PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bibliografi Al Arabi Abu Hamzah, 1999. A Glimpse at The Beauty of Islam, Riyadh : Darussalam A.Wahab Ali, 2004. Kesusasteraan Melayu Moden dalam kajian dan kritikan, Tanjong Malim : UPSI Baharudin Ahmad (peny.), 1992. Sastera Sufi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Chettana Nagawachra, “tang sai klang haeng wannakadee wicharn”[Bahasa Thai] (Jalan Tengah Kritikan Sastera) dalam Vibhasha tahun ke-3, Vol.1, Bilangan 17, tarikh 16 Mac- 30 April 2009 E.M.Foster, 1979. Aspek-aspek Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hashim Musa,”Mencari Ilmu Yang Benar” dalam KESTURI jilid 5Bil 2 Disember 1995 Ismail Hussein (peny.), 1986. Sastera dan Agama, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 Md.Salleh Yaapar, 2002. Ziarah Ke Timur, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Affandi Hassan, “Reaksi Terhadap Tulisan Umar Junus Konsep Ilmu dalam Kritkan Sastera” dalam Mastika, Oktober, 1991 __________________,1992. Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka __________________ et al., 2008. Gagasan Persuratan Baru : Pengenalan dan Penerapan, Bangi : ATMA UKM ___________________ , 2005 “Gagasan Persuratan Baru oleh Mohd Affandi Hassan : Beberapa Pengamatan Umum” dalam A.Aziz Deraman (peny.) Prosiding Kumpulan Kertas Kerja, Kolokium Peradaban Melayu Kawasan Timur Laut ke-, Kuala Lumpur : DBP ____________________, 2006a. “Maha karya abad ke-21 : Merenung kembali kesusasteraan Melayu sepanjang abad ke-20” dalam Persuratan dan Peradaban Nasional, prosiding kertas kerja seminar anjuran PENA dan DBP di Port Dickson Negeri Sembilan tahun 2006 ____________________, 2006b.”Sastera Berpaksikan Tauhi : Penerokaan Terhadap Gagasan Persuratan Baru Oleh Mohd.Affandi Hassan (Bahagian II)” dalam Jurnal YADIM, Bil.8, Jun 2006 ____________________, “Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu” dalam PEMIKIR Okt.- Dis.2007. Sahlan Mohd Saman, 2004. “Sastera Melayu Mutakhir : Ilmu mendahului Perjalanan dan masa depanya” Kertas kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu VIII pada 6-8 Julai, di UKM Shahnon Ahmad, 1989. Gubahan Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Syed Muhammad Naquib Al Attas, 1993. Islam and Secularism, Kuala Lumpur : ISTAC Tafsir Pimpinan al-Rahman, 2000 (cetakan keenam belas). Kuala Lumpur : Darul Fikr Taha Jabir al-‘Alwani, 1995. Krisis Pemikiran Moden, Selangor : IIIT Malaysia dan Thinker’s Library Sdn Bhd. Ungku Maimunah Mohd Tahir, “Pujangga Melayu Oleh Mohd. Affandi Hassan : Satu Perbincangan Awal, Kertas Kerja yang dibentangkan di majlis Diskusi Buku di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2002 ________________________ , 2009. Dinamika Pemikiran Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Zakaria Stapa “Falsafah Islam atau Falsafah Muslim” dalam Ibrahim Abu Bakar (peny.), 1994. Spektrum Falsafah Islam, Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka 240
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 LAMPIRAN Riwayat Hidup Mohd.Affandi Hassan Menurut Wan Mohd Nor Wan Dauh “Beliau [yakni Mohd Affandi Hassan] adalah seorang bekas pegawai tadbir kerajaan Malaysia dan seorang novelis dan essayist Malaysia yang patut dihurmati kerana ketegasan peribadi dan ketinggian hasil persuratannya selama ini.” (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2004 :viii) Mohd.Affandi Hassan dilahirkan pada 9 Mac 1940 di Kampung Seberang Pasir, Selising, Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). Pendidikan awal di sekolah Melayu bandar Pasir Mas, sekolah menengah di Sultan Ibrahim School, Pasir Mas, dan di Penang Free School, Pulau Pinang. Manakala pendidikan tinggi, beliau memperolehi Ijazah Pertama (B.A.Hons.) dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1968 dan Diploma Pentadbiran Awam pada tahun 1972 di universiti yang sama. Master of Arts dalam Political Behavior dari University of Essex pada tahun 1977. Di samping sempat juag memperolehi Diploma Pengajian Islam pada tahun 1981 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah mengikuti kuliah Ph.D. di School of Oriental dan African Studies (SOAS), University of London dari tahun 1976–Februari 1977, tetapi tidak sempat menyelesaikan penulisan tesis Doktor Falsafah kerana biasiswanya tidak di sambung (Mohd Affandi Hassan, 2005 : 466). Dalam bidang penulis kreatif, beliau juga cukup terkenal sebagai seorang sasterawan terutama dalam kritikan dan cereka (A.Wahab Ali, 2004:153). Penglibatan beliau dalam bidang penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Ini berdasarkan sebuah sajak beliau yang berjudul “Budi Pekerti yang Mulia” [dalam edisi Jawi] yang tersiar dalam Utusan Kanak- Kanak pada 3 Julai 1955 di bawah nama pena MABHU. Bukti lain ialah dengan tersiarnya sebuah cerpen pertamanya “Kapitalis Kecil” dalam Mingguan Pedoman [Edisi Jawi] pada tahun 1957 di bawah nama pena MABHAS . Kedua-dua buah karya ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa pertengahan tahun 1950-an sebagai penanda tarikh permulaan keterlibatan beliau sebagai seorang penulis kreatif. Dan sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan yang mengatakan bahawa beliau mula menceburi bidang penulisan kreatif sejak dibangku sekolah lagi. Bakat dan komitmen beliau dalam bidang penulisan kreatif lebih terserlah lagi semasa menjadi seorang mahasiswa. Bahkan, menurut A.Bakar Hamid, beliau adalah “di antara sejumlah kecil sasterawan Melayu yang betul-betul lahir dari kampus universiti” (Mohd.Affandi Hassan, 1974 :ix). Sejauh keterlibatannya dalam bidang penulisan kreatif, setakat ini beliau telah berjaya menerbitkan beberapa buah kumpulan cerpennya, antaranya Matinya Seorang Pahlawan (1971), Le Masque (1974), Mimpi Rakyat (1985), Pura Bujangga (1990), Tenggelamnya di Lautan China (1994) dan Bukan Ahli UMNO : Bukan Salah SSB (1998). Di samping itu, beliau juga menghasilkan novel. Novel pertamanya Aligupit (1993), dan selepas itu beliau turut menghasilkan sebuah quartet yang terdiri daripada 4 jilid, iaitu Jejak Warisan (1994), Citra Pujangga (1995), Tampang Sasterawan (1996), Wajah Pendeta (1996) . Ketokohan dan kewibawan beliau selaku salah seorang cerpenis (baca pengarang) awal yang turut terlibat dalam konteks pengisian kemerdekaan Malaysia dan mewakili zamanya adalah dapat dibuktikan apabila karya-karya cerpen beliau turut terpilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ke dalam ‘Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20’. Antologi ini diberi judul Biarlah Orang Tahu (2005) yang memuat 20 buah cerpen awal Mohd Affandi Hassan. Menurut mantan Ketua Pengarah DBP, Dato’Haji A. Aziz Deraman, “Sebanyak 37 buah kumpulan cerpen berdasarkan ketokohan dipilih untuk diterbitkan dalam Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20 ini.”(Mohd Affandi Hassan, 2005 : vii). Dengan terpilihnya karya-karya cerpen beliau itu sudah cukup membuktikan bahawa sumbangan Mohd Affandi Hassan ke 241
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dalam dunia penulisan/pencerpenan Melayu Malaysia tidak dapat disangkalkan lagi. Di samping karya prosa, beliau juga pernah menghasilkan sebuah karya puisi dalam bentuk “Haiku” yang bertajuk Cendera Kerana (1995). Dalam bidang kritikan sastera, beliau telah menghasilkan sejumlah tulisan yang diterbitkan betaburan di merata media, baik akhbar dan majalah, seperti di Dewan Sastera, Widya, Mastika, Dewan Masyarakat, Berita Harian/Berita Minggu, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Harakah, dan SIASAH . Antara yang sempat dibukukan ialah Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid (1992) , Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu : Sanggahan Terhadap Syarahan Perdana Prof. Dr.Muhammad Haji Salleh (1994), serta sejumlah kertas kerja ilmiah yang dibentangkan dalam wacana-wacana tentang sastera dan kritikan seperti dalam kolokium“Membina Teori Sastera Sendiri”(1999), Seminar Emosi Melayu (2003), Seminar Jenaka Melayu Nusantara (2003).(Mohd Zariat Abdul Rani, 2004 : 139) Selain sastera, beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku akademik yang berkaitan soal pengurusan dan pentadbiran awam, antaranya Pengurusan, Pentadbiran dan Kepemimpinan dalam Pembinaan Tamadun Manusia (1985), Beberapa Prinsip dan Ciri Utama Kepemimpinan dalam Islam (1989), dan The Tawhidic Approach in Management and Public Administration : Concepts, Principles and an Alternative (1990) (Mohd Zariat Abdul Rani, ibid: 139). Senarai karya-karya yang diberi di atas sudah cukup untuk membuktikan komitmen dan keseriusan beliau terhadap perkembangan persuratan Melayu khususnya dalam konteks kegiatan persuratan Islam. Perhatikan betapa Mohd.Affandi Hassan cenderung menulis isu-isu yang berhubung dengan persoalan moral, akhlak, keagamaan dan ketauhidan baik karya kreatif mahupun non-kreatif. Yang pastinya, karya-karya itu ditulis berdasarkan konsep ilmu yang benar. Yakni berdasarkan konsep taklif. Memang benarlah seperti apa yang pernah disuarakan oleh Ali Haji Ahmad, iaitu kalau kita menyatakan bahawa tujuan sastera Islam mahu memperlihatkan kehidupan yang unggul, kita harus memfokuskan akhlak dan pemikiran Islam [penekanan ditambah] (Dewan Sastera, September 1989, hlm.89). 242
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 NILAI PENDIDIKAN SOSIAL DALAM CERITA RAKYAT HIDUP UBI HIDUP KELADI DI KAMPUNG TELOK KAPOR: KAJIAN SOSIOLOGI SASTRA (The Value of Social Education in the Folklore Hidup Ubi Hidup Keladi in Telok Kapor Village: a Sociology of Literature Study) Zuhairee Pohvee1, Islahuddin2, Suhailee Sohnui3, Lilik Wahyuni4, Subaidi5 1,2 Department of Malay, Fatoni University, Thailand 3 Sebelas Maret University, Surakarta, Indonesia 4 Brawijaya University, Malang, Indonesia 5 Universitas Islam Nahdlatul Ulama Jepara, Indonesia Abstract The Folklore Hidup Ubi Hidup Keladi is one of the folktales in Telok Kapor Village, Patani, Thailand which contains educational value. This study aims to describe the values of social education in the folklore Hidup Ubi Hidup Keladi in Telok Kapor Village using a sociology of literature approach. The source of the research data is the folklore Hidup Ubi Hidup Keladi in Telok Kapor Village. Data collection techniques were carried out by interviewing, recording, reading, and taking notes. The data analysis technique used is descriptive qualitative with scientific references to the sociology of literature. The results of the research show that in the folklore Hidup Ubi Hidup Keladi there are values of social education, including: 1) do not insult people; 2) do not mistreat people; 3) please help; and 4) don't forget the favor. In addition, the results of the study show that the value of social education in the folklore Hidup Ubi Hidup Keladi in Telok Kapor Village is based on Islamic teachings and the values of the Malay community which are still used by the community in their daily lives and are maintained until now. Keywords: values, social education, folklore, telok kapor village 243
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pendahuluan Karya sastra merupakan sebuah struktur yang bermakna. Hal ini disebabkan karya sastra merupakan sistem yang mempunyai makna yang menggunakan media bahasa (Pradopo, 2010). Adapun Grebstain (1968) telah menyatakan bahwa karya sastra tidak pernah lahir dari kekosongan budaya. Karya sastra boleh dikatakan selalu terikat dengan konteks sosial saat karya tersebut diciptakan. Oleh kerana itu, sering didapati karya sastra menampilkan kembali peristiwa-peristiwa dalam kehidupan sehingga dalam proses pemahamannya, karya sastra tidak dipahami secara selengkap-lengkapnya apabila dipisahkan dari lingkungan atau kebudayaan serta peradaban yang telah menghasilkannya. Hubungan karya sastra dengan kenyataan masyarakat memperkuat pandangan bahwa sastra dapat dijadikan sebagai cerminan masyarakat. Damono (1979) mengatakan bahwa sosiologi sastra merupakan lembaga sosial yang menggunakan medium bahasa dan merupakan ciptaan sosial masyarakat. Selanjutnya, Damono (1979) menegaskan bahwa sosiologi sastra merupakan salah satu pendekatan dalam kajian sastra yang mempertimbangkan segi-segi sosial kemasyarakatan. Lebih lanjut, Wellek dan Warren (1994) dalam Damono (1979) menyatakan bahwa terdapat tiga jenis pendekatan sosiologi sastra, yaitu: 1) sosiologi pengarang berfokus pada pengarang sebagai penghasil sastra; 2) sosiologi karya sastra berfokus pada karya sastra itu sendiri; 3) dan sosiologi pembaca berfokus pada pengaruh sosial karya sastra terhadap pembaca. Senada dengan itu, Ian Watt (1946) dalam Damono (1979), juga menjelaskan bahwa terdapat tiga jenis pendekatan dalam sosiologi sastra, yaitu: 1) mengkaji konteks sosial pengarang dalam masyarakat.; 2) sastra sebagai cerminan keadaan masyarakat, dan 3) fungsi sosial sastra yang terkait dengan nilai sosial. Selanjutnya, salah satu bentuk karya sastra adalah cerita rakyat. Cerita rakyat merupakan cerita yang berkembang di setiap daerah dan menceritakan asal usul atau legenda yang terjadi di suatu daerah. Dengan kata lain, cerita rakyat adalah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat. Selain itu, cerita rakyat merupakan bagian dari dongeng (Danandjaya, 1991). Salah satu fungsi cerita rakyat adalah sebagai pengokoh nilai-nilai sosial budaya yang berlaku dalam masyarakat. Dalam cerita rakyat terkadang ajaran-ajaran etika dan moral bisa dipakai sebagai pedoman bagi masyarakat. Di samping itu di dalamnya juga terdapat larangan dan pantangan yang perlu dihindari. Cerita rakyat bagi warga masyarakat pendukungnya bisa menjadi tuntunan tingkah laku dalam pergaulan sosial (Danandjaya, 1991). Sementara itu, definisi nilai dapat ditinjau dalam beberapa cara, di antaranya: (1) nilai dalam bahasa Inggris value, Latin valere (berguna, mampu, mampu terjadi, kuat); (2) dilihat dari segi pujian, nilai adalah kualitas sesuatu yang membuatnya diinginkan, diinginkan, berguna; (3) dilihat dari segi keistimewaan, nilai adalah apa yang dinilai, sangat dihargai atau dinilai sebagai suatu kebajikan; (4) dilihat dari sudut pandang ilmu ekonomi yang bergelut dengan penggunaan dan pertukaran nilai benda-benda material, pertama kali pada umumnya menggunakan kata “nilai” (Lorens (2002) dalam Akbar, dkk., 2013). Selanjutnya, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (1997) pendidikan adalah suatu proses perubahan sikap dan perilaku seseorang atau sekelompok orang dalam upaya mendewasakan orang melalui upaya pengajaran dan pelatihan. Sementara itu, nilai pendidikan adalah segala sesuatu yang bermanfaat yang diberikan oleh seseorang secara sadar dan bertanggung jawab dalam upaya memberikan perubahan sikap dan perilaku yang lebih baik (Akbar, dkk., 2013). 244
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Nilai-nilai pendidikan dalam karya sastra secara umum di antaranya adalah nilai pendidikan agama, nilai pendidikan moral, nilai pendidikan budaya, nilai pendidikan sosial, nilai pendidikan ekonomi, nilai pendidikan politik dan nilai pendidikan sejarah (Akbar, dkk., 2013). Sementara itu, penelitian ini berfokus pada nilai pendidikan sosial. Nilai pendidikan sosial menurut ‘Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016) berpijak pada empat hal, yaitu: menanamkan mentalitas yang luhur, memperhatikan hak-hak orang lain, komitmen pada etika sosial secara umum, pengawasan kritik terhadap opini publik dan sosial berupa kewajiban melaksanakan adab bermasyarakat. Nilai pendidikan sosial pada cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor dipilih peneliti karena cerita rakyat tersebut bercerita tentang tokoh bernama Zul yang berlatar belakang sosial kurang mampu, tetapi selalu semangat dalam berjuang hingga mendapatkan kehidupan yang lebih layak. Selain itu, cerita rakyat tersebut dituturkan langsung orang penduduk asli yang merupakan guru sekolah agama (Tadika) yang mahir dalam bercerita rakyat. Cerita rakyat tersebut disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang bertujuan sebagai hiburan, tetapi mengandung nilai pendidikan, keilmuan, dan lain-lain. Tambahan pula, Kampung Telok Kapor adalah suatu daerah pantai yang terletak di wilayah Patani. Penduduknya terdiri dari 70% beragama Islam dan 30% beragama Buddha, sehingga penelitian ini menarik dilakukan karena hasil penelitian ini didapatkan nilai pendidikan sosial sebagai pedoman hidup di masa mendatang dari generasi ke generasi. Selain itu, penelitian ini dilakukan agar cerita rakyat tersebut tidak dilupakan oleh generasi-generasi muda di masa mendatang. Tujuan Penelitian Berdasarkan latar belakang di atas, maka rumusan masalah dalam penelitian ini adalah bagaimanakah nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat di Kampung Telok Kapor? Sementara itu, tujuan penelitian ini, yaitu untuk mendeskripsikan nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor. Metode Penelitian Metode penelitian yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode deskriptif kualitatif. Metode deskriptif merupakan metode yang menjelaskan gambaran secara sistematis serta hubungan antar fenomena yang diselidiki (Nasir, 2011). Selain itu, tujuan metode deskriptif menjelaskan bahwa pendeskripsian secara sistematik, faktual, dan akurat terkait fakta dan populasi tertentu serta penggambaran fenomena secara detail (Yusuf, 2015). Sementara itu, sumber data penelitian ini berasal dari cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor. Instrumen penelitian dalam penelitian ini adalah peneliti sendiri (Sugiyono, 2017). Selanjutnya, teknik pengumpulan data dilakukan dengan empat teknik, di antaranya: 1) teknik wawancara, yaitu wawancara individual dan wawancara bebas tanpa ada soal jawab, sehingga nara sumber bisa bercerita secara lisan cerita rakyat tersebut dengan bebas sesuai keinginannya sendiri; 2) teknik merekam, yaitu dilakukan ketika nara sumber sedang bercerita. Hasil rekaman tersebut selanjutnya ditranskripsikan dan diterjemahkan dari DMP (Dialek Melayu Patani) ke dalam bahasa Indonesia; 3) teknik membaca, yaitu membaca hasil transkripsi dan terjemahan dari DMP (Dialek Melayu Patani) ke dalam bahasa Indonesia; dan 4) teknik mencatat, yaitu mencatat data-data dan informasi penting terkait penelitian. Adapun teknik analisis data dilakukan dengan langkah-langkah sebagai berikut: 1) mengidentifikasi data; yaitu data-data cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor; 2) mengklasifikasi data, yaitu mengelompokkan data berupa nilai pendidikan sosial; 3) mendeskipsikan data dengan menggunakan teori sosiologi sastra, yaitu menguraikan nilai pendidikan sosial dengan nilai masyarakat Patani; 4) menyimpulkan hasil penelitian; 5) menyajikan data dengan teknik deskiptif. 245
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Hasil Penelitian dan Pembahasan Bab ini dibahas hasil analisis serta pembahasan sebagai jawaban rumusan masalah, yaitu untuk mendeskripsikan nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor. Nilai Pendidikan Sosial Nilai pendidikan sosial menurut ‘Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016) berpijak pada empat hal, yaitu: menanamkan mentalitas yang luhur, memperhatikan hak-hak orang lain, komitmen pada etika sosial secara umum, pengawasan kritik terhadap opini publik dan sosial berupa kewajiban melaksanakan adab bermasyarakat. Nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor, yaitu: 1) jangan menghina orang; 2) jangan menganiaya orang; 3) tolong menolong; dan 4) tidak lupa budi. Jangan Menghina Orang Nilai pendidikan sosial yang pertama, yaitu jangan menghina orang. Menghina orang adalah sebuah perbuatan tercela dan Allah Swt. tidak menyukai hal tersebut. Karena biasanya, orang yang suka menghina dan mencaci maki orang lain adalah orang yang bersikap sombong. Selain itu, menghina adalah perbuatan yang dapat menyakiti hati orang lain. Nilai jangan menghina orang lain ini berpijak pada salah satu dari empat hal yang disebutkan oleh Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016), yaitu memperhatikan hak-hak orang lain. Dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi, terdapat penghinaan guru terhadap si Zul. Seperti dalam kutipan di bawah ini. Si Zul meminta ibunya untuk mengantarkannya mengaji Al-Quran. Ibunya setuju untuk mengantar mengaji. Di rumah gurunya, si Zul dihina dan gurunya itu hanya mengajarkan satu ayat, yaitu \"hidup ubi hidup keladi\". Silakan percaya dan selalu berkata “hidup ubi hidup keladi”. Lama-kelamaan dia mencoba berpikir dan tidak mau lagi mengaji di rumah gurunya karena sang guru hanya mengajar perkara yang sama, yaitu “hidup abu hidup keladi” dan tidak mengajarkan hal lain (Wayayoh, 2021). Dalam kutipan di atas terlihat jelas bahwa guru menghina si Zul, karena si Zul seorang anak malas, maka guru hanya mengajarkan hal yang sama kepada si Zul. Sementara itu, si Zul seorang anak yang mudah percaya terhadap apa saja ajaran dari gurunya. Selain itu, menghina orang lain termasuk dalam perbuatan tercela serta dilarang dalam agama. Serius ataupun bercanda, menghina orang lain tetaplah hal yang tidak dibenarkan karena dapat membuat mereka yang dihina merasa sakit hati. Senada dengan itu, pandangan Ali Haji (1986) menyatakan bahwa setengah daripadanya jangan kita memandang orang-orang yang miskin atau fakir atau orang-orang yang kurang daripada kita pada sifatnya atau pada hartanya, dengan pandangan menghina-menghinakan mereka itu; jangan sekali-kali, karena kita tiada tahu akan batinnya, mungkin mereka lebih daripada kita dalam sesuatu perkara. Berdasarkan hasil analisis di atas dapat disimpulkan bahwa nilai pendidikan sosial jangan menghina orang dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor sejalan dengan masyarakat Melayu yang bersandarkan pada nilai-nilai pegangan masyarakat Melayu yang menyatakan larangan menghina orang lain dalam kehidupan sehari-hari. 246
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Jangan Menganiaya Orang Nilai pendidikan sosial yang kedua, yaitu jangan menganiaya orang. Jangan menganiaya orang lain adalah tidak menyakiti atau menyiksa orang lain. Dari hal tersebut dapat memberikan nilai saling menghormati. Dalam masyarakat kita, kehidupan sehari-hari penting dengan menjaga hati orang lain, yaitu dengan tidak menyiksa siapa pun dan dalam hal apapun. Nilai jangan menganiaya orang lain ini berpijak pada salah satu dari empat hal yang disebutkan oleh Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016), yaitu memperhatikan hak-hak orang lain. Dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi penasihat raja membuat rencana untuk membunuh dan menganiaya si Zul. Seperti kutipan berikut. Mereka membuat rencana untuk membunuh Zul dengan cara mengarahkan Zul memakan tebu yang sudah ditanam selama tiga bulan sebelumnya. Jikalau Zul tidak berhasil menghabiskan tebu itu dalam masa tiga hari, maka akan dihukum mati (Wayayoh, 2021). Dalam kutipan ini jelas sekali penasihat raja mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada si Zul dengan mengarahkan si Zul menghabiskan tebu yang banyak selama tiga hari. Sifat ini termasuk penganiayaan karena perintah itu tidak masuk akal. Menganiaya orang lain adalah perbuatan yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Menganiaya itu perbuatan bengis yang merugikan diri sendiri dan orang lain. Seperti menyiksa, menyakiti, dan berbagai bentuk ketidaksewenangan layaknya menindas dan mengambil hak orang lain. Sementara itu, Thamrin (2018) menyatakan bahwa di kalangan masyarakat Melayu pemimpin yang memegang teraju kekuasaan seperti para datuk, raja, dan sultan serta orang besar-besar lainnya, dalam melaksanakan tugasnya hendaklah melindungi pihak yang lemah. Adapun yang lemah itu ada bermacam-macam. Ada yang lemah iman; mereka ini hendaklah dijaga jangan sampai berbuat jahat dengan cara memberinya ilmu dan agama yang memadai, yang lemah harta hendaklah dilindungi dari perbuatan aniaya orang, yang kaya. Adapun yang lemah batang tubuh hendaklah dilindungi jangan sampai ditindas oleh orang yang kuat. Selain itu, yang lemah kedudukan (rakyat jelata) hendaklah dilindungi dari perbuatan zalim orang yang berkuasa. Berdasarkan hasil analisis di atas dapat disimpulkan bahwa nilai pendidikan sosial jangan menganiaya orang dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor sejalan dengan masyarakat Melayu yang bersandarkan pada ajaran Islam dan nilai-nilai pegangan masyarakat Melayu yang menyatakan larangan menganiaya orang dalam kehidupan sehari-hari. Tolong Menolong Nilai pendidikan sosial yang ketiga, yaitu tolong menolong. Menurut KBBI (1997), kata “tolong” sama saja dengan kata “bantu”. Adapun kata tolong-menolong memiliki makna, yaitu saling menolong atau saling membantu orang lain guna meringankan beban. Semua agama dan keyakinanan pasti memiliki “aturan” mengenai kewajibannya membantu sesama. Nilai tolong menolong ini berpijak pada salah satu dari empat hal yang disebutkan oleh Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016), yaitu pengawasan kritik terhadap opini publik dan sosial berupa kewajiban melaksanakan adab bermasyarakat. Kegiatan saling tolong menolong tidak memandang atau membedakan adanya ras, suku, bangsa, agama, keturunan, status sosial, dan pendidikan manusia. Semakin banyak orang 247
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 yang berbuat baik dengan saling menolong sesama, akan rukun dan bermanfaat pula dalam kehidupannya serta kehidupan orang lain. Tolong menolong pada hakikatnya merupakan hak dan kewajiban setiap manusia kepada manusia lain. Bukan hanya itu dalam Islam juga mengajar kita untuk menolong binatang atau makluk hidup lainnya selain manusia. Dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi si Zul menolong seekor burung yang sudah mau mati. Seperti kutipan di bawah ini. Dalam perjalanan, Zul berjumpa dengan burung puyuh yang sudah mau mati lalu si Zul ingin cepat menolongnya dengan membaca hidup ubi hidup keladi. Dengan izin-Nya burung itu hidup kembali dan pergi meninggalkan Zul, dengan berkat keyakinanan si Zul dengan gurunya (Wayayoh, 2021). Dari kutipan di atas dapat kita simpulkan bahwa tolong menolong bukan kepada sesama kita saja, tetapi kita juga diwajibkan untuk menolong makhluk lain yang lagi memerlukan bantuan karena Allah Swt. telah memerintahkan umat untuk saling peduli dan tolong menolong dalam hal kebaikan. Sementara itu, nilai tolong menolong, terdapat dalam budaya Melayu. Hal ini sesuai dengan pendapat Hussein, dkk., (1995) yang menyatakan bahwa peradaban Islam di alam Melayu mempunyai ciri-ciri yang istimewa berasaskan warisan sejarah dan kebudayaan di rantau ini sendiri sehingga menjadi nilai dominan dan asas hidup mereka. Nilai-nilai seperti kebebasan, perikemanusian, kesetian, amanah, berdikari, bersih, cakap, sopan satun, dan tolong menolong. Senada dengan itu, dalam masyarakat Melayu terkenal dengan sistem nilai-nilai murni antaranya kehidupan masyarakat seperti gotong royong, kejiranan, muafakat, tolong menolong, bekerja bersungguh-sungguh dan berkongsi samarata. Nilai-nilai ini yang menjadi benteng kepada masyarakat Melayu modern dalam melawan arus perkembangan teknologi dan kemodernan (Metzger, 2009). Berdasarkan hasil analisis di atas dapat disimpulkan bahwa nilai pendidikan tolong menolong dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor sejalan dengan masyarakat Melayu yang bersandarkan pada ajaran Islam dan nilai-nilai pegangan masyarakat Melayu yang menyatakan pentingnya tolong menolong dalam kehidupan sehari- hari. Tidak Lupa Budi Nilai pendidikan sosial yang keempat, yaitu tidak lupa budi. Hidup ini penuh dengan “saling berbalas budi”. Jika Anda merasa terbantu oleh seseorang, secara etis Anda merasa perlu membantu dia juga. Begitu pula sebaliknya, saat orang lain merasa terbantu oleh Anda, di kesempatan lain dia merasa harus membantu Anda. Jika siklus itu putus, biasanya ada saja drama yang akan timbul. Selain itu, balas budi merupakan konsep merasakan atau berperilaku kepada orang lain selayaknya mereka merasakan atau berperilaku kepada kita. Nilai tidak lupa budi ini berpijak pada salah satu dari empat hal yang disebutkan oleh Abdullah Nāṣih ‘Ulwān dalam Nurunnisa dan Husni (2016), yaitu memperhatikan hak-hak orang lain. Dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi burung dan babi yang si Zul datang, menolong, dan membantu si Zul mengerjakan arahan dari penasihat raja. Seperti kutipan di bawah ini. 248
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Dengan kebaikan si Zul yang telah menolong seekor babi, maka babi itu datang dengan kelompoknya dan menghabiskan tebu-tebu dan yang ditanam oleh penasihat raja. Setelah itu, mereka terkejut bagaimana si Zul bisa memakan semua tebu yang ditanamnya itu. Maka, penasehat raja meminta penundaan lagi kepada raja selama tiga bulan untuk menyediakan biji kacang. Jadi, mereka mengambil biji kacang dan dibuangnya ke tanah, lalu menyuruh si Zul mengutip kembali kacang- kacang itu. Jikalau tidak bisa bisa mengutipnya, dia harus pergi dari negeri ini atau dibunuh. Setelah itu, burung yang ditolongnya datang membawa kawan-kawan dan mengutip kembali kacang-kacang itu ke dalam goni (Wayayoh, 2021). Dari kutipan di atas dapat kita simpulkan bahwa burung yang telah dibantu si Zul datang dengan membawa kawan-kawannya untuk membantu si Zul menyelesaikan suruhan dari penasihat raja. Si burung membalas budi si Zul dengan mengutip kacang-kacang yang ditaburkan ke tanah dan dimasukkan ke dalam goni. Lebih lanjut, Pondo (2020) menyatakan bahwa nilai balas budi Melayu tercermin menerusi tindak balas dari tingkah laku individu atau masyarakat. Oleh yang demikian, menerusi akal budi ia mampu membawa masyarakat yang berilmu, luhur, berfikiran terbuka, berakhlak mulia dan bertamadun. Dengan keistimewaan yang dimilikinya ini sesebuah masyarakat mampu memikul tanggung jawab dan beban yang dihadapi. Berdasarkan hasil analisis di atas dapat disimpulkan bahwa nilai pendidikan tidak lupa budi dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor sejalan dengan masyarakat Melayu yang bersandarkan pada nilai-nilai pegangan masyarakat Melayu yang menyatakan anjuran tidak lupa budi. Penutup Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dilakukan, dapat diambil kesimpulan bahwa nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor, di antaranya: 1) jangan menghina orang; 1) jangan menganiaya orang; 3) tolong menolong; dan 4) tidak lupa budi. Selain itu, hasil penelitian menunjukkan bahwa nilai pendidikan sosial dalam cerita rakyat Hidup Ubi Hidup Keladi di Kampung Telok Kapor berdasarkan ajaran Islam dan nilai-nilai pegangan masyarakat Melayu yang masih masih digunakan masyarakat dalam kehidupan sehari-hari dan dipertahankan hingga sekarang. 249
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Daftar Pustaka Akbar, Syahrizal, Retno Winarni, dan Andayani. (2013). “Kajian Sosiologi Sastra dan Nilai Pendidikan dalam Novel ‘Tuan Guru’ Karya Salman Fariz”. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, Vol. 1(1), hlm. 54-68. Ali Haji, Raja. (1986). Kitab Pengetahuan Bahasa. Pekanbaru: Badan Penelitian dan Pengkajian Melayu Dept. P dan K. Damono, Sapardi Djoko. (1979). Sosiologi Sastra Sebuah Pengantar Ringkas. Jakarta: Depdikbud. Danandjaja, James. (2007). Folklor Indonesia: Ilmu Gosip, Dongeng dan lain-lain. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti. Depdikbud. (1997). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Grebstein, Sheldon Norman. 1968. Perspectives in Contemporary Criticism. New York: Harper Row. Hussein, Ismail, dkk. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Islam Terengganu. Metzger, Laurent. (2009). Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar. Tanjong Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nasir, Muhammad. (2011). Metodologi Penelitian. Jakarta: Ghalia Indonesia. Nurunnisa, Eulis Cici dan Husni. (2016). Nilai-Nilai Pendidikan Sosial Perspektif Abdullah NāṢih ‘UlwāN dan Relevansinya Terhadap Tujuan Pendidikan Nasional. Tarbiyat Al- Aulad: Jurnal Pendidikan Islam Anak Usia Dini. Vol. 1(1), hlm. 1-18. Pondo, Halimah. (2020). Kearifan Tempatan Wacana Korona Virus dalam Masyarakat Melayu Malaysia. Proceeding International Webinar Malay Local Wisdom in the Period and After the Plague, hlm. 25-33. Yogyakarta: Creole Institute dan Nusadwipa Institute. Pradopo, Rachmat Djoko. (2011). Beberapa Teori Sastra, Metodi Kritik dan Penerapannya. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. Sri Kartikowati dan Achmad Hidir. (2014). “Sistem Kepercayaan di Kalangan Ibu Hamil dalam Masyarakat Melayu”. Jurnal Komunikasi. Vol. 1(2), hlm. 159-167. Sugiyono. (2017). Metode Penelitian Pendidikan Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D. Bandung: Alfabeta. Thamrin, Husni. (2018). Antropologi Melayu. Yogyakarta: Kalimedia. Wahyunigtyas, Sri dan Wijaya Heru Santosa. (2011). Sastra: Teori dan Implementasi. Surakarta: Yuma Pustaka. Yusuf, A. Muri. (2007). Metodologi Penelitian: Dasar-Dasar Penyelidikan Ilmiah. Padang: Universitas Negeri Padang Press. Daftar Pustaka Wawancara Wayayoh, Karee. Diwawancara oleh Zuhairee Pohvee. Di Kampung Telok Kapor. 15/01/2021. Pukul 12:49 siang. Wawancara. 250
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGENALAN SEKOLAH TADIKA DI SELATAN THAILAND (FATONI ) Ustaz Ramli bin Syehabuddin Pengurusi Yayasan Auqaf Al mesbah ABSTRAK Makalah ini membencang tentang pengenalan sekolah Tadika di selatan Thailand (Fatoni).Perkataan Tadika ialah Taman Didikan Kanak-kanak .Istilah ini di guna pada suatu ketika di selatan Thailand (Fatoni ) Pada zaman itu tidak di benar guna perkataan Sekolah Melayu . Sekolah Melayu pada tujauannya adalah sama dengan sekolah Tadika .Di sekolah ini diajar kanak-kanak yang berbangsa Melayu, beragama islam akidah islamiah yang betul dengan menggunakan bahasa melayu Aksa jawi dan juga mengajar anak-anak supaya kenal budaya dan adab istiadatnya .Kita paham disini ulama-ulama yang bijak pandai menggunakan istilah Tadika untuk dapat menerus kegiatan pembelajaran bagi kanak -kanak tidak disingkirkan oleh pemerintah. Pada zaman itu iaitu zaman lima puluhan tempat mengajarnya di Masjid dan di surau .tujaun penulis memilih tajuk ini supaya memperkenalkan sekolah Tadika di selatan Thailand (Fatoni ) salah satu binteng mempartahankan agama islam dan bahasa melayu tulisan jawi, di samping menjelaskan serta menerangkan pebizaan antara perkataan Tadika di selatan Thailand dengan perkataan Tadika digunaka di Malaysia, Berunei, Indonesia dan di kepulauan Melayu . Kata kunci : Tadika benteng terakhir bagi pendidikan islam di Fatoni 251
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pendahuluan : Perkataan tadika ialah singkatan dari Taman Didikan Kanak-kanak .Perkataan ini di guna seluruh alam melayu .Mari lah sama-sama kita mengenal secara khusus perkataan Tadika di Selatan Thailand ( Fatoni) .Perkataan Tadika di selatan Thailand ialah tempat atau pusat pendidikan islam bagi orang melayu yang beragama islam bagi kanak-kanak yang beromur 4 tahun hingga 11 tahun /12 tahun .Pusat pengajian ini terletak di masjid -masjid ,Surau-surau .Pada zaman dahulu pusat pengajian ini di namakan sekolah melayu .Sistem pengajiangnya tidak ditentukan oleh mana-mana pihak bahkan di tentukan oleh guru itu sendiri di tempatan masing -masing bertujuan untuk menanam akidah islamiah kepada anak bangsa sendiri.Di samping itu mengajar bahasa melayu akasa jawi ,memperkenal jati diri kita orang melayu mempunyai tulisan ,kebudayaan dan adat istiadat tersendiri. Sebelum dari tahun 1972 sudah ada sekolah melayu tapi tidak dinamakan sekolah Tadika juga tidak seluruh kampong yang ada sekolah itu. Pada tahun 1952 lahir sekolah agama suasta rakyat di antaranya sekolah Maa'had Albia'sat Addiniah (Sekolah Haji Harun Jala) dari situ didikan agama sistem persekolahan di kampong-kampong mula tersibar melaui pelajar-pelajarnya yang sanggup berkhidmat sebagai guru sekolah melayu. Pada tahun 1961 lahir pula satu sekolah yang berbentuk pondok (pasenteren ) namanya Muassah Assafah Al-islamiah pomping daerah Penarek Wilayah Patani ,setelah beberapa tahun kemudian Tuan guru haji Ab.Rahman Ahmad memikir terhadap anak bangsanya didesa yang tidak dapat pendidikan agama lalui beliau menubuh satu ikatan ,satu badan namanya Badan Dia'yah untuk menghantar pelajar-pelajarnya berdakwah ,mengajar di kampong - kampong yang berjiran dengan muassah. Pada tahun 1972 tertubuhlah badan dakwah itu yang berperanan di wilayah patani .Dari badan tersebut mempunyai tenaga dakwah untuk menyibar pendidikan agama bagi kanak -kanak disampign itu dapat juga mengajar orang-orang tua di kampong yang mereka bertugas itu di antara pengajian orang tua mengajar akidah , salat dan juga tasauf. Masa belajar sekolah tadika hari khamis petang ,hari jumat pagi sebelum pergi kesekolah pemerentah (sekolah kebangsaan Thai),petang hari jumaat stelah pulang dari sekolah kebangsaan lebih kurang pukul 5.00 petang mulai msauk belajar.Hari sabtu belajar dari pagi hingga petang sebab hari ini hari cuti sekolah kebangsaam. Pada tahun 1974 banyak lahir persatuan -persatuan sekolah tadika dibawah pimpinan sekolah agama suasta atau terkenal dengan nama sekolah pondak berperanan dalam mendidik anak bangsa menghantar pelajarnya yang masih dalam bangku pelajaran kekampong kampong untuk menjadi guru tadika . Setelah kita kenal dan kita lihat dari pekembangan itu penulis ingin membentang perkembangan dari nama sekolah melayu menjadi sekolah Tadika menuju keperstuan sekolah Tadika 252
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sekolah melayu Rajah Perkembangan tahun 1974 Tenaga mengajar Tempat belajar Rumah Guru Alqurqqn Serambi masjid Musalla Pelajar Pondok Guru Al-qurqn Rumah pelajr pondok Bangunan dalam bentuk atap zin /daun sagu dinding buloh /tidak berdinding Pada tahun lapan puluhan banyak lahir sekolah Tadika serta membentuk persatuan di bawah kawalan sekolah agama suasta . tahun sembilan puluhan lahir pula persatuan dan penyelarasan diantara persatuan Tadika dibawah kawalan sekolah agama suasta menjadi persatuan wilayah Narathiwat yang di beri nama Pusat persatuan Tadika Menara (PUSAKA) .Persatuan Tadika di bawah kawalannya seperti berikut : 1- Perstuan sekolah sepum bukit Tanjung 2- Persatuan sekolah Pedau Jabat 3- Persatuan sekolah Mesbah el-ulum 4- Perstuan sekolah Pecah erong 5-Persatuan sekolah membala 6-Perstuan sekolah Cerang Atik 7- Persatuan sekolah Tokdam 8- Persatuan Jeringa 9- Persatuan Daerah Bacok 10- Persatuan mukim kelisa 11-Persatuan mukim bangol setul /Celum 12-Persatuan mukim suari 13-Persatuan Daerah Cendek 14-Persatuan Daerah Sukhirin 15-Persatuan Daerah Sungai padi 16- Persatuan Daerah Sungai goluk 17-Persatuan Daerah weng . Pada tahun 1998 lahir lah Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Selatan (Perkasa ) .Pusat ini dapat menyatukan di antara Persatuan Wialyah iaitu Wialayah Patani ,Jala, Narathiwat ,Sanggura dan setul.Pusatnya terletak di wilayah Patani . Kurikulum Pengajin Tadika abad 20 Pada tahun 2016 pihak pemerintah Thailand telah memberi pengiktirafan dan memberi kebenaran menggunakan Kurikulum Pendidikan Islam perduain di masjid persaman peringkat 253
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sekolah rendah ( ibtidaiah ) .Bila kerajaan memberi pengiktirafan terhadap kurikulum pihak persatuan (Perkasa ) menyedia buku teks setiap peringkat mula dari pera pengajian hingga ke kelas 6 . Hasil yang diharapkan : Selaepas seminar ini akan tercetus kumpulan-kumpulan yang akan membuat kajian tentang pengajian Tadika di Selatan Thailand , pebentang yakin bila tersibar di kalangan pesurta seminar di kali ini yang tidak pernah dapat maklumat dan pengetahuan tentang sekolah Tadika di selatan Thailand maka akan dapat maklumat baru dari perkataan Tadika yang ada pebezaan dengan Tadika di alam melayu khusus di Malaysia dan akan tercetus dalam kalbu Intelek , para pendidik perasaan simpati dan akan membila serta mempertahan jati diri sekolah Tadika di selatan Thailand agar tidak di cerubuhi oleh mana pihak yang non muslim. 254
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan : 1-Dr. Adnang Aweabuesa : sekrip jatan 2- A Azizi Deraman (Dato' ), 2019 . Sosio budaya Kelantan - Patani . Percitanakan : Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN ) . 3- Pusat Persatuan Tadika Menara :Kurikulum peringkat Tadika Pusaka 1998. 4-Pusat Penyelarasan Tadika Wilayah Selatan (Perkasa) : Kurikulum Pendidikan Islam perduain di masjid peringkat Ibtidaiah 2016 5-Marwan Hayimaming :Peranan Tuan Guru haji AbdulRahman bin Ahmad Pombing dalam pembinaan jenerasi pelapis di Fatoni ,Kajian terhadap aplikasinya ,Tisis yang di kemukakan untuk memnuhi sebahgian dari sarat memperolehi ijazah doktor pelasafah jabatan pengajian islam 2018 255
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 FILEM DUAN NAGO BOGHO 2023 DALAM MENGANGKAT PERSEMBAHAN MAKYUNG DI MALAYSIA Muhammad Affizy Shaari & Yusmilayati Yunos Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600 Selangor [email protected] [email protected] Abstrak Pengiktirafan persembahan Makyung sebagai sumber warisan dunia pada 25 November 2005 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) telah memberi penghargaan yang terbesar dalam seni persembahan di Malaysia. Bagi memastikan kerelevanan persembahan Makyung pada masa ini, sembilan resolusi mengangkat nilai persembahan Makyung telah ditetapkan pada tahun 2010 salah satu resolusi adalah mempelbagaikan saluran Makyung dalam bentuk video dan filem. Pada 19 Januari 2023 sebuah filem arahan Sabri Yunus iaitu Duan Nago Bogho 2023 menceritakan perjuangan mengangkat seni persembahan Makyung di Malaysia telah diterbitkan. Kajian ini membincangkan bentuk perjuangan dalam filem Duan Nago Bogho 2023 mengangkat persembahan Makyung di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk merungkai mengenal pasti sembilan resolusi yang mengangkat persembahan Makyung, menjelaskan bentuk perjuangan filem Duan Nago Bogho 2023 dalam mengangkat seni persembahan Makyung dan merumuskan kepentingan mengangkat seni persembahan Makyung di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif, yang terdiri daripada beberapa proses iaitu penyelidikan kepustakaan dengan pengumpulan data dan kajian literatur menerusi pembacaan rapi di samping kajian lapangan. Temu bual separa struktur bersama Rosnan Rahman dilakukan kerana beliau merupakan penggiat Makyung yang mempunyai banyak maklumat tentang persembahan Makyung. Dapatan kajian makalah ini menunjukkan bentuk perjuangan dalam filem Duan Nago Bogho 2023 seperti mengangkat nilai seni persembahan Makyung. Secara tidak langsung persembahan Makyung dapat menjadi warisan negara yang dibanggakan pada masa akan datang. Kata Kunci: Duan Nago Bogho, Filem, Makyung, Persembahan Makyung, Perjuangan Makyung, UNESCO. 256
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1.0 Pengenalan Sejarah Makyung di Malaysia dapat ditelusuri dari 400 tahun dahulu bahkan lebih awal lagi. Makyung berasal dari negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, kemudian telah tersebar ke negeri-negeri Malaysia di Malaysia seperti Kedah dan Perlis namun Makyung Kedah dan Perlis telah pupus yang kini tinggal hanya Makyung Kelantan yang masih dipentaskan. Persembahan Makyung mempunyai elemen-elemen seperti lakonan, tarian, muzik, komedi dan improvisasi. Persembahan Makyung memiliki peranan yang sangat dalam konteks sosial dan budaya Melayu. Persembahan Makyung sering menyampaikan cerita-cerita moral masyarakat Melayu, menyentuh nilai-nilai murni kehidupan, dan mempromosikan keharmonian sosial masyarakat Melayu, Selain itu, persembahan Makyung juga menjadi wadah untuk mempertahankan dan memperkayakan warisan budaya Melayu. Dengan arus pemodenan zaman pada masa kini Makyung mengalami pasang surut dalam aktiviti persembahannya. Makyung juga telah hampir mengalami kepupusan atas faktor perubahan, politik, ekonomi, sosial, agama, pemodenan dan pengaruh budaya asing. Namun, keupayaan untuk memulihkan kesedaran akan pentingnya melestarikan warisan budaya telah membantu menghidupkan kembali Makyung dan mengambalikannya ke panggung seni. Menurut Ketua Pengarah Jabatan, Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), iaitu Datuk Noliza Rofli (2010), beliau menyatakan seni persembahan Makyung harus mencari perubahan dalam pelbagai aspek seperti skrip, pementasan, disiplin pemain Makyung, koreografi, teknikal, bahasa dan tempoh persembahah. Dalam Seminar Eksplorasi Makyung 2010 sebanyak sembilan resolusi untuk mengangkat nilai seni persembahan Makyung yang menjadi kayu ukur seminar tersebut. Antara resolusi yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah mempelbagaikan saluran Makyung dalam bentuk filem dan video. Filem Duan Nago Bogho 2023 telah menjadi pilihan dan batasan kajian dalam kajian ini. Filem Duan Nago Bogho 2023 ini merupakan air tangan pengarah dan pelakonnya iaitu Sabri Yunos yang menceritakan perjuangan dalam memartabatkan maruah seni persembahan Makyung. Filem ini mula ditayangkan bermula 19 Januari 2023 sehingga 20 Februari 2023 dan berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak RM1.1 Juta dengan jumlah penonton 67274 dalam masa seminggu. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan langkah-langkah dalam mengangkat Makyung menerusi filem Duan Nago Bogho 2023. Filem Duan Nago Bogho 2023 mengisahkan anak seni tradisional Makyung Kelantan iaitu Duan merupakan pemain watak Peran Makyung yang mempunyai dua personaliti iaitu mencintai seni tradisional dalam masa yang sama beliau suka bergaduh. Kisah bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Makyung yang mengganggu sewaktu beliau sedang membuat persembahan sehingga ayahnya meminta beliau untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain. Tibanya di bandar, rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu di Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah seni persembahan Makyung. Awi adalah seorang pekerja dalam bidang seni yang cuba membawa seni persembahan Makyung Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju. Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki Cina berketerunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan. 257
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 1: Poster Filem Duan Nago Bogho 2023. Sumber: Affan Rostam, 2023. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Pemilihan metodologi kajian kualitatif merangkumi temu bual bersama informan dan pemerhatian ikut serta bagi menghuraikan dapatan kajian ini. Temu bual secara spesifik dilakukan bersama En. Rosnan Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan merupakan penggiat Makyung yang aktif memartabatkan Makyung di Malaysia dan luar negara. Pemerhatian ikut serta dilaksanakan dengan menghuraikan langkah-langkah dalam mengangkat Makyung menerusi filem Duan Nago Bogho 2023. Gabungan dua kaedah ini membolehkan penyelidik mendapatkan hasil kajian secara holistik dan mendalam mengenai filem Duan Nago Bogho 2023. Oleh hal yang demikian, pemilihan metodologi kajian kualitatif ini memberikan kepelbagaian data dan pemahaman yang komprehensif terhadap isu kajian ini. 3.0 FILEM DUAN NAGO BOGHO 2023 DALAM MENGANGKAT SENI PERSEMBAHAN MAKYUNG Sabri Yunus merupakan pengarah dalam filem Duan Nago Bogho 2023, beliau bijak menyembunyikan isi yang tersurat menerusi filem tersebut. Jalan cerita yang sederhana tetapi setiap jalan ceritanya mempunyai makna yang mendalam. Menerusi filem tersebut dapat diketengahkan dua bentuk yang mengangkat seni persembahan Makyung iaitu mempertahankan maruah makyung dan harga diri dan mengangkat dunia sastera dalam persembahan Makyung. a) Mempertahankan Maruah Makyung dan Harga Diri Memertahankan maruah Makyung dan harga diri bukan sekadar bentuk perjuangan filem aksi semata-mata. Malah filem Duan Nago Bogho 2023 lebih kepada perjuangan dalam memartabatkan maruah seni Makyung kepada tiga faktor iaitu cinta pada seni budaya, pertembungan ideologi seni dan nilai setiakawan serta pembelotan. 258
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 i) Cinta pada seni budaya Cinta pada seni budaya dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 adalah ungkapan kasih sayang dan kecintaan seseorang terhadap seni tradisional Makyung di Malaysia. Makyung adalah salah satu bentuk teater tradisional dari negeri Kelantan. Seni Persembahan Makyung menggabungkan tarian, lakonan, muzik, komedi dan improvisasi. Cinta pada seni budaya dalam persembahan Makyung dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu pemeliharaan tradisi, kreativiti dan dedikasi, penghargaan terhadap sejarah identiti budaya dan peluang untuk berkolaborasi. Gambar 2: Lakonan watak Peran Tuan dan Peran Muda dalam filem Duan Nago Bogho 2023. Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Gambar 3: Watak Peran Tua menagajar Peran Muda untuk berjumpa dengan Pakyung. Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Pemeliharaan tradisi Cinta pada seni budaya Makyung dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 melibatkan kesedaran untuk melestarikan dan mempertahankan warisan budaya yang beharga. Para pelakon dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 sangat berminat untuk mempelajari, menguasai dan menyampaikan pengetahuan mereka kepada generasi muda dalam bentuk lakonan filem agar seni ini tidak ditelan kemodenan zaman. 259
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 4: Sangeeta yang beragama Hindu mempelajari dan melakonkan watak Pakyung. Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Kreativiti dan dedikasi Seni persembahan Makyung memerlukan dedikasi yang tinggi dan usaha keras untuk menguasai tari, nyanyian, lakonan, komedi dan improvisasi. Cinta kepada seni dan budaya mendorong Pelakon dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 untuk terus mengembangkan kemampuan mereka dan membentuk penampilan yang memukau dengan sentuhan kreatif. Penghargaan terhadap sejarah dan identiti budaya Seni persembahan Makyung memiliki akar sejarah yang mendalam tentang identiti budaya masyarakat di Malaysia terutama di negeri Kelantan. Cinta pada seni budaya dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 telah mencerminkan penghargaan dan rasa bangga terhadap warisan budaya yang dimiliki yang unik dan berharga. Peluang untuk berkolaborasi Makyung tidak hanya melibatkan satu individu malah melibatkan satu produksi yang terdiri dari penari, pemuzik, sutradara, pereka busana dan pereka cahaya. Cinta pada seni budaya dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 telah melibatkan ahli produksi yang ramai untuk menjayakan filem ini. Selain itu, saling bekerjasama di antara semua pihak yang terlibat sehingga terbitnya sebuah filem hasil daripada kerjasama sesebuah produksi. Cinta pada seni budaya dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 melibatkan perasaan bangga, penghargaan, kreatif, dedikasi dan pemeliharaan tradisi. Dengan usaha seperti ini dapat melestarikan seni persembahan Makyung dalam bentuk filem dan dapat mempertahankan identiti budaya yang beharga dan mewariskan kepada generasi akan datang. ii) Pertembungan ideologi seni Dalam persembahan Makyung pertembungan ideologi mungkin boleh terjadi melalui cerita atau tema yang diangkat dalam pertunjukan tersebut. Makyung merupakan seni persembahan yang berasal dari negeri Kelantan yang menggabungkan elemen-elemen lakonan, tarian, muzik, komedi dan improvisasi. Persembahan Makyung biasanya akan mengambil tema-tema masyarakat sekeliling, kekeluargaan dan cerita fantasi yang mengandungi falsafah dan nilai murni. Dalam konteks Filem Duan Nago Bogho 2023 dalam mengangkat seni persembahan Makyung mempunyai pertembungan ideologi terjadi ketika cerita diangkat yang mempunyai konflik yang bertentangan dengan ideologi-ideologi yang berbeza. Contohnya, dalam Filem Duan Nago Bogho 2023 Duan tidak bersetuju jika bangsa lain mempelajari ilmu persembahan 260
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Makyung kerana beliau beranggapan mereka akan mencuri dan merampas kesenian rakyat Kelantan manakala Awi berpandangan jika bangsa lain mempelajari Makyung mereka akan secara tidak langsung akan mempelajari budaya, seni dan dialek negeri Kelantan. Gambar 5: Duan memarahi Awi kerana menjual Makyung kepada bangsa lain Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Gambar 6: Duan beranggapan semua bangsa telah mempelajari Makyung dan orang Kelantan akan kehilangan identiti kesenian sendiri Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. 261
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 7: Duan mendapati semua orang sudah pandai bermain Makyung dan Kesenian Makyung Kelantan akan jatuh kepada orang lain Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Gambar 8: Duan beranggapan kesenian Makyung Kelantan akan hilang jika orang luar mempelajari Makyung Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Ideologi-ideologi yang terkandung dalam Duan Nago Bogho 2023 bergantung pada cerita yang dipilih iaitu mengisahkan seorang penggiat seni makyung yang terpaksa merantau ke Kuala Lumpur atas desakan ibu bapanya selepas terlibat dalam satu pergaduhan di kampung. Beliau telah bertemu dengan kawan-kawan sekampungnya dan mengambil upah dalam berbagai kerja sambilan sebagai nafkah pencarian hidup. Kehidupan baharu beliau di bandar raya Kuala Lumpur tidak menghalang beliau terus bergiat aktif dalam seni makyung yang sebati dalam jiwanya. Penggiat seni makyung ini telah bertembung dengan sekumpulan penjahat apabila beliau cuba menyelamatkan seorang gadis yang sedang membuat kajian mengenai seni makyung. Gadis berkenaan diculik atas dendam lampau yang menyebabkan adik kepada seorang ketua penjahat disabitkan hukuman gantung kerana membunuh teman lelakinya. Pertentangan ideologi baik dan kejahatan dapat menjadi pusat dalam filem tersebut. Pertentangan ideologi biasa terjadi antara tradisi. elemen moden dan agama. Suka untuk diingatkan bahawa persembahan Makyung juga merupakan sebuah seni hiburan sehingga mempunyai pertentangan ideologi yang terjadi dalam ceritanya tidak harus serius. Makyung juga mempunyai simbolik yang kuat dan cerita seringkali dipenuhi dengan aksi-aksi fantasi dan elemen mistik. Pertembungan ideologi dalam persembahan makyung dapat memberikan refleksi terhadap nilai-nilai dan konflik-konflik yang wujud dalam masyarakat, serta memberikan ruang untuk pemirsa untuk mempertimbangkan berbagai sudut pandang dan penyelesaian. b) Mengangkat dunia sastera dalam persembahan Makyung. Makyung adalah sebuah seni persembahan tradisional yang berasal dari Kelantan, Malaysia. Ia merupakan bentuk teater tradisional Melayu yang memadukan unsur-unsur teater, tarian, dan muzik. Sastera juga memainkan peranan penting dalam persembahan Makyung Kelantan. Dalam persembahan Makyung, sastera digunakan dalam bentuk dialog dan pantun yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakon. Dialog-dialog ini biasanya mempunyai nilai-nilai moral dan pesanan yang disampaikan kepada penonton. Pelakon-pelakon akan menggunakan bahasa Melayu Kelantan yang khas dalam pengucapan mereka. 262
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 9: Duan sedang membacakan skrip watak Peran dihadapan Sangeeta Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. Selain itu, Makyung juga mengandungi unsur-unsur epik dan mitologi dalam pementasannya. Cerita-cerita yang diangkat dalam persembahan Makyung sering kali berasal dari cerita-cerita tradisional Melayu seperti cerita Ramayana dan cerita Hikayat Seri Rama. Unsur-unsur sastera seperti watak-watak epik, konflik, dan tema-tema kehidupan juga terdapat dalam persembahan Makyung. Makyung Kelantan adalah satu seni persembahan yang kompleks dan memerlukan kecekapan dalam seni persembahan, tarian, muzik, dan sastera. Merupakan warisan budaya yang penting bagi masyarakat Kelantan dan terus dijaga dan dipelihara agar dapat terus dipersembahkan kepada generasi masa depan. Gambar 10: Sangeeta sendang mempelajari watak Pakyung bersama Kak Mah Sumber: Duan Nago Bogho, 2023. 263
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, Filem Duan Nago Bogho 2023 jelas memperlihatkan mengangkat seni persembahan Makyung di Malaysia dalam meneruskan kelangsungan seni persembahan Makyung. Filem ini memberikan impak yang positif kepada negara kerana Makyung merupakan seni pertunjukan tradisional Indonesia yang memiliki nilai budaya dan sejarah yang kaya. Mengangkat seni makyung adalah cara untuk melestarikan warisan budaya kita dan mencegah kepunahan seni tradisional ini. Dengan mengangkat seni makyung, kita dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan keberadaan dan pentingnya seni tradisional. Hal ini juga dapat memperkaya apresiasi masyarakat terhadap seni dan budaya lokal.Mengangkat seni makyung dapat memberikan kesan positif terhadap ekonomi lokal. Dengan mempromosikan filem seni makyung secara tidak langsung permintaan terhadap produk- produk seni terkait, seperti kostum dan aksesori, yang dapat memberikan manfaat ekonomi bagi masyarakat setempat. Kajian ini perlu diperluaskan kepada pengkaji pada masa akan datang bagi memastikan seni persembahan Makyung terus dipelihara oleh generasi akan datang. 264
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Affan Rostam. 2023. Duan Nago Bogho kutip RM1 juta seminggu. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/01/1056381/duan-nago-bogho-kutip- rm1-juta-seminggu. Hatta Azad Khan. 2013. Teater, Filem dan Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazlina Pati Khan, Andika Abdul Aziz & Khairul Azhar Mat Daud. 2018. Documentation of Intangible Cultural Heritage (ICH): Mak Yong Performing Art Collection. International Journal of Information and Knowledge Management.9(1). 85-102. Mohd Effendi Samsuddin. 2011. Teater Melayu Mak Yong: Kajian Kreativiti Koreografi. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rahimidin Zahari. 2011. Makyung: Warisan Mistik Malaysia. Wangsa Maju: Institut Terjemahan. Rahmah Bujang. 2005. Makyung Perspectives on Malaysia’s Traditional Theatre. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sabari Yunus. 2023. Duan Nago Bogho. Filem aksi. Kalamarif Holdings Sdn Bhd. Zulkifli. 2010. Eksplorasi Kostum Watak Pak Yong Muda. Kertas Kerja Seminar Eksplorasi Mak Yong. Kuala Lumpur: Prosiding Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. 265
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 COMPARISON OF UZBEKISTAN LANGUAGE AND KELANTANESE DIALECT Dr. Azim Yuldashev Language skills are important for every individual. Individuals with high language skills will benefit especially when they need to communicate with people from various races and countries. Kamus Dewan defines language as a communication tool used in human groups. Language is the official and main medium for conveying something while dialect is a form of language used in a region or by a social class that is different from the standard language, accent or regional dialect. Language is a formal communication medium used by every human being to interact. The language used can help people express their feelings and the meaning they want to convey. In contrast to the use of dialects where dialects are only concentrated in some places and regions. Dialect is more focused on carrying the identity of a specific place and gives a sign of identification and leads the speaker to a friendlier direction in a conversation. THE USE OF DIALECTS The Kelantan state dialect is one of the variations of the Malay language used as a medium of communication for the residents of the state of Kelantan. This dialect is stated as a key element in the process of building a sense of nationalism and further maintaining an identity as a Kelantan. The use of this dialect is more focused in an informal context since it is considered a subset of Bahasa Melayu. The use of this dialect is also only found in the state of Kelantan, part of Terengganu and also Pattani, Thailand. The language and pronunciation are also slightly different depending on the areas where it is spoken. Many studies focus on the uniqueness of this dialect in the aspect of the phonological system, syntax, semantics and so on. As it is a dialect that is quite different and unique from the standard language, many things can be studied by researchers who are interested in the Kelantenese dialect. This dialect became more widespread when there is a migration by the Kelantanese people to other areas and the uniqueness of the dialect was well-received by the outside community. It can also be concluded that the Kelantanese dialect is a non-standard variation, not suitable to be used in a formal context. It is a type of language used in conversation in a region that has a special pronunciation plate, which is different from the general pronunciation or standard language used in this country and can only be understood by the community or area that practices it. In addition, the Kelantanese dialect also has a variety of languages that are different from the standard Malay language. Za'ba (1951) defines a variety of language as language that is not of the type of proverbs and figurative language, which is used in essays or conversations to strengthen arguments and eloquence. It is a type of language style that is expressed with its characteristics to reinforce the meaning that the speaker wants to convey. Among the various aspects of the language that we can see in the use of the Kelantanese dialect are sentence structure and affixes, aspects of pronunciation and intonation as well as the choice of vocabulary. First, the Kelantanese dialect uses sentence structures and affixes that are different from the standard language. This is because the use of this dialect depends on social and geographical factors. The Kelantanese dialect used by speakers will have different words in terms of sentence structure that are changed to be shorter or longer depending on the conversation context when the dialect is used. The adverbs used are also different in terms of 266
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 oral and written. There are words used that are not found in the standard language. Next, some words consist of one syllable that carries the same meaning or sentence structure that is different from the standard language. Furthermore, there are also words from the Kelantanese dialect that sound the same as the standard language but have different meanings. Second, the Kelantanese dialect also has different pronunciations and intonation from the standard language. Almost every pronunciation is different and most of the pronunciations will be changed in terms of spelling which may lead to the same or different meaning from the standard language. For example, the word 'ikan' in the standard language will be pronounced as 'ike' in the Kelantanese dialect. Among other examples is the word 'kenapa' pronounced as 'bakpo'. The intonation used when the speaker uses the Kelantan state dialect is also different. Each word has its unique intonation and pronunciation which also leads to different meanings. For example, the word 'tokser' which means 'not wanting' needs to be pronounced in a different tone. Each tone difference can mean 'not wanting' firmly or 'not wanting' in a spoiled way. This is what makes the dialect a unique style of language. Every phonology used will help the speaker to chat more easily to be understood by the community itself. However, since this dialect is unique and quite different from the standard language, it will cause some difficulties for people outside the state of Kelantan to understand the content of the conversation. Third, the choice of vocabulary is not accurate. The Kelantanese dialect uses a unique style of language as described above, different in terms of pronunciation and intonation causing it not to be used in an official context. Due to the difference in the variety of the language, the speakers of this Kelantanese dialect often use inaccurate vocabulary. This is because some words from the dialect of the state of Kelantan may have the same pronunciation as the standard language but have different meanings. For example, 'pauh' in the Kelantanese dialect means 'mango', not 'whale'. The intonation and pronunciation style is also different when the word is spoken. This is important to emphasize the meaning that the speaker wants to convey. Furthermore, the Kelantanese dialect does not have social restrictions in the context of its use. This is because the words used do not have complete titles, many of the words use abbreviations and have additional particles and different spellings. Social barriers in terms of language mean where there is a gap or boundary line between speakers during a conversation. The use of standard language will place a social line where the speaker can place a gap of intimacy or age in terms of conversation. However, the use of the Kelantanese dialect is more friendly and does not cause the speaker to feel uncomfortable or awkward when speaking. Most of the residents of the state of Kelantan will feel more familiar when they speak using the thick state dialect and very much welcome the outside community to use this dialect as well to show their warmth and seriousness to mix and socialize with the people of the state of Kelantan. This is because the people of Kelantan are very proud of the dialect identity that they bring to the outside world. KELANTANESE DIALECT MALAY ENGLISH NO. KELANTANESE WORD Makan Eat 1. Make Kenapa Why Bising Noisy 2. Bakpo Mangga Mango 3. Gege Basikal Bicycle 4. Pauh Bantal Pillow 5. Ssikal Beritahu Tell 6. Bata Cakap Speak 7. Oyak 8. Kecek 267
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 9. Nero Tertidur Fall asleep 10. Maroh Marah Angry Penat Tired 11.Tok cekak Sentuh Touch 12.Setuh Pegang Hold 13.Pege Manggis Mangosteen 14.Ssetto Ikan Fish 15.Ike Kejar Chase 16.Ambak Lampu Lights 17.Lapu Kekasih Lover 18.Gewe Selipar Slipper 19.Lippa Keropok Chips 20.Kepok Nasi Rice 21.Nasik Ayam Chicken 22.Aye udang Prawn 23.Ude Kotak Box 24.Kotok Kerusi Chair 25.Kussi Tilam Mattress 26.Lembek Lipstik Lipstick 27.Lecu Almari Cupboard 28.Mmari Mesin Machine 29.Meseng Pensel Pencil 30.Kale Pemadam Eraser 31.Roba Pengasah pensel Sharpener 32.Ggorek Pensel Pewarna Colour Pencil 33.Ngalla Tingkap Windows 34.Nello Lelaki Male 35.Jate Perempuan Female 36.Tino Telefon Telephone 37.Tepom Langsir Curtain 38.Lasir Kunci Key 39.Koci Pintu Door 40.Pitu Kereta Car 41.Keto Motor Bike 42.Muto Kipas Fan 43.Kipah Elok Properly/appropriately 44.Molek Cantik/Comel Cute/Pretty 45.Comey Tampan Handsome 46.Semak Mereka They 47.Sek dio Hujan Rain 48.Uje Jambatan Bridge 49.Ghetok Jalan Road 50.Jale 268
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 STRATEGI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL Nor Asiah Ismail, Ph.D [email protected] IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Mohd Asri Abdul Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Dzulkarnain Mat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Simah Mamat, Ph.D Universiti Malaya Jaimah Abdul Manaf IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Izwanum Abdul Wahid IPG Kampus Tuanku Bainun ABSTRAK Penggunaan bahasa yang tidak santun pasti memberikan impak negatif terhadap nilai-nilai kesantunan kepada generasi muda. Untuk memperkasakan keharmonian dan perpaduan pelbagai lapisan masyarakat, maka kesantunan berbahasa perlu ditingkatkan di media sosial. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan pempengaruh laman sosial. Strategi Brown dan Levinson digunakan untuk menganalisis kesantunan berbahasa empat orang pempengaruh popular Tik Tok dan Instagram dari Kelantan dan Selatan Thailand. Data kesantunan bahasa pempengaruh dianalisis bermula dengan penyediaan atau penyaringan, pengolahan dan identifikasi, analisis dan membuat kesimpulan. Borang senarai semak strategi kesantunan berbahasa digunakan sebagai instrumen kajian. Dalam strategi langsung, aspek yang diperhatikan adalah terus terang, memerintah dan menasihat. Bagi strategi tidak langsung pula ialah aspek kiasan, metafora, dan perumpamaan. Dalam strategi kesantunan positif diperhatikan aspek penghagaan, optimis, dan persetujuan. Strategi kesantunan negatif pula ialah aspek menghormati, pesimis, dan mohon maaf. Hasil kajian didapati bahawa Tik tok dan Instagram menduduki carta pengguna tertinggi dalam kalangan generasi muda, maka kajian ini cuba mengetengahkan kesantunan bahasa yang digunakan oleh pempengaruh (Influencer) media sosial ini. Hasil kajian ini memberi impak yang berguna kepada semua pengguna media sosial agar dapat digunakan secara secara berfikrah dan terancang. Kata kunci: kesantunan berbahasa; media sosial; strategi 269
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGENALAN Pada zaman era digital berteraskan media sosial sebagai penghubung utama komunikasi antara manusia, maka tutur kata yang digunakan oleh pempengaruh atau infulencer memberi kesan yang mendalam terhadap adab kesopanan manusia sejagat. Dalam hal ini, pempengaruh merupakan invdividu yang boleh meyakinkan orang ramai melalui bahasa yang diluahkan. Bahasa ini boleh menjadi bahasa pujukan, sindiran, ajakan dan gesaan yang kerap digunakan masyarakat yang bertindak sebagai pengikutnya. Menurut Gebi Dewi Syafitri & Ermawati Arief (2023), seorang penutur bahasa perlu menggunakan bahasa dengan tepat supaya dapat menjalin keharmonian dalam masyarakat. Oleh itu, bahasa yang santun memberikan kesan yang positif apabila seseorang pempengaruh mengamalkan nilai kesantunan semasa berkomunikasi di media sosial. Kesantunan berbahasa ialah etika dalam kalangan masyarakat bergantung pada situasi, kondisi dan pendengar (Anggraini, Rahayu & Djunaidi, 2019). Oleh itu, semasa kita bertutur tentang sesuatu hal, maka komunikasi berlaku antara dua pihak menggunakan bahasa sama ada bersopan atau kurang sopan. Alawiyah, Sumarno & Ningsih (2022) berpendapat bahawa penggunaan bahasa yang santun menjadikan individu mampu mengamalkan kehidupan yang harmonis, mengelakkan konflik dua jiwa dan memberikan kefahaman yang tepat tanpa isu sensitif. Jadi, kebiasaan bahasa yang santun memberikan pengaruh positif terhadap kematangan emosi seseorang. Untuk itu, berbahasa yang santun patut menjadibudaya yang dimiliki oleh setiap masyarakat Malaysia agar etika dalam hubungan komunikasi berjalan seiiring dengan tamadun manusia. Komunikasi yang mementingkan kesantunan akan mempermudah urusan yang dilakukan antara dua pihak. Hal ini amat dititikberatkan dalam semua budaya masyarakat penutur bahasa. LATAR BELAKANG Pempengaruh atau influencer merupakan pengantara media sosial yang semakin hari tumbuh bak cendawan lepas hujan kerana wahana digital menjadi budaya komunikasi pilihan utama masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu, bahasa yang digunakan oleh pempengaruh ini memberi kesan yang mendalam dalam sanubari serta akar pemikiran generasi zaman kini. Antara nama popular yang meniti di bibir pengguna media sosial ialah Khairul Aming yang popular dengan identiti “Hai wassap guy” sebelum beliau mengajar memasak di laman sosial. Hal ini jelas membuktikan kata-kata Inamilchatul Fauziah, Tri Indrayanti dan Agung Pramujiono (2023), iaitu manusia tidak akan dapat hidup sendiri tanpa berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan pesanan, ilmu pengetahuan dan memaklumkan sesuatu perkara. Dalam perlakuan komunikasi, tutur kata berbahasa menjadi ikutan kepada penggunan media sosial itu sendiri. Oleh hal yang demikian bahasa yang digunakan oleh pempengaruh media sosial perlu diberi perhatian oleh masyarakat agar pengikut mereka kekal mengamalkan bahasa yang santun semasa berkomunikasi. Dalam penelitian ini, bahasa pempengaruh yang dipilih merupakan pengamal media yang popular di negeri Kelantan dan Selatan Thailand. Teori kesantunan berbahasa Brown dan Levinson (1987) dijadikan teras bandingan bahasa yang digunakan oleh pempengaruh media sosial ini. Brown dan Levinson memperkenalkan air muka sama ada positif atau negatif yang perlu dijaga ketika kita mengungkapkan bahasa bagi mengelakkan konflik sosial. Muka negatif ialah citra diri dari setiap orang yang rasional dan memliki keinginan agar dirinya dihargai dengan cara membebaskan dirinya daripada melakukan tindakan luar jangka. Muka positif pula merujuk citra diri setiap orang yang rasional yang memiliki keinginan agar segala yang dilakukan dapat diakui sebagai sesuatu yang baik dan menyenangkan orang lain. Oleh itu, komunikasi melalui media sosial perlu menerapkan nilai kesantunan berbahasa. Media sosial merupakan wahana dalam jaringan bermanfaat secara maya seperti Facebook, Youtube, Tik- tok, Wassap, Twitter dan Istagram. 270
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Strategi kesantunan Brown dan Levinson (1987) merangkum empat jenis, iaitu; (i) Bald On-Record (Strategi Langsung): Strategi yang tidak mencuba untuk meminimumkan ancaman atas muka pendengar. Elemen dalam strategi ini antaranya ialah terus terang, memerintah dan menasihat. (ii) Negative Politeness: Strategi penutur yang bertujuan menunjukkan adanya jarak sosial antara penutur dengan pendengar. Elemen dalam stategi ini ialah menghormati, pesimis dan mohon maaf. (iii) Positive Politeness: Strategi untuk mengurangkan ancaman terhadap muka postitif pendengar. Elemen dalam strategi ini ialah penghargaan, optimis dan persetujuan. (iv) Off-Record (Strategi Tidak Langsung): Strategi secara tidak langsung dan mempunyai maksud yang tersirat. Elemen dalam strategi ini ialah kiasan, metafora dan perumpamaan. Dalam strategi Bald On-Record atau strategi langsung, penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka untuk menyatakan sesuatu dengan jelas seperti bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenali serta rapat, contohnya teman rapat atau ahli keluarga. Contoh ayat, “Ambilkan benda itu.” atau “Berikan satu pada saya”. Yat-ayat ini menjelaskan baahwa penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif. Perbualan ini biasanya berlaku antara teman rapat atau anggota keluarga kita sendiri. Bagi Strategi Off-Record atau Strategi Tidak Langsung pula, penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka secara tidak langsung dengan membiarkan rakan pendengar atau lawan cakap atau lawan tuturnya mentafsir tuturannya. Strategi ini digunakan apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur. Contohnya, “Saya tidak suka sangat bercakap dengan kamu.” Pertuturan ini berlaku secara terus terang untuk menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar. Strategi kesantunan positif pula dilakukan dengan cara menjaga air muka pendengar. Strategi ini biasanya digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak yang berhubungan akrab. Contoh ayat, “ Buka pintu ya.” Ayat ini memaklumkan bahawa penutur seolah-olah mengambil bahagian dalam melakukan sesuatu tindakan, iaitu ‘membuka pintu’. Strategi kesantunan negatif pula berlaku apabila penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. Strategi ini berlaku dalam kalangan orang yang belum kita kenali atau antara golongan berpangkat dengan pekerja bawahan atau antara orang muda dengan orang yang lebih berumur. Contohnya, “Bolehkah kamu bukakan pintu itu?”. Penutur dalam ayat ini menyatakan permintaan dengan orang yang tidak begitu rapat. PERNYATAAN MASALAH Masalah kesantunan berbahasa berhubungan dengan konsep menjaga air muka atau harga diri individu. Ketidaksantunan berbahasa berlaku akibat beberapa faktor seperti mengkritik menggunakan bahasa kesat, berhujah menggunakan emosi, menegakkan benang basah terhadap pendirian sendiri yang jelas menyalahi fakta dan menjadi batu api bagi menimbulkan suasana tegang (Indirawati Zahid, 2020). Pendapat ini ditambah oleh Muji (2019) yang menjelaskan bahasa terjadinya komunikasi yang kurang santu disebabkan penutur atau pendengar berasa mereka lebih hebat daripada orang lain. Jadi, semasa kita berkomunikasi kita perlu menghindari ketersinggungan dan kesalahfahaman untuk mengelakkan keterancaman air muka atau harga diri antara penutur dengan pendengar. Kajian yang dilaksanakan oleh Halawa dan Syahrul (2019) mendapati kesantunan berbahasa dalam kalangan murid sekolah dan mahasiswa berada pada taraf rendah. Hal ini berlaku disebabkan kebiasaan bahasa yang dituturkan oleh mereka semasa berkomunikasi sesama sendiri menggunakan bahasa yang kesat kerana hubungan sebagai rakan sebaya. Selain itu, 271
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Linggar (2020) merumuskan bahawa golongan muda lebih gemar menggunakan bahasa membentak, mengejak dan kasar kerana pengaruh keluarga, masyarakat, rakan sebaya, emosi dan tidak menghormati orang lain. Selanjutnya, kajian Permadani (2015) menyatakan bahawa golongan remaja yang berada di bangku sekolah kurang memiliki kesantunan berbahasa terhadap guru. Mereka kerap menggunakan bahasa kurang santun antara satu sama lain seperti tidak memandang lawan bicara, menggunakan bahasa yang kasar dan berbicara menggunakan nada suara yang tidak jelas. TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis penggunaan kesantunan bahasa dalam kalangan pempengaruh negeri Kelantan dan Selatan Thailand berdasarkan elemen dalam Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Objektif Kajian ialah: i. Mendeskripsikan elemen kesantunan berbahasa yang digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur. ii. Menjelaskan jenis strategi kesantunan yang paling kerap digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur. iii. Memperincikan peranan pempengaruh Wilayah Timur dalam membentuk kesantunan bahasa pengikut media sosial. Soalan Kajian pula adalah seperti berikut: i. Bagaimanakah elemen kesantunan berbahasa yang digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur? ii. Bagaimanakah jenis strategi kesantunan yang paling kerap digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur? iii. Sejauh manakah peranan pempengaruh Wilayah Timur dalam membentuk kesantunan pengikut media sosial? TINJAUAN LITERATUR Menurut Indirawati Zahid (2020) kajian kesantunan dengan menggunakan Teori Brown dan Levinson 1987, banyak diketengahkan ddalam pelbagai korpus oleh pengakaji tempatan dan laur negara. Teori ini kerap digunakan kerana model kesantunan yang diusul membincangkan strategi dan rincian elemen kesantunan yang daapt diserasikan dalam pelabgai korpus. Kajian yang dilaksanakan oleh Indirawati Zahid (2020) yang bertajuk “Kesantunan positif Facebook Public Health Malaysia dalam memerangi Covid-19” menggunakan Teori Brown dan Levinson (1987) yang mendapati tujuh substrategi kesantunan positif seperti kepedulian, memberi perhatian dan mencari persetujuan. Situasi ini menggambarkan kebertanggungjawaban penggunan media sosial masih menebal dan saling menghormati antara satu sama lain. Seterusnya, kajian Zhafirah Amalisavanti dan Badriyah Wulandra (2023), yang bertajuk “Strategi kesantunan berbahasa dalam film Gara-gara Warisan”, juga menggunakan Teori Brown dan Levinson 1987 dengan empat strategi utama. Berdasarkan hasil dan pembahasan data didapati bahawa tuturan tokoh dalam filem ini menonjolkan strategi kesantunan positif yang terbukti daripada lapan temuan. Strategi yang dipakii ini memberikan perhatian kepada penggunaan penanda identiti kelompok, membuat janji, optimis, humur dan mengajukan pertanyaan. Strategi yang paling kurang diguna pakai ialah strategi kesantunan off-record. Kajian yang dijalankan oleh Novira Amir dan Tressyalina (2023) yang berjudul “Prinsip kesantunan berbahasa dalam kolom komentar kanal Youtube METROTVNEWS dan 272
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 impilaksinya terhadap pembelajaran teks persuasi” mendapati bahawa maksim kearifan, kedermawanan, pujian, kesepakatan dan simpati paling menonjol. Pematuhan ini menggambarkan bahasa para siswa daapt mengenal pasti tuturan yang bersopan dalam komunikasi khalayak. Pengaruh media sosial ini memberi impak yang besar kepada pengikut apabila mereka menggunakan bahasa yang santun untuk dijadikakan contoh atau ikutan penggemar media sosial. MOTODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif dengan menganalisis kata bual pempengaruh dalam tiga buah video. Elemen kesantunan dalam kalalang pempengaruh bagi negeri Kelantan dan negara Thailand dianalisis menggunakan Teori Brown dan Levinson 1987. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan instrumen senari semak elemen kesantunan dalam tuturan tiga orang pempengaruh melalui video yang diperoleh di Facebook dan Youtube. Borang senarai semak digunakan bagi menganalisis strategi kesantunan langsung (on-bald) bagi elemen terus terang, memerintah dan menasihat, strategi tidak langsung (off-record) bagi elemen kiasan, metafora dan perumpamaan, strategi kesantunan positif bagi elemen penghargaan, optimis dan persetujuan, serta strategi kesantunan negatif bagi elemen menghormati, pesimis dan mohon maaf. Populasi dan Sampel Sebanyak dua buah video Facebook dan sebuah video Tiktok daripada tiga pempengaruh Wilayah Timur dipilih sebagai sampel kajian ini. Pempengaruh ini merupapaka individu yang mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, iaitu Kaki Jalae, Senok Perut dan Family Jiragat. Mereka merupakan pempengaruh yang sangat aktif di media sosial dan sering memaparkan tempat-tempat makan dan jenis makanan di Wilayah Timur. Pengumpulan dan Analisis Data Data kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan data video Facebook dan TikTok oleh pempengaruh asal dari Wilayah Timur, Kelantan dan Selatan Thailand. Fokus kandungan mereka adalah berkisarkan tempat makanan menarik serta jenis makanan untuk diberitahu kepada pengguna media sosial yang bertindak sebagai pengikut mereka. Setiap kali pempengaruh ini bersiaran, pasti tanda suka (Like) mencecah ribuan. Faktor ini juga menyebabkan video pempengaruh ini dipilih sebagai data kajian ini. Cara menganlisis data adalah menggunaakn langkah SBLT (Semak, Bebas, Libat, Cakap dan Transkrip) yang diperkenalkan oleh (Zaim, 2014). Data video ditandakan dengan kod V1, V2 dan V3 bagi memudahkan proses pengekodan dan penulisan data. Video yang digunakan sebagai data kajian ini juga mengambil kira tempoh dari tahun 2021 hingga 2023 dan durasi purata adalah selama 5 minit. Bagi mendapatkan data yang tepat, salinan dialog dilakukan daripada Video kepada bentuk tulisan, melalui proses Semak (S), Semak Bebas (B), Libat (L) dan Cakap (C). Semua langkah ini dilaksanakan melalui tontonan dan salinan dialog yang didengari. Selanjutnya, setiap dialog ditranskripsikan (T), atau terjemahkan menggunakan borang semakan strategi kesantunan. Kemudian, contoh ayat, frasa atau perkataan yang mempunyai kaitan dengan elemen kesantunan bahasa dikelaskan mengikut kumpulan berdasarakan orang semakan. Akhirnya, rumusan dijalankan bagi menjawab soalan kajian. Analisis Kajian Penelitian data kajian dalam bentuk kata bual yang dilontarkan oleh pempengaruh dalam tiga buah video yang bertajuk “ Suasana pasar pagi di Sungai Golok” (2.8K), “ Suasana Kelate: 273
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Nasi kerabu kontena Pasir Putih” (9.1K) dan “Pernah makan tak kuih beko” (65.0K). Video ini dkodkan sebagai V1 (Suasana Kelate: Nasi Kerabu Kontena Pasir Putih, bertarikh 9 November 2022, Video 2 (Suasana Pasar Pagi di Sungai Golok, bertarikh 21 Jun 2023) dan Video 3 (Pernah Makan Tak Kuih Beko, bertarikh 19 Ogos 2021. Unggahan video ini ditonton dan disalin semula (transkripsi) untuk dianalsis ke dalam borang senari semak kesantunan berbahasa. Kaedah analisis data ini menggunakan proses dalam langkah SBLT yang diperkenalkan oleh Zaim (2014). Selepas semua data kata bual dimasukkan ke dalam borang senarai semak, maka penganalisisan elemen dibuat bagi meneliti soalan kajian tentang strategi kesantunan dalam kalangan pempengaruh terhadap pengikut mereka di media sosial. HASIL DAN PERBINCANGAN Soalan Kajian 1: Bagaimanakah elemen kesantunan berbahasa yang digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur? Tajuk V1: Suasana Kelate: Nasi Kerabu Kontena Pasir Putih Pempengaruh: Senok Perot Medium: Facebook Durasi: 1 minit 22 saat Tarikh: 9 November 2022 Jadual 1 Suasana Kelate: Nasi kerabu kontena Pasir Putih Strategi Elemen Ayat/Frasa/Perkataan Kesantunan Kesantunan Strategi Terus terang A1:Tok soh kecek banyoklah, tok try tok tahu staro langsung mano. A2: Arini Abe La sampai ke Pasir Puteh. A3: Nok makey nasi kabu kontena double AA station. A4: yo nasi kabu ala Thai. A5: Tak dok tumih key ado budu dengan sis yo sahajo. A5: Yo letok ikan bilih goreng. A6: Ayam warna merah ni diperap dengan sos labu pastu letok jugok daging bakar ghaso macam sate. A7: Memey sedak la ghaso bawe putih ghaso ike. A8: lah kali telo masih cotek atah nasi. A9: Nasi kabu ala Thai dio tak dok tumih dio ada macey budu dio ghaso manih manih masih gituh ja. A10: Memeh sedak A11: Kalu amik semo lauk macam kito harga dio 12 ringgi sahajo. A12: Muroh jugoklah bulih kato. A13: Kedai dio konsep kontena duo tingkat. A15: Bihun pink bukey warno jah ado raso jugok. A17: Aye meroh yo tok pedah. A18: Yo ghaso manis manis masin. A19: Sedak gitu macey sos labu. A21: Bukok setiap hari pukul 12 tengah hari. Memerintah A14: Buleh amik nasi makey kat atah pulok tuh sedak molek. A22: Jom pakat gi Menasihat A16: Patut nasi kabu ni makey gaul gaul tapi tak po 274
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Strategi Kiasan kito nok try satu satu komponen dio. Tidak Metafora A20: Nok makeu bulih pergi ke double AA station di Langsung Perumpamaan Pasir Putih. Penghargaan - Strategi Optimis - Kesantunan Persetujuan - Positif Menghormati - Pesimis - Strategi - Kesantunan Mohon maaf - Negatif - - Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa strategi yang jelas ketara penggunaannya ialah strategi langsung atau bald on-record. Elemen yang paling banyak digunakan oleh pempengaruh dalam V1 ialah terus terang, iaitu sebanyak 18 ayat, diikuti oleh memerintah dan menasihat, sebanyak dua ayat. Manakala strategi tidak langsung, strategi kesantunan positif dan strategi kesantunan negatif tidak langsung digunakan dalam tuturan V1. Soalan Kajian 2: Bagaimanakah jenis strategi kesantunan yang paling kerap digunakan dalam kalangan pempengaruh Wilayah Timur? Tajuk V2: Suasana Pasar Pagi di Sungai Golok Pempengaruh: Family Jirayat Medium: Facebook Durasi: 11 minit 47 saat Tarikh: 21 Jun 2023 Dapatan Kajian seperti Jadual 1 berikut: Jadual 2 Suasana pasar pagi di Sungai Golok Strategi Elemen Ayat/Frasa/Perkataan Kesantunan Kesantunan A2: Lepas tu kalau nak makan colek, pelbagai jenis colek ada colek buah, colek goreng, colek ramadan Strategi Terus terang dan ada belaks sini. A3: Somtam pun sedak dekat sini. langsung A4: Tengok, lamb grill dia besar, boleh makan dua atau tiga orang atas seketul tu. A5: Dua jenis kepedasan sos, ikan dan sotong celup tepung pun ada dan boleh makan dengan sos penyet. A6: Char Kuew gotong gergasi dan juga pelbagai jenis menu mi udang galaha da sini. A7: Makan nasi ada sup urat keting, perut bulat bakar dan pelbagai jenis menu-menu Thai ada juga kedai ini. A8: Di Jeli, menu kedai nombor satu di Jeli sekarang, sohor dengan mi penuh, laksa penang udang galah besar, mi kari dan juga pelbagai menu Thai ada di kedai ini. A9: Sup gearbox pun ada di Papa Mamam Store da buka setiap ahri kecuali hari Isnin. A10. Balik Kelantan ni, pakat pergi jalan-jalan cari 275
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 makanan sedap-sedap. Memerintah A1: Cubalah nasi penyet kayangan dia ada semua jenis lauk dan juga talam Patthai, ayam Korean an Strategi Menasihat ayam Thai. Tidak A11: Semua 13 kedai ni wajib cari di seluruh Kelantan, Langsung Kiasan kedai lain tak tahulah. Metafora A5: Paling sarankan, nurger ayam blackpaper, dia Strategi Perumpamaan celup dalam sos blackpaper masa masih lagi garing. Kesantunan Penghargaan A12: Kedai ni semua memang kita sarankan. Positif Optimis - Persetujuan - Strategi Menghormati - Kesantunan Pesimis - Negatif Mohon maaf - - - - - Berdasarkan analisis pempengaruh dalam V2, didapati bahawa strategi kesantunan langsung atau bald on-record juga kerap digunakan, iaitu sebanyak sembilan ayat bagi elemen terus terang, dua ayat dalam elemen memerintah dan dua aayt dalam elemen menasihat. Manakala pempengaruh V2 tidak menggunakan strategi tidak langsung, kesantunan positif dan kesantunan negatif. Soalan Kajian 3: Memperincikan peranan pempengaruh Wilayah Timur dalam membentuk kesantunan bahasa pengikut media sosial? Tajuk V3: Pernah Makan Tak Kuih Beko? Pempengaruh: Kaki Jalae Medium: TikTok Durasi: 4 minit 15 saat Tarikh: 19 Ogos 2021 Jadual 3 Pernah Makan tak kuih beko? Strategi Elemen Ayat/Frasa/Perkataan Kesantunan Kesantunan A1: Oooo sedak napok wooo, tepung gapo namo? A2: Tepung bekooooo... Ooo comey mok arini eeeeh Strategi Terus terang A3: Eeehh heyy, ye kato comey sokmo bukan harini jah, ehhehehehehe, berapo tahun doh duk jual ni. langsung A4: Lorni kito duk kat saipuri wan sukri. kalu piyo duk saipuri kenal lah mok. A5: Jual sini lamo doh tiga puluh tahung. A6: Daun gapo ni mok? A7: Daun nipohhhh!!! hor ye buat dengan daun nipoh ni bey. A8: Kito tengok mok bungkuh. A9: Mok amik daung so, bubuh isi pahtu kapit. A10: Haaa, pahtu cucuk dengan lidi. A11: Pastu sudoh jadi gini. 276
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Strategi Memerintah A12: Oh kalau piyo mari saipuri bulih la mari uknon Tidak mok eh. Langsung Menasihat A13: Haaa nok masok, bulih nok try doh kali ni. A14: Panah panah tu baru naik atas dapo. Strategi Kiasan A15: Ohh berasapppp panah. Kesantunan Metafora A16: ok manih sangat, bo bo molek. Positif Perumpamaan A17: Satu duo tigo sedak bey. Penghargaan A20: Kalu duit maley gak dale tigo puloh sen. Strategi Optimis A21: Okey gi doh babai. Kesantunan Persetujuan A13: Pakat mari beli dekat mok deh. Negatif Menghormati A19: Pio nok mari bulih. Pesimis A18: Pio nok make tepung beko, bulih mari sini deh di Mohon maaf hakwa shukri bey. - - - - - - - - - Berdasarkan Jadual 3 pula, didapati pempengaruh V3 menggunakan kesantuan bahasa secara langsung dalam elemen terus terang sebanyak 19 ayat, manakala elemen memerintah sebanyak dua ayat dan elemen menasihat sebanyak satu ayat. Seterusnya, pempengaruh V3 tidak menggunakan strategi tidak langsung, kesantunan positif dan kesantunan negatif dalam perbualan yang didengari ini. Oleh itu, jelas bahawa kesantunan berbahasa masih diutamakan dalam kalangan pempengaruh media sosial di Wilayah Timur kerana mereka perlu disukai oleh pengikut dalam meraih populariti serta persaingan antara satu sama lain. Jika dilihat daripada definisi strategi kesantunan langsung atau bald on-record, menunjukkan bahawa pempengaruh menyatakan sesuatu dengan jelas atau terang-terangan, contohnya dalam V3, “A17: Satu duo tigo sedak bey”. Aayt ini diungkapkan oleh pempengaruh seolah-olah sudah saling mengenali dan rapat dengan penjual yang dikunjungi. Oleh itu, tindakan ancaman muka atau air muka kurang dipentingkan berdasarkan perhubungan yang lebih erat dan mesra yang dibina. Hal ini juga menjelaskan bahawa pempengaruh perlu menjaga hubungan baik dengan tempat-tempat yang dipromosikan oleh mereka pada jangka masa panjang untuk menyenangkan semua pihak di media sosial. RUMUSAN Berdasarkan hasil dapatan dan perbincangan dalam kajian ini, didapati tuturan pempengaruh di Wilayah Timur secara umumnya menonjolkan kesantunan secara langsung atau bald on- record. Hal ini menjelaskan lagi bahwa pempengaruh dalam strategi secara langsung ini memiliki keinginan untuk melakukan tindakan mengancam muka tanpa mempertimbangkan lawan tutur kerana hubungan yang akrab. Pempengaruh media sosial perlu menampilkan kandungan yang baik-baik dengan tutur kata yang bersopan tanpa merosakkan hubungan antara kedua pihak semasa berbual untuk menjelaskan sesuatu perkara, memberi nasihat serta memerintah. Menurut Gebi Dwi Syafitri dan Ermawati Arief (2023), pertimbangan yang dijadikan dasar pemilihan strategi bertutur berpandukan jarak sosial antara penutur dengan lwan tutur, perbezaan kekuasaan antara penutur dengan lawan tutur dan ancaman suatu tindak tutur berdasarkan pandangan budaya tertentu. Oleh itu, perkara ini memberi maklumat 277
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kepada kita bahawa pempengaruh media sosial berfungsi mempengaruhi pengikut mengikut acuan persembahan mereka dalam bentuk tutur kata. Perkataan dan bahasa yang baik-baik yang digunakan menambah nilai baik sehingga menjadi penarik pengikut menyukai kandungan yang diperkatakan olehnya. Dengan itu, sebagai pempengaruh media sosial, mereka menyedari bahawa kesantunan bahasa yang baik menjadikannya video mereka digemari atau dibenci oleh pengikut. 278
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Agus Setyonegoro, Akhyaruddin Akhyaruddin & Hilman Yusra. (2021). Analisis teori-teori kesantunan berbahasa untuk pengayaan bahan ajar mata kuliah berbicara. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastera. vol. 11 (1): 16-35. https://online- journal.unja.ac.id/pena Alawiyah, S.A., Sumarno, S., & Ningsih, N.m. (2022). Kesantunan berbahaa dalam film Kelaurga Cemara sutradara Yandy laurens sebagai alternatif bahan ajar di sekolah menengah atas. Stilista: Jurnal Pendidikan bahasa dan Sastra, 15(2): 337-345. Anggraini, Rahayu & Djunaidi. (2019). Kesantunan berbahsa Indonesia dalam pembelajaran di kelas X Man 1 Model Kota Bengkulu. Jurnal Ilmiah KORPUS, 3(1): 42-54. Brown, P., & Levinson, S.c. (1987). Politeness: Some universals in language usage studies in interactional sociolinguistics 4. Cambridge University Press. Gebi Dwi Syafitri & Ermawati Arief .(2023). Strategi kesantunan berbahasa dalam video ceramah ustadzah Oki Setiana Dewi pada media Youtube. Sinar Dunia: Jurnal Riset Sosial Humaniora dan Ilmu Pendidikan. Vol. 2(2) Juni 2023: 139-152. Halawa, N., Gani, E., & Syahrul. (2019). Kesantunan berbahasa Indonesia dalam tindak tutur melarang dan mengkritik pada tujuh etni. Lingua: Jurnal Bahasa dan Sastra, 15(2): 195- 205. Inamilchatul Fauziah, Tri Indrayanti dan Agung Pramujiono .(2023). Kesantunan berbahasa Brown dan Levinson pada tayangan video Youtube ILC episode “Cerita Berbelit Pembunuhan Yosua”. Jurnal Kependidikan. Vol. 8(1): 31-38. Indirawati Zahid. (2020). Kesantunan positif Facebook Public Health Malaysia dalam memerangi Covid-19. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJEAL). vol.10 (2): 68-79. Linda Hajarwati Hendaryan. (2021). Kesantunan berbahasa dalam akun Youtube Son of Dad. Jurnal Diksatrasia. Vol.5(1): 146-152. Linggar, Y.M. (2020). Analisis faktor penyebab ketidaksantunan berbahasa Jawa siswa di sekolah dasar studi kasus di SDN 02 Pangongangan. Prosiding Konferensi Ilmiah Dasar 2: 32-34. Muji. (2019). Ketidaksantunan penggunaan baahsa Indonesi dalam peristiwa komunikasi. Universitas Trunojoyo Madura. Novira Amir dan Tressyalina. (2023). Prinsip kesantunan berbahasa dalam kolom komentar kanal Youtube metroTVNEWS dan implikasinya terhadap pembelajaran teks persuasi. Jurnal Keislaman dan Ilmu Pendidikan. Vol. 3(2): 100-114. Permadani, E.D.L. (2016). Peningkatan peri laku sopan santun anak melalui metode sosidrama pada kelompok B TK Negeri pembina kecamatan Pringkuku tahun ajaran 2015/2016. Doktoral Dissertation, Universiti sebelas Maret. Sandi Anggitiya Marko. (2021). Kesantunan berbahasa dalam konten Vlog Youtube kontarakan rempong. Jurnal Diksatrasia vol.5 (1): 51-62. Zaim,M. (2014). Metode penelitian bahasa. FBS UNP Press. Zhafirah Amalisavanti dan Badriyah Wulandra. (2023). Strategi kesantunan berbahasa dalam film Gara-Gara Warisan. Jurnal Pendidikan, Sejarah, dan Ilmu-ilmu sosial. Vol.7(1): 132-138. 279
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 LAMPIRAN VIDEO 1 - https://www.facebook.com/pagesenokperut/videos/2393796950768255/?mibextid=NzXCe f Jangan cakap banyaklah kalau tak try tak tahu rasanya setakat mana.Hari ini Abang La sampai ke Pasir Putih untuk try nasi kerabu kontena di Double A Station dia nasi kerabu ala thai tiada tumis, ada budu dan soso dia sahaja. Dia letak juga ikan bilis goreng thai, ayam warna merah ini diperap dengan sos labu Lepas tu letak juga daging bakar rasa macam sate memang sedap daging dio. Tak lengkap tanpa ikan goreng celup tepung, Solok lada jangan lupa. Nasi kerabu ala thai memang letak bihun goreng warna pink, Memang sedap rasa bawang putih dan ikan. Akhir sekali telur masin atas nasi, nasi kerabu ala thai tiada tumis ada macam budu dia Rasa manis-manis masin, memang sedap. Kalau ambil lauk macam ni Harga dia RM11 sahaja, murah jugalah boleh kata. Kedai dia konsep kontena dua tingkat boleh ambil nasi makan dekat atas. Bihun warna pink bukan sekadar warna sahaja tapi ada rasa juga. Patut nasi kerabu makan gaul-gaul tapi tak apa kita nak try satu-satu komponen dia. Ayam merah tak pedas, rasa manis-manis masin sedap macam sos labu. Makan boleh ke kedai double A station di Pasir Puteh. Buka setiap hari pukul 12 tengah hari, jom pakat pergi. VIDEO 2 - https://www.facebook.com/pagesenokperut/videos/619148896849712/?mibextid=NzXCef 13 restoran best di Kelantan bulan Jun 2023. Satu pizza Mas di Bandar Baru Gua Musang Pizza tapi ada semua menu-menu thai viral di sini,Cubalah nasi penyet Kayangan Dia ada semua jenis lauk dan juga talam Patthai, ayam korean dan ayam thai. Pizza homemade pun ada sini. Dua adalah restoran colek bini cawangan 2 di Pendek Kota Bharu boleh makan colek selerak dan colek talam adik manis, semua ada sini. Ada juga sup darat lembu sekor pelbagai jenis menu-menu lembu dalam sup tu, perkakas darat dia letak, sup gearbox pun ada. Lepastu kalau nak makan colek, pelbagai jenis colek ada colek buah, colek goreng, colek ramadan dan ada belaka sini. Nombor tiga restoran Alisya di Nilam Puri Kenal dengan grill-grill, chicken grill, lamb grill. Lamb grill RM18 sahaja penuh dengan fries lauk lamb tu, Goreng Thai Dan menu- menu Thai menu Ramadan Ada juga di restoran Alisya Nilam Puri ni. Somtam pun sedap dekat sini. Nombor empat, di gunong bachok, terkenal dengan boot noodle, perut bulat bermula dengan RM 5.30 sahaja, tambah-tambah je lauk sendiri, di sini pun terkenal dengan menu talam Thai, mukbang dan juga tiram, ada semua. Boot noodle dekat sini boleh customize betul- etul pilih lauk, pilih mee dan juga boleh combo dengan air VE lava dan pelbagai menu lain dekat sini. Nombor lima, Suwarinjinda CafePelbagai jenis minum celup-celup termasuk menu baharu dia, celup Muafai dan juga mee hijau itik dan menu-menu lobster, somtam dan patthai.Patthai celup pun ada dekat sini, jangan risau, boleh makan celup-celup juga dekat sini. Keenam Kopo Kenyek di Tanah Merah, terkenal dengan menu-menu pasta, 20 jenis pasta ada dekat sini, Ini pula ayam kenyet dia, besar ayam dia.Ianya juga terkenal dengan bingsu dan ayam kenyet besar dia dengan kek, semua ada dekat sini. Nombor tujuh, Menate Kota Bharu, makan steak house sini. Tengok, lamb grill dia besar, boleh makan dua atau tiga orang atas seketul tu. ada juga set burgergar, boleh juga makan lamb shank, sos manis bbq ada juga di Menate Kota Bharu. Nmbor lapan, di RV kontene Bachok, ada nasi air lima jenis lauk, RM 25 boleh makan ramai, lepastu ada juga Kunafa Matcha pertama di Kelantan ada di RV Kontena. Nombor sembilan, Edlee Fried chicken di Kota Bharu, ada ayam goreng dan burger. Paling sarankan, burger ayam blackpaper, dia celup dalam sos blackpaper masa masih lagi garing. No sepuluh, Mr Ayam penyet di Pasir Puteh, Goreng crunchy ada masakan Surabaya, ada dekat sini Dua jenis kepedasan sos, ikan dan sotong celup tepung pun ada dan boleh makan dengan sos penyet. Nor dua belas, di KL santai di Kok Lanas, terkenal dengan Char kuew Teow, udang galah dan ketam. Char Kuew Teow gotong gergasi dan juga pelbagai jenis menu mee udang galah ada sini. Makan nasi ada sup urat keting, peut bulat bakar dan pelbagai jenis menu-menu thai ada juga kedai ini. Nombor tiga belas, di Jeli menu kedai nombor satu di Jeli sekarang, sohor dengan mee penuh, laksa penang udang galah besar, mee kari dan juga pelbagai menu thau ada di kedai ini. Sup gearbox pun ada di Papa Mamam Store dai buka setiap hari kecuali hari Isnin. Balik Kelantan ni, pakat pergi jalan-jalan cari makanan sedap- 280
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sedap. Semua 13 kedai ni wajib cari di seluruh Kelantan, kedai lain tak tahulah. Kedai ni semua memang kita sarank VIDEO 3- https://vt.tiktok.com/ZSLf1jcRx/ Oooo sedak napok wooo, tepung gapo namo? Tepung beko. Tepung bekooooo... Ooo comey mok arini eeeeh. Jangokk deh. Eeehh heyy, ye kato comey sokmo bukan harini jah, ehhehehehehe, berapo tahun doh duk jual ni. dekat tiga puluh, tiga puluh bulih dah. Tiga puluh tahung???Allahhhh tiga puluh tahun...duk niaga nih, tepung beko..lorni kito duk kat saipuri wan sukri. kalu piyo duk saipuri kenal lah mok. Jual sini lamo doh tiga puluh tahung. Jual tepung beko. Sedak molek napok. Umur brapo doh nih? 2 tahung tujuh puluh. 2 tahung tujuh puluh!! Oohh laboh doh. Sihat molek. Ooo sihat comey. Hor comey. Heehehehehe. Daun gapo ni mok? Daun.. Daun nipoh. Daun nipohhhh!!! hor ye buat dengan daun nipoh ni bey. Bubuh gano bungkuh mok. Mitok mok tolong bungkuh so. Kito tengok mok bungkuh. Ooohh, letok gituu. Mok amik daung so, bubuh isi pahtu kapit. Haaa, pahtu cucuk dengan lidi. Lidi lupang. Lidi lupang? Lidi colek gigi. Ehehehhe. Lidi colek gigi. Ohh tudio. Pastu sudoh jadi gini. Oh tuu. Ohh tuuu. Berapo so? Jual gani? Dua kot. Dua kot??? Limo kot patutnyo. Hahahahaha. Dua kot so ni?!! Hahahaha. Dua kot sebutir?? Oh kalau piyo mari saipuri bulih la mari uknon mok eh. Pakat mari beli dekat mok deh. Oloh banyok sekali bakar ni deh. Uuuu hok dio bakor doh ni. Haaa nok masok, bulih nok try doh kali ni. Ooo panah panah. Aloh alohh. Panahhhhh. Ahhh. Panah. Hahahahaha. Panah try makan ni. Bereh dohla. Tepung liling. Tepung liling? Tepung gapo namo. Tepung beko...Oh Tepung beko. Ah panahh. Panah panah tu baru naik atas dapor. Oh kito makey try deh. Try deh. Try deh. Try lah.. Try deh. Bismillahirrahmanirrahimmm. Ohh berasapppp panah. eeemmmm, eemm. Kali petamo kawe makey tepung beko deh. Tok rajin makey lagi la laing. Tok manih sangat, bo bo molek. 281
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUMPUN MELAYU DI SELATAN UTARA THAILAND Dr. Muhammad Syarif Hayisama-ae, Fathiyah Chapakia Abstrak Di antara kawasan wilayah Timur Laut Cina ialah kawasan bumi wilayah Selatan Thailand. Di kawasan ini, terdapat rumpun Melayu dalam jumlah yang besar. Selatan Thailand yang di tadbirkan oleh kerajaan Thailand pada masa sekarang adalah terdiri daripada 14 wilayah dengan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Selatan bahagian utara yang dikenali dengan Selatan Atas dan Selatan bahagian bawah yang dikenali dengan Wilayah Sempadan. Dalam kertas kerja ini, akan membincangkan mengenai Rumpun Melayu di Selatan Thailand bahagian atas sahaja. Kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada dua perkara pertama ialah pengenalan bahagaian wilayah - wilayah di Selatan Thailand bahagian atas dan hubungan dengan Dunia Melayu. Kedua akan membincangkan tentang rumpun Melayu yang terdapat di Kepulauan Andaman. Kata Kunci : Selatan Thailand, bahagian atas, dunia melayu, pulau Andaman. 282
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pendahuluan Selatan Thailand mengandungi 14 Wilayah. Kedudukannya di bahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Utara dan Bahagian Selatan. Selatan Bahagian Utara terdiri daripada wilayah-wilayah Pathalung, Trang, Krabi, Pangnga, Phuket, Nakhorn Sri Tammarat, Surathani, Ranong dan Chumporn. Manakala Selatan Bahagian Selatan terdiri daripada wilayah-wilayah Pattani, Yala Narathiwat, Songkhla dan Satun. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai masyarakat Melayu di Selatan Bahagian Utara kerana di bahagian itu dilupai oleh Dunia Melayu, sedangkan ia adalah warisan Melayu. Dengan kelalaian oleh dunia Melayu serta himpitan politik dan budaya asing maka masyarakat Melayu di bahagian itu makin terhakis. Kertas kerja ini, pengkaji akan memberi fokus kepada dua perkara iaitu pertama : Pengenalan terhadap wilayah-wilayah di Selatan Bahagian Utara yang berkaitannya dengan Dunia Melayu. Kedua : pengkaji akan membincangkan tentang masyarakat Melayu di Kepulauan Andaman yang terletak di Selatan Bahagian Utara. Kerana sebahagian besar pulau-pulau itu di duduki oleh orang-orang Melayu. Masyarakat Melayu di Selatan Bahagian Utara Wilayah Pathalung Pathalung ialah sebuah wilayah yang terpenting dalam konteks sejarah kerajaan Melayu Islam. Sejarah negara Thai menyatakan bahawa terdapat raja-raja yang berketurunan Melayu dari Kedah dan Sumatera yang menduduki wilayah ini. Dalam catatan sejarah Thai menyatakan bahawa pada abad ke-17 Pathalung menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu Senggora yang di kendalikan oleh Sultan Sulaiman. Islam berkembang dan bertapak di wilayah ini pada sejak abad ke-17. Berdasarkan latarbelakang itu, pada masa sekarang ini terdapat masyarakat Melayu Islam merupakan golongan majoriti di beberapa daerah seperti di Pak Payun, Kong Ra dan kawasan di sekitarnya. Mereka adalah Masyarakat Melayu yang terdiri daripada beberapa kelompak yang berasal dari Pattani, Kedah, Perlis, Langkawi Aceh, Sumatera dan sebagainya Pada masa kebelakangan ini, munculnya pusat-pusat pendidikan Islam Swasta yang di bentuk oleh masyarakat Melayu dalam jumlah akak membanggakan. Pusat - pusat pendidikan itu berperanan sebagai pusat pertahanan Budaya Melayu Islam. Wilayah Trang Mengikut sejarah wilayah Trang adalah sebuah negeri yang tertua di sebelah pantai barat dan lautnya merupakan pelabuhan yang digunakan oleh pedagang-pedagang pelbagai bangsa, khasnya orang-orang Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu. Dalam rekod rasmi Thai menyatakan bahawa Trang itu berasal dari perkataan Melayu yang berbunyi Terang. Kerana pada suatu ketika dahulu kapal-kapal pedagang Melayu dan bangsa-bangsa lain tiba di Kuala sungai Trang pada awal pagi waktu fajar. Oleh yang demikian, tempat ini diberi nama “Terang” oleh pedagang-pedagang tersebut. Berdasarkan sejarah ini, dibentuk lambang rasmi wilayah yang menggambarkan pelabuhan yang terang benderang disinari Mentari. Hubungan negeri Trang dengan negeri-negeri Melayu di Selatan Thailand dan di semenanjung disebut sekali lagi dalam zaman pemerintahan Raja Rama IV apabila Tengku Muhammad Saad, Tunku Muhammad Akib dan Wan Mat Li, dari pulau panjang Phuket, membawa pengikut-pengikutnya menyerang Trang dan Wan Mat Li dapat menguasa dan menduduki negeri Trang. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Thai dengan menggunakan 283
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 pasukan tentera yang ramai dapat menawan kembali Negeri Trang dan kemudian diduduki oleh seorang raja keturunan Siam dan begitulah keadaan seterusnya sehingga di ubah statusnya menjadi sebuah wilayah di bawah pentadbiran kerajaan Thai. Apabila Trang diberi status sebagai sebuah wilayah di bahawa kerajaan Thai, maka terdapat masyarakat Melayu yang sudah bertapak di wilayah ini. Tentang sejarah kedatangan Islam dan pertapakan masyarakat Melayu Islam di wilayah Trang ini adalah di anggarkan tidak kurang daripada 300 tahun. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya kesan-kesan seperti masjid, masjid pertama di Trang ialah Masjid Kampung Sirih. Masjid ini di asaskan oleh Syaikh Ahmad Merah atau dikenali dengan to’Syaikh Daeng yang datang dari negeri Kedah. Masjid ini sudah pun berusia lebih daripada 200 tahun. Pada masa sekarang ini, bilangan masjid di wilayah Trang adalah lebih daripada 100 masjid. Ini menandakan bahawa bilangan masyarakat Melayu di Trang bukan dalam jumlah yang sedikit. Wilayah Pang-Nga Wilayah Pang-Nga merupakan sebuah negeri yang tertua di pantai barat yang disebutkan dalam sejarah dengan nama Takola atau Takuapa. Pang-Nga pada masa silam menjadi tempat yang amat penting sebagai pusat perdagangan yang dikenal oleh pelbagai bangsa. Orang Melayu merupakan satu golongan yang datang untuk berdagang yang akhirnya bertapak di Pang-Nga. Orang-orang Melayu di Pang-Nga berasal daripada beberapa tempat di semenanjung dan di Kepulauan Melayu, seperti Kedah, Perlis, Langkawi, Medan, Aceh dan sebagainya. Di Pang-Nga terdapat beberapa pulau yang menjadi tempat pelancongan yang terkenal seperti pulau panjang (Ko’Yao) dan Pulau Panji (Ko’ Panji). Kedua-dua pulau itu adalah didominasi oleh masyarakat Melayu Islam. Beberapa daerah terpenting masih dipanggil dengan nama yang berasal dari Bahasa Melayu, seperti daerah Kampong (อำเภอกะปง) yang berasal dari perkataan Kampung. Wilayah Phuket Phuket merupakan wilayah tunggal di Thailand yang berbentuk pulau di sebelah pantai barat selatan Thailand. Memandangkan kedudukannya yang amat strategik, maka Phuket pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi wilayah-wilayah di pantai barat. Phuket menjadi pelabuhan yang selamat daripada ribut taufan. Mengikut sejarah, masyarakat Melayu sudah bertapa di pulau ini sejak abad ke-13. Mereka datang dari semenanjung Tanah Melayu dan juga dari Kepulauan Melayu seperti Aceh dan Sumatera. Lantaran itu, tidak hairan nama wilayah ini dipanggil dengan nama Phuket iaitu perkataan Melayu yang berarti Bukit. Ini disebabkan kedudukan geografi buminya banyak berbentuk bukit dan tanah tinggi. Terdapat di Phuket ini, banyak nama-nama tempat, kampung dan daerah yang dipanggil dengan nama yang berasal daripada Bahasa Melayu. Pada masa sekarang, Phuket menjadi tempat pelancongan yang terpenting di Thailand. Sebahagian besar kawasan pelancongan ini ialah kawasan yang diduduki oleh masyarakat Melayu Islam. Ini adalah cabaran yang sedang dihadapi oleh mereka. Walau bagaimana pun, pihak majlis Agama Islam Wilayah Phuket serta institusi-institusi Islam yang lain bertungkus-lumus dalam usaha mempertahankan identiti dan budaya Melayu Islam. 284
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Wilayah Krabi Krabi ialah sebuah wilayah di pantai barat Selatan Thailand. Krabi merupakan wilayah yang banyak pulau yang jumlah pulaunya sekitar 130 pulau. Tetapi yang di diami oleh manusia hanya 13 pulau. Sebahagian besar penduduk di pulau ini ialah masyarakat Melayu beragama Islam. Krabi merupakan satu-satunya wilayah yang stratigik bagi masyarakat Melayu di Selatan Bahagian Utara. Kerana jumlah penduduk masyarakat Melayu adalah sekitar 50% daripada jumlah penduduknya. Wilayah Nakhorn Sri Tammarat (Legor) Nakhorn Sri Tammarat adalah wilayah yang penting dan stratigik bagi kerajaan Thai dalam konteks menguasai dan mentadbir negeri atau wilayah di kawasan selatan. Sejak akhir abad ke-13M., Nakhorn Sri Thammarat mula dikuasai oleh kerajaan Thai dan di jadikan satu bahagian dari bumi taklukan, kemudian di jadikan pusat penjajahan bagi perluasan kuasa Thai di Selatan dan di Tanah Melayu. Tentang kemasukan Islam dan pertapakan masyarakat Melayu Islam di wilayah ini pada umumnya berpusat pada empat kawasan utama iaitu Pusat bandar Nakhorn Sri Thammarat, Tharua (ท่ำเรอื ), Moklan (โมคลำน) dan Hua Ta’lae (หวั ทะเล). Agama Islam bertapak di Pusat Bandar Nakhorn Sri Tammarat ini bermulanya dengan penempatan para tawanan perang yang di bawa dari negeri Kedah. Mereka di tempatkan oleh kerajaan Thai di tengah-tengah pusat bandar. Sebagai orang-orang Melayu beragama Islam yang berkumpul di situ, mereka mendirikan sebuah masjid dan di kenali dengan panggilan Masjid Wad Kid. Masjid ini di anggap sebagai masjid pertama di Nakhorn Sri Tammarat. Usia masjid ini tidak kurang daripada 200 tahun. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu Islam bertapak di pusat bandar Nakhorn Sri Tammarat adalah lebih dari dua abad. Ta’rua, kawasan yang terletak di pinggir bandar Muang Nakhorn Sri Tammarat. Ta’rua adalah pelabuhan terpenting sejak abad ke-10 dengan menjadi tempat persinggahan para peniaga Arab dan Persi. Ta’rua di anggap sebagai kawasan terawal kemasukan Islam dan penerimaannya bagi kalangan penduduk asal Nakhorn Sri Tammarat. Moklan, kawasan yang terletak di daerah Ta’sala yang berhampiran dengan pantai. Ia merupakan kawasan masuknya Islam di daerah Ta’sala. Islam mula masuk di Moklan sekitar abad ke-17 iaitu dengan kemasukan Penglima Che’Teh yang datang dari negeri Kedah bersama pengikut-pengekutnya. Sejak itu Islam berkembang di daerah Ta’ Sala. Kini hampir 70 peratus masyarakat Melayu Islam di Moklan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Selain itu, adat dan budaya melayu jelas kelihatan. Hua Ta’Lae, adalah kawasan yang berhampiran dengan bandar Nakhorn Sri Thammarat. Islam mulai masuk di kawasan ini pada sekitar abad ke-17 iaitu dengan bermulanya kedatangan orang Melayu dari Kedah di bawah pimpinan To' Wan Teh. mereka membina sebuah masjid yang dikenali dengan masjid Hua Ta’Lae pada keseluruhannya masih memahami bahasa Melayu dan dapat bercakap bahasa Melayu secara baik dan masih memelihara identiti kemelayuan. Wilayah Surathani Wilayah Surathani terletak di sebuah Pantai Timur bahagian Utara Selatan Thailand. Ia merupakan wilayah terbesar di bahagian Selatan. Kedudukannya sangat penting dalam sejarah perkembangan negeri-negeri di Semenanjung dan kepulauan Melayu. Kedudukan masyarakat Melayu di Surathani sangat menarik, kerana masyarakat Melayu terdiri daripada rumpun melayu yang datang dari pelbagai tempat selain tawanan Melayu dari Kedah dan Patani. 285
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pertapakan masyarakat Melayu Islam pada umumnya bertumpu di daerah Chaiya. Dalam daerah ini terdapat dua kawasan penting iaitu Ban Songkhla (Kampung Senggora) dan Pumriang. Ban Songkhla mula dibangunkan oleh Sultan Mustafa, setelah negeri Senggora di kuasai oleh kerajaan Thai. Manakala pertapakan masyarakat Islam di Pumriang, berkait rapat dengan kedatangan orang Melayu dari negeri Terengganu di bawah pimpinan Imam Shamsuddin. Beliau datang di Pumriang kira-kira 200 tahun dahulu. Buktinya dapat dilihat pada buku agama termasyhur yang dikarang dan Ditulis oleh anaknya iaitu Ismail bin Syamsuddin. Buku itu mempunyai 250 halaman, bertulisan tangan dan berusia kira-kira 160 tahun. Wilayah Ranong Wilayah Ranong terletak di pinggir pantai barat dan bersempadan dengan negara Burma atau Myanmar. Sebahagian dari tawanan perang dari Pattani yang dibawa ke Bangkok ditempatkan di Phato (พะโตะ๊ ), Lamae( ละแม) dan Ban Yae di Chumporn. Mereka inilah yang kemudian berpindah ke Ranong untuk meneroka hutan dan membuka tanah serta mengusahakan bijih. Selain itu terdapat juga masyarakat Melayu yang berpindah dari pulau-pulau di Takuapa (ตะกว่ ป่ ำ)ำ, Phang-Nya dan Phuket. Berdasarkan latar belakang ini tidak hairan didapati nama- nama kampung dan daerah dipanggil dengan nama-nama yang berasal daripada bahasa Melayu. Sebagai contoh daerah Kaper yang terkenal di Ranong adalah berasal daripada perkataan Melayu iaitu Kak Per (กะเปอร) yang menjadi panggilan kepada wanita janda bangsa Melayu dari Pang-nya yang mengetuai keluarganya datang menetap di sini. Wilayah Chumporn Chumporn adalah satu wilayah yang sangat strategik. Dalam sejarah penubuhan negeri- negeri di Asia Tenggara, Chumporn adalah tempat penting yang mula muncul sebagai negeri bahagian hadapan Selat Melayu dan sering di kaitkan dengan satu bahagian dari Dunia Melayu. Nama “Chumporn” kononnya berasas daripada Chumnumpol yang bererti perhimpunan bala tertera. Kerana di tempat ini selalu menjadi medan pertempuran pada waktu itu. Dalam kedudukan geografi politik, di kawasan sekitar Segenting Kra ini pernah menjadi sempadan kuasa politik dan sempadan kepada dua budaya iaitu Thawaravadi dan Therawadi. Keadaan ini mula berubah pada abad ke-13, apabila kerajaan Sukhothai berjaya merempuh masuk kawasan ini dan dapat menakluk Negeri Legor (Nakhorn Sri Tammarat) dan negeri- negeri yang lain lagi. Pertapakan masyarakat Melayu di Chumporn ini dapat dilihat pada panggilan nama kampung dan daerah yang digunakan dengan panggilan nama Melayu seperti Lamae, sebuah daerah di Pantai Timur di Wilayah Chumporn yang menjadi tempat kediaman masyarakat Melayu. Tawanan perang yang dibawa dari Patani dan daerah Phato' yang berasal daripada perkataan Datuk. Manakala Ban Yae adalah daripada kampung Ayam. Ini membuktikan bahawa kawasan yang paling penghujung di selatan atas ini ada hubungan dan kaitan dengan Dunia Melayu. Masyarakat Melayu di Kepulauan Andaman Di Selatan Thailand di Bahagian Utara terdapat banyak kepulauan khasnya di sebelah laut Andaman. Majoriti penduduk di kepulauan ini adalah masyarakat Melayu beragama Islam. Pada umumnya nama-nama pulau ini dipanggil dengan bahasa Melayu. Ini menandakan 286
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 bahawa pulau-pulau ini mula diterokai dan diduduki oleh orang-orang Melayu. Lantaran itu dapat disimpulkan bahawa kepulauan itu adalah warisan Melayu. Dunia Melayu patut prihatin terhadap warisan Melayu yang semakin Terhakis. Di antara kepulauan Melayu ternama dan mendapat minat para pelancong pada masa sekarang ialah Pulau Panjang (Ko'Yao), Pulau Libong, Pulau Lantai, Pulau Panji, Pulau Pinang (Ko'Mark), Pulau Pipi Pulau Sembilan dan lain-lain lagi. Pulau Panjang (Ko'Yao) Pulau Panjang terletak di wilayah Pang-nga dan berdekatan dengan wilayah Phuket. Jarak jauhnya dari wilayah Pang-nga ialah 45.50 kilometer, manakala dari wilayah Phuket sekitar 44 kilometer. Di pulau ini terdapat pulau-pulau kecil di sekelilingnya sebanyak 44 pulau. Dari jumlah ini hanya terdapat dua buah pulau yang besar dan diduduki oleh manusia dalam jumlah yang ramai iaitu Pulau Panjang (Ko’Yao Yai) dan Pulau Panjang Kecil (Ko’ Yao Noi). Memandangkan ramai penduduk di pulau ini maka status pentadbirannya dijadikan sebagai satu daerah. Keluasan bumi di pulau ini ialah sebanyak 243 kilometer persegi. Di pulau ini terkenal dengan udara yang bagus. Di musim panas, tidak terasa terlalu panas, kerana terdapat tiupan angin dari laut yang bertiup di sepanjang musim. Pulau ini dianggap sebagai tempat pelancongan yang terbaik. Penduduk kampung di pulau ini majoritinya adalah masyarakat Melayu beragama Islam. Mengenai latarbelakang sejarah penduduk di sini, di catatkan dalam sejarah bahawa mereka berasal daripada negeri-negeri Melayu di sebelah barat dan utara seperti Satun dan Kedah. Apabila negeri-negeri ini di serang oleh kerajaan Siam@Thai pada sekitar tahun 1785, maka ada sebahagian penduduk negeri-negeri ini melari dan melindung diri di pulau ini (Lihat Saranokrom Wattanatham Pak Tai, Jilid 1, hlm. 247-249). Pulau Libong (Ko’Libong) Pulau Libong terletak di bawah pentadbiran Da’erah Kantang wilayah Trang. Jarak jauhnya dari pantai wilayah Pang-nga itu sekitar 10 kilometer. Keluasan buminya adalah sekitar 25 kilometer persegi. Dalam catatan rasmi kerajaan Thai bahawa nama pulau ini ialah daripada perkataan bahasa Melayu. Pada masa sekarang, jumlah penduduk di pulau ini adalah 100% dari masyarakat Melayu. Nama-nama kampung di pulau itu banyak di sebut dengan bahasa Melayu. Di segi latarbelakang sejarah, didapati bahawa Pulau Libong ini adalah sebagai pusat kerajaan Melayu Purba. Kesan-kesan sejarah purba dijumpai di pulau ini. Kesan- kesan binaan sebagai sebuah negeri masih ada dan dapat dilihat pada masa sekarang ini. Catatan sejarah Thai juga menyebut bahawa Pulau Libong ini pernah diperintah oleh raja Melayu (Lihat Saranokrom Wattanatham Pak Tai, Jilid 1, hlm. 251). Pulau Lanta (Ko’Lanta) Pulau Lanta terletak di wilayah Krabi. Rekord rasmi Thai menyatakan bahawa “Lanta” itu adalah daripada perkataan Melayu. Pulau ini dikira sebagai pulau yang besar. Dalam pentadbiran kerajaan. Pulau Lanta ini dijadikan satu daerah (Ampoe). Pulau lanta ini mengandungi pulau-pulau berjumlah 25 pulau. Penduduk pulau ini hampir 90% adalah masyarakat Melayu beragama Islam. Dengan itu, tidak hairan didapati bilangan masjid di pulau ini lebih daripada 30 buah masjid. 287
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pulau Panji ( Ko’Panji) Pulau ini terletak di teluk wilayah Pang-nga dan dikenali dalam masyarakat Thai dengan Ko’ Panji iaitu Pulau Panji. Dalam buku catatan rasmi wilayah Pang-nga menyatakan bahawa panji itu adalah daripada perkataan Melayu yang bererti bendera. Ini di kaitkan dengan kisah penerokaan Pulau Panji yang mengisahkan bahawa pada masa yang lebih daripada 200 tahun yang lalu ada tiga keluarga Melayu itu keluarga To’Babu, keluarga To’Long dan keluarga To’Perang keluar berlayar dengan tiga buah perahu dan To’Babu sebagai keluarga pertama yang tiba di pulau ini dan beliau menaikan panji ki pulau ini sebagai mengisyaratkan bahawa beliau sudah berada dan bertapak di pulau indah ini. (Lihat Saranokrom Wattanatham Pak Tai, Jilid 3, hlm.1273). Walaupun ada riwayat yang lain lagi mengenai peneroka di Pulau Panji ini, tetapi semua riwayat bersetuju bahawa peneroka itu iailah orang Melayu. Lantaran itu pulau ini dipanggil dengan nama Melayu. Pulau Panji hanya sebuah pulau kecil yang tinggi puncaknya 140 meter, luas 180 meter dan panjang 300 meter, tetapi mempunyai penduduk yang padat. Rumah kediaman buat di atas ayer. Hanya Masjid dan tanah perkuburan yang berada di tanah daratan. Penduduk di pulau ini berkembang pesat dan bilangan penduduknya pada masa sekarang ini adalah tidak kurang daripada 1,685 orang. Apa yang paling menarik, penduduk di pulau ini adalah 100% masyarakat Melayu yang beragama Islam. Mereka dapat dominasi secara penuh di sebuah pulau indah yang menjadi tempat pelancongan tersohor di masa kini. Selain itu terdapat banyak lagi kepulauan di laut Andaman yang di duduki oleh masyarakat Melayu seperti Pulau Pipi, Pulau Sembilan dan sebagainya. Itu adalah warisan Melayu yang patut di ketahui dan di beri perhatian oleh Dunia Melayu. Kesimpulan Di Selatan Thailand, terdapat 9 wilayah yang di masukan dalam bahagian Utara iaitu wilayah-wilayah Patthalung, Trang, Krabi, Pang-Nga, Phuket, Nakhorn Sri Tammarat, Surathani, Ranong dan Chumporn. Wilayah-wilayah itu mempunyai hubungan dengan Dunia Melayu, bahkan satu bahagian dari pada Dunia Melayu. Lantaran itu, di setiap wilayah di Selatan Bahagian Utara terdapat masyarakat Melayu. Walaupun mereka sebagai golongan minoroti dalam wilayah, tetapi mereka adalah golongan majoriti di kawasan tertentu. Mereka juga sebagai penduduk majoriti di kepulauan yang terletak di laut Andaman, seperti Pulau Panjang, Pulau Libong, Pulau Lanta, Pulau Panji dan sebagainya. Semua itu adalah warisan Dunia Melayu. 288
PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Ahmad Omar (2000). Politik Thai dan Masyarakat Islam Di Selatan Thailand. Selangor: Rami Multimedia Publishing. Saranokrom Wattanatham Pak Tai, Jilid 1 Saranokrom Wattanatham Pak Tai, Jilid 3 289
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449
- 450
- 451
- 452
- 453
- 454
- 455
- 456
- 457
- 458
- 459
- 460
- 461
- 462
- 463
- 464
- 465
- 466
- 467
- 468
- 469
- 470
- 471
- 472
- 473
- 474
- 475
- 476
- 477
- 478
- 479
- 480
- 481
- 482
- 483
- 484
- 485
- 486
- 487
- 488
- 489
- 490
- 491
- 492
- 493
- 494
- 495
- 496
- 497
- 498
- 499
- 500
- 501
- 502
- 503
- 504
- 505
- 506
- 507
- 508
- 509
- 510
- 511
- 512
- 513
- 514
- 515
- 516
- 517
- 518
- 519
- 520
- 521
- 522
- 523
- 524
- 525
- 526
- 527
- 528
- 529
- 530
- 531
- 532
- 533
- 534
- 535
- 536
- 537
- 538
- 539
- 540
- 541
- 542
- 543
- 544
- 545
- 546
- 547
- 548
- 549
- 550
- 551
- 552
- 553
- 554
- 555
- 556
- 557
- 558
- 559
- 560
- 561
- 562
- 563
- 564
- 565
- 566
- 567
- 568
- 569
- 570
- 571
- 572
- 573
- 574
- 575
- 576
- 577
- 578
- 579
- 580
- 581
- 582
- 583
- 584
- 585
- 586
- 587
- 588
- 589
- 590
- 591
- 592
- 593
- 594
- 595
- 596
- 597
- 598
- 599
- 600
- 601
- 602
- 603
- 604
- 605
- 606
- 607
- 608
- 609
- 610
- 611
- 612
- 613
- 614
- 615
- 616
- 617
- 618
- 619
- 620
- 621
- 622
- 623
- 624
- 625
- 626
- 627
- 628
- 629
- 630
- 631
- 632
- 633
- 634
- 635
- 636
- 637
- 638
- 639
- 640
- 641
- 642
- 643
- 644
- 645
- 646
- 647
- 648
- 649
- 650
- 651
- 652
- 653
- 654
- 655
- 656
- 657
- 658
- 659
- 660
- 661
- 662
- 663
- 664
- 665
- 666
- 667
- 668
- 669
- 670
- 671
- 672
- 673
- 674
- 675
- 676
- 677
- 678
- 679
- 680
- 681
- 682
- 683
- 684
- 685
- 686
- 687
- 688
- 689
- 690
- 691
- 692
- 693
- 694
- 695
- 696
- 697
- 698
- 699
- 700
- 701
- 702
- 703
- 704
- 705
- 706
- 707
- 708
- 709
- 710
- 711
- 712
- 713
- 714
- 715
- 716
- 717
- 718
- 719
- 720
- 721
- 722
- 723
- 724
- 1 - 50
- 51 - 100
- 101 - 150
- 151 - 200
- 201 - 250
- 251 - 300
- 301 - 350
- 351 - 400
- 401 - 450
- 451 - 500
- 501 - 550
- 551 - 600
- 601 - 650
- 651 - 700
- 701 - 724
Pages: