["PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 UNSUR ALAM, HISTORIOGRAFI DAN EKOPELANCONGAN DI WILAYAH TIMUR LAUT SEBAGAI ILHAM PENGKARYAAN Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub1 1Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar E-mel: [email protected] ABSTRAK Wilayah Timur Laut yang mencakupi Laos, Vietnam, Kemboja, Selatan Thailand, Kelantan dan Terengganu sememangnya kaya dengan unsur biodiversiti alam, historiografi dan ekopelancongan mapan. Kesemua lokasi ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara saban tahun. Alam sekitar merupakan gabungan antara flora dan fauna yang membentuk kepelbagaian bio. Memetik United Nation Earth Summit, biodiversiti atau kepelbagaian biologi bermaksud kepelbagaian antara organisma hidup pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain. Keunikan biodiversiti ini melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks. Keunikan alam, unsur sejarah dan tempat-tempat ekopelancongan termasuklah hutan, pantai, gunung, gua, paya dan jeram sentiasa menjadi ilham pengkaryaan. Teks agung Melayu lampau sudah lama menyelitkan alam sebagai unsur utama dalam pengkaryaan. Penyerapan kalimat alam seperti langit, bumi, bulan, bintang, malam, siang, bunga, sungai, air, gunung dan taman menjadi penguat karya terutama pembentukan metafora dan anafora. Malah, teks-teks klasik lampau banyak memaparkan nama taman yang indah dan segar seperti Taman Pusparawan, Taman Banjaransari, Taman Jambangan Ratna dan banyak lagi. Pesisir pantai di sepanjang Terengganu dan Kelantan juga sentiasa termuat dalam sajak dan menjadi latar penceritaan dalam cerpen atau novel. Kertas kerja ini akan menyorot bagaimana aspek alam, sejarah dan tempat-tempat pelancongan di sekitar wilayah timur laut menjadi nadi dan ilham pengkaryaan pengarang termasuklah puisi atau prosa. Kata kunci: unsur alam, aspek sejarah, pelancongan dan pengkaryaan 290","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77, Allah S.W.T berfirman, \u201cDan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.\u201d Berdasarkan ayat ini, jelas terbukti bahawa alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Kita diseru untuk menjaga alam sekitar kerana ia penting sebagai sumber biodiversiti. Alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Ia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial. Selain membekalkan oksigen, alam sekitar juga merupakan jantung alam yang menjadi landasan idealisme penulis. Bagaimana Alam Berkomunikasi dengan Pengkarya Memberi Ilham Penulisan Alam membekalkan rangsangan, motivasi dan ilham sebagai asas dalam berkarya. Secara analoginya, alam dan seniman tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai hubungan tersendiri. Rasa kecintaan kepada alam, khususnya alam sekitar merupakan satu naluri semula jadi yang terdapat dalam diri manusia. Terdapat pelbagai kaedah dalam menzahirkan rasa kecintaan kepada alam sekitar seperti kempen pemuliharaan alam sekitar, khidmat masyarakat dan tidak terkecuali dalam bentuk dokumentasi penulisan dengan pelbagai genre (Mohd Saberi Muda & Mas Rynna Wati Ahmad, 2019). Menurut Mawar Safei dan Tuan Rusmawati Raja Hasan (2020), komunikasi manusia Melayu dengan alam sangat akrab. Ia terjelma banyak dalam karya sastera Melayu tradisional seperti pantun. Alam termasuk tumbuh-tumbuhan seperti pepohonan, daun, buah, bunga dan akar, sering menjadi ilham dalam pengkaryaan. Ilham itu juga membentuk satu jaringan komunikasi yang tersendiri antara penulis dengan pembaca. Alam sekitar banyak memberi ilham dalam pengkaryaan. Hal ini terbentuk dalam beberapa hal iaitu: i. Suara alam yang kita dengar dengan pancaindera telinga. ii. Wajah alam yang kita nampak dengan mata kasar. iii. Rasa alamiah alam yang kita sentuh dengan tangan. Sebagai contoh, suara alam yang didengari dengan pancaindera merujuk kepada beberapa elemen seperti alunan ombak yang menghempas pantai, bunyi aliran sungai yang mengalir, degupan air terjun yang menimpa batu, nyanyian unggas, burung atau binatang liar atau seru hujan, desir angin, atau halilintar. Wajah alam yang nampak dengan mata kasar pula mencakupi kehijuan alam yang terbentang, sawah padi yang menguning, hutan tropika yang memukau pandangan, batu dan gua yang menakjubkan atau laut yang luas terbentang. Rasa alamiah yang kita sentuh dengan tangan pula merujuk kepada perasaan tatkala menyentuh pasir putih di pantai, ketakjuban tatkala menyentuh dinding gua yang berusia ribuan atau jutaan tahun, kedinginan air terjun atau sungai serta pejal batu yang pelbagai bentuk. Wilayah Timur Laut yang termasuklah Laos, Vietnam, Kemboja, Selatan Thailand, dan Kelantan sememangnya kaya dengan khazanah alam yang menjadi destinasi kunjungan penduduk Asia Tenggara, rantau asia dan dunia. Negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang misalnya kaya dengan pelbagai destinasi alam yang menyuntik ilham pengkaryaan. Kawasan pantai seperti Pantai Senok, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Irama, Pantai melawi, Pantai Tok Bali, Pantai Sabak, Pantai Mek Mas, Pantai Cahaya Bulan, Pantai geting dan Pantai Sri Tujoh sememangnya menjadi lonjakan ilham kepada pengkarya. Wilayah Timur Laut juga kaya dengan kawasan air terjun yang sarat dengan emelen kehijauan. Lihat sahaja pesona air terjun dan batuan di Lata Hujan, Jeram Pasu, Jeram Linang, Lata Pekasam, Air Terjun Jelawang dan banyak lagi. 291","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 1: Lata Hujan, Tanah Merah, Kelantan Elemen Ekopelancongan Dalam Konteks Peradaban Timur Laut Pelancongan merupakan aktiviti ekonomi yang penting dan perlu diberi perhatian. Pada masa ini, pelancongan semakin mendapat perhatian sama ada oleh pihak kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Hal ini terbukti apabila industri pelancongan menjadi sumber utama dalam merencanakan pendapatan ekonomi negara (Asran Alias & Melasutra Md Dali, 2014). Menurut Wan Suzita Wan Ibrahim dan Nor-Ina Kanyo (2023), pelancongan wilayah adalah salah satu strategi pembangunan negara dalam meningkatkan mutu industri pelancongan. Di peringkat antarabangsa, negara yang berjaya menepati ciri-ciri asas keperluan pelancong yang disediakan dan kejayaan pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak pemegang taruh adalah satu bonus menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke sesebuah destinasi. Kelantan merupakan salah satu negeri dalam cakupan Wilayah Timur Laut. Sebagai contoh, tidak lengkap kunjungan pelancong ke negeri Kelantan sekiranya tidak singgah di Pasar Siti Khadijah, Pasar Terapung Pulau Suri, Gunung Stong, Masjid Ar-Rahman, Masjid Muhammadi, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Istana Jahar, Masjid Kampung Laut, Masjid Beijing, Kolam Air Panas Tok Bok dan banyak lagi. Keindahan tempat- tempat ini sudah pasti meninggalkan seribu memori indah kepada semua. Keadaan persisiran pantai yang damai dan menyamankan merupakan aset penting negara dalam usaha negara menarik pelancong tempatan dan luar negara. Keadaan persisiran pantai dan pulau yang wujud di Malaysia umumnya dan di Kelantan khasnya telah menjadi tumpuan kepada pelancong tempatan dan asing sebagai destinasi pelancongan utama. Anugerah alam yang tiada ternilai ini telah menjadikan Malaysia dan Kelantan antara sebuah negara dan negeri sebagai tempat percutian mereka (Remali Yusoff & Nor\u2019 Azurah Md Kamdari, 2017). Keunikan dan kehijauan alam ini akan menyemarakkan ilham untuk disemai dalam karya kreatif dan dekriptif. 292","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 2: Antara keunikan dan kehijauan alam yang menjadi ilham pengkaryaan di Wilayah Timur Laut Alam sekitar terdiri daripada gunung-ganang atau bukit, pulau, pentai, tasik, sungai dan banyak lagi. Wilayah Timur Laut sememangnya kaya dengan pelbagai pulau yang menjadi tempat ekopelancongan yang terkenal di seluruh dunia. Sebagai contoh, antara pulau-pulau yang yang terkenal ialah Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dna Pulau Bidong. 293","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rajah 3: Tambatan D\u2019 Raja, Kota Bharu Rajah 4: Masjid Muhammadi, Kota Bharu Rajah 5: Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Begitu juga dengan pebagai jenis sungai yang menjadi nadi penghubung antara satu tempat ke tempat yang lain pada masa dahulu. Wilayaj Timur Laut juga kaya dengan pelbagai jenis gua. Antaranya ialah. Misalnya, antara yang terkenal ialah Gua Ikan dan sejumlah gua di 294","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Jeli, Kelantan. Cakupan destinasi di sekitar ibu negeri Kelantan juga menggamit kesan kunjungan. Lokasi lain seperti Laos, Vietnam, Kemboja, Selatan Thailand dan lain-lain juga kaya dengan lokasi ekopelancongan yang menarik untuk dilawati. Unsur Historiografi dan Mitos Dalam Konteks Ketamadunan Wilayah Timur Laut Menurut Ghazali Taib dan Abdul Halim Ali (2018), kedudukan sejarah dalam kesusasteraan Melayu di Malaysia juga merupakan satu perkara yang penting dan banyak mempengaruhi pemikiran pengarang. Sejarah bangsa Melayu disalin tulis oleh Tun Sri Lanang dalam teks Sejarah Melayu. Sejarah kesultanan Melayu Melaka, Bendahara, Laksamana lima bersaudara, pahlawan dan tokoh-tokoh istana sering digunakan dalam penulisan novel, cerpen dan juga drama Melayu. Aspek sejarah yang digambarkan dalam karya kesusasteraan lazimnya mengambil sepenuhnya aspek sejarah baik dari sudut latar masa dan tempat, watak dan perwatakan. Unsur sejarah yang dihadirkan itu hanya salinan semula sejarah lalu. Tanah Melayu sememangya kaya dengan unsur sejarah mencakupi sejarah kesultanan lampau, Sejarah Kesultanan Melaka, sejarah pendudukan kuasa asing dan lain-lain. Wilayah Timur Laut mencakupi Selatan Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja, Kelantan dan lain-lain sarat dengan elemen sejarah, cerita rakyat dan legenda. Secara tuntas, cerita rakyat mempunyai unsur budaya yang berkaitan dengan peringkat-peringkat sosial dalam sistem kemasyarakatan. Peringkat sosial ini meliputi sistem dan organisasi sosial yang melibatkan kasta seperti peringkat tinggi, sederhana serta rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sebuah cerita mempunyai kasta seperti golongan raja, bangsawan, petani, pentenak, hulubalang dan sebagainya yang membezakan gaya kehidupan masyarakat dalam sesebuah cerita. Hal ini berlaku demikian kerana kehidupan masyarakat Melayu bersifat dinamik dan realistik. Maka, cerita rakyat mampu memperkukuh kepercayaan mereka terhadap amalan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu diikuti oleh anak-anak muda hingga kini. Hal ini jelas apabila cerita rakyat Melayu diperturunkan kepada anak-anak kerana kepercayaan mereka terhadap pengajaran dalam cerita tersebut. Mereka percaya bahawa cerita-cerita bersifat legenda, mitos dan sejarah akan terjadi kepada mereka jika ia diabaikan (Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan & Mohd Firdaus Che Yaacob, 2022). Antara kisah mitos yang terkenal ialah tentang Gunung Reng di Jeli. Selain itu, Puteri Saadong memainkan peranan penting sehingga kini. Tokoh lagenda ini mempunyai hubungan rapat dengan bukit Bukit Marak di Kelantan. Bukit ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dari dalam dan luar Kelantan. Pasukan penyelidik telah meneroka tempat-tempat bersejarah ini untuk menghuraikan maknanya kepada masyarakat. Puteri Saadong dan kisahnya masih penting dalam kehidupan seharian masyarakat Kelantan (Alexander Stark, Yohan Kurniawan & Wan Yusoff Wan Shaharuddin, 2022). Sudah pasti, unsur-unsur historiografi dalam konteks Wilayah Timur Laut banyak memberi ilham pengkaryaan kepada para penulis. Bagaimana Alam Sekitar dan Sejarah Diterjemahkan dalam Karya? Menurut Che Abdullah Che Ya dan Mohamad Rodzi Abd Razak (2019), karya kreatif termasuklah novel, mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah kerana ia dihasilkan berdasarkan kreativiti yang terbentuk daripada pengetahuan serta pengalaman diri sendiri ataupun pengalaman orang lain. Lazimnya, alam sekitar dan sejarah diterjemahkan dalam karya kreatif berupa puisi, pantun, gurindam, cerpen, novel dan drama. Sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat manakala masyarakat pula adalah satu paparan sosiobudaya kehidupan manusia. Keakraban hubungan ini akhirnya tidak dapat dipisahkan dengan konsep \u2018keseluruhan dalam kesatuan\u2019, iaitu saling memerlukan dan saling 295","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 melengkapi dalam satu rantaian yang dikenali dengan nama lingkungan hidup Unsur-unsur lingkungan hidup itu sendiri biasanya terdiri daripada satu rangkaian yang saling berkait antara manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh milik cakerawala ciptaan Tuhan (Shamsudin Othman, Azhar Md Sabil & Ghazali Lateh, 2015). Di Malaysia, Thailand dan Laos, banyak sahaja karya-karya kreatif yang mengambil unsur alam sebagai sumber pengkaryaan. Sebagai contoh, diperturunkan tiga petikan karya yang mengambil latar alam sebagai idealisme pengkaryaan. Contoh 1: Sungai Mekong karya Latiff Mohidin sungai mekong kupilih namamu kerana aku begitu sepi kan kubenamkan dadaku ke dasarmu kaki kananku ke bulan kaki kiriku ke matari kan kuhanyutkan hatiku ke kalimu namaku ke muara suaraku ke gunung Contoh 2: Laut karya Wadi Leta SA sewaktu kupindahkan laut ke atas sekeping kertas kutinggalkan ombak dan geloranya kepada pesisir pantai di mana badai menerjah keras yang ingin kumiliki hanyalah laut bukannya ombak dan gelora kerana kutahu jiwaku yang lembut tidak dapat menerima cabaran tengkujuh itu Contoh 3: Puisi Penyu karya JM Aziz Bergurau senda di rantau adik bergelak ketawa di Rantau Abang tetamu bertemasya lalu mengusik jantung hatinya berlubang. Siapalah tahu matanya kelabu? siapalah tahu dadanya sesak sebak? sedang air matanya berguguran di atas lubang yang dikambus sering digali orang namun demikian penyu bertelur seumur. 296","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Penutup Sesungguhnya, unsur-unsur alam, persejarahan, mitos, legenda dan kawasan pelancongan di Wilayah Timur Laut banyak menjadi nadi dan ilham pengkaryaan kepada para seniman. Memetik Kamariah Kamaruddin dalam Sinar Harian 28 Mac 2021, hubungan antara pengkarya, karya dan khalayak sangat penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sastera. Ketiga-tiganya diikat dengan tiga hubungan iaitu hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Malahan ketiga-tiga ini pula mempunyai talian yang erat dengan tiga elemen lain, iaitu ilham, kreativiti dan inspirasi. Wilayah Timur Laut juga sememangnya kaya dengan elemen kemasyarakatan, kebudayaan, adat istiadat, dan sumber warisan zaman-berzaman. Sebagai pewaris generasi Wilayah Timur Laut, kita semua perlu sentiasa memelihara dan memulihara warisan dan ketamadunan ini sampai bila-bila seperti satu khazanah bangsa. 297","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bibliografi Adnan, T. S. N. S. T., & Yaacob, M. F. C. (2022). Unsur Kebudayaan Dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Cultural Elements in Folk Narratives at Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 27-37. Alias, A., & Dali, M. M. (2014). Potensi premis penginapan kecil dan sederhana dalam pembangunan pelancongan pantai di Kelantan (Coastal tourism and the catalytic potential of small and medium premises: The case of Kelantan, Malaysia). Geografia, 10(2). https:\/\/www.sinarharian.com.my\/article\/130693\/khas\/pendapat\/ilham-inspirasi-karya-sastera (diakses pada 5 Mei 2023) Ibrahim, W. S. W., & Kanyo, N. I. (2023). Pendekatan Pelancongan Wilayah Dari Perspektif Pemegang Taruh di Kelantan, dalam Konteks Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). e- BANGI Journal, 20(2). Muda, M. S., & Ahmad, M. R. W. (2019). Eko-Kritik dalam Puisi Melayu. Akademika, 89(89), 1. Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training (InJET), 1(2), 1-10. Safei, M. A. W. A. R., & Hassan, T. R. R. (2020). Daun sebagai Wahana Komunikasi dalam Kesusasteraan Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(3), 157- 175. Stark, A., Kurniawan, Y., & Wan Yusoff, W. S. (2022). Puteri Saadong dan Ingatan Budaya Masyarakat Kelantan di Malaysia: Satu Pemerhatian di Tempat Bersejarah. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT). Taib, G., & Ali, A. H. (2018). Analisis Persejarahan Baharu dalam Novel `1515`: Analysis of New History in Novel `1515`. Jurnal Peradaban Melayu, 13, 42\u201357. Ya, C. A. C., & Abd Razak, M. R. (2019). Menelusuri elemen sejarah dalam novel. Akademika, 89(1), 5-14. Yusoff, R., di Fakulti Perniagaan, M. D., Perniagaan, P. K. D. F. P., & Sembilan, C. N. (2017). Faktor tarikan pelancongan pantai: Kajian kes di Pantai Irama Bachok, Kelantan. Proceedings ICE 2017, 480-492. 298","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENDIDIKAN ISLAM JATI DIRI KANAK-KANAK MELAYU DI PATANI Suraiya Chapakiya Universiti Fatoni ABSTRAK Makalah ini membincangkan tentang pendidikan agama Islam peringkat kanak-kanak yang ditempuh oleh kanak-kanak beragama Islam di Selatan Thailand atau Patani, yang dikenali sebagai sekolah Melayu atau kemudiannya dikenal dengan nama Tadika. Pendidikan Islam ini atau tadika dibangun sendiri oleh masyarakat Melayu Patani sebagai reaksi atau respon dalam menghadapi dasar-dasar nasionalisme pemerintah. Sejauh manakah sekolah Melayu atau tadika ini yang berteraskan pendidikan Islam berjaya menjadi benteng masyarakat Melayu bagi mempertahankan jati diri mereka di bumi tanah tumpah darah mereka. Kata Kunci: Pendidikan Islam, jati diri, kanak-kanak, Patani. 299","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENDAHULUAN Patani atau Fatoni27 antara tempat di Alam Melayu secara historisnya sangat sinonim dengan Islam sehingga mendapat gelar Serambi Mekah atau cermin Mekah. Hal ini kerana pada suatu masa dahulu, Patani sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan institusi pengajian Islam tradisional yang dipanggil pondok. Keberadaan institusi pondok ini telah menjadi tumpuan para pencari ilmu sekitar Alam Melayu datang memondok ke Patani pada zaman kegemilangan pondok Bendang Daya. Pada zaman itu, Patani sudah pun jatuh dan berada bawah takluk pemerintah Siam28, tetapi masih menikmati autonomi yang besar iaitu hal pentadbiran dalam negeri masih diperintah oleh sultan Patani lantikan Siam. Pada masa itu, Patani berada dalam keadaan aman. Maka kekal Patani sebagai sebuah tempat sangat beridentitikan Melayu-Islam yang kuat. Identiti Melayu-Islam ini terus berkekalan dalam masyarakat Patani walaupun Patani telah berlaku perubahan sistem pentadbiran. Bermula dengan kehilangan Sultan Patani yang sebelum ini menikmati autonomi pentadbiran monarki tempatan akibat perubahan struktur negara Siam dari pentadbiran tradisional kepada pentadbiran moden seperti yang ada sekarang. Perubahan sistem pentadbiran, berubah juga sistem pendidikan negara. Pemerintah di Bangkok berusaha menyebarluas nasionalisme Thai ke seluruh negara. Proses nasionalisme Thai ini tidak pernah berhenti, dan berterusan hingga kini. Namun begitu, dalam kalangan masyarakat Patani juga tidak berhenti berjuang mempertahankan identiti Melayu-Islam Patani terutama dalam pendidikan. Selain pondok dan madrasah, salah satunya dengan mempertahankan dan membangunkan satu institusi pendidikan kanak-kanak yang diberi nama sebagai tadika. Tadika sebagai tempat terawal mempertahankan jati diri meskipun tadika itu hanya sebuah sekolah untuk kanak-kanak Melayu Patani belajar pendidikan Islam. METODOLOGI Metodologi yang digunakan dalam penulisan ini adalah deskriptif kualitatif iaitu dengan mendeskripsikan serta mengkonstruksi data yang diperoleh dari berbagai sumber bacaan sama ada dalam bentuk jurnal atau buku yang berkaitan. Paling penting penelitian juga dibuat dengan menemubual tokoh terlibat dengan lembaga pendidikan kanak-kanak. Selain itu meneliti dasar-dasar pemerintah Thailand ke atas pentadbiran di kawasan masyarakat Patani, serta reaksi-reaksi atau respon pihak-pihak berkepentingan berkenaan dasar-dasar pemerintah tersebut. Setelah itu, segala data-data akan dibahas, dan dibuat kesimpulan. HASIL DAN PERBAHASAN Masyarakat Melayu Patani sama seperti masyarakat Melayu yang lain, sejak zaman dahulu lagi, kanak-kanak mendapat pendidikan awal agama dalam rumah sendiri atau keluarga yang 27 FATONI - nama tempat yang digunakan oleh para agamawan yang pada suatu masa dahulu merujuk kepada sebuah negeri kesultanan Melayu Patani yang pernah wujud dalam sejarah atau sekarang provinsi-provinsi selatan di bawah pemerintah Thailand yang sinonim dengan Islam. Nama Fatoni digunakan oleh para ulama dalam penulisan kitab-kitab agama, yang Fatoni sendiri membawa makna cerdik pandai, berkebolehan dan berakhlak mulia. Dalam konteks sekarang, Fatoni merujuk kepada masyarakat Melayu Islam di Thailand. PATANI - nama tempat atau sebuah negeri yang digunakan oleh orang atau penulis bukan kalangan agamawan yang percaya nama asal Patani diperoleh melalui sebutan 'Pantai ini' ketika Raja ingin membuka ibu kota yang baru atau Patani itu diambil dari kata nama sebuah kampung nelayan yang dibuka oleh Pak Tani sebelum menjadi ibu kota, dan sekarang Patani itu adalah kawasan selatan Thailand yang meliputi wilayah Yala, wilayah Narathiwat, wilayah Pattani, dan sebahagian daerah-daerah wilayah Songkhla. PATTANI-merujuk kepada nama sebuah wilayah di selatan dalam pemerintahan Thailand moden sekarang. Dalam tulisan ini, untuk mengelak kekeliruan setiap kali ditulis Pattani akan didahului dengan perkataan wilayah. 28 Kejatuhan dan penaklukan ini berlaku sekitar tahun 1785. 300","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 diasuh oleh ibu atau bapa mengaji al Quran atau dengan mengirim anak-anak kepada guru mengaji al-Quran dalam kampung. Setiap kampung mesti ada guru mengajar al-Quran yang biasanya oleh tuan imam masjid sesebuah kampung tersebut. Kelas mengaji al-Quran ini dilakukan sama ada di rumah guru tersebut, di serambi masjid atau surau. Pengajian agama seperti ini masih berterusan di sesetengah tempat dan ditambah baik menjadi lebih maju sesuai dengan perubahan zaman. Hal ini tidak terkecuali di Patani. Kanak- kanak masih dikirim belajar mengaji al-Quran sebelum ke sekolah dasar milik pemerintah pada sebelah pagi. Kemudian, anak-anak ini akan dikirim belajar agama lagi. Hal ini diakui ketua Perkasa iaitu Abdul Muhaimin Saleh 29yang menceritakan pendidikan awal yang diterimanya puluhan tahun dahulu. \\\"Pada masa dahulu pendidikan awal kanak-kanak bermula di rumah guru atau tok imam. Saya sendiri ketika kecil dikirim keluarga mengaji di rumah tok imam. Pengajian berlangsung setiap hari kecuali hari Jumaat, iaitu bermula pukul 6 hingga 7 pagi, saya mengaji Al-Quran. Sesudah itu, saya pulang rumah dan bersiap ke sekolah kebangsaan atau sekolah Siam.\\\" Kanak-kanak Melayu di Patani tidak terkecuali dari masuk bersekolah di sekolah pemerintah walaupun pada awalnya ia tidak mendapat sambutan masyarakat walaupun pemerintah telah menguatkuasa Akta Pendidikan tahun 1921 yang mewajibkan setiap warganegara bersekolah. Namun, selepas Perang Dunia Kedua, semakin ramai anak-anak orang Melayu dikirim belajar di sekolah Siam yang mula dibina di segenap kampung. Maka anak-anak Melayu akan pergi mengaji al-Quran dahulu pada sebelah awal pagi di rumah guru al-Quran, kemudian baru berangkat ke sekolah pemerintah atau sekolah Siam seperti disebut penduduk tempatan. \\\"Selepas pulang dari sekolah Siam, saya ke rumah tok imam sekali lagi untuk masuk kelas pengajian agama yang bermula lebih kurang pukul 5 hingga pukul 6 petang. Pada waktu petang itu, kami mengaji berpandukan pedoman dari buku bacaan Jawi, Tunas Bahasa, Benih Agama.\\\" Mengapa ibu bapa atau masyarakat mengirim lagi anak-anak belajar agama sesudah pulang sekolah pemerintah? Di sinilah bermula reaksi atau respon masyarakat dengan keberadaan sekolah pemerintah yang wajib diikuti itu, yang akhirnya menumbuh sekolah di panggil Sekolah Melayu. Cerita Abdul Muhaimin, \\\"Di kampung lain juga begitu, pendidikan awal kanak-kanak untuk pengajian Islam turut berjalan sama ada di serambi masjid atau di rumah guru, yang ketika itu dipanggil sekolah Melayu yang mula wujud sekitar tahun 1949. Kewujudan sekolah Melayu itu atas dasar kesedaran agar pendidikan awal kanak-kanak Islam tidak terabai atau tenggelam dengan pengaruh pengajian di sekolah Siam, yang ketika itu kerajaan mewajibkan penduduk mengirim anak bersekolah kebangsaan. Walaupun pada zaman saya mengaji di sekolah Siam dahulu, penguasaan bahasa Thai anak-anak orang kampung Melayu ketika itu sangat rendah hingga memaksa guru atau kru yang datang mengajar kami turut belajar bahasa Melayu untuk memudahkan mereka mendidik kami.\\\" Anak-anak Melayu tidak cukup sekadar belajar al-Quran pada sebelah pagi, kemudian diasuh dalam nasionalisme Thai, dan mesti dibenteng semula dengan sekolah Melayu. Dari segi sejarah, sekolah Melayu telah lama wujud seiring dengan pembinaan sekolah Siam dalam setiap pemukiman orang Melayu. Antara reaksi yang terbit dalam masyarakat, bagi pihak bersemangat Melayu melaungkan, jika kampung itu tidak ada sekolah Melayu, kampung itu dayus! 29 Beliau adalah Ketua Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Selatan Thai (Perkasa). Temu bual ini dilakukan pada 13 April 2022. 301","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pihak Kementerian Dalam Negeri Thailand mengakui keberadaan sekolah Melayu ini sejak tahun 1948 lagi. Dari serambi masjid dan rumah guru atau rumah tok imam, sekolah Melayu itu terus berkembang. Atas dasar kesedaran, untuk tidak ketinggalan memberi pendidikan awal Islam kepada anak-anak Melayu yang bersekolah Siam lima hari dalam seminggu, sekolah-sekolah Melayu semakin banyak didirikan yang dinaungi masyarakat melalui masjid. Oleh itu mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekolah-sekolah Melayu yang diuruskan oleh pihak madrasah atau sekolah agama, yang buka mengajar pada setiap hari sabtu dan ahad untuk murid-murid berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Manakala kelas atau darjah pula dimulakan dengan kelas kosong atau kelas setengah, iaitu sebelum kelas satu. Sekolah-sekolah Melayu ini semakin maju di bawah kelolaan pihak madrasah atau sekolah agama dengan sambutan yang baik daripada masyarakat. Guru-guru yang mengajar pula terdiri daripada lepasan sekolah agama atau pondok. \\\"Pengalaman saya sendiri, setelah dua tahun lebih kurang mengaji di rumah tok imam, kami berpindah masuk belajar di sebuah bangunan berdinding kayu, bersimen lantai dan beratap zink. Di tempat baru itu, kami mula mengaji dengan menantu tok imam yang dikenal sebagai Cikgu Abdul Latif, seorang yang berilmu dan seorang guru yang baik, tambahan pula Cikgu Abdul Latif adalah tamatan pondok Dala. Pada awal mengaji di tempat baru itu, kelas telah di bahagi dua. Kemudian sekolah telah berkembang, murid mencecah 100 orang, dan kelas telah dibahagi menjadi empat kelas mengikut tahap pengajian, yang sebahagian kelas itu dibuka di atas balaisah berhampiran bangunan sekolah, \\\" ujar Abdul Muhaimin. Pada masa itu, ujar Abdul Muhaimin, bahan atau buku panduan mendidik datang dari Malaysia. \\\"Di bawah asuhan Cikgu Abdul Latif, kami menggunakan buku-buku dari Malaysia. Contohnya Mutiara Tauhid 1 hingga 3. Begitu juga dengan mata pelajaran yang lain, pengaruh Malaysia tetap ada termasuk menggunakan tafsir Muqaddam 1 hingga 3 juga dari Malaysia. Pada tahun 1970 barulah sekolah Melayu itu rata-rata dipanggil sekolah Tadika. Penamaan ini mungkin ada pengaruh dari Malaysia yang memanggil Tadika singkatan bagi Taman Didikan Kanak-kanak. \\\"Lebih kurang begitulah pengalaman saya belajar di sekolah Melayu yang kemudian dipanggil sekolah Tadika, mungkin panggilan Tadika itu datang dari pengaruh Malaysia seperti mana kami turut sama mengaji menggunakan buku-buku dari Malaysia. Walaupun begitu, makna tadika berbeza dengan makna tadika yang difahami di Malaysia sekarang berbanding di Patani. Tadika adalah merujuk kepada sekolah untuk kanak-kanak Islam di 5 wilayah selatan sempadan iaitu Patani, Menara, Jala, Senggora dan Setul. Sekolah ini khas mendidik kanak- kanak bermula usia 3 tahun hingga 12 tahun yang diadakan di setiap masjid dan setiap kampung. Persekolahan tadika berlangsung pada hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad, \\\" kata Abdul Muhaimin. Sekolah tadika kebanyakannya berjalan pada hari minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sekolah tadika ini semakin sistematik dari semasa ke semasa. Perkembangan itu dapat dilihat selepas tertubuhnya sebuah persatuan sekolah-sekolah Tadika oleh gabungan beberapa sekolah agama swasta pada tahun 1965 iaitu Persatuan Sekolah Melayu Pombeng. Persatuan ini bukan sahaja menaungi bahkan turut menyediakan kurikulum dan tenaga pengajar untuk sekolah tadika naungan mereka. Gabungan ini digerak oleh beberapa buah madrasah terkenal di Patani. Pada ketika itu awal tahun 70-an, selain Persatuan Sekolah Melayu Pombing di bawah pondok Pombing, persatuan lain wujud adalah sekolah Melayu Pedau, Jabat, dan sekolah Melayu kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani sendiri. Sukatan pelajaran sekolah Melayu pula belum sekata, ia berdasarkan kecenderungan sekolah masing-masing. Secara umum mata pelajaran asas iaitu al-Quran, Tauhid, Fiqah, Akhlak, Sirah, dan Bahasa Melayu menulis dalam huruf jawi. Turut sama diajarkan menulis dan membaca dalam tulisan rumi, 302","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 mengenangkan sebelah negara Melayu di seberang sungai Golok telah memilih rumi sebagai aksara negara. Syeikh Ismail Lutfi30 mengenangkan kembali zaman mudanya dahulu. Madrasah milik ayahnya iaitu Madrasah ar-Rahmaniah tidak ketinggalan dalam gelombang kesedaran ummat itu. Untuk tujuan tersebut sebuah bangsal yang terletak di hujung balai berdekatan dengan kawasan berpaya telah dibina khas untuk sekolah Melayu. Bangsal sekolah Melayu tersebut dibuat dua buah bilik darjah. Ramai ibubapa mengirim anak-anak ke sekolah Melayu tersebut dari kampung sekitar. Anak-anak itu pada hari biasa bersekolah di sekolah Siam. Untuk mengukuhkan lagi sekolah Melayu itu, satu persatuan sekolah Melayu telah dibentuk, yang merangkumi sekolah Melayu di 13 buah kampung. Ismail Lutfi bergiat aktif di dalam persatuan tersebut. Pada suatu hari, Syeikh Ismail Lutfi membelek dan membaca kitab Benih Ugama yang menjadi teks di tadika, yang membicarakan tentang rukun imam, rukun Islam atau hal-hal yang asas dalam Islam. Benih Agama ini diterbit di Singapura. Kemudian terlintas dalam fikirannya, 'Mengapa kita tidak tulis sendiri? Padahal kita ini negeri para ulama. Aku nak buat.' Dari situ mula terdetik dalam fikiran Ismail Lutfi untuk mengarang buku pertama. Kemudian Syeikh Ismail Lutfi dengan kerjasama rakan-rakan berjaya menerbit beberapa buah buku teks untuk digunakan di sekolah tadika. Buku-buku tersebut berjudul Sinaran Ugama (Tauhid, Fekah, dan Ahklak) Penggal 1, 1969M., Al-Qiraat Wal Mutalaah 1, 1970M\/1389H., Al- Qiraat Wal Mutalaah 2, 1391H., Perintis Bacaan Penggal 1, 1970M., Tunas Bahasa Penggal 1,1972M., Sejarah Islam 1, 1972M., Sejarah Islam 2, 1972M., Sejarah Islam 3, 1973M. Dari senarai buku-buku tulisan Syeikh Ismail Lutfi ini bukan sahaja buku pendidikan Islam bahkan turut serta buku tentang bahasa Melayu aksara jawi dan rumi. Hidup bersatu, dan berpersatuan adalah penting untuk kelangsungan tadika. Pada tahun 1987 ditubuh persatuan tadika Fatoni atau dipanggil Pusaka Fatoni meliputi jumlah tadika sebanyak 697 buah di wilayah Pattani. Tahun 1991, ditubuh Pusaka Menara untuk persatuan tadika di wilayah Narathiwat sebanyak 679 buah tadika. Manakala wilayah Yala pula ditubuh Pertiwi untuk menaungi tadika sebanyak 485 buah. Kemudian tahun 1997, ditubuh Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Selatan Thai (Perkasa) menaungi semua tadika di wilayah sempadan selatan. Setiap perjuangan tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran. Begitu juga dengan kelangsungan tadika untuk bertahan hingga kini. Setiap tahun atau zaman ada cabaran tersendiri. Di zaman awal puluhan tahun dahulu, tadika berhadapan dengan cabaran dengan kekangan kewangan dan membina kurikulum dan keseragaman kurikulum antara tadika dengan tadika kampung lain. Pada masa itu sekolah Tadika di bina ala kadar atau sekadar cukup sebagai tempat mengaji dengan bantuan kewangan orang ramai. Begitu juga dengan kurikulum, tadika mengambil sebahagian kurikulum dari Malaysia. Manakala urusan gaji guru, pada ketika, tiada gaji khusus, hanya ada zakat setiap tahun atau isteri guru turut berjualan di sekolah yang sedikit sebanyak menampung ekonomi guru. Pada zaman serba moden ini, cabaran turut berbeza, yang masyarakat kita sendiri tidak dapat lepas dari fikiran material. Fikiran material ini sedikit sebanyak tempiasnya turut sama ke atas institusi pendidikan sekolah Tadika. Hal ini dapat dilihat dengan kualiti guru dan kesungguhan guru mengajar. Oleh sebab itu, hasil murid lulusan sekolah Tadika berbeza daripada setiap kampung dengan kampung yang lain. Jika guru itu bersungguh mendidik dan meletak saguhati bukan nombor satu, hasilnya akan melahirkan murid-murid tadika yang 30 Rektor Universiti Fatoni 303","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 berkualiti. Jika tidak, akan melahirkan kualiti murid yang sebaliknya. Begitu juga dengan kesungguhan ibubapa setiap murid. Jika ibubapa tidak merasa sekolah Tadika tidak memberi manfaat untuk membina kerjaya anak-anak, kesan fikiran sedemikian akan memberi cabaran untuk kelangsungan tadika sebagai identiti Melayu Patani di masa depan. Dan tantangan terbesar mestilah daripada dasar-dasar pemerintah, sejak 2005 sudah cuba masuk menguasai tadika. Tambahan pula, sejak Patani kembali berkonflik sekitar 2001, beberapa orang guru tadika telah ditahan pihak tentera sebagai suspek pengganas. Hal ini menambah kecurigaan pihak pemerintah, dan upaya pemerintah untuk menguasai sekolah tadika secara lembut demi nasionalisme negara tidak berhenti termasuk dengan menawar segala bantuan seperti bayaran saguhati bulanan kepada guru-guru sekolah tadika. Manakala pihak-pihak berkepentingan dengan tadika seperti persatuan berusaha memenuhi kehendak pemerintah tanpa mengorbankan asas penubuhan tadika iaitu Islam dan Melayu. Kesimpulan Keberadaan sekolah Melayu dan kemudiannya dikenal sebagai tadika adalah respon masyarakat Melayu Patani terhadap dasar-dasar nasionalisme Thai, agar jati diri anak-anak Melayu kenal dengan identiti Melayu-Islam. Respon ini dilakukan tanpa melakukan keganasan sebaliknya mengikut apa yang dibenarkan oleh perlembagaan negara Thailand untuk menjaga hak-hak asasi warganya. Setakat ini, tadika merupakan benteng permulaan masyarakat Patani bagi mempertahankan jati diri orang Patani. 304","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abdul Razak Mahmud, Ahmad Fathy. 2019. Kelantan-Patani. Ulama dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur. Kota Bharu: MAIK,2-8. Ahmad Fathy. 2002. Ulama Besar Dari Patani. Bangi: Penerbit UKM, 2002. Ahmad Omar Chapakia. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Setar: Pustaka Darul Salam. Mohd Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: DBP. Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Penerbit UKM. Hassan Madmarn. 1999. Pondok dan Madrasah di Patani. Bangi: Penerbit UKM. Ibrahim Syukri. 2005. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit UKM. Ismail Lutfi Chapakiya. 2003. Islam dan Masyarakat Melayu di Selatan Thailand. Dalam Peradaban Melayu Timur Laut, A. Aziz Deraman (eds), Kuala Lumpur: DBP, 2003), hlm. 387. Suraiya Chapakiya, Isma Ae Mohamad. 2021. Biografi Syeikh Ismail Lutfi: Penyebar Salam Dari Patani. Nilai: Ilham Books. 305","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 FROM STORYTELLERS TO GUARDIANS OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE: UNRAVELING THE ROLE SET OF TOK DALANG IN WAYANG KULIT Suraya Sukri1 Nur Farah Aisar Binti Zahari2 [email protected] [email protected] Abstract This study presents an initial exploration of the Tok Dalang's role in preserving intangible heritage through Wayang Kulit performances in Kelantan. The primary focus of this research is to identify the various types and themes of oral narratives in Wayang Kulit, while also analysing the pivotal role played by the Tok Dalang in the art of Wayang Kulit performance. The study adopts a qualitative research design, utilizing semi-structured interviews and field observations for data collection. The sampling technique employed is non-probability-based, specifically utilizing the snowball sampling method. Thematic analysis, based on Clarke & Braun's approach (2006), is used to analyse the collected data. The findings reveal the role set exemplified by Tok Dalang in Wayang Kulit performance. In conclusion, the study emphasizes the paramount importance of the Tok Dalang's roles within Wayang Kulit performances as a framework for safeguarding the intangible cultural heritage for future generations. Keywords: Intangible cultural heritage, Oral tradition; Safeguarding, Tok Dalang, Wayang Kulit. 306","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1.0 INTRODUCTION Wayang Kulit, a theatrical performance prevalent in Southeast Asia, including Indonesia, Thailand, India, Cambodia, China, Turkey, and Malaysia, is regarded as one of the oldest forms of its kind. Unique to each country, Wayang Kulit showcases distinct identities, characters, and forms. Employing the shadow and light principle, the performance utilizes white screens to reflect light and create its captivating visual effects (Amirrul, 2020). In Malay, 'wayang' denotes a shadow puppetry performance on a white screen in Wayang Kulit, where tok dalang (puppeteers) manipulate intricately carved leather puppets (Jufry, 2014) to create the shadows (Razali & Hassan, 2016). The rich cultural tradition of Wayang Kulit in Malaysia encompasses four distinct variants - Wayang Kulit Kelantan, Wayang Melayu, Wayang Gedek, and Wayang Purwa - each distinguished by its unique language, dialect, storyline, and stage equipment. These performances have become immensely popular forms of entertainment among the local populace, with Wayang Kulit Kelantan being particularly active, presented by Tok Dalang in the Kelantan dialect with influences from the Patani dialect (Hardwick, 2016). The narratives predominantly draw from the Hikayat Seri Rama (Amirrul, 2020) and the performances involve specific rituals during their opening and closing, incorporating prescribed practices, prohibitions, and incantations. Additionally, the theatrical elements are complemented by various equipment, including gedebuk, kelir, pelita, cerita, patung, and dalang, along with instrumental music, dialogue, vocals, movement, storytelling, and musical instruments (Jufry, 2014). This paper delves into the crucial role of Tok Dalang in revitalizing the Wayang Kulit performance, especially given the scarcity of steadfast practitioners in the industry. Among the living Tok Dalang to date are Yusoff Mamat, Pak Chu, Ripin Setek, Dollah Ramvong, and Nik Mat Ludin, to name a few. Notably, Tok Dalang assumes diverse role sets, aiming not only to entertain but also to educate the public. Consequently, this study aims to unveil and explore the multifaceted role sets enacted by Tok Dalang in Wayang Kulit performances. 2.0 LITERATURE REVIEW 2.1 Wayang Kulit as an Integral Component of Oral Tradition In academic discourse, it is imperative to distinguish between two distinct concepts: oral history and oral tradition. Oral history denotes a specific methodology employed to preserve significant past events, often recounted by authorities in various fields such as politics, economics, sociology, culture, and law, among others. The paramount focus of this approach lies in the meticulous documentation of historical narratives, which revolves around the temporal context, frequency of occurrences, and the individuals directly or indirectly engaged in these events (Yahya, 2018). Conversely, oral tradition pertains to the transmission of cultural norms, values, and narratives through spoken means across successive generations. These messages are conveyed through diverse forms, including speeches, songs, and expressions encapsulated within various literary genres such as poems, folk tales, advice, ballads, songs, and proverbs, eschewing any reliance on written language for their dissemination (Sulaiman, 2013). As such, Wayang kulit can be duly classified as an oral tradition within the realm of our cultural heritage, encompassing the performing arts and traditional crafts, owing to its inherent capacity for intergenerational knowledge transmission (UNESCO, 2003). Empirical evidence of the significance attributed to the Wayang Puppet Theatre emerges from the dedicated endeavors of The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), which in 2003 officially recognized and proclaimed it as a Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity (Kia & Chan, 2009). Consequently, the 13th Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage, an entity under UNESCO, has introduced the \\\"Dive into ICH\\\" platform\u2014 a comprehensive website designed for mapping and indexing the global landscape of 307","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Intangible Cultural Heritage (ICH) and its associated risks. Within this database, a specific threat index has been linked to Wayang Kulit, stemming from the influence of cultural globalization. This phenomenon encompasses rapid sociocultural transformations within the community, leading to adaptations aligning with mainstream culture, ultimately posing a challenge to the resilience and preservation of their invaluable intangible cultural heritage (UNESCO, 2018). 2.2 Wayang Kulit as Cultural Process Wayang Kulit has emerged as a prominent cultural phenomenon within the Malaysian populace, attracting significant interest from researchers across diverse disciplines, who seek to explore and analyse it from multifaceted perspectives. For instance, a notable early investigation into Wayang Kulit in Kelantan was documented by Rentse (1936), focusing on the intricate rituals and processes associated with the shadow play, encompassing the preparatory, performance, and post-performance phases. Bujang (2007) delves into the Wayang Kulit performance, recognizing its dual significance as a means of communication and an expression of aesthetics, both of which contribute to the establishment and reinforcement of the community's identity. The captivating aesthetic elements inherent in Wayang Kulit performances serve to attract and cultivate a dedicated audience base. Conversely, another researcher's focus lies in comprehending the pivotal role of the Tok Dalang (puppeteer) in the evolution of Wayang Kulit theatre, particularly as it adapts to the exigencies of the contemporary era. The findings of this study reveal notable alterations in the stage design, primarily attributed to distinct factors encompassing the roles assumed by various stakeholders, regulatory aspects, spatial considerations, organizational dynamics, and the evolving preferences of the audience (Amirrul, 2020). Another line of inquiry concentrates on the visual styles employed in Wayang Kulit performances, alongside the technical advancements related to digital puppetry, aimed at the preservation of this traditional art form in Kelantan through the utilization of Computer Graphic Imagery (CGI) (Ghani, 2011; Kia & Chan, 2009). In contrast, (Ariffin et al., 2016) delve into the crucial determinants influencing the survival of Wayang Kulit performances. Their findings underscore the formidable impact of popular culture, which significantly influences the frequency of these performances. Notwithstanding, the thriving continuity of Wayang Kulit is attributed to multiple factors, including societal demands, governmental policies, and programs, as well as the active involvement of influential individuals in promoting and sustaining this art form. Moreover, the integration of Wayang Kulit into medical and healing practices has further contributed to its persistence and continued relevance in contemporary times. 2.3 The Roles of Tok Dalang and Legal Provision in Safeguarding ICH (Hussin & Yusoff, 2021) conducted an insightful biographical study that delves into the journey and pivotal role of Tok Dalang in safeguarding the Wayang Kulit performance. Moreover, the domain of tourism has also recognized the significance of Wayang Kulit, investigating its potential as a valuable commodity within the realm of intangible cultural heritage, particularly as an oral tradition capable of captivating visitors to the east coast of Malaysia, notably Kelantan (Abdul Rahman, 2015; Daud, 2013). Furthermore, an intriguing study centred on the minority's perspective sought to understand their appreciation for oral tradition, with a particular focus on the Wayang Kulit performance as a noteworthy aspect of investigation. Significantly, the research findings highlight a pronounced cultural assimilation observed among the minority ethnic group of Peranakan Siam in Kelantan, whereby Wayang Kulit performances were championed by a prominent Kelantan-Siam Tok Dalang. This cultural assimilation arose due to the ban on Wayang Kulit performances, as it was perceived to conflict with Islamic teachings. Consequently, non-Muslim individuals assumed the responsibility of upholding and perpetuating this art form (Ahmad et al., 308","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 2011). Further insights provided by Takari (2013) shed light on the essential characteristics of oral tradition, emphasizing the integral role of Wayang Kulit within this rich tradition and its implications for the art form's future. Furthermore, Mustafa & Abdullah (2021) underscore the pivotal role of law and legislative provisions in ensuring the preservation of Intangible Cultural Heritage (ICH) in Malaysia. By actively securing and engaging people's participation, the effective safeguarding of Malaysia's ICH is facilitated. 2.4 Tok Dalang: A socially Defined Roles and Their Significance Despite thorough examination of existing literature by previous scholars, there is a noticeable lack of theoretical foundation to understand the decline of intangible cultural heritage, specifically Wayang Kulit performance. Wayang Kulit has long been ingrained in communities, embodying cultural and sociological significance through shared values, norms, and beliefs. To ensure its continuity, it is essential to explore its historical social role and function, offering insights into current challenges. The role theory, a fundamental concept in Sociology and Social Psychology, offers a comprehensive framework for elucidating the myriad activities and social actions exhibited by individuals. This theoretical perspective posits that each human being assumes specific roles, carries corresponding responsibilities, and adheres to expected behaviors within the context of their society. Central to this theory is the notion that human behavior manifests predictably, drawing upon the intricate interplay of social roles and diverse contextual factors. Notably, distinguished scholars including Talcott Parsons, George Herbert Mead, Georg Simmel, and others have played pivotal roles in advancing and shaping this theoretical paradigm. Role theory posits that everyday actions reflect socially defined roles, encompassing categories like mother, employee, or wife, with each role carrying distinct rights, duties, norms, and behaviors influenced by social position and contextual factors (B.J. Biddle, 1986; Barnett, 2014). At the individual and collective levels, role theory explores the organization of social behavior, bestowing meaning to individual actions within social contexts, reflecting work responsibilities, group participation, and societal engagement. Understanding role theory is crucial for comprehending the interplay among micro-, macro-, and intermediate levels of society, where roles are analogous to stages, guiding diverse behaviors and emotions based on situations, and diverse individuals may exhibit similar behaviors in comparable relationships. Additionally, roles encompass interconnected clusters of behaviors and attitudes, ensuring consistency when individuals perform components of a single role and inconsistency when they deviate from it (R. H. Turner, 2001). This theory significantly analyzes characteristic behavior patterns in social life, with individuals assuming social positions and holding expectations for their own and others' behaviors, generating extensive research within the field, including five perspectives: functional, symbolic interactionist, structural, organizational, and cognitive role theory. Key practical concerns and concepts in role research include consensus, conformity, role conflict, and role taking. Presently, centrifugal and integrative forces coexist in the role field, with differing perspectives, disagreements over role concept usage, and diverse applications in analyzing social systems, balanced by shared fundamental concerns driving role theorists towards a comprehensive and inclusive version of the field accommodating diverse interests (B.J. Biddle, 1986). Merton (1957) highlights that social status involves not just one singular role but an array of roles forming a role-set. These roles are adopted based on an individual's specific social statuses. For instance, in medical schools, a medical student's status encompasses roles as a student, peer, physician, nurse, social worker, and more. Similarly, a schoolteacher in the United States assumes roles with pupils, colleagues, school administrators, the Board of Education, and professional associations. This study aims to 309","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 comprehensively examine the role set of Tok Dalang in Wayang Kulit performances within their specific social status and evaluate its significance and relevance in contemporary society. 3.0 RESEARCH METHODOLOGY This research used Ethnographic approach using qualitative research design by utilising semi structured interview and observation on the site. The data were collected from Informants of different location ranging from Pasir Mas, Tumpat and Kota Bharu. Those who were interviewed was figure head in the field of Wayang Kulit hence, has contributed to the depth of reliability of the data (Clarke & Braun, 2017). Finally data were then analysed using thematic analysis outlined by (Braun & Clarke, 2006) through their six steps of thematic analysis. 4.0 FINDINGS AND DISCUSSIONS 4.1 Tok Dalang as a Storyteller An interview session was conducted with informant has indicated that this form of Wayang Kulit performance can be classified into two categories: traditional and modern narratives. a) Traditional Narratives Based on the interviews with informants, traditional narrative in Wayang Kulit, commonly known as \\\"hikayat,\\\" typically focused on past stories and featured less humour narratives while emphasizing singing. Notably, singing commenced during specific moments in the performance, such as when the king arrived or when summoning the people and royal guards. Hikayat Mahabharata and Hikayat Ramayana held prominence as the main stories performed. In contrast, modern narratives incorporated elements of modernity while preserving the main storyline. While traditional Wayang Kulit encompassed thirteen fundamental narratives, contemporary adaptations catered to modern preferences, particularly in attracting younger audiences. Initially enjoyed primarily by the nobility, Wayang Kulit has evolved into a popular form of entertainment for diverse audiences, both local and international. \\\"A puppeteer is not considered genuine or certified if they are unable to present the story of Maharaja Wana in their puppetry performance\u201d (Informant 2, October 11, Field Study, 2022). Traditional narrative in Wayang Kulit demands Tok Dalang's mastery of Hikayat Mahabharata and Ramayana. Hikayat Ramayana depicts conflicts arising from state disputes, border issues, murders, and fights over women, exemplified by Sri Rama's son engaging with women and enticing others' fiancees, leading to confrontations. The narrative embodies a dichotomy between good and evil, where the virtuous characters occupy the right side and the malevolent ones on the left, symbolizing a perpetual battle between the two sides. Sri Rama personifies the virtuous character, while the monster or genie, Rawana, represents the evil character. The ongoing clashes between Sri Rama and Rawana, spanning generations, remain consistent in the narrative, as attested unanimously by most informants. a) Modern Narratives Based on the interview sessions, it was observed that modern themes in Wayang Kulit performances consist of stories adapted from current events, while retaining the essence of original themes. This adaptation is driven by the frequent requests 310","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 for performances from Tok Dalang in various organizations, such as hotels and governmental agencies, aligning with the themes of their events. Some themes are specifically requested by organizers to fulfill Tok Dalang's role as a storyteller, aiming to educate and convey messages to the audience. These requested themes encompass issues like illegal street racing and drug addiction. In such cases, traditional characters like kings, pengasuh, and rakyat are reimagined through puppets representing motorcycles, cars, and specific attire to suit the themes. Moreover, most of the puppets used in modern performances are carved from plastic and are often designed for single-use, deviating from the traditional practice of extensive carving. In addition to specific requested themes, general themes are also envisioned beforehand, outlining a series of events related to the selected topic, like the locations where drug addicts are found, scenes under the bridge, and the portrayal of marital and family problems. \\\"Ha, there's a theme. For example, in modern stories like this, they advise young children, 'mat rempit' (motorcycle street racers), drug addicts, and so on.\\\" (Informant 1, October 1, Field Study, 2022) 4.2 Tok Dalang as Traditional Healer According to Amirrul, (2020),a \\\"dalang\\\" takes on multifaceted roles as a group leader, shaman, and performing artist. This esteemed figure holds significant respect and admiration within the local community. To attain expertise, aspiring \\\"tok dalang\\\" individuals must undergo a traditional apprenticeship under experienced mentors, acquiring mastery in all aspects of the performance, be it rituals, values, prohibitions, or artistic elements. This comprehensive mastery ensures the continuity of the community's belief manifestations. Additionally, according to the one of the informants, \\\"tok dalang\\\" practitioners also contribute to the field of medical knowledge and shamanism. \\\"Learning the aspects of incantations, learning to open and close the stage, enables one to practice healing others, either for afflictions caused by black magic or other illnesses. As for opening and closing the stage, we have the option to learn either the Thai or Malay style.\\\" (Informant 1, October 1, Field Study, 2022) The informant reveals that the \\\"tok dalang\\\" has an active role in traditional medicine and shamanism. As a \\\"tok dalang,\\\" they possess the ability to cure individuals affected by harmful practices like black magic (\\\"santau\\\") and various ailments. Additionally, they acquire knowledge in incantations and spells. During Wayang Kulit performances, the \\\"tok dalang\\\" recites specific mantras while opening and closing the stage. Past research by Amirrul (2020) supports this, indicating that the \\\"dalang\\\" is considered a shaman, advisor, and expert, playing a pivotal role in Malay society's beliefs and rituals. Furthermore, the importance of opening and closing the stage is reinforced by Wayang Kulit Kelantan's incorporation of ritual elements. These rituals involve ceremonies for commencing and concluding the stage, as well as special practices during the performances. This includes adhering to prohibitions and reciting incantations, as observed in Wayang Kulit Kelantan performances (Salihuddin, 2016). 311","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 4.3 Tok Dalang as a Well-rounded Performer In the realm of Wayang Kulit performance, the Tok Dalang assumes a multifaceted and pivotal role. Mastery in various domains, including music, puppet manipulation, character animation, storytelling, and leadership, underscores the significance of their position. They take on the responsibilities of a director, stage manager, story writer, actor, and singer, exemplifying the concept of role set theory (Merton, 1957). The Tok Dalang's extensive expertise and proficiency across diverse aspects of the performance highlight their profound knowledge and skilfulness. \\\"The role of the dalang in Traditional Kelantanese Malay Shadow Puppetry is that of the main leader in the performance. The dalang will handle, direct, arrange, and act out every activity that is part of the shadow puppetry performance. Therefore, the dalang encompasses all of these tasks.\\\" (Informant 2, October 11, Field Study, 2022) a) Vocal Modulation In Wayang Kulit performances, statues serve as the narrative's central elements, and the tok dalang assumes a crucial role in utilizing diverse voice intonations for each character portrayed (Salihuddin, 2016). Through skilled voice modulation, the tok dalang enhances storytelling clarity and imparts multiple layers of meaning and messages to the audience. This practice underscores the artistry and communicative power of voice intonation in the context of Wayang Kulit, enriching the overall performance experience and cultural significance. \\\"At least, we need to have seven or eight different voice pitches that can be altered. If we cannot change our voice, we cannot become a tok dalang. The reason is that the wayang kulit puppets are many, and their voices are not the same; they must be different. Only one tok dalang can bring forth distinct voices.\\\" (Informant 1, October 1, Field Study, 2022) The tok dalang's pivotal role lies in mastering diverse voice intonations, proficiently handling at least seven or eight distinct voices for each character in wayang kulit. They are the sole performers using various voices during the performance. To achieve this skill, consistent practice is required to diversify and control voice intonation, enriching the storytelling experience. Informant one explains that the diversity of voices in wayang kulit can be attributed to the different puppet characters. The performance showcases a variety of puppet forms and characters, each with distinct voices. For example, the character Said, depicted as thin and small, necessitates a voice that matches the role, while Wak Yoh's long throat results in a noticeably unique voice compared to other characters. Each character has different voices. For example, Said is portrayed as small and thin. A rough voice wouldn't be suitable. On the other hand, Wak Yoh has a long throat.\\\" (Informant 1, October 1, Field Study, 2022) In performances, one tok dalang brings all characters to life. This fundamental skill is essential for being a wayang kulit tok dalang. Past research by Bujang (2007) supports the tok dalang's pivotal role in manipulating puppets and swiftly changing voices, enhancing the storytelling experience. 312","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 b) Script writing The tok dalang's involvement in writing wayang kulit scripts is crucial and time- consuming. They create engaging narratives, taking two to three days for complex stories and a day for shorter ones. The scripts consist of plot outlines, synopses, and the tok dalang's input during performances, including comedic elements. Storyboard or script structures are commonly used to organize the beginning, middle, and end of the story. Some tok dalang incorporate TV drama storylines while preserving the original wayang kulit character names. Generally, dialogues and storylines in wayang kulit remain consistent across performances. \\\"Um, for a complex story, it takes me around two to three days to complete. But for a simple story, it can be done in just a day. I don't write the script part by part. I only have a synopsis and a storyboard, and then the tok dalang adds the rest on their own.\\\" (Informant 3, November 22, Field Study, 2022) c) Songs and Music Photo 1: Musical Instruments for Wayang Kulit Source: Field Study, 2022 In the Traditional Malay Shadow Puppet Theatre of Kelantan, various musical instruments are utilized, such as drums, gongs, canangs, serunai, and more. The performance incorporates around 32 distinct music rhythms and songs, creating unique melodies. The tok dalang also plays a role in arranging these music rhythms and songs. The music and songs follow the rhythm of the tok dalang's singing, with the tok dalang initiating the song and specific music accompaniment. The songs in the performance are categorized based on character portrayals, like \\\"irama berkabar\\\" for good characters like Sri Rama and \\\"irama menyembah dan menghadap\\\" for the main character like Rawana. The tok dalang uses various songs for different characters, including \\\"Sedayung Patat\/Tonggek\\\" and \\\"barat cepat\\\" for dayang \/ inang characters. These songs significantly contribute to the storytelling. aa sikit berjalan tu sian, kami banyak berlari, kaki langkah tu sain sambil tangan melambai, mulut mengepek sambil mata menyila, sila kiri toleh ke kanan. (Informan 4, 16 Disember, Kajian Lapangan, 2022) 313","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 d) Performance Management The tok dalang in wayang kulit assumes a management role, attending to the welfare and needs of the wayang kulit group. They act as a spokesperson, handling discussions on performance-related matters such as venue arrangements, transportation, and remuneration. Additionally, the tok dalang supervises the maintenance of musical instruments and wayang kulit puppets, ensuring their good condition and addressing any issues with assistance from skilled group members. Informant two, illustrated this through proper storage and responsible upkeep, aimed at preventing damages and extending the equipment's lifespan. Photo 2: musical instruments and puppets Photo 3: Wayang Kulit Puppetry Source: Field Study 2022 4.4 Secondary Agent of Sociolisation Socialization commences at birth as individuals become part of society and social groups, with primary agents like family and teachers at school playing a significant role. Subsequently, secondary agents of socialization come into play once individuals have attained primary socialization, albeit being less influential in shaping fundamental beliefs and values. However, they remain important in instructing appropriate behaviour within social and group contexts. \u201ckalau wayang kulit ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi banyak menyampaikan mesej dan merupakan nasihat kepada generasi muda gini-gini\u201d (Informan 1, 1 Oktober, Kajian Lapangan, 2022). Wayang Kulit, as evidenced from the excerpts, not only entertains the public but also functions as a medium for delivering messages and advice to the younger generation. The performances are characterized by diverse approaches, incorporating humor to prevent audience boredom. Socialization occurs as Tok Dalang fulfills the role of imparting behavioral guidelines through a range of selected intonations, spanning from negative to positive tones. Positive tones consistently emphasize attributes of kindness, love, and mutual assistance, while negative tones depict themes related to war and its repercussions. a) Negative The Ramayana serves as a narrative example of delivering a message with a negative connotation, featuring themes of war and conflict arising from territorial disputes, national defence, and even disputes over women, represented through the contrasting characters of Sri Rama and Rawanan. These stories convey valuable lessons derived from the consequences and implications of war. 314","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 b) Positive In parallel, positive messages were also disseminated as a means of societal socialization, emanating from themes portraying justice and wisdom. \u201cSri Rama merupaka raja yang adil, saksama, bijaksana dalam pemerintahan\u201d (Informan 2, 11 Oktober, Kajian Lapangan, 2022) The excerpt reveals Sri Rama's portrayal as a just, visionary, and wise king, exemplified by his fair organization of the government and administration through the strategic appointment of skilled and expert officials. Additionally, the themes of love are evident in the Hikayat Maharaja Wana, where Sultan Sirat Maharaja embodies a nurturing father figure, imparting worldly and spiritual knowledge to Sri Rama and Laksamana. Moreover, he commissions the Brahman and knight to educate and guide them. Furthermore, the role of Tok Dalang as a secondary agent of socialization is highlighted through Wayang Kulit performances, offering valuable advice to the public, particularly the younger generation. \u201cemm..... khalayak kita pelajar sekolah. Jadinya pelajar keno rajin gi sekolah, rajin baca buku\u201d (Informan 3, 22 November, Kajian Lapangan, 2022). The excerpt illustrates that advice is conveyed to society regardless of age, with the messages possibly carrying direct or indirect meanings for the audience. Another theme observed is mutual help, exemplified in the story of Raden Kecik Indera Sakti. After a truce is established between the children of Sri Rama, a war ensues with the evil side, and Raden and King Lakjuno join forces against Raja Ratu Pedang Kilat. Throughout the battle, Raden aids his brother, King Lakjuno, showcasing the attitude of mutual assistance between siblings. CONCLUSION In conclusion, the multifaceted roles assumed by Tok Dalang, encompassing those of a storyteller, traditional healer, performer, and secondary agent of socialization, underscore the significance of analyzing their role set to address societal expectations effectively. This investigation provides valuable insights into human behavior and elucidates how the diverse roles played by Tok Dalang contribute indispensably to societal stability, particularly in the preservation and sustenance of intangible cultural heritage through the profound artistry of Wayang Kulit performance. 315","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 6.0 REFERENCES Abdul Rahman, M. L. (2015). Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan: Suatu Perbandingan di Malaysia dan Singapura. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu, 3(3), 19\u2013 27. https:\/\/doi.org\/10.17576\/iman-2015-0303-02 Ahmad, M. N., Dollah, H., & Seong, T. K. (2011). Penghayatan tradisi lisan melayu dalam kalangan masyarakat cina kelantan. Jurnal Melayu, 8, 111\u2013132. Amirrul, A. A. (2020). Peranan Dalang Dalam Rekabentuk Pentas Persembahan Wayang Kulit Kelantan: the Role of Tok Dalang in the Stage Design of \u2026. Jurnal Gendang Alam (GA). https:\/\/jurcon.ums.edu.my\/ojums\/index.php\/GA\/article\/view\/2826%0Ahttps:\/\/jurcon.ums.ed u.my\/ojums\/index.php\/GA\/article\/download\/2826\/1863 Ariffin, W. N. J. W., Ghani, N. I. A., & Abdullah, R. (2016). Sustainability of Wayang Kulit and Main Puteri Cultural Performance Among the Malay Society in Eastern Peninsular Malaysia. Journal of Education and Social Science, 5(3), 76\u201380. B.J. Biddle. (1986). Recent Developments in Role Theory. Annual Review of Sociology, 12(1), 67\u201392. https:\/\/doi.org\/10.1146\/annurev.soc.12.1.67 Barnett, R. C. (2014). Role Theory. In A. C. Michalos (Ed.), Encyclopedia of Quality of Life and Well-Being Research (pp. 5591\u20135593). Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77\u2013101. https:\/\/doi.org\/10.1191\/1478088706qp063oa Bujang, R. H. (2007). Fungsi Komunikasi Dan Estetika Dalam Persembahan Teater Tradisional Wayang Kulit. Jurnal Pengajian Melayu, 18, 135\u2013156. Clarke, V., & Braun, V. (2017). Thematic Analysis: Striving to Meet the Trustworthiness Criteria. Journal of Positive Psychology, 12(3), 297\u2013298. https:\/\/doi.org\/10.1080\/17439760.2016.1262613 Daud, H. (2013). Tradisi Lisan Dan Pelancongan Di Malaysia: Satu Saranan. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1(1), 51\u201376. https:\/\/doi.org\/10.47252\/teniat.v1i1.60 Ghani, D. A. (2011). Visualization Elements of Shadow Play Technique Movement and Study of Computer Graphic Imagery (CGI) In Wayang Kulit Kelantan. International Journal of Art, Culture, Design, and Technology, 1(1), 50\u201357. https:\/\/doi.org\/10.4018\/ijacdt.2011010105 Hardwick, P. A. (2016). Malay Chronicle, Thai Drama, Javanese Tales: Mak Yong, Intertextuality, and Pasisir Cultural Flow. In W. Quintero, P. Matusky, D. A. Quintero, M. M. Hood, F. Prudente, L. N. Ross, C. M. Yong, & H. Z. Hamza (Eds.), Proceedings of the 5th Symposium: The ICTM Study Group on Performing Arts of Southeast Asia (pp. 1\u201323). Department of Sabah Museum, Ministry of Tourism, Culture and Environment, Sabah, Malaysia. Hussin, M. K., & Yusoff, M. Y. M. (2021). Tok Dalang Hussin Yusoff Tokoh Pedalangan Wayang Kulit Kelantan. Jurnal Melayu, Isu Khas Disember 2021, 473\u2013486. Jufry, F. D. M. (2014). Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (WKMTK): Kajian Archetypal Reka Bentuk Gambalan. Universiti Sains Malaysia. Kia, K. K., & Chan, Y. M. (2009). A study on the visual styles of wayang kulit kelantan and its capturing methods. Proceedings of the 2009 6th International Conference on Computer Graphics, Imaging and Visualization: New Advances and Trends, CGIV2009, 423\u2013428. https:\/\/doi.org\/10.1109\/CGIV.2009.37 Merton, R. K. (1957). The Role-Set: Problems in Sociological Theory. The British Journal of Sociology, 8(2), 106\u2013120. http:\/\/www.jstor.org\/stable\/587363 Mustafa, N. A. binti, & Abdullah, N. C. (2021). Peoples\u2019 Participation in the Preservation of Intangible Cultural Heritage in Malaysia: The Legal Perspective. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(11), 2047\u20132057. https:\/\/doi.org\/10.6007\/ijarbss\/v11-i11\/11473 Razali, M. F., & Hassan, B. R. A. (2016). Pemulihan Warisan Terpinggir: Menanggap Peranan Medium Sinema. Malaysia Journal of Communication, 32(1), 1\u201314. Rentse, A. (1936). The Kelantan Shadow - Play: (Wayang Kulit). Journal of the Malaysian 316","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Branch of the Royal Asiatic Society, 14(3), 284\u2013301. https:\/\/doi.org\/10.1353\/ras.2022.0030 Salihuddin, N. M. (2016). Pergerakan Patung Wayang Kulit di Kelantan: Perdalangan Yusoff bin Mamat. Univeristi Malaya. Sulaiman, S. A. bin S. (2013). Tradisi Lisan: Satu Penilaian Semula. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 1(1), 195\u2013205. https:\/\/doi.org\/10.47252\/teniat.v1i1.80 Takari, M. (2013). Tradisi lisan di alam Melayu: Arah dan pewarisnya. Fakultas Ilmu Budaya, Pascasarjana Linguistik, Universitas Sumatera Utara, Medan. http:\/\/www.researchgate.net\/publication\/259188251 Turner, R. H. (2001). Role Theory. In J. H. Turner (Ed.), Handbook of Sociology and Social Research (pp. 233\u2013234). Springer. https:\/\/doi.org\/https:\/\/doi.org\/10.1007\/0-387-36274- 6_12 UNESCO. (2003). Wayang puppet theatre. 2003. https:\/\/ich.unesco.org\/en\/RL\/wayang-puppet- theatre-00063 UNESCO. (2018). Launch of \u2018Dive into ICH\u2019 project. 2018. https:\/\/ich.unesco.org\/en\/launch-of- dive-into-ich-project-01032 Yahya, W. A. H. W. (2018). Oral History Program\u202f: Wayang Kulit Seri Asun ( Shadow Puppet ). IFLA2018 Satellite Meeting 2018 Genealogy and Loca History with Asia and Oceania, August, 1\u201314. 317","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 DAMPAK PENERBITAN BUKU-BUKU TENTANG SEJARAH, BUDAYA DAN PERJUANGAN RAKYAT PATANI TERHADAP MASYARAKAT MELAYU SELATAN THAILAND Oleh Roosfa Hashim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [email protected] Abstrak Sudah banyak buku tentang sejarah, budaya dan perjuangan masyarakat Patani ditulis dan diterbitkan oleh pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, dampak buku-buku ini terhadap pembaca khususnya masyarakat di Selatan Thailand tidak diketahui. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan menyelidiki dampak atau kesan penerbitan buku-buku tersebut terhadap masyarakat Melayu di Selatan Thailand khususnya dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Temu bual dilakukan dengan pentadbir universiti, ahli akademik, penyelidik, wartawan dan mahasiswa bagi mengetahui apakah mereka membaca buku-buku ini, menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan merujuknya bagi penyelidikan dan penulisan. Kajian ini mendedahkan bahawa buku-buku ini telah memberikan dampak yang kuat kepada masyarakat di Selatan Thailand. Telah muncul ramai penulis dan sarjana Melayu dari Selatan Thailand yang menerbitkan buku pelbagai genre tentang Patani. Kata kunci: Selatan Thailand, penerbitan buku, kemahiran membaca, tabiat membaca 318","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pengenalan Empat wilayah di Selatan Thailand mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Alam Melayu khususnya dengan Tanah Melayu. Bahkan, sebahagian masyarakat di wilayah selatan Thailand ini mempunyai hubungan kekeluargaan dan hubungan darah dengan masyarakat di Tanah Melayu. Kerana itu mereka mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat di negeri-negeri utara dan pantai timur Tanah Melayu. Jika kita menelusuri sejarah, Kesultanan Patani, yang merangkumi wilayah selatan Thailand iaitu Patani, Yala (Jala), Narathiwat (Menara) \u2014 juga dikenali sebagai tiga Wilayah Sempadan Selatan \u2014 selain Wilayah Songkhla (Singgora), telah ditakluki oleh Kerajaan Siam sejak tahun 1785. Kemudian, Perjanjian Bangkok 1909 antara Inggeris dan Siam telah memisahkan sepenuhnya antara dua wilayah Melayu kepada dua pengaruh penjajahan, iaitu British dan Siam, memisahkan bukan sahaja sempadan politik dan kebangsaan, tetapi juga pemikiran masyarakat terhadap pengalaman sejarah dan kebudayaan mereka. Hal ini terjadi kerana Siam telah melaksanakan pelbagai dasar yang telah mencabut merubah jati diri orang Melayu di wilayah tersebut. Dengan pelaksanaan dasar Siam yang sangat berkesan ke atas masyarakat Melayu di wilayah Selatan ini, pada hari ini, sebahagian besar generasi muda di empat wilayah tersebut sudah tidak lagi dapat berbahasa Melayu sebaliknya mereka lebih bangga dengan identiti diri sebagai Orang Melayu Thai (Thai Malays). Terdapat kesedaran dalam kalangan pemimpin Melayu di Wilayah Selatan Thailand yang ingin melihat generasi muda mereka kembali ke pangkal jalan dan berpegang kepada jati diri bangsa Melayu. Oleh itu kita dapat melihat mereka menggunakan pelbagai pendekatan sama ada dengan mengangkat senjata atau dengan pendekatan yang lebih berdiplomasi. Umum sudah mengetahui tentang kewujudan beberapa gerakan bersenjata yang menyeru kepada pemisahan dan kemerdekaan daripada Thailand seperti PULO (The Patani United Liberation Organisation - Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani). PULO ialah sebuah gerakan pemisah di Thailand, yang menyeru agar Patani bebas. Ia diasaskan pada tahun 1968 di Arab Saudi. Manakala Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN), adalah satu lagi gerakan kemerdekaan Melayu Patani yang aktif di Thailand selatan dan Malaysia utara. Kelompok ini merupakan kumpulan pejuang paling berpengaruh di wilayah tersebut. BRN ditubuhkan pada 13 Mac 1963 oleh Haji Abdul Karim Hassan. Gerakan gerila bawah tanah ini sering melancarkan serangan dan letupan bom di tempat-tempat awam yang turut menjadikan orang awam sebagai mangsa. Di pihak lain yang mewakili masyarakat yang lebih besar lebih cenderung melihat kemajuan dan pemodenan di bawa ke wilayah selatan selain memastikan masyarakat mendapat pendidikan terbaik. Oleh itu, mereka ini memantau dan berusaha memajukan pendidikan pondok yang terikat dengan sistem pendidikan dan kurikulum yang ditetapkan oleh kerajaan Thailand. Bagi melanjutkan pengajian tinggi, mereka menghantar anak-anak ke Timur 319","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Tengah dan negara jiran di Malaysia dan Indonesia. Pada masa yang sama, terdapat juga golongan yang menyedari akan terhakisnya jati diri bangsa Melayu pada generasi muda. Tradisi keilmuan bukanlah suatu hal yang asing di wilayah selatan Thailand khususnya di Patani. Para ulama Islam yang terkemuka di Patani memang telah menulis dan menerbitkan banyak kitab agama. Kitab kuning tulisan para tok guru dan ulama terkemuka Patani telah ditelaah oleh masyarakat Islam di pondok pengajian yang terkenal di Patani dan wilayah lain di Selatan Thailand. Patani memang sudah tersohor dengan ulama-ulama yang sudah cukup dikenali seperti Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dan ramai lagi yang masing-masing amat prolifik dengan kitab yang telah dihasilkan dan digunakan dalam pengajian di pelbagai pondok di sana. Selain daripada itu, terdapat buku-buku klasik dan karya agung Patani yang pernah menjadi tumpuan pembacaan dan kajian sarjana pengajian Melayu ialah Tarikh Patani dan Hikayat Patani. Tarikh Patani, ditulis oleh Syeikh Faqih Ali al-Malbari. Terdapat dalam tulisan rumi yang ditulis asli oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Hikayat Patani merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Hikayat ini mengisahkan sejarah Patani yang berkaitan dengan legenda dan kesultanan Patani iaitu, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Dari segi kandungannya, Hikayat ini menggambarkan sikap bekerjasama yang diamalkan dalam membentuk sebuah negeri yang baharu, sikap berani dalam menegakkan kebenaran, kebolehan, dan kemampuan luar biasa dalam mengubati penyakit, menunaikan janji seperti yang telah ditetapkan, dan pengislaman seorang pemerintah. Hikayat ini bertarikh seawal akhir abad ke lima belas, tetapi kemungkinannya direkodkan pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730 dan ditulis dalam tulisan Jawi. Atas kesedaran tentang perlunya generasi muda Melayu di wilayah-wilayah selatan Thailand mengekalkan jati diri mereka khususnya dalam berbahasa dengan menggunakan bahasa Melayu terdapat usaha menulis dan menerbitkan buku-buku tentang Patani. Sejarah Patani atau kajian mengenai latar belakang Patani menjadi tumpuan kajian ramai penyelidik khususnya bagi pengkaji dalam bidang sejarah. Antara buku yang awal dalam genre ini ialah buku berjudul Sejarah Kerajaan Melayu Patani yang ditulis oleh Ibrahim Syukri pada 1958. Dalam waktu yang lebih moden, telah terbit misalnya, buku cetakan pertama dalam tulisan Jawi berjudul Patani dulu dan sekarang oleh Bangnara pada 1977. Pada 1989, tokoh politik terkemuka Thailand, Surin Pitsuwan menerbitkan bukunya berjudul Islam di Muangthai: Nasionalisme Melayu Masyarakat Patani (LP3ES 1989). Sejak tiga puluh tahun lalu, iaitu pada awal tahun 1990-an buku-buku mengenai sejarah, kebudayaan, bahasa orang Patani telah diterbitkan dengan rancak. Bolehlah dianggapkan bahawa dekad 90-an hingga sepuluh tahun alaf baharu antara tahun 2000 hingga 2010 itu sebagai \u2018banjir besar\u2019 dalam penerbitan buku-buku tentang Patani dan wilayah selatan Thailand. Sebelum itu, sungguh pun ada buku diterbitkan tentang pelbagai aspek sosiobudaya di Wilayah-wilayah di selatan Thailand namun jumlahnya agak kecil dan tumpuan perbincangannya juga agak terbatas kepada sejarah Patani. Secara leboh khusus, pada dekad 90-an lebih banyak buku yang mendokumentasikan sejarah Patani dan beberapa topik lain telah diterbitkan. Daripada tangan Mohd. Zamberi A.Malek terbit buku berjudul Umat Islam Patani: sejarah dan politik (Hizbi 1993) dan buku Patani Dalam Tamadun Melayu (DBP 1994). Pada tahun yang sama terbit pula buku Raja Campa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar: (Patani, Kelantan & Terengganu) oleh Abdul Halim Bashah (Pustaka Reka 1994). Ahmad Fathy al- Fathani telah menerbitkan sebuah buku berjudul Pengantar Sejarah Patani (Pustaka Darussalam 1994). 320","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Sejarawan Nik Anuar Nik Mahmud juga memberikan tumpuan khusus tentang pergolakan di Patani. Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai kecenderungan dalam pengkajian tentang konflik sempadan ini telah menghasilkan buku berjudul Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 1999 dan edisi tulisan Jawi pula terbit pada tahun 2000. Dalam bukunya ini Nik Anuar menyingkap susur galur perjuangan orang Melayu Patani untuk membebaskan ranah mereka dari penjajahan dan cengkaman kerajaan Thailand. Semenjak pemerintahan beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang misgoverned. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom. Penerbitan buku-buku tentang Patani dapat dilihat menjadi semakin aktif apabila beberapa tesis peringkat kedoktoran diterbitkan oleh Penerbit UKM, sama ada kajian yang dihasilkan oleh calon ijazah pasca siswazah di UKM sendiri atau dari universiti lain. Bahkan, Penerbit UKM terlah muncul sebagai salah sebuah penerbit yang paling banyak menerbitkan buku tentang selatan Thailand khususnya Patani. Nureeyan Saleh, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Thaksin University, Songkhla, Thailand telah menerbitkan bukunya yang berasal daripada tesis beliau berjudul Lagu Dodoi Melayu Patani (Penerbit UKM 1999). Buku ini memaparkan beberapa buah lagu dodoi yang dikumpulkan daripada kerja lapangan di kawasan Patani dan daripada dokumentasi-dokumentasi yang sedia ada. Penelitiannya bertumpu kepada beberapa aspek budaya Melayu di selatan Thailand yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam lagu- lagu tersebut. Persoalan-persoalannya mencakupi sudut seni penciptaan, isi, tema dan fungsi lagu dodoi terhadap masyarakatnya serta beberapa faktor yang menjejaskan kedudukannya dalam masyarakat moden kini. Pada tahun yang sama, Dr Hasan Mardman dari Prince of Songkhla University telah menerbitkan bukunya berjudul The Pondok & Madrasah in Patani (Penerbit UKM 1999). Buku ini juga asalnya tesis kedoktoran beliau dan kemudiannya diterbitkan dalam Bahasa Melayu dengan judul Pondok dan Madrasah di Patani dan menggunakan tulisan Jawi (Penerbit UKM 2000). Pada awal abad ke-21, iaitu antara tahun 2000 hingga 2010 telah terbit lebih banyak buku tentang Patani. Satu lagi sisi yang turut menarik minat perhatian penulis ialah pada ketika ini mula muncul buku-buku tentang politik dan perjuangan masyarakat Patani di tanah air mereka. Pada tahun 2000 telah terbit buku berjudul Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thai oleh Ahmad Omar Chapakia (Pustaka Darussalam 2000). Kemudian terbit pula buku oleh Mohd. Zamberi A. Malek dengan bukunya yang berjudul Pensejarahan Patani (Penerbit Universiti Malaya 2006). Nik Anuar Nik Mahmud bersama Mohd Zamberi A.Malek kemudian menerbitkan buku Tamadun dan sosio-politik Melayu Patani (Persatuan Sejarah Malaysia 2007). Mohd Zamberi A.Malek memang mempunyai minat dan tumpuan kajian yang khusus sejak menyiapkan latihan ilmiah sarjana mudanya di Universiti Kebangsaan Malaysia berjudul. \u201cSejarah Islam Patani\u201d pada tahun 1986. 321","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Sebuah lagi buku yang disunting oleh Farid Mat Zain, Zulkarnain Mohamad berjudul Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan diterbitkan oleh Karisma Publications pada 2008. Mohd Zamberi A.Malek juga turut menerbitkan sebuah lagi buku berjudul Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen ialah sebuah biografi anak patani yang berjuang untuk membebaskan Patani daripada cengkaman Siam. (Penerbit UKM 2009). Tengku Mahmood Mahyiddeen dikenali sebagai pemimpin yang berjaya mengasas, menerokai dan mempelopori berbagai-bagai bidang pengetahuan, ditambah pula dengan pengaruh dan kepimpinannya yang berwibawa menyebabkan beliau digeruni dan dikagumi oleh pegawai tinggi British dan pemimpin politik negara lain terutama semasa Perang Dunia Kedua dan selepas tamat perang. Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila. Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR). Kemudian perkembangan ini diikuti pula dengan kemunculan buku berjudul Perjuangan Muslim Patani : sejarah panjang penindasan dan cita-cita perdamaian oleh Herry Nurdi (Alam Raya 2010). Dua tahun selepas itu telah terbit buku berjudul Air mata Islam Patani oleh Aman Patani diterbitkan oleh Mazni Irfan Publications pada 2012. Pada tahun yang sama telah terbit buku berjudul Jalan Panjang Menuju Damai di Patani, Kronologi Perjuangan Muslim di Patani Darussalam dengan kata pengantar yang ditulis oleh Dr. Maszlee Malik. Buku ini diterbitkan oleh Jutaprint (2012). Kemudian, dua tahun selepas itu, Mohd Zamberi A.Malek menambah sebuah lagi buku yang khusus tentang Haji Sulong degan buku beliau berjudul Tuan Guru Haji Sulong: Gugusan Cahaya Patani oleh yang diterbitkan oleh Anjung Media Resources pada 2014. Buku-buku tentang pondok dan madrasah kemudian disambut pula oleh beberapa buku tentang ulama dan tok guru yang mengajar dan menulis kitab. Buku Ulama Besar Dari Patani oleh Ahmad Fathy Al-Patani diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 2002. Penulis buku ini kemudian membuat perubahan dan penambahan terhadap kandungan buku ini dan menerbitkan edisi kedua pada 2009 dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Demikianlah bagaimana kita dapat melihat bagaimana suburnya penerbitan berkaitan beberapa aspek penting tentang masyarakat Melayu di wilayah-wilayah selatan negara Thailand. Ada beberapa ciri atau pola yang kita dapat perhatikan. Pertama, hampir setiap tahun atau selang beberapa tahun pada 1990-an ada sahaja buku tentang Patani 322","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 diterbitkan. Bahkan ada tahun tertentu yang menyaksikan beberapa buah buku baharu tentang Patani telah diterbitkan. Kedua, walaupun ada empat wilayah di Selatan negara Thailand yang mengandungi ramai penduduk Melayu, namun tumpuan kajian dan topik perbincangan dalam buku-buku yang terbit adalah terhadap wilayah Patani. Ketiga, terdapat antara buku yang penting tentang Patani ini yang diterbitkan dalam tulisan Jawi bahkan menggunakan tulisan Jawi versi asal yang dapat dibaca oleh orang Patani. Tulisan Jawi ini tidak menggunakan huruf saksi, berbeza dengan tulisan Jawi yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini bermaksud, buku-buku ini diterbitkan dengan maksud dan matlamat yang khusus agar dibaca oleh masyarakat Islam di empat wilayah di selatan Thailand. Seperkara lagi, buku Pondok dan Madrasah di Patani dan buku Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand adalah buku yang berasal daripada tesis peringkat kedoktoran oleh Dr Hasan Mardman dan Dr Omar Chapakiya. Sebuah lagi buku, Ulama Besar dari Patani sungguh pun bukan berasal daripada tesis, namun cara dan gaya persembahannya yang menggunakan rujukan dan nota kaki yang banyak menunjukkan buku- buku ini disasarkan kepada pembaca yang berpendidikan tinggi. Buku ini terbit dalam dua edisi, Rumi dan Jawi. Buku-buku edisi Jawi tentang Patani yang ditujukan khusus untuk pembaca Melayu di wilayah-wilayah selatan Thailand. Buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani \/ Ibrahim Syukri (Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2002) adalah genre pertama teks sejarah Patani menurut bentuk baru yang amat berpengaruh kepada masyarakat Melayu Patani khasnya dan juga menjadi teks rujukan utama kepada penulis sejarah Patani yang terkemudian. Menurut catatan penerbit UKM, bentuknya adalah baharu apabila dibandingkan dengan Hikayat Patani yang masih dalam bentuk penulisan hikayat. Sejarah Kerajaan Melayu Patani adalah sebuah teks sejarah yang ditulis dengan kaedah dan tujuan yang nampaknya jelas kepada pengarang. Sungguhpun pengedaran dan penerbitannya diharamkan namun buku ini terus diperkatakan keunggulan penulisannya oleh sarjana tempatan mahupun sarjana Barat. Pada naskhah asal terdapat catatan tarikh dikeluarkan pada 15 Oktober 1958. Ini dapat dimaksudkan bahawa buku ini dicetak dan diterbitkan pada tahun 1958. Dengan itu kelemahan atau kesilapan asal yang terdapat dalam teks Jawi dikekalkan. Buku ini diulang cetak oleh Penerbit UKM dengan mengambil kira pesanan Ibrahim Syukri untuk orang Melayu Patani yang berbunyi, \\\"Sesungguhnya nasib orang-orang Melayu Patani tidak harus diletakkan dalam tangan pemerintahan Siam-Thai tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah terletak di dalam tangan mereka sendiri.\\\" 323","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pada masa yang sama, berlaku kemajuan dalam bidang pendidikan di wilayah selatan Thailand apabila muncul institusi pengajian tinggi di situ. Misalnya, Kolej Islam Yala telah diasaskan pada 3 April 1992. Kolej ini ialah institusi pengajian tinggi Islam swasta pertama di Thailand yang diasaskan oleh cendekiawan dan ahli akademik Islam tempatan dalam bidang pengajian Islam. Kolej ini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Yala pada tahun 2007 dengan pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Thailand. Universiti Islam Yala telah dijenamakan semula menjadi Universiti Fatoni pada 31 Oktober 2013, oleh Kementerian Pendidikan Thailand. Di universiti ini terdapat Fakulti Pengajian Islam dan Undang-undang yang menawarkan kursus dalam bidang Usuluddin. Selain itu terdapat juga Fakulti Sains Sosial yang menawarkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan bahasa Arab, Sejarah dan Tamadun Islam, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Dalam menjalankan kajian ini, penulis menggunakan salah satu model dalam teori membaca iaitu, Model Transaktional. Penyelidik, pengkaji dan pelopor utama teori transaktional ini ialah Louise Rosenblatt. Beliau mula mempelopori Teori Tindak Balas Pembaca pada 1993. Rosenblatt bersama rakannya, Dewey dan Bently mengutarakan pandangan bahawa proses pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi. Menurut model transaktional ini, membaca adalah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks tertentu, dengan teks tertentu. Pembacaan merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks. Beliau juga menyatakan bahawa membaca adalah suatu aktiviti memilih iaitu, pembaca membawa perasaan, sikap, harapan, dan tujuan untuk setiap teks dan semua ini membawa kepada makna atau penimbulan (Rosenblatt 1995). Walau bagaimanapun, sikap dan pendirian pembaca sendiri yang akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu. Ini bermakna, model transaktional ini menunjukkan bahawa membaca merupakan proses yang melibatkan pembaca, masa atau konteks serta teks yang menghasilkan makna yang tersendiri. Pengalaman yang diperolehi ini akan menentukan sikap dan tindakan pembaca selanjutnya apakah dia bersetuju atau tidak dengan apa yang dibacanya. Salah satu dampak yang akan berlaku ialah pembaca akan bangkit menulis bagi menyatakan sikapnya sebagai tindak balas terhadap apa yang dibacanya. Oleh itu kajian ini akan membentangkan dampak penerbitan buku-buku tentang sejarah, budaya dan perjuangan rakyat Patani terhadap masyarakat Melayu di wilayah-wilayah di Selatan Thailand. Sejak lebih tiga dekad lalu, telah berlaku pelbagai perkembangan yang positif di wilayah-wilayah tersebut khususnya dalam bidang pendidikan. Dampak Penerbitan Buku Patani Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dengan mengumpulkan bahan-bahan terbitan tentang Patani dan wilayah lain di Selatan Thailand, dapatlah dilihat perkembangan yang sangat baik. Telah muncul ramai penulis dan sarjana dari selatan Thailand yang sangat prolifik menghasilkan buku-buku pelbagai genre tentang alam kehidupan di Patani. Penulis Isma Ae Mohamad dalam salah satu hantarannya di dalam akaun Facebook beliau telah menyenaraikan sebahagian buku tersebut (Isma Ae 2023). Selain itu, senarai buku-buku tentang Patani juga dapat dikesan dalam senarai jualan penerbit dan pengedar buku dalam internet. Buku-buku yang telah terbit itu muncul dalam beberapa genre yang utama seperti dalam perbincangan berikut. Memoir dan Biografi Tokoh dan Ulama Genre biografi juga telah berkembang dengan baik daripada tangan penulis dari selatan Thailand khususnya Patani. Buku tentang ulama terus menjadi tumpuan kajian dan penulisan bagi penulis berasal dari Patani. Daripada tangan penulis Thailand lahir buku-buku yang menyorot kisah 324","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kehidupan mereka yang mutakhir dalam perkembangan di selatan Thailand. Misalnya buku Kelantan-Patani, Ulama & Intelektualisme Melayu Wilayah Timur (MAIK, 2018) adalah susunan Ustaz Ahmad Fathy al-Fathani atau nama sebenarnya Muhammad Mahmud. Buku ini membincangkan hubungan diantara ulama Patani & Kelantan juga peranan mereka di wilayah Timur Laut & Nusantara. Buku yang asalnya himpunan 15 buah makalah dari pelbagai seminar yang berkaitan Patani-Kelantan. Perbincangan dalam buku ini juga menyentuh hal-hal mengenai politik, kebangkitan ulama, peranan institusi pondok, kegiatan intelektual dan keilmuan juga hal-hal bahasa, sastera dan persuratan. Buku Ayahku ditangkap (My father was arrested) : tragedi berdarah di Selatan Thailand: masih adakah keadilan buat umat Melayu-Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla adalah sebuah catatan oleh Somchai Homlaor dan Mansor Salleh, dan diterjemahkan dan di sunting oleh Baharudin Ali Masrom (Ilham Baru 2012). Buku ini merakamkan tragedi berdarah di Selatan Thailand. Suraiya Chapakiya & Isma Ae Mohamad juga telah menulis dan menerbitkan Bersama sebuah biografi berjudul Sheikh Ismail Lutfi: Penyebar Salam Dari Patani (ILHAM Books 2021). Ulama dan tokoh pendidikan tersohor dari Patani ini memang sudah lama dikenali dengan ide- ide reformasi Islam beliau yang progresif. Biografi ini mencatat jerih payah dan masam manis kehidupan seorang permata dari Patani yang berjaya mengangkat wilayah itu menjadi serambi ilmu, dan merupakan pemimpin yang membawa suara umat, berkongsi impian dan inspirasi dalam usaha dakwah yang tiada noktah. Sebuah lagi buku tulisan bersama Suraiya Chapakiya dan Isma Ae Mohamad berjudul Muwallad Orang Patani dari Makkah. Buku ini membentangkan kisah kehidupan orang Patani dari Makkah. Diaspora Patani memang agak tersebar luas di merata tempat. Walau bagaimana pun buku ini khusus memaparkan kehidupan orang Patani di Makkah. Sejak dahulu lagi, orang Patani ke sana kerana menuntut ilmu. Pada zaman moden ini, khususnya selepas tahun 1960-an, ramai yang berhijrah kerana ekonomi. Hasil penghijrahan ini, terbentuk masyarakat orang Patani dengan budaya tersendiri di sana, ciri khasnya, mereka berbudaya dan berbahasa Arab walaupun muka Melayu terutama untuk generasi kedua dan seterusnya, yang dipanggil muwallad. Orang Muslim dari Patani yang terus-menerus berkunjung dan sebahagiannya terus bermukim di Mekah dari zaman dahulu hingga moden kini. Pemukiman orang Patani di Mekah yang hidup berdampingan bersama orang Arab, dari zaman ke zaman telah melahirkan muwallad, generasi baharu orang Patani yang berbahasa Arab dan tidak mahir berbahasa Melayu. Jumlah mereka telah mewujudkan komuniti baharu orang berwajah Melayu tetapi bercakap Arab. Buku Bahasa dan Karya Kreatif Lebih banyak buku bahasa dan karya kreatif telah diterbitkan oleh penulis dari selatan Thailand. Antara buku bahasa dan linguistik yang terbit ialah buku berjudul Keistimewaan Dialek Melayu Patani (Penerbit UKM 2011) oleh Ruslan Uthai. Penulis ini adalah pensyarah di Jabatan Bahasa-Bahasa Timur, Universiti Prince of Songkhla Pattani, Thailand. Beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang linguistik Melayu khususnya mengenai kelompok dialek Melayu Patani di Selatan Thailand. 325","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Buku-buku dalam genre kreatif adalah satu lagi bentuk penulisan yang semakin subur daripada tangan penulis asal Patani sekarang ini. Penulis Isma Ae Mohamad antara penulis yang pali ng prolifik dan telah menghasilkan buku nya berjudul Cerpen-cerpen Bangsa Patani. Menurut catatan pada buku ini, Isma Ae Mohamad menulis kisah hidup sendiri yang dialami, dirasai, diharungi dan berdepan dengan ranjau sepanjang perjalanan kehidupannya antara Thailand dan Malaysia. Pengalaman hidup beliau diadun dan diolah secara kreatif disulami fakta sejarah menjadikan keunikan karyanya. Karya beliau akan menjadi dokumen sosial dan budaya berbentuk fiksyen serta amat penting dalam memahami kehidupan orang yang sering disebut sebagai 'pendatang'. Novel Sejarah Ratu-ratu Patani (Kisah Cinta dan Perang) adalah sebuah lagi buku oleh Isma Ae Mohamad (ITBM 2015). Ini adalah sebuah kisah sejarah perang negeri Patani yang ditulis dengan penuh perasaan oleh penulisnya. Novel Ratu-ratu Patani tulisan Isma Ae Mohamad ini berguna kepada pembaca yang ingin mengikuti sejarah Patani pada era kegemilangan Ratu-ratu Pelangi. Sebuah lagi buku tulisan Isma Ae Mohamad terbitan Dubook Press berjudul Republik Sungai Golok. Buku ini menceritakan tentang semangat anak- anak kecil, perjuangan mendapatkan pendidikan, dan sosiologi penempatan di sempadan Sungai Golok yang tidak banyak diketahui ramai. Gambaran suasana kehidupan di sempadan Sungai Golok yang dikawal oleh tentera serta cabaran hidup yang dihantui dengan ketakutan bom bijak diolah dengan baik dan jelas di dalam buku ini. Penulis juga menyentuh aktiviti penyeludupan dan tentang isu dua kerakyatan yang rata-rata dimiliki oleh penduduk sempadan. Kita dapat membaca lebih banyak tentang kehidupan mutakhir masyarakat Patani dariapda tangan Isma Ae Mohamad. Buku Kisah Hidup Orang Patani di Malaysia oleh Isma Ae Mohamad (KEA Darul Falah Enterprise, 2021) menyorot kehidupan orang Patani yang berhijrah dan hidup di Malaysia. Penulis buku ini memang diketahui mengalami kehidupan di kedua-dua buah negara yang berjiran ini. Isma Ae Mohamad berasal dari Patani, warganegara Thailand. Beliau membesar serta mendapat pendidikan di Malaysia, dan sekarang menetap di Bangkok. Beliau telah menulis beberapa karya tentang Patani dalam bentuk novel dan cerpen. Seorang lagi penulis dari selatan Thailand, Abdul Razak Panaemale telah menerbitkan buku antologi cerpen dan puisi berjudul Pantai Ini Lautnya Dalam (Suara Nurani Melayu Patani) (ITBM 2014). Ini adalah kumpulan cerpen dan puisi suara nurani Melayu Patani yang hidup sebagai golongan minoriti di bawah penguasaan politik kerajaan Thailand yang beragama rasmikan Buddha. Karya-karya dalam kumpulan ini menjadi menarik kerana datangnya dari sudut pandangan dunia Melayu di luar lingkungan alam kekuasaan sosiopolitik Melayu, iaitu minoriti Melayu terpaksa berjuang untuk mempertahankan bahasa dan budaya Melayu daripada pupus 326","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 sebagai akibat asimilasi keras yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Suasana kehidupan yang tidak menentu di selatan Thailand juga telah menyumbang kepada penghijrahan dalam kalangan penduduk selatan Thailand ke Malaysia. Persoalan-persoalan ini diungkapkan dengan sempurna melalui 10 buah cerpen dan 28 buah puisi sehingga pembaca dapat merasakan kesempitan sebenarnya yang dialami oleh mereka. Pensyarah Universiti dari Nakhorn Sitamarat ini beliau juga telah menerbitkan sebuah makalah berjudul Perbandingan Dua watak Abdul Kadir dalam dua cerpen Thai berjudul \u201cPerwatakan Abdulkadir dalam dua buah cerpen Thai :suatu perbandingan.\u201d tersiar dalam Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, bil 2, 2015. Kini beliau sedang mengumpul bahan maklumat dan dalam proses untuk menulis biografi Wan Muhammad Nor: Tokoh politik Melayu Thailand. Selain daripada itu, daripada tangan Zan Azlee terbit buku Operation Nasi Kerabu: Finding Patani In An Islamic Insurgency terbitan Gerakbudaya. Pandangan Sarjana, penulis dan Wartawan Untuk kajian ini, pandangan beberapa sarjana, penulis dan wartawan mungkin dapat memberikan petunjuk tentang dampak penerbitan buku tentang Patani tiga dekad lalu ke atas masyarakat di Patani. Buku oleh Dr Ahmad Omar Chapakia Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand, 1902 - 2002 oleh Penerbit UKM, dilihat sebagai bahan ilmiah penting mengenai dasar politik kerajaan Thai dan reaksi daripada masyarakat Islam dalam tempoh masa satu abad dengan di terbitkan. Menurut Dr Ahmad Omar, buku itu menjadi rujukan asas mengenai Politik di selatan Thailand di perpustakaan IPT Thailand, khasnya di Prince of Songkhla University, FTU, YRU, Taksin University dan Songkhla Rachapat University dan SRU. Selain itu buku ini menjadi bahan rujukan di perpustakaan sekolah agama Islam swasta di selatan Thailand yang berjumlah lebih daripada 100 madrasah. Kata beliau lagi, antara ciri istimewa buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang dapat di baca oleh tuan guru dan pelajar pondok yang tidak mahir membaca tulisan Rumi. Dua bidang penyelidikan yang di beri perhatian pada masa sekarang ialah di bidang pendidikan Islamisasi dan pembangunan ekonomi umat. Dr Ahmad Omar melihat lebih jauh dari segi penerbitan di Patani. Menurut beliau, penyelidikan yang perlu difokuskan di selatan Thailand pada masa ini ialah bentuk susunan pentadbiran yang sesuai bagi umat Islam yang majoriti di wilayah selatan dan minoriti dalam negara Thailand. Dalam tempoh lima tahun, ada kemungkinan terlaksana sistem pentadbiran istimewa atau autonomi di Selatan Thailand. Selain itu, cabaran penting bagi pengedaran buku ilmiah di selatan Thailand adalah disebabkan tidak ada kemahiran pentadbiran pasaran yang cakap dalam mengedar kepada sasaran yang di perlukan. Wartawan TV3, Tuwaedaniya Meringing sering merujuk kepada buku-buku terbitan penerbit di Malaysia apabila membuat penyelidikan dalam penyediaan laporan untuk stesen televisyen yang beliau wakili. Dengan demikian, laporan beliau menjadi lebih berwibawa dengan fakta dan maklumat yang lengkap dan tepat yang diperolehi daripada buku-buku yang dirujuk itu. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga membuat laporan bagi beberapa stesen televisyen antarabangsa. Kesimpulan Makalah ini dimulakan dengan membentangkan perkembangan penerbitan buku-buku tentang masyarakat Melayu di empat wilayah di selatan Thailand. Bermula dengan Hikayat Patani dan 327","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kitab-kitab kuning daripada tangan ulama khususnya di Patani, perlahan-lahan telah muncul beberapa buku yang mengajak masyarakat di sana untuk membuka mata tentang sejarah, bahasa dan kesusasteraan, kebudayaan, politik dan isu semasa di daerah yang bergolak itu. Dekad 90-an dan awal alaf baharu antara tahun 2000 hingga 2010 telah menjadi \u2018banjir besar buku-buku Patani\u2019 apabila terbit banyak sekali buku tentang wilayah tersebut. Dengan fenomena itu, timbul persoalan sama ada buku-buku yang diterbitkan mengenai pelbagai aspek di Patani dan tiga wilayah lain di selatan Thailand sekitar lebih tiga dekad lalu telah memberikan dampak yang ketara terhadap sarjana, pengkaji dan penulis di empat wilayah pada bahagian selatan negara Thailand. Daripada dapatan kajian ini dapat dilihat bahawa berlaku banyak perubahan, kemajuan dan perkembangan yang bermakna dalam proses penyuburan khazanah keilmuan yang berkait dengan orang Melayu di Patani khususnya dan bangsa Melayu secara umumnya di empat wilayah di Selatan Thailand. Kemajuan ini telah dibantu dengan berkembangnya institusi pengajian tinggi dan telah muncul ramai sarjana dan penulis yang prolifik bagi meneruskan kesinambungan wacana t entang masyarakat Patani di sana. Dapat dilihat dengan jelas bahawa telah berlaku pertambahan judul yang pesat dalam genre ini khususnya dalam kalangan pengkaji dan penulis yang berasal dari selatan Thailand, khususnya dari Patani. Selain pertambahan judul, buku-buku yang baharu diterbitkan pula sudah mula memasuki pelbagai bidang ilmu dan genre. Telah muncul buku kreatif yang berlatarkan kehidupan dan permasalahan orang Melayu di Patani daripada tangan anak-anak Patani sendiri. Amat kurang penulis selatan Thailand yang menulis buku tentang sejarah Patani, mungkin kerana telah banyak buku tentang tajuk dan tema ini telah diterbitkan lebih awal. Maka dapatlah disimpulkan bahawa, perkembangan penerbitan tentang Patani dan wilayah lain di selatan Thailand pada dekad 90-an dan awal alaf sekarang telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat Melayu Patani di wilayah tersebut. 328","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rujukan Abdul Halim Bashah, Raja Campa Dinasti Jembol dalam Patani Besar, Kelantan: Pustaka Reka, 1994. Ahmad Fathy Al-Fatani, Ulama Besar dari Patani, edisi Jawi, Kelantan: Pustaka Aman Pres Sendirian Berhad, 2009. Ahmad Fathy Al-Fathoni, Pengantar Sejarah Patani, Alor Star: Pustaka Darussalam, 1994. Che Man, W.K. \u201cMelayu Muslim Selatan Thailand\u201d dalam Minoriti Muslim di Thaland, Farid Matzain , ed., Selangor: L Minda, 1998. Hassanudin Daud, \u201cSejarah Hubungan Ulama-umarak: Pengalaman Syiekh Ahmad bin Muhamad Zain al-Patani (1856-1908)\u201d, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No.11, 2003. Ismail Che\u2019Daud, Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Baru: Majlis Ulama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1988. Kawah Buku. https:\/\/kawahbuku.com\/ Mohd Zamberi A. MalekTuan Guru Haji Sulong Gugusan Cahaya Patani, Selangor Darul Ehsan Malaysia: USM, 2014. Muhammad Kamal K. Zaman, Fatani 13 Ogos, Kelantan Malaysia: tp, 1995. Numan Hayimasae,\u201cHaji Sulong Abdul Kadir (1895-1954): Perjuangan dan Sumbangan Beliau Kepada Masyarakat Melayu Patani\u201d, Tesis: Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia, 2002. Ockey J., \u201cIndidual Imagings: The religio-nationalist pilgrimages of Haji Sulong Abdul Kadir al- Fatani\u201d, Journal of Southeast Asia Studies, Jilid.42, No.1, 2011. Rosenblatt, Louise. 1995. Literature as Exploration. Appleton-Century; Modern Language Association. Surin Pit Suwan, Islam di Muang Thai, Jakarta: LP3S, 1995. Wan Muhammad Shaghir Abdullah, Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Islam, KL: Khazanah Fataniah, t.th. Wan Muhammad Shaghir Abdullah, \u201cSyekh Zainal Abidin bin Ahmad al-Fatani\u201d, Dakwah, April, 1991. Zainal Abidin bin Haji Sulong, Mulnithi Haji Sulong, buku kenangan berdiri, Pattani: Yayasan H. Sulong, 1990. 329","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMALIHARA IDENTITI ISLAM DI KEMBOJA Oleh: Dr. ASNAWI BIN UMAR 2023-2024 Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salam dan selawat ke atas Nabi yang paling mulia, keluarganya, dan semua para sahabatnya. isu identiti adalah salah satu isu terpenting yang membezakan bangsa dengan yang lain, Islam tidak mempunyai kemuliaan tanpa identitinya. Nabi kita Muhammad mengangkat para sahabatnya menjadi satu umat, dan identiti mereka adalah satu, walaupun berbeza warna, bangsa dan negara. Dengan Itu Agar umat Islam mampu menghadapi cabaran dalaman dan luaran, lagi mereka perlu menjaga pendidikan Islam dan pemeliharaan keperibadian Islam. Tajuk yang akan saya bentangkan ialah Peranan pendidikan Islam dalam memalihara identiti Islam di Kemboja. Gambaran keseluruhan sejarah Kemboja Kemboja dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Funan, dan ia menguasai tanah Kemboja dan kawasan kejiranannya. Pada tahun 1863 Kemboja menjadi negeri naungan Perancis, kemudian dibawah penjajahan Jepun antara tahun 1941-1945, kemudian dibawah Perancis sehingga Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1953. Kemboja terletak dalam unit politik Semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Thailand. Kawasan Kemboja adalah kira-kira 181,035 km\u00b2, panjangnya dari timur ke barat ialah 560 km, dan lebarnya dari utara ke selatan ialah 440 km. Ia dibahagikan kepada 24 negeri dan ibu kota, dan bahasa rasminya adalah Khmer. Ibu kota Kemboja ialah Phnom Penh, salah satu bandar terbesar di Kemboja kerana ia merupakan pusat ekonomi dan perindustrian. wilayah Siem Reap adalah destinasi pelancongan utama di Kemboja, dan wilayah yang terkenal untuk pengeluaran beras (Batam Bang), selain wilayah pantai (Kampong Som) adalah tempat pelabuhan laut utama. Islam di Kemboja Islam masuk ke semenanjung Indochina melalui kumpulan pedagang Jawa, India, dan Arab pada abad kesembilan Hijrah. Penduduk Islam di Kemboja merupakan (6%) daripada populasi kira-kira (17) juta orang, iaitu peratusan yang kecil berbanding dengan manoriti Buddha, dan minoriti yang kecil ini terdapat diseluruh pelusuk Kemboja Umat Islam di Kemboja terdiri daripada beberapa kumpulan seperti berikut: - Cham: Mereka adalah berasal dari negara Champa di bahagian selatan Indochina, pada zaman konflik yang panjang dengan Vietnam, dan mereka berada di beberapa wilayah Kemboja, seperti: Kampung Cham, Tbung Khmum, Karajeh, Kendal, Kampong Jhnang. 330","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 -Jawa: Mereka ini datang dari pulau Indonesia pada tahun 706 Ke Kamboja, dan mereka berada dibeberapa daerah seperti: Koh Kong, Kompong Som, Kampot, dan juga Takeo. -Khmer: Mereka adalah asal usul (rakyat Kemboja), yang memeluk Islam kerana perkahwinan dengan orang Islam atau dengan pemahaman agama Islam. Pendidikan Islam di Kemboja Pendidikan Islam untuk minoriti Muslim di Kemboja bukanlah perkara baru, tetapi sebelum tahun tujuh puluhan abad kedua puluh ini tidak menyeluruh dalam semua aspek; Dan pada awal tahun (1979), beberapa sekolah Islam mula muncul, dilesenkan oleh Kementerian Pendidikan Belia dan Sukan di Kemboja, dan mereka mempunyai sistem dan matlamat yang jelas yang ingin mereka capai. Sebagai contoh sekolah Islam di Kemboja: - Ma\u2019had Tamayyus Atta\u2019limi: Institut ini terletak di Preksongkea, Kompong Som Kemboja, Ia telah beroperasi sejak penubuhannya pada 2017 dengan sumbangan kewangan daripada Arabsaudi Kuwait Arab Emarat Dan juga Malaysia melalui Muassasah Asian (ASEAN). Ma\u2019had Imam Syafi'I: - Institut ini terletak di Kampong Keh, Sruk Tak Jhu, Kampot dan ia diuruskan oleh Ustaz Zakaria Bin Adam selaku pengarah institut tersebut, disamping sejumlah pekerja dan guru kira- kira 40 orang. Pembukaan berlangsung pada tahun 2011-2012 dengan sumbangan kewangan daripada Qatar dan Malaysia melalui Yayasan ShaifeI. Cabaran identiti Islam di Kemboja 1-Cabaran tentang aqidah: -Kristian: Kristian memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan, dan Mereka membelanjakan berbilion-bilion wang mereka untuk menyertai aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat Kemboja, bertujuan untuk memperbaiki keadaan kesihatan, meningkatkan taraf hidup, dan mengajar moral dan tingkah laku sosial, menjauhi diskriminasi kaum, di peringkat keluarga dan masyarakat. Dato\u2019 Hem Shim Menteri Komuniti dan Agama, menunjukkan: Kini terdapat kira-kira (114,402) warga kemboja yang masuk agama Kristian. -Qadianiyah: Qadianiyah berada di Kemboja pada tahun 1994, berdasarkan kata-kata Hasan bin Basri, berasal dari Indonesia-Ia merupakan pengasas kumpulan ini di Kemboja- katanya: secara rasmi didaftarkan dengan Kementerian Agama Kemboja pada 30 Januari 1996. - Syiah: Pada awalanya, Syiah tidak mempunyai sebarang akar sejarah dikalangan umat Islam Kemboja, dan Syiah mula berkomunikasi dengan beberapa orang Islam melalui beberapa pegawai kerajaan Kemboja, dengan memberikan biasiswa kepada beberapa pelajar Kemboja di Iran untuk menjadi pendakwah kepada mereka selepas mereka kembali ke tanah air, dan mereka berjaya dalam hal itu, kemuadian Ia berjaya menawarkan pelbagai projek pembangunan, kerana mereka mengambil kesempatan daripada kemiskinan umat Islam di Kemboja. 331","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 2-Cabaran tentang Bahasa Arab: Kami perhatikan di sekolah-sekolah Islam di negara-negara minoriti bukan Islam - Kemboja contohnya - penggunaan bahasa Arab hampir tidak ada kecuali dalam kes-kes tertentu, seperti membaca teks bertulis dan lain-lainnya, atas sebab: -Mereka tidak mempunyai pengalaman praktikal dalam mengajar bahasa Arab. -Mereka tidak berminat untuk memantapkan sikap positif dalam kalangan pelajar untuk mencintai bahasa Arab. -Terdapat sebab lain mengapa guru-guru Islam menggunakan bahasa tempatan selain bahasa Arab ketika mengajar? antaranya: Mereka percaya bahawa tempatan adalah cara paling mudah untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada pelajar, ini memberi kesan negatif kepada pelajar, kerana mereka belajar di sekolah-sekolah Islam dalam masa yang lama, kemudian menamatkan pengajian mereka tanpa dapat menggunakan bahasa Arab dengan baik. 3-Cabaran tentang sejarah Islam: Negara Manoriti bukan Islam \u2013 terutamanya Kemboja - tahu sedikit tentang sejarah Islam, kerana mereka hidup di tengah-tengah orang budha, dan mereka tidak dapat mempelajari sejarah Islam seperti orang Islam lain yang tinggal di negara menoriti Islam. 4-Cabaran tentang budaya: Adat isti\u2019dat yang bertentangan dengan Syariah telah muncul dalam masyarakat Islam di Kemboja pada abat yang lama, seperti adat menyediakan makanan -kanduri arwah- selepas kematian, dan mereka biasa membuat makanan oleh keluarga si mati untuk Orang ramai yang dinamakan \\\"Lasai guah\\\" dalam bahasa cham, perayaan ini mengadakan seperti hari di mana orang mati dikebumikan, atau sehari selepasnya, atau tujuh hari, atau empat puluh hari. Kesimpulannya Sekolah pendidikan islam di kemboja perlu membari perhatian yang penuh untuk memalehara Identiti islam di Kemboja mengikut perkara berikut: -Meningkatkan aktiviti pelajar dalam menganjurkan aktiviti kebudayaan dan juga bahasa Arab yang boleh digunakan dan dikembangkan dalam kalangan pelajar. -Meningkatkan minat guru-guru Islam dalam membantu pelajar menyelesaikan pelbagai masalah mereka. -Guru-guru Islam berusaha menjelaskan tarikh Hijrah dan kepentingannya dalam Islam untuk pelajar meningkatkan penggunaannya. 332","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 SUARA GUNUNG KEHIDUPAN DAN SEBUTIR ZAMRUD DI DERU SELAT: ALAM PANCARAN IDEALISME PENGARANG. Norhayati binti Ayit Persatuan Karyawan Pulau Pinang [email protected] Adnan bin Ab Halim Persatuan Karyawan Pulau Pinang [email protected] Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membincangkan kerelevanan unsur-unsur alam dalam puisi. Alam semula jadi sering menjadi bahan pengamatan penyair untuk mengekspresikan idea dan harapan mereka semasa berkarya. Melalui penghayatan terhadap alam semula jadi akan tercernalah sebuah pemikiran yang global yang dapat merangsang dan memperkayakan kreativiti penyair. Penggunaan unsur-unsur alam bukan sahaja untuk membina makna, malah berkembang mengikut tafsiran khalayak. Dapatan kajian ini bakal memberi kefahaman terhadap relevannya unsur-unsur alam semula jadi dalam memancarkan idealisme penyair semasa berkarya. Kajian ini juga berfokus kepada kaedah kualitatif dengan tinjauan literatur terhadap dua buah kumpulan puisi penulis tersohor iaitu Suara Gunung Harapan (2014) karya A. Aziz Deraman dan Sebutir Zamrud di Deru Selat (2006) karya Muhammad Haji Salleh. 333","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENGENALAN Penyair selalunya menganggap alam seperti seperti cermin besar yang daripadany a dicarikan makna dan dibawa ke dalam diri, dicerna dan dipadankan pula dengan pengalaman dan kehidupan budaya dan peradaban. Dalam melukiskan padanan makna, para penyair menggunakan bahasa dan membina baris-baris indah bersama- sama diksi yang halus dan tajam serta penuh kiasan. Harapan penyair ia dapat melunjurkan satu pandang alam (weltanschauung) yang bersifat holistik dalam skema ciptaan Tuhan kerana setiap satunya saling menyumbang kepada kewujudan yang tertib dan seimbang. Alam semesta ini bermula dengan ledakan besar yang berlaku pada satu unsur yang tunggal kira-kira 20 ribu juta (billion) tahun yang lalu. Kejadian tersebut dinyatakan oleh ilmu sains sebagai proses munculan dari kuasa dan tenaga yang mempunyai keamatan yang tinggi. Keadaan, bentuk dan rupa tenaga dan kuasa yang mempunyai keamatan yang amat tinggi pada tahap praledakan ini tidak terhurai oleh sebarang prinsip fizik. Dari permulaan inilah alam semesta berkembang (Zakaria Awang Soh, 1990:140). Berdasarkan fakta di atas, sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, hal ini disebut dalam Surah Al- Ahqaf (46) : 33, yang bermaksud: Dan tidakkah mereka memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang mencipta langit dan bumi, dan Dia tidak berasa payah kerana menciptakannya dan Dia kuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa. yang mati? Begitulah, sungguh, Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Secara umum, Al-Quran telah menunjukkan bahawa kosmos atau alam semesta ini wujud suatu organisasi dan disiplin yang kuat dan utuh. Situasi ini memberi penjelasan yang mutlak tentang \u201cKebenaran Hakiki\u201d, iaitu keesaan Pencipta dan Pengawal tentang penciptaan kosmos. Al-Quran telah menegaskan bahawa Allah SWT yang mencipta segala-galanya. Hal ini dijelaskan dalam Surah Al- Furqaan (25) :59, yang bermaksud: Tuhan yang menciptakanlangit dan bumi sertasegala yang adadi antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas \u201cArasy\u201d. Dialah Maha pemurah; maka bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahuinya. Daripada huraian di atas, Allah SWT bukan sahaja mencipta tetapi juga mengawal, mengurus dan menjaga segala lakuan unsur-unsur alam ciptaan-Nya. Allah yang Maha Pencipta, menjaga, mengawal dan mengurus segala lakuan unsur- unsur alam ciptaan-Nya. Dia-lah yang mencipta segala hukum dan peraturan mengikut kehendak-Nya tanpa sekatan oleh had-had sepertimana yang dialami oleh manusia. Surah Al-A\u2019raaf (7):54 menerangkan situasi ini seperti huraian di bawah: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas \u201cArasy\u201d; Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutnya dengan cepat, dan matahari dan bulan serta bintang-bintang tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanya hak Allah. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. Al-Quran dalam surah Al-Anbiyaa (21):30, juga menjelaskan bahawa alam langit meliputi segala cakerawala, matahari, bulan, asteroid dan jasad kelangitan lain yang tidak terhitung banyaknya serta bumi ini adalah pada asal mulanya merupakan satu benda yang bercantum padu. Kemudian segala cakerawala ini dipisahkan dan masing-masing beredar 334","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 mengharungi ruang alam semesta mengikut ketentuan masing-masing. Al-Quran dalam surah Ar-Rum (30):42 menggesa manusia mengembara di muka bumi ini untuk melihat akibat yang menimpa umat yang terdahulu, dan juga untuk mempelajari tentang alam dan mencari penemuan baharu. Daripada perspektif sastera pula, Zurinah Hassan (1999: 62-67) menyatakan, unsur-unsur alam merangsang imaginasi dan memperkayakan daya cipta para penyair. Penyair yang halus perasaannya dan prihatin terhadap alam semula jadi merasakan diri amat dekat dengan alam. Unsur-unsur alam seperti laut, ombak, pantai, sungai, gunung, rimba, hujan, bulan, embun, dan pohon sering diungkapkan dalam puisi. Penyair menggunakan alam sebagai perlambangan untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Sering kita melihat bagaimana penyair memindahkan perasaannya kepada unsur-unsur alam. Karya-karya Latiff Mohidin juga banyak terhimpun daripada tafakurnya terhadap alam. Beliau bukan sahaja menggunakan unsur-unsur alam untuk mencetuskan gumpalan makna dalam puisi- puisinya malah amat menghargai unsur-unsur alam yang dianggap suatu anugerah yang amat besar. Begitu juga dengan penyair Siti Zainon Ismail yang yang banyak mengalirkan makna seni dalam puisi dan lukisan-lukisannya tentang alam. Baginya \u201calam takambang jadi guru\u201d (alam terbentang jadi guru). Pada dasarnya, kajian ini dibataskan hanya kepada korpus dua orang penyair sahaja, iaitu A. Aziz Deraman dan Muhammad Haji Salleh menerusi dua buah kumpulan puisi, iaitu Suara Gunung Kehidupan karya A. Aziz Deraman (2014) dan Sebutir Zamrud di Deru Selat (2006) karya Muhammad Haji Salleh. Dua buah puisi yang dipilih ialah \u201cMesepat di tepi kolam\u201d karya Muhammad Haji Salleh dan \u201cSuara gunung kehidupan\u201d karya A. Aziz Deraman. ANALISIS PUISI \u201cMesepat di tepi kolam\u201d - Bakti dan kehidupan Penyair menjunjung prinsip kebaikan, kemuliaan dan keagungan moral, justeru penyair membawa \u201cMesepat di tepi kolam\u201d sebagai sebuah kiasan perbandingan bagi tujuan mendidik dan membentuk sikap serta persepsi khalayak. Gaya metafora terdapat dalam puisi \u201cMesepat di Tepi Kolam\u201d (2006:7) iaitu pada bait keempat puisi ini melalui ungkapan \u2018buluh perenung diri\u2019. Buluh sebagai objek konkrit dipindahkan kepada kata abstrak \u2018perenung diri\u2019. Dalam hal ini, penyair mahu memberitahu khalayak tentang sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh buluh. Hidupan ini tidak pernah tumbuh dan hidup bersendirian sebaliknya hidup dalam bentuk rimbunan yang membayangkan kepada khalayak sebuah keluarga yang utuh dan kukuh. Akar-akar dalam sebuah rimbunan buluh biasanya berpaut di antara satu sama lain sebagai suatu ikatan yang membolehkan buluh itu tegak berdiri dan tahan ditiup angin. Ia juga menggambarkan betapa kehidupan yang harmonis, akrab dan saling bergantung demi survival sesebuah keluarga. Jika ia tumbuh di tepi sungai atau kolam akarnya akan membantu menahan tebing daripada runtuh dan terhakis. Buluh memelihara persekitaran di samping memelihara keluarga dan warganya. Tumbuhan ini amat signifikan dan sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu kerana ia menyediakan pelbagai keperluan masyarakat itu sendiri. Hubungan dan pengalaman masyarakat Melayu dahulunya sedikit banyak telah mempengaruhi jalan pemikiran yang memaknai kehidupan mereka. Daripada pengalaman-pengalaman inilah lahir berbagai peribahasa yang dijadikan pedoman dalam masyarakat antaranya peribahasa Melayu \u201cMelentur buluh biarlah daripada rebungnya\u201d yang membawa makna yang sangat besar iaitu perihal pendidikan terhadap anak-anak haruslah dimulai sejak kecil (Norhayati Ayit, 2020: 43). Ia bukan sekadar sebuah peribahasa atau perbidalan yang membentuk persepsi umum masyarakat Melayu itu semata-mata, malah merupakan suatu kepercayaan sosial. Ibu bapa 335","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 yang mengambil ringan hukum sosial ini akhirnya akan menghadapi kesulitan dan masalah apabila anak-anak mereka membesar atau menjadi dewasa. Pendidikan awal anak-anak yang yang tidak sempurna bukan sahaja akan menimbul masalah kepada keluarga itu sahaja malah masyarakat dan negara akhirnya akan turut menanggung kesannya. Dalam aspek kehidupan dan budaya Melayu yang lain pula, buluh juga dilihat membawa imej tertentu. Dalam seni lukis, seni batik, seni ukir dan sebagainya imej buluh dijadikan inspirasi pengkarya. Contohnya, imej pucuk rebung dijadikan motif dalam proses tenun dan corak batik Melayu. Dalam konteks metamorphosis kitaran hidup kekeluargaan dan masyarakat maka buluh juga menggambarkan penyebaran dan percambahan keturunan yang kekal. Jelas sekali penyair mengajak khalayak untuk menilai diri dan membeza serta membandingkan nilai-nilai kehidupan diri insan dengan sifat-sifat yang ada pada buluh atau rumpunan buluh. Sifat-sifat yang menggambarkan keakraban dan setiakawan serta kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Dalam rumpunan buluh terdapat buluh yang tua dan muda. Dalam hal ini, buluh yang tua sentiasa melindungi buluh-buluh yang muda dan memberi ruang untuk menjulurkan pucuknya agar tumbuh membesar dengan selesa dan selamat. Warga buluh dalam rimbunan dilihat dalam suatu hubungan yang harmonis berbakti, dengan mesra dan santun. Dalam konteks ini, rimbunan pohon buluh dapat menjadi pedoman kepada kehidupan individu, keluarga dan masyarakat manusia. Kekuatan yang terjalin dalam keluarga atau rumpunan buluh membawa makna bahawa ia tidak mudah dimusnahkan. Dalam puisi \u201cMesepat di tepi kolam\u201d juga didapati ungkapan metafora \u201cbuluh perenung diri\u201d membawa analogi sifat-sifat buluh yang amat menyayangi anak-anak sehingga anak- anak tidak dibenarkan pergi jauh sebaliknya mereka amat akrab dan berkumpul bersama- sama. Keakraban yang wujud itu dilihat sebagai suatu nilai sejagat demi kelangsungan tradisi dan warisan turun temurun: buluh perenung diri diam berkumpul dengan rumpun, melepaskan anak tapi tidak dibenarkan jauh supaya matanya dapat memantau kerenah (Muhammad Haji Salleh, 2006:7) Kehidupan berpedomankan warga rumpunan buluh merupakan simbolik kerukunan hidup manusia yang harmonis.Tiada anak-anak buluh yang tumbuh berasingan dari rumpunan induknya dan tiada kerenah pengasingan dan kebebasan yang boleh menjejaskan kehidupan warga dan masyarakatnya telah disuguh oleh penyair demi kehidupan yang lebih terjamin dan selamat. Dengan tulus penyair mengingatkan terhadap sebuah kehidupan makhluk Tuhan yang lain yang begitu simple tetapi penuh makna. Dengan tulus juga penyair ingin membawa khalayak memikirkan betapa bagi manusia yang dikurnia akal yang sempurna gagal menanggapi dan menangani kehidupannya dengan baik. Sindiran halus menerus i gaya kiasan litotes ditujukan kepada masyarakat yang tidak mengendahkan nilai-nilai kemanusiaan terhadap kanak-kanak. Nilai-nilai tentang hak perlindungan sejagat, pendidikan serta asuhan yang sewajarnya kian diabaikan yang akhirnya mencetuskan pelbagai krisis moral dalam masyarakat. Metafora ini diajukan oleh penyair selaras dengan situasi negatif yang sering berlaku dalam banyak masyarakat mutakhir ini. Di tengah-tengah kemajuan kebendaan yang sedang berlangsung, kerap kali masyarakat dikejutkan dengan berbagai kisah ngeri dan kejam terhadap kanak-kanak merangkumi dari dalam keluarga atau yang berlaku di luar. Penderaan, penyiksaan, kelakuan-kelakuan yang jahat, membawa kepada trauma yang berpanjangan seperti disiksa malah ada yang diperkosa oleh orang yang lebih dewasa. 336","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Selain penderaan, penyiksaan terjadi juga pengabaian terhadap penjagaan yang sempurna sehingga timbul krisis-krisis sosial - anak terbiar, anak jalanan, kelaparan dan kemelaratan fizikal dan mental, tidak mengenal alam persekolahan dan buku. Jauh lebih menyedihkan daripada itu ialah kemelaratan kerana sakit dan tiada rawatan, lapar dan tiada makanan hingga ada yang terpaksa berebut sisa - sisa makanan bersama kawan-kawan di tepi tong sampah. Tabiat sosial yang lahir dari sikap individualistik dan materialistik yang telah mengganti nilai-nilai yang lebih luhur dan wajar telah menyebabkan perasaan kasih sayang terhadap anak-anak semakin pudar. Nilai-nilai kebendaan yang semakin sebati dalam keluarga sedikit banyak telah mempengaruhi sikap dan tabiat sosial ibu bapa yang boleh dianggap sedang \u201csakit\u201d hati nuraninya hingga akhirnya menyebabkan fenomena penderaan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak bagi tujuan ekonomi. \u201cMesepat di tepi kolam\u201d juga mempunyai ciri-ciri mesra alam yang sangat unik disebabkan kemesraan dan pengalaman penyair yang sedia terjalin dengan alam yang dilihatnya begitu simbolik. Citra flora dan fauna yang dirakamkan menerus i ungkapan- ungkapan yang begitu puitis dan ilusif membawa khalayak untuk berfikir. Pohon mesepat hidupnya juga terikat daripada kurnia alam namun dalam diam ia meneguk air di bawah bumi. Di pinggir kolam ia berasa aman sekali meskipun kemarau melanda. Rimbunan daunnya yang besar melindungi kolam dan sekitarnya menjadi lembab. Kolam ini adalah sahabat hayatnya yang abadi. Perasaan kudus penyair diabadikan bersama hayat flora ini. Penyair melihat alam dalam kesedaran yang amat halus dan tajam, bahawa mesepat yang menumpang hidup di pinggir kolam ini sedikit pun tidak menimbulkan \u201ccekcok\u201d sebaliknya begitu harmoni. Puisi bercorak naratif ini juga diperkayakan dengan bahasa kiasan yang begitu lunak. Hubungan erat pohon mesepat dengan unsur-unsur alam diketengahkan penyair dalam ungkapan personifikasi. Suasana ini terlahir dengan jelas dalam hubungan dan pergantungan ekologi flora - fauna yang hidup subur seperti yang difitrahkan Ilahi. Sistem ekologi dan pergantungan habitat flora fauna seperti yang hidup dengan fitrah inayat itu menggambarkan kesempurnaan sebuah kehidupan yang sangat unik. Gambaran ini mengajak khalayak menginsafi tentang lembutnya persahabatan yang terjalin antara unsur-unsur alam. Manusia yang terlalu banyak kerenah dalam hidup harus merenungi seluruh kejadian dan tumbuhan di atas bumi. Di dalam al-Quran Allah mengingatkan (Al-Quran, Tha Ha (20): 53): \u201cDia yang membuat bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelit jalan-jalan untuk kamu dengannya beberapa jalan, dan menurunkan air dari langit, dan dengannya Kami menumbuhkan bermacam-macam jenis tumbuhan\u201d. Begitu juga dalam ayat yang lain Allah mengingatkan tentang mulianya tumbuh- tumbuhan di bumi (Al-Quran, Ash-Syu\u2019ara (26):7: Apa, Tidakkah mereka merenungkan bumi, berapa banyaknya di dalamnya yang Kami menumbuhkan daripada tiap-tiap jenis yang mulia. Mesepat yang berdaun lebar ini telah ditumbuhkan dirinya di tepi sumber air hingga tidak sedikit menimbulkan kesengsaraan terhadap pohon ini meskipun datang musim kemarau. Daunnya yang lebar dan terbuka mengadap langit bagai menyampaikan tanda sanjungan dan tasbih terhadap Yang Menciptakan (Quran, Surah Bani Israil (17) :44, An-Nur (24):41). Dalam masa yang sama pohon berbakti dengan melindungi persekitaran di bawahnya. Kiasan personifikasi sangat menyerlah dalam puisi ini iaitu pada bait pertama dan kedua: mesepat di tepi kolam juga menghirup hidup dari langit, tiada suara teguk, 337","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kemarau tidak menghauskan. akarnya tertanam dalam basah dunia. daun besar menadah langit melindungi lembap (Muhammad Haji Salleh, 2006:7) Gaya paradoks juga dapat dikesan pada rangkap pertama baris keempat: mesepat di tepi kolam juga menghirup udara dari langit, tiada suara teguk, kemarau tidak menghauskan. (Muhammad Haji Salleh, 2006:7) \u201cKemarau\u201d ialah satu keadaan tentang bumi yang kering dan panas tetapi bagi pohon mesepat ini, ia meneguk air di bawah bumi di pinggir kolam ini dengan diam kerana rahmat Allah. Kelembapan di pinggir kolam ini turut memenuhi keperluan flora dan fauna di sekitarnya daripada mengalami kehausan dalam musim kemarau. \u201cSuara Gunung Kehidupan\u201d \u2013 Gunung lambang kekuatan fizikal dan mental Sejauh mana karya kreatif harus bergetar dalam batin penyair hingga mereka meluahkannya bersama-sama gema yang halus untuk direnungkan? Apakah suara itu hanya sebuah rakaman lirik dari idiomatik muzik bahasanya atau sekadar untuk menghiburkan? Atau mereka harus terus tegas dan berani melantangkan kiasan dalam kelunakan diksi-diksinya sebagai hidangan untuk insan-insan yang mampu memikirkannya. Kesedaran seni yang dianjurkan penyair adalah untuk menyedarkan bahawa eksistensi manusia dan alam adalah dalam satu ketentuan yang saling berkait. \u201cSuara Gunung Kehidupan\u201d merupakan sebuah puisi yang dikutip hasil daripada merenung alam iaitu Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang, Sabah. Kundasang merupakan daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan hasil pertaniannya. Cuaca yang sejuk dan segar serta pemandangan yang indah menjadikan Kundasang sebagai sebuah pusat pelancongan terkemuka di Sabah. Renungan penyair begitu tajam dan mengimbau dalam satu ruang pandangan alam atau \u201cweltanschauung\u201d dalam satu kerangka sistem pemikiran yang menjelaskan makna- makna asas tentang kejadian alam dan manusia dan juga tentang akibat hubungan manusia dengan Tuhan. Daerah Kundasang bukan sahaja memiliki keindahan alam yang di kelilingi tanah pergunungan, malah kekayaan usasa pertaniannya. Terdapat banyak tanah dataran yang sesuai bagi penanaman sayur- sayuran. Penyair mengekspresikan gaya personifikasi melalui ungkapan \u201csuara gunung kehidupan beralunan\u201d dengan nada indah dan puitis. Melalui renungan terhadap alam juga, penyair sentiasa memikirkankan betapa perlunya anak bangsanya supaya terus rajin berusaha dengan hati yang ikhlas dan murni demi meneruskan kelangsungan hidup. Penyair menggambarkan Gunung Kinabalu laksana mutiara hati bagi setiap rakyar Malaysia. Pendaki yang tabah menempuhi ujian dan cabaran akan menimba banyak pengalaman sebelum berjaya berdiri di puncak Gunung Kinabalu. Dalam hal ini, penyair membuat analogi situasi tersebut dengan sebuah kehiduapan manusia. Ungkapan \u201cbangunlah bangkitlah pewaris bangsa\u201d bernada serius seakan-akan memberi peringatan yang amat penting kepada khalayak: suara gunung kehidupan beralunan gema panggilan iramanya sesuci sahutan 338","PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 bangunlah bangkitlah pewaris bangsa penerus murni hati kejar jaya. (A.Aziz Deraman, 2014:20) Kundasang merupakan sebuah daerah yang terletak di kaki gunung Kinabalu mempunyai iklim dan cuaca yang sejuk yang amat sesuai untuk penanaman sayur- sayuran seperti kobis, brokoli, terung, lada bengggala,1t1omato, tomato ceri dan bunga-bungaan seperti kaktus, orkid, mawar dan tanaman herba. Ungkapan \u201cbumi kita tidak pernah kurang\u201d membawa maksud betapa banyaknya ruang dan peluang yang harus dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Dalam konteks ini, sektor ekonomi berasaskan pertanian menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi bagi penduduk setempat, manakala perniagaan boleh berkembang kerana ada pasaran untuk produk makanan segar yang boleh dipasarkan di dalam dan luar negara. Peluang keemasan ini sepatutnya tidak dilepaskan oleh masyarakat yang mendiami kawasan kaki gunung Kinabalu. Melalui \u201cSuara gunung kehidupan\u201d penyair mengajak khalayak merenung diri dan kehidupan, lantas dengan secara halus mengajak kepada sesuatu yang lebih indah dan mulia sesuai dengan kedudukan manusia sebagai insan dan khalifah di bumi. Bagi penyair, Gunung Kinabalu meninggalkan pesan kepada rakyat Malaysia agar menyemarakkan rasa cintakan negara, patriotisme dan kekentalan jiwa dan bersatu padu sebangsa dan senegara (A. Aziz Deraman, 2014:xv). Sebagai seorang warganegara yang setia, mesti mengejar kejayaan, menginsafi sejarah bangsa dan perlu menyusun langkah dengan segala kebijaksanaan demi tanah air tercinta. Di puncak Gunung Kinabalu itu, bermain keyakinan mencapai kejayaan cemerlang pada subur bumi di situ cinta watan, memacak janji-janji jalur perjuangan, tanda gemilangnya sebuah pendakian. Di persekitaran kaki gunung dan di lereng-lereng gunung terhidang rezeki untuk diterokai, bukit-bukau seakan-akan menanti bakti daripada masyarakat. Situasi ini jelas digambarkan melalui ungkapan metafora \u201cladang rezeki\u201d dan personifikasi \u201cketika bukit bukau belantara menanti\u201d. Manusia dikurniakan akal budi, daya kreatif, serta kebolehan ekspresi yang boleh menjadikan mereka lebih memahami, santun dan berhemah dalam hidup. Sifat-sifat sebegini tidak dikurniakan kepada makhluk lain yang lebih rendah martabatnya. Pada penyair, gunung ini hanya menerima ketentuan alamiah yang menyantuni perjalanan hidupnya. Walaupun manusia tidak boleh memutar masa yang sudah berlalu seperti juga makhluk yang lain, namun fikiran mereka boleh menembusi dan menyeberang ke seluruh ruang mencari hikmah dalam kehidupan. Ungkapan \u201ckita buka bahagia di segala segi\u201d dapat diterjemahkan manusia boleh berasa bahagia dengan caranya sendiri berdasarkan usaha yang dilakukan sehingga membuahkan kejayaan: Apakah akan sia-sia kita insaf sejarah di sisi bijak manusianya atur langkah di puncak Kinabalu bermain keyakinan pada subur bumi di situ cinta watan pacak panji-panji jalur perjuangan tanda terbilang satu pendakian jadikan lereng-lerengnya ladang rezeki ketika bukit bukau belantara menanti kita buka bahagia di segala segi tiada hiba dirundung gelisah dihembus dingin hawa resah. (A.Aziz Deraman, 2014:20) Seterusnya ungkapan \u201cdaya saing berbanjar biru\u201d, \u201capa dipeduli bumi orang\u201d dan \u201cbumi kita tidak pernah kurang\u201d menjelaskan bahawa di Kundasang, sektor pertanian menyediakan 339"]
Search
Read the Text Version
- 1
- 2
- 3
- 4
- 5
- 6
- 7
- 8
- 9
- 10
- 11
- 12
- 13
- 14
- 15
- 16
- 17
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- 24
- 25
- 26
- 27
- 28
- 29
- 30
- 31
- 32
- 33
- 34
- 35
- 36
- 37
- 38
- 39
- 40
- 41
- 42
- 43
- 44
- 45
- 46
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- 55
- 56
- 57
- 58
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- 64
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- 78
- 79
- 80
- 81
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- 87
- 88
- 89
- 90
- 91
- 92
- 93
- 94
- 95
- 96
- 97
- 98
- 99
- 100
- 101
- 102
- 103
- 104
- 105
- 106
- 107
- 108
- 109
- 110
- 111
- 112
- 113
- 114
- 115
- 116
- 117
- 118
- 119
- 120
- 121
- 122
- 123
- 124
- 125
- 126
- 127
- 128
- 129
- 130
- 131
- 132
- 133
- 134
- 135
- 136
- 137
- 138
- 139
- 140
- 141
- 142
- 143
- 144
- 145
- 146
- 147
- 148
- 149
- 150
- 151
- 152
- 153
- 154
- 155
- 156
- 157
- 158
- 159
- 160
- 161
- 162
- 163
- 164
- 165
- 166
- 167
- 168
- 169
- 170
- 171
- 172
- 173
- 174
- 175
- 176
- 177
- 178
- 179
- 180
- 181
- 182
- 183
- 184
- 185
- 186
- 187
- 188
- 189
- 190
- 191
- 192
- 193
- 194
- 195
- 196
- 197
- 198
- 199
- 200
- 201
- 202
- 203
- 204
- 205
- 206
- 207
- 208
- 209
- 210
- 211
- 212
- 213
- 214
- 215
- 216
- 217
- 218
- 219
- 220
- 221
- 222
- 223
- 224
- 225
- 226
- 227
- 228
- 229
- 230
- 231
- 232
- 233
- 234
- 235
- 236
- 237
- 238
- 239
- 240
- 241
- 242
- 243
- 244
- 245
- 246
- 247
- 248
- 249
- 250
- 251
- 252
- 253
- 254
- 255
- 256
- 257
- 258
- 259
- 260
- 261
- 262
- 263
- 264
- 265
- 266
- 267
- 268
- 269
- 270
- 271
- 272
- 273
- 274
- 275
- 276
- 277
- 278
- 279
- 280
- 281
- 282
- 283
- 284
- 285
- 286
- 287
- 288
- 289
- 290
- 291
- 292
- 293
- 294
- 295
- 296
- 297
- 298
- 299
- 300
- 301
- 302
- 303
- 304
- 305
- 306
- 307
- 308
- 309
- 310
- 311
- 312
- 313
- 314
- 315
- 316
- 317
- 318
- 319
- 320
- 321
- 322
- 323
- 324
- 325
- 326
- 327
- 328
- 329
- 330
- 331
- 332
- 333
- 334
- 335
- 336
- 337
- 338
- 339
- 340
- 341
- 342
- 343
- 344
- 345
- 346
- 347
- 348
- 349
- 350
- 351
- 352
- 353
- 354
- 355
- 356
- 357
- 358
- 359
- 360
- 361
- 362
- 363
- 364
- 365
- 366
- 367
- 368
- 369
- 370
- 371
- 372
- 373
- 374
- 375
- 376
- 377
- 378
- 379
- 380
- 381
- 382
- 383
- 384
- 385
- 386
- 387
- 388
- 389
- 390
- 391
- 392
- 393
- 394
- 395
- 396
- 397
- 398
- 399
- 400
- 401
- 402
- 403
- 404
- 405
- 406
- 407
- 408
- 409
- 410
- 411
- 412
- 413
- 414
- 415
- 416
- 417
- 418
- 419
- 420
- 421
- 422
- 423
- 424
- 425
- 426
- 427
- 428
- 429
- 430
- 431
- 432
- 433
- 434
- 435
- 436
- 437
- 438
- 439
- 440
- 441
- 442
- 443
- 444
- 445
- 446
- 447
- 448
- 449
- 450
- 451
- 452
- 453
- 454
- 455
- 456
- 457
- 458
- 459
- 460
- 461
- 462
- 463
- 464
- 465
- 466
- 467
- 468
- 469
- 470
- 471
- 472
- 473
- 474
- 475
- 476
- 477
- 478
- 479
- 480
- 481
- 482
- 483
- 484
- 485
- 486
- 487
- 488
- 489
- 490
- 491
- 492
- 493
- 494
- 495
- 496
- 497
- 498
- 499
- 500
- 501
- 502
- 503
- 504
- 505
- 506
- 507
- 508
- 509
- 510
- 511
- 512
- 513
- 514
- 515
- 516
- 517
- 518
- 519
- 520
- 521
- 522
- 523
- 524
- 525
- 526
- 527
- 528
- 529
- 530
- 531
- 532
- 533
- 534
- 535
- 536
- 537
- 538
- 539
- 540
- 541
- 542
- 543
- 544
- 545
- 546
- 547
- 548
- 549
- 550
- 551
- 552
- 553
- 554
- 555
- 556
- 557
- 558
- 559
- 560
- 561
- 562
- 563
- 564
- 565
- 566
- 567
- 568
- 569
- 570
- 571
- 572
- 573
- 574
- 575
- 576
- 577
- 578
- 579
- 580
- 581
- 582
- 583
- 584
- 585
- 586
- 587
- 588
- 589
- 590
- 591
- 592
- 593
- 594
- 595
- 596
- 597
- 598
- 599
- 600
- 601
- 602
- 603
- 604
- 605
- 606
- 607
- 608
- 609
- 610
- 611
- 612
- 613
- 614
- 615
- 616
- 617
- 618
- 619
- 620
- 621
- 622
- 623
- 624
- 625
- 626
- 627
- 628
- 629
- 630
- 631
- 632
- 633
- 634
- 635
- 636
- 637
- 638
- 639
- 640
- 641
- 642
- 643
- 644
- 645
- 646
- 647
- 648
- 649
- 650
- 651
- 652
- 653
- 654
- 655
- 656
- 657
- 658
- 659
- 660
- 661
- 662
- 663
- 664
- 665
- 666
- 667
- 668
- 669
- 670
- 671
- 672
- 673
- 674
- 675
- 676
- 677
- 678
- 679
- 680
- 681
- 682
- 683
- 684
- 685
- 686
- 687
- 688
- 689
- 690
- 691
- 692
- 693
- 694
- 695
- 696
- 697
- 698
- 699
- 700
- 701
- 702
- 703
- 704
- 705
- 706
- 707
- 708
- 709
- 710
- 711
- 712
- 713
- 714
- 715
- 716
- 717
- 718
- 719
- 720
- 721
- 722
- 723
- 724