap pengarang (termasuk penyair) akan dilupakan sepuluh , duapuluh atau tigapuluh tahun setelah ia meninggal. Jika ia berhasil melewati ambang berbahaya ini , ia akan menjadi bagian populasi sastra. Kata-kata ini dikutip dari pendapat Escarpit ketika ia membicarakan keberadaan pengarang dalam proses kreatif (Yunus,2008). Pujangga Jepang Akutagawa ( Hadi, 2010) pernah ditanyakan orang tentang pendapatnya mengenai kepenyairan seseorang. Dia berkata,\u2019kalau seorang pengarang dapat meninggalkan 10 buah karya yang masih berharga dibaca 30 tahun setelah kematiannya, maka ia dapat disebut sebagai empu.Kalau hanya dapat meninggalkan 5 buah karya seperti itu, dia masih tergolong kepada pengarang termasyhur.Bila dia hanya meninggalkan 3 buah karya saja pun , ia masih layak disebut pengarang. Daya tahan para pengarang pada \u2018ambang batas\u2019 yang disebut zona berbahaya itu berbagai macam corak dan sebabnya. Salah satunya upaya pengikisan ingatan kolektif dalam priode tertentu dalam perjalanan sastra Melayu dan Indonesia .Daya tahan pengarang menghadapi pengikisan ingatan kolektif menimbulkan semacam ironi dalam sejarah kesusastraan Indonesia. Bahkan secara paradoks , banyak penyair memilih membuang dirinya dan mencari jalan-jalan yang tidak ditempuh orang banyak. Penyair Robert Prost berseru :\u201dsatu jalan bersimpang dua di hutan, dan aku\/aku ambil jalan sunyi\/dan itulah yang membedakan segala-galanya.\u201d Hal ini pernah ditulis Damiri Mahmud pada akbar tempatan yakni dengan karta-kata, \u201csastra selalu berada di tengah kultur keterkenalan dan keterpencilan \u201c(Mahmud, 2011). Puisi Kampung Halaman Dalam suatu wawancara radio, pengarang India yang bernama Yed Mehta ditanya wartawan mengapa sesudah tinggal di Amerika, ia masih merasa perlu menulis tentang India. Beliau menjawab bahwa semakin tua seseorang itu semakin hidup kenangannya tentang zaman kecilnya. (Bennet, 1991) Pernyataan Mehta itu menegaskan kembali bahwa ada kenangan yang lebih hidup bahkan tidak ada kesan yang bisa dihapuskan sebagaimana halnya kenangan tentang masa kecil. Hal ini 222","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 tersimpan dalam 'man set' seseorang apabila ia jauh dari tanah airnya. Hal ini sama halnya dengan Tagore pujangga Benggali yang banyak mengembara ke mancanegara termasuk Amerika dan Jepang bahkan pernah singgah di Indonesia. Namun dalam tulisannya Tagore tidak memunculkan kisah-kisah lingkungan luar negeri itu dalam karya kreatifnya. Ia agaknya tetap konsisten dengan Benggala, warna lokal yang indah. ltulah sebabnya pemandangan alam dan iklim bukan India jarang ditemui dalam karyanya. Hal ini jiga tidak jauh berbeda dengan penyair Melayu Serumpun : A. Azis Deraman, Kemala, Mohammad Haji Salleh, Lim Swee Tin Damiri Mahmud, Shafwan Hadi Umry, BY Tand dan Abdul Hadi WM.Pada puisi mereka tergambar warna lokal dan solidaritas sosial tentang lingkungannya yang begitu akrab bagi penyair meskipun belum tentu akrab bagi pembaca. Damiri Mahmud salah seorang pengarang kontemporer Indonesia termasuk penyair Indonesia yang mengalami hal yang sama tentang 'rasa terbuang' dari tanah airnya. Istilah tanah air dalam pembicaraan ini bukanlah berkaitan dengan nation state bernegara atau merujuk administrasi pemerintahan. Ia bermuara kepada ranah pemikiran dan wilayah batin yang bermitra dengan kehidupan fisikal dan lingkungan. Pada puisi \u201ckampung halaman\u201d itu pernah juga termuat di Majalah Horison (9 Oktober 2012) Damiri tak ubah seperti bernegara tapi tak bertanah air. Tanah airnya adalah taman tamadun Melayu yang sering disenandungkan para pelipur lara di masa silam. Taman ada kaitannya dengan cara hidup orang Melayu dalam ungkapan sehari-hari yang secara sederhana selalu menyebut kampung halaman. Biasanya dalam kampung halaman ada unsur kampung sebagai kediaman, sebagai halaman yang dikelilingi rumah terdapat tanaman- tanaman pokok dan buah. Misalnya buah kelapa, pisang, buluh, kemudian lagi diperkaya dengan tanaman untuk rumah tangga seperti halia, kunyit, cekur, serai, dan sebagainya. Dalam Hikayat Malim Demam (Al-Ahmadi, 1931) betapa dengan indah digambarkan 'Negara' seperti yang didendangkan Tok Dalang dapat dibaca seperti berikut ini:, \u201cMedannya indah bukan kepalang Rantaunya luas bagai dibentang Tebingnya tinggi bagai diraut. Pasirnya serung bentuk taji. Batunya ada besar ada kecil. Yang kecil pelempar balam, yang besar pelempar elang.\u201d Taman Melayu yang pernah dihirup dan dihayati Damiri Mahmud adalah taman Melayu yang bertamadun dan pernah merajai alam lautan dengan ditandai keperkasaan Melayu dan telah diabadikan dalam relief perahu Pinisi Nusantara. Budaya dan bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca sejak zaman purba. Dalam sastra Cina ia disebut sebagai Kun Lun dan dalam sastra Hindia ia disebut bahasa Dwipantara bahkan dalam sastra Arab ia dikatakan sebagai huruf Jawi. Ketika pendeta I-Tsing (abad ke-7) singgah di Sriwijaya sebelum belajar bahasa Sansekerta beliau terpaksa mempelajari terlebih dahulu bahasa Melayu (vidyabahasa) untuk memahami konsep ilmu dan agama dalam bahasa Sansekerta. Puisi Tak Bertanah Air Pada puisi 'Aku Berlari-lari Mencari Serumpun Serai' adalah sebagian kisah rasa terbuang penyair menghadapi lingkungan 'tanah air' nya. Konsep rasa terbuang mungkin dilihat sebagai hubungan ruang. Bennett dalam A Sense of Exile yang diterjemahkan Yunus (1991: 11) , menyebutkannya ada dimensi lain yang perlu diperhatikan yakni golongan pengarang dan intelektual tanpa 223","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 berpindah tempat, berasa diri mereka seperti orang asing di negeri sendiri. Puisi itu menceritakan rasa terbuang akan sesuatu yang hilang sekaligus kegelisahan untuk menemukannya kembali. Semacam sikap memuja-muja masa lampau sekaligus menangisinya . Taman Lingkungan Melayu yang ditumbuhi pokok-pokok hutan yang bertebaran. Di hutan- hutan alam Melayu sangat kaya dan menawan sebagai makanan tambahan. Taman buah-buahan aneka jenis yang tumbuh berdaun lebat dan berbuah lebat seperti yang diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah ketika kelima sahabat itu bersenda-gurau di Bukit Seguntang setelah menamatkan seni beta diri dari sang guru yang bernama Pertala. Rasa terbuang Damiri bukan hanya dengan tubuh tetapi jua dengan pemikiran. Hal ini dapat disimak pada baris puisinya: Kini aku berlari-lari lagi seperti dulu mencari bau reruku dan kemangi manisnya kembang semangkuk biji selasih berlari-lari menyibak durian luruh dalam semak-semak otakku merenang jurung dan udang siput dan lokan aku berlari-lari menghidu bau bunga kopi yang semerbak hilang dan tenggelam timbul dalam kenangan berlari-lari lelah di antara dempetan rumah dan gang sempit yang menjerit dan terjepit antara halaman dan kenderaan mencari-cari serumpun serai kearifan nenek moyangku yang lunglai ditelan lusuh lipu sederetan buku dan badai piawai teknologi. Pada baris-baris terakhir sebagai puncak 'rasa amuk' penyair tak tertahankan dan sang badai teknologi (abad globalisme') dianggap semacam perkelahian terakhir. Sang penyair menulis : lelah\/di sela-sela ketiak\/di bawah kelangkanganku\/ngucurkan kencing\/dan tinja\/ nguapkan racun\/dan pestisida\/ngembakan bau. Secara tersirat Damiri melihat gejala peminggiran 'tanah air Melayu' bukan saja disebabkan perubahan tata ruang dan kebijakan penguasa akan tetapi lebih jauh lagi adanya rekayasa penyeragaman struktur tata ruang lingkungan. Kampung menjadi desa. Kepala-kepala adat dan penghulu yang kebijakannya diputuskan melalui konsensus 'tali berpilin tiga' pemerintahan, ulama, dan kaum cerdik pandai diubah menjadi kepala desa oleh karena jabatannya harus berpedoman ke lapis-lapis penguasa di atasnya. Dengan pecahnya pusat rujukan tradisional memimjam pendapat Al Azhar (2001) penyelesaian masalah atas suatu komunitas menjadi lamban karena seorang kepala desa di masa kini hanya dapat merumuskan sesuatu kebijakan atas persetujuan atasannya. Puisi ini meskipun bersuasana rasa terbuang seorang bumiputera dari 'tanah air' nya sendiri ia juga menyampaikan hak gugat terhadap masyarakat dalam sikap kemandirian seorang cendekiawan. Penutup Membaca sejumlah puisi tentang penyair A Azis Deraman dan Damiri Mahmud sebagai pendekar sastra Melayu antara bangsa ini membuktikan bahwa kearifan sastra berkaitan dengan kearifan bangsa yang beradat dan beradab .Puisi-puisi mereka bertahan dalam satu dekade mauoun dua dekade telah membuktikan pernyataan Escarpit di atas yaitu apabila kedua penyair ini mampu melewati \u2018ambang batas\u2019 kepenyairan ini mereka berhak dijuluki sebagai pendekar sastra dalam istilah Melayu dan bukan empu dalam istilah yang dipakai Escarpit tersebut. Mereka di antara seribu penyair Asia Tenggara telah mendedikasikan dirinya tanpa lelah dalam lapangan 224","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kepenyairan dan mewakafkan sejumlah puisinya untuk pesan kemanusiaan pada kesusastraan di tanah air. Medan, 23 \/03\/ 2023 \uf0b7 Disampaikan pada Seminar Kolokium Antarabangsa Peradaban Timur Laut Tanggal 4- 6 Agusutus 2023 di Universitas Pathoni, Thaliland Selatan Catatan kaki *Melakukan amal saleh adalah tema utama dalam Al Qur\u2019an yag seharusnya juga dipedomani sebagai tema utama bagi seniman Islam.Ketika anak Adam wafat semua miliknya di dunia ia tinggalkan.Termasuk orang-orang yang dikasihi.Setelah itu, berkah dan kekuatan amal saleh para penyair yang akan membawanya ke hadirat Allah. Dengan kata lain, amal saleh kitalah yang paling dilihat di mata Allah dan yang akan membawakan\u2019buah\u2019 atau hasil yang abadi. (QS 16:30). 225","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Daftar Pustaka Aziz Deraman, 2012, Wak Long, Kumpulan Puisi, Penerbit : Minda (M) Sdn.Bhd. Aziz Deraman, 2010, Suara dari Cikini, Penerbit : Minda (M) Sdn.Bhd. Ayu Utami, 2022, Membaca Goenawan Mohamad, Jakarta\u201d KPG Gramedia Bruce Bennet (Ed), 1991, Rasa Terbuang,Esei Kesusasteraan Rantau Pasifik (Terj.U.Yunus), Dewan Bahasa dan Pustaka Damiri Mahmud, 2000, Damai di Bumi, Medan: Kanwil Deparsenibud Sumut Damiri Mahmud, 2018, Halakah Panggang, Medan: Obelia Publisher Rabindranath Tagore,2002, Kesatuan Kreatif, Jogyakarta: Pen.Bentang Budaya Riris K Toha Sarumpaet, 2010, Membaca Sapardi, Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Shafwan h\\\\Hadi Umry, 2012, Serumpun Sajak Melayu, Medan: Penerbit Mitra Shafwan Hadi Umry, 2016, Gelombang Sastra, Medan: Penerbit Partama Mitra Sari Shafwan Hadi Umry, 2016, Narasi Tentang Tan Sri, Medan : Penerbit Mitra. Biodata Penulis Assoc Prof, Dr. Shafwan Hadi Umry, Lahir 27 Januari 1951 di kota Bedagai Kabupaten Serdang Bedagai. Kemudian menamatkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia di IKIP Negeri Medan (1974) dan Sarjana Pendidikan Bahasa Indonesia IKIP Medan ( 1983). Lulus SPS Prodi Linguistik (S-2) USU (2008). Shafwan juga berkiprah sebagai Ketua Dewan Kesenian Sumatera Utara dua periode (1999 - 2009). Pada tahun 2014 menamatkan Program Pascasarjana S-3 Prodi Linguistik Konsentrasi Kesusastraan di FIB USU Medan. Tahun 1992 pernah mengikuti studi pengajaran bahasa di Universitas Macquarie Sydney Australia (1992) . Pernah memenangi Penulisan esei terbaik 1 oleh Dewan Kesenian Medan (1984) . Beliau pernah menduduki sejumlah jabatan formal diantaranya Kabid Kesenian Kanwil Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Sumatra Utara (1993-2000). Kemudian Kepala Balai Bahasa Medan (2001-2006). Dosen PBSI (S-1 dan S-2) di UMN Al Washliyah Medan (2010-2021). Sejumlah bukunya diterbitkan antara lain, Kiliran Jasa Seorang Guru Bahasa (2005),Mitos Sastra Melayu (USU Press,2010)Manusia Bandar dalam Pergulatan Budaya (USU Press,2012), Korespondensi Surat-Menyurat Sultan Serdang (Mitra, 2012) Tradisi Berahoi Masyarakat Melayu (Mitra, 2015),Jejak Sastra Tasawuf Hamzah Fansuri (Mitra, 2018), Konvensi Stilistika dalam PuisiMuhammad Haji Salleh(Mitra, 2018) Sejumlah makalah dan tulisan berupa esai sastra,sosial dan budaya pernah dimuat di surat kabar Medan (Waspada, Analisa, Medan Pos, Medan Bisnis) dan Jakarta (Suara Karya , Berita Buana).Kini di masa purnabakti masih aktif menulis di surat kabar terbitan Medan.(esha). 226","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGKONSEPSIAN PERSURATAN MELAYU GAYA MOHD. AFFANDI HASSAN Abdul Razak Panaemalae Pensyarah School of Political Sciences and Public Administration, Walailak University Nakhon si thammarat, Thailand [email protected] ABSTRAK Usaha mengkonseptualisasikan persuratan di kalangan sarjana tempatan telah menimbul polemik yang cukup panjang. Masing-masing memberi hujah berdasarkan idea dan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang ada. Hasilnya maka muncullah deretan teori dan konsep yang bukan sahaja berbeza dari segi nama tetapi juga gaya penghujahan. Namun kesemuanya menuju ke arah pengkonsepsian persuratan. Antara salah satu tokoh persuratan yang konsisten dalam usaha mengkonsepsikan persuratan Melayu sejak dari awal keterlibatan dalam arena kesusasteraan dan penulisan, ialah Mohd.Affandi Hassan. Kemuncak kepada usahanya itu ialah apabila beliau menghasilkan gagasan Persuratan Baru. Gagasan ini, tidak lain hanya mahu memurnikan semula akan konsep persuratan mengikut kerangka tauhid. Pemilihan Mohd. Affandi Hassan dikira sangat tepat dalam konteks perbincangan ini bukan hanya berdasarkan perjuangan panjang beliau dalam usaha pengkonsepsian persuratan sahaja, tetapi juga disebabkan faktor \u2018keanak-negerian\u2019 wilayah timur laut itu sendirinya. Makalah ini akan membincangkan sosok peribadi Mohd.Affandi Hassan selaku pengarang yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam medan perjuangan mewacanakan konsep persuratan asli, dan bukan sastera, seperti yang terjelma dalam gagasan Persuratan Baru. Untuk tujuan ini dan sebagai melengkapkan skop perbincangan ini maka tidak dapat tidak terpaksa jua penulis menganalisis akan karya induknya Pendidikan Estetika daripada Pendidikan Tauhid (1992). Dan, disamping tulisan-tulisan lain sama ada dalam bentuk buku, esei eceran, dan karya-karya kreatif dalam bentuk prosa. Ini supaya perbincangan ini akan merangkumi kesemua aspek persuratan janaan Mohd.Affandi Hassan. Dan, supaya ia nampak lebih jelas lagi. Kata kunci: Mohd. Affandi Hassan, Persuratan Baru, pendekatan tauhid, persuratan islami, pendidikan estetika, penghujahan wacana, pengutamaan ilmu, anti-sastera. 227","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 I. Pendahuluan Pengkonsepsian persuratan Islam dalam konteks kesusasteraan Melayu sudah lama diwacanakan dalam pelbagai platform, baik dalam bentuk seminar mahupun buku. Pelbagai gagasan dan teori atau pendekatan diutarakan oleh sarjana sastera dan sasterawan tempatan yang memunculkan satu fenomena sastera yang kita namakan \u201cteori sastera mandiri\u201d. Dari satu segi kemunculan gagasan dan teori sastera tempatan ini adalah satu fenomena yang boleh dibanggakan. Namun dari satu segi lain pula, ia memperlihatkan ketidakseiringan dalam pengkonsepsian persuratan Melayu yang Islami. Dalam erti kata lain, sungguhpun para sarjana dan sasterawan mempunyai niat yang sama dalam usaha untuk mengkonsepsikan persuratan Melayu-Islam agar lebih mapan dan utuh namun tidak dapat dinafikan bahawa ia terdapat perbezaan dari segi pendekatan. Keadaan ini sekaligus membolehkan munculnya polemik berpanjangan tanpa kesudahan. Bahkan ada sebahagian di kalangan tokoh yang terlibat ini meneruskan perjuangan menegakkan gagasan diri, dan tidak kurang juga yang mengambil sikap mendiam diri selepas gagasan yang diutarakan dikritik pedas. Makalah ini akan memfokus kepada pengkonsepsian Gagasan Persuratan Baru yang digagaskan oleh sosok \u2018pengarang\u2019 yang bernama Mohd.Affandi Hassan (untuk lebih lanjut tentang biodata Mohd.Affani Hassan sila rujuk LAMPIRAN) II. Latar Belakang Sastera Melayu dan Kemunculan Gagasan Persuratan Baru Pengaruh Barat ke atas peradaban dunia sangat besar. Hampir keseluruhan sistem kehidupan umat manusia, termasuk kita sendiri, dibayangi oleh nilai-nilai Barat. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disangkalkan lagi. Sedar atau tidak acuan pemikiran dan nilai moden banyak berakar-sumberkan falsafah dan nilai Barat. Menurut Taha Jabir al-\u2018Alwani \u201c\u2026sejak kawalan pemikiran dan kebudayaan Islam satu persatu lenyap dan generasi Islam berhadapan langsung dengan gerakan serangan pemikiran dan kebudayaan yang dahsyat. Pemikiran dan kebudayaan Islam mengalami kebekuan dan seluruh teori pengetahuan kaum Muslimin sepenuhnya menjadi Barat, atau paling tidak berada dalam format orang-orang Barat. Jadi dari segi keilmuan, setelah dilanda serangan dahsyat tersebut, umat Islam praktikalnya berada dalam pengaruh Barat\u201d (Taha Jabir al-\u2018Alwani, 1995 : V). Penerimaan apa yang disogokkan dari Barat secara bulat-bulat bukan sedikit memberi impak kepada peminggiran nilai-nilai luhur dalam tradisi Islam. Ini mengakibatkan tenggelamlah mutiara yang kita warisi dari leluhur. Kemurnian yang ada pada mutiara warisan langsung pudar dan sirna oleh silau pengaruh peradaban Barat . Hal keadaan demikian itu, akhirnya membawa kita tersasar jauh daripada akar umbi dan inti pati ajaran agama Islam yang tulen. Atau seperti yang digambarkan oleh Taha Jabir al- \u2018Alwani, iaitu \u201cmenghancurkan keperibadian Islam dengan tenat\u201d (ibid : 32). Sebaliknya, muncul fenomena baru yakni fenomena keterpisahan antara urusan agama dan kehidupan yang pada akhirnya menyebabkan berlakunya keadaan kekeliruan. Keliru tentang yang benar (al haq) dan yang batil Sebagai agama tauhid, Islam tidak memperakui mana-mana usaha yang cuba memisahkan urusan agama dengan kehidupan. Jika ada fenomena ini bermaknanya mesti ada usaha mengajak manusia atau usaha menyedarkan mereka, khususnya orang Islam, supaya kembali ke pangkal jalan. Menurut Prof Zakaria Stapa \u201cbila-bila pun Islam tidak pernah boleh bertolak-tolak ansur dengan sesuatu yang bersifat tidak Islamik. Sesuatu yang dihubungkaitkan dengan Islam memerlukan ketundukan dan penyerahan tanpa soal kepada nilai-nilai Islam kerana Islam itu sendiri dari segi pengertiannya adalah berupa penyerahan dan ketaatan yang 228","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sempurna kepada Allah\u201d (Zakaria Stapa, 1994:7 ). Hal yang sama juga ditegaskan oleh Al Arabi Abu Hamzah, katanya ; In a word, Islam governs a Muslim\u2019s life in all its aspects. This is the reason why it is not only a religion but also a way of life. Islam does not recognize any kind of separation between religion and life. (Al Arabi Abu Hamzah, 1999: 22) Tempias daripada arus pengaruh nilai dan falsafah Barat itu secara langsung terkena jua pada wilayah Timur di Alam Melayu ini, dan ia tidak terkecuali dalam kegiatan penghasilan karya kreatif di daerah rumpun Melayu. Pola-pola penulisan karya kreatif banyak dicedok dan ditiru daripada teori pemikiran dan falsafah Barat. Menurut Ungku Maimunah Mohd.Tahir \u201cKeadaan senang dengan Barat atau bergantung kepadanya itu berlanjutan hingga dewasa ini, dan menebalkan lagi pemahaman yang terpecah-pecah dan cetek tersebut, serta implikasinya terhadap penghasilan tulisan kreatif dan kritikan\u201d (Ungku Maimunah Mohd Tahir, 2009: 70). Sejajar dengan dengan fenomena di atas, ia turut terpanggil beberapa orang tokoh ilmuan, para sarjana dan intelek, terutama yang terlibat secara langsung dalam bidang pengajian kesusasteraan (-baca persuratan turut \u2018turun padang\u2019 menyuarakan perkara ini. Ini adalah disebabkan mulai ada kesedaran betapa kesan daripada penjajahan Barat, telah menggugat dan seterusnya menghakiskan jati diri bagi orang Islam yang berbangsa Melayu, sehingga menyebabkan sastera Melayu tercari-cari kekuatan dan jati dirinya yang hakiki, yang sebenarnya sangat diperlukan dalam pertarungan di pentas sastera dunia (Mohd Zariat Abdul Rani, 2007 : 12). Baharudin Ahmad pernah menimbulkan rasa bimbang ke atas fenomena yang berlaku dalam konteks dunia sastera Melayu masa kini. Beliau pernah menulis sebuah makalah yang berjudul \u201cSufisme dan Sastera : Falsafah dan Kritikan\u201d yang kemudiannya makalah ini dimuatkan dalam buku Sastera Sufi (DBP:1992), antara lain sebagai petik berkata ; \u201c\u2026asas-asas falsafah Barat serta kesannya sering mendatangkan masalah kepada alam kesusasteraan kini terutamanya sekali bagi penuntut serta pengkaji kesusasteraan di dunia Islam\u201d (Baharudin Ahmad, 1992 : 101). Sambungnya lagi ; \u201cApa yang menjadi masalah kini ialah tidak ada satu usaha untuk menilai, menjawab serta mengemukakan satu teori yang baru yang meliputi alam tradisional, cara atau kaedah pernyataan sastera tradisional, pengarang sastera ilham pengarang tradisional. Lebih daripada itu satu teori baru dirumuskan berdasarkan mentaliti manusia beragama perlu dibentuk bagi menilai dan menganalisis sastera Islam, serta agama, sastera tradisional dan sastera masyarakat atau kelompok yang mempunyai fahaman kerohanian yang terterap ke dalam kesusasteraan mereka.\u201d (Baharudin Ahmad, ibid, 101). Baharudin Ahmad lantas menyimpul (separa memberi amaran), katanya ; maka \u201cakan timbullah masalah yang besar jika sastera Melayu dinilai dalam arus pandangan Barat, dan 229","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 masalah ini telah pun timbul apabila kesarjanaan Melayu gagal melihat inti pati falsafah di sebalik pernyataan sastera tradisional itu\u201d.(Baharudin Ahmad, ibid : 102). Prof. Md Salleh Yaapar, dalam hal sama juga berpendapat senada dalam hal ini, menurutnya \u201cPada masa ini apabila berbicara tentang ilmu dan teori kesusasteraan, kita sering menumpukan perhatian ke Eropah dan Amerika, seolah-olah ilmu dan teori yang dapat dimanfaatkan hanya terdapat di sana. Kita lupa bahawa di tempat lain pun-khususnya di Timur, termasuk di rantau Melayu sendiri-wujud ilmu dan teori kesusasteraan, yang mungkin sama atau lebih manfaatnya\u201d (Md Salleh Yaapar, 2002 : 58). Justeru, \u201c\u2026kiranya kita mahu kesusasteraan kita menjadi besar dan berperibadi tinggi kita mestilah berhenti merujuk satu arah, satu sumber ilmu semata-mata. Sebaliknya, kita hendaklah berani melihat ke banyak tempat, merujuk banyak sumber : Barat, Timur, radikal, normal, dan jangan lupa, diri dan tradisi kita sendiri \u201c (ibid, 59) Manakala Sahlan Mohd Saman dalam pembentangan kertas kerjanya pernah memberi pandangan tentang peri pentingnya mewujudkan kerangka teori tempatan dalam usaha memurnikan pemikiran asli kesusasteraan Melayu, katanya \u201camat tidak bersalahan kalau kita mempromosikan pembinaan teori-teori sastera baru milik kita dan mengikut acuan budaya kita sendiri\u201d (Sahlan Mohd Saman, 2004). Bahkan rasa kebosanan terhadap pengaruh Barat ke atas pola pemikiran orang Timur ini bukan sahaja dikesani di kalangan pemikir Muslim sahaja bahkan juga turut dirasai oleh pemikir bukan Muslim. Antaranya seperti Prof Emeritus Chettana Nagawachra, tokoh intelektual dan pengkritik sastera Thai terkenal dari Universiti Silpakorn, pernah beberapa kali menyuarakan hal yang sama. Dalam salah satu seminar anjuran Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Prince Of Songkla pada 1-2 Ogos 2008 di Hotel Dharma Rindra Than Trang beliau menyeru supaya para karyawan, sasterawan dan seniman Thai memikirkan semula tentang pengambilan dan peniruan teori pemikiran dan kritikan dari Barat. Kerana, menurutnya, kita (orang Thai) mempunyai tradisi yang jauh berbeza dengan Barat. Oleh itu, beliau menyeru supaya diwujudkan cara alternatif yang lebih sesuai dengan cara Thai-Buddha . Justeru itu, sudah sewajarnya kita kembali semula mencari kekuatan diri ke akar umbi kita seperti saranan Taha Jabir al-\u2018Alwani, katanya ; \u201ckita perlu meletakkan satu kaedah berfikir yang sihat, jauh dari cara berfikir barat dan penguasaannya.\u201d (Taha Jabir al-\u2018Alwani, op cit, 40). Premis ini setidak-tidaknya membuktikan bahawa arus kesedaran ke arah membangunkan semula bersama citrajagat Islam tetap ada bahkan akan sentiasa bersemarak selagi hayat dikandung badan. III. Konsep Gagasan Persuratan Baru Usia Gagasan Persuratan Baru masih lagi muda. Hanya, pada peringkat awal ini, ia diperkatakan dalam lingkungan yang agak terbatas. Sambutan terhadapnya masih belum meluas. Ada yang pro dan kontra. Akan tetapi mutakhir ini mula nampak ada kecenderungan gagasan ini diterima, diperbahas, dinilai, dan diperkatakan secara meluas. Kalau pun penerimaan yang dimaksudkan itu tidak terang-terang memakai label Persuratan Baru sepenuhnya namun sekurang-kurangnya ia ada persamaan dari segi inisiatif untuk kembali semula ke arah tradisi persuratan Islam yang menitik-beratkan ilmu yang benar sebagai daya gerak berkreativiti. Sebagai kerangka penulisan yang jelas berpaksikan tauhid, gagasan Persuratan Baru membantu mengemudikan perkembangan sastera (Melayu) ke arah yang lebih tepat dan adil. Sehubungan dengan itu, maka adalah sangat wajar diberi perhatian khususnya di kalangan para penggiat seni sastera. Lebih-lebih lagi para pengarang itu sendiri. 230","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pada dasarnya, gagasan Persuratan Baru bertitik-tolak mahu menyediakan satu alternatif lain bagi perkembangan kesusasteraan\/persuratan (Melayu) yang banyak diwarnai oleh pemikiran Barat serta nilai-nilai sekuralismenya. Persuratan Baru cenderung mahu mengembalikan semula kegemilangan warisan khazanah persuratan Melayu-Islam yang menjadikan seni persuratan sebagai media intelek. Seperti pengakuan penjana gagasan ini, Mohd Affandi Hassan, dalam makalah \u2019Persuratan Baru dan Cabaran Intelektual : Menilai Kembali Kegiatan Kreatif dan Kritikan\u2019 katanya \u201dPemilihan nama Persuratan Baru tidak bermaksud untuk memutuskan tradisi seni mengarang yang kita warisi dari peradaban Islam, tetapi hanya sekadar untuk memulai kembali tradisi yang telah terputus selama ini\u201d. Dalam konteks lain, Mohd Affandi Hassan menegaskan bahawa \u201d...saya cuba mengembalikan \u201dsastera\u201d Melayu kepada semangat Islamnya\u201d (Mohd Affandi Hassan, 1994a: hlm ix).Manakala Ungku Maimunah Mohd Tahir mentamsilkan kemunculan Persuratan Baru ini sebagai \u201d...menyemarakkan semula tradisi Melayu-Islam yang pernah mencapai kemuncaknya pada kurun ke-17...\u201d(Ungku Maimunah Mohd Tahir, op cit, 68), dan ia adalah \u201dsatu anjakan daripada pemikiran dominan sastera Melayu dewasa ini.\u201d (ibid, 77). Istilah \u201dPersuratan\u201d merujuk kepada kegiatan penghasilan karya ilmu yang mencakupi segenap bidang yang ditulis dengan bahasa yang indah dan berseni (Mohd Zariat Abdul Rani, 2006 :133).Manakala perkataan \u201dBaru\u201d pada hujung nama gagasan ini tidak membawa maksud pengenalan satu konsep sastera yang baru, sebaliknya merujuk kepada usaha untuk \u2019memperbaharui\u2019 pengertian sastera Melayu masa kini dengan menghidupkan semula falsafah dan orientasi sastera Melayu yang \u2019asli\u2019 iaitu tradisi persuratan Melayu yang lahir daripada pandangan alam Melayu. Dalam kata lain, ditegaskan bahawa Persuratan Baru lebih melihat seni sastera berfungsi sebagai wahana pendidikan moral yang mampu menjana manusia menjadi baik, beradab dan bertakwa kepada Allah SWT. Sebaliknya, ia bukan wacana yang bertujuan mahu menyedapkan rasa atau hanya mahu menggeletek pancaindera semata-mata dan tidak mampu memartabatkan roh. Atau seperti ungkapan Syed Muhammad Naquib al-Attas \u2018melayani kesedapan indera jasmani\u2019 saja. Sesungguh kesimpulan yang dibuat oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir tentang Persuratan Baru adalah sangat tepat dan benar-benar mewakili konsep gagasan Persuratan Baru itu sendiri. Antara lain dapat disimpulkan seperti berikut; Pertama, Persuratan Baru meletakkan dirinya dalam posisi yang berbeza daripada pemikiran dominan mesra-cerita. Kedua, Persuratan Baru meletakkan ilmu lebih tinggi daripada cerita, yang kini dianggap sekunder kepada ilmu. Ketiga, Persuratan Baru tidak bertujuan untuk memanjangkan warisan kolonial atau kesendengan Barat. Dan keempat, Persuratan Baru mahu menyemarakkan semula tradisi Melayu-Islam yang pernah mencapai kemuncaknya pada kurun ke-17 (Ungku Maimunah Mohd Tahir, op cit, 67-90). Dapatlah disimpulkan bahawa Persuratan Baru ialah satu usaha menyimpulkan semula kegiatan penulisan moden dengan ikatan tradisi persuratan Melayu-Islam. IV. Taklif Persuratan Baru diasaskan daripada konsep taklif - yakni pertanggungjawaban dan pengwajiban yang merupakan inti pati kepada pendekatan tauhid- iaitu pendirian yang meletakkan penulis dalam keadaan senantiasa peka terhadap tiga falsafah, iaitu, 1)-hakikat insan, 2)- hakikat ilmu dan amal, dan 3)- hakikat serta fungsi sastera. Ketiga-tiga falsafah ini mendasari dan menjadi paksi kepada Persuratan Baru. Ia dicantumkan di bawah konsep taklif 231","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 yang merupakan inti pati kepada pendekatan tauhid. Ini guna menangani masalah yang wujud dalam kesusasteraan Melayu moden yang cenderung memberi keutamaan kepada falsafah realisme, mimesisme, naturalisme, sosialisme dan romatisisme sehingga mengabaikan peranan sastera sebagai wadah intelektual (didaktisisme). Dalam maksud lain, Persuratan Baru itu bertolak daripada mahu menyampaikan ilmu, bukan bertolak daripada mahu bercerita, yang sekali gus meletakkan kedudukan ilmu itu lebih tinggi daripada cerita, yang kini dianggap sekunder kepada ilmu . Tujuannya untuk melepaskan sastera Melayu masa kini daripada kemunduran intelektual akibat pengaruh Barat, dan seterusnya menghidupkan kembali tradisi persuratan Melayu yang berteraskan Islam (Mohd Zariat Abdul Rani, 2005 : 78) Dalam konteks ini, untuk menjelaskan lagi makna PB ini maka sayogia diperturunkan keterangan Mohd Affandi Hassan, yang antara lain beliau menulis begini ; \u201cPertama, Persuratan Baru mengutamakan ilmu, pemikiran, dan kebijaksanaan\u2026kedua, Persuratan Baru memakai gaya penulisan yang bercorak kesarjanaan, gaya ilmiah, tetapi indah. Gaya itu ilmiah kerana isinya bersifat ilmu ; tetapi indah, kerana disampaikan dalam bentuk seni. Ketiga, Persuratan Baru, mengutamakan gagasan, membicarakan dengan mendalam gagasan itu dengan menggunakan watak-watak yang kuat, bermoral, beragama, berilmu dan sebagainya. Bukan watak-watak pelacur, atau watak-watak kecil yang dangkal seperti yang diutarakan selama ini\u2026Watak-watak\u2026ini adalah watak- watak unggul yang boleh dicontohi, yang bijaksana, berani, berilmu, sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita luhur, dan mempunyai beberapa nilai unggul lainnya. Keempat, Persuratan Baru mengutamakan daya kreatif yang tinggi, terkawal dan beradab. Kerana itu hal-hal yang khurafat dan khayal yang dikembangkan oleh sasterawan Malaysia kini tidak ada tempat dalam Persuratan Baru. Yang diutamakan dan diberi kedudukan tinggi dalam Persuratan Baru antara lain ialah stylization of ideas, bukan khayalan hanyut seperti misalnya yang dipaparkan dalam realisme magis.\u201d (Mohd Affandi Hassan et al, 2008 : 159) Hakikat Insan Istilah \u2018insan\u2019 secara harfiah membawa maksud \u2018pelupa\u2019. Kamus Dewan (edisi keempat) memberi maksud insan sebagai \u201cmakhluk yang dicipta oleh Allah SWT yang tidak terlepas daripada kealpaan\u201d (hlm.580). Ertinya, sifat lupa itu memang sebahagian daripada diri manusia. Dalam kata lain, ertinya jika tanpa teguran dan bimbingan manusia sememangnya mudah lupa dan hanyut akan hakikat diri, nikmat-nikmat yang diberi, lupa perintah-perintah Allah dan larangan-larangan-Nya, serta peranan yang perlu dimainkan mengikut garis panduan syariat Islam dan ini akan membawa kepada lupa untuk memenuhi kewajipan sebagai makhluk Tuhan. Seperti sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a : \u201cSesungguhnya manusia disebut insan, kerana is telah berjanji kepada-Nya, lalu ia lupa (nasiya)\u201d. Manakala dalam al-Qur\u2019an juga menyifatkan manusia sebagai makhluk tuhan yang bersifat \u2018nasiya\u2019. Allah berfirman dengan maksudnya ; \u201cDan sesungguhnya Kami telah memberi janji kepada Adam sejak dulu lagi tetapi dia lupa (nasiya)\u2026\u201d 232","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 (Surah Toha, ayat 115) Dengan mengambil kira sifat \u201cpelupa\u201d inilah manusia dituntut untuk saling ingat- mengingat sesama mereka tentang perkara kebaikan dan keburukan seperti firman Tuhan dalam Surah al-Asr yang antara lain maksudnya : \u201cDemi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh. Dan berpesan-pesan tentang kebenaran. Dan berpesan- pesan dengan kesabaran.\u201d Demikianlah antara sifat utama manusia ialah pelupa. Di sisi lain, yang perlu diberi perhatian di sini ialah istilah \u201cmakhluk\u201d. Makhluk berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud \u201csegala yang dijadikan Tuhan\u201d [penekanan ditambah] (Kamus Dewan, ibid.: 982). Segala yang dijadikan Tuhan di sini bukan hanya manusia saja bahkan termasuk semua isi bumi seperti binatang, segala macam jenis tumbuhan dan seumpamanya. Apabila disebut sebagai \u2018makhluk\u2019 dengan sendirinya membawa pengertian bahawa manusia adalah benda yang DIJADIKAN. Sekali gus ia membawa konotasi bahawa ada adikuasa yang Maha Besar yang menjadikan semua makhluk di muka bumi ini. Dalam erti kata lain, sesungguhnya \u2018makhluk\u2019 itu tidak mampu jadi, tumbuh dan membesar sendiri tanpa kuasa Allah SWT. Justeru, agama Islam lebih cenderung menyarankan supaya memakai istilah makhluk berbanding manusia. Ini adalah guna supaya manusia sentiasa peka dan insaf akan hakikat diri dan tujuan mereka diciptakan. Ini semua mengarah mereka ke arah kesedaran akan keterikatan dengan Tuhan Pencipta. Berdasarkan pemahaman inilah, Persuratan Baru dijana guna memastikan agar manusia, sudah tentu termasuk golongan pengarang, sentiasa peka hakikat diri sebagai makhluk yang dijadikan Allah SWT. Untuk lebih jelas lagi, dapat disimpulkan di sini bahawa PB melihat manusia tidak terlepas daripada ikatan Taklif, yang merujuk kepada \u201cjanji azali\u201d manusia yang bersedia untuk mentauhidkan Allah SWT. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam al-Quran Surah al-Araf, ayat 172 yang antara lain bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : Bukankah Aku ini Tuhanmu?\u201d Mereka menjawab : betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi\u201d. (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan : \u201cSesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan). Penting untuk dijelaskan di sini bahawa pemahaman Persuratan Baru tentang \u201cHakikat Insan\u201d (Nature of Man) banyak berdasarkan kepada pandangan Syed Muhammad Naquib al- Attas (Mohd Zariat, op cit, 80). Oleh itu adalah sangat berpatutan benar jika merujuk balik huraian Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam hal ini. Maksudnya penjelasan beliau tentang konsep \u201cdin\u201d . Antara isi penting yang dikupas oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas tentang konsep Islam dan agama ialah keadaan keberhutangan (indebtedness) manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Antara lain dipetik sebagai: \u201cThe verb dana which derives from din conveys the meaning of being indebted, including various other meanings connected with debts, some of them contraries. In the state in which one finds oneself being in debt \u2013 that is to say, a da\u2019in- it follows that one subjects oneself, in the sense of yielding and obeying, to law and ordinances governing debts, and also, in a way, to the creditor, who is likewise designated as a da\u2019in. There is also conveyed in the situation described the fact that one in debt is under obligation or dayn. Being in debt and under obligation 233","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 naturally involves judgement: daynunah, and conviction : idanah, as the case may be\u201d. (Syed Muhammad Naquib al-Attas, ibid., 52) Barangkali ada yang bertanya, kepada siapa manusia berhutang sebenarnya? Berdasarkan huraian dan penjelasan Syed Muhammad Naquib al-Attas di atas dapat diterangkan bahawa manusia berhutang kepada Allah, yang mencipta manusia dan memberikan serta menyediakan segala kemudahan hidup di atas muka bumi ini (Syed Muhammad Naquib al-Attas, ibid, 55). Oleh hal demikian, atas rasa keberhutangan inilah yang menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas diperlihatkan melalui \u201cperjanjian azali\u201d (primordial convenant) yang mengandungi pengakuan serta janji manusia untuk menjadi saksi terhadap keagungan Pencipta-Nya (Mohd Zariat Abdul Rani, op cit, 81). Sebagai hamba Allah yang \u201cberhutang\u201d, manusia dituntut untuk melakukan ibadat dalam keadaan apa jua sekali pun. Seperti Allah SWT. berfirman dalam al-Qur\u2019an yang bermaksud \u201cTidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu\u201d. Beribadat dalam erti kata melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya sebagaimana yang telah digarispandukan oleh syariat Islam. Lanjutan daripada itu, menurut Persuratan Baru, pentingnya pengertian ibadah difahami secara luas dan menyeluruh, dan tidak hanya dibatasi oleh kegiatan ibadah yang terkandung dalam \u201cRukun Iman\u201d sahaja bahkan merangkumi setiap amal sepanjang kehidupan manusia di muka bumi. Ibadah dalam konteks ini, adalah amal yang didahului dengan niat yang benar\/betul di sisi Allah SWT. (Mohd Zariat Abdul Rani, ibid : 81). Hakikat Ilmu dan Amal Perlu juga dinyatakan di sini tentang kedudukan antara ilmu dan pengetahuan. Pengetahuan diistilahkan sebagai \u201csciences\u201d manakala \u201cilmu\u201d dipadankan kepada \u201cknowledge\u201d. Sayogia diingatkan di sini bahawa dalam konteks epistemologi Islam kedua-dua istilah ini mempunyai orientasi segi keilmuan yang jauh berbeza. Pengetahuan ialah sesuatu yang dapat dicari, diusaha, ditemui dengan hanya menggunakan akal serta berpandukan kemahiran saintifik sahaja. Atau yang dinyatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai \u201cthat acquired by man by means of his own effort of rational enquiry based on experience and observation\u201d (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, op cit, 79). Justeru, ilmu jenis ini disebut juga sebagai \u201cacquired knowledge\u201d. Pengetahuan tidak berupaya membawa manusia kenal Khalik-Nya kerana pengetahuan lebih memberi penekanan kepada akal serta pengalaman. Dalam erti kata lain, hanya mampu tahu tapi tidak kenal. Namun sebaliknya, dengan ilmu yang membuat manusia tahu dan kenal sekali gus, kerana ilmu itu adalah sesuatu yang diberi kepada manusia oleh Allah SWT. (that given by God to man) yang disampaikan melalui para nabi dan rasul. Ilmu jenis kedua ini juga disebut sebagai \u201cilmu wahyu\u201d (God-given knowledge) (Mohd Affandi Hassan, 1992 : 20-21). Penulis sukacita memetik sekali lagi penjelasan yang telah ditakrifkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, katanya \u201cIlmu yang benar ialah kebolehan mengenali, mengecami dan memahami tempat yang benar dan tepat bagi letaknya sesuatu perkara di dalam ketertiban penciptaan dan kelakuan (order of creation and action), yang dengan itu akan membawa kepada kebolehan mengenali, mengecami dan mengesahkan tempat yang benar dan wajar bagi Tuhan di dalam ketertiban wujud dan kewujudan (order of being and existence)\u201d(Hashim Musa, 1995:34). Dalam penjelasan lain, Syed Muhammad Naquib al-Attas memberi takrif ilmu sebagai hinggapnya makna dalam diri, atau sampainya diri kepada makna sesuatu (Mohd.Affandi Hassan, 1991:23). Atau dengan lebih mudah lagi, ialah penitisan makna sesuatu ke dalam diri 234","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 insan (Mohd.Affandi Hassan, op cit, 18). Hakikat ilmu seperti inilah yang memberi keyakinan kepada orang Islam sehingga mampu membentuk insan yang bertakwa dan beramal soleh, sesuai dengan maksud al-Qur\u2019an, yang bermaksud \u201cSesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang berilmu)\u201d (Surah al-Fatir, ayat 28). Pengertian ilmu dalam konteks ini sejajar dengan takrifan yang telah diberi oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali, sebagai petik berkata: Erti ilmu yang sesungguhnya itu ialah tersingkapnya sesuatu dengan jelas, sehingga tak ada lagi ruangan untuk ragu-ragu, tak mungkin salah atau keliru ; tak ada di hati tempat untuk itu. Keamanan dari bahaya salah atau keliru harus diperkuat dengan keyakinan demikian rupa sehingga andaikata disangkal oleh seorang yang sakti, yang misalnya dapat merubah tongkat menjadi ular, namun demikian itu tak akan menimbulkan ragu-ragu sedikit pun juga terhadap keyakinan tadi. Apa yang diketahui, bila tidak seperti di atas, dan apa pun yang aku yakini, bila tidak seyakin iu, maka yang demikian bukanlah \u2018ilmu\u2019 yang patut menjadi pegangan dan tak ada rasa aman di dalamnya. Dan setiap ilmu yang tidak memberi rasa aman demikian, bukanlah ilmu yang yakin. (Mohd.Affandi Hassan, ibid, 19) Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa Persuratan Baru bertitik-tolak daripada konsep ilmu yang benar, kerana hanya dengan berbekalkan ilmu yang benar saja akan mampu \u201cmembawa manusia kepada mengenal Allah dan dapat membaca ayat-ayat-Nya dengan betul\u201d (ibid, 21). Dan dengan ilmu yang benarlah sajalah \u201ckenalnya manusia pada Allah melalui tanda-tanda yang diperlihatkan-Nya kepada manusia dan betulnya tafsiran manusia kepada makna tanda- tanda itu\u201d (ibid, 20). Dan akhirnya dengan ilmu yang benar saja membawa manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran (amar makruf nahi mungkar) (Mohd. Zariat Abdul Rani, op cit, 84). Ilmu yang demikian sifatnya itulah, menurut Persuratan Baru, yang menjadi dasar kepada amal di dunia yang sekali gus menguntungkan manusia di akhirat. Dalam konteks kesusasteraan yang menjadi tumpuan perbincangan kali ini, pengertian \u201camal soleh\u201d dapat merujuk kepada kegiatan penghasilan karya sastera yang berlandaskan ilmu yang benar, yang dilaksanakan dengan matlamat utama untuk mengajar, mendidik manusia menjadi insan baik, dan mengikatkan manusia tentang kebenaran di sisi Allah SWT, dan dilaksanakan dengan cara yang diredai Islam (ibid, 86). Penting diingatkan sekali lagi, seperti yang telah dijelaskan oleh Mohd. Affandi Hassan, iaitu ilmu memberi manusia hikmah, kebijaksanaan. Manakala pengetahuan melahirkan kepandaian atau kemahiran tertentu saja. Ilmu selalu mendorong manusia mengerjakan amal salih ; pengetahuan sering membawa manusia melakukan fasad (kerosakan) (Mohd.Affandi Hassan, op cit, 20). Hakikat dan Fungsi Sastera Dalam praktik sastera moden, konsep sastera diperagakan \u201csebagai seni kreatif yang autonomous\u201d (Mohd. Affandi Hassan, ibid, 23). Autonomous dalam erti kata penulis atau sasterawan mempunyai kebebasan mutlak mewarnai, menginterpretasi dan mengisi ruang naratif mengikut selera diri yang subjektif sifatnya. Pemahaman fungsi dan konsep sebegini, menurut Mohd. Affandi Hassan adalah mengundang bahaya kerana kemahuan peribadi tidak semestinya mencerminkan kebenaran hakiki bahkan juga tidak universal dan objektif. Oleh itu, hasil karya yang lahir daripada konsep seni seperti ini, meskipun dilahir dalam bentuk yang menarik, namun ia hanya tidak lebih daripada cerminan kandungan hawa nafsu manusia yang 235","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 paling rendah, kasar dan liar tabiatnya yang memungkinkan boleh menghanyutkan manusia (Mohd.Affandi Hassan, ibid.,23). Oleh itu, dalam konteks agama Islam, khususnya dalam konteks Persuratan Baru, kegiatan sastera termasuk hasilnya adalah dilahirkan oleh manusia yang membicarakan tentang manusia maka tidak dapat tidak ia harus dikaitkan dengan hakikat insan dan hakikat ilmu yang benar (Mohd Affandi Hassan, ibid, 23). Sehubungan dengan ini, maka perlu difahami tentang konsep kalam (seperti yang tertera dalam surah al-Alaq) yang dihubungkaitkan dengan ilmu yang benar. Ini kerana hanya dengan ilmu yang benar saja manusia mampu dan pandai membaca ayat-ayat Allah dan sekali gus dapat meletakkan diri mereka dalam perspektif yang betul dan tepat (Mohd. Affandi Hassan, ibid, 23). Perlu ditegaskan di sini bahawa Islam tidak melihat kesusasteraan hanya berfungsi sekadar untuk menyeronokkan dan menghiburkan pancaindera sahaja, tetapi lebih dari itu ia adalah \u201csejenis amal manusia yang menggunakan daya kreatif (yakni menjadikan bakat sebagai amanah), dicipta dengan menggunakan bahasa yang indah dan teknik yang berkesan untuk memberi makna yang sedalam-dalamnya tentang hakikat insan dan hakikat ilmu serta amal\u201d (Mohd. Affandi Hassan, ibid, 25). Ini jauh berbeza dengan konsep seni kreatif janaan Barat yang menekankan kebebasan berkarya (freedom of expression). Justeru, bila kegiatan penulisan dikaitkan dengan konsep \u2018kreativiti\u2019, atau lebih jelas lagi dapat dikatakan bahawa apabila pertukaran dibuat, yakni pertukaran daripada konsep \u2018kalam\u2019 kepada kreativiti, menurut Ungku Maimunah, ia membawa konotasi dan beberapa kesan. Antaranya, pertama, pertukaran ini dengan sendirinya memisahkan ilmu dengan sastera. Ada kecenderungan meleburkan tuntutan dan pertautan ilmu dengan sastera. Walhal dalam tradisi persuratan Islam, ilmu menjadi aspek asas dalam segala pertimbangan. Dalam maksud kata lain, dalam apa jua tindakan manusia ia harus diukur dan dinilai daripada perspektif ilmu yang benar. Kerana hanya dengan ilmu yang benar saja manusia mampu kenal hakikat diri, hakikat insan dan keinsanan itu sendiri. Kedua, kehadiran kreativiti sebagai tonggak kegiatan bersastera memungkinkan kemasukan segala macam pertimbangan yang kesemuanya dihalalkan atas nama berkreatif atau sebagai manifestasi betapa kreatifnya penulis dan karya yang terhasil (Mohd. Affandi Hassan et al, 2008 : 223). V. \u2019Cerita\u2019 mengikut gagasan Persuratan Baru Pada dasarnya cerita dalam konteks sastera dibangunkan atas dasar peniruan aksi manusia (realisme), alam (naturalisme) dan perasaan (romantisisme). Dijelaskan sekali lagi, bahawa cerita itu sebenarnya adalah hasil pengamatan aksi-aksi manusia, alam, dan perasaan yang kemudian ditiru dan dimanipulasi serta dipindahkan ke dunia fiktif sebagai rempah ratus atau isian yang boleh meyakinkan pembaca atau dunia fiktif itu sendiri (Mohd Affandi Hassan et al, ibid, 223). Oleh itu, tidak hairanlah mengapa E.M. Foster dalam bukunya Aspek-aspek Novel menyatakan \u201caspek yang paling asas bagi novel ialah aspek menyampaikan cerita\u201d[penekanan ditambah] (E.M.Foster, 1979 :19). Premis yang dihujah oleh E.M.Foster ini disambut baik dan diperakui oleh sebahagian besar seniman dan sasterawan Melayu. Seolah-olah hujah Foster itu benar-benar sesuai yang wajar diterima-pakai tanpa sebarang analisis mendalam. Antara yang perlu disebut di sini ialah sasterawan besar dari Malaysia, iaitu Shahnon Ahmad yang turut menyatakan premis yang hampir sama dengan Foster, katanya \u201csebuah novel bertolak dari sebuah cerita yang berasal dari sebuah idea\u201d (Shahnon Ahmad, 1989: 51). Selanjutnya, untuk menghidupkan cerita maka digemblengkan aspek-aspek yang lain seperti plot, peristiwa, latar, watak, sudut pandangan dan gaya bahasa. Tegaskan, umumnya melihat cereka adalah tentang cerita, membikin cerita, memanipulasi komponen naratif untuk tujuan melicinkan perjalanan cerita, di samping 236","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 memperhebatkan cerita (Ungku Maimunah Mohd. Tahir, op cit, 29). Untuk tujuan itu maka digemblengkan sepenuhnya unsur-unsur cereka seperti mengutamakan watak dan permasalahannya, konflik, penumpuan kepada perincian persekitaran dan latar. Ini semua memungkinkan berlakunya sisi pengabaian ilmu dalam sastera. Cereka atau seni sastera tidak lagi berfungsi sebagai wadah penampung ilmu dan media intelek, sebaliknya hanya menampung perasaan, khayalan, emosi dan prasangka peribadi yang subjektif sifatnya. Tanggapan seperti itu, dapat dirumuskan bahawa rata-rata melihat fungsi sastera dari sudut sosiologi sastera dan bukan dari sudut hakikat sastera yang melibatkan persoalan estetika dan falsafah. Yakni dalam konteks Islam, ialah estetika dan falsafah ketauhidan. Hal keadaan demikian itu, adalah sangat bersalahan dengan apa yang di utarakan oleh Persuratan Baru yang menekankan peri pentingnya ilmu sebagai isian dalam cerita. Pada Persuratan Baru, isian aksi dalam cerita diwujudkan bukan untuk tujuan menghidupkan satu peristiwa, suasana, atau episod tetapi sebagai wadah untuk tujuan menyampaikan idea, pemikiran dan gagasan (Mohd Affandi Hassan et al, op cit, 224). Cerita, dalam konteks ini, tidak mendefinisikan ilmu tetapi cerita berfungsi sebagai wadah untuk mengetengahkan wacana dan penghujahan ilmu. Menurut Ungku Maimunah Mohd Tahir, Persuratan Baru bukan memberi penekanan pada aksi, perasaan, dan keadaan alam tetapi lebih kepada buah fikiran, idea dan gagasan, iaitu sesuatu yang tidak dapat ditiru dan kemudian dipindahkan ke dalam dunia naratif. Kerana idea atau pemikiran perlu kepada pemahaman, perbahasan, analisis, sanggahan dan sebagainya. Daripada pemahaman beginilah, Persuratan Baru dikatakan tidak bertolak dari mimesis tetapi olahan idea dan pemikiran (Dewan Sastera, Ogos, 2002 hlm.23). Penjelasan di atas, sekali gus ia memberi pemahaman bahawa, watak-watak dihidupkan bukan untuk tujuan supaya meniru gelagak manusia dan dunia real (termasuk alam persekitaran dan perasaan) tetapi watak-watak itu dijadikan perantaraan untuk tujuan menyampaikan ilmu yang dihadirkan dalam bentuk ide dan pemikiran. Namun, menurut Persuratan Baru, apa yang dipraktikkan dalam dunia fiktif Barat (yang dijadikan model oleh hampir sebahagian besar penggiat sastera Melayu) gaya penulisan yang pandai memanipulasi data sehinggah terpapar atau terakam sebuah dunia tiruan yang hampir menyamai, bahkan tepat dan nampak realistik seperti dunia nyata, langsung tidak menukarkan teras karya tersebut sebagai karya yang menekankan cerita dan bukan ilmu. Ini kerana meskipun karya tersebut dapat meyakinkan pembaca dengan unsur-unsur peniruan yang dihadirkan namun ia tetap sebagai sebuah dunia tiruan yang langsung tidak membantu ke arah kefahaman pembaca akan pengolahan ide dan pemikiran (Mohd.Affandi Hassan et al, op cit, 224). Yang lebih penting dari itu, ialah corak dan gaya penulisan dalam bentuk mimesis tidak membantu dalam proses peningkatan ilmu seseorang (baik penulis mahupun pembaca). Selain itu, menurut huraian Mohd. Affandi Hassan, cerita juga selalu tidak menghadkan kehadiran wataknya. Dalam erti kata lain, Persuratan Baru menolak watak-watak kecil, kerdil, dangkal dan tidak bermoral akan tetapi ia memastikan bahawa para watak yang dihidupkan itu berilmu, kuat, bermoral, bijak dan boleh dibanggakan. Hal ini sebaliknya dengan \u2018cerita\u2019 yang boleh saja didukung oleh mana-mana watak baik yang besar atau yang kecil dan hina (Mohd.Affandi Hassan et al, ibid, 225). Pendek kata, apa pun gaya penceritaan tidak penting dan dipersoalkan asalkan para watak itu mampu menghidupkan jalan cerita, dan sekali gus menarik untuk diikuti perwatakannya selanjutnya. VI. Stylization of Ideas vs Mimesisme Untuk mengelak daripada menyerupai realisme dan naturalisme, yakni dua falsafah estetika Barat, para pengarang muslim - khususnya Melayu- wajar mempraktikkan gaya stylization of idea sebagai titik tolak dalam menulis karya. Kerana stylization adalah senjata atau alat bagi 237","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 para seniman Islam (sejak dari dahulu lagi) dalam usaha mempamerkan keaslian pemikiran, kreativiti dan nilai estetika dalam karya mereka. Ini bermakna, apabila konsep stylization ini betul-betul didukung oleh para seniman Islam sekali gus kita tidak lagi terikut-ikut gaya penulisan berpandu realisme dan naturalisme yang lebih memberi penekanan kepada rincian, mimesis dan sebagainya (Mohd. Zariat Abdul Rani, 2007:78) Persuratan Baru meletakkan \u201cHakikat Ketuhanan\u201d (Divine Nature) sebagai matlamat utama dalam menghasilkan karya seni. Ini adalah amat bersalahan dengan realisme yang meletakkan \u201cTragedi\u201d sebagai ciri utama kepada kesenian Barat. Sekilas pandang tampak bahawa falsafah realisme sangat elok dan serasi dengan citarasa penulisan sastera kreatif. Namun sebenarnya, ia tidak banyak membantu kita ke arah peningkatan pemikiran dan kesedaran. Atau lebih tepatnya ialah ia tidak mampu membawa manusia membaca \u2018ayat-ayat\u2019 Allah. Ini adalah kerana konsep mimesis atau peniruan tidak mengizinkan para pengarang menggunakan logik akal untuk memikirkan gagasan besar kerana ia cuma \u2018satu pengklonan\u2019 sahaja. Pengarang banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk merinci realiti. Meniru alam di mana perbuatan seperti ini tidak mencabar minda, intelek pengarang kerana ia terlalu mudah. Namun sebaliknya dengan gaya stylization yang menuntut para pengarang merenung, memikir, mengupas, mentafsir dan menghujahkannya. Bahkan lebih dahsyat lagi cara mimesis itu bukan sahaja tidak dapat dipertanggungjawabkan untuk menyerlah keagungan Allah SWT. serta mempamerkan pengabdian manusia terhadap Khalik- Nya tetapi ia juga cenderung kemungkinan pengarang itu akan meniru tanpa had hatta meniru kemungkaran dan segala pelakuan keji manusia (Mohd Zariat Abdul Rani, ibid, 79). Dalam hal ini, menurut Mohd Affandi Hassan, seni yang berasaskan mimesis hanya berupaya menggambarkan pengalaman luaran manusia atau sesuatu yang bersifat emosi tetapi tidak besifat kerohanian yang hakiki (Mohd. Affandi Hassan, 1992: 39) dan seni seumpama ini yakni yang berasaskan peniruan (mimesis), penuh dengan hiasan tidak akan membawa manusia ke mana-mana (ibid, 40) bahkan membawa manusia semakin jauh daripada mengenal Allah SWT. Dan yang lebih penting dari itu, seni sastera yang dihasilkan menurut kerangka Persuratan Baru, seperti yang ditegaskan Mohd.Affandi Hassan, ia bukan hanya sebuah karya yang indah dari segi struktur penceritaan bahkan juga adalah bermakna kepada manusia dalam konteks khalifatul-Lah fil ardhi. Bertolak daripada pemahaman di atas, secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa Persuratan Baru memberi penekanan kepada empat perkara utama yang juga menjadi asas penting kepada Persuratan Baru, iaitu : 1- Menitikberatkan penyampaian ilmu, ide dan pemikiran melalui wacana-wacana yang dibentuk dan digemblengkan. Dalam erti kata lain, meletakkan aspek cerita sebagai \u201csubordinat\u201d. 2- Menerapkan pengertian dan fungsi kalam yang menekankan soal adab dan menolak konsep kreatif yang mengutamakan kebebasan berkarya (freedom of Expression). 3- Menekankan gaya penulisan ilmiah yang sistematis serta indah dan dalam masa yang sama mengenepikan aspek-aspek luaran yang bersifat \u201chiasan\u201d(embellishment). 4- Mengutamakan aspek nilai-nilai yang mulia serta terpuji dan mengenepikan nilai-nilai jahat atau keji di sisi Islam. VII. Penutup\/Kesimpulan Fungsi sastera atau kesusasteraan tidak lagi hanya berlegar pada perkara remeh temeh yang hanya dikaitkan dengan soal emosi dan imaginasi sahaja. Namun dalam konteks Persuratan Baru genre sastera juga berfungsi sebagai wadah penampungan ilmu. Atau lebih tepatnya, 238","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 genre sastera tidak lagi dihadkan dengan \u2018cerita\u2019 murahan untuk menyedapkan rasa sahaja, bahkan ia juga adalah sebahagian daripada seni persuratan Islam yang berdimensikan ilmu dan pemikiran. Dalam erti kata lain, ilmu diberi keutamaan, dan sebaliknya bukan cerita. Kemunculan gagasan ini dapat memperbetulkan tanggapan umum terhadap genre sastera itu sendiri. Kalau sebelum ini ia dianggapakan sebagai wadah untuk penampungan imaginasi khayali seorang sasterawan \/tukang cerita sahaja, tetapi dalam konteks perbincangan ini, ternyata ia bukan hanya setakat itu saja bahkan merangkumi kegiatan ilmu bersama. Hal ini kerana gagasan Persuratan Baru dijanakan di bawah bayangan al-Qur\u2019an yang bercerita bukan sekadar bercerita tetapi dengan maksud untuk menyampaikan pengajaran kepada umat manusia seluruhnya. Demikianlah pengkonsepsian persuratan mengikut Mohd.Affani Hassan. Wallahu\u2019alam. 239"]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook