Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

Published by SHARRUL RIZAL HASHIM, 2023-08-03 15:09:59

Description: WIBAWA SOSIOBUDAYA , EKONOMI DAN PELANCONGAN WILAYAH TIMUR

Search

Read the Text Version

["PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Menerusi cerita ini, watak Dayang Nurul Iman dilakarkan sebagai yang boleh disesuaikan mengikut situasi (Ismail Abbas, 1994:31), namun watak Dayang Nurul Iman perlulah realistic memandangkan dia seorang gadis yang berpendidikan seharusnya mempunyai kaedah untuk menolak adat lapik pinang secara baik kerana lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Dalam konteks ini, pencitraan watak Dayang Nurul Iman, emak dan emak tua mempunyai pengalaman yang berbeza dengan amalan adat lapik pinang. Oleh itu, watak Dayang Nurul Iman seharusnya bertanggungjawab memberikan pencerahan ilmu berkenaan adat yang bertentangan dengan agama. Pada masa yang sama titik pertemuan dapat dicapai apabila watak Dayang Nurul Iman merupakan pemula generasi baharu untuk tidak meneruskan adat lapik pinang. Kesimpulan Kehadiran watak wanita etnik peribumi Sabah yang diwakili oleh gadis dan ibu yang berhadapan dengan adat resam memberikan pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, watak wanita peribumi Sabah hadir sebagai watak yang berani dan yakin mereka bersuara untuk memperbetulkan pandangan dalam masyarakat seperti watak Inno Torokiah dan Sumandak. Setiap perlakuan dan tindak-tanduk yang dilakukan oleh watak wanita muda dan tua seperti Nazirah, Dayang Nurul Iman, Sumandak dan Inno Torokiah menunjukkan perjuangan dan tanggungjawab soaial demi perkara yang membawa kebaikan. Jelaslah, watak wanita peribumi Sabah berani, berfikiran terbuka, positif dan bijak menggunakan peluang dalam menyelesaikan konflik berkenaan adat resam sekaligus memberi impak dari segi agama, ekonomi dan sosial dalam menyampaikan mesej cerita. 390","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abd. Hadi Borham, Wahyu Hidayat Abdullah, Mohamad Marquzi Abdul Rahim & Muhammad Akhramin Kamaruzaman. (2016). Metod Dakwah Mohd Fadli Yusof dalam Pengislaman Suku Kaum Masyarakat Murut di Pedalam Sabah. Al-Hikmah 8 (2) p:60-80. Dipetik daripada https:\/\/journalarticle.ukm.my\/9945. Diakses pada 20 Sep.2020. Abdul Hakim Mohad, Asmiaty Amat & Ros Aiza Mokhtar. (2019). Sosiobudaya Etnisiti Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Asmiaty Amat, (2013a). Sastera Tempatan (Sabah) dalam Konteks Sastera Kebangsaan. Kertas Kerja Hari Sastera ke-16. Sarawak. 6-8 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________. (2013b). \u2018Konflik dalam Tangis Buliga\u2019. Wadah, Ogos: 18-25. ____________. (2019). Mediasi dalam Perkembangan Novel Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Burhan Nurgiyantoro. (1995). Teori Pengkajian Fiksi. Yogyakarta: Gadjah Mada Universiti Press. Dayu Sensalu. (2017). Warisan Sejarah Kadandusun. Kota Kinabalu: Syarikat Percetakan Suria. Ismail Abbas. (1994). \u2018Isi, Persoalan dan Teknik Penulisan Penting dalam Karya.\u2019 Wadah, 31-32. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Intan Siti Azierah G. (1991). Musarakan\u2019. Disember. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________. (1994). Lapik Pinang. Disember. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Perdana. (2020). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lim Swee Tim. (2015). Panduan Penulisan Berkesan Menggarap Cerpen Berbantukan Teori & Kaedah. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Mawar Safei. (2014). Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Shukri Majalin. (1992). Ayam Jantan Tanak Wagu\u2019. Mac. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. 391","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Norsuhaila Sulaiman. (2016). Cerpen-cerpen WADAH 1986-2013: Satu Analisis Struktural. Tesis Sarjana. Kota Kinabalu: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Othman Puteh. (1991). Persediaan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. ____________. (1995). Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Rosnah Baharudin. (2001). Azmah Nordin dan Awangku Merali: Cerpenis Generasi Baru. Kertas Kerja Kolokium Kesusasteraan Melayu Moden V. Port Dickson. 8-10 Mei. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. ____________. (2003). Wacana Wanita Melayu dan Sastera. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Sahlan Mohd Saman. (2010). \u2018Mengenal Warisan Bangsa Melalui Cerpen\u2019. Wadah, Jun: 45-48. Sitti Rahmah G. Ibrahim. (1990). Kuntum Berputik. Disember Wadah. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zahba Selamat, Ismail Ibrahim & Rohayah Abdul Hamid. (1989). Perkembangan Cerpen di Sabah. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka. 392","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 SENI WARISAN SULAMAN LINANGKIT ETNIK SUANG LOTUD DI SABAH. Salbiah Binti Kindoyop1, Nurul Aisyah Othman2, Zaini Niat3 Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah1 Politeknik Ibrahim Sultan2 Universiti Terbuka Malaysia3 E-mail penulis: [email protected] PENGENALAN Seni warisan merupakan suatu peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak ketara oleh sesebuah kelompok atau masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu dan dikekalkan sehingga masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Antara seni warisan ini termasuk budaya yang ketara seperti bangunan, monumen, buku, hasil seni dan artifak, manakala warisan tidak ketara adalah seperti cerita rakyat, tradisi, Bahasa dan pengetahuan serta warisan semula jadi termasuklah ciri muka bumi dan biodiversiti (Ann Marie Sullivan, 2016). Di Sabah yang berbilang kaum amat terkenal dengan seni warisan budaya yang dapat mengambarkan identiti masyarakatnya. Antara seni warisan yang popular adalah seni sulaman linangkit etnik Dusun Lotud atau lebih gemar dikenali sebagai suang lotud, di Tuaran. Linangkit terhasil melalui sulaman benang berwarna warni dan mempunyai corak geometri yang unik dan menarik. Etnik Suang Lotud menyulam linangkit untuk menghiasi pakaian tradisi Wanita yang disulam pada bahagian skirt atau gonob dan bahagian selendang atau kuluwu. Linangkit terhasil daripada sulaman benang berwarna warni yang dijahit bersambung sehingga membentuk motif geometri yang unik dan menarik. Sulaman motif yang berulang akhirnya menghasilkan corak berwarna-warni dan menonjol apabila disulam atas dasar kain berwarna hitam. Proses menyulam linangkit atau mamalangkit mengambil masa yang lama dan dihasilkan secara teliti oleh pakar penyulam etnik Suang Lotud. Hasil seni warisan ini telah menjadi satu kebanggaan etnik Suang Lotud sebagai identiti warisan budaya mereka hari ini. KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan pendekatan etnografi yang bersifat kualitatif melalui penglibatan pengkaji secara terus di lapangan. Kajian seperti ini melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan rekod data. Kajian khusus ini berfokuskan kepada seni warisan sulaman linangkit etnik Suang Lotud dengan kompilasi dan susunan data-data serta maklumat yang bersumberkan tempat kajian, media massa, internet dan buku rujukan. 393","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengkajian etnografi umumnya menggariskan tiga pertimbangan. Pertama, membuat tinjauan literatur melalui kajian perpustakaan untuk mengenali subjek kajian demi memastikan siapa masyarakat kajian. Kedua, membuat himpunan dan koleksi subjek kajian melalui foto dan audio visual. Ketiga melibatkan tinjauan dan analisis terhadap objek kajian di lapangan. Berikut merupakan carta alir strategi pengkajian. KUALIT DATA 1 (SUMBER PEMERHATI ATIF INTERNET\/PERPUSTAKA AN KAJIAN AN) TEMU ETNOGR BUAL DATA 2 (MAKLUMAT AFI DARIPADA INFORMAN RAKAMAN MELALUI ALAT AUDIO VISUAL DAN KAJIAN LAPANGAN) ANALISIS DATA RUMUSAN Rajah 1: Carta Alir Strategi Pengkajian Rajah 1, menunjukkan carta alir tentang strategi penyelidikan yang menjadi panduan kepada pengkaji dalam kajian ini. Terdapat dua input utama bahan kajian yang dipanggil data 1 dan data 2. Data 1 merujuk kepada sumber sedia ada seperti buku dan internet. Data 2 pula merujuk kepada data baharu yang diperolehi di lapangan melalui 3 kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Penggabungan kedua-dua data ini membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk dianalisis. Maklumat-maklumat yang dianalisis seterusnya dijangka dapat didokumentasikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji akan datang. LATAR BELAKANG ETNIK SUANG LOTUD Etnik Suang Lotud berasal dari Daerah Tuaran. Kaum ini menggunakan perkataan Suang Lotud sebagai mewakili identiti mereka. Suang Lotud adalah salah satu kaum dalam sub Kadazandusun di Sabah. Sebahagian besar generasi muda Suang Lotud pada masa kini telah menganuti agama Kristian dan agama Islam. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya kaum ini masih berpegang kuat kepada kepercayaan dan adat-adat lama. Dari segi kebudayaan dan cara hidup, etnik Suang Lotud mempunyai banyak 394","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 persamaan berdasarkan amalan, kepercayaan dan adat-istiadat kaum Kadazandusun yang lain di Sabah. Asal usul rumpun Kadazandusun dipercayai daripada rumpun yang sama kerana mempunyai persamaan dari segi istilah dan bahasa. Rajah 2: Penempatan Masyarakat Lotud Tuaran Rajah 2, menunjukkan penempatan etnik Suang Lotud di Tuaran, Sabah. Kawasan yang berwarna hijau adalah penempatan utama masyarakat ini. Kawasan tersebut terdiri daripada daerah Tuaran, Tenghilan, Tamparuli dan Kiulu. Kawasan ini terletak di antara jalan utama yang menghubungi daerah Ranau dan Kota belud. DOKUMENTASI PAKAIAN TRADISIONAL WANITA Rekaan pakaian tradisional etnik Suang Lotud adalah sangat unik dan menarik melalui reka bentuk dan ragam hias yang tersendiri. Pakaian wanita terdiri daripada sepasang baju dan skirt paras lutut berwarna hitam yang dihiasi dengan sulaman manik dan benang berwarna-warni. Baju dipanggil sebagai sukob manakala skirt dipanggil sebagai gonob. Terdapat dua versi fesyen pakaian Wanita iaitu dipanggil sebagai sukob kopio dan sukob linangkit. Sukob kopio adalah fesyen baju berlengan panjang dan dipadankan dengan gonob sinugitan. Sukob linangkit pula adalah fesyen berlengan pendek dan dipadankan dengan gonob linangkit dan kuluwu. Kedua-dua fesyen baju ini boleh juga dipasangkan dengan gonob sinugitan dan gonob linangkit memgikut upacara seperti perkahwinan. Fesyen kedua- duanya mempunyai persamaan dari segi aksesorinya namun material yang digunakan adalah berbeza terutamnya pada kain gonob. Gonob sinugitan diperbuat daripada kain yang ditenun manakala gonob linangkit diperbuat daripada kain baldu atau kain berwarna hitam yang turut dihiasi dengan motif linangkit32. 32 Linangkit merupakan panggilan kepada motif yang disulam pada gonob. 395","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Berikut merupakan pola lengkap pakaian dan aksesori wanita dalam adat berpakaian etnik Suang Lotud. a. Pakaian 1. Sukob Kopio - baju blaus hitam berlengan Panjang dan direka khas untuk dipasang dengan gonob sinugitan. 2. Sukob linangkit \u2013 baju blaus hitam yang berlengan pendek dan direka khas untuk dipasang dengan gonob linangkit. 3. Gonob sinugitan \u2013 merupakan kain sarung yang ditenun dengan motif garisan melintang. 4. Gonob linangkit \u2013 merupakan kain sarung berwarna hitam yang disulam dengan motif linangkit. 5. Sandai - sejenis selendang panjang berukuran tiga meter. Kain ini dipakai secara melilitnya pada badan (bagi Wanita) dan diletakan di atas bahu sebagai selendang (bagi lelaki). 6. Kuluwu - sejenis selendang yang dijahit secara bersambung pada hujung kain. Kain ini dipakai secara bersilang pada bahu sebelah kanan atau dipakai sebagai penutup kepala serta boleh diletakan di atas tangan kanan sebagai hiasan. Kuluwu dihiasi dengan sulaman linangkit. 7. Haboi - kain putih yang berfungsi sebagai pengikat gonob (kain). b. Aksesori 1. Linangkit \u2013 merupakan nama panggilan kepada motif geometri yang menghiasi gonob dan kuluwu. Gonob linangkit adalah panggilan kepada gonob berwarna hitam dan mempunyai rekaan yang sama dengan gonob sinugitan iaitu, dipakai sepanjang paras lutut. 2. Siwot \u2013 adalah hiasan kepala iaitu, dicucuk pada rambut yang disangul pada pengantin perempuan. 3. Sigar \u2013 adalah hiasan kepala berbentuk bulat yang dihiasi dengan jalur emas dan lilitan rotan berwarna merah. 4. Karoh \u2013 sejenis rantai atau kalung yang diperbuat daripada susunan manik, kaca, kerang dan potongan kayu yang berbentuk kon. 5. Mandapun \u2013 sejenis kalung yang diperbuat daripada kain merah yang dihiasi dengan kepingan emas. 6. Lilimbo \u2013 sejenis tali pinggang sebagai perhiasan yang diperbuat daripada rotan. 7. Botungkat \u2013 sejenis tali pinggang yang diperbuat daripada duit syling berasaskan perak. 8. Simpai \u2013 sejenis gelang tangan yang diperbuat daripada perak. Simpai biasanya dipakai di atas siku tangan. 9. Lasung \u2013 sejenis gelang kaki yang diperbuat daripada perak. 396","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 3: Struktur Pakaian dan aksesori Wanita Suang Lotud Rajah 3 merupakan struktur pakaian dan aksesori wanita Suang Lotud. Struktur pakaian dan askesori ini didominasikan dengan kain warna hitam dihiasan dengan sulaman manik dan benang berwarni-warni. Sulaman linangkit merupakan hiasan yang paling menarik dengan corak sulaman benang berwarna terang seperti merah dan kuning. Selain itu, sukob juga dihiasi dengan motif yang dipanggil ukob dan tinobugi di bahagian hujung lengan. MOTIF SULAMAN LINANGKIT Seni sulaman linangkit etnik Suang Lotud mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri melalui motif dan warna serta kaedah penghasilannya. Motif linangkit mempunyai beberapa variasi motif yang diaplikasikan daripada bentuk geometri seperti motif piniating (berulang), piniutu (bercantum) dan nabur-abur (bertabur atau berselerak). Dominasi warna-warni turut menunjukkan kearifan tempatan iaitu idea nenek moyang menghasilkan variasi warna dan motif linangkit. Linangkit juga dihasilkan dengan teknik sulaman benang untuk menghasilkan motif geometri33 yang berulang serta translasi motif yang menimbulkan corak yang menarik. 33 Masyarakat Rungus di Kudat menyebutnya dengan istilah rinangkit. 397","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 4: Imej Sulaman Linangkit Sumber: Koleksi Pengkaji (2014) Masyarakat zaman dahulu menggunakan benang sebagai asas pembuatan linangkit yang dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi seperti bahan sabut atau serat daun nanas. Sebagai contoh, sabut daun nanas ini dipintal menjadi benang serta diwarnakan dengan kunyit bagi menghasilkan warna kuning dan bahan tursih34 untuk menghasilkan warna hitam. Manakala warna merah pula dihasilkan dengan menggunakan warna alam seperti kulit bakau atau kayu cendana. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan-bahan tersebut semakin pupus setelah bahan-bahan moden yang lebih mudah diperolehi di pasaran. 34 Tursih adalah sejenis cecair hitam yang dicampur dengan tembakau. Ia biasanya digunakan oleh pemakan sireh yang tegar. 398","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 5: Sulaman Linangkit pada Gonob dan Kuluwu Menurut informan35 linangkit adalah satu hasil kerja tangan asli yang diwarisi daripada nenek moyang sejak turun temurun. Mengikut cerita, penyulam linangkit juga terdapat dalam kalangan etnik Iranun di Kota Belud, etnik Rungus di Kudat dan etnik Suang Lotud di Tuaran. Lazimnya, motif linangkit dihasilkan dengan berlatar belakang kain berwarna hitam. Linangkit dihasilkan dengan teknik sulaman benang yang membentuk pola secara membujur dari atas ke bawah sesebuah rekaan corak pakaian. ANALISIS VARIASI MOTIF DAN CORAK SULAMAN LINANGKIT Variasi corak dan motif linangkit adalah bercirikan rupa bentuk geometri yang didominasi dengan bentuk segi tiga dan segi empat. Penggunaan warna- warna terang seperti warna merah, kuning, hitam, hijau dan putih dicipta untuk mengisi setiap bentuk geometri yang dibentuk sehingga menjadi corak yang pelbagai. Corak-corak yang dibentuk disulam secara berulang-ulang bersaiz kecil dan besar. Corak yang ditenun secara berulang membentuk pola-pola corak yang menimbulkan nilai estetika. (i)Piniating (ii) Piniating (iii) Piniutu (iv) Piniutu (v) Piniating (vi) Nabur-abur Rajah 6: Corak Sulaman Linangkit Rajah 6, menunjukkan corak sulaman linangkit iaitu, piniating (berulang), piniutu (bercantum), linodi (bersambung), nabur-abur (bertabur atau berselerak), olinsong sadur (biji tembikai), kinuyung-kuyung (berombak) dan subor (hiasan tambahan). Corak ini terhasil daripada vairasi motif geometri yang akhirnya membentuk corak linangkit yang menarik. 35 Tooi Intingan, 56 tahun, Kampung Panjut Tuaran. Penyimpan pakaian tradisional masyarakat Lotud, 30 Mei 2014. 399","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 (i) Linodi (ii) Piniutu (iii) Linodi (iv) olinsong sadur (v) Piniutu (vi) nabur-abur (vi) nabur-abur (vii) subor Rajah 7: Motif Asas Linangkit Rajah 7 (i) hingga (vii) merupakan pembentukan beberpa variasi motif linangkit. Gabungan daripada corak seperti dalam [Rajah 8 (i \u2013 iv)] telah menghasilkan beberapa variasi linangkit oleh peyulam Lotud. Variasi motif linangkit terbentuk daripada hasil pengulangan corak yang dapat dikelasifikasikan seperti imej translasi, cerminan, putaran, imej pengulangan komposisi, dan penggunaan imej positif-negatif. Dominasi motif linangkit [Rajah 7 (i-vii)] dan [Rajah 7 (i-iv)] diasaskan daripada bentuk segi empat dan segi tiga yang disulam mengikut garis lurus dan berontasikan unsur geometri. (i) Piniutu (ii) Piniating 400","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 (iii) Nabur-abur (iv) Piniating Rajah 8: Variasi Corak Linangkit Rajah 8 (i) hingga (iv) merupakan variasi corak asas linangkit yang disusun secara berulang-ulang dapat menghasilkan pola corak yang menarik. Corak asas linangkit ditransfomasi dengan pengulangan corak dan penggabungan rupa pada corak. Gabungan corak asas ini telah menghasilkan variasi linangkit untuk menghiasi sesebuah pakaian masyarakat Lotud. TRANSFORMASI SULAMAN LINANGKIT DALAM TEKNOLOGI MODEN Etnik suang Lotud amat berpegang kepada warisan tradisi sulaman linangkit sehingga menubuhkan satu persatuan yang menghimpunkan kebudayaan Suang Lotud seperti Linangkit Cultural Village di Kampung Selupoh, Tuaran, Warisan Budaya Lotud di Kampung Tagas, Tuaran dan sekolah adat di KKIP. Penubuhan beberapa persatuan ini membuktikan bahawa seni warisan linangkit mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan etnik suang Lotud. Hal ini kerana, sulaman linangkit secara keseluruhannya mencerminkan peranannya dalam kebudayaan etnik Suang Lotud. Etnik Suang Lotud juga memanfaatkan persatuan-persatuan kebudayaan ini supaya amalan adat mereka sentiasa terjaga agar tidak dilupakan oleh generasi muda. Rajah 9: Corak Linangkit dalam cetakan kain Dalam era teknologi masa kini, seni warisan tradisi mempunyai persaingan dari segi minat dan amalan generasi muda. Oleh itu, terdapat 401","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 beberapa inisiatif persatuan dan pengusaha untuk menghasilkan corak linangkit dalam variasi moden seperti cetakan menggunakan mesin sublimation. Cantek borneo yang terletak dia daerah Tuaran telah mengkomersilkan produk-produk pakaian yang bercirikan corak linangkit dalam perniagaan mereka. Transformasi corak linangkit telah mendapat sambutan yang memberansangkan dan diterima pakai oleh generasi muda masa kini. Rajah 10: Corak Linangkit dalam aksesori Pengusaha moden ini juga mendapat sokongan dan bantuan daripada kementerian pelancongan dan kraf tangan Malaysia dalam usaha megkomersialkan produk tempatan yang berkualiti. Penghasilan produk moden yang berkonsepkan corak tradisi linangkit telah melonjakkan identiti etnik Suang Lotud yang semakin popular di pasaran. KESIMPULAN Sulaman linangkit merupakan seni warisan pusaka dan lambang kebanggan etnik Suang Lotud. Seni warisan ini wajar didokumentasikan sebagai satu warisan budaya yang sangat bernilai. Variasi motif dan corak linangkit merupakan identiti etnik Suang Lotud yang tidak ada pada etnik lain di Sabah. Proses penghasilan seni sulaman secara tidak semudah yang disangka dari segi penyediaan, kearifan dan kekemasan. Amalan warisan ini perlu dikekalkan walaupun bersaing dengan produk moden. Sokongan perlu diberikan kepada pengusaha-pengusaha yang menghasilkan produk moden yang mengaplikasikan corak linangkit dalam produk mereka. 402","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 RUJUKAN Ann Marie Sullivan. 2016. Cultural Heritage & New Media: A Future for the Past, 15 J. MARSHALL REV. INTELL. PROP. L. 604 A. Samad Hadi. 1983. Pendekatan Kajian Etnografi Sabah. Sabah: Universiti Kebangsaan Malaysia: Evans, I.H.N. 1923. Religion, folkfore in North Borneo and the Malay Peninsula. Landon: the Cambridge University Press. G.C Woolley & Danny Wong Tze Ken. 2006. Tuaran Adat. Kota Kinabalu: Published by Natural History Publication (Borneo) Sdn. Bhd Irene Benggon-Charutuks. 1992. Cultures, Customs and Traditionas of Sabah. Kota Kinabalu: Sabah Tourism Promotion Corporation. Owen S. K. dan Daniel S. S. 1989. Pesta Kaamatan. Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah. Rita Lasimbang. 1997. An Introducation to the traditional Costum Of Sabah. Kota Kinabalu Sabah: Natural History Publicition. Shim P.S. 2007. Inland People of Sabah before During and After Nunuk Ragang. Kota Kinabalu: Borneo Culture Heritage Publisher. Sylvester Saraban Daniel Buku. 1989. Pesta Kaamatan. Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah. Informan Poulina Sarabun, 46 tahun, Kampung Tagas Tuaran. Ketua pertubuhan kebudayaan daerah Tuaran (Warisan Budaya Lotud), 30 Mei 2014. Sibah Bolong, 79 tahun, Kampung Raganan Tuaran. Momolian dalam adat molukas dan bambarayon ataupun semangat padi, 13 Mei 2014. Tooi Intingan, 56 tahun, Kampung Panjut Tuaran. Penyimpan pakaian tradisional masyarakat Lotud, 30 Mei 2014. 403","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 KEMAHIRAN ASAS KOMUNIKASI BAHASA MELAYU DALAM KURSUS PENGAJIAN AM PROGRAM MATRIKULASI Noraihan Ismail [email protected] Kolej Matrikulasi Kelantan, KPM Anita Mohamed [email protected] Kolej Matrikulasi Pahang, KPM Surizawati Shaafi [email protected] SMK Berserah, Kuantan, Pahang Asmawati Mohamad Ali, PhD [email protected] Kolej Matrikulasi Pahang, KPM ABSTRAK Kemahiran komunikasi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam kalangan pelajar Kursus Pengajian Am Program Matrikulasi melibatkan kemahiran asas komunikasi, temu duga dan pengucapan awam. Reka bentuk pendekatan kualitatif ini hanya melibatkan tinjauan terhadap kemahiran komunikasi yang melibatkan enam atribut iaitu komunikasi bertulis, kemahiran mendengar, komunikasi bukan lisan, kemahiran komunikasi visual, komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan audien. Hasil pembelajaran (HP) kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM) ialah penggunaan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Pentaksiran oleh pensyarah terhadap pelajar boleh ditambah nilai menggunakan pendekatan kualitatif melalui sesi temu bual dan kaedah senarai semak pemerhatian bagi memantapkan hasil pembelajaran menerusi hasil tugasan resume video dalam kalangan pelajar kursus PAM. Dapatan tinjauan awal analisis keperluan menunjukkan kemahiran asas komunikasi dapat ditingkatkan dan bahasa Melayu pelajar kursus PAM juga dapat dikuasai dengan lebih baik serta berkesan. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan hasil pembelajaran mereka melalui proses kerjasama dalam pembentukan kumpulan. Kata Kunci: kemahiran asas komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), hasil pembelajaran, resume video serta kerja berkumpulan. 404","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 i. Latar Belakang Kajian Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai bahasa pengantar dalam komunikasi dalam pelbagai konteks. Berikut adalah beberapa situasi bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar: 1. Komunikasi harian: Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan Brunei, dan merupakan bahasa ibunda bagi kebanyakan penduduk di kedua-dua negara ini. Oleh itu, dalam kehidupan harian, orang ramai menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja, sahabat, dan keluarga. 2. Pekerjaan dan perniagaan: Bahasa Melayu di Malaysia digunakan dalam persekitaran pekerjaan dan perniagaan yang menjadi bahasa pengantar di banyak syarikat dan organisasi, terutamanya dalam perbincangan rasmi, perjumpaan, dan surat-menyurat rasmi. 3. Sekolah dan pendidikan: Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di sekolah- sekolah Malaysia. Guru dan pelajar menggunakan Bahasa Melayu untuk pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran. Selain itu, universiti dan institusi pendidikan tinggi juga menggunakan Bahasa Melayu dalam kuliah, tutorial, dan penulisan akademik. 4. Media dan hiburan: Bahasa Melayu adalah bahasa yang dominan dalam media cetak, televisyen, dan radio di Malaysia dan Brunei. Rancangan televisyen, filem, majalah, akhbar, dan radio menghantar mesej dan maklumat dalam Bahasa Melayu kepada penonton dan pembaca. 5. Perhubungan kerajaan dan undang-undang: Dalam konteks kerajaan dan undang-undang, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam perbicaraan mahkamah, perundangan, dan proses pentadbiran kerajaan. Dokumen seperti undang-undang, perlembagaan, peraturan, dan perjanjian ditulis dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa dalam persekitaran global yang semakin berhubung, kecekapan dalam bahasa Inggeris juga semakin penting. Dalam komunikasi antarabangsa atau dalam konteks profesional yang melibatkan pihak luar negara, penggunaan bahasa Inggeris sering kali diperlukan atau dihargai. Oleh itu, bahasa Melayu boleh digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai situasi komunikasi di Malaysia dan Brunei, tetapi penting juga untuk mempertimbangkan keperluan dan konteks khusus yang mungkin memerlukan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa lain. Tinjauan Literatur Menurut hasil kajian oleh Fariza, Rohana, Mohd, Asmah, Hamidah, Rozaini, Siti dan Harun (2018) diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di UKM yang boleh memberikan panduan kepada pihak berkuasa universiti dalam memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek pentadbiran dan pengurusan, serta membolehkan mereka mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa yang penting dalam konteks universiti mankala Sa\u2019adiah (2015) berpandangan bahawa pemilihan bahasa harus didasarkan pada kemampuan pengguna untuk memahami dan mengungkapkan diri dalam bahasa yang dipilih. 405","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Penting untuk menggunakan bahasa yang dikuasai dengan baik agar pesan dapat disampaikan dengan jelas dan efektif. Teknologi komunikasi moden memberi peluang baharu untuk memperkasakan bahasa Melayu. Aplikasi, halaman laman sesawang dan alatan lain menjadikan pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu mudah. Walau bagaimanapun, cabaran di sini ialah bagaimana untuk memastikan kebolehcapaian dan penggunaan teknologi ini meliputi semua peringkat masyarakat dan tidak menambah jurang digital. Kesimpulannya, bahasa Melayu menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini terutamanya dalam hal persaingan dengan bahasa Inggeris dan perubahan dalam penggunaan bahasa. Namun, dengan usaha yang tepat dalam memperkuatkan pengajaran bahasa Melayu, menggalakkan penggunaan dalam domain profesional, dan memanfaatkan teknologi secara efektif, bahasa Melayu masih boleh dipertahankan (Nurm, 2022). Sementara itu, Norliza (2017) menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat ilmu akan membantu mengukuhkan jati diri kebangsaan dan semangat perpaduan dalam kalangan warganegara. Sifat pengucap yang berkesan ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan, serta berkepribadian dan berperawakan baik. Terdapat lima prinsip asas dalam pengucapan awam iaitu pengumpulan isi, penyusunan isi, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan. Langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan untuk berucap dengan berkesan ialah menangani kegugupan, menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri, mengumpul idea dan maklumat, mengatur bahan ucapan, merancang pengenalan ucapan, merancang penutup ucapan, membuat latihan berucap serta menyampaikan ucapan (Abdul Mua\u2019ti, 2022), ii. Penyataan Masalah Terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul dalam berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Berikut adalah beberapa kaitan antara bahasa Melayu dengan masalah dalam komunikasi seperti yang berikut: 1. Penguasaan bahasa yang terhad: Individu yang bukan penutur asli bahasa Melayu atau yang tidak fasih dalam bahasa ini mungkin menghadapi kesukaran untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas. Masalah dalam penggunaan tatabahasa, perbendaharaan kata yang terhad, atau sebutan yang salah boleh menyebabkan salah faham dan kesilapan dalam komunikasi. 2. Perbezaan dialek dan loghat: Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek dan loghat yang berbeza di seluruh wilayah Melayu. Perbezaan ini boleh menyebabkan kesukaran memahami perbualan antara penutur bahasa Melayu daripada latar belakang dialek yang berbeza. Selain itu, loghat dan intonasi yang berbeza juga boleh mengganggu pemahaman komunikasi. 3. Keaslian istilah dan pepatah: Bahasa Melayu sering tertakluk kepada perkembangan dan penggunaan istilah baharu. Bagi mereka yang tidak memahami perkembangan ini, istilah baharu atau teknikal yang digunakan dalam bidang khusus seperti sains, teknologi atau undang-undang mungkin sukar difahami. Ini boleh menghalang komunikasi yang berkesan dalam konteks. 4. Perbezaan budaya dan konteks: Komunikasi berkesan bukan sahaja melibatkan penggunaan bahasa yang sesuai, tetapi juga memahami budaya dan konteks bahasa yang digunakan. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan 406","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 nilai budaya dan adat resam tertentu. Kejahilan atau kurang memahami norma budaya Melayu dan konteks komunikasi boleh membawa kepada ketidakseimbangan dan salah faham dalam komunikasi. 5. Perbendaharaan kata yang terhad: Bahasa Melayu mungkin menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan moden dan keperluan komunikasi yang kompleks. Terdapat situasi perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu mungkin tidak mencukupi untuk menyampaikan maklumat khusus atau teknikal. Hal ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menyampaikan konsep atau idea dengan tepat. Bagi mengatasi masalah dalam berkomunikasi dalam bahasa Melayu adalah penting untuk meningkatkan penguasaan bahasa, mempelajari istilah teknikal dalam bidang berkaitan, dan memahami budaya dan konteks komunikasi yang dimaksudkan. Melalui amalan dan pengalaman, seseorang itu boleh meningkatkan kebolehan dan kefasihan seseorang dalam menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi harian dan profesional. iii. Objektif Kajian Terdapat dua objektif utama yang ingin dicapai dalam kajian kes ini adalah seperti yang berikut: 1. Apakah amalan PdP pensyarah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan penguasaan bahasa Melayu yang berkesan dalam kalangan pelajar Kursus PAM? 2. Sejauh manakah hasil pembelajaran tugasan resume video dapat meningkatkan kemahiran komunikasi penguasaan bahasa Melayu yang berkesan dalam kalangan pelajar Kursus PAM? iv. Metodologi\/Kaedah Kajian Reka bentuk pendekatan kualitatif analisis kajian keperluan ini melibatkan tinjauan terhadap kemahiran komunikasi yang melibatkan enam atribut iaitu komunikasi bertulis, kemahiran mendengar, komunikasi bukan lisan, kemahiran komunikasi visual, komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan audien melalui tugasan resume video. v. Dapatan Kajian Hasil dapatan kajian menunjukkan kemahiran asas komunikasi dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus wajib PAM adalah seperti yang berikut: Amalan PdP melalui HP Terdapat lapan sampel pelajar yang terlibat secara langsung tugasan resume video. dalam kajian ini; Dapatan 1: MN MF Setiap pelajar diminta Dapatan 2: PKS Dapatan 3: ACH memberi komentar dan Dapatan 4: BHAH Dapatan 5: HUMN ulasan tentang penghasilan tugasan 407","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 resume video. Dapatan 6: NHAH Dapatan 7: SST Dapatan 8: NZ i) Nyatakan beberapa Dapatan 1: Dapat menambah keyakinan diri dari segi kelebihan penghasilan komunikasi, cara percakapan lebih baik dan berintonasi resume video. - Dapat mengetahui kelebihan-kelebihan penyampai dengan lebih baik - Dapat mempelajari tatabahasa yang betul - Dapat kelebihan baru seperti menyunting video. Dapatan 2: Lebih bersedia dan mahir untuk menyediakan resume bagi sesi temu duga yang akan datang seperti temu duga oleh pihak universiti. - Berpeluang untuk melatih penyampaian diri bagi mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi. - Dapat merancang cara penyampaian dengan teliti dan teratur. Dapatan 3: Panel penilai dapat melihat skill editing oleh calon - Penemuduga dapat menguji keyakinan calon apabila berinteraksi. Dapatan 4: Lebih mahir berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Dapatan 5: Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cara penghasilan video resume yang terbaik - mencungkil bakat pelajar - meningkatkan teknik berkomunikasi. Dapatan 6: Melatih diri supaya tidak gementar semasa bercakap dalam khalayak ramai - memberi pengalaman kepada diri untuk bercakap secara formal. Dapatan 7: Dapat mempelajari cara mengagihkan tugas dalam kumpulan, bekerjasama untuk menyiapkan video, dan sebagai penulis skrip saya telah menambahkan ilmu pengetahuan tentang tajuk pembentangan. - Saya juga telah menambahkan perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu yang akan membantu semasa sesi temu duga pada masa hadapan. Dapatan 8: Dapat mengetahui kelemahan dan kemahiran diri. - Dapat memperlihatkan skill komunikasi yang baik kepada penemu duga. - Lebih meyakinkan berbanding resume secara bertulis kerana boleh menunjukkan keyakinan diri ketika bercerita tentang kemahiran. ii) Nyatakan juga beberapa Dapatan 1: Dari segi penghafalan skrip kurang kelemahan penghasilan - Info terlalu padat resume video. Dapatan 2: Memakan masa yang panjang untuk menghasilkan video resume - Kekurangan interaksi antara penemu duga dengan calon. Dapatan 3: Memakan masa yang lama untuk disiapkan. Dapatan 4: Gangguan bunyi, kualiti kamera yang agak rendah serta suara tidak jelas kedengaran. 408","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Dapatan 5: Memerlukan teknologi terkini seperti telefon pintar yang mempunyai kualiti kamera yang baik - proses menyiapkan video mengambil masa yang agak panjang. Dapatan 6: Terdapat banyak rintangan. Dapatan 7: Cuaca hujan pada semasa sesi penggambaran video - Jadual yang padat menyebabkan kekurangan masa untuk menyiapkan video. Dapatan 8: Penemu duga perlu mengambil masa menonton video temu duga. - Masalah bagi seorang yang tidak suka berdiri di hadapan kamera. - Perlu mengambil masa yang lama untuk menyunting dan merakam video resume. iii) Beberapa kesan Dapatan 1: Banyak mengajar tentang keyakinan diri penghasilan resume video - Cara percakapan yang dapat menambah keyakinan diri kepada diri pelajar Dapatan 2: Dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri - mendorong eksplorasi pelajar tentang kerjaya masa depan - melatih diri untuk mempromosikan diri sendiri. Dapatan 3: Dapat menambah keyakinan diri apabila berkomunikasi di hadapan kamera mahupun dalam khalayak ramai. Dapatan 4: Saya dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi, dan dapat mengetahui cara yang berkesan supaya orang yang melihat video itu terkesan dan lebih yakin dengan saya. Dapatan 5: Meningkat teknik berkomunikasi - meningkatkan keyakinan diri ketika berada di hadapan kamera. Dapatan 6: Menanam semangat bekerjasama dalam menghasilkan video yang terbaik. Dapatan 7: Lebih fasih berbahasa Melayu - Telah merapatkan hubungan dengan ahli kumpulan saya - Saya juga telah menunjukkan kreativiti dalam penulisan skrip - memperoleh banyak pengetahuan tentang tajuk pembentangan. Dapatan 8: Menjadi lebih mahir dan yakin untuk berkomunikasi menggunakan tatabahasa yang betul. - Dapat memperbetulkan kontak mata kepada kamera seolah berbicara dengan penemu duga dan menjadi lebih yakin. iv) Komen terhadap Dapatan 1: Madam A seorang pensyarah yang baik hati, pensyarah menepati masa, banyak membantu saya dalam kursus pengajian am seperti cara bercakap dan menyampaikan maklumat dengan baik. Malah madam juga banyak membantu saya dalam mengenali sejarah Malaysia dan menteri-menteri di Malaysia. Dapatan 2: Pensyarah memantau dan membimbing pelajar 409","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dengan komitmen dan teliti serta memberi pengetahuan yang luas kepada pelajar. - Pensyarah mendorong pelajar untuk meneroka isu-isu semasa yang luas dan pelbagai. Dapatan 3: Maklumat yang ingin disampaikan jelas diterima oleh pelajar. Dapatan 4: Maklumat yang disampaikan dan diterangkan oleh pensyarah, sangat jelas dan mudah difahami. - Sesi pengajaran yang menarik dan mudah difahami. Dapatan 5: Segala maklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami - Pengajaran amat menarik dan berkesan. Dapatan 6: Mesej yang disampaikan oleh pensyarah sangat mudah difahami. Dapatan 7: Pensyarah telah menyemak setiap proses penghasilan video untuk memastikan kami membuat projek dengan betul - pensyarah menggalakkan pelajar untuk mengemukakan isu-isu berkait dengan tajuk - pensyarah banyak menghantar artikel berkaitan dengan isu semasa. Dapatan 8: Pensyarah amat berdedikasi dalam mengajar dan sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengetahuan pelajar. Kelebihan hasil pembelajaran melalui tugasan; 1} menambah keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang baik, lancar dan berkesan; 2) mempelajari tatabahasa yang betul; 3) kemahiran baru seperti suntingan dan hasil resume video yang baik; 4) membantu persediaan awal; 5) latihan meningkatkan kemahiran dan teknik berkomunikasi; 6) merancang penyampaian yang teliti dan teratur, latihan menangani kegugupan dan penyampaian secara formal; 7) agihan tugasan dalam kerja berkumpulan dan bekerjasama; 8) berilmu pengetahuan dalam pembentangan; 9) menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu; serta 10) mengenal pasti kelemahan diri untuk ditingkatkan. Kelemahan hasil pembelajaran melalui tugasan: 1) kurang penguasaan kemahiran lisan; 2) info terlalu padat; 3) tempoh masa yang panjang; 4) kurang interaksi; 5) gangguan persekitaran seperti bunyi, kualiti gajet, kekangan masa, faktor cuaca dan suara tidak jelas; 6) penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK); 7) penilaian oleh panel; serta 8) proses suntingan. Kesan: 1) meningkatkan keyakinan diri; dorongan eksplorasi pelajar tentang kerjaya masa depan; 2) latihan untuk mempromosikan diri; mempelajari kemahiran dan teknik berkomunikasi; 3) mengetahui cara yang berkesan penghasilan video; 4) menanam semangat bekerjasama dalam kumpulan; 5) lebih fasih berbahasa Melayu; 6) kreativiti dalam penulisan skrip dan pengetahuan tentang tajuk pembentangan; serta 7) menggunakan tatabahasa yang betul. 410","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Komen terhadap pensyarah: 1) Baik hati, menepati masa, banyak membantu dan menyampaikan maklumat dengan baik dan jelas serta mudah difahami; 2) membantu mengenali sejarah Malaysia dan menteri-menteri di Malaysia; 3) memantau dan membimbing pelajar dengan komitmen dan teliti serta memberi pengetahuan yang luas kepada pelajar; 4) mendorong pelajar untuk meneroka isu-isu semasa yang luas dan pelbagai; 5) maklumat sangat jelas dan mudah difahami; 6) sesi pengajaran yang menarik dan mudah difahami serta berkesan; 7) bimbingan setiap proses penghasilan video untuk memastikan projek dilaksanakan dengan betul; 8) menggalakkan pelajar untuk mengemukakan isu-isu berkait dengan tajuk dan menghantar artikel berkaitan dengan isu semasa; serta 9) amat berdedikasi dalam mengajar dan juga sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pengetahuan pelajar. vi. Kesimpulan Ringkas \/ Cadangan Penambahbaikan Pentaksiran oleh pensyarah terhadap pelajar boleh bertambah nilai menggunakan pendekatan kualitatif melalui sesi temu bual dan kaedah pemerhatian bagi memantapkan hasil pembelajaran. Amalan PdP pensyarah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Kursus PAM. Para pelajar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Amalan pengajaran secara dua hala yang berteraskan komunikasi lisan dan penulisan disesuaikan dengan kemampuan dan kebolehan setiap pelajar. Komunikasi lisan dan bertulis dalam amalan PdP pensyarah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan pelajar Kursus PAM yang boleh mencapai penguasaan interaksi lisan yang baik apabila menggunakan teknik penyoalan, penerangan, arahan, kawalan, penggiliran, pengembangan idea, perbincangan, dan penilaian. Komunikasi lisan dan bertulis pensyarah dalam sesi kuliah atau kelas tutoran mampu mencetuskan idea fikiran, berkongsi maklumat, pengalaman dan membincangkan isu-isu pendidikan terbaru. Oleh itu, amalan PdP pensyarah mampu menghasilkan suasana yang aktif dengan keyakinan pensyarah mengajar dan mengendalikan kuliah berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Penguasaan kemahiran komunikasi merupakan kemahiran asas yang diperlukan dalam apa-apa juga bidang pekerjaan yang diceburi yang merupakan asas dalam setiap perhubungan dan kunci kejayaan. Hasil pembelajaran tugasan resume video dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan sekaligus meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kursus PAM. Kemahiran berkomunikasi sangat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar demi keperluan kerjaya mereka pada masa hadapan (Ab Rahman et al. 2019; Ngadiman & Jamaludin 2018; dan Ting et al., 2017). Cabaran ini disedari oleh pihak kementerian dan dinyatakan dengan jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 (KPM, 2015). Aspirasi pelajar yang terkandung dalam pelan tersebut memberi fokus untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran kepemimpinan termasuk sebagai komunikator yang berkesan, cerdas emosi dan mampu berinteraksi merentas budaya, bertanggungjawab, berdaya saing, cekal dan yakin. Kajian-kajian lepas mendapati kemahiran komunikasi berkesan merupakan aspek keterampilan graduan yang dinilai tinggi oleh majikan iaitu mencakupi aspek pakaian, kekemasan diri, gaya komunikasi dan keyakinan diri (Abdullah et al. 2019; 411","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Fadhil et al., 2021; Norman et al., 2017; dan Ting et al., 2017). Kemahiran komunikasi sangat penting ditonjolkan semasa temu duga pekerjaan kerana kemahiran tersebut dianggap dapat menjamin keberkesanan pekerjaan yang akan dilakukan kelak (Iksan et al., 2012). Kemahiran komunikasi turut menjadi tunjang kepada kejayaan kerja berpasukan dan urusan pelanggan (Ab Rahman et al., 2019; dan Khambayat, 2017). Hasil pembelajaran tugasan resume video dalam kalangan pelajar kursus PAM dapat diterapkan secara bersesuaian dalam pengajaran untuk membantu para pelajar berkomunikasi secara lebih yakin dan berkesan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi mendapatkan peluang kerjaya pada masa hadapan. Kesimpulannya, diharapkan semua pihak menggalakkan pelajar untuk menguasai kemahiran komunikasi terutamanya bahasa Melayu. Selain itu, semua pihak yang terlibat juga perlu memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memperkembangkan kemahiran asas komunikasi pelajar terutamanya persediaan menghadapi temu duga dan seterusnya persediaan di institut pengajian tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan masa depan. Hal ini bagi memastikan negara Malaysia terus maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 412","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abdul Mua\u2019ti@Zamri Ahmad. (2022). Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fariza, Rohana, Mohd, Asmah,Hamidah, Rozaini, Siti dan Harun. (2018). Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia GEMA Online\u00ae Journal of Language Studies Volume 18(1), February 2018 dicapai di laman sesawang: http:\/\/doi.org\/10.17576\/gema-2018-1801-11 Sa\u2019adiah Ma\u2019alip. (2015). Pemilihan Bahasa dalam Komunikasi di Laman Sosial. Jurnal Komunikasi Malaysian (Journal of Communication) Jilid 31(2) 2015: 231-246. Nurm Mustafa. (2021). Cabaran Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi dicapai di laman sesawang: https:\/\/www.researchgate.net\/publication\/360723497. Norliza Jamaluddin. (2017). Upaya Bahasa Melayu Sebagai Sarana Ilmu. Conference: Simposium Internasional Upaya Peningkatan Kembali Bahasa Melayu sebagai Alat Pemersatu Kawasan Asia Tenggara At: Universitas Indraprasta PGRI, Jakarta Indonesia. Zawiyah M. Yusof. Kemahiran Komunikasi dicapai di laman sesawang; https:\/\/www.researchgate.net\/publication\/301008365_KEMAHIRAN_KOMUNIK ASI. Kadir. F.R & Hamzah.Z.A. (2017), Bahasa antara dalam komunikasi lisan penutur melayu dan penutur bukan Melayu, 1-16 International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL),. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Zakaria.N.S & Azmi.N.A. (2019), Amalan kemahiran komunikasi bukan lisan dalam pengajaran Bahasa Arab Melalui Medium Youtube, Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN) 2019, KUIS. 413","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ANALISIS KEKHILAFAN UMUM BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN RESUME PELAJAR KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI Asmawati Mohamad Ali, PhD Kolej Matrikulasi Pahang, KPM [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kekhilafan umum bahasa Melayu yang lazim dalam penulisan resume pelajar kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM). Analisis terhadap kesilapan lazim yang tidak disengajakan atau kekhilafan umum ini berupaya untuk menajamkan lagi tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul serta tepat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap tinjauan literatur kesalahan lazim bahasa Melayu dalam negara. Selain itu, pengkaji turut menggunakan pendekatan teknik pemerhatian melalui pentaksiran hasil penulisan resume pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesilapan bahasa yang lazim oleh para pelajar iaitu kesilapan ejaan, penggunaan tanda baca, kata nama dan struktur ayat. Kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu dan pensyarah Pengajian Am Matrikulasi menambah baik sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih baik serta berkesan dalam memartabatkan Dasar Bahasa Kebangsaan. Kata Kunci: Kekhilafan umum, kesalahan bahasa, struktur ayat, kata nama dan penulisan resume. 414","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 i. Latar Belakang Kajian Sejarah ringkas bahasa Melayu asal usulnya bermula dari Bahasa Melayu Kuno pada Batu-batu Bersurat Abad Ketujuh diikuti pada zaman kerajaan Sriwijaya, Melaka dan selepasnya, dalam zaman pemerintahan Belanda dan Inggeris serta kini dalam zaman baharu. Bahasa Melayu dan perancangannya pula melibatkan pengekodan serta pemupukan ke arah masa depan bahasa Melayu. Terdapat beberapa ragam bahasa dalam bahasa Melayu iaitu ragam lisan, ragam tulisan atau bahasa surat, bahasa- bahasa daerah dan juga laras Bahasa Melayu Moden. Tatabahasa Melayu memperihalkan beberapa bahagian iaitu morfologi, pembentukan kata, golongan kata, kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata tugas, dan pembentukan perkataan baharu. Sementara itu, sintaksis pula terdiri dari struktur binaan ayat, pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan, susunan dalam ayat, urutan kata, ragam ayat, jenis ayat serta sintaksis dan juga aspek-aspek tatabahasa yang lain. Antaranya frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat, ayat tunggal, ayat majmuk, dan proses penerbitan ayat (Nik Safiah, Farid, Hashim & Abdul Hamid, 2008). Frasa Nama (FN) dalam Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Sintaksis merupakan antara perbincangan awal yang diberikan keutamaan diikuti dengan Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FSN) sebelum proses penerbitan ayat. FN merupakan binaan yang mengandungi satu atau beberapa perkataan yang berperanan sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Terdapat lima fungsi FN iaitu unsur-unsur seperti subjek, predikat, objek, pelengkap, dan FSN (Abdul Ghalib & Muhammad Norrudin, 2017c). Pembentukan kata bahasa Melayu akan menghasilkan pembentukan ayat atau juga dikenali sebagai binaan daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek perkataan hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk ayat yang tertentu. ii. Penyataan Masalah Laman sesawang Portal Jawatan Kosong Terkini (2018) menggariskan antara kesilapan yang sering dilakukan dalam penulisan resume adalah seperti banyak salah ejaan, tatabahasa dan juga format diikuti penulisan objektif yang tidak tepat. Kesilapan- kesilapan ini memungkinkan permohonan calon ditolak atau gagal kerana kesilapan ini secara tidak langsung memamerkan nilai-nilai keperibadian calon secara tidak langsung. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti bersifat sambil lewa, kecuaian, lalai, kurang cermat atau tidak teliti dalam setiap tugasan, tahap kemahiran berbahasa dan lain-lain andaian negatif oleh pihak penilai. iii. Objektif Kajian Terdapat dua objektif utama kajian ini seperti yang berikut: 1. Mengenal pasti kekhilafan umum penggunaan tatabahasa dalam penulisan resume pelajar kursus Pengajian Am Matrikulasi. 2. Mengenal pasti kekhilafan umum penggunaan struktur ayat dalam penulisan resume pelajar Pengajian Am Matrikulasi. 415","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 iv. Metodologi\/Kaedah Kajian Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen serta teknik pemerhatian. Kaedah analisis kandungan teks kesalahan lazim bahasa Melayu ini hanya melibatkan aspek-aspek kesilapan ejaan, penggunaan tanda baca, kata nama dan struktur ayat malah kajian dalam penyelidikan pendidikan ini hanya terhad kepada beberapa tinjauan literatur dalam negara yang berkaitan sahaja. Sementara itu, kaedah pemerhatian juga menggunakan beberapa sampel tugasan penulisan resume pelajar kursus wajib PAM semester I dan II sesi ambilan 2022\/2023. v. Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kekhilafan umum atau kesilapan bahasa Melayu yang lazim oleh pelajar iaitu kesilapan ejaan, penggunaan tanda baca, kata nama dan struktur ayat penulisan resume dalam kalangan pelajar kursus PAM dipaparkan pada Jadual 1 hingga Jadual 5 adalah seperti yang berikut: Jadual 1. Bilangan pelajar kursus Pengajian Am Matrikulasi kelas tutoran Subject Matter Expert (SME) ___________________________________________________________ Sesi Ambilan Semester I Semester II Bil. Pelajar 2022\/2023 ___________________________________________________________ Lelaki 61 50 111 Perempuan 112 134 246 JUMLAH 173 184 357 ___________________________________________________________ (Sumber: Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial, KMPh) Jadual 2. Kekhilafan umum bahasa Melayu bagi kesilapan lazim ejaan ___________________________________________________________ Ejaan Kesalahan Pembetulan ___________________________________________________________ Huruf Besar dan Huruf Kecil Bin\/ Binti bin\/binti A\/L@ A\/P a\/l@a\/p Dieja Rapat atau Jarak anti-dadah antidadah pasaraya pasar raya olah raga olahraga Kata Pinjaman Bahasa Inggeris sub-bidang subbidang profession profesion profail\/ profile profil Bentuk Bebas bumi putera\/putra bumiputera hajjah hajah maksima maksimum Kata Majmuk dikampung di kampung penguatkuasa penguat kuasa Kata Sendi Nama disekolah di sekolah 416","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kekampung ke kampung ___________________________________________________________ Jadual 3. Kekhilafan umum bahasa Melayu bagi penggunaan tanda baca _________________________________________ Tanda Baca Kesalahan Pembetulan ___________________________________________________________ Tanda Sempang (-) e-mail\/ emel e-mel 1980an 1980-an Tanda Pisah\/ Hingga ( - ) 100-200 100 - 200 Januari-Mac Januari- Mac Tanda Koma (,) 25000, 25000 1,2,3, 1, 2, 3, Titik Bertindih (:) Nama : Nama: Pencapaian : Pencapaian: Tanda Noktah En En. Dr Dr. ___________________________________________________________ Jadual 4. Kekhilafan umum bahasa Melayu bagi kata dan frasa nama ___________________________________________________________ Kata Nama (KN)\/ Kesalahan Pembetulan Frasa Nama (FN) ___________________________________________________________ KN Khas puan anita Puan Anita sarawak Sarawak FN (Inti + Penerang Nama) kaum iban kaum Iban FN (Inti + Bukan Penerang Nama) hospital di cukai hospital di Cukai Hukum D-M ___________________________________________________________ Jadual 5. Kekhilafan umum bahasa Melayu bagi struktur ayat ___________________________________________________________ Strukur Ayat Kesalahan Pembetulan ___________________________________________________________ i- Bilangan ordinal Tempat yang pertama Tempat pertama Anak yang ke-2 Anak kedua ii- Kata adjektif Orang rajin Seorang yang rajin iii- Ketepatan ` Bahasa Komunikasi Kemahiran Penggunaan Patah Hubungi di\u2026\u2026. komunikasi Hubungi\/Sila hubungi Perkataan Pencapaian & Kokurikulum Aktiviti Kokurikulum iv- Imbuhan Penglibatan Pelibatan Pengurusan Masa Menguruskan Masa Tepati Masa Menepati Masa ___________________________________________________________ Dapatan kajian melalui kaedah pemerhatian menunjukkan bahawa terdapat kekhilafan umum atau kesilapan bahasa Melayu yang lazim oleh pelajar iaitu kesilapan ejaan, 417","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 penggunaan tanda baca, kata nama dan struktur ayat penulisan resume dalam kalangan pelajar kursus PAM dipaparkan pada Rajah 1 hingga Rajah 12 adalah seperti yang berikut: Rajah 1: Sampel #1 418","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 2: Sampel #2 Rajah 3: Sampel #3 419","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 4: Sampel #4 Rajah 5: Sampel #5 420","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 6: Sampel #6 Rajah 7: Sampel #7 421","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 8: Sampel #8 Rajah 9: Sampel #9 422","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 10: Sampel #10 Rajah 11: Sampel #11 423","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 12: Sampel #12 Kekhilafan umum dalam bahasa Melayu bagi kata majmuk dieja secara terpisah. Namun demikian, antara ejaan kata majmuk yang dianggap mantap tetapi dieja secara terpisah dalam penulisan resume pelajar adalah seperti antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, olahraga, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tanggungjawab dan warganegara. Terdapat beberapa jenis Kata Adjektif (KA) yang ditulis dalam resume pelajar seperti jenis-jenis sifatan (cemerlang, gigih, giat dll); jarak (dekat, jauh, hampir); warna (biru, merah, hitam, putih dll) yang juga perlu dikenal pasti kekhilafan umum atau kekhilafan umum dalam bahasa Melayu. Contoh KA Emotif yang digunakan pula adalah seperti cinta atau kasih akan negara, semangat patriotik yang tinggi, baik dan sopan serta hormat akan ibu bapa. Jika penulisan resume yang berbentuk pilihan jawapan, terdapat Kata Nafi seperti bukan atau tidak yang berlawanan bagi perkataan Ya. Kata Pemeri ialah dan adalah pula digantikan dengan penggunaan noktah bertindih (:) bagi meringkaskan kaedah penulisan resume tersebut. Walau bagaimanapun, letakkan noktah bertindih tersebut lazimnya ditulis secara berdiri dengan sendirinya atau bersifat tunggal walhal penggunaan noktah bertindih (: ) perlu dirapatkan pada huruf yang terakhir seperti contoh yang berikut: dan bukannya yang berikut :. vi. Kesimpulan Ringkas \/ Cadangan Penambahbaikan Secara kesimpulannya, kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu dan pensyarah Pengajian Am Matrikulasi menambah baik sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih baik serta berkesan. Senarai rujukan dan bibliografi utama guru serta pensyarah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah terbitan secara dalam talian 424","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 atau manual oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Tatabahasa Dewan, Soal Jawab Bahasa, Menajamkan Tatabahasa, Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi, Petunjuk Bahasa dan lain-lain teks yang berkaitan. Penulisan resume pelajar mempunyai limitasi terhadap jumlah perkataan dan teknik penulisan yang lebih mudah dan tepat berbanding penulisan skrip video. Sehubungan dengan itu, kekhilafan umum bahasa Melayu boleh dianalisis dengan lebih terperinci atau dicadangkan penambahbaikan kajian pada masa hadapan menggunakan pendekatan kuantitatif atau gabungan bersama-sama metodologi kajian kualitatif. Selain itu, pengkaji akan datang juga boleh menganalisis terhadap kekerapan kesalahan atau kekhilafan bahasa Melayu terhadap rumus tatabahasa dari aspek-aspek morfologi, sintaksis, golongan kata atau pembentukan kata dan juga ejaan. Justeru itu, hasil kajian ini menimbulkan beberapa implikasi dan cadangan: 1. Strategi pembelajaran golongan kata harus diaplikasikan dan diberi penekanan oleh para pengajar secara berulang kali dalam sesi PdP atau PdPC agar pelajar lebih peka dan faham penggunaanya dalam pembentukan ayat. 2. Aspek perubahan golongan kata bahasa Melayu yang membentuk struktur binaan ayat dari setiap elemen harus ditekankan agar pelajar faham bahawa setiap elemen golongan kata dan ayat yang betul serta tepat dalam tatabahasa bahasa Melayu. 3. Pelajar disyorkan menggunakan golongan kata bahasa Melayu yang tidak menyerupai bahasa asing supaya pelajar tidak keliru dengan ejaan dan juga sebutan serta menguasai setiap golongan kata dan pembentukan ayat yang digunakan agar kesilapan tidak berlaku dan seterusnya dapat diminimumkan kekhilafan umum bahasa Melayu. 425","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bibliografi Abdul Ghalib Yunus. (2019). Soal Jawab Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Ghalib Yunus & Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2017a). Rumus Tatabahasa Melayu: Pembentukan Kata dan Ejaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Ghalib Yunus & Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2017b). Rumus Tatabahasa Melayu: Golongan Kata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Ghalib Yunus & Muhammad Norrudin Abdul Aziz. (2017c). Rumus Tatabahasa Melayu: Sintaksis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gaya Dewan Edisi ke-3. (2018). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. N.A. Salleh. (2014). Cara Mudah Mengenal Pasti Kesalahan Lazim dalam Bahasa Melayu. Selangor: Perintis Books Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Ain Alizuddin dan Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Antarabangsa [Error Analysis in International Students\u2019 Malay Language Written Compositions]. International Social Sciences and Humanities. Pages: 113. Vol. 4, No. 1 (2021) E-ISSN: 2637-0271. Dicapai di laman sesawang: https:\/\/www.Researchgate.Net\/Publication\/351209153_analisis_kesalahan_bah asa_dalam_penulisan_bahasa_melayu_pelajar_antarabangsa_error_analysis_i n_international_students'_malay_language_written_compositions_1_nurul_ain_ alizuddin. Zulkifli Mohd Top. (2017). Menajamkan Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 426","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGISAHAN WARISAN MERIAM-MERIAM KOLONIAL DI BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR Mohd Haidi Mohd Kasran, Ph.D Rozeha Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur Mohd Hairul Izwan Mohd Kasran Unit Monumen, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Abstrak Makalah ini ditulis bertujuan untuk meneliti dan mengisahkan tentang kewujudan beberapa laras meriam di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor. Kewujudan meriam di Kota Melawati bukan sahaja dapat dilihat sebagai pusat pelancongan malahan lebih teliti merupakan monumen yang mempunyai kisah-kisah sejarah yang merupakan salah satu bukti wujudnya Kerajaan Kesultanan Selangor dan unsur penjajahan Belanda dan Inggeris di negeri Selangor. Data dan maklumat kajian diperoleh melalui sumber primer dan sekunder berteraskan kajian kepustakaan yang berkait dengan sejarah di Kuala Selangor. Hasil kajian diteliti di sebalik kewujudan meriam-meriam kolonial di Bukit Malawati mempunyai kisahnya tersendiri yang berkaitan hubungan dengan kerajaan-kerajaan kolonial, kisah diplomatik dan politik serta kisah peperangan yang menjadikan latar belakang kewujudan negeri Selangor penuh dengan warna-warni sejarah kehidupan rakyatnya yang menjadi warisan sejarah sepanjang zaman. Kata kunci: Meriam, sejarah, Bukit Malawati, Selangor 427","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Penggaluran sejarah meriam di Alam Melayu dikaitkan dengan pengadaptasian teknologi orang-orang Arab seiring dengan proses Islamisasi atau perdagangan. Perpindahan teknologi ini juga berlaku di Selangor melalui seorang pedagang Arab bernama Zaid Mahomed membekalkan belerang ke Selangor dalam suatu transit dagang di antara tahun 1782 hingga 1783. (Kam Hing et al, 1992). Seterusnya, pertukaran teknologi ini divariasikan oleh orang tempatan kepada beberapa paten meriam tradisional seperti lela, meriam ekor lotong dan meriam pendek. Dalam perkembangan sejarah Bukit Malawati, terdapat rekod-rekod pengaplikasian senjata tradisional ini yang ditulis dalam kesusasteraan Melayu, koleksi surat Sultan Ibrahim dan tulisan pensejarahan Bukit Malawati. Sebagai contoh, Tuhfat al-Nafis versi Hooker (1998) merekodkan penggunaan lela oleh Selangor untuk membedil kubu-kubu orang Perak: \u201c\u2026dinaiki oleh Bugis lalu membedil kepada kubunya pula dan segala kelengkapannya pun makin rapat kepada kubu-kubu yang belum dapat itu, serta membedilkan meriam, lela rentaknya\u2026\u201d. Gullick (1986) dalam Tengku Kudin in Selangor (1868-1878) juga memperlihat kesignifikanan lela dalam pensejarahan Selangor ketika Raja Mahadi menjadikan teknologi ini antara senjata utama Raja Mahadi ketika Perang Klang (1867-1874): \u201c\u2026Mahdi made effective use of his stretch of the river by mounting cannon on rafts which floated down on the tide\u2026Altough the guns were sometimes mounted on trolleys it took time to alter the direction of their fire\u2026\u201d. Selain itu, meriam ekor lotong yang dibuat oleh orang Melayu berdasarkan paten meriam pusing eropah. Meriam ini sering digunakan di atas kapal sebagai senjata defensif dan digerakkan di atas landasan. (Gardner 1936) Sultan Ibrahim (1782-1826) juga pernah mengutus surat kepada Sir Francis Light meminta tiga pasang meriam ekor lotong pada 25 Muharam: \u201c\u2026Kita minta carikan meriam tembaga ekor lotong barang tiga pasang yang baik2 sudahlah dahulu kita pinta carikan Meriam besar pun tiada boleh sekarang yang kecillah sebolehnya\u2026\u201d (MS 40320\/44, f.38). Seterusnya, menurut Yusoff Hassan (1981) dalam buku Sejarah dan Kesan-kesan Sejarah Kuala Selangor, terdapat sepucuk meriam pendek di atas Kota Tanjong Keramat. Secara fizikalnya, meriam ini berukuran 3 kaki, diperbuat daripada besi waja, bibirnya lebih nipis, mempunyai satu puting seperti cincin atau gelang pada bahagian belakangnya. Meriam ini dikatakan telah dibawa oleh Raja Mahadi ke Klang bagi memperkuatkan kubu pertahanannya daripada serangan Raja Abdullah pada tahun 1826. Walaupun meriam-meriam tradisional mempunyai pertalian dengan penggaluran sejarah Bukit Malawati, tetapi pengkajian warisan meriam-meriam kolonial di Bukit Malawati yang dibawa atau dibuat oleh kolonial Belanda dan Inggeris masih tidak dikaji secara terperinci. Secara rasionalnya, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti 428","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 pengisahan meriam-meriam kolonial secara deskriptif yang terdapat di Bukit Malawati, Kuala Selangor khususnya. Metodologi Kajian Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif berdasarkan kerangka metodologi penyelidikan sejarah iaitu melalui proses heuristik, kritik, tafsiran dan sistesis sumber. Metodologi kajian sejarah digunakan dalam kajian sejarah ini adalah untuk mencapai objektif sejarah iaitu mendapatkan kebenaran sesuatu peristiwa. Maka kajian ini akan bergantung kepada sumber primer dan sekunder yang tepat dan mencukupi bagi menghasilkan kajian sejarah seperti yang sebenarnya berlaku. Dalam melaksanakannya, penulis menggunakan kaedah library research iaitu mengumpul maklumat di perpustakaan (penyelidikan di perpustakaan) yang melibatkan sumber primer dan sekunder. Kajian ini meneliti dokumen yang kebanyakannya terdiri daripada sumber primer daripada Letter from the Sultan of Selangor to James Scott regarding the calculations of trade-goods and purchase of cannon, MS 40320\/4, f.54. dan Letter from the King of Selangor to Francis Light regarding the price of tin and rice, MS 40320\/44, f.38, Sumber sekunder pula terdiri daripada buku-buku, jurnal, dan kertas penyelidikan. Sumber sekunder yang dipilih ini adalah sebagai bahan sokongan terhadap pengkajian selain memberikan gambaran mengenai hubungan meriam dengan kisah-kisah di sebalik kewujudannya di Kota Melawati.Sumber sekunder juga berperanan sebagai garis panduan dan perbandingan perbincangan dalam mencari lompongan dalam pengkajian sejarah. Melalui sumber-sumber ini, kaedah diskriptif akan dipraktikkan untuk menjawab persoalan kajian dan mencapai objektif kajian selain pengkaji sendiri membuat kajian lapangan untuk mengumpul data bagi memastikan setiap kandungan diisi dengan maklumat yang bertepatan dan bersesuaian dengan penyelidikan ini. Menerusi kajian lapangan, pengkajian ini mengaplikasikan metodologi yang dipraktikkan oleh kajian Hasanuddin Yusof et al. (2019) dalam mengumpul data-data meriam meliputi butiran-butiran meriam diukur mengikut panjang, ukur lilit depan, ukur lilit belakang dan diameter mulut lubang meriam. Perbincangan Hubungan dan Peperangan Selangor-Belanda Hubungan Belanda dan Selangor (masih jajahan Johor) bermula selepas Sultan Salehuddin mengadakan perjanjian penjualan bijih timah dengan Belanda pada tahun 1760an susulan kekalahan aliansi Selangor-Rembau-Linggi kepada Veenigden Oost- indische Compagnie (VOC). (Lewis 1970) Selepas Selangor menjadi koloni Bugis di Pantai Barat, Raja Ibrahim mula mengubah polisi dan bersekutu dengan Johor-Riau untuk menyerang VOC di Melaka yang akhirnya menyaksikan Raja Haji mangkat ketika insiden Telok Ketapang pada tahun 1784. (Maxwell 1890) Belanda yang sememangnya berang dengan kepesatan ekonomi bijih timah Selangor dan hubungan baik bersama pedagang Inggeris mula menyerang kerajaan negeri Selangor. Belanda telah berjaya menduduki Kota Malawati dan Kota Tanjong Keramat sebelum ditukarkan nama kepada Kota Altingsburg (representasi Gabenor-Jeneral William Alting) dan Kota Utrecht (representasi kapal perang VOC) dan kota-kota ini dilengkapkan dengan meriam-meriam dari Melaka, satu kompeni Belanda serta wakil 429","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 raja de facto Selangor iaitu Said Ali dari Siak (Mielink-Roelofsz 1959). Penambahan meriam-meriam ini direkodkan dalam rekod van Braam (No.87) yang menyenaraikan transaksi barang-barang seperti meriam yang dibekalkan kepada Leftenan Gerardus Smith untuk kegunaan kubu-kubu di Kuala Selangor pada 21 Ogos 1784. (Mielink- Roelofsz 1959) Antaranya, 14 pucuk meriam beroda di kubu Altingsburg, 4 pucuk meriam di bateri Van Braam dan 12 pucuk meriam di kubu Utrecht. Raja Ibrahim yang oportunis berjaya merampas semula Selangor selepas kelemahan kompeni Belanda yang kecil dan ketidakpercayaan penduduk setempat kepada delegasi Siak dengan bantuan dari Pahang serta proksi baginda iaitu Said Japhar pada 27 Jun 1785. Francis Light juga menceritakan kronologi serangan hendap ini dalam suratnya kepada Gabenor-jeneral: \u201c\u2026and in the morning the Dutch, being afraid of another attack, embarked in their vessels and fled to Malacca, leaving all their Stores, Provisions and Ammunition undestroyed; the King took possession and still keep it\u2026\u201d (Anderson 1824). Serangan ini membuatkan Belanda terpaksa berundur dan meninggalkan Kuala Selangor untuk ke Melaka. Raja Ibrahim terus menyimpan dan menggunakan kelengkapan perang Belanda sebagai persediaan untuk menangkis serangan balas Belanda. Newbold (1893) juga menyifatkan Belanda sebagai pengecut dan mereka meninggalkan segala kelengkapan selepas panik akan serangan hendap Raja Ibrahim: \u201cThe Dutch garrison, panic-stricken, abandoned their post in shameful manner, leaving behind them all their heavy artillery, ammunition and property to a considerable amount\u201d. Seterusnya, Francis Light juga menceritakan serangan balas Belanda ke atas Selangor dalam surat yang sama: \u201c\u2026I had scarcely arrived when I received intelligence that the Dutch fleet consisting of three large ships and fourteen sail of Prows and Sloops, were before Salengore. The King, unable to procure provision or to support himself longer without assistance, entered into a Treaty with the Dutch. It is said, they obliged him to swear on the Koran he would send all the tin to Malacca and be friend of the Dutch.\u201d (Anderson 1824). Belanda menghantar tiga kapal besar dan 14 buah perahu di bawah armada komandan Couperus untuk menyekat dan melumpuhkan kegiatan ekonomi penduduk Kuala Selangor. Sultan Ibrahim juga bersedia akan ancaman Belanda dengan membuang batu-batu besar kedalam muara sungai bagi menutup laluan untuk mudik Sungai Selangor. Hal ini telah berlangsung dalam beberapa bulan dan penduduk Selangor tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dalam kehidupan seharian mereka. Perseteruan ini ditamatkan dengan Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian damai pada 29 Jun 1786 dengan Belanda. Belanda mengiktiraf Sultan Ibrahim sebagai Raja Selangor manakala Sultan Ibrahim terpaksa mengiktiraf kekuasaan Belanda dengan memberi beberapa kemudahan untuk membekalkan bijih timah kepada Belanda. 430","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Hubungan dan Peperangan Selangor \u2013 Inggeris Sultan Salehudin dan Sultan Ibrahim mempunyai hubungan diplomasi yang baik bersama Inggeris setelah berurusan dengan kumpulan perdagangan persendirian iaitu Syarikat Perniagaan Madras. Pada tahun 1766, kapal pertama syarikat iaitu Indian Trader telah belayar ke Selat Melaka untuk memasarkan produk seperti fabrik dan ingin membeli bijih timah di pelabuhan Kuala Selangor (Basset 1971). Seterusnya, polisi ekonomi Inggeris di Kuala Selangor telah diteruskan oleh Kapten Francis Light bersama kapal The Bloome dengan kapasiti 70 tan dan Kapten James Scott bersama kapal Prince yang berkapasiti 500 tan pada tahun 1775 (Kam Hing et al. 1992). Persaingan politik-ekonomi di antara Belanda (Melaka), Inggeris, Selangor (Bugis) dan Siak menyebabkan berlakunya peperangan Selangor-Belanda pada tahun 1784 hingga tahun 1786 (Kam Hing et al. 1992). Konflik ekonomi di Selat Melaka ini menyebabkan James Scott ditangkap atas tuduhan menjual senjata-senjata kepada Raja Selangor (Kam Hing et al. 1992). Selepas pendudukan Belanda oleh Jacob Pieter Van Braam, terdapat 97 laras meriam Inggeris pelbagai paun peluru dari kaki Bukit Malawati hingga ke Kubu Altingsburg (Mielink- Roelofsz 1959). Rekod ini menunjukkan kepentingan hubungan diplomasi di antara Selangor dengan Inggeris tidak terhad pada sektor perdagangan. Keberadaan Kapten James Scott yang menetap di Kuala Selangor memudahkan pihak Selangor mendapatkan bekalan-bekalan persenjataan terutama meriam untuk tujuan pertahanan. Sebagai contoh, terdapat 14 laras meriam di perkarangan kediaman Sultan Ibrahim, empat laras di hutan depan rumah baginda dan sepucuk meriam di hadapan kediaman Kapten James Scott (Mielink-Roelofsz 1959). Pada 27 Februari 1791, Sultan Ibrahim telah mengutus surat kepada Kapten James Scott berkenaan pembelian meriam-meriam ini: \u201c\u2026kehadapan sahabat kita kapitan Uskut yang bernaung di dalam bandar Pulau Pinang\u2026Kita minta tolong beli meriam barang dua pasang yang panjang delapan hasta sahabat kita ke Selangor maka bawa serta barang mana ada dapat timah banyak di dalam Selangor boleh kita beri kepada sahabat kita\u2026\u201d (MS 40320\/4 f.54). Petikan surat Sultan Ibrahim kepada kapitan Uskut (Kapten James Scott) ini menunjukkan baginda mempunyai hubungan yang baik dengan menggunakan istilah \u2018sahabat\u2019 dalam memohon dua pucuk meriam berukuran lapan hasta (13.12 kaki) dan baginda akan membayarnya secara barter dengan bijih timah (Abd ur-Rahman 2019). Kemesraan ini disebabkan Kapten James Scott mengetepikan statusnya sebagai pegawai syarikat Inggeris malah mudah mengadaptasi kebudayaan dan cara hidup masyarakat Melayu. Sifatnya menyebabkan beliau dilabel sebagai eksentrik dan mendapat pelbagai kritikan daripada pegawai-pegawai Inggeris yang lain. Supritendan Pulau Pinang yang kedua iaitu Mejar Macdonald memperlekeh \u2018kemelayuan\u2019 James Scott dengan mengatakan pemakaian, kelakuan dan gaya hidup seperti orang tempatan akan merendahkan kehormatannya (Fielding 1955). Beliau juga dianggap eksentrik disebabkan menjalani kehidupan gelandangan di antara komuniti Melayu, mempamerkan janggut dan mengadaptasi pemakaian dan adat istiadat Melayu (Miller 2011). 431","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Namun, hubungan baik Selangor dengan Inggeris akhirnya menjadi krisis susulan insiden Rinaldo dan Perang Saudara Selangor. Serangan pada waktu subuh pada tahun 1871 membuatkan Inggeris berjaya merampas Meriam Sri Rambai, 15 laras meriam besi jenis peluru 32-pounder di atas gerabak, sembilan laras senapang pelbagai jenis, selaras meriam besi jenis peluru 24-pounder, selaras meriam besi yang telah terbakar dan dua pasang meriam pusing bersama 200 tong belerang buatan Perancis dengan berat setiap satunya 20 paun telah dirampas oleh pihak pendatang ini (The Straits Times, 4 Oktober 1920). Jenis-Jenis Meriam Kolonial Secara fizikalnya, komponen-komponen meriam yang penting ialah muzzle, barrel dan breech. Bahagian muncung atau muzzle (muncung) meliputi muzzle face (\u2018bibir meriam\u2019) dan bahagian barrel (laras) sebagai \u2018badan\u2019 yang terdiri daripada bore (\u2018ruang peledak peluru\u2019) dan mempunyai trunnion (\u2018pemegang\u2019). Seterusnya, bahagian breech atau \u2018ekor\u2019 meliputi touch hole (lubang pencucuh), vent field dan button (\u2018tombol meriam\u2019). (http:\/\/www.3hconsulting.com\/techniques\/TechRecordingCannon.html). Gambar 1: Ilustrasi komponen-komponen meriam Sumber: http:\/\/www.3hconsulting.com\/techniques\/TechRecordingCannon.html Antara pendokumentasian terawal paten meriam-meriam Belanda dilakukan oleh Gibson-Hill dalam Old Dutch Cannon known to be in Malaya, and known to be of Dutch origin. Berdasarkan kajian Gibson-Hill (1953), meriam-meriam Belanda berjaya direkodkan di Melaka (buatan tahun 1706 dan 1768), Kota Bharu (buatan tahun 1686), Kuala Terengganu (buatan tahun 1736) dan Georgetown (buatan tahun 1603). Menurut Gibson-Hill (1953), kebanyakan paten meriam tinggalan Belanda di negara ini mempunyai corak-corak ikonik seperti hiasan di hadapan trunnion mempunyai motif tiga pasang singa (ditempa heraldic) berekor panjang dan setiap pasangan memegang pasu yang berbunga di kawasan first dan second reinforce ring, logo VOC (Verenigde Oostindische Compagnie atau Syarikat Hindia Timur Belanda), mempunyai lugs motif ikan lumba-lumba, bahagian cascable yang tidak mempunyai mouldings dan bahagian button \u2018berputing\u2019. 432","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 2: Pemegang, \u2018telinga\u2019 atau lugs berbentuk ikan lumba-lumba heraldic dan bahagian cascable tidak mempunyai mouldings antara ciri-ciri meriam Belanda Seterusnya, pengenalpastian meriam kolonial Inggeris. Jika diamati pada paten dan saiznya, kebanyakan meriam-meriam di Bukit Malawati mempunyai rekaan seperti paten Armstrong (https:\/\/www.arc.id.au\/Cannon.html). Meriam paten Armstrong ini dicipta oleh John Armstrong selepas mengubahsuai paten Albert Bogard di antara tahun 1722 hingga tahun 1742 (https:\/\/www.arc.id.au\/Cannon.html). Setelah bereksperimen, meriam ini masih gagal dan telah ditambah baik oleh Charles Frederick di antara tahun 1753 hingga 1760 (https:\/\/www.arc.id.au\/Cannon.html). Pada tahun 1764, gandingan idea Armstrong dan Frederick telah menjadikan meriam ini sebagai kelengkapan utama tentera laut diraja Inggeris. Hal ini disebabkan modifikasi Frederick berjaya mengurangkan berat serbuk peluru daripada 1\/2 menjadi 1\/3, membentuk acuan dan memperhalus lohong tong (barrel) mengikut saiz dan menggerudi bore. Kebiasaannya, rekaan ini mempunyai komponen yang mudah, tidak mempunyai motif-motif seperti meriam Belanda dan memiliki tempat pencucuh berbentuk touch hole. Gambar 3. Meriam Inggeris paten John Armstrong yang popular menjelang abad ke- 18 Sumber: https:\/\/www.arc.id.au\/ArmstrongPattern.html Rasionalnya, penciptaan dan paten-paten meriam di antara tahun 1761 dan 1764 dilihat berkaitan dengan kedatangan awal Inggeris di perairan Selat Melaka terutama di Selangor secara rasmi pada tahun 1766. Tambahan pula, Selangor juga menjalinkan hubungan dengan bekas tentera laut diraja Inggeris seperti Francis Light dan James 433","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Scott yang berkerja sebagai pedagang persendirian bersama Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC). (Fielding 1955) Hubungan ini memungkinkan antara faktor-faktor meriam ini dibawa ke Kota Malawati. Namun, hubungan baik antara Selangor-Inggeris dilihat terjejas selepas berlakunya insiden Rinaldo pada tahun 1871. Meriam Belanda Pendudukan aliansi Belanda-Siak di Bukit Malawati hanya bertahan selama setahun sebelum dirampas semula oleh Sultan Ibrahim. Pendudukan ini dikatakan meninggalkan warisan senjata seperti meriam. Yusoff Hassan (1981) menyatakan terdapat senjata peninggalan Belanda di Bukit Malawati: \u201cWaktu Belanda menduduki Kota Selangor dan Kota Tanjung mereka telah melengkapkan kedua-dua kota tersebut dan menambah meriam buatannya yang dibawa dari Melaka\u2026Panjangnya 8 kaki 8 inci\u2026lima pucuk meriam jenis ini terdapat di pinggir Kota Selangor...\u201d Namun, terdapat juga rekod mengatakan Belanda tidak meninggalkan meriam-meriam mereka di Bukit Malawati dan merampas kesemuanya semula sebelum dibawa ke Batavia (kini Jakarta). Hal ini disebutkan oleh Francis Light dalam Anderson (1824) ketika Belanda melakukan serangan balas ke atas Selangor: \u201c\u2026They took away all guns which they had lost there and have now sent for him to Malacca.\u201d Berdasarkan kedua-dua pendapat ini, penulis dapat mengenal pasti keberadaan tiga laras meriam yang berkemungkinan buatan Belanda mengikut beberapa faktor seperti paten meriam, tanda atau corak meriam dan fizikal meriam. Meriam asli Belanda yang terawal direkodkan ialah Meriam Seri Rambai. Perkaitan meriam Seri Rambai dengan kerajaan Selangor bermula selepas Sultan Ibrahim menerima meriam ini sebagai hadiah dari Aceh atas bantuannya bersama Raja Nala menentang Dusun pada tahun 1795. Pada asalnya, meriam buatan Jan Burgerhuis dari Middelburg tahun 1603 ini hadiah VOC kepada Johor selepas membantu menghalau Portugis dalam insiden kapal Santa Catarina sebelum dirampas oleh Aceh (Borschberg 2004). Meriam tembaga sepanjang 10 kaki, muncung sepanjang 10 inci dan menggunakan peluru meriam berkapasiti 32- pounder ini dikatakan menjadi antara senjata penting yang menguatkan Kubu Malawati. Perihal meriam ini turut dinyatakan oleh Anderson (1824): \u201c\u2026In a large brass piece of ordnance, a long 32-pounder, I believe, which was presented to him [the Sultan of Selangor] by the King of Acheen, which is mounted on the Hill\u2026\u201d Namun, akhbar (The Straits Times (1920) menyatakan meriam ini telah dibawa ke Pulau Pinang selepas Inggeris menyerang Kuala Selangor dalam insiden Rinaldo pada tahun 1871: \u201cThe following guns and ammunitions were taken in the forts\u2026one brass gun without carriages\u2026\u201d 434","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Meriam ini mendapat nama \u2018Si Rambai\u2019 setelah tiba di Georgetown, Pulau Pinang (The Straits Times, 18 June 1948). Seterusnya, Douglas (1947) menjelaskan terdapat juga plat berinskripsi jawi yang tertulis seperti: \u201cTawan Sultan Tawanan kita Sri Perkasa Alam Johan Berdaulat tatkala menitahkan Orang Kaya Sri Maharaja akan Penglima dan Orang Kaya Laksamana dan Orang Kaya Raja Lela Wangsa akan mengamok ka Johor senna 1023\u201d. Gambar 4: Replika Meriam Sri Rambai sepanjang 9 kaki 10.11 inci di Kota Malawati Seterusnya, dikenal pasti tiga laras meriam di Bukit Malawati yang boleh dilabelkan sebagai meriam Belanda melalui dua faktor iaitu melalui tanda VOC pada meriam dan dua meriam mempunyai cascable yang sama dengan meriam-meriam Belanda di kubu St. John di Melaka. Meriam kedua ini dipercayai buatan Belanda tetapi tidak mempunyai ciri-ciri seperti lugs motif ikan lumba-lumba, corak singa dan flora pada trinnion dan button puting. Jika diamati, meriam ini mempunyai paten seperti meriam Inggeris namun terdapat logo VOC pada badan meriam ini. Hal ini memungkinkan meriam ini milik syarikat perdagangan Belanda ini yang dibawa ke Kota Malawati bagi tujuan pertahanan. Meriam ini sepanjang 8 kaki 6.362 inci, diameter mulut ialah 36 sentimeter, lubang meriam 14 sentimeter dan ukur lilit belakang badan meriam ialah 46 sentimeter. 435","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 5: Logo VOC yang terdapat pada meriam di Kota Malawati Seterusnya, meriam ini merupakan senjata yang dijumpai di Kota Tanjong Keramat dan dipindahkan ke hadapan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor oleh Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) pada tahun 2008. Meriam ini mempunyai cascable tanpa mouldings sama seperti meriam-meriam di Kubu St. John. Dimensi meriam ini mempunyai ukur lilit depan (76.2 sentimeter), ukur lilit belakang (100.58 sentimeter), berdiameter mulut (24 sentimeter), lubang meriam (10 sentimeter). Gambar 6: Meriam ini diletakkan menghala Selat Melaka dari perkarangan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor Meriam Inggeris Berdasarkan surat-surat Sultan Ibrahim-Francis Light dan rekod Belanda susunan Mielink Roelofsz (1959), kebanyakan meriam-meriam di Bukit Malawati dibekalkan oleh Inggeris tetapi tidak dinyatakan ciri-ciri atau fizikal meriam. Pengkajian ini dilakukan berpandukan paten Armstrong-Frederick yang dikomersialkan (1761-1764) seiring dengan hubungan awal Inggeris-Selangor sejak tahun 1766. Set peluru meriam Inggeris diselaraskan bermula daripada 3, 4, 6, 9, 12, 18, 24, 32 dan 42-pound dan dimensi calibre mengikut diameter bore. Saiz panjang meriam bermula dengan 4 \u00bd kaki sehingga 10 kaki (https:\/\/www.arc.id.au\/ArmstrongPattern.html). Meriam-meriam Inggeris ini direkodkan mengikut ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan paten Armstrong-Frederick iaitu memiliki rekaan touch hole yang ikonik. Paten ini mudah untuk dikenal pasti melalui rekaan touch hole yang ikonik dan saiz seperti rajah-rajah di bawah: 436","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 7: Kompilasi foto-foto meriam-meriam dari sekitar Rumah Api Kuala Selangor, di hadapan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor dan Meriam Ketiga atau Meriam Sultan Muhammad mempunyai persamaan daripada segi touch hole dan moulding tetapi terdapat kelainan pada button. 437","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Gambar 8: Meriam di sekitar Rumah Api Kuala Selangor ini dipercayai tinggalan Inggeris mempunyai ciri-ciri Armstrong-Frederik, memiliki ukuran panjang empat kaki 11.055 inci dan dikatakan mampu menembak peluru berkapasiti tiga pound. Meriam ketiga berkemungkinan meriam paten Inggeris jika melihat kepada saiz dan corak touch hole pada vent field. Seterusnya, ukur lilit depan berukuran 76.2 sentimeter, ukuran lilit belakang 106.68 sentimeter, berdiameter mulut iaitu 18 sentimeter dan lubang meriam seluas 10 sentimeter. Gambar 9: Meriam Inggeris sepanjang 5 kaki 5.354 inci yang bercirikan paten Armstrong-Frederick dipamerkan di hadapan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Meriam ini memiliki ukuran lilit depan iaitu 76.2 sentimeter, ukuran lilit belakang 100.58 sentimeter, berdiameter mulut iaitu 24 sentimeter dan lubang meriam seluas 10 sentimeter. Gambar 10: Meriam (ketiga\/ representasi Sultan Muhammad) di kawasan Batu Hampar ini juga bercorak Armstrong-Frederick, sepanjang 9 kaki 1.843 inci, memiliki kerosakan pada button, trunnion dan muzzle face serta dipercayai mempunyai kapasiti peluru di antara 24 hingga 32 pound. Meriam ketiga berkemungkinan meriam paten Inggeris jika melihat kepada saiz dan corak touch hole pada vent field. Memilik ukuran 438","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 lilit depan iaitu 106.68 sentimeter, ukuran lilit belakang 121.92 sentimeter, berdiameter mulut 26 sentimeter dan mempunyai lubang meriam seluas 13 sentimeter. Penutup Jelasnya, meriam-meriam kolonial buatan Belanda dan Inggeris dipercayai telah bertapak di Kota Malawati sekitar tahun 1760-an sama ada senjata ini dibeli daripada pedagang Inggeris (persendirian atau syarikat), kerajaan Inggeris atau dibawa oleh kerajaan Belanda untuk memperkuat kota Malawati dan Kota Belanda pada tahun 1785. Secara dasarnya, terdapat 25 laras meriam yang masih wujud di Kota Malawati meliputi sembilan laras meriam diletakkan di perkarangan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor (diambil dari Kota Tanjong Keramat), enam laras meriam (selaras replika Meriam Sri Rambai) diletakkan di benteng menghadap ke Selat Melaka (berhampiran dengan Balai Cerap Baitul Hilal), enam laras meriam di kawasan batu hampar, tiga pucuk (satu replika meriam simen) di sekitar rumah api dan selaras meriam Penggawa atau Petoi Boga di Makam Diraja. Pengenalpastian keenam-enam meriam dari Belanda dan Inggeris mengikut beberapa aspek merupakan inisiatif awal untuk melakukan kajian-kajian lebih menyeluruh terhadap baki meriam-meriam yang lain pada masa akan datang. Rasionalnya, kewujudan meriam-meriam di Bukit Malawati ini merupakan peninggalan silam yang sangat penting sebagai sebuah memori sejarah dan warisan di Kuala Selangor amnya dan di negeri Selangor khususnya. 439"]


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook