Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore Eportfolio Nur Fatihah AB180031

Eportfolio Nur Fatihah AB180031

Published by Nur Fatihah Binti Abdul Rahman, 2022-07-18 16:03:10

Description: Eportfolio Nur Fatihah AB180031

Search

Read the Text Version

PPaAnNdDuUanANpePnEuNliUsaLnISrAefNleRkEsiFaLkEhKirS:I AKHIR REFLEKSI : 1) Pilih isu yang sesuai untuk dilaporkan dalam (PMI – Positive, refleksi akhir berdasarkan elemen penulisan Minus & refleksi yang dinyatakan Interesting) 2) Format penulisan Times New Roman (7-10 1. Bisikan hati mukasurat termasuk gambar, jadual, rajah dan rujukan-tidak termasuk lampiran jika ada) 2. Menganalisis/ Menilai • Abstrak: 100-150 perkataan ( Font 11-single spacing) 3. Kesedaran baru • Keseluruhan kandungan mengikut cadangan 4. Cadangan/ bilangan perenggan yang dinyatakan Tindakan (Font 12, 1.0 spacing) • Semak contoh template yang diberikan • Lampiran (jika perlu) • Hard copy/soft copy laporan penuh dihantar kepada penyelia FPTV bersama dokumen laporan akhir yang lain Softcopy (refleksi sahaja) word format upload ke dalam: https://author.uthm.edu.my/Latihan Mengajar (folder akan disediakan mengikut semester LM)

TAHAP PENGUASAAN SUBJEK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2 ELITE SELEPAS PANDEMIK COVID-19 DI SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR Nur Fatihah binti Abdul Rahman1, Pn Rahfizah binti Abdul Rahim @ Abdul Rahman2 , Prof. Madya Ts. Dr. Lee Ming Foong3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional1, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian2, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia3 [email protected], [email protected], , 3 [email protected] Abstrak Proses latihan mengajar yang bermula pada 20 Mac 2022 dan berakhir pada 7 Julai 2022 telah banyak memberikan peluan dan ruang kepada setiap guru pelatih dalam meningkatkan kemahiran dan kemampuan untuk mengendalikan sesuatu proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) di dalam kelas. Terdapat pelbagai bentuk cabaran yang telah dihadapi sepanjang melaksanakan latihan mengajar iaitu selama 14 minggu di SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor. Kajian bagi penulisan refleksi ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan pelajar terhadap subjek Asas Sains Komputer selepas pandemik covid-19 semasa menjalankan latihan mengajar. Masalah yang sering dihadapi oleh guru adalah pelajar tidak menguasai topik pembelajaran yang lepas sepanjang tempoh pandemik dengan adanya kelas secara alam maya. Oleh itu, guru telah mendapatkan maklum balas daripada beberapa pihak seperti pelajar sewaktu peperiksaan penilaian pertama serta guru pembimbing dan guru- guru di SMK Sri Perhentian. 1.0 Pengenalan Dasar Pendidikan di Malaysia pada hari ini adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FTK) yang termaktub di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yang telah dikemaskini dan ditambah baik pada tahun 2012. DPK yang pertama dihasilkan berpandukan Penyata Razak (1956) yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Dasar ini kemudiannya telah dikaji semula oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) digubal bertujuan supaya sistem pendidikan membolehkan masyarakat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global kesan daripada perkembangan pesat saing, teknologi dan

maklumat. Di dalam FPK, pendidikan di Malaysia digariskan sebagai satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Menjadi guru pelatih dan menjalani latihan mengajar selepas pandemik covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan pelajar lebih tertarik dengan gadget sewaktu pengajaran dan pembelajaran dari rumah (pdpr). Sewaktu pdpr mereka masuk link google meet yang diberikan oleh guru secara acuh tak acuh menyebabkan tahap penguasaan mereka terhadap pembelajaran Asas Sains Komputer yang memerlukan penguasaan berterusan mereka tidak dapat dipenuhi. Kesukaran ini terjadi apabila guru menanyakan apa yang dipelajari pada tingkatan 1 mereka tidak dapat menjawab dan lebih menjawab tidak belajar. Simbol yang sepatutnya mereka kuasai, mereka tidak dapat menguasai dengan baik. Pembelajaran agak terganggu apabila pelajar tidak menguasai topik pembelajaran yang perlu mereka kuasai. Guru juga perlu mengimbas semula pembelajaran sewaktu mereka tingkatan 1 untuk diaplikasikan pada pembelajaran tingkatan 2. Hal ini menyebabkan guru terpaksa menunda pembelajaran yang sepatutnya diajarkan kepada pelajar mengikut silibus. Kesukaran ini menyebabkan tahap penguasaan pelajar mengikut peperiksaan tov yang pertama adalah kurang menguasai. Tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan pelajar. Antara inisiatif tenaga pengajar bagi meningkatkan kefahaman pelajar ialah mempelbagaikan teknik pengajaran. Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah menyediakan murid yang berfikiran komputasional. Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Bidang Pembelajaran ini menghasilkan murid berfikiran komputasional yang mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer. Pemikiran komputasional ialah kebolehan untuk memahami dan mengaplikasi prinsip asas sains komputer. Melalui pemikiran komputasional, kaedah penyelesaian masalah diterjemah dalam bentuk yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan penyelesaian berteraskan komputer. Mata pelajaran ASK memberi tumpuan kepada aktiviti yang membolehkan murid terlibat secara mendalam dan lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.

Keaktifan pelajar sewaktu proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan elemen penting dan asas yang perlu difahami, disedari dan dikembangkan dalam proses pembelajaran oleh guru (Ramlah, 2014). Daya serapan kefahaman para pelajar adalah berbeza. Amir Hasan (2002) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai tahap kebolehan intelek dan psikologi yang berbeza dengan individu yang lain dan kepelbagaian dalam teknik pengajaran membantu dalam perkembangan intelek setiap individu. Tidak semua pelajar mampu memahami pengajaran secara teori, guru perlu menunjukkan secara amali. Abbas (2006) turut menyokong penyataan Amir Hasan (2002) yang menyatakan bahawa guru perlu menyediakan penggunaan bahan-bahan sokongan bagi mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna seperti menggunakan kit pengajaran di mana para pelajar dapat melihat, memegang dan menggunakan sendiri bahan, peralatan dan langkah kerja dalam meningkatkan pemahaman mereka mengenai sesuatu subjek yang mempamerkan langkah kerja sebenar di tapak bina. 2.0 Bisikan hati Saya telah menjalani Latihan Mengajar selama 14 minggu di SMK Sri Perhentian, Johor. Saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 1 Elite dan 2 Elite serta Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 Pintar. Saya bersemangat untuk menjalani latihan mengajar dan menjalankan tugas sebagai seorang guru pelatih di sekolah ini. Saya juga teruja untuk berkongsi segala ilmu pengetahuan yang saya miliki dengan para pelajar serta staf institusi ini. Perkara yang memberi sedikit sebanyak kesan apabila pelajar tidak menguasai pembelajaran secara berterusan sepanjang tempoh pkp. Menjadi masalah kepaa guru apabila perlu mengimbas semula pembelajaran yang lalu untuk diaplikasikan pada pembelajaran yang perlu diajarkan. Terdapat pelajar yang mengalami masalah keciciran dalam pelajaran Asas Sains Komputer. Masalah yang sering berlaku apabila guru memberikan soalan berkaitan algoritma dan pseudokod yang dipelajari pada pembelajaran yang lalu, pelajar terpinga-pinga untuk menjawab dan menanyakan soalan itu semula kepada guru. Tambahan pula, mereka sering menyalahkan pandemik covid-19 mengakibatkan mereka tidak mempelajari topik berkenaan. Hal ini demikian kerana akan mempengaruhi sedikit sebanyak pencapaian pelajar didalam peperiksaan. Berdasarkan tahap pencapaian pelajar bagi peperiksaan tov yang pertama menunjukkan pelajar hanya menguasai topik pembelajaran yang dipelajari ketika tu dan tidak menguasai topik yang lalu. Hakikatnya Asas Sains Komputer memerlukan teknik penguasaan yang berterusan bagi semua topik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon menyatakan bahawa kadar keciciran murid sekolah

ketika pandemik Covid-19 bagi tempoh dua tahun sehingga Julai lalu lebih rendah berbanding keciciran pada tahun 2018 (Berita Harian, 2021) 3.0 Menganalisis dan menilai Menerusi pemerhatian yang telah dilakukan, saya dapat mengenalpasti serta mendapat maklumbalas daripada pelajar bahawa mereka tidak masuk ke kelas sepanjang tempoh pdpr berlangsung. Hal ini demikian kerana, sikap acuh tak acuh mereka sepanjang tempoh pandemik dan menganggap pembelajaran Asas Sains Komputer sebagai matapelajaran yang tidak penting. Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru banyak mengaplikasikan pembelajaran lalu dengan pembelajaran yang sedang dipelajari. Saya pernah bertanya kepada pelajar mengapa mereka tidak mengikuti kelas sepanjang pdpr, mereka menjawab mereka hadir tapi hanya sekadar membuka aplikasi google meet dan mengambil kehadiran kemudian mencipta alasan mempunyai masalah internet kepada guru. Walaupun guru memberi latihan sebagai tugasan, mereka juga tidak buat kerana menganggap guru tidak menyemak tugasan itu. Menurut Dr Ehwan Ngadi (2020), penglibatan murid dalam kelas atas talian ini bukan sahaja sekadar mendengar celoteh pendidik, tetapi memberikan respons serta menyiapkan tugasan yang diberikan. Sekiranya murid tidak memberikan komitmen secukupnya, ia akan ‘bertepuk sebelah tangan’. Manakan jadi ilmu yang dihulurkan bersambut kepada murid. Jelas bahawa keupayaan memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada murid semasa wabak covid-19 ini memerlukan usaha dan tenaga yang luar biasa daripada semua pihak, ibu bapa, pendidik dan murid. Pada pandangan saya, saya perlu lebih menekankan kepada pelajar bahawa sentiasa mengingati pelajar apa yang dipelajari pada hari tersebut perlu diaplikasikan pada pembelajaran akan datang kerana subjek ini perlu pengukuhan secara berterusan. Selain daripada itu, pelajar itu sendiri perlu berusaha untuk mempelajari topik dalam Asas Sains Komputer serta mengimbas semula topik yang mereka pernah pelajari. Tanpa usaha pelajar itu sendiri, penguasaan terhadap matapelajaran itu tidak akan tercapai. Guru hanyalah fasilitator yang membantu membimbing pelajar dalam sesuatu perkara. 4.0 Kesedaran baru Guru berhadapan dengan cabaran hebat memandangkan terdapat banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran yang singkat (Mohd Rushdin & Ali, 2019). Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru mendapati ada sebilangan pelajar yang mula mengabaikan pelajaran disebabkan oleh permasalahan yang dihadapi sepanjang pembelajaran. Semasa menjalani

latihan mengajar selama 14 minggu telah memberikan banyak kesedaran baru kepada saya dalam menjiwai identiti sebagai bakal seorang guru. Selain itu juga, saya belajar bahawa seorang guru yang baik perlulah peramah dengan warga institusi serta para pelajar. Saya sedar bukan mudah untuk mengharungi liku-liku sebagai warga pendidik dalam menyampaikan ilmu yang berkesan kepada orang lain. Guru ibarat lilin yang sanggup membakar dirinya bagi menerangi orang lain (Megat, 2019). Saya sedar bahawa menjadi seorang guru perlu membuat analisis terhadap pengajaran yang saya jalankan supaya dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan sekaligus dapat melahirkan pelajar yang mempunyai masa depan serta dapat memajukan agama dan negara. Bagi topik pembelajaran bagi subjek Asas Sains Komputer pelajar perlu membuat amali baru mereka boleh menguasai kerana mereka nampak cara setiap topik yang perlu dipelajari. Cara yang paling mudah jika guru tahu gaya pembelajaran pelajar, sekiranya pelajar melakukan aktiviti amali yang melibatkan perbuatan jelas dan kemahiran psikomotor yang tinggi. Guru menggunakan aplikasi python untuk menunjukkan cara algoritma dan pseudokod yang dijalankan pada topik asas sains komputer topik algoritma. Saya turut mengkaji bahawa pelajar seharusnya lebih bersedia menguasai simbol-simbol dalam algoritma seperti mula atau tamat, proses, pilihan, aliran, penyambung dan input atau output untuk membangunkan sebuah algoritma. 5.0 Cadangan dan Tindakan Setelah membuat tinjauan literatur berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi, terdapat beberapa cadangan dan tindakan yang saya perlu ambil bagi memperbaiki prestasi pengajaran saya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung berkesan. Antara cadangan-cadangan adalah berdasarkan daripada analisis dan penilaian ke atas pengajaran dan pembelajaran saya sepanjang 14 minggu di SMK Sri Perhentian. Cadangan dan tindakan ke atas sesuatu perkara haruslah berdasarkan kepada analisi atau kajian yang dilakukan. Semasa menjalankan latihan mengajar di SMK Sri Perhentian, saya banyak membuat perbincangan mengenai permasalahan saya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran bersama guru pembimbing untuk pemantapan pelajar menguasai matapelajaran Asas Sains Komputer. Bukan hanya guru pembimbing memberi nasihat dan cadangan kepada saya berkaitan teknik mengajar dan cara mengawal para pelajar serta aktiviti pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran di SMK Sri Perhentian ini. Bagi menggalakkan pelajar lebih minat untuk subjek ini serta penguasaan penuh terhadap subjek ini, saya telah melaksanakan cadangan-cadangan seperti berikut:

(a) Menggunakan teknik mengajar yang berpusatkan pelajar supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran serta melibatkan aktivti pelajar agar pelajar lebih aktif. (b) Melakukan aktiviti yang membuatkan pelajar bergerak aktif didalam kelas. (c) Memberikan latihan pengukuhan sebagai pemantapan pelajar. (d) Memberi beberapa situasi yang boleh diaplikasikan dengan kehidupan seharian dalam membangunkan sesuatu algoritma untuk membentuk satu pseudokod. (e) Menyediakan pelbagai ABBM yang menarik untuk pelajar. (f) Memberikan motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang pelajar jalankan. (g) Memberikan ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul. (h) Saling berinterasi bersama pelajar untuk mengetahui tahap penguasaan dan kebolehan mereka dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini supaya dapat mengenalpasti tindakan yang paling sesuai. Menurut Linda (2018) mencadangkan dalam merancang tindakan bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti di dalam kelas guru perlu menyediakan aktiviti permainan apabila berkongsi bacaan teks, menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif dan memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta petunjuk pemahaman. 6.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, sepanjang menjalani latihan mengajar yang dilaksanakan di SMK Sri Perhentian, saya dapat mempelajari banyak pengalaman yang baru bagi memantapkan saya untuk menjadi seorang pendidik pada masa akan datang. Proses latihan mengajar yang berlangsung secara bersemuka selama 14 minggu memberikan pengalaman yang sangat luar biasa dan berharga bagi saya. Pengalaman ini dapat menambahkan keyakinan saya untuk menjadi seorang pendidik yang mampu untuk mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Sepanjang menjalani latihan mengajar juga saya dapat menghilangkan rasa malu untuk berada di hadapan pelajar serta dapat mengatasi rasa gugup saya apabila berada di hadapan para pelajar. Selain itu, pengalaman yang baru saya perolehi ialah untuk mengawal keadaan kelas sepanjang perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Cara berkomunikasi antara saya dengan guru-guru . Seterusnya, pengalaman yang turut diperolehi ialah bagaimana untuk menghadiri sebarang majlis sebagai seorang guru, menjadi sebahagian ahli jawatankuasa bagi setiap majlis serta membantu pengurusan sesuatu majlis agar berjalan

dengan lancar. Guru hendaklah memainkan peranan penting dalam menjadikan sesi penyampaian apa sahaja medium yang ada dan menggunakan aplikasi kuiz sebagai abbm agar dapat melahrikan pelajar yang bersedia dengan revolusi industri 4.0. 7.0 Rujukan Abbas, K. (2006), Media Dalam Pendidikan, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Amir Hasan, D. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan: Edisi Kedua, Tanjung Malim: Quantum Books. Dr Ehwan Ngadi. (2021). Covid 19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian. Dicapai apa 16 Jun 2022 pada https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19- implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat). Putrajaya: KPM. https://www.moe.gov.my Megat, S. (2019), Jasa Guru Ibarat Lilin Yang Membakar Diri, Kesungguhan Cikgu Mejar Al Mubaraq mengajar kanak-kanak OKU. Dicapai pada 20 Jun 2022 pada https://themalayapost.my/jasa-guru-ibarat-lilin-yang-membakar-diri-kesungguhan-cikgu- mejar-al-mubaraq-mengajar-kanak-kanak-oku-undang-sebak-netizen/ Ramlah, S. D. (2014). Pengaruh Gaya Belajar dan Keaktifan Siswa Terhadap Prestasi Belajar Matemaik (Survey Pada SMP Negeri di Kecamatan Klari Kabupaten Karawang). Jurnal Ilmiah Solusi Vol.1 No.3, 68-75 Rohaniza Idris. (2021, Disember 6) Berita Harian dicapai pada 26 Jun 2022; daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/895852/keciciran-murid-lebih- rendah-ketika-pandemik-kpm

LAMPIRAN: BORANG UTHM/ FPTV/ LM-Ver.1/ 04 UTHM/ FPTV/ LM-Ver.1/ 05 UTHM/ FPTV/ LM-Ver.1/ 06







LAMPIRAN AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH LATIHAN MENGAJAR

Lampiran Kejohanan Merentas Desa SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor.

Majlis Hari Guru SMK Sri Perhentian

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Kelas 2 Elite

Kejohanan Olahraga SMK Sri Perhentian Tahun 2022

Kelab Frisbee SMK Sri Perhentian

Pengajaran dan Pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi 1 Pintar

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, SMK Sri Perhentian

Kelab Komputer, SMK Sri Perhentian

Projek Video Montaj Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Pontian

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-50, SMK Sri Perhentian



UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PERHENTIAN TEMPAT: DEWAN NOSTALGIA SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR ANJURAN: NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN (AB180031) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK SRI PERHENTIAN TARIKH: KHAMIS, 7 APRIL 2022 1

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) SRI PERHENTIAN 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan YBhg. Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional mengenai cadangan Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian. 2.0 LATAR BELAKANG Tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang baru masuk alam persekolahan menengah untuk mengenal selok-belok dan hal-hal yang berkaitan. Orientasi penting kerana ia meletakkan asas untuk pelajar baru dengan sekolah. Tanpa orientasi, pelajar baru boleh merasa tidak selesa dalam kedudukan barunya dan memerlukan masa lebih lama untuk mencapai potensi sepenuhnya. 3.0 NAMA PROJEK DAN PENGANJUR 3.1 Nama Projek : Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1 3.2 Nama Penganjur : Nur Fatihah binti Abdul Rahman (AB180031), pelajar Latihan Mengajar, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 4.0 BUTIRAN PROJEK 4.1 Tarikh : 21 March 2022, 22 March 2022, 7 April 2022 4.2 Hari : Khamis 4.3 Lokasi : Dewan Nostalgia, SMK Sri Perhentian Maklumat terperinci butiran projek ini adalah seperti dinyatakan dalam Perkara 10 Tentative Program. 2

5.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut: 5.1 Memperkenalkan murid baru tentang alam persekolahan yang baru di sekolah menengah khasnya di SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor 5.2 Mengeratkan persahabatan antara murid-murid baru dengan pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid di sekolah. 5.3 Murid-murid dapat lebih mengenali dan memahami peraturan, suasana pembelajaran, kemudahan-kemudahan fizikal, seterusnya membolehkan murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana serta iklim sekolah ini dalam masa yang singkat dan seterusnya dapat mempersiapkan diri untuk menimba ilmu dengan sebaik mungkin. 6.0 PERNYATAAN MASALAH Perasaan cemas pelajar baru memasuki alam persekolahan menengah sama ada mereka diterima baik atau sebaliknya. 7.0 SENARAI PESERTA DAN PENGIRING Penasihat Program: i) Nama Pembimbing: Pn Rahfizah bt Abdul Rahim @ Abdul Rahman ii) Nama Penyelia Fakulti: Prof. Madya Ts Dr. Lee Ming Foong iii) Fasilitator/Penceramah/Pengarah Program: Nur Fatihah binti Abdul Rahman iv) Kumpulan Sasaran: 180 Pelajar Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1. 8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Sila rujuk Lampiran 1. 9.0 KEBERHASILAN PROGRAM / IMPAK 9.1 Kepada pelajar baharu a) Dapat mengetahui selok-belok alam persekolahan. 3

b) Dapat mendorong kepercayaan diri untuk masuk kedalam institusi yang baharu dan seterusnya merapatkan silaturahim sesama pelajar. c) Membentuk komunikasi yang baik sesama pelajar. 9.2 Kepada pihak sekolah a) Mengasah kemahiran guru yang terlibat dari aspek kepimpinan dan pengurusan persiapan dan semasa program. b) Memantapkan kualiti warga sekolah khasnya guru yang terlibat dan mencapai misi untuk menyampaikan ilmu baharu kepada peserta. c) Meningkatkan semangat kerjasama dalam satu pasukan untuk menjalankan program dalam kalangan warga sekolah. 10.0 TENTATIF PROGRAM Tentatif Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1 SMK Sri Perhentian HARI PERTAMA MASA 21 MAC 2022 AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT (ISNIN) Kenali Sekolah, Kaunselor Kediaman 8:30 – 9:30 Cikgu Siti Nor binti Masing- Mohamed Yusop, masing Pagi Nyanyian lagu sekolah Cikgu Nordiah binti Abu Bakar, Cikgu Nur 9:30 – 10:00 Ucapan Aluan dan Fatihah binti Abdul Pagi Selamat Datang Rahman 10:00 – 10:30 daripada Tuan Haji Pengetua Pagi Zaidi bin Ahmad, Tuan Hj Zaidi bin Pengetua, SMK Sri 10:30 – 11:00 Ahmad Pagi Perhentian REHAT GPK Pentadbiran Cikgu Faizah bt Taklimat Akademik Wahaid 11:00 – 11:30 Taklimat HEM GPK HEM Pagi Cikgu Mohd Hamzah bin Hassan 11:30 – 12:00 Taklimat Ko-Kurikulum GPK Ko-kurikulum Tengahari Cikgu Nazarudin bin Selamat 12:00 – 1:00 Pengenalan guru-guru Kaunselor Petang Tingkatan 1 (Semua Cikgu Rozita guru Tingkatan 1 perlu berada dalam google 4

1:00 – 1:20 meet dan memberikan Kaunselor Petang pengenalan ringkas) Cikgu Siti Nor binti Refleksi dan Penutup Mohamed Yusop HARI KEDUA AKTIVITI GURU TEMPAT MASA Tayangan video Lagu Kaunselor Kediaman 22 MAC 2022 Sekolah dan Latihan Cikgu Siti Nor binti Masing- (SELASA) Mohamed Yusop, Cikgu masing 8:30 – 9:30 nyanyian Nordiah binti Abu Bakar, Pagi Cikgu Nur Fatihah binti Taklimat Disiplin 9:30 – 10:00 REHAT Abdul Rahman Pagi Ustaz Suhairi bin Abd 10:00 – 10:30 Manan Pagi Taklimat SPBT Cikgu Norzila binti Nasir 10:30 – 11:00 Pagi Slot Cakna Diri: ‘Dulu Kaunselor Abang, Sekarang Adik’ Cikgu Siti Nor Binti 11:00 – 12:00 Mohamed Yusop Tengahari HARI KETIGA AKTIVITI GURU TEMPAT MASA Nyanyian lagu Kaunselor Dewan 7 APRIL 2022 Sekolah, Bangsa Cikgu Siti Nor binti Nostalgia, (KHAMIS) Johor dan Negaraku Mohamed Yusop, Cikgu SMK Sri 7:30 – 7:45 Nordiah binti Abu Bakar, Perhentian Pagi Ucapan Aluan Tuan Cikgu Nur Fatihah binti Pengetua 7:45 Pagi Abdul Rahman Taklimat Program Pengetua 8:00 Pagi Orientasi Tuan Hj Zaidi bin Ahmad 8:15 – 9:00 “Pengalaman Cikgu Siti Nor binti Pagi Universiti” dan Ice Mohamed Yusop, Cikgu 9:00 – 9:15 Breaking Nordiah binti Abu Bakar Pagi Slot “Kenali SSP” Cikgu Nur Fatihah binti 9:50 – 10:30 1 Elite Abdul Rahman Pagi 1 Intelek Kaunselor Slot “Kenali SSP” Cikgu Siti Nor Binti 1 Bestari Mohamed Yusop 1 Fatan Cikgu Nur Fatihah binti Abdul Rahman Kaunselor Cikgu Nordiah binti Abu Bakar 5

10:45 – 11:05 Slot “Kenali SSP” Kaunselor Pagi 1 Pintar Cikgu Siti Nor Binti 1 Bijak Mohamed Yusop Cikgu Nur Fatihah binti Abdul Rahman 11.0 JAWATANKUASA PROGRAM Bil. Nama Fasilitator No. Matrik Fakulti Jawatan / FPTV Peranan 1. Nur Fatihah binti Abdul AB180031 Pengarah SMK Program Rahman SMK AJK AJK 2. Puan Hajah Rozita Bt Umar - SMK Guru 3. Puan Siti Nor Binti - Pembimbing Mohammed Yusop 4. Puan Rahfizah binti Abdul - Rahman @ Abdul Rahim 12.0 ANGGARAN BELANJAWAN BUTIRAN JUMLAH PEMBEKAL (RM) PERUNTUKAN JUMLAH (RM) PCG 132.00 Hadiah Kuiz 132.00 KOPERASI KAUNSELING Hamper Alat Tulis SMK SRI 22 x RM 6.00 PERHENTI AN RM RM 132.00 132.00 13.0 LAIN-LAIN Keperluan projek (pengangkutan, penginapan, dewan dan sebagainya) 14.0 IMPLIKASI SEKIRANYA TIDAK DILULUSKAN Sekiranya kertas kerja ini tidak diluluskan, tugasan Latihan Mengajar saya tidak dapat markah yang baik. Bukan itu sahaja, ini akan menjejaskan gred atau keputusan akhir 6

semester saya. Tambahan lagi, perlaksanaan Latihan Mengajar untuk program orientasi tingkatan 1 bersemuka ini tidak dapat mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana, pelajar perlu didedahkan tentang alam persekolahan menengah untuk mengenal selok-belok dan hal-hal yang berkaitan. 15.0 KEPUTUSAN Dengan segala hormatnya Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah dipohon untuk menimbang serta meluluskan kertas kerja mengenai cadangan Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian. 7

LAMPIRAN: SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KPM (Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan) Contoh: 11 11 Nota 1: Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti 1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan 2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan 3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi 4 Keusahawanan 11 Penyelidikan 5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar) 6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti) 7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus Nota 2: DNA Kecemerlangan UTHM KARBON Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah AMAL karbon MASA Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal ILMU Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu disemak oleh 20 March 2022 8

PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1 21 March 2022, 22 March 2022, 7 APRIL 2022 SMK SRI PERHENTIAN 7:30 PAGI – 1:20 TENGAHARI KOS DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH PIHAK SEKOLAH NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN AB180031 LATIHAN MENGAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 011-12101857 20 March 2022 9

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM ORENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1 SMK, SRI PERHENTIAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UNTUK KELULUSAN: DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Disediakan oleh: ………………………………… Tarikh: 20 March 2022 [Nur Fatihah binti Abdul Rahman] Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Disokong oleh: ___________________________________________________________________ ……………………………… Tarikh: Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Semakan kewangan: ………………………………. Tarikh: Timbalan Pendaftar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Kelulusan: ___________________________________________________________________ ………………………………… Tarikh: Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 10

UTHM/HEP/AKTIVITI-4/2013 (Pin. 1/2014) PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TEL : 07- 453 7044 / 453 7045/ 453 7161 FAKS : 07-453 6052 BORANG PENILAIAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR NAMA PROGRAM : ___P_r_o_g_r_a_m__O__r_ie_n__ta_s_i_B__e_r_s_e_m__u_k_a__T_in_g__k_a_ta_n__1_,__S_M__K__S_r_i _P_e_r_h_e_n_t_i_a_n_________ TARIKH : ___7__A_p_r_il_2__0_2_2_________________________________________________________ TEMPAT : ____D__e_w_a_n__N__o_s_ta__lg_i_a_,_S_M__K__S_r_i_P__e_rh__e_n_t_ia_n________________________________ (Dengan menggunakan skala di bawah, sila buat penilaian secara jujur dengan menandakan ( √ ) pada ruang yang disediakan) 1 2 3 4 5 Tidak memuaskan Sederhana Memuaskan Sangat Memuaskan Sangat Tidak Memuaskan A. PROGRAM 1. Sejauh mana program ini mencapai objektifnya 1 2 34 5 2. Pemahaman pembelajaran yang diperolehi 1 2 34 5 3. Faedah yang diperolehi dari program ini 1 2 34 5 4. Perkaitan program ini dengan tanggungjawab sebagai pelajar 1 2 34 5 5. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran 1 2 34 5 B. PENGURUSAN PROGRAM 1. Proses pendaftaran 1 2 34 5 2. Khidmat urusetia 1 2 34 5 3. Bilik kuliah 1 2 34 5 4. Nota- nota & bahan program 1 2 34 5 5. Kemudahan alat bantuan mengajar 1 2 34 5 6. Tempoh program 1 2 34 5 7. Jadual & turutan program 1 2 34 5 8. Kandungan program 1 2 34 5 C. PENYAMPAIAN PENCERAMAH 1. Kandungan program 1 2 34 5 2. Persediaan penceramah 1 2 34 5 3. Teknik penyampaian 1 2 34 5 4. Pengawalan pengendalian kelas 1 2 34 5 5. Prestasi keseluruhan penceramah 1 2 34 5 D. UMUM 1. Keselesaan penginapan 1 2 34 5 2. Penyediaan makan dan minum 1 2 34 5 3. Suasana tempat program 1 2 34 5 4. Kemudahan riadah 1 2 34 5 5. Pengurusan keseluruhan program 1 2 34 5 E. CADANGAN DAN KOMEN BAGI PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Program seperti ini mestilah dijalankan sepanjang tahun agar pelajar mendapat pendedahan awal tentang alam persekolahan sekolah menengah. Pelajar juga berasa seronok kerana dapat mengenal pelajar yang lain yang daripada berlainan sekolah.

UTHM/HEP/AKTIVITI-4/2013 (Pin. 1/2014) PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA TEL : 07- 453 7044 / 453 7045/ 453 7161 FAKS : 07-453 6052 BORANG PENILAIAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR NAMA PROGRAM : ___P_r_o_g_r_a_m__O__r_ie_n__ta_s_i_B__e_r_s_e_m__u_k_a__T_in_g__k_a_ta_n__1_,__S_M__K__S_r_i _P_e_r_h_e_n_t_i_a_n_________ TARIKH : ___7__A_p_r_il_2__0_2_2_________________________________________________________ TEMPAT : ____D__e_w_a_n__N__o_s_ta__lg_i_a_,_S_M__K__S_r_i_P__e_rh__e_n_t_ia_n________________________________ (Dengan menggunakan skala di bawah, sila buat penilaian secara jujur dengan menandakan ( √ ) pada ruang yang disediakan) 1 2 3 4 5 Tidak memuaskan Sederhana Memuaskan Sangat Memuaskan Sangat Tidak Memuaskan A. PROGRAM 1. Sejauh mana program ini mencapai objektifnya 1 2 34 5 2. Pemahaman pembelajaran yang diperolehi 1 2 34 5 3. Faedah yang diperolehi dari program ini 1 2 34 5 4. Perkaitan program ini dengan tanggungjawab sebagai pelajar 1 2 34 5 5. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran 1 2 34 5 B. PENGURUSAN PROGRAM 1. Proses pendaftaran 1 2 34 5 2. Khidmat urusetia 1 2 34 5 3. Bilik kuliah 1 2 34 5 4. Nota- nota & bahan program 1 2 34 5 5. Kemudahan alat bantuan mengajar 1 2 34 5 6. Tempoh program 1 2 34 5 7. Jadual & turutan program 1 2 34 5 8. Kandungan program 1 2 34 5 C. PENYAMPAIAN PENCERAMAH 1. Kandungan program 1 2 34 5 2. Persediaan penceramah 1 2 34 5 3. Teknik penyampaian 1 2 34 5 4. Pengawalan pengendalian kelas 1 2 34 5 5. Prestasi keseluruhan penceramah 1 2 34 5 D. UMUM 1. Keselesaan penginapan 1 2 34 5 2. Penyediaan makan dan minum 1 2 34 5 3. Suasana tempat program 1 2 34 5 4. Kemudahan riadah 1 2 34 5 5. Pengurusan keseluruhan program 1 2 34 5 E. CADANGAN DAN KOMEN BAGI PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Pelajar berasa teruja dengan perkongsian daripada Program orientasi secara bersemuka kerana mereka dapat berjumpa sendiri dengan rakan-rakan mereka berbanding program orientasi secara online. Saya akan mencadangkan bersama pihak pengurusan untuk sentiasa mengadakan program seperti ini setiap tahun.

LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR PROGRAM LATIHAN MENGAJAR (Muka depan laporan penuh program) JABATAN Jabatan Latihan Mengajar dan Latihan Industri NAMA PROGRAM/PROJEK PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SMK SRI PERHENTIAN TARIKH 7 APRIL 2022 LOKASI DEWAN NOSTALGIA, SMK SRI PERHENTIAN PENGARAH PROGRAM NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN NO. STAF/ NO. MATRIK AB180031 EMAIL [email protected] JUMLAH PESERTA (a) Bilangan Staf UTHM ______________ orang (b) Pelajar UTHM _______1_______ orang (c) Bilangan Komuniti Luar _______3_______ orang INSTITUSI TERLIBAT SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR PENGANJUR UTAMA NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN (PENGARAH PROGRAM) PENGANJUR BERSAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK SRI (jika ada) PERHENTIAN JUMLAH KOS TERLIBAT (a) Wang tunai RM ______________ (b) Kos Pengangkutan RM ______________ (c) Tempahan Ruang/Fasiliti RM ______________ (d) Lain-lain RM ______________ JUMLAH SUMBANGAN PIHAK RM ___1_3_2_._0_0______ LUAR

LAPORAN RINGKAS (MINIMUM 250 PATAH PERKATAAN) : Program Orientasi Bersemuka Orientasi Tingkatan 1 telah dijalankan sehari bermula jam 8 Pagi hingga 12:30 Tenghari. Program ini dijalankan di Dewan Nostalgia, SMK Sri Perhentian. Program orientasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada guru, pihak pentadbir dan pelajar. Guru yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa juga memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi. Walau bagaimanapun terdapat aktiviti yang tidak boleh dijalankan kerana kekurangan bahan tetapi digantikan dengan aktiviti lain. Namun, program yang dijalankan masih mengikut masa yang telah ditetapkan. Satu pembaharuan dapat dibuat iaitu orientasi secara bersemuka walaupun sebelum ini pernah diadakan secara online tetapi hanya segelintir pelajar yang mengikuti dan terdapat pelajar yang ketinggalan maklumat. Secara tidak langsung, aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar serta kawalan pelajar yang sangat baik. Selain itu, kekuatan program ini ialah saya dapat melaksanakan program mengikut perancangannya. Apa yang saya dapat daripada Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1 ialah saya diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat berbincang bersama ahli jawatankuasa untuk bekerjasama menjayakan program ini. Saya juga turut didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam kumpulan. Seperti yang diketahui, tidak semua yang dirancang mengikut kehendak, begitu juga yang dialami oleh saya. Saya telah merancang untuk menayangkan video kepada para pelajar tetapi Dewan Nostalgia tidak mempunyai kemudahan LCD. Oleh itu, saya menggantikan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lain. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1 serta guru pembimbing Puan Rahfizah binti Abdul Rahim dan penyelia Prof. Madya Ts Dr Lee Ming Foong kerana membimbing saya dalam menghasilkan laporan program ini. Walaupun banyak perkara yang perlu saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga dapat menyelesaikan tugasan ini. Sekian, Terima kasih.



LAPORAN PENUH (FORMAT HEP) LAMPIRAN: A- POSTER HEBAHAN PROGRAM B- GAMBAR AKTIVITI DISEDIAKAN OLEH: _______________________________________ [PELATIH LATIHAN MENGAJAR] DISAHKAN OLEH: ________________________________________ [PEMBIMBING INSTITUSI]

LAMPIRAN A : POSTER HEBAHAN PROGRAM

LAMPIRAN B : GAMBAR AKTIVITI

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR Bil Perkara Semakan ( ) 1. Borang Kelulusan Permohonan / / 2. Kertas kerja Program/Aktiviti Pembangunan Pelajar 3. Borang Penilaian Program/Aktiviti Pembangunan / Pelajar / 4. Laporan penuh pelaksanaan program / / 5. Lampiran A: Poster Hebahan Program / 6. Lampiran B: Gambar Aktiviti Penghantaran laporan penuh program bagi tujuan 7. pengesahan penyelia dan muatnaik laporan dalam Sistem Author. https://author.uthm.edu.my/ Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia Fakulti Nama : Nur Fatihah binti Abdul Rahman Nama : Tarikh : 15 April 2022 Cop Rasmi : Tarikh :

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA LAPORAN PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SMK SRI PERHENTIAN TEMPAT: DEWAN NOSTALGIA SMK SRI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR ANJURAN: NUR FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN (AB180031) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DENGAN KERJASAMA: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK SRI PERHENTIAN TARIKH: KHAMIS, 7 APRIL 2022 1  

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SMK SRI PERHENTIAN 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk makluman YBhg. Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional mengenai Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian yang telah dijalankan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang baru masuk alam persekolahan menengah untuk mengenal selok-belok dan hal-hal yang berkaitan. Orientasi penting kerana ia meletakkan asas untuk pelajar baru dengan sekolah. Tanpa orientasi, pelajar baru boleh merasa tidak selesa dalam kedudukan barunya dan memerlukan masa lebih lama untuk mencapai potensi sepenuhnya. 3.0 NAMA PROJEK DAN PENGANJUR 3.1 Nama Projek : Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1 3.2 Nama Penganjur : Nur Fatihah binti Abdul Rahman (AB180031), pelajar Latihan Mengajar, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 4.0 BUTIRAN PROJEK 4.1 Tarikh : 7 April 2022 4.2 Hari : Khamis 4.3 Lokasi : Dewan Nostalgia, SMK Sri Perhentian 4.4 Masa : 7:30 pagi – 12:00 Tengahari 5.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut: 2  

5.1 Memperkenalkan murid baru tentang alam persekolahan yang baru di sekolah menengah khasnya di SMK Sri Perhentian, Pontian, Johor 5.2 Mengeratkan persahabatan antara murid-murid baru dengan pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid di sekolah. 5.3 Murid-murid dapat lebih mengenali dan memahami peraturan, suasana pembelajaran, kemudahan-kemudahan fizikal, seterusnya membolehkan murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana serta iklim sekolah ini dalam masa yang singkat dan seterusnya dapat mempersiapkan diri untuk menimba ilmu dengan sebaik mungkin. 6.0 PERNYATAAN MASALAH 6.1 Perasaan cemas pelajar baru memasuki alam persekolahan menengah sama ada mereka diterima baik atau sebaliknya. 7.0 SENARAI PESERTA DAN PENGIRING Penasihat Program: i) Nama Pembimbing: Pn Rahfizah bt Abdul Rahim @ Abdul Rahman ii) Nama Penyelia Fakulti: Prof. Madya Ts Dr. Lee Ming Foong Fasilitator/Penceramah/Pengarah Program: Nur Fatihah binti Abdul Rahman Kumpulan Sasaran: Program Orientasi Bersemuka 180 Pelajar Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian Tingkatan 1. 8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI MANUSIAWI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Sila rujuk Lampiran 1. 9.0 KEBERHASILAN PROGRAM / IMPAK 9.1 Kepada Individu a) Dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar baru tentang selok- 3  

bersemuka walaupun sebelum ini pernah diadakan secara online tetapi hanya segelintir pelajar yang mengikuti dan terdapat pelajar yang ketinggalan maklumat. Secara tidak langsung, aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar serta kawalan pelajar yang sangat baik. 15.0 RINGKASAN MAKLUMBALAS PROGRAM Sila Rujuk Borang Penilaian Program. 16.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 16.1 Kesimpulan Secara kesimpulannya, program berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Pelatih juga diberi pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesutau tugas. Pelatih juga didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam kumpulan. Program seperti ini juga dapat membantu pelajar dalam menyesuaikan diri untuk alam persekolahan yang baharu dan lebih besar berbanding di sekolah rendah. Para pelajar juga menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dan kerjasama yang baik dalam menjayakan program orientasi secara bersemuka pada tahun ini. 16.2 Cadangan Program seperti ini seharusnya dijadikan sebagai program setiap tahun untuk membentuk jati diri pelajar di peringkat awal persekolahan serta membantu pelajar mengenal alam persekolahan yang baru di peringkat awal remaja. 17.0 PENUTUP Dengan segala hormatnya Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai Program Orientasi Bersemuka Tingkatan 1, SMK Sri Perhentian. 7  

belok alam persekolahan. b) Dapat mendorong kepercayaan diri untuk masuk kedalam institusi yang baru. Hal ini adalah untuk merapatkan jarak antara pelajar. c) Membentuk komunikasi yang baik antara pelajar. 9.2 Kepada Organisasi / Kelab / Persatuan a) Mengasah aspek kepimpinan dan pengurusan persiapan dan semasa program. b) Memantapkan kualiti ahli dan mencapai misi untuk menyampaikan ilmu baharu kepada peserta. c) Meningkatkan nilai kerjasama dalam satu pasukan untuk menjalankan program. 10.0 TENTATIF PROGRAM PROGRAM ORIENTASI BERSEMUKA TINGKATAN 1, SMK SRI PERHENTIAN MASA AKTIVITI GURU TEMPAT 21 MAC 2022 Kenali Sekolah, Kaunselor Kediaman (ISNIN) Nyanyian lagu sekolah Cikgu Siti Nor binti Masing- 8:30 – 9:30 Mohamed Yusop, Cikgu masing Ucapan Aluan dan Nordiah binti Abu Bakar, Pagi Selamat Datang Cikgu Nur Fatihah binti 9:30 – 10:00 daripada Tuan Haji Abdul Rahman Pagi Zaidi bin Ahmad, Pengetua, SMK Sri Pengetua 10:00 – 10:30 Tuan Hj Zaidi bin Ahmad Pagi Perhentian REHAT 10:30 – 11:00 Pagi Taklimat Akademik GPK Pentadbiran Cikgu Faizah bt Wahaid 11:00 – 11:30 Taklimat HEM Pagi GPK HEM Taklimat Ko-Kurikulum Cikgu Mohd Hamzah bin 11:30 – 12:00 Tengahari Pengenalan guru-guru Hassan Tingkatan 1 (Semua 12:00 – 1:00 guru Tingkatan 1 perlu GPK Ko-kurikulum Petang berada dalam google Cikgu Nazarudin bin meet dan memberikan pengenalan ringkas) Selamat Kaunselor Cikgu Rozita 4  

1:00 – 1:20 Refleksi dan Penutup Kaunselor Petang Cikgu Siti Nor binti Mohamed Yusop MASA AKTIVITI GURU TEMPAT 22 MAC 2022 Tayangan video Lagu Sekolah dan Latihan Kaunselor Kediaman (SELASA) Cikgu Siti Nor binti Masing- 8:30 – 9:30 nyanyian Mohamed Yusop, Cikgu masing Nordiah binti Abu Bakar, Pagi Taklimat Disiplin Cikgu Nur Fatihah binti REHAT 9:30 – 10:00 Abdul Rahman Pagi Taklimat SPBT Ustaz Suhairi bin Abd Slot Cakna Diri: ‘Dulu 10:00 – 10:30 Abang, Sekarang Adik’ Manan Pagi Cikgu Norzila binti Nasir 10:30 – 11:00 Pagi Kaunselor Cikgu Siti Nor Binti 11:00 – 12:00 Mohamed Yusop Tengahari MASA AKTIVITI GURU TEMPAT 7 APRIL 2022 Nyanyian lagu Kaunselor Dewan (KHAMIS) Sekolah, Bangsa Cikgu Siti Nor binti Nostalgia, 7:30 – 7:45 Johor dan Negaraku Mohamed Yusop, Cikgu SMK Sri Nordiah binti Abu Bakar, Perhentian Pagi Ucapan Aluan Tuan Cikgu Nur Fatihah binti Pengetua 7:45 Pagi Abdul Rahman 8:00 Pagi Taklimat Program Pengetua Orientasi 8:15 – 9:00 Tuan Hj Zaidi bin Ahmad Pagi “Pengalaman Cikgu Siti Nor binti Universiti” dan Ice 9:00 – 9:15 Mohamed Yusop, Cikgu Pagi Breaking Nordiah binti Abu Bakar Slot “Kenali SSP” Cikgu Nur Fatihah binti 9:50 – 10:30 Pagi 1 Elite Abdul Rahman 1 Intelek 10:45 – 11:05 Kaunselor Pagi Slot “Kenali SSP” Cikgu Siti Nor Binti 1 Bestari Mohamed Yusop 1 Fatan Cikgu Nur Fatihah binti Slot “Kenali SSP” Abdul Rahman 1 Pintar Kaunselor 1 Bijak Cikgu Nordiah binti Abu Bakar Kaunselor Cikgu Siti Nor Binti Mohamed Yusop Cikgu Nur Fatihah binti Abdul Rahman 5  

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM Bil. Nama Fasilitator No. Matrik Fakulti Jawatan / FPTV Peranan 1. Nur Fatihah binti Abdul AB180031 Pengarah Program Rahman AJK AJK 2. Puan Hajah Rozita Bt Umar Guru 3. Puan Siti Nor Binti Pembimbing Mohammed Yusop 4. Puan Rahfizah binti Abdul Rahman @ Abdul Rahim 12.0 ANGGARAN BELANJAWAN PERUNTUKA JUMLAH BUTIRAN JUMLAH PEMBEKAL N (RM) (RM) PCG 132.00 Hadiah Kuiz 132.00 KOPERASI KAUNSELIN Hamper Alat Tulis SMK SRI 22 x RM 6.00 PERHENTI G AN RM 132.00 RM 132.00 13.0 GAMBAR AKTIVITI Sila rujuk Lampiran B. 14.0 ULASAN PERJALANAN KESELURUHAN AKTIVITI Program Orientasi Bersemuka Orientasi Tingkatan 1 telah dijalankan sehari bermula jam 8 Pagi hingga 12:30 Tengahari. Program ini dijalankan di Dewan Nostalgia, SMK Sri Perhentian. Program orientasi ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada guru, pihak pentadbir dan pelajar. Guru yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa juga memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi. Walau bagaimanapun terdapat aktiviti yang tidak boleh dijalankan kerana kekurangan bahan tetapi digantikan dengan aktiviti lain. Namun, program yang dijalankan masih mengikut masa yang telah ditetapkan. Satu pembaharuan dapat dibuat iaitu orientasi secara 6  


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook