Important Announcement
PubHTML5 Scheduled Server Maintenance on (GMT) Sunday, June 26th, 2:00 am - 8:00 am.
PubHTML5 site will be inoperative during the times indicated!

Home Explore PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023

Published by SHARRUL RIZAL HASHIM, 2023-08-03 15:09:59

Description: WIBAWA SOSIOBUDAYA , EKONOMI DAN PELANCONGAN WILAYAH TIMUR

Search

Read the Text Version

i

ii

iii

Cetakan Pertama 2023 Hak cipta © Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman,atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penulis atau Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN). Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Prosiding Kolokium Antarabangsa Peradaban Melayu Wilayah Timur Laut 2023. Tema: Dinamika Sosiobudaya, Ekonomi dan Pelancongan Wilayah Timur Laut. Penyelenggara: A AZIZ DERAMAN, ROSLI K. MATARI SHARRUL RIZAL HASHIM, MUHAMAD IKHRAM FADHLY HUSSIN Editor: SHARRUL RIZAL HASHIM Pereka bentuk kulit: DIYA IKHLAS AYRISHA Susun Atur: RAHAYU ABDUL RASHID Penerbit: Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) d/a : Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot PT-107-109, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel : 012-4931700 Faks : 09-7475252 E-mel : [email protected] iv

KANDUNGAN Kertas Kerja Utama 1 15 1 MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA MELAYU DI 20 WILAYAH TIMUR LAUT 30 A Aziz Deraman 41 58 2 MEMBANGUN MASYARAKAT MADANI DI PATANI, SELATAN THAILAND Asst.Prof. Dr. Ahmad Omar Chapakia 67 76 3 PERANAN ASEAN MALL SEBAGAI ‘GATEWAY’ DAN PEMANGKIN EKONOMI ASEAN 85 TERUTAMANYA DI WILAYAH TIMUR LAUT 94 Nu’man Hani Jamal, Jamal Mohd Amin 105 4 TAHAP PENGUASAAN KENDIRI PEDAGOGI TERBEZA DALAM KALANGAN PENOLONG 115 KANAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM DAERAH KOTA BHARU 128 Aniza bintit Yusoff 139 148 5 SEJARAH PELABUHAN DI KELANTAN; GRAFIKAL DAN POTRET KENANGAN Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff, Dr. Mustafa Ahmad, Datuk Dr. Sabirin Ja’afar v 6 KAJIAN CITARASA RESTORAN TOMYAM KE ATAS PELAJAR UNIKL MIMET BERDASARKAN TEORI PILIHAN RASIONAL Aizat Khairi & Ibrahim Ahmad 7 PATRIOTISME DALAM KARYA KREATIF PATANI: SATU ANALISIS TEKSTUAL TERHADAP NOVEL THE MURDER CASE OF TOK IMAM STORPA KARDE DAN LUKANYA MERAH Mohamed Nazreen Shahul Hamid 8 ANALISIS MAKNA PERIBAHASA MELAYU-THAI DALAM KONTEKS ‘MENDIDIK’ MELALUI PERSPEKTIF SEMANTIK INKUISITIF Mohd Ridzuan Md Nasir, Mary Fatimah Subet, Muhammad Zaid Daud 9 REPRESENTASI ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT SIAM KELANTAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU Roslan Chin, Tuan Rusmawati Raja Hassan 10 TINGKAT-TINGKAT KEPERLUAN KEHIDUPAN DARIPADA PEMIKIRAN DUA PENULIS SERUMPUN: SATU ANALISIS BANDINGAN ANTARA DUA KUMPULAN PUISI Sohaimi Abdul Aziz, Sairah Abdullah 11 PEMULIHARAAN MASJID LAMA KEDAI MULONG: MENYINGKAP KEINDAHAN SENI BINA ISTANA TRADISIONAL MELAYU KELANTAN Sahrudin Mohamed Som 12 PENGHAYATAN AKHLAK TASAWUF DI DALAM MENANGANI MASALAH KEMEROSOTAN AKHLAK PELAJAR SEKOLAH AGAMA: KAJIAN KES DI BACHOK KELANTAN Mohamad Zamri Ali, Nawi@Mohd. Nawi Ismail, Azizah Hussin 13 MEMBINA CITRA BUSANA DAN PERHIASAN TRADISIONAL MELAYU KELANTAN KEPADA GENERASI Z Tuan Siti Mastazameatun 14 AMALAN PENGGUNAAN HALIA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DI KAMPUNG NETING, TUMPAT, KELANTAN Mohd Affiq Affandy Azlizan & Yusmilayati Yunos 15 PENGETAHUAN LOKAL DALAM TRADISI PENGOBATAN PENYAKIT DALAM DUA MANUSKRIP MELAYU RIAU DAN KELANTAN Mu’jizah

16 PERANAN BAHASA PERTUTURAN DI RUMAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN 160 KEHIDUPAN BERAGAMA WANITA BUDDHA KELANTAN 172 Halimahtul Sa’diyah Mohamad, Prof. Madya Dr. Jaffary Awang 186 17 FILM AND THE MEMORIALISATION OF GENOCIDE: THE TRAUMATISATION MEMORY 195 OF KHMER ROUGE REGIME (1975-1979) IN THE LAST REEL (2014) AND FIRST, THEY 209 KILLED MY FATHER (2017). 217 Ayu Haswida Abu Bakar (Dr.) 227 243 18 PENELITIAN TERHADAP SIMBOL PINTU GERBANG DI ALAM MELAYU DALAM 251 CATATAN SEJARAH. 256 Daeng Haliza Daeng Jamal 266 269 19 TIGA PENYAIR BESAR DARI KELANTAN 282 Dr. Victor A. Pogadaev, 290 299 20 PERANAN INSTITUSI PONDOK SEBAGAI ZON KEBUDAYAAN DAN JATI DIRI MELAYU- 306 ISLAM Abdul Muqit Muhammad 318 21 SIKAP KEPENYAIRAN DUA PENDEKAR SASTRA MELAYU (PUISI A.AZIS DERAMAN 330 DAN DAMIRI MAHMUD) Shafwan Hadi Umry 22 PENGKONSEPSIAN PERSURATAN MELAYU GAYA MOHD. AFFANDI HASSAN Abdul Razak Panaemalae 23 NILAI PENDIDIKAN SOSIAL DALAM CERITA RAKYAT HIDUP UBI HIDUP KELADI DI KAMPUNG TELOK KAPOR: KAJIAN SOSIOLOGI SASTRA Zuhairee Pohvee, Islahuddin, Suhailee Sohnui, Lilik Wahyuni, Subaidi 24 PENGENALAN SEKOLAH TADIKA DI SELATAN THAILAND (FATONI) Ustaz Ramli bin Syehabuddin 25 FILEM DUAN NAGO BOGHO 2023 DALAM MENGANGKAT PERSEMBAHAN MAKYUNG DI MALAYSIA Muhammad Affizy Shaari & Yusmilayati Yunos 26 COMPARISON OF UZBEKISTAN LANGUAGE AND KELANTANESE DIALECT Dr. Azim Abdul Rakhmanovic 27 STRATEGI KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL Nor Asiah Ismail, Mohd Asri Abdul Razak, Dzulkarnain Mat, Simah Mamat, Jaimah Abdul Manaf, Izwanum Abdul Wahid 28 RUMPUN MELAYU DI SELATAN UTARA THAILAND Dr. Muhammad Syarif Hayisama-ae, Fathiyah Chapakia 29 UNSUR ALAM, HISTORIOGRAFI DAN EKOPELANCONGAN DI WILAYAH TIMUR LAUT SEBAGAI ILHAM PENGKARYAAN Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub 30 PENDIDIKAN ISLAM JATI DIRI KANAK-KANAK MELAYU PATANI Suraiya Chapakiya 31 FROM STORYTELLERS TO GUARDIANS OF INTANGIBLE CULTURAL HERITAGE: UNRAVELING THE ROLE SET OF TOK DALANG IN WAYANG KULIT Suraya Sukri, Nur Farah Aisar Zahari 32 DAMPAK PENERBITAN BUKU-BUKU TENTANG SEJARAH, BUDAYA DAN PERJUANGAN RAKYAT PATANI TERHADAP MASYARAKAT MELAYU SELATAN THAILAND Roosfa Hashim PERANAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM MEMELIHARA IDENTITI ISLAM DI KAMBODIA 33 Dr. Asnawi bin Umar vi

SUARA GUNUNG KEHIDUPAN DAN SEBUTIR ZAMRUD DI DERU SELAT: 333 34 ALAM PANCARAN IDEALISME PENGARANG 342 Norhayati Ayit, Adnan Ab Halim 354 361 PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KELANTAN DI SEMPADAN THAILAND 35 Zizi’Azniza Mohd, Norizan Mamat 36 ‫فركمباغن سسترا فقه دنوسنتارا‬ ‫دكتور اسماعيل سامه‬ 37 AMN : TRANSFORMASI PENDIDIKAN TERENGGANU Abdul Muei Ngah, Dr. Mohd Saidi Yusof, Kamarulzaman Ismail vii

Kertas Kerja Tambahan 369 383 1 NILAI ETIKA BUDAYA TEMPATAN DALAM SASTERA INDONESIA MODEN: IDENTITI 393 DAN PENDIDIKAN KARAKTER DALAM ERA DIGITAL 404 Ahmad Jami’ul Amil, Nor Hasimah Ismail, Mohammad Syawal Narawi 414 427 2 WATAK WANITA ETNIK PERIBUMI SABAH BERDASARKAN CERPEN-CERPEN WADAH 1986-1996 442 Norsuhaila Sulaiman 451 460 3 SENI WARISAN SULAMAN LINANGKIT ETNIK SUANG LOTUD DI SABAH. 467 Salbiah Binti Kindoyop, Nurul Aisyah Othman, Zaini Niat 478 487 4 KEMAHIRAN ASAS KOMUNIKASI BAHASA MELAYU 497 DALAM KURSUS PENGAJIAN AM PROGRAM MATRIKULASI 504 Noraihan Ismail, Anita Mohamed, Surizawati Shaafi, Asmawati Mohamad Ali, PhD 513 527 5 ANALISIS KEKHILAFAN UMUM BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN RESUME 538 PELAJAR KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI Asmawati Mohamad Ali, PhD viii 6 PENGISAHAN WARISAN MERIAM-MERIAM KOLONIAL DI BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR Mohd Haidi Mohd Kasran, Ph.D, Rozeha Harun, Mohd Hairul Izwan Mohd Kasran 7 SIGNIFIKASI KEINDAHAN DEKORASI DAN KEPERCAYAAN DALAM PENGHASILAN TEMBIKAR TRADISI KURON Nurul Aisyah Othman, Normatul Shafinaz Omar, Salbiah Kindoyop 8 ANALASIS TERHADAP TRADISI MENUGHUNAN ANAK PADA BAYI BARU LAHIR DALAM BUDAYA MELAYU BATUBARA Nurul Zahriani Jf, Mavianti 9 KAJIAN SEOMETIK CHARLES SANDERS PEIRCE MENGENAI REKA BENTUK SENIBINA RUMAH TRADISIONAL MELAYU DELI, SUMATRA UTARA Hasanuddin Rizka, Abdillah R Padang 10 PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN KOMUNITI ANAK-ANAK ORANG ASLI DI MALAYSIA Norizan Mamat PhD, Zizi’ Azniza Mohd, Zakaria Mat Nawi 11 KARAKTERISTIK POLA INTERNALISASI PENDIDIKAN ISLAM ANAK PADA LINGKUNGAN KELUARGA PADA MASYARAKAT MELAYU PANTAI Zailani 12 INTERNALISASI NILAI ISLAM MELALUI SIMBOL TRADISIONAL DALAM BUDAYA PERKAHWINAN MELAYU DELI DI SUMATRA UTARA. Rizka Harfiani, Zuliana 13 SEJARAH: PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN BUDAYA PESISIR KOTA DAN DEWAN SIBOLGA TENGAH Ellisa Fitri Tanjung, Rizka Harfiani 14 ANALISIS TERHADAP TRADISI MAKAN NASI HADAP-HADAPAN PADA BUDAYA MELAYU BATUBARA DALAM PERSPEKTIF KOMUNIKASI ISLAM Mavianti, Nurul Zahriani JF 15 TRADISI LISAN PENEGUH NILAI PRIBUMI Jacquelina Binti Karimon 16 PANDANGAN HASYUDA ABADI TERHADAP SASTERA YANG MEMBINA MASYARAKAT MADANI DI MALAYSIA Awang Abdul Muizz Awang Marusin 17 KEKUATAN GAYA UCAP DAN MANTRA DALAM SAJAK DUA PENYAIR MELAYU DHENI KURNIA DAN ZAEN KASTURI Bambang Widiatmoko

18 PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA KEPADA MURID PEKAK: 556 SATU ANALISIS RETROSPEKTIF DAN IMPAKNYA TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU 570 Dr. Abdullah bin Yusoff, Dr. Nik Hassan bin Seman 580 589 19 HUBUNGAN ANTARA TIONGHOA, INDONESIA, DAN BELANDA PADA MASA SEBELUM 595 INDONESIA MERDEKA DI DALAM KESUSASTRAAN MELAYU TIONGHOA 609 Erlis Nur Mujiningsih, Erli Yetti, dan Suryami 619 627 20 METAFORA DALAM NOVEL CITA-CITAMU CITA-CITAKU KARYA NAZEL HASHIM MOHAMAD 636 Sumaiyah Menjamin, Aseeyah Kuwing 647 657 21 MELIHAT PELUANG PELABURAN DI PUSAT EKONOMI MELAYU: 671 MENEROKA POTENSI TEMPATAN 682 Sarwo Edi, Asmaul Husna 691 703 22 TINGKAH LAKU PENGGUNAAN MASYARAKAT MELAYU DI KOTA MEDAN PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM Alfi Amalia, Isra Hayati, Andrew Satria Lubis 23 KEBUDAYAAN MELAYU DALAM PRINSIP EKONOMI ISLAM Muhammad Arifin Lubis 24 SISTEM KEWANGAN ISLAM DALAM ATURAN KEBUDAYAAN EKONOMI MELAYU Isra Hayati, Alfi Amalia 25 PELESTARIAN BUDAYA MELAYU UNTUK INOVASI OBJEK PARIWISATA BAHARI PANTAI TIMUR UTARA MEDAN Khairil Ansari 26 IMPLEMENTASI KESAHAN KANDUNGAN KAEDAH PENILAIAN PAKAR DALAM PENILAIAN MODUL LATIHAN KECEKAPAN MENDENGAR Azman Rahmat Ph.D, Mohd Irfan Nyia Abdullah Ph.D, Mohd. Zaharuddin Omar Ph.D Suffian Sulaiman, En.Mohd Kashfi Jailani, Nor Mashitah Mohd Radzi Ph.D Wan Norlidza Wan Mohd Zain Ph.D 27 CITRA KEPIMPINAN BINATANG DALAM TEKS KOLEKSI CERITA BINATANG ALAM MELAYU SEBAGAI IKON TELADAN KEPADA MASYARAKAT Nordiana Ab Jabar dan Nur Ameliya Binti Roslan PENTAKSIRAN ‘KESEDIAAN’ DI PRASEKOLAH : ISU, CABARAN, AMALAN 28 Mohamed Ayob Sukania, Rozman Roslyb, Rofida Hassanc THE MALAY WORLD IN PROVERBS: A CONSIDERATION OF THE SURFACE IMAGERY 29 OF TRADITIONAL EXPRESSIONS Ismet Fanany 30 MENEROKA POTENSI PELANCONGAN HERBA DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM, SELANGOR Mohd Affiq Affandy Azlizan & Yusmilayati Yunos 31 CIRI-CIRI UNGGUL BAGI KHAIRUL UMMAH DALAM PERSPEKTIF AL-QURAN AL-KARIM Dr. Ahmad Alariti 32 MASJID WASILAH PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN TARIKAN PELANCONGAN DI PATANI Dr. Muhammad Ameen Khoya ix

PRAKATA Pada tahun 2001, Kolokium Peradaban Melayu Kawasan Timur Laut yang julung kalinya telah diadakan di Kota Bharu Kelantan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dengan diterajui DBP Wilayah Timur. Kolokium ini bermatlamat untuk menjana pemikiran intelektual, menilai dan menghayati tamadun Melayu kawasan Timur Laut dahulu dan sekarang. Sebanyak 24 kertas kerja telah dibentangkan oleh para sarjana dan pengkaji tamadun. Seterusnya pada Oktober 2003, Kolokium Peradaban Melayu Kawasan Timur Laut Ke-2 telah diadakan bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu. Pada tahun tersebut sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan yang melibatkan para sarjana dan pengkaji kawasan Timur Laut. Pada tahun 2005 pula, DBP Wilayah Timur telah mengadakan Kolokium Peradaban Melayu Wilayah Timur Ke-3 pada 9 -11 Julai 2005 di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Sebanyak 17 kertas kerja telah dibentangkan dalam kolokium pada tahun 2005 itu. Kolokium ini boleh dianggap sebagai suatu kesinambungan kepada siri kolokium yang terdahulu itu. Pada tahun 2020, berkesinambungan daripada tiga kolokium yang telah dijalankan sebelumnya, PERADABAN telah meneruskan dengan mengadakan Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut (KAPWTL) pada 27-29 Februari di Kota Bharu, Kelantan dan di Pattani, Thailand. Program ini bermula dengan sesi pembentangan kertas kerja sidang selari di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Kelantan dan seterusnya sesi lawatan ke wilayah Patani, Thailand. Dalam kolokium ini lebih 60 kertas kerja telah dibentangkan dan kesemua kertas kerja tersebut telah dibukukan sebagai satu dokumentasi dan bahan ilmu untuk rujukan awam Pada tahun ini, kolokium ini berkesinambungan dengan penyertaan pembentang yang lebih besar dan menggalakkan. Walaupun dalam kekangan masa yang cukup terbatas, PERADABAN mendapat dukungan daripada Universiti Malaysia Fatoni (FTU), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia dengan dukungan bersama oleh beberapa pihak institusi di Thailand Selatan berjaya menggerakkan program yang bersifat intelektual ini. Kolokium yang bertemakan “Wibawa Sosiobudaya, Ekonomi dan Pelancongan Wilayah Timur Laut” ini bermatlamat seperti yang berikut: i. Menjana pemikiran intelektual tentang sejarah, bahasa, kesenian dan persuratan di wilayah Timur Laut dengan menelusuri zaman kegemilangannya pada masa dahulu hingga sekarang; ii. Menilai dan menghayati semula sumbangan peradaban Melayu dan tamadun timur laut terhadap pembangunan fizikal dan spiritual di rantau di sebelah sini dan kawasan lain umumnya; iii. Menghidupkan semula budaya mencintai dan menghargai ilmu sebagai teras kepada kemajuan umat manusia; iv. Menghimpun sarjana, pemikir dan cendekiawan Melayu dan sewilayah dalam forum keilmuan yang berkaitan dengan survival budaya dan tamadun negara bangsa persekitaran timur laut. v. Melihat perbandingan budaya dan warisan kehidupan antara masyarakat sewilayah daripada pelbagai keturunan etnik di bidang siasah, ekonomi, sosial dan kebudayaan umumnya. x

Pada kesempatan ini, kami mengambil peluang mengucapkan terima kasih khas kepada hampir 80 pembentang yang dapat hadir dan membentangkan lebih 60 buah kertas kerja Kolokium Peradaban Wilayah Timur Laut 2023. Mereka terdiri daripada sarjana, ilmuwan, pengkaji, bahasawan, sasterawan dan budayawan yang datang dari pelbagai institusi pengajian tinggi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan anggota pertubuhan dari serata Malaysia. Kita juga menerima beberapa pembentang kertas kerja dan peserta dari Indonesia, Kemboja, selain dari Thailand, yang merupakan bahagian kepada peradaban serumpun Wilayah Timur Laut. Nilai sesuatu kolokium, persidangan, atau seminar bukan semata-mata terletak kepada penulisan hasil-hasil kajian atau subjek yang dibicarakan, tetapi juga bagaimana kelebihan sesuatu bidang ilmu itu dapat disebarkan, dan usaha kita bersama mengangkat ketinggian pemikiran dengan mendorongkan intelektualisme manusia. Juga, lebih jauh lagi ialah kita bersama-sama dapat mencapai matlamat kolokium ini. Wilayah Timur Laut yang sifat geografi dan geobudayanya melingkari Kelantan-Terengganu ke Selatan Thailand menjangkau sehingga Kemboja-Vietnam dan Laos bukan suatu wilayah peradaban yang kecil. Wilayah ini sentiasa dihubungkan oleh kenyataan dan pengalaman sejarah, persuratan, aspek-aspek sosiobudaya (bahasa, sastera, warisan seni) dan pelbagai bidang yang sedang menyerlahkan realiti masa kini dan cita-cita masa depan serantau. Kami mengucapkan sebesar-besar penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Kolokium ini, kerajaan kedua-dua buah negara, universiti, barisan institusi, organisasi, individu dan setiap Ahli Jawatankuasa Penganjurnya. Kami amat mengharapkan kejayaan Kolokium ini sebagai sesuatu pencapaian yang cemerlang, meskipun diadakan dalam konteks yang amat sederhana sekali. Terima kasih. Penyelenggara 4 Ogos 2023 xi

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 MENDEPANI CABARAN GLOBALISASI TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA MELAYU DI WILAYAH TIMUR LAUT Oleh Dato’ A Aziz Deraman Presiden PERADABAN Pendahuluan Sejak awal abad ini memang banyak bicara di sana sini tentang masa depan peradaban manusia. Cabaran globalisasi datang dengan pelbagai rupa apabila dunia mula memasuki abad ke-21 ini. Apakah peradaban Melayu serumpun dan umat Islam dirantau Asia Tenggara ini dapat menghadapi cabarannya dengan bijaksana. Apakah senario baharu akan terjadi kepada bahasa dan budaya mereka atau Bani Melayu itu akan membiarkan sahaja bahasa, sasatera, budaya, falsafah dan pemikiran Melayu hanyut terapung oleh kebudayaan Barat. Bagaimanakah kedudukan semuanya itu di wilayah timur laut atau apakah cabaran globalisasi itu dapat ditangani dengan baik dan kedudukan bahasa, sastera dan budaya Melayu di wilayah timur laut dapat dipertahankan. Kekalkah pula bahasa dan budaya Melayu sebagai antara teras jati diri umat Melayu? Dunia kini sedang bergolak dengan segala macam isu dan masalah tatkala sedang berhadapan dengan gelombang globalisasi pada alaf ini. Bagaimanakah status bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan bahasa kebangsaan Singapura? Bagaimanakah pula situasinya di wilayah-wilayah pertuturan bahasa Melayu dialek dan bahasa- bahasa daerah di wilayah timur laut ini seperti di selatan Thailand, Kemboja-Vietnam, atau di Kelantan dan Terengganu? Apakah penggunaannya berkkembang atau kian perlahan-perlahan kian menghilang kerana generasi muda di Thailand sudah tidak bertutur lagi dalam bahasa Melayu dialek Patani. Apakah ada sebarang usaha yang berdaya mengangkat tahap kemajuannya, bahkan bahasa Melayu baku diajar dan dipelajari secara rasmi di sekolah, maahad pendidikan Islam, sekolah agama, pondok dan bahasa Melayu di tawarkan pengajiannya di pusat- pusat pengajian tinggi Thailand?. Pengaruh Globalisasi Masa berlalu amat pentas, bumi bergerak dan zaman beredar berubah. Manusia tidak sunyi beranjak mendepani situasi, pengaruh persekitaran dan tetap mengharungi cabaran hayat kehidupan dunia (hayatun dunya). Dari zaman sejarah silam yang bersifat tradisional alih-alih berpindah ke zaman moden, catatan-catatan semasa dekad kolonial ke dekad pascakolonial, dari periodisasi moden ke periodisasi pascamoden dan senantiasa wujud tantangan-tantangan baharu terhadap manusia dan peradabannya. Kita sedar bahawa dunia kini sedang berhadapan dengan pengaruh globalisasi, modenisasi dan liberalisasi, suatu laluan baharu universalisme. Globalisasi dan modenisasi, banyak membawa seribu satu faedah dan kebaikan kepada kehidupan pada masa kini – dengan segala kecanggihan teknologi, peningkatan cara dan taraf hidup, perkembangan urbanisasi, pendidikan, perubatan, pertanian, perladangan, perikanan, perdagangan dan ekonomi, industri, telekomunikasi, ledakan globalisasi dan sebagainya. Semuanya itu mendatangkan kejayaan dan kecemerlangan kepada peradaban manusia; namun tidak dapat dinafikan, sekali gus tetap ada akibat negatifnya. Ada kebaikan dan ada keburukannya. 1

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Di kebanyakan negara membangun, jika budaya Barat itu tidak disaring kesesuaian dan kewajaran penerimaannyanya, maka pengaruhnya boleh mengubah struktur dan sistem masyarakat sehingga boleh meruntuhkan nilai-nilai sosiobudaya yang baik, suatu amalan masyarakat zaman berzaman. Perubahan akan lebih cepat lagi berlaku dalam masyarakat yang lemah diakibatkan teknologi komunikasi moden abad ini. Jika tiada keprihatinan, tanpa disedari manusia akan lebih mudah dibaluti suatu bentuk ‘penjajahan budaya’ (cultural imperialisme), tidak ketara satu dua abad yang lalu tetapi kini ada penularan masuk sebagai cara hidup global. Perkara-perkara berikut di bawah ini menjadi sebahagian daripada isu dan masalah kronik peradaban manusia pada zaman globalisasi kini. Gejala-gejala negatif ini tidak akan mudah berakhir, tidak akan menemui hujungnya, selagi manusia bersikap sombong, tamak haloba, keakuan atau individualistik, materialistik, membelakangkan nurani insaniah. Manakala golongan Muslim pula akan kehilangan aqidah, sedang meninggalkan syariat dan ajaran Islam, tiada lagi amalan akhlak Islamiyah, bahkan ada kelompok yang menolak al-Quran dan Sunnah ke pinggiran kehidupan. Dampak negatif itu boleh diperhatikan, antaranya disebabkan: 1. Manusia berubah sikap kepada tabiat individualistik, mementingkan kehidupan diri dan tanpa henti mengejar kehidupan nafsu materialistik. 2. Mekanisme sistem ekonomi kapitalisme Barat terus menerus menguasai, pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dunia, lalu menjepit dan memperdayakan kehidupan sejagat. 3. Dunia perdagangan kekal dengan senario keutamaan kepada keuntungan tanpa mempedulikan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan. Kenapakah terjadi lebihan kuota eksport gandum dibakar bagi tujuan kononnya kestabilan harga daripada merudum. Stok tidak simpan atau dibekalkan untuk kebajikan dan kegunaan manusia miskin atau daif di wilayah atau ke negara-negara mundur yang menghadapi tiada bekalan makanan dan membantu masalah kebuluran. Kezaliman sedang terjadi. 4. Negara adi kuasa atau negara kuasa-kuasa besar dunia menjadi ‘raja’, mencengkam ‘kuku besi’ mereka ke atas negara-negara blok dunia ketiga. Negara-negara mundur ini diperrlakukan sebagai ‘bidak atau ‘pond’ di papan catur’. 5. Sehingga abad ini pun ternyata peperangan seperti Rusia-Ukraine sejak April 2022, campur tangan kuasa asing terhadap kuasa tempatan, pelabelan keganasan lazimnya diletuskan oleh negara kuasa besar dengan pelbagai helah, sehingga muncul istilah ‘Islamofobia’. Kuasa-kuasa asing itu mendatangkan taktik dan politik kotor kerana memenuhi tujuan dagangan senjata, penukaran pemerintah dan penguasaan kepentingan petroleum. 6. Masalah pencemaran atau polusi alam sekitar yang semakin tenat sehingga mengakibatkan masalah penipisan ozon yang melindungi atmosfera bumi. 7. Alam semula jadi semakin kehilangan belantara dan hutan rimba dan kerana penebangan dan pembalakan tanpa kawalan; sebagaimana terjadi di Brazil, bahkan di Asia sekalipun. Hutan simpanan di negara-negara tertentu di Asia Tenggara kian susut. 8. Dalam kalangan generasi muda, isu dan gejala dadah tidak menemui kesudahan, berleluasa di serata pelosok dunia, tidak terkecuali di wilayah timur laut peradaban Melayu, seperti Malaysia dan Thailand. 9. Tidak cukup dengan gejala-gejala itu, dunia pada masakini sedang berdepan dengan isu pemerdagangan manusia, pelarian dari Afrika Utara ke Eropah, migrasi manusia antara negara di rantau Asia Tenggara dan di negara perang saudara dan bertempur sesama sendiri di Khartoum dan Darfur, di Sudan. 10. Dunia peradaban moden sedang sakit tenat kerana tiadanya perimbangan kuasa. Amerika Syarikat mahu kekal menjadi ‘polis dunia’, cukup bimbang dengan pengaruh China yang sedang melebar di bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta pengaruh 2

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 baharunya ke atas negara-negara membangun. Negara-negara Barat juga tidak selesa dengan Rusia. Perang Rusia-Ukraine sejak April 2022 belum lagi tamat. Pada alaf baru ini, kelihatan ‘penjajahan ekonomi’ (economic imperialism) menjadi tambahan kepada penjajahan budaya, misalnya kebangkitan China dalam gelombang kuasa ekonomi dunia dijangka akan mengalahkan kuasa ekonomi Amerika Syarikat sebelum ini. Pengaruh budaya Cina sedikit sebanyak akan meresapi dalam pola kehidupan manusia di Asia Tenggara dan di negara- negara yang menerima kehadiran badan-badan korporat China dalam pembangunan infrsruktur, perdagangan dan perniagaan antarabangsa. Cabaran globalisasi melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu perlu juga ditangani dengan bijaksana. Kemasukan unsur-unsur Barat tanpa saringan secara hikmah boleh saja menyuburkan budaya hedonisme (yang haiwani sifatnya), suatu pertembungan antara mempertahankan nilai Islam dan nilai-nilai positif budaya tempatan, termasuk di wilayah timur peradaban Melayu, dengan nilai-nilai budaya baru yang haiwani mengikut nafsu bukannya akal. Nilai-nilai baru itu sekiranya tanpa diawasi menyebabkan suatu perombakan boleh terjadi kepada nilai-nilai terpuji (mahmudah) kepada nilai-nilai terkeji (mazmumah) menurut Islam. Umat Melayu dengan Islam tidak terpisah. Kini amat ketara kelihatan pertembungan nilai nilai-nilai budaya timur atau Islam dengan Barat. Cuba direnungi betapa banyaknya kemasukan gejala budaya Amerika ke dalam sistem nilai tempatan di serata dunia akibat berleluasanya media semasa, seperti media sosial, media elektronik dan bahan bacaan secara digitalisasi yang mendatangkan suatu paksaan integrasi budaya atau dominasi budaya asing. Memang ada sesuatu yang tidak sesuai dan wajar menerobos masuk ke alam budaya tempatan yang boleh menimbulkan konflik. Kemasukan filem dan drama telivisyen, program hiburan yang ‘permisiveness’, konsert nyanyian sampai lupa diri, sudah pasti tidak serasi dengan citra adat dan adab ketimuran, program seni persembahan bercorak pesta-pestaan tanpa konsep kandungan yang jelas tidak akan membantu pemupukan nilai-nilai terpuji, tetapi lebih banyak kepada nilai-nilai keji, tiada unsur-unsur tazkiyah. Kecanggihan komunikasi dan kemajuan teknologi maklumat sedang mengecilkan dunia tanpa sempadan lagi, tergubah menjadi ‘global village’ yang seharusnya tidak menjadi sarana negatif yang akan meruntuhkan ciri-ciri peradaban Melayu-Islam. Dapatkah dibayangkan seandainya nilai-nilai budaya sedemikian menjalar di wilayah peradaban Melayu timur laut ini? Pengaruh globalisasi Barat sedikit demi sedikit boleh melupuskan warisan dan khazanah budaya tempatan yang baik. Ada nilai-nilai agama dan budaya timur yang baik pun boleh bertukar sebahagiannya kepada wajah Barat atau Amerika. Semakin banyak nilai-nilai yang bertentangan dengan tradisi sendiri masuk mengambil tempat tanpa disedari, misalnya dalam kehidupan berkeluarga, sudah ada institusi perkahwinan sejenis di Amerika dan Barat yang dibenarkan, bersekedudukan, perjuangan hak asasi ala Barat, seks bebas, LGBT (lesbian gay biseksual dan transgender), pergaulan tanpa batas, menyamakan satu agama dengan yang lain atas sifat liberalisme. Cara asuhan kanak-kanak di tadika pun sudah mulai mengambil model cara barat, sehingga akan membantut perkembangan seni seperti seni suara dan lagu, teater dengan totok meniru kaedah Barat. Seyogia diingati bahawa pengaruh baru budaya Amerika atau Barat itu tidak semesti semuanya tidak baik. Maknanya sesuatu umat atau bangsa itu harus tahu memilih dan bijaksana dalam menyaring. Ada pengaruhnya yang boleh membawa budaya bermanfaat, misalnya Koridor Lebuhraya Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) di Malaysia, sumbernya dari teknologi Barat tetapi pengaruhnya boleh membawa kepada kemajuan negara dan pembaharuan sistem 3

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ekonomi. Mana-mana bangsa yang tiada kebijaksanaan akan mengambil apa sahaja tanpa lihat buruk baik. Kesan buruknya boleh sahaja terjadi. Dalam arus globalisasi sekarang, takrif keluarga di Barat telah berubah tidak lagi mengikut fitrah kejadian manusia, ibu, bapak dan anak. Di beberapa negara Barat, perkahwinan sejenis ikut dibenarkan dan membentuk keluarga apabila mengambil anak angkat peliharaan. Gejala-gejala ini terasa mulai meresap masuk ke dunia Melayu dan perkahwinan sejenis mungkin akan dibenarkan. Itu semua sudah cukup jadi bukti yang berlawanan dengan fitrah dan ajaran agama samawi (Islam, Yahudi dan Nasara) atau agama dan kepercayaan lain seperti Buddha, Hindu dan Taoisme yang mendudungi nilai-nilai budaya timur. Ada semacam konflik budaya timur-barat. Nilai-nilai sendiri yang baik jadi terpinggir atau dipinggirkan kerana sikap dan perubahan tabiat hidup. Manusia lebih menjamu nafsu haiwani menolak pertimbangan akal. Tuntutan-tuntutan budaya di Barat sering menggunakan alasan kebebasan dan hak asasi manusia. Unsur-unsur pengaruh ini sudah dirasai sedang memasuki ruang kehidupan budaya negara-negara berbahasa Melayu dan keharmonian umat Islam. Pengaruh globalisasi, liberalisasi dan pasca modenisme yang menegakkan kehidupan tanpa batas atas nama kebebasan dan hak asasi itu boleh pula merosakkan nilai-nilai peradaban murni, fitrah kejadian insan dan penolakan pada agama wahyu. Penolakan sedemikian akan melorongkan konflik akidah dan segala pembaharuan kehidupan akan dilentur berasaskan akal semata-mata, tiada pedoman petunjuk dan hidayah keimanan kepada keTuhanan Yang Maha Esa lagi atau ketentuan hukum hakam Islam. Peranan politik seharusnya bersama menjaga keharmonian sistem siasah, perundangan dan permuafakatan atau ‘formula’ bernegara dan berbangsa di sesebuah negara kebangsaan. Kebimbangan pimpinan organisasi sosial, cendekiawan, pemikir, sarjana dan budayawan bahawa liberalisasi tanpa kawalan dan asimilasi keterlaluan boleh merosakkan kebudayaan tempatan dan kebudayaan kebangsaan. Kebudayaan tempatan, dalam beberapa bidang tertentu boleh musnah atau terhapus dan gagasan kebudayaan kebangsaan bagi mana-mana negara akan menjadi pudar. Pengaruh globalisasi dan liberalisasi itu menular cepat, bisa menjadi wabak di Asia dan ke negara-negara Asia Tenggara, termasuk dalam lingkungan dunia Melayu yang mewarisi nilai-nilai peradaban Melayu serumpun yang majoriti manusianya beragama Islam. Pengaruh-pengaruh itu mula dilihat dalam budaya pakaian dan perhiasan, makan minum, kesenian terutamanya seni muzik, teater dan tari, seni tampak dan perubahan terhadap nilai-nilai sosio-budaya. Bagi umat Islam di rantau Melayu itu, isu nilai-nilai peradaban memang menjadi isu yang besar. Di Asia nilai budayanya banyak ditentukan oleh tradisi budaya, agama, falsafah dan pemikiran, misalnya Asia Timur itu kaya dengan adunan falsafah Konfusianisme dan Buddhisme, manakala Asia Tenggara khususnya di wilayah timur peradaban Melayu yang tradisinya kebudayaan Melayu dan Islam, selain dari Buddhisme di Myanmar, Thailand dan Indo-China, tetapi tiada jaminan bahawa bangsa-bangsa timur ini juga terselamat daripada dedahan atau ledakan cabaran budaya negatif Barat. Pengaruh media Amerika bukan sedikit melahirkan budaya hedonisme di Asia Tenggara. Kadangkala penyebarluasan pengaruh bahasa itu pun ada yang membawa unsur- unsur budaya yang baik dan buruk. Pengaruh buruk bahasa dan budaya barat misalnya boleh merosakkan ciptaan tempatan, citranya mudah bertukar menjadi lambang ‘Americanised global village’. Bahasa membawa bersamanya budaya, positif atau negatif. Bahasa Inggeris bukan tidak boleh sahaja mempengaruhi pola daya fikir dan akal budi sesuatu bangsa. Justeru, sesuatu negara bangsa perlu sentiasa prihatin dan hendaklah menyedari daalam konteks mana bangsanya perlu berbahasa asing dan penggunaannya yang bagaimana. Sesuatu bangsa itu memang perlu 4

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menguasai bahasa-bahasa utama dunia, seperti bahasa Inggeris tetapi dengan cara yang terarah dan terbimbing mengikut keperluan dan kepentingan. Dalam dunia moden ini disebabkan kepentingan komunikasi, pada hemat penulis, golongan generasi muda sudah sepatutnya menguasai lebih daripada dua bahasa selain bahasa kebangsaan sendiri misalnya selain daripada bahasa Inggeris ialah bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, Jerman, Mandarin, Rusia atau seumpamanya. Soalnya apakah globalisasi itu bermakna semua negara di dunia ini perlu meninggalkan bahasa sendiri, lalu beralih sepenuhnya kepada bahasa Inggeris sebagai sat-satunya bahasa dunia. Oleh kerana pengaruh kesejagatannya ada bangsa-bangsa yang sanggup dibiarkan bahasa sendiri terketepi sehingga mengakibatkan kehilangan keperibadian dan jati diri sesebuah negara bangsa atau umat Melayu itu sendiri? Apakah Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia bahkan negara-negara di Asia Tenggara kena mengambil langkah yang lebih bijaksana ‘menjunjung bahasa sendiri’ dan ‘mengelek bahasa asing’? Bukankah bahasa itu fungsinya amat banyak dan besar. Bahasa itu menjadi wahana perpaduan umat, lambang keperibadian, peranan penyatuan dan kesatuan, fungsi bahasa negara, bahasa ilmu dan pengantar pendidikan termasuk di bidang sains dan teknologi, bahasa perdagangan dan perniagaan serta fungsinya dalam semua ranah kehidupan umat dalam kehidupan berbangsa, bernegara dan kehidupan sewilayah atau serantau. Isu Bahasa dan Masalah Budaya Istilah bahasa Melayu, digunakan di sini sebagai istilah supranasional merentasi sempadan geopolitik dan geobudaya yang mempunyai versi dan variasi berbeza atas nama seperti bahasa Melayu di Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei Darusalam atau wilayah=wilayah lain di utara Asia Tenggara. Bahasa Melayu dalam proklamasi kemerdekaan 1945 menjadi bahasa Indonesia kerana signifikan politik kebangsaan dan penyatuan rakyatnya. Bahasa Melayu yang asalnya dari versi bahasa kepulauan Riau-Johor dan Kalimantan Tengah. Bahasa adalah asas pembinaan tamadun bangsa. Tamadun terhasil daripada kekuatan dan kecemerlangan politik, kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kehidupan kebudayaan tinggi yakni dalam kesusasteraan, persuratan, kesenian, falsafah dan pemikiran bangsa. Pecapaian cemerlang dalam bidang-bidang itu dalam ertikata luasnya akan menunjukkan tinggi rendahnya tahap sesebuah tamadun. Lihatlah bukti kehebatan pencapaian kemajuan bahasa semasa kegemilangan Empayar Islam Andalusia atau zaman kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dahulu. Dalam abad ke-15 itu, tamadun Melayu sedang berkembang di puncak kegemilangannya yang boleh dianggap pada zaman globalisasi pertama dunia. Manakala bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan, bahasa hubungan timur barat, bahasa maritim kota pelabuhan dan bahasa perdagangan, bahasa agama dan adat istiadat, bahasa ilmu dan sebagainya dikongsi antara kerajaan-kerajaan kesultanan Melayu. Ada kehebatannya zaman berzaman sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di dunia Melayu dan kepulauannya dari Kelantan-Patani sehingga ke Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Lombok dan Ternate dan di beberapa bahagian alam Melayu yang menganjur keluasannya dari Pulau Paskhah di Lautan Pasifik sehingga ke Malagasi dan Afrika Selatan di barat Lautan Hindi, dikenali sebagai Malayo-Polinesia atau Malayonesia. Pada zaman globalisasi awal pada abad ke-15 dahulu sampai sekarang, bahasa Melayu sangat berperanan sebagai lingua franca dan salah satu bahasa besar di dunia. 5

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Bahasa Melayu dengan beberapa versi dan variasinya berkembang maju sebagaimana di Malaysia, Indonesia dan Brunei atau berkembang sederhana seperti di Thailand atau perlahan seperti di Kemboja-Vietnam dan Filipina. Jumlah penuturnya melebihi 300 juta umat di Asia Tenggara dan jika ada suatu kesedaran bersama maka ia mempunyai potensi besar mengambil peranan menjadi bahasa komunikasi di kalangan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dan tanpa menolak bahasa kebangsaan negara yang lain. Kemantapan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di Indonesia dan Malaysia setelah kedua-dua negara ini mencapai kemerdekaan harus menjadi penanda aras bagi bahasa tersebut terus dimajukan. Globalisasi seharusnya tidak dianggap bahawa dunia akan menuju masa depan secara monolingual yakni semata-mata bahasa Inggeris disebabkan kemajuan komunikasi sejagat dan rujukan terhadap pelbagai ilmu. Generasi muda abad ini lebih beruntung jika dapat menguasai lebih dari dua bahasa dengan keutamaannya bermula dari bahasa sendiri, misalnya umat Melayu dengan bahasa Melayu. Hal ini memberi jawapan kenapa di beberapa negara sekarang ini mereka ikut mengadakan pengajian bahasa-bahasa lain. Di Korea dan China jurusan bahasa Melayu/Indonesia menjadi salah satu jurusan pilihan. Mereka juga mempelajari bahasa Thai, Vietnam, Arab, Parsi dan Swahili, bahasa-bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jerman. Mereka tahu bahawa untuk mengenali peradaban bangsa-bangsa lain termasuk peradaban Melayu ialah dengan menguasai bahasa-bahasa peradaban bangsa itu sendiri, sebab kehidupan budaya, persuratan, kesenian, nilai dan norma bangsa terhimpun dalam bahasa masing-masing bahasa. Bayangkan betapa banyaknya warisan dunia Melayu, keilmuan, nilai-nilai sosiobudaya, norma masyarakat, kesenian dan kepercayaan diungkapkan tersebar dalam bahasa Melayu. Dalam persoalan bahasa, kadangkala ada pandangan politik yang berbeza dengan pandangan kesarjanaan, ilmuwan, budayawan dan para pejuang bahasa. Politik selalu mengambil jalan pintas kononnya demi kemajuan rakyat, mereka mahu segera menukarkan pendidikan kepada bahasa asing, misalnya bahasa Inggeris sebagai pengantar pendidikan dalam sistem persekolahan. Para pemikir dan pejuang bahasa melihat pendidikan mestilah dilakukan melalui bahasa negara atau bahasa kebangsaan sendiri sebagaimana bukti kejayaan di Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Jika ada kesedaran serumpun di rantau ini, bahasa Melayu mempunyai potensi yang besar untuk diangkat martabatnya menjadi bahasa komunuikasi di Asia Tenggara atau boleh digunakan secara rasmi dalam kaedah tertentu di kalangan negara-negara ASEAN. Pada zaman globalisasi sekarang, tidak ada orang yang menolak kepentingan bahasa Inggeris bahkan bahasa-bahasa lain yang juga perlu dikuasai. Katakan hubungan dengan Amerika Latin memang menuntut kemahiran berbahasa Sepanyol atau Portugis di Brazil, atau bahasa Perancis di negara-negara blok Afrika dan Kanada serta bahasa Inggeris di Amerika Utara. Bahasa-bahasa Eropah di Amerika itu terjadi akibat globalisasi awal melalui yakni penerokaan dunia baru (exploration of the new world) pada abad ke-15 dahulu. Sesudah itu Barat telah memindahkan ilmu-ilmu Islam dalam konteks Renaissans dan gerakan pembaratan ilmu pengetahuan (westernization of knowledge) termasuk ilmu sains, perubatan, matematik, astronomi, falsafah dan segala macam lagi yang diceduk dari tamadun Islam. Jadi dunia Islam zaman ini, sebenarnya mempelajari ilmu-ilmu di Barat dan Amerika atau Australia itu adalah hasil daripada sumbangan tamadun Islam zaman lampau, khusunya warisan semasa zaman Andalusia. Benar, bahasa dan budaya Melayu sedang berdepan dengan segala macam cabaran untuk dipertahankan. Di Malaysia, pengalaman menunjukkan bahawa dalam banyak perkara memang status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dirasakan sedang terpinggir, mungkin kerana fenomena rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum. Mereka ada persepsi tersendiri dan ada tendensi masing-masing kaum dalam perjuangan politik mereka mahu 6

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 menonjolkan bahasa dan budaya kaum sendiri, walhal status bahasa Melayu sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara. Kaum bukan Melayu di Malaysia ternampak kurang mendorongkan pembinaan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan budaya rakyat asal rantau ini. Ada perbezaan antara Malaysia dengan Indonesia dan Thailand dan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) di Brunei dalam hal ehwal pembangunan kebudayaan. Ada proses asimilasi dan integrasi terjadi melalui dasar pendidikan dan sistem persekolahan yang menggunakan satu bahasa pengantar. Maka citra negara bangsa di Indonesia dan Thailand lebih terserlah mendukung identiti dan keperibadian kenegaraan masing-masing. Ada juga bicara yang mengatakan status bahasa Melayu di Malaysia bagaikan ‘melukut di tepi gantang’. Bahasa asing khususnya bahasa Inggeris telah mengambil kedudukan yang sangat istimewa sehingga nama-nama kawasan, papan iklan, papan tanda, nama taman perumahan, gudang dan gedung perniagaan dinamakan dengan bahasa Inggeris. Ini suatu pengaruh penjajahan budaya dalam penggunaan bahasa. Bahasa Melayu: Suatu Pengalaman di Malaysia Penulis sengaja mahu contohkan situasi berbahasa di Malaysia kerana pengalaman dan peranan penulis yang amat dekat dalam perancangan, pembinaan dan pengembangan bahasa dan budaya di negara ini. Sepanjang penulis berkhidmat selama 33 tahun dalam sektor awam dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), penulis bertanggung jawab terhadap dasar-dasar awam (public policies) yakni kebudayaan kebangsaan, dasar luar bandar, dasar perpaduan, kebajikan masyarakat dan pendidikan. Penulis berkhidmat selama 16 tahun di Kementerian Kebudayaan dengan dua kali penempatan yakni sebagai pegawai muda dan Ketua Seksyen Penyelidikan (1971-1979) dan Ketua Pengarah Kebudayaan (1981-1989) dan 10 tahun sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1994-2004). Gabungan khidmat untuk budaya dan bahasa itu menjadikan penulis tahu selok belok pengurusan dan pentadbiran dasar- dasar sosial negara di Malaysia. Sesungguhnya di Malaysia, tanggungjawab melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK) yakni bahasa Melayu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, di semua peringkat dan lapisan. Inilah ‘Tanggungjawab Perlembagaan’, terletak ke bahu kerajaan Persekutuan, kerajaan- kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun. Jika semua agensi, institusi, organisasi kerajaan dan swasta mempunyai rasa ‘megah’ dan ‘bangga’ dengan bahasa Melayu sebagai bahasa negara sendiri, tentu sekali isu penggunaannya pada papan tanda atau papan iklan tidaklah ‘songsang’ seperti yang terjadi pada masa ini. Malaysia akan mencapai status negara maju, tetapi ada pertanyaan kenapa rakyatnya tidak mahu mengamalkan sikap dan tabiat rakyat negara-negara maju seperti di Korea, Jepun, Perancis, Jerman, Rusia dan sebagainya. Para budayawan dan sarjana di Malaysia menyebut “Kita tidak malu kehilangan maruah dan tidak bersedia mempertahankan identiti negara bangsa sendiri. Majukah kita dan merdekakah kita dengan sikap begitu? Rakyat di negara-negara maju sangat cintai bahasa dan budaya negara sendiri. Di Malaysia, cintakah seluruh rakyatnya terhadap bahasa dan budaya negara sendiri?”. Oleh hal yang demikian, nampaknya Malaysia semacam memerlukan suatu pembaharuan pendekatan dan keberanian strategi baharu dalam pembinaan, pengembangan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Rakyat Malaysia bagaikan seolah-olah tidak menjunjung keluhuran Perlembagaan negara seperti diprinsipkan dalam Rukun Negara yakni idealogi negara. Hal ini menunjukkan sesuatu yang tidak comel dan baik, sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 7

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara itu, jika tidak diisi dengan jiwa patriotisme yang tinggi, maka terdapatlah segolongan orang termasuk pimpinan politik kepartian mengambil fahaman bahawa bahasa Melayu itu bahasa orang Melayu bukan sebagai bahasa negara atau bahasa ilmu. Mereka gagal membezakan antara bahasa dan budaya hak kaum sendiri dengan hak kenegaraan sehingga menuntut status yang sama. Padahal di Malaysia tidak ada bahasa lain yang boleh mengambil statusnya sebagai bahasa perpaduan dan komunikasi umum dari kota sehingga ke desa-desa terpencil dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak. Tidak semua isi tamadun negara bangsa itu boleh diungkapkan dalam bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing. Ada ribuan kosa kata bahasa Melayu baku dan dialek tidak ada pada bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing misalnya ilmu tentang flora dan fauna, ilmu samudera (oceania) dan sebagainya. Di situ letaknya kerelatifan budaya dan kekayaan tersendiri peradaban Melayu. Perlembagaan Malaysia dan undang-undang Malaysia menetapkan bahawa (a) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia; (b) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan (c) rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Jika semua peringkat dan lapisan rakyat menghayati perkara-perkara dalam Perlembagaan dan memahami aspirasinya, matlamat membina bangsa yang bersatu padu tentulah tidak menjadi sukar. Secara perundangan pun, rakyat tidak dilarang menggunakan bahasa kaum, bahasa etnik atau dialek masing-masing. Situasinya bebas dan terbuka. Tindakan meminggirkan status dan citra bahasa Melayu sebagai bahasa negara di Malaysia tidak menunjukkan satu sikap ketaatsetiaan, semangat patriotisme, bijaksana dan menjunjung tinggi hak-hak kenegaraan. Peranan dan Fungsi Bahasa Melayu Kita kena faham bahawa bahasa bukan sekadar dimaksudkan untuk tujuan ‘menulis’, ‘bercakap’, ‘berbicara’, ‘alat komunikasi’ atau ‘penamaan’ taman perumahan dan gedung-gedung peniagaan sahaja. Mana-mana pihak sekalipun hendaklah memahami bahawa sesuatu bahasa negara itu adalah merupakan wahana perpaduan dan citra keperibadian bangsa dan keilmuan. Peranan dan fungsi bahasa Melayu sangat besar di negara-negara berbahasa Melayu di Asia Tenggara ini. Maka statusnya di wilayah peradaban timur laut tentu juga membawa makna gambaran kesatuan dan persatuan umat Melayu sewilayah atau serantau yang menunjukkan:  Bahasa Melayu menjadi wahana jati diri kebangsaan atau jati diri manusia serantau yang berbahasa Melayu/Indonesia di Asia Tenggara.  Bahasa Melayu adalah wahana komunikasi dan perpaduan nasional atau wilayah atau kesatuan rumpun Melayu meskipun terbahagi kepada beberapa kumpulan sukubangsa, dialek dan bahasa-bahasa daerah di serata kepulauan.  Bahasa Melayu sebagai bahasa negara di Malaysia, bahasa nasional Indonesia dan Brunei Darusslam, dan bahasa kebangsaan Singapura maknanya bahasa itu akan memenuhi keperluan dalam negara dengan fungsi bahasa bagi maksud segala urusan. Di Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja sepatutnya berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar pendidikan, bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri, bahkan menjadi bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi selain fungsinya yang kekal 8

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 berkembang sebagai bahasa agama, kebudayaan, kesusasteraan, kesenian dan falsafah. Zaman berzaman di bawah sistem pemerintahan silam bahasa Melayu menjadi bahasa dalam beberapa bidang tadi, apalagi sebagai bahasa agama, seni, falsafah, perniagaan dan lingua franca tetapi amat perlu ditingkatkan lagi sebagai bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi. Fungsi Komunikatif bahasa Melayu sebagai bahasa nasional ialah “satu bahasa kebangsaan bagi memenuhi konsep negara bangsa sama ada di Malaysia atau Indonesia atau Brunei”. Jika globalisasi sedang membawa perubahan persepsi terhadap bahasa Melayu, maka ada baiknya masing-masing negara berbahasa Melayu di rantau Asia Tenggara, termasuk dialek di wilayah timur ini melakukan kajian apakah tahap pencapaian bahasa Melayu/Indonesia sebagai bahasa nasional dan bahasa rasmi masing-masing. Juga cuba dapatkan gambaran tahap pencapaian atau keluasan penggunaannya sebagai bahasa dialek di wilayah timur. Apakah sudah tercapai kemajuannya atau pada kadar sederhana atau belum tercapai dalam bidang-bidang tertenu?. Di negara-negara yang ada keturunan Melayu atau di mana versi bahasa Melayu dituturkan mungkin kajian kemajuan bahasa boleh juga dilakukan bagi membantu perancangan pengajaran dan pembelajarannya. Di negara-negara seperti Thailand, Kemboja-Vietnam (kawasan asal tamadun Champa), boleh juga di tenggara Myanmar kawasan pesisir pantainya dan dibahagian tertentu Filipina, bahasa Melayu masih munasabah diajar atau dikuasai sebagai bahasa pertuturan komuniti atau guna merujuk hasil-hasil persuratan seperti kitab-kitab agama bahasa Melayu bertulisan Jawi itu yang dikarang, diterjemah dan menjadi bahan pembelajaran agama di serata pusat-pusat pengajian agama, di sekolah pondok dan pesantren. Pembangunan Budaya Pembangunan kebudayaan memerlukan penterjemahan programnya melalui pelbagai kaedah. Kebudayaan bermakna suatu cara hidup. Salah satu kegiatannya boleh sahaja dilakukan menerusi penggalakan dan pemuliharaan warisan yang boleh diteliti terhadap bidang-bidang yang lahir dari sifat etnik dan tradisional, sifat kebudayaan rakyat (folk culture) dan manifestasi budaya yang berbentuk sifat sezaman (contemporary). Pembahagian bidang budaya begini mungkin dapat diperincikan supaya sesuai dengan kehendak pengurusan dan pentadbiran kebudayaan. Kesenian etnik dan tradisional boleh dilihat pada seni persembahan Mak Yong, Randai, Bangsawan atau kesenian rakyat yang dapat kita golongkan dalam bentuk dikir barat dan wayang kulit di Kelantan-Patani, bermukun di Sarawak, dondang sayang di Melaka, nadzam, boria di Pulau Pinang, ghazal di Johor, tarian rakyat, permainan tradisional (wau, gasing, kertuk, rebana) dan sebagainya. Usaha-usaha patut juga di tumpukan bagi memajukan kesenian sezaman misalnya galakan bagi memupuk kegiatan drama (seni teater), qasidah, berzanji, nasyid, bersyair (seni suara) dan muzika kanak-kanak, seni tampak (ukiran, seni lukis, arca) atau sebagainya. Ada banyak seni persembahan dan seni tampak itu boleh mendatang faedah ekonomi dan sumber pendapatan kepada pengamalnya seperti bentuk-bentuk miniature cenderamata, buatan barangan kulit, kraftangan, ukiran kayu dan koleksi permainan tradisional. Bidang-bidang kesenian ini, antara kandungannya sudah zaman berzaman menjadi warisan dan khazanah seni di wilayah timur peradaban Melayu. Di wilayah timur peradaban Melayu, kegiatan-kegiatan budayanya boleh sahaja dilakukan dalam bentuk khidmat sosio-budaya terutamanya bidang-bidang keilmuan, wacana dan pemikiran budaya, bengkel latihan seni. Maka harus dimajukan penggunaan segala prasarana seperti dewan, auditorium, balai seni dan gelanggang atau kemudahan prasarana bukan fizikal dengan mengaktifkan kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memanfaatkan perkongsian ilmu melalui wacana intelektual dengan kehadiran tokoh-tokoh yang dapat dimanfaatkan untuk 9

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 penyebaran ilmu. Dalam pada itu, usaha-usaha perlu dirancang menjadi program bagi memulihara kekayaan warisan kesenian wilayah dan daerah yang banyak terdapat di seluruh rantau Melayu ini. Di wilayah-wilayah Melayu dan daerah-daerah bangsa serumpun, mereka masih menyimpan khazanah warisan budaya atau bidang seni budaya yang masih hidup berkembang. Perkara ini menunjukkan masing-masing komuniti masih mempunyai dan memelihara tradisi seni budaya tersendiri. Mereka berkongsi sifat-sifat komuniti, bahasa dan dialek, warisan seni, melalui pengalaman sejarah yang sama dan sebagainya. Program budaya sewilayah itu mungkin sahaja dapat dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek pemulihan, pemeliharaan, galakan, dan proses-proses pembudayaan (acculturation) dan pemasyarakatan (socialisation) seni. Program dan kegiatan terbaik boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi merentasi daerah dan wilayah agar akhirnya akan ada penghayatan lokal dan serantau. Jadi dalam fenomena globalisasi warisan seni budaya rumpun Melayu masih tegak berdiri hanya mungkin teknologi moden akan membantu pembaharuan dan eksperimental seni tadi. Salah satu bidang kebudayaan yang penting adalah soal falsafah dan pemikiran bangsa yang ditunjukkan oleh kemajuan bahasa dan sastera. Kebudayaan juga dicernakan melalui aspek pembangunan kesenian dan pemupukan nilai dan norma hidup yang baik di kalangan warganya. Keterlibatan dan sumbangan rakyat dalam aliran kebudayaan nasional di Kelantan-Patani- Terengganu itu sudah terserlah. Sastera sebagai salah satu daripada bidang interaksi kreatif bangsa atau umat Melayu besar menjadi begitu penting dan terbuka untuk siapa saja tanpa mengira keturunan, agama, suku kaum, usia, jantina dan daerah asal kelahiran bagi menikmati hak dan faedah dalam proses pengkaryaannya. Lihatlah warisan pantun, peribahasa, syair, qasidah, seloka, nadzam, perbilangan, ungkapan dan sebagainya yang menggambarkan ketinggian akal budi Melayu dan tidak terkecuali di wilayah timur peradaban Melayu. Umat Melayu-Islam, tidak terkecuali dari wilayah timur sekalipun, perlu mengangkatkan daya cipta yang tinggi dan berwibawa dalam kesenian, termasuk seni persembahan dan seni tampak. Bidang-bidang seni persembahan (seni muzik, seni lagu, seni tari, teater dan drama) dan seni tampak (seni ukir, arca, seni lukis, seni foto, khat). Kebersamaan dalam wadah citra budaya umat sudah muncul dalam dunia yang tidak lagi dipisahkan oleh benteng etnik dan keterasingan sifat majmuk. Daya kreatif muzik Melayu, misalnya dalam konteks kenegaraan telah menerima suntikan citranya dari pengaruh penciptaan bukan Melayu yang dari segi gubahan karya mereka. Sebuah orkestra simfoni, meskipun peralatan muziknya dari barat, masih beridentiti Melayu sekiranya dibuat persembahan dengan seni muzik dan seni suara Melayu. Realiti kehidupan budaya itu telah terjadi di hadapan mata umat Melayu dan ada penyertaan semua golongan dalam wadah seni yang menjadi pemangkin perpaduan. Masyarakat menunggu kecemerlangan produksi seni yang tinggi mutunya. Di rantau dunia Melayu, perkembangan seni adalah sebahagian dari warisan kesenian yang perlu diberikan perhatian dalam pemuliharaan, eksperimentasi seni dan penciptaan seni sezaman. Pengalaman dari teater klasik dan muzik tradisi banyak juga memberikan ilham proses penciptaan dan eksperimentasi seni misalnya tiada salahnya jika muzik Melayu diadunkan bersama seni kebangsaan Thailand, Kemboja dan Filipina dalam proses eksperimentasi seni budaya atau warisan seni di beberapa wilayah lain yang menggabungkan seni etnik dengan moden. Usaha kreatif dan daya artikulasi yang baik akan dapat memanifestasikan idea dan rasa seni dalam konteks celik budaya (cultural literacy) apabila diberi naungan yang berterusan. Pembinaan kesenian bukannya bermakna kepada apa sahaja bentuk seni yang tidak berakar dan berakal, sekadar hiburan tanpa makna budaya. Dalam zaman globalisasi ini, memperagakan program seni 10

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dan budaya bersifat ‘ad hoc’ tanpa perancangan rapi, kajian, dan persediaan lain seharusnya dielakkan. Kita juga perlu menilai kembali tema pengucapan seni lukis dan seni arca bangsa dalam budaya Melayu. Dari tangan seniman lukis segala macam saluran ekspresi seni lukis dari moden dan kontemporari dengan teknik Melayu atau batik atau kemasukan aliran barat mahupun aliran China, selagi citranya bersifat jati diri Melayu, maka sudah sewajarnya galakan kemajuan dan perkembangannya perlu dihulurkan. Kerja-kerja hasil seni budaya moden oleh seniman Melayu di mana jua mereka berada perlu diperhatikan kewujudannya. Semuanya memerlukan tunjangan ilmu kearah pengukuhannya. Kalau diperhatikan, dalam tradisi teater, tidak kelihatan pengolahan dan penghayatannya menjadi bidang yang termaju. Teater dan drama berbahasa Melayu masih tidak banyak dimajukan berasaskan teks sastera klasik dan moden, meskipun sekali sekala ada percubaan kearah itu. Sastera adalah cerminan akal budi umat Melayu. Keterlibatan semua diperlukan, umpamanya bagaimana karya sastera yang baik dan bermutu seperti novel, cerpen dan puisi boleh dipindahkan menjadi teater pentas, drama televisyen dan filem. Pada awal abad ke-21 ini, dunia sudah memasuki zaman globalisasi, modenisasi dan liberalisasi. Ada tanda-tanda jelas menunjukkan umat Melayu sedang berhadapan dengan krisis nilai dan norma budaya. Pengaruhnya mungkin datang dari gejala pengaruh asing yang tidak terkawal, mementingkan individualisme dan materailisme, gemar dengan nilai-nilai keji dan tabiat buruk. Kejadian mengaut kekayaan secara rakus, rasuah, jenayah, pembunuhan, sumbang mahram, perogolan, perompakan dan pecah rumah, sumbang mahram, bibit penyelewengan yang subur, membuang zuriat adalah penyakit roh yang menular dan petanda umatnya sedang sakit rohani. Semuanya itu bertentangan dengan keperibadian Melayu-Islam. Pemerkasaan Bahasa dan Budaya Melayu Ada beberapa pendekatan dan strategi yang mungkin boleh dilakukan dalam usaha memperkasa bahasa dan budaya Melayu dalam zaman yang serba mencabar pada abad ke 21 ini. Salah satunya ialah dengan banyak membina rangkaian dan perkongsian pintar selain mengukuhkan faktor dalaman institusi-institusi yang berkaitan dengan pengembangan bahasa, termasuk di institusi pengajian tinggi, organisasi bahasa, sastera dan budaya serta para ilmuwan. Ada dua bentuk pendekatan yang munasabah yakni salah satunya dengan menggerakkan kegunaan segala kemudahan yang tersedia bagi mengatur program di dewan-dewan atau auditoium dengan mengadakan persidangan, seminar, persembahan seni dan sebagainya. Satu kemungkinan lagi ialah mengukuhkan penyelarasan usaha dan program bahasa dan budaya melalui prasarana bukan fizikal. Di Asia Tenggara kini sudah ditubuhkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FORKEPS) selain organisasi yang sudah ada untuk tujuan membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Umpamanya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia dan Malaysia (MABBIM itu terus menggerakkan program dan aktiviti kebahasaan. Badan-badan ini ditubuhkan bertujuan untuk mendorongkan kemajuan dan perkembangan bahasa dan persuratan berbahasa Melayu. Kesepakatan kerja antara negara-negara anggotanya sudah sekian lama terjalin antara institusi utama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam yang menyepakati banyak perkara bersama. 11

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Juga sudah dibentuk forum kerjasama melalui Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) di kawasan segi tiga ASEAN yang melibatkan Singapura Johor Riau (SIJORI), Brunei Indonesia Malaysia Filipina (BIMP-EAGA), Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT- GT). Selain daripada itu perluasan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian asing dan pusat- pusat penyelidikan peradaban Melayu-Indonesia di negara-negara Asia, Eropah,Australia, New Zealand dan Afrika patut diperkemaskan semula. Malahan sebagaimana Singapura, negara Thailand, Kemboja dan Filipina patut memohon untuk menjadi Ahli Pemerhati MABBIM dan MASTERA. Selain dari upaya meningkatkan pengaruh bahasa dan persuratan Melayu, maka usaha-usaha memperbanyak program ketahanan jati diri Melayu melalui bahasa, sastera dan budaya boleh diperbesarkan lagi. Bukankah bahasa, sastera dan budaya merupakan antara sumber-sumber pembangunan modal insan, selain dari kemahiran dan penguasaan sains dan teknologi. Pada zaman globalisasi ini memang ada keperluan kepakaran bahasa, sastera dan budaya sebagai wahana membangunkan sumber daya manusia atau modal insan seperti mana kita menggunakan kepakaran di bidang-bidang yang lain. Kita perlu memulihkan fahaman dalam falsafah dan pemikiran Melayu tentang pemupukan nilai dan norma bersama kehidupan berbangsa. Bahasa cukup berfungsi dan relevan dalam konteks kesatuan dalam kepelbagaian, sebab sifat bahasa Melayu yang dituturkan itu merentasi sempadan geobudaya, geopolitik dan persoalan kaum dan etnik. Isu terbaharu di Malaysia selepas pertengahan tahun 2019 ini ialah masalah pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Ada penolakan oleh golongan tertentu khasnya orang Cina tentang pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular. Psikologi penolakan (psychology of rejection) ini berlaku kerana tanggapan belajar Jawi itu ada kaitan dengan Islam dan dakwah, sehingga menimbulkan sangkaan kepada proses pengislaman, walhal tulisan Jawi itu, satu daripada tulisan bahasa Melayu yakni satu jenis tulisan atau aksara penulisan yang sudah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara atau di dunia Melayu. Apakah mereka yang menentang itu tidak sedar bahawa dengan mempelajari Jawi, seseorang itu akan berpeluang menguasai bahasa Arab, bahasa Parsi dan Urdu. Hal ini akan memberi peluang kepada mereka menimba ilmu-ilmu yang ditulis pada zaman silam oleh ulama dan para cendekiawan Islam atau hasil-hasil persuratan semasa. Tulisan Jawi juga ada faedah ekonominya sebagaimana di Turkiye, seni khat cukup berkembang dan menjadi sumber pendapatan atau faedah ekonomi kepada para seniman lukis mereka. Jawi menjadi tulisan rasmi kepada bahasa Melayu di selatan Thailand, bahkan disebut tulisan Melayu. Demikian pula betapa banyaknya manuskrip atau kitab-kitab sejak berzaman digunakan sebagai sumber rujukan agama ditulis menggunakan aksara Jawi. Pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu memerlukan ketegasan atau keazaman politik (political will) terutamanya bagi mengangkatkan penggunaan bahasa tinggi. Penghayatan bahasa dan amalan budaya semestinya bermula di bangku sekolah lagi. Suatu perkembangan di Thailand pada pertengahan dekad kedua abad ke-21 amat menarik. Insya Allah, rancangan Majlis Pendidikan Bahasa Melayu Thailand (MPBMT) yang dipengerusikan YB. Dr Ahmad Idris @ Warowit Baru dan harapan YB. Wan Mohammad Nor Matha, Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Fatoni (UFT) ke arah memperkenalkan subjek bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah di selatan Thailand akan dapat direalisasikan dan peranan bahasa Melayu di Thailand akan meningkat. Penulis percaya suatu sistem dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di Thailand akan digubal tidak lama lagi. Parlimen Thailand yang bersidang pada 3 Julai 2023 telah pula dengan sebulat suara memilih YB Wan Mohammad Nor Matha wakil rakyat Yala sebagai ‘Speaker’ Parlimen Thailand. 12

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Thailand pula memilih tulisan Jawi yakni tulisan asal bahasa Melayu sebagai tulisan rasmi dan sangat tepat dengan keperluan di sana. Para pakar bahasa dan pertubuhan di Pattani sedang merangkan satu kaedah sistem ejaan Jawi Pattani, tentu sekali dengan sokongan kepakaran DBP Malaysia. Kesepakatan sudah ada. Penulis telah membentangkan Ucap Utama semasa diadakan Seminar Tulisan Jawi Pattani pada 4 Mei 2023 anjuran PUSTANI/FTU dengan PERADABAN. Bagi kemudahan pengguna tulisan Jawi serta untuk mengelakkan kekeliruan dalam penggunaan tulisan Jawi, pada tahun 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah menerbitkan Pedoman Umum Ejaan Jawi bagi menyelaraskan sistem ejaan tulisan. Pihak Pattani boleh merujuk kepada teks DBP tersebut sebagai panduan, termasuk Sistem Ejaan Jawi Za’ba yang telah digunakan di Malaysia sebelum penerbitan pedoman umum berkenaan. Seminar antarabangsa pertama kali tahun 2012 anjuran Universiti Fatoni (UFT) dengan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (Southern Border Province Administrative Centre – SBPAC) telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailand (DBPMT) dipengerusikan Dr Hamidin Sanor @ Baba Ding pastinya akan membawa manfaat bersama dalam perancangan besar tersebut. Khabarnya DBPMT akan diberi nafas baru untuk bergerak lebih aktif dan akan disediakan kemudahan infrastruktur, pengurusan dan pentadbiran sewajarnya. Perkembangan mutakhir dikatakan telah ada satu cetusan idea baharu ke arah tujuan menubuhkan sebuah akademi yang barangkali akan dinamakan Akademi Bahasa dan Kebudayaan Melayu (Academy of Malay Language and Culture). Kesimpulan Bahasa Melayu (dan bahasa Indonesia) sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran. Arus globalisasi tidak seharusnya melalaikan umat Melayu sehingga hanyut ke laut peradaban asing dan dilambung gelombangnya. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi wajib dipelihara. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa agama Islam, antara bahasa utama dan perlu diutuhkan kedudukannya di lidah umat Melayu besar di Asia Tenggara selamanya. Semua pihak harus berfikir panjang dan menaruh bimbang tatkala melihat terhakisnya tahap tinggi pencapaian bahasa Melayu. Sebahagian orang mengambil sikap ‘tidak apa’, ‘tidak cakna’ atau ‘tidak padul’. Agenda umat serumpun sepatutnya menjadikan agenda mengangkat dan memartabatkan semula bahasa Melayu, salah satunya dengan membina kekuatan bahasa dan pengukuhan budaya dalam tradisi keilmuan. Mungkin sudah tiba masanya satu persidangan besar tentang bahasa Melayu di Asia Tenggara diadakan dengan penyertaan agensi-agensi, tokoh- tokoh besar budayawan, bahasawan, sarjana, pemikir dan pegawai tinggi pemerintah. Penilaian dan penegasan semula status bahasa Melayu di negara-negara berbahasa Melayu akan banyak membantu perubahan persepsi dan situasi. Umat Melayu akan berhadapan dengan zaman parah, jika mereka mahu melakukan apa sahaja atas nama kebebasan, liberalisasi, hak asasi manusia sejagat dengan melanggani gagasan puak-puak perkauman atau menyokong apa sahaja gerakan yang membawa kepada perpecahan bukan kesatuan dan perpaduan umat. Maknanya umat Melayu tidak perlu melayani sepenuhnya segala macam gagasan asing sehingga mengabaikan peranan dan tanggung jawab membina citra jati diri berteraskan kesatuan umat Melayu besar. Keterpinggiran bahasa dan budaya Melayu dirasakan mungkin kerana masih wujud kefahaman sempit atau sikap negatif semula jadi manusia terhadap minat mengukuhkan tradisi keilmuan dan pemikiran. Pada abad ini jelas kelihatan nilai-nilai budaya positif atau nilai-nilai agama yang seharusnya membudaya, tidak kukuh berakar dikalbu rakyat. Ajaran baik agama tidak menunjangi kehidupan sebahagian daripada sebahagian yang lain. Penghayatan terhadap ajaran falsafah dan 13

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 nilai peradaban timur yang beradab sopan, berbudi bahasa, nilai kekeluargaan, toleransi, saling hormat menghormati, kerjasama dan muafakat semakin menipis. Ajaran agama dan falsafah pemikiran seharusnya menjadi kekuatan pertahanan jati diri umat agar terelak bahana pengaruh globalisasi terhadap bahasa dan budaya dalam peradaban sendiri. Semoga dampak negatif umat dan peradaban Melayu wilayah timur laut itu terhindar dengan bijaksana. Seluruh kekuatan umat rumpun Melayu di negara-negara berbahasa Melayu, wilayah, negeri, daerah dan serata desa di Kepulauan Melayu sewajarnya mengerti akan makna kebangkitan sebuah peradaban bangsa. Wallahu’alam. [Kertas Kerja yang disampaikan di Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut (KAPWTL) pada 4 – 6hb Ogos 2023 di Universiti Fatoni (UFT), Pattani Thailand anjuran bersama Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) dan Pusat Kajian Tamadun Melayu Islam (PUSTANI), Universiti Fatoni Thailand (FTU). [DATO’ HJ A AZIZ DERAMAN, ialah Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia 1994-2004; Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) Malaysia 1981-1987 dan Setiausaha Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (KKP) Malaysia ; Prof. Tamu (Kehormat), Guangdong University of Foreign Studies, Guangzhou, China 2001-2006; Prof Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) 2007-2009; AJK GAPENA 2004-2014 dan Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) sejak 2011 dan terlibat dalam beberapa pertubuhan yang lain. Juga dikenali sebagai budayawan-pentadbir, sasterawan-penyair-penulis di Malaysia]. Emel: [email protected] 14

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Membangun Masyarakat Madani di Patani, Selatan Thailand Asst.Prof. Dr. Ahmad Omar Chapakia Pendahuluan Dengan berkat kerjasama antara Peradaban Kelantan Malaysia dengan Pusat Kajian Tamadun Melayu Islam Patani, (PUSTANI) Universiti Fatoni terlaksana Kolokium Antarabangsa Peradaban Timbur Laut di Universiti Fatoni pada 5 Ogos 2023 dengan tema “Dinamika Sosial Budaya Ekonomi dan Pelancongan Wilayah Timur Laut”. Memandangkan Wilayah Pattani, Selatan Thailand sebagai wilayah strategik di kawasan Pantai Timur yang berhubung setanah dan bersempadan dengan negeri Kelantan dan Terengganu di negara Malaysia mempunyai projek besar yang akan memberi kesan kepada kawasan Pantai Timur iaitu projek membina bandar baru di tengah bandar Patani yang dinamakan Projek Pattani Jaya dan berdaftar dengan pejabat kerajaan Thai di atas nama Madinah Assalam Fondation atau projek Madani di Patani yang sudah bermula pada tahun 2010. Maka dengan sempena Kolokium Antarabangsa ini,penulis cuba melihat dan mendedahkan projek ini dalam bentuk kertas kerja bertajuk “Membangun Masyarakat Madani di Pattani Selatan Thailand”, semoga kertas kerja ini dapat memberi manfaat kepada projek penting di kawasan pantai timur ini. Latar Belakang Sejarah Sejarah mencatatkan bahawa wilayah-wilayah Selatan yang berada di kawasan Wilayah Pantai Timur yang terdiri daripada Patani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Satun adalah berasal daripada Negeri-negeri Melayu Islam. Patani, Yala dan Narathiwat berasal dari negeri Patani, Songhkla berasal dari negeri Senggora, manakala Satun berasal dari negeri Setul yang ada kaitan dengan negeri Kedah. Negeri Patani Apabila Kerajaan Langkasuka hilang kekuasaanya pada akhir abad ke-14, di tempat yang sama muncul kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Patani. Dipercayai pengasas Kerajaan Patani ialah Pya Tu Nakpa yang datang dari Kota Mahligai apabila Pya Tu Nakpa memeluk agama Islam, namanya ditukar sebagai Sultan Ismail Shah Zillullah Fil A'lam. Manakala anak-anaknya juga ditukar kepada nama-nama Islam iaitu Sultan Muzaffar, Siti Aishah dan Sultan Mansur. 15

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Manakala negeri pula dipanggil dengan Patani Darussalam. Dengan Islamnya raja, maka para menteri, hulubalang dan rakyatnya turut memeluk agama Islam. Setakat ini penulis menganggarkan bahawa negeri Patani menerima Islam di sekitar 1457. Dengan itu dapat dikatakan Kerajaan Patani yang bermula dengan Sultan Ismail Shah itu adalah Kerajaan Melayu Islam. Sejak baginda memerintah sehinggalah Kesultanan Melayu Patani berakhir pada 1902, Kerajaan Melayu Patani diperintah oleh dua dinasti utama. Dinasti tersebut ialah dinasti Sri Wangsa dan dinasti Kelantan. Pada sekitar 1786 ialah zaman pemerintah Rama I, Patani mula ditawan dan ditakluki oleh kerajaan Thai. Sebelum 1815 Perubahan Negeri Patani Negeri Patani 1815 Negeri Negeri Negeri Negeri Negeri Negeri Negeri 1906 Patani Nongchik Yaring Raman Yala Saiburi Legeh Negeri Patani Negeri Yala Negeri Saiburi Negeri Rangek 1906 Monthon Patani 1933- sekarang Wilayah Pattani Wilayah Yala Wilayah Narathiwat Rajah 1 Semasa dalam taklukan Kerajaan Thai, sering terjadi penentangan dan perlawanan yang dicetuskan oleh masyarakat Melayu Patani. Dalam menghadapi perkembangan ini, Rama II mengambil inisiatif baru mengenai polisi pemerintahan terhadap negeri Patani iaitu dengan menjalankan polisi Pecah dan Perintah. Polisi ini mula dijalankan pada 1815 dengan memecah dan membahagi negeri Patani kepada tujuh kawasan negeri dengan panggilan Barivan Ched Hua Muang. Kawasan Tujuh Negeri ini terdiri daripada negeri-negeri Patani, Nong Chik, Yaring, Saiburi, Legeh, Yala dan Raman. Pada 1906, tujuh buah negeri ini dicantumkan menjadi empat negeri iaitu Patani, Yala Saiburi dan Range' dengan diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dinamakan Monthon 16

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Patani. Pada 1933, pentadbiran negeri-negeri ini diubah dan dijadikan status Wilayah dengan panggilan Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Wilayah Narathiwat. Seperti di rajah 1. Mendirikan Universiti Fatoni Pada masa politik kerajaan Thai mengamalkan sistem demokrasi dalam pentadbiran negara maka berlaku pembaharuan politik pentadbiran di wilayah sempadan Selatan. Sebagai respons terhadap pembaharuan ini, para ilmuwan dan cendekiawan Pendidikan Islam lulusan negara- negara Islam dengan kerjasama para Akademik Universiti tempatan telah mengadakan projek mendirikan Kolej Universiti Islam dan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di Bangkok pada tahun 1998, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan projek itu dengan nama “Yala Islamic Kolej” sebagai institusi pendidikan tinggi Islam pertama di Thailand. Ekoran daripada penganugerahan lesen rasmi itu, maka pada 8 November 1998 diadakan Majlis Pelancaran rasmi bagi Kolej Universiti Islam ialah dengan dihadiri oleh wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan dari pejabat kerajaan berkenaan dan wakil-wakil pertubuhan Islam di peringkat tempatan dan negara. Proses pendidikan tinggi Islam pertama itu berjalan dengan lancar dan sukses di kampus pertama di wilayah Yala itu selama 5 tahun maka pada tahun 2001 telah berpindah ke kampus baru di wilayah Pattani yang terletak di kampung Serong, Khautum, Daerah Yarang. Kampus baru ini berdiri di atas tanah wakaf seluas 300 rai (sekitar 200 ekar) dengan dimulakan binaan Bangunan Pentadbiran Universiti, Bangunan Fakulti Pengajian Islam dan undang-undang dan Bangunan Fakulti Sains Dan Teknologi. Semua ketika bangunan ini adalah bangunan wakaf yang mendapat sumbangan langsung daripada Raja Negara Qatar. Apabila pihak Kolej Universiti Islam Yala dikembang majukan di bidang akademik dan memenuhi kelayakan sebagai sebuah Universiti penuh maka pada tahun 2007, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah merestui pertukaran status sebagai sebuah universiti penuh dengan nama Yala Islamic University, YIU. Di YIU terdapat bilangan pelajar luar negara yang dianggap besar dan ramai dalam jumlah bilangan ratusan orang daripada berbagai negara yang berjumlah lebih daripada 20 negara. Di atas peranan YIU yang efektif dan kedudukan politik negara yang memberi ruang kepada YIU untuk melangkah maju ke hadapan maka YIU mengambil inisiatif membuat cadangan tukar nama universiti daripada Universiti Islam Yala YIU kepada Universiti Fatoni. Inisiatif ini dikaitkan dengan nama sejarah panggilan wilayah Selatan Thailand yang pernah di panggil nama negeri Patani atau Fatoni. 17

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 pada tahun 2013 pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Thai dengan persetujuan Majlis Keamanan Negara (National Security Council) telah bersetuju dan meluluskan cadangan tukar nama daripada Yala Islamic University kepada Fatoni University, FTU. Memandangkan kedudukan geografi Universiti Fatoni berada di kawasan wilayah Pantai Timur Laut Cina sama dengan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang maka FTU mengambil langkah bekerjasama membentuk pertubuhan PERADABAN untuk saling bekerjasama antara negeri-negeri di kawasan pantai Laut Cina dalam membangun tamadun Madani di rantau ini, khususnya di bidang pembinaan sosial budaya dan pembangunan ekonomi. hasil daripada kerjasama itu, terlaksana Kolokium Antarabangsa ini pada 5 Ogos 2023 di FTU. Membangun Masyarakat Madani Pendahuluan Memandangkan Kampus FTU yang sekarang ini berada di kawasan Bukit Kautum, Yarang iaitu di kawasan pendalaman dan berjauhan dengan pusat bandar wilayah Pattani lebih daripada 40 kilometer, sesuai dengan umur FTU genap 25 tahun, maka wawasannya berkembang untuk bertapak di pusat bandar ersama da rancangan membina kampus induk universiti. Dalam usaha Maju menjalankan rancangan ini, maka suasana memberi kesempatan untuk melaksanakan projek yang lebih besar dan komprehensif iaitu Membangun Masyarakat Madani di Pattani. Tujuan penting projek ini ialah menempatkan sebilangan ahli masyarakat yang terdiri daripada rumpun Melayu Islam daripada Patani dan wilayah persekitaran sebagai penduduk majoriti ersama etnik lain dapat bertapak dan bermustautin di kawasan pusat bandar yang dipilih secara strategik. Tindakan Pelaksanaan Tindakan awal pelaksanaan projek ini dengan menubuhkan syarikat berkenaan berdaftar rasmi di pejabat pentadbiran kerajaan di Wilayah Patani dengan nama Patani Jaya Holding, PJH. Berdasarkan pada latar belakang sejarah dan strategik semasa, pihak PJH bertindak membeli dan memiliki tanah sebagai Pusat Projek di kawasan tempat di kampung Bandar yang berhampiran dan bersempadan dengan Perbandaran Wilayah Pattani. Selepas itu, kawasan tanah yang dibeli dan dimiliki oleh PJH itu sebanyak 1,300 rai (sekitar 800 ekar) dijadikan sebagai Bandar Baru dipanggil Patani Jaya. Jarak jauh antara bandar Patani Jaya ini dengan Kota Kersik (Ibu Kota Patani Dinasti Sriwijaya) sebanyak 3 kilometer, Manakala jarak jauh dengan Kota Cabang Tiga (Ibu Kota Patani Dinasti Kelantan) sebanyak 3 kilometer. Projek ini, diberi perhatian oleh Bank Islam Thailand dan memberi kerjasama dengan meluluskan pinjaman kepada PJH sebanyak 600 juta Baht. Dengan menggunakan wang berjumlah besar ini, pihak PJH dapat membeli dan memiliki tanah di kawasan berkenaan sebanyak 1,300 rai (sekitar 800 ekar). Pada umumnya jumlah bilangan tanah tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kawasan tanah untuk bisnes sebanyak 500 rai dan kawasan tanah untuk waqaf (Kampus Universiti dan waqaf pelaburan) sebanyak 800 rai. di atas tanah bilangan sebanyak 1,300 rai itu akan dibangunkan 7 projek utama, Projek Pusat Dagangan Asean Mall, Projek Hospital Islam bertaraf internasional, Projek Pusat Islam Raja Salman Abdul Aziz Al -Saud, Projek Senaman Sport Complex, Projek Perumahan Kediaman dan Projek Kampus Universiti Fatoni. Apa yang paling menarik, di antara tujuh projek Madani itu ada empat projek yang mendapat bantuan dan sokongan luar negara dan daripada pihak tertinggi negara. 18

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Pertama, Projek ASEAN Mall yang mula dirintiskan oleh Syarikat Pattani Jaya Commereial, PJC dengan kerjasama UNITI dan beberapa syarikat lain daripada Malaysia. Proses kerjasama ini diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis dengan diketahui oleh pihak diplomatik dan Kedutaan Malaysia di Thailand. Kedua, Projek Hospital Islam bertaraf Internasional yang mendapat sumbangan langsung daripada Amir Hamad bin Khalifah Al-Thani, Raja Negara Qatar. Projek ini, sudah selesai fasa pertama dan akan disumbang fasa kedua yang peruntukan projek keseluruhan lebih daripada 1,000 juta Baht. Projek ini, di jangka selesai dan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2025, Insyaallah. Ketiga, Projek Pusat Islam yang mendapat sokongan dan bantuan langsung daripada Raja Arab Saudi yang telah meluluskan peruntukkan projek sebanyak RM20 juta US Dollar. Lantaran itu, Pusat Islam ini disetujui dengan nama \"Markas Islami Al-malik Salman bin Abdulaziz Al-Saud\". Pusat Islam ini, akan dibangunkan oleh Syarikat Hassa, daripada Turkey yang sudah berpengalaman membina Pusat Islam di Tokyo, Jepun dan di Washington, USA. Di jangka pembinaan ini akan bermula pada akhir tahun 2023 Insyaallah. Keempat, Projek Kampus Universiti. Projek ini, sudah mula dibangunkan pada tahun 2020, dengan dimulakan bangunan Fakulti Nursing yang mendapat sumbangan daripada Negara Kuwait. Dalam perancangan FTU, kampus di Pattani ini akan menjadi kampus induk yang memberi tumpuan pada sains kesihatan dan program International. Adapun projek-projek lain akan terus dilaksanakan dengan lancar dan akan dikembang majukan sesuai dengan perkembangan masa dan politik pentadbiran negara. Hanya Itulah, secara ringkas mengenai projek yang akan dilaksanakan di Pattani dalam agenda \"Membangun Masyarakat Madani di Pattani, Selatan Thailand\". Semuga Allah memberi Taufik dan berakah terhadap agenda Madani di Pattani ini. Wassalam. 19

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1.0 Tajuk: PERANAN ASEAN MALL SEBAGAI ‘GATEWAY’ DAN PEMANGKIN EKONOMI ASEAN TERUTAMANYA DI WILAYAH TIMUR LAUT. 2.0 Penulis: Nu’man Hani bin Jamal Jamal bin Mohd Amin 3.0 ABSTRAK: Kertas kerja ini menonjolkan kekuatan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat khususnya dan kawasan Selatan Thailand umumnya sehinggà ianya berpotensi untuk menjadi ‘Pintu Masuk’ ataupun ‘Gateway’ kepada perkembangan ekonomi Asean. Ianya memaparkan peranan Asean Mall yang terletak di wilayah Pattani ; dalam merealisasikan wilayah tersebut sebagai ‘Business Gateway’ dalam sektor perdagangan, pelancongan dan pendidikan. Kertas kerja ini juga menyentuh peranan Asean Mall sebagai pemangkin serta pemula kepada ekonomi Islam berasaskan konsep Wakaf Istithmar atau lebih dikenali sebagai Wakaf Pelaburan. 4.0 PENGENALAN: 4.1 Bandar Wakaf ‘Madinatussalam’ Bandar Wakaf ‘Madinatussalam’ adalah merupakan sebuah projek pembangunan bandar baru yang berlokasi di Wilayah Pattani, Thailand. Projek ini bertujuan untuk mencipta sebuah bandar model yang menggabungkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam sambil mendorong pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial, dan pelestarian budaya. Projek ini dilancarkan oleh Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Pattani (Pattani Provincial Administration Organization atau PAO) dan mendapat sokongan dari kerajaan Thailand. Ia merancang pembinaan sebuah bandar yang mencerminkan cita-cita keamanan, harmoni, dan kelestarian. Pembangunan termasuk penubuhan kawasan kediaman, kawasan komersial, institusi pendidikan, fasiliti penjagaan kesihatan, ruang rekreasi, dan infrastruktur penting lain. Madinatussalam Pattani bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat dengan menyediakan perumahan yang lebih baik, peluang pekerjaan, dan perkhidmatan awam yang diperbaiki. Projek ini juga bertujuan untuk mempromosikan pelancongan agama dan menarik pengunjung yang berminat untuk mengalami perpaduan unik antara budaya Islam dan tempatan. Antara komponen yang terdapat dalam projek ini adalah seperti: 20

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 1. Universiti Fatoni 2. Hospital 3. Islamic Center (Masjid) 4. Kawasan Komersial 5. Kawasan perumahan 6. Kawasan Perindustrian (Gambarajah Pelan Pembangunan Bandar Wakaf ‘Madinatussalam’) 4.2 ASEAN Mall, Pattani, Thailand. ASEAN Mall, Pattani adalah merupakan salah satu projek di bawah pelan pembangunan Bandar Wakaf ‘Madinatussalam’ di wilayah Pattani, Thailand. Ianya mula dibina pada tahun 2017 dan telah siap sepenuhnya pada bulan April 2021 yang lalu. Projek ini telah dimiliki, dibangunkan serta dioperasikan oleh syarikat UNITI Group 1436 Co. Ltd. secara konsesi 30 tahun ; di mana pada tahun 2050 keseluruhan aset ASEAN Mall akan diwakafkan secara rasmi kepada ‘mutawali wakaf’ (pemegang amanah wakaf) di sana iaitu Yayasan Madinatussalam. Selain berfungsi sebagai Mall Komuniti, ASEAN Mall juga mengambil peranan sebagai ‘Pintu Masuk’ ataupun ‘Gateway’ bagi sektor perdagangan, pelancongan mahupun pendidikan. Sehingga kini, sudah banyak produk yang telah berjaya dieksport dari Malaysia ke Thailand melalui ASEAN Mall, antaranya ARTERA Toys, Tamar Cocoa Al-Haddad, Roti Canai Fatihah dan Cappuccino Madina. Kini, ASEAN Mall sedang bergiat lebih aktif untuk melibatkan lebih banyak produk dari negara Malaysia, Indonesia dan negara-negara ASEAN yang lain. 21

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 5.0 APA ITU GATEWAY? ● Takrifan ‘Gateway’ atau ‘Pintu Masuk’ ialah - suatu lokasi atau tempat yang boleh menjadi penghubung kepada negara-negara berdekatan. ● Sebagai contoh: ○ Singapura merupakan penghubung antara negara-negara Eropah/Usa dengan negara-negara ASEAN yang lain. ○ Dubai merupakan penghubung antara negara-negara timur tengah, Iran, Russia, Eropah dan Asia. 6.0MENGAPA TIGA (3) WILAYAH SELATAN THAILAND BOLEH MENJADI ‘GATEWAY’ BAGI ASEAN? 6.1 Faktor Lokasi Pattani, Yala, dan Narathiwat ataupun Selatan Thai secara umumnya merupakan sebuah lokasi yang amat strategik untuk dilangsungkan aktiviti perniagaan dan perdagangan import dan eksport terutamanya antara negara Malaysia dan Thailand di mana pedagang antara dua negara ini tidak memerlukan pengangkutan/ kargo udara mahupun pengangkutan laut untuk menghantar barangan mereka ke negara seberang. Hal ini telah memberikan keuntungan besar buat mereka dalam menanggung kos logistik terlibat. (Peta Negara-Negara ASEAN dari segi penggunaan bahasa setempat) 6.2 Faktor Bahasa Antara keunikan lokasi di Pattani dan Selatan Thai ini adalah dari segi keupayaan mereka dalam berbahasa thailand/ siam dan bahasa Melayu pada satu masa yang sama di mana kita boleh melihat keajaiban ini berlaku bukan hanya dalam kalangan dewasa, namun ianya 22

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 juga berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kebolehan ini pasti akan memudahkan para pedagang untuk berniaga di sana. Tambahan dari itu, produk atau servis para pedagang dari negara-negara Selatan ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei akan lebih mudah untuk dikembang ke kawasan yang lebih tinggi di utara ASEAN seperti Laos, Vietnam, Filipina dan lain-lain ; melalui rakan niaga dari Selatan Thailand yang mahir dan memahami bahasa siam dan melayu. 7.0 PERANAN ASEAN MALL DALAM MENJADIKAN 3 WILAYAH INI SEBAGAI GATEWAY 7.1 Mengubah Persepsi Kurang Baik Terhadap Selatan Thailand. Sejak peperangan yang telah berlaku antara pejuang-pejuang islam melayu di selatan thailand dan tentera siam pada tahun 2004 dahulu, berlaku banyak kerosakan serta kemalangan yang terjadi. Situasi ini terus berlaku tahun demi tahun sehingga menunjukkan suasana tidak stabil di kawasan tersebut dan menyebabkan kerencatan ekonomi, pembangunan dan kehidupan di sana. Walaupun situasi kain beransur pulih sejak tahun 2015 lagi, agak sukar untuk Pattani mengubah persepsi orang-orang dari luar negara terhadap status keamanan di sana. Sehinggalah ASEAN Mall dibina, ianya serba sedikit telah mengubah persepsi ramai pihak terhadap selatan thailand samada di peringkat masyarakat awam, peniaga, pedagang, sehingga ke peringkat kerajaan; bahawa Pattani dan Selatan Thailand kini merupakan kawasan yang selamat untuk berniaga, melabur dan membina pembangunan. 7.2 Meningkatkan Semangat Masyarakat tiga (3) Wilayah untuk Memainkan Peranan sebagai ‘Gateway’. Kewujudan ASEAN Mall juga secara tidak langsung telah mencetus semangat penduduk di selatan Thailand untuk bangkit memajukan ekonomi mereka dalam segenap aspek. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan mereka terhadap program-program antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak ASEAN Mall. Sebelum ini kebanyakan mereka lebih gemar mengambil langkah melakukan perniagaan di luar kawasan mereka. Sebagai bukti kukuh, di Malaysia, terdapat lebih kurang 40,000 restoran Tom Yam yang telah ditubuhkan hal ini kerana kurangnya peluang di tempat mereka. 7.3 Memberikan Pendedahan yang lebih Profesional dalam Pengurusan Perniagaan. Melalui penglibatan negara-negara jiran yang lain seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain, masyarakat serta rakyat di Pattani dan selatan Thailand pasti akan didedahkan dengan pelbagai budaya baru yang lebih baik dan profesional serta efektif dalam memajukan negara mereka. 7.4 Melalui Penganjuran Program serta Aktiviti di Peringkat Lokal dan Antarabangsa. 23

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 ASEAN Mall juga telah memainkan peranan yang sangat baik dengan menganjurkan pelbagai program serta aktiviti di peringkat lokal dan antarabangsa antaranya seperti: ● Ekspo Perdagangan (Trade Fair): ○ ASEAN Halal Expo (AHEX) ○ MAROI Festival ○ Festival Food Truck ● Pelancongan: ○ ASEAN Treasures ○ ASEAN Brand Shop ○ Pelancongan Wakaf ○ Pelancongan Bersejarah (Sejarah Nusantara) ○ Pelancongan Perniagaan ○ Pelancongan Rohani ● Pendidikan: ○ Pusat-pusat Bahasa ○ Pertandingan Pendidikan 8.0 PERANAN ASEAN MALL SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA WAKAF PELABURAN DALAM PEREKONOMIAN ISLAM. 8.1 Konsep Wakaf Pelaburan (Wakaf Istithmar): “WAKAF” dari segi bahasa ialah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “mengurung atau menahan”. “WAKAF” dari segi syarak ialah menahan asal sesuatu daripada jual beli dan milik pusaka serta memaju dan membelanjakan hasilnya pada jalan 24

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 kebaikan dan kebajikan. Tujuan wakaf adalah untuk taqarrub (mendekati) kepada Allah dan mendapat pahala hanya daripada Allah. Pengertian wakaf dari segi syarak, ternyata menunjukkan bahawa Islam menggalakkan supaya umatnya berusaha menghasilkan manfaat (samarah) daripada harta wakaf, bukan dibiarkan bersahaja tanpa hasil yang dapat diguna atau dibelanjakannya. Itulah di antara ciri-ciri harta wakaf yang merupakan bahan pelaburan atau Istismar (‫ )اﺳﺗﺛﻣﺎر‬atau investment yang bukan sekadar semata-mata untuk mencari keuntungan dari sudut kebendaan sahaja, tetapi ia merupakan kekuatan, keberkatan dan keuntungan maknawi yang cukup tinggi dan berharga di dunia dan di akhirat. Maka secara khususnya Wakaf Pelaburan (Wakaf Istithmar) itu bermaksud dana yang diwakafkan ke dalam sebuah projek yang akan menjadi aset wakaf pada masa tertentu atau terkemudian, ianya bersifat produktif dan mampu untuk menghasilkan keuntungan kewangan di dunia. Sebahagian dari keuntungan tersebut juga boleh diberikan kepada para pelabur wakaf samada dalam bentuk hibah mahupun pulangan dividen, tanpa mengubah status (menjual atau mengubah hak milik kepada bukan wakaf) saham yang telah diwakafkan tersebut. Dalam konteks ASEAN Mall, UNITI Group 1436 Co. Ltd. (UG) (Pemilik serta Pengurus ASEAN Mall Pattani) telah menawarkan sebahagian saham mereka untuk dibeli yang kemudiannya akan diwakafkan kepada badan wakaf di Pattani iaitu Yayasan Madinatussalam, setelah lengkap tempoh konsesi 30 tahun seperti yang telah dimeterai antara (UG) dan Yayasan Madinatussalam. Peserta yang juga dinamakan sebagai ‘Pelabur Wakaf’ ini boleh memilih samada ingin terus melakukan Wakaf Pelaburan ataupun hanya melabur sebagai Pelaburan Langsung (Direct Investment) terlebih dahulu ke dalam (UG). Pelabur yang melabur secara langsung (tanpa wakaf) bolehlah menikmati pulangan dividen setiap tahun (bergantung kepada prestasi bisnes) sehingga lengkap tempoh konsesi 30 tahun serta boleh menjual saham mereka kepada pihak lain. Manakala Pelabur Wakaf yang telah berniat untuk terus mewakafkan saham mereka, tidak boleh sama sekali untuk menjual mahupun memindahkan hak milik saham yang telah diwakafkan tersebut. Namun begitu, mereka masih layak untuk menerima sebarang hibah mahupun pulangan dividen daripada pihak (UG) dalam tempoh konsesi. 25

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 8.2 Konsep Pertama di Dunia yang telah berjaya diimplementasikan: Secara teori, telah banyak perbincangan yang telah dilakukan di program-program serta seminar-seminar wakaf yang menekankan soal kepentinan untuk dilakukan projek-projek wakaf yang bersifat lebih produktif. Namun, yang menjadi permasalahan lanjut adalah dari sudut implementasi dan pelaksanaan. Setakat pemerhatian kami, belum pernah ada ‘Mall’ yang menggunakan konsep Wakaf Pelaburan ini ; di mana penawaran dibuka kepada umum untuk memiliki saham secara wakaf pelaburan dan menikmati pulangan dividen secara tahunan serta pada masa yang sama mengharapkan pahala berterusan dari Allah s.w.t. Kombinasi lengkap yang ada terhadap projek ASEAN Mall ini merangkumi aspek Wakaf, Perniagaan, Pelaburan Pendidikan, Pelancongan, Keusahawanan, Import dan eksport serta pembangunan ekonomi negara minoriti muslim ini sangatlah cantik dan baik untuk dicontohi dan diimplementasikan di negara-negara yang lain. Mereka yang terlibat awal pasti akan mendapat ganjaran yang lebih seiring dengan Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: ‫ﺳ ﱠﻧ‬ ‫ا ًﻹً ًﺳ‬ ‫ًﻲ وًﻣ ﺳﱠن‬ ‫ًنﻏ ًﯾًر أن ﻣًن‬ ،ُ‫ﺑًﻌ ده‬ ‫ًﻣ‬ ‫ وأًﺟر ﻣن‬،‫أًﺟرًھﺎ‬ ‫ًﺳ ًﻧ‬ ً ‫ﻣن ﺳﱠن اًﻹً ًﺳ ًﻼ‬ ً ‫ًﻼ ًمﻓﻲ‬ ‫ﺷ ن‬،‫ًء‬ ‫ﯾ ًﻧﻘﻣ أً ًﺟو ًر‬ ‫ﺑًﺎﮭ‬ ‫ًل‬ ‫ﻓًﻠًﮫ‬ ،‫ًﺔﺣ‬ ‫م ﺳ ﱠﻧ ًﺔ ﻓﻲ‬ ‫ﺔ‬ ‫ﻋ‬ ‫ھً ًمص‬ ‫ًﯾًر أن‬ ‫أو ًزاًرًھ ﺷ ًﻲ ًء‬ ‫ﯾ ًﻧﻘﻏ‬ ‫ﺳ ﱢﯾًﺋًﺔ ﺎﻛً ًﯾً وًزرًھ وًوًز ًنﻋ ًﻣ ًل ﻣن ﺑًﻌًده ﻣن‬ ،ًُ ‫ﺑ ﮭًﺎﻣ‬ ‫ن ﮫ ﺎ ر‬، ‫ًمصﻣًن‬ ‫ﻋًﻠ‬ “Barangsiapa yang membuat sunnah hasanah dalam Islam maka dia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang membuat sunnah sayyi’ah dalam Islam maka ia akan mendapatkan dosa dan dosa orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun” (HR Muslim) 8.3 Peranan Wakaf Pelaburan dalam Memajukan Ekonomi Islam: Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan soal keadilan dan kesejahteraan. Jika dengan hanya bergantung kepada konsep semasa yang kebanyakannya lebih condong ke arah kapitalis, ianya hanya akan menambahkan lagi kesenjangan antara golongan kaya dan miskin. Hal ini akan menyebabkan berlakunya kelemahan serta suasana yang tidak sejahtera dalam kalangan masyarakat pada jangka masa yang panjang. Maka disebabkan itu, konsep-konsep dalam kewangan islam amat penting untuk diambil kira dan diamalkan kerana ianya lebih stabil, adil dan sejahtera. Pendekatan kewangan islam adalah lebih berobjektifkan ‘taqarrub’ kepada Allah s.w.t. berbeza dengan sistem kapitalis yang lebih menjadikan keinginan nafsu sebagai objektif utama. Selain Zakat, Wakaf juga merupakan salah satu instrumen yang mampu memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi umat islam. Sebagai contoh, melalui sistem Wakaf khususnya sistem Wakaf Pelaburan, kos ’property’ yang telah diwakafkan akan menurunkan harga sewa kedai yang diwakafkan tersebut. Maka, lebih ramai usahawan kecik yang dapat berniaga secara kompetetif dan setaraf dengan perniagaan lain yang lebih 26

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 besar. Di samping itu, harga jualan juga akan menjadi lebih rendah disebabkan kos sewaan yang lebih bersifat mampu milik. Secara makronya pula, konsep Wakaf Pelaburan ini akan mampu menarik minat lebih ramai pemaju hartanah dan peniaga untuk melabur harta mereka dalam bentuk yang lebih besar. Justeru itu, ia akan meningkatkan lagi produktiviti dalam kalangan masyarakat. 9.0 HALANGAN KEJAYAAN DAN CARA MENGATASINYA 9.1 Halangan Pertama: Persepsi Tidak Aman: Sejak peperangan serta pergolakan politik di daerah selatan Thailand 20 tahun yang lepas, persepsi masyarakat luar amatlah tidak baik. Kebanyakannya akan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke kawasan selatan thai atas faktor keselamatan. Hal ini ditambah lagi dengan limpahan liputan media yang banyak memberikan fokus terhadap kes-kes pengeboman dan rusuhan yang pada hakikatnya telah lama berkurangan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan beberapa usahawan dari luar negara yang ingin mengambangkan perniagaan di daerah ini terpaksa membatalkan niat mereka setelah mendengar khabar-khabar berita yang kurang menyenangkan ini. Perkara ini amatlah tidak sihat untuk kesejahteraan ekonomi jangka masa panjang di selatan thailand. 9.2 Halangan Kedua: Kesatuan dalam kalangan penduduk di tiga (3) wilayah Selatan Thai: Selain persepsi yang tidak aman, isu kesatuan dalam kalangan penduduk di ketiga-tiga wilayah tersebut juga memainkan peranan yang sangat penting. Perpecahan yang berterusan telah menyumbang kepada berlakunya kerencatan terhadap inisiatif-inisiatif baru yang ingin dibangunkan demi kemajuan ekonomi setempat. Apa yang berlaku terhadap inisiatif ASEAN Mall sebelum ini antaranya ialah berlakunya boikot dalam kalangan beberapa kumpulan berpangaruh yang tidak bersependapat dengan sebahagian individu yang terlibat sama dalam projek ini. Hal ini sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak baik terhadap inisiatif yang ingin dibangunkan. Bahkan ia boleh merebak ke peringkat antarabangsa sekiranya ia tidak dibendung dengan baik. 9.3 Cara Mengatasi Halangan-Halangan di atas: 9.3.1 Melakukan Sesi Penerangan: Sesi penerangan telah dilakukan secara kerap dan berterusan ke kampung- kampung, masjid, universiti dan pelbagai tempat yang lain. Ianya bertujuan untuk memberi gambaran dan mesej yang sebenar akan inisiatif besar yang sedang dilakukan ini. Setakat sesi-sesi penerangan yang telah dilakukan, kesemuanya telah bersetuju dan menyokong akan inisiatif ini. Maka pihak ASEAN Mall berpandangan, pendekatan memberi penerangan berfokus ini perlulah dilakukan secara berterusan dengan sokongan lebih ramai pihak. 27

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Antara kandungan penerangan yang perlu diterapkan adalah: 1. Tujuan dan objektif ASEAN Mall iaitu untuk membantu membangunkan ekonomi di selatan thailand 2. Memaklumkan bahawa ASEAN Mall ini adalah milik semua umat islam dan kerana ianya adalah aset Wakaf yang perlu dipertahankan dan dimajukan. 3. Potensi selatan thailand untuk menjadi negeri yang aman dan maju sekiranya ekonomi stabil. 4. Peranan orang-orang selatan Thailand dalam merealisasikan idea ‘Gateway’ dalam aspek perdagangan, pelancongan dan pendidikan. 5. Walaupun berbeza pendapat, mazhab mahupun ideologi, namun masyarakat di selatan thailand khususnya melayu islam, perlulah bersatu dalam aspek ekonomi dan perniagaan. 6. Masyarakat di selatan Thailand perlu sama-sama menyokong inisiatif pemula ini iaitu ASEAN Mall, Pattani ataupun sekurang-kurangnya tidak memboikot inisiatif ini. 9.3.2 Perniagaan dan peningkatan ekonomi 3 Wilayah Antara faktor yang menyebabkan meningkatnya kes dadah, penceraian, jenayah di selatan Thailand mahupun di mana-mana negara sekalipun adalah antaranya kerana ekonomi yang tidak stabil serta membebankan. Arakian, negara perlulah menyediakan peluang pekerjaan mencukupi kepada anak-anak muda terutamanya kerana anak muda adalah generasi yang akan mencorak kemajuan sesebuah negara. Berjayanya anak muda di sesebuah nehara, majulah negara tersebut. Sekiranya pembangunan, perniagaan dan ekonomi di sesuatu tempat itu lebih maju, ianya pasrti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan justeru mengurangkan kadar kemiskinan dan kefakiran. Tambahan dari itu, peluang perniagaan haruslah dibuka dan diperbanyakkan dengan membawa serta menggalakkan lagi kemasukan produk-produk serta jenama baru dari luar negara terutamanya yang membuka peluang untuk menjadi francais, agen mahupun pengedar mereka. 9.3.3 Pelaburan di tiga (3) Wilayah Selain dua perkara di atas, pelaburan di tiga (3) wilayah Selatan Thai ini juga merupakan aspek yang amat penting yang akan menjadi punca kekuatan kepada pembangunan serta perkembangan ekonomi setempat. Ianya penting bagi melajukan serta memudahkan lagi proses perkembangannya. Pelaburan yang ditawarkan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama pelaburan secara langsung (Direct Investment) ke dalam syarikat melalui pembelian ekuiti, pelaburan melalui pemegang amanah yang dilantik dan sebagainya. Hal ini termasuklah apa yang sedang diimplementasikan oleh pihak ASEAN Mall iaitu konsep Wakaf Pelaburan ataupun ‘Wakaf Istithmar’. Ianya salah satu bentuk yang amat signifikan terutamanya untuk menarik pelabur-pelabur yang beragama islam kerana selain memperoleh pulangan keuntungan, mereka juga akan memperoleh ganjaran pahala secara berterusan sebaga persediaan kehidupan di akhirat sana. 28

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 10.0 KESIMPULAN Penulis merumuskan abstrak kertas kerja ini kepada beberapa kesimpulan mudah iaitu: 10.1 Tiga (3) wilayah di Selatan Thai ini iaitu merangkumi wilayah Pattani, Yala, dan Narathiwat, merupakan wilayah yang amat berpotensi untuk berfungsi sebagai kawasan ‘Pintu Masuk’ ataupun ‘Gateway’ kepada negara-negara ASEAN. Hal ini khususnya buat negara-negara Utara ASEAN merangkumi Thailand serta negara- negara Indochina yang lain dan negara-negara Selatan ASEAN merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei. Namun, masyarakat serta kerajaan di Thailand perlulah memainkan peranan untuk membuka ruang dan peluang kepada masyarakat ASEAN bagi merealisasikan serta memanfaatkannya. 10.2 ASEAN Mall sebagai pemula dan pemangkin Misi ‘Gateway’ Selatan Thailand. Hal ini kerana penglibatan dalam ASEAN Mall adalah sangat dinamik di mana ianya melibatkan secara aktif dan secara langsung dari pelbagai negara ASEAN ; dari pelbagai peringkat samada kerajaan, kementerian, institusi diraja, swasta, syarikat korporat, persatuan, koperasi, institusi pendidikan dan institusi pelancongan. 29

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 TAHAP PENGUASAAN KENDIRI PEDAGOGI TERBEZA DALAM KALANGAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM DAERAH KOTA BHARU Aniza bintit Yusoff Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kelantan. [email protected] ABSTRAK Bimbingan Pedagogi Terbeza peringkat daerah Kota Bharu telah dilaksanakan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020. Pada tahun 2021, Fokus bimbingan pedagogi terbeza adalah ketua panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2022, bimbingan pedagogi terbeza secara dalam talian telah dilaksanakan kepada semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di sekolah rendah dan menengah. Dari itu, pada tahun 2023, satu instrumen kendiri telah dibina bagi mengesan tahap penguasaan pedagogi terbeza dalam kalangan PKP. Instrumen diedarkan melalui “Google Form” untuk dijawab oleh semua PKP sekolah rendah dan menengah. Seramai 37 orang PKP dari 47 buah sekolah menengah (78.72%) dan 70 orang PKP dari 96 buah sekolah rendah (79.92%) telah menjawab soal selidik yang diberikan. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan pemahaman konsep pedagogi terbeza, pengetahuan ciri-ciri pedagogi terbeza, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pengajaran pedagogi terbeza dan tahap keupayaan menyebarkan kemahiran pedagogi terbeza, dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah. Dapatan menunjukkan bahawa tidak ada PKP sekolah rendah dan menengah yang memberikan skor 1 (sangat rendah) atau skor 2 (rendah) bagi kesemua soalan dalam “Google Form” yang diberi. Majoriti PKP memberikan skor 3 (sederhana), skor 4 (tinggi) dan skor 5 (sangat tinggi) kepada soalselidik yang diberi. Secara keseluruhan, para PKP memberikan skor 4 sebagai respon soalselidik. Ini menunjukkan tahap kefahaman PKP sekolah rendah dan menengah terhadap pedagogi terbeza telah meningkat. Dapatan kajian juga dibincangkan secara perbandingan peratus bagi item soalselidik antara PKP di sekolah menengah dan PKP sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kefahaman pedagogi terbeza yang diukur secara kendiri oleh PKP berada pada tahap tinggi. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan bahawa pedagogi terbeza telah dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap kemahiran melaksanakan PdP yang berkesan, menyeronokkan dan menarik minat murid. Kata kunci: Pedagogi Terbeza, PdP, bimbingan, penilaian kendiri, 30

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 PENDAHULUAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2018-2025 telah menggariskan 19 Inisiatif Utama yang merangkumi Inisiatif Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu. Di antara tujuan Inisiatif Utama adalah untuk menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan pembetulan untuk menangani prestasi yang menurun. Program Peningkatan Profesionalisme Pedagogi Terbeza Guru Bahasa Melayu ialah satu daripada 16 Program di bawah Inisiatif 108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu yang diterajui oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dengan Kerjasama daripada Institut Pendidikan Guru Kampus yang lain. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan dalam Inisiatif 108 bertujuan untuk meningkatkan pemerolehan dan kompetensi Bahasa Melayu murid dan berhasrat untuk mencapai 90% murid mendapat kredit dalam Bahasa Melayu pada tahun 2025.Teraju bagi mencapai Hasrat tersebut ialah guru. Hal ini disebabkan guru berperanan untuk memberikan pengalaman pembelajaran bermakna yang berterusan kepada murid. LATARBELAKANG KAJIAN Demi menyahut seruan kerajaan melalui PPPM 2013-2025, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di sekolah menengah dan rendah adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan kurikulum di sekolah selepas Pengetua dan Guru Besar. Mereka termasuk dalam kumpulan yang dipanggil sebagai Senior Leader Team (SLT). SLT perlu mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam bidang kurikulum, Peningkatan Profesionalisme guru Bahasa Melayu dalam Pedagogi Terbeza adalah menjadi fokus di semua sekolah di Malaysia. Justeru, PKP perlu mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap Pedagogi Terbeza. Bermula dari konsep Pedagogi Terbeza, ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pedagogi Terbeza dan keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza perlu dikuasai dengan mantap oleh para SLT khususnya PKP. PERMASALAHAN KAJIAN Hasil pemerhatian ke atas pengajaran guru di bilik darjah secara rawak pada tahun 2022 menunjukkan bahawa guru-guru masih lagi mengamalkan pengajaran berpusatkan guru. Soal selidik tentang tahap pengetahuan guru terhadap pedagogi Terbeza menunjukkan guru masih berada di tahap rendah. Oleh itu timbul persoalan tentang peranan SLT sebagai pembimbing guru di sekolah masing-masing. PKP memainkan peranan utama dalam membimbing guru-guru bagi meningkatkan pedagogi mereka di bilik darjah. PKP perlu mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam konsep, ciri-ciri pengajaran, pelaksanaan PdP di bilik darjah dan keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza kepada guru-guru di sekolah mereka. OBJEKTIF KAJIAN Objektif 1 – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman konsep Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Objektif 2 - mengetahui sejauh mana tahap pemahaman ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran 31

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Objektif 3 – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman pelaksanaan pengajaran dan Objektif 4 pembelajaran (PdP) Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran SKOP KAJIAN Kajian dilaksanakan di 96 buah sekolah rendah 47 buah sekolah menengah dalam PPD Kota Bharu. Peserta kajian terdiri daripada satu orang Penolong Kanan Pentadbiran dari setiap sekolah tersebut. Seramai 37 orang PKP dari 47 buah sekolah menengah (78.72%) dan 70 orang PKP dari 96 buah sekolah rendah (79.92%) telah menjawab soal selidik yang diberikan. KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini sangat penting kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2018- 2025 telah hampir sampai ke penghujungnya. Fasa ketiga dalam PPPM adalah memacu kecemerlangan di mana sekolah-sekolah sepatutnya sudah dapat diupayakan dan Senior Leader Team (SLT) yang terdiri daripada Pengetua dan Penolong Kanan telah dapat memainkan peranan mereka sebagai pembimbing Pedagogi Terbeza di sekolah. Menerusi konsep Pedagogi Terbeza ini, jelas menunjukkan ia sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah memandangkan peningkatan kepelbagaian murid di bilik darjah dan ia dapat merapatkan jurang pencapaian antara murid. Hal ini selari dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) di mana terdapat objektif untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid perlu dilaksanakan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21). Tugas guru adalah untuk mengenal pasti potensi murid, memberi fokus kepada pembelajaran murid seterusnya memilih kaedah pedagogi yang sesuai dengan murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dapatan kajian akan membolehkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu melaksanakan bimbingan yang lebih berfokus bagi menangani permasalahan yang dihadapi dalam membudayakan Pedagogi Terbeza di semua sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Bharu. SOROTAN LITERATUR Sorotan kajian lain Kajian oleh Roa’ini dan Nor Rul Azlifah (2019) menunjukkan bahawa pendekatan Pedagogi Terbeza oleh guru dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid daripada pelbagai latarbelakang. Oleh itu guru perlu diberi pendedahan yang jelas dan meluas tentang kepenting pendekatan Pedagogi Terbeza agar dapat melaksanakannya dengan baik. Danial (2020) menyatakan pendekatan pengajaran berbeza merupakan salah satu cara bagaimana guru boleh mengatasi kepelbagaian keperluan murid dalam proses PdP yang guru hadapi di dalam bilik darjah dan di persekitaran sekolah. Kajian Abd. Khahar bin Saprani et al. (2018) yang menyatakan Pedagogi Terbeza merupakan suatu pedagogi yang bersifat mudah lentur dan diubah suai mengikut kepelbagaian murid dan secara tidak langsung dapat memberi keadilan kepada murid yang pelbagai di dalam bilik darjah. METODOLOGI 32

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Rekabentuk kajian Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan analisa dapatan soal selidik terhadap Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kota Bharu. Instrumen yang digunakan diambil daripada Soal selidik diubah suai daripada kajian Danial (2020) yang diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Volume 10 Bilangan 2 November 2020 berkaitan pendekatan pengajaran Terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sampel kajian Kajian ini melibatkan 96 orang Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah dan 47 orang Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu. Instrumen kajian Instrumen soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data. Borang soal selidik ini dibentuk berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang dijalankan. Item dipecahkan kepada emppat bahagian bagi menjawab soalan mengenai konsep Pedagogi Terbeza, ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza, pelaksanaan Pedagogi Terbezadalam PdP di bilik darjah dan keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran. Skala Likert 1 sehingga 5 digunakan bagi mewakili interpretasi sampel yang diwakili respons 1 = rendah, 2 = rendah, 3 = sederhana, 4 = tinggi dan 5 = sangat tinggi. Kaedah pengumpulan data Penolong Kanan Pentadbiran dari sekolah rendah dan menengah diminta untuk menjawab soal selidik yang diberikan semasa Bimbingan Pelaksanaan Pedagogi Terbeza kepada Penolong Kanan Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu tahun 2023. Analisis data Soal selidik dianalisis secara deskriptif. Dapatan dari soal selidik dianalisis menggunakan spreadsheet Excel untuk mendapatkan peratus bagi setiap item yang diberi. Perbandingan peratus item dicapai oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah menengah dibandingkan dengan peratus item dicapai oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah rendah untuk melihat perbezaan tahap kefahaman dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran. DAPATAN KAJIAN Pengenalan Kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah dan menengah terhadap Pedagogi Terbeza. Sejauh mana Penolong Kanan Pentadbiran dapat menyelesaikan isu yang timbul semasa guru melaksanakan pengajaran Pedagogi Terbeza dan apakah intervensi yang boleh dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dalam pengajaran Pedagogi Terbeza adalah sangat bergantung kepada tahap kefahaman mereka terhadap konsep Pedagogi Terbeza, ciri-ciri pengajaran dalam Pedagogi Terbeza, pelaksanaan PdP Terbeza di bilik darjah dan keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza kepada guru-guru di sekolah mereka. Tahap Penguasaan Pemahaman Konsep Pengajaran Pedagogi Terbeza 33

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Objektif 1 – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman konsep Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Data soal selidik menunjukkan skor tahap penguasaan kemahiran Pedagogi Terbeza dan kesediaan untuk mengajar di bilik darjah adalah sebanyak 88.39% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 90.0% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap kefahaman konsep Pedagogi Terbeza dalam PdP adalah sebanyak 78.38% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 88.57% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman konsep Pedagogi Terbeza dalam mata pelajaran diajar adalah sebanyak 78.38% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 90.00% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman konsep Pedagogi Terbeza yang penting dalam mata pelajaran diajar adalah sebanyak 73.17% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 81.43% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman mengapa ilmu Pedagogi Terbeza penting dalam PdP adalah sebanyak 80.88% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 84.29% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Rumusannya, tahap penguasaan pemahaman konsep pengajaran Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah berada pada skor 4+ tinggi dan skor 5 = sangat tinggi. Jadual 1: Menunjukkan Tahap Penguasaan Pemahaman Konsep Pengajaran Pedagogi Terbeza BI PKP MENENGAH (% PKP RENDAH L Tahap Penguasaan) (% Tahap Penguasaan) 12 3 4 5 Soalan 12 3 4 5 1.4 Saya menguasai kemahiran 0 3 8.57 80 10 1 Pedagogi Terbeza 21.6 70.2 dan bersedia untuk mengajar di bilik darjah. 00 27 8.11 2 Saya memahami dengan jelas 21.6 62.1 16.2 11.4 71.4 17.1 3 34 konsep Pedagogi Terbeza. 0 0 2 6 2 00 Saya mengetahui konsep 21.6 62.1 16.2 3 Pedagogi Terbeza dalam 00 26 2 00 10 70 20 pengajaran mata pelajaran yang saya ajar. Saya dapat menjelaskan 4 konsep Pedagogi Terbeza yang penting dalam pengajaran mata 27.0 59.4 13.5 18.5 68.5 12.8 003 6 1 7 76 pelajaran yang saya ajar. 00 Saya dapat mengetahui 5 mengapa ilmu Pedagogi Terbeza penting dalam pengajaran mata 18.9 70.2 10.8 15.7 64.2 002 7 1 19 pelajaran yang saya ajar. 00 20 Sumber: Instrumen Pedagogi Terbeza adaptasi 34

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 daripada kajian Danial (2020) Tahap Penguasaan Pengetahuan Ciri-Ciri Pengajaran Pedagogi Terbeza Objektif 2 - mengetahui sejauh mana tahap pemahaman ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Data soal selidik menunjukkan skor kefahaman ciri-ciri Pedagogi Terbeza bagi kelas yang diajar adalah sebanyak 81.08% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 85.72% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman ciri-ciri permasalahan dalam PdP Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 86.49% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 91.42% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman kriteria-kriteria Pengajaran Terbeza adalah sebanyak 64.87% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 75.71% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman aspek yang harus dibezakan dalam Pengajaran Terbeza adalah sebanyak 78.37% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 78.57% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman aspek langkah pembentukan kumpulan dalam Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 91.89% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 84.28% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman teknik dan strategi pembentukan kumpulan dalam Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 78.38% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 78.57% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor kefahaman dalam membezakan pengajaran melalui kandungan, proses, produk dalam Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 86.49% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 81.43% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Rumusannya, tahap penguasaan pemahaman konsep pengajaran Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah berada pada skor 4+ tinggi dan skor 5 = sangat tinggi. Jadual 2: Menunjukkan Tahap Penguasaan Pengetahuan Ciri-Ciri Pengajaran Pedagogi Terbeza BIL PKP MENENGAH (% Tahap PKP RENDAH Soalan Penguasaan) (% Tahap Penguasaan) 12 3 4 5 Saya memahami konsep 12 3 4 5 1 Pedagogi Terbeza bagi 0 0 14.29 71.43 14.29 0 0 18.92 70.27 10.81 kelas ini 2 Saya mengetahui masalah pengajaran dan pembelajaran di kelas ini. 0 0 13.51 75.68 10.81 0 0 8.57 75.71 15.71 3 Saya dapat menghuraikan kriteria-kriteria Pengajaran Terbeza. 0 0 35.14 59.46 5.41 1.43 0 22.86 70 5.71 Saya mengetahui aspek- 4 aspek yang harus dibezakan / dipelbagaikan dalam Pengajaran Terbeza mata pelajaran ini. 0 0 21.62 64.86 13.51 0 0 21.43 65.71 12.86 0 0 15.71 68.57 15.71 5 Saya mengetahui bahawa 0 0 8.11 83.78 8.11 35

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Langkah pembentukan kumpulan mengikut kriteria tertentu adalah penting dalam Pengajaran Terbeza Saya mengetahui teknik dan strategi membentuk 6 kumpulan dalam Pengajaran Terbeza mata pelajaran ini. 0 0 21.62 72.97 5.41 0 0 21.43 67.14 11.43 0 0 18.57 68.57 12.86 Saya mengetahui guru boleh membezakan 7 pengajaran melalui kandungan, proses, dan produk pembelajaran dalam Pengajaran Terbeza. 0 0 13.51 81.08 5.41 Sumber: Instrumen Pedagogi Terbeza adaptasi daripada kajian Danial (2020) Tahap Penguasaan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran Pedagogi Terbeza Objektif 3 – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Data soal selidik menunjukkan skor tahap penguasaan pelaksanaan perancangan PdP Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 72.97% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 82.86% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap penguasaan pelaksanaan Rancangan Pelajaran Harian bagi PdP Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 68.27% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 81.42% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap penguasaan pelaksanaan teknik dan strategi Pedagogi Terbeza yang berkesan adalah sebanyak 72.97% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 80.00% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap penguasaan pelaksanaan PdP Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 78.38% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 82.86% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap keyakinan guru dalam Pedagogi Terbeza bagi mata pelajaran di ajar adalah sebanyak 83.78% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 78.57% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap penguasaan guru dalam mengatasi kelemahan PdP Pedagogi Terbeza adalah sebanyak 80.45% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 77.14% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Rumusannya, tahap penguasaan pelaksanaan PdP Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah berada pada skor 4 = tinggi dan skor 5 = sangat tinggi. Jadual 3: Menunjukkan Tahap Penguasaan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran Pedagogi Terbeza BIL PKP MENENGAH (% Tahap PKP RENDAH Soalan Penguasaan) (% Tahap Penguasaan) 36

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 Guru dapat merancang 12 3 4 5 12 3 4 5 1 suatu pengajaran 0 0 27.03 72.97 0 0 0 17.14 68.57 14.29 terbeza untuk kelas. Guru mengetahui cara 0 0 29.73 62.16 8.11 0 0 18.57 65.71 15.71 2 menulis Rancangan Pengajaran Harian untuk kelas ini. Guru dapat menentukan Teknik dan strategi 3 Pengajaran Terbeza yang berkesan untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran mata pelajaran yang diajar. 0 0 27.03 70.27 2.7 0 0 20 72.86 7.14 Guru dapat melaksanakan 4 pengajaran bagi pembelajaran terbeza mata pelajaran ini di kelas. 0 0 21.62 72.97 5.41 0 0 17.14 71.43 11.43 Guru sangat yakin 0 0 21.43 67.14 11.43 5 mengajarkan mata pelajaran 0 0 22.86 67.14 10 ini di kelas. 0 0 16.22 70.27 13.51 Guru dapat mengatasi 6 kelemahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 0 0 18.92 78.38 2.7 Sumber: Instrumen Pedagogi Terbeza adaptasi daripada kajian Danial (2020) Tahap Keupayaan Menyebarkan Kemahiran Pedagogi Terbeza Objektif 4 – mengetahui sejauh mana tahap pemahaman keupayaan menyebarkan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran Data soal selidik menunjukkan skor tahap keupayaan membimbing Pedagogi Terbeza kepada guru-guru lain adalah sebanyak 72.98% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 78.57% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Skor tahap keupayaan menguasai dan menyampaikan Pedagogi Terbeza kepada guru-guru lain adalah sebanyak 62.16% (skor 4&5) bagi PKP sekolah menengah dan 77.14% (skor 4&5) bagi PKP sekolah rendah. Rumusannya, tahap keupayaan menyebarkan kemahiran Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah berada pada skor 4 = tinggi dan skor 5 = sangat tinggi. Jadual 4: Menunjukkan Tahap Keupayaan Menyebarkan Kemahiran Pedagogi Terbeza BIL PKP MENENGAH (% Tahap PKP RENDAH Soalan Penguasaan) (% Tahap Penguasaan) 37

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 12 3 45 12 3 4 5 67.57 5.41 72.86 5.71 Saya dapat 8.57 membimbing rakan / guru-guru untuk 1 merancang, mereka bentuk, melaksana, mengurus dan menilai pengajaran terbeza. 0 0 27.03 0 0 21.43 Saya mampu menguasai dan 2 dapat menyampaikan ilmu Pedagogi Terbeza kepada rakan guru yang lain. 0 2.7 35.14 59.46 2.7 0 0 22.86 68.57 Sumber: Instrumen Pedagogi Terbeza adaptasi daripada kajian Danial (2020) Rumusan Rumusannya, tahap penguasaan pemahaman konsep pengajaran Pedagogi Terbeza, tahap penguasaan ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza, tahap penguasaan pelaksanaan PdP Pedagogi Terbeza dan tahap keupayaan menyebarkan kemahiran Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah berada pada skor 4+ tinggi dan skor 5 = sangat tinggi. Namun begitu, skor bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah mengatasi skor bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah di antara 2-10% bagi setiap item. Ini menunjukkan tahap pemahaman Pedagogi Terbeza adalah lebih tinggi dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah dibandingkan dengan tahap pemahaman Pedagogi Terbeza dalam kalangan Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dalam daerah Kota Bharu. PERBINCANGAN Perbincangan dan rumusan kajian Kajian ini dilaksanakan melalui pengisian soal selidik dalam Google Form melalui pautan yang diberi kepada Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah rendah dan menengah. Penilaian kendiri dilakukan berdasarkan kefahaman, pengetahuan dan amalan responden dalam Pedagogi Terbeza. Empat objektif yang diukur dalam kajian ini iaitu tahap penguasaan pemahaman konsep pengajaran Pedagogi Terbeza, tahap penguasaan ciri-ciri pengajaran Pedagogi Terbeza, tahap penguasaan pelaksanaan PdP Pedagogi Terbeza dan tahap keupayaan menyebarkan kemahiran Pedagogi Terbeza bagi Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah menengah dan rendah adalah amat penting sebagai penanda aras kompetensi responden dalam Pedagogi Terbeza. Keterbatasan kajian Kajian ini dilaksanakan ke atas 96 buah sekolah rendah dan 47 buah sekolah menengah yang berada di dalam daerah Kota Bharu sahaja. Dari jumlah itu, seramai 37 orang Penolong Kanan Pentadbiran dari 47 buah sekolah menengah (78.72%) dan 70 orang PKP 38

PROSIDING KOLOKIUM ANTARABANGSA PERADABAN WILAYAH TIMUR LAUT 2023 dari 96 buah sekolah rendah (79.92%) telah menjawab soal selidik yang diberikan. Oleh itu, dapatannya tidak mewakili keseluruhan sekolah di dalam PPD Kota Bharu. Terdapat perbezaan dari segi tahap Pendidikan guru, bilangan tahun mengajar dan bilangan tahun menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang membezakan tahap kompetensi guru dalam Penarafan Kendiri Pedagogi Terbeza ini. Cadangan penambahbaikan Kajian ini boleh dijalankan secara lebih komprehensif dengan memastikan kesemua Penolong Kanan Pentadbiran dari 96 buah sekolah rendah dan 47 buah sekolah menengah yang ada dalam PPD Kota Bharu menjawab soal selidik bagi mendapatkan dapatan kajian yang lebih tinggi keesahan dan boleh digunakan sebagai rujukan. Instrumen kajian kuantitatif boleh dimasukkan bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam tahap kefahaman responden terhadap Pedagogi Terbeza. Kaedah kutipan data yang ditambahbaik akan membantu pengkaji mendapatkan data dapatan kajian yang lebih komprehensif dan mempunyai keesahan yang lebih tinggi. Penggunaan Perisian SPSS untuk menganalisis data dapat menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi menunjukkan signifikan kajian. Kesimpulan Cabaran dalam melaksanakan Pedagogi Terbeza di sekolah terletak di tangan guru-guru. Jika mereka mengamalkan ilmu Pedagogi Terbeza yang telah ditatarkan melalui bimbingan secara bersemuka dan maya, diharapkan perubahan di dalam iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan berlaku dan Pedagogi Terbeza boleh dibudayakan selari dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Tidak dinafikan, dalam melaksanakan Pedagogi Terbeza, prasarana turut memainkan peranan yang agak mengekang persediaan guru-guru mengikut tahap kebolehan murid (Halida & Zamri, 2021). Pengukuran tahap penguasaan kendiri Pedagogi Terbeza ini adalah penting bagi memastikan Senior Leader Team (SLT) terutamanya Penolong Kanan Pentadbiran berada pada landasan yang betul dan benar-benar bersedia untuk membimbing guru di sekolah masing-masing dalam pembudayaan Pedagogi Terbeza. Walaupun dapatan kajian menunjukkan skor yang tinggi, tetapi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu masih perlu meneruskan bimbingan bagi memastikan Pedagogi Terbeza menjadi budaya di semua bilik darjah di setiap sekolah. 39


Like this book? You can publish your book online for free in a few minutes!
Create your own flipbook